NILAI TERAS SIVIK PENDIDIKAN SIVIK TAJUK KONTEKS LITERASI SIVIK AMALI SIVIK Pengetahuan Kewarganegaraan (Pengetahuan) Karakter/ Sikap Kewarganegaraan (Sosioemosi) Keterampilan Kewarganegaraan (Tindakan) Cadangan Contoh Aktiviti/ Program Bertanggungjawab Benci Rasuah Diri, Keluarga, Sekolah, Masyarakat, Negara dan Global Menyatakan definisi rasuah Menerangkan isu utama mengenai rasuah di Malaysia Menjelaskan jenisjenis rasuah Menghuraikan kesan amalan rasuah Menghargai usaha kerajaan membendung gejala rasuah Mengekspresikan perasaan bangga apabila dapat menolak perlakuan rasuah Membuat laporan atau aduan berkaitan amalan rasuah yang berlaku Menolak sebarang wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah serta diskaun yang ditawarkan untuk mendapatkan sesuatu pulangan kepada pemberi Aktiviti PdP Membuat poster benci rasuah Pengucapan awam berkaitan implikasi rasuah Aktiviti Kokurikulum Simulasi Program Sekolah Lawatan ke SPRM/IPD Ceramah berkaitan jenayah rasuah (kerjasama dengan SPRM/PDRM) 39
NILAI TERAS PENDIDIKAN SIVIK TAJUK KONTEKS LITERASI SIVIK AMALI SIVIK Pengetahuan Kewarganegaraan (Pengetahuan) Karakter/ Sikap Kewarganegaraan (Sosioemosi) Keterampilan Kewarganegaraan (Tindakan) Cadangan Contoh Aktiviti/ Program Bertanggungjawab Sekolahku Rumahku Diri, Keluarga, Sekolah, Masyarakat, Negara dan Global Menyatakan cara menjaga kebersihan sekolah Menghuraikan kepentingan menjaga persekitaran dan ketenteraman di sekolah Menjelaskan kepentingan mengekalkan kebersihan persekitaran sekolah Menghuraikan implikasi jika tidak memainkan peranan dan tanggungjawab dalam menjaga dan mengekalkan kebersihan dan ketenteraman di sekolah Menzahirkan perasaan bangga dengan kebersihan dan ketenteraman di sekolah Melahirkan perasaan sayang dan bertanggungjawab terhadap kebersihan dan ketenteraman di sekolah Memupuk perasaan menghargai nyawa akibat ancaman wabak denggi Menjaga dan mengekalkan kebersihan sekolah Menyumbang kepada perlindungan/ penjagaan dan pemuliharaan persekitaran Melibatkan diri dengan aktiviti kitar semula/gotongroyong Aktiviti PdP Membuat peta minda berkaitan cara menjaga kebersihan dan mengekalkan ketenteraman sekolah Pembentangan kumpulan tentang implikasi jika tidak menjaga kebersihan dan ketenteraman sekolah Aktiviti Kokurikulum Gotong-royong Program Sekolah Program 30 minit keceriaan sekolah Kempen antidenggi peringkat sekolah dan kebangsaan (Combi Aedes) 40
NILAI TERAS PENDIDIKAN SIVIK TAJUK KONTEKS LITERASI SIVIK AMALI SIVIK Pengetahuan Kewarganegaraan (Pengetahuan) Karakter/ Sikap Kewarganegaraan (Sosioemosi) Keterampilan Kewarganegaraan (Tindakan) Cadangan Contoh Aktiviti/ Program Bertanggungjawab Hak KanakKanak Diri, Keluarga, Sekolah, Masyarakat, Negara dan Global Menerangkan hak kanak-kanak Menjelaskan Convention on the Rights of the Child (CRC) Menyatakan peranan dan tanggungjawab terhadap hak kanak -kanak Menyatakan isu berkaitan buruh kanak-kanak Menzahirkan perasaan bangga apabila hak kanakkanak dilindungi Mengekspresikan perasaan terhadap kegiatan buruh kanak-kanak Bertanggungjawab untuk menjaga hak asasi kanak-kanak Menghormati hak asasi kanak-kanak Aktiviti PdP Tayangan video berkaitan dengan buruh kanak-kanak dan membuat ulasan Pembentangan kumpulan tentang peranan dan tanggungjawab terhadap pencabulan hak kanak-kanak Aktiviti Kokurikulum Pengucapan awam Persembahan nyanyian Pertunjukan bakat Program Sekolah Menyambut Hari Kanak-kanak 41
NILAI TERAS PENDIDIKAN SIVIK TAJUK KONTEKS LITERASI SIVIK AMALI SIVIK Pengetahuan Kewarganegaraan (Pengetahuan) Karakter/ Sikap Kewarganegaraan (Sosioemosi) Keterampilan Kewarganegaraan (Tindakan) Cadangan Contoh Aktiviti/ Program Bertanggungjawab Jujur dan Amanah Diri, Keluarga, Sekolah, Masyarakat, Negara dan Global Menerangkan ciriciri perlakuan berintegriti Menghuraikan kepentingan perlakuan jujur dan amanah dalam kehidupan Menjelaskan kesan pengabaian sikap jujur dan amanah dalam kehidupan Menghuraikan cara menjalankan tugas dengan jujur dan amanah Mengekspresikan perasaan bangga berkaitan integriti dalam diri Melahirkan perasaan bangga apabila bersikap jujur dan amanah Berintegriti dalam membuat keputusan Mengamalkan sikap jujur dan amanah dalam kehidupan Aktiviti PdP Berkongsi pengalaman berkaitan dengan sikap jujur dan amanah yang pernah dilakukan oleh murid Menghasilkan poster tentang jujur dan amanah Menghasilkan katakata hikmah Aktiviti Kokurikulum Simulasi (berkaitan kehidupan harian) Program Sekolah Pameran dan ceramah Integriti (Kerjasama dengan Institut Integriti Malaysia (IIM)) 42
NILAI TERAS PENDIDIKAN SIVIK TAJUK KONTEKS LITERASI SIVIK AMALI SIVIK Pengetahuan Kewarganegaraan (Pengetahuan) Karakter/ Sikap Kewarganegaraan (Sosioemosi) Keterampilan Kewarganegaraan (Tindakan) Cadangan Contoh Aktiviti/ Program Bertanggungjawab Tepati Janji dan Masa Diri, Keluarga, Sekolah, Masyarakat, Negara dan Global Menyatakan cara menghargai masa Menghuraikan kepentingan menepati janji dan masa kepada diri sendiri dan orang lain Menjelaskan kesan tidak menepati janji dan masa Mengekspresikan perasaan bangga dapat menepati janji dan masa Menghargai setiap masa yang dikorbankan oleh ahli keluarga Berazam menepati janji dan masa Sentiasa menepati janji dan masa Hadir awal ke sekolah Sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang Aktiviti PdP Sumbang saran tentang cara menghargai masa Membuat pembentangan kumpulan tentang kepentingan menepati janji dan masa kepada diri sendiri dan orang lain Aktiviti Kokurikulum Permainan Dinamika Program Sekolah Membuat aku janji untuk dijadikan pegangan dan amalan 43
NILAI TERAS PENDIDIKAN SIVIK TAJUK KONTEKS LITERASI SIVIK AMALI SIVIK Pengetahuan Kewarganegaraan (Pengetahuan) Karakter/ Sikap Kewarganegaraan (Sosioemosi) Keterampilan Kewarganegaraan (Tindakan) Cadangan Contoh Aktiviti/ Program Bertanggungjawab Kata Tidak Pada Rokok, Inhalan dan Dadah Diri, Keluarga, Sekolah, Masyarakat, Negara dan Global Menyatakan bahaya merokok Menerangkan jenisjenis inhalan dan dadah Menghuraikan kesan penyalahgunaan inhalan dan dadah Menghuraikan kepentingan bertindak tegas untuk tidak melibatkan diri dengan merokok, inhalan dan dadah Menghargai diri apabila dapat menahan diri daripada terlibat dengan merokok, inhalan dan dadah Menolak untuk terlibat dengan merokok, inhalan dan dadah Aktiviti PdP Mendapatkan maklumat dari brosur KKM berkaitan dengan bahaya rokok, inhalan dan dadah Membuat peta minda tentang implikasi rokok, inhalan dan dadah Aktiviti Kokurikulum Pengucapan awam Nyanyian lagu berkaitan kesihatan Melukis poster Program Sekolah Kempen bahaya rokok, inhalan dan dadah (Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) dan Petronas) Karnival Bebas Dadah 44
NILAI TERAS PENDIDIKAN SIVIK TAJUK KONTEKS LITERASI SIVIK AMALI SIVIK Pengetahuan Kewarganegaraan (Pengetahuan) Karakter/ Sikap Kewarganegaraan (Sosioemosi) Keterampilan Kewarganegaraan (Tindakan) Cadangan Contoh Aktiviti/ Program Bertanggungjawab Celik Cukai Diri, Keluarga, Sekolah, Masyarakat, Negara dan Global Menyenaraikan jenis-jenis cukai Menyatakan agihan hasil cukai kepada sesebuah negara Menjelaskan peranan rakyat dalam membayar cukai Menghuraikan kepentingan cukai dalam pembangunan dan kemajuan sesebuah negara Mengekspresikan perasaan bangga apabila dapat membayar cukai Bersyukur dapat menikmati faedah daripada hasil cukai Membayar cukai demi kemajuan negara Memberi peringatan kepada keluarga untuk membayar cukai Aktiviti PdP Mendapatkan maklumat daripada pelbagai media tentang jenis-jenis cukai Menjalankan simulasi berkaitan dengan pembelian barangan di kedai atau pembayaran cukai Aktiviti Kokurikulum Tayangan multimedia Program Sekolah Ceramah berkaitan hak dan tanggungjawab terhadap cukai (kerjasama dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)) 45
NILAI TERAS PENDIDIKAN SIVIK TAJUK KONTEKS LITERASI SIVIK AMALI SIVIK Pengetahuan Kewarganegaraan (Pengetahuan) Karakter/ Sikap Kewarganegaraan (Sosioemosi) Keterampilan Kewarganegaraan (Tindakan) Cadangan Contoh Aktiviti/ Program Bertanggungjawab Buli Siber Diri, Keluarga, Sekolah, Masyarakat, Negara dan Global Menyatakan jenisjenis buli siber Mengenal pasti cara menangani buli siber Menerangkan implikasi buli siber Menjelaskan hak dan tanggungjawab dalam menangani buli siber Menzahirkan perasaan menolak terhadap buli siber Mengawal emosi dalam menangani buli siber Membuat laporan berkaitan buli siber mengikut saluran yang betul Menggunakan bahasa yang sopan dalam penggunaan teknologi Katakan TIDAK kepada buli siber Aktiviti PdP Mendapatkan maklumat daripada pelbagai media tentang jenis-jenis buli siber Pembentangan kumpulan tentang hak dan tanggungjawab dalam menangani buli siber Aktiviti Kokurikulum Simulasi Tayangan multimedia Program Sekolah Kempen kesedaran berkaitan buli siber Ceramah berkaitan jenayah siber/ penggunaan media sosial secara beretika (SKMM) 46
NILAI TERAS PENDIDIKAN SIVIK TAJUK KONTEKS LITERASI SIVIK AMALI SIVIK Pengetahuan Kewarganegaraan (Pengetahuan) Karakter/ Sikap Kewarganegaraan (Sosioemosi) Keterampilan Kewarganegaraan (Tindakan) Cadangan Contoh Aktiviti/ Program Kegembiraan Fikirkan Boleh Diri, Keluarga, Sekolah, Masyarakat, Negara dan Global Menyatakan ciri-ciri murid yang berfikiran positif Menyatakan pengetahuan tentang kelebihan dan kekurangan diri Menghuraikan kepentingan bersikap positif Mengekspresikan perasaan bersyukur terhadap kelebihan dan kekurangan diri Menzahirkan perasaan rasa bersyukur terhadap sesuatu perkara Komited terhadap peningkatan diri Boleh menerima secara terbuka cadangan dan idea Boleh menerima perubahan Melihat perspektif baharu dalam kehidupan Aktiviti PdP Sumbang saran tentang ciri-ciri murid yang berfikiran positif Membuat refleksi kendiri tentang kelebihan dan kekurangan diri serta memperbaiki diri ke arah yang lebih baik Aktiviti Kokurikulum Nyanyian lagu-lagu patriotik dan kerohanian Program Sekolah Kem motivasi meningkatkan keyakinan diri Melawat pesakit kanser di hospital 47
NILAI TERAS PENDIDIKAN SIVIK TAJUK KONTEKS LITERASI SIVIK AMALI SIVIK Pengetahuan Kewarganegaraan (Pengetahuan) Karakter/ Sikap Kewarganegaraan (Sosioemosi) Keterampilan Kewarganegaraan (Tindakan) Cadangan Contoh Aktiviti/ Program Kegembiraan Keluarga Bahagia Masyarakat Sejahtera Diri, Keluarga, Sekolah, Masyarakat, Negara dan Global Mengetahui hak dan tanggungjawab dalam keluarga Menyatakan ciri-ciri keluarga bahagia dalam masyarakat Menghuraikan kepentingan berkomunikasi secara berkesan terhadap keluarga dan masyarakat Menunjukkan perasaan gembira apabila bahagia dalam kehidupan Menghargai pengorbanan ahli keluarga Memberi tumpuan kepada keluarga Berinteraksi dan berkomunikasi dengan beradab sesama ahli masyarakat Mempertahankan maruah keluarga Aktiviti PdP Menyanyikan lagu berkaitan dengan keluarga Menjalankan aktiviti simulasi menghadapi situasi dalam keluarga Menghasilkan buku skrap/ folio berkaitan keluarga Aktiviti Kokurikulum Cipta kad ucapan Cipta brosur Melukis poster Program Sekolah Ceramah berkaitan tanggungjawab terhadap ibu bapa Program KPWKM 48
NILAI TERAS PENDIDIKAN SIVIK TAJUK KONTEKS LITERASI SIVIK AMALI SIVIK Pengetahuan Kewarganegaraan (Pengetahuan) Karakter/ Sikap Kewarganegaraan (Sosioemosi) Keterampilan Kewarganegaraan (Tindakan) Cadangan Contoh Aktiviti/ Program Kegembiraan Pengaruh Rakan Sebaya Diri, Keluarga, Sekolah, Masyarakat, Negara dan Global Menyatakan ciriciri rakan sebaya yang baik Menerangkan pengaruh rakan sebaya terhadap diri Menerangkan kepentingan memilih rakan sebaya dengan bijak Menerangkan kepentingan tidak melibatkan diri dalam kegiatan negatif Menjelaskan cara menolak pengaruh negatif rakan sebaya Menzahirkan perasaan gembira mendapat rakan sebaya yang baik Menghargai jalinan persahabatan dan perhubungan dengan rakan sebaya Menangani pengaruh negatif rakan sebaya Membuat keputusan yang bijak dalam memilih rakan sebaya Mempamerkan sikap rakan sebaya yang baik Aktiviti PdP Pembentangan kumpulan tentang ciriciri rakan sebaya yang baik Menjalankan aktiviti simulasi berkaitan situasi menolak ajakan negatif rakan sebaya Aktiviti Kokurikulum Peer buddy Cipta kad ucapan untuk Best Friend Forever (BFF) Program Sekolah Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Program mentor-menti 49
NILAI TERAS PENDIDIKAN SIVIK TAJUK KONTEKS LITERASI SIVIK AMALI SIVIK Pengetahuan Kewarganegaraan (Pengetahuan) Karakter/ Sikap Kewarganegaraan (Sosioemosi) Keterampilan Kewarganegaraan (Tindakan) Cadangan Contoh Aktiviti/ Program Kegembiraan Interaksi Sihat Antara Rakan, Keluarga dan Masyarakat Diri, Keluarga, Sekolah, Masyarakat, Negara dan Global Mengenal pasti ciri-ciri komunikasi berkesan Mengenal pasti kesan tidak mengamalkan interaksi sihat terhadap rakan, keluarga dan masyarakat Menjelaskan kemahiran rundingan dengan rakan, keluarga dan masyarakat Mengekspresikan perasaan gembira berkaitan adab berkomunikasi secara berhemah Berkomunikasi dengan berkesan dan beradab Bersosial secara sihat tanpa mengira bangsa Menjaga batasan adab bergaul Aktiviti PdP Pembentangan kumpulan berkaitan dengan ciri-ciri komunikasi berkesan Menjalankan aktiviti simulasi tentang interaksi sihat antara rakan, keluarga dan masyarakat Aktiviti Kokurikulum Permainan teka-teki Permainan bahasa bertema Program Sekolah Speaker’s Corner berkaitan dengan interaksi sihat antara rakan, keluarga dan masyarakat 50
NILAI TERAS PENDIDIKAN SIVIK TAJUK KONTEKS LITERASI SIVIK AMALI SIVIK Pengetahuan Kewarganegaraan (Pengetahuan) Karakter/ Sikap Kewarganegaraan (Sosioemosi) Keterampilan Kewarganegaraan (Tindakan) Cadangan Contoh Aktiviti/ Program Kegembiraan Rakan Baik Selamanya Daripada Pelbagai Kaum dan Etnik Diri, Keluarga, Sekolah, Masyarakat, Negara dan Global Menyatakan kepentingan memahami satu sama lain Menghuraikan kepentingan membina hubungan yang baik tanpa mengira kaum dan etnik Menjelaskan cara membina hubungan dan mengekalkan persahabatan yang baik daripada pelbagai kaum dan etnik Menunjukkan perasaan empati dan simpati terhadap rakan yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik Menghargai rakan yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik Mengamalkan sikap bertolak ansur dengan kawan-kawan di sekolah yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik Mengambil inisiatif untuk berinteraksi dengan kawankawan yang berlainan kaum dan etnik Mengamalkan sikap meminta maaf apabila kita melakukan kesilapan Mengamalkan sikap jujur, amanah dan penyayang sebagai seorang sahabat Aktiviti PdP Berkongsi cerita tentang rakan baik daripada kaum lain Membuat pembentangan kumpulan tentang cara menjalin dan mengekalkan persahabatan yang baik antara pelbagai kaum dan etnik Aktiviti Kokurikulum Menulis surat kepada rakan Mencipta “Friendship Bracelet” Program Sekolah Sambutan hari jadi perdana (peringkat sekolah) 51
NILAI TERAS PENDIDIKAN SIVIK TAJUK KONTEKS LITERASI SIVIK AMALI SIVIK Pengetahuan Kewarganegaraan (Pengetahuan) Karakter/ Sikap Kewarganegaraan (Sosioemosi) Keterampilan Kewarganegaraan (Tindakan) Cadangan Contoh Aktiviti/ Program Kegembiraan Menghargai Pemimpin Diri, Keluarga, Sekolah, Masyarakat, Negara dan Global Menyatakan sumbangan pemimpin terdahulu kepada masyarakat Menerangkan peranan pemimpin terdahulu yang berjiwa rakyat Menjelaskan sumbangan pemimpin terdahulu terhadap keharmonian dan kesejahteraan masyarakat Menghargai sumbangan pemimpin terdahulu Mengekspresikan perasaan gembira terhadap pemimpin terdahulu yang berjiwa rakyat Menjaga nama baik pemimpin terdahulu Mencontohi sikap dan semangat cintakan negara oleh pemimpin terdahulu Aktiviti PdP Tayangan video berkaitan pejuang negara Menghasilkan buku skrap/ folio tentang sumbangan pemimpin terdahulu Aktiviti Kokurikulum Membuat topeng ‘wajah-wajah perwira’ Bercerita tentang tokoh kepimpinan Program Sekolah Lawatan ke Arkib Negara / Muzium 52
NILAI TERAS PENDIDIKAN SIVIK TAJUK KONTEKS LITERASI SIVIK AMALI SIVIK Pengetahuan Kewarganegaraan (Pengetahuan) Karakter/ Sikap Kewarganegaraan (Sosioemosi) Keterampilan Kewarganegaraan (Tindakan) Cadangan Contoh Aktiviti/ Program Kegembiraan Semangat Patriotik Diri, Keluarga, Sekolah, Masyarakat, Negara dan Global Menyatakan cara menyemarakkan semangat patriotik Menjelaskan kepentingan hak untuk mengundi Menghuraikan ciriciri pemimpin yang adil Mengekspresikan perasaan bangga apabila dapat memilih pemimpin yang adil Menunjukkan semangat cintakan negara Menjalankan kempen pemilihan pemimpin sekolah Berdiri tegak ketika lagu Negaraku dan lagu negeri Aktiviti PdP Sumbang saran ciri-ciri pemimpin yang adil Mencari maklumat berkaitan dengan hak dan tanggungjawab mengundi Aktiviti Kokurikulum Menyanyikan lagu patriotik Simulasi patriotik Program Sekolah Semarakkan Hari Kebangsaan Kibar Jalur Gemilang 53
NILAI TERAS PENDIDIKAN SIVIK TAJUK KONTEKS LITERASI SIVIK AMALI SIVIK Pengetahuan Kewarganegaraan (Pengetahuan) Karakter/ Sikap Kewarganegaraan (Sosioemosi) Keterampilan Kewarganegaraan (Tindakan) Cadangan Contoh Aktiviti/ Program Kegembiraan Berterima Kasih Diri, Keluarga, Sekolah, Masyarakat, Negara dan Global Mengenal pasti cara berterima kasih melalui perbuatan dan pengucapan Menerangkan kepentingan ucapan terima kasih apabila menerima bantuan daripada orang lain Menghuraikan kesan sekiranya tidak mengamalkan budaya berterima kasih Mengekspresikan perasaan gembira atas bantuan atau pemberian yang dihulurkan oleh orang lain Menghargai bantuan atau pemberian yang dihulurkan oleh orang lain Menzahirkan ucapan terima kasih melalui perbuatan dan pengucapan Memelihara hubungan baik dengan rakan, jiran dan masyarakat Aktiviti PdP Membuat peta minda tentang cara berterima kasih Menghasilkan sesuatu untuk menunjukkan rasa terima kasih kepada seseorang Aktiviti Kokurikulum Aktiviti ‘Suara Malaysia’ Program Sekolah Sambutan Hari Guru Program muhibah bersama-sama guru, murid dan ibu bapa (sarana ibu bapa) 54
Pendidikan sivik pada peringkat sekolah rendah Tahap I dilaksanakan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral dengan berdasarkan empat nilai teras iaitu kasih sayang, hormat-menghormati, bertanggungjawab dan kegembiraan. Masa yang diperuntukkan untuk setiap mata pelajaran ialah satu jam pada minggu keempat setiap bulan. Guru boleh merancang dan membuat pengubahsuaian berdasarkan tajuk mengikut nilai teras yang selari dengan perhimpunan sekolah dan aktiviti kokurikulum. Guru hendaklah merancang dan menentukan hari serta masa untuk melaksanakan PdP mengikut kesesuaian mata pelajaran. Beberapa modul exemplar pendidikan sivik disediakan mengikut mata pelajaran sebagai panduan untuk membantu guru melaksanakan PdP secara bersepadu. Modul exemplar ini disediakan berdasarkan Perincian Pemetaan Pendidikan Sivik Sekolah Rendah Tahap I dan II yang boleh dijadikan rujukan untuk merancang PdP. Modul exemplar bagi setiap mata pelajaran mengandungi tajuk, pengenalan, literasi sivik, aktiviti, penilaian, rumusan, info sivik dan nota guru yang berfokuskan kepada satu nilai teras. Modul exemplar yang disediakan mengandungi pelbagai kaedah PdP yang memberikan tumpuan kepada pembelajaran aktif, pembelajaran berasaskan projek, pembelajaran penyelesaian masalah dan pembelajaran khidmat masyarakat yang melibatkan hands-on, minds-on dan hearts-on bagi menggalakkan pelibatan murid secara aktif dalam PdP. Berpandukan modul exemplar ini, guru digalakkan mempelbagaikan strategi dan pendekatan PdP mengikut kesesuaian, kreativiti dan mengikut konteks setempat. Guru disaran menghasilkan PdP bagi mana-mana tajuk yang tiada dalam modul dengan berpandukan kepada perincian pemetaan dan modul exemplar. 55 UNIT 3 PANDUAN PELAKSANAAN
Guru dicadang menggunakan bahan sokongan sedia ada bagi mengukuhkan PdP pendidikan sivik. Antara bahan sokongan tersebut ialah Buku Panduan Kelestarian Global, Buku Panduan Pelaksanaan Pendidikan Kewangan, Buku Panduan Pelaksanaan Memperkukuh Perpaduan Melalui Mata Pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral dalam Kurikulum dan dokumen ‘Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak’. Guru juga boleh menggunakan bahan sokongan lain yang bersesuaian dan menarik minat murid. QR CODE BUKU-BUKU PANDUAN Pentaksiran pendidikan sivik dilaksanakan sebagaimana yang dihasratkan dalam KSSR (Semakan 2017). Guru perlu merujuk Standard Kandungan (SK), Standard Pembelajaran (SP) dan Standard Prestasi (SPi) dalam DSKP KSSR (Semakan 2017) bagi mata pelajaran berkaitan untuk merancang dan melaksanakan pentaksiran dalam PdP secara berterusan. Selain daripada itu, pentaksiran bersepadu juga boleh dilaksanakan dalam aktiviti luar bilik darjah seperti semasa perhimpunan sekolah, kokurikulum dan program sekolah dalam mengenal pasti keupayaan murid mengaplikasikan pengetahuan, kesedaran, tindakan dan mengamalkannya dalam kehidupan. Pelaksanaan pendidikan sivik ini amat bergantung kepada kebijaksanaan dan kreativiti guru. Penyepaduan empat nilai teras yang berkesan perlu dilaksanakan secara berterusan supaya menjadi amalan dan dibudayakan dalam kalangan murid. Guru juga bertanggungjawab membina sahsiah dan potensi murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk murid melaksanakan hak dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara. 56 Sumber: SUHAKAM Buku Panduan Kelestarian Global Buku Panduan Pelaksanaan Pendidikan Kewangan
UNIT 4 MODUL EXEMPLAR PENDIDIKAN SIVIK SEKOLAH RENDAH 57
MODUL EXEMPLAR BAHASA MELAYU 4.1 MODUL EXEMPLAR BAHASA MELAYU
Fizikal Cergas, Mental Sihat MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU Tahun 1 PENGETAHUAN: Menghuraikan kepentingan menjaga kecergasan fizikal untuk kesihatan mental dan emosi SOSIOEMOSI: Berkongsi perasaan tentang penjagaan makanan bagi menjaga kecergasan fizikal untuk kesihatan mental dan emosi TINDAKAN: Membasuh tangan dengan cara yang betul sebelum dan selepas makan Nilai Teras: Kasih sayang Konteks: Keluarga NOTA GURU Nota Rujukan: 1. Sukan dan kecergasan. http:// sukandankecergasan.blogspot. com/2012/03/vbehaviorurldefaultvmlo.html 2. Video Upin dan Ipin. https://www.youtube.com/ watch?v=tqroWZoz-oc Persediaan Guru: Mencari maklumat berkaitan fizikal cergas mental sihat PENGENALAN Setiap insan mengimpikan keluarga yang sihat. Keluarga yang sihat mementingkan penjagaan kesihatan dari segi fizikal, mental, sosial dan rohani. Anak-anak berhak mendapat kesihatan fizikal yang sihat untuk menjalani kehidupan seharian. Kesihatan fizikal yang sihat mampu membantu anak-anak untuk berfikir dengan lebih cerdas. Ibu bapa bertanggungjawab untuk menyediakan makanan seimbang, menjaga kebersihan diri, kecergasan fizikal dan kesihatan mental anak-anak. TAJUK 1 Jam Masa: SUMBANG SARAN Tonton klip video dan bincangkan perkara yang dipersembahkan melalui watak Kecergasan fizikal Keupayaan individu untuk melakukan aktiviti harian dengan lebih berkesan tanpa rasa letih dan lesu. Kecergasan mental Keupayaan individu untuk berfikir secara waras dan menggunakan maklumat yang diperoleh untuk meningkatkan kualiti gaya hidup. Imbas Kod QR untuk menonton Video Upin dan Ipin 61 Literasi Sivik:
AKTIVITI 1 AKTIVITI 2 Tugasan berkumpulan: Lihat gambar dan berikan respons yang sesuai. Guru menerangkan kepada murid: Kita berhak untuk mendapat kehidupan yang sihat dengan menikmati perkara-perkara asas untuk hidup seperti makan, minum dan tempat tinggal yang bersih. Kita bertanggungjawab memastikan kecergasan fizikal untuk menjamin kesihatan mental dan emosi. Nyatakan kebaikan jika anda: Mendapat tidur yang mencukupi Makan makanan seimbang Bersenam setiap hari Mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari Sumbang saran berdasarkan gambar: Nyatakan kepentingan menjaga kecergasan fizikal untuk kesihatan mental dan emosi. Gunakan kaedah Round Table. 62 i. Nyatakan cara anda menggosok gigi. ii. Apakah yang akan berlaku jika anda tidak menggosok gigi? iii. Apakah perasaan anda setelah anda membersihkan gigi?
AKTIVITI 3 63 i. Murid menjalani amali dengan mencuci tangan mengikut “7 Langkah Mencuci Tangan Yang Betul”. ii. Murid menerangkan cara mencuci tangan dengan betul. Penilaian Murid akan dinilai melalui pemerhatian, aktiviti berkumpulan, soal jawab atau tugasan dalam dan luar bilik darjah. Rumusan Semua individu mempunyai hak untuk mempunyai kehidupan yang sihat. Menjaga kebersihan diri dan kecergasan fizikal merupakan tanggungjawab setiap individu. Hak Kita berhak untuk menikmati cara hidup yang sihat. Tanggungjawab Untuk memiliki tubuh badan yang sihat dan cergas, setiap individu bertanggungjawab mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti mengambil makanan yang berkhasiat dan bersenam. INFO SIVIK
WARISAN DAN BUDAYA MALAYSIA MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU Tahun 3 PENGETAHUAN: Mengenali warisan dan budaya dalam negara SOSIOEMOSI: Menghargai warisan dan budaya dalam negara TINDAKAN: Meraikan keunikan warisan dan budaya Malaysia Nilai Teras: Kasih Sayang Konteks: Masyarakat NOTA GURU Nota Rujukan: 1. Mengenali Budaya Warisan https://www.hmetro.com.my/ nuansa/2018/07/363487/ mengenali-budaya-warisan Persediaan Guru: 1. Mencari maklumat berkaitan dengan warisan budaya Malaysia dan membuat perancangan aktiviti. PENGENALAN TAJUK 1 Jam Masa: Kod QR SUMBANG SARAN Perihalkan jenis pakaian bagi setiap kaum utama di Malaysia. Imbas kod QR ini untuk menonton video berkaitan “Budaya di Malaysia” https://www.youtube.com/ watch?v=O4y1KdwWMdw Malaysia negara yang unik kerana rakyatnya berbilang kaum. Kepelbagaian kaum dapat dikenali melalui keberagaman warisan budaya, kesenian, makanan, bahasa dan agama. Antara warisan budaya yang terkenal di negara kita ialah seni ukiran, tenunan, dan perak serta hasil tekstil pula seperti batik, songket, tekat, tenunan mugah dan pua kumbu. Setiap kaum berhak mengamalkan warisan budaya masing-masing. Oleh itu, kita bertanggungjawab memelihara dan memulihara keunikan warisan budaya negara demi generasi akan datang. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlulah menghormati budaya setiap kaum untuk melahirkan masyarakat yang harmoni dan sayang kepada budaya yang diwarisi. 64 Literasi Sivik: Iban Kadazan Melayu Cina India
AKTIVITI 1 AKTIVITI 2 Anda dan rakan-rakan diundang untuk menghadiri majlis yang berikut. Anda dikehendaki melaksanakan aktiviti karusel berdasarkan situasi yang diberikan. TUGASAN BERKUMPULAN Setiap orang mempunyai hak dan tanggungjawab untuk menghormati warisan dan budaya setiap kaum agar keharmonian negara terpelihara. 1. Cari maklumat menggunakan Internet secara berpasangan. 2. Kongsikan maklumat yang diperoleh dengan shoulder partner dan face partner. 3. Bentangkan maklumat yang diperoleh secara hot seat. Cari maklumat tentang alat muzik Situasi 1 Ah Meng, Ravi dan Jimbai telah diundang ke majlis kenduri kahwin kakak Aminah di kawasan kejiranan pada hujung minggu. Bincangkan tentang pakaian yang sesuai untuk menghadiri kenduri tersebut. Situasi 2 Ketika perayaan Tahun Baru Cina, kawan Mei Mei yang berbangsa Melayu dan India berkunjung ke rumah Mei Mei. Bincangkan jenis makanan yang sesuai untuk dihidangkan oleh Mei Mei kepada tetamunya. Situasi 3 Raju dan keluarganya meraikan perayaan Deepavali. Bincangkan dalam kumpulan dan senaraikan jenis juadah yang boleh dihidangkan kepada tetamunya yang berbilang kaum. 65 KOMPANG SERULING SAPE SOMPOTON VEENA PIPA
AKTIVITI 3 Imbas kod QR ini untuk menonton “Lima Sekawan” 66 Tugasan berkumpulan: Tonton klip video. i. Apakah yang patut anda lakukan jika situasi ini berlaku? ii.Bincangkan dan senaraikan dalam meja bulat (Round Table). Penilaian Murid akan dinilai melalui pemerhatian, aktiviti berkumpulan, soal jawab atau tugasan dalam dan luar bilik darjah. Rumusan Kita harus mengenali budaya kaum yang terdapat di negara ini. Kita haruslah menghargai warisan dan budaya bagi setiap kaum untuk mengekalkan keharmonian serta perpaduan Kita patut mangamalkan sikap toleransi dan memahami warisan serta budaya setiap kaum agar perselisihan dapat dihindarkan. HAK: Setiap individu di Malaysia mempunyai hak untuk terus mengamalkan warisan budaya masing-masing. TANGGUNGJAWAB: Setiap individu bertanggungjawab untuk memelihara dan memulihara setiap warisan dan budaya agar tidak hilang ditelan zaman. INFO SIVIK
MENGHARGAI GOLONGAN ORANG KURANG UPAYA (OKU) MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU Tahun 1 PENGETAHUAN: Menyatakan cara menghormati dan menghargai golongan OKU SOSIOEMOSI: Menunjukkan sikap prihatin terhadap golongan OKU TINDAKAN Menghormati hak golongan OKU Nilai Teras: Hormat-menghormati Konteks: Sekolah NOTA GURU Nota Rujukan: 1. http://www.jkm.gov.my 2. Petikan: Memelihara hak orang kurang upaya. http://www.utusan.com.my/ rencana/utama/memelihara-hakorang-kurang-upaya1.599110#ixzz5i1UGi4LR Persediaan Guru: 1. Mencari maklumat berkaitan dengan Orang Kurang Upaya (OKU) dan membuat PENGENALAN TAJUK 1 Jam Masa: SUMBANG SARAN Kod QR Berikan contoh golongan orang kurang upaya yang anda kenal. Imbas untuk menonton iklan berkaitan “Orang Kurang Upaya” Setiap individu perlu menghormati semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang termasuk orang kurang upaya (OKU). OKU perlu dilayan sama seperti orang lain. Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, golongan orang kurang upaya (OKU) ditakrifkan sebagai mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau deria. Kekangan ini mengakibatkan pelibatan mereka dalam masyarakat tersekat dan kurang berkesan apabila mereka berinteraksi dengan masyarakat. Kehilangan upaya ini boleh terjadi sejak lahir atau selepas dilahirkan. Individu yang mengalami keadaan ini juga digelar sebagai golongan istimewa. Di Malaysia, hak -hak golongan OKU dimartabatkan dalam peruntukan Akta Orang Kurang Upaya 2008 (Akta 685). SUMBANG SARAN Nyatakan tempat simbol ini dapat dilihat di sekolah anda. 1 2 67 Literasi Sivik:
AKTIVITI 1 AKTIVITI 2 Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan mengikut situasi yang diberikan. Lakonkan situasi tersebut. Berbincanglah dengan rakan anda tentang perkara berikut: 1. kategori orang kurang upaya berdasarkan gambar. 2. cara anda dapat membantu golongan orang kurang upaya tersebut. Bercerita tentang gambar. 1 2 3 Situasi 1 Sewaktu anda hendak ke sekolah, anda ternampak seorang lelaki yang buta hendak melintas jalan yang sesak. Lakonkan tindakan yang dapat anda lakukan untuk membantu orang buta itu. Situasi 2 Sewaktu anda hendak ke kantin, rakan anda yang berkerusi roda tidak dapat bergerak kerana rodanya tersangkut di dalam lubang. Lakonkan tindakan yang dapat anda (atau kumpulan anda) lakukan untuk membantu rakan tersebut. Situasi 3 Anda mempunyai seorang rakan OKU yang tidak boleh bercakap. Dia ingin tahu akan cara-cara meminjam buku di perpustakaan. Lakonkan tindakan yang dapat anda lakukan untuk membantu rakan anda itu. Guru menerangkan: Setiap orang mempunyai hak untuk dihormati dan dihargai termasuk orang kurang upaya. Setiap orang juga mempunyai tanggungjawab untuk menghormati orang lain termasuk orang kurang upaya. 68
AKTIVITI 3 Tonton video tersebut. 1. Apakah yang sepatutnya anda lakukan jika situasi ini berlaku? Bincangkan tindakan yang akan diambil dan senaraikannya melalui aktiviti Meja Bulat. 2. Bentangkan hasil perbincangan kumpulan melalui aktiviti Jelajah Minda (Gallery Walk). Imbas Kod QR ini untuk menonton video. 69 Tugasan berkumpulan: Tonton klip video dan bincangkan tugasan dalam kumpulan. Penilaian Murid akan dinilai melalui pemerhatian, aktiviti berkumpulan, soal jawab atau tugasan dalam dan luar bilik darjah. Rumusan Prihatin dengan golongan orang kurang upaya (OKU). Kita hendaklah menghormati dan menghargai hak OKU. Jangan menggunakan kemudahan yang disediakan untuk OKU. Sentiasa bersedia untuk memberi bantuan kepada OKU. Hak: Golongan orang kurang upaya (OKU) perlu diberikan hak dan peluang untuk menambah baik kelangsungan hidup mereka. Kita mestilah menyantuni hidup golongan OKU dan memulihara hak-hak golongan orang upaya. Tanggungjawab: Oleh itu, kita juga haruslah bertanggungjawab untuk memastikan golongan kurang upaya ini dihargai dan dihormati oleh masyarakat. INFO SIVIK
Hormati Warga Sekolah MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU Tahun 3 PENGETAHUAN: Menyatakan cara menghormati warga sekolah. SOSIOEMOSI: Menzahirkan perasaan hormat antara warga sekolah. TINDAKAN: Mengamalkan pertuturan dan perlakuan yang sesuai untuk menunjukkan rasa hormat terhadap warga sekolah. Nilai Teras: Hormat-menghormati Konteks: Sekolah NOTA GURU Nota Rujukan: 1. Adab di Sekolah https:// thekmprojects.wordpress.com/tips/ adab-di-sekolah/ 1. Pupuk Semangat Hargai Warga Sekolah https://www.mstar.com.my/ lokal/semasa/2013/02/08/ pupuk-semangat-hargai-- hormati-kepelbagaianbudaya Persediaan Guru: 1. Mencari maklumat dan gambar berkaitan dengan tajuk dan aktiviti. PENGENALAN TAJUK 1 Jam Masa: Kod QR SUMBANG SARAN Berbincang secara berpasangan tentang mesej yang terdapat dalam gambar, video dan pantun. Imbas Kod QR ini untuk menonton video Mesej Komuniti—Hormatmenghormati Setiap warga sekolah berhak untuk dihormati. Semangat menghargai dan menghormati warga sekolah perlu sentiasa dipupuk dalam kalangan generasi muda khususnya mereka yang masih di bangku sekolah. Murid perlu dipupuk dengan sikap ini supaya dapat menyesuaikan diri serta mudah berkomunikasi dalam komuniti sekolah. Warga sekolah terdiri daripada barisan pentadbir, guru, dan pekerja sekolah yang bekerja di bawah bumbung yang sama. Sebagai murid, mereka perlu menunjukkan sikap bertanggungjawab seperti mengucapkan salam apabila bertemu, bertutur dengan sopan dan mesra, sentiasa dengan senyuman, menjaga tingkah laku dengan baik dan bersedia untuk menghulurkan bantuan pada bila-bila masa. Sudah sepagi mengail di tanjung, Esoklah saja ke Kampung Daik; Dipandang tinggi guru disanjung, Hormatilah guru sebaik-baik. 70 Literasi Sivik:
AKTIVITI 1 AKTIVITI 2 Lakonkan berdasarkan situasi diberi. i. Setiap orang berhak dihormati. Tunaikan tanggungjawab anda untuk menghormati orang lain. ii. Berbincang dalam kumpulan dan melakonkan tindakan tersebut. Situasi 1 Pengawal keselamatan di sekolah anda menegur anda dan rakanrakan kerana bermain-main di hadapan pagar sekolah. Apakah tindakan yang menunjukkan sikap saling menghormati yang sepatutnya anda dan rakan anda tunjukkan selepas ditegur oleh pengawal keselamatan tersebut. Lakonkan. Situasi 2 Anda dan rakan-rakan sedang makan di kantin semasa waktu rehat. Selepas makan, anda meletakkan pinggan dan cawan di tempat yang disediakan, namun rakan anda membiarkan sahaja bekas makanan di atas meja. Pekerja kantin yang berada tidak jauh dari situ menegur sikap anda. Apakah tindakan yang menunjukkan sikap saling menghormati yang sepatutnya rakan anda dan pekerja kantin tunjukkan. Lakonkan. TUGASAN BERKUMPULAN Setiap orang berhak dihormati. Sila berbincang dengan rakan anda melalui aktiviti Fikir– Pasang - Kongsi dan senaraikan cara-cara menghormati guru. Antara cara menunjukkan sikap hormat kepada guru: Berikan salam atau ucapan hormat kepada guru ketika guru masuk ke kelas. Tumpukan perhatian ketika guru mengajar. Mengemukakan soalan atau menjawab soalan guru dengan sopan. Ucap terima kasih kepada guru selepas guru selesai mengajar. 71
AKTIVITI 3 72 i. Anda seorang murid yang bertanggungjawab dan menghormati guru, kakitangan sekolah dan rakan. ii. Kenal pasti tingkah laku yang merupakan sikap seorang yang mempunyai sikap saling menghormati. Gunakan simbol yang berikut: 1. Anda memberi fokus terhadap pengajaran guru di dalam kelas. 2. Anda hanya mendiamkan diri apabila guru bertanya soalan. 3. Anda memberikan ucapan selamat dan senyuman kepada tukang kebun sekolah. 4. Anda membiarkan botol minuman kosong yang anda lihat di atas meja makan di kantin. 5. Anda menawarkan bantuan kepada guru yang sedang membawa buku yang banyak di tangannya. 6. Anda berhenti dan menggunakan laluan yang lain apabila melihat pekerja kantin sekolah sedang mengemop lantai kantin. SENARAI SEMAK Penilaian Murid akan dinilai melalui pemerhatian, aktiviti berkumpulan, soal jawab atau tugasan dalam dan luar bilik darjah. Rumusan Kita perlulah menghormati warga sekolah khususnya orang yang lebih tua daripada kita. Kita hendaklah menghormati warga sekolah tanpa mengira usia, pangkat dan latar belakang mereka. Sikap saling menghormati menjadikan seseorang murid bersopan santun dan bertatasusila. Hak Setiap individu mempunyai hak untuk dihormati supaya dapat hidup dalam keadaan harmoni. Tanggungjawab Setiap murid perlu melaksanakan tanggungjawab mereka untuk menghormati dan menghargai warga sekolah supaya hubungan yang erat dan harmoni dapat diwujudkan. INFO SIVIK
Sekolahku Rumahku MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU Tahun 2 PENGETAHUAN: Menyatakan cara menjaga kebersihan sekolah SOSIOEMOSI: Menzahirkan perasaan bangga dengan kebersihan dan Ketenteraman di sekolah TINDAKAN: Menjaga dan mengekalkan kebersihan sekolah Nilai Teras: Bertanggungjawab Konteks: Sekolah NOTA GURU Nota Rujukan: 1.Bahagian Perkembangan Kurikulum, KPM. Persediaan Guru: Mencari maklumat berkaitan dengan “Sekolahku Rumahku” dan cara penjagaan untuk mengekalkan kebersihan sekolah daripada pelbagai sumber. PENGENALAN Suasana sekolah yang kondusif merujuk keadaan persekitaran yang selesa, tenteram, mesra dan riang dengan pembelajaran yang lancar. Keadaan ini meningkatkan motivasi murid dan guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Bagi murid-murid, sekolah bukan sahaja merupakan tempat belajar tetapi juga merupakan tempat bermain atau bertemu dengan rakan-rakan. Bermain sambil belajar menjadikan murid-murid berasa seronok dan gembira. Murid -murid mesti mengetahui hak mereka untuk belajar dalam suasana yang selesa dan menyeronokkan. Oleh itu, mereka mesti tahu akan tanggungjawab mereka untuk mewujudkan suasana tersebut dengan menjaga kebersihan dan ketenteraman sekolah. TAJUK 1 Jam Masa: Kod QR SUMBANG SARAN Sumbang saran antara guru dengan murid berdasarkan tayangan video. Murid menyatakan aktiviti yang dilakukan oleh watak-watak dalam video. Upin dan Ipin: Taman Mesra http://gg.gg/ddz4j 73 Literasi Sivik:
AKTIVITI 1 AKTIVITI 2 Murid-murid membanding beza dua gambar yang diberikan dengan berbincang dalam kumpulan (Aktiviti Round Table). Wakil murid diminta menyatakan sebab-sebab mereka berasa gembira akan keadaan bilik darjah yang bersih. AKTIVITI 3 PETA MINDA Menjaga kebersihan amat penting dalam kehidupan manusia. Murid-murid mesti tahu akan tanggungjawab mereka menjaga kebersihan setiap masa. Berdasarkan gambar yang diberikan, murid menyatakan cara menjaga kebersihan sekolah. P E N Y E L E S A I A N M A S A L A H Membersihkan papan putih Menyapu sampah yang bertaburan Menyusun kerusi dan meja Menampal poster dengan kemasnya Murid-murid menulis maklumat berkaitan dengan tanggungjawab menjaga kebersihan dan mengekalkan ketenteraman sekolah dalam bentuk peta minda. Cadangan Jawapan Bilik darjah yang bersih mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok dan ceria Murid dapat belajar di dalam bilik darjah yang selesa. Murid lebih berfokus semasa guru mengajar. Menjamin kesihatan dan mengelakkan penyakit berjangkit. Berdisiplin dan mematuhi peraturan sekolah 74
Rumusan Hak: Semua murid mempunyai hak untuk berada dalam persekitaran sekolah yang bersih dan selamat. Tanggungjawab: Murid perlu menjalankan tanggungjawab mereka untuk menjaga kebersihan sekolah. Penilaian Menjaga kebersihan sekolah dengan menerapkan nilai bertanggungjawab kepada murid-murid. Sikap suka menjaga kebersihan untuk melahirkan generasi yang bertanggungjawab. Menjaga kebersihan sekolah merupakan tanggungjawab bersama semua warga sekolah 75 Murid akan dinilai melalui pemerhatian, aktiviti berkumpulan, soal jawab atau tugasan dalam dan luar bilik darjah. INFO SIVIK
MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU Tahun 3 PENGETAHUAN: Menyatakan kepentingan komited untuk melaksanakan amanah (pekerjaan) SOSIOEMOSI: Menzahirkan perasaan gembira apabila mengamalkan sikap rajin TINDAKAN: Mengekalkan sikap rajin dalam diri Nilai Teras: Bertanggungjawab Konteks: Diri dan keluarga NOTA GURU Nota Rujukan: 1. https://pokokhijau2. wordpress.com/ 2017/10/12/rajinberusaha-tangga-kejayaan/ 2. https://id.wikihow.com/ Menjadi- Orang-yang-BertanggungJawab Persediaan Guru: 1. Mencari maklumat dan gambar berkaitan dengan tajuk dan aktiviti. PENGENALAN TAJUK 1 Jam Masa: Kod QR SUMBANG SARAN Berbincang dengan rakan di sebelah anda tentang sebab anda harus menjadikan aktiviti yang ditunjukkan dalam gambar sebagai rutin harian. Imbas kod QR ini untuk menonton video yang bertajuk “Pada Zaman Dahulu— Belalang dan Semut” Sikap rajin dan bertanggungjawab memberikan kebaikan kepada diri, keluarga dan sekolah. Individu yang rajin atau ringan tulang berhak untuk disayangi oleh keluarga dan rakan-rakan. Individu yang rajin akan membuat sesuatu tugas dengan bersungguh-sungguh. Individu yang bertanggungjawab pula selalu memenuhi janji dan berpegang teguh pada komitmen yang dipertanggungjawabkan. Dia juga mampu mengurus masa dan wang dengan baik serta dapat mendorong diri mereka agar sentiasa berusaha dan tidak mudah berputus asa untuk mengejar cita-cita. Rajin dan Komited 76 Literasi Sivik:
AKTIVITI 1 AKTIVITI 2 1 2 Situasi 1 Anda merupakan pekebun. Anda menanam pokok cili tetapi pokok cili anda tidak subur. Jelaskan amalan yang harus anda usahakan supaya pokok cili anda subur dan mengeluarkan hasil. Gambarkan perasaan anda jika usaha ini berjaya. Situasi 2 Anda hendak mengikuti lawatan sambil belajar ke Petrosains yang dianjurkan oleh sekolah. Ibu anda kekurangan duit. Jelaskan usaha-usaha yang dapat anda ikhtiarkan untuk mengumpulkan duit bagi tujuan tersebut. Gambarkan perasaan anda jika usaha ini berjaya. Situasi 3 Buku, baju dan kasut sekolah anak jiran anda hangus terbakar semasa rumahnya musnah dalam kejadian kebakaran. Dia berasa sangat sedih. Jelaskan usaha yang anda dan keluarga boleh lakukan untuk membantu anak jiran anda. Gambarkan perasaan anda jika usaha ini berjaya. SUMBANG SARAN Semua individu berhak mendapat kehidupan yang selesa dan bersih. Berbincang secara berpasangan tentang dua kebaikan melaksanakan aktiviti yang ditunjukkan dalam gambar. Kepentingan sikap komited : sesuatu tugas dapat dilaksanakan dengan sempurna dan cepat kunci kejayaan disenangi oleh semua orang Aktiviti Kumpulan : Anda mempunyai hak untuk mendapatkan hasil daripada usaha anda. Bagaimanakah anda melaksanakan tanggungjawab supaya anda memperolehi hasil daripada usaha tersebut? 77
AKTIVITI 3 i. Anda seorang anak yang rajin dan bertangungjawab. ii. Kenal pasti tingkah laku yang merupakan sikap seorang yang rajin dan bertanggungjawab. Gunakan simbol yang berikut: AMALAN i. Kemas tempat tidur sebaik sahaja bangun tidur. ii. Berpura-pura tidur apabila melihat kakak sedang mengemas ruang tamu. iii. Periksa jadual waktu dan kemas beg sekolah sebelum tidur. iv. Kemas meja bersama-sama keluarga selepas makan. v. Tinggalkan tuala yang digunakan selepas mandi di atas katil. vi. Tinggalkan meja makan sebaik selesai makan tanpa membantu mengemas meja. 78 Penilaian Murid akan dinilai melalui pemerhatian, aktiviti berkumpulan, soal jawab atau tugasan dalam dan luar bilik darjah. Rumusan Kita perlulah bertanggungjawab terhadap diri dan keluarga. Kita hendaklah bersikap rajin untuk memperoleh masa depan yang cerah. Kita mestilah rajin membantu keluarga kita agar dapat meringankan tugas mereka. Hak Kita mempunyai hak untuk memperoleh kehidupan yang sejahtera dan sempurna. Bertanggungjawab Untuk mencapai kehidupan yang selesa dan sejahtera, kita bertanggungjawab untuk berusaha bersungguh-sungguh. INFO SIVIK
KELUARGA BAHAGIA MASYARAKAT SEJAHTERA MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU Tahun 1 PENGETAHUAN: Mengetahui hak dan tanggungjawab dalam keluarga SOSIOEMOSI: Menghargai pengorbanan ahli keluarga TINDAKAN: Memberikan tumpuan kepada keluarga Nilai Teras: Kegembiraan Konteks: Keluarga NOTA GURU Nota Rujukan: 1.Model Keluarga Bahagia Menurut Islam https://umexpert.um.edu.my/file/ publication/00002815_79627.pdf Persediaan Guru: Mencari maklumat berkaitan dengan hak dan tanggungjawab dalam keluarga untuk melahirkan masyarakat yang bahagia. PENGENALAN Kamus Dewan mendefinisikan keluarga penyayang sebagai kehidupan satu keluarga yang bebas daripada gejala sosial, mengamalkan corak kehidupan yang berlandaskan disiplin dan wujud sifat kasih sayang yang amat tinggi serta saling menghormati. Keluarga penyayang dan masyarakat sejahtera menunjukkan kualiti hidup berkeluarga yang harus dimiliki oleh sesebuah keluarga untuk melahirkan masyarakat yang sejahtera. Setiap ahli keluarga mesti mengetahui hak mereka untuk menikmati kehidupan yang gembira dan bahagia. Mereka mestilah menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya supaya dapat mewujudkan masyarakat yang gembira. TAJUK 1 Jam Masa: Kod QR Imbas kod QR ini untuk mendengar lagu “Keluarga Bahagia” SUMBANG SARAN Murid mendengar dan menyanyikan lagu bersama-sama. Muridmurid menyatakan maksud lirik lagu KELUARGA BAHAGIA Kasih pada ibu Taat pada bapa Hormat pada guru Membawa bahagia Ibu dan bapa Serta keluarga Bimbinglah kami Dengan penuh kasih sayang Masa tidak menunggu kita Dari itu janganlah leka Jangan menderhaka pada orang tua Amalan hidup kita Mereka yang rajin berusaha Hidup bahagia dan sempurna Ingat pada Tuhan Hindari kejahatan keluarga bahagia 79 Literasi Sivik:
AKTIVITI 1 AKTIVITI 2 Murid diminta menghasilkan kad (kad hari ibu/hari bapa/ hari lahir) dan tujukan kepada ahli keluarga untuk menunjukkan cara menghargai pengorbanan mereka. AKTIVITI 3 AKTIVITI FIKIR-PASANG-KONGSI Setiap murid berfikir sendiri dan berkongsi dengan rakan sebelah maklumat yang difikirkannya. Kemudian, murid-murid berkongsi tentang maklumat tersebut dengan ahli kumpulan yang lain. Murid menyenaraikan cara untuk memberikan tumpuan dan perhatian kepada keluarga masing- masing. AKTIVITI SATU TINGGAL TIGA BEREDAR Murid membentangkan dan mendapatkan maklumat daripada ahli kumpulan lain. Kanak-kanak perlu mengetahui hak yang patut diterima oleh mereka daripada orang dewasa. Kanak-kanak berhak mendapat makanan yang sihat, tempat tinggal, pakaian, pendidikan, perlindungan dan bersosial. Namun, mereka perlu bertanggungjawab untuk menjaga hak yang telah diberikan kepada mereka dengan baiknya. Wakil setiap kumpulan akan diberikan gambar tentang hak kanak-kanak dan mereka perlu menyatakan tanggungjawab mereka untuk menjaga hak tersebut. Ayah 80
Rumusan Hak Setiap individu berhak untuk dihormati dan dihargai supaya kehidupan keluarga gembira . Tanggungjawab: Setiap ahli keluarga perlu memikul tanggungjawab masing-masing untuk mewujudkan keluarga yang bahagia. Penilaian Ahli keluarga menghargai masa yang diluangkan bersama-sama. Ahli keluarga sentiasa menjayakan aktiviti keluarga bersama-sama untuk merapatkan hubungan. Ahli keluarga prihatin dengan keadaan dan perkembangan ahli keluarga yang lain. Ahli keluarga berasa seronok meluangkan masa bersama-sama. 81 Murid akan dinilai melalui pemerhatian, aktiviti berkumpulan, soal jawab atau tugasan dalam dan luar bilik darjah. INFO SIVIK
Pengaruh Rakan Sebaya MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU Tahun 3 PENGETAHUAN: Menyatakan ciri-ciri rakan yang baik. SOSIOEMOSI: Menzahirkan perasaan gembira kerana mendapat rakan sebaya yang baik. TINDAKAN: Membuat keputusan yang bijak dalam memilih rakan. Nilai Teras: Kegembiraan Konteks: Sekolah NOTA GURU Nota Rujukan: 1. Berhati-hati Memilih Rakan Sebaya : http:// dwnsiswa.dbp.my/ wordpress/ 2. Tekanan Rakan Sebaya :www-myhealth-gov-mytekanan-rakan-sebaya Persediaan Guru: Mencari artikel-artikel mengenai pengaruh rakan sebaya dan aktiviti-aktiviti bina semangat yang mengutamakan kerjasama sepasukan yang boleh dikaitkan dengan peranan dan rakan sebaya. PENGENALAN Rakan sebaya didefinisikan sebagai sahabat yang mempunyai umur, latar belakang dan minat yang lebih kurang sama. Lazimnya kita akan berasa gembira apabila berada bersama-sama mereka. Oleh sebab itu kita berhak untuk menjalinkan hubungan persahabatan demi kesejahteraan hidup. Walau bagaimanapun kita bertanggungjawab untuk memilih rakan sebaya yang bersahsiah mulia dan mengamalkan nilai-nilai murni. TAJUK 1 Jam Masa : Seorang murid diminta duduk di atas kerusi yang disediakan dan menjawab soalan-soalan mengenai rakan sebaya yang dipilih. Rakan-rakan lain menyebut ciri-ciri rakan yang dipilih sehingga dapat menamakan murid yang dimaksudkan. Jawapan yang diberi hanya ‘Ya’ atau ‘Tidak’ Aktiviti ‘Kerusi Panas’ Contoh soalan : 1. Adakah rakan kamu murid seorang perempuan? Kod QR Imbas kod QR ini untuk paparan artikel Tekanan Rakan Sebaya 82 Literasi Sivik:
AKTIVITI 1 AKTIVITI 2 Murid-murid berbincang tentang diri masing-masing melalui aktiviti fikir-pasang-kongsi. Seterusnya murid-murid diminta menyatakan ciriciri kawan masing-masing dan menulisnya dalam lembaran yang disediakan. Contoh : LOGES MEI CHIN peramah pendiam rajin membaca buku suka membantu rakan mengambil berat pemurah memberikan dorongan memuji baik hati jujur Ciri-ciri rakan yang baik : 1. Penyayang / Prihatin 2. Penyabar 3. Pendengar yang baik 4. Amanah 5. Menghormati ibu bapa / orang tua 6. Rajin membaca dan bijak belajar Rakan sebaya penting dalam kehidupan kita. Setiap individu berhak memilih rakan yang baik untuk dirinya. Sahabat menjadi antara faktor menentukan arah tuju kita. Kita bertanggungjawab memilih rakan yang baik kerana rakan merupakan cerminan diri. Fikir positif tentang rakan anda. Murid diminta: Menekap dan melakar tapak tangan sendiri di atas kertas kosong. Menulis nama sendiri atas kertas yang telah dilukis tapak tangan. Dalam kumpulan antara 6 hingga 8 orang, murid diminta duduk membentuk bulatan. Setiap murid dalam bulatan diminta mengedarkan kertas tapak tangan kepada rakan di sebelah. Setiap rakan yang menerima kertas tapak tangan perlu mencatat satu sikap baik rakan yang namanya tertera pada kertas tapak tangan tersebut. Ulangi langkah 3 dan 4 sehingga murid menerima semula kertas tapak tangan mereka. (Sekiranya ada 6 orang dalam kumpulan, murid akan menerima 5 sikap baik diri mereka). Setiap murid diminta membaca sikap baik mereka seperti yang dicatat oleh rakan dan menyatakan perasaan mereka. 83
AKTIVITI 3 Murid-murid diminta: i. Mengenal pasti seorang rakan sebaya. ii. Memilih label ciri rakan yang baik dan memasukkan dalam kotak rakan sebaya yang dipilih. 84 prihatin penyabar ceria penyayang jujur mesra murah hati baik hati JANNAH LIM RAJ LUNA KANANG Penilaian Murid akan dinilai melalui pemerhatian, aktiviti berkumpulan, soal jawab atau tugasan dalam dan luar bilik darjah. Rumusan Rakan sebaya boleh memberikan pengaruh yang positif atau kebaikan antara satu sama lain dan kadangkala boleh mempengaruhi bentuk yang negatif atau kejahatan. Rakan sebaya yang terdiri daripada pelajar yang baik akan terlibat dalam aktiviti yang lebih memberikan kesan positif kepada rakan yang lain, seperti pelibatan dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti meningkatkan kemahiran diri, manakala rakan sebaya daripada kalangan pelajar yang bermasalah akan memberikan kesan yang sama kepada rakan yang lain. Hak Setiap individu berhak memilih rakan sebaya yang baik. Tanggungjawab Setiap individu bertanggungjawab untuk memilih rakan yang baik supaya akhlak terpelihara. INFO SIVIK
MODUL EXEMPLAR BAHASA INGGERIS 4.2 MODUL EXEMPLAR BAHASA INGGERIS
CARE FOR ONE ANOTHER KNOWLEDGE: Know their rights to love and to be loved SOCIOEMOTIONAL: Show concern for one another ACTION: Help victims of natural disasters through various ways SUBJECT ENGLISH YEAR 1 CORE VALUE: Love CONTEXT: Family CIVIC LITERACY: TEACHER’S NOTES Reference Notes: DSKP KSSR Year 1 SOW :Lesson 152 Learning Standards: 4.3.1, 4.3.3 YouTube Video - Barney I Love You Teacher scans the QR code. Teacher Preparation Teacher prepares pictures and coupon book sample. INTRODUCTION It is important that we love and care for one another, especially our family members. We can show that we care by helping them in doing chores around the house. Showing appreciation among family members brings the family closer. . TOPIC 1 Hour Time: QR CODE 87 https://www.youtube.com/watch?v=LK3c9LYTRlL Pre-lesson: Pupils watch the video clip and sing along.
My parents bring me to the playground My father reads to me. ACTIVITY 1 ACTIVITY 2 Pupils get into groups. Teacher gives each group a situation to role-play to demonstrate love and care. Suggested situations: Your parents are going to work. Your sister is crying. It is Mother’s Day. Your father wants to wash his car. Your brother falls off his bicycle. Your father/mother is sick. It is your father’s birthday. Teacher asks pupils “How do you know your family loves you?” Teacher writes the responses on the board. Teacher then asks “How do you show love to your family?” Teacher gives an option to carry out the activity. i. Pupils write on sticky notes and post them around the classroom. ii. Pupils can say verbally. I get hugs and kisses. My mother cooks for me. 88 https://www.pinterest.com/pin/432134526726980751/ https://www.holidaycardsapp.com/cards/thanks_mom_birthday_cake_card https://www.fotosearch.com/CSP488/k35264600/