3.4 PENGENALAN KEPADA PAHAT (CHISELS) PENERANGAN Pahat ialah salah satu alat ketukangan tangan yang digunakan bersama tukul bagi memotong kepingan logam, membuat lurah kunci (key way), membuang bahan dari permukaan bendakerja dan lain-lain lagi. Pahat ditempa mengikut saiz dan bentuk yang tertentu. Sebagaimana kikir, pahat juga merupakan alat tangan yang diperbuat daripada keluli bermutu tinggi yang dikeraskan dan dibaja. Ia digunakan untuk memotong, menatal atau membuang logam. Pahat mestilah digunakan dengan tukul biasa ataupun dengan tukul pneumatik. Perhatikan Rajah pahat dibawah. Rajah 3-26 Pahat a. Jenis-Jenis Pahat Rajah 3-27 Jenis-jenis Pahat Kepala Sudut mata pemotong Mata pahat
3.4.1.1 Pahat Mata Rata Pahat ini biasanya digunakan untuk kerja-kerja am. Saiz pahat yang sesuai untuk kerja-kerja am ialah 25 x 200 iaitu 25 mm lebar dan 200 mm panjang. Sudut pemotong mata pahat ini dicanai mengikut kekerasan bahan yang hendak dipotong. Rajah 3-28 Pahat mata rata b. Pahat Mata Melintang Pahat ini digunakan untuk : a) Memotong celah yang tidak dapat dipotong oleh pahat mata rata. b) Memotong alur-alur pada permukaan yang lebar. c) Memotong alur kunci pada shaf dan takal. Untuk kerja-kerja biasa pahat ini berukuran lebih kurang 200 mm panjang dan 6 hingga 12 mm lebar. Rajah menunjukkan penggunaan pahat mata melintang pada permukaan tertentu. Rajah 3-29 Pahat mata melintang
c. Pahat Mata Bulat Pahat ini digunakan untuk: i. Memotong alur-alur minyak dalam pengalas dan pada tempattempat lain yang tidak boleh dilakukan oleh mesin. ii. Memotong atau membetulkan penjuru bulat pada lubang yang dalam. iii. Pahat mata bulat yang bengkok, kadangkala digunakan untuk menyudahkan pemotongan alur minyak dalam pengalas separuh bulat. Perhatikan Rajah dibawah. Rajah 3-30 Pahat Mata Bulat d. Pahat Mata Intan Pahat ini digunakan untuk: i. Membetulkan lubang-lubang yang telah teranjak dari pusatnya semasa hendak menggerudi. ii. Memotong penjuru-penjuru tajam. iii. Pahat jenis ini juga digunakan untuk memotong kepingan logam supaya boleh dipecahkan dengan mudah. Rajah 3-31 Pata Mata Bentuk Intan
3.5 PENGENALAN KEPADA PELULAS (HAND REAMERS) PENERANGAN Sesuatu lubang yang memerlukan kelurusan serta ketepatan yang jitu, melulas adalah perlu dilakukan untuk menghasilkan lubang tersebut. Ada beberapa jenis pelulas yang biasa digunakan dibengkel-bengkel kejuruteraan. antaranya ialah pelulas tangan atau hand reamer lubang yang dibuat dengan menggunakan gerudi tidak begitu tinggi ketepatan serta kehalusan permukaan lubangnya, pelulas boleh mengatasi masaalah ini. Pelulas tidak boleh memotong bahan dengan banyak seperti gerudi tetapi ia hanya membuang sedikit bahan serta membesarkan lubang yang telah digerudi. Pelulas merupakan alat pemotong yang jitu kerana: i. Menghasilkan ketepatan saiz lubang yang tinggi umpamanya bagi garispusat 12 mm ketepatannya pada had 0.01 mm. ii. Membuang permukaan yang tidak sekata seterusnya menghasilkan bentuk lubang yang betu- betul bulat dan tepat. iii. Tindakan matanya mengikis dan melulas dapat menghasilkan permukaan lubang yang licin dan halus. iv. Melulas juga dikatakan sebagai proses penyudahan kerana sebelum proses ini dilakukan, lubang terpaksa digerudi atau digerek terlebih dahulu iaitu terkecil sedikit daripada saiz pelulas, antara 0.05 mm hingga 0.25 mm. Walaubagaimanapun banyak bahan yang boleh dibuang dengan alat ini bergantung pada: a. Penyudahan yang dikehendaki . b. Bahan bendakerja. c. Rekabentuk pelulas. d. Penghantaran yang digunakan. e. Dalamnya lubang.
Rajah 3-22 Pelulas Rajah 3-23 Cara Melulas Kerja melulas dilakukan dengan tangan Ia tidak boleh diputarkan terbalik walaupun untuk mengeluarkan daripada lubang. Ini mengelakkan matanya daripada sumbing dan meninggalkan kesan kepada permukaan lubang. Kebanyakkan pelulas dibuat daripada keluli tahan lasak dan boleh didapati dalam berbagai-bagai saiz sama ada dalam unit metrik ataupun unit imperial. 3.6 HAND TAP DAN DIES PENERANGAN Didalam bengkel-bengkel kejuruteraan bagi menghasilkan bebenang untuk kerjakerja penyambungan dan pengikatan.dengan mudah alat yang digunakan ialah (HAND TAP dan DIE). Tap atau pembenang dalam mempunyai tiga atau empat lurah pemotong dibahagian batang hingga kebahagian hujungnya. Lurah-lurah ini membentuk tepi pemotong disamping berfungsi sebagai lorong untuk tatal keluar dengan mudah dan
juga lorong untuk bendalir pemotong turun ketepi mata pemotong bebenang dalam. Batang tap berbentuk lurus. Kepalanya berbentuk segiempat sama supaya boleh diputar dengan perengkuh. Saiz dan jenis bebenang ditandakan pada bahagian batangnya. Tap diperbuat daripada keluli berkarbon atau keluli tahan lasak yang dikeraskan dan dibaja. Ia terdiri dari berbagai-bagai saiz dalam ukuran metrik dan inci. 3.6.1 Jenis-Jenis Tap a. Tap Tirus Bahagian hujungnya iaitu kira-kira enam gigi ulirnya, ditiruskan. Fungsinya ialah supaya tap mudah masuk untuk memulakan pemotongan. Bentuknya yang tirus memudahkan ianya berada dalam kedudukkan tegak. b. Tap Palam Hanya tiga atau empat gigi ulir dibuat tirus. Tap ini digunakan selepas tap tirus, bagaimanapun dalam kerja-kerja harian tap palam ini jarang digunakan. c. Tap Bottoming Jenis ini mempunyai satu atau dua gigi ulir yang ditiruskan dihujungnya. Tap bottoming boleh memotong ulir hingga kedasar lubang, jadi ia sesuai digunakan untuk mengulir dalam lubang buntu. Rajah 3-24 set bagi mata Tap 3.6.2 Saiz Gerudi Tap Sebelum mengulir dalam, lubang hendaklah terlebih dahulu digerudi. Lubang
ini hendaklah lebih kecil daripada saiz tap supaya bahan yang ada mencukupi untuk alat ini membentuk ulir. Jika bahan yang ditinggalkan berlebihan (iaitu saiz lubang terlalu kecil), akan menyukarkan tap untuk memotong dan ini boleh menyebabkannya patah. Sebaliknya jika bahan yang ditinggalkan terlalu nipis (iaitu saiz lubang terlalu besar), bahan yang diperlukan untuk membentuk ulir tidak mencukupi, akibatnya ulir tidak cukup dalam atau tidak ada ulir langsung. Saiz lubang untuk mengulir dalam dikenali sebagai saiz gerudi tap. Saiz ini sama dengan garispusat kecil ulir, tetapi pada amalannya ia dibuat lebih besar sedikit supaya dapat memotong dengan lebih licin dan tidak tersepit dalam bahan. Ada dua cara untuk mendapatkan saiz gerudi tap iaitu: a. Mengira Dengan Menggunakan Formula Formula: Saiz gerudi tap (SGT) = Garis pusat ulir (mm) - Pic ulir (mm) Contoh: Hitung saiz gerudi tap yang digunakan untuk memotong bebenang M 22 x 2.5 SGT = Garis pusat ulir - pic ulir = 22 mm - 2.5 mm = 19.5 mm Contoh: Hitung saiz gerudi tap untuk memotong bebenang 7/8 inci - 9 BSW SGT = Garis pusat ulir - 1 Bilangan ulir per inci = 7/8 inci - 1/9 inci = 0.875 inci - 0.111 inci = 0.764 inci Saiz gerudi tap yang terdekat ialah 0.765 inci ataupun 49/64 inci
b. Mengambil Bacaan Daripada Tanda Pada Batang Tap Rajah 3-25 saiz mata tap Tanda saiz yang te rdapat pada bahagian batang tap ialah seperti yang berikut. Tap metrik ditandakan : M10 x 1.25 Dengan M = Benang metrik 10 = Garis pusat major ulir dalam milimeter 1.25 = Pic ulir dalam milimeter Tap impirial ditandakan: 7/8 inci x BSW Dengan 7/8 inci = Bilangan ulir dalam seinci 9 = Bilangan ulir dalam seinci BSW = Benang Whitworth Piawaian British iaitu sejenis piawaian bebenang 3.6.2 Perengkuh Tap Fungsi perengkuh ialah untuk memutar masuk dan memutar keluar tap. Perengkuh terbahagi kepada dua jenis iaitu: a. Perengkuh biasa Terdapat dua jenis perengkuh biasa iaitu perengkuh padu dan perengkuh boleh laras. M10 x 1.25
Rajah 3-26 Perengkuh Biasa b. Perengkuh jenis cuk Bentuknya seperti cuk tetapi saiznya kecil. Ia sesuai digunakan untuk memegang tap yang kecil saiznya. Rajah 3-27 Perengkuh jenis Cuk 3.6.3 Jenis Jenis Die (Pembenang Luar) Rajah 3-28 Pembenang luar Die digunakan untuk memotong bebenang luar. Sebagaimana tap, alat ini juga digunakan bersama-sama perengkuh. Terdapat tiga jenis die yang biasa digunakan dalam bengkel iaitu: Jenis boleh laras Jenis Padu
a. Die jenis padu Die jenis padu sesuai digunakan untuk membaiki atau memotong semula bebenang yang telah rosak. Walau bagaimanapun ia juga digunakan untuk membuat bebenang baru. Rajah 3-29 Die Jenis padu b. Die jenis belah Die jenis ini berbentuk bulat tetapi terbelah hingga kebahagian pusatnya. Tujuannya ialah supaya saiznya boleh dibesarkan atau dikecilkan dengan cara mengetatkan atau melonggarkan nat pelaras. Rajah 3-30 Die Jenis belah c. Die jenis bercerai Die jenis ini dibuat berasingan (terpisah). Ia dicantumkan kedalam plat pemandu dan dipasangkan pada kolet. Untuk memudahkan pemasangan tiap- tiap keping, ia ditandakan dengan nombor siri saiz supaya dapat dipasang dengan betul. Alat ini boleh didapati dalam bentuk bulat atau segiempat. Jenis segiempat dipasang terus kedalam perengkuh, ia sesuai untuk memotong bebenang yang lebih besar saiznya.
Rajah 3-30 Die Jenis bercerai Rajah 3-31 Jenis-jenis Die 3.7 Deburring Tool Deburring tool ialah alat yang digunakan untuk membuat kerja-kerja penyudahan sesuatu benda kerja seperti selepas buat pemotongan, menggerudi lubang, memahat dan sebagainya, Proses ini juga dipanggil sebagai membuang segi, Biasanya selepas sesuatu proses diatas dilakukan bendakerja akan menjadi tajam dibahagian penjuru (burr) dan tidak kemas jadi alat ini perlu digunakan sebagai proses penyudahan
Rajah 3-32 Jenis-jenis mata alat de-burr 3.8 PENGENALAN KEPADA MESIN KUASA 3.8.1 MESIN GERUDI Fungsi utama mesin gerudi ialah untuk menggerudi lubang. Disamping itu ia juga digunakan untuk kerja-kerja seperti melulas, melubang benam, melubang senggat, membenang dalam dan meratakan permukaan bintik. Terdapat berbagai-bagai jenis mesin gerudi seperti: a. Mesin Gerudi Tekan (Jenis Meja dan Lantai) Mesin ini dinamakan juga mesin gerudi ensitive kerana hantarannya dibuat dengan tangan, jadi kawalan hantaran yang betul ditentukan dengan merasa gerakan pemotongan yang dibuat oleh mata gerudi. Mesin ini terdiri daripada dua jenis iaitu jenis meja dan jenis lantai. Jenis meja mempunyai turus yang pendek dan dipasang diatas meja, sementara jenis lantai mempunyai turus yang panjang dan dipasang terus diatas lantai. Ia mempunyai tapak yang besar dan berat supaya stabil kedudukkannya. Mesin gerudi ini sesuai untuk kerja-kerja am dan ia boleh memegang gerudi yang mempunyai saiz sehingga 13 mm sahaja.
Rajah 3-33 Mesin Gerudi Tekan b. Mesin Gerudi Tiang (Piller Drilling Machine) Mesin ini boleh memegang gerudi yang lebih besar saiznya jika dibandingkan dengan gerudi yang dipegang oleh mesin gerudi sensitif. Ia boleh digunakan untuk kerja-kerja berat. Tapaknya besar dan kedudukkannya stabil. Bentuk mesin ini hampir sama dengan mesin gerudi sensitif kecuali terdapat pesawatpesawat pemboleh ubah serta hantaran berkuasa automatik dan pada kebanyakkan mesin gerudi tiang, kawalan kelajuan spindal tidak lagi menggunakan takal dan tali sawat sebaliknya menggunakan gear Rajah 3-34 Gerudi Tiang (Piller Drilling Machine) c. Mesin Gerudi Jejarian Mesin gerudi jejarian sesuai digunakan untuk menggerudi lubang pada komponen-komponen yang besar, kerana ia mempunyai beberapa kemudahan seperti spindalnya boleh bergerak keluar atau kedalam diatas lengan jejarian dan
lengan ini dipasang diatas turus tegak mesin ini. Gerakan berpandu ini membolehkan spindal gerudi ditempatkan pada sebarang arah lokasi diatas permukaan bendakerja. Dengan itu kerja tidak perlu diset atau dilaras berulang kali. Terdapat juga mesin gerudi jejarian yang dipasang dengan kepala universal yang boleh dikilas kepada sebarang sudut. Ini membolehkan lubang yang terletak pada permukaan bersudut digerudi tanpa mengubah pengesetannya. Keistimewaan lain mesin ini ialah : i. Boleh menggerudi lubang yang lebih besar ii. Mejanya besar dan turusnya lebih tinggi iii. Pemilihan kelajuannya lebih luas iv. Tegap dan tidak bergegar Rajah 3-35 Mesin gerudi Jejarian (Radial Drill Machine) d. Mesin Gerudi Mudah Alih Mesin ini dinamakan demikian kerana ia mudah dibawa kesana kemari. Gunanya ialah untuk menggerudi lubang yang kecil dan dikendalikan dengan kuasa letrik. Terdapat dua jenis mesin gerudi mudah alih iaitu : i. Jenis Pistol Jenis ini adalah ringan dan boleh dipegang dengan sebelah tangan sahaja. Ia sesuai digunakan untuk kerja-kerja ringan.
Rajah 3-36 Mesin gerudi jenis pistol ii. Jenis Kerja Berat Jenis ini adalah lebih berat dan terpaksa dipegang dengan kedua- dua belah tangan. Ia digunakan untuk kerja-kerja berat. Terdapat juga jenis gerudi yang dijalankan olih kuasa angin yang dinamakan mesin gerudi tangan pneumatik. Rajah 3-37 Mesin gerudi jenis berat e. Mesin Gerudi Khas Mesin gerudi khas digunakan dalam kerja-kerja pengeluaran khusus untuk berbagai-bagai kegunaan, bergantung pada jenis mesin gerudi khas itu. Jenisjenis mesin gerudi khas ialah : a) Mesin gerudi berbilang spindal b) Mesin gerudi regu c) Mesin gerudi turret
d) Mesin gerudi kawalan angka berkomputer f. Mesin Gerudi Magnet (Magnetic Drill) Mesin gerudi Magnet ini biasanya digunakan dalam kerja-kerja pengeluaran khususnya kerja-kerja diluar bengkel(site) atau ditempat tinggi contohnya diatas bangunan untuk berbagai-bagai kegunaan, Jenis mesin gerudi ini berbeza dengan mesin gerudi lain kerana tapaknya dilengkapi dengan magnet dan boleh berfungsi secara mendatar dan menegak (Vertical Dan Horizontal) Ia boleh digunakan untuk kerja-kerja berat. Rajah 3-38 Mesin Gerudi jenis magnet 3.8.2 BAHAGIAN-BAHAGIAN MESIN GERUDI a. Tapak Tapak diperbuat daripada besi tuang kecuali Mesin Gerudi Magnet. Oleh sebab tapak tersebut berat, kedudukkan mesin menjadi stabil. Terdapat lurah T yang berfungsi untuk memegang bendakerja yang besar. b. Turus Turus diperbuat daripada keluli berlubang dan dipasang pada tapak. Dibahagian hujung sebelah atas dipasang motor. Alat-alat lain yang dipasang pada turus ialah meja.
c. Meja Meja diperbuat daripada besi tuang, berbentuk segiempat bujur dan bulat. Lurah T yang terdapat pada meja berfungsi untuk mengikat ragum mesin atau bendakerja. Meja boleh digerakkan turun naik atau dikilas kepada sebarang sudut. Ia juga boleh ditempatkan dimana-mana kedudukkan yang sesuai disepanjang turus. d. Pengawal Kelajuan Motor Alat ini digerakkan oleh kuasa letrik. Fungsi utamanya ialah memutarkan spindal dengan perantaraan takal dan tali sawat. Mesin gerudi meja atau mesin gerudi tiang biasanya mempunyai empat jenis pengawal kelajuan. Terdapat juga mesin yang dipasangkan gear belakang bagi menambahkan lagi pilihan kelajuan. e. Spindal Spindal diperbuat daripada keluli bermutu tinggi. Lurah-lurah gelugur dibuat bagi membolehkan ia berputar. Spindal juga boleh digerakkan turun naik dengan pertolongan rak dan gear pinan. Spindal mempunyai lubang tirus jenis Morse no. 2 untuk disesuaikan dengan tirusan batang gerudi, cuk gerudi, adaptor, soket dan liang sendi. Rajah 3-39 Pengawal Hantaran
f. Pengawal Hantaran Hantaran dibuat sepenuhnya dengan tangan. Rajah di atas menunjukkan satu mekanisme pengawal hantaran tangan. Bahagian hujung tuil penghantar dipasang dengan gear pinan dan rak dipasang pada spindal. Dengan ini spindal boleh bergerak turun dan naik apabila tuil penghantar diputarkan. Spring lingkar pula dipasang bagi mengembalikan tuil penghantar kepada kedudukkan asal. g. Tolok Pengawal Dalam Kebanyakkan mesin dilengkapkan dengan alat ini bagi memudahkan menggerudi mengikut dalam lubang yang dikehendaki. Perhatikan Rajah dibawah. Rajah 3-40 Tolok Pengawal dalam 3.9 CLAMPING DEVICES ** Nota : Sila rujuk pada nota bahagian 2.4 untuk jenis-jenis alat pemengang yang digunakan
RUJUKAN 1. Abd Rani bin Abdullah (2002), Nota Panduan Politeknik Malaysia - Teknologi Workshop 1 2. Teknologi Bengkel Mesin Oleh Ibrahim Che Muda Dan N. Ramudaram , 3. Steve f, Krar and Albert F. Check, Technology of machine Tools, McGraw-Hill, 1998 4. N. Ramudaram & Ibrahim Che Muda (1994). Teknologi Bengkel Memesin, Dewan Bahasa dan Pustaka,
INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA MALAYSIA KERTAS PENERANGAN KOD DAN NAMA KURSUS VK03 DIPLOMA TEKNOLOGI PEMBUATAN (PEMESINAN) KOD DAN NAMA MODUL K03-21-35 COMPONENT ASSEMBLY AKTIVITI PEMBELAJARAN (LA) LA1 APPLY WORKSHOP SAFETY LA2 SET UP WORKPIECE LA3 PREPARE HAND TOOLS REQUIREMENT LA4 SET UP TOOLS LA5 CHECK COMPONENT ASSEMBLY CU.WA NO./ TAHAP C07.01 INTERPRET ASSEMBLY DRAWING C07.02 PREPARE HAND TOOLS REQUIREMENT C07.03 ASSEMBLY COMPONENT ACTIVITY C07.04 CHECK COMPONENT ASSEMBLY C07.05 SUBMIT COMPONENT ASSEMBLY REPORT TO SUPERIOR OBJEKTIF PRESTASI AKHIRAN (TPO) PERFORM BENCH WORK USING WORKPIECE, HAND TOOLS, CLEANING TOOLS, ENGINEER SQUARE, SURFACE TABLE PARTS DRAWING, BAND SAW, POWER HACKSAW, LINEAR MEASUREMENT TOOLS, CUTTING FLUID, BENCH VISE, MACHINE VISE, MARKING MEDIA, ANVIL, DRILLING MACHINE, DRILL CHUCK, DRILLING SLEEVE AND SOCKET, DRILL BITS, PARALLEL BLOCK, MACHINE MANUAL, CENTER DRILL, REAMER, GAUGES TAP, SCREW, TAP WRENCH, DIE STOCK, DIAL INDICATOR AND COUNTERBORE/COUNTERSINK SO THAT PARTS DRAWING INTERPRETED, WORKPIECE SET UP, BENCH WORK EQUIPMENTS, TOOLS SET UP, BENCHWORK PROCESS EXECUTED, PARTS SPECIFICATIONS CONFIRMED IN ACCORDANCE WITH PART SPECIFICATION REQUIREMENT.
LA 4 : SET UP TOOLS TAJUK : KAEDAH & PEMASANGAN MATA ALAT DAN KERJA GEGAS 4.1 PENGENALAN KEPADA JENIS-JENIS MATA PEMOTONG PENERANGAN Menggerudi merupakan suatu operasi yang penting dalam kerja-kerja kejuruteraan bagi membuat lubang samada pada logam atau bukan logam. Bagi menghasilkan lubang yang elok dan bermutu, pengetahuan tentang operasi mesin gerudi amatlah penting. Terdapat pelbagai operasi boleh dilakukan di mesin gerudi seperti menggerudi lubang, melubang benam, melubang senggat dan meratakan permukaan bintik, melulas, membenang dalam dan menggerek lubang. Berikut merupakan jenis-jenis mata pemotong bagi kegunaan mesin gerudi bagi menghasilkan lubang yang dikehendaki. a. Mata Gerudi Piuh / Pintal (Twist Drill Bits) b. Mata Pelulas Mesin (Machine Reamer) c. Mata Pengulir Mesin (Machine Tap) d. Mata Gerudi Lubang Sengat (Counter Bore) e. Mata Gerudi Lubang Benam (Countersink) f. Mata Gerudi Pusat/Bergabung (Center Drill) Rajah 4-1 Operasi menggunakan mata pemotong pada mesin gerudi
4.1.1 MATA GERUDI PIUH / PINTAL ( TWIST DRILL BITS ) Gerudi adalah kerja membuat lubang di atas permukaan benda kerja. Gerudi pintal biasanya digunakan dalam bengkel mesin untuk kerja-kerja am. Proses menggerudi lubang biasanya dibuat menggunakan mesin gerudi, mesin kisar atau mesin larik. Mata gerudi diperbuat daripada kelului tahan lasak, keluli berkarbon tinggi atau tungsten karbida. Ia mempunyai dua lurah heliks yang sama dan bertentangan kedudukan pada garis pusatnya. Hujung matanya berbentuk kon dan dicanai supaya dapat menghasilkan sudut pemotong dan sudut kelegaan. Rajah 4-2 Mata gerudi piuh / pintal • Bahagian-bahagian Gerudi Piuh / Pintal Rajah 4-3 Bahagian-bahagian gerudi piuh / pintal • Puting (Tang) Puting berbentuk nipis, terletak di bahagian pangkal gerudi. Ianya terdapat pada gerudi batang tirus sahaja. Fungsi puting ialah untuk memudahkan gerudi diputarkan kerana puting boleh masuk ke dalam alur yang terdapat di dalam lubang spindal mesin, soket atau liang sendi. Gerudi batang tirus boleh ditanggalkan dari spindal dengan mudah dengan menggunakan alat perenggang ( drill drift ).
Rajah 4-4 Cara menanggalkan mata gerudi dari spindal • Batang Bahagian gerudi yang masuk kedalam spindal mesin melalui cuk gerudi atau liang sendi dinamakan batang. Batang boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu batang lurus ( straight shank ) dan batang tirus ( taper shank ) Batang Lurus Batang Tirus Rajah 4-5 Jenis-jenis batang gerudi
➢ Batang Lurus ( Straight Shank ) Batang lurus khusus untuk gerudi kecil yang bersaiz 13 mm ke bawah dan kebiasaannya ia dipegang dalam cuk gerudi. Rajah 4-6 Contoh mata gerudi pintal jenis batang lurus Rajah 4-7 Cuk gerudi yang digunakan untuk memegang mata gerudi pintal jenis lurus ➢ Batang Tirus ( Taper Shank ) Batang tirus pula khusus untuk gerudi besar yang mempunyai saiz lebih daripada 13 mm. Batang jenis ini boleh menetapkan kedudukannya sendiri. Ia boleh dipasang pada spindal mesin melalui liang sendi atau soket bagi menyesuaikan saiznya. Batang gerudi dan lubang spindal mesin serta lubang liang sendi masingmasing mempunyai tirusan jenis tirusan Morse. Rajah 4-8 Contoh mata gerudi pintal jenis batang tirus
Rajah 4-9 Liang sendi dan soket digunakan untuk memasang batang tirus • Badan Badan ialah bahagian di antara batang dan hujung pemotong. Badan terdiri daripada beberapa bahagian penting untuk kecekapan tindakan pemotongan. • Jidar Jidar merupakan tebing sempit yang menonjol di sepanjang lurah. Kegunaannya adalah untuk memberi telusan kepada badan semasa menggerudi, dengan itu gerudi tidak bergesel. Geseran ini boleh mendatangkan kepanasan yang cepat dan menghilangkan baja ataupun boleh menyebabkan gerudi tersepit. Rajah 4-10 Bentuk jidar pada mata gerudi pintal/piuh • Lurah Lurah terdapat di sepanjang bahagian badan. Fungsinya adalah untuk membentuk tepi pemotong atau bibir pemotong pada hujung berbentuk kon, membentuk loronglorong bagi tatal keluar dan juga membolehkan bendalir pemotong sampai ke hujung mata. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk memudahkan tatal keluar melalui ruang yang sempit.
• Lengkang lurah Lengkang lurah merupakan tebing yang memisahkan lurah dan dianggap sebagai tulang belakang gerudi dan ianya lebih tebal di bahagian pangkal supaya gerudi menjadi lebih tegap. • Bibir Pemotong Bibir pemotong atau bibir pengerat bertindak sebagai mata gerudi. Ia terbentuk daripada pertemuan lurah-lurah dengan hujung permukaan berbentuk kon. Bibir pemotong ini dibuat sama panjang. • Pusat Mata Pusat mata menyerupai mata pahat yang tajam terbentuk daripada pertemuan bibirbibir pemotong. Fungsi pusat mata ialah untuk mencungkil dan memudahkan gerudi masuk kedalam permukaan logam. • Hujung Mata Hujung mata ialah bahagian hujung yang berbentuk kon. Panjang hujung mata biasanya 1/3 daripada garis pusat gerudi. Terdapat dua jenis sudut padanya iaitu; a) Sudut Mata Pemotong Biasanya dicanai dengan sudut kandung 118 darjah. Ianya dikecilkan sedikit untuk bahan lembut dan dibesarkan untuk bahan keras. b) Sudut Telusan Sudut telusan adalah di antara 8 darjah – 12 darjah bergantung kepada kekerasan bahan yang hendak digerudi.
8°-12° Rajah 4-11 Sudut mata pemotong (kiri) dan sudut telusan (kanan) pada mata gerudi pintal / piuh ✓ Sudut Mata Pemotong Umum ( 118° ) Digunakan untuk kerja menggerudi am. Sekiranya terlalu banyak sudut telusan akan melemahkan mata pemotong dan mudah menjadi sompek. Manakala telusan yang kecil pula menyebabkan tekanan yang berlebihan diperlukan. Tekanan atau daya yang tinggi dikenakan akan menyebabkan mata pemotong cepat haus. Ini kerana menerima haba yang tinggi dan keterikan yang melampau pada gerudi. Rajah 4-12 Sudut mata pemotong umum (118 darjah ) ✓ Sudut Mata Pemotong Tajam ( 60° - 90° ) Digunakan untuk menggerudi besi tuang lembut, plastik, kayu dan lain-lain. Sudut telusan adalah dari 12° - 15°
Rajah 4-13 Sudut mata pemotong tajam ✓ Sudut Mata Pemotong Datar ( 135° - 150° ) Digunakan untuk menggerusi bahan-bahan yang keras dan teguh. Sudut telusan biasanya 6° - 8° agar mata pemotong mendapat sokongan yang baik dan kuat. Mata pemotong yang pendek boleh mengurangkan geseran dan haba yang terhasil masa Rajah 4-14 Sudut mata pemotong data • Masalah Dan Kesan Gerudi i. Bibir Pemotong Tidak Sama Sudut Hanya satu bibir sahaja yang akan memotong. Ianya boleh menyebabkan mata tersebut cepat haus dan lubang lebih besar daripada saiz gerudi. ii. Bibir Pemotong Tidak Sama Panjang Keadaan ini boleh menyebabkan kedua-dua hujung mata dan bibir tidak sepusat dengan paksi gerudi. Lubang digerudi akan menjadi lebih besar daripada saiz gerudi.
4.1.2 MATA PELULAS MESIN (MACHINE REAMER) Pelulas ialah suatu alat yang penting untuk kerja-kerja melubang dibengkel-bengkel kejuruteraan. Melulas adalah satu proses membesarkan lubang yang telah digerudi atau digerek. Lubang yang dihasilkan adalah sepusat, tepat dan mempunyai penyudahan yang licin. Operasi ini dilakukan dengan alat yang dinamakan pelulas. Pelulas dibahagikan kepada dua katagori iaitu pelulas tangan dan pelulas mesin. Rajah 4-15 Mata pelulas mesin a) Proses melubang menggunakan mata gerudi pintal b) Proses melubang menggunakan mata mesin kisar (End Mill) c) Proses melulas menggunakan mata pelulas mesin. Rajah 4-16 Proses melubang konvensional dan menggunakan pelulas
• Bahagian-bahagian Pelulas Mesin Rajah 4-17 Bahagian-bahagian mata pelulas mesin Rajah 4-18 Ini serupa dengan alat reamer tangan, kecuali batangnya meruncing / tirus (taper).
i. Shank Bentuk ‘shank’ yang lurus atau tirus dan digunakan untuk menggerakkan reamer. Perbezaan dengan mata pelulas tangan adalah ia mempunyai persegi di hujung untuk menampung perengkuh paip. ii. Sudut Chamfer ( Angle of Chamfer ) Bahagian pada reamer yang sebenarnya memotong bendakerja. Ianya berbentuk bulat di hujung setiap gigi. Terdapat juga kelegaan di belakang setiap celah pemotongan. iii. Badan Di badan mata alat pelulas, terdapat beberapa alur atau ‘flute’ dan rata (bahagian antara ‘flute’). Sudut kelegaan badan (body clearance angle) iaitu jarak di belakang margin yang mengurangkan geseran semasa pemotongan. iv. Jenis-jenis Pelulas Mesin Digunakan di pelbagai jenis mesin untuk lubang kasar dan lubang penamat (finishing). Disebut ‘pelulas chuck’ untuk kaedah memegangnya. Terdapat pelbagai jenis iaitu seperti berikut; a) Rose reamers b) Fluted reamers (Pelulas beralur) c) Carbide-tipped reamer (Pelulas dengan hujung karbida) d) Adjustable reamers (Pelulas boleh laras) a) Rose Reamer Ianya mempunyai batang lurus atau tirus ataupun heliks. Gigi di hujungnya mempunyai chamfer 45º untuk menghasilkan sudut pemotongan. Ianya memotong pada sudut hujung sahaja. Biasanya dibuat .003 hingga .005 inci di bawah ukuran normal. Rajah 4-19 Pelulas jenis Rose Reamer
b) Pelulas Beralur ( Flutes Reamer ) Ianya mempunyai lebih banyak gigi berbanding ‘Rose Reamer’ untuk diameter yang serupa. Rata di sepanjang badannya dan mempunyai alur ( flutes ) pemotong dililit pada badannya dan juga di ‘chamfer’ pada hujungnya. Dianggap sebagai alat penamat dan digunakan untuk membuat lubang menjadi lebih besar. Rajah 4-19 Pelulas jenis beralur ( Flutes Reamer ) c) Pelulas Berkabida ( Carbide-Tipped Reamer ) Pelulas ini mirip dengan Rose Reamer / Flutes Reamers, kecuali mata karbida yang dilekatkan pada hujung pemotong. Ianya boleh digunakan dengan kelajuan yang tinggi dan tetap dalam ukurannya. Rajah 4-20 Pelulas jenis Berkabida ( Carbide-Tipped Reamer ) d) Pelulas Boleh Laras ( Adjustable Reamer ) Garis pusat pelulas ini dapat dilaraskan kepada saiz terbesar atau terkecil daripada saiz yang ditentukan. Pelulas ini dilengkapkan dengan empat bilah mata dan diselitkan ke dalam lurah yang terdapat disepanjang badannya. Terdapat dua nut pelaras yang digunakan untuk mengubah garis pusat pelulas ini. Ianya boleh didapati dalam saiz 6.4 mm hingga 7.2 mm. Kadar pelarasan maksimumnya antara 0.7 mm (bagi saiz kecil) dan 0.8 mm (bagi saiz besar).
Rajah 4-21 Pelulas jenis Boleh Laras ( Adjustable Reamer ) • Kelajuan dan Suapan Pelulas Faktor untuk menentukan kelajuan paling cekap bagi pelulas adalah bergantung kepada jenis bahan yang digunakan, toleransi dan kemasan yang diperlukan untuk lubang. Secara amnya kelajuan pelulas adalah 1/2 hingga 2/3 dari kelajuan digunakan untuk menggerudi bahan yang sama. Selain itu juga, kelajuan juga memainkan peranan penting iaitu kelajuan tinggi digunakan semasa bahan tumpat manakal kelajuan lebih rendah digunakan semasa bahan kurang tumpat. Penyejuk pula digunakan untuk meningkatkan pengakhiran permukaan dan membenarkan kelajuan yang lebih tinggi. Suapan yang digunakan untuk pelulas biasanya dua hingga tiga kali lebih besar daripada penggerudian. Suapan terlalu rendah akan memberi kemasan permukaan lebih cantik, tetapi mata pelulas akan cepat rosak. Manakala suapan terlalu cepat mengurangkan ketepatan lubang, dan akan menyebabkan kemasan permukaan menjadi buruk • Penjagaan Pelulas Untuk memastikan pelulas berkeadaan dan berfungsi dengan baik, beberapa kaedah boleh diikuti seperti ; ✓ Jangan sekali-kali memusingkan pelulas ke belakang. ✓ Sentiasa simpan reamer secara berasingan agar tepi pemotongan tidak rosak. ✓ Apabila tidak digunakan, pelulas perlu disapu minyak agar tidak berkarat. ✓ Periksa pelulas dan keluarkan semua gerigis (burr) dari tepi dengan cara mengasah. ✓ Cecair pemotong harus digunakan dalam operasi reaming untuk memperbaiki penyempurnaan lubang dan memanjangkan jangka hayatnya. ✓ Jangan sekali-kali mencuba untuk memulakan reamer pada permukaan yang tidak rata.
4.1.3 MATA PENGULIR MESIN ( MACHINE TAP ) Tap sering digunakan bagi menghasilkan bebenang untuk kerja-kerja penyambungan dan pengikatan. Ianya diperbuat daripada keluli berkarbon atau keluli tahan lasak yang dikeraskan dan dibaja. Saiznya pula adalah dinyatakan dalam ukuran metrik ( mm ) atau imperal ( inci ). Saiz dan jenis bebenang ditandakan pada bahagian batangnya. Tap mempunyai tiga atau empat lurah pemotong di bahagian batang hingga ke bahagian hujungnya. Lurah sebagai lorong untuk tatal keluar dengan mudah. Fungsi lorong adalah untuk bendalir pemotong turun ke tepi mata pemotong. Tap tangan dan mesin fungsinya adalah sama, tetapi berbeza sedikit dari bentuknya. Rajah 4-22 Mata pengulir mesin ➢ Bahagian-bahagian Pengulir Dalam Rajah 4-23 Bahagian-bahagian mata pengulir dalam Pemilihan mata pengulir mesin perlu mengambil kira panjang mata pengulir dan panjang keseluruhannya. Di samping itu, ketepatan tap yang digunakan mestilah betul supaya bebenang yang dibuat tidak terlalu ketat yang boleh mematahkan mata tap. Terdapat tiga kaedah untuk mendapatkan saiz mata iaitu; i. Mengira dengan menggunakan formula ii. Mengambil bacaan daripada jadual iii. Mengambil bacaan daripada tanda yang terdapat pada batang tap. Panjang keseluruhan Panjang pembenang
i. Mengira Dengan Menggunakan Formula Formula Saiz gerudi tap (SGT) = Garis pusat ulir (mm) - Pic ulir (mm) Contoh: Hitung saiz gerudi tap yang digunakan untuk memotong bebenang M 22 x 2.5 SGT = Garis pusat ulir - pic ulir = 22 mm - 2.5 mm = 19.5 mm ii. Mengambil Bacaan Daripada Jadual Saiz mata gerudi tap juga boleh didapati melalui jadual. Di bawah merupakan jadual yang digunakan sebagai rujukan bagi mendapatkan saiznya.
Jadual 1 Jadual saiz tap mesin iii. Mengambil Bacaan Daripada Tanda di Batang Tap Tanda saiz yang terdapat pada bahagian batang tap ialah seperti yang berikut. Contoh: Tap metrik ditandakan : M4 x 0.7 Dengan M = Benang metrik 4 = Garis pusat major ulir dalam mm 0.7 = Pic ulir dalam milimeter ➢ Jenis-jenis Tap Mesin Terdapat pelbagai tap mesin yang sering digunakan di pasaran untuk membuat bebenang. Berikut merupakan jenis-jenis tap yang digunakan. i. Spiral Flute Tap Spiral Flute biasanya digunakan pada lubang buta dan ketika benang diperlukan dekat dengan lubang bawah. Ianya boleh didapati dalam pelbagai pilihan heliks,
bergantung pada jenis bahan yang hendak dibebenangkan. Peraturan asas adalah 'bahan lebih lembut dan lebih ketat, semakin tinggi sudut heliks diperlukan.’ Ia menarik tatal (chips) keluar dari lubang ke arah lurah tap dan bertentangan dengan arah tap. Rajah 4-24 Tap jenis Spiral Flute Rajah 25 Tatar keluar melalui lurah yang terdapat pada batang tap ii. Spiral Point Tap Spiral Point Tap Sangat berkesan untuk membersihkan tatal (chip) melalui sudut pemotongan dan mendorongnya keluar ke hujung lubang yang lain. Ini amat berkesan untuk membenang lubang dalam. Lubang yang hendak di bebenang mestilah lubang tembus, atau mempunyai banyak ruang untuk membolehkan pengumpulan cip. Tap ini berfungsi dengan baik dalam banyak jenis bahan kerana tindakan memotong dengan baik melalui penembusan lubang dengan membawa tatal yang keluar melalui dasar lubang yang dibuat.
Rajah 26 Tap jenis Spiral Point Tap Rajah 4-27 Penggunaan tap jenis Spiral Point untuk lubang tembus iii. Combination Drill & Tap Reka bentuk heliks serpihan gerudi dan bahagian tap membolehkan lubang digerudi dan dibenang pada kelajuan yang agak tinggi. Bahagian gerudi dirancang untuk memusatkan diri sendiri untuk memulakan dengan mudah, dengan titik heliks 118 darjah untuk ukuran yang lebih kecil dan titik pemisah untuk ukuran yang lebih besar. Mata ini dapat digunakan untuk banyak bahan seperti ‘steel, aluminium, tembaga, dan besi yang mudah ditempa.Boleh digunakan pada kepala multi-spindle untuk membuat bebenang pada kebanyakan bahan. Ukuran gerudi direkabentuk untuk menghasilkan 100% benang standard. Diperbuat daripada keluli berkualiti tinggi. Rajah 28 Tap jenis kombinasi gerudi dan tap
4.1.4 MATA GERUDI LUBANG SENGAT ( COUNTER BORE ) Gerudi ini mempunyai dua tingkat diameter. Satu untuk mata pemotong dan di hujung terdapat satu batang pemandu untuk menahan batang gerudi semasa menggerudi. Ianya digunakan untuk menebuk lubang tingkat bagi membenamkan kepala nat atau kepala pasak. Alat ini mempunyai ‘pilot’ di hujung untuk membimbingnya terus ke lubang yang ada. Rajah 4-29 Bahagian mata gerudi lubang sengat Rajah 4-30 Gambaran lubang yang hendak dibuat pada benda kerja menggunakan mata gerudi lubang sengat 4.1.5 MATA GERUDI LUBANG BENAM ( COUNTER SINK ) Mata gerudi ini digunakan untuk membesarkan bahagian atas lubang yang ada ke bukaan berbentuk kon. Ianya digunakan selepas penggerudian untuk memberi ruang bagi kepala pengikat, seperti skru, dan rivet untuk duduk rata dengan permukaan benda kerja. Sudut yang sering terdapat adalah 60, 82, 90, 100, 118, dan 120 darjah.Ia juga digunakan untuk membuang gerigis (burr) pada lubang.
Rajah 4-29 Mata gerudi lubang benam Rajah 4-30 Gambaran lubang yang hendak dibuat pada benda kerja menggunakan mata gerudi lubang sengat 5 MATA GERUDI PUSAT / BERGABUNG ( CENTER DRILL ) Mata ini mempunyai dua hujung dan dua pembenam yang bersudut kandung 60 darjah dan bersudut hujung 118 darjah. Ianya digunakan untuk membuat lubang awal sebelum mata gerudi digunakan supaya kedudukan lubang menjadi tempat. Alat ini diperbuat dalam dua arah, arah kanan dan arah kiri. Rajah 4-31 Mata gerudi pusat / bergabung
Rajah 4-32 Mara gerudi pusat / bergabung ketika digunakan 4.2 JENIS-JENIS PEMEGANG MATA ALAT Setiap pelajar mestilah mematuhi peraturan yang ditetapkan supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini. Peraturan yang dibuat adalah bukan untuk menyusahkan atau menyukarkan diri, tetapi merupakan suatu kaedah untuk mengelakkan sebarang kemalangan berlaku. Peraturan ini juga dapat mendisiplinkan diri untuk bekerja dengan cermat dan juga selamat. Peraturan tersebut adalah; a. Berikan perhatian penuh apabila mendengar penerangan mengenai peraturan dan langkah-langkah keselamatan. b. Elakkan pakaian yang longgar yang boleh termasuk ke bahagian mesin yang bergerak. c. Jangan ubah kedudukan sebarang notis amaran yang telah diletakkan pada sesebuah alatan atau mesin yang rosak. Rajah 4-33 Jenis-jenis pemegang mata alat pada mesin
a. PEMEGANG MATA ALAT GERUDI Mata alat lazimnya dipegang pada pemegang mata alat (tool holder) apabila membuat pemotongan. Banyak jenis mesin akan mempunyai keperluan yang serupa untuk alat dan pemegang alat. Oleh itu, di dalam topik ini, hanya akan menerangkan berkaitan alatan pada mesin bagi kegunaan kerja menggegas sahaja. Pemegang alat mesin gerudi akan digerakkan dari kedudukannya untuk meningkatkan kedalaman lubang yang hendak dibuat. i. GEARED DRILL CHUCKS Gerudi batang lurus dipegang pada Geared Drill Chuck yang mempunyai tiga rahang bergerak yang dapat disesuaikan untuk mengapit mata gerudi. Ianya dilengkapi dalam pelbagai saiz, dengan chuck berkapasiti 3/8 atau 1/2 inci yang biasa digunakan. Batang chuck dipasang ke spindal mesin gerudi dengan memasukkan batang yang tirus ke dalam spindal dan diketuk secara lembut dengan tukul getah. Kedua-dua permukaan tirus dalaman dan luaran mestilah bersih dan bebas dari tatal ( chip ) agar batangnya duduk dan terkunci dengan betul. Gerudi dikunci ke dalam chuck dengan menggunakan kunci chuck untuk mengetatkan ketiga rahang secara serentak. Mesin menggerudi yang digerakkan juga dapat disertakan dengan batang tirus morse dan mungkin mempunyai kaedah pemasangan yang berbeza. Rajah 4-34 Geared Drill Chucks ii. KEYLESS CHUCKS Gerudi Chuck dilonggarkan atau diketatkan dengan tangan tanpa kunci. Ianya digunakan khas untuk memegang mata gerudi yang lebih kecil dengan tepat. Selain itu ianya juga digunakan untuk memegang mata gerudi yang lurus.
Rajah 4-45 Keyless chuck yang juga sering digunakan pada mesin gerudi iii. DRILL SOCKETS DAN DRILL SLEEVES Batang gerudi tirus Morse terdapat dalam beberapa ukuran. Penyesuai mesti digunakan untuk memasangkannya ke dalam spindal mesin gerudi. Lengan drill sleeve) dan soket gerudi (drill sockets) direka untuk menambah atau mengurangkan dari tirus Morse untuk memasang gerudi ke rahang spindal. Gerudi terlalu kecil untuk spindal mesin boleh dipasang ke soket atau lengan (sleeve) yang memiliki lubang tirus dengan ukuran yang tepat. Ini adalah untuk menahan gerudi dan batang yang lebih kecil dari ukuran yang tepat agar sesuai dengan spindal gerudi. Soket dan lengan (sleeve) boleh didapati dalam beberapa ukuran dan kombinasi lubang tirus yang berbeza. Soket, lengan (sleeve), dan batang gerudi tirus dipasang ke slot pelurus spindal dan diketuk lembut dengan tukul getah duduk tepat di tempatnya. *** NOTA Secara mudahnya, lengan (sleeve) digunakan untuk menahan gerudi batang tirus yang terlalu kecil untuk lubang tirus pada spindal mesin gerudi. Manakala socket digunakan untuk menahan gerudi dengan batang yang terlalu besar untuk dimasukkan ke dalam spindal gerudi atau lengan (sleeve .
Rajah 4-46 Sleeve yang terdapat dalam pelbagai saiz Rajah 4-47 Socket yang terdapat di pasaran untuk mesin gerudi b. ALAT PERENGGANG ( DRIFT DRILL ) ‘Drift drill’ adalah kunci rata, tirus dengan satu pinggir bulat untuk dimasukkan ke dalam slot spindle untuk mengeluarkan mata gerudi. Bahagian bulat dihujungnya dihadapkan ke atas dimasukkan ke ke dalam slot. Terdapat dua jenis ‘drift drill’, jenis standard dan jenis keselamatan. Drift standard mesti dimasukkan ke dalam slot chuck dan kemudian diketuk dengan lembut agar batang itu longgar. Gerudi akan jatuh jika tidak dipegang oleh tangan dan boleh patah atau menyebabkan kecederaan.
Rajah 4-48 Gambaran penggunakan Drill Drift pada mesin gerudi 4.3 TEKNIK MENETAPKAN ( SETUP ) MATA ALAT Untuk mendapatkan satu proses menggerudi yang baik, salah satu faktor ialah mata gerudi dan benda kerja mestilah diikat atau dipasang dengan betul. Pelbagai bentuk dan jenis alatan tambahan yang digunakan untuk mengikat, dibuat bersesuaian dengan benda kerja. Bagi memasang gerudi batang lurus yang bersaiz kecil khususnya yang bersaiz 13 mm atau lebih kecil darinya, biasanya dipegang dalam chuck gerudi. Manakala gerudi batang tirus khususnya untuk gerudi besar yang mempunyai saiz lebih daripada 13 mm, ia boleh dipasang terus pada spindal mesin melalui sleeve atau soket. Gerudi batang tirus boleh ditanggalkan dari spindal dengan mudah menggunakan alat perenggang ( drift drill ). Berikut adalah kaedah-kaedah untuk mengikat benda kerja pada ragum gerudi: a. Bersihkan ragum mesin dengan kain dan pastikan tidak ada kekotoran atau tatal melekat pada ragum. b. Pilih sepasang ‘parallel bar’ yang sesuai tingginya dan bersihkannya. c. Kikir tepi bahan kerja yang tajam sebelum memasang di dalam ragum. d. Letakkan bahan kerja di atas ‘parallel bar’ dan pastikan bahagian yang hendak hendak digerudi atau yang bertanda berada di sebelah atas. e. Ikat ragum kuat dengan tangan. Jangan guna pengetuk untuk mengikat ragum. f. Dengan menggunakan pengetuk lembut atau gandin, ketuk dengan perlahanlahan keempat-empat penjuru sehingga ‘parallel bar’ tidak bergerak. g. Sekarang operasi menggerudi boleh dijalankan tetapi pastikan ragum diikat pada meja mesin gerudi supaya benda kerja tidak bergerak semasa proses menggerudi dijalankan.
4..4 AKTIVITI-AKTIVITI DALAM MENGGEGAS a. MENGUKUR Aktiviti mengukur adalah mengambil bacaan terhadap sesuatu objek dengan menggunakan alatan yang sesuai. Ia perlu dilakukan dengan penuh ketelitian dan ketepatan. Terdapat pelbagai alatan yang boleh digunakan seperti berikut; a. Micrometer b. Sesiku L c. Pita pengukur d. Tolok tinggi Vernier ( Vernier High Gauge ) e. Angkup Vernier ( Vernier Caliper ) f. Pembaris besi Rajah 4-49 Contoh micrometer yang digunakan Rajah 4-50 Pelbagai jenis Angkup Vernier ( Vernier Caliper ) di pasaran untuk tujuan pengukuran
Rajah 4-51 Tolok tinggi Vernier ( Vernier High Gauge ) Rajah 4-52 Sesiku L dan pita pengukur yang menjadi kebiasaan dalam pengukuran b. MENANDA Proses menanda ialah kerja yang perlu dlakukan sebelum menghasilkan suatu benda atau komponen yang bertujuan untuk membantu melakukan kerja seperti memotong, menggerudi dan sebagainya. Pelbagai jenis peralatan menanda boleh digunakan untuk menghasilkan kerja yang tepat dalam bengkel. Rajah 4-53 Penggarit ( Scribber ) yang digunakan untuk menanda
Rajah 4-54 Penebuk pusat (Center Punch) digunakan untuk menanda sebelum membuang lubang dilakukan Rajah 4-55 Pembahagi pegas Rajah 4-56 Letter punch (penanda huruf)
Rajah 4-57 Penanda nombor pada benda kerja c. MENGAPIT / MEMEGANG / MENYOKONG Semasa proses mengukur dan menanda, memotong, membentuk, menyambung dan kerja kemasan, bahan kerja perlu dipegang bagi memastikan kerja dapat dilakukan dengan berkesan. Terdapat pelbagai cara dan alatan yang boleh digunakan untuk memegang bahan semasa bekerja. Rajah 4-58 Ragum meja / biasa (Plain vise) Rajah 4-59 Pengapit F (F-clamp)
Rajah 4-60 Pengapit G ( G-clamp ) Rajah 4-70 Step block Rajah 4-71 V-block