The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cnzlunarenterprise, 2021-09-12 08:38:18

Universiti Untuk Masyarakat U4S

Universiti Untuk Masyarakat U4S

Keywords: U4S

41

PROGRAM SUMMER CAMP 2019: MENJANA JURUTERA GLOKAL

KOMUNITI LOKASI PROGRAM JUMLAH PENAJAAN
(JUMLAH) PEMINDAHAN & AGENSI/ INDUSTRI
Kampus Alam UniMAP,
• Pelajar Tingkatan 4 aliran Pauh Putra ILMU (KTP) Kerajaan Negeri Perlis
Sains sekolah menengah (RM35,000.00)
LIBATSAMA • Kepakaran bidang
sekitar Perlis AGENSI/ INDUSTRI teknologi dan inovasi BAJET (RM)
• Kuantiti: 167 orang • Neuro-Linguistic (NLP),
Kerajaan Negeri Perlis 35,000.00
OBJEKTIF peningkatan
motivasi belajar
Memupuk minat pelajar yang
berkebolehan kreatif, inovasi dan JUMLAH
PENGLIBATAN
kemahiran praktikal dalam STAF & PELAJAR
bidang robotik
• 9 orang Staf IKRK
IMPAK • 8 orang staff dan 17 pelajar

Menyemai semangat berpasukan, PPK Mekatronik
meningkatkan kebolehan • 10 orang pelajar MPP

berkomunikasi dan mengasah UniMAP
bakat kepimpinan

42

PROGRAM SUMMER CAMP 2019: MENJANA
JURUTERA GLOKAL

Program Summer Camp 2019: Menjana Jurutera Glokal anjuran
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melalui Institut Kajian Institusi Raja,
Kepimpinan dan Komuniti (IKRK) dengan kerjasama Kerajaan Negeri
Perlis telah diadakan pada 25 hingga 28 November 2019 bertempat di
Kampus Alam UniMAP, Pauh Putra. Tujuan program ini adalah untuk
memberi peluang kepada pelajar sekolah menengah mengembangkan
bakat diri dan kemahiran inovasi serta robotik seiring dengan Revolusi
Industri (IR4.0) yang menekankan pembinaan teknologi realiti maya
tanpa banyak menggunakan tenaga manusia.

Sasaran penyertaan program ini adalah pelajar sekolah-sekolah
terpilih merangkumi 15 DUN dalam 3 kawasan Parlimen (Kangar, Arau
dan Padang Besar) iaitu sebanyak 167 orang pelajar Tingkatan Empat
aliran Sains sekolah menengah di Perlis.

43

Oleh itu, UniMAP mengambil inisiatif dan Tanggungjawab Sosial
Universiti (USR) sebagai penggerak melalui kepakaran teknologi dan
inovasi pensyarah dengan memberi tunjuk ajar, latihan dan perpindahan
ilmu Neuro-Linguistic (NLP) motivasi kepada pelajar yang berkualiti
dan berdaya saing di samping membangunkan potensi kreatif individu
serta pendedahan kehidupan dunia kampus.

44

45

PROGRAM MENELUSURI SAINS DALAM ISLAM

LOKASI

Alor Star, Kedah

KOMUNITI PROGRAM JUMLAH PENAJAAN
(JUMLAH) PEMINDAHAN & AGENSI/ INDUSTRI

• Guru Muslim SJK (C.) Sin Min ILMU (KTP) • Water Research Group:
• Pelajar muslim Sekolah Jenis (RM250.00)
Pengetahuan tentang Sains Seni • Individu:
Kebangsaan (C.) Sin Min dan budaya serta sejarah (RM300.00)
• Ibu bapa pelajar negeri Kedah
• Kuantiti: 34 orang
LIBATSAMA BAJET (RM)
OBJEKTIF AGENSI/ INDUSTRI
1,140.00
• Program STEM yang memperkenalkan Menara Alor Setar
Sains dalam binaan arkitek Islam
JUMLAH
• Kejuruteraan dan Matematik, dan PENGLIBATAN
Sains melalui lawatan sambil belajar STAF & PELAJAR

di sekitar Alor Star, Kedah • Staff PPKAS
• Kuantiti: 3 orang
IMPAK

Menanam minat
terhadap STEM

46

PROGRAM MENELUSURI SAINS DALAM ISLAM

Sebagai menyokong hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia yang
mahukan adanya jalinan kerjasama antara Universiti Awam dengan
pihak sekolah atau komuniti, Pusat Pengajian Kejuruteraan Alam
Sekitar (PPKAS), Universiti Malaysia Perlis telah melantik SJK (C) Sin Min
sebagai sekolah angkat PPKAS. Beberapa program telah dirancang di
bawah program sekolah angkat, salah satu daripadanya adalah Program
Menelusuri Sains Dalam Islam yang diadakan pada 26 November 2019.

Program ini diadakan pada waktu cuti sekolah dan melibatkan
pelajar Muslim dari peringkat pra sekolah hingga Tahun Enam dari
SJK (C) Sin Min. Aktiviti yang dirancang adalah aktiviti yang menarik
minat pelajar terhadap Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik
(STEM). Program ini diharap dapat meningkatkan bilangan pelajar yang
mengambil mata pelajaran ini dan sekaligus membendung fenomena
minat terhadap STEM yang semakin merosot.

47

Program ini membawa pelajar melawat ke beberapa tempat yang
dapat memberi pendedahan tentang sains secara fizikal kepada pelajar.
Pelajar dibawa ke Pusat Sains Negara Wilayah Utara (Sains), Muzium
Padi (Teknologi), Masjid Zahir – 10 masjid tercantik di dunia (Arkitek
Islam), Menara Alor Setar (Kejuruteraan dan Matematik) dan Muzium
Negeri (Sejarah).
Seramai tiga orang kakitangan PPKAS terlibat dalam program ini,
seorang guru pengiring dan 26 orang pelajar serta tujuh orang ibu bapa
pelajar.

48

49

UniMAP-SMK DERMA PERKASA KAEDAH PEMBELAJARAN KENDIRI

LOKASI

Dewan Kuliah 3 dan 4
UniMAP Pauh Putra

KOMUNITI PROGRAM JUMLAH PENAJAAN
(JUMLAH) PEMINDAHAN & AGENSI/ INDUSTRI

• Pelajar dan guru Tingkatan 5 dari ILMU (KTP) -
Sekolah Menengah Kebangsaan
Derma, Kangar Perlis Kaedah pembelajaran BAJET (RM)
• Kuantiti: 134 orang kendiri melalui aktiviti
200.00
OBJEKTIF LIBATSAMA e-Pembelajaran
AGENSI/ INDUSTRI (Hadiah berupa barangan
Memberi pendedahan kepada pelajar JUMLAH kepada murid dalam
tingkatan 5 dari Sekolah Menengah Sekolah Menengah Kebangsaan PENGLIBATAN aktiviti kuiz)
Kebangsaan Derma tentang kaedah Derma, Kangar Perlis STAF & PELAJAR
pembelajaran kendiri melalui aktiviti
e-Pembelajaran • Staf Lead
• Kuantiti: 6 orang
IMPAK

• Akses pendidikan sepanjang hayat
yang fleksibel melalui hubungan
UniMAP-SMK Derma
• Perkongsian kepakaran antara
insitusi pendidikan tinggi dan
sekolah sejajar dengan
matlamat University For
Society

50

UniMAP-SMK DERMA PERKASA KAEDAH
PEMBELAJARAN KENDIRI

Pembelajaran abad ke-21 sering menjadi seruan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia, yang mana pembelajaran berpusatkan kepada
murid atau pembelajaran kendiri dengan menggabungkan fasiliti sedia
ada seperti penggunaan komputer, talian internet juga melibatkan
perbincangan bersama rakan. Semua elemen pembelajaran abad ke-21
ini terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025.

Justeru, UniMAP melalui Pusat Pembangunan Kepimpinan
Pendidikan Lestari (LEAD) sebagai pusat latihan e-Pembelajaran universiti
memanfaatkan peluang memperkasakan kaedah pembelajaran kendiri
melalui penganjuran Bengkel A+ Sejarah dan Bahasa Melayu bersama
131 orang murid Tingkatan 5 Sekolah Menengah Kebangsaan Derma.
Bengkel yang diadakan pada 4 Julai 2019 ini melibatkan penyertaan tiga
orang guru panitia subjek berkenaan. Penganjuran ini merupakan satu
inisiatif USR UniMAP dalam memastikan penggunaan teknologi dalam
pengajaran dan pembelajaran pelajar serta tenaga pengajar adalah
optimum dan kreatif dalam menarik minat murid. Murid dan guru
didedahkan dengan aplikasi teknologi terkini bagi membantu murid
mengulangkaji pelajaran dan membantu guru dalam penyediaan nota
serta aktiviti menarik kepada murid seperti aplikasi Powtoon, Kahoot,
Quizziz dan Google Form.

51

Dalam membentuk pendidikan tinggi abad ke-21 ini, yang paling
penting untuk ditimbang tara ialah peranan institusi pendidikan dalam
memastikan keseimbangan aspek kemanusiaan dan teknologi atau
Humanising Technologies, Becoming a Game Changer.
Program ini mendapat sokongan dari Naib Canselor UniMAP, Prof.
Ir. Ts. Dr. R Badlishah Ahmad dan program ini akan berterusan dengan
menjadikan Sekolah Menengah Kebangsaan Derma selaku sekolah
kluster kecemerlangan negeri Perlis sebagai sekolah angkat UniMAP.

52

53

TANGGUNGJAWAB SOSIAL UNIVERSITI (USR) MALAYSIAN
TECHNOLOGY UNIVERSITY NETWORK (MTUN)

KOMUNITI LOKASI PROGRAM JUMLAH PENAJAAN
(JUMLAH) PEMINDAHAN & AGENSI/ INDUSTRI
Bantapaed Thepa,
• Pelajar Universiti Thaksin, Thailand, Songkhla Thailand ILMU (KTP) RM 7,842.90
penduduk kampung dan pelajar
Tadika di Thepa LIBATSAMA Melahirkan individu yang BAJET (RM)
• Kuantiti: 200 orang AGENSI/ INDUSTRI prihatin akan aktiviti
15,975.00
OBJEKTIF Agensi travel and tour kemasyarakatan dalam
kalangan mahasiswa-
• Memberi pendedahan kepada para
pelajar dan masyarakat tentang mahasiswi
aktiviti kemasyarakatan
• Memupuk rasa keperihatinan JUMLAH
persatuan pelajar kepada PENGLIBATAN
masyarakat luar Negara yang STAF & PELAJAR
memerlukan
bantuan • Persatuan pelajar Fakulti
Teknologi kejuruteraan (FTK)
IMPAK UniMAP, UteM, UTHM, UMP

Melahirkan individu yang mempunyai dan pengiring.
kebolehan untuk memimpin, • Kuantiti: 87 orang

bertanggungjawab dan mampu
memberikan khidmat tenaga dan

buah fikiran untuk membantu
orang yang kesusahan

54

TANGGUNGJAWAB SOSIAL UNIVERSITI (USR)
MALAYSIAN TECHNOLOGY UNIVERSITY
NETWORK (MTUN)

Songkla Thailand, 22-24 November 2019 – Program Tanggungjawab
Sosial Universiti (USR) di Thailand yang dianjurkan oleh Persatuan
Mahasiswa-Mahasiswi Fakulti Kejuruteraan Teknologi (FTK), Universiti
Malaysia Perlis (UniMAP) telah dijalankan di Bantapaed Thepha, Songkla
Thailand selama tiga hari dua malam.

Program ini julung kali diadakan dan merupakan kali pertama
dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa-Mahasiswi FTK. yang disertai
seramai 80 orang mahasiswa-mahasiswi terdiri daripada FTK UniMAP,
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia (UTHM) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah bersama-
sama meryertai dalam menjayakan program.

55

Program berjaya dijalankan dengan kerjasama daripada empat buah
universiti yang diketuai oleh Nurul Izzah Akma Abdullah Sidek sebagai
Ketua Program daripada FTK, UniMAP. Ia juga berjaya memenuhi dan
merealisasikan tujuan program yang telah digariskan iaitu melahirkan
individu yang prihatin akan aktiviti kemasyarakatan dalam kalangan
mahasiswa-mahasiswi. Kesepakatan dan kerjasama daripada keempat-
empat universiti sekaligus mampu memberikan tindakan yang bijak
untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi bersama-sama.
Pada masa yang sama, menguji kredibiliti setiap peserta memupuk
semangat kerjasama antara satu sama lain. Dengan komitmen yang
baik setiap peserta, program ini telah berjaya dilaksanakan dengan
jayanya.

56

57

PENBSEYNARGAKHELKPOELNEGJHMAASTIRLIAKNULPARSOIDSUEKLASNAGBOURN SDEARNTAPIEPNRCOUGCRI AM
MENSGEARSBAAHGUINNOAVDAESNI DGAANN KPREENAGTGIVUINTIAMAENLEANLZUIIMFRBEUEAHHAND
VISUALIZATION SKILL (FVS)

LOKASI

Kolej Matrikulasi Selangor

KOMUNITI PROGRAM JUMLAH PENAJAAN
(JUMLAH) PEMINDAHAN & AGENSI/ INDUSTRI

• Pensyarah matrikulasi Selangor ILMU (KTP) • RHB Bank
• Kuantiti: 110 orang (RM3,300.00)
• Memberi kesedaran dan pendedahan tentang • Cluebee Sdn Bhd
kemahiran ini yang mampu mempengaruhi (RM3,000.00)
daya kreativiti, inovasi dan
OBJEKTIF LIBATSAMA produktiviti seseorang BAJET (RM)
AGENSI/ INDUSTRI • Komunikasi akan lebih berkesan
Membantu mengasah kreativiti dan menggunakan teknik kemahiran 6,300.00
inovasi pensyarah matrikulasi melalui • Cluebee Sdn Bhd tangan (sketching) FVS
• RHB Bank
Freehand Visualization Skill(FVS) JUMLAH
PENGLIBATAN
IMPAK STAF & PELAJAR

• Idea-idea bernas dapat disampaikan dengan lebih • 110 staf
efektif dan memberi impak kepada individu (melibatkan pensyarah Kolej
dan juga organisasi.
• Gabungan verbal dan non verbal dalam Matrikulasi Selangor)
berkomunikasi khasnya VISUAL dalam aspek
pengajaran akan membantu pelajar lebih
fokus dan akan menjadikan pengajaran
lebih meyakinkan dan menarik
• Fleksibel, mudah, murah dan
Menjimatkan masa & kewangan

58

PENSYARAH KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR
SERTAI PROGRAM MENGASAH INOVASI DAN
KREATIVITI MELALUI FREEHAND VISUALIZATION
SKILL (FVS)

BANTING, 15 November 2019, Seramai 110 pensyarah di Kolej Matrikulasi
Banting menyertai Program Mengasah Inovasi dan Kreativiti Melalui
Program Freehand Visualization Skill (FVS).

Program Tanggungjawab Sosial Universiti (USR) ini anjuran bersama
Universiti Malaysia Perlis dari Unit Anjung UniMAP Kuala Lumpur, pihak
Drawazania dibawah Clubee Sdn Bhd dan pihak RHB Bank yang menaja
yuran program bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran
tentang kemahiran yang mempengaruhi daya kreativiti, inovasi dan
produktiviti mereka.

59

Kemahiran ini sangat diperlukan dalam memastikan idea–idea
bernas dapat disampaikan dengan lebih efektif seterusnya memberi
impak positif kepada individu mahupun organisasi yang mereka
uruskan. Aspek penting dalam mengukuhkan teknik pengajaran dan
pembelajaran adalah dengan menguatkan kemahiran melakar yang
menjadi sebagai kemahiran yang perlu untuk semua.
Kumpulan sasaran program kali ini adalah pensyarah-pensyarah
yang menjadi tenaga pengajar Kolej Matrikulasi yang boleh
mengaplikasikan teknik ini dalam proses pengajaran & pembelajaran
serta berkomunikasi dengan lebih efektif dan menarik.

60

61

TANGGUNGJAWAB SOSIAL UNIVERSITI
“PROGRAM PEMINDAHAN ILMU”

EKONOMI

Membangunkan aset yang boleh digunakan untuk menambah
baik kehidupan komuniti agar mereka bersedia untuk membuat

tindakan untuk meningkatkan pendapatan ekonomi

63

BENGKEL PENGHASILAN PRODUK SABUN DAN PENCUCI
SERBAGUNA DENGAN PENGGUNAAN ENZIM BUAH

OBJEKTIF KOMUNITI LOKASI
(JUMLAH)
Pendedahan mengenai Masjid Al-Hidayah,
kaedah penghasilan • Tahap 1: Titi Beratap, Simpang
produk sabun dan 60 orang peserta
pencuci serbaguna Empat, Perlis
dengan penggunaan • Tahap 2:
enzim buah 35 orang peserta

LIBATSAMA PROGRAM IMPAK
AGENSI/ INDUSTRI PEMINDAHAN
Pengeluaran produk
• Majlis Agama Islam dan ILMU (KTP) secara komersial untuk
Adat Istiadat Melayu dana Masjid Al-Hidayah
Perlis (MAIPs) Penghasilan produk sabun
• Eco Global Green dan pencuci serbaguna
Sdn. Bhd. untuk kegunaan sendiri
• Masjid Al-Hidayah, ataupun perniagaan
Titi Beratap, Perlis atas talian bagi menjana
pendapatan keluarga

JUMLAH BAJET (RM) JUMLAH
PENGLIBATAN PENAJAAN
STAF & PELAJAR 1,500.00 & AGENSI/
INDUSTRI
2 orang staf INSAT
MAIPs
(RM1,500)

64

BENGKEL PENGHASILAN PRODUK SABUN DAN
PENCUCI SERBAGUNA DENGAN PENGGUNAAN
ENZIM BUAH

Pembangunan komuniti terutamanya aktiviti yang melibatkan
penjanaan kewangan merupakan bidang fokus yang memberikan
impak yang memuaskan kepada pelaksana. Bengkel yang digarap
secara khusus ini merupakan program University Social Responsibility
(USR) yang telah dirancang oleh pihak Institut Agro teknologi Lestari
(INSAT), Universiti Malaysia Perlis dengan kerjasama Majlis Agama Islam
dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Eco Green Global Sdn. Bhd. dan
Masjid Al-Hidayah, Kg. Titi Beratap, Perlis. Tujuan utama adalah untuk
memberi pendedahan kepada semua peserta terutamanya ahli kariah
Masjid Al-Hidayah mengenai kaedah penghasilan produk sabun dan
pencuci serbaguna dengan penggunaan enzim buah.

Fokus utama bengkel ini diadakan adalah untuk memberi
penerangan dan pendedahan lebih lanjut kepada peserta mengenai
kaedah penghasilan produk sabun dan pencuci serbaguna disamping
berkongsi pengalaman dan pemindahan kepakaran di dalam
penghasilan bahan mikroorganisma efektif (EM), pembuatan produk
sabun dan pencuci serbaguna. Bengkel ini juga memberi tunjuk ajar
secara praktikal di dalam penghasilan EM, sabun dan pencuci serbaguna
serta pembuatan baja cecair dan teknik pengeluaran kompos.

65

Sesi bengkel dikendalikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Rosli Sharif.
Beliau merupakan Pengerusi Eksekutif Syarikat Eco Green Global Sdn
Bhd. Syarikat ini yang berpengkalan di Kuala Lumpur adalah merupakan
sebuah syarikat yang melibatkan diri di dalam ‘Zero Waste’, penghasilan
produk sabun organik serta perkhidmatan pengurusan bahan buangan
dan proses rawatan air dengan mengaplikasikan mikroorganisma
efektif (EM). Bengkel ini diadakan pada dua tahap dimana tahap satu
dihadiri oleh 60 orang manakala tahap dua atau lanjutan seramai 35
peserta yang terlibat.

Pihak INSAT menghargai sumbangan kewangan yang telah
diberikan oleh pihak MAIPs dan sumbangan tenaga pengajar oleh Eco
Green Global Sdn. Bhd. serta pihak Masjid Al-Hidayah dan ahli kariah
dalam menjayakan bengkel tersebut. Lanjutan daripada bengkel
tersebut, pihak Masjid Al-Hidayah telah menghasilkan produk sabun
tangan dan pencuci serbaguna untuk mengumpul dana masjid dan
dijual terutamanya kepada pelancong dari luar Perlis memandangkan
lokasi masjid yang strategik berhampiran kawasan laluan pelancong
yang akan ke Pulau Langkawi.

66

67

PROGRAM PENDIDIKAN KEUSAHAWANAN
BERSAMA AL-IKHSAN SPORT

OBJEKTIF KOMUNITI LOKASI
(JUMLAH)
Memupuk minta Kompleks Dewan Kuliah
pelajar dalam bidang Pelajar Majlis Perwakilan (DK2), Kampus Alam
Kolej Kediaman Pauh UniMAP, Pauh Putra
keusahawanan
Putra Kuantiti: 171 orang

LIBATSAMA PROGRAM IMPAK
AGENSI/ INDUSTRI PEMINDAHAN
Memotivasikan pelajar
Syarikat ILMU (KTP) untuk menceburkan
Al-Ikhsan Sports
Pemindahan ilmu diri dalam bidang
JUMLAH perniagaan dan kejayaan keusahawanan
PENGLIBATAN Syarikat Al-Ikhsan kepada
STAF & PELAJAR JUMLAH
para pelajar PENAJAAN
Pelajar Majlis Perwakilan & AGENSI/
Kolej Kediaman Pauh BAJET (RM) INDUSTRI
Putra
- -

68

PROGRAM PENDIDIKAN KEUSAHAWANAN
BERSAMA AL-IKHSAN SPORT

Program Pendidikan Keusahawanan Bersama Al-Ikhsan Sports telah
berjaya dilaksanakan pada 15 Disember 2019 anjuran Majlis Penghuni
Kompleks Perumahan Pauh Putra di Kompleks Dewan Kuliah (DK2).
Pengarah Program iaitu Nur Elina Hanani Johari menjelaskan banyak
manfaat yang dapat dikongsi sepanjang program ini berlangsung.
Program ini dapat membudayakan asas ilmu keusahawanan dan
menggalakkan peserta menceburi bidang perniagaan.

Program ini juga dapat memberi pendedahan secara ekslusif
kejayaan dan pengiktirafan Al-Ikhsan Sports sebagai “The Biggest
Sports Retailer in Malaysia”. Seterusnya, program ini dijangka dapat
melahirkan mahasiswa yang yakin dan berani menceburi bidang
keusahawanan. Dalam jangka masa panjang program ini akan
memberi sumbangan kepada masyarakat melalui momentum inisiatif
pelaksanaan keusahawanan yang digembleng dan diusahakan
oleh para peserta. Kejayaan perniagaan yang dilaksanakan pastinya
memberi impak positif dalam memacu kemajuan ekonomi negara.

69

Melalui perkongsian ilmu dalam program ini, penceramah
menjelaskan bahawa formula kejayaan Al-Ikhsan ialah; Jangan Kita
Meninggalkan Solat Lima Waktu, Jaga Ibu Bapa Kita Sebaik Mungkin,
Tunaikan Zakat, Berikan Sedekah dan Bantu Mereka Yang Susah dan
Menyerahkan Semuanya Kepada Kekuasaaan Allah serta Mempercayai
Sekiranya Melakukan Sesuatu Perkara Kerana Allah Semata-Mata, ianya
memberi kesan amat berbeza jika kita amalkan.

70

71

TANGGUNGJAWAB SOSIAL UNIVERSITI
“PROGRAM PEMINDAHAN ILMU”

ALAM SEKITAR

Berperanan untuk melestarikan alam semesta iaitu menanam rasa
tanggungjawab dalam kalangan komuniti untuk bertindak dan mengambil

bahagian dalam menjaga alam sekitar yang dikongsi bersama

73

TEKNOLOGI SOLAR MASJID FAIZUDDIN JAMALULLAIL

OBJEKTIF KOMUNITI LOKASI LIBATSAMA PROGRAM
(JUMLAH) AGENSI/ INDUSTRI PEMINDAHAN
Berkongsi pengetahuan mengenai Masjid Faizuddin Jamalullail,
system solar PV dan manfaat Komuniti Semporna Sabah Kampung Engang-Engang Rej. 504 AW, Perlis ILMU (KTP)
penjimatan elektrik Kuantiti:50 orang Melanu, Semporna Sabah
Teknik atau kaedah
penggunaan dan
penjimatan
elektrik

IMPAK JUMLAH BAJET (RM) JUMLAH PENAJAAN
PENGLIBATAN & AGENSI/ INDUSTRI
Penggunaan tenaga elektrik STAF & PELAJAR 15,000.00
dapat dikurangkan -
4 orang staf PPKSE

74

TEKNOLOGI SOLAR MASJID FAIZUDDIN
JAMALULLAIL

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melalui Pusat Pengajian Kejuruteraan
Sistem Elektrik (PPKSE) melaksanakan program Tanggungjawab Sosial
di Kampung Engang - Engang, Melanu, Pulau Bum-Bum dengan
membawa teknologi solar untuk kegunaan masyarakat setempat.
Inisiatif ini berpaksikan Lonjakan 7 dan Lonjakan 8 Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025.

Kemudahan di Masjid Tuanku Syed Faizuddin Jamalullail ini
memberi faedah kepada lebih 300 ahli masyarakat setempat dan usaha
ini bertepatan dengan seruan Menteri Pendidikan, YB. Dr. Maszlee Malik
yang ingin mengembalikan fungsi universiti sebagai pakar rujukan
komuniti dan masyarakat malah ia juga selaras dengan visi ‘Universiti
Untuk Masyarakat’ yang dibawa Kementerian Pendidikan Malaysia
untuk melihat lebih banyak inovasi dan kepakaran dari universiti awam
dan swasta untuk dinikmati oleh semua lapisan rakyat. Pemasangan
lampu solar berkenaan mendapat bantuan masyarakat setempat selain
dibantu tenaga kerja dari pihak Angkatan Tentera Kem Rejimen 504
Askar Wataniah.

75

Melalui sistem ini lampu di kawasan tempat wuduk dan juga
tandas akan dijana sepenuhnya melalui panel solar yang dipasang
di atas bumbung bangunan. Tenaga elektrik yang dijana pada siang
hari disimpan di dalam bateri dan digunakan pada waktu malam. Ia
sekaligus memberikan penjimatan dan pemeliharaan alam sekitar
melalui penghasilan tenaga dari sumber tenaga boleh diperbaharui.
Selain itu, pasukan projek ini juga menaik taraf sistem pencahayaan di
dalam masjid supaya member lebih keselesaan kepada jemaah masjid.
Pihak UniMAP juga memasang papan informasi mengenai sistem
solar yang dipasang supaya masyarakat setempat dapat memahami
operasi sistem solar berkenaan. Ini membuktikan UniMAP bukan sahaja
menyumbangkan teknologi tetapi turut melakukan “Perpindahan
Ilmu” yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat. Perasmian
sistem solar berkenaan disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku
Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Canselor UniMAP pada 2019.

76

77

BENGKEL PEMBIAKAN AZOLLA MENGGUNAKAN KOMPOS
SISA MAKANAN DAN KEGUNAANNYA KE ARAH
TEKNOLOGI HIJAU YANG MAMPAN

OBJEKTIF KOMUNITI LOKASI LIBATSAMA PROGRAM
(JUMLAH) AGENSI/ INDUSTRI PEMINDAHAN
Mendidik komuniti tentang Pusat Pengajian
pengurusan sisa makanan Pelajar UniMAP dan Staf USM Teknologi Industri, Pusat Pengajian ILMU (KTP)
Kuantiti: 11 orang Universiti Sains Malaysia Teknologi Industri,
untuk dijadikan baja Universiti Sains Malaysia • Mempelajari cara membuat
(USM) kompos dan pembiakan Azolla
(USM) • Mempelajari cara membiak

Azolla melalui sesi
taklimat dan
praktikal

IMPAK JUMLAH BAJET (RM) JUMLAH PENAJAAN
PENGLIBATAN & AGENSI/ INDUSTRI
Memberi peluang kepada pelajar STAF & PELAJAR 1,000.00
tentang penggunaan Azolla di Geran Penyelidikan
dalam pembiakan 2 orang staf dan Translasional MRUN
ikan keli dan ikan 5 orang pelajar PPKAS (USM -MTUN/MCUN)
tilapia

78

BENGKEL PEMBIAKAN AZOLLA MENGGUNAKAN
KOMPOS SISA MAKANAN DAN KEGUNAANNYA
KE ARAH TEKNOLOGI HIJAU YANG MAMPAN

Bengkel yang diadakan pada 8 hingga 10 Oktober 2019 telah memberi
pendedahan kepada pelajar secara teoritikal dan praktikal berkaitan
penghasilan Azolla dan kegunaannya dalam bidang ternakan
seterusnya menyemai dan memupuk kesedaran serta peranan
mahasiswa terhadap tanggungjungjawab ke atas alam sekitar dengan
mempraktikkan amalan mampan yang bertempat di Pusat Pengajian
Teknologi Industri, Universiti Sains Malaysia (USM).

Bengkel ini melibatkan lima orang pelajar dari Pusat Pengajian
Kejuruteraan Alam Sekitar (PPKAS) bersama enam orang staf iaitu
Ts. Dr. Farah Naemah Mohd Saad dan Prof. Madya. Ts. Dr. Irnis Azura
Zakarya dan jurulatih daripada USM bagi mempelajari cara membuat
kompos dan pembiakan Azolla. Sepanjang program dijalankan, pelajar
didedahkan dengan teknik kompos menggunakan tong SKM 1 dan 2,
kompos sangkar serta kompos mengggunakan cacing bersama juga
cara membiak Azolla melalui sesi taklimat dan praktikal. Teknik mulching
menggunakan daun perang, Chop and Drop turut diperkenalkan dan
diaplikasikan di Bukit TI. Selain itu, pelajar turut didedahkan kaedah
dan aplikasi sains di sebalik proses pengkomposan bersama Prof. Dr.
Mahamad Hakimi Ibrahim, Ketua Projek Geran Penyelidikan MRUN
(USM-MTUN/MCUN) 2018.

79

Selain itu, sesi di Fish House USM turut diadakan untuk memberi
peluang kepada pelajar tentang penggunaan Azolla di dalam
pembiakan ikan keli dan ikan tilapia. Pada lawatan ini, para pelajar
diberi penerangan tentang pasaran dan cara penternakan ikan keli
secara konvensional yang kebanyakannya menggunakan perut ayam
dan bangkai haiwan sebagai sumber makanan ikan keli. Ini berbeza
dengan penternakan Keli Lestari yang menggunakan Azolla, pellet serta
Black Soldier Fly Larvae sebagai sumber makanan. Pada hari terakhir
progam, pelajar turut diberi peluang merasai madu kelulut segar dari
sarang yang terdapat di bumbung Pusat Pengajian Teknologi Industri
(PPTI) seterusnya mendedahkan para pelajar betapa pentingnya setiap
komponen hidupan di dalam ekosistem semulajadi.

80

81

KEM PEMIMPIN MUDA PRIHATIN AIR (KPMPA)
UNESCO-IHP MALAYSIA 2019

OBJEKTIF KOMUNITI LOKASI LIBATSAMA PROGRAM
(JUMLAH) AGENSI/ INDUSTRI PEMINDAHAN
Memberi pendedahan dan Wetland, Putrajaya
kesedaran tentang kepentingan • 67 orang pelajar sekolah • Jawatankuasa Pendidikan, ILMU (KTP)
menguruskan sumber air dengan menengah tingkatan 4 dari Latihan dan Penerangan
Awam (JKPLPA) Pengetahuan tentang STEM
bijak untuk kesinambungan seluruh Malaysia • Unesco-IHP Malaysia terutamanya berkaitan air
kehidupan serta • 12 orang guru
• 16 orang pakar/penceramah
kelangsungan generasi daripada pelbagai agensi
akan datang teknikal serta

pensyarah

IMPAK JUMLAH BAJET (RM) JUMLAH PENAJAAN
PENGLIBATAN & AGENSI/ INDUSTRI
• Menanam minat terhadap STEM STAF & PELAJAR -
• Memberi maklumat tentang -
air dan komposisi serta 3 orang staf Pusat Pengajian
eksperimen Sains Kejuruteraan Alam Sekitar
(PPKAS) Jawatankuasa
KPMPA

82

KEM PEMIMPIN MUDA PRIHATIN AIR (KPMPA)
UNESCO-IHP MALAYSIA 2019

Program Kem Pemimpin Muda Prihatin Air (KPMPA) ini adalah
penjenamaan semula dari Kem Pengurusan Mampan dengan
penambahbaikan modul latihan dan pendidikan yang disusun semula.
Kem ini dilaksanakan sebagai strategi baru dalam meningkatkan
kesedaran dan Pendidikan secara berterusan di bawah Jawatankuasa
Pendidikan, Latihan dan Penerangan Awam (JKPLPA) UNESCO-IHP
Malaysia.

Program ini menjurus kepada pembelajaran berkaitan pengurusan
air serta pembangunan kapasiti dan kepimpinan. Antara objektif utama
program ini adalah untuk memberi pendedahan dan kefahaman
tentang status, peluang, cabaran menguruskan sumber air negara serta
meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menguruskan sumber
air dengan bijak untuk kesinambungan kehidupan serta kelangsungan
generasi akan datang. Selain itu, program ini juga memberi kefahaman
tentang tugas dan peranan agensi-agensi yang bertanggungjawab
dalam hal ehwal pengurusan air di samping dapat membentuk pelajar
berwawasan, berpengetahuan, bijak menangani masalah, berfikiran
kreatif dan dinamik.

83

Melalui program ini peserta didedahkan dengan aktiviti diskusi
ilmiah, komunikasi dua hala antara peserta dan penceramah dari
pelbagai agensi, pembelajaran dan pendidikan dalam kumpulan yang
dibantu oleh fasilitator, pembentangan berkumpulan hasil analisa isu
berhubung peluang dan cabaran pengurusan air, riadah, kerohanian
dan kebudayaan.
Program ini telah dijalankan pada 2 - 4 April 2019 di Wetland,
Putrajaya bersempena dengan sambutan Hari Air Sedunia 2019 yang
melibatkan 15 buah sekolah daripada seluruh Malaysia. Seramai 67
pelajar mengambil bahagian, dengan diiringi dengan 12 orang guru
pembimbing. Selain itu, seramai 16 orang pakar/penceramah daripada
pelbagai agensi teknikal serta pensyarah dari pelbagai latar belakang
akademik dan bidang. Tiga orang kakitangan Pusat Pengajian
Kejuruteraan Alam Sekitar (PPKAS) daripada Water Research Group
(WAREG) turut terlibat dalam pelaksanaan modul Rawatan Air Sisa.

84

85

YOUNG ENVIRONMENTALIST CAMP (YEC) 2019

OBJEKTIF KOMUNITI LOKASI LIBATSAMA PROGRAM
(JUMLAH) AGENSI/ INDUSTRI PEMINDAHAN
Memberi pendedahan kepada Seberang Perai Selatan,
generasi muda tentang Pelajar sekolah Pulau Pinang • Jawatankuasa Pendidikan, ILMU (KTP)
pentingnya sumber air di Kuantiti: 51 orang Latihan dan Penerangan
Malaysia Awam (JKPLPA) Pengetahuan tentang
• Unesco-IHP STEM terutamanya
Malaysia berkaitan air

IMPAK JUMLAH BAJET (RM) JUMLAH PENAJAAN
PENGLIBATAN & AGENSI/ INDUSTRI
Memberi maklumat tentang air STAF & PELAJAR -
dan komposisi serta RM19,900.00
eksperimen sains 15 orang staf PPKAS sebagai
Jawatankuasa YEC

86

YOUNG ENVIRONMENTALIST CAMP (YEC) 2019

Program Young Environmentalist Camp 2.0 ini dianjurkan sejajar
dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
di mana salah satu objektif utama ialah untuk meningkatkan kualiti
kurikulum terutamanya Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan
Matematik (STEM).

Program ini memfokuskan kepada pendidikan dalam persekitaran
pengajaran dan pembelajaran berasaskan aktiviti yang menyeronokkan
bagi menarik minat para pelajar dalam melahirkan lebih ramai generasi
muda yang berkemahiran dalam bidang sains dan teknologi.

Selain itu, program ini dapat mendekatkan lagi pelajar-pelajar di
peringkat sekolah rendah kepada pendidikan alam sekitar melalui
aktiviti memperkenalkan pelajar kepada jenis-jenis pencemaran
seperti pencemaran sisa pepejal, pencemaran bunyi, dan pencemaran
air disamping menunjukkan kaedah pemuliharaan alam sekitar yang
dilakukan oleh jurutera alam sekitar.

87

Setiap aktiviti yang dianjurkan diharapkan dapat mempersiapkan
generasi baharu supaya berani menghadapi cabaran masa hadapan,
menyelesaikan konflik secara aman, membuat keputusan yang wajar
dalam situasi kritikal, dan mempunyai keberanian melakukan apa yang
betul.
Program ini yang dijalankan pada 27-28 Februari 2019 di Kompleks
Rakan Muda Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang melibatkan sembilan
buah sekolah iaitu SK Bandar Tasek Mutiara, SK Tasek Permai, SK Seri
Tasek, SK Sg Duri, SK Sg Bakap, SK Bakap Indah, SK Sg Acheh, SK Sg
Bakau dan SK Sg. Setar. Seramai 51 orang pelajar mengambil bahagian.

88

89

PROGRAM MEMBANGUNKAN TAMAN HERBA

OBJEKTIF KOMUNITI LOKASI LIBATSAMA PROGRAM
(JUMLAH) AGENSI/ INDUSTRI PEMINDAHAN
Membangunkan taman herba di SJK (C.) Sin Min, Pauh Arau
SJK (C.) Sin Min 20 orang pelajar dan 5 orang SJK (C.) Sin Min ILMU (KTP)
kakitangan SJK (C.) Sin Min
Penggunaan bahan-bahan
Kuantiti: 25 orang terpakai untuk

menghasilkan taman
herba

IMPAK JUMLAH BAJET (RM) JUMLAH PENAJAAN
PENGLIBATAN & AGENSI/ INDUSTRI
Sekolah mempunyai sebuah STAF & PELAJAR 200.00
kawasan yang ditanam -
dengan herba 20 orang pelajar Kelab
Kelestarian Bumi,
PPKAS UniMAP

90


Click to View FlipBook Version