MODUL EXEMPLAR PENDIDIKAN MORAL 4.4 MODUL EXEMPLAR PENDIDIKAN MORAL
Saya Sihat MATA PELAJARAN Pendidikan Moral Tahun 1 PENGETAHUAN: 1. Menjelaskan cara menjaga kebersihan diri. 2. Menghuraikan kepentingan menjaga kecergasan fizikal untuk kesihatan mental dan emosi. SOSIOEMOSI: Menghayati amalan sayangi diri dengan mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan semua. TINDAKAN: Membasuh tangan dengan cara yang betul sebelum dan selepas makan. Nilai Teras: Kasih Sayang Konteks: Diri Literasi Sivik: NOTA GURU Nota Rujukan: Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tahun 1 Modul Latihan Kelab Doktor Muda Sekolah Rendah Persediaan Guru: DSKP KSSR Pendidkan Moral Tahun 1 SK:Sayangi Diri PENGENALAN TAJUK 1 Jam Masa: Murid menonton dan mendengar lagu melalui video yang ditayangkan. Guru mendapatkan maklum balas murid berdasarkan video yang ditayangkan melalui sesi soal jawab. 1. Apakah yang kamu lihat melalui video tersebut? 2. Mengapakah kesihatan perlu dijaga? 3. Bagaimanakah cara kamu menjaga kebersihan diri? https://youtu.be/-ph34IkuDK0 Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (1947), kesihatan merujuk kepada keadaan yang sempurna sihat dari segi fizikal, mental, rohani, sosial dan bukan semata-mata bebas daripada penyakit atau tidak berdaya. Pengetahuan tentang hak dan tanggungjawab dalam menjaga kebersihan diri dari segi fizikal dan mental perlu dididik sejak awal lagi agar menjadi seorang warganegara yang cemerlang, sihat dan produktif. 141
AKTIVITI 1 AKTIVITI 2 Murid menonton tayangan video tentang kepentingan menjaga kebersihan gigi. Murid diminta meneliti gambar, mengenal pasti dan menyatakan setiap anggota badan. AKTIVITI 3 Murid dibahagikan kepada empat kumpulan yang mewakili empat stesen penjagaan anggota badan tertentu. Setiap kumpulan perlu menunjuk cara penjagaan anggota badan yang telah ditetapkan dengan cara yang betul. Stesen Penjagaan Badan 1. Stesen penjagaan rambut 2. Stesen penjagaan kuku 3. Stesen penjagaan gigi 4, Stesen penjagaan tangan Sumber: Buku teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tahun 1 terbitan DBP Murid diminta menyanyikan lagu 7 Langkah Cuci Tangan, Cara Mandi yang betul. Guru memberi penekanan tentang hak dan tanggungjawab murid mendapat peralatan yang sempurna. Animasi Lagu 7 Langkah Cuci Tangan Animasi Lagu Cara Mandi yang Betul Animasi Lagu Gosok Gigi Murid menyenaraikan maklumat yang diperolehi melalui tayangan video tersebut. 142
Penilaian Penilaian adalah berdasarkan ketepatan fakta yang dinyatakan oleh murid berkaitan kepentingan menjaga kebersihan dan kesihatan diri. Rumusan Penilaian kendiri melalui penampilan murid di dalam kelas dan simulasi penjagaan anggota badan yang betul. Menyatakan cara menjaga kebersihan diri mengikut anggota badan. Menyenaraikan kepentingan menjaga kebersihan dan kesihatan diri dari aspek fizikal dan mental. Mempraktikkan amalan menjaga kebersihan diri dengan betul. INFO SIVIK Hak: Hak untuk hidup dalam suasana yang bersih dan selesa. Tanggungjawab: Bertanggungjawab untuk memastikan diri sentiasa bersih dan sihat dari aspek fizikal dan mental. 143
MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL Tahun 2 Nilai Teras: Kasih Sayang Konteks: Diri dan Keluarga Literasi Sivik Nota Rujukan: https://www.youtube.com/ watch?v=2DBULHNFzE0 Persediaan Guru: DSKP KSSR Pendidikan Moral Tahun 2 SK:Sayangi Ahli Keluarga PENGENALAN Anggota keluarga terdiri daripada ibu, bapa, abang, kakak, adik, datuk dan nenek. Setiap ahli keluarga mempunyai peranan mereka untuk membentuk sebuah keluarga bahagia. Tanggungjawab ibu bapa ialah menyara keluarga dan menguruskan anak-anak dengan baik manakala tanggungjawab anakanak adalah untuk menjaga adab dan maruah keluarga. Tanggungjawab yang dilaksanakan oleh ahli keluarga dapat membentuk keakraban dalam hubungan kekeluargaan. Sehubungan itu, setiap ahli keluarga berhak untuk hidup dalam suasana keluarga yang bahagia. TAJUK 1 Jam Masa: PENGETAHUAN: Menyatakan cara menjaga adab semasa berkomunikasi dengan ahli keluarga. SOSIOEMOSI: Mengekspresi adab berkomunikasi dengan ahli keluarga. TINDAKAN: Menunjukkan akhlak dan perlakuan yang baik serta sopan dalam keluarga. NOTA GURU Adab Dengan Keluarga Wakil murid diminta menyusun kad huruf pada papan putih untuk membentuk satu perkataan yang lengkap. Guru menyatakan tajuk pengajaran hari ini berkaitan dengan nilai adab sopan dalam keluarga. A D A B S O P A N Sumber: Pixabay 144
AKTIVITI 1 AKTIVITI 2 AKTIVITI 3 Gambar A : Cikgu , boleh saya minta keluar pergi ke tandas? ( ) Gambar B : Siew Ling memanggil Jun Siong dari belakang. ( ) Gambar C : Tahniah Ah Keong mendapat tempat pertama. ( ) Gambar D : Cikgu, saya tolong cikgu hantar buku latihan ke bilik guru. ( ) Murid diminta menyenaraikan contoh adab ketika bersamasama anggota keluarga dengan menggunakan peta minda. 145 Terima Kasih Ucapan Selamat Minta maaf Contoh: Murid diagihkan kepada beberapa kumpulan. Wakil daripada setiap kumpulan akan memilih sampul misteri yang mengandungi kad situasi. Murid diminta melakonkan situasi tersebut secara beradab sopan. Kad situasi 1: Ganesh meminta izin ibunya untuk keluar bermain bola di padang pada waktu petang. Kad situasi 2: Vincent bertanya kepada kakaknya mengenai sarapan pagi yang masih belum disediakan. Kad situasi 3: Kanang memberitahu ayahnya tentang masalah disiplin yang dilakukannya di sekolah sehingga dimarahi guru. Kad situasi 4: Lee meminta bantuan abangnya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Renungan : Sekiranya keluarga anda dilayani dengan cara yang bersopan atau tidak, apakah perasaan mereka? Berdasarkan gambar di bawah ini, murid diminta memilih dan menandakan situasi adab yang bersopan ( ✓ ). Sumber:Buku Teks Pendidikan Moral KSSR SJKC Tahun 2
Rumusan Penilaian Penilaian rakan sebaya tentang cara beradab sopan dengan anggota keluarga. Penilaian oleh rakan sebaya melalui kreativiti murid dalam lakonan tentang cara beradab sopan dengan anggota Keluarga. Guru mengakhiri pengajaran dan pembelajaran dengan membuat rumusan: Menyatakan cara menjaga adab antara anggota keluarga sebagai satu cara menunjukkan kasih sayang. Hak: Hak untuk disayangi dalam keluarga. Tanggungjawab: Mengamalkan adab untuk mengukuhkan kasih sayang dalam keluarga. Info Sivik 146
Sentuhan Selamat MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL Tahun 1 Nilai Teras: Hormat-menghormati Konteks: Diri dan Masyarakat Literasi Sivik Nota Rujukan: www.drmuda.gov.my Buku Teks Pendidikan Kesihatan Portal MyHealth, KKM Persediaan Guru: DSKP KSSR Pendidikan Moral Tahun 1 SK:Tanggungjawab Diri, Hormati Diri dan Sayangi Diri PENGENALAN Sentuhan adalah satu tindakan menyentuh seseorang atau sesuatu. (MyHealth, KKM). Terdapat dua jenis sentuhan terhadap seseorang iaitu sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat. Guru mempamerkan beberapa contoh gambar yang menunjukkan ciri-ciri sentuhan selamat dan tidak selamat untuk dikenal pasti oleh murid. Murid diberi penekanan tentang hak dan tanggungjawab untuk menjaga keselamatan dan maruah diri sejak kecil lagi. TAJUK 1 Jam Masa: PENGETAHUAN: Menerangkan sentuhan selamat dan tidak selamat. SOSIOEMOSI: Mengekspresikan perasaan bersyukur dapat menjaga maruah diri. TINDAKAN: Mengaplikasikan dan mendemonstrasikan kemahiran berkata TIDAK terhadap sentuhan tidak selamat. NOTA GURU 1. Tubuh anda adalah milik anda sahaja. 2. Katakan TIDAK kepada sentuhan tidak selesa dan tidak selamat. 3. Laporkan kepada orang yang anda percayai sekiranya anda berasa terancam. Sentuhan sapaan oleh guru Sentuhan gurauan oleh abang Contoh Sentuhan Selamat 147
AKTIVITI 1 AKTIVITI 2 Berdasarkan model anak patung, murid diminta melabel anggota badan yang tidak boleh disentuh. Guru menerangkan cara menjaga maruah diri dengan berkata TIDAK kepada sentuhan tidak selamat. Guru menerangkan kepada murid tentang hak ke atas anggota sendiri daripada sentuhan tidak selamat. Murid menonton dan berbincang klip video berkaitan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat. Guru menyatakan perasaan bersyukur kerana dapat menghindari daripada sentuhan tidak selamat. Guru memberi pendedahan kepada murid tentang anggota badan yang tidak boleh disentuh. Nyatakan batas sentuhan Sumber: Dr. M. A. Aleem Sumber: DenviantArt AKTIVITI 3 MULUT DADA ORGAN GENITAL PUNGGUNG 148 Sumber:www.psthechildren.org.my Katakan TIDAK! LARI ! daripada pelaku BERITAHU! seseorang
Rumusan Penilaian Penilaian adalah berdasarkan ketepatan fakta dalam aktiviti 2. Rumusan Mengenal pasti ciri-ciri sentuhan selamat dan tidak selamat. Mengetahui anggota badan yang tidak boileh disentuh. Mengetahui cara menghindari daripada sentuhan tidak selamat. Hak: Hak untuk mendapatkan perlindungan daripada sentuhan tidak selamat. Tanggungjawab: Menjaga keselamatan diri sendiri daripada sentuhan tidak selamat. Info Sivik 149
MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL Tahun 1 Nilai Teras: Hormat-menghormati Konteks: Diri Literasi Sivik Nota Rujukan: Nota Pencegahan Rasuah Video Upin Ipin Bertajuk Rezeki. Panduan Pendidikan Pencegahan Rasuah di Sekolah Terbitan SPRM Persediaan Guru: DSKP KSSR Pendidikan Moral Tahun 1 SK:Jujur dalam Kehidupan Harian PENGENALAN Rasuah adalah sebarang perkara yang melibatkan perbuatan meminta, memberi dan mengambil sesuatu dengan adanya niat atau tujuan tertentu. Gejala rasuah memberi akibat yang buruk kepada diri, keluarga dan masyarakat. Kita perlu memastikan diri kita bebas daripada rasuah. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk menjauhi rasuah. Maka didikan awal pada kanak-kanak amatlah penting supaya menghormati diri dan mengelakkan diri mengambil barang yang bukan hak milik dirinya. TAJUK 1 Jam Masa: PENGETAHUAN: Menerangkan kepentingan menghormati diri untuk bebas dari rasuah. SOSIOEMOSI: Menzahirkan perasaan gembira dapat memelihara diri daripada rmemberi dan menerima rasuah. TINDAKAN: Menolak sebarang wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan, upah serta diskaun yang ditawarkan untuk mendapatkan sesuatu pulangan kepada pemberi. NOTA GURU Eh, Itu Bukan Saya Punya! 150 Upin Ipin Rezeki http://tinyurl.com/yyntf2sf Panduan Pendidikan Pencegahan Rasuah di Sekolah, SPRM Berdasarkan klip video, murid diminta memberi pandangan berkaitan amalan rasuah yang berlaku.
AKTIVITI 1 AKTIVITI 2 Jangan memberi dan menerima rasuah. Murid mencari perkataan yang tersembunyi dalam petak di bawah dan mengaitkan dengan tajuk pelajaran. Bincang dan beri pandangan tentang situasi berikut: Semasa rehat, kamu dan rakan terjumpa sekotak pensel warna di kelas. Kamu mengambil kotak tersebut lalu memberi sebahagian pensel warna kepada rakan kamu meminta dia supaya tidak menceritakan kepada orang lain. AKTIVITI 3 Murid jawab soalan berdasarkan situasi berikut: Dalam perjalanan ke kantin, anda terjumpa wang dan mengambil wang tersebut. Nyatakan perasaan orang yang hilang wang tersebut. Mengapa kita tidak boleh mengambil wang/barang bukan milik kita? a m a n a h s r g o r n c o b a g f u m z c a s r e z e k i r u g z x z w o a a j u j u r e n h l a p o r n g e d u i t c t t p amanah jujur rasuah rezeki duit lapor 151
Penilaian Rumusan Info Sivik Hak: Hak untuk menghormati diri dengan berlaku jujur. Tanggungjawab: Tidak mengambil barang bukan milik kita. Penilaian kendiri dilaksanakan melalui borang senarai semak yang disediakan oleh guru. Contoh borang adalah seperti berikut. Tandakan YA atau TIDAK pada tindakan berikut. Jujur kepada diri sendiri. Tidak mengambil hak orang lain. Kembalikan barang kepada pemilik yang asal atau pihak berkuasa. 152 BIL TINDAKAN YA/TIDAK 1 Saya tidak pernah mengambil pensel warna orang lain. 2 Saya menyerahkan wang yang dijumpai kepada guru bertugas. 3 Saya tidak pernah menipu guru. 4 Saya pernah menipu kawan. 5 Saya memulangkan alat tulis yang dipinjam dari kawan.
Saya Rajin MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL Tahun 3 Nilai Teras: Bertanggungjawab Konteks: Diri dan Sekolah Literasi Sivik Nota Rujukan: Klip video bertajuk “Gotong -royong oleh murid SJKC Chi Ming 2, Tangkak, Johor.” Persediaan Guru: DSKP KSSR Pendidikan Moral Tahun 3 PENGENALAN Kerajinan adalah usaha yang berterusan, bersungguh-sungguh dan berdedikasi dalam melakukan sesuatu tanpa mengenal putus asa. Murid bertanggungjawab mengamalkan sikap rajin dan komited dalam kehidupan. TAJUK 1 Jam Masa: PENGETAHUAN: Menyatakan kepentingan komited dalam melaksanakan amanah (pekerjaan). SOSIOEMOSI: Mengekspresikan perasaan bangga dapat melakukan tugasan atau amanah yang diberikan. TINDAKAN: Mengekalkan sikap rajin dalam diri. SK:Bersikap Murid menonton klip video situasi bergotong-royong dan diminta menjawab soalan berikut. https://www.youtube.com/watch?v=CNL8ii_B70A Murid diminta memberi jawapan bagi soalan berikut: i. Apakah aktiviti yang anda lihat dalam klip video? ii. Sebutkan beberapa contoh sikap rajin yang ada dalam klip video. iii. Adakah anda pernah melaksanakan aktiviti tersebut, nyatakan perasaan anda? Kredit: SJKC Chi Ming 2, Tangkak, Johor 153
AKTIVITI 1 AKTIVITI 2 Murid diagihkan dalam kumpulan. Berdasarkan klip video, murid diminta menghasilkan satu peta minda mengenai aktiviti yang boleh dilakukan semasa gotong-royong. Secara berkumpulan, murid diminta berbincang dan menyatakan tindakan yang menunjukkan sikap komited berdasarkan kepada situasi berikut. 154 Contoh Peta Minda Aktiviti Gotong-royong
AKTIVITI 3 Guru menunjukkan beberapa gambar. Murid diminta menerangkan maksud rajin. Guru menayangkan beberapa keping gambar yang menunjukkan situasi rajin (guru digalakkan menggunakan powerpoint) Sekiranya gambar yang ditayang menunjukkan sikap rajin, murid diminta bersorak “YA, SAYA RAJIN!”. Sekiranya tidak. Murid diminta berkata “TIDAK” dan menbuat aksi sedih. Penilaian Rumusan Guru mengakhiri pengajaran dan pembelajaran dengan membuat rumusan tentang hak dan tanggungjawab murid dalam mengamalkan sikap rajin di sekolah. Maksud kerajinan. Mengeskpresikan perasaan apabila bersikap rajin di sekolah. Contoh amalan rajin di sekolah. Hak: Hak untuk mengamalkan sikap rajin di sekolah. Penilaian boleh dijalankan dengan melihat amalan rajin murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran melalui borang yang disediakan oleh guru. (Contoh borang ) Tandakan (/) pada sikap rajin murid. Tanggungjawab: Melakukan aktiviti yang berkaitan dengan amalan rajin tanpa disuruh dan mengharapkan balasan. 155 TIDAK YA, Saya Rajin BIL Nama Murid Sapu sampah Susun meja Susun buku Lap tingkap 1 2
Sekolahku Rumahku MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL Tahun 3 Nilai Teras: Bertanggungjawab Konteks: Diri dan Sekolah Literasi Sivik Nota Rujukan: Persediaan Guru: DSKP KSSR Pendidkan Moral Tahun 3 SK:Tanggungjawab di Sekolah PENGENALAN Sekolah merupakan tempat menuntut ilmu. Sekolah juga merupakan rumah kedua bagi setiap murid kerana sebahagian besar masa mereka berada di sekolah. Oleh itu, warga sekolah berhak menikmati suasana yang kondusif dan tenteram di sekolah. Mereka juga bertanggungjawab mewujudkan persekitaran yang baik di sekolah. TAJUK 1 Jam Masa: PENGETAHUAN: Menghuraikan kepentingan menjaga persekitaran dan ketenteraman di sekolah. SOSIOEMOSI: Menzahirkan perasaan bangga dengan kebersihan dan ketenteraman di ekolah. TINDAKAN: Menjaga dan mengekalkan kebersihan sekolah. NOTA GURU Guru dan murid bersoal jawab berdasarkan gambar yang diberikan. Nyatakan sekolah idaman anda? Bagaimanakah mengekalkan keindahan sekolah idaman anda? Apakah tanggungjawab anda dalam mengekalkan keindahan sekolah idaman tersebut? 156 SEKOLAH IDAMAN SAYA
AKTIVITI 1 AKTIVITI 2 Murid berbincang dalam kumpulan tentang cara menjaga kebersihan sekolah. Seterusnya, murid diminta memilih salah satu cara tersebut dan menghasilkan poster. Guru mempamerkan gambar keadaan persekitaran sekolah. Tidak menganggap sekolah penting. Tidak bertanggungjawab kepada kebersihan sekolah. Tiada kesedaran sivik. Mengapa persekitaran sekolah kotor? Suasana belajar yang aman dan tenteram. Bebas daripada wabak penyakit. Bangga dengan kebersihan kawasan sekolah. Kepentingan Menjaga Kebersihan sekolah 157 Berdasarkan gambar, bincangkan: 1. Punca persekitaran sekolah seperti dalam gambar. 2. Usaha yang diperlukan untuk membersih dan menceriakan persekitaran sekolah tersebut. 3. Kepentingan persekitaran sekolah yang bersih kepada warga sekolah.
Penilaian Penilaian adalah berdasarkan penghasilan poster dan catatan murid tentang kebersihan persekitaran sekolah. Kepentingan menjaga persekitaran sekolah. Implikasi sekiranya tidak menjaga kebersihan persekitaran sekolah. Cara menjaga kebersihan dan tanggungjawab memastikan kebersihan persekitaran sekolah. Hubungan murid dengan sekolah sentiasa berterusan. Kita juga perlu menyumbang kepada sekolah setelah tamat persekolahan. Renungkanlah ... Apakah perasaan anda apabila dapat melaksanakan tanggungjawab menjaga kebersihan persekitaran sekolah? Rumusan INFO SIVIK Hak: Hak untuk belajar dalam persekitaran yang bersih, aman dan tenteram. Tanggungjawab: Bertanggungjawab menjaga kebersihan persekitaran sekolah. 158 Murid dibawa melawat ke persekitaran sekolah dan mengenal pasti tahap kebersihan seperti di kantin, pusat sumber, bilik darjah atau makmal sains dan sebagainya. Murid diminta mencatat tahap kebersihan tempat yang dilawati dalam borang yang disediakan. Murid diminta berbincang untuk setiap tempat yang dilawati. Bil. Tempat Kurang Bersih Bersih Sangat Bersih 1 Kantin 2 Bilik darjah 3 Pusat sumber Tandakan (/) pada ruang yang disediakan.
Keluargaku Bahagia MATA PELAJARAN Pendidikan Moral Tahun 2 PENGETAHUAN: Menyatakan ciri-ciri keluarga bahagia dalam masyarakat. SOSIOEMOSI: Menunjukkan perasaan gembira apabila bahagia dalam kehidupan. TINDAKAN Memberi tumpuan kepada keluarga. Nilai Teras: Kegembiraan Konteks: Keluarga dan Masyarakat Literasi Sivik: NOTA GURU Nota Rujukan: Laman web KPWKM Nyanyian lagu “Keluarga Saya” di https://youtu.be/ d550sHAFWVU “Adab Pergaulan dalam Keluarga” di https://youtu.be/ pFcb7h4Q0dQ Persediaan Guru: DSKP KSSR Pendidikan Moral Tahun 2 SK:Sayangi Ahli Keluarga TAJUK 1 Jam Masa: Murid menonton dan menghayati klip video tentang keluarga bahagia dan diminta menjawab soalan berikut. 1. Apakah yang kamu dapati daripada klip video tersebut? 2. Apakah yang membuatkan kamu gembira semasa bersama-sama keluarga? Keluarga bahagia ialah sebuah keluarga yang hidup dalam suasana gembira, tenang dan aman serta bebas daripada gejala sosial. Mereka mengamalkan corak hidup yang berlandaskan disiplin tetapi wujud kasih sayang yang amat tinggi dan saling menghormati. Keluarga bahagia bermula daripada tingkah laku yang positif dan minda yang bersih. Maka setiap ahli keluarga mempunyai hak dan tanggungjawab untuk membentuk sebuah keluarga yang bahagia seterusnya melahirkan masyarakat yang sejahtera. PENGENALAN https://youtu.be/2cB0dbT_Su0 159
AKTIVITI 1 AKTIVITI 3 Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Murid menjalankan aktiviti main peranan sebagai ahli keluarga yang bertanggungjawab ke arah mewujudkan keluarga bahagia. Murid diminta menyatakan kepentingan keluarga bahagia. Murid menonton tayangan video tentang ciri-ciri keluarga bahagia. Murid menghasilkan peta minda tentang ciri-ciri keluarga bahagia berdasarkan klip video. Sumber: KPWKM AKTIVITI 2 Murid diminta melukis dan mewarnakan sebuah lukisan yang menggambarkan tentang keluarga bahagia. Nyatakan perasaan memiliki keluarga yang bahagia. 160 https://youtu.be/ pkn4HGDRBMk
Penilaian Penilaian adalah berdasarkan ketepatan fakta yang berkaitan dengan ciri-ciri keluarga bahagia dan adab serta cara berkomunikasi dengan betul dalam sesebuah keluarga. Penilaian kendiri dilaksanakan dengan melihat kreativiti murid dalam aktiviti main peranan tentang keluarga bahagia. Menyatakan ciri-ciri keluarga bahagia dalam masyarakat. Mengekspresikan perasaan gembira apabila memiliki keluarga. Berkomunikasi dan berinteraksi secara beradab dengan ahli keluarga. Rumusan Hak: Hak untuk hidup dalam keluarga yang bahagia. Tanggungjawab: Kita harus bertanggungjawab dalam memastikan keluarga menikmati keharmonian dan kebahagiaan. 161
MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL Tahun 3 Nilai Teras: Kegembiraan Konteks: Saya dan Sekolah Literasi Sivik Nota Rujukan: Portal MyHealth www.mindmeister.com Kamus Dewan Edisi Ke-4 Persediaan Guru: DSKP KSSR Pendidikan Moral Tahun 3 SK:Hormati Warga Sekolah dan Pelawat PENGENALAN Rakan sebaya merujuk kepada sahabat yang seusia daripada lingkungan latar belakang yang sama dan mempunyai minat yang sama dalam pelbagai aktiviti. Dalam tempoh perkembangan kanak-kanak, rakan sebaya memainkan peranan yang penting bagi membentuk sosioemosi yang baik. Dalam konteks ini, kanakkanak berhak berasa gembira dan bertanggungjawab membantu rakan sebaya supaya terhindar daripada gejala negatif. TAJUK 1 Jam Masa: PENGETAHUAN: Menyatakan ciri-ciri rakan sebaya yang baik. SOSIOEMOSI: Menzahirkan perasaan gembira apabila mendapat rakan sebaya yang baik. TINDAKAN: Menangani pengaruh negatif rakan sebaya. NOTA GURU Pengaruh Rakan Sebaya Ciri-ciri rakan yang baik. Berdasarkan klip video Upin Ipin bertajuk Sahabat Selamanya murid diminta memberi pandangan tentang pengaruh rakan sebaya dalam kehidupan harian. Berbudi pekerti 162 https://youtu.be/Y_qBrJmHgmw
AKTIVITI 1 AKTIVITI 2 Guru memberi contoh situasi yang mungkin berlaku di sekolah seperti berikut: Murid mengakses capaian internet untuk mendapatkan maklumat berkaitan pengaruh rakan sebaya positif dan negatif serta membuat catatan mengikut kreativiti. Membuli rakan-rakan sekolah. Mengganggu ketenteraman awam dengan membuat bising. Menconteng dinding tandas. Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak Artikel 2: Semua kanak-kanak mempunyai hak dan adalah menjadi tanggungjawab negara untuk memastikan kanak-kanak dilindungi daripada sebarang bentuk diskriminasi. Berdasarkan gambar, murid berbincang dalam kumpulan tentang hak dan tanggungjawab seorang rakan sebaya bagi menangani isu tersebut. Salah memilih rakan. Tidak menasihati rakan yang membuat kesalahan. Dicabar dan tercabar oleh ajakan rakan sebaya. Pengaruh positif Motivasi Gembira Berkelakuan baik Pengaruh negatif Murung/ sedih Telibat dengan gejala sosial Bertingkah laku negetif 163 Pengaruh Rakan Sebaya
AKTIVITI 3 Dalam kumpulan yang sama, murid melakukan simulasi mengikut situasi berikut: 1. Sekumpulan murid yang menunjukkan pengaruh positif rakan sebaya. 2. Nyatakan perasaan mempunyai rakan sebaya yang baik. 3. Sekumpulan murid yang menunjukkan pengaruh negatif rakan sebaya. Murid mencadangkan cara untuk menangani pengaruh negatif rakan sebaya. Penilaian Penilaian adalah berdasarkan maklumat yang diperolehi oleh murid tentang ciri-ciri rakan yang positif. Penilaian kendiri dengan menunjukkan tindakan menangani pengaruh negatif rakan sebaya. Guru mengakhiri pengajaran dan pembelajaran dengan membuat rumusan tentang pengaruh rakan sebaya. Rumusan Ciri-ciri kawan yang baik. Cara menangani pengaruh negatif rakan sebaya. Implikasi pengaruh negatif rakan sebaya kepada diri dan sekolah. Hak: Hak untuk mendapatkan kegembiraan dan kebebasan dalam pergaulan dengan rakanrakan tanpa terlibat dengan gejala negatif. Tanggungjawab: Melaksanakan tanggungjawab sebagai individu dalam menangani pengaruh negatif rakan sebaya. Info Sivik 164
PANEL PENGGUBAL TASK FORCE PENDIDIKAN SIVIK BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM Mohd Faudzan bin Hamzah Zamri bin Abdul Rahim Dr. Kashry bin Ab. Rani Mohd Kamal bin Haji Abdullah Rofiah binti Abdul Talib Maria Ulfah binti Abdullah Saud Norhaziruldin bin Ibrahim Dr. Nor Zihan binti Hussin Azmarina binti Abdul Samad Nur Faeezah binti Abd Ghafar Than Chew Keok Tan Huey Ning Umi Salmah binti A. Manaf Zuraidah binti Mansor Isnazhana binti Ismail Mash Manjawani binti Mat Kalaichelvi a/p Subramaniam Mohd Osmira bin Mohid 165
PANEL PENGGUBAL BAHASA MELAYU Dr. Mazlan bin Ismail Bahagian Pembangunan Kurikulum Isnazhana binti Ismail Bahagian Pembangunan Kurikulum Chin Fong Phin Bahagian Pembangunan Kurikulum Siti Rahayu binti Muhammad Bahagian Pembangunan Kurikulum Alex Leong Jun Wei Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Petaling Utama, Petaling Jaya, Selangor Mohd Rosle bin Said Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sepang, Sepang, Selangor Zaharimah binti Subaini Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana, Shah Alam, Selangor Wan Noor Aini binti Wan Ahmad PPD Wilayah Keramat, Kuala Lumpur Nor Halina binti Abdul Razak PPD Wilayah Bangsar dan Pudu, Kuala Lumpur Zaiton Alias SK Taman Desa, Kuala Lumpur 166
BAHASA INGGERIS Eileen Jessie Ah Guan Bahagian Pembangunan Kurikulum Kalaichelvi a/p Subramaniam Bahagian Pembangunan Kurikulum YM Tunku Ireneza Marina binti Tunku Mazlan Bahagian Pembangunan Kurikulum Ida Hairani binti Bakar Bahagian Pembangunan Kurikulum Gladys Francis Joseph Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar Pudu Nazira binti Roslee SK Putrajaya Presint 9(1), Putrajaya. Wong Siao Lung SJK ( C) Taman Connaught, Kuala Lumpur Geetha A/P Narayanan Nair SK Seafield, Subang Jaya, Selangor Maanila Apputhurai SK Seksyen 2, Bandar Kinrara, Selangor Nurhezrin binti Anuar SK Putrajaya Presint 5(1), Putrajaya 167
PENDIDIKAN ISLAM Hj. Muhamad Fauzi bin Hj. Abdul Bahagian Pembangunan Kurikulum Hasruddin bin Hassan Bahagian Pembangunan Kurikulum Hjh. Rohaizan binti Othman SISC+, Pejabat Pendidikan Melaka Tengah, Melaka Upiq Asmar binti Zainal Abidin SK Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur Hjh. Hairiah binti Jelani SK Jenjarom, Kuala Langat, Selangor Mohd Azarzi bin Ghazali SK Bandar Rinching, Semenyih, Selangor Zuraihan binti Abd Razak SJKC Han Ming, Puchong, Selangor Robi’atul’adawiyah binti Joari SJKC Dengkil, Dengkil, Selangor PENDIDIKAN MORAL Than Chew Keok Bahagian Pembangunan Kurikulum Azmarina binti Abdul Samad Bahagian Pembangunan Kurikulum Velusamy a/l Kuppusamy Bahagian Pembangunan Kurikulum Leong Hooi Li Bahagian Pembangunan Kurikulum Mohd Fairuz bin Mat Daud SK Putrajaya Presint 8 (2), Putrajaya. Chan Chen Chong SJKC Balakong, Kembangan, Selangor Suhaile bt. Ibrahim SK Putrajaya Presint 8 (1), Putrajaya Haryati bt Husin SK Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor 168
PENGHARGAAN Penasihat Dr. Mohamed bin Abu Bakar - Pengarah Datin Dr. Ng Soo Boon - Timbalan Pengarah (Dasar dan Sains & Teknologi) (sehingga 12 Jun 2019) Mazlan bin Samsudin - Timbalan Pengarah Kanan (Dasar dan Sains & Teknologi) Penasihat Editorial Mohamed Zaki bin Abd. Ghani - Ketua Sektor Haji Naza Idris bin Saadon - Ketua Sektor Dr. Rusilawati binti Othman - Ketua Sektor Mahyudin bin Ahmad - Ketua Sektor Mohd Faudzan bin Hamzah - Ketua Sektor Fazlinah binti Said - Ketua Sektor Mohamed Salim bin Taufix Rashidi - Ketua Sektor Hajah Norashikin binti Hashim - Ketua Sektor Paizah binti Zakaria - Ketua Sektor Haji Sofian Azmi bin Tajul Arus - Ketua Sektor 169
PENGHARGAAN Jabatan Alam Sekitar Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Kementerian Kesihatan Malaysia Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Lembaga Hasil Dalam Negeri Polis Diraja Malaysia Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 170