PROGRAM MEMBANGUNKAN TAMAN HERBA
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sin Min, Pauh telah dipilih menjadi
sekolah angkat di bawah kluster alam sekitar. Sehubungan dengan itu,
pihak sekolah mencari idea untuk mewujudkan sebuah Taman Herba.
Pengerusi Kelab Kelestarian Bumi, UniMAP, Mohd Haziq telah berjumpa
dengan Ustazah Shameela bagi membincangkan idea-idea yang
berkaitan bagi membantu pihak sekolah.
Justeru, pada 21 April 2019, seramai lebih kurang 20 orang pelajar
daripada Kelab Kelestarian Bumi dan lima orang kakitangan SJK© Sin
Min berpadu tenaga menyiapkan Taman Herba di kawasan sekolah.
Pihak sekolah menyediakan pokok-pokok herba yang diperolehi
daripada ibu bapa untuk ditanam di taman tersebut.
91
Taman Herba ini adalah berkonsepkan penggunaan semula barang
terbuang dan dikitar semula menjadi pasu dan perhiasan taman. Dekan
dan Timbalan Dekan HEPA Pusat Pengajian Kejuruteraan Alam Sekitar
(PPKAS) turut hadir bagi memberi dorongan dan bantuan kepada
pelajar. Tidak ketinggalan Guru Besar SJK (C.) Sin Min turut hadir
membantu pelajar.
92
93
PROGRAM KEMBARA ALAM SEKITAR BERSAMA
TIMBALAN MENTERI KEWANGAN
OBJEKTIF KOMUNITI LOKASI LIBATSAMA PROGRAM
(JUMLAH) AGENSI/ INDUSTRI PEMINDAHAN
Aktiviti plogging disamping Taman Rekreasi
pemeliharaan dan • Pelajar PPK Alam Sekitar Bukit Wang, Kedah • Chemical & Sustainable ILMU (KTP)
pemuliharaan alam dan pelajar kursus Manusia Research Cluster (CESEC)
sekitar • Parlimen Kubang Pasu Perkongsian ilmu tentang
dan Kelestarian Alam. pemeliharaan dan
• Kuantiti: 110 orang • Bridged Bakti pemuliharaan
Malaysia (BBM) alam sekitar
IMPAK JUMLAH BAJET (RM) JUMLAH PENAJAAN
PENGLIBATAN & AGENSI/ INDUSTRI
Mempertingkatkan tahap STAF & PELAJAR -
kesedaran masyarakat terhadap isu -
Staf PPKAS
alam sekitar serta melestarikan Kuantiti: 6 orang
alam sekitar daripada terjejas
atau musnah akibat
perlakuan manusia
yang tidak
harmoni
94
PROGRAM KEMBARA ALAM SEKITAR BERSAMA
TIMBALAN MENTERI KEWANGAN
Program Kembara Alam Sekitar bersama Timbalan Menteri Kewangan,
YB Dato’ Ir Hj Amiruddin Hj Hamzah bertempat di Taman Rekreasi Bukit
Wang. Perlis Program USR oleh Chemical and Sustainable Engineering
Research Cluster (CESEC), PPK Alam Sekitar UniMAP telah diadakan
pada 30 November 2019. Seramai 110 orang peserta telah menyertai
program ini yang terdiri daripada pelajar PPK Alam Sekitar dan pelajar
kursus Manusia dan Kelestarian Alam.
Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh wakil UniMAP, Tn Hj
Saad Din, Pendaftar UniMAP. Kemudian diikuti oleh ucapan perasmian
oleh Timbalan Menteri Kewangan, YB Dato’ Ir. Hj Amiruddin Hj Hamzah.
Program diteruskan dengan kembara alam sekitar oleh tetamu
kehormat, ahli CESEC, ahli Bridget Bakti dan pelajar-pelajar. Semasa
kembara alam sekitar tersebut, pelajar melakukan aktiviti mengutip
sampah (plogging) disekitar kawasan Taman Rekreasi Bukit Wang.
95
Setelah selesai aktiviti plogging, tetamu kehormat telah menanam
dua pokok di sekitar taman rekreasi tersebut. Pihak penganjur juga
telah mengadakan aktiviti persembahan tentang pemeliharaan
dan pemuliharaan Alam Sekitar yang disampaikan oleh pelajar-
pelajar PPKAS. CESEC juga telah menyumbangkan tiga tong sampah
ferrocement dihasilkan pelajar PPKAS untuk Taman Rekreasi Bukit
Wang.
96
97
KKTAG TURTLE DAY PUPUK KESEDARAN PENYU PUPUS
OBJEKTIF KOMUNITI LOKASI LIBATSAMA PROGRAM
(JUMLAH) AGENSI/ INDUSTRI PEMINDAHAN
Majlis Perwakilan Kolej Kediaman Pantai Kerachut, Taman Negara
Tan Sri Aishah Ghani Meningkatkan Pekerja Pusat Pulau Pinang Pusat Konservasi Penyu, ILMU (KTP)
Konservasi Penyu Pulau Pinang
pengetahuan dikalangan Penyelidikan pemuliharaan
mahasiswa UniMAP tentang Penyu daripada pupus dengan
proses pelepasan anak penyu
menggunakan teknik
dan menghargai floral & teknologi
fauna yang terdapat di
Malaysia
IMPAK JUMLAH BAJET (RM) JUMLAH PENAJAAN
PENGLIBATAN & AGENSI/ INDUSTRI
Memupuk kesedaran tentang STAF & PELAJAR 1,310.00
habitat penyu yang sedang -
mengalami kepupusan pada Pelajar Majlis Perwakilan Kolej
masa kini Kediaman Tan Sri Aishah
Ghani
Kuantiti:35 orang
98
KKTAG TURTLE DAY PUPUK KESEDARAN PENYU
PUPUS
Dengan matlamat memupuk kesedaran terhadap penyu yang kini
semakin kepupusan, Majlis Penghuni Kolej Kediaman (MPKK) Kompleks
Perumahan Tan Sri Aishah Ghani Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
menganjurkan KKTAG Turtle Day yang diadakan di Pusat Konservasi
Penyu, Pulau Pinang. Program sehari itu berjaya menarik hampir 40
penghuni kompleks perumahan dan pelajar UniMAP sekaligus memberi
pendedahan kepada peserta mengenai ancaman yang menyebabkan
kepupusan haiwan dua alam itu.
99
Pengarah program, Megat Farhan Nazmi Megat Mohamad Halim
berkata antara objektif program adalah mendidik pelajar UniMAP
menghargai flora dan fauna yang terdapat di negara ini. “Kami juga
mengadakan gotong-royong membersihkan Pantai Keranchut yang
menjadi pusat perlindungan bagi memelihara populasi penyu yang
semain berkurang di perairan Malaysia“. Di samping itu kami juga dapat
merasai pengalaman dan menimba ilmu mengenai habitat penyu di
samping dapat memupuk kesedaran akan kepupusan serta melihat
sendiri proses pelepasan anak penyu dengan cara yang betul, “ kata
beliau. Turut hadir Pengetua KPTAG, Ir. Ts. Dr Razaidi Hussin dan Yang
Dipertua MPKK Ahmad Muklis Haimi.
100
101
PEMASANGAN TEKNOLOGI SOLAR DI DEWAN ORANG RAMAI,
KAMPUNG KURUNG TENGAR, KUALA PERLIS
OBJEKTIF KOMUNITI LOKASI LIBATSAMA PROGRAM
(JUMLAH) AGENSI/ INDUSTRI PEMINDAHAN
Program Tanggungjawab Sosial Kurung Tengar, Kuala Perlis
UniMAP dengan kerjasama Alumni • Penduduk Kurung Tegar, • Alumni UniMAP ILMU (KTP)
UniMAP, Media Perlis dan Jabatan Kuala Perlis • Media Perlis
Bomba Negeri Perlis ini diadakan Berkongsi kepakaran
• Kuantiti: 50 orang • Jabatan Bomba pemasangan solar panel,
bagi mengekalkan silaturahim Negeri Perlis
antara Media Perlis dan komponen, panel
Komuniti setempat di dan bateri
negeri Perlis
IMPAK JUMLAH BAJET (RM) JUMLAH
PENGLIBATAN PENAJAAN &
Membantu komuniti STAF & PELAJAR 3,000.00 AGENSI/ INDUSTRI
setempat bagi mengawal
• Staf Unit Komunikasi Korporat • OZ Homme Sdn Bhd (Baju Korporat)
kos penjimatan elekrik • PPK Sistem Elektrik • Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Kuantiti:28 orang
Negeri Perlis (Pengangkutan)
• Kelab Media Perlis (Hamper)
• Alumni UniMAP (Hamper)
• POTENSI UniMAP (Hamper)
• UniMAP (Solar Panel)
102
PEMASANGAN TEKNOLOGI SOLAR DI DEWAN
ORANG RAMAI, KAMPUNG KURUNG TENGAR,
KUALA PERLIS
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melalui Unit Komunikasi Korporat
(UKK) dengan kerjasama Pusat Pengajian Kejuruteraan Sistem Elektrik
(PPKSE) telah melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial Universiti
(USR) dengan menyumbangkan Teknologi Solar untuk kegunaan
semasa pada 17 Ogos 2019 bertempat di Dewan Orang Ramai, Kampung
Kurung Tengar, Kuala Perlis. Program ini turut melibatkan 28 orang
staf UniMAP, Pengamal Media Negeri Perlis dan kerjasama penduduk
sekitar. Melalui program ini juga, UniMAP masih mengekalkan fungsi
universiti sebagai pakar rujukan komuniti dan masyarakat disamping
dapat berkongsi kepakaran untuk kemudahan penduduk sekitar.
Program kerjasama ini sebenarnya memberi banyak manfaat
kepada penduduk sekitar kerana pihak UniMAP telah memilih Dewan
Orang Ramai sebagai lokasi pemasangan Teknologi Solar bagi
kemudahan untuk jangka masa panjang. Melalui sistem ini, lampu
solar yang dipasang di lokasi yang pilih akan dijana sepenuhnya melalui
panel solar yang dipasang di atas bumbung Dewan. Dengan kaedah
ini, tenaga elektrik yang dijana pada siang hari akan disimpan di dalam
bateri dan digunakan pada waktu malam.
103
Beberapa kelebihan dapat dikongsi selepas pemasangan
teknologi solar ini, terutamanya dapat menjimatkan tenaga elektrik.
Kadar penjimatan ini juga bergantung kepada saiz sistem solar yang
dipasang atau pun penggunaan haba. Selain itu, penyelenggaraan juga
tidak melibatkan kos yang tinggi kerana sistem tenaga solar secara
umumnya tidak memerlukan banyak penyelenggaraan. Cukup sekadar
memastikannya dalam keadaan bersih.
Pemasangan teknologi solar ini membuktikan UniMAP bukan sahaja
menyumbangkan teknologi tetapi turut melakukan pemindahan ilmu
yang memberi manfaat kepada penduduk setempat.
104
105
TANGGUNGJAWAB SOSIAL UNIVERSITI
“PROGRAM PEMINDAHAN ILMU”
KESIHATAN
Menggerakkan komuniti ke arah membudayakan gaya hidup
yang lebih sihat dan meningkatkan tahap kesihatan melalui kaedah
pencegahan dan rawatan penyakit gaya hidup serta kemunculan
penyakit baru
107
‘CLINICAL SAMPLES ARRIVAL ALERT SYSTEM’
Kakitangan Makmal Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), • Unit Integrasi, Jabatan Patologi,
Patologi, Hospital Alor Setar Hospital Sultanah Bahiyah
Sultanah Bahiyah • Centre of Excellence for
LOKASI Renewable Energy (CERE)
KOMUNITI
(JUMLAH) LIBATSAMA
AGENSI/ INDUSTRI
JUMLAH BAJET (RM)
PENGLIBATAN
STAF &
PELAJAR
OBJEKTIF 7 orang staf PPKSE 500.00
• Menyediakan satu sistem penggera
untuk ketibaan sampel klinikal di
kaunter Jabatan Patologi, Hospital
Sultanah Bahiyah
• Membantu kakitangan
Makmal Patologi untuk peka IMPAK PROGRAM JUMLAH PENAJAAN
setiap kali ada PEMINDAHAN & AGENSI/ INDUSTRI
spesimen pesakit tiba • Menjimatkan masa ILMU (KTP) Centre of Excellence for Renewable
Energy (CERE)
di kaunter • Meningkat kecekapan para petugas Dapat memanfaat pengetahuan yang
dihasilkan oleh penyelidik UniMAP
makmal di Jabatan Patologi HSB untuk meningkatkan kecekapan
pengurusan sampel atau specimen
• Petugas makmal akan lebih peka
dimakmal Jabatan Patologi, Hospital
terhadap sampel atau spesimen Sultanah Bahiyah
yang dihantar
108
‘CLINICAL SAMPLES ARRIVAL ALERT SYSTEM’
Sekumpulan penyelidik Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melalui Pusat
Pengajian Kejuruteraan Sistem Elektrik (PPKSE) telah menghasilkan
“Clinical Samples Arrival Alert System” bagi meningkatkan kecekapan
menguruskan sampel darah yang dihantar ke makmal hospital.
Kotak penggera sampel darah berkenaan dilengkapi dengan alat
sensor yang disambung kepada system penggera di bilik makmal.
Pengurus Pusat Kecemerlangan Tenaga Boleh Baharu (CERE) UniMAP,
Prof. Madya Dr. Baharuddin Ismail, mengetuai kumpulan penyelidik itu
dalam menjayakan projek ini.
Apabila sampel baharu dimasukkan ke dalam kotak tersebut, alat
penggera di makmal akan berbunyi sehinggalah selepas petugas
mengambil sampel dan menekan butang reset secara manual
yang terdapat di kotak berkenaan. Sistem baharu itu bukan sahaja
meningkatkan kecekapan pengurusan sampel malah memudahkan
petugas makmal menguruskan ujian sampel terutama pada waktu
malam memandangkan Jabatan Patologi hospital beroperasi 24 jam.
Dengan kaedah ini juga, petugas tidak perlu kerap menyemak kotak
sampel setiap kali bertugas terutamanya ketika waktu sibuk.
Idea ini direalisasikan selepas pihak CERE UniMAP melakukan
lawatan ke Jabatan Patologi Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor
Setar, Kedah pada September 2019 dan mendapati kaedah sedia ada
mempunyai kelemahan.
Ia mula dihantar ke HSB pada Oktober 2019 dan telah dihantar ke
Hospital Kuala Nerang di Kedah pada Mac 2020. Melalui inovasi itu,
kakitangan jabatan terbabit didapati lebih peka apabila sampel darah
baharu dihantar ke kaunter penerimaan sekaligus membolehkan
spesimen pesakit dianalisis dengan kadar segera.
109
PROGRAM TEDDY BEAR
Pelajar taska Taska Imtiyaz Politeknik Tuanku • Taska Imtiyaz
Kuantiti: 40 orang Syed Sirajuddin (PTSS), Arau • Tadika IKRA PTSS
KOMUNITI LOKASI LIBATSAMA
(JUMLAH) AGENSI/ INDUSTRI
JUMLAH BAJET (RM)
PENGLIBATAN
STAF &
PELAJAR
OBJEKTIF 5 orang staf Pusat 56.70
Kesihatan UniMAP
• Memberi pendedahan mengenai IMPAK JUMLAH PENAJAAN
penjagaan kesihatan kepada pelajar PROGRAM & AGENSI/ INDUSTRI
dan penyelia, guru serta pembantu Membentuk generasi baru PEMINDAHAN
celik kesihatan dan -
guru di taska mengamalkan gaya ILMU (KTP)
• Menarik minat kanak-kanak agar hidup sihat
tidak takut untuk berjumpa dengan Pengetahuan dan kepakaran
doktor di klinik atau pun hospital kepada komuniti
swasta/kerajaan
110
PROGRAM TEDDY BEAR
Pada tahun ini, buat julung kalinya Pusat Kesihatan Universiti, Universiti
Malaysia Perlis (PKU) menganjurkan program tanggungjawab universiti
yang memfokuskan golongan kanak-kanak berumur bawah tujuh
tahun kerana mengambilkira pendedahan berkaitan kesihatan dan
gaya hidup sihat perlu diterap mulai peringkat awal kanak-kanak
dengan harapan dapat membentuk generasi baru celik kesihatan.
Taska Imtiyaz dan Tadika Kemas IKRA Politeknik Tuanku Syed
Sirajuddin, Arau Perlis (PTSS) telah menjadi pilihan dan melibatkan 40
orang kanak-kanak dan 6 orang staf taska serta tadika.
Objektif program adalah untuk menarik minat kanak-kanak agar
tidak takut untuk berjumpa dengan doktor di klinik ataupun hospital
bagi tujuan rawatan. Pelbagai aktiviti menarik dilakukan bersama
kanak-kanak, antaranya memberi peluang kanak-kanak mempraktik
sendiri cara pemeriksaan kesihatan terhadap diri sendiri dengan
melakonkan pemeriksaan kesihatan kepada teddy bear, cara mencuci
tangan dengan betul, penjagaan kesihatan gigi yang betul, demontrasi
pemeriksaan kesihatan, ceramah kesihatan kepada staf taska dan
tadika yang terdiri daripada penyelia, guru dan pembantu guru.
Sepanjang program, kelihatan kegembiraan kanak-kanak dalam
mendekatkan diri kepada persekitaran hospital dan kesihatan. Kanak-
kanak aktif berinteraksi dengan staf PKU dan teruja mengaplikasikan
cara memeriksa kesihatan kepada Teddy Bear masing-masing. Program
seumpama ini diharapkan dapat diteruskan di masa akan datang
sebagai inisiatif untuk membentuk generasi baru celik kesihatan.
111
SAMBUTAN 50 TAHUN MASJID AL-IMARAH
• Staf Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Masjid Al Imarah • Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)
• Staf Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Abi Kangar • Jabatan Bomba dan Penyelamat
• Staf Jabatan Bomba dan Penyelamat LOKASI • Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)
• Staf Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) • Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
• Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs)
• Staf Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
• Staf Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) LIBATSAMA
AGENSI/ INDUSTRI
Kuantiti: 76 orang
KOMUNITI
(JUMLAH)
JUMLAH BAJET (RM)
PENGLIBATAN
STAF &
PELAJAR
OBJEKTIF Staf Pusat -
Kesihatan UniMAP
• Menjalankan pemeriksaan kesihatan
PROGRAM
kepada penduduk kampung dan PEMINDAHAN
kariah masjid Al Imarah Abi, Kangar ILMU (KTP)
• Menjalankan gotong-royong Menambah pengetahuan mengenai
penyakit-penyakit dan info-info
membersihkan kawasan masjid kesihatan
• Mengeratkan silaturarrahim antara IMPAK JUMLAH PENAJAAN
staf agensi kerajaan, swasta dan & AGENSI/ INDUSTRI
penduduk kampung Menambah pengetahuan -
mengenai kesihatan dan
pengetahuan mengenai peranan
agensi kerajaan dan swasta
di Malaysia
112
SAMBUTAN 50 TAHUN MASJID AL-IMARAH
Seramai 76 orang peserta yang hadir untuk sama-sama menjayakan
Pemeriksaan Kesihatan di Masjid Al-Imarah sempena Sambutan 50
tahun Masjid Al-Imarah. Pusat Kesihatan Universiti, Universiti Malaysia
Perlis yang merupakan penganjur program mengadakan pemeriksaan
kesihatan secara percuma kepada penduduk yang hadir ke Masjid Al-
Imarah.
Program ini turut menjemput pelbagai agensi yang untuk
bekerjasama menjayakan program. Antaranya ialah Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM),
Jabatan Bomba dan Penyelamat, Agensi Anti Dadah Kebangsaan
(AADK), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Kolej Universiti Islam
Perlis (KUIPs).
113
Pameran kesihatan seperti pameran Kempen Berhenti Merokok dan
Bahayanya Merokok serta pameran kesihatan yang lain turut diadakan
untuk mewujudkan kesedaran penjagaan kesihatan khususnya
dikalangan warga penduduk sekitar Masjid Al-Imarah.
Program yang berlangsung selama 5 jam itu turut dihadiri oleh
Penyelaras Masjid-Masjid Dun Bintong iaitu Ustaz Abdul Jalil bin Yusof
dan Imam Masjid Al-Imarah iaitu En. Mohd Adib Zakaria.
114
115
KEMPEN DERMA DARAH SEMPENA FESTKON 14
Komuniti setempat UniMAP, Pauh Putra Unit Derma Darah Hospital
Sultanah Bahiyah Alor Setar
KOMUNITI LOKASI
(JUMLAH) LIBATSAMA
AGENSI/ INDUSTRI
JUMLAH
PENGLIBATAN BAJET (RM)
STAF &
PELAJAR
OBJEKTIF Staf Pusat Kesihatan UniMAP -
• Mewujudkan kesedaran menderma
darah dikalangan pelajar dan staf
UniMAP
• Menyemai sikap staf dan siswa
prihatin kepada keperluan masyarakat
serta menyalurkan bantuan unit darah IMPAK PROGRAM JUMLAH PENAJAAN
untuk digunakan oleh hospital PEMINDAHAN & AGENSI/ INDUSTRI
Melahirkan warga UniMAP ILMU (KTP) -
yang prihatin dan sentiasa UniMAP penderma tertinggi
tabung darah HTF
memberikan kerjasama untuk
membantu tabung darah
116
KEMPEN DERMA DARAH SEMPENA FESTKON 14
Unit Derma Darah Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar menyediakan
kemudahan menderma darah di dalam bas sempena Festival
Konvokesyen Ke-14 (Festkon 14). Sesi derma darah tersebut dilakukan
di dalam bas untuk memberi keselesaan kepada penderma
memandangkan cuaca di luar yang panas terik dibimbangi tidak
memberi keselesaan kepada mereka kerana berhawa dingin.
Walaupun penderma perlu menunggu giliran kerana ruang yang
disediakan terhad, namun kekangan itu tidak menjadi masalah kerana
sambutan yang ditunjukkan oleh pengunjung yang hadir untuk
menderma amat menggalakkan.
117
UniMAP telah menerima beberapa anugerah kerana penglibatan
secara aktif dalam kempen derma darah. Terkini UniMAP dianugerahkan
sebagai Penderma Tertinggi Tabung Darah Hospital Tuanku Fauziah,
Perlis sempena Sambutan Hari Derma Darah Sedunia. UniMAP
menyokong kempen derma darah yang dijalankan kerana berupaya
menyemai sikap staf dan siswa prihatin kepada keperluan masyarakat
serta menyalurkan bantuan unit darah untuk digunakan oleh hospital
dan fasiliti kesihatan.
118
119
PROGRAM OSH IN SCHOOL
Pelajar tingkatan 3 dari Sekolah SMK Syed Ahmad, Jalan Tambun -
Menengah Kebangsaan Syed Ahmad, Tulang, Kampong Bohor Mentalon,
Tambun Tulang Arau, Perlis (SMKSA) LIBATSAMA
Arau, Perlis AGENSI/ INDUSTRI
Kuantiti:
300 - 350 orang LOKASI
KOMUNITI
(JUMLAH)
JUMLAH BAJET (RM)
PENGLIBATAN
STAF &
PELAJAR
OBJEKTIF Staf Pusat Keselamatan, -
Kesihatan dan Persekitaran
• Menerapkan/
Pekerjaan, UniMAP
menerangkan amalan yang selamat
dilaksanakan dari segi keselamatan
dan kesihatan kepada pelajar sekolah
menengah tingkatan 3
• Transformasi TVET membina IMPAK PROGRAM JUMLAH PENAJAAN
kemahiran dan merealisasikan PEMINDAHAN & AGENSI/ INDUSTRI
aspirasi’ Kesedaran dalam ILMU (KTP) -
amalan bekerja secara selamat Asas penerapan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan
dan sihat, di samping
melindungi serta meningkatkan
kesihatan serta
kesejahteraan individu
dan alam sekitar
120
PROGRAM OSH IN SCHOOL
Sempena sambutan Hari Teknik dan Vokasional Transformasi TVET
membina kemahiran dan merealisasikan aspirari anjuran pihak
Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Ahmad, Tambun Tulang Arau,
Perlis (SMKSA) telah menjemput Pusat Keselamatan, Kesihatan dan
Persekitaran Pekerjaan, UniMAP pada 12 Julai 2019 untuk memberi
ceramah bertajuk Keselamatan dan Kesihatan di Sekolah.
Membudayakan kerja selamat dan sihat untuk kesejahteraan
pekerja, majikan dan negara. Budaya kerja selamat dan sihat dalam
konteks persekitaran kerja adalah amalan bekerja secara selamat
dan sihat yang ditakrifkan sebagai nilai asas yang melindungi serta
meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan individu dana lam sekitar.
Kebanyakan pelajar yang hadir untuk ceramah ini adalah terdiri
pelajar yang telah tamat peperiksaan PT3. Untuk pengisian masa
terluang di dalam kelas pelajar-pelajar ini telah diberi pendedahan
tentang keselamatan dan kesihatan pekerja semasa pembelajaran
makmal/bengkel dan pekerjaan. Jumlah bilangan pelajar dan guru
sekolah yang hadir dianggarkan berjumlah 300-350 orang.
121
PROGRAM SARINGAN KESIHATAN DI PUSAT PENGAJIAN
KEJURUTERAAN ALAM SEKITAR (PPKAS) UniMAP
Staf dan pelajar UniMAP PPK Alam Sekitar, UniMAP Bridged Bakti Malaysia (BBM)
KOMUNITI LOKASI LIBATSAMA
(JUMLAH) AGENSI/ INDUSTRI
JUMLAH BAJET (RM)
PENGLIBATAN
STAF &
PELAJAR
OBJEKTIF Staf dan pelajar dari -
PPK Alam Sekitar
• Memberi peluang kepada Kuantiti:50 orang JUMLAH PENAJAAN
kakitangan Pusat Pengajian & AGENSI/ INDUSTRI
Kejuruteraan Alam Sekitar membuat PROGRAM
pemeriksaan asas kesihatan PEMINDAHAN -
IMPAK ILMU (KTP)
Staf dapat mengetahui tahap Doktor berkongsi ilmu bagaimana
kesihatan masing-masing untuk menjaga kesihatan diri
dan minda
122
PROGRAM SARINGAN KESIHATAN DI PUSAT
PENGAJIAN KEJURUTERAAN ALAM SEKITAR
(PPKAS) UniMAP
Pusat Pengajian Kejuruteraan Alam Sekitar (PPKAS) UniMAP dengan
kerjasama Pusat Kesihatan UniMAP (PKU) telah melaksanakan
tanggungjawab sosial melalui Program Saringan Kesihatan yang telah
diadakan pada 28 Jun 2019 di PPKAS UniMAP.
Program ini bertujuan memberi peluang kepada staf dan pelajar
UniMAP, khususnya dari PPKAS untuk membuat pemeriksaan asas
kesihatan. Selain itu, program ini turut menyokong tanggungjawab
sosial PPKAS ke arah memastikan kesihatan yang baik di kalangan staf
dan pelajar UniMAP.
Program ini melibatkan seramai sembilan orang staf PKU UniMAP
dan telah disertai oleh 40 orang staf UniMAP.Aktiviti dimulakan dengan
sesi Ceramah Kesihatan daripada Pegawai Perubatan PKU iaitu Dr.
Noradina Nordin, yang menerangkan mengenai kesihatan, kecergasan,
gaya hidup sihat, dan amalan pemakanan yang baik.
Aktiviti diteruskan dengan pemeriksaan percuma daripada PKU
kepada staf dan pelajar iaitu saringan kesihatan Body Mas Index (BMI),
tekanan darah dan tahap gula dalam badan. Selain itu, PKU turut
menawarkan pakej ujian darah secara berbayar kepada staf dan pelajar
yang berminat. Keputusan ujian darah dapat diperolehi dalam tempoh
lima hari selepas ujian diadakan.
Program telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada
staf dan pelajar di UniMAP. Ianya merupakan satu inisiatif yang murni
daripada PPKAS dan PKU dalam memastikan tahap kesihatan staf dan
pelajar di UniMAP berada dalam keadaan yang baik.
123
TANGGUNGJAWAB SOSIAL UNIVERSITI
“PROGRAM PEMINDAHAN ILMU”
SOSIAL
Merujuk kepada pemindahan ilmu untuk mencipta dan
menyediakan kualiti hidup komuniti yang lebih baik serta mewujudkan
suasana persekitaran yang harmoni dalam komuniti
125
PROGRAM DANCE, SING, BE HAPPY
OBJEKTIF KOMUNITI LOKASI LIBATSAMA PROGRAM
(JUMLAH) AGENSI/ INDUSTRI PEMINDAHAN
Mempelajari pendidikan Studio UKR
muzik seperti kanak-kanak Pelajar Sekolah Sekolah Kebangsaan ILMU (KTP)
Kuantiti: 20 orang pelajar Pendidikan Khas Negeri Perlis
normal Membimbing pelajar OKU dalam asas
pembelajaran kebudayaan
IMPAK JUMLAH BAJET (RM) JUMLAH PENAJAAN
PENGLIBATAN & AGENSI/ INDUSTRI
Pelajar OKU dapat mempelajari ilmu STAF & PELAJAR 500.00
baru seperti asas kebudayaan -
10 orang staf PKeBU
126
PROGRAM DANCE, SING, BE HAPPY
Program yang diberi nama Dance, Sing, Be Happy adalah program
pertama yang dianjurkan oleh Pusat Kebudaayaan (PKeBU), UniMAP
yang melibatkan pelajar istimewa/kelainan upaya (OKU) daripada
Sekolah Pendidikan Khas Perlis pada 27 hingga 28 September 2019
bertempat di Pusat Kebudayaan (PKeBU), UniMAP.
Apa yang membuatkan program ini menarik adalah kepakaran staf
di jabatan ini membantu, mendidik dan mengajar pelajar istimewa ini
dalam bidang tarian, menyanyi dan bermain alatan muzik. Oleh yang
demikian, bermula dengan hari pertama program ini dilaksanakan, kita
dapat menyaksikan bagaimana kesungguhan pelajar-pelajar ini untuk
mempelajari sesuatu ilmu yang baru di dalam kehidupan mereka.
Menurut Puan Junaidah Abdullah, Guru Besar Sekolah Pendidikan
Khas Perlis berkata, program seperti ini telah memberi peluang
yang baik kepada pelajar-pelajar beliau dalam mempelajari asas
asas kebudayaan, sekaligus dapat menjadikan mereka pelajar yang
berkebolehan setanding dengan pelajar-pelajar normal yang lain.
Antara jenis kategori ‘Istimewa’ dalam kalangan mereka ini adalah
seperti Syndrome Down, cacat anggota badan dan juga bisu.
Walaupun program pengenalan ini hanya berlangsung selama
dua hari, namun amat mengejutkan kerana pelajar-pelajar istimewa
berkenaan dapat mempelajari asas tarian dan bermain kompang
dengan baik sekali. Hal ini kerana, pelajar istimewa ini mempunyai sifat
dan sikap yang berbeza dengan kanak-kanak normal yang lain.
127
JALINAN KERJASAMA SEKOLAH ANGKAT
OBJEKTIF KOMUNITI LOKASI LIBATSAMA PROGRAM
(JUMLAH) AGENSI/ INDUSTRI PEMINDAHAN
Membantu pelajar Sekolah Studio Muzik UKR
Kebangsaan IPGM, Perlis dalam Pelajar Sekolah Sekolah Kebangsaan IPGM, Perlis ILMU (KTP)
Kebangsaan IPGM, Perlis
persediaan mewakili Perlis ke Pengetahuan mengenai teknik
Pertandingan Nasyid dan Kompang Kuantiti: 9 orang kawalan suara yang tepat dan
peringkat Kebangsaan harmoni dan teknik seni
persembahan yang terkini
IMPAK JUMLAH BAJET (RM) JUMLAH PENAJAAN
PENGLIBATAN & AGENSI/ INDUSTRI
Meningkatkan mutu STAF & PELAJAR -
persembahan kumpulan -
3 orang staf PKeBU
Nasyid
128
JALINAN KERJASAMA SEKOLAH ANGKAT
Jalinan Kerjasama Sekolah Angkat: Sekolah Rendah Kebangsaan IPGM,
Perlis merupakan salah satu agenda YB Menteri Pendidikan pada tahun
2019 iaitu “Sekolah untuk Komuniti, Universiti untuk Masyarakat.” Antara
sekolah di Negeri Perlis yang telah menjadi sekolah angkat adalah
seperti Sekolah Kebangsaan Oran, Sekolah Kebangsaan IPGM, Sekolah
Kebangsaan Putra dan Sekolah Kebangsaan Jenis Cina Sin Min.
Sehubungan itu, Pusat Kebudayaan (PKeBU), UniMAP diberi
amanah untuk mengajar dan melatih sekumpulan pelajar dari
Sekolah Kebanggsaan IPGM bagi persediaan Pertandingan Akhir
Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia
peringkat Negeri Perlis 2019. Kumpulan nasyid yang diberi nama
Eilham telah mendapat Johan Keseluruhan, Juara Anugerah Kategori
Solo Terbaik, Juara Anugerah Lagu Kontemporari Terbaik dan Juara
Anugerah Persembahan Terbaik. Dengan kemenangan tersebut,
menjadikan sekolah berkenaan dipilih untuk mewakili Negeri Perlis
bagi Pertandingan Nasyid Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan
di Ipoh, Perak pada bulan Julai 2019.
Menurut Puan Nor Suriani Samah, salah seorang guru pengiring
kumpulan nasyid ini berkata, para jurulatih daripada Pusat Kebudayaan
(PKeBU), UniMAP sangat komited dan mudah memberi kerjasama
dengan pelajar tanpa mengira waktu dan tenaga. Menurut beliau,
pelajar-pelajar juga sangat teruja dan berasa seronok ketika menjalani
sesi latihan bersama pihak Pusat Kebudayaan. Syabas dan tahniah
diucapkan kepada Encik. Makhadzir Mohamad Mastaram dan
Encik. Muhammad Daniel Zamzuri Anuar, tenaga pengajar yang
telah bertungkus-lumus memimpin kumpulan Nasyid Eilham ini
sehingga mendapat penghargaan yang tinggi daripada pihak Sekolah
Kebangsaan IPGM Perlis.
129
KLINIK OLAHRAGA NAZMIZAN MUHAMMAD
OBJEKTIF KOMUNITI LOKASI LIBATSAMA PROGRAM
(JUMLAH) AGENSI/ INDUSTRI PEMINDAHAN
Memberi tunjuk ajar kepada Baling, Kedah
Guru Sukan dan pelajar Guru-guru sukan dan atlet Pejabat Pendidikan ILMU (KTP)
teknik larian yang betul olahraga Daerah Baling Daerah Baling.
Kuantiti:85 orang • Meningkatkan keyakinan diri dan
kemahiran guru-guru dalam
melatih atlet sekolah
• Melahirkan atlet sekolah
yang mempunyai ilmu
dalam sukan
olahraga
IMPAK JUMLAH BAJET (RM) JUMLAH PENAJAAN
PENGLIBATAN & AGENSI/ INDUSTRI
• Meningkatkan pengetahuan guru STAF & PELAJAR -
sukan berkaitan corak latihan -
dalam olahtraga terkini 1 orang staf Pusat Sukan
• Meningkatkan prestasi atlet-atlet
semakin yakin dengan kemahuan diri
130
KLINIK OLAHRAGA NAZMIZAN MUHAMMAD
Bekas Raja Pecut Asia Tenggara, Nazmizan Muhammad dijemput
mengendalikan Klinik Olahraga khusus untuk guru-guru sukan serta
para atlit daerah Baling sebagai persiapan menghadapi Kejohanan
Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri Kedah yang akan
berlangsung pada 20 hingga 23 Mac 2019 di Stadium Darul Aman.
Program Latihan Pusat Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah
Baling 2019 merupakan satu program yang dirangka oleh Majlis Sukan
Sekolah Daerah Baling dalam memastikan barisan atlet daerah dapat
mempelajari teknik yang betul dalam larian.
Selain aspek teknik larian, para pelajar juga turut ditekankan dengan
aspek latihan fizikal seperti latihan mengangkat beban, melompat dan
berlari bagi meningkatkan prestasi selain penekanan kekuatan karakter
dan mental dalam mempersiapkan atlet untuk mewakili negara pada
masa akan datang.
Program yang berlangsung di padang Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama Baling itu dihadiri kira-kira 85 orang atlet dan guru
sukan.
131
Nazmizan yang kini menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengarah
Pusat Sukan dan Rekreasi Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), memuji
persediaan rapi yang dilakukan oleh Majlis Sukan Sekolah Dearah Baling
dalam menghadapi Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah
Negeri Kedah, katanya, ini secara tidak langsung akan memberikan
semangat motivasi yang cukup kepada atlet berkenaan sekali gus
dapat beraksi dengan baik.
Pada masa sama, Nazmizan menegaskan sudah tiba masanya
jurulatih pada peringkat sekolah diberikan pengiktirafan atas
sumbangan mereka dalam membentuk atlet peringkat akar umbi.
Menurutnya, antara pengiktirafan yang boleh diberikan adalah
dalam bentuk insentif atau peluang menyambung pengajian dalam
bidang yang dapat meningkatkan profesion masing-masing.
“Pengiktirafan ini juga secara tidak langsung akan menjadi motivasi
kepada guru-guru sukan peringkat sekolah untuk mengilap dan
membentuk lebih ramai pelapis muda pada masa depan,” katanya.
132
133
A-HEART ANJUR KELAS MENGAJI AL-QURAN
UNTUK ANAK-ANAK ISTIMEWA (KEMANIS)
OBJEKTIF KOMUNITI LOKASI LIBATSAMA PROGRAM
(JUMLAH) AGENSI/ INDUSTRI PEMINDAHAN
• Membantu anak-anak istimewa Perpustakaan Tuanku Syed
(Autisme) untuk mempelajari ilmu Anak-anak istimewa (Autisme) Faizuddin Putra (PTSFP), Tenaga Pengajar KAFA, ILMU (KTP)
kakitangan UniMAP dan Pauh Putra Jabatan Agama Islam Perlis
berkaitan Al-Quran Pengetahuan mengaji Al-Quran
• Meningkatkan perkembangan masyarakat Wilayah Utara. dan mendirikan solat
sosial anak-anak autisme melalui Kuantiti: 6 orang
komunikasi dan interaksi
diantara mereka
• Memberi pendedahan
praktikal mengenai
amali solat dan
berwuduk
IMPAK JUMLAH BAJET (RM) JUMLAH PENAJAAN
PENGLIBATAN & AGENSI/ INDUSTRI
Meningkatkan aspek kerohanian STAF & PELAJAR 1,200.00
anak-anak istimewa Tabung A-HEART
2 orang staf (RM1,200.00)
134
A-HEART ANJUR KELAS MENGAJI AL-QURAN
UNTUK ANAK-ANAK ISTIMEWA (KEMANIS)
Autism Hub for Educational Resources and Training (A-HEART) telah
mengambil inisiatif dengan menganjurkan kelas mengaji Al-Quran
untuk anak-anak autisme yang telah berdaftar dengan A-HEART.
Bermula pada tahun 2015, A-HEART telah bekerjasama dengan Jabatan
Agama Islam Perlis (JAIPs) dalam menyediakan tenaga pengajar kepada
anak-anak istimewa autisme yang mengikuti program ini. Tenaga
pengajar KEMANIS telah dilatih untuk menguasai kaedah pengajaran
Al-Quran Yayasan Faqeh pada 5-16 November 2019.
Program ini diharap dapat melatih pembacaan Al-Quran dalam
kalangan anak-anak istimewa. Selain itu, anak-anak istimewa juga
mengikuti latihan amali solat dan mengambil wuduk.
Selain tenaga pengajar daripada Jabatan Agama Islam Perlis
(JAIPs), staf Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) dan
sukarelawan pelajar juga turut sama menyumbang tenaga dalam
menjayakan program KEMANIS ini.
135
PROGRAM A DAY WITH ROHINGYA CHILDREN
OBJEKTIF KOMUNITI LOKASI LIBATSAMA PROGRAM
(JUMLAH) AGENSI/ INDUSTRI PEMINDAHAN
Memupuk kemahiran sosial Baitul Rahmah Rohingya
dan bertanggungjawab dalam diri Pelajar Baitul Rahmah Learning Centre Baitul Rahmah Rohingya ILMU (KTP)
ahli-ahli anjuran Kelab Kelestarian Learning Centre Alor Alor Setar, Kedah Learning Centre
Alor Setar, Kedah • Menerapkan rasa simpati, kasih
Bumi (GET) Setar, Kedah sayang dan keprihatinan kepada
golongan yang memerlukan
• Memberi bantuan kepada
mereka yang memerlukan
bantuan dan berkongsi
perasaan suka
dan duka
bersama-
sama
IMPAK JUMLAH BAJET (RM) JUMLAH PENAJAAN
PENGLIBATAN & AGENSI/ INDUSTRI
Bertanggungjawab atas setiap STAF & PELAJAR -
tingkah laku dan peka terhadap setiap -
• Kelab Kelestarian Bumi (GET),
masalah yang berlaku Pusat Pengajian Kejuruteraan Alam
Sekitar (PPKAS), UniMAP
• Kuantiti: 80 orang ahli
136
PROGRAM A DAY WITH ROHINGYA CHILDREN
Program A Day with Rohingya Children merupakan program anjuran
Kelab Kelestarian Bumi (GET), Pusat Pengajian Kejuruteraan Alam
Sekitar (PPKAS), UniMAP. Program yang disertai oleh kira-kira 80 orang
ahli GET yang juga merupakan pelajar-pelajar PPK Alam Sekitar ini telah
diadakan pada 21 April 2019 bertempat di Baitul Rahmah Rohingya
Learning Centre Alor Setar, Kedah.
Antara objektif utama program ini ialah untuk memupuk kemahiran
sosial dan bertanggungjawab dalam diri ahli-ahli GET semasa
memimpin ahli-ahli lain, bertanggungjawab atas setiap tingkah laku
dan peka terhadap setiap masalah yang berlaku. Selain itu, program
ini juga dapat menerapkan rasa simpati, kasih sayang dan keprihatinan
kepada golongan yang memerlukan di samping dapat memberi
bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan dan berkongsi
perasaan suka dan duka bersama-sama.
Sepanjang program ini, pelajar-pelajar PPKAS dan pelajar Baitul
Rahmah telah bersama-sama menjalankan aktiviti menceriakan dan
membersihkan kawasan Baitul Rahmah. Selain itu, aktiviti sukaneka
berasaskan STEM juga turut dijalankan bagi menerapkan minat pelajar-
pelajar Baitul Rahmah terhadap program STEM.
137
RONALD MCDONALD HOUSE CHARITIES (RMHC)
SENSORY ROOM DI PTSFP
OBJEKTIF KOMUNITI LOKASI LIBATSAMA PROGRAM
(JUMLAH) AGENSI/ INDUSTRI PEMINDAHAN
Meningkatkan keberkesanan terapi PTSFP, Pauh Putra
rangsangan deria yang berfungsi • Anak-anak istimewa daripada Ronald McDonald House ILMU (KTP)
untuk menenangkan, merehatkan, komuniti sekitar Perlis dan Charities (RMHC)
Wilayah Utara Kemahiran mentafsir, mempelajari
meningkatkan minat dan penguasaan • Kuantiti: 6 orang dan memahami sesuatu
kemahiran kepada semua kanak–
kanak autisme dan golongan yang
mempunyai keperluan khas
IMPAK JUMLAH BAJET (RM) JUMLAH PENAJAAN
PENGLIBATAN & AGENSI/ INDUSTRI
Meningkatkan kemahiran kognitif dan STAF & PELAJAR 100,000.00
keyakinan diri kanak-kanak Autism Ronald McDonald House
dan golongan yang mempunyai 6 orang Staf PTSFP Charities (RMHC)
(RM 100,000.00)
keperluan khas serta ketidakupayaan
pembelajaran
138
RONALD MCDONALD HOUSE CHARITIES (RMHC)
SENSORY ROOM DI PTSFP
Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) telah
membangunkan kemudahan Sensory Room melalui projek kolaborasi
dengan pihak Ronald McDonald House Charities (RMHC).
Inisiatif membangunkan kemudahan RMHC Sensory Room bermula
pada 5 September 2018 dengan lawatan pertama delegasi RMHC ke
PTSFP UniMAP. RHMC telah menyumbang instrumen dan peralatan
deria bernilai RM100,000.00. Pemasangan peralatan ini disempurnakan
sepenuhnya pada 28 November 2019.
PTSFP dan A-HEART UniMAP berharap dengan penawaran
terapi Snoezelen ini dapat meningkatkan rangsangan deria yang
berfungsi untuk menenangkan, merehatkan, meningkatkan minat
dan penguasaan kemahiran kepada anak-anak autisme dan golongan
yang mempunyai keperluan khas. Penawaran bimbingan terapi
menggunakan teknik Snoezelen ini akan ditawarkan oleh oleh
A-HEART UniMAP dengan kerjasama Pusat Kesihatan UniMAP, Pusat
Sukan UniMAP dan Pusat Terapi Senze for Minz. Beberapa sesi latihan
oleh RHMC telah disertai oleh beberapa orang staf yang bakal terlibat
dengan program ini.
139
PROGRAM CAKNA SISWA
OBJEKTIF KOMUNITI LOKASI LIBATSAMA PROGRAM
(JUMLAH) AGENSI/ INDUSTRI PEMINDAHAN
• Membantu dan memberi Bandar Tasek Mutiara
pengetahuan kepada pelajar sekolah Pelajar SK Bandar Tasek Mutiara SK Bandar Tasek Mutiara (SKBTM), ILMU (KTP)
(SKBTM), Pulau Pinang, Pulau Pinang
berkaitan ferro simen • Memberi peluang kepada mahasiswa
• Membantu komuniti dengan • Komuniti Bandar Tasek Mutiara PPKAS bergiat lebih aktif dalam
memberi ilmu tentang komposting • Kuantiti:50 orang
melaksanakan kegiatan-kegiatan sosial
• Mendedahkan mereka dalam
melakukan aktiviti
kemasyarakatan
IMPAK JUMLAH BAJET (RM) JUMLAH PENAJAAN
PENGLIBATAN & AGENSI/ INDUSTRI
• Melahirkan mahasiwa yang STAF & PELAJAR -
seimbang, mempunyai pelbagai -
• Pelajar PPK Alam Sekitar
kemahiran Kuantiti: 28 orang
• Kebolehan dalam pelbagai bidang
dan tidak hanya tertumpu kepada • Staf PPK Alam Sekitar
Kuantiti: 12 orang
bidang akademik semata-mata
140