INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA MALAYSIA KERTAS PENERANGAN KOD DAN NAMA KURSUS VK03 DIPLOMA TEKNOLOGI PEMBUATAN (PEMESINAN) KOD DAN NAMA MODUL K03-21-35 COMPONENT ASSEMBLY AKTIVITI PEMBELAJARAN (LA) LA1 APPLY WORKSHOP SAFETY LA2 SET UP WORKPIECE LA3 PREPARE HAND TOOLS REQUIREMENT LA4 SET UP TOOLS LA5 CHECK COMPONENT ASSEMBLY CU.WA NO./ TAHAP C07.01 INTERPRET ASSEMBLY DRAWING C07.02 PREPARE HAND TOOLS REQUIREMENT C07.03 ASSEMBLY COMPONENT ACTIVITY C07.04 CHECK COMPONENT ASSEMBLY C07.05 SUBMIT COMPONENT ASSEMBLY REPORT TO SUPERIOR OBJEKTIF PRESTASI AKHIRAN (TPO) PERFORM BENCH WORK USING WORKPIECE, HAND TOOLS, CLEANING TOOLS, ENGINEER SQUARE, SURFACE TABLE PARTS DRAWING, BAND SAW, POWER HACKSAW, LINEAR MEASUREMENT TOOLS, CUTTING FLUID, BENCH VISE, MACHINE VISE, MARKING MEDIA, ANVIL, DRILLING MACHINE, DRILL CHUCK, DRILLING SLEEVE AND SOCKET, DRILL BITS, PARALLEL BLOCK, MACHINE MANUAL, CENTER DRILL, REAMER, GAUGES TAP, SCREW, TAP WRENCH, DIE STOCK, DIAL INDICATOR AND COUNTERBORE/COUNTERSINK SO THAT PARTS DRAWING INTERPRETED, WORKPIECE SET UP, BENCH WORK EQUIPMENTS, TOOLS SET UP, BENCHWORK PROCESS EXECUTED, PARTS SPECIFICATIONS CONFIRMED IN ACCORDANCE WITH PART SPECIFICATION REQUIREMENT.
LA1 APPLY WORKSHOP SAFETY TAJUK : PENGENALAN KEPADA MENGAPLIKASIKAN KESELAMATAN DI BENGKEL PENERANGAN 1.1 AMALAN KESELAMATAN Kesedaran tentang amalan keselamatan di bengkel perlu ditekankan kepada pelajar, kerana pepatah Melayu ada menyebut ‘malang tidak berbau’ ini memang benar kerana tiada siapa menduga apa yang akan berlaku di masa hadapan. Maka pelajar-pelajar perlu berusaha sedaya upaya untuk mengelakkan sebarang kemalangan di dalam bengkel. Berikut merupakan sebab- sebab langkah keselamatan mesti dipatuhi. 1) Untuk menjaga keselamatan pengguna itu sendiri. 2) Untuk menjaga keselamatan rakan sekerja. 3) Untuk melindungi alat atau mesin yang digunakan. 1.1.1 PERATURAN KESELAMATAN KERJA Setiap pelajar mestilah mematuhi peraturan yang ditetapkan supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini. Peraturan yang dibuat adalah bukan untuk menyusahkan atau menyukarkan diri, tetapi merupakan suatu kaedah untuk mengelakkan sebarang kemalangan berlaku. Peraturan ini juga dapat mendisiplinkan diri untuk bekerja dengan cermat dan juga selamat. Peraturan tersebut adalah; 1. Berikan perhatian penuh apabila mendengar penerangan mengenai peraturan dan langkah-langkah keselamatan. 2. Elakkan pakaian yang longgar yang boleh termasuk ke bahagian mesin yang bergerak. 3. Jangan ubah kedudukan sebarang notis amaran yang telah diletakkan pada sesebuah alatan atau mesin yang rosak. 4. Jangan ubah kedudukan sebarang penghadang atau penutup mesin yang sedang bergerak. 5. Minta penerangan dari pengajar sekiranya was-was cara penggunaan alatan atau mesin. 6. Ingat tempat letaknya suis-suis utama dan tempat untuk mendapatkan pertolongan cemas.
7. Jangan kendalikan mesin apabila terasa terlalu letih atau perasaan kacau bilau. 8. Jangan berlari di dalam bengkel. 9. Tidak dibenarkan bergurau senda di dalam bengkel. 10. Sentiasa tumpukan perhatian yang penuh terhadap kerja yang dilakukan. 11. Jangan terlalu hampir dengan mesin-mesin yang sedang bergerak. 12. Laporkan segera kerosakan kepada tenaga pengajar di bengkel. 13. Jangan cuba membaiki sesuatu mesin tanpa memberitahu pengajar. 14. Simpan alatan di tempat sepatutnya setiap masa. 15. Berikan penjagaan yang sempurna kepada mesin atau alatan yang digunakan. 16. Simpan alatan di tempat sepatutnya setiap masa. 17. Berikan penjagaan yang sempurna kepada mesin atau alatan yang digunakan. 18. Berikan laporan yang lengkap mengenai sesuatu kemalangan kepada tenaga pengajar. 19. Lap kering sebarang cecair yang tumpah ke atas lantai secepat mungkin terutamanya minyak. 20. Hindarkan daripada membuat sebarang ujian atau pembetulan semasa mesin sedang bergerak. 21. Berwaspada dengan bau-bau yang ganjil. Contohnya bau gas, bau benda terbakar dan sebagainya. 1.1.2 ALATAN PEMADAM API Peralatan pemadam api adalah suatu alat pencegahan kebakaran mudah alih yang penting perlu ada di bengkel. Ianya digelarkan alat pemadam kebakaran pertahanan barisan hadapan iaitu memadam kebakaran peringkat permulaan. Alatan ini dapat mengawal kebakaran daripada merebak menjadi kebakaran besar yang boleh meragut nyawa dan kerugian harta. Selain itu, alat ini amat mustahak diketahui dan dipelajari oleh setiap pelajar bagi tujuan tahu tentang cara- cara penggunaanya dan sebagai alat untuk menyelamatkan diri.
Berikut merupakan jenis-jenis alat pemadam api mudah alih yang sering digunakan. a. Jenis Serbuk Kering ( dry powder ) b. Jenis Air ( H 2O ) c. Jenis Buih ( foam ) d. Jenis Karbon dioksida ( carbon dioxide ) a. Pengkelasan Api Tiga unsur penting iaitu oksigen, bahan api dan haba menyebabkan berlakunya kebakaran. Kita mungkin mencegah kebakaran awal dengan menghalang salah satu unsur bagi kebakaran ini berlaku. Pengelasan ini juga penting bagi meminimumkan risiko merebaknya kebakaran dalam strategi perlindungan mengawal dan mencegah. Oleh yang demikian, amat penting untuk kita mengenali jenis-jenis api dan cara jenis pemadam api yang sesuai untuk memadamkan kebakaran sekiranya berlaku. Api boleh dikelaskan kepada empat jenis iaitu ; i. Api Kelas A Melibatkan benda-benda pepejal dan mempunyai sifat-sifat organik iaitu mengandungi karbon dalamnya. Pembakaran menghasilkan bara api seperti kayu, kertas dan kain. Api jenis ini boleh dipadamkan dengan menggunakan air. ii. Api Kelas B Melibatkan yang berpunca dari minyak, gris dan cat. Pembakarannya menghasilkan wap ke atas bahan bakar tersebut. Ianya boleh dicegah dengan menggunakan karbon dioksida. Jika air yang digunakan, ia akan menimbulkan minyak di atas permukaan dan menyebabkan api akan merebak. Cara paling berkesan adalah dengan menggunakan selimut yang basah. iii. Api Kelas C Api yang terhasil dari kebocoran gas. Ianya boleh dipadamkan dengan mematikan punca bekalan atau menampalkan kebocoran yang berlaku.
iv. Api Kelas D Api yang disebabkan logam yang mempunyai bahan kimia. Contohnya adalah seperti besi phosporus, magnesium, gas asitilin dan sebagainya. Jadual 1 Jenis-jenis kebakaran dan pemadam api yang sesuai digunakan KELAS API JENIS KEBAKARAN CONTOH BAHAN PEMADAM YANG SESUAI A PEPEJAL Kayu Kain Kertas Jenis air Jenis debu kering Jenis buih B CECAIR Minyak Car Varnish Jenis Buih Jenis debu kering Jenis karbon dioksida Jenis semburan air C GAS LPG Methane Buthane Jenis debu kering Jenis buih Jenis karbon dioksida D LOGAM / ELEKTRIK Potassium Sodium Magnesium Jenis debu kering Jenis karbon dioksida Jenis debu graphite b. Jenis-jenis Alat Pemadam Api i.) Alat Pemadam Api Jenis Serbuk Kering Dilabelkan pada tongnya dengan pelekat berwarna biru. Alat pemadam api jenis ini mampu untuk memadamkan kebakaran yang melibatkan bahan logam dan bukan logam. Antara contoh bahan-bahan tersebut ialah kalium, magnesium, natrium dan titanium. Keistimewaan alat pemadam api kelas ini ialah ia juga mampu memadamkan semua jenis kebakaran. Alat pemadam api jenis serbuk kering
dipercayai lebih berkesan berbanding dengan alat pemadam api jenis karbon dioksida. Rajah 1-1 Alat pemadam api jenis serbuk kering ii.) Alat Pemadam Api Jenis Karbon Dioksida Dilabel pada tongnya dengan pelekat berwarna hitam. Ianya boleh memadamkan kebakaran yang berpunca daripada arus elektrik seperti papan transformer, peralatan kuasa elektrik, gas dan wap. Kelebihannya ialah gas tersebut tidak mengalirkan elektrik dan dapat menembusi tempat-tempat yang mempunyai permukaan yang kecil. Alat pemadam api jenis ini tidak sesuai untuk memadamkan kebakaran jenis lain dan juga tidak mampu untuk memadamkan kebakaran yang besar. Rajah 1-2 Alat pemadam api jenis karbon dioksida
iii. Alat Pemadam Api Jenis Buih Dilabel dengan pelekat berwarna krim pada tongnya. Ianya boleh digunakan untuk kebakaran yang melibatkan bahan cecair ataupun gas yang mudah terbakar seperti minyak, cat, vanish, gas asli dan gas asetilina. Berfungsi untuk menyelimut dan menurunkan suhu. Ini merupakan jenis alat pemadam api yang sering digunakan oleh pihak Bomba Jabatan Penerbangan. Rajah 1-3 Alat pemadam api jenis buih iv. Alat Pemadam Api Jenis Air Dilabel dengan pelekat pada tongnya dengan berwarna merah. Kebiasaannya alat pemadam api jenis air digunakan untuk memadamkan kebakaran yang melibatkan bahan pepejal seperti kain, kertas dan kayu. Alat pemadam api jenis ini amatlah berbahaya jika digunakan untuk kebakaran elektrik kerana ia dikenali sebagai konduktor elektrik yang baik. Rajah 1-4 Alat pemadam api jenis air
c. Pemeriksaan Alat Pemadam Api Alat pemadam api sangat penting diperiksa supaya dapat dipastikan alat berkenaan tidak mengalami sebarang masalah apabila hendak digunakan ketika kebakaran berlaku. Ianya sangat penting kerana dapat memadamkan api pada peringkat awal kebakaran sekaligus dapat mengelakkan kebakaran kecil merebak menjadi lebih besar. Berikut merupakan panduan bagi pemeriksaan alat pemadam api. i. Hendaklah diperiksa 1 bulan sekali. ii. Pastikan tolok tekanan (pressure gauge) pada tabung menunjukkan kepada kandungan penuh ( Hijau- penuh, merah-kosong). iii. Sekiranya berlaku kekurangan tekanan hendaklah dihantar kepada service agen. iv. Pastikan tiada kerosakan atau kekaratan di bahagian luar tabung. v. Pastikan safety pin berada pada kedudukan yang betul. vi. Discharge nozzle, hos dan operating lever ditentukan dalam keadaan baik dan bersih. vii. Setahun sekali dihantar ke service agen yang berdaftar untuk pemeriksaan / ujian mendapatkan kelulusan. d. Cara Penggunaan Alat Pemadam Api Dengan mengetahui bagaimana api terbentuk, kini Anda dapat memadamkan api dengan tepat dan efektif. Secara umumnya, cara menggunakan alat pemadam api adalah sama untuk setiap jenis alat pemadam api. Terdapat 4 langkah untuk menggunakan alat pemadam api ringan yang boleh diringkaskan kepada 4 huruf iaitu P (Pull / Tarik), Aim (Hala), Squeeze (Tekan Picu), Sweepe (Gerakkan ke kanan dan ke kiri).
Rajah 1-5 Konsep P A S S untuk memadamkan api menggunakan alat pemadam api mudah alih e. Kebaikan Alat Pemadam Api Mudah Alih Berikut disenaraikan tiga kebaikan alat pemadam api jenis mudah alih ini. i. Mudah dikendalikan. ii. Boleh mengawal dan memadam kebakaran di peringkat awal dengan berkesan. iii. Boleh menembusi di tempat permukaan yang kecil. f. Keburukan Alat Pemadam Api Mudah Alih Walaupun terdapat kebaikan, pemadam api mudah alih juga mempunyai keburukannya. Berikut adalah keburukan alat ini; i. Hanya boleh digunakan sekali guna sahaja. ii. Tidak boleh mengawal / memadam kebakaran yang sudah besar.
g. Penggunaan Pemadam Api dan Peraturannya Setiap bengkel mesti mempunyai alat-alat pemadam api yang cukup. Seterusnya alat tersebut pula mestilah jenis yang betul dan boleh memadam segala kebakaran yang tidak dijangkakan. Ianya mesti dalam keadaan baik, berfungsi dan diletakkan di tempat yang senang diambil apabila diperlukan. Antara langkah yang perlu diambil untuk melawan atau mencegah kebakaran adalah:- i. Jauhkan bahan lain yang boleh terbakar dari api yang sedang marak. ii. Pastikan alat pemadam api boleh digunakan dan ia mesti berada ditempatnya. iii. Seharusnya ia perlu diuji dan dibersihkan setiap masa. iv. Segala isyarat kecemasan yang ada diuji sebaik-baiknya seminggu sekali supaya ia dapat berfungsi dengan baik. v. Tanda atau notis serta peraturan mencegah kebakaran bagi keselamatan perlu berada dalam keadaan baik dan terang serta diletakkan di tempat yang mudah dilihat. vi. Letakkan peringatan di dalam bengkel seperti; Apabila berlaku kebakaran, semua mesti keluar dari tempat kerja masing-masing dan sebelum keluar ia mesti:- a) Tutup tingkap dan pintu yang tidak perlu untuk melepaskan diri. b) Keluar ikut arahan pasukan penyelamat melalui laluan yang dekat dan selamat. c) Gunakan tangga apabila keluar. d) Berkumpul di tempat yang telah di khaskan. e) Jangan berpatah balik apabila ada barang yang tertinggal.
1.1.3 PERALATAN PERLINDUNGAN PERIBADI ( PERSONAL PROTECTIVE EQUIPMENT – PPE ) Peralatan Pelindungan Peribadi atau Personel Protective Equipment (PPE) adalah peralatan keselamatan yang perlu dipakai dan digunakan ketika melakukan kerja - kerja pengendalian di dalam bengkel. Ianya penting untuk mengelakkan berlaku kecederaan pada anggota tubuh dan kesihatan sewaktu bekerja a. Definisi - PPE adalah termasuk segala bentuk pakaian atau peralatan tambahan yang direka untuk memberi pelindungan daripada bahaya di tempat kerja. b. Tujuan Penggunaan - Untuk melindung pemakainya dari bahaya atau pekerjaan yang boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan. - Pemilihan PPE yang tepat dan sesuai dengan tugas / pekerjaan adalah penting. Terdapat beberapa jenis PPE terdiri daripada: • alat pelindungan kepala • alat pelindungan mata • alat pelindungan kaki • alat pelindungan tangan • alat pelindungan muka i) Alat Pelindungan Kepala Peranti yang digunakan apabila seorang pekerja perlu menjalankan kerja di mana bahagian kepala merupakan bahagian tubuh yang berpotensi menerima kecederaan akibat kerja yang dijalankan. Antara contoh kawasan kerja yang memerlukan pelindung kepala adalah seperti : - Kawasan yang berisiko objek jatuh dan terkena kepala pekerja.
- Seseorang pekerja berisiko terhantuk kepada kepada objek pegun/ tetap Pelindung kepala yang biasa digunakan adalah seperti topi keselamatan. Rajah 1-6 Alat pelindungan kepala yang kebiasaannya dipakai di kawasan pembinaan ii) Alat Pelindungan Mata Peranti yang digunakan apabila seorang pekerja perlu menjalankan kerja yang melibatkan hazard berikut : - Menggunakan bahan kimia yang merengsa kepada mata. - Menjalankan kerja pateri (welding) yang menghasilkan tahap cahaya yang boleh menyebabkan kerosakan pada mata. - Menjalankan kerja menggunakan peralatan laser berkeamatan tinggi. - Kawasan kerja mempunyai hazard partikel beterbangan, habuk dan sebagainya. Contoh pelindung mata yang biasa digunakan adalah seperti pelindung muka, cermin mata keselamatan dan sebagainya. Rajah1-7 Alat pelindungan mata dan muka
iii) Alat Pelindungan Kaki Peranti yang digunakan apabila seorang pekerja perlu menjalankan kerja yang mempunyai risiko seperti berikut : - Bekerja di bengkel mekanikal yang mempunyai risiko terpijak/tertusuk benda tajam dan objek terjatuh mengenai kaki. - Bekerja di makmal di mana ianya mempunyai risiko tumpahan bahan kimia dan sebagainya. - Bekerja di kawasan yang licin dan mempunyai risiko tergelincir. Contoh pelindung kaki yang biasa digunakan adalah seperti kasut keselamatan, pelindung kasut (shoe cover) dan sebagainya. Rajah 1-8 Kasut keselamatan yang sesuai kegunaan bengkel iv) Alat Pelindungan Tangan Peranti yang digunakan apabila seorang pekerja perlu menjalankan kerja yang melibatkan hazard kepada bahagian tangan seperti : - Mengendalikan bahan suhu lampau seperti sampel panas dan cecair kriogenik. - Mod kemasukan hazard melalui tangan seperti kejutan elektrik, dedahan kepada bahan radioaktif dan sebagainya. Contoh pelindung tangan yang biasa digunakan adalah seperti sarung tangan getah dan sebagainya.
Rajah 1-9 Sarung tangan untuk kegunaan mengendalikan bahan kimia dan kerja yang suhu panas c. Penjagaan Peralatan Perlindungan Peribadi PPE perlu dijaga dengan baik supaya dapat digunakan selalu. Penjagaan PPE perlu dilakukan oleh setiap orang kerana ianya milik peribadi. Antara permerhatian khusus pada PPE dalam penjagaannya adalah seperti berikut; ✓ Pastikan berada dalam keadaan baik. ✓ Sentiasa bersih. ✓ Disimpan dengan betul dan di tempat yang berkunci. ✓ PPE gantian mestilah sentiasa disediakan untuk mengelakkan pembaziran masa yang tidak sepatutnya disebabkan proses pencarian PPE gantian. 1.2 KESEDARAN KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA 1.2.1 SITUASI BERISIKO TINGGI DI BENGKEL Pengurusan mekanikal melibatkan semua aktiviti yang melibatkan penggunaan mesin dan jentera yang tertakhluk dalam akta kilang dan jentera dan peraturan berkaitan dengannya. Keadaan yang tidak boleh dihapuskan dan mestilah dikawal untuk mencegah kemudaratan dan kesan sampingannya. Mesin mempunyai pelbagai
bahagian yang bergerak. Tindakan bahagian yang bergerak boleh mempunyai kuasa yang mencukupi dalam gerakan yang boleh menyebabkan kecederaan kepada seseorang. Bahaya mekanikal ini berlaku dalam bengkel boleh dikelaskan kepada dua keadaan seperti berikut; 1. Ketika operasi sedang dilakukan. Operasi di mana kerja dilakukan pada bahan, seperti memotong, membentuk, melubang, atau memesin benda kerja. 2. Semua bahagian mesin yang bergerak Bahagian yang berputar seperti roda pencapai, tali sawat, rantai, engkol, gear, ”pulley” atau mekanismen peralatan yang menyedut atau menyuap pada bahagian tambahan mesin. Rajah 1-10 Rantai dan gegancu /gear Rajah 1-11 Mesin pemotong Rajah 1-12 Tali sawat dan takal Rajah 1-13 Pergerakan robot / automatik 1.2.2 STANDARD KESELAMATAN INDUSTRI Piawaian keselamatan perindustrian penting untuk mewujudkan persekitaran kerja yang
selamat untuk pekerja dan kesejahteraan fizikal dan mental. Ini dicapai dengan penstrukturan peraturan dalam kemudahan pematuhan mandatori, yang direka untuk pencegahan kemalangan di kawasan kerja. Melalui standard ini bukan sahaja pekerja dilindungi, tetapi juga persekitaran semula jadi yang mengelilingi kemudahan itu. Keperluan keselamatan mesti disesuaikan dengan risiko khusus bagi setiap pekerjaan. Berikut merupakan standard atau piawaian keselamatan di industri bagi kerja-kerja bengkel; ✓ Perlindungan penting untuk melindungi pekerja dari kecederaan. ✓ Sebarang bahagian, fungsi, atau proses mesin yang mungkin menyebabkan kecederaan harus dilindungi. ✓ Apabila operasi mesin boleh mengakibatkan kecederaan pada pengendali atau orang lain di kawasan itu, bahaya harus dihilangkan atau dikawal. 1.2.3 ALAT KESELAMATAN PADA MESIN Semua bahagian mesin yang boleh menyebabkan kecederaan, mestilah dijaga. Penghadang mesin membantu menghilangkan bahaya yang disebabkan oleh operasi bahagian berputar dan tatal (chip) yang keluar. Penghadang / pelindung mesin yang sering digunakan ialah; • Penghadang tetap • Penghadang yang saling berkunci • Penghadang boleh laras • Penghadang kawalan sendiri (Selt-adjusting) • Peranti tarik balik • Kawalan dua tangan a. Penghadang Tetap Pelindung tetap diletakkan di tempatnya secara tetap oleh pengikat yang hanya dapat dilepaskan dengan menggunakan alat.
Rajah 1-14 Penghadang jenis tetap b. Penghadang saling berkunci Penghadang yang saling terkunci mematikan atau melepaskan kuasa ke mesin secara automatik apabila penghadang dikeluarkan / dibuka. ( Apabila pelindung dibuka, mesin tidak boleh beroperasi ). Rajah 1-15 Penghadang saling berkunci untuk keselamatan c. Pelindung boleh laras Pelindung boleh laras menyediakan penghadang yang dapat disesuaikan agar sesuai dengan pelbagai ukuran benda kerja.
Rajah 1-16 Pelindung boleh laras d. Penghadang kawalan sendiri Penghadang ini digerakkan dari kepala pemotong oleh stok / benda kerja. Rajah 1-17 Penghadang kawalan sendiri yang terdapat di mesin pemotong e. Peranti tarik balik Peranti Tarik balik berkonsepkan apabila tangan dan lengan bergerak kebahagian operasi penghadang buka dan mesin tidak beroperasi. Apabila tangan dikeluarkan dari bahagian operasi, penghadang tutup dan mesin beroperasi semula.
Rajah 1-18 Peranti tarik balik untuk keselamatan pekerja Apabila tangan dan lengan bergerak ke bahagian operasi, penghadang akan dibuka dan mesin tidak beroperasi Rajah 1-19 Mekanisma tangan dimasukan Apabila tangan di keluarkan dari bahagian operasi, penghadang akan tetutup dan mesin beroperasi semula. Rajah 1-20 Mekanisma tangan dikeluarkan
ii. Peranti kawalan dua tangan Memerlukan tekanan berterusan dan bersamaan oleh pengendali untuk mengaktifkan mesin. Rajah 1-21 Peranti kawalan dua tangan Peraturan Keselamatan Mesin Keselamatan peralatan dan mesin yang berada di bengkel perlu diberi perhatian khusus oleh pengguna dan pengurusan sesebuah bengkel. Peralatan-peralatan yang ada dibengkel perlu diselenggara dengan baik dan berkala. Cara ini dapat mengelakkan kerosakan berlaku pada peralatan-peralatan yang digunakan dan dapat mengesan peralatan yang telah rosak. Di samping itu, peraturan penggunaan mesin hendaklah diikuti oleh semua untuk mengelakkan kemalangan dari berlaku. Berikut adalah 10 peraturan keselamatan berkaitan penggunaan mesin:- 1) Jangan sekali-kali mengeluarkan atau cuba mengalihkan penghadang / pelindung mesin. 2) Jangan membiarkan benda jatuh ke bahagian yang sedan berpusing / bergerak. 3) Jangan biarkan mesin tidak dijaga dengan bahagian yang masih bergerak atau beroperasi. 4) Keluarkan pelindung hanya apabila mesin dimatikan atau dikunci.
5) Laporkan masalah sekiranya kerosakan pada penghadang mesin kepada tenaga pengajar dengan segera. 6) Letak pelincir pada bahagian mesin dengan berhati-hati tanpa mengeluarkan pelindung. 7) Kendalikan peralatan hanya apabila pengawal berada di tempat dan diselaraskan dengan betul. 8) Jangan gunakan pelindung yang bukan sepatutnya atau rosak. 9) Jangan memakai pakaian, perhiasan, atau rambut panjang di sekitar mesin. 10) Tanya tenaga pengajar jika anda mempunyai pertanyaan mengenai keselamatan mesin atau bagaimana bekerja dengan selamat. 1.2.3 TANDA DAN SIMBOL KESELAMATAN INDUSTRI Adalah sangat mustahak bagi amalan keselamatan, prosedur keselamatan bengkel dan juga mengenali simbol dan mesej yang digunakan dalam tanda keselamatan industri. Tanda-tanda bertulis biasanya digunakan di kawasan perindustrian untuk memberikan amaran bahaya dan maklumat keselamatan. Setiap orang perlu memahami setiap yang dimaksudkan dengan simbol keselamatan dan kata-kata tertentu, yang mana mereka lebih mampu menjaga diri dari bahaya. Pastikan setiap orang dapat melihat dan membaca tanda keselamatan dari jarak yang munasabah. Keberkesanan simbol keselamatan sangat bergantung pada pemilihan gambar simbolik yang mudah difahami oleh khalayak yang dimaksudkan. Rajah 1-22 Jenis-jenis simbol utama mengikut warna di industri
Jadual 1-2 Contoh tanda dan simbol yang digunakan di industri 1.2.4 PERATURAN KESELAMATAN Memahami dan mengikuti peraturan keselamatan bengkel adalah menjadi tanggungjawab setiap pelajar. Dengan mematuhi peraturan keselamatan, sebarang risiko kemalangan jiwa, kecederaan mahupun kerosakan terhadap alat dan mesin boleh dihindari. a. Aspek-aspek keselamatan bengkel meliputi beberapa perkara seperti berikut; i. Keselamatan umum ii. Keselamatan diri dan rakan iii. Keselamatan alatan dan bahan
i. Keselamatan Umum Peraturan keselamatan diadakan untuk memastikan suasana kerja dalam persekitaran serta suana bengkel yang teratur dan selamat tanpa berlakunya kemalangan ataupun kecederaan. Secara umumnya, peraturan bengkel adalah sama di mana-mana sekalipun. Ianya perlu diamalkan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini. Berikut adalah peraturan keselamatan bengkel secara umumnya; ➢ Peraturan dari segi pemakaian. - Setiap pelajar mesti berpakaian kemas dan mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh bengkel. Pelajar yang tidak mengikutinya, tenaga pengajar berhak untuk menghalang pelajar tersebut masuk ke bengkel dan boleh dikenakan tindakan yang sepatutnya. ➢ Potongan rambut yang pendek dan pengurusan rambut yang kemas. - Pelajar yang berambut panjang atau ‘free hair’ bagi perempuan, perlu mengikatnya supaya tidak mendatangkan bahaya ketika membuat kerja di bengkel terutamanya melibatkan peralatan atau mesin yang berputar yang boleh menarik rambut mereka ke mesin. Manakala yang lelaki, perlu menguruskan dengan kemas supaya tidak mengganggu penglihatan yang boleh mendatangkan bahaya sekiranya diabaikan. ➢ Pemakaian pakaian yang sepatutnya ( jaket bengkel, kasut keselamatan dan sebagainya ). - Pemakaian seperti kasut keselamatan dapat mengelakkan pelajar tercedera apabila terkena benda atau alatan yang jatuh. Ini kerana di bengkel, bahan yang digunakan selalunya adalah bahan yang padat dan berat seperti bongkah aluminium, keluli lembut dan sebagainya. Walaupun saiznya yang kecil, tetapi mudaratnya adalah besar. Penggunaan jaket juga penting kerana dapat mengelakkan lengan dari terkena tatal mahupun percikan api dari aktiviti mengimpal.
➢ Perlu mendapat kebenaran dan berada di bawah pengawasan pengajar sepenuhnya. - Kebenaran tenaga pengajar untuk menggunakan bengkel amat penting agar pengawasan dapat dilakukan oleh mereka bagi aktivitiaktiviti yang dijalankan. Ini kerana selaku pelajar, latihan masih memerlukan pemantauan agar keselamatan pelajar, mesin dan sebagainya terjaga. Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini, ianya boleh diuruskan segera oleh pengajar tersebut. ➢ Sentiasa mematuhi arahan pengajar dan berhati-hati bagi setiap kerja di bengkel. - Setiap arahan pengajar dan aktiviti yang dilakukan mesti mendapat arahan yang jelas supaya pelajar tahu mengenai setiap langkah melakukan tugasan tersebut. Setiap aktiviti di bengkel perlu dilakukan dengan penuh berhati-hati mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan. ➢ Kawasan tempat kerja perlu dibersihkan sebelum meninggalkan bengkel. - Persekitaran tempat kerja perlu sentiasa kemas dan dibersihkan sebelum meninggalkan bengkel. Sekiranya terdapat tumpahan minyak atau air, ianya perlu dicuci dengan segera supaya tidak mendatangkan bahaya pada diri dan orang lain. ➢ Semua suis elektrik dimatikan sebelum meninggalkan bengkel. - Setiap suis elektrik hendaklah dimatikan selepas menggunakannya supaya tidak berlaku kerosakan pada mesin yang boleh mencetuskan kebakaran di samping menjimatkan tenaga elektrik di bengkel. ii. Keselamatan Diri dan Rakan Mematuhi peraturan keselamatan diri dan rakan sekerja merupakan tanggungjawab
yang perlu dilaksanakan oleh setiap individu yang bekerja di bengkel. Tatacara kerja yang tidak betul merupakan penyebab utama kemalangan berlaku di samping sikap cuai dan tidak mengambil berat aspek keselamatan. Kemalangan dapat dicegah dengan cara seperti di bawah ini; • Menjadikan sikap mematuhi peraturan sebagai suatu amalan. • Pakaian di dalam bengkel mestilah sesuai dan kemas. • Bagi pelajar yang memakai baju lengan panjang, lipat lengan baju ketika bekerja. • Jangan bermain atau bergurau semasa berada di bengkel. • Amalan sentiasa bekerjasama dan bantu-membantu sesama pelajar. • Mengelakkan daripada memakai barang-barang perhiasan seperti jam, cincin dan sebagainya. iii. Keselamatan Alatan dan Bahan Kepelbagaian peralatan yang moden dan canggih memerlukan pengurusan keselamatan yang secukupnya kerana kerja amali yang dilakukan di dalam bengkel mudah terdedah kepada risiko berlakunya kemalangan sekiranya keselamatan diabaikan. Perkara ini dapat dielakkan dengan cara seperti berikut ; - Penggunaan bahan dan alatan perlu mendapat bimbingan daripada pengajar sebelum pelajar boleh menggunakannya. - Penggunaan alatan yang betul penting bagi memilihara peralatan daripada rosak. - Perancangan penggunaan peralatan dan bahan dengan teliti sebelum memulakan sesuatu projek. - Alatan perlu dibersihkan dan diletak kembali pada tempatnya selepas digunakan. - Sentiasa berhati-hati sewaktu menggunakan sebarang peralatan. - Pastikan mesin dan alatan dalam keadaan baik sebelum digunakan. - Elakkan daripada memegang dan menyentuh alatan tajam seperti mata pengisar, hujung mata penggarit dan lain-lain.
viii. Ringkasan Keselamatan Jadual 1-3 Ringkasan Keselamatan diri dan perkakasan / mesin DIRI PERKAKASAN / MESIN Bagi menghindari daripada kecederaan fizikal Bagi menghindari daripada kerosakan. Pakaian hendaklah kemas dan sesuai. Pastikan dalam keadaan baik Pakai pakaian keselamatan Pastikan mendapat kebenaran sebelum menggunakan apa jua alat atau mesin. Pakaian keselamatan yang dipakai hendaklah sesuai dengan jenis kerja yang dilakukan. Tidak rosak / Penghadang keselamatan di tempat yang betul. 1.3 RISIKO BAHAYA YANG BOLEH BERLAKU DI BENGKEL Setiap pelajar berhadapan dengan risiko di bengkel. Sekiranya gagal untuk menguruskan risiko dengan baik, ianya mengundang kesan yang buruk. Apabila risiko tidak dikawal, ianya akan mencetuskan kemalangan di bengkel. Adalah menjadi tanggungjawab setiap orang untuk memastikan persekitaran di bengkel selamat dan sihat untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 1.3.1 Tafsiran Risiko Risiko ialah gabungan kemungkinan dan keterukan bagi kejadian berbahaya tertentu yang berlaku. ➢ Kemungkinan - kejadian yang mungkin berlaku dalam tempoh khusus atau dalam keadaan tertentu ➢ Keterukan - hasil daripada kejadian yang berlaku seperti: - Teruknya kecederaan atau kesihatan manusia - Kerosakan harta - Gangguan kepada alam sekitar - Gabungan hasil yang disebabkan oleh kejadian tersebut
Contoh potensi mendatangkan bahaya adalah seperti gambar di bawah; Rajah 1-23 Rantai dan tali gegancu Rajah 1-24 Pemotongan dan tindakan Memutuskan sesuatu Rajah 1-24 Peralatan bergigi Rajah1-25 Tali sawat dan takal 1.3.2 PUNCA KEMALANGAN Keselamatan merupakan satu aspek yang amat penting dan perlu dititikberatkan dalam semua hal. Semua pihak mesti berwaspada dan sentiasa mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa bekerja, terutamanya ketika menggunakan peralatan dan mesin di bengkel. Sehubungan dengan itu, peraturan tentang keselamatan perlu diingatkan sentiasa untuk dipatuhi bagi mengelakkan berlakunya kemalangan. Secara umumnya kemalangan di bengkel terbahagi kepada tiga jenis bergantung pada punca berlakunya kemalangan tersebut iaitu: a. Berpunca daripada perlakuan / kecuaian manusia. b. Berpunca daripada peralatan mesin. c. Berpunca daripada persekitaran tempat kerja yang tidak selamat.
a. Berpunca Daripada Perlakuan / Kecuaian Manusia Sikap cuai semasa mengedalikan peralatan di bengkel boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. Antara kecuaian yang biasa berlaku ialah; • Sikap terlalu yakin dan malas bertanya walaupun tidak tahu. • Tidak mengikut prosedur kerja yang selamat. • Tidak mematuhi arahan keselamatan. • Kaedah penggunaan yang tidak mendapat maklumat dan latihan kerja yang mencukupi. • Engkar arahan tugasan yang diberikan. • Tidak menumpukan sepenuh perhatian semasa bekerja • Di bawah pengaruh alkohol atau dadah. • Tidak menggunakan kelengkapan atau alat pelindung diri dengan sempurna. • Menyalahgunakan peralatan mesin. • Tidak menyelenggara mesin dan peralatan. b. Peralatan Mesin Selain kecuaian diri sendiri, kemalangan juga boleh berlaku akibat daripada keadaan peralatan, mesin serta keadaan kerja yang dilakukan. Antaranya adalah seperti berikut; ▪ Penggunaan dan pengendalian peralatan dan mesin dengan cara yang tidak selamat dan sesuai. ▪ Keadaan mesin itu sendiri yang tidak ada kelengkapan keselamatan yang mencukupi seperti pelindung keselamatan, suis saling mengunci dan tombol kecemasan. ▪ Peralatan dan mesin tidak diselenggara dan dijaga mengikut keperluannya. ▪ Meja kerja yang tidak tetap atau dimatikan tapaknya. ▪ Suis dan alatan elektrik rosak.
c. Persekitaran Tidak Selamat Persekitaran tempat kerja bukan sahaja dapat menjauhi kemalangan tetapi juga dapat mempertingkatkan kecekapan bekerja. Punca kemalangan tidak dapat dihindari sekiranya perkara-perkara ini wujud di sekitar ruang kerja. Antaranya adalah seperti berikut; • Susun atur yang tidak kemas. • Ruang kerja yang tidak selesa. • Pencahayaan yang tidak mencukupi. • Pengaliran udara yang tidak baik. • Bunyi bising yang tidak terkawal. • Peralatan yang tidak berfungsi dengan baik dan sesuai. • Sistem pencegahan kebakaran yang tidak lengkap dan tidak berfungsi. • Tanda amaran bahaya dan keselamatan yang tidak jelas dan mencukupi. 1.3.3 PENCEGAHAN KEMALANGAN Kemalangan adalah sesuatu yang kompleks dan berlaku tanpa dirancang, namun ianya boleh dicegah. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh digunakan untuk menghindarkan kemalangan; - Mengenalpasti bahaya dan keadaan tempat kerja yang selamat - Menilai tahap bahaya di bengkel. - Mematuhi setiap arahan dan prosedur kerja yang selamat. - Mematuhi peraturan keselamatan yang telah ditetapkan - Merancang kerja yang diberi - Menggunakan peralatan atau mesin yang sesuai dengan kerja - Mengendalikan mesin atau peralatan dengan betul - Memastikan alatan atau mesin dalam keadaan baik - Memakai pakaian yang selamat dan sesuai - Mematikan bekalan mesin atau alat tangan jika tidak digunakan - Memakai pelindung keselamatan semasa melakukan kerja berbahaya
Kepentingan Mematuhi Aspek Keselamatan Di Bengkel Langkah keselamatan di dalam bengkel perlu dipatuhi bagi mengelakkan sebarang kemalangan yang mungkin berlaku tanpa disedari. Kemalangan yang sering terjadi di dalam atau di luar bengkel boleh mengakibatkan; ✓ Luka sementara dan kekal ✓ Kehilangan nyawa. ✓ Kerugian atau kerosakan pada alatan dan mesin. 1.4 AMALAN MENGENDALIKAN BAHAN 1.4.1 RUANG KERJA Pengetahuan berkaitan keperluan keselamatan di tempat kerja adalah penting untuk menjelaskan berkenaan keselamatan, misalnya mengangkat dan membawa muatan, tingkah laku, kuasa elektrik, tekanan angin, tempat-tempat berbahaya, jentera dan pengurusan bengkel. a. Ruang Bengkel Pusat bagi amali pengajaran dan pembelajaran subjek pemesinan adalah di dalam bengkel menggegas, konvensional dan CNC. Langkah-langkah mengelak kemalangan yang diaplikasikan dengan teratur melalui penyusunan, penggunaan dan penyelenggaraan alatan atau bahan, boleh melahirkan suasana yang kondusif dan pelajar yang positif. Meja kerja pula hendaklah bersih dan kemas. Hanya alatan yang perlu untuk kerja sahaja diletakkan di atas meja kerja. Selain itu, setiap alat hendaklah diletakkan di tempat yang betul. Lantai bengkel hendaklah sentiasa bersih dan bebas dari minyak, gris atau lain-lain cecair. Tumpahan perlu dibersihkan dengan segera. Penggunaan tong berasingan untuk membuang serpihan logam atau sebarang kotoran sangat digalakkan. Penyimpanan bahan dengan cara teratur supaya tidak mendatangkan bahaya juga penting bagi sesebuah bengkel. Selain itu juga, perlu mewujudkan sistem pencegah dari asap dan habuk di dalam bengkel supaya tidak terkumpul di ruangan bengkel. Tentukan bahawa semua lampu dan pemadam api berkeadaan baik dan juga kotak pertolongan cemas lengkap dengan segala keperluannya.
b. Cecair Mudah Terbakar Semua bahan atau cecair mudah terbakar dan berbahaya hendaklah disimpan di stor yang berasingan, lengkap dengan alat pencegah kebakaran dan alat bantuan rawatan kecemasan. Peraturan penyimpanan dan pengendalian bahan kimia hendaklah mengikut arahan semasa yang berkuat kuasa. Selain itu, beberapa perkara juga perlu diberi perhatian seperti berikut; • Jangan nyalakan api berhampiran cecair mudah terbakar. • Gunakan penutup muka yang disediakan. • Elakkan dari menyedut gas-gas yang beracun, terutama apabila mengisi cecair mudah terbakar. • Jangan dibiarkan cecair mudah terbakar terdedah atau tidak ditutup. • Jangan gunakan cecair mudah terbakar berhampiran kenderaan yang sedang dibaiki. • Mesti mengetahui penggunaan pemadam api dengan cara yang betul. c. Arus Elektrik Setiap kali bekerja dalam menggunakan kuasa elektrik, kita akan terdedah kepada kemalangan elektrik terutamanya kejadian litar pintas. Penggunaannya perlu lebih berhati-hati semasa bekerja di mana kecuaian boleh membawa kecederaan dan maut. Justeru antara langkah-langkah keselamatan yang mampu mengelakkan daripada berlakunya kemalangan adalah; ➢ Jangan gunakan alat-alat elektrik yang tidak sempurna. ➢ Sebarang kerosakan pada alat eletrik mestilah dilaporkan kepada pengajar dengan segera ➢ Jangan memegang alat-alat eletrik dengan tangan yang basah. ➢ Dawai elektrik yang berjuntai adalah bahaya. Laporkan kepada pengajar dengan segera. ➢ Pastikan alat-alat atau perkakas elektrik yang digunakan betul-betul dalam keadaan yang selamat. ➢ Jangan sambungkan alat-alat kuasa (power tool) pada soket lampu kerana ia tiada sambungan pembumi. ➢ Penyambungan eletrik mestilah selalu dibuat dengan kebenaran pihak berkuasa.
d. Udara Mampat Sistem pneumatik adalah sistem yang menggunakan gas termampat yang lazimnya udara, untuk menghantar dan mengawal kuasa pada mesin terutama melibatkan penggunaan mesin CNC. Udara dari atmosfera dimampatkan kepada tekanan tinggi dan digunakan untuk menggerakkan peralatan di mesin dalam bengkel. Walaupun penggunaannya penting, aspek keselamatan mestilah diberi berhatian. Antaranya adalah seperti berikut; a) Udara mampat adalah sangat kuat dan berbahaya jika salah digunakan. b) Udara mampat boleh memasukkan habuk atau serpihan halus seperti habuk melalui kulit. c) Jangan arahkan udara mampat kepada kulit atau mata kerana ia boleh menyebabkan kulit melecur. e. Jentera / Mesin Secara umumnya bahaya mekanikal terdapat pada semua mesin meskipun terdapat pelbagai perbezaan di antara satu mesin dengan mesin yang lain. Keadaan ini tidak boleh dihapuskan dan mestilah dikawal untuk mencegah kemudaratan dan kesan sampingannya. Tindakan bahagian yang bergerak boleh mempunyai kuasa yang mencukupi dalam gerakan yang boleh menyebabkan kecederaan kepada seseorang. Perkara berbahaya pada mesin pula adalah seperi; ▪ Bahagian-bahagian bergerak pada mesin adalah bahaya. ▪ Jangan menyentuh apa jua bahagian bergerak pada jentera atau mesin. ▪ Serpihan-serpihan, logam-logam panas dan bucu-bucu tajam pada bendakerja hendaklah dibuang dengan berus yang dikhaskan. Pastikan mesin diberhentikan dahulu. ▪ Semua penghadang hendaklah dipasang sebelum menjalankan mesin. Langkah-langkah penting apabila menggunakan jentera adalah:- i. Berhati-hati apabila berhampiran dengan tempat yang mempunyai pacuan tali sawat atau berantai. ii. Sebelum menjalankan mesin, kita mestilah tahu untuk memberhentikan mesin.
iii. Tutup suis utama pada mesin yang tidak digunakan. iv. Jangan biarkan mesin bergerak tanpa perhatian (Operator). 1.4.2 MENGANGKAT DAN MEMBAWA BEBAN Tempat kerja yang memerlukan mengangkat bebanan berat dan suhu terlalu sejuk atau panas boleh menyumbang kepada kecederaan serta menyebabkan diri kita sakit. Kesannya boleh mengakibatkan pekerja mengalami ketidakupayaan melakukan kerja disebabkan penggunaan otot, sendi dan tisu badan yang mengalami keletihan dan kehausan melampau. Antara perkara yang berkaitan dengan mengangkat dan membawa beban adalah seperti berikut; ✓ Kecederaan boleh berlaku jika mengangkat beban yang terlalu berat. ✓ Pertolongan diperlukan apabila mengangkat sesuatu barang yang berat. ✓ Gunakan alat mengangkat jika perlu (periksa dahulu sebelum digunakan). ✓ Semasa mengangkat beban, kangkangkan kaki supaya ia seimbang, bengkokkan lutut dan badan belakang hendaklah lurus. ✓ Pastikan beban yang dibawa tidak menghalang penglihatan kita.
Rajah 5 Cara mengangkat barang dengan betul Langkah-langkah untuk mengangkat beban dengan betul adalah seperti berikut; 1) Kaji beban - Jika mampu mengangkatnya sendiri dengan selamat, berdiri menghadap beban 2) Angkat beban - Untuk mengangkat, pegang dengan kuat dan bengkokkan lutut anda. 3) Seimbang - Angkat dalam keadaan yang seimbang 4) Beban - Pastikan beban hampir dengan diri anda 5) Pergerakan tubuh - Ketika mengangkat, gerakkan kaki ke hadapan tanpa memusingkan badan 2 Kelakuan dan Budi Pekerti Kesedaran mengutamakan keselamatan perlu dipertingkatkan pada setiap masa agar
sentiasa ingat dan peka tentang aspek keselamatan semasa melakukan sesuatu kerja di bengkel mahupun setelah memasuki alam pekerjaan sebenar nanti. Aspek keselamatan kadang-kadang dipandang ringan oleh kebanyakan orang dan hanya akan diberi perhatian penuh apabila berlakunya sesuatu kemalangan. Justeru itu, perkara-perkara berikut boleh menjadi garis panduan ketika di bengkel. Antaranya adalah seperti berikut; a. Jangan berlari-lari di dalam bengkel. Sentiasa berhati-hati. b. Jalan atau laluan di antara deretan jentera atau mesin hendaklah bebas dari sebarang halangan. c. Jangan mencuba atau menggunakan mesin melainkan sudah diberi kebenaaran. d. Elakkan dari berjalan di bawah benda-benda berat atau tergantung. e. Jangan bergurau di dalam bengkel kerana ia boleh menyebabkan kemalangan.
SOALAN 1. Di manakah situasi bahaya mekanikal boleh berlaku di dalam bengkel pemesinan? a) _____________________________________________________ b) _____________________________________________________ ( 2 markah ) 2. Senaraikan EMPAT ( 4 ) jenis Peralatan Perlindungan Peribadi ( PPE ) yang sering digunakan? a) _________________________________________________________ b) _________________________________________________________ c) _________________________________________________________ d) _________________________________________________________ ( 4 markah ) 3. Berikan EMPAT ( 4 ) jenis alat pemadam api mudah alih. a) _________________________________________________________ b) _________________________________________________________ c) _________________________________________________________ d) _________________________________________________________ ( 4 markah ) 4. Tuliskan TIGA ( 3 ) aspek yang meliputi keselamatan bengkel. a) _________________________________________________________ b) _________________________________________________________ c) _________________________________________________________ ( 3 markah ) 5. Apakah yang dimaksudkan dengan risiko? _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ ( 1 markah )
6. Berikan LIMA ( 5 ) langkah-langkah yang boleh digunakan untuk mengelakkan kemalangan di bengkel. a) _________________________________________________________ b) _________________________________________________________ c) _________________________________________________________ d) _________________________________________________________ e) _________________________________________________________ ( 5 markah ) RUJUKAN 1. Abd Rani bin Abdullah (2002), Nota Panduan Politeknik Malaysia - Teknologi Workshop 1, nombor muka surat 34-88 2. Steve f, Krar and Albert F. Check, Technology of machine Tools, McGrawHill, 1998 muka surat 152- 181
INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA MALAYSIA KERTAS PENERANGAN KOD DAN NAMA KURSUS VK03 DIPLOMA TEKNOLOGI PEMBUATAN (PEMESINAN) KOD DAN NAMA MODUL K03-21-35 COMPONENT ASSEMBLY AKTIVITI PEMBELAJARAN (LA) LA1 APPLY WORKSHOP SAFETY LA2 SET UP WORKPIECE LA3 PREPARE HAND TOOLS REQUIREMENT LA4 SET UP TOOLS LA5 CHECK COMPONENT ASSEMBLY CU.WA NO./ TAHAP C07.01 INTERPRET ASSEMBLY DRAWING C07.02 PREPARE HAND TOOLS REQUIREMENT C07.03 ASSEMBLY COMPONENT ACTIVITY C07.04 CHECK COMPONENT ASSEMBLY C07.05 SUBMIT COMPONENT ASSEMBLY REPORT TO SUPERIOR OBJEKTIF PRESTASI AKHIRAN (TPO) PERFORM BENCH WORK USING WORKPIECE, HAND TOOLS, CLEANING TOOLS, ENGINEER SQUARE, SURFACE TABLE PARTS DRAWING, BAND SAW, POWER HACKSAW, LINEAR MEASUREMENT TOOLS, CUTTING FLUID, BENCH VISE, MACHINE VISE, MARKING MEDIA, ANVIL, DRILLING MACHINE, DRILL CHUCK, DRILLING SLEEVE AND SOCKET, DRILL BITS, PARALLEL BLOCK, MACHINE MANUAL, CENTER DRILL, REAMER, GAUGES TAP, SCREW, TAP WRENCH, DIE STOCK, DIAL INDICATOR AND COUNTERBORE/COUNTERSINK SO THAT PARTS DRAWING INTERPRETED, WORKPIECE SET UP, BENCH WORK EQUIPMENTS, TOOLS SET UP, BENCHWORK PROCESS EXECUTED, PARTS SPECIFICATIONS CONFIRMED IN ACCORDANCE WITH PART SPECIFICATION REQUIREMENT.
LA2 SET UP WORKPIECE TAJUK : MENYEDIAKAN BENDA KERJA 2.1 DIMENSI DAN BENTUK BENDA KERJA Proses awal seperti menanda digunakan sebagai panduan apabila hendak memesin atau menggegas benda kerja. Dengan menanda, kita dapat mengetahui berapa banyak bahan yang harus dibuat atau bahagian mana yang harus dipotong atau dibuat lubang. Butir butir dan spesifikasi tandaan ini biasanya didapati dan dipindahkan daripada lukisan atau cetakan biru (Blue Print ) ke atas permukaan bendakerja berdasarkan ukuran atau dimensi yang diberikan dengan menggunakan berbagaibagai jenis peralatan kejuruteraan yang sesuai. Rajah 2.1 menunjukkan satu contoh lukisan untuk suatu projek. Keterangan yang terdapat dalam lukisan ini dipindahkan ke atas permukaan bendakerja. Rajah 2-1 Contoh bentuk bahagian dan dimensi Di dalam rajah ini anda dapat melihat dan perlu memahami dahulu bentuk Rajah dan dimensi yang diberi. Bentuk bahagian kebiasaannya dilukis gelap sedikit garisannya dari garisan dimensi dan setiap bahagian akan diberikan ukuran tertentu dan akan dinyatakan di garisan dimensi, anda juga perlu membuat pengiraan sendiri jika sekiranya ukuran atau dimensi sesuatu bahagian itu tidak dinyatakan. Lukisan juga
perlu ada petunjuk sesuatu proses contohnya membenang, buang segi (Chamfer) lubang dan sebagainya jadi anda perlu fikirkan peralatan yang sesuai digunakan untuk membuat proses tersebut. a. BENTUK BAHAGIAN Sebelum memulakan sesuatu kerja kerja menggegas atau memesin kita perlu mengetahui dulu bentuk atau bahagian sesuatu objek dalam lukisan kejuruteraan contohnya ada tingkat yang perlu dipotong, dikikir, dipahat atau dimesin dan sebagainya berpandukan dimensi yang diberi rajah 2.2 Rajah 2-2 Bahagian lukisan berserta Dimensi b. DIMENSI Dimensi bermaksud ukuran saiz sesuatu lukisan (seperti tinggi, panjang, lebar) atau garispusat. Setiap garisan dimensi akan disertakan sekali ukuran atau simbol untuk proses tertentu ataupun had terima Rajah 2.3
BAHAGIAN A Rajah 2-3 Dimensi yang perlu untuk sesuatu bahagian Lihat Rajah 2.3 di atas, kedudukan dimensi dan ukuran yang betul dalam sesuatu Rajah atau lukisan sesuatu projek. Anda juga boleh lihat simbol (Radius) dan hadterima juga tertera di dalam lukisan tersebut. Dimensi ialah satu cara untuk memberikan ukuran kepada sesuatu gambar yang telah dilukis pada sekeping kertas lukisan. Kekeliruan sering berlaku disebabkan oleh kesalahan cara mendimensi dan akhirnya akan menyebabkan objek yang dikehendaki itu tidak dapat dilukiskan dengan tepat. Adalah sangat mustahak bagi pekerja dan pembaca untuk mengetahui cara mendimensi bagi memudahkan mereka bekerja dan membaca sesuatu Rajah berukuran. Oleh kerana itu dimensi yang diberikan mestilah cukup jelas dan mudah difahami. i. JENIS DIMENSI Dimensi Ukurlilit (Diameter) Rajah 2-4 (a) Dimensi ukurlilit.
2.1.1.1 Dimensi bagi jejari (Radius) Rajah 2-4(b) Dimensi untuk Jejari 2.1.1.2 Dimensi bagi bulatan dan lubang Rajah 2-4 (c) Dimensi untuk Ukurlilit (DIAMETER)
Dimensi Lengkok Rajah 2-4(d) Dimensi untuk lengkuk Dimensi Kedudukan lubang-lubang yang berbilang Rajah 2-4 (e) Dimensi untuk beberapa lubang yang sama.
Dimensi sudut Rajah 2-4 (f) Dimensi sudut ii. Bahagian Kemasan Terakhir ( Part Finishing Requirement ) Selain ukuran dan garisan dimensi dapat dilihat pada lukisan kejuruteraan, ia juga ada disertakan dengan beberapa simbol kekemasan proses kerja penyudahan (Finishing). Anda perlu memberi perhatian kepada bahagian dan simbol ini untuk melengkapkan kriteria yang dikehendaki. iii. Simbol Simbol Penyudahan Berikut adalah beberapa kaedah penyudahan bendakerja Rajah 2.5
Rajah 2-5 Simbol penyudahan Rajah 2.6 Simbol penyudahan
Rajah 2.7 Simbol penyudahan iv. Had Dan Gegasan (Part Fit And Tolerance) Tujuan Had dan Gegasan ini adalah untuk menentukan supaya sesuatu pepasangan akan berfungsi dengan betul, bahagian-bahagian komponennya mestilah boleh dipasangkan sepertimana yang dianggarkan Sebelum abad ke 19, bolt dan nat dibuat sepasang dan mesti disimpan bersama. Bolt dan nat ini tidak boleh ditukar ganti dengan sepasang bolt dan nat yang lain. Alatalat ganti tidak disediakan ketika itu. Dengan demikian banyak masa terbuang dan penyelenggaraan alat-alat ini amatlah sukar.Pada pertengahan abat ke 19, Sir Joseph Whitworth telah memperkenalkan satu sistem ulir skru atau piawaian yang mengambil sempena namanya. Sejak itu wujudlah satu sistem kepiawaian yang digunakan sehingga kini. Di Malaysia, kita mempunyai SIRIM sebagai institusi kepiawaian. Bagaimanapun, untuk kerja- kerja kejuruteraan, kita masih menggunakan sistem kepiawaian British. Dalam pengeluaran kerja-kerja kejuruteraan, tidaklah ekonomi dan amat sukar menghasilkan hanya satu saiz komponen sahaja. Dengan menggunakan sistem batasan dan gegasan, saiz satu komponen itu boleh dibuat mengikut lingkungan had terima yang diberi. Rajah 2.8 di bawah menunjukkan dengan jelas istilah-istilah yang digunakan dalam sistem
batasan dan gegasan bagi aci dan lubang. Istilah-istilah tersebut ialah had tinggi, had rendah, basi minimum, basi maksimum dan telusan. Perbezaan antara had tinggi dan had rendah dikenali sebagai telusan Rajah 2-8 Sistem batasan dan gegasan v. Asas Had dan Gegasan Secara praktik, tiada komponen yang boleh dibuat mengikut saiz yang sebenar. Ini akan menimbulkan masalah kepada perekabentuk untuk menentukan.had saiz nilai atas dan bawah (upper and lower limits) yang boleh diterima untuk setiap dimensi atau ukuran yang digunakan bagi mendefinisikan rupa dan bentuk supaya objek boleh beroperasi dengan memuaskan. Sebagai contoh, Dimensi/ukuran 10 ± 0.02 bermaksud sesuatu bahagian itu boleh diterima, sekiranya dibuat sebarangan di antara saiz had bawah 9.98 mm dan had atas 10.02 mm, iaitu 10 - 0.02 dan 10 + 0.02. Lebih umum lagi, perhatikan contoh di mana suatu ruang kelegaan (clearance) perlu dikekalkan antara omboh dan silinder di antara atau di dalam lingkungan 0.012 mm. Satu cara ialah untuk mengubah ukuran kedua·dua omboh dan silinder supaya menjadi 0.006 mm. Ini amat sukar dikekalkan had terima (tolerance) dan juga terlalu mahal untuk dibuat atau dihasilkan. Secara praktik, had-terima (tolerance) keduaduanya dapat dikekalkan dalam lingkungan 0.06 mm dan kemudiannya bahagikan dalam kumpulan-kumpulan untuk pepasangan. Ini melibatkan 'gauging' setiap komponen.
Seorang perekabentuk mestilah memastikan supaya lukisan yang dihasilkan menunjukkan dengan jelas nilai had saiz atas dan bawah untuk setiap dimensi atau ukuran. Rajah 2.9 berikut menunjukkan kaedah yang biasa digunakan. Rajah 2-9 Ukuran had dan gegasan Kaedah yang ditunjukkan adalah amat jelas untuk memperlihatkan had atas dan bawah, iaitu seseorang operator memesin tidak perlu membuat sebarang kiraan. Dimensinya ditunjukkan dalam bentuk mudah, iaitu had atas berada di atas had bawah dan kedua-duanya dalam angka perpuluhan yang sama. Selain daripada kaedah di atas, saiz asas (basic size) boleh ditunjukkan dan hadterima (tolerance limits) ditambahkan seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1.3.1 di bawah. Rajah 2-10 Had terima vi. Gegas Dan Basi (Fit and Allowance) Apabila satu lubang dan satu aci dicantumkan, sistem cantuman ini disebut gegas. Telusan yang berlaku antara aci dan lubang apabila percantuman dilakukan dinamakan basi. Terdapat dua jenis basi dalam sistem ini, iaitu basi maksimum dan
basi minimum. a. Basi Maksimum (Maximum Allowance) Basi jenis ini terjadi apabila aci yang dibuat pada had rendah dicantumkan dengan lubang yang dibuat pada had tinggi. b. Basi Minimum (Minimum Allowance) Basi minimum terjadi apabila aci yang dibuat pada had tinggi dicantumkan dengan lubang yang dibuat pada had rendah. Contoh: Jika satu aci dan lubang mempunyai ukuran yang berikut: - 0.06 + 0.05 Aci :50 Lubang :50 - 0.03 + 0.03 Basi maksimum = Had tinggi lubang - Had rendah aci = 50.05 - 49.94 = 0.11 Basi minimum = Had rendah lubang - Had tinggi aci = 50.03 - 49.97= 0.06 Gegas (fits) boleh diambil secara terus dari jadual yang ditunjukkan dalam 'BS 4500:ISO limits and fits'. Apabila gred gegas perlu ditunjukkan secara teratur, kaedah-kaedah lain untuk mendimensi ciri-ciri tertentu boleh digunakan. Misalnya, untuk lubang (hole):
Sekiranya, penggunaan yang tersebut di atas hendak diulang banyak kali, maklumat ini boleh ditunjukkan dalam bentuk jadual, dan lukisan komponen yang biasa seperti Rajah 2.11 di bawah. Rajah 2-11 c. Had Terima (Tolerance) Had terima tinggi dan had terima rendah ialah saiz satu komponen yang boleh diterima atau dikira betul. Contoh: Jika satu dimensi 50 +0.02 / -0.03 diberi, ini bermakna : - 0.03 ➢ 50.00 + 0.02 = 50.02 ialah had tinggi ➢ 50.00 - 0.03 = 49.97 ialah had rendah ➢ 50.02 - 49.97 = 0.05 ialah telusan Had terima (tolerance) tidak perlu meliputi dimensi yang terlalu luas. Satu kotak yang siap dengan penerangan ditambahkan pada lukisan seperti Rajah 2.12 di bawah. Rajah 2-12