Ke Arah Kecemerlangan
VISI
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu
bagi Memenuhi Aspirasi Negara
MOTO
Ke Arah Kecemerlangan
LAGU SEKOLAH : KECEMERLANGAN
Ke arah kecemerlangan
Visi murni warga Bukit Lima
Berbudi, berilmu dan berketrampilan
Prestasi cemerlang dicita
Ke arah kecemerlangan
Pegang teguh prinsip Rukun Negara
Tekad dan iltizam mencapai wawasan
Demi nusa dan bangsa.
DOA SEKOLAH
Ya Allah Ya Tuhan kami,
Sesungguhnya kami berhimpun pada pagi ini,
Bagi melahirkan rasa kesyukuran,
atas kurniaanmu yang tidak ternilai.
Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur,
atas nikmat yang melimpah ruah kepada kami.
Ya Allah Tuhan yang Maha Bijaksana,
Bukakanlah hati-hati kami,
Lapangkanlah dada kami untuk menerima ilmu dan pengetahuan,
Serta bimbingan daripada guru-guru yang kami kasihi.
Ya Allah Tuhan yang Maha Pemurah,
Kurniakanlah kepada kami kesihatan anggota,
Kecergasan minda,
Ketenangan jiwa,
Dan kekuatan semangat.
Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran,
Berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga,
Masyarakat dan negara.
Ya Allah ya Rahim,
Jadikanlah negara kami sebuah negara,
Yang mendapat limpahan rahmat dan nikmat.
Kekalkanlah keamanan dan kemakmuran sepanjang zaman.
1
Ke Arah Kecemerlangan
IKRAR SEKOLAH
Bahawasanya kami
Pelajar-pelajar SMK Bukit Lima
Dengan penuh kesedaran dan kesyukuran
Akan mematuhi segala peraturan
Demi membentuk keperibadian yang unggul
Kami berikrar dan berjanji
Akan belajar bersungguh-sungguh
Demi menjadi insan yang berilmu dan berwawasan
Untuk mengangkat martabat sekolah, bangsa dan negara
Berlandaskan prinsip-prinsip Rukun Negara
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak :
Mencapai perpaduan yang
lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
Akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akam menggunakan sains
dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk
mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut :
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis ari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sokongan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
2
Ke Arah Kecemerlangan
IKRAR GURU
Bahawasanya kami Guru-guru negara Malaysia dengan ini berikrar mendukung terus cita-cita kami dan
menyatakan keyakinan kami pada cita-cita murni pekerjaan kami. Kami sedia berbakti kepada masyarakat
dan negara kami. Kami sentiasa menjunjung perlembagaan negara dan kami mengamalkan prinsip-prinsip
Rukun Negara pada setiap masa.
PIAGAM GURU
Kami, pendidik-pendidik SMK Bukit Lima Sibu berikrar dan berjanji akan melahirkan pelajar-pelajar yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berlandaskan Falsafah Pendidikan
Negara. Kami akan melaksanakan tanggungjawab dan kewajipan kami dengan penuh dedikasi, iltizam, adil,
saksama, toleran, konsisten, kreatif dan inovatif, selaras dengan moto disiplin, bertekad
PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM 1993
KELAKUAN DAN TATATERTIB
(Peraturan 4)
1. Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat setianya kepada Yang di-Pertuan
Agong, Negara dan Kerajaan.
2. Seorang pegawai tidak boleh –
a. membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan peribadinya;
b. berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadinya bercanggah
dengan tugas awamnya;
c. Berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa;
i. dia telah membiarkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas awamnya sehingga
menjejaskan kebergunaannya sebagai seorang pegawai awam; atau
ii. dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya sendiri;
d. berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga memburukan nama atau mencemarkan nama
perkhidmatan awam;
e. kurang cekap atau kurang berusaha;
f. tidak jujur atau tidak amanah;
g. tidak bertanggungjawab;
h. membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau
memajukan apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan apa-apa
tuntutan berhubung dengan atau terhadap perkhidmatan awam, sama ada tuntutannya sendiri atau
tuntutan mana-mana pegawai lain;
i. ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah
sebagai ingkar perintah; dan
j. cuai dalam melaksanakan tugas-tugasnya.
CONTOH PERBUATAN MELANGGAR PERATURAN 4(1)
● Bersubahat dengan musuh-musuh negara;
● Sengaja membocorkan rahsia-rahsia kerajaaan;
● Melanggar undang-undang atau peraturan kerajaan dengan tujuan untuk menentang kerajaan
● Memburuk-burukan serta memperkecilkan-kecilkan dasar serta tindakan kerajaan;
● Mengelakan diri daripada mempertahankan dasar dan tindakan kerajaan sedangkan adalah menjadi
kewajipannya untuk berbuat demikian; dan
● Memijak-mijak bendera kebangsaan dengan tujuan menghina.
3
Ke Arah Kecemerlangan
CONTOH PERBUATAN MELANGGAR PERATURAN 4(2)(e)
● Tidak mempunyai daya usaha dan lemah dalam daya pemikirannya;
● Lalai atau berlengah-lengah dalam menjalankan tugas-tugasnya;
● Sebagai seorang pegawai kanan, tidak berkebolehan dan terpaksa diarah sepanjang masa;
● Bersikap malas dalam menjalankan tugas-tugasnya.
CONTOH PERBUATAN MELANGGAR PERATURAN 4(2)(f)
● .Tidak melaporkan harta atau pelaburan yang dipunyai olehnya, isterinya atau anaknya seperti mana
yang dikehendaki oleh Peraturan 10. Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)
1993;
● Menggunakan bil hotel palsu dalam tuntutan elaun sewa hotel;
● Membuat tuntutan palsu mengenai elaun perjalanan, loging, makan atau tambang pengangkutan (lori)
semasa perpindahan;
● Mengesahkan tuntutan bekerja lebih masa yang tidak betul dari seorang pekerja dengan tujuan untuk
mendapat habuan dari pekerja.
● Tidak melaporkan hutang piutangnya dengan tujuan menipu Ketua Jabatan dan Lembaga Tatatertib yang
berkenaan mengenai keterhutangan kewangan yang serius;
● Berdalih-dalih atau bercakap bohong dalam apa-apa jua penyiasatan yang dijalankan terhadap; atau
● Pura-pura sakit atau uzur.
CONTOH PERBUATAN MELANGGAR PERATURAN 4(2)(g)
● Menghasut kakitangan kerajaan supaya jangan terlalu berusaha dalam menjalankan tugas-tugas
mereka;
● Menjalankan sesuatu tugas tanpa menghiraukan implikasinya terhadap Jabatan khasnya dan Kerajaan
amnya;
● Mengambil cuti rehat di saat-saat perkhidmatannya sangat-sangat diperlukan;
● Suka mewujudkan suasana yang tegang di pejabat dengan melaga-lagakan rakan sejawat untuk
kepentingan diri sendiri;
● Tidak melaporkan kesalahan yang serius yang telah dilakukan oleh pegawai bawahannya kepada
pegawai yang lebih kanan;
● Tidak menghiraukan pandangan/ pendapat orang lain sungguhpun pandangan/ pendapat itu boleh
mendatangkan faedah kepada kerajaan;
● Bersikap tidak acuh terhadap tugas-tugas dan tanggungjawab;
● Tidak mempedulikan atau menjaga harta kerajaan sebagaimana yang sepatutnya;
● Tidak hadir bekerja tanpa cuti atas sebab-sebab yang munasabah;
● Membazirkan wang kerajaan dengan membeli alat-alat yang tidak atau kurang berguna; atau
● Mengikuti kursus pengajian tanpa mendapat kelulusan pihak yang berkuasa terlebih dahulu.
CONTOH PERBUATAN MELANGGAR PERATURAN 4(2)(h)
● Meminta seorang kenamaan untuk menggunakan jasa baiknya mempengaruhi Lembaga Kenaikan
Pangkat yang berkenaan untuk menaikan pangkatnya;
● Meminta ahli politik untuk menyokong permohonan-permohonan untuk mendapat tanah kerajaan
atau rumah;
● Menggunakan pengaruh luar dalam soal-soal pertukaran dan penempatan.
CONTOH PERBUATAN MELANGGAR PERATURAN 4(2)(i)
● Enggan atau tidak mahu mengikuti atau menjalankan/melaksanakan arahan lisan atau tulisan
pegawai kanannya berhubung dengan tugas-tugas rasminya;
● Membantah atau melawan pegawai kanannya; atau
● Sengaja melanggar arahan-arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan dalam pekeliling atau surat
pekeliling.
4
Ke Arah Kecemerlangan
TATALAKU PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM
Taat Setia
Semua pegawai perkhidmatan awam mesti menumpahkan segala taat setia yang tidak berbelah bagi kepada
Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong, negara dan kerajaan.
Larangan
1. Mereka tidak boleh membelakangkan kewajipan awamnya kerana kepentingan peribadinya. Dengan erti
akta yang lebih tepat lagi, mereka tidak boleh berkelakuan dengan begitu rupa yang mungkin
menyebabkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan kewajipan awamnya.
2. Sebagai pegawai perkhidmatan awam, mereka tidak dibenarkan membiarkan kepentingan
persendiriannya bercanggah dengan kewajipan awamnya hingga menjejaskan kegunaannya sebagai
pegawai perkhidmatan awam.
3. Begitu juga, mereka adalah ditegah menggunakan kedudukann awamnya untuk faedah persendirian atau
kepentingan peribadi.
4. Mereka tidak boleh berkelakuan dengan begitu cara yang boleh menjatuhkan martabat perkhidmatan
awam dan hilang kepercayaan terhadap perkhidmatan awamnya.
5. Selain itu, mereka seharusnya tiada membawa apa-apa bentuk pengaruh dan tekanan untuk menyokong
dan memajukan sesuatu tuntutan yang berhubung dengan perkhidmatan awam. Tuntutan yang
dimaksudkan itu adalah tuntutan secara individu ataupun lain-lain bentuk tuntutan anggota-anggota lain
perkhidmatan awam.
6. Mengingkari perintah dan berkelakuan dengan apa jua cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah
sebagai ingkar perintah.
Sikap
1. Mereka perlu bersikap positif, bertanggungjawab, dedikasi, jujur dan cekap terhadap tugas.
2. Adalah mustahak baginya memberikan kerjasama dengan pegawai dan kakitangan yang lain dalam
perkhidmatan awam.
Pekerjaan luar
1. Seseorang pegawai pentadbiran awam itu tidak dibenarkan membuat pekerjaan luar melainkan ia
dikehendaki menjalankan tugasnya.
2. Mereka hanya boleh berbuat demikian dengan diberi kuasa dan diluluskan untuk berbuat demikian oleh
ketua jabatan.
Hadiah
1. Pegawai perkhidmatan awam tidak dibenarkan sama sekali untuk menerima sebarang bentuk hadiah.
2. Mereka juga tidak membenarkan isteri, anak-anak, ibu bapa, saudara mara atau mana-mana pihak untuk
menerima atau memberi bagi pihak mereka.
3. Dalam hubungan ini, mereka tidak boleh melakukan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung
apa jua bentuk hadiah daripada atau kepada mana-mana orang sekalipun.
Keraian
1. Seorang pegawai pentadbiran awam itu dilarang untuk memberi atau menerima apa jua bentuk dan jenis
keraian kepada atau daripada mana-mana orang.
2. Mereka tidak boleh menerima keraian yang boleh mempengaruhinya untuk membuat sebarang faedah
peribadi.
Memiliki Harta
1. Semua pegawai perkhidmatan awam mesti melaporkan kepada pihak berkuasa tatatertib yang
berkenaan.
2. Laporan ini di lakukan dengan mengisi boring perisytiharan harta melalui ketua jabatan mereka.
5
Ke Arah Kecemerlangan
3. Harta yang dimaksudkan ini merupakan harta alih ataupun tidak alih dan ini juga termasuk harta alih
yang munasabah yang digunakan sebenarnya pada masa itu olehnya, isteri dan anak-anaknya.
4. Segala harta itu adalah kepunyaannya atau yang dipegang oleh seseorang pegawai pentadbiran awam
bagi pihak isteri atau anak-anaknya.
5. Jika pegawai perkhidmatan itu tiada mempunyai sebarang harta, laporan juga perlu dibuat untuk tujuan
rekod.
Menyelenggara Taraf Hidup Yang Melebihi Pendapatan
1. Seseorang pegawai perkhidmatan awam itu tidak boleh menyenggarakan taraf hidupnya melebihi
daripada pendapatan rasminya yang sah.
2. Jika penyenggaraan hidupnya melebihi emolument rasminya, dia mungkin dipanggil untuk memberi
penjelasan yang munasabah kepada pihak yang berkuasa lembaga tatatertib yang berkenaan di atas
saraan itu.
3. Pegawai perkhidmatan awam tidak boleh meminjam daripada seseorang atau menjadi penjamin kepada
seseorang peminjam atau dengan apa jua yang boleh menyebabkan dirinya terhutang wang kepada
mana-mana orang kecuali yang diperbekalkan dalam Perintah Am Bab D, 1980.
Kesusahan Hutang
1. Seorang pegawai perkhidmatan awam mungkin berada dalam keadaan kesusahan disebabkan oleh
bebanan hutangnya yang begitu berat sekali.
2. Adalah disebabkan oleh kesulitan kewangan yang dihadapinya itu boleh membawa kepada terjejas
perkhidmatannya.
3. Oleh itu, tindakan tatatertib boleh diambil terhadap dirinya. Dalam keadaan biasa perkara ini dilaporkan
kepada pihak mahkamah atau pemegang-pemegang harta.
Meminjamkan Wang
1. Pegawai pentadbiran awam juga ditegah meminjamkan wang dengan bunga kepada orang lain.
2. Mereka tidak boleh melakukannya sama ada dengan sebarang bentuk cagaran ataupun tidak.
Spekulasi
1. Semua pegawai dilarang menspekulasi tentang turun naiknya harga komoditi sama ada tempatan
ataupun luar negara.
2. Mereka juga dilarang membeli dan menjual sekuriti-sekuriti dengan harga yang tinggi.
Refel dan Loteri
1. Semua pegawai juga tidak boleh mengadakan refel atau loteri yang menjadi harta peribadinya.
Kenyataan Awam
1. Pegawai tidak boleh membuat kenyataan awam yang boleh merosakkan sesuatu dasar atau keputusan
kerajaan.
2. Mereka ditegah membuat kenyataan sama ada secara lisan, penerbitan ataupun dalam bentuk-bentuk
lain.
3. Sebagai pegawai perkhidmatan awam, mereka tidak boleh mengedarkan apa-apa kenyataan sama ada
yang dibuat olehnya ataupun orang lain.
4. Selain itu, mereka juga dilarang daripada membuat kenyataan umum mengenai perkara-perkara
berhubung dengan kerja-kerja jabatan di mana dia bertugas ataupun pernah berkhidmatan suatu masa
dulu.
Penyunting
1. Pegawai perkhidmatan awam juga dilarang bertindak sebagai penyunting sebarang akhbar dan majalah
kecuali dengan kebenaran.
2. Mereka tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam pengurusan penerbitan akhbar dan majalah.
6
Ke Arah Kecemerlangan
3. Di samping itu, mereka dicegah memberi sumbangan wang dengan mana-mana penerbitan, termasuk
surat khabar ataupun majalah.
4. Bagaimanapun, mereka dibenarkan mengambil bahagian yang cerdas termasuk kerja-kerja
penyuntingan, memberi sumbangan wang dengan mana-mana penerbitan jabatan dan kakitangan,
penerbitan professional dan segala penerbitan pertubuhan sukarela yang tidak bercorak politik.
Kegiatan Politik
Bagi maksud mengambil bahagian dalam bidang politik, pegawai-pegawai adalah dibahagikan kepada dua
kumpulan.
Kumpulan A
1. Kumpulan ini terdiri daripada pegawai dalam kumpulan jawatan yang berkelayakan ijazah universiti
ataupun kelayakan iktisas sebagai kelayakan masuk kerja.
2. Mereka dilarang mengambil bahagian dalam kegiatan politik tanah air melainkan hanya menjadi ahli
biasa.
Kumpulan B
1. Ianya terdiri daripada semua pegawai kerajaan yang bukan dalam kumpulan A.
2. Dalam perkara ini, mereka boleh dilantik sebagai ahli jawatankuasa sesebuah parti politik.
3. Bagaimanapun mereka perlu terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada pihak kerajaan.
Perbicaraan Undang-Undang dan Guaman
1. Pegawai yang memerlukan bantuan guaman yang bersabit dengan perkara yang berbangkit dari tugasnya
perlu mendapat persetujuan daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam terlebih dahulu.
2. Begitu juga, pegawai yang berkehendakkan bantuan guaman melalui peguam bela dan peguam cara
bersabit dengan perkara yang berbangkit dengan tugasnya perlu mendapatkan kelulusan terlebih dahulu
daripada Ketua pengarah Perkhidmtan Awam.
Tidak Hadir Bertugas Tanpa Bercuti
1. Ketidakhadiran bertugas tanpa bercuti dan dengan tidak mendapat kebenaran: bagi seseorang pegawai
perkhidmatan itu boleh disabitkan dengan tindakan tatatertib.
2. Apabila seseorang pegawai itu tidak hadir bertugas bagi tempoh tidak lebih daripada tujuh hari dalam
satu bulan, tindakan tatatertib boleh diambil terhadapnya.
3. Tindakan tatatertib bermaksud pegawai itu boleh dikenakan pembuangan kerja atau lain-lain hukuman.
4. Bagi tempoh ianya tidak hadir, dia tidak berhak mendapat apa-apa jua gaji ataupun saran hidup.
5. Jika seseorang itu tidak menghadirkan diri untuk bertugas selama tujuh hari dalam satu bulan itu, pihak
lembaga tatatertib apabila menerima laporan daripada ketua jabatan, boleh mengambil tindakan buang
kerja ataupun turun pangkat mengikut perbekalan Perintah Am 26.
6. Sementara menunggu keputusan Pihak Berkuasa Tatatertib, pegawai itu tidak berhak mendapat apa-apa
gaji atau saraan hidup selama tempoh dia tidak hadir bertugas.
TATACARA UMUM PEMILIHAN KANDUNGAN MEDIA SOSIAL
UNTUK KEGUNAAN RASMI
Tatacara berikut perlu patuhi semasa memilih kandungan media social untuk kegunaan rasmi institusi
pendidikan oleh guru dan murid:
a. Pengesahan maklumat
Maklumat perlu tepat, sahih dan tidak mempunyai unsur fitnah.
b. Muat Naik Bahan
Bahan-bahan rasmi yang hendak dimuat naik hendaklah disemak dan mendapat pengesahan / kelulusan
daripada ketua jabatan di institusi pendidikan. Walau bagaimana, bahan rasmi yang diambil daripada
portal seperti Portal Data yang hendak dimuat naik tidak perlu di semak dan disahkan sekiranya tiada
penambahan maklumat kerana bahan rasmi tersebut telah mendapat kelulusan ketua jabatan terlebih
dahulu sebelum dimuat naik ke portal.
7
Ke Arah Kecemerlangan
c. Perbincangan Awam
Perhatian perlu diberi terhadap setiap komen / pernyataan atau maklumat yang dikongsi di media sosial
bagi menjaga imej dan rahsia Kerajaan
ETIKA PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL OLEH GURU
a. Guru boleh memanfaatkan penggunaan media social secara positif untuk tujuan:
i. Meningkatkan pengajaran dan pembelajaran bagi menambah baik kualiti system pendidikan;
ii. Membolehkan warga pendidik berkomunikasi secara pantas tanpa sempadan dengan pemegang
taruh untuk memastikan keputusan serta tindakan dapat dilaksanakan dengan segera; dan
iii. Menghubungkan guru dengan kumpulan sasaran secara meluas daripada pelbagai latar belakang
sama ada yang berada di dalam atau di luar negara bagi meningkatkan sistem penyampaian
pendidikan.
b. Sekiranya terdapat kesilapan pada sebarang maklumat yang telah dihebahkan, hendaklah sebaik-
baiknya mangakui kepada umum, membuat pembetulan dan memohon maaf kepada pihak yang
berkaitan secara terus dalam laman social yang terlibat.
c. Guru dilarang menggunakan media sosial untuk tujuan:
i. Mendedahkan maklumat rasmi yang terkandung dalam dokumen sulit / dokumen terhad kerajaan
kepada pihak umum;
ii. Memberikan atau berkongsi komen negative tentang isu-isu yang melibatkan arahan Kementerian
Pendidikan Malaysia, kepimpinan sekolah dan rakan sekerja;
iii. Membuat sebarang pernyataan yang menyentuh perkara yang boleh menjejaskan imej dan dasar
kerajaan, maklumat berbentuk fitnah, hasutan dan lucah atau cuba memprovokasikan sesuatu isu
yang menyalahi peraturan dan undang-undang atau perkara yang menyentuh sensitiviti individu
atau kumpulan tertentu yang boleh menimbulkan suasana yang tidak harmoni;
iv. Menyebarkan maklumat yang tidak sahih;
v. Menyebarkan hasil kerja guru lain atau kerja murid yang boleh mengaibkan;
vi. Berkongsi kenyataan yang menyentuh isu-isu sensitive, agama, kaum dan individu terutama kepada
isu yang boleh mengancam keselamatan negara;
vii. Melayan komunikasi dengan pihak yang agresif dan kasar;
viii.Melibatkan diri dengan aktiviti yang boleh membawa kepada jenayah social dan seksual;
ix. Melibatkan diri dengan perniagaan bahan-bahan yang berisiko buruk atau berbahaya;
x. Melibatkan diri dengan aktiviti yang boleh menjurus kepada Cyber Stalking atau Cyber Harssment;
xi. Menggunakan media sosial untuk tujuan peribadi semasa waktu pejabat sama ada menerusi
peralatan komputer / alat mudah alih yang dibekalkan oleh pejabat / melalui peralatan peribadi.
TATASUSILA PROFESION PERGURUAN MALAYSIA
Kami guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha ke arah pembentukan
warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari
betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang
percaya demokrasi, kebebasan perseorangan, dan Prinsip-prinsip Rukun Negara.
Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka,
memperolehi pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman berzaman, dan menyediakan mereka untuk
menghadapi cabaran pada masa hadapan.
Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan
sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima Tatasusila berikut sebagai panduan untuk
membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke arah kesusilaan yang setinggi-tingginya.
1. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MURID
8
Ke Arah Kecemerlangan
i. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan murid kami daripada hal-hal lain.
ii. Bersikap adil terhadap setiap orng murid tanpa mengira factor-faktor jasmani, mental, emosi,
politik, ekonomi, social, keturunan atau agama.
iii. Merahsiakan maklumat iktisas atau sulit mengenai murid kecuali kepada mereka yang berhak
mengetahuinya.
iv. Membimbing atau mengajar seseorang murid dalam darjah sendiri atau dalam mata-mata pelajaran
yang di ajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
v. Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang
baik kepada murid.
vi. Memelihara dan memperbaiki kecekapan iktisas melalui pengkajian, penyelidikan lawatan dan
menghadiri kursus iktisas, persidangan, masyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai
mutu yang setinggi-tingginya.
2. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA
i. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
ii. Brusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan
dengan rumah tangga.
iii. Menganggap semua maklumat yang di beri oleh ibu bapa mengenai keadaan rumah tangga atau
mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali
kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
iv. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan menggunakan
maklumat yang di terima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
v. Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa
murid.
vi. Mengelakkan diri dan mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan
kepercayaan murid terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.
3. TANGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA
i. Mengelakkan diri dari menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan murid,
masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara.
ii. Memupuk dalam diri setiap murid sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka
untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-
orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan, kebudayaan, keturunan dan agama.
iii. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai
seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan
masyarakat.
iv. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan
dengan masyarakat.
v. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan
kecendekiawanan masyarakat.
vi. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh
vii. Masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik.
4. TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION PERGURUAN
i. Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama
baik seseorang guru di hadapan murid atau ibu bapa atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan
maruah seseorang guru.
ii. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.
iii. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan
bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan iktisas dan sosial.
iv. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baharu dalam profesion
perguruan.
v. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.
9
Ke Arah Kecemerlangan
vi. Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.
Catatan: Guru yang dimaksudkan dalam konteks Tatasusila ini ialah orang yang menyebarkan ilmu
pengetahuan di sesebua institusi pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi, termasuk guru terlatih
yang bertugas dalam pentadbiran, organisasi dan penyeliaan pendidikan.
IKRAR PERKHIDMATAN AWAM
Kami yang telah dilantik berkhidmat dengan kerajaan Malaysia membuat ikrar di sini bahawa semasa dan
selagi kami berkhidmat dengan Kerajaan, kami akan patuh dengan mengamalkan teras-teras perkhidmatan
semasa menjalankan tugas. Ke arah ini kami :
Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan;
Bekerja dengan penuh tanggungjawab;
Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri;
Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan;
Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara;
Bekerjasama dalam membenteras kelemahan dan musuh-musuh negara;
dan berpegang teguh kepada ajaran agama.
IKRAR INTERGRITI PERKHIDMATAN AWAM
Kami, Pegawai Awam Malaysia, dengan sepenuhnya dan rela hati berikrar, mempertahankan dan
memperkukuhkan, intergriti perkhidmatan awam dengan mencegah dan membenteras segala bentuk rasuah,
salahguna kuasa dan penyelewengan, tindakan-tindakan berikut :
● Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah;
● Menutup semua ruang dan peluang mendedahkan kepada amalan rasuah;
● Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang, peraturan dan etika jabatan;
● Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk memerangi sebarang perlakuan jenayah
rasuah;
● Bertindak tegas terhadap mereka yang cuba menggugat intergriti dan imej pegawai awam; dan
● Mematuhi sepenuhnya kod etika jabatan dan mengamalkan nilai-nilai murni yang berteraskan ajaran
agama dalam melaksanakan tugas.
AZAM GURU
Sesungguhnya kami berazam dan bertekad untuk menjadikan bahawa;
● Kerja yang kami buat hari ini adalah lebih baik daripada semalam
● Kerja yang kami buat hari esok adalah lebih baik daripada hari ini; dan
● Kerja yang kami buat hari-hari seterusnya adalah lebih baik daripada hari-hari sebelumnya
IKRAR PERKHIDMATAN CEMERLANG
Bahawasanya saya…………………………………….seorang anggota kerajaan Malaysia dengan penuh
semangat dan kesedaran dan dengan berpandukan kepada prinsip-prinsip Rukunnegara berazam dan berikrar
untuk meninggikan mutu perkhidmatan yang lebih cemerlang, menggembleng tenaga dan usaha, bekerja
dengan penuh amanah, dedikasi dan bertanggungjawab, mengikis sikap mementingkan diri sendiri,
berkhidmat dengan penuh Muhibbah dan kesedaran bekerja kearah memajukan pemikiran rakyat dan
pembangunan negara, bekerjasama, menuju kearah cita-cita demi untuk kepentingan negara Malaysia.
10
Ke Arah Kecemerlangan
ETIKA KEPIMPINAN
Tanggungjawab
● Menjalankan tugas dengan bersih, cekap dan amanah serta dengan penuh minat, disiplin, dan dedikasi.
● Sentiasa memberi keutamaan kepada kepentingan negara dan tidak mementing diri sendiri.
● Sentiasa berusaha meninggikan imej perkhidmatan dan organisasi.
● Membuat pertimbangan yang teliti dan adil sebelum membuat keputusan dan tegas dalam
melaksanakannya.
Sikap
● Sensitif terhadap persekitaran kerja dana lam sekeliling dan berusaha menyesuaikan diri dengan
sekeliling.
● Sentiasa bersikap positif dan bertanggungjawab.
● Mempunyai fikiran terbuka dan sedia menerima teguran daripada semua pihak untuk faedah organisasi
dan negara.
● Mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh rakyat.
● Mengambil berat tentang masalah yang di hadapi oleh rakan sejawat, baik pihak atasan mahupun rakan
sejawat di bawahnya.
Perawakan & Peribadi
● Mempunyai peribadi yang mulia, berbudi pekerti, dan berperawakan yang baik.
● Sentiasa bersabar dan tenang dalam menghadapi masalah dan cabaran.
● Sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan.
● Menjaga hubungan baik pada setiap golongan masyarakat.
BUDAYA KERJA CEMERLANG GURU DAN STAFF
Memahami dan menghayati ;
● Falsafah Pendidikann Kebangsaan
● Falsafah, Matlamat dan Objektif Sekolah
● Memelihara dan mempertingkatkan imej Sekolah, Jabatan dan kementerian Pendidikan setiap masa
● Mementingkan objektif (setiap tugas)
● Mengamalkan kerja secara bermesyuarat dan berpasukan
● Sentiasa bekerja dengan bersih, cekap dan amanah serta adil
● Mengamalkan perkhidmatan penyayang
● Kepimpinan melalui teladan
● Sentiasa memimpin dan menilai diri sendiri
● Berusaha mempertingkatkan ilmu dan kemahiran
● Kerja sebagai ibadah
OBJEKTIF PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH
Bagi mencapai matlamat Pendidikan Sekolah Menengah, pendidikan di peringkat menengah bertujuan untuk
membolehkan murid;
● Mempertingkatkan kecekapan berbahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan.
11
Ke Arah Kecemerlangan
● Mempertingkat dan meluaskan penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan
dan bahasa ilmu ke arah mencapai perpaduan negara.
● Menyumbangkan dan meningkatkan lagi daya intelek serta pemikiranyang rasional, kritis dan kreatif.
● Memperoleh ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran serta pemikiran yang rasional, kritis dan
kreatif.
● Berkeupayaan untuk memperkembangkan serta mengubahsuai kemahiran-kemahiran selaras dengan
perkembangan baru dalam bidang ilmu pengetahuan dan teknologi.
● Memiliki keterampilan yang kukuh dan daya tahan untuk menghadapi cabaran hidup.
● Memahami, menginsafi dan menghayati sejarah serta latar belakang sosio-budaya negara.
● Menyedari tentang kepentingan kesihatan diri dan sentiasa berusaha untuk memeliharanya.
● Peka, prihatin dan menghargai nilai-nilai murni.
● Menggemari dan mencintai ilmu pengetahuan dan sentiasa berusaha untuk menambahkan dan
mengembangkannya.
● Memiliki kesedaran, tanggungjawab yang tinggi dan kesediaan berbakti kepada agama, bangsa dan
negara.
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (2013-2025)
Tiga Objektif PPPM (2013-2025)
1. Memahami prestasi dan cabaran semasa system pendidikan Malaysia berfokuskan
penambahbaikan akses kepada pendidikan, meningkatkan standart (kualiti), merapatkan jurang
pencapaian (ekuiti), menggalakkan perpaduan dalam kalangan murid serta memaksimumkan
keberkesanan sistem.
2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan setiap murid
bagi 13 tahun yang seterusnya sehingga tahun 2025.
3. Menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk sistem pendidikan,
termasuk perubahan utama dalam Kementerian Pelajaran Malaysia, yang membolehkan sistem ini
memenuhi permintaan baharu dan jangkaan yang meningkat serta menyokong transformasi
perkhidmatan awam.
Tiga gelombang PPPM (2013-2025)
1. Gelombang Pertama (2013-2015)
Menambah baik kualiti pendidikan negara supaya standing dengan pencapaian purata global. Tiga bidang
tumpuan:
i. Menambah baik pengajaran di bilik darjah
ii. Meningkatkan kepimpinan kementerian dan sekolah
iii. Meningkatkan kecekapan guru bahasa Inggeris.
Ketiga-tiganya merupakan pemacu utama bagi menambah baik kualiti guru dan pengetua atau kerana
keperluan bagi keseluruhan aspirasi ekonomi negara (bahasa Inggeris).
Inisiatif yang memberikan tumpuan kepada isu lain seperti penambahbaikan kurikulum dan peningkatan
infrastruktur.
2. Gelombang Kedua (2016-2020)
Melaksanakan perubahan dari segi stuktur untuk mempercepatkan langkah perubahan dengan perancangan
bagi semua inisiatif akan bermula semasa gelombang pertama.
i. Menggerakan semua 410,000 orang guru dan 10,000 pengetua atau guru besar kepada
pakej kerjaya baharu.
ii. Menstruktur dan menjajarkan pejabat Persekutuan, negeri serta daerah terhadap fungsi
baharu.
Ini bagi membolehkan pejabat berkenaan membantu sekolah dan memperkenalkan kurikulum sekolah
menengah yang baru dan kurikulum sekolah rendah yang di semak dalam menangani isu mengenai
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang di perlukan untuk berkembang maju di persekitaraan ekonomi global
12
Ke Arah Kecemerlangan
masa kini.
3. Gelombang ketiga (2021-2025)
Semua sekolah, guru dan pengetua seharusnya menunjukan prestasi yang lebih tinggi daripada standard
minimum.
i. Menumpukan perhatian kepada peningkatan keluwasan operasi untuk menyemai
budaya pemimpin rakan sebaya ke arah kecemerlangan professional.
ii. Menggerakan kebanyakan sekolah ke arah model pengurusan berasaskan sekolah dan
menambah model inovasi pengajaran yang berjaya.
Matlamatnya adalah untuk membentuk sistem tadbir urus kendiri yang mampu membuat pembaharuan dan
membawa pencapaian ke tahap lebih tinggi.
Tiga fasa PPPM (2013-2025)
Fasa 1
melibatkan kajian semula dan diagnostic menyeluruh tentang system pendidikan. Fasa ini bermula dengan
penilaian terperinci prestasi sistem pendidikan Malaysia, memberi tumpuan terhadap keberhasilan murid,
mentaksir punca sebenar dan penggerakan utama pencapaian tahap prestasi masa kini, di samping mengenal
pasti kecemerlangan yang terdapat dalam sistem pendidikan sebagai model untuk diikuti dan di contohi.
Fasa 2
memberikan tumpuan kepada penyediaan laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan dengan
menggunakan dapatan dalam Fasa 1 untuk mengenal pasti bidang keutamaan dan perincikan program
transformasi yang komprehensif tentang dasar dan inisiatif yang akan dilaksanakan bagi tempoh 13 tahun
yang akan datang antara tahun 2013 hingga 2025. Fasa ini merangkumi maklum balas yang dijana daripada
Dialog Nasional Pendidikan Negara dan makmal Pendidikan GTP 2.0
Fasa 3
akan memberikan tumpuan untuk menyiapkan Pelan Pembangunan Pendidikan. Fasa ini akan lebih
melibatkan rundingan dan penglibatan dengan guru, Ibu bapa, murid dan pihak berkepentingan yang lain
bagi mendapatkan maklum balas tentang laporan awal Pelan pembangunan pendidikan. Maklum balas ini
akan dimasukkan dalam laporan akhir Pelan Pembangunan Pendidikan.
11 Anjakan PPPM (2013-2025)
1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus
berasaskan keperluan.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sector swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam secara langsung.
Lima Aspirasi Pendidikan
13
Ke Arah Kecemerlangan
1. Akses: 100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah
hingga menengah atas menjelang tahun 2020.
2. Kualiti: Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa
seperti TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun.
3. Ekuiti: 50% pengurangan dalam jurang pencapaian (bandar-luar banda, sosioekonomi,
gender) menjelang tahun 2020.
4. Perpaduan: Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai
kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian.
5. Kecekapan: Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan
sedia ada.
Enam Aspirasi Murid
Enam ciri utama yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global
1. Pengetahuan: Di peringkat paling asas, setiap kanak-kanak perlu menguasai
sepenuhnya kemahiran literasi dan numerasi. Selain itu, penting bagi setiap murid mengusai mata
pelajaran teras seperti Matematik dan Sains. Murid juga perlu didedahkan kepada pengetahuan am yang
menyeluruh tentang Malaysia. Asia dan dunia dari aspek sejarah, manusia dan geografi. Murid juga
digalakkan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang lain seperti seni, muzik dan
sukan.
2. Kemahiran Berfikir: Setiap murid akan belajar cara memperoleh ilmu pengetahuan
sepanjang kehidupan mereka (menerapkan perasaan ingin tahu dan mengamalkan pembelajaran
sepanjang hayat) untuk membolehkan mereka menghubungkan pelbagai disiplin ilmu dan mencipta
ilmu yang baharu. Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk penaakulan dan
pemikiran kritis, kreatif, serta inovatif. Bidang ini kurang diberi perhatian, menyebabkan murid kurang
berupaya untuk mengaplikasi ilmu pengetahuan dan berfikir secara kritis di luar konteks akademik.
3. Kemahiran Memimpin: Dalam dunia yang semakin saling berhubung kait, kebolehan
untuk memimpin dan bekerja dengan orang lain secara berkesan adalah amat penting. Sistem
pendidikan negara akan membantu setiap murid mencapai potensi sepenuhnya dengan mewujudkan
peluang yang formal dan tidak formal untuk bekerja dalam pasukan dan mengamalkan ciri kepimpinan.
Dalam konteks system pendidikan, kepimpinan merangkumi empat dimensi, iaitu kesusahan, berdaya
tahan, kecerdasan emosi, dan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan.
4. Kemahiran Dwibahasa: Setiap kanak-kanak akan menguasai bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan serta bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi
antarabangsa sekurang-kurangnya pada tahap minima. Dengan tahap penguasaan bahasa ini selepas
menamatkan persekolahan, murid sepatutnya berupaya menggunakan bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris dalam persekitaraan kerja. Di samping itu, Kementerian akan menggalakkan semua murid
mempelajari bahasa lain sebagai bahasa tambahan.
5. Etika dan Kerohanian: Sistem pendidikan akan memupuk etika dan kerohanian
dalam diri setiap murid bagi mendepani cabaran yang akan ditempuhi dalam kehidupan dewasa, agar
mereka boleh menyelesaikan konflik secara harmoni, boleh membuat pertimbangan, berpegang kepada
prinsip ketika berada dalam situasi yang kritikal, serta berani melakukan sesuatu yang betul. Sistem
pendidik juga berhasrat untuk membentuk individu penyayang yang dapat menyumbang kepada
kesejahteraan komuniti dan negara.
6. Identiti nasional: Identiti nasional yang kukuh melalui penghayatan prinsip Rukun
Negara, diperlukan untuk kejayaan dan masa depan Malaysia. Setiap murid akan berbangga dikenali
sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira etnik, agama atau status sosioekonomi. Semangat patriotik perlu
dipupuk dalam diri setiap murid dengan cara memahami sejaran negara, dan berkongsi aspirasi yang
14
Ke Arah Kecemerlangan
sama untuk masa depan negara. Demi mewujudkan identiti nasional yang sebenar, semangat bukan
hanya belajar memahami dan menerima kepelbagaian, tetapi juga menghayati kepelbagaian.
FORMAT MINIT MESYUARAT
Minit mesyuarat hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:
1. TAJUK MINIT MESYUARAT (Catatkan nama mesyuarat)
2. BIL / TAHUN
3. TARIKH
4. MASA
5. TEMPAT
6. KEHADIRAN
6.1 Hadir
Senaraikan nama ahli-ahli yang hadir mesyuarat bermula dengan nama Pengerusi mesyuarat.
Susunan nama ahli-ahli mesyuarat yang hadir hendaklah mengikut kekananan.
6.2 Hadir Bersama
Senaraikan nama pegawai yang bukan ahli tetapi diundang khas untuk menghadiri mesyuarat
berkenaan.
6.3 Tidak Hadir Bersebab
Senaraikan nama-nama ahli tetapi diundang khas untuk menghadiri mesyuarat berkenaan.
6.4 Tidak hadir tanpa sebab
Senaraikan nama ahli-ahli mesyuarat yang tidak hadir tanpa sebab.
6.5 Urus setia
Senaraikan nama urus setia mesyuarat.
7. CATATAN MESYUARAT
7.1. Perutusan Pengerusi Mesyuarat
7.1.1. Ruangan ini mengandungi catatan mengenai perkara-perkara penting atau arahan-arahan
kerja yang telah dibangkitkan oleh Pengerusi Mesyuarat.
7.1.2. Semua catatan hendaklah diikuti dengan nota sama ada untuk makluman atau untuk tindakan
agensi atau pegawai yang berkenaan.
Contoh : Tindakan : Untuk Makluman
atau
Tindakan : KP, KB
7.2. Pengesahan minit Mesyuarat Yang Lalu
Catatan keputusan minit mesyuarat yang lepas iaitu sama ada disahkan tanpa pindaan atau
disahkan tertakluk kepada pindaan tertentu. Jika ada pindaan, nyatakan pindaan berkenaan.
7.3. Perkara-Perkara Berbangkit
7.3.1. Ruangan ini mengandugi catatan mengenai perkara-perkara yang dibangkit di dalam
mesyuarat yang lepas.
7.3.2. Tajuk utama perkara berbangkit yang dibincangkan hendaklah dicatatkan. Untuk
memudahkan rujukan dibuat, muka surat dan perenggan minit mesyuarat yang lepas yang
membincangkan perkara yang sama hendaklah dicatatkan.
15
Ke Arah Kecemerlangan
7.3.3. Jika perkara berbangkit itu masih memerlukan tindakan, catatkan juga agensi atau pegawai
yang perlu mengambil tindakan.
7.4. Perbincangan Kertas Kerja / Laporan bulanan.
7.4.1. Sekiranya ada kertas kerja utama yang telah dibincangkan dalam mesyuarat maka ruangan
ini hendaklah merekodkan perkara berikut:
a. Tajuk kertas kerja
b. Agensi / Sektor / Unit yang menyediakan kertas kerja berkenaan.
c. Tujuan utama kertas kerja berkenaan disediakan.
d. Isu-isu penting yang dibangkitkan di dalam kertas kerja berkenaan.
e. Pandangan / komen ahli-ahli mesyuarat berkenaan isu-isu yang dibangkitkan.
f. Keputusan mesyuarat mengenai isu-isu berkenaan dan tindakan susulan yang perlu
diambil seterusnya.
7.4.2. Sekiranya ada laporan yang telah dibentangkan, maka ruangan ini hendaklah merekodkan
tajuk dan isi kandungan utama laporan tersebut mengikut apa yang telah dibentangkan oleh
ahli-ahli mesyuarat.
7.5. Hal-Hal Lain
Ruangan ini merekodkan perkara-perkara lain yang berkaitan tetapi tidak termasuk dalam agenda
mesyuarat.
7.6. Penutup
Ruangan ini merekodkan perkara-perkara seperti :
7.6.1 Ucapan penghargaan dan terima kasih Pengerusi mesyuarat.
7.6.2 Tarikh mesyuarat berikutnya
7.6.3 Catatan mengenai masa mesyuarat tamat atau ditangguhkan.
8. URUSETIA
Catatkan nama bahagian / unit yang bertanggungjawab dalam mengurusetiakan mesyuarat.
9. TARIKH
Catatkan tarikh minit mesyuarat berkenaan disediakan.
16
Ke Arah Kecemerlangan
FORMAT PENULISAN KERTAS KERJA DAN LAPORAN PROGRAM SEKOLAH
1. Kertas kerja dan laporan program hendaklah disediakan dalam 3 salinan hardcopy
serta 1 salinan softcopy dan dihantar kepada Setiausaha Staf / Setiausaha Kurikulum / Setiausaha HEM
/ Setiausaha Kokurikulum / Setiausaha Jawatankuasa.
2. 1 salinan di simpan oleh Setiausaha Staf / Setiausaha Kokurikulum / Setiausaha HEM / Setiausaha
Kokurikulum / Setiusaha Jawatankuasa untuk Fail Penolong Kanan.
3. 2 Salinan diserahkan kepada Jawatankuasa Dokumentasi Sekolah untuk dijilidkan
sebagai dokumentasi sekolah (1 salinan untuk PPD dan 1 salinan untuk simpanan sekolah)
4. Format kertas kerja dan laporan ialah font Arial, saiz 10, spacing 1.5 liners, top dan
bottom margin 1.5cm, left margin 2.5 cm dan right margin 2.0 cm.
5. Semua gambar dalam laporan mesti berwarna.
6. Semua kertas kerja dan laporan program mesti mendapat kelulusan dan pengesahan
daripada pengetua dan penolong kanan.
CONTOH FORMAT KERTAS KERJA
Nama Program / Projek / Aktiviti
Objektif Program / Projek / Aktiviti
Tanggungjawab
Tempoh / Hari
Tempat
Sasaran
Kos / Anggaran Perbelanjaan
Sumber
Ringkasan Program
Jawatankuasa
Huraian Tugas Setiap Jawatankuasa
Bil Proses Kerja Tanggungjawab Tarikh KPI Sasaran
1 Mesyuarat Jawatankuasa Penolong 3 Kertas cadangan PK1, PKKK, Ketua
* Bentan Kanan Januari diluluskan Bidang, Penyelaras
g kertas kerja Pentadbiran Program
* Lantik 6 Penerangan
an Jawatankuasa Penyelaras Januari program Semua guru dan murid
* Tetapk Program
an Tarikh 17
* Anggar
an kos
* Agihan
tugas
2 Taklimat kepada yang
terlibat
Ke Arah Kecemerlangan
3 Mempromosikan program Penyelaras disampaikan Pengerusi, JK PIBG,
Program 10 Surat makluman semua ibu bapa,
4 Penyediaan bahan Januari diedarkan penceramah/fasilitator
AJK Tiada
5 Penyediaan tempat dan 12 - 18 Siap untuk
peralatan AJK Januari digunakan Tiada
21 - 22 Siap untuk
6 Pelaksanaan Program Penyelaras Januari digunakan Jawatankuasa dan
Program 24 Keakuran jadual murid
7 Penilaian, Pelaporan dan Penyelaras Januari Murid
Post Mortem Program 26 Kajian Keyakinan
Januari Murid Pra dan
Post
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
()( )
Jawatan Jawatan
CONTOH FORMAT LAPORAN PROGRAM / PROJEK / AKTIVITI
Nama Program / Projek / Aktiviti
Objektif Program / Projek / Aktiviti
Tanggungjawab
Tempoh / Hari
Tempat
Sasaran
Kos / Anggaran Perbelanjaan
Sumber
Ringkasan Program
Jawatankuasa
Huraian Tugas Setiap Jawatankuasa
Halangan / Kekangan / Cadangan /
Penambahbaikan
Gambar Pelaksanaan Program / Projek / Aktiviti
Saiz gambar 6 cm x 8 cm Saiz gambar 6 cm x 8 cm
Huraian : Apa berlaku / Bila berlaku / Siapa terlibat Huraian : Apa berlaku / Bila berlaku / Siapa terlibat
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
……………………………………… …………………………………….………..
()
()
Jawatan Jawatan
18
Ke Arah Kecemerlangan
GARIS PANDUAN PENULISAN KOMPONEN KEBERHASILAN PBPPP
1.0 PENGENALAN
Penilaian komponen keberhasilan merupakan sebahagian daripada Penilaian Bersepadu Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP). Jumlah markah penilaian keberhasilan ialah 100%. Dalam penilaian
keseluruhan PBPPP, penilaian ini menyumbang wajaran sebanyak 10%. Rajah 1 menunjukan pecahan
wajaran mengikut komponen dalam PBPPP.
Komponen Wajaran Keseluruhan
Penilaian Kopetensi (Generik + Fungsional) 90 % 100 %
Penilaian Keberhasilan 10 %
Rajah 1 : Pecahan wajaran menikut komponen dalam PBPPP
Penilaian keberhasilan merupakan penialaian hasil kerja utama (outcome) yang memberi impak
berdasarkan impak Tugas dan Tempat Bertugas. Asas penilaian keberhasilan berfokuskan kepada
peningkatan atau pencapaian. Ketiga-tiga perkara berikut perlu dipertimbangkan secara professional
semasa membuat penilaian keberhasilan iaitu :
a. usaha; dan / atau
- inisiatif dalam meningkatkan keberhasilan
b. kesungguhan; dan / atau
- berusaha dengan penuh minat, tekun dan seikhlasan hati
c. keberkesanan tugas
- hasil kerja yang memberi impak kepada organisasi
2.0 KAEDAH PENILAIAN
a. Penetapan sasaran keberhasilan mestilah berdasarkan kepada tugas uang dilaksanakan
oleh PYD. Pegawai penilai (PP) berperanan menyelia dan membimbing dalam menentukan hasil kerja
yang disasarkan. Penetapan sasaran keberhasilan mesti ditetapkan pada awal tahun sebelum penilaian
pertama dilaksanakan.
b. PP1, PP2 dan PYD hendaklah berbincang dan membuat persetujuan bersama bagi
menetapkan sasaran keberhasilan berdasarkan bidang tugas yang akan dicapai dalam tahun penilaian.
c. Penilaian sasaran keberhasilan mesti dilaksanakan dua kali dalam tempoh penilaian
iaitu pada penilaian pertama (pertengahan tahun) dan penilaian akhir (akhir tahun).
d. PP1, PP2 dan PYD boleh berbincang untuk menetapkan markah dengan adil, telus dan
berintergriti bagi setiap sasaran keberhasilan PYD.
e. Sasaran keberhasilan boleh dikekalkan, ditambah, digugur atau dipinda selepas
penilaian pertama dengan persetujuan bersama antara PYD, PP1 dan PP2.
19
Ke Arah Kecemerlangan
f. Selepas perbincangan dengan PP2, skor penilaian dan peratus melebihi sasaran mesti
dimasukkan ke dalam sistem e-prestasi oleh PP1 sahaja.
g. PP1 mesti menyimpan skor penilaian pertama dengan menekan (klik) simpan
manakala skor penilaian akhir dan peratus melebihi sasaran mesti klik simpan dan klik hantar dalam
sistem e-prestasi.
h. PP1, PP2 dan PYD mesti menyimpan Salinan Borang Keberhasilan selepas penilaian
untuk tujuan rekod dan rujukan, semasa dan selepas tempoh tahun penilaian. Tempoh dan kaedah
penyimpanan dokumen perlu mematuhi peraturan yang di tetapkan dari semasa ke semasa.
3.1 PROSES KERJA PENILAIAN
Rajah di bawah menunjukkan proses kerja penilaian kompenen keberhasilan sepanjang tempoh penilaian.
MULA
Penetapan Sasaran Perincangan dan persetujuan
Kebersihan Pada Awal Tahun antara PYD dengan PP1 dan PP2
bagi menetapkan bidang tugas
PP1 & PP2 melaksanakan dan sasaran keberrhasilan
Penilaian Pertama
• PP1 dan PP2 melaksanakan
Pinda/ Semakan penilaian pada pertenghaan
Gugur/ Sasaran tahun.
Tambah/
Kekal • PP1 key-in Skor Keberhasilan
dalam Sistem e-Prestasi
• Menyerahkan Salinan Borang
Keberhasilan Kepada PYD
PYD bersama PP1 dan PP2
berbincang dan menyemak
semula sasaran (jika perlu)
PP1 & PP2 Melaksanakan • PP1 dan PP2 melaksanakan
Penilaian Akhir penilaian pada tahun akhir.
TAMAT • PP1 key-in Skor Keberhasilan
dan peratus melebihi sasaran
dalam Sistem e-Prestasi
• Menyerahkan Salinan Borang
Keberhasilan Kepada PYD
20
Ke Arah Kecemerlangan
4.0 PENETAPAN SASARAN
Penyataan sasaran keberhasilan mesti berdasarkan definisi penilaian iaitu hasil kerja utama PYD yang boleh
diukur dan memberi impak kepada klien atau organisasi. Penulisan penyataan sasaran keberhasilan tidak
melibatkan kerja rutin yang berbentuk proses tanpa ada keberhasilan.
PYD mesti menetapkan sasaran keberhasilan sesuai dengan skop tugas dan tempat bertugas masing-masing
merujuk kepada senarai tugas yang boleh dinilai dalam tempoh PYD menjalankan tugas serta mendapat
persetujuan PP1 dan PP2. Bilangan bersesuaian mengikut kemampuan dan kebolehcapaian dengan skop
tugas PYD. Bilangan bidang tugas dan sasaran keberhasilan serta nilai ukuran hendaklah juga
mengambil kira latar belakang dan matlamat organisasi.
Setiap PYD mesti mencatat minimum lima (5) sasaran dan dicadangkan sasaran maksimum sebanyak
dua puluh (20) sasaran.
Sasaran keberhasilan PYD berikut dibenarkan kurang daripada lima sasaran keberhasilan iaitu :
a. PPP baharu dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)
b. PPP yang berada dalam Jawatan Kumpulan dan layak dinilai pada tahun semasa
c. PPP yang berada dalam tempoh pemantauan dasar pemisah (exit policy)
Setiap sasaran keberhasilan mesti mengandungi maklumat berikut :
a. Penggunaan Kata kerja
Menggunakan perkataan yang bersifat perbuatan / amalan seperti memastikan, mencapai, melaksanakan,
mengemaskini, mengurangkan, mengurus, merancang, menyelia, memperaku, menjalankan dan seumpama
dengannya.
b. Penyataan ukuran
Nilai yang digunakan untuk mengukur sasaran keberhasilan.
Penyataan ukuran mestilah mengandungi :
i. Kuantiti; dan/ atau
ii. Kualiti; dan/ atau
iii. Kos; dan/ atau
iv. Masa.
c. Tujuan sasaran
Tujuan sasuatu sasaran keberhasilan adalah bagi memperlihatkan hasrat/ matlamat/ penerangan terhadap
hasil kerja.
d. Peringkat sasaran
Tahap peringkat penglibatan yang akan dicapai.
Setiap penyataan sasaran keberhasilan mesti mengandungi maklumat a, b dan c.
Walau bagaimana pun, maklumat tambahan d boleh dinyatakan jika perlu. Penetapan setiap sasaran perlu
disesuaikan mengikut jawatan dan bidang tugas yang dijalankan.
Contoh sasaran keberhasilan : Penolong Kanan Kokurikulum
ab cd
Memastikan 10 orang murid mewakili sekolah dalam aktiviti ko kurikulum ke peringkat daerah .
5.0
PP1 dan PP2 mesti berbincang dan memuktamadkan markah penilaian keberhasilan bagi setiap sasaran.
Jadual 1: Tahap Keberhasilan dan Julat Markah Mengikut Skor
Tahap Keberhasilan Julat Markah Skor
Cemerlang 81-100 5
21
Ke Arah Kecemerlangan
Baik 61-80 4
Sederhana 41-60 3
Memuaskan 21-40 2
0-20 1
Lemah
Kaedah pengiraan markah purata pencapaian keberhasilan seperti berikut :
Jumlah Markah Bagi Setiap Sasaran = Purata Pencapaian Keberhasilan
Jumlah Bilangan sasaran
Jika seseorang PYD di arahkan berpindah atau tidak dapat mencapai sasaran disebabkan faktor-faktor luar
jangka dan penilaian masih dilaksanakan di organisasi asal, penetapan sasaran perlu diselaraskan sehingga
tarikh akhir arahan tersebut.
6.0 MELEBIHI SASARAN
Semasa penilaian akhir, setiap sasaran keberhasilan mesti dinilai sama ada melebihi sasaran atau tidak.
Jadual 2 menunjukkan kriteria penentu melebihi sasaran.
Kaedah penetapan melebihi sasaran adalah seperti berikut:
a. Pencapaian melebihi sasaran perlu memenuhi salah satu kriteria asas;
b. Mencapai sasaran keberhasilan, PP boleh mempertimbangkan melebihi sasaran jika memenuhi salah satu
kriteria tambahan;
Jadual 2: Kriteria melebihi sasaran keberhasilan
Bil Kriteria Penyataan Penerangan
Melebihi bilangan/ peratus yang disasarkan
1 melebihi kuantiti sasaran
2 Asas melebihi kualiti sasaran Melebihi standard/objektif kualiti yang ditetapkan
3 mengurangkan masa sasaran Mengurangkan tempoh seperti jam/minggu/bulan
4 mengurangkan kos sasaran Menjimatkan kewangan
menerima penghargaan/ Surat/ Sijil/ Piala/ Anugerah/ Pengiktirafan/
5 Tambahan pengiktirafan/ anugerah Perakuan yang diperoleh daripada pelbagai pihak
berdasarkan hasil kerja tahun semasa.
Sekiranya sesuatu sasaran keberhasilan itu tidak tercapai. PYD tidak layak untuk dipertimbangakan melebihi
sasaran.
Setiap sasaran keberhasilan yang melebihi sasaran mestilah disertakan dengan bukti seperti surat/ sijil/
piala/pingat/ anugerah/ minit mesyuarat dan seumpamanya.
Kaedah pengiraan peratus melebihi sasaran adalah seperti berikut:
Bilangan Sasaran Yang Melebihi Sasaran X 100 = Peratus Melebihi
Sasaran Jumlah Bilangan Sasaran
Peratus melebihi sasaran yang diperoleh daripada borang keberhasilan format MS Excel mestilah dipindah
ke ruang Peratus Melebihi Sasaran dalam sistem e-prestasi oleh PP1.
7.0 INTEGRITI
Semua pihak yang terlibat dalam melaksanakan penilaian ini mesti melaksanakan dengan penuh berintegriti.
Perbincangan yang telus antara PP dengan PYD mesti dilaksanakan.
22
Ke Arah Kecemerlangan
Antara perkara yang mesti dielakkan dalam melaksanakan penilaian ini adalah:
i. PP tidak menyemak/ tidak berbincang/ tidak membimbing PYD dalam menetapkan sasaran.
ii. Menetapkan sasaran yang lebih rendah daripada sepatutnya untuk mendapatkan tahap melebihi
sasaran.
iii. PP menetapkan sasaran pada tahap yang tidak munasabah
iv. PYD menetapkan markah penilaian kendiri.
v. Melaksanakan penilaian secara tidak professional.
vi. Bersikap sambal lewa dalam melaksanakan penilaian.
vii. Memberi markah tanpa merujuk Garis Panduan Penilaian Komponen Keberhasilan.
viii. Gagal mengemukakan bukti pencapaian apabila diperlukan.
Semua pihak pihak yang terlibat dalam pelaksanaan PBPPP perlu mematuhi P.U. (A) 246 : Peraturan-
Peraturan Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002 seperti berikut :
i. Perkara 4(2)(e) kurang cekap atau kurang berusaha;
ii. Perkara 4(2)(f) tidak jujur atau tidak amanah;
iii. Perkara 4(2)(g) tidak bertanggungjawab; dan
iv. Perkara 4(2)(j) cuai dalam melaksanakan tugas-tugasnya
8.0 BORANG KEBERHASILAN
Rajah 3 ialah format Borang Keberhasilan yang mesti digunakan semasa menetapkan sasaran keberhasilan
untuk mendapatkan skor penilaian keberhasilan dan peratus melebihi sasaran.
Templat borang ini dibekalkan dalam format MS Excel boleh digunakan sepanjang tempoh penilaian tahun
semasa.
NAMA PYD BAHAGIAN PEMBANGUNAN DAN PENILAIAN KOMPETENSI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
NO.K.P. BORANG KEBERHASILAN
JAWATAN TAHUN : 202…
GRED
JAWATAN
TEMPAT SMK BUKIT LIMA
BERTUGAS
BIL BIDANG SASARAN PENILAIAN PENILAIAN MELEBIHI CATATAN
TUGAS KEBERHASILAN PERTAMA AKHIR SASARAN
(a) (b) (c ) (d) (e ) (f)
(g) Bilangan Sasaran (h)
Jumlah
Markah (k)
PENILAIAN AKHIR
(i) Peratus Pencapaian
23
Skor (j)
Pengesahan
*Tandatangan & tarikh PENILAIAN PERTAMA
PP1
PP2
Ke Arah Kecemerlangan
PYD
Rajah 3 : Borang Keberhasilan
Berikut ialah maksud bagi istilah-istilah yang terdapat dalam Borang Keberhasilan:
a Bidang tugas bermaksud skop tugas PYD. Tiada penetapan khusus berkaitan bidang tugas.
b Sasaran keberhasilan bermaksud hasil kerja utama PYD yang boleh diukur dan memberi impak
kepada klien atau organisasi.
c Peniaian Pertama bermaksud markah pencapaian atau peningkatan semasa penilaian pertama pada
pertengahan tahun penilaian.
d Penilaian Akhir bermaksud markah pencapaian atau peningkatan pada akhir tahun penilaian.
e Melebihi Sasaran bermaksud melebihi sasaran yang telah disasarkan.
f Catatan bermaksud maklumat hasil semakan semula sasaran sama ada kekal, pinda, gugur atau
tambah selepas penilaian pertama.
g Bilangan Sasaran bermaksud bilangan keseluruhan sasaran keberhasilan yang dinilai.
h Jumlah Markah bermaksud markah keseluruhan pencapaian atau peningkatan sasaran yang dinilai
dan pencapaian peratus melebihi sasaran.
i Peratus pencapaian bermaksud purata markah keberhasilan bagi sasaran yang dinilai dan pencapaian
peratus mlebihi sasaran.
j Skor bermaksud skor penilaian berdasarkan tahap keberhasilan. Skor bagi penilaian pertama dan
penilaian akhir mesti dipindahkan dalam Sistem e- Prestasi oleh PP1.
k Ruangan peratus melebihi sasaran. Peratus ini mesti dipindahkan ke dalam Sistem e-Presrasi pada
Peratus Melebihi Sasaran.
Contoh penulisan keberhasilan Guru Akademik Aliran Perdana
Bidang Bi Sasaran Keberhasilan
l
1 Memastikan 7 daripada 23 murid 4 Bestari 2 mendapat gred B dalam mata pelajaran
matematik pada peperiksaan akhir tahun
2 Memastikan 20 daripada 23 murid 4 Bestari 2 lulus dalam mata pelajaran Matematik
pada peperiksaan akhir tahun
3 Memastikan 4 daripada 11 murid lelaki 1 Bestari mendapat Band 4 dalam 4 dalam
PBS Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
PdP 4 Memastikan 100% murid tingkatan 5 Dedikasi menghantar kerja kursus ICT yang
lengkap pada bulan Julai
5 Memastikan 17 daripada 34 murid 1 Cemerlang dapat melukis graf kuadratik dengan
tepat
6 Memastikan 10/15 murid LINUS B.Melayu tingkatan 1 Elit dapat membaca dengan
lancar.
7 Memastikan 10/15 murid LINUS Numerasi tingkatan 3 Dedikasi dapat mengira
dengan betul
SU Disiplin 8 Mencapai pengurangan 10% kes kesalahan berat murid berbanding tahun 2016
Sukan 9 Mencapai tempat ke-3 dalam kejohanan bola tampar lelaki di peringkat MSSD Sibu.
Kecemerlangan
10 Memastikan 6 daripada 12 pemain bola tampar sekolah dapat mewakili Daerah Sibu
Jurulatih ke Pertandingan Bola Tampar MSS Negeri Sarawak
Olahraga
Sekolah 11 Memastikan atlet mendapat 5 pingat perak dalam acara lompat jauh dalam Kejohanan
Balapan dan Padang Daerah Sibu.
24
Ke Arah Kecemerlangan
Guru Kadet 12 Memastikan Pasukan Kawad Kaki Kadet Polis (Lelaki) mendapat tempat ke-3 dalam
Polis pertandingan kawad kaki peringkat sekolah
Guru Rumah 13 Mencapai 90% purata tahunan ahli kadet polis memakai uniform lengkap pada setiap
Sukan hari Rabu
14 Memastikan rumah sukan Kuning mendapat 10 pingat perak dalam kejohanan Sukan
Sekolah
15 Mencapai 65% purata murid menggunakan terhadap Frog VLE sepanjang tahun
16 Mencapai pengurangan 10% bilangan komputer yang rosak berbanding tahun 2020
Guru Penyelaras 17 Mencapai 60% tahap kefahaman guru tentang ICT melalui bengkel ICT yang
Bestari dilaksanakan kepada guru-guru cicir ICT
18 Memastikan semua maklumat dalam laman web sekolah dikemaskini seminggu lebih
awal daripada takwim yang ditetapkan.
19 Mencapai 85% tahap kefahaman guru terhadap FROG VLE melalui pelaksanaan LDP
kepada guru.
JK Mencapai purata prestasi 85% tahap kefahaman murid tentang teknik menjawab
Kecemerlangan 20 soalan peperiksaan SPM yang dilaksanakan oleh semua panitia bagi matapelajaran
Akademik SPM melalui maklum balas murid.
JK Pelaksana Mencapai 75% tahap kefahaman guru tentang kaedah pelaksanaan PA21 selepas
Kelas Abad ke 21 pelaksanaan 2 kursus dalaman Kelas Abad ke-21 melalui borang maklum balas
21 peserta.
Penyelaras 23 Mencapai 85% kakitangan mematuhi SOP keselamatan kebakaran semasa sesi latihan
Latihan kecemasan kebakaran sekolah dilaksanakan.
Kebakaran
24 Mencapai prestasi 85% tahap kesedaran murid selepas sesi latihan kebakaran melalui
borang maklum balas murid.
Ketua Panitia 25 Menghasilkan Perancangan Taktikal dan Perancangan Operasi panitia Matematik
pada bulan Mac.
PERATURAN AM UNTUK GURU DAN STAF SMK BUKIT LIMA
1. ARAHAN AM
● Selaku pegawai kerajaan, guru dan staf sokongan sekolah adalah tertakluk kepada segala arahan
yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu, semua guru dan staf sekolah dikehendaki
membaca, memahami dan juga mematuhi Perintah Am tersebut.
● Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya sebagai satu
profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan atau mata pencarian semata-mata.
● Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayatinprinsip-prinsip
perkhidmatan Cemerlang
● Guru dan anggota kumpulan pelaksanaan (AKP) hendaklah membaca, memahami dan menghayati
Falsafah Pendidikan Islam dan Nilai-Nilai Teras Sekolah Menengah.
● Bersama memahami, berkongsi dan menghayati Visi, Misi Sekolah.
● Bekerja sebgai satu pasukan untuk mencapai Visi, Misi, Matlamat dan Objektif Sekolah.
● Bertekad dan beriltizam melaksana Piagam Pelanggan Sekolah.
● Dalam menjalankan tugas, meletakkan kepentingan murid dan sekolah melebihi kepentingan
peribadi.
● Semua guru adalah guru disiplin.
● Semua guru adalah guru kaunseling.
2. KEDATANGAN
● Jadual waktu persekolahan/waktu kerja mesti dipatuhi seperti yang ditetapkan.
25
Ke Arah Kecemerlangan
● Semua guru sesi pagi dikehendaki berada dalam kawasan sekolah selewat-lewatnya 06.45
pagi, 10 minit sebelum waktu persekolahan dan merakam waktu (Sistem Finger Tech) semasa
sampai dan meninggalkan kawasan sekolah di pejabat.
● Guru hendaklah memberitahu Pentadbir Sekolah dengan segera, sekiranya tidak dapat hadir atau
terpaksa datang lewat ke sekolah atas sebab-sebab yang munasabah.
● Semua urusan peribadi guru dan staf hendaklah dilakukan di luar waktu persekolahan atau waktu
bekerja.
● Waktu bekerja semua AKS mengikut waktu bekerja perkhidmatan awam yang sedang berkuat
kuasa.
● Waktu balik guru-guru sesi pagi ialah pada jam 1.20 petang (Isnin–Khamis) dan jam 11.20
pagi (Jumaat). Rabu dan Khamis adalah mengikut masa pelaksanaan aktiviti kokurikulum.
3. MENEPATI MASA
● Semua warga sekolah hendaklah mengamalkan ketepatan masa sepanjang masa.
● Guru hendaklah masuk kelas mengikut jadual pengajaran dan tidak boleh meninggalkan
kelasnya. Guru yang telah merancang PdPc tidak akan sentiasa meninggalkan kelas untuk
mengambil barang semasa PdPc.
● AKP hendaklah sentiasa berada di stesen bertugas sepanjang masa untuk melakukan arahan tugas
sepangjang masa.
4. KELUAR WAKTU BERTUGAS
● Guru dan AKP tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah kecuali jika ada sesuatu perkara
yang tidak dapat dielakkan atau arahan dari PPD dengan syarat mendapat kebenaran daripada
Pengetua/Penolong Kanan.
● Guru dikehendaki mengisi buku Kebenaran Keluar dan surat kebenaran keluar serta mendapatkan
tandatangan Pengetua/Penolong Kanan. Satu Salinan disimpan dalam fail di pejabat untuk
direkodkan.
● Kerja bertulis hendaklah di sediakan untuk murid sebelum meninggalkan sekolah.
● AKP dikehendaki mendapat kebenaran keluar daripada Pengetua/Penolong Kanan/Ketua Pembantu
Tadbir dan mengisi buku kebenaran keluar dan Surat Kebenaran Keluar.
● Guru dan AKP hendaklah mencatat waktu semas keluar dan masuk semula ke sekolah.
● Guru dilarang meninggalkan kelas kecuali dalam keadaan kecemasan.
5. MELAKUKAN KERJA LUAR
● Penjawat awam dibolehkan melakukan kerja luar dengan mematuhi Perintah AM Bab D seperti
berikut:
● Memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan.
● Dibenarkan dengan syarat:-
o Tidak dilakukan semasa waktu bekerja/pejabat
o Tidak menjejaskan sebagai penjawat awam
o Tidak dengan apa-apa cara kecenderungan bercanggah dengan kepentingan jabatan
o Berhubung dengan menjalankan tuisyen di rumah, guru-guru diingatkan bahawa tindakan
tesebut adalah melanggar Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) subseksyen 79 (1) dan subseksyen
132 (g) di mana boleh didenda tidak melebihi RM50,000 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu).
6. CUTI
i. Cuti rehat / Cuti Penggal
Cuti rehat/ Cuti Penggal Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP (PP) 0046. SJ/A (30)
bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti
rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua tidak melebihi separuh daripada jumlah cuti
sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas mengajar biasa. (Perintah AM 50 (a)
Bab C).
26
Ke Arah Kecemerlangan
ii. Cuti Rehat Khas (CRK) – Bermula 1 Januari 2018, mengikut Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8
Tahun 2017 Cuti Rehat Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, peruntukan sedia ada CRK bagi PPP
di sekolah dan institusi pendidikan ialah sepuluh (10) hari dalam satu tahun kalender dan;
● Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya tetapi
dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan pemberian Wang Tunai Gantian Cuti Rehat bagi pegawai
yang layak.
● Cuti ini layak kepada semua guru termasuk Guru Sandaran Terlatih dan Guru Kontrak.
● Kelulusan diberikan oleh Pengetua dengan syarat tidak menjejaskan keberkesanan pengurusan,
pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
● Bilangan hari CRK yang layak diambil adalah berdasarkan tempoh perkhidmatan yang melayakkan
dalam tahun berkenaan (rujuk Perintah AM I (ix) Bab C).
● Tempoh CRK yang diambil secara pendahuluan mengikut tujuan yang dibenarkan hendaklah
dipulangkan dalam bentuk pemotongan emolument pegawai sekiranya berlaku keadaan di mana
pegawai tidak genap bekhidmat dalam satu tahun kalender atas sebab cuti tanpa gaji, cuti separuh
gaji, cuti belajar, cuti haji, cuti sakit tibi, kusta dan barah, pegawai meninggal dunia dalam
perkhidmatan atau ditamatkan perkhidmatan.
Tempoh Perkhidmatan Sehingga Jumlah
Kelayakan
31 Januari
28 / 29 Februari 1 hari
2 hari
31 Mac 3 hari
30-Apr 4 hari
31 Mei 5 hari
30-Jun 5 hari
31 Julai 6 hari
31 Ogos 7 hari
30 September 8 hari
31 Oktober 9 hari
30 November 10 hari
31 Disember 10 hari
Contoh Pengiraan kelayakan Bil hari CRK :
Jumlah Kelayakan = Bilangan Bulan Genap Berkhidmat
12
Tujuan CRK:
● Menziarahi ahli keluarga dan ahli keluarga rapat yang sakit tenat atau meninggal dunia
o (Ahli Keluarga bermaksud suami / isteri / anak-anak pegawai, Keluarga rapat bermaksud ibu
bapa kandung, ibu bapa mertua, adik beradik, datuk dan nenek kepada suami / isteri pegawai)
● Menziarahi upacara keagamaan yang di anuti oleh pegawai.
● Dalam keadaan kecemasan atau kemalangan yang menimpa seperti kebakaran, banjir dan
sebagainya.
● Majlis konvokesyen bagi pegawai atau ahli keluarga
● Mendaftar anak ke sekolah atau institusi pengajian tinggi di dalam atau luar negara.
● Menunaikan fardhu haji sekiranya tempoh 40 hari tidak mencukupi.
27
Ke Arah Kecemerlangan
● Menghadiri kursus suai kenal bagi kursus luar kampus
● Tujuan perkahwinan guru sendiri atau anak-anak mereka.
(SPP Bilangan 8 Tahun 2017 Cuti Rehat Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan)
(SPP Bilangan 3 Tahun 2005 Cuti Rehat Khas dan Pengumpulannya bagi Tujuan Pemberian Wang Tunai
Gantian Cuti Rehat kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan)
iii. Cuti Sakit
● Sijil Sakit yang dikeluarkan oleh dokter swasta melebihi dua hari berturut-turut hendaklah disahkan
oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
● Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 14 hari dalam setahun.
● Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus akan dilaporkan ke
Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran.
(2 hari berturut-turut disahkan oleh kerajaan dan Cuti Sakit perlu diserahkan keesokan harinya).
iv. Cuti Ke Luar Negara
● Semua guru yang bercuti ke luar negara mesti mendapat kelulusan. Sila isikan borong permohonan
online selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti.
v. Cuti Khas Isteri Bersalin
● Diberikan selama tujuh (7) hari sebagai Cuti Tanpa Rekod kepada anggota perkhidmatan awam
lelaki. Pengiraannya termasuk semua hari rehat dan kelepasan am. Kemudahan ini dihadkan kepada
lima (5) kali dan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan. Cuti berkuat kuasa pada hari bersalin.
vi. Cuti Tanpa Rekod
● Cuti Tanpa Rekod yang dibenarkan adalah cuti gantian kerana bekerja lebih masa, cuti latihan
pasukan sukarela, menghadiri latihan atau khemah tahunan pertubuhann/persatuan, latihan syarikat
kerjasama, menduduki peperiksaan, mesyuarat persatuan ikhtisas, mengambil bahagian sukan, tugas
khas perubatan.
● Pemberian cuti kuarantin kepada penjawat awam yang anak sakit dan perlu dikuarantin menerusi
cuti tanpa rekod sebanyak 5 hari.
vii. Cuti Urusan Kematian Keluarga Terdekat.
● Diberi kepada pegawai yang kematian ahli keluarga terdekat selama tiga (3) hari sebagai Cuti Tanpa
Rekod. Ahli keluarga yang diambil kira ialah suami atau isteri, anak-anak, ibu dan bapa kandung.
Pengiraan cuti termasuk hari rehat dan kelepasan am. Kelulusannya tertakluk kepada perkhidmatan.
viii. Cuti bersalin
● Layak untuk anggota
● Tempoh bersalin yang berlaku sepenuhnya dalam keseluruhan tempoh cuti penggal akan diberi
kemudahan cuti penggal dan bukan cuti bersalin bergaji penuh.
● Jika tempoh bersalin jatuh dalam penggal persekolahan walaupun sehari dianggap telah
menggunakan cuti bersalin (Perintah Am 25 Bab C). Kemudahan cuti bersalin bagi kelahiran kali
keenam guru wanita diberi 14 hari cuti separuh gaji dalam penggal persekolahan, bergaji penuh
dalam cuti penggal dan selebihnya tanpa gaji (tempoh keseluruhan tidak boleh melebihi had
maksimum 90 hari).
● Tiada cuti sakit dalam tempoh 90 hari dari tarikh bersalin kecuali sakit tibi, kusta atau barah.
ix. Cuti Kuarantin (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2016)
28
Ke Arah Kecemerlangan
● Sekiranya mana-mana anak pegawai telah diberi perakaunan aleh mana-mana pegawai perubatan
Kerajaan atau swasta yang menyatakan anak tersebut perlu kuarantin kerana penyakit berjangkit,
pegawai boleh diberi kemudahan Cuti Kuarantin untuk menjaga anak yang sakit.
● Pegawai yang layak kemudahan Cuti Kuarantin adalah ibu dan bapa yang sah.
● Anak adalah termasuk: (a) anak kandung; (b) anak tiri tanggungan; (c) anak angkat de facto; (d)
anak angkat; dan (e) anak pelihara.
● Pemberian kemudahan Cuti Kuarantin kepada pegawai adalah seperti berikut :
o Tempoh yang boleh diluluskan adalah terhad kepada maksimum lima (5) hari bagi setiap kes atau
selama tempoh perakuan yang dikeluarkan oleh mana-mana pegawai perubatan Kerajaan atau
swasta mengikut mana yang lebih rendah, tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan
mingguan dan hari kelepasan am; dan
o Dengan syarat anak yang dikuarantin adalah:
i. Berumur di bawah 18 tahun atau jika masih belajar di bawah 21 tahun; dan
ii. Tidak kira apa jua umurnya dan yang cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan
secara kekal dan yang tidak berupaya untuk menanggung dirinya sendiri, dengan syarat anak
itu adalah cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal sebelum anak itu
mencapai umur 21 tahun.
x. Cuti Tanpa Gaji Menjaga Anak (Pekeliling Perkhidmatan Bil.15 Tahun 2007)
● Ketua Jabatan boleh meluluskan cuti menjaga anak sehingga 1,825 hari (5 tahun) secara tanpa gaji.
Pegawai yang telah diluluskan cuti menjaga anak boleh dipanggil untuk kembali melaporkan diri
bertugas pada bila-bila masa dan pegawai dikehendaki mematuhinya.
● Boleh diambil secara sekali gus atau sebahagian
● Tempoh kemudahan cuti menjaga anak bermula pada tarikh selepas tamat tempoh cuti bersalin (hari
ke-91)
● Bagi yang tiada kemudahan cuti bersalin, kemudahan ini bermula pada tarikh melahirkan anak.
● Pegawai yang telah menggunakan cuti menjaga anak di bawah PP 9/91 atau PP 2/98 akan ditolak
daripada jumlah kelayakan menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007.
● Dalam tempoh Cuti menjaga anak peraturan Larangan melakukan pekerjaan luar perlu dipatuhi.
7. PAKAIAN (SPI Bil. 13/1969)
● Guru dan AKP hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan dan masyarakat
timur. Pakaian melampau (mini skirt, seluar pendek, jeans yang ketat, mendedah baju ‘Hawaii’ dan
yang mencolok mata) tidak diterima.
● Pakaian berbentuk seluar, baju tanpa lengan dan skirt atas paras lutut tidak dibenarkan bagi guru
perempuan bila masuk kelas mengajar.
● Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan panjang rambut yang sesuai.
● Semua guru lelaki dikehendaki memakai kasut/sepatu, Guru perempuan juga dikehendaki memakai
sepatu (kasut sarung / bukan sandal ) supaya kelihatan lebih kemas dan rasmi.
● Semua guru hendaklah memakai pakaian batik pada hari Khamis kecuali terpaksa menghadiri
majlis-majlis rasmi yang memaklumkan pakaian selain batik.
● Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai:
o Guru perempuan: seluar trek atau seluar panjang yang sesuai, Kemeja T, kemeja sukan, baju
trek, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit.
o Guru lelaki: Seluar trek atau seluar panjang yang sesuai. Kemeja T, kemeja sukan, baju trek atau
jersi, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit.
8. TANDA NAMA
● Semua guru dan AKP hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di
sekolah atau di luar sekolah.
9. BILIK GURU
29
Ke Arah Kecemerlangan
● Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelasnya. Masa tersebut hendaklah
dianggap ‘non teaching’ dan bukannya ‘free period’. Masa tersebut sepatutnya digunakan untuk
perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran atau berkaitan dengan tugasan di
sekolah sahaja. Sebarang aktiviti berunsur perniagaan peribadi tidak dibenarkan dijalankan di bilik
guru.
● Guru yang berada di bilik guru hendaklah bersama-sama bertanggungjawab memastikan suasana
yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman orang lain.
● Guru tidak digalakkan membawa murid berada di bilik guru.
● Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru, termasuk
keselamatan harta benda yang terdapat dalam bilik guru.
● Sesiapa yang terakhir meninggalkan bilik guru hendaklah memastikan semua komputer, lampu, air-
cond ditutupkan dan semua pintu dikunci.
10. MASALAH PERJAWATAN DAN PENGAJARAN
● Sekiranya guru menghadapi masalah dalam bidang perjawatan, beliau bolehlah berurusan dengan
Ketua Pembantu Tadbir atau Penolong Kanan/Pengetua.
● Guru yang menghadapi masalah dalam bidang pengajaran pula bolehlah berurusan dengan Ketua
Panitia, Ketua Bidang, Guru Cemerlang atau Penolong Kanan.
11. TUGAS GURU
● Tugas guru diberikan dalam bidang kurikulum, HEM, kokurikulum dan juga pentadbiran.
● Tugas tersebut hendaklah dilaksanakan dengan dedikasi dan bertanggungjawab.
● Sekiranya guru dikehendaki menghadiri mesyuarat di Jabatan Pendidikan atau Pejabat Pendidikan
Daerah atau sekolah lain, arahan itu hendaklah dipatuhi. Guru yang ditugaskan tidak boleh
mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa pengetahuan Pengetua.
● Guru yang mewakili sekolah dalam mana-mana mesyuarat atau taklimat di luar, kursus dan bengkel
hendaklah mengemukakan minit curai kepada Pengetua.
● Guru yang mewakili sekolah ke sesuatu kursus, seminar atau seumpamanya, hendaklah menjalankan
Latihan Dalaman dan dimaklumkan kepada Pengetua, Penolong Kanan, serta Setiausaha LDP tarikh
dan masa pelaksanaannya.
● Guru yang melakukan tugas rasmi di luar hendaklah melakukan swapping dan memaklumkan
kepada JK MMI yang menguruskan MMI untuk urusan Swapping. Ketetapan MMI sekolah mesti
dipatuhi.
12. FAIL RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
● Setiap guru bertanggungjawab terhadap keselamatan fail RPH.
● RPH adalah dokumen rasmi dan harta kerajaan.
● Seseorang guru hendaklah dengan serta merta dapat menunjukkan FAIL RPH apabila diminta untuk
pemeriksaan oleh Pengetua / Pegawai JPN / Pegawai PPD / Nazir
● Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap.
● Fail ini mesti dilengkapi dengan perkara-perkara berikut:
o Rancangan Pelajaran Tahunan
o Rancangan Pengajaran Harian
o Senarai buku-buku rujukan
o Biodata diri
o Senarai nama murid
o Markah ujian
● Fail ini hendaklah diserahkan kepada Pengetua / Penolong Kanan setiap hari Jumaat mengikut
jadual untuk disemak dan ditandatangan. Kegagalan menghantar Fail RPH boleh menjejaskan
prestasi. Guru-guru boleh didenda sebanyak RM500.00 sehari akibat kegagalan berkaitan. (Surat
Pekeliling Iktisas Bil. 3/1999 Penyediaan Rekod Pengajaran Pembelajaran)
● Ketua Panitia akan menandatangani Rancangan Pelajaran Tahunan.
30
Ke Arah Kecemerlangan
● Guru yang bercuti, hendaklah menyerahkan Fail RPH kepada Penolong Kanan untuk urusan Guru
Ganti.
● Setiap akhir tahun persekolahan, Fail RPH hendaklah diserahkan ke pejabat sekolah.
13. JADUAL WAKTU MENGAJAR
● Guru hendaklah mematuhi jadual waktu yang telah disediakan.
● Guru tidak dibenarkan mengubahkan jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran.
● Jawatankuasa Jadual Waktu hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu sekolah untuk
dipamerkan di bilik Pengetua, Penolong Kanan, Ketua Bidang, pejabat Am dan bilik guru. Satu
salinan juga perlu diserahkan kepada setiausaha peperiksaan dalaman.
● Sewaktu mengajar, menjadi tanggungjawab guru memastikan:
o Kelas dalam keadaan teratur dan kondusif
o Kelas dalam keadaan bersih
o Bilangan murid akur dengan buku prestasi kelas
o Hendaklah mencatat dan menurun tandatangan jumlah murid dalam kelas ke dalam buku
prestasi kelas
o Mengambil tindakan segera jika murid tidak berada dalam bilik darjah ketika pengajaran guru
o Hendaklah berlaku pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan berkualiti
14. KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH
● Kerjasama semua staf amat diperlukan dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah. Murid
yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak hendaklah dimaklumkan
kepada Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan Petang.
● Ketua Panitia / Ketua Bidang / pembantu makmal hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan
mengenai penggunaan alat di bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel dan lain-lain.
● Semua bilik mempamerkan jadual penggunaan dan log inventori.
● Semua bilik wajib ada peraturan dan log penggunaan.
● Sila ambil gambar bagi sebarang kerosakan yang berlaku.
15. KEBERSIHAN
● Semua guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas murid
hendaklah disediakan oleh guru tindakan untuk tingkatan masing-masing. Alat-alat membersihkan
kelas hendaklah digunakan dengan cermat dan dismpan dengan baik.
● Ketua Bidang / Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas (bengkel, bilik Kaunseling,
makmal sains, makmal bahasa) bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan dan keceriaan bilik
masing-masing.
● Semua guru dan AKP sama-sama bertanggungjawab terhadap kebersihan kawasan sekolah.
16. SURAT – MENYURAT
● Semua surat rasmi yang menggunakan letter head sekolah hendaklah ditandatangani oleh Pengetua
untuk disampaikan kepada pihak-pihak berkenaan.
● Memastikan Salinan surat dimasukkan dalam fail berkenaan.
17. SURAT YANG DITERIMA
● Surat yang akan diterima oleh sekolah akan diedar kepada guru untuk diambil tindakan. Oleh itu,
guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan surat-surat tersebut mengikut prosedur-prosedur
yang ditetapkan.
● Jika surat itu ditujukan kepada guru berkenaan dengan dinyatakan melalui dan Salinan kepada
Pengetua, surat itu boleh disimpan sendiri setelah diambil tindakan.
● Jika surat itu ditujukan kepada Pengetua dan Pengetua mengedarkannya untuk tindakan guru
berkenaan, maka guru itu hendaklah:
✔ Memastikan sama ada surat yang diterima itu salinan asal atau fotostat, jika Salinan asal sila
minta difotostat terlebih dahulu supaya slianan asal disimpan dalam fail pejabat.
31
Ke Arah Kecemerlangan
✔ Jika tindakan yang perlu diambil merupakan mengisi maklumat dalam borang yang dilampirkan,
maka borang kosong tersebut hendaklah difotostat dan setelah lengkap diisi hendaklah ditaip
dan disediakan surat litup/ringan (cover letter). Satu Salinan borang berkenaan dan surat litup
(cover letter), salinan surat hendaklah disimpan dalam fail sekolah di pejabat untuk rekod atau
rujukan.
18. URUSAN DENGAN JPN / PPD
● Guru dan AKP tidak digalakkan ke Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah untuk
urusan peribadi kecuali jika diarahkan berbuat demikian.
● Guru-guru perlu memakai pakaian bekerja dengan tanda nama semasa berada di JPN / PPD.
19. PELAWAT / JURUJUAL
● Semua pelawat dimestikan berjumpa dengan Pengetua/Penolong Kanan terlebih dahulu. Guru tidak
dibenarkan berbicang dengan wakil-wakil firma atau jurujual kecuali dengan kebenaran Pengetua.
20. PEMBELIAN BARANG
● Setiap pembelian barang mesti dengan kebenaran terlebih dahulu dengan menggunakan borang
Nota Minta.
● Nota Minta tersebut hendaklah disahkan oleh Ketua Bidang/Penolong Kanan sebelum diluluskan
oleh Pengetua.
● Pembantu Tadbir akan menguruskan tindakan selanjutnya iaitu untuk menyediakan Borang
Tempatan (Local Order/LO)
● Segala invois mesti ditulis nama dan ditandatangani oleh guru yang menerima barang, rekodkan
nombor daftar stok dan serahkan dengan segera ke pejabat sekolah. Barang yang diterima hendaklah
direkodkan serta-merta dalam buku stok dengan tepat dan kemas.
21. KEGIATAN KOKURIKULUM
● Semua guru Penasihat kegiatan kokurikulum hendaklah menjalankan tugas dengan teratur mengikut
jadual yang ditetapkan.
● Semua guru wajib hadir kegiatan kokurikulum dan menulis nama pada buku kehadiran kokurikulum
yang disediakan.
● Buku Log aktiviti patut dilengkapkan bagi setiap kali perjumpaan.
22. PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH
● Semua guru diwajibkan menghadiri perhimpunan rasmi sekolah.
● Guru yang hadir sila tulis kehadiran dan guru yang tidak hadir sila berikan surat penjelasan.
● Guru hendaklah berpakaian kemas semasa perhimpunan.
● Guru akan bersama-sama murid menyanyi Lagu Negaraku, Lagu Negeri dan Lagu Sekolah.
● Perhimpunan hendaklah ringkas dan teratur.
23. MESYUARAT GURU
● Kedatangan guru ke mesyuarat adalah diwajibkan. Sila catat kehadiran pada borang kehadiran
mesyuarat yang diedarkan.
● Semua mesyuarat dijalankan selepas waktu persekolahan.
● Guru tidak dibenarkan meninggalkan bilik mesyuarat tanpa kebenaran Pengerusi Mesyuarat.
● Pakaian semasa menghadiri mesyuarat hendaklah pakaian waktu bekerja. Kemeja T, seluar trek dan
selipar tidak dibenarkan.
24. ACARA/MAJLIS RASMI SEKOLAH/MESYUARAT/LATIHAN DALAMAN
● Semua guru mesti menyertai majlis rasmi sekolah dan mengembleng tenaga dalam menjayakannya
berdasarkan aturcara.
● Imej dan tataetika profesion mesti dijaga guru dikehendaki hadir dalam semua acara/majlis rasmi
sekolah dan juga Latihan.
● Guru yang tidak hadir, perlu mengemukakan surat penjelasan ketidakhadiran kepada Pengetua.
● Satu salinan akan disimpan dalam fail peribadi guru berkenaan untuk tujuan rekod.
32
Ke Arah Kecemerlangan
25. PERHUBUNGAN SESAMA RAKAN SEKERJA
● Guru dan AKP hendaklah memupuk hubungan peribadi dan professional yang baik dan sihat sesame
rakan dan sentiasa mengawal tutur kata, supaya wujud perasaan kekitaan dan harmoni dalam
organisasi.
● Guru dan AKP tidak dibenarkan mempengaruhi dan memaksa pandangan/ fahaman/ pendapat/
kepercayaan sesame rakan sekerja.
● Perhubungan yang berbentuk kumpulan berdasarkan kepada kaum, status sosial, sosial ekonomi,
kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah.
● Guru dan AKP hendaklah berhemah, berintergriti dan bertanggungjawab bila mengeluarkan
kenyataan dalam media elektronik.
26. KEAHLIAN KELAB KEBAJIKAN STAF DAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
● Semua guru dan AKP Sekolah secara automatik menjadi ahli Kelab Kebajikan Staf.
● AJK Badan Kebajikan Staf bertanggungjawab merancang aktiviti bagi warga sekolah.
● Semua guru adalah ahli PIBG Sekolah.
27. ARAHAN PEKELILING DAN MEMO DALAMAN
● Setiap arahan dan pekeliling dan memo dalaman yang dikeluarkan hendaklah dibaca dengan teliti
dan dipatuhi.
● Sekiranya arahan dan pekeliling dan memo dalaman itu diedar, guru dan AKP hendaklah
menyimpannya di dalam fail khas.
● Sentiasa membaca papan kenyataan dan mengambil tindakan terhadap memo dalaman yang
dikeluarkan oleh Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran, PK HEM, PK Kokurikulum, PK
Kokurikulum, PK Petang, PK Pendidikan Khas, dan Ketua Bidang.
● Hanya pihak pentadbir sahaja yang boleh mengeluarkan memo dalaman dengan kebenaran
Pengetua.
28. PENGGUNAAN ALAT-ALAT
● Penggunaan alat-alat hendaklah mengikut peraturan yang ditetapkan.
● Mesti mendapat kebenaran daripada Penjaga Stok dan direkodkan.
● Setiap pinjaman alatan wajib direkodkan dalam buku log penggunaan.
● Hendaklah digunakan dengan baik dan dipulangkan kembali dengan segera serta berkeadaan baik.
● Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan serta-merta dalam buku log penggunaan.
● Penggunaan telefon sekolah hanyalah untuk urusan rasmi sahaja.
● Guru dan AKP tidak dibenarkan mengguna telefon sekolah untuk urusan peribadi.
● Guru tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit semasa PdPc di dalam bilik darjah.
● Semua telefon bimbit berada dalam mod senyap semasa mesyuarat dan taklimat.
29. KUNCI
● Semua kunci mesti disimpan di pejabat. Guru yang menggunakan kunci hendaklah mengisi Buku
Rekod Peminjaman di pejabat.
● Guru-guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu mesti mendapat kebenaran daripada
Pengetua dan mencatatkan nama di dalam buku khas.
30. BUKU STOK / INVENTORI
● Guru yang diberi kemudahan computer riba dan LCD projector hendaklah mematuhi peraturan-
peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. Sebarang penggunaan yang
menyalahi etika akan dapat dikesan.
● Pastikan komputer berkenaan benar-benar dimanfaatkan untuk PdPc sebagaimana objektif
penggunaanya.
● Keselamatan komputer adalah tanggungjawab guru yang berkenaan dan sebarang kerosakan/
kehilangan adalah tanggungjawab guru.
33
Ke Arah Kecemerlangan
31. KOMPUTER RIBA / LCD PROJEKTOR
● Guru yang diberi kemudahan komputer riba dan LCD Projektor hendaklah mematuhi peraturan-
peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. Sebarang penggunaan yang
menyalahi etika akan dapat dikesan
● Pastikan komputer berkenaan benar-benar dimanfaatkan untuk PdPc sebagaimana objektif
penggunaannya.
● Keselamatan komputer adalah tanggungjawab guru yang berkenaan dan sebarang kerosakan /
kehilangan adalah tanggungjawab guru.
32. MENGHADIRI MESYUARAT LUAR
● Guru hendaklah mematuhi arahan untuk menghadiri Mesyuarat/ Kursus/ Bengkel yang dianjurkan
oleh Kementerian/ JPN/ PPD.
● Jika mesyuarat bermula jam 8.00 pagi, guru tidak perlu hadir ke sekolah sebelah pagi.
● Jika mesyuarat bermula jam 2.00 petang, guru hanya dibenarkan meninggalkan sekolah jam 12.30
tengah hari.
● Guru yang akan menghadiri mesyuarat / kursus/ bengkel/ seminar hendaklah memaklumkan kepada
jawatankuasa MMI dengan kadar segera dan mencatatdalam buku persediaan mengajar. Swapping
perlu dibuat sebelum menghadiri mesyuarat / kursus/ bengkel/ seminar berkenaan.
● Jika mesyuarat tamat sebelum jam 12 tengahari guru hendaklah hadir ke sekolah untuk menjalankan
aktiviti sekolah petang (mesyaurat, aktiviti kokurikulum dan seumpamanya)
● Guru hendaklah menyediakan minit curai dan menyerahkan kepada Pengetua/ Penolong Kanan
untuk tindakan selanjutnya. (1 hari selepas mesyuarat)
● Semua bahan/ dokumen yang diserah kepada guru hendaklah diserah kepada Pengetua/ Penolong
Kanan untuk sebaran.
● Jawatankuasa MMI mesti mencatat nama guru pada papan putih jika berkursus/ mesyuarat.
33. MENGAJAR DALAM BILIK DARJAH / KELAS
● Guru-guru dinasihatkan supaya tidak duduk semasa mengajar di dalam kelas.
● Seluruh waktu mengajar itu mestilah digunakan sepenuhnya untuk menyampaikan bahan pelajaran
dan membimbing murid dalam proses pembelajaran.
● Memeriksa buku latihan dan kertas jawapan murid tidak harus dilakukan dalam bilik darjah ketika
mengajar melainkan untuk memberi bimbingan dan perhatian individu murid.
● Tugas guru bukan sahaja menyampaikan bahan pelajaran tetapi juga mengawal kelas supaya tidak
bising, memberi contoh teladan dan bimbingan kepada murid supaya menjadi warganegara yang
berdisiplin dan berilmu. Kembangkan potensi dan modal insan dalam kalangan murid.
● Kertas bertulis dan keja rumah mestilah diberi secukupnya bagi semua mata pelajaran dalam satu-
satu minggu. Jumlah kerja bertulis, latihan ujian atau kerja rumah akan ditentukan dalam mesyuarat
panitia mata pelajaran.
● Semua kerja murid mestilah disemak dan diperiksa dengan SEGERA dan NOTA diberi perlu
disemak dan diperiksa. Tandatangan guru dan tarikh membuat semakan hendaklah dicatat dalam
buku latihan murid bagi setiap kerja semakan atau pemeriksaan yang dibuat.
● Guru yang menjalankan tugas / kerja ganti (sit-in) diminta mengajar matapelajaran yang terdapat
pada jadual waktu atau mengajar mana-mana tajuk yang berfaedah kepada murid. Sengaja duduk
dalam kelas adalah TIDAK digalakkan.
● Jangan benarkan murid meninggalkan kelas pada masa belajar tanpa sebab yang munasabah. Guru
yang membenarkan murid-murid keluar kelas MESTILAH memberi PAS KELUAR guru berkenaan
untuk keluar kelas.
● Setiap guru mestilah memastikan semua murid berada di dalam kelasnya.
● Pengajaran dan Pembelajaran hendaklah menarik dan berkesan. Guru hendaklah memastikan
persediaan yang cukup telah dibuat dengan segala BBM yang sesuai serta strategi PdPc yang
berkesan.
34
Ke Arah Kecemerlangan
34. KETEPATAN MASA
● Ketepatan masa guru adalah penting untuk menentukan disiplin dan dihormati oleh murid-murid.
● Guru-guru hendaklah masuk kelas dan meninggalkan kelas mengikut waktu. Guru adalah
bertanggungjawab pada waktu guru itu sepatutnya berada di kelas; PdPc hendaklah diberi
keutamaan. Unsur-unsur lain bolehlah dibuat pada masa yang lain.
● Guru-guru tidak dibenarkan meninggalkan kelas ketika waktu mengajar. Kalau terpaksa
meninggalkan kelas kerana kecemasan atau sebab yang penting, guru berkenaan dinasihatkan
supaya memberi kerja secukupnya dan menentukan disiplin murid sekolah terkawal sebelum
meninggalkan kelas. Sila maklumkan kepada rakan guru di kelas sebelah atau yang terhampir.
● Ketua kelas patut dinasihatkan supaya mencari guru yang masih belum masuk kelas 5 minit selepas
sesuatu waktu pembelajaran bermula belajar. Jika guru tidak masih dapat dicari, Penolong Kanan
mestilah diberitahu.
● Guru-guru mestilah menjadi contoh teladan dalam semua kegiatan sekolah. Jika sesuatu mesyuarat
itu bermula jam 2.00 petang misalnya, maka guru-guru yang sepatutnya bertugas mestilah berada 10
minit sebalum jam 2.00 petang.
● Semua urusan berkaitan dengan PPD, JPN serta Kementerian Pendidikan hendaklah diselesaikan
dan dihantar kepada pihak yang berkenaan pada atau sebelum masa yang ditetapkan.
35. GURU SEBAGAI GURU DISIPLIN DAN GURU BIMBINGAN
● Semua guru adalah guru disiplin (SPI Bil. 10 / 2001) dan guru bimbingan.
● Semua guru bertanggungjawab mengawal tingkah laku murid.
● Guru hendaklah sentiasa memberi bimbingan kepada murid dan mengamalkan Budaya Penyayang
dan Perkhidmatan Penyayang kepada murid.
● Buku Peraturan Sekolah dan Pekeliling Iktisas yang berkaitan tatacara pengurus disiplin mesti
dijadikan panduan untuk menguruskan disiplin murid.
● Jangan sekali-kali mengorbankan disiplin untuk menjadi popular dalam kalangan murid. Guru
seumpamanya ini akan menjadi masalah besar kepada sekolah khasnya dalam usaha mendisiplinkan
murid.
● Disiplin murid di sekolah adalah tanggungjawab bersama oleh guru-guru. Jangan bebankan masalah
disiplin semata-mata kepada guru disiplin sahaja.
● Kementerian Pendidikan melarang sama sekali guru-guru menjalankan sebarang HUKUMAN atau
DERA kepada murid kecuali diturunkan kuasa oleh Pengetua.
● Hanya pengetua dan guru-guru yang dibenarkan menjalankan hukuman kepada nurid-murid yang
melanggar peraturan sekolah atau yang menimbulkan masalah disiplin.
● Sebagai panduan, aspek-aspek disiplin yang patut dikawal oleh semua guru adalah seperti berikut :
✔ Kurang sopan, melawan guru / mencabar guru
✔ Mencuri, menipu atau bercakap bohong
✔ Menggugat, melawan atau memukul pengawas atau murid lain
✔ Memeras ugut murid lain melibatkan wang atau harta benda bernilai dan lain-lain seumpamanya
✔ Menipu tandatangan dan seumpamanya
✔ Menganggotai kumpulan haram atau kongsi gelap
✔ Meniru dalam peperiksaan (kecurangan akademik)
✔ Keluar dari bilik kelas di waktu belajar dan merayau-rayau dalam kawasan sekolah tanpa tujuan
✔ Kelakuan tidak sopan semasa perhimpunan
✔ Pergerakan murid dari kelas ke makmal, padang, bilik sumber, dan lain-lain.
✔ Tabiat kebersihan diri, kebersihan sekolah dan kelas
✔ Merosakkan harta benda sekolah
✔ Membuat bising dalam kelas dan menganggu pembelajaran dalam kelas lain
35
Ke Arah Kecemerlangan
✔ Bergaduh dan bertumbuk
✔ Berambut panjang
✔ Pakaian yang tidak kemas
✔ Berjudi
✔ Terlibat dengan dadah
✔ Menghisap rokok
✔ Ponteng dan lewat datang sekolah
✔ Membuat kenyataan akhbar dan sebagainya dan kebenaran
36. KEAHLIAN DALAM PERTUBUHAN ATAU BADAN BUKAN KERAJAAN
● Pekeliling dan peraturan mengenainya perlu dipatuhi sebagaimana yang ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan dari semasa ke semasa.
● Guru-guru mesti mengelakkan diri daripada menyertai sebarang pertubuhan atau melibatkan diri
dalam kegiatan yang salah di sisi undang-undang.
37. PENGGUNAAN BILIK-BILIK KHAS
● Di bawah tanggungjawab guru yang dilantik.
● Guru bertanggungjawab akan memeastikan bilik kondusif, kemas dan ceria untuk penggunaan
dengan menyediakan borang tempahan di luar bilik, buku log penggunaan, KW7, carta organisasi,
visi dan misi, peraturan penggunaan bilik dan peringatan keselamatan.
● Penggunaan bilik khas hendaklah mengikut peraturan yang ditetapkan.
● Penggunaan bilik khas hendaklah untuk urusan rasmi.
● Setiap penggunaan wajib direkodkan dalam buku log penggunaan.
● Hendaklah digunakan dengan baik dengan memastikan kebersihan dan kekemasan bilik semasa dan
selepas penggunaan.
● Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan dalam buku log penggunaan.
38. PENGGUNAAN PAPAN NOTIS / KENYATAAN SEKOLAH
● Mesti untuk urusan sekolah sahaja dan perlu mendapat kebenaran Pengetua / Guru Penolong Kanan.
● Kenyataan mestilah ditampal pada ruang mengikut klasifikasi yang telah dilabelkan sahaja.
● Sentiasa dikemaskinikan ruangan notis bidang anda.
39. PENGGUNAAN SURAU SEKOLAH
● Mesti digunakan untuk aktiviti kerohanian / agama sahaja. Tidak boleh sama sekali diguna untuk
ceramah politik.
● Guru juga diminta mengawasi murid sewaktu solat Jemaah / aktiviti lain.
● Mesti menjaga adab dan tatatertib serta kemuliaan surau.
40. PENGGUNAAN MESIN CETAKAN
● Guru perlu menyerahkan kepada Pengetua / Penolong Kanan Pentadbiran untuk semakan bahan.
● Isikan maklumat untuk percetakan dalam buku rekod Bilik Cetak.
● Pastikan jumlah salinan yang dikehendaki dan jangan membazir kertas.
● Serahkan bahan untuk dicetak awal / seminggu sebelum tarikh penggunaannya.
41. BUKU LATIHAN / BUKU KERJA / NOTA MURID
● Buku berkenaan hendaklah diperiksa dengan teliti bagi setiap latihan yang telah diberi dan disiapkan
oleh murid.
● Buku yang telah diperiksa hendaklah dengan segera dikembalikan kepada murid.
● Sila turunkan tandatangan ringkas dan tarikh dalam buku tersebut. Berikan komen atau grd kualiti
untuk makluman ibu bapa dan murid.
● Pengetua, PKP, PKHEM, PKKK, PK Petang dan Ketua Bidang akan menyemak buku tersebut.
● Ibu bapa dan penjaga akan dimaklumkan untuk menyemak buku anak-anak mereka.
36
Ke Arah Kecemerlangan
42. KESELAMATAN / KESEJAHTERAAN MURID
● Tanggungjawab semua guru menjaga keselamatan murid ketika di sekolah.
● Jika berlaku kemalangan / murid sakit secara tiba-tiba, guru mestilah dengan segera memaklumkan
kepada Pengetua / PKP / PKHEM / PKKK / PK Petang / PKPK / PK Tingkatan 6.
● Melaporkan dengan segera kepada ibu bapa dan penjaga murid.
● Peraturan Keselamatan mestilah dipatuhi.
● Latihan Kebakaran (Fire Drill) mesti diadakan.
43. BUKU DAFTAR KEHADIRAN MURID
● Dokumen penting untuk murid.
● Penting bagi pihak pengurusan untuk menangani masalah ponteng.
● Buku ini tidak boleh dibawa ke rumah atau disimpan di bilik guru.
● Mesti disimpan di Pejabat Sekolah setiap masa.
● Guru Tingkatan mengisi
✔ Nombor daftar murid dan resit kutipan sumbangan sekolah beserta nilainya.
✔ Nama penuh murid seperti dalam Kad Pengenalan.
✔ Tarikh lahir murid
✔ Jantina
✔ Nama dan alamat ibu bapa / penjaga
✔ Analisis bulanan
✔ Sentiasa dikemaskini
✔ Cara menanda Hadir ( / ) TH ( 0 )
Sakit ( S ) Lewat ( L )
● Guru tingkatan mesti menanda buku kehadiran murid dan serah ke pejabat sebelum jam 9.00 pagi.
● Sila tulis dengan terang dan boleh dibaca semula semua butiran dalam buku tersebut.
44. KEHADIRAN DALAM APDM
● Merekod kehadiran murid sebelum tamat sesi persekolahan setiap hari.
● Mengemas kini sebab ketidakhadiran murid dalam Sistem Kehadiran Murid berdasarkan dokumen
yang diserahkan oleh murid sebaik sahaja hadir ke sekolah pada hari berikutnya.
● Mencetak, menandatangani dan memfailkan analisis bulanan Sistem Kehadiran Murid.
● Mendaftarkan murid ke kelasnya setelah menerima arahan daripada Penolong Kanan HEM.
● Memastikan Tarikh Masuk Kelas dalam Sistem APDM bagi setiap murid adalah tepat supaya tidak
menjejaskan rekod kehadiran dalam Sistem Kehadiran Murid.
45. KANTIN SEKOLAH
● Guru penyelaras kantin diminta memastikan keceriaan, disiplin murid dan mutu sajian di kantin.
● Tatacara makan minum dan pengurusan perabot mesti dipastikan teratur dan kemas.
● Kawasan belakang kantin adalah kawasan larangan untuk murid.
46. GURU TINGKATAN
● Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap hal ehwal kelas meliputi aspek keceriaan, pengurusan
murid, disiplin, jadual tugasan dan prestasi kelas.
● Guru tingkatan juga perlu prihatin memastikan aspek kebajikan murid seperti dalam soal biasiswa,
zakat dan barangan kebajikan. Laporan mesti dibuat sekiranya terdapat murid yang memerlukan
bantuan.
47. DATA DAN MAKLUMAT
● Semua data dan maklumat sekolah adalah rahsia dan sulit dan tidak boleh didedah kepada pihak
yang tidak berkenaan.
● Semua stafbertanggungjawab untuk mengemas maklumat sendiri seperti pengistiharan harta,
pendidikan, kenaikan pangkat dan yang berkaitan dalam HRMIS dan epangkat.
37
Ke Arah Kecemerlangan
● Guru data dan maklumat diminta sentiasa memastikan data dan maklumat adalah lengkap dan
terkini untuk rujukan pihak-pihak yang berkaitan. Laporan bulanan mesti dihantar ke jabatan pada
setiap hujung bulan.
48. PENGURUSAN PEPERIKSAAN DALAMAN
● Semua soalan / bahan peperiksaan yang digubal mesti dibuat mengikut prosedur yang ditetapkan.
● Soalan dan Skema adalah sulit dan mesti diserahkan kepada Penolong Kanan Pentadbir / Ketua
bidang untuk semakan.
● Semua soalan / bahan peperiksaan mesti diletakkan dalam bilik peperiksaan / bilik Penolong Kanan
Pentadbiran dan hanya diurus oleh Setiausaha Peperiksaan Dalaman sahaja. Guru dilarang sama
sekali membocorkan soalan kepada murid / guru / orang lain.
● Guru diminta mengawas mengikut jadual serta menguatkuasakan peraturan peperiksaan secara tegas
tanpa menganggu murid.
Semua guru dikehendaki memeriksa kertas jawapan murid mengikut piawai ‘standart’ dan
menyerahkan markah kepada Setiausaha Peperiksaan Dalaman mengikut jadual yang ditetapkan.
BIDANG TUGAS DAN
TANGGUNGJAWAB
GURU DAN STAF SMK BUKIT LIMA
STATUS GURU MENGIKUT GRED
PROFIL PRESTASI DG41 / DG29
A. PELAKSANA
● Memahami dan melaksanakan tugas dengan tanggungjawab dengan penyeliaan dan bimbingan.
B. PERANAN INSTRUKSIONAL
● Pelaksana pengajaran berkesan (effective teaching) dan fasilitator pembelajaran murid.
● Melaksanakan kajian tindakan dan menggunakan hasil kajian untuk peningkatan PdP.
● Menyelesaikan masalah PdP.
● Mengamalkan nilai profesional.
● Berkolaboratif dengan komuniti dalam dan luar sekolah.
PROFIL PRESTASI DG 44 / DG 42 / DG 32
A. PENGGERAK
● Sentiasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penyeliaan dan bimbingan yang minimum
serta mampu penyelesaian masalah.
B. PERANAN INSTRUKSIONAL
● Penggerak kualiti PdP
● Memberi inspirasi dan motivasi kepada rakan sejawat.
● Melaksanakan perkongsian ilmu dengan pihak berkaitan.
● Membuat keputusan dalam pelaksanaan PdP.
● Melaksanakan kajian/penyelidikan untuk penambahan PdP.
38
Ke Arah Kecemerlangan
PROFIL PRESTASI DG 48 / DG 34
A. PEMBIMBING & MENTOR
● Berpengalaman luas , mampu menyelia dan membimbing serta berkebolehan melakukan educated
guess masalah organisasi yang mungkin timbul dan melaksanakan langkah pencegahan.
B. PERANAN INSTRUKSIONAL
● Pembimbing dan mentor dalam pelaksanaan PdPc.
● Merangka panduan / arahan / peraturan pelaksanaan PdPc.
● Mendorong, memantau dan menilai PdPc.
● Penggerak pembangunan profesionalisme secara berterusan.
PROFIL PRESTASI DG 52 / DG 38
A. PENERAJU PERUBAHAN
● Menjadi pakar rujuk, mentor dan pembimbing serta berkebolehan merancang dan melaksanakan
penambahbaikan berterusan dalam bidang-bidang tertentu.
B. PERANAN INSTRUKSIONAL
● Peneraju dan penggerak perubahan berkaitan PdP.
● Mencetus kreatif dan inovasi dalam PdP.
● Menilai hasil kajian / penyelidikan untuk penambahbaikan PdP.
● Menerajui pemuafakatan strategik.
● Membangunkan komuniti pembelajaran.
PROFIL PRESTASI DG 54
A. PEMIKIR STRATEGIK
● Mempunyai kepakaran kursus dan berkebolehan mengurus perubahan secara cekap dan berkesan.
B. PERANAN INSTRUKSIONAL
● Suri teladan (role model) dalam instruksional / PdP.
● Penyelesaian masalah pelaksanaan dasar.
● Merangka strategi / idea baharu dalam pelaksanaan instruksional / PdP.
● Menghasilkan inovasi PdP.
● Menggerakkan komuniti pembelajaran.
PROFIL PRESTASI GRED KHAS
A. PEMIKIR HOLISTIK
● Mempunyai pelbagai kepakaran dan berkebolehan menjadi konsultan dalam merangka strategi yang
komprehensif dan melaksanakan latihan yang tepat untuk memastikan kejayaan sesebuah organisasi.
B. PERANAN INSTRUKSIONAL
● Perunding cara dan berautoriti professional (professional authority).
● Strategis dan berwawasan.
● Mempunyai pelbagai ilmu dan kemahiran berkaitan PdPc.
● Memimpin dan membudayakan komuniti pembelajaran.
PERANAN GURU
1.0. MENJAGA
Undang-undang tort sebagai sebahagian daripada bidang undang-undang yang melindungi seseorang
individu daripada kesalahan sivil, persendirian ataupun kecederaan. Undang-undang tort melibatkan aspek
kecuaian.
Kamus Undang-undang Blackstone
39
Ke Arah Kecemerlangan
1.1 Aspek Menjaga
‘Kecuaian’ adalah kegagalan mengambil tindakan bejaga-jaga untuk melindungi individu lain
sepertimana yang dikehendaki oleh undang-undang.
‘Kecuaian’ berlaku sama ada ketika seseorang melakukan sesuatu perbuatan dimana ia tidak harus
melakukan ataupaun sengaja tidak melakukan perbuatan apabila ia patut melakukannya.
Kamus Random House (1997)
1.2 Aspek Penyeliaan
Pengetua dan guru sekolah diwajibkan oleh undang-undang untuk melindungi pelajar daripada
sebarang risiko kecederaan.
1.3 Tanggungjawab
(i) Termasuklah memastikan bahawa kakitangan dan staf yang menjalankan tugas di sekolah adalah
cekap dan kompeten; memberikan arahan yang mencukupi dan berada pada satu peringkat mutu
yang sesuai; memastikan bahawa alat dan kemudahan sekolah berada dalam keadaan yang selamat
dan menyediakan serta mengimplementasikan peraturan yang sesuai dan mencukupi.
(ii) Sekolah atau pengetua telah memungkiri kewajipan berjaga-jaganya. Keadaan ini mengambil kira
dua doktrin iaitu tingkah laku yang dianggap sebagai munasabah dan ramalan.
(iii) Doktrin munasabah dan ramalan mempersoalkan sama ada seorang pentadbir yang berhati-hati
akan bertindak dalam cara dan situasi yang sama seperti seorang yang munasabah. Faktor yang
dipertimbangkan termasuk umur dan tahap kematangan murid, jenis risiko yang mereka dedahkan;
mekanisme pencegahan sebelum insiden dan pelan untuk respons apabila masalah berlaku.
2.0. MENGAJAR
2.1. Realiti
Adalah mustahil meningkatkan pencapaian murid tanpa memperbaiki kompetensi guru. Akauntabiliti
professional merangkumi komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab yang diamanah serta usaha
memperbaiki tahap profesionalisme dari semasa ke semasa.
2.2. Kualiti Pengajaran
Kualiti pengajaran bermaksud kualiti maklumat dan kemahiran guru-guru di dalam mempersembahkan
pengajaran supaya murid mudah memahami pelajarannya. Williams (1992) Monitoring School Performance
2.3. Aras Pengajaran
Aras pengajaran ialah yang memberi makna kesesuaian pengajaran guru-guru dengan kebolehan murid
dan kesediaan murid untuk belajar pelajaran yang baru.
2.4. Insentif
Insentif bermakna kebolehan guru-guru untuk memotivasi murid untuk terus belajar, menyiapkan kerja
rumah dan tugas yang lain.
2.5. Masa
Masa bermaksud jumlah masa yang diperuntukan oleh guru-guru untuk pengajaran. Oleh itu
kesungguhan guru-guru dalam proses pengajaran adalah elemen yang penting bagi memastikan
kecemerlangan institusi.
3.0. MEMAHAMI
Berasaskan senarai tugas-tugas guru dan SPI. Bahawa semua guru adalah guru disiplin dan guru
kaunseling.
4.0. MEMBERI BANTUAN
Berasaskan senarai tugas-tugas guru dan SPI, undang-undang TORT. Bahawa semua guru perlu peka
tentang kebajikan murid (guru tingkatan khasnya). Aspek kad 001 dan mengambil maklumat latar
belakang murid.
40
Ke Arah Kecemerlangan
BIDANG TUGAS TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PERKHIDMATAN
PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
PENGETUA
1. Mukadimah
1.1 Bertanggungjawab dalam peningkatan kurikulum dan kokurikulum serta memastikan pelaksanaannya
selaras dengan dasar Kementerian Pendidikan dan RRPPS.
1.2 Bertanggungjawab dalam hal pengurusan, pentadbiran, dan kewangan sekolah.
1.3 Mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi-agensi luar.
1.4 Mengajar sebilangan waktu mengikut pekeliling 3/67 1982 (Pindaan).
2. Bidang Tugas
2.1. Pengurus Kurikulum-Kerja Iktisas
a. Menyelia dan mengawal polisi dan objektif sekolah selaras dengan polisi Kemeterian Pendidikan.
b. Menentukan sasaran sekolah, merancang peningkatan pengajaran dan pembelajaran.
c. Memastikan guru mengajar berpandukan Sukatan Pelajaran dan Rancangan Pelajaran mengikut
peruntukan waktu yang ditetapkan.
d. Menentukan kualiti dan kuantiti kerja murid-murid serta pemeriksaan buku murid-murid.
e. Menentukan polisi-polisi tentang penilaian dan peperiksaan dilaksanakan. Data-data analisis
peperiksaan digunakan untuk perancangan dan tindakan susulan.
f. Menyelia dan mencerap proses PdPc.
g. Memeriksa Buku Rekod Mengajar Guru, Buku Kemajuan Murid-Murid –Buku Profil, Buku
Kedatangan Murid-murid, dan Buku Kegiatan Kokurikulum dari semasa ke semasa.
h. Menentukan dasar tugas pengajaran guru bagi penyediaan jadual waktu.
i. Menentukan keberkesanan pengguna Pusat Sumber Sekolah.
j. Memastikan panitia mata pelajaran melaksanakan strategi dan program pendidikan dengan berkesan.
k. Menentukan polisi untuk aktiviti kokurikulum.
2.2 Pembangunan Diri Murid-murid
a. Memastikan pelaksanaan program pembangunan diri murid seperti Kemahiran Mengurus Diri,
Kemahiran Belajar dan Motivasi.
b. Menentukan polisi-polisi tentang pelaksanaan disiplin sekolah.
2.3 Pengurusan dan Pembanguan
a. Murid
i. Memastikan pendaftaran kemasukan dan pertukaran murid.
ii. Menyemak Buku Jadual Kedatangan Murid.
iii. Menentukan proses pemberian biasiswa dan bantuan-bantuan lain kepada murid dijalankan
dengan adil dan mengikut prosedur yang ditentukan.
iv. Memastikan Skim Pinjaman Buku Teks dilaksanakan dengan adil dan baik.
v. Memastikan polisi peperiksaan awam dilaksanakan mengikut peraturan.
vi. Menandatangani surat akuan dan sijil berhenti sekolah.
vii. Memastikan program-program kesihatan dijalankan dengan sempurna.
viii. Bertanggungjawab di atas penggantungan dan pembuangan murid.
ix. Mengambil langkah-langkah menjaga keselamatan murid semasa berada di sekolah.
x. Memastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berfungsi dengan baik.
b. Pengurusan Personel
i. Menentukan proses pendaftaran, perlantikan, pengesahan dalam jawatan, penempatan ke
jawatan berpencen dan jenis cuti guru serta staf sokongan dilaksanakan.
ii. Membantu staf sokongan menentukan sasaran kerja dan berbincang dari semasa ke semasa
tentang sasaran dan mutu kerja.
iii. Menentukan tugasan dan bidang kerja (deployment of staff) dan menjalankan penyeliaan
sepanjang tahun.
41
Ke Arah Kecemerlangan
iv. Mengambil tindakan tatatertib ke atas pegawai yang melanggar Arahan Perkhidmatan di
bawah bidang kuasanya.
v. Menjaga kebajikan pegawai.
c. Kewangan
i. Menentukan anggaran perbelanjaan tahunan.
ii. Mengawal dan menyemak pemberian per kapita, gaji guru dan staf sokongan, rekod akaun,
laporan penyata kewangan dan punca-punca kewangan SUWA dan KERAJAAN.
iii. Memastikan penyediaan penyata akaun sekolah yang belum diaudit dan dokumen-dokumen
sokongan serta membuat tindakan susulan ke atasnya.
iv. Mengawal stok dan harta benda sekolah.
v. Mengawal perbelanjaan yang diperlukan oleh setiap bahagian.
d. Kemudahan Fizikal
i. Memastikan keadaan fizikal bangunan, padang, dan persekitaran sekolah berada dalam
keadaan baik.
ii. Mempertingkatkan keceriaan sekolah.
iii. Memastikan kemudahan lengkap dan mencukupi serta sentiasa berada dalam keadaan baik.
iv. Memastikan perabot sentiasa berada dalam keadaan baik.
v. Mengambil langkah-langkah untuk menjaga keselamatan harta benda sekolah.
e. Pembangunan Organisasi dan Diri
i. Merancang dan menyelia aktiviti perkembangan staf seperti kursus Budaya Ilmu.
ii. Menggalakkan percambahan fikiran, perkongsian maklumat, budaya ilmu serta memberi
peluang kepada guru memperkembangkan potensi diri.
iii. Mengawal ‘Learning Experiences’ berdasarkan pemerhatian, data dan seliaan serta
menggunakan maklumat yang diperolehi untuk pembangunan ‘ Learning Experiences’ murid-
murid.
iv. Merancang kursus kesedaran dan penyungguhan kendiri guru.
v. Menggalakkan guru melibatkan diri dalam aktiviti komuniti
f. Pembangunan Kendiri
i. Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu.
ii. Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah (R & D).
iii. Menghasilkan artikel-artikel yang berkaitan dengan bidang ikhtisas dan pengurusan.
iv. Melibatkan diri dengan aktiviti komuniti.
v. Memberikan sumbangan kepakaran dalam bidang pendidikan kepada yang memerlukannya.
vi. Menjadi Penasihat PIBG dan Pengerusi Majlis Pemuafakatan Sekolah.
vii. Menghadiri kursus, seminar, dan sebagainya yang dianjurkan oleh Kementerian / Jabatan dan
Agensi-agensi Luar.
viii. Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion Keguruan.
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
Penolong Kanan Pentadbiran bertanggungjawab kepada Pengetua untuk mencapai matlamat Dasar
Pendidikan Kebangsaan. Dengan itu, Penolong Kanan Pentadbiran bertanggungjawab bagi melicinkan
pentadbiran, mempertingkatkan prestasi pengajaran guru dan pembelajaran murid-murid, dan menyediakan
khidmat bantu secukupnya supaya matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan tercapai.
1. Bidang Tugas
1.1 Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua.
1.2 Mengajar sebilangan waktu mengikut Pekeliling sedia ada.
1.3 Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal kurikulum, pentadbiran, hubungan masyarakat, dan
keselamatan.
1.4 Membantu Pengetua menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
1.5 Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.
2. Senarai Tugas Jawatan
42
Ke Arah Kecemerlangan
2.1 Kurikulum
a. Menentukan pelaksanaan kursus pengajaran.
b.Menentukan rancangan pelajaran harian dan lain-lain.
c. Memastikan perjalanan panitia-panitia mata pelajaran.
d.Membantu dalam pengurusan penyediaan peralatan teknologi pendidikan, pusat sumber, makmal,
dan bengkel.
e. Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan.
f. Membantu serta membimbing dalam latihan mengajar bagi guru-guru pelatih, guru-guru yang baru
mengajar dalam menjalankan tugas-tugas harian mereka.
g.Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum dan mencadang tindakan susulan.
h.Membantu dalam merancang dan menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan ujian, peperiksaan, dan
penilaian dan mencadangkan tindakan susulan.
i. Menyelaras pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan dan pemulihan.
j. Menyelaras segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, Pejabat-pejabat
Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri,dan Kementerian Pendidikan.
k.Membantu dalam penentuan buku-buku teks, bahan pusat sumber, dan lain-lain buku bacaan dan
kesesuaiannya.
l. Menyusun jadual waktu kelas dan guru serta menyediakan jadual waktu gantian.
2.2 Pentadbiran
a. Membantu menentukan beban tugas guru-guru dan kakitangan bukan guru sekolah.
b.Membantu menyelaras hal-ehwal peperiksaan, kursus, dan latihan untuk guru dan kakitangan bukan
guru.
c. Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data/maklumat dan perangkaan.
d.Membantu merancang takwim sekolah.
e. Membantu menyelia kerja-kerja kakitangan guru dan bukan guru.
f. Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah.
g.Menyelaras penyediaan Penyata Kewangan untuk urusan audit tahunan.
h.Menjadi Ahli Lembaga Tatatertib Sekolah.
i. Menjadi penandatangan kedua cek-cek kewangan sekolah.
j. Menjaga dan menyemak stok / inventori peralatan sekolah.
2.3 Pembangunan Diri Murid
a. Membantu merancang dan menyelia program budaya sekolah, keceriaan / keindahan dan kebersihan
sekolah.
b.Merancang langkah-langkah keselamatan mencegah kebakaran.
c. Mengadakan kursus motivasi dan kemahiran murid.
2.4 Pembangunan Organisasi
a. Mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa / masyarakat
b.Mengadakan Kursus / latihan untuk personel.
2.5 Pembangunan Kendiri
a. Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu.
b.Menghadiri kursus, seminar dan bengkel
c. Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah (R&D)
d.Menghasilkan artikel-artikel bidang ikhtisas dan pengurusan
e. Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang Pendidikan kepada yang memerlukannya.
f. Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion keguruan.
PENOLONG KANAN HAL-EHWAL MURID (HEM)
Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid (HEM) bertanggungjawab kepada Pengetua untuk mencapai Dasar
Pendidikan Kebangsaan. Penolong Kanan HEM bertanggungjawab mempertingkatkan kebajikan murid,
aktiviti kokurikulum, dan penerapan nilai-nilai murni.
43
Ke Arah Kecemerlangan
1. Bidang Tugas
1.1 Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua dan Penolong Kanan Pentadbiran.
1.2 Mengajar sebilangan waktu mengikut Pekeliling sedia ada.
1.3 Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal-hal pendidikan jasmani, kokurikulum, disiplin dan
kaunseling, keselamatan dan kebajikan murid, buku teks, biasiswa dan bantuan kewangan, penerbitan
dan percetakan, perayaan sekolah, koperasi sekolah, kantin sekolah, dan pengawasan asrama (jika
ada).
1.4 Membantu Pengetua menyelia dan menilai seperti dalam 2.3 di atas.
1.5 Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.
2. Senarai Tugas Jawatan
Pembangunan Diri Murid
2.1 Disiplin
a. Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai murni.Memastikan undang-undang dan
peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan. Guru Penasihat Lembaga Pengawas Sekolah.
b.Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes murid yang melanggar peraturan-peraturan
tatatertib dan salahlaku.
c. Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin murid dan laporan murid.
d.Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibu bapa / penjaga.
2.2 Bimbingan dan Kaunseling
a. Merancangan dan menyelaras pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling bersama-sama
dengan guru-guru bimbingan dan kaunseling sekolah.
b.Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling murid dan menyediakan laporan
yang diperlukan.
c. Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orientasi bag murid-murid baru.
d.Mengadakan kursus motivasi dan kemahiran murid.
2.3 Program Perlindungan Murid
a. Merancangan dan menyelaras program mencegah penyalahgunaan dadah dan program-program lain
di peringkat sekolah.
b.Memastikan langkah-langkah keselamatan murid sesame berada di sekolah dilaksanakan.
2.4 Kesihatan
a. Menguruskan kemudahan rawatan murid.
b.Memastikan program-program kesihatan murid dijalankan dengan sempurna seperti menguruskan
kod 001/002 PKS, dan Kad Tenaga Asas.
c. Menyelaras penyeliaan yang berkaitan dengan kantin sekolah.
d.Menyelaras segala aktiviti kesihatan dan kebersihan murid.
2.5 Skim Pinjaman Buku Teks
a. Menyelaraskan hal-hal pengeluaran, pengambilan, dan pengagihan, dan hapuskira.
b.Menguruskan kutipan-kutipan data, mengawal buku-buku stok, dan mengawal Bilik Buku Bantuan.
c. Menyediakan kutipan-kutipan data, mengawal buku-buku stok, dan mengawal Bilik Buku Bantuan.
2.6 Biasiswa dan Bantuan
a. Menyelenggarakan peraturan-peraturan biasiswa dan bantuan.
b.Mengemaskinikan rekod-rekod biasiswa bantuan.
c. Menguruskan tuntutan dan bayaran biasiswa murid
2.7 Pengurusan
a. Mengurus dan mengemaskini Buku Rekod Pendaftaran murid.
b.Mengurus kemasukan dan penempatan murid.
c. Menguruskan pertukaran murid.
d.Menyemak buku kedatangan harian kelas.
e. Mengurus surat akuan, sijil-sijil murid, pengesahan, dan pengedaran sijil berhenti sekolah.
f. Menyemak buku/kad kemajuan murid dan jadual markah.
g.Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah.
h.Membantu merancang takwim sekolah.
44
Ke Arah Kecemerlangan
2.8 Keselamatan
a. Merancang langkah-langkah keselamatan bersama dengan Pengetua.
b.Bersama-sama dengan Pengetua, merancang dan melaksanakan Latihan Mencegah
Kebakaran/Latihan Kebakaran, dan kegiatan-kegiatan seumpamanya.
c. Guru penasihat unit keselamatan.
3. Kokurikulum
3.2 Sukan dan Permainan
a. Membantu merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan permainan di semua peringkat.
b.Membantu merancang takwim sukan dan permainan sekolah
3.3 Kelab / Persatuan
Menyelaras dan menyelia aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab yang bercorak akademik.
3.4 Unit Beruniform
a. Merancang strategi pelibatan murid dalam kegiatan unit beruniform
b.Merancang pelaksanaan kegiatan unit beruniform sekolah.
4. Pembangunan Organisasi
a. Mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa / masyarakat
b.Mengadakan kursus / latihan untuk personel.
5. Pembangunan Kendiri
a. Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu.
b. Menghadiri kursus, seminar dan bengkel
c. Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah (R&D)
d. Menghasilkan artikel-artikel bidang ikhtisas dan pengurusan
e. Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang Pendidikan kepada yang memerlukannya.
f. Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion keguruan.
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
1. Bidang Tugas
1.1 Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran dan
Penolog Kanan Hal Ehwal Murid.
1.2 Mengajar sebilangan waktu mengikut Pekeliling sedia ada.
1.3 Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam semua aktiviti kokurikulum, iaitu sukan, permainan, kelab,
persatuan, dan unit beruniform.
1.4 Membantu Pengetua menyelia dan menilai proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
2. Senarai Tugas
2.1 Sukan dan Permainan
a. Membantu merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan permainan di semua peringkat.
b.Membantu, merancang takwim sukan dan permainan sekolah.
c. Mengurus pemilihan peserta sukan untuk elit bagi mewakili sekolah
d.Mengawal dan menilai setiap kegiatan sukan dan permainan supaya mencapai matlamatnya.
2.2 Kelab dan Persatuan
a. Menyelaras dan menyelia aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab.
b.Memastikan pelaksanaan program kelab / persatuan berjalan mengikut jadual.
2.3 Unit Beruniform
a. Merancang strategi pelibatan unit beruniform sekolah.
b.Menyelaras pelaksanaan program
45
Ke Arah Kecemerlangan
2.4 Pengurusan
a. Mengurus dan menyelaras kegiatan setiap bidang kokurikulum
b.Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan kokurikulum
c. Menentukan langkah keselamatan dalam setiap aktiviti kokurikulum telah diambil.
d.Membantu dan mengurus segala penerbitan majalah / artikel sekolah.
e. Menyelaras pembahagian murid dalam kumpulan / rumah dan meningkat pencapaian prestasi
aktiviti setiap rumah.
f. Menguruskan dan menyelia peralatan dan kemudahan kokurikulum.
g.Memastikan rekod-rekod dan data kokurikulum diselenggara dengan baik.
h.Mengenal pasti guru / murid yang berpotensi untuk maju dan mengadakan program khas untuk
mereka.
i. Tindakan susulan semua guru.
2.5 Pembangunan Diri Murid
Membantu merancang program pembangunan diri murid seperti perkhidmatan tahunan, Hari
kokurikulum, Hari Koperasi dan lain-lain.
2.6 Pembangunan Organisasi
a. Mewujudkan hubungan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa / masyarakat.
b.Mengadakan kursus / latihan untuk personel.
2.7 Pembangunan Kendiri
a. Mempertingkatkan Budaya Membaca dan Budaya Ilmu.
b. Menghadiri kursus, seminar dan bengkel
c. Menjalankan kajian bagi kecemerlangan pengurusan sekolah (R&D)
d. Menghasilkan artikel-artikel bidang iktisas dan pengurusan
e. Memberi sumbangan kepakaran dalam bidang Pendidikan kepada yang memerlukannya.
f. Melibatkan diri secara aktif dalam persatuan yang berkaitan dengan profesion keguruan.
PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS
1. Bidang Tugas
1.1 Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pekeliling sedia ada.
1.2 Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam pengrusan dan Pentadbiran PPKI.
1.3 Bertanggungjawab kepada Pengetua berkaitan pengurusa Kurikulum PPKI.
1.4 Bertanggungjawab kepada Pengetua berkaitan Pengurusan Hal Ehwal Murid PPKI.
1.5 Bertanggungjawab kepada Pengetua berkaitan Pengurusan Kokurikulum PPKI.
1.6 Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam Pembangunan Organisasi PPKI.
1.7 Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam Pembangunan Kendiri.
2. Senarai Tugas
2.1 Pentadbiran dan Pengurusan
a. Membentuk dan menggerakan Jawatankuasa PPKI Sekolah;
b. Menganggotai jawatankuasa Kurikulum, Hal Ehwal Murid, Kokurikulum dan Kewangan peringkat
sekolah;
c. Menyediakan buku pengurusan dan takwim tahunan PPKI bersama-sama dengan guru Pendidikan
Khas;
d. Merancang dan menyelia perjalanan aktiviti kelas PPKI sepanjang tahun;
e. Mengadakan taklimat mingguan/bulanan bersama-sama guru Pendidikan Khas;
f. Memberi taklimat pengoperasian PPKI terkini kepada pihak pentadbir sekolah dan guru-guru
tentang pengurusan tentang kelas PPKI;
g. Menyampaikan maklumat dan dapatan mesysuarat guru penolong kanan pendidikan khas/penyelaras
bersama-sama dengan Penolong PPD Pendidikan Khas dan Swasta/JPN kepada pihak pentadbir
sekolah dan guru-guru Pendidikan Khas;
h. Menubuhkan Jawatankuasa Inklusif untuk menjayakan Program Inklusif;
46
Ke Arah Kecemerlangan
i. Memastikan fail-fail pengurusan PPKI sentiasa dikemas kini;
j. Menguruskan perjumpaan guru-guru Pendidikan Khas dengan ibu bapa MBK sekurang-kurangnya 2
kali setahun melalui penubuhan Majlis Permuafakatan Guru dan Ibu Bapa PPKI;
k. Mengendalikan aduan ibu bapa murid PPKI;
l. Memastikan semua guru, PPM dan murid PPKI berada di perhimpunan mingguan/rasmi (tertakluk
kepada amalan sekolah dan keupayaan murid PPKI);
m. Memastikan semua dokumen berkaitan setiap murid yang akan bertukar sekolah diserah kepada ibu
bapa/penjaga untuk dibawa ke sekolah yang berkenaan;
n. Takwim dan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) hendaklah disediakan pada awal tahun;
o. Memastikan surat-surat rasmi PPKI disediakan untuk PPD, Unit Pendidikan Khas JPN dan agensi
berkaitan;
p. Memastikan laporan semua aktiviti PPKI pada tahun disediakan dan dihantar ke PPD dan Unit
Pendidikan Khas JPN;
q. Memastikan data dan permohonan berkaitan PPKI dilaksanakan seperti APDM/EMIS/SPS,
Tingkatan 1 dan 4, SMPK, SMM dan lain-lain;
r. Bertanggungjawab kepada bidang tugas PPM;
s. Mencalonkan nama guru-guru Pendidikan Khas yang belum mengikuti kursus pendedahan PPKI
kepada Unit Pendidikan Khas JPN untuk dihantar berkursus.
2.2 Pengurusan Kewangan
a. Membuat ABM bersama-sama dengan pihak pentadbir sekolah dan guru-guru Pendidikan Khas;
b. Bertanggungjawab menguruskan kewangan PPKI;
c. Memastikan semua guru Pendidikan Khas menerima elaun insentif kanak-kanak cacat (BIMKC);
d. Memastikan tuntutan pelarasan peruntukan PCG PPKI dibuat apabila terdapat pertambahan bilangan
murid PPKI (mengikut syarat pekeliling kewangan semasa);
e. Menyemak baki peruntukan PCG PPKI dari semasa ke semasa dan memaklum serta memastikan
tindakan perbelanjaan dapat diuruskan dengan segera;
f. Memastikan pengurusan kewangan diurus mengikut prosedur sedia ada.
g. Memastikan guru kelas PPKI mendapat surat kuasa mengutip bayaran tambahan persekolahan dan
menerima buku resit daripada Pengetua/Guru Besar sebelum membuat kutipan.
2.3 Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran
a. Memastikan pencerapan PdPc guru di kelas PPKI dilaksanakan dari semasa ke semasa;
b. Memastikan pengurusan Jadual waktu guru Pendidikan Khas di sahkan oleh Pengetua;
c. Menyerahkan salinan jadual waktu kepada pentadbir sekolah;
d. Memastikan guru Pendidikan Khas memberi keutamaan dalam pelaksanaan PdPc serta aktiviti
berkaitan PPKI;
e. Mengadakan mesyuarat dengan guru-guru Pendidikan Khas untuk menyediakan jadual waktu
sebelum bermula sesi persekolahan tahun semasa;
f. Memastikan guru Pendidikan Khas mengajar sepenuhnya di PPKI;
g. Melaksanakan pencerapan PdPc kepada semua guru Pendidikan Khas;
h. Memastikan aktiviti kokurikulum PPKI dilaksanakan sepenuhnya dengan penglibatan semua murid
PPKI;
i. Memastikan buku persediaan mengajar dan RPI disediakan dan dikemaskini oleh guru Pendidikan
Khas.
2.4 Pengurusan Kelas
a. Menyediakan satu peraturan untuk kelas PPKI dan mendapatkan persetujuan daripada pentadbiran
sekolah sebelum diedarkan kepada ibu bapa atau penjaga;
b. Memastikan suasana kelas PPKI selesa dan kondusif untuk PdPc;
c. Memastikan keperluan alatan pengajaran dan pembelajaran kelas PPKI direkod dan diselenggara
dengan baik;
d. Mencadang pembelian keperluan di PPKI kepada Pengetua/Guru Besar untuk membuat permohonan
peralatan/asset dan naik taraf kelas PPKI ke Unit Pendidikan Khas, JPN melalui PPD masing-
masing berdasarkan keperluan semasa.
47
Ke Arah Kecemerlangan
2.5 Pengurusan Kokurikulum
a. Menyelia dan memantau aktiviti kokurikulum PPKI.
b. Menyelia urusan Unit Beruniform, Kelab dan Persatuan dan sukan permainan PPKI.
c. Menyelaras penyertaan dalam kokurikulum di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan
antarabangsa.
d. Menyelia pengurusan Pemarkahan dan Pensijilan Kokurikulum.
e. Menyelia program-program kepimpinan murid.
f. Menyelia pelaksanaan aktiviti kokurikulum seperti dalam Tugasan Guru Kokurikulum.
KETUA BIDANG
1. Bidang Tugas
1.1 Bertanggungjawab dalam hal kurikulum dan pentadbiran yang berkaitan dengan bidangnya.
1.2 Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam perancangan dan pengurusan kokurikulum yang berkaitan
dengan bidangnya.
1.3 Membantu Pengetua menyelia dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan
dengan bidangnya.
1.4 Mengadakan program untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan sahsiah murid-murid.
1.5 Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan pendidikan yang berkaitan
dengan bidangnya.
1.6 Membantu Pengetua menyelaras dalam hal-hal yang berkaitan dengan bidangnya, dengan pihak luar
seperti pemeriksaan sekolah oleh Jemaah Nazir Sekolah, latihan mengajar bagi guru-guru
pelatih/maktab/university, dan seumpamanya.
1.7 Mengajar sekurang-kurangnya 18 waktu seminggu.
2. Senarai Tugas
2.1 Kurikulum
a. Memimpin guru menentukan dan merancang Rancangan Pelajaran Penggal / Mingguan dan lain-lain
yang berkaitan dengan bidangnya.
b. Mempengerusikan mesyuarat atau memimpin panitia mata pelajaran di bawah kawalannya.
c. Menjalankan penyeliaan ke atas aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran.
d. Membimbing guru pelatih, guru yang baru, dan guru sandaran dalam menjalankan tugas-tugas
mereka.
e. Menentukan bahan dan sumber pendidikan digunakan dan diselenggara dengan berkesan.
f. Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan bidangnya dan mengambil tindakan
sewajarnya.
g. Menyelaras pengurusan dan perjalanan aktiviti-aktiviti bimbingan, pemulihan, dan pengayaan.
h. Membantu dalam perancangan program dan meyelaras kegiatan (kurikulum) yang dijalankan oleh
sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia.
i. Membantu dalam pemilihan buku teks, bahan pusat sumber, alat pandang dengar dan bahan-bahan
pendididkan lain.
j. Menganggotai jawatankuasa kurikulum sekolah dan jawatankuasa-jawatankuasa lain yang
diarahkan oleh Pengetua.
k. Membantu menjalankan kursus, taklimat, penerangan, dan perjumpaan di sekolah dalam konteks
perkembangan staf.
l. Memperoleh dan menyebar maklumat terbaru tentang pengkaedahan dan pendekatan-pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada guru.
m. Menjalankan usaha untuk mempertingkatkan dan memperluas amalan-amalan penggunaan Bahasa
Melayu sebagai bahasa ilmu merentasi kurikulum.
n. Mengenal pasti masalah kelemahan murid dan mencari langkah-langkah untuk mengatasinya
2.2 Kokurikulum
a. Merancang, menyelaras, dan melaksanakan segala kegiatan kokurikulum yang bersifat akademik
yang dapat membantu meningkatkat kecemerlangan akademik murid-murid.
48
Ke Arah Kecemerlangan
b. Merancang, mengawal, dan menyelaras segala aktiviti persatuan di bawah bidangnya.
2.3 Pengurusan
a. Membantu menetukan dan mengagihkan tugas-tugas guru matapelajaran di bawah bidang dan
kawalannya.
b. Membantu menyelaras hal ehwal peperiksaan, kursus, dan latihan untuk guru.
c. Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data atau maklumat dan segala jenus perangkaan
yang berkaitan dengan bidangnya.
d. Membantu merancang takwim sekolah.
e. Menyelia kerja-kerja guru di bawah bidang kawalannnya.
f. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dan mengawal perbelanjaan.
g. Membantu menyelaras penyediaan Penyata Kewangan untuk urusan audit tahunan.
h. Menjaga dan menyemak stok dan inventori segala peralatan, barang, atau bahan yang berkaitan
dengan bidangnya.
i. Menentukan aspek-aspek penyampaian nilai-nilai murni dan amalan berlaku di bilik darjah dan
sekolah.
j. Menentukan murid dilatih melaksanakan tugas-tugas pengurusan bilik darjah dan menjaga
keceriaannya.
k. Menyelia kerja-kerja kursus murid-murid, mempertingkatkan murid, dan program Penilaian
Kendalian Sekolah Menengah (PKSM) sebagaimana yang dirancang.
3. Tugas Lain
3.1 Berhubung dengan PKG, Pejabat Pendidikan Daerah, dan Pusat Sumber Pendidkan Negeri tentang apa
jua maklumat dan bantuan yang boleh didapati untuk membantu sekolah dan guru.
3.2 Berhubung dengan guru kanan mata pelajaran sekolah lain yang berhampiran bagi tujuan berkongsi
maklumat dan sumber pendidikan bagi memantapkan keupayaan dan pengetahuan.
3.3 Melengkapkan bilik gerakan sekolah dengan data atau maklumat tentang semua mata pelajaran dan
menggunakannya dengan berkesan dan berhasil.
3.4 Membantu dan merancang dan menyelia program keceriaan dan kebersihan sekolah.
3.5 Membantu pengetua menyelia dalam hal-hal peperiksaan, kegiatan sukan, penyediaan jadual waktu
sekolah, dan urusan pusat sumber.
3.6 Melaksanakan segala arahan dan tugasan yang diberi oleh Pengetua dari semasa ke semasa.
KETUA PANITIA
1. Menentukan penggunaan sukatan pelajaran yang kemas kini.
2. Menentukan penggunaan bahan bantu mengajar dan kaedah-kaedah pembelajaran dan pengajaran yang
kemas kini.
3. Bertanggungjawab menyediakan rancangan pelajaran mingguan, bulanan, dan penggal.
4. Menyelaras penyediaan soalan-soalan peperiksaan dalam dan pemeriksaan kertas-kertas jawapan.
5. Menganalisis keputusan peperiksaan bagi mata pelajaran berkenaan dan mengkaji serta mencari jalan
untuk memajukan taraf pencapaian dari semasa ke semasa seperti mengadakan:
5.1 kelas-kelas tambahan
5.2 ceramah-ceramah menjawab soalan
5.3 peraduan-peraduan tertentu
5.4 kuiz
5.5 bahas
6. Menentukan jenis-jenis buku yang diadakan oleh sekolah untuk perpustakaan atau rujukan guru.
7. Mengkaji dan manilai buku-buku teks yang baru untuk dipilih dan digunakan oleh sekolah.
8. Memberi kerjasama kepada Jawatankuasa SPBT untuk menjadi keselamatan buku-buku teks yang
digunakan.
9. Bertanggungjawab menyediakan bahan-bahan atau alat-alat untuk pameran-pameran jika ada.
10. Mengkaji dan menentukan jenis buku latihan kerja bagi tiap-tiap tingkatan jika diperlukan.
49
Ke Arah Kecemerlangan
11. Mengumpulkan sekurang-kurangnya dua salinan soalan-soalan dalam dan luar untuk semakan dan
rujukan di perpustakaan sekolah.
12. Mengadakan tindak balas kepada setiap perubahan baru yang diperlukan seperti sukatan pelajaran baru,
pengkaedahan pengajaran dan pembelajaran baru jika ada.
13. Bersama-sama memikul tanggungjawab mengekalkan dan meninggikan prestasi murid-murid.
14. Mengadakan dan melaksanakan peraturan-peraturan panitianya.
15. Mengadakan mesyuarat panel sekurang-kurangnya sepenggal sekali atau lebih kerap, jika perlu.
16. Menjalankan semua arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.
GURU TINGKATAN
1. Bidang Tugas
1.1 Pengurusan dan Organisasi Kelas
a. Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Tingkatan, Penolong Ketua Tingkatan,
Bendahari, AJK Kebersihan, dan AJK Keceriaan; memastikan bahawa AJK Kebersihan
mengagihankan murid untuk membersihkan papan hitam, menyapu lantai, mengelap tingkap,
menyusun kerusi meja, dan membuang sampah. Memastikan bahawa AJK Keceriaan sentiasa
mengemas kini papan kenyataan dan papan maklumat dari semasa ke semasa, menyediakan langsir,
dan bunga (jika perlu) untuk kelas.
b. Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas :
1.1.b.1 Jadual waktu
1.1.b.2 Jadual tugas
1.1.b.3 Perabot kelas, seperti kerusi, meja guru, dan papan hitam diinventorikan
1.1.b.4 Moto kelas
1.1.b.5 Alat pembersihan, seperti penyapu, bakul sampah, dan pengaut sampah.
c. Menetukan kawat elektrik, kipas angina, dan lampu berada dalam keadaan baik dan selamat
digunakan.
d. Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada guru yang berkenaan.
e. Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas.
f. Mengadakan tabung kelas dengan jumlahnya terpulang kepada budi bicara murid-murid.
1.2 Jadual Kedatangan dan kedatangan murid
a. Merekodkan semua butir murid-murid dalam jadual kedatangan, terutama kutipan sumbangan,
nombor pendaftaran, dan butir diri termasuk nombor telefon yang terkini dan boleh dihubungi.
b. Menandakan kedatangan harian murid-murid setiap waktu, mencatatkan nama-nama murid-murid
yang tidak hadir dan jumlahkan bilangan hari ketidakhadiran setiap minggu/bulan.
c. Menutup jadual kedatangan murid-murid pada tiap-tiap murid akhir bulan dan menyerahkannya
kepada PKEM.
d. Mencatatkan pertukaran murid-murid dan memberitahu kerani berkenaan, PKP dan PKEM untuk
catatkan dalam buku pendaftaran sekolah tentang Buku Teks Pinjaman.
e. Jika ada murid-murid yang tidak hadir, gur tingkatan WAJIB menghubungi ibu bapa/penjaga murid-
murid itu pada hari berkenaan.
f. Surat Amaran ketidakhadiran wajib dikeluarkan mengikut peraturan pekeliling yang berkuatkuasa.
Rujuk muka surat 130.
1.3 Laporan Pelajaran, Sijil Berhenti, Surat Akuan dan Kad 001
a. Memastikan bahawa setiap murid mempunyai kad kemajuan murid.
b. Mengisikan markah dan membuat laporan kemajuan akademik, kokurikulum, dan fizikal di dalam
kad kemajuan murid-murid bagi setiap semester/penggal.
c. Menyampaikan kad kemajuan murid-murid kepada ibu bapa.
d. Menyampaikan Kad 001 daripada Penyelaras Kad 001.
e. Menyelia dan mengisi :
i. “Mark Sheet” bagi setiap peperiksaan sekolah
ii. Kad 001
iii. Sijil Berhenti dan surat akuan bagi murid-murid yang meneruskan persekolahan lulus
50