Buku Universiti Untuk Masyarakat U4S ini ialah hasil projek kerjasama penerbitan antara Bahagian
Kajian Institusi Raja dan Komuniti dengan Penerbit Universiti Malaysia Perlis.
Cetakan Pertama 2020
©Universiti Malaysia Perlis 2020
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi
dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara
elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada
Penerbit, Universiti Malaysia Perlis, Tingkat 10, Bangunan KWSP, Jalan Bukit Lagi, 01000 Kangar,
Perlis, Malaysia.
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
R Badlishah Ahmad, 1970-
Universiti untuk Masyarakat : U4S / R BADLISHAH AHMAD, HANUM HASSAN,
SHARIFAH DARA NAQIYAH SYED SYFALDIN.
ISBN 978-967-0922-96-6
1. Community and college--Malaysia.
2. Universities and colleges--Public services.
3. Education, Higher--Activity programs.
4. Government publications--Malaysia.
I. Hanum Hassan, 1970-.
II. Sharifah Dara Naqiyah Syed Syfaldin, 1980-.
III. Judul.
378.103
Diterbitkan oleh:
Bahagian Kajian Institusi Raja dan Komuniti
Pusat Keusahawanan, Jaringan Industri & Masyarakat
Universiti Malaysia Perlis
Tingkat 9, Bangunan KWSP
Jalan Bukit Lagi
01000 Kangar, Perlis
Reka Bentuk dan Reka:
CNZ Lunar Enterprise
Lot 9, Tingkat Atas
Jalan Progresif 1
Taman Progresif, Repoh
01000 Kangar,Perlis
Dicetak oleh:
KCS Printing (M) Sdn. Bhd.
316A, Jalan Dato Kramat
10150 Penang, Pulau Pinang
ii
KANDUNGAN
ILMU UNTUK MASYARAKAT DAN NEGARA v
PENDIDIKAN 1-61
EKONOMI 63-71
ALAM SEKITAR 73-105
KESIHATAN 107-123
SOSIAL 125-149
BANTUAN KEMANUSIAN 151-161
USR@UniMAP COVID-19 163-191
SENARAI PENYUMBANG 192
ILMU UNTUK Editor:
MASYARAKAT
DAN NEGARA R Badlishah Ahmad (Tengah)
Hanum Hassan (Kanan)
Merujuk kepada amanat Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri
Muhyiddin Yassin (2020), universiti tidak lagi boleh dianggap Sharifah Dara Naqiyah Syed Syfaldin (Kiri)
sebagai menara gading yang membawa maksud eksklusif, megah
dan terasing daripada masyarakat malah universiti melalui peranan
ahli akademik perlu mengubah corak pemikiran dari ‘ilmu untuk
ilmu’ kepada ‘ilmu untuk masyarakat dan negara’. Malah hala tuju
penyelidikan perlu sejajar dengan cabaran dan mengupas persoalan
yang dihadapi oleh komuniti setempat, bangsa dan masyarakat
sejagat.
Justeru universiti memainkan peranan dalam membangunkan
komuniti dan bertindak sebagai Agen Perubahan. Sebagai Agen
Perubahan, kepakaran dan pengetahuan yang dimiliki oleh staf
dan pelajar berupaya melakukan perubahan terhadap komuniti
yang akan mengeluarkan komuniti dari belenggu kemiskinan
dan sebagainya. Staf dan pelajar berfungsi sebagai perintis dan
penggerak untuk meyakinkan komuniti bahawa perubahan yang
berlaku adalah sesuai dengan keperluan dan kehendak mereka
yang bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan komuniti.
v
Evolusi pengajian tinggi global yang memberi penekanan kepada • M elibatkan diri dan mewujudkan jalinan universiti dengan
pengembangan komuniti sebagai salah satu misi universiti organisasi luar – Agensi/Industri demi kebaikan dan kesejahteraan
membuka ruang dan menuntut kepada keterlibatan UniMAP dalam komuniti.
aspek ini melalui kaedah yang lebih berstruktur dan terancang.
Atas kesedaran tersebut, Pelan Strategik UniMAP 2025, memberi • Menyediakan platform kepada kakitangan dan pelajar untuk
penumpuan kepada komuniti iaitu di bawah teras Libat Sama dan mengamalkan profesionalisme dan kepimpinan melalui
Pembangunan Komuniti dan selari hasrat universiti menerusi IMPAK kerja berpasukan dan pembelajaran antara-profesional serta
yang merangkumi Insan, Murni, Proses, Antarabangsa dan Komuniti. penyediaan perkhidmatan kepada komuniti.
Setiap program USR yang bakal dilaksanakan memberi penekanan
elemen KTP. KTP merujuk kepada aktiviti pemindahan ilmu
(pengetahuan atau kemahiran) dari universiti kepada pihak komuniti
bagi membantu pembangunan dan pengupayaan komuniti
seterusnya komuniti menerima manfaat sepenuhnya dan mampu
untuk melaksanakan program/projek tersebut secara berterusan.
Malah KTP juga mampu mendokong pelbagai aktiviti yang saling
menguntungkan di antara universiti dan komuniti. Antara impak
yang dijangkakan setelah USR dilaksanakan adalah:
• M enghasilkan output demi memperkasakan komuniti IAITU
mengembangkan nilai-nilai kemanusiaan serta kesejagatan
ke arah keharmonian, kesejahteraan dan juga kelestarian
masyarakat khususnya golongan terkebawah.
Bagi memastikan universiti memainkan peranan dalam • R elevan dan meningkatkan sosio-ekonomi dan kesejahteraan
membangunkan komuniti, UniMAP telah meluluskan Prosedur hidup masyarakat dalam mentransformasikan masyarakat.
Operasi Standard (SOP) Tanggungjawab Sosial Universiti (USR) yang
akan menjadi panduan utama dalam pelaksanaan projek untuk • Kerjasama strategik - penglibatan dan kerjasama erat antara
memanfaatkan ahli komuniti. Antara tanggungjawab yang telah pihak akademia, komuniti dan organisasi luar-agensi kerajaan/
digariskan kepada warga UniMAP dalam menjayakan program USR, industri.
iaitu:
• P roses perpindahan ilmu dua hala melibatkan kepakaran,
• Menyumbang kepakaran melalui Program Pemindahan Ilmu pembelajaran dan kemahiran antara kakitangan, pelajar dan
(Knowledge Transfer Programme – KTP) dengan memberi sasaran komuniti.
khidmat kepada komuniti dengan lebih berkesan serta berimpak
tinggi bagi mewujudkan kesejahteraan komuniti. • Pengekalan Program USR (Sustainability)
vi
Bagi memastikan keberkesanan program USR, enam (6) TEMA telah digariskan dalam SOP USR UniMAP iaitu:
• Ekonomi • Kesihatan
Membangunkan aset yang boleh digunakan untuk menambah Menggerakkan komuniti ke arah membudayakan gaya hidup
baik kehidupan komuniti agar mereka bersedia untuk membuat yang lebih sihat dan meningkatkan tahap kesihatan melalui
tindakan untuk meningkatkan pendapatan ekonomi. kaedah pencegahan dan rawatan penyakit gaya hidup serta
kemunculan penyakit baru.
• Pendidikan
Perkongsiaan ilmu bagi pembangunan sahsiah diri serta • Alam Sekitar
Berperanan untuk melestarikan alam semesta iaitu menanam
meningkatkan corak pemikiran dan pengetahuan individu
untuk diaplikasi dalam kehidupan mereka. rasa tanggungjawab dalam kalangan komuniti untuk bertindak
dan mengambil bahagian dalam menjaga alam sekitar yang
• Sosial dikongsi bersama.
Merujuk kepada pemindahan ilmu untuk mencipta dan
• Bantuan Kemanusiaan
menyediakan kualiti hidup komuniti yang lebih baik serta Menjadi ejen kepada perubahan sesebuah komuniti bagi
mewujudkan suasana persekitaran yang harmoni dalam
komuniti. meningkatkan kualiti hidup dan sokongan kemanusiaan secara
keseluruhan.
Selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia iaitu “Universiti Untuk Masyarakat”, universiti perlu mendekati komuniti
serta menunjukkan sikap prihatin dengan mengintegrasikan penyelidikan dan pendidikan ke arah pembangunan komuniti yang sejahtera
dan menyumbang kepada kemakmuran negara.
vii
TANGGUNGJAWAB SOSIAL UNIVERSITI
“PROGRAM PEMINDAHAN ILMU”
PENDIDIKAN
Perkongsiaan ilmu bagi pembangunan sahsiah diri serta
meningkatkan corak pemikiran dan pengetahuan individu untuk
diaplikasi dalam kehidupan mereka
1
PROGRAM KEMBARA KE ALAM NANO
LOKASI
SMK Dato’ Ali Ahmad, Kangar
KOMUNITI PROGRAM JUMLAH PENAJAAN
(JUMLAH) PEMINDAHAN & AGENSI/ INDUSTRI
12 orang pelajar ILMU (KTP) Majlis Agama Islam dan
2 orang guru pengiring Istiadat Perlis (MAIPs)
Pengetahuan mengenai lanjutan
OBJEKTIF IMPAK pendidikan kejuruteraan seperti
Memberikan pendedahan Meningkatkan minat pelajar kejuruteraan nanoelektronik
mengenai teknologi Nano untuk memilih bidang sains dan serta aplikasi peralatan
kejuruteraan di dalam
kejuruteraan makmal
Meningkatkan kefahaman
mengenai ilmu sains dalam LIBATSAMA BAJET (RM)
kehidupan seharian serta AGENSI/ INDUSTRI
1,000.00
kebaikannya. Majlis Agama Islam dan
Istiadat Perlis (MAIPs)
JUMLAH
PENGLIBATAN
STAF & PELAJAR
11 orang staf INEE
2
PROGRAM KEMBARA KE ALAM NANO
Program Tanggungjawab Sosial Universiti (USR) yang dilaksanakan
oleh Institut Kejuruteraan Nano Elektronik (INEE) ini memberikan
suatu pengalaman yang berharga kepada pelajar-pelajar SMK Dato’ Ali
Ahmad, Kangar dan SMK Syed Alwi, Kangar. Program yang dijalankan
selama dua hari yang bermula pada 20 November dan tamat pada 21
November 2019 telah memberi peluang kepada pelajar untuk merasai
dan menyelidik sendiri secara teknikal mengenai ilmu kejuruteraan
nano teknologi. Pelajar SMK Dato’ Ali Ahmad dan pelajar SMK Syed
Alwi yang terdiri 12 orang bagi wakil setiap sekolah menunjukkan rasa
tertarik akan program CSR ini.
Program yang diadakan di makmal INEE ini telah membuka
pandangan dan menarik minat pelajar mengenai ilmu sains dan
teknologi yang diketuai oleh Dr. Ramzan Mat Ayub serta diiringi oleh ahli
kumpulan yang lain iaitu Dr. Nur Hamidah Abdul Halim, Dr. Voon Chun
Hong dan Dr. Nor Azizah Parmin sebagai penceramah. Ketua program
berkata, “Program ini memberikan pendedahan teknologi tercanggih
terutamanya Nano Teknologi serta memberi pendedahan mengenai
lanjutan pengetahuan sains dari sekolah ke peringkat tertinggi”.
Program yang bertemakan ‘Kembara ke Alam Nano’ ini dijalankan
menerusi dua (2) sesi dimana taklimat secara santai dan interaktif serta
aktiviti ‘Hands-On’ di dalam makmal menggunakan peralatan terkini
seperti SEM, High Power Microscope serta 3D Profiler.
3
Dalam program ini, pelajar diberi peluang untuk mencuba sendiri
penggunaan peralatan bagi memahami dan melihat dengan lebih dekat
mengenai litar nano elektronik dan keajaiban sel hidup dalam skala
yang lebih kecil. Selain itu, aktiviti kuiz turut diadakan bagi memberi
pendedahan ilmu kepada pelajar yang lebih mendalam mengenai sains
yang berskala kecil ini.
INEE menyokong usaha STEM yang sedang dilaksanakan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia. Oleh itu, INEE menyambut seruan
Pihak Kementerian dan juga Universiti untuk menjalankan program
ini memandangkan pengetahuan dalam bidang sains dan teknologi
merupakan bidang yang amat penting pada masa kini.
4
5
AMAZING SCIENCE 3.0 @SEKOLAH KEBANGSAAN JEJAWI, PERLIS
KOMUNITI LOKASI PROGRAM JUMLAH PENAJAAN
(JUMLAH) PEMINDAHAN & AGENSI/ INDUSTRI
Sekolah Kebangsaan
Pelajar Tahun 5 & 6 Jejawi, Perlis ILMU (KTP) Sek. Keb. Jejawi
Kuantiti: 110 orang (RM750.00)
LIBATSAMA Pengetahuan mengenai
AGENSI/ INDUSTRI aktiviti STEM PPK Bioproses
(RM500.00)
Persatuan Ibu bapa JUMLAH
OBJEKTIF Sek. Keb. Jejawi, Perlis PENGLIBATAN BAJET (RM)
STAF & PELAJAR
Mendedahkan aktiviti STEM Guru Sek. Keb. 1,250.00
di luar bilik darjah Jejawi, Perlis 4 orang staf dan 43
kepada pelajar orang pelajar PPK
IMPAK Bioproses
Meningkatkan minat
pelajar terhadap mata
pelajaran berteraskan
STEM
6
AMAZING SCIENCE 3.0 @SEKOLAH KEBANGSAAN
JEJAWI, PERLIS
Program “Amazing Science” dengan kerjasama Pusat Pengajian
Kejuruteraan Bioproses telah diadakan pada 20 April 2019 yang
lalu bertempat di Sekolah Kebangsaan Jejawi (SKJ), Perlis. Sekolah
Kebangsaan Jejawi adalah sekolah angkat PPK Bioproses dan Program
Amazing Science ini merupakan program tahunan sekolah. Objektif
utama program adalah untuk memberi pendedahan awal dan
menarik minat pelajar sekolah rendah mengenai sains dan teknologi
melalui eksperimen asas yang mudah dan seronok. Malahan program
ini juga bertujuan untuk melatih mahasiswa dan mahasiswi dalam
bidang kesukarelawanan selain daripada bidang kejuruteraan, serta
memperkasakan lagi kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan
yang ada dalam diri mahasiswa–mahasiswi.
Program ini disertai oleh 110 orang pelajar Sekolah Kebangsaan
Jejawi yang terdiri daripada pelajar Tahun 5 dan 6 serta 43 orang pelajar
dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Bioproses sebagai fasilitator. Dua
modul eksperimen dan demonstrasi sains telah diadakan. Bagi Modul
Satu, lima jenis eksperimen telah dijalankan iaitu “Bouncy Egg Using
Vinegar”, “Rainbow Rain”, Fire Extinguisher”, “Homemade Bubbles”
dan “Rat Dissection”. Setiap eksperimen ini dikendalikan oleh beberapa
orang fasilitator yang terdiri daripada pelajar PPK Bioproses.
7
Antara eksperimen yang berjaya menarik perhatian para pelajar
adalah “Rat Disection”. Menerusi eksperimen ini para pelajar dapat
melihat tikus-tikus hidup yang ‘dipengsankan’ serta dibedah untuk
melihat sendiri organ-organ dalaman tikus. Fasilitator turut berkongsi
ilmu bersama para pelajar seperti menerangkan setiap organ yang
terdapat di dalam badan tikus yang mempunyai persamaan dengan
badan manusia. Manakala Modul Dua pula mengandungi eksperimen
“Elephant Toothpaste”. Eksperimen ini dijalankan di kawasan lapang
bertujuan untuk menunjukkan tindakbalas kimia dengan pemangkin.
Melalui eksperimen ini, para pelajar dapat mengenalpasti ciri-ciri alkali
dan perubahan kimia pada bahan. Selain itu, pertandingan teka silang
kata dan teka teki juga diadakan bersama para pelajar. Para fasilitator
mendapat pengalaman yang berharga dalam berkongsi ilmu sains
dengan pelajar sekolah.
8
9
PROGRAM DIDIK CEMERLANG (PDC) 2019/2020
KOMUNITI LOKASI PROGRAM JUMLAH PENAJAAN
(JUMLAH) PEMINDAHAN & AGENSI/ INDUSTRI
Kampus Alam UniMAP,
Pelajar Tingkatan 4 dari Pauh Putra ILMU (KTP) -
sekolah menengah sekitar negeri
LIBATSAMA Pengetahuan subjek
Perlis Kuantiti: 100 Orang AGENSI/ INDUSTRI kritikal Aliran Sains
Majlis Guru Cemerlang dan dan Aliran Sastera
Jabatan Pendidikan Negeri Jabatan Pendidikan Ikhtisas
Negeri Perlis
Perlis Kuantiti: 23 orang Majlis Guru JUMLAH
Cemerlang PENGLIBATAN
OBJEKTIF STAF & PELAJAR BAJET (RM)
Membantu pelajar-pelajar 7 orang staf IKRK 48,885.00
dari peringkat awal sekolah 1 orang staf IMK
menguasai pembelajaran
subjek kritikal Aliran Sains 1 orang staf
Pusat Bahasa
dan Sastera Antarabangsa
IMPAK
Meningkatkan minat pelajar
terhadap mata pelajaran
Sains dan Sastera
Ikhtisas
10
PROGRAM DIDIK CEMERLANG (PDC) 2019/2020
Program Didik Cemerlang (PDC) 2019/2020 merupakan program anjuran
bersama UniMAP melalui Institut Kajian Institusi Raja, Kepimpinan dan
Komuniti (IKRK) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perlis
(JPNPs) dan Majlis Guru Cemerlang (MGM). Objektif PDC diadakan
untuk membantu pelajar-pelajar tingkatan 4 menguasai pembelajaran
subjek kritikal Aliran Sains dan Aliran Sastera Ikhtisas serta memberikan
nilai tambah kepada kualiti modal insan.
Bagi memantapkan teknik-teknik pembelajaran terbaik kepada
para pelajar dan dapat melahirkan pelajar yang berfikiran kritikal, MGC,
JPNPs dan UniMAP telah mengadakan satu Bengkel Pembangunan
Modul PDC 2019/2020 pada 14 hingga 16 Jun 2019 di Hotel Star City, Alor
Setar.
11
PDC diadakan pada setiap Sabtu minggu kedua dan keempat di
bulan Jun sehingga Oktober 2019. Sasaran PDC adalah kepada pelajar
cemerlang bagi sekolah harian dan daripada keluarga Asnaf/B40.
Penyertaan 100 orang pelajar dibahagi kepada dua kategori iaitu Kejora
bagi Aliran Sains dan Bintang bagi Aliran Sastera Ikhtisas. Pada akhir
kelas bimbingan PDC, ujian penilaian telah diadakan untuk melihat
kefahaman pelajar sepanjang pembelajaran yang telah dilaksanakan.
12
13
iKOM KONGSI TEKNIK PENERBITAN VIDEO ANIMASI
KOMUNITI LOKASI JUMLAH PENAJAAN
(JUMLAH) & AGENSI/ INDUSTRI
Sekolah Kebangsaan Putra,
30 orang pelajar Kangar, Perlis Sumbangan 300 goodies bag oleh
Yayasan Kebajikan Perlis (YKPs)
OBJEKTIF PROGRAM
PEMINDAHAN Kelab Kakitangan iKOM
Memberikan ilmu dan (RM500.00)
kemahiran teknik penerbitan ILMU (KTP)
video animasi menggunakan Duit raya sumbangan
kaedah Stop Motion dan lukisan Pengetahuan mengenai ilmu dan peribadi Tan Sri Radzi
kemahiran teknik penerbitan video
dinding menggunakan Sheikh Ahmad
kaedah Wall Mapping animasi menggunakan kaedah
kepada pelajar-pelajar stop motion dan lukisan BAJET (RM)
dinding menggunakan
sekolah kaedah Wall Mapping 3,000.00
IMPAK LIBATSAMA
AGENSI/ INDUSTRI
Meningkatkan minat pelajar
terhadap teknik penerbitan Persatuan Ibu bapa dan Guru
(PIBG) SK. Putra
video animasi
JUMLAH
PENGLIBATAN
STAF & PELAJAR
10 orang staf dan 20
orang pelajar iKOM
14
iKOM KONGSI TEKNIK PENERBITAN VIDEO ANIMASI
Perjalanan kira-kira 30 minit dari Kampus Alam Pauh Putra, Universiti
Malaysia Perlis (UniMAP) telah menemukan sekumpulan 20 orang
pelajar program Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media dengan 30 orang
pelajar Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Putra, Kangar Perlis. Pertemuan
ini bagi menjayakan Program Tanggungjawab Sosial Universiti
(USR) bersama komuniti seperti yang dihasratkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM). Pusat Pengajian Pembangunan Insan dan
Teknokomunikasi (iKOM) yang diketuai oleh Dekannya, Prof. Madya
Dr. Huzili Hussin dan disertai kira-kira 10 orang staf menyahut cabaran
“Menggalas Kewajipan, UniMAP Prihatin” yang diadakan pada 9
November 2019 yang lalu.
Objektif program adalah untuk memberikan ilmu dan kemahiran
teknik penerbitan video animasi menggunakan kaedah stop motion
dan lukisan dinding menggunakan kaedah Wall Mapping kepada
pelajar-pelajar sekolah. Para pelajar turut didedahkan dengan
aktiviti penulisan cerita, pembangunan skrip dan papan cerita
serta teknik mengendalikan rakaman video menggunakan telefon
pintar. Seterusnya, pelajar berpeluang mempraktikkan kemahiran
asas menyunting video menggunakan perisisan Adobe Premier
menggunakan telefon pintar bagi menghasilkan video animasi yang
menarik. Kaedah teori dan praktikal digabungkan dalam memastikan
pelajar merasai pembelajaran menerusi pengalaman. Pendekatan
mentoring dan coaching turut dilaksanakan dengan sekumpulan
pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu,
Pusat Pengajian Pembangunan Insan (iKOM) yang bertindak sebagai
fasilitator bagi setiap kumpulan pelajar sekolah terbabit.
15
Program Tindik ini adalah mendokong Matlamat Pembangunan
Mampan (SDGs) ke-4 bagi meningkatkan kualiti pendidikan
terutamanya dalam bidang seni visual dan pembangunan kandungan
media kreatif. Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) adalah koleksi
17 matlamat global yang direka untuk menjadi pelan tindakan untuk
mencapai masa depan yang lebih baik dan lebih mampan bagi semua”.
Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Putra turut
memberi komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini
sebagai rakan strategik Program Tindik dengan menaja makanan dan
minuman kepada hamper 50 orang peserta keseluruhannya.
16
17
NURI @ THE LIBRARY
LOKASI
Perpustakaan Tuanku Syed
Faizuddin Putra (PTSFP),
Pauh Putra
KOMUNITI PROGRAM JUMLAH PENAJAAN
(JUMLAH) PEMINDAHAN & AGENSI/ INDUSTRI
• Pelajar yang berumur ILMU (KTP) Bank Kerjasama
10 - 12 tahun Rakyat Malaysia
Pengetahuan dalam bidang
• Kuantiti: 50 pelajar sains, teknologi dan (2,000.00)
OBJEKTIF LIBATSAMA matematik dan kemahiran BAJET (RM)
AGENSI/ INDUSTRI berfikir dan
Memberi pendedahan awal kepada 2,000.00
kanak-kanak berkaitan aktiviti yang • Bahagian Teknologi Pendidikan, berkomunikasi
Jabatan Pendidikan Perlis
melibatkan sains, teknologi dan • Sekolah Rendah di Perlis JUMLAH
matematik di samping penerapan • Bank Kerjasama Rakyat PENGLIBATAN
Malaysia STAF & PELAJAR
kemahiran berfikir dan • Yayasan Bank Rakyat
berkomunikasi • Sukarelawan Pelajar • 36 orang staf
UniMAP • 50 orang pelajar
IMPAK
Pelajar-pelajar yang kreatif dan
inovatif
18
NURI @ THE LIBRARY
Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) dengan kerjasama
Bank Rakyat telah menganjurkan Nuri @ the Library pada 21 April 2019
bertempat di Perpustakaan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Program
ini disertai oleh lebih 150 orang pelajar daripada 12 buah sekolah rendah
di Negeri Perlis.
Perasmian Majlis telah disempurnakan oleh Duli Yang Teramat
Mulia (DYTM) Raja Muda Perlis yang juga Tuanku Canselor UniMAP,
Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.
Pada majlis sama, DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul
Shahreen Akashah Khalil bercemar duli berangkat ke Perpustakaan
Tuanku Syed Faizuddin Putra.
Pelbagai program berorientasikan STREAM (Sains, Teknologi,
Membaca, Kesenian dan Matematik) dijalankan meliputi Pertandingan
Lego Robotik di MCMC-UniMAP Makerspace, Scavenger Hunt
– Innovation Trail, Ekspresi Dirimu di Zon Bising dan 1001 Cerita
bertempat di Industrial Engagement Zone (In-de-Zone). Program tajaan
sepenuhnya Bank Kerjasama Rakyat Malaysia dan Yayasan Bank Rakyat
ini diadakan pada sebelah malam bagi menyediakan pengalaman
berbeza menggunakan perpustakaan untuk anak-anak sekolah.
19
Pelbagai pertandingan dan program sempena NURI @ the Library
telah dijayakan oleh tiga orang fasilitator jemputan iaitu Prof Madya Dr.
Latifah Munirah Kamarudin, Pensyarah di Pusat Pengajian Kejuruteraan
Komputer dan Perhubungan, Dr. Norshah Aizat Shuaib, Pensyarah di
Fakulti Teknologi Kejuruteraan, Puan Hasniah Hussain atau Mama Tok
yang merupakan Storyteller terkenal. Lebih 50 orang sukarelawan
pelajar turut menyediakan khidmat sokongan dan bantuan kepada
para peserta program. Pada majlis sama, 70 orang anak-anak yatim
turut diraikan melalui program infotainment yang dikendalikan oleh
warga PTSFP.
20
21
KEINDAHAN BIDANG FIZIK DAN MATEMATIK
LOKASI
Sekolah Rendah dan Menengah
Semenanjung Malaysia
KOMUNITI PROGRAM JUMLAH PENAJAAN
(JUMLAH) PEMINDAHAN & AGENSI/ INDUSTRI
• Pelajar Sekolah Rendah dan ILMU (KTP) -
Menengah
Pengetahuan mengenai keindahan
• Kuantiti: 120 siri 300 buah dan sumbangan bidang Fizik
dan Matematik terhadap
OBJEKTIF perkembangansains dan
teknologi dunia
Meningkatkan motivasi dan minat
pelajar dalam subjek Sains dan LIBATSAMA BAJET (RM)
Matematik di peringkat sekolah AGENSI/ INDUSTRI
rendah dan sekolah -
menengah Persatuan Ibu bapa dan
Guru (PIBG)
IMPAK JUMLAH
PENGLIBATAN
Meningkatkan minat pelajar STAF & PELAJAR
terhadap subjek Sains dan
1 orang staf IMK
Matematik
22
KEINDAHAN BIDANG FIZIK DAN MATEMATIK
Penurunan trend minat pelajar sekolah terhadap subjek Sains dan
Matematik setiap tahun akan memberi kesan kepada kemasukkan
pelajar ke institusi pengajian tinggi (IPT). Pihak universiti perlu
melaksanakan beberapa program untuk meningkatkan motivasi dan
minat pelajar dalam subjek Sains dan Matematik di peringkat sekolah
rendah dan sekolah menengah. Hal ini sangat penting agar kuota-kuota
program pengajian aliran STEM di IPT dapat dipenuhi demi kelestarian
bidang ini untuk kemajuan negara.
Justeru, Siri Ceramah The Beauty of Physics and Mathematics telah
dilaksanakan secara solo oleh Dr. Mohamad Nazri Abdul Halif sejak
tahun 2016 yang merupakan inisiatif peribadi beliau yang memfokuskan
keindahan bidang Fizik dan Matematik di luar skop silibus subjek di
sekolah. Terdapat empat [4] modul ceramah iaitu: Keindahan Sains
melalui Fizik dan Matematik (modul untuk murid sekolah rendah – dua
jam), The Beauty of Physics and Mathematics (modul untuk pelajar
menengah – tiga jam), Beautiful Physics (modul bengkel untuk Guru-
Guru Fizik – lima jam) dan Science, Technology & Society (modul untuk
masyarakat biasa seperti persatuan penduduk dan persatuan ibu bapa
– dua jam).
23
Bermula dari Siri-1 di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
Kedah Alor Setar pada 24 Januari 2016 hingga ke 2020, sebanyak 120 siri
telah Berjaya dilaksanakan di seluruh sekolah di Semenanjung Malaysia
yang melibatkan sekitar lebih 300 buah sekolah serta melibatkan satu
[1] siri ceramah di Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Konsep ceramah
adalah secara santai dan penekanan diberikan kepada keindahan dan
sumbangan bidang Fizik dan Matematik terhadap perkembangan sains
dan teknologi dunia serta beberapa fokus khas seperti penerangan
konsep Laju dan projek pendaratan manusia di Bulan melalui program
Apollo NASA. Program siri ceramah ini juga mempromosikan keindahan
Matematik melalui Pertandingan Menghafal Nombor Pi yang telah
Berjaya dilaksanakan di peringkat negeri Perlis, Kedah dan beberapa
program di peringkat sekolah. Program ini akan diteruskan lagi untuk
perancangan siri ceramah sekolah-sekolah di Sabah dan Sarawak serta
siri ceramah bersama masyarakat.
24
25
PROGRAM PEMULIHAN KEMAHIRAN ASAS
MATEMATIK UNTUK PELAJAR SEKOLAH
LOKASI
Sekolah Menengah Kebangsaan
Seri Pantai, Kuala Kedah
KOMUNITI PROGRAM JUMLAH PENAJAAN
(JUMLAH) PEMINDAHAN & AGENSI/ INDUSTRI
98 orang pelajar sekolah ILMU (KTP) ADUN Kubang Rotan
(RM3,500.00)
Ilmu asas dan kemahiran
OBJEKTIF LIBATSAMA Matematik BAJET (RM)
AGENSI/ INDUSTRI
Meningkatkan kemahiran asas JUMLAH 3,500.00
dan motivasi pembelajaran Jabatan Pendidikan PENGLIBATAN
matematik Negeri Kedah STAF & PELAJAR
IMPAK 2 orang staf dan
3 orang pelajar IMK
• Pelajar lebih bermotivasi untuk
mempelajari Matematik
• Mengurangkan kesilapan asas
Matematik yang sering
dilakukan oleh pelajar
26
PROGRAM PEMULIHAN KEMAHIRAN ASAS
MATEMATIK UNTUK PELAJAR SEKOLAH
Sekumpulan Penyelidik Akademik (KPA) yang diketuai oleh Ts.
Dr. Mohammad Fadzli Ramli, pensyarah dari Institut Matematik
Kejuruteraan (IMK), UniMAP bersama tiga tenaga pengajar yang terdiri
dari pelajar pascasiswazah IMK dan pelatih industri telah menjalankan
Program Pemulihan Kemahiran Asas Matematik (PPKAM) di dua buah
sekolah di negeri Kedah.
PPKAM yang pertama telah dijalankan di Sekolah Menengah
Kebangsaan Seri Pantai, Kuala Kedah yang terletak dalam DUN Kubang
Rotan melibatkan seramai 98 pelajar Tingkatan Dua dan Tingkatan
Tiga. Program ini telah berlangsung selama 8 minggu mulai 17 April
hingga 22 Julai 2019 dan telah mendapat kerjasama dari Jabatan
Pendidikan Negeri Kedah serta tajaan sebanyak RM3,500.00 dari YB.
Asmirul Anuar Aris, ADUN Kubang Rotan. Program ini juga merupakan
sebahagian dari acara Minggu STEM yang telah dilangsungkan oleh
pihak sekolah. Upacara perasmian Minggu STEM dan penutup PPKAM
telah disempurnakan oleh YB. Asmirul Anuar Aris pada 22 Julai 2019.
27
PPKAM yang kedua telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Felda
Bukit Tangga di kawasan DUN Bukit Kayu Hitam yang melibatkan
seramai 25 murid Tahun 5. Program ini telah berlangsung mulai
September hingga Oktober 2019 bagi membantu murid-murid yang
lemah untuk meningkatkan penguasaan matematik. PPKAM bertujuan
untuk mengasah kelemahan para pelajar dalam pembelajaran
matematik khususnya melibatkan sifir, pecahan, perpuluhan,
pemfaktoran, pengembangan dan permudah algebra dan aritmetik
asas. Ia memberi penekanan terhadap kesilapan asas yang dilakukan
oleh para pelajar di samping memberi motivasi untuk pembelajaran
matematik.
28
29
EDUCATIONAL GAMIFICATION TOOLS PROGRAM
LOKASI
Kedah Digital Transformation
Centre (KDTC)
KOMUNITI PROGRAM JUMLAH PENAJAAN
(JUMLAH) PEMINDAHAN & AGENSI/ INDUSTRI
80 orang pelajar sekolah ILMU (KTP) -
OBJEKTIF LIBATSAMA Ilmu teknologi dalam BAJET (RM)
AGENSI/ INDUSTRI pendidikan kepada
Meningkatkan ilmu teknologi peserta 1,000.00
dalam pendidikan kepada Kedah Digital Transformation
peserta Centre (KDTC) JUMLAH (PPIPT)
PENGLIBATAN
IMPAK STAF & PELAJAR
Menggalakkan peserta untuk 3 orang staf PPIPT
menggunakan teknologi dalam
pembelajaran bagi
meningkatkan minat
dan motivasi
30
EDUCATIONAL GAMIFICATION TOOLS PROGRAM
Dunia teknologi telah menjadikan kehidupan manusia lebih maju
berbanding sebelumnya. Bidang pendidikan juga berkembang seiring
perkembangan teknologi. Penggunaan teknologi yang berkesan
mampu membantu dan menjadikan proses pembelajaran lebih
seronok serta pelajar lebih bermotivasi.
Pada 15 Mei 2019 hingga 16 Mei 2019, dua orang pensyarah dari PPIPT
iaitu En. Ahmad Zulhusny Rozali dan Dr. Siti Norwahida Shukeri telah
terlibat dalam program bengkel ‘Educational Gamification Tools - Fun
and Effective Learning’ menggunakan ‘Online Educational Application’
kepada pelajar-pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid, Kedah yang terpilih
sebagai peserta program ini.
31
Salah seorang tenaga pengajar, Ahmad Zulhusny Rozali berkata
program sebegini mampu memberi pendedahan awal kepada para
peserta dalam mengenal pasti aplikasi atas talian yang bersesuaian
dalam pembelajaran pelajar di sekolah untuk menjadikan pembelajaran
sesuatu yang menyeronokkan. Menurutnya lagi, kerjasama yang baik
antara penganjur, pengajar dan peserta diharap akan berterusan pada
masa hadapan.
Program ini adalah anjuran bersama oleh Kerajaan Negeri Kedah
melalui Kedah Digital Transformation Center (KDTC) dan Universiti
Malaysia Perlis melalui Pusat Pengajian Inovasi Perniagaan dan
Teknousahawan (PPIPT). Program ini mendedahkan peserta dengan
pelbagai aplikasi pembelajaran dan pendidikan secara atas talian yang
boleh digunakan dalam pembelajaran mereka. Jumlah pelajar sekolah
menengah yang terlibat ialah seramai 80 orang.
32
33
THINK BIG WITH CODE USING MICRO:BIT
KOMUNITI LOKASI PROGRAM JUMLAH PENAJAAN
(JUMLAH) PEMINDAHAN & AGENSI/ INDUSTRI
Sekolah Kebangsaan Institut
28 orang pelajar sekolah Pendidikan Guru Malaysia ILMU (KTP) RM 50,000.00
(IPGM), Perlis
OBJEKTIF IMPAK Pengetahuan mengenai BAJET (RM)
LIBATSAMA pengaturcaraan yang boleh
Mendedahkan teknik Meningkatkan AGENSI/ INDUSTRI diguna dalam pembelajaran 50,000.00
pengaturcaraan dengan persefahaman
menggunakan Microbit pelajar dalam • Elvira Reka Bentuk di sekolah
pengaturcaraan • Suruhanjaya Komunikasi
dan Multimedia Malaysia JUMLAH
PENGLIBATAN
STAF & PELAJAR
4 orang pensyarah dan
286 orang pelajar PPKKP
34
THINK BIG WITH CODE USING MICRO:BIT
“Think Big With Code Using Micro: Bit” adalah satu program dan aktiviti
USR yang telah aktif dijalankan oleh Pusat Pengajian Kejuruteraan
Komputer dan Perhubungan (PPKKP) sejak tahun 2017. Aktiviti ini
merupakan aktiviti kerjasama bersama Elvira Sdn. Bhd yang memberi
fokus untuk membantu pelajar-pelajar luar bandar terutamanya di
Perlis mengenali dan memupuk minat pelajar-pelajar di dalam bidang
pengaturcaraan dengan menggunakan platform mudah, Micro:bit.
Pengaturcaraan telah menjadi salah satu elemen penting di sekolah
selain membaca dan mengira. Objektif utama memperkenalkan
pengaturcaraan sejak di sekolah rendah dengan menggunakan
Micro:bit adalah untuk membuang stigma pelajar bahawa
pengaturcaraan adalah kemahiran yang susah untuk dipelajari dan
diikuti. Dengan menggunakan Micro:bit, pelajar-pelajar dengan mudah
dapat memahami sintaksis pengaturcaraan dan dapat lebih membuka
ruang untuk pelajar-pelajar meminati area STEM terutamanya bagi
pelajar-pelajar luar bandar.
35
Pada tahun 2018, PPKKP dan Elvira bekerjasama dengan Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan memperkembangkan
lagi aktiviti ini di sekolah-sekolah rendah dan menengah di seluruh
Zon Utara bertempat di MCMC-UniMAP Makerspace. Pada tahun 2019,
PPKKP telah menjalankan 10 aktiviti berkaitan program ini kepada
pelajar-pelajar sekolah dan juga guru-guru Reka Bentuk dan Teknologi.
dimana Micro:bit bakal digunakan sebagai salah satu platform
pengaturcaraan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah menjelang
tahun 2021.
36
37
KURSUS BAHASA INGGERIS KEPADA ANGKATAN
TENTERA DARAT DARI KEM WILAYAH UTARA
LOKASI
UniMAP
KOMUNITI PROGRAM JUMLAH PENAJAAN
(JUMLAH) PEMINDAHAN & AGENSI/ INDUSTRI
• Anggota tentera ILMU (KTP) -
• Kuantiti: 50 orang
Penguasaan penggunaan
OBJEKTIF LIBATSAMA Bahasa Inggeris dalam BAJET (RM)
AGENSI/ INDUSTRI kalangan para peserta
Mempraktikkan penggunaan Bahasa 942.00
Inggeris dari aspek komunikasi dengan Tentera Darat Wilayah Utara JUMLAH
PENGLIBATAN
lebih lancar dan tersusun STAF & PELAJAR
IMPAK 7 orang staf Pusat Bahasa
Antarabangsa
Meningkatkan imej UniMAP
sebagai agensi pendidikan yang
mempunyai kepakaran dalam
bidang bahasa
38
KURSUS BAHASA INGGERIS KEPADA ANGKATAN
TENTERA DARAT DARI KEM WILAYAH UTARA
Atas dasar kesedaran akan keperluan universiti menyumbang kepada
negara dalam apa bentuk sekali pun, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
melalui Pusat Bahasa Antarabangsa (PBA) dengan kerjasama pihak
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) daripada MK 6 Briged, Sungai Petani,
Kedah telah menganjurkan Kursus Bahasa Inggeris melibatkan hampir
50 orang pegawai tentera darat. Program kerjasama tahunan antara
pasukan ATM bersama UniMAP ini bertujuan memberi pendedahan
kepada para anggota tentera untuk berkomunikasi dalam Bahasa
Inggeris.
39
Program yang dikelolakan tenaga pengajar PBA ini diadakan
bermula 8 hingga 12 Julai 2019 di Kampus Alam UniMAP, Pauh Putra.
Sesi pembelajaran memberi tumpuan kepada kemahiran pertuturan,
pendengaran dan kerja berkumpulan, dengan harapan kemahiran
yang diperolehi dapat membantu pegawai ATM melaksanakan misi
dengan lebih berkeyakinan dan efisyen.
40