PROGRAM CAKNA SISWA
Selaras dengan jalinan kerjasama yang telah dimeterai antara PPK
Alam Sekitar (PPKAS) dengan SK Bandar Tasek Mutiara (SKBTM), Pulau
Pinang, PPKAS telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Program
Cakna Siswa dengan kerjasama Sek. Keb. Bandar Tasik Mutiara dan
Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam, Universiti Sains Malaysia (USM).
Program ini telah diadakan pada 26 hingga 28 April 2019 bertempat di
Bandar Tasek Mutiara, Pulau Pinang melibatkan 28 orang pelajar PPKAS
dan dua orang pelajar mobiliti dari Universiti Walailak, Thailand, 12 orang
staf PPKAS, dua orang staf USM dan pelajar Tahun Enam serta guru-
guru SKBTM. Sepanjang program ini dijalankan, para pelajar PPKAS
ditempatkan di rumah keluarga angkat yang terletak di sekitar Bandar
Tasek Mutiara. Kehadiran mahasiswa telah disambut meriah dengan
alunan kompang dan bunga manggar serta disiar secara langsung di
facebook SKBTM.
Program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada
mahasiswa PPKAS bergiat lebih aktif dalam melaksanakan kegiatan-
kegiatan sosial dan mendekatkan diri dengan masyarakat setempat.
Program ini juga diharap dapat melahirkan mahasiswa yang
mampu menyumbang kepada masyarakat dan negara disamping
mendedahkan mereka dalam melakukan aktiviti kemasyarakatan.
Selain itu, melalui program ini mahasiswa dapat memupuk semangat
sukarela dalam diri serta memupuk semangat kerja berpasukan agar
dapat menjadi contoh dan inpisirasi kepada mahasiswa yang lain.
Jesteru itu, dengan adanya program ini, PPKAS dapat melahirkan
mahasiwa yang seimbang, mempunyai pelbagai kemahiran dan
kebolehan dalam pelbagai bidang dan tidak hanya tertumpu kepada
bidang akademik semata-mata.
141
Terdapat beberapa aktiviti telah dijalankan sepanjang program ini.
Aktiviti pertama adalah Gerak Gempur Matematik Tahun Enam yang
dikendalikan oleh para mahasiswa secara berkumpulan. Ini memberi
peluang kepada mahasiswa untuk membantu pelajar-pelajar Tahun
Enam yang akan menduduki peperiksaan UPSR dengan membuat
latih tubi Matematik seterusnya memberi pengalaman baru kepada
mahasiswa serta pelajar sekolah. Di sebelah malamnya, satu forum
bertajuk ‘Anak Soleh Pemangkin Kebahagian Dunia Akhirat’ telah
diadakan di Surau Al-Ikhwan, Bandar Tasek Mutiara anjuran komuniti
setempat. Panel forum adalah Prof. Dr. Mohd Azmier Ahmad (USM) dan
Tuan Haji Mohd Anur Haji Hussin (Pengerusi Masjid Abu Ubaidah, Bandar
Tasek Mutiara) manakala moderator forum adalah Encik. Fadhuni Abdul
Ghani (YDP PIBG SKBTM).
Hari kedua program, terdapat tiga aktiviti yang dijalankan iaitu
aktiviti ferosimen, pengkomposan sisa makanan dan pengujian
kualiti air. Staf PPKAS dengan bantuan mahasiswa telah memberi
penerangan secara teoritikal seterusnya mempraktikkan aktiviti-aktiviti
tersebut bersama komuniti setempat, pelajar sekolah serta guru-guru
SKBTM. Di akhir aktiviti-aktiviti yang dijalankan, terdapat lima bakul
pengkomposan sisa makanan dan 15 bekas pasu/bangku pendek telah
dihasilkan. Seterusnya, pada hari terakhir program, semua mahasiswa
diberi peluang untuk meluangkan masa bersama keluarga angkat
masing-masing sebelum majlis penutup program diadakan pada
tengahari. Dapat dilihat semua peserta bersemangat dan bekerjasama
bagi menjayakan program ini.
142
143
WE CARE WE LOVE V2I UNIMAP BERSAMA JKM PERLIS
OBJEKTIF KOMUNITI LOKASI LIBATSAMA PROGRAM
(JUMLAH) AGENSI/ INDUSTRI PEMINDAHAN
Memberikan kesedaran serta peluang Rumah Seri Kenangan,
kepada mahasiswa untuk berinteraksi Penghuni Rumah Seri Kenangan, Jejawi, Kangar Perlis • Jabatan Kebajikan Masyarakat ILMU (KTP)
Jejawi, Kangar Perlis Negeri (JKM), Perlis
bersama Penghuni Rumah Seri • Sukarelawan KUIPs Pendedahan kepada sukarelawan
Kenangan kaedah menjaga orang tua yang
ditinggalkan keluarga di Rumah Seri
Kenangan
IMPAK JUMLAH BAJET (RM) JUMLAH PENAJAAN
PENGLIBATAN & AGENSI/ INDUSTRI
Menghargai STAF & PELAJAR -
dan menyayangi orang tua RM 590.00
• Sukarelawan UniMAP (UVoC),
tidak kira siapa dan Kuantiti: 40 Orang
di mana
144
WE CARE WE LOVE V2I UNIMAP BERSAMA JKM
PERLIS
Program We Care We Love; Volunteer To Institution (V2I) Bersama
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri (JKM) Perlis di Rumah Seri
Kenangan, Jejawi, Kangar Perlis telah diadakan pada 30 November 2019.
Program dirasmikan oleh YB Tuan Ruzaini Rais yang merupakan Exco
Hal Ehwal Agama Islam; kebajikan dan bantuan bencana dan hubungan
dan kerjasama sempadan kerajaan negeri Perlis.
Program ini bertujuan memberikan kesedaran serta peluang
kepada mahasiswa untuk berinteraksi bersama Penghuni Rumah Seri
Kenangan. Sudah tentu peluang ini akan menjadi ingatan kepada semua
mahasiswa. Program ini juga telah disertai oleh 40 orang Sukarelawan
UniMAP (UVoC), Sukarelawan JKM Perlis dan Sukarelawan KUIPs.
Presiden Kelab UVoC, Saudara Muhammad Amar berkata beliau
dan sukarelawan lain tidak menyangka memperoleh peluang untuk
menguruskan orang-orang tua di pusat jagaan tersebut yang mana
secara tidak langsung dapat berinteraksi dan mendalami sendiri
kesusahan yang dialami oleh penghuni rumah berkenaan yang ada
antaranya kurang bernasib baik dan ada juga yang ditinggalkan
keluarga tercinta.
Beliau juga berharap lebih ramai lagi mahasiswa dapat menyumbang
khidmat bakti kepada warga di Rumah Seri Kenangan dengan
meminjamkan sedikit kasih saying buat mereka yang dimamah usia. Ia
sekaligus membuka mata semua sukarelawan untuk menghargai dan
menyayangi orang tua tidak kira siapa dan dimana.
145
PROGRAM GAGAU IKAN BERSAMA MEDIA
DAN KOMUNITI SETEMPAT
OBJEKTIF KOMUNITI LOKASI LIBATSAMA PROGRAM
(JUMLAH) AGENSI/ INDUSTRI PEMINDAHAN
Jalinan silaturahim melalui Kampung Tok Pulau, Kangar
perkongsian hidup bermasyarakat Penduduk Kampung Pengamal Media Perlis ILMU (KTP)
Tok Pulau, Kangar
dengan aktiviti mengagau ikan Kuantiti: 20 Orang • Pengetahuan menghasilkan produk
IKS (pekasam) bersama komuniti
setempat yang terlibat
• Meningkatkan kemahiran
komunikasi dalam
kalangan penduduk
setempat serta
memupuk
kepimpinan
IMPAK JUMLAH BAJET (RM) JUMLAH PENAJAAN
PENGLIBATAN & AGENSI/ INDUSTRI
Membantu komuniti setempat STAF & PELAJAR 500.00
mendapatkan bekalan untuk Syarikat percetakan
Staf Unit Komunikasi Korporat (Tabung UKK) (RM 500.00)
produk IKS Kuantiti: 23 orang
146
PROGRAM GAGAU IKAN BERSAMA MEDIA DAN
KOMUNITI SETEMPAT
Berikutan musim kemarau yang berpanjangan, kegiatan ‘Timba Telaga’
atau ‘Gagau Ikan’ masih kekal diamalkan oleh masyarakat di Perlis.
Aktiviti ini dimulai dengan mengeringkan telaga bagi memudahkan
untuk menangkap ikan menggunakan tangan. Hasil tangkapan
selalunya dijadikan pekasam untuk dijual. Melihat kepada senario ini,
UniMAP melalui Unit Komunikasi Korporat telah mengambil peluang
membantu komuniti di Perlis bagi mendapatkan bekalan ikan untuk
dijadikan produk yang boleh dipasarkan dengan pulangan yang
lumayan. Mengambil lokasi Kampung Tok Pulau, Perlis sebagai kawasan
tumpuan untuk menjalankan aktiviti Gagau Ikan. Pada 16 Februari 2019,
staf Unit Komunikasi Korporat turut didedahkan dengan perkongsian
ilmu bagi menghasilkan produk pekasam dengan lebih berkualiti.
Bekalan Ikan segar yang diperolehi terus diproses untuk dijadikan
pekasam bagi menjaga kualiti produk untuk dipasarkan. Difahamkan
proses menghasilkan pekasam agak rumit kerana perlu diperam
dalam tempoh yang lama antara dua minggu hingga 12 bulan. Dalam
masa yang sama tahap kemasinan juga perlu diambilkira agar tidak
merosakkan kualiti ikan. Proses perapan kedua pula adalah dengan
menggunakan beras goreng yang telah digoreng selama empat
jam dan dikisar halus. Ternyata bagi menghasilkan produk pekasam
memerlukan kesabaran dan penelitian agar dapat memastikan rasa
dan kualiti pekasam sentiasa terjamin.
Aktiviti ini ternyata memberikan pengalaman yang berbeza kepada
setiap Staf Unit Komunikasi Korporat dan membuka peluang kepada
penduduk sekitar untuk mendapatkan bekalan ikan dengan lebih
mudah dan cepat.
147
SUDUT BOOKS 4GIFTS DI PTSFP
OBJEKTIF KOMUNITI LOKASI LIBATSAMA PROGRAM
(JUMLAH) AGENSI/ INDUSTRI PEMINDAHAN
Melaksanakan inisiatif menyediakan PTSFP, Pauh Putra
bahan bacaan secara percuma kepada Pelajar-pelajar sekolah • Bahagian Teknologi Pendidikan ILMU (KTP)
golongan B40 • Jabatan Pendidikan Perlis
anak-anak dalam golongan B40 • Sekolah Rendah di Perlis Akses kepada maklumat dan ilmu
pengetahuan dalam pelbagai bidang
IMPAK JUMLAH BAJET (RM) JUMLAH PENAJAAN
PENGLIBATAN & AGENSI/ INDUSTRI
• Meningkatkan akses kepada bahan STAF & PELAJAR -
bacaan dalam golongan B40 -
• Staff PTSFP
• Meningkatkan minat membaca Kuantiti: 36 orang
dalam kalangan anak-anak golongan
• Pelajar
B40 Kuantiti: 50 orang
148
SUDUT BOOKS 4GIFTS DI PTSFP
Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Universiti Malaysia Perlis
(UniMAP) telah menyediakan satu Sudut Books4Gifts yang telah
disempurnakan perasmiannya oleh Duli Yang Teramat Mulia (DYTM)
Tuanku Canselor UniMAP dan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Pro
Canselor UniMAP pada 21 April 2019. Sudut Books4Gifts adalah inisiatif
menggalakkan kunjungan anak-anak Golongan B40 ke PTSFP serta
meningkatkan kesedaran mereka tentang teknologi pembelajaran dan
persekitaran kondusif di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Sudut ini menyediakan ruang bacaan dan bahan bacaan secara
percuma kepada anak-anak dalam golongan B40. Mereka digalakkan
membawa pulang buku-buku yang menarik perhatian, menyimpan
untuk koleksi atau mengedarkannya untuk manfaat rakan-rakan di
sekolah.
PTSFP telah bekerjasama dengan beberapa Pembekal buku,
Bahagian Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Perlis dan Sekolah
Rendah di Perlis.
149
TANGGUNGJAWAB SOSIAL UNIVERSITI
“PROGRAM PEMINDAHAN ILMU”
BANTUAN
KEMANUSIAAN
Menjadi ejen kepada perubahan sesebuah komuniti bagi meningkatkan kualiti
hidup dan sokongan kemanusiaan secara keseluruhan
151
JEJAK ASNAF 2.0
Bersempena bulan Ramadhan, Pusat Pengajian Kejuruteraan Bioproses
(PPK Bioproses) telah melaksanakan program khidmat komuniti iaitu
Program Jejak Asnaf yang diadakan pada 30 Mei 2019 yang lalu. Tujuan
program ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran staf dan
pelajar tentang amalan bersedekah, membantu meringankan beban
keluarga asnaf dan mendekati masyarakat setempat.
Program yang diketuai oleh Encik Mohamad Farhan Mohamad
Sobri telah menziarahi dan menyantuni tiga buah rumah di Chuping
dan sebuah rumah di Pauh, Perlis. Dua buah rumah asnaf di Chuping
telah diberikan bantuan baik pulih kediaman seperti bumbung bocor,
tingkap rosak, lantai berlubang dan sebagainya, demi membantu
dalam menyediakan tempat tinggal yang lebih selesa dan selamat
untuk diduduki.
Dr. Farizul Hafiz Kasim, Dekan, PPK Bioproses telah menyampaikan
sumbangan berupa wang tunai, makanan dan barang keperluan
rumah seperti kipas, almari baju, almari dapur, kerusi, dan periuk
nasi bagi meringankan beban mereka terutamanya dalam membuat
persiapan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba. Sumbangan
derma ini adalah hasil sumbangan daripada staf PPK Bioproses dan
beberapa individu lain dari luar UniMAP. Semoga dengan bantuan
yang disalurkan ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka dalam
menjalankan kehidupan yang lebih baik.
152
153
154
PROGRAM CANTIKKAN TABIKA KEMAS PINTAR
STREAM NEGERI PERLIS
Pada 2 April 2019, Pusat Pengajian Kejuruteraan Bioproses sebagai
Rakan Strategik KEMAS Negeri Perlis telah mengadakan aktiviti gotong-
royong di TABIKA KEMAS Pintar STREAM Negeri Perlis yang terletak di
Bangunan Khas Pusat Kegiatan Masyarakat Simpang Empat, Perlis.
Program ini melibatkan seramai 45 orang pelajar dan enam orang
staf PPK Bioproses yang diketuai oleh Dekan PPK Bioproses, Dr. Farizul
Hafiz Kasim. Antara aktiviti yang dijalankan ialah membersih, Menyusun
atur dan mengemas kini bahagian dalam dan luar tabika, mengecat
dan menghias bangunan tabika serta memulihara lanskap di sekitar
tabika.
Program ini juga turut disertai oleh staf dari Pusat Kerjasama
Industri dan Agensi Kerajaan (CIGC) UniMAP, Angkatan Pertahanan
Awam, SWCorp, dan juga ibu bapa pelajar. Malah, program ini juga
diiktiraf sebagai Program Pillars 2 untuk para pelajar UniMAP. Menerusi
program ini para pelajar dan staf universiti dapat berinteraksi secara
langsung dengan komuniti setempat, Tabika KEMAS serta agensi yang
terlibat dalam membantu menjayakan hasrat konsep pemindahan ilmu
dan tanggungjawab sosial.
155
BANTUAN KEMANUSIAAN DI PULAU TUBA
Melihat kepada senario negara tetangga dan lonjakkan masyarakat
dunia khususnya terhadap isu-isu kemaslahatan masyarakat dan
komuniti, Pusat Islam, Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan (PPK
Bahan) dan Imam Surau Pauh Putra juga tidak terlepas pandang dan
rasa terpanggil untuk membantu masyarakat. Justeru itu, Pusat Islam
melalui Sahabat Pusat Islam telah melaksanakan Program Kesukarelaan
dan Tanggungjawab Sosial (Volunteerism And Social Responsibility) di
Pulau Tuba, Langkawi dalam mengemudi usaha, tenaga dan keperluan
tentu untuk disumbangkan kepada yang memerlukan.
Program ini telah dilaksanakan pada 30 Ogos 2019 hingga 2
September 2019. Seramai 13 orang staf UniMAP dan 35 orang pelajar
terlibat dalam program ini. Anggaran sebanyak 50 orang penduduk
di Pulau Tuba juga terlibat dengan program ini. Antara aktiviti yang
dijalankan ialah Projek bantuan kemanusiaan dan sumbangan, sesi
perubahan sosial melalui ceramah pembangunan sosial dan projek
pembersihan kawasan pantai dan bantuan kepada asnaf dan tahfiz.
Selain itu program ini turut disertai rakan-rakan PPK Bahan dan Imam
Surau, Pauh Putra dan agensi kerajaan, swasta atau pertubuhan NGO
dalam menjayakan projek kemanusiaan ini.
156
157
158
SEKOLAH UNTUK SEMUA (SUS): MISI AMAL
BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN
PISKANITA UniMAP, dengan kerjasama 3rd Force Perlis dan 3rd Force
UniMAP sekali lagi membantu anak-anak golongan asnaf membuat
persiapan menjelang sesi persekolahan 2019. Bantuan tersebut
membabitkan seramai 55 orang pelajar sekolah rendah dan menengah
daripada 22 buah keluarga yang mana kesemua mereka telah dibawa
untuk membeli pelbagai kelengkapan sekolah di sekitar Kangar. Setiap
pelajar diberikan peruntukan untuk membeli sepersalinan unifom
sekolah, kasut, stokin, tudung dan seluar sukan.
Suasana sekitar proses membeli-belah amat meriah dan teruja,
dengan keseronokan anak-anak mendapat pakaian sekolah baharu.
Seramai 13 sukarelawan PISKANITA tampil memberikan bantuan semasa
sesi membeli-belah yang berlangsung semalam dan hari ini. Selain
bantuan kepada asnaf sekitar Perlis, PISKANITA UniMAP buat julung
kalinya hari ini turut membantu 29 anak-anak staf UniMAP. Sebanyak
RM8,273.85 telah dikumpul daripada para penyumbang, termasuk
RM2,000.00 daripada tabung PISKANITA sendiri. Antara syarika dan
persatuan yang menghulurkan sumbangan dan tajaan dalam program
ini ialah Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (POTENSI UniMAP),
Maxxx IT Global, Api Api Ikan Bakar, Cenfotec dan Bebasnap Studio.
159
FREE MARKET
Program “Free Market” yang diadakan pada 25 Mei 2019 anjuran Pusat
Pengajian Kejuruteraan Bahan (PPKB) sebagai sebuah Tanggungjawab
Sosial Universiti (USR) yang merupakan program berimpak tinggi telah
dilaksanakan bersama-sama Warga Pangsapuri Seri Sena, Kangar yang
kebanyakkan adalah daripada golongan B40.
Pelbagai barangan terpakai seperti pakaian, buku, dan permainan
didapati melalui kutipan serta sumbangan oleh seluruh warga UniMAP
yang dikumpul dan diagihkan kepada Warga Pangsapuri Seri Sena.
Turut diedarkan juga sumbangan 380 kampit beras kepada keluarga
yang terlibat. Program ini diketuai oleh Dr. Norainiza Saud sebagai salah
satu aktiviti Kelab Staf PPKB. Terima kasih pada sumbangan warga
UniMAP dan juga penaja program ini.
160
161
TANGGUNGJAWAB SOSIAL UNIVERSITI
“PROGRAM PEMINDAHAN ILMU”
USR@UniMAP
COVID-19
163
164
165
166
167
168
169
170
171
172
173
174
175
176
177
178
179
180
181
182
183
184
185
186
187
188
189
190