Bahagian Pembangunan Kurikulum JUN 2019
Terbitan 2019 © Kementerian Pendidikan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
Rukun Negara.................................................................................................................................................................................. v Falsafah Pendidikan Kebangsaan................................................................................................................................................... vi Definisi Kurikulum Kebangsaan....................................................................................................................................................... vii Kata Pengantar................................................................................................................................................................................ ix Unit 1: Pengenalan…………………………………………………………………………………………………………………………. 1 Matlamat………………………………………………………………………………………………………………………………………... 2 Kerangka Pendidikan Sivik…………………………………………………………………………………………………………………… 3 Unit 2: Perincian Pemetaan Pendidikan Sivik Sekolah Rendah………………………………………………………………………. 6 Unit 3: Panduan Pelaksanaan…………………………………………………………………………………………………………….. 55 Unit 4: Modul Exemplar Pendidikan Sivik Sekolah Rendah…………………………………………………………………………… 57 4.1 Modul Exemplar Bahasa Melayu………………………………………………………………………………………………………... 59 4.2 Modul Exemplar Bahasa Inggeris……………………………………………………………………………………………………….. 85 4.3 Modul Exemplar Pendidikan Islam……………………………………………………………………………………………………… 111 4.4 Modul Exemplar Pendidikan Moral……………………………………………………………………………………………………… 139 165 169 Panel Penggubal………………………………………………………………………………………………………………………………. Penghargaan…………………………………………………………………………………………………………………………………... KANDUNGAN
RUKUN NEGARA BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN v
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.” Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) vi
KURIKULUM KEBANGSAAN DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN 3. Kurikulum Kebangsaan Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. Sumber: Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 [PU(A)531/97.] vii
KATA PENGANTAR Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Anjakan tiga dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu untuk melahirkan rakyat yang menghayati nilai selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan memberikan penekanan kepada pembangunan manusia secara holistik. Sehubungan dengan itu, pendidikan sivik dilaksanakan secara bersepadu dan holistik bukan sahaja dalam mata pelajaran tetapi turut dilaksanakan menerusi perhimpunan sekolah, aktiviti kokurikulum dan pelbagai program sekolah mulai Jun 2019. Pelaksanaan pendidikan sivik dalam kurikulum melalui beberapa mata pelajaran akan menggunakan modul exemplar yang menjadi panduan bagi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Modul exemplar pendidikan sivik dibina berdasarkan empat nilai teras sivik iaitu kasih sayang, hormat-menghormati, bertanggungjawab dan kegembiraan. Modul exemplar yang disediakan ini perlu dilaksanakan oleh murid dengan bimbingan guru mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral dalam waktu mata pelajaran masing-masing. Selain itu, pelibatan pihak luar dan pelbagai agensi seperti ibu bapa dan anggota masyarakat dapat menggalakkan pembudayaan nilai dalam kalangan murid dan memastikan kesinambungan amalan nilai dari sekolah ke rumah dan sebaliknya. Proses penerapan nilai berterusan ini diharap dapat melahirkan warganegara yang mampu memainkan peranan, mengetahui hak dan melaksanakan tanggungjawab bermula dari prasekolah sehingga ke sekolah menengah. Usaha penghasilan modul exemplar ini adalah atas dedikasi dan sumbangan idea serta kepakaran pelbagai pihak. Kepada semua pihak yang terlibat, Bahagian Pembangunan Kurikulum merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih. Sekian. Dr. MOHAMED BIN ABU BAKAR Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia ix
Pendidikan sivik didedahkan kepada murid seawal dari peringkat prasekolah untuk menyemai kesedaran sivik dalam kalangan kanak-kanak. Pada peringkat sekolah rendah, pendidikan sivik dipelajari oleh murid untuk memperoleh pengetahuan dan pengalaman sivik, manakala di sekolah menengah, pembelajaran pendidikan sivik membolehkan murid mengaplikasikan pemikiran sivik dan mengamalkannya dalam kehidupan harian. Pendidikan sivik memberi pemahaman dan kesedaran kepada murid tentang hak serta tanggungjawab mereka terhadap masyarakat dan negara. Pelaksanaan pendidikan sivik di sekolah memberi penekanan kepada aspek literasi sivik dan amali sivik yang diintegrasikan melalui empat nilai teras, iaitu kasih sayang, hormat-menghormati, bertanggungjawab dan kegembiraan. Hasrat ini boleh dicapai melalui pendekatan bersepadu menerusi perhimpunan sekolah, kurikulum, kokurikulum dan program sekolah. Melalui kurikulum, kandungan pendidikan sivik disampaikan secara pembelajaran bersepadu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Penyepaduan dalam mata pelajaran ini disediakan dalam Perincian Pemetaan Pendidikan Sivik. Kandungan ini membolehkan murid memahami dan menghayati pelbagai ilmu serta maklumat seperti hak asasi, hubungan dengan orang lain, warisan budaya masyarakat Malaysia, kedaulatan negara dan kelestarian alam sekitar. Pemahaman tentang pendidikan sivik membolehkan murid mengukuh kemahiran berkomunikasi dengan berkesan, berunding dan menyelesaikan konflik serta membuat keputusan, hidup bersama-sama dalam masyarakat berbilang kaum dan etnik serta menyumbang kepada masyarakat. Pemahaman dan kesedaran sivik juga dapat membentuk perwatakan murid supaya menjadi warganegara yang bersatu padu, bersemangat patriotik, berintegriti dan memberi sumbangan bermakna ke arah kesejahteraan masyarakat, negara serta global. Perincian pemetaan ini disokong dengan penyediaan modul sebagai panduan kepada guru untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) pendidikan sivik dalam mata pelajaran tersebut. Modul yang disediakan untuk semua peringkat persekolahan menekankan aspek pengetahuan, sosioemosi dan tindakan sivik serta menyarankan pelbagai kaedah PdP bagi memastikan pendidikan sivik dilaksanakan berkesan. Pendidikan sivik hendaklah dilaksanakan secara bersepadu dan menyeluruh melalui pelbagai cara. Pelibatan semua pihak dapat mendorong ke arah pembentukan perwatakan murid yang memiliki pemikiran sivik dan mengetahui hak serta tanggungjawab sebagai warganegara dalam memberi sumbangan kepada masyarakat, negara dan global. 1 UNIT 1 PENGENALAN
2 MATLAMAT Matlamat pendidikan sivik adalah untuk melahirkan warganegara yang mengetahui hak, bertanggungjawab dan berakhlak mulia bagi menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan global. Modul Exemplar Pendidikan Sivik digubal berasaskan empat nilai teras, iaitu: Kegembiraan Melahirkan warganegara yang sejahtera dari aspek kesihatan, emosi dan pertumbuhan. Bertanggungjawab Melahirkan warganegara yang amanah, rajin, ikhlas, berdisiplin, beretika, berintegriti dan beradab tinggi serta mengamalkannya. Hormat-menghormati Melahirkan warganegara yang takzim dan menghargai antara satu sama lain yang berbeza latar belakang, bangsa, agama, budaya serta mampu meraikan persamaan dan perbezaan. Kasih sayang Melahirkan warganegara yang sayang kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat, negara dan global serta memiliki jati diri, mementingkan kedaulatan negara dan cinta akan tanah air.
Rajah 1: Kerangka Pendidikan Sivik KERANGKA PENDIDIKAN SIVIK Pendidikan sivik dilaksanakan secara holistik berfokus kepada pembentukan perwatakan murid melalui nilai teras iaitu kasih sayang, hormatimenghormati, bertanggungjawab dan kegembiraan dalam konteks diri, keluarga, sekolah, masyarakat, negara dan global. Pendidikan sivik menfokuskan kepada aspek literasi sivik dan amali sivik yang dapat mendidik murid untuk berfikir, berilmu, beretika serta hidup dalam semangat perpaduan dan cinta akan negara. Literasi sivik membekalkan murid dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan untuk pembentukan warganegara yang bertanggungjawab. Amali sivik dihayati melalui amalan dalam kehidupan harian yang dikembangkan menerusi aktiviti di dalam dan luar bilik darjah. Kedua-dua aspek ini membolehkan murid membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian serta memberi sumbangan kepada masyarakat. Hasrat ini digambarkan dalam Rajah 1 di bawah. 3
Literasi sivik dan amali sivik dijadikan asas dalam pendidikan sivik. Literasi Sivik merangkumi tiga elemen, iaitu pengetahuan kewarganegaraan (pengetahuan), karakter atau sikap kewarganegaraan (sosioemosi) dan keterampilan kewarganegaraan (tindakan) yang diterjemahkan dalam kurikulum seperti berikut: 1. Pengetahuan Kewarganegaraan Merupakan perkara asas yang perlu diketahui dan difahami oleh seseorang warganegara khususnya pengetahuan tentang hal ehwal raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen, pentadbiran dan kerajaan, masyarakat sivil, hak asasi manusia, perlembagaan dan undang-undang negara. Melalui pengetahuan sivik, setiap warganegara dapat memahami hak dan tanggungjawab bagi menjadikan mereka berfikiran lebih terbuka, dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai isu, masalah dan cabaran serta boleh berfungsi dalam sistem sosiopolitik. 2. Karakter atau Sikap Kewarganegaraan Karakter atau sikap kewarganegaraan adalah kemahiran yang diperlukan untuk mengenali dan menguruskan emosi, membuat keputusan secara bertanggungjawab berdasarkan pertimbangan sivik, prihatin serta membina hubungan kasih sayang secara positif. Melalui sosioemosi sivik, setiap warganegara mampu menangani situasi yang mencabar secara rasional serta boleh menyesuaikan diri dalam kepelbagaian masyarakat. 3. Keterampilan Kewarganegaraan Keterampilan kewarganegaraan adalah individu yang mampu melaksanakan hak-hak kewajipannya sebagai warganegara, bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, sekolah, masyarakat, negara dan global. Melalui tindakan sivik, setiap warganegara berupaya untuk menyokong dan menyumbang melalui aktiviti kemasyarakatan, pembangunan negara serta mampu memberi respons perkara-perkara berkaitan dengan masyarakat, negara dan global. 4
Amali Sivik ialah pengaplikasian pengetahuan, kesedaran dan tindakan sivik bermula dari diri, keluarga, masyarakat, negara dan global. Amali sivik membolehkan murid menterjemah pengetahuan, kesedaran dan tindakan sivik dalam kehidupan harian dan memberi sumbangan kepada masyarakat dengan berkesan. Amali sivik dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti sama ada di dalam atau di luar sekolah seperti berikut: 1. Perhimpunan Sekolah Perhimpunan sekolah boleh dimanfaatkan untuk meningkatkan kesedaran sivik dalam kalangan murid menggunakan Manual Kesedaran Sivik dan Amalan Nilai Murni (MKSANM). Kandungan manual ini disusun mengikut nilai teras yang ditetapkan dan disesuaikan dengan latar masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, etnik dan agama bertujuan mengukuhkan jati diri, perpaduan dan semangat patriotik dalam kalangan murid. 2. Kokurikulum Pelaksanaan pendidikan sivik yang dilaksanakan pada setiap minggu diselaraskan mengikut nilai teras yang ditetapkan. Aktiviti badan unit beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan menyediakan peluang kepada murid untuk mengaplikasikan nilai sivik, meningkatkan ilmu, meneroka kemahiran baharu, mengukuhkan sikap positif dan mengamalkan sifat kemanusiaan serta meningkatkan kualiti jati diri. 3. Aktiviti/ Program Sekolah Pihak sekolah disaran mengadakan kerjasama strategik dengan pihak berkepentingan seperti ibu bapa, komuniti, media, agensi kerajaan dan swasta serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mengukuhkan penerapan nilai sivik. Pelibatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta komuniti setempat perlu diperkasakan dalam aktiviti atau program sekolah seperti Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP), Sambutan Bulan Kemerdekaan, Hari Bumi, Hari Kanak-kanak Sedunia dan sebagainya. 5
UNIT 2 PERINCIAN PEMETAAN PENDIDIKAN SIVIK SEKOLAH RENDAH Perincian Pemetaan Pendidikan Sivik Sekolah Rendah digubal berdasarkan empat nilai teras iaitu kasih sayang, hormat-menghormati, bertanggungjawab dan kegembiraan. Melalui nilai teras murid didedahkan dengan maklumat dan idea yang diperlukan sebagai asas bagi melahirkan warganegara yang bertanggungjawab. Maklumat dan idea ini digubal mengikut konteks diri, keluarga, sekolah, masyarakat, negara dan global. Tajuk-tajuk dalam perincian ini merupakan antara kandungan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) (Semakan 2017), bagi mata pelajaran berkaitan. Setiap tajuk yang digubal berasaskan empat nilai teras adalah seperti dalam Jadual 1. 6
Nilai Teras: Kasih Sayang Nilai Teras: Hormat-Menghormati Nilai Teras: Bertanggungjawab Nilai Teras: Kegembiraan Fizikal Cergas Mental Sihat Hak Aku dan Dia Untuk Tidak Disentuh Celik Wang Fikirkan Boleh Belas Kasihan dalam Keluarga Hormati Keluarga Patuhi Peraturan dan Undang-undang Dalam Negara Keluarga Bahagia Masyarakat Sejahtera Sekolah Bebas Buli Menghargai Golongan OKU Peranti (Gajet Mania) Pengaruh Rakan Sebaya Masyarakat Penyayang Merentasi Kaum dan Etnik Hormati Warga Sekolah Rajin dan Komited Interaksi Sihat Antara Rakan, Keluarga dan Masyarakat Jimat Air dan Elektrik Malu Melakukan Perkara Negatif Benci Rasuah Rakan Baik Selamanya daripada Pelbagai Kaum Sayangi Flora dan Fauna Hormat Kepelbagaian Agama, Budaya dan Etnik Di Malaysia Sekolahku Rumahku Menghargai Pemimpin Sayangi Sesama Insan Mematuhi Undang-undang Jalan Raya Hak Kanak-kanak Semangat Patriotik Pemupukan Jati Diri Menghormati Undang-undang Negara Lain Jujur dan Amanah Berterima Kasih Rukun Negara Toleransi Tepati Janji dan Masa Warisan dan Budaya Malaysia Jauhi Rasuah Kata Tidak Pada Rokok, Inhalan dan Dadah Sistem Raja Berperlembagaan Amalan 3R Celik Cukai Cintai Malaysia Dunia Aman Buli Siber Jadual 1: Pemetaan Pendidikan Sivik Sekolah Rendah 7
PERINCIAN PEMETAAN PENDIDIKAN SIVIK SEKOLAH RENDAH TAHAP I DAN TAHAP II
NILAI TERAS PENDIDIKAN SIVIK TAJUK KONTEKS LITERASI SIVIK AMALI SIVIK Pengetahuan Kewarganegaraan (Pengetahuan) Karakter/ Sikap Kewarganegaraan (Sosioemosi) Keterampilan Kewarganegaraan (Tindakan) Cadangan Contoh Aktiviti/ Program Kasih Sayang Fizikal Cergas Mental Sihat Diri, Keluarga, Sekolah, Masyarakat, Negara dan Global Menjelaskan cara menjaga kebersihan diri Menghuraikan kepentingan menjaga kecergasan fizikal untuk kesihatan mental dan emosi Menghayati amalan sayangi diri dengan mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan semua Berkongsi perasaan tentang penjagaan makanan bagi menjaga kecergasan fizikal untuk kesihatan mental dan emosi Mengadakan sesi luahan perasaan (muhasabah diri) untuk kestabilan emosi Mencuci tangan dengan cara yang betul sebelum dan selepas makan Menguruskan peralatan atau bekas makanan dengan bersih Mempraktikkan senaman bagi mengekalkan kecergasan fizikal untuk kesihatan mental dan emosi Aktiviti PdP Menjalankan aktiviti PAK21 berkaitan fizikal cergas dan mental sihat Aktiviti Kokurikulum Keterampilan diri Program Sekolah Program pemeriksaan kesihatan sekolah dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 11 Perincian Pemetaan Pendidikan Sivik Sekolah Rendah
NILAI TERAS PENDIDIKAN SIVIK TAJUK KONTEKS LITERASI SIVIK AMALI SIVIK Pengetahuan Kewarganegaraan (Pengetahuan) Karakter/ Sikap Kewarganegaraan (Sosioemosi) Keterampilan Kewarganegaraan (Tindakan) Cadangan Contoh Aktiviti/ Program Kasih Sayang Belas Kasihan dan Adab dalam Keluarga Diri, Keluarga, Sekolah, Masyarakat, Negara dan Global Menyatakan cara menjaga adab semasa berkomunikasi dengan ahli keluarga Menerangkan kepentingan sikap membantu ahli keluarga tanpa diminta Menjelaskan keperluan menjaga akhlak dan perlakuan yang baik serta sopan dalam keluarga Mengekspresikan adab berkomunikasi dengan ahli keluarga Berkongsi perasaan tentang bantuan dan sokongan dari segi fizikal dan mental dengan ahli keluarga Menunjukkan akhlak dan perlakuan yang baik serta sopan dalam keluarga Menunjukkan adab berkomunikasi dengan ahli keluarga Membantu ahli keluarga tanpa diminta Aktiviti PdP Menghasilkan peta minda tentang cara membantu keluarga dari aspek fizikal dan mental Menjalankan aktiviti simulasi tentang adab dalam keluarga Aktiviti Kokurikulum Bercerita Simulasi Progam Sekolah Program motivasi bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) 12
NILAI TERAS PENDIDIKAN SIVIK TAJUK KONTEKS LITERASI SIVIK AMALI SIVIK Pengetahuan Kewarganegaraan (Pengetahuan) Karakter/ Sikap Kewarganegaraan (Sosioemosi) Keterampilan Kewarganegaraan (Tindakan) Cadangan Contoh Aktiviti/ Program Kasih Sayang Sekolah Bebas Buli Diri, Keluarga, Sekolah, Masyarakat, Negara dan Global Menjelaskan kepentingan menyayangi warga sekolah Menerangkan ciriciri pembentukan sahsiah yang terpuji Menghuraikan kepentingan pematuhan kepada peraturan sekolah Menyatakan caracara menangani buli Menzahirkan perasaan sayang kepada warga sekolah Menghargai jalinan persahabatan dan semangat berpasukan antara rakan Mengamalkan pertuturan dan perlakuan yang sopan Menjalinkan persahabatan yang sihat dan semangat berpasukan Melaporkan kes buli Aktiviti PdP Menjalankan simulasi tentang kes buli di sekolah Mencari maklumat berkaitan kes buli dari pelbagai sumber Aktiviti Kokurikulum Tayangan multimedia berkaitan disiplin dan kerohanian Program Sekolah Program kerjasama dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 13
NILAI TERAS PENDIDIKAN SIVIK TAJUK KONTEKS LITERASI SIVIK AMALI SIVIK Pengetahuan Kewarganegaraan (Pengetahuan) Karakter/ Sikap Kewarganegaraan (Sosioemosi) Keterampilan Kewarganegaraan (Tindakan) Cadangan Contoh Aktiviti/ Program Kasih Sayang Masyarakat Penyayang Merentasi Kaum dan Etnik Diri, Keluarga, Sekolah, Masyarakat, Negara dan Global Menjelaskan sikap mengambil berat tentang orang lain tanpa mengira kaum dan etnik Menghuraikan kepentingan sikap simpati dan empati terhadap kesusahan orang lain tanpa mengira kaum dan etnik Menghuraikan cara memupuk masyarakat penyayang Melahirkan perasaan simpati terhadap kesusahan orang lain tanpa mengira kaum dan etnik Menunjukkan perasaan bangga hidup dalam masyarakat yang harmoni Menjalinkan dan menjaga hubungan yang positif tanpa mengira kaum dan etnik Memberikan bantuan dan sokongan moral kepada orang lain tanpa mengira kaum dan etnik Menyertai aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan Aktiviti PdP Menjalankan aktiviti PAK21 berkaitan masyarakat penyayang merentasi kaum dan etnik Menjalankan aktiviti kumpulan tentang pemupukan semangat kekitaan Aktiviti Kokurikulum Permainan Dinamika Gotong-royong Program Sekolah Program Pencegahan Denggi Program pencegahan penculikan, penderaan kanak-kanak, pengabaian warga tua/ anak yatim 14
NILAI TERAS PENDIDIKAN SIVIK TAJUK KONTEKS LITERASI SIVIK AMALI SIVIK Pengetahuan Kewarganegaraan (Pengetahuan) Karakter/ Sikap Kewarganegaraan (Sosioemosi) Keterampilan Kewarganegaraan (Tindakan) Cadangan Contoh Aktiviti/ Program Kasih Sayang Jimat Air dan Elektrik Diri, Keluarga, Sekolah, Masyarakat, Negara dan Global Menyatakan sumber-sumber air Menjelaskan cara penjimatan air dan elektrik Menjelaskan kepentingan penjimatan air dan elektrik Mengekspresikan rasa bangga apabila dapat berjimat-cermat dalam menggunakan air dan elektrik Mengaplikasikan sikap bersederhana dalam kehidupan dan berjimatcermat Mengamalkan budaya berjimatcermat dalam kalangan murid Tidak melakukan pembaziran air dan elektrik Aktiviti PdP Debat mini berkaitan penjimatan air dan elektrik Aktiviti Kokurikulum Mencipta dan memasang notis peringatan Aktiviti 3R (Reuse, Reduce & Recycle) Program Sekolah Kempen Let’s Save The World Kempen Earth Hour 15
NILAI TERAS PENDIDIKAN SIVIK TAJUK KONTEKS LITERASI SIVIK AMALI SIVIK Pengetahuan Kewarganegaraan (Pengetahuan) Karakter/ Sikap Kewarganegaraan (Sosioemosi) Keterampilan Kewarganegaraan (Tindakan) Cadangan Contoh Aktiviti/ Program Kasih Sayang Sayangi Flora dan Fauna Diri, Keluarga, Sekolah, Masyarakat, Negara dan Global Menjelaskan kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar Menyatakan caracara untuk menghargai flora dan fauna Menunjukkan perasaan sayang akan alam sekitar Menunjukkan kesedaran memelihara dan memulihara alam sekitar Memelihara dan memulihara alam sekitar Mengamalkan budaya sayangi alam sekitar Melaksanakan tindakan yang sesuai untuk mengatasi masalah kepupusan flora dan fauna Aktiviti PdP Menghasilkan kraf tangan dari bahan terpakai Perbincangan tentang cara menghargai flora dan fauna Aktiviti Kokurilum Aktiviti 3K (Kebersihan, Keceriaan dan Keselamatan) Kebun sekolah Sayangi sungai kita Program Sekolah Kempen kelestarian alam Melibatkan diri dalam pengekalan Tapak Ramsar 16
NILAI TERAS PENDIDIKAN SIVIK TAJUK KONTEKS LITERASI SIVIK AMALI SIVIK Pengetahuan Kewarganegaraan (Pengetahuan) Karakter/ Sikap Kewarganegaraan (Sosioemosi) Keterampilan Kewarganegaraan (Tindakan) Cadangan Contoh Aktiviti/ Program Kasih Sayang Sayangi Sesama Insan Diri, Keluarga, Sekolah, Masyarakat, Negara dan Global Menyatakan kepentingan keamanan sejagat Mengetahui hak untuk menyayangi dan disayangi Menjelaskan tentang hak asasi manusia seperti pendidikan dan perlindungan Menunjukkan sikap mencintai keamanan Menunjukkan sikap mengambil berat sesama insan Mengaplikasikan budaya mencintai keamanan Melibatkan diri dalam membantu mangsa perang atau bencana alam melalui pelbagai cara Aktiviti PdP Menghasilkan buku skrap berkaitan hak-hak asasi Menonton video berkaitan mangsa perang Aktiviti Kokurikulum Nyanyian lagu bertema kasih sayang Mencipta kad ucapan Program Sekolah Kempen kesedaran isu keamanan dunia Program sukarelawan bagi mangsa bencana alam (Kerjasama dengan NGO) 17
NILAI TERAS PENDIDIKAN SIVIK TAJUK KONTEKS LITERASI SIVIK AMALI SIVIK Pengetahuan Kewarganegaraan (Pengetahuan) Karakter/ Sikap Kewarganegaraan (Sosioemosi) Keterampilan Kewarganegaraan (Tindakan) Cadangan Contoh Aktiviti/ Program Kasih Sayang Pemupukan Jati Diri Diri, Keluarga, Sekolah, Masyarakat, Negara dan Global Menghuraikan kepentingan pemupukan jati diri Malaysia Mengenali identiti diri dan negara Menerangkan usaha-usaha untuk membentuk jati diri Mengekspresikan perasaan berkaitan pembentukan jati diri Menghargai identiti negara seperti Jalur Gemilang dan Lagu Kebangsaan Pengukuhan jati diri melalui Prinsip Rukun Negara Mengamalkan sikap semangat setia negara Menjaga dokumen pengenalan diri Memohon kad pengenalan bagi yang berumur 12 tahun Berdiri tegak ketika menyanyikan Lagu Kebangsaan Aktiviti PdP Menghasilkan buku skrap berkaitan identiti negara Sumbang saran berkaitan cara memupuk jati diri Aktiviti Kokurikulum Pengucapan awam Cipta cogan kata Program Sekolah Sambutan Hari Kebangsaan/Hari Malaysia Projek menggantikan Jalur Gemilang yang lusuh 18
NILAI TERAS PENDIDIKAN SIVIK TAJUK KONTEKS LITERASI SIVIK AMALI SIVIK Pengetahuan Kewarganegaraan (Pengetahuan) Karakter/ Sikap Kewarganegaraan (Sosioemosi) Keterampilan Kewarganegaraan (Tindakan) Cadangan Contoh Aktiviti/ Program Kasih Sayang Rukun Negara Diri, Keluarga, Sekolah, Masyarakat, Negara dan Global Menjelaskan prinsip Rukun Negara dalam mengekalkan kedaulatan negara Menerangkan sejarah Rukun Negara Menghuraikan kepentingan menghormati dan mengamalkan prinsip Rukun Negara Menghargai prinsip Rukun Negara Mengekspresikan perasaan bangga apabila dapat mengamalkan prinsip Rukun Negara demi kesejahteraan negara Mengamalkan prinsip Rukun Negara dalam kehidupan Mengamalkan hidup bersatu padu Aktiviti PdP Menghasilkan mobail Rukun Negara Melukis dan mewarna Bunga Raya dengan merujuk prinsip Rukun Negara Aktiviti Kokurikulum Menghayati Rukun Negara Program Sekolah Menyemarakkan Kelab Rukun Negara 19
NILAI TERAS PENDIDIKAN SIVIK TAJUK KONTEKS LITERASI SIVIK AMALI SIVIK Pengetahuan Kewarganegaraan (Pengetahuan) Karakter/ Sikap Kewarganegaraan (Sosioemosi) Keterampilan Kewarganegaraan (Tindakan) Cadangan Contoh Aktiviti/ Program Kasih Sayang Warisan dan Budaya Malaysia Diri, Keluarga, Sekolah, Masyarakat, Negara dan Global Mengenali warisan dan budaya dalam negara Mengetahui peranan dan hak dalam pengekalan warisan dan budaya Malaysia Menerangkan kesan pengaruh budaya luar terhadap warisan dan budaya Malaysia Menghargai warisan dan budaya dalam negara Melahirkan rasa bersyukur kerana dapat mengamalkan warisan dan budaya masingmasing Memelihara warisan dan budaya Malaysia Meraikan keunikan warisan dan budaya Malaysia Aktiviti PdP Menghasilkan slaid pembentangan berkaitan warisan dan budaya Malaysia Mengadakan pengucapan awam tentang kesan pengaruh budaya luar terhadap warisan dan budaya Malaysia Aktiviti Kokurikulum Persembahan kebudayaan Malaysia Program Sekolah Karnival Warisan dan Budaya dengan kerjasama Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) Pertandingan tarian budaya 20
NILAI TERAS PENDIDIKAN SIVIK TAJUK KONTEKS LITERASI SIVIK AMALI SIVIK Pengetahuan Kewarganegaraan (Pengetahuan) Karakter/ Sikap Kewarganegaraan (Sosioemosi) Keterampilan Kewarganegaraan (Tindakan) Cadangan Contoh Aktiviti/ Program Kasih Sayang Sistem Raja Berperlembagaan Diri, Keluarga, Sekolah, Masyarakat, Negara dan Global Mengenali pelbagai jenis mahkamah yang ada di Malaysia Menyatakan Sistem Raja Berperlembagaan Menerangkan cara mempertahankan kedaulatan negara Menjelaskan fungsi parlimen Menjelaskan sistem perundangan negara Menghuraikan peranan Yang diPertuan Agong dalam Sistem Raja Berperlembagaan Mengekspresikan perasaan bangga berkaitan Sistem Raja Berperlembagaan di Malaysia Menzahirkan rasa bangga kerana dapat mempertahankan kedaulatan negara Menghormati raja dan negara Menjalankan aktiviti simulasi mini parlimen Bertindak rasional mempertahankan kedaulatan negara Aktiviti PdP Mencari maklumat berkaitan Sistem Raja Berperlembagaan di Malaysia dari pelbagai sumber Menghasilkan peta minda tentang pelbagai jenis mahkamah di Malaysia Aktiviti Kokurikulum Mencipta buku skrap Program Sekolah Melawat parlimen/ muzium/ mahkamah/istana 21
NILAI TERAS PENDIDIKAN SIVIK TAJUK KONTEKS LITERASI SIVIK AMALI SIVIK Pengetahuan Kewarganegaraan (Pengetahuan) Karakter/ Sikap Kewarganegaraan (Sosioemosi) Keterampilan Kewarganegaraan (Tindakan) Cadangan Contoh Aktiviti/ Program Kasih Sayang Cintai Malaysia Diri, Keluarga, Sekolah, Masyarakat, Negara dan Global Menyatakan peranan dan tanggungjawab mengharumkan nama negara dalam pelbagai bidang Mengetahui cara mempertahankan nama baik negara Menerangkan peranan dan jasa pejuang terdahulu untuk kemerdekaan negara Menjelaskan cara mengekalkan persahabatan dengan negaranegara lain Menghuraikan kepentingan menjaga rahsia negara Mengekspresikan perasaan bangga apabila dapat menjaga rahsia negara Menghargai perjuangan pejuang kemerdekaan Menunjukkan tindakan rasional untuk mempertahankan maruah negara Melibatkan diri dalam pelbagai bidang untuk mengharumkan nama negara Aktiviti PdP Berpidato tentang kepentingan menjaga rahsia negara Membuat folio pejuang kemerdekaan Aktiviti Kokurikulum Nyanyian lagu patriotik Program Sekolah Melawat Arkib Negara (menonton filem pejuang negara) Menyemarakkan Program Cintai Malaysia 22
NILAI TERAS PENDIDIKAN SIVIK TAJUK KONTEKS LITERASI SIVIK AMALI SIVIK Pengetahuan Kewarganegaraan (Pengetahuan) Karakter/ Sikap Kewarganegaraan (Sosioemosi) Keterampilan Kewarganegaraan (Tindakan) Cadangan Contoh Aktiviti/ Program Hormatmenghormati Hak Aku dan Dia untuk Tidak Disentuh Diri, Keluarga, Sekolah, Masyarakat, Negara dan Global Menyatakan cara menghindari sentuhan tidak selamat Menerangkan tentang pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial Menerangkan sentuhan selamat dan tidak selamat Menjelaskan batasan pergaulan dengan orang lain Menjelaskan tentang cara menjaga maruah diri Menghuraikan caracara menghargai diri Mengekspresikan sikap bangga dengan maruah diri yang positif Mengekspresikan perasaan bersyukur dapat menjaga maruah diri Mengekspresikan perasaan secara asertif berkaitan sentuhan tidak selamat Mengamalkan penampilan diri yang sopan Mengamalkan sikap dan pemikiran yang positif Mengaplikasikan dan mendemonstrasika n kemahiran berkata TIDAK terhadap sentuhan tidak selamat Aktiviti PdP Melabel empat zon sulit Menjalankan simulasi cara menghindari sentuhan tidak selamat Aktiviti Kokurikulum Tayangan multimedia Ceramah Program Sekolah Kempen Gaya Hidup Sihat Ceramah berkaitan sentuhan tidak selamat (kerjasama KKM) 23
NILAI TERAS PENDIDIKAN SIVIK TAJUK KONTEKS LITERASI SIVIK AMALI SIVIK Pengetahuan Kewarganegaraan (Pengetahuan) Karakter/ Sikap Kewarganegaraan (Sosioemosi) Keterampilan Kewarganegaraan (Tindakan) Cadangan Contoh Aktiviti/ Program Hormatmenghormati Hormati Keluarga Diri, Keluarga, Sekolah, Masyarakat, Negara dan Global Menyatakan adabadab terhadap keluarga Menyatakan kepentingan menjalin hubungan yang mesra dan akrab sesama anggota keluarga Menerangkan kepentingan hormatmenghormati sesama anggota keluarga Menghuraikan tingkah laku yang boleh mencemarkan maruah keluarga Mengekspresikan perasaan bangga terhadap keluarga Mengekspresikan perasaan bangga dapat mempertahankan maruah keluarga Mempraktikkan amalan menghormati ahli keluarga Menunjukkan contoh terpuji sebagai ahli keluarga yang beradab Aktiviti PdP Membuat banding beza tingkah laku yang menaikkan nama atau mencemarkan maruah keluarga Melakonkan cara beradab terhadap keluarga Aktiviti Kokurikulum Sistem panggilan dalam keluarga (semua keturunan kaum) Program Sekolah Sambutan Hari Ibu Sambutan Hari Bapa Kempen Keluarga Bahagia 24
NILAI TERAS PENDIDIKAN SIVIK TAJUK KONTEKS LITERASI SIVIK AMALI SIVIK Pengetahuan Kewarganegaraan (Pengetahuan) Karakter/ Sikap Kewarganegaraan (Sosioemosi) Keterampilan Kewarganegaraan (Tindakan) Cadangan Contoh Aktiviti/ Program Hormatmenghormati Menghargai Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) Diri, Keluarga, Sekolah, Masyarakat, Negara dan Global Menyatakan cara menghormati dan menghargai golongan OKU Mengenal pasti kelebihan dan kekurangan diri Menerangkan kepentingan kemudahan untuk kesejahteraan golongan OKU Menghuraikan peranan dan tanggungjawab terhadap golongan OKU Mengekspresikan perasaan bersyukur terhadap kelebihan dan kekurangan diri Menunjukkan sikap prihatin terhadap golongan OKU Menunjukkan komitmen atau inisiatif untuk meningkatkan diri Membantu golongan OKU mengikut keperluan dan situasi Menghormati hak golongan OKU Aktiviti PdP Mencari maklumat berkaitan kategori OKU melalui pelbagai sumber Menceritakan pengalaman membantu OKU Aktiviti Kokurikulum Mengenali simbol dan kemudahan untuk Murid Berkeperluan Khas (MBK) Program Sekolah Lawatan ke Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Orang Kurang Upaya (PLPP) 25
NILAI TERAS PENDIDIKAN SIVIK TAJUK KONTEKS LITERASI SIVIK AMALI SIVIK Pengetahuan Kewarganegaraan (Pengetahuan) Karakter/ Sikap Kewarganegaraan (Sosioemosi) Keterampilan Kewarganegaraan (Tindakan) Cadangan Contoh Aktiviti/ Program Hormatmenghormati Hormati Warga Sekolah Diri, Keluarga, Sekolah, Masyarakat, Negara dan Global Menyatakan cara menghormati warga sekolah Mengenal pasti hak dan tanggungjawab sebagai warga sekolah untuk dihormati dan menghormati Menghuraikan kepentingan menghormati warga sekolah Menzahirkan perasaan hormat antara warga sekolah Menghargai jalinan persahabatan dan semangat berpasukan antara warga sekolah Mengamalkan pertuturan dan perlakuan yang sesuai untuk menunjukkan rasa hormat terhadap warga sekolah Menjalinkan persahabatan yang sihat dan mewujudkan semangat berpasukan Aktiviti PdP Mengadakan perbincangan tentang cara menghormati warga sekolah Membuat lakonan tentang menghormati warga sekolah Aktiviti Kokurikulum Mengenal warga sekolah (Pengurusan dan lainlain) Program Sekolah Sambutan Hari Guru Sambutan Hari Kanakkanak 26
NILAI TERAS PENDIDIKAN SIVIK TAJUK KONTEKS LITERASI SIVIK AMALI SIVIK Pengetahuan Kewarganegaraan (Pengetahuan) Karakter/ Sikap Kewarganegaraan (Sosioemosi) Keterampilan Kewarganegaraan (Tindakan) Cadangan Contoh Aktiviti/ Program Hormatmenghormati Malu Melakukan Perkara Negatif Diri, Keluarga, Sekolah, Masyarakat, Negara dan Global Menyatakan cara tingkah laku yang sopan Menyatakan batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan Mengenal pasti perlakuan negatif yang mendorong rasa malu Menjelaskan kepentingan mematuhi peraturan dan undang-undang Mengekspresikan rasa hormat terhadap peraturan dan undang-undang Mengekspresikan perasaan bangga apabila bertingkah laku sopan Menghargai diri dapat menjaga batasan pergaulan Mengamalkan tingkah laku yang sopan Mematuhi peraturan dan undang-undang Menjaga batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan Aktiviti PdP Menonton video berkaitan tingkah laku kurang sopan remaja dan membuat ulasan Menghasilkan peta pemikiran tentang implikasi melakukan perkara negatif Aktiviti Kokurikulum Tayangan multimedia Ceramah Program Sekolah Ceramah tentang remaja berhemah Ceramah Akil Baligh 27
NILAI TERAS PENDIDIKAN SIVIK TAJUK KONTEKS LITERASI SIVIK AMALI SIVIK Pengetahuan Kewarganegaraan (Pengetahuan) Karakter/ Sikap Kewarganegaraan (Sosioemosi) Keterampilan Kewarganegaraan (Tindakan) Cadangan Contoh Aktiviti/ Program Hormatmenghormati Hormat Kepelbagaian Agama, Bangsa, Budaya dan Bahasa di Malaysia Diri, Keluarga, Sekolah, Masyarakat, Negara dan Global Menyatakan cara menghargai sumbangan masyarakat pelbagai agama, bangsa, budaya dan bahasa Menghuraikan kepentingan menghormati kepelbagaian agama, bangsa, budaya dan bahasa Menghuraikan kepelbagaian warisan agama, bangsa, budaya dan bahasa yang terdapat di Malaysia Menunjukkan perasaan gembira dengan sumbangan masyarakat pelbagai agama, bangsa, budaya dan bahasa Menzahirkan perasaan menghormati kepelbagaian agama, bangsa, budaya dan bahasa Menunjukkan perasaan bersyukur dengan kepelbagaian warisan agama, bangsa, budaya dan bahasa yang terdapat di Malaysia Mengucapkan terima kasih atas sumbangan atau pertolongan masyarakat Mempraktikkan amalan menghormati kepelbagaian warisan agama, bangsa, budaya dan bahasa yang terdapat di Malaysia Aktiviti PdP Menonton iklan pelbagai perayaan di Malaysia Mengumpulkan maklumat berkaitan sumbangan masyarakat yang pelbagai agama, bangsa, budaya dan bahasa. Aktiviti Kokurikulum Pertunjukan fesyen pakaian tradisional Malaysia Tayangan multimedia Program Sekolah Karnival permainan tradisi kaum dan etnik Pameran warisan agama, bangsa, budaya dan bahasa 28
NILAI TERAS PENDIDIKAN SIVIK TAJUK KONTEKS LITERASI SIVIK AMALI SIVIK Pengetahuan Kewarganegaraan (Pengetahuan) Karakter/ Sikap Kewarganegaraan (Sosioemosi) Keterampilan Kewarganegaraan (Tindakan) Cadangan Contoh Aktiviti/ Program Hormatmenghormati Mematuhi UndangUndang Jalan Raya Diri, Keluarga, Sekolah, Masyarakat, Negara dan Global Menerangkan cara membuat aduan dan laporan terhadap salah laku undangundang jalan raya Menerangkan implikasi melanggar undang-undang jalan raya Menghuraikan kepentingan mematuhi undangundang jalan raya Menunjukkan kesedaran mematuhi undangundang jalan raya Mengekspresikan perasaan bersyukur menjadi warganegara yang mematuhi undangundang jalan raya Mematuhi undangundang jalan raya Membuat aduan dan laporan berkaitan perlakuan melanggar undangundang jalan raya kepada pihak berkuasa Aktiviti PdP Menghasilkan poster Melakonkan amalan yang betul mematuhi undang-undang jalan raya Aktiviti Kokurikulum Simulasi (situasi dalam kehidupan harian) Mengenal maksud papan tanda yang berada di sekitar kawasan sekolah Program Sekolah Kempen Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) dengan kerjasama Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) 29
NILAI TERAS PENDIDIKAN SIVIK TAJUK KONTEKS LITERASI SIVIK AMALI SIVIK Pengetahuan Kewarganegaraan (Pengetahuan) Karakter/ Sikap Kewarganegaraan (Sosioemosi) Keterampilan Kewarganegaraan (Tindakan) Cadangan Contoh Aktiviti/ Program Hormatmenghormati Menghormati UndangUndang Negara Lain Diri, Keluarga, Sekolah, Masyarakat, Negara dan Global Menyatakan kepentingan menghormati undang-undang negara lain Menerangkan kesan tidak menghormati undang-undang negara lain Menjelaskan kepentingan memelihara hubungan baik dengan negaranegara lain Menunjukkan kesedaran menghormati undang-undang negara lain Mengekspresikan perasaan menghormati undang-undang negara lain Mematuhi undangundang negara lain Memupuk hubungan baik dengan negaranegara lain Mengeratkan kerjasama dengan negara-negara lain Aktiviti PdP Membuat pembentangan cara menghormati undangundang negara lain Berbincang dan menghasilkan poster tentang implikasi melanggar undangundang negara lain Aktiviti Kokurikulum Bercerita tentang negara luar yang pernah dilawati dan undang-undang yang berlainan dengan negara Malaysia Program sekolah Program Pertukaran Pelajar 30
NILAI TERAS PENDIDIKAN SIVIK TAJUK KONTEKS LITERASI SIVIK AMALI SIVIK Pengetahuan Kewarganegaraan (Pengetahuan) Karakter/ Sikap Kewarganegaraan (Sosioemosi) Keterampilan Kewarganegaraan (Tindakan) Cadangan Contoh Aktiviti/ Program Hormatmenghormati Toleransi Diri, Keluarga, Sekolah, Masyarakat, Negara dan Global Menerangkan cara bersikap toleransi dalam masyarakat Menjelaskan kepentingan mengamalkan toleransi antara kaum dan etnik Menghuraikan kesan pengabaian sikap toleransi dalam masyarakat Menunjukkan perasaan bangga bersikap toleransi dalam masyarakat Menunjukkan perasaan hormat terhadap masyarakat Mengamalkan sikap toleransi dalam hidup bermasyarakat Mengamalkan sikap saling bekerjasama dan memahami antara satu sama lain Aktiviti PdP Sumbang saran berkaitan dengan cara bersikap toleransi dalam masyarakat Menjalankan simulasi amalan toleransi dalam masyarakat Aktiviti Kokurikulum Ceramah Program Sekolah Program Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) 31
NILAI TERAS PENDIDIKAN SIVIK TAJUK KONTEKS LITERASI SIVIK AMALI SIVIK Pengetahuan Kewarganegaraan (Pengetahuan) Karakter/ Sikap Kewarganegaraan (Sosioemosi) Keterampilan Kewarganegaraan (Tindakan) Cadangan Contoh Aktiviti/ Program Hormatmenghormati Jauhi Rasuah Diri, Keluarga, Sekolah, Masyarakat, Negara dan Global Menerangkan kepentingan menghormati diri untuk bebas dari rasuah Menjelaskan kepentingan menghormati pegangan agama untuk bebas dari rasuah Menghuraikan kepentingan menghormati undang-undang dan hak negara untuk bebas dari rasuah Mengekspresikan perasaan bangga apabila dapat menolak perlakuan rasuah Menzahirkan perasaan gembira dapat memelihara diri daripada memberi dan menerima rasuah Menolak sebarang wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah serta diskaun yang ditawarkan untuk mendapatkan sesuatu pulangan kepada pemberi Aktiviti PdP Menjalankan simulasi situasi menerima dan menolak rasuah Berkongsi idea berkaitan menjauhi amalan rasuah Aktiviti Kokurikulum Tayangan multimedia Program Sekolah Kempen Jauhi Rasuah Ceramah berkaitan rasuah kerjasama dengan Suruhan jaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 32
NILAI TERAS PENDIDIKAN SIVIK TAJUK KONTEKS LITERASI SIVIK AMALI SIVIK Pengetahuan Kewarganegaraan (Pengetahuan) Karakter/ Sikap Kewarganegaraan (Sosioemosi) Keterampilan Kewarganegaraan (Tindakan) Cadangan Contoh Aktiviti/ Program Hormatmenghormati Amalan 3R Diri, Keluarga, Sekolah, Masyarakat, Negara dan Global Menyatakan maksud Reduce (kurangkan), Reuse (guna semula) dan Recycle (kitar semula) Menerangkan cara mengitar semula bahan terpakai Menjelaskan peranan individu dalam melestarikan alam sekitar Menghuraikan kepentingan amalan kitar semula Mengekspresikan perasaan apabila dapat mengamalkan 3R Melahirkan perasaan gembira kerana dapat menyumbang kepada kelestarian alam Mengamalkan konsep fikir dahulu sebelum buang Mengumpul bahan terbuang dan terpakai untuk dijual atau dikitar semula Aktiviti PdP Membuat peta minda tentang bahan yang boleh dikitar semula Menghasilkan barangan serbaguna daripada bahan kitar semula Aktiviti Kokurikulum Gotong-royong Program Sekolah Kempen 3R Ceramah berkaitan kelestarian alam Pertandingan Kitar Semula 33
NILAI TERAS PENDIDIKAN SIVIK TAJUK KONTEKS LITERASI SIVIK AMALI SIVIK Pengetahuan Kewarganegaraan (Pengetahuan) Karakter/ Sikap Kewarganegaraan (Sosioemosi) Keterampilan Kewarganegaraan (Tindakan) Cadangan Contoh Aktiviti/ Program Hormatmenghormati Dunia Aman Diri, Keluarga, Sekolah, Masyarakat, Negara dan Global Menyatakan cara untuk menjamin keamanan dan keharmonian negara dan global Menyatakan kepentingan mengekalkan keamanan global Menerangkan kepentingan hak asasi manusia Menerangkan aktiviti yang memberi sumbangan kepada keamanan global Menzahirkan perasaan simpati dan empati terhadap kesusahan orang lain Menghargai keamanan negara dan global melalui pelbagai cara Menjalinkan hubungan dengan rakan luar negara melalui surat (pen-pal) atau interaksi media sosial Menghasilkan kata-kata semangat/ puisi untuk dihantar kepada negara yang bergolak Mewujudkan tabung keamanan Aktiviti PdP Mencari maklumat berkaitan dengan hak asasi manusia Menyenaraikan cara mengekalkan keamanan global Aktiviti Kokurikulum Pengucapan awam Program Sekolah Pengucapan awam berkaitan dunia bebas perang/ bantuan misi kemanusiaan 34
NILAI TERAS PENDIDIKAN SIVIK TAJUK KONTEKS LITERASI SIVIK AMALI SIVIK Pengetahuan Kewarganegaraan (Pengetahuan) Karakter/ Sikap Kewarganegaraan (Sosioemosi) Keterampilan Kewarganegaraan (Tindakan) Cadangan Contoh Aktiviti/ Program Bertanggungjawab Celik Wang Diri, Keluarga, Sekolah, Masyarakat, Negara dan Global Menyatakan pelbagai sumber pendapatan atau sumber alternatif (hadiah,duit raya, biasiswa,sagu hati) Menyatakan pelbagai cara penjimatan secara berhemah Menerangkan duit yang disimpan dapat memenuhi keperluan masa hadapan Menerangkan cara membuat pembayaran dan instrumen yang digunakan (tunai,kredit,debit) Menjelaskan sumber pendapatan murid (wang saku) Menjelaskan pendapatan mempengaruhi perbelanjaan Menghargai sumber pendapatan yang diterima Menzahirkan perasaan bersyukur terhadap pendapatan yang diterima secara halal Berterima kasih terhadap pemberian yang diterima Menyediakan tabungan Membuka akaun simpanan bank Bertanggungjawab dalam membuat keputusan kewangan Mereka cipta tabung daripada bahan terpakai Aktiviti PdP Membuat karangan pendek tentang simpanan menjamin masa hadapan Membuat lakonan berkaitan cara membelanjakan sumber pendapatan Aktiviti Kokurikulum Keusahawanan Bijak wang Permainan Saidina dan setara Kenal mata wang dunia Program Sekolah Hari Kantin Hari Kokurikulum Hari Sukan Sekolah Hari Graduasi 35
NILAI TERAS PENDIDIKAN SIVIK TAJUK KONTEKS LITERASI SIVIK AMALI SIVIK Pengetahuan Kewarganegaraan (Pengetahuan) Karakter/ Sikap Kewarganegaraan (Sosioemosi) Keterampilan Kewarganegaraan (Tindakan) Cadangan Contoh Aktiviti/ Program Bertanggungjawab Patuhi Peraturan dan UndangUndang dalam Negara Diri, Keluarga, Sekolah, Masyarakat, Negara dan Global Menyatakan implikasi tidak mematuhi peraturan dan undang-undang dalam negara Menghuraikan kepentingan mematuhi peraturan dan undang-undang dalam negara Menjelaskan cara membuat aduan dan laporan terhadap salah laku peraturan dan undang-undang mengikut saluran yang betul Kesedaran pentingnya mematuhi peraturan dan undang-undang yang ada dalam negara Mengekspresikan perasaan tidak terlibat dengan sebarang jenayah Mematuhi peraturan dan undang-undang Membuat aduan dan laporan berkaitan perlakuan melanggar peraturan dan undang-undang kepada pihak berkuasa Aktiviti PdP Menghasillkan buku skrap tentang undang-undang yang perlu dipatuhi dalam negara Menghasilkan poster “Patuh Kepada Undang-Undang dalam Negara” Aktiviti Kokurikulum Simulasi keselamatan jalan raya Program Sekolah Kempen antidadah (Kerjasama PDRM/ AADK) 36
NILAI TERAS PENDIDIKAN SIVIK TAJUK KONTEKS LITERASI SIVIK AMALI SIVIK Pengetahuan Kewarganegaraan (Pengetahuan) Karakter/ Sikap Kewarganegaraan (Sosioemosi) Keterampilan Kewarganegaraan (Tindakan) Cadangan Contoh Aktiviti/ Program Bertanggungjawab Peranti (Ketagihan Gajet) Diri, Keluarga, Sekolah, Masyarakat, Negara dan Global Mengenal pasti jenis-jenis gajet Menyatakan maksud ketagihan gajet Menghuraikan kepentingan penggunaan peranti secara berhemah Menerangkan kesan ketagihan gajet Menjelaskan cara menghadapi ketagihan gajet Menzahirkan perasaan mengawal emosi kesan daripada penggunaan gajet yang keterlaluan Mengekspresikan perasaan dapat menggunakan gajet dengan berhemah Mengehadkan penggunaan gajet dalam kehidupan Penggunaan gajet secara berhemah Aktiviti PdP Tayangan video/ keratan akhbar berkaitan kesan penggunaan peranti secara berlebihan Menyenaraikan cara menghadapi ketagihan gajet Aktiviti Kokurikulum Penggunaan gajet berhemah Program Sekolah Kempen Katakan Tidak Kepada Nomophobia ‘Ketakutan yang berlebihan yang diakibatkan tidak memegang telefon’ Ceramah berkaitan etika penggunaan peranti Kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) 37
NILAI TERAS PENDIDIKAN SIVIK TAJUK KONTEKS LITERASI SIVIK AMALI SIVIK Pengetahuan Kewarganegaraan (Pengetahuan) Karakter/ Sikap Kewarganegaraan (Sosioemosi) Keterampilan Kewarganegaraan (Tindakan) Cadangan Contoh Aktiviti/ Program Bertanggungjawab Rajin dan Komited Diri, Keluarga, Sekolah, Masyarakat, Negara dan Global Menyatakan kepentingan komited dalam melaksanakan amanah (pekerjaan) Menjelaskan kerajinan dalam menuntut ilmu Menghuraikan kepentingan sikap rajin dan komited untuk mencapai kejayaan Menzahirkan perasaan gembira apabila mengamalkan sikap rajin Mengekspresikan perasaan bangga dapat melakukan tugasan/ amanah yang diberikan Mengekalkan sikap rajin dalam diri Melaksanakan tugasan tanpa mengharapkan sebarang ganjaran dan balasan Aktiviti PdP Membuat senarai semak berkaitan tugasan yang dilaksanakan Mendengar cerita teladan berkaitan dengan sikap rajin Aktiviti Kokurikulum Permainan Dinamika Program sekolah Program 3K Menyemarakkan konsep 5S (Sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal) 38