The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KERTAS PENERANGAN VK03-12-15 COMPONENT ASSEMBLY

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nfnzul, 2023-07-05 21:44:36

COMPONENT ASSEMBLY

KERTAS PENERANGAN VK03-12-15 COMPONENT ASSEMBLY

Keywords: ENGINEERING

vii. Pengelasan Gegas Dan Pemilihannya Gegas kejuruteraan di antara dua bahagian yang bertemu boleh dibahagikan kepada tiga jenis. a) Gegas kelegaan b) Gegas peralihan c) Gegas terganggu Rajah 2-13 Kelas-kelas Gegas a. Gegas Kelegaan (clearance fits). Gegas ini berlaku apabila saiz aci lebih kecil daripada saiz lubang tidak kira apa juga kombinasi aci dan lubang itu dipilih. Ia digunakan apabila bahagianbahagian yang dicantumkan boleh bergerak dengan bebas dan senang. Berikut ialah tingkat gegas kelegaan: a) Kelegaan longgar b) Kelegaan sederhana c) Kelegaan rapat d) Kelegaan jitu Rujuk Rajah 2.14. Saiz aci sentiasa kecil dari saiz lubang di mana aci dipasangkan. Basi sentiasa positif.


Rajah 2-14 Gegas kelegaan b. Gegas Peralihan (Transition fit). Gegas peralihan boleh menghasilkan dua kelas gegas yang berlainan apabila komponen itu dibuat mengikut had-had terima yang diberi. Aci yang paling besar apabila dicantumkan dengan lubang yang paling kecil menghasilkan gegas terganggu. Aci yang paling kecil apabila dicantumkan dengan lubang yang paling besar menghasilkan gegas kelegaan. Gegas ini digunakan apabila bahagianbahagian perlu dicantumkan dengan kemas dan tidak longgar tetapi boleh dipisahkan kembali dengan mudah. Berikut ialah tingkat gegas peralihan: a. Sorong b. Mengunci ringan c. Mengunci sederhana d. Mengunci berat Saiz aci adalah sama ada lebih besar atau lebih kecil dari saiz lubang di mana dipasangkan. Jadi, gegasan peralihan atau kelegaan boleh diperolehi dalam satu kumpulan (group) pepasangan. Basi sama ada positif atau negatif. Rajah 2-15 Gegas Peralihan c. Gegas Gangguan (interference fits).


Gegas ini berlaku apabila saiz aci lebih besar daripada saiz lubang tidak kira apa juga kombinasi lubang dan aci itu dipilih. Ia digunakan apabila bahagianbahagian itu hendak dicantumkan dengan kekal. Yang berikut ialah tingkat gegas terganggu: a. Gegas paksa b. Gerakan ringan c. Gerakan berat Saiz aci sentiasa lebih besar dari saiz lubang di rnana aci dipasangkan.basi sentiasa negatif. Adalah diterima, sekiranya, darjah kejituan yang diperlukan untuk setiap dimensi bertambah, maka, harga membuat untuk mengekalkan kejituan ini bertarnbah pada kadar tinggi. Rajah 2-16 Gegas gangguan Graf di bawah menunjukkan secara kasar hubungan di antara harga dan gegas. Untuk sebarang kegunaan, pembuatan gegas mestilah yang terbesar supaya boleh digunakan secara memuaskan. Ini juga mengurangkan kos.


Rajah 2-17 Graf hubungan di antara harga dan gegas. viii. Unsur-unsur Sistem Penukaran: Rajah dibawah menunjukkan unsur-unsur sistem penukaran. Saiz namaan adalah saiz di mana komponen dirujuk semata-mata untuk kesenangan. Misalnya, 25 mm, 50 mm, 60 mm bebenang dan sebagainya. Saiz sebenar adalah saiz yang diukur (actual size). Saiz asas atau saiz dasar (basic size) adalah saiz yang berkaitan di mana kesemua hadhad (limits) saiz telah ditetapkan, dan adalah serupa untuk kedua-dua bahagian gegas (fits) aci dan lubang. Had-had saiz adalah saiz maksimum dan minimum yang dibenarkan dan boleh digunakan untuk dimensi tertentu. Had terima adalah perubahan jumlah atau keseluruhan yang dibenarkan dalam saiz dimensi, dan adalah perbezaan di antara dimensi atas dan bawah yang digunakan.


Rajah 2-18 Jenis-jenis had terima ix. Gegas Asas Lubang Pilihan ISO Sistem ISO memberikan berbagai hadterima bagi lubang dan aci, bagi bidang yang luas serta dalam pelbagai keadaan. Walau bagaimana pun, pengalaman menunjukkan bahawa kebanyakan keadaan had yang diperlukan untuk keluaran kejuruteraan biasanya boleh diberikan oleh pilihan hadterima yang terhad. Berikut adalah pilihan gegas aci dan lubang yang didapati boleh digunakan: Pilihan had terima lubang : H7 H8 H9 H11 ( lubang – huruf besar) pilihan had terirna aci : c11 d10 e9 f7 g6 h6 k6 n6 p6 s6 ( aci – huruf kecil ). Oleh itu, bahagian-bahagian mesin dari pelbagai jenis (brand) tetapi memakai nilai had-terima yang sama, boleh digunakan tanpa mengambil kira kilang yang membuatnya. Contohnya ialah enjin kereta, mekanisme jam dan sebagainya. Untuk kegunaan umum, adalah biasa sekiranya gegas asas lubang digunakan, kecuali saiz-saiz yang lebih besar, di mana kesan suhu memainkan peranan yang besar. Biasanya, adalah lebih mudah untuk membuat dan mengukur bahagian aci dan memperuntukkan hadterima lubang dan mengubahsuai aci supaya sepadan. Dalam keadaan-keadaan yang lain, adalah lebih memuaskan sekiranya asas aci digunakan (kesan suhu dan bahagian yang besar). Contohnya, aci penggerak (driving


shafts), di mana hanya digunakansatu aci untuk pelbagai kelengkapan seperti 'coupling, bearing, collar' dan sebagainya adalah lebih baik mengekalkan garispusat supaya sentiasa tetap untuk bahagian yang tetap, yang mana ini adalah aci dan mempelbagaikan gereknya (bore) untuk kelengkapankelengkapan. Basi adalah mengenai bahagian-bahagian yang bertemu dan juga adalah perbezaan di antara had atas saiz aci dan had bawah saiz pertemuan lubang. Basi mungkin positif atau negatif. i. Gred adalah tanda untuk menunjukkan magnitud gegas (tolerance magnitude), iaitu semakin rendah sesuatu gred semakin halus gegasnya. ii. Lencungan atau sisihan (deviation) adalah perbezaan di antara maksimum,minimum atau dasar. iii. Keadaan bahan maksimum adalah had maksimum ciri luar (external feature). Contohnya, aci yang dibuat sehingga had atas akan mempunyai atau mengandungi kadar bahan yang maksimum. Ianya juga, adalah had minimum ciri dalam (internal feature). Contohnya, komponen yang lubangnya digerek (bore) sehingga saiz had bawah (lower limit) akan mempunyai atau mengandungi bahan minimum yang telah dibuang dan kekal dalam keadaan bahan maksimumnya. x. Had-had Unilateral dan Bilateral: Rajah 2.19 menunjukkan had unilateral, di mana had saiz maksimum dan minimum diatur pada sebelah yang sama dengan saiz asas. Sistem ini lebih disukai kerana saiz asas digunakan untuk alat pengukur had Go (Go limit gauge). Rajah 2-19 Had uniteral Sebarang penukaran magnitud had-terima hanya memberi kesan saiz dimensi gauge yang satu lagi, iaitu saiz gauge NOT GO ( NOT GO gauge size ).


Rajah 2.20 menunjukkan had bilateral, di mana had diatur atas (above) dan bawah (below) saiz asas atau dasar. Rajah 2-20 Had bilateral xi. Sistem Asas Lubang Dan Aci Rajah menunjukkan dua sistem untuk memesin dua komponen yang akan dicantumkan mengikut gegas yang diperlukan. Kedua-dua sistem tersebut ialah: i. Sistem asas lubang ii. Sistem asas aci Rajah 2-21 Sistem asas lubang dan aci xii. Asas Lubang Rajah 2.22 menunjukkan gegas asas lubang. Dalam sistem ini, garispusat asas lubang sentiasa tetap manakala saiz aci berubah-ubah mengikut jenis gegas. Sistem ini memberikan ekonomi yang besar atau baik semasa pengeluarannya. Ini adalah kerana hanya satu saiz gerudi atau pelelas boleh digunakan untuk menghasilkan berbagai jenis gegas dengan hanya mengubah had-had aci. Saiz aci boleh dihasilkan dengan tepat mengikut saiz yang dikehendaki dengan memesin (turning)


dan mencanai (grinding). Rajah 2-22 Gegas asas lubang Secara amnya, adalah lebih baik menggunakan gegas asas lubang. Walau bagaimanapun, suhu memberi kesan yang agak merugikan terhadap saiz-saiz yang lebih besar. Rajah 15 menunjukkan contoh-contoh pasangan dalam sistem asas lubang. Rajah 2-23 Jenis-jenis pasangan untuk sistem asas lubang xiii. Asas Aci: Rajah 2.24 menunjukkan gegas asas aci. Dalam sistem ini, saiz lubang berubahubah untuk menghasilkan kelas gegas yang dikehendaki untuk aci saiz asas. Beberapa siri atau saiz gerudi dan pelelas diperlukan untuk sistem ini. Oleh sebab itu, ianya amat mahal. Walau bagaimanapun, ianya diperlukan dan digunakan di mana gegas yang berbeza diperlukan untuk sepanjang panjang


aci. Rajah 2.24 Gegas asas aci xiv. Gegas Peralihan (Transition fits) Tolakan(push): H7 – k6. Kegunaannya untuk mengelakkan gegaran seperti 'dowels' dan alas dalam untuk bearing bebola. Bergerak (drive): H7 – h6. Kegunaan pada pepasangan yang ketat. xv. Gegas Gangguan (interference fits) ‘light press fits’: H7 – p6. Ditekan dengan mesin penekan untuk bahagianbahagian yang diperbuat dari logam (ferus) semasa memasang dan tidak merosakkan keadaan fizikal pepasangan semasa ditanggalkan. ‘light fits’: H7 – s6. Kegunaannya untuk menyatukan dua bahagian dengan ketat sekali seperti dalam bus bearing. xvi. Penentu Had Terima Rajah 2.25 menunjukkan bagaimana gegas kelegaan ditunjukkan dalam kerjakerja kejuruteraan. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkenaan dimensi gegas tersebut, pengendali mesin perlulah merujuk jadual iaitu jadual kepiawaian BS 4500. Rajah disebelah menunjukkan had terima yang dipetik dari jadual kepiwaian BS 4500. Saiz namaan - 60 garis pusat Jenis gegas yang digunakan - kelegaan rapat. - 10 + 30


Dimensi untuk aci : 60 Dimensi untuk lubang : 60 - 29 + 0 Rajah 2-25 gegas kelegaan ditunjukkan dalam kerja-kerja kejuruteraan xvii. Piawaian BS 4500 Piawai BS 4500 ialah piawaian British dalam unit metrik yang berdasarkan kepiawaian antarabangsa ISO. Piawaian ini boleh digunakan untuk kesemua jenis kerja samaada ringan atau berat dan juga boleh digunakan berasaskan aci atau lubang. Jadual disebelah merupakan sebahagian daripada jadual kepiawaian BS 4500. Keseluruhannya terdapat 28 tingkat had terima. Setiap tingkat had terima aci dan lubang itu mempunyai 18 gred iaitu 01, 0, 1, 2, ............ 16. Huruf kecil a, b, c, d, ...................... menentukan saiz aci, manakala huruf besar A, B, C, D, ................. menentukan saiz lubang. Contohnya: Nyatakan dimensi untuk aci dan lubang dengan saiz namaan kedua- duanya ialah 45 mm. Kelas gegas yang perlu dihasilkan ialah kelegaan sederhana. Berdasarkan jadual kepiawaian BS 4500 diperolehi:


Garis pusat lubang : 45 + 0.039 = 45.039 (Had tinggi) 45 + 0.000 = 45.000 (Had rendah) Garis pusat aci : 45 - 0.025 = 44. 975 (Had tinggi) 45 - 0.050 = 44.950 (Had rendah) Telusan untuk lubang = 45.039 - 45.000 = 0.039 Telusan untuk aci = 44.975 - 44.950 = 0.025 Basi maksimum = Had tinggi lubang - Had rendah aci = 45.039 - 44.950 = 0.089 mm Basi minimum = Had rendah lubang - Had tinggi aci = 45.000 - 44.975 = 0.025 mm 2.2 MENANDA BENDA KERJA Dalam bengkel kejuruteraan proses menanda bendakerja adalah proses awal dalam kerja kerja menggegas. Dengan menanda kita dapat mengetahui berapa banyak bahan yang harus dibuang atau bahagian mana yang harus dipotong atau dibuat lubang. Butir butir dan spesifikasi tandaan ini biasanya didapati dan dipindahkan daripada lukisan atau cetakan biru ke atas permukaan bendakerja dengan menggunakan berbagai alat menanda dengan bantuan alat mengukur dan menguji. 2.2.1 Peralatan Penggarit dan penebuk pusat (Centre Punch) adalah satu susunan atau alatan penandaan yang digunakan untuk menanda atau di lukis atas permukaan logam


a. Penggarit Penggarit diperbuat daripada keluli alat yang dikeraskan dan dibaja. Matanya halus dan tajam, hujungnya pula bengkok. Kegunaan utama penggarit ialah untuk membuat garisan diatas permukaan benda kerja dan biasanya digunakan bersama-sama dengan alat lain seperti pembaris keluli, plat contoh (template) dan sebagainya. Matanya mestilah sentiasa tajam supaya garisan garisan yang dibuat terang dan jelas. Terdapat juga penggarit jenis kocek yang mudah dibawah kesana kemari. Rajah 2.26 Pengarit i. Penggunaan Pengarit. Mata penggarit mestilah dicondongkah berhampiran dengan tepi pembaris (Rajah 2.27). Penggarit pula mestilah dicondongkan mengikut arah garisan seperti yang ditunjukkan oleh anak panah dalam rajah yang sama. Gariskan dengan teguh bagi mendapatkan garisan yang jelas. - Membuat Garisan Lurus. Pembaris keluli digunakan bersama-sama dengan penggarit untuk membuat garisan lurus.


Rajah 2-27 Teknik membuat garisan lurus b. Penebuk Terdapat dua jenis penebuk iaitu:- i. Penebuk cucuk dan penebuk pusat. ii. Penebuk cemat. i. Penebuk Cucuk Dan Penebuk Pusat Kedua-dua jenis penebuk ini diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi yang dikeraskan dan dibaja . Kedua -duanya juga mempunyai bentuk yang hampir sama kecuali hujung matanya yang berlainan sudut. Perhatikan Rajah 2.3.5(a) dan (b). Penebuk cucuk mempunyai hujung mata yang halus, biasanya ia dicanai dengan sudut 30 - 60 darjah. Rajah 2-28 Penebuk pusat dan cucuk


Hujung mata penebuk pusat pula dicanai dengan sudut 90 darjah untuk mendapatkan kesan tebuk yang lebih lebar Rajah 2.28 (a) ini sesuai untuk menempatkan hujung mata gerudi (Rajah 2.28(b)) Rajah 2-29 Penebuk pusat ii. Kegunaan Penebuk Cucuk (Method). Membuat tanda tekan (cucuk) yang halus pada garisan tandaan supaya tandaan tidak hilang walaupun garisan yang dibuat itu terpadam.dan untuk menempatkan kaki jangka tolok untuk melukis bulatan. Bagi kedua-dua kegunaan di atas, hujung mata penebuk cucuk ini dicanai kepada sudut 30 darjah. iii. Kegunaan Penebuk Pusat (Method). Penebuk pusat digunakan untuk menanda pusat lubang gerudi. Pusat lubang yang ditebuk mestilah tepat kedudukannya. Rajah menunjukkan cara bagaimana menandakan kedudukan pusat.


Rajah 2-29 Menanda pusat lubang Apabila hendak membuat lubang pusat yang ditandakan perlu diketuk perlahanlahan terlebih dahulu, setelah pasti bawah kedudukannya tepat bolehlah diketuk lebih kuat supaya lubangnya lebih dalam. Cuba kamu perhatikan bagaimana penebuk dipegang. iv. Jenis-Jenis Penebuk Pusat. - Penebuk pusat biasa. - Penebuk pusat automatik. Penebuk pusat automatik tidak perlu diketuk, sebaliknya ditekan bahagian atasnya ini menyebabkan satu spring akan melepaskan pengetuk yang kemudiannya pula memukul mata penebuk. Penebuk pusat automatik yang dipasang dengan satu alat penjarak. Penebuk jenis ini sangat berguna apabila menanda lubang pusat yang berderet kedudukannya. - Penebuk pusat bentuk loceng. Terdapat dua jenis penebuk pusat bentuk loceng iaitu jenis biasa dan jenis berbeban pegas. Badan penebuk pusat ini mempunyai bunga supaya mudah dipegang dan ia diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi yang dikeraskan dan dibaja. Kegunaannya ialah untuk menebuk dan mencari pusat hujung benda kerja bulat.


Rajah 2-30 Jenis-jenis penebuk pusat c. Penanda huruf ( Letter Stamp ) Penanda huruf atau nombor (Letter Stamp) digunakan sebagai alat penanda pada bendakerja atau kepingan logam bertujuan sebagai penanda dan pengenalan sesuatu bahan.Bahagian hujungnya yang bernombor diketuk pada permukaan bendakerja bagi menghasilkan huruf atau nombor untuk pengasingan sesuatu bahan mengikut kategori atau spesifikasi tertentu. Diperbuat daripada besi alat (Tool Steel) yang ditempa dan direka khas sebagai bahan penanda huruf dan nombor. Ia mudah didapati dalam pelbagai saiz dan jenama dipasaran. Bahagian hujung yang bernombor atau huruf perlu dihalakan semasa mengetuk pada permukaan bendakerja Rajah 2-31 Penebuk nombor dan huruf


2.3 JENIS-JENIS PEMEGANG BENDA KERJA 2.3.1 Ragum Meja (Bench vise) Kegunaan utama ragum ialah untuk memegang benda kerja dengan teguh ketika kerja dijalankan. Ragum yang khas digunakan dimeja dinamakan ragum meja sementara, ragum yang digunakan untuk memegang benda kerja yang dimesin dinamakan ragum mesin. Terdapat sejenis lagi ragum yang digunakan untuk memegang benda kerja yang kecil yang hanya menggunakan tangan. Rajah 2-32 ragum meja Ragum meja biasanya dibuat dari besi tuang. Ia terdiri dari jenis biasa dan jenis gerak cepat. Rajah 2.33 menunjukkan bentuk ragum meja dan bahagianbahagian ragum meja dengan lebih jelas


Rajah 2-33 Bahagian-bahagian ragum meja 2.3.2 Ragum Mesin (Machine Vise) Ragum mesin biasanya digunakan untuk kerja-kerja jitu di mesin pengisar, mesin pembentuk, mesin pencanai dan mesin gerudi. Ia dibuat daripada besi tuang dari gred yang baik. Ragum mesin terdiri daripada tiga jenis iaitu: a. Ragum biasa Rajah 2-34 Ragum biasa


b. Ragum berkilas Rajah 2-35 Ragum berkilas c. Ragum universal Rajah 2.36 Ragum Universal 2.3.3 Clamping Kit a. Ragum Tangan (Hand Vise) Ragum tangan dibuat dari keluli berkarbon yang ditempa. Ia mempunyai dua bahagian yang disangga di satu hujung, sementara pengapitnya terdapat pada hujung yang satu lagi. Ragum tangan digunakan untuk memgang bendakerja yang kecil yang dipegang dengan tangan


Rajah 2.37 Ragum tangan b. Ragum paip. Rajah 2.38 Ragum paip Ragum paip digunakan untuk memegang sebahagian logam-logam bulat seperti tubes, paip dan sebagainya. Dalam perkara ini skrunya berdiri tegak dan kerja rahang bergerak tegak. Ianya mencengkam kerja pada empat tempat di atas permukaan.


c. Ragum Cemat. Ragum cemat digunakan untuk memegang bahan-bahan bulat bagi lengkaran kecil seperti dawai dan cemat, semasa bekerja. d. Ragum kaki. Ragum kaki digunakan oleh tukang besi dan sesuai bagi paluan berat, penyerpai serpihan dan merembas serpihan dan merembas serpihan kerja. Ragum jenis ini mempunyai kaki yang memindahkan tanggungan muatan berat pada rahang kepada lantai. Skru dan hulu ragum kaki adalah lebih berat dari ragum bangku. Ragum kaki digunakan untuk membengkokkan logam berat sederhana dan untuk merembas serpihan berat. Keburukannya adalah rahang ragum selari pada sebelah sahaja e. Ragum Alat Pertukangan. Ragum alat pertukangan digunakan untuk memegang kerja-kerja kecil yang mana berkehendakkan mengikir atau menggerudi dan untuk kerja seperti membentang atau menyusun kerja kecil. Ia dibuat dari keluli lembut f. Pengapit Ragum ( Rahang Lembut ) Untuk mengelakkan kerosakan bagi kerja yang dipegang oleh ragum, pengapit logam lembut atau fibre digunakan untuk melindungi rahang ragum. Pengapit diperbuat dari loyang merah (copper), piring ayan atau timah dan dibengkok dengan penapis untuk menyesuaikan ragum. Pengapit hendaklah dipasang kemas pada rahang. Pengapit yang rosak boleh mengganggu dan bahaya kepada jurugegas. 2.4 KAEDAH MEMASANG BENDA KERJA Langkah yang utama ialah menanda pada bahagian pengendalian memesin, menggegas, menanda garisan untuk panduan di atas permukaan logam sebelum memotong dengan alatan pertukangan, menggegas atau memesin. Katakan anda diminta untuk memesin atau menggegas sekeping logam tanpa membuat sebarang


tandaan di atas permukaan logam tersebut. Bolehkah anda melakukannya, dan jika bolehpun, adakah hasil penyudahan kerja anda itu boleh memuaskan hati anda serta menepati apa yang ada kehendaki. Jawapannya tentu sekali tidak. Maka disinilah pentingnya proses menanda dan seterusnya memilih alat yang tepat untuk melakukan kerja tersebut. Dalam bidang ketukangan, istilah menanda bermaksud membuat tanda di atas permukaan logam yang akan dimesin atau digegas. Ini termasuklah menada garisan, bulatan, lengkok, jarak dan juga pusat. Tanda yang dibuat digunakan sebagai panduan apabila hendak memesin atau memasang benda kerja. Dengan menanda, kita dapat mengetahui berapa banyak bahan yang harus dibuat atau bahagian mana yang harus dipotong atau dibuat lubang. Butir-butir dan spesifikasi tandaan ini biasanya didapati dan dipindahkan daripada lukisan atau cetakan biru ke atas permukaan benda kerja dengan menggunakan berbagaibagai jenis alat menanda dengan bantuan alat mengukur dan menguji. Rajah 2.39 menunjukkan lukisan untuk suatu projek. Butirbutir yang terdapat dalam lukisan ini dipindahkan ke atas permukaan bendakerja dalam Rajah (b). Cuba anda fikirkan apakah alat yang digunakan untuk membuat penandaan itu. Rajah 2-39 Contoh lukisan projek Penandaan mestilah dibuat dengan terang dan teratur supaya kemas dan tepat kerana penandaan yang tepat akan menghasilkan bendakerja yang tepat ukurannya, betul bentuknya dan baik penyudahannya. Oleh itu lukisan atau cetakan biru mestilah difahami terlebih dahulu supaya mudah untuk memindahkannya keatas permukaan bendakerja. Bab ini akan menerangkan pelbagai alat yang digunakan untuk kerja-kerja menanda, mengukur dan juga menguji


2.4.1 Meja Penanda Dan Plat Permukaan. a. Pastikan meja penanda diset arasnya bagi mengurangkan tegangan yang dilakukan ke atasnya. b. Sapukan sedikit minyak pada permukaanya dan pasangkan penutupnya. Ini adalah untuk mengelakkannya daripada berkarat. c. Sekiranya permukaan meja penanda didapati berkarat, jangan sekalikali menggosok dengan kertas pasir atau papan emeri. d. Pastikan benda kerja yang hendak ditanda bersih dan bebas daripada sebarang habuk atau tepi yang tajam. e. Jangan melakukan kerja-kerja seperti mengetuk dan menebuk lubang pusat diatas permukaan meja ini. 2.4.2 Tolok Permukaan dan Tolok Tinggi Vernier. Tolok permukaan dan Tolok tinggi vernier adalah alat yang penting dalam kerja kerja penandaan dan persediaan kerja menggegas Rajah 2.40 Rajah 2-40 Menanda di Meja Penanda menggunakan Tolok Tinggi Venier a. Pastikan mata penggaritnya sentiasa tajam, walaupun hujung mata penggarit tolok Vernier dipasang dengan tungsten kerbida, ia sangat rapuh dan mudah sumbing apabila terhantuk atau terjatuh. b. Pegang bahagian tapak semasa mengangkat alat tersebut. c. Jangan mengunci skru terlalu ketat. d. Sapukan sedikit minyak untuk mengelakkannya daripada berkarat.


2.4.3 Plat Sudut dan Bongkah Vee. a. Bersihkah dengan kain bersih sebelum digunakan. b. Simpan di tempat yang tertentu. c. Elakkan daripada terjatuh. 2.4.4 Pengapit dan Pengapit Alat Tukang. a. Biarkan pengapitnya tertutup jika tidak digunakan. b. Bubuh sedikit minyak terutama pada skrunya supaya tidak berkarat untuk membolehkan pergerakan yang lebih licin


SOALAN 1. Berikan nama 2 jenis alat yang digunakan untuk kerja-kerja penandaan? a) ____________________________________________________ b) ____________________________________________________ 2. Berikan nama 2 jenis ragum? a) ____________________________________________________ b) ____________________________________________________ 3. Berikan perbezaan diantara Penebuk Pusat dengan Penebuk cucuk? Penebuk Pusat Penebuk Cucuk a) b) c) 4. Berikan dua (2) jenis penebuk? a) ____________________________________________________ b) ____________________________________________________ 5. Terangkan secara ringkas kegunaan penggarit di dalam bengkel kejuruteraan. ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ ________________________________________________________________


RUJUKAN : 1. Technology Of Machine Tool – Krar & Oswald (McGraw Hill) 2. MachineTool Practise – Richard R. Kibbe (WILEY)


INSTITUSI LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA MALAYSIA KERTAS PENERANGAN KOD DAN NAMA KURSUS VK03 DIPLOMA TEKNOLOGI PEMBUATAN (PEMESINAN) KOD DAN NAMA MODUL K03-21-35 COMPONENT ASSEMBLY AKTIVITI PEMBELAJARAN (LA) LA1 APPLY WORKSHOP SAFETY LA2 SET UP WORKPIECE LA3 PREPARE HAND TOOLS REQUIREMENT LA4 SET UP TOOLS LA5 CHECK COMPONENT ASSEMBLY CU.WA NO./ TAHAP C07.01 INTERPRET ASSEMBLY DRAWING C07.02 PREPARE HAND TOOLS REQUIREMENT C07.03 ASSEMBLY COMPONENT ACTIVITY C07.04 CHECK COMPONENT ASSEMBLY C07.05 SUBMIT COMPONENT ASSEMBLY REPORT TO SUPERIOR OBJEKTIF PRESTASI AKHIRAN (TPO) PERFORM BENCH WORK USING WORKPIECE, HAND TOOLS, CLEANING TOOLS, ENGINEER SQUARE, SURFACE TABLE PARTS DRAWING, BAND SAW, POWER HACKSAW, LINEAR MEASUREMENT TOOLS, CUTTING FLUID, BENCH VISE, MACHINE VISE, MARKING MEDIA, ANVIL, DRILLING MACHINE, DRILL CHUCK, DRILLING SLEEVE AND SOCKET, DRILL BITS, PARALLEL BLOCK, MACHINE MANUAL, CENTER DRILL, REAMER, GAUGES TAP, SCREW, TAP WRENCH, DIE STOCK, DIAL INDICATOR AND COUNTERBORE/COUNTERSINK SO THAT PARTS DRAWING INTERPRETED, WORKPIECE SET UP, BENCH WORK EQUIPMENTS, TOOLS SET UP, BENCHWORK PROCESS EXECUTED, PARTS SPECIFICATIONS CONFIRMED IN ACCORDANCE WITH PART SPECIFICATION REQUIREMENT.


LA3 PREPARE HAND TOOLS REQUIREMENT TAJUK : PENGENALAN KEPADA PERALATAN TANGAN DAN MESIN KUASA 3.1 PENGENALAN KEPADA GERGAJI BESI PENERANGAN Gergaji Besi Tangan (Hand Hacksaw) Diantara pelbagai alat pemotong, gergaji tanganlah yang lazimnya digunakan bagi kerja- kerja menggegas untuk memotong logam-logam kecil dan lain-lain. Rajah 3-1 Gergaji besi boleh laras Bahagian-Bahagian Gergaji Besi Tangan Bahagian-bahagian yang terdapat pada gergaji besi tangan ialah: i. Bingkai ii. Hulu iii. Nat pelaras iv. Mata Bingkai Mata gergaji Hulu/Pemegang Nat Pelaras Hulu/Pemegang


i. Bingkai Bingkai gergaji kuat dan teguh untuk memegang mata gergaji semasa ianya tegang dan terdapat dalam berbagai bentuk. Terdapat dua jenis bingkai, iaitu bingkai tetap dan bingkai boleh laras. Bingkai tetap hanya boleh memegang mata gergaji yang sama panjangnya. Sementara bingkai boleh laras memegang mata gergaji yang berlainan panjangnya kerana ia boleh dilaraskan mengikut panjang mata gergaji tersebut. ii. Hulu Hulu gergaji terdiri daripada berbagai-bagai jenis seperti yang ditunjukkan dalam Rajah. Terdapat hulu bentuk lurus dan hulu bentuk pistol. Pemilihan hulu adalah bergantung pada keselesaan pengguna. iii. Nat Pelaras Nat pelaras membolehkan mata gergaji yang panjangnya berlainan dipegang pada bingkai. Ketegangan mata gergaji itu boleh dilaraskan dengan nut pelaras yang berkepak. Rajah 3-2 Jenis-jenis gergaji besi tangan


iv. Mata Pemilihan mata gergaji amatlah penting untuk mengergaji sesuatu jenis logam dengan baik. Beberapa faktor perlu diberi perhatian bagi memilih mata gergaji, diantaranya ialah: a. Bahan mata gergaji Mata gergaji diperbuat daripada bahan seperti keluli berkarbon tinggi, keluli tahan lasak, keluli aloi tungsten dan keluli aloi molibdenum. Pemilihan jenis mata gergaji yang bergantung pada kekerasan logam yang hendak dipotong. Mata gergaji yang diperbuat daripada keluli tahan lasak lebih ekonomi dan tidak cepat haus jika dibandingkan dengan jenis yang lain. Bilah gergaji tangan terdiri dari dua jenis iaitu jenis yang keseluruhannya keras dan satu lagi jenis yang hanya matanya sahaja yang dikeraskan. i. Bilah mata keras Bilah mata keras dibuat dari keluli tahan lasak (high speed steel) dan digunakan untuk memotong logam-logam yang keras seperti keluli alloy. ii. Bilah mata melentur Mata gergaji jenis melentur adalah baik digunakan untuk memotong dicelah yang sukar dan sempit pada bendakerja. Ia juga sesuai digunakan oleh pekerja-pekerja yang kurang mahir mengendalikannya bagi mengelakkan bilah mata gergaji patah. b. Kekerasan mata gergaji Kebanyakkan mata gergaji dikeraskan keseluruhannya, tetapi bagi mata gergaji lentur, giginya sahaja yang dikeraskan. Mata gergaji ini jarang patah dan boleh memotong pada bahagian-bahagian yang sukar dipotong.


Rajah 3-3 Jenis Kekarasan Mata gergaji c. Saiz mata gergaji Panjang mata gergaji ialah antara 255 mm hingga 300 mm untuk gergaji besi tangan. Jadual dibawah menunjukkan kesesuaian dan jarak gigi mata gergaji untuk memotong bahan-bahan tertentu. Jadual 3-1 Kesesuaian dan jarak gigi ( mata ) gergaji untuk memotong bahan-bahan tertentu Bahan yang dipotong Jarak gigi ( mm ) Lebar gigi ( mm ) Tebal gigi ( mm ) Keluli lembut 1.8 13-16 0.63-0.80 Besi tuang 1.4 13 0.63 Tembaga 1.2 13 0.63 Kepingan logam 0.8 13 0.63 Saiz Bilah, Bentuk dan Kuak Gigi Gergaji a. Saiz bilah mata gergaji Saiz sesuatu bilah mata gergaji diambilkira dari : - Panjang - Tebal - Lebar - Jarak atau bilangan gigi dalam satu inci.


Panjang bagi bilah mata gergaji tangan diukur dari jarak antara pepusat lubang pada setiap hujungnya. Untuk bilah mata gergaji tangan yang biasa digunakan panjangnya ialah 250 mm dan 300 mm, lebarnya 13 mm dan 16 mm serta tebalnya adalah 0.63 mm dan 0.80 mm. Rajah 3-4 Saiz bilah mata gergaji Jadual 3-2 Saiz Bilah Mata Gergaji Salah Betul Bahan lembut Jarak gigi rapat dan mudah tersumbat Jarak gigi sesuai untuk kelegaan tatal Bahan keras Jarak gigi jarang - jumlah gigi yang bersentuhan kurang Jumlah gigi yang bersentuhan mencukupi Tiub nipis Jumlah gigi yang bersentuhan tidak mencukupi Jumlah gigi yang bersentuhan mencukupi Bilangan gigi bagi setiap 1 inci menentukan gred mata gergaji Panjang bilah


Keratan nipis Jarak gigi kasar - gigi menolak bahan Jarak gigi berturutan menyentuhi bahan b. Bentuk dan kuak gigi Rajah dibawah menunjukkan tiga bentuk dan kuak gigi mata gergaji. Mata gergaji terkuak berselang seli kekiri dan kekanan. Tujuannya ialah supaya mata gergaji ini tidak tersepit semasa memotong dan juga untuk memberi telusan kepada serbuk logam atau tatal keluar. Kuak cakar Kuak berombak Kuak berselang seli tunggal Rajah 3-5 Bentuk dan kuak gigi gergaji i. Pemilihan jarak gigi yang sesuai Pemilihan jarak gigi yang sesuai adalah bergantung kepada perkara berikut; a. bahan yang dipotong - untuk bahan lembut gunakan bilah kasar b. bentuk dan tebal bahan yang hendak dipotong - sekurangkurangnya tiga gigi mesti menyentuhi bahan pada satu masa. Oleh yang demikian, gigi rapat mesti digunakan untuk memotong pembuluh dan bahan nipis.


Jadual 3.5 Pemilihan jarak gigi yang sesuai Penggunaan dan penjagaan gergaji tangan Mata gergaji akan mudah patah jika sekiranya tidak diambil langkah-langkah penjagaan yang wajar. Untuk itu, perkara-perkara yang berikut harus diberi perhatian: a. Pilih mata gergaji yang jarak giginya sesuai untuk logam-logam tertentu. b. Pasangkan mata gergaji dengan arah gigi yang tepat. c. Logam yang hendak dipotong mestilah dipegang pada ragum dengan betul. d. Ketegangan mata gergaji mestilah sesuai untuk jenis pemotongan. e. Gunakan mata gergaji boleh lentur pada bahagian-bahagian yang rumit. f. Kelajuan pemotongan mestilah sesuai. g. Semasa mengergaji, tekanan pada bendakerja mestilah sesuai dengan jenis logam yang digunakan, samaada logam keras ataupun logam lembut. Diameter / Tebal logam Bahan keras Bahan lembut sehingga 3 mm 32 gigi 32 gigi 3 - 6 mm 32 gigi 24 gigi 6 - 12 mm 24 gigi 13 gigi 12 - 25 mm 18 gigi 14 gigi


SOALAN 1. Apakah fungsi gergaji besi tangan? __________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ 2. Senaraikan empat bahagian yang terdapat pada gergaji besi tangan. i. __________________________________________________________________ ii. __________________________________________________________________ iii. __________________________________________________________________ iv. __________________________________________________________________ 3. Lakarkan dan namakan tiga jenis bentuk dan kuak gigi gergaji besi. _______________________ ________________________ ________________________


4. Nyatakan empat cara penggunaan dan penjagaan gergaji besi. i. _________________________________________________________________ ii. _________________________________________________________________ iii. _________________________________________________________________ iv. _________________________________________________________________ 5. Lakar dan namakan bahagian-bahagian gergaji besi.


3.2 PENGENALAN KEPADA KIKIR PENERANGAN 3.2.1 Kikir ( File ) dan Kegunaannya Kikir adalah sejenis alat pemotong yang selalu digunakan dalam kerja-kerja kejuruteraan terutamanya dalam operasi menggegas. Ia boleh merata serta melincinkan permukaan, membesarkan lubang, membentuk sudut dan pelbagai jenis bentuk bendakerja. Kikir adalah sejenis alatan tangan yang diperbuat daripada keluli bermutu tinggi. Permukaan kikir dibuat dengan cara menghentakkan pahat yang dikenakan pada blank yang telah disepuh lindap terlebih dahulu. Selepas gigi kikir habis dipotong, batang kikir dikeraskan pada suhu 800 darjah celsius dan kemudiannya dilakukan penormalan dengan larutan khas. Kegunaan kikir ialah untuk memotong , menipiskan dan melincinkan permukaan sesuatu kompenan atau bendakerja. Proses memotong, menipiskan dan melincinkan ini dinamakan mengikir. Rajah 3-6 Kikir yang selalu digunakan dalam menggegas 3.2.2 Bahagian-bahagian Kikir dan Pengkelasan Kikir Bahagian- bahagian Kikir Rajah 3-7 Bahagian-bahagian kikir


a. Bilah - Bilah diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi, dikeraskan dan dibajakan b. Puting - Puting diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi, dibiarkan lembut untuk kekuatan c. Hulu - Hulu diperbuat daripada kayu d. Tumin - Tumin mengelakkan hulu daripada pecah, diperbuat daripada keluli dan kadang-kadang loyang. Pengelasan Kikir Kikir berbeza dari segi panjang, bentuk, jenis potongan gigi dan kasar atau halusnya gigi. i. Panjang - Panjang sesuatu kikir diukur dari hujung hingga kebahunya. Panjang kikir ialah antara 100 mm hinggalah 400 mm dengan kadar tambahan 50 mm. ii. Bentuk - Kikir yang biasa digunakan berbentuk segiempat sama, segiempat tepat, segitiga tirus, bulat dan separuh bulat. iii. Jenis Potongan Gigi - Terdapat empat jenis potongan gigi kikir iaitu: a. Gigi selari b. Gigi bersilang c. Gigi lengkung d. Gigi parut


Rajah 3-8 Jenis-jenis potongan gigi kikir a. Gigi selari Gigi selari dipotong condong pada sudut 65 darjah hingga 85 darjah pada permukaan kikir. Kikir jenis ini biasanya digunakan untuk kerja- kerja penyudahan. b. Gigi bersilang Gigi junam dipotong pada sudut 45 darjah manakala gigi dongak dipotong pada sudut 70 darjah hingga 80 darjah. Kikir jenis ini digunakan untuk kerja-kerja am. Dengan menggunakan kikir ini logam dapat dibuang dengan cepat. c. Gigi lengkung Kikir jenis gigi lengkung digunakan untuk mengikir logam yang lembut seperti aluminium dan kuprum (tembaga), kerana kerakkerak bahan tersebut tidak mudah melekat pada gigi kikir jenis ini. d. Gigi parut Kikir jenis gigi parut digunakan untuk membuang bahan-bahan yang lembut dengan cepat. Bahan-bahan yang sangat lembut seperti timah dan kayu boleh dikikir dengan kikir jenis ini. Bentuk gigi parut ini membolehkan bahan yang dipotong keluar dengan mudah. Gigi selari Gigi Bersilang Gigi Lengkung Gigi Parut


iv. Peringkat kekasaran ( Kasar atau Halusnya Gigi Kikir ) Kasar atau halusnya gigi kikir bergantung pada berapa rapatnya gigi-gigi tersebut dipotong pada permukaan kikir. Gred kehalusan gigi kikir boleh dikelaskan seperti berikut: a. Paling kasar b. Kasar c. Sederhana d. Halus e. Sangat halus Banyaknya bilangan gigi untuk satu-satu gred kikir bergantung pada panjangnya kikir. Jadual 1 menunjukkan bilangan gigi pada kikir yang dikira pada jarak 1 cm. Gigi kikir yang lebih halus dikelaskan mengikut nombor iaitu 00, 0, 1, 2, 3 hinggalah 8. Nombor 8 menunjukkan gred yang paling halus. Jadual 3.3 Bilangan gigi pada kikir yang dikira pada jarak 1 cm Rajah 3-9 Peringkat kekasaran gigi kikir Gred Panjang kikir ( mm ) 100 150 200 250 300 350 400 Kasar 18 13 11 10 9 1 7 Sederhana 21 17 16 15 14 13 12 Halus 30 24 22 20 19 18 16 Terlalu kasar Sederhana Kasar Halus Bastard Sangat Halus


Jenis-jenis Kikir Untuk menghasilkan sesuatu kerja dengan tepat, cepat dan permukaan yang licin, pemilihan kikir mestilah dibuat dengan betul. Kikir-kikir berikut biasanya digunakan dalam bengkel-bengkel kejuruteraan: i. Kikir pipih tirus ii. Kikir pipih kasar iii. Kikir belah rotan iv. Kikir bulat v. Kikir segiempat sama vi. Kikir segitiga vii. Kikir pipih nipis viii. Kikir bentuk pisau i. Kikir Pipih Tirus Kikir pipih tirus digunakan dalam kerja-kerja am yang melibatkan berbagai-bagai jenis kerja yang berlainan. Gigi kikir ini dikelaskan kepada gred kasar, sederhana, halus, dan sangat halus. Pada satu permukaan kikir, giginya dipotong bersilang intan dan terdapat gigi lurus pada kedua-dua belah tepi. Dua pertiga panjangnya dari pangkal berbentuk selari dan satu pertiga panjangnya kehujung berbentuk tirus. Rajah 3-10 Kikir pipih tirus ii. Kikir Pipih Kasar Kikir pipih kasar digunakan untuk kerja-kerja penyudahan rata. Salah satu daripada tepi kikir tersebut tidak ada gigi dan tepi ini disebut tepi selamat. Gred kikir pipih kasar terdiri daripada gred kasar hingga sangat halus.


Rajah 3-11 Kikir pipih kasar iii. Kikir Belah Rotan Kikir belah rotan atau dipanggil juga kikir separuh bulat digunakan untuk menyudahkan bahagian-bahagian yang telah siap. Gigi pada permukaan yang rata berbentuk wajik dan gigi pada permukaan yang melengkung berbentuk silang. Gigi kikir ini digredkan kepada kasar, halus dan sangat halus. Rajah 3-12 Kikir belah rotan iv. Kikir Bulat Kikir bulat kadangkala disebut juga kikir ekor tikus. Gunanya ialah untuk membesarkan lubang yang berbentuk bulat dan lubang yang melengkung. Gred kikir ini terdiri daripada kasar hinggalah sangat halus. Giginya berbentuk lurus dan bersilang. 3-13 Kikir bulat v. Kikir Segiempat Sama Kikir segiempat sama digunakan untuk membesarkan lubang yang berbentuk segiempat sama secara kasar. Kikir jenis ini juga boleh digunakan untuk mengikir lurah atau alur berbentuk segiempat sama dan juga berbagai-bagai bentuk sudut pada sesendal. Kikir ini digredkan kepada kasar hingga sangat halus.


Rajah 3-14 Kikir segiempat sama vi. Kikir Segitiga Kikir segitiga digunakan untuk mengikir sudut-sudut dalam yang tajam. Ia juga digunakan untuk membersihkan penjuru yang bersudut. Giginya bersilang dan terdapat dalam gred kasar hingga sangat halus. Rajah 3-15 Kikir segitiga vii. Kikir Pipih Nipis Kikir pipih nipis digunakan untuk mengikir celah-celah yang nipis seperti untuk memotong celah-celah pada kunci. Kikir ini tirus pada hujung tetapi tebalnya sama pada keseluruhan panjangnya. Kikir jenis ini cuma terdapat dengan panjang yang terhad iaitu 100 mm, 150 mm dan 200 mm. Giginya bersilang dan grednya dari kasar hingga sangat halus. Rajah 3-16 Kikir pipih nipis


viii. Kikir Bentuk Pisau Kikir bentuk pisau digunakan untuk menajamkan gigi-gigi yang terdapat pada gergaji dan alat-alat pemotong. Bentuknya sama seperti pisau dengan bersudut 15 darjah. Grednya pula daripada kasar hingga sangat halus. Rajah 3-17 Kikir bentuk pisau iv. Kikir Jarum Kikir ini dinamakan kikir jarum. Kikir jarum biasanya terdapat dalam satu set yang mengandungi antara 4 hingga 12 jenis kikir. Kikir-kikir ini boleh digunakan untuk kerja-kerja penyudahan selepas sesuatu bendakerja itu dimesin. Kikir jenis ini digunakan oleh tukang jam dan pembuat alat dan acuan. Grednya dikelaskan daripada 00, 0, 1, 2 hinggalah 6. Gred nombor 6 adalah kikir yang paling halus. Kikir jarum terdapat dalam tiga saiz iaitu 100 mm, 140 mm dan 160 mm. Rajah 3-18 Kikir jarum dalam satu set 10 jenis Cara Penjagaan Kikir Kikir hendaklah dijaga dengan baik untuk menjamin hasil kerja yang memuaskan disamping membolehkan kikir tersebut tahan lebih lama. Berikut ini disenaraikan beberapa panduan untuk menjaga kikir:


i. Sebelum menggunakan kikir, pastikan kikir itu dipasang dengan hulu yang baik dan sesuai. Terdapat dua jenis hulu, iaitu hulu biasa dan hulu khas yang digunakan untuk mengikir permukaan yang lebar. ii. Kikir mestilah sentiasa dalam keadaan bersih. Kerak-kerak besi yang melekat dicelah mata kikir boleh merosakkan mata kikir dan bendakerja jika dibiarkan tanpa dibersihkan iii. Selepas menggunakan kikir, kikir hendaklah dibersihkan dan diletakkan di tempat atau rak yang khas setiap satu jenisnya di simpan berasingan iv. Jangan menggunakan kikir selain tujuan mengikir. v. Gunakan kikir yang bersesuaian dengan bahan yang hendak dikikir. Kikir yang lebih halus digunakan untuk bahan yang lebih keras. vi. Elakkan kikir dari terkena air atau minyak. Jika terkena air ia mudah berkarat dan jika terkena minyak ia akan mudah tergelincir semasa mengikir. vii. Gunakan berus kikir atau besi untuk membersihkan kikir viii. Gunakan kikir yang kasar terlebih dahulu dan siapkan dengan kikir yang halus. 'Pinning' adalah bermaksud gigi kikir yang tersumbat oleh habuk besi jika tidak dibersihkan, bukan sahaja kelancaran mengikir terganggu tetapi akan mencalarkan permukaan logam yang dikikir. Untuk mengelakkan gigi kikir tersumbat , sapukan kapur pada kikir atau turpentine, tetapi kaedah ini tidak sesuai apabila hendak mengikir besi tuangan atau loyang kerana gigi kikir tidak boleh menggigit atau mengikis bahan kerja itu Rajah 3-19 Berus kikir dan kaedah membersihkan kikir


SOALAN 1. Berikan lima jenis kikir yang biasa digunakan di bengkel kejuruteraan. a. _________________________________________________ b. _________________________________________________ c. _________________________________________________ d. _________________________________________________ e. _________________________________________________ 2. Terangkan secara ringkas fungsi kikir jarum. _______________________________________________________ _______________________________________________________ _______________________________________________________ 3. Nyatakan empat jenis potongan gigi kikir. a) _________________________________________________ b) _________________________________________________ c) _________________________________________________ d) _________________________________________________ 4. Tuliskan lima cara penggunaan dan penjagaan kikir a) _________________________________________________ b) _________________________________________________ c) _________________________________________________ d) _________________________________________________ e) _________________________________________________


RUJUKAN 1. Abd Rani bin Abdullah (2002), Nota Panduan Politeknik Malaysia - Teknologi Workshop 1, nombor muka surat 34-88 2. Steve f, Krar and Albert F. Check, Technology of machine Tools, McGraw-Hill, 1998 muka surat 152- 181


3.3 PENGENALAN KEPADA TUKUL KEJURUTERAAN PENERANGAN Tukul kejuruteraan digunakan untuk mengetuk sesuatu kerja. Ia terdiri dari berbagai saiz dan bentuk dan digunakan bergantung kepada kesesuaiannya. Tukul adalah salah satu alatan tangan yang digunakan dalam bengkel kejuruteraan. Pada amnya, tukul dibahagikan kepada dua jenis: a. Tukul besi (Hammer) b. Tukul lembut. (Mallet) 3.3.1 Tukul Besi. Tukul besi digunakan untuk kerja-kerja menggegas dan menanda. Muka dan bongkol kepala tukul dikeraskan dan dibaja dengan baik supaya tidak mudah sumbing dan mengembang apabila ditukul. Berat tukul besi ialah antara 0.25 kg hingga 1.5 kg. Untuk kerja-kerja am, tukul seberat 0.5 kg hingga 1 kg digunakan. Tukul yang ringan digunakan untuk kerja-kerja menanda. Memukul juga boleh dilakukan dengan kuasa jentera selain dengan cara biasa, iaitu dengan tangan. Tiga Jenis Tukul Besi Ialah: a. Tukul Bongkol Bulat Bongkol kepala tukul ini berbentuk separuh bulat. Bahagian permukaan yang rata digunakan untuk membuat kerja-kerja am seperti menukul kepala pahat dan alat-alat penanda. Bongkol pula digunakan untuk merivet. Rajah 3-20 Tukul Bongkol Bulat


b. Tukul Bongkol Lurus Kepala tukul ini searah dengan paksi hulunya. Ia digunakan untuk menukul bahagian-bahagian yang tidak boleh dilakukan oleh tukul kepala bulat. Rajah 3-21 Tukul Bongkol Lurus c. Tukul Bongkol Tirus Kepala tukul bersudut tepat kepada paksi hulunya. Kegunaannya sama seperti tukul bongkol lurus kecuali sudut penggunaannya sahaja yang berbeza. Tukul ini digunakan jika tukul kepala lurus tidak boleh digunakan. Rajah 3-22 Tukul Bongkol Tirus 3.3.2 Tukul Lembut ( Mallet ) Tukul lembut digunakan untuk menukul benda kerja yang telah siap supaya permukaan benda kerja itu tidak rosak. a. Tukul Bongkol Kulit Rajah 3-23 Tukul Bongkol Kulit


Tukul ini digunakan pada logam lembut seperti tembaga atau loyang. Ia tidak meninggalkan kesan pada benda kerja. b. Tukul bongkol plastik Rajah 3-24 Tukul Bongkol Plastik Tukul jenis ini boleh digunakan pada logam-logam yang biasa digunakan dalam bengkel. Hendaklah berhati-hati apabila digunakan pada logam yang lembut supaya tidak meninggalkan kesan. c. Tukul bongkol gangsa Rajah 3-25 Tukul Bongkol Gangsa Ia digunakan semasa kerja-kerja pemasangan. Hentakan yang kuat boleh dibuat tetapi harus berhati-hati jika logam yang dihentak itu adalah logam lembut.


Click to View FlipBook Version