Saya bersetuju dengan hipotesis
                  kamu. Mari kita jalankan eksperimen
                  dengan menggunakan hirisan
                  epal ini. Beberapa hirisan epal
                  akan dipek di dalam pek vakum,
                  manakala beberapa hirisan lagi
                  tidak dipek di dalam pek vakum.
Bagaimanakah kehadiran udara mempengaruhi
pertumbuhan mikroorganisma?
Kehadiran Nutrien
                   Mengapakah kita perlu memasukkan
                   gula ketika menggunakan yis dalam
                   eksperimen sebelum ini?
                              Saya berpendapat bahawa yis memerlukan nutrien
                              untuk bertumbuh dan menjadi aktif.
                 Mari kita siasat pertumbuhan bakteria dalam air suling
                 dan susu segar pula. Susu segar mengandungi nutrien,
                 manakala air suling tidak mengandungi nutrien.
air suling  susu segar
Adakah kehadiran nutrien mempengaruhi pertumbuhan
mikroorganisma? Perhatikan pertumbuhan bakteria
dalam eksperimen di atas selepas tiga hari.
                                                                              43
Keasidan yang Sesuai
                   Bagaimanakah mangga yang dijerukkan
                   kekal elok untuk jangka masa yang lama?
               Saya berpendapat bahawa keasidan air jeruk
               tidak sesuai untuk pertumbuhan mikroorganisma.
    Mari kita jalankan eksperimen untuk
    menyiasat faktor keasidan yang sesuai dalam
    mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma.
    Kita siasat hirisan buah epal ini. Satu hirisan
    direndam dalam larutan cuka, manakala satu
    hirisan lagi direndam dalam air pili.
    Berdasarkan kesemua eksperimen yang telah kamu jalankan,
    apakah kesimpulan yang dapat kamu buat tentang faktor-faktor
    yang mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma?
    Kegunaan Mikroorganisma
    Tahukah kamu, roti menjadi lembut dan gebu disebabkan
    oleh tindakan mikroorganisma? Sesetengah tindakan
    mikroorganisma seperti fungi, bakteria, alga dan protozoa
    berguna kepada kita.
    Wah, lembut dan       Bagaimanakah tindakan
    gebunya roti ini!     mikroorganisma memberikan
                          faedah kepada kita?
    Pembuatan makanan
    Bakteria dan fungi digunakan Bakteria juga digunakan
    untuk membuat keju.  dalam pembuatan yogurt.
    Fungi digunakan          Yis digunakan untuk membuat
    untuk membuat tempe.     roti dan tapai.
44
Penghasilan ubat-ubatan       Sesetengah fungi,
                              bakteria dan virus
Sesetengah fungi              digunakan
digunakan untuk               dalam penghasilan
menghasilkan                  vaksin yang
penisilin, iaitu              merangsang
sejenis antibiotik            penghasilan antibodi bagi melawan
yang menghalang               virus berbahaya.
pertumbuhan
bakteria berbahaya.
Penghasilan baja organik      Perawatan sisa kumbahan
Tinja haiwan                  Bakteria
yang digaulkan                membantu
dengan serbuk                 proses pereputan
kayu akan                     tinja dengan
diuraikan oleh                menguraikan
bakteria untuk                sisa organik yang
dijadikan baja                terdapat di dalam
organik.                      loji kumbahan.
Keburukan Mikroorganisma
Tindakan mikroorganisma juga  Bagaimanakah tindakan
memberikan kesan keburukan.   mikroorganisma memberikan
                              kesan buruk kepada kita?
Merosakkan makanan            Mereputkan gigi
Fungi yang tumbuh pada        Bakteria pada mulut menghasilkan
makanan menyebabkan           asid daripada gula dan sisa
makanan menjadi rosak.        makanan. Asid yang dihasilkan
                              mereputkan gigi.
3.1.5 45
Menyebabkan keracunan makanan        Merosakkan tanaman
                                     Fungi yang tumbuh pada daun
Keracunan                            mengganggu proses fotosintesis.
makanan
berlaku                                Beguk
akibat                               Beguk ialah
tindakan                             sejenis
bakteria                             penyakit yang
Salmonella                           disebabkan
daripada                             oleh virus.
sumber yang                          Beguk
tercemar.                            menyebabkan
                                     bengkak
Menyebabkan penyakit berjangkit      di kawasan
                                     pipi dan leher.
  Influenza
                                       Campak
Influenza juga dikenali dengan nama  Demam
penyakit                             campak
selesema.                            ialah
Influenza                            penyakit
terjadi                              yang
apabila                              disebabkan
tubuh                                oleh virus.
dijangkiti
oleh virus
influenza.
  Kurap
Kurap ialah jangkitan yang
disebabkan oleh fungi.
                        Apakah penyakit berjangkit lain yang disebabkan
                        oleh mikroorganisma?
                                         Jelaskan kesan tindakan mikroorganisma
                                         dalam kehidupan harian kita.
46
Terarium Kulat
Alat dan bahan: bekas berpenutup jernih, sisa makanan, air,
botol semburan
Langkah-langkah:                       1. Dilarang membuka penutup bekas.
                                       2. Dilarang menyentuh mikroorganisma
                                          dengan menggunakan tangan.
1. 2.
    Susun sisa makanan di dalam bekas  Semburkan air pada setiap sisa
    secara berjarak.                   makanan. Tutupkan bekas
                                       dengan kemasnya.
3. Ramalkan pemerhatian kamu berdasarkan soalan berikut:
      •	 Sisa makanan yang manakah yang rosak dahulu?
      •	 Apakah mikroorganisma yang akan dapat diperhatikan?
4. Jawab soalan tersebut secara bergilir dan catat pada sehelai kertas.
5.
                                       Setiap kumpulan akan meletakkan
                                       terarium di tempat yang berbeza.
                                       Perhatikan terarium setiap tiga hari
                                       selama enam hari. Bandingkan
                                       pemerhatian kamu dengan ramalan
                                       yang telah kamu lakukan.
Soalan:
1. Apakah mikroorganisma yang dapat kamu perhatikan?
2. Apakah tindakan mikroorganisma tersebut pada sisa makanan kamu?
3. Sisa makanan manakah yang paling banyak ditumbuhi mikroorganisma?
    Mengapa?
    3.1.1,      Bimbing murid cara untuk melupuskan terarium kulat dengan betulnya. 47
    3.1.5,
    3.1.6
Membuat Tempe
Hasilkan tempe dengan menggunakan                    Berhati-hati ketika
500 g kacang soya, setengah sudu teh ragi            mengendalikan dapur gas.
tempe, beg plastik berzip dan air.
Langkah-langkah:                                 2.
1.
   Rendam kacang soya semalaman                     Rebus kacang soya sehingga
   dalam air suam. Kemudian, buang                  34 masak atau selama 45 minit
   kulit kacang soya.                               hingga 11 2 jam.
3.                                               4.
   Biarkan kacang soya menyejuk.                     Tebuk lubang pada plastik berzip.
   Kemudian, tabur ragi tempe                        Masukkan kacang soya dan zip
   dan gaul.                                         beg plastik.
5.
         Simpan beg plastik berisi kacang soya
         di tempat bersuhu bilik dan mempunyai
         aliran udara. Perhatikan tempe selepas
         36 jam hingga 48 jam.
48
1. Mikroorganisma bermaksud hidupan seni yang tidak dapat dilihat
    oleh mata kasar.
2. Terdapat lima jenis mikroorganisma, iaitu:
    •	 fungi
    •	 bakteria
    •	 alga
    •	 protozoa
    •	 virus
3. Proses hidup mikroorganisma adalah seperti yang berikut:
    •	 bernafas
    •	 bergerak
    •	 bertumbuh
4. Faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma
    adalah seperti yang berikut:
    •	 suhu yang sesuai
    •	 kehadiran air
    •	 kehadiran udara
    •	 kehadiran nutrien
    •	 keasidan yang sesuai
5. Tindakan mikroorganisma memberi kesan seperti yang berikut:
                 Kebaikan                    Keburukan
•	 pembuatan makanan         •	 merosakkan makanan
•	 penghasilan ubat-ubatan
•	 penghasilan baja organik  •	 mereputkan gigi
•	 perawatan sisa kumbahan
                             •	 menyebabkan keracunan
                                 makanan
                             •	 merosakkan tanaman
                             •	 menyebabkan penyakit
                                 berjangkit
                                                                   49
Jawab semua soalan yang berikut dalam buku latihan Sains.
     1. Nyatakan jenis mikroorganisma berdasarkan setiap ciri berikut:
         (a) paling seni
         (b) membuat makanan sendiri
         (c) mempunyai sifat haiwan
         (d) membiak melalui spora
         (e) berbentuk sfera, rod atau lingkaran
     2. Gambar di bawah menunjukkan setitis air kolam yang diperhatikan
         di bawah mikroskop.
                                 X
                                                                           air kolam
         (a) Namakan X.
         (b) Ramalkan kedudukan X selepas lima minit.
         (c) Berikan inferens terhadap jawapan kamu pada 2(b).
     3. Gambar berikut menunjukkan tiga doh yang telah dibiarkan selepas
         20 minit. Saiz asal doh dan jumlah gula yang dimasukkan ke dalam setiap
         doh adalah sama.
                                       abc
         (a) Nyatakan satu pemerhatian.
         (b) Berikan inferens terhadap pemerhatian kamu pada 3(a).
         (c) Namakan proses hidup mikroorganisma berdasarkan situasi di atas.
         (d) Gambar di bawah menunjukkan doh yang telah dimasukkan
             dengan yis tetapi tidak dimasukkan gula.
             Adakah saiz doh ini akan bertambah selepas 20 minit? Mengapa?
     4. Hasilkan satu persembahan grafik tentang kesan tindakan mikroorganisma
         dalam kehidupan harian mengikut kreativiti kamu.
50
UNIT INTERAKSI ANTARA
4 HIDUPAN
Perhatikan habitat tanah lembap ini. Berapakah jumlah hidupan
yang boleh kamu kenal pasti dalam gambar ini? Semua hidupan
di habitat ini tinggal bersama-sama dan berinteraksi antara satu
sama lain untuk hidup. Bagaimanakah hidupan ini berinteraksi?
                                                                  51
Interaksi antara Hidupan
 Interaksi antara hidupan ialah hubungan antara hidupan yang saling
 bergantung antara satu sama lain untuk mendapatkan keperluan asas
 bagi meneruskan hidup.
Interaksi antara Haiwan
 Terdapat tiga jenis interaksi antara haiwan, iaitu mangsa-pemangsa,
 persaingan dan simbiosis.
Mangsa-pemangsa
 citah
 Citah ialah pemangsa
 yang memburu rusa.
Pemangsa ialah haiwan yang memburu haiwan lain    rusa
untuk dimakan. Haiwan yang diburu atau dimakan
oleh pemangsa dinamakan sebagai mangsa.           Rusa ialah mangsa
                                                  yang dimakan
                                                  oleh citah.
          INFO SAINS                                      lalat
          Interaksi mangsa-pemangsa juga berlaku  pokok perangkap
          antara haiwan dan tumbuhan. Contohnya,  lalat Venus
          interaksi antara lalat dengan pokok
          perangkap lalat Venus. Pokok perangkap
          lalat Venus ialah pokok pemangsa
          kepada serangga kecil seperti lalat.
52 4.1.1
Perhatikan interaksi yang berlaku di bawah. Nyatakan
       mangsa dan pemangsa dalam interaksi tersebut.
                          ikan
                                             burung
         burung helang
                                                                        arnab
penyu
                  labah-labah  belalang
                                             53
       obor-obor
Persaingan antara Haiwan
Apabila keperluan asas adalah terhad, haiwan akan bersaing antara satu
sama lain untuk terus hidup.
Persaingan antara spesies haiwan yang sama dinamakan sebagai persaingan
intraspesies. Persaingan antara haiwan yang berlainan spesies dinamakan
sebagai persaingan interspesies.
          Haiwan Intraspesies                    Faktor Persaingan
                               Dubuk                Makanan
                               bersaing untuk
                               mendapatkan
                               makanan.
          dubuk
                               Kuda belang
                               bersaing untuk       Air
                               mendapatkan air.
          kuda belang
                               Badak air            Tempat tinggal
                               bersaing untuk       atau kawasan
                               mempertahankan
                               kawasan.
          badak air
burung tiung betina            Burung tiung jantan
          burung tiung jantan
                               bersaing untuk
                               mendapatkan          Pasangan
                               burung tiung betina
                               untuk mengawan.
Persaingan intraspesies berlaku apabila sumber makanan, air,
tempat tinggal atau kawasan dan pasangan adalah terhad.
54 4.1.2
Apakah yang menjadi faktor persaingan antara haiwan?
Burung hering dan singa bersaing                Haiwan Interspesies
untuk mendapatkan makanan.                 burung hering
                                                                              singa
Kuda belang dan gnu bersaing
untuk mendapatkan air.
                                           kuda belang           gnu
                                                         burung tiram
Burung tiram sedang menghalau
burung camar daripada mendekati
kawasannya.
                                           burung camar
Apakah yang membezakan persaingan
antara haiwan intraspesies dan persaingan
antara haiwan interspesies?
Persaingan interspesies berlaku apabila sumber makanan,                              55
air, tempat tinggal atau kawasan adalah terhad.
      Jelaskan dengan contoh faktor persaingan bagi haiwan intraspesies
      dan haiwan interspesies.
Simbiosis antara Haiwan
Simbiosis ialah hubungan rapat antara dua spesies haiwan. Terdapat tiga
jenis interaksi simbiosis, iaitu mutualisme, parasitisme dan komensalisme.
Mutualisme                                       Buaya membuka mulutnya
                                                 untuk membiarkan
Mutualisme ialah interaksi                       burung singgah untuk
yang memberikan manfaat                          memakan sisa makanan
kepada kedua-dua                                 yang terdapat pada
belah pihak.                                     celah giginya. Pada masa
                                                 yang sama, buaya dapat
                                                 membersihkan giginya.
                                                         Gigi kamu sudah
                                                         bersih dan saya
                                                         sudah kenyang.
                                                 burung
buaya                             Terima kasih.
                     Kita akan menjaga           Ikan badut bersembunyi di sebalik
                     antara satu sama lain.      buran. Sengat pada buran melindungi
                                                 ikan badut daripada dimakan oleh ikan
ikan badut                                       pemangsa. Pada masa yang sama,
                                                 ikan badut akan menakutkan pemangsa
                                                 buran seperti ikan rama-rama.
                                                  INFO SAINS
                                                  Tahukah kamu parasitisme juga berlaku
                                                  antara haiwan dengan manusia?
                           buran                 Cacing pita ialah parasit yang menyerap
56 4.1.3                                         makanan di dalam usus seperti usus
                                                 manusia. Perumah boleh mendapat
                                                 penyakit atau kehilangan berat badan.
Parasitisme
Parasitisme ialah interaksi yang memberi manfaat kepada satu pihak
sahaja dan merugikan satu pihak yang lain. Dalam interaksi ini, pihak
yang mendapat manfaat dikenali sebagai parasit, manakala pihak yang
mendapat kerugian dikenali sebagai perumah.
                                            Aduh, sungguh gatal
                                            badan saya ini!
                                          Sengkenit menghisap darah
                                          haiwan perumah seperti kucing.
                                          Kucing akan berasa gatal
                                          dan kehilangan darah.
sengkenit            kucing
Komensalisme
Komensalisme ialah interaksi yang memberikan manfaat kepada
satu pihak, tetapi tidak merugikan atau memberikan manfaat
kepada pihak lain.
Bolehkah kami menumpang pada              ketam    Teritip mendapat
cangkerang kamu, ketam?                            pengangkutan percuma
                                                   apabila melekatkan
                                                   dirinya pada
                                                   cangkerang ketam.
                             Boleh, silakan.
teritip                                            ikan remora  Jom, berenang
                                                                dengan saya!
Ikan remora melekatkan
dirinya pada badan ikan
jerung. Ikan remora
mendapat pengangkutan,
perlindungan percuma
dan cebisan makanan                       Terima kasih,
yang terlepas daripada                    jerung.        ikan jerung
mulut ikan jerung.         ikan remora
                         dan ikan jerung
                                          Ceritakan jenis interaksi
                                          simbiosis antara haiwan              57
                                          lain berserta contohnya.
Drama Interaksi
    Alat dan bahan: kad manila, kad berwarna, stapler, gunting,
    kotak, gam, gelang getah, kertas A4, penebuk lubang
                                                                   Berhati-hati ketika menggunakan gunting.
    Langkah-langkah:
    1. Hasilkan topi berbentuk
        kon dengan menggunakan
        kad manila dan stapler.
        Tebuk lubang pada dua
        bahagian tepi kon dan
        sambungkan lubang dengan
        menggunakan gelang getah.
    2. Gunting kad berwarna untuk
        membentuk rupa haiwan
        dan tampalkan pada topi.
    3. Hasilkan beberapa topi
        haiwan yang berlainan jenis.
    4. Gunting kertas A4 kepada
        kepingan kecil. Tulis interaksi
        antara haiwan. Contohnya,
        Mangsa-Pemangsa. Gulung
        dan masukkan kertas
        tersebut ke dalam kotak.
    5. Ketua kumpulan akan
        mencabut gulungan kertas
        tersebut dan memilih
        rakan yang lain untuk
        melakonkan interaksi
        antara haiwan. Ahli yang lain
        akan menyambung permainan dengan memilih gulungan kertas
        yang seterusnya.
        Soalan:
        1. Nyatakan maksud interaksi antara hidupan.
        2. Perihalkan jenis interaksi antara hidupan yang telah kamu pelajari.
        3. Apakah faktor persaingan antara haiwan?
        4. Nyatakan jenis interaksi simbiosis antara haiwan.
58  4.1.1, 4.1.2,
    4.1.3, 4.1.4
Interaksi antara Tumbuhan
 Tumbuhan dalam suatu habitat juga berinteraksi antara satu sama lain
 untuk terus hidup. Terdapat dua jenis interaksi antara tumbuhan, iaitu
 persaingan dan simbiosis.
Persaingan antara Tumbuhan
        Apakah yang menyebabkan tumbuhan bersaing?
                       Tumbuhan bersaing untuk mendapatkan
                       keperluan asas yang terhad.
        Tumbuhan Bersaing
 Aktiviti 1 Tujuan: Menyiasat ruang sebagai faktor yang menyebabkan
                  persaingan antara tumbuhan
Alat dan bahan: pasu kecil, pasu besar, tanah kebun, 30 biji benih
kacang hijau, air
Langkah-langkah:
1. Tanamkan 15 biji benih kacang hijau di dalam pasu kecil dan 15 biji benih
    kacang hijau lagi di dalam pasu besar.
2. Siram biji benih pada pasu kecil dan pasu besar dengan jumlah air
    yang sama setiap hari.
3. Bandingkan pertumbuhan anak pokok kacang hijau pada kedua-dua pasu
    selepas tiga minggu.
 Soalan:
 1. Apakah yang dapat kamu perhatikan tentang pertumbuhan anak pokok
     dalam pasu kecil dan pasu besar? Mengapakah keadaan ini berlaku?
 2. Nyatakan faktor yang menyebabkan perbezaan pertumbuhan
     anak-anak pokok kacang hijau dalam kedua-dua pasu tersebut.
4.2.1,  Biji benih kacang hijau boleh digantikan dengan biji benih yang lain  59
4.2.3   seperti cili atau bendi.
Aktiviti 2 Tujuan: Menyiasat air sebagai faktor yang menyebabkan
                        persaingan antara tumbuhan
     Alat dan bahan: dua pasu kecil, tanah kebun, 13 biji benih kacang hijau, air
     Langkah-langkah:
     1. Labelkan pasu A dan pasu B.
     2. Tanamkan 10 biji benih kacang hijau di dalam pasu A dan tiga biji benih
         kacang hijau lagi di dalam pasu B.
     3. Siram biji benih dalam pasu A dan pasu B dengan jumlah air yang sama
         setiap hari.
     4. Selepas tiga minggu, keluarkan anak pokok kacang hijau dari pasu A
         dan pasu B dengan berhati-hati. Perhatikan pertumbuhan akar pokok
         kacang hijau pada kedua-dua pasu.
       Soalan:
       1. Bandingkan pertumbuhan akar anak pokok kacang hijau pada pasu A
           dan pasu B. Apakah yang dapat kamu perhatikan?
       2. Mengapakah keadaan tersebut berlaku?
       3. Apakah faktor yang menyebabkan anak-anak pokok kacang hijau
           ini bersaing?
       Aktiviti 3 Tujuan: Menyiasat cahaya sebagai faktor yang menyebabkan
                        persaingan antara tumbuhan
     Alat dan bahan: dua pasu kecil, dua kotak, tanah kebun, 18 biji benih
     kacang hijau, air
     Langkah-langkah:
     1. Labelkan pasu A dan pasu B. Tanamkan 15 biji anak benih kacang hijau
         ke dalam pasu A dan tiga biji anak benih kacang hijau ke dalam pasu B.
     2. Sediakan dua buah kotak kosong.
     3. Tebuk lubang kecil pada bahagian atas kedua-dua kotak.
     4. Telangkupkan kotak ke atas pasu A dan pasu B. Pastikan lubang kecil
         kotak menghadap ke atas.
     5. Siram anak pokok setiap hari dengan menggunakan tiub air yang
         dimasukkan melalui lubang pada bahagian atas kedua-dua kotak.
     6. Selepas tiga minggu, buka kotak dan perhatikan pertumbuhan anak-anak
         pokok kacang hijau.
       Soalan:
       1. Bandingkan pertumbuhan anak pokok kacang hijau pada pasu A
           dan pasu B. Nyatakan inferens kamu.
       2. Apakah faktor yang menyebabkan anak-anak pokok kacang hijau
           ini bersaing?
60
Aktiviti 4 Tujuan: Menyiasat nutrien sebagai faktor yang menyebabkan
                  persaingan antara tumbuhan
Alat dan bahan: dua bekas tanaman, tanah kebun, 30 biji benih
kacang hijau, baja, air
Langkah-langkah:
1. Labelkan bekas tanaman A dan bekas tanaman B.
2. Tanamkan 15 biji benih kacang hijau pada jarak 5 cm antara satu sama
    lain di dalam bekas tanaman A dan bekas tanaman B.
3. Taburkan baja secara sekata di atas tanah dalam bekas tanaman B sahaja.
4. Siram anak benih kacang hijau dengan jumlah air yang sama setiap hari.
5. Bandingkan pertumbuhan anak-anak pokok kacang hijau pada bekas
    tanaman A dan bekas tanaman B selepas tiga minggu.
 Soalan:
 1. Bandingkan pertumbuhan anak pokok kacang hijau pada bekas
     tanaman A dan B. Nyatakan inferens kamu.
 2. Apakah faktor persaingan anak-anak pokok kacang hijau di dalam
     bekas tanaman A?
Tumbuhan dalam pasu kecil ini
bersaing untuk mendapatkan
ruang yang terhad.
AB  Nampaknya akar tumbuhan di dalam
    pasu B tumbuh lebih sihat kerana
    kurang bersaing untuk mendapatkan
    air yang terhad.
Pokok-pokok di dalam pasu A    AB
tumbuh lebih tinggi kerana
bersaing untuk mendapatkan
cahaya matahari yang terhad.
AB  Tumbuhan dalam bekas A
    bersaing untuk mendapatkan
    nutrien yang terhad.
Jelaskan semua faktor persaingan antara tumbuhan.                           61
Simbiosis antara Tumbuhan
Simbiosis ialah hubungan rapat antara dua spesies tumbuhan. Terdapat dua
jenis interaksi simbiosis, iaitu komensalisme dan parasitisme.
pokok perumah          Komensalisme
    pokok langsuyar
                       Komensalisme ialah interaksi yang
                       memberikan manfaat kepada satu pihak,
                       tetapi tidak merugikan atau memberikan
                       manfaat kepada pihak lain.
                     Pokok langsuyar hidup di batang pokok perumah
                     untuk mendapatkan sokongan dan cahaya
                     matahari. Pokok langsuyar tidak merosakkan
                     pokok perumah kerana akar dan batangnya
                     tidak menembusi pokok perumah.
                                                        pokok perumah
Pokok orkid menumpang                      pokok orkid
di batang pokok perumah untuk
mendapatkan sokongan, cahaya
matahari dan nutrien daripada
persekitaran. Sementara itu, pokok
perumah tidak terjejas dan tidak
mendapat sebarang manfaat.
Parasitisme
Parasitisme ialah interaksi yang memberikan manfaat kepada satu pihak
sahaja dan merugikan satu pihak yang lain. Dalam interaksi ini, pihak
yang mendapat manfaat dikenali sebagai parasit, manakala pihak yang
mendapat kerugian dikenali sebagai perumah.
Sesetengah tumbuhan seperti bunga
pakma tidak boleh menjalankan proses
fotosintesis. Oleh itu, bunga pakma perlu
menumpang pada pokok perumah.
Keadaan ini merugikan pokok perumah
kerana bunga pakma akan menyerap
air dan nutrien dari pokok perumah.        bunga pakma
62 4.2.2
pokok dedalu               Pokok dedalu yang menumpang pada
            pokok perumah  batang pokok perumah mendapatkan
                           nutrien dan air daripada batang pokok
                           perumah. Interaksi ini merugikan pokok
                           perumah dan dapat menyebabkan
                           bahagian batang pokok perumah mati.
                                             Perihalkan jenis interaksi
                                             simbiosis antara tumbuhan
                                             berserta contohnya.
Kepentingan Interaksi antara Hidupan
kepada Ekosistem
             Mengapakah hidupan perlu berinteraksi antara satu sama lain?
Interaksi berbentuk persaingan dan mangsa-pemangsa dapat mengawal
populasi hidupan dalam suatu habitat.
ladang kelapa sawit              Populasi tikus                 burung hantu
                                 di ladang kelapa
                                 sawit dapat
                                 dikawal dengan
                                 kehadiran haiwan
                                 pemangsa seperti
                                 burung hantu.
Hidupan dalam sebuah ekosistem berinteraksi antara satu sama lain
untuk memastikan kemandirian spesies.
rumpai air berudu    ikan kecil  ikan besar
Di dalam sebuah kolam, ikan besar bergantung pada ikan kecil
untuk memastikan kemandirian spesiesnya. Bagaimanakah ikan
kecil dan berudu memastikan kemandirian spesies masing-masing?
                                                                              63
Persaingan antara tumbuhan membenarkan tumbuhan yang berjaya
    bersaing sahaja untuk kekal hidup dan menghasilkan baka-baka anak
    yang berkualiti. Oleh itu, sumber semula jadi dapat dikekalkan.
                                                                              Dalam sebuah
                                                                              habitat hutan, pokok
                                                                              yang lebih mandiri
                                                                              akan berjaya hidup
                                                                              dan membiak.
            Semua jenis interaksi yang wujud antara hidupan dalam
            suatu habitat dapat menjaga keseimbangan alam.
              Perhatikan sesebuah habitat di sekeliling kamu. Secara
              kreatif, ceritakan kepentingan interaksi antara hidupan
              kepada ekosistem menggunakan media kegemaran kamu.
                             Kod QR Video Interaksi
                             antara Tumbuhan
    Alat dan bahan: komputer, capaian Internet, pencetak, kertas A4
    Langkah-langkah:
    1. Cari dan tonton video berkaitan interaksi antara tumbuhan
        dan kepentingannya melalui enjin carian Internet.
    2. Kongsikan pautan video dengan menghasilkan kod QR video interaksi
        antara tumbuhan melalui laman web penjana kod QR yang bersesuaian.
    3. Cetakkan dan tampalkan kod QR di sudut pameran kelas.
    Soalan:
    1. Nyatakan faktor-faktor persaingan antara tumbuhan.
    2. Jelaskan jenis interaksi simbiosis yang berlaku antara tumbuhan.
    4.1.1,
    4.2.2,
64  4.2.3
Kad Muncul (Pop-up Card )
                          Interaksi antara Hidupan
       Secara kreatif, hasilkan kad muncul (pop-up card ) yang menarik
       dan berwarna-warni untuk menunjukkan interaksi antara hidupan.
       Gambar haiwan boleh didapati melalui enjin carian Internet, surat
       khabar atau majalah.
1. Interaksi antara hidupan bermaksud hubungan antara hidupan yang saling
    bergantung antara satu sama lain.
2. Terdapat tiga jenis interaksi antara haiwan, iaitu:
    •	 mangsa-pemangsa.
    •	 persaingan yang terdiri daripada intraspesies dan interspesies.
    •	 simbiosis yang terdiri daripada mutualisme, parasitisme
        dan komensalisme.
3. Terdapat dua jenis interaksi antara tumbuhan, iaitu:
    •	 persaingan untuk mendapatkan air, cahaya matahari, nutrien dan ruang.
    •	 simbiosis yang terdiri daripada komensalisme dan parasitisme.
4. Yang berikut merupakan kepentingan interaksi antara hidupan
    kepada ekosistem:
    •	 mengawal populasi hidupan
    •	 memastikan kemandirian spesies
    •	 mengekalkan sumber semula jadi
    •	 menjaga keseimbangan alam
                                                                                                                         65
Jawab semua soalan yang berikut dalam buku latihan Sains.
    1. Lengkapkan maksud interaksi antara hidupan di bawah.
    Interaksi antara hidupan ialah (a)__________________ antara hidupan
    yang saling (b)__________________ antara satu sama lain.
    2. Padankan jenis interaksi dengan maklumat yang betul.
    Jenis Interaksi                                       Situasi Hidupan
    Mangsa-pemangsa                     Bersaing untuk pasangan yang terhad
    Persaingan intraspesies             Citah memburu rusa
    Persaingan interspesies             Persaingan antara burung hering
                                                    dengan singa
             Simbiosis                  Ikan remora mendapat pengangkutan
                                             percuma daripada ikan jerung
    3. Interaksi yang memberikan manfaat kepada satu pihak dan tidak
        memberikan manfaat atau kerugian kepada pihak yang lain,
        sesuai dijelaskan oleh hubungan simbiosis antara
    (a) kucing dan sengkenit.           (b) buaya dan burung.
    (c) ketam dan teritip.              (d) ikan badut dan buran.
    4. Lengkapkan jenis interaksi simbiosis antara haiwan dalam jadual di bawah:
                               Jenis Interaksi Simbiosis
    _____________________ _____________________ _____________________
    Memberikan manfaat         Memberikan manfaat Memberikan manfaat
    kepada kedua-dua           kepada satu pihak, tetapi kepada satu pihak, tetapi
    pihak.                     merugikan pihak lain. tidak merugikan atau
                                                                 memberikan manfaat
                                                                 kepada pihak lain.
    Contoh:                    Contoh:                    Contoh:
    _____________________ _____________________ _____________________
    5. Jelaskan interaksi antara tumbuhan dengan menyatakan jenis-jenis interaksi
        berserta contoh tumbuhan.
66
UNIT PEMELIHARAAN DAN
 5 PEMULIHARAAN
                                                                            Wah, besarnya!
                                                                                          Menakjubkan!
Murid-murid Tahun 6 Bestari berpeluang melihat tayangan realiti maya. Mereka
melihat keadaan bumi pada zaman lampau. Bumi kelihatan sama tetapi mereka
tidak pernah melihat haiwan-haiwan yang ditunjukkan. Mengapa?
                                                                                                                           67
Haiwan yang Telah Pupus
Pernahkah kamu melihat haiwan-haiwan ini? Haiwan-haiwan ini telah lama
pupus. Apakah yang dimaksudkan dengan pupus?
                  Pupus bermaksud telah lenyap sama sekali dari muka bumi.
   Mari kenali haiwan-haiwan yang pernah tinggal di bumi
   ini pada suatu masa dahulu.
Serigala Tasmania pupus
akibat diburu secara
melampau, pemusnahan
habitat dan wabak penyakit.
Burung Dodo tidak boleh                                                     Mamot
terbang. Burung ini berasal dari
pulau Mauritius. Haiwan ini pupus  Mamot kelihatan seperti gajah.
kerana diburu oleh pelayar,        Haiwan ini wujud pada zaman
manakala telurnya dimakan oleh     ais. Haiwan ini berkurangan
haiwan seperti tikus dan kucing.   akibat perubahan cuaca yang
                                   melampau dan akhirnya pupus
                                   kerana diburu oleh manusia.
     INFO SAINS
       Brontosaurus bersaiz 20.1 meter panjang dari kepala
       ke ekor dan mempunyai berat sehingga 34.5 tan.
       Gajah pula bersaiz sehingga 6.5 meter panjang
       dan mempunyai berat sehingga 5 tan.
68 5.1.3
Tyrannosaurus Rex
                                                                                Tyrannosaurus Rex
Dinosaur pupus akibat perubahan
cuaca yang melampau.
Harimau bertaring lengkung             Quagga ialah haiwan yang
mempunyai taring yang sangat           separuh badannya kelihatan
panjang, iaitu mencecah                seperti kuda, manakala separuh
hingga 30 cm. Haiwan ini juga          lagi kelihatan seperti kuda belang.
hidup pada zaman ais dan               Kulit dan dagingnya diburu oleh
pupus akibat perubahan cuaca           manusia menyebabkan haiwan
yang melampau.                         ini pupus.
                               Harimau bertaring
                                    lengkung
Nyatakan nama-nama haiwan yang telah pupus ini.
Apakah contoh haiwan lain yang telah pupus?
                                                                                                   69
Haiwan dan Tumbuhan
yang Diancam Kepupusan
 Tahukah kamu bahawa terdapat berjuta-juta spesies haiwan dan
 tumbuhan yang tinggal di bumi? Apabila bilangan sesuatu haiwan atau
 tumbuhan semakin berkurangan dan hampir pupus, kita katakan haiwan
 atau tumbuhan tersebut sedang mengalami ancaman kepupusan.
                                     Apakah haiwan dan tumbuhan
                                     yang mengalami ancaman kepupusan?
          periuk kera
                                   burung kenyalang
                   orkid selipar
pokok tongkat ali  bunga pakma
                   harimau Malaya  gajah
70 5.1.4
pokok meranti
               pokok cengal
pokok keruing
                             orang utan
beruang panda
               badak sumbu   dugong
tapir Malaya               Mengapakah haiwan
                           bersaiz besar lebih berisiko
                           untuk diancam kepupusan?
               Senaraikan haiwan dan tumbuhan lain
               yang mengalami ancaman kepupusan.
                                                         71
Faktor-faktor yang Menyebabkan Haiwan
dan Tumbuhan Diancam Kepupusan
Tahukah kamu bahawa aktiviti manusia merupakan ancaman terbesar
kepada haiwan dan tumbuhan? Penggunaan sumber yang berlebihan dan
tidak terkawal menyebabkan jumlah atau bilangannya semakin berkurangan.
Pemusnahan habitat
Pembinaan jalan raya dan               pembangunan               pembinaan
pembangunan bandar baharu yang         bandar baharu              jalan raya
tidak terancang memusnahkan habitat
semula jadi haiwan dan tumbuhan.                                pembakaran
Hutan turut dibakar untuk membuka                                   hutan
kawasan pertanian baharu.
Pemburuan haram
Manusia menangkap pelbagai spesies
haiwan dan tumbuhan secara berleluasa
untuk dijadikan ubat-ubatan, makanan,
perhiasan mahupun pakaian.
          Bunga pakma dijual untuk     Tenggiling dijual untuk
          dijadikan ubat tradisional.   dijadikan makanan.
Gading gajah dijadikan  Kulit buaya dijadikan beg.     Kulit harimau
  perhiasan mewah.                                  dijadikan pakaian.
72 5.1.5
Pencemaran
Pembuangan sampah seperti sisa plastik menjerat
haiwan dan menyebabkan banjir kilat.
Tumpahan minyak dan sisa toksik membunuh haiwan
dan tumbuhan di kawasan laut dan pantai.
Bencana alam
puting beliung  tanah runtuh
banjir          gempa bumi
Bencana alam seperti puting beliung, tanah runtuh, banjir dan gempa bumi
turut memusnahkan habitat haiwan dan tumbuhan.
                                                                          73
Pemanasan global
Pembebasan gas seperti karbon dioksida menghasilkan satu lapisan
di atmosfera yang memerangkap haba dan menyebabkan peningkatan suhu
bumi. Peningkatan suhu bumi yang berterusan mengakibatkan ais di kawasan
kutub melebur dan paras air laut meningkat. Ini menyebabkan habitat haiwan
dan tumbuhan di kawasan pantai tenggelam dan musnah.
sedikit haba
kembali ke angkasa
menyebabkan bumi
menjadi lebih panas
                                                                              haba Matahari
                                                                              masuk ke Bumi
Gas dari serombong kilang dan asap kenderaan meningkatkan
jumlah karbon dioksida di udara. Gas-gas ini menghasilkan lapisan
yang memerangkap haba.
Ais di kutub utara melebur sedikit  Paras air laut meningkat dan
demi sedikit setiap tahun akibat    memusnahkan habitat haiwan dan
pemanasan global.                   tumbuhan.
                            Ceritakan kembali faktor-faktor yang menyebabkan
                            haiwan dan tumbuhan diancam kepupusan.
74
Pemeliharaan Haiwan dan Tumbuhan
Usaha-usaha pemeliharaan perlu dilaksanakan bagi melindungi haiwan
dan tumbuhan daripada terus diancam kepupusan. Apakah yang
dimaksudkan dengan pemeliharaan?
                    Pemeliharaan bermaksud langkah mengekalkan haiwan
                    dan tumbuhan kepada keadaan asal yang seimbang.
                                               Bagaimanakah langkah-langkah
                                               pemeliharaan dapat dilaksanakan?
Menjalankan pembalakan terpilih
Pembalakan pokok secara terpilih dilaksanakan bagi mengurangkan impak
kepada alam sekitar. Kaedah ini juga dapat melindungi habitat haiwan
dan tumbuhan.
        pokok belum matang
        dibiarkan membesar
        hanya pokok yang
        sesuai sahaja ditebang
sebelum pembalakan terpilih              selepas pembalakan terpilih
                                              Hari
                                         Hidupan Liar
                                            Sedunia
Mendidik masyarakat
Masyarakat dididik mengenai kepentingan
melindungi haiwan dan tumbuhan
daripada ancaman kepupusan.
                                         Kempen Hari Hidupan Liar Sedunia
5.1.1,                                                                           75
5.1.2
Memboikot penjualan produk daripada spesies yang terancam
Pengguna dan pembeli harus bijak memilih dengan tidak membeli produk
daripada haiwan dan tumbuhan yang terancam.
telur penyu            periuk kera
Menguatkuasakan undang-undang
Undang-undang dikuatkuasakan dengan tegasnya bagi melindungi haiwan
daripada diancam kepupusan. Antara haiwan yang dilindungi di Malaysia
termasuklah harimau Malaya, tapir Malaya, orang utan, gajah, penyu
dan tikus kesturi.
                       tapir Malaya
       harimau Malaya  tikus kesturi
76
Mengitar semula barangan
Aktiviti guna semula dan kitar semula barangan diamalkan bagi membantu
menyelamatkan haiwan dan tumbuhan daripada terus dieksploitasi.
   Hentikan         Menggunakan                                          Mengurangkan
                    semula beg                                           penggunaan kertas
Pencemaran Plastik  plastik dapat                                        atau mengitar
                    mengurangkan                                         semula kertas
                    pencemaran.                                          dapat membantu
                                                                         mengurangkan aktiviti
                                          SEJLIAMMAATKTAKANNKEPROTKAOSK  penebangan pokok.
                                   Sebatang Pokok = 12000 Helai Kertas
Mewartakan hutan dan taman marin sebagai kawasan yang dilindungi
Kawasan hutan simpan seperti Taman Negara, Taman Marin dan Tapak RAMSAR
dilindungi oleh undang-undang dan sesiapa yang melanggar undang-undang
tersebut akan dikenakan hukuman.
Taman Negara, Pahang               Taman Marin Tun Sakaran, Sabah
                                   Tasik Bera, Tapak RAMSAR pertama
                                   di Malaysia
INFO SAINS
RAMSAR bermaksud senarai tanah lembap yang dipersetujui
melalui Konvensyen Tanah Lembap yang diadakan di Ramsar,
Iran pada tahun 1971. Konvensyen ini menyediakan rangka
kerja bagi memelihara dan memulihara tanah lembap
daripada terus musnah.
                                                                                                77
Pemuliharaan Haiwan dan Tumbuhan
    Apakah yang dimaksudkan dengan pemuliharaan? Pemuliharaan bermaksud
    mengembalikan haiwan dan tumbuhan kepada keadaan asal.
    Membina pusat pemuliharaan  Mari kita lihat
                                aktiviti pemuliharaan.
    Pusat pemuliharaan haiwan seperti pusat pemuliharaan penyu
    dan pusat rehabilitasi orang utan memastikan haiwan-haiwan
    mempunyai peluang lebih tinggi untuk hidup di habitat sebenar.
                                                    Pusat pemuliharaan penyu diwujudkan
    untuk memantau aktiviti penyu bertelur dan melindungi penyu betina daripada
    gangguan semasa aktiviti bertelur. Ini dapat meningkatkan kadar anak penyu
    yang menetas dan berjaya dilepaskan ke laut.
                                                     Saya sudah pandai bergayut.
                                                     Tidak sabar rasanya hendak
                                                     kembali ke hutan.
                                Pusat rehabilitasi orang utan
                                dibina untuk menyelamatkan
                                anak-anak orang utan yang
                                terpisah daripada ibunya
                                akibat aktiviti pembalakan,
                                pertanian atau pemburuan
                                haram. Anak-anak orang
                                utan akan dilatih di pusat ini
                                supaya mampu meneruskan
                                hidup sebelum dilepaskan
                                ke habitat hutan sebenar.
78  5.1.1,
    5.1.2
Tenggiling merupakan antara haiwan yang terancam di Malaysia.
                  Sisik, daging dan kulitnya dipercayai mempunyai khasiat perubatan
                  oleh pihak tertentu. Bagaimanakah cara-cara untuk mengatasi
                  keadaan ini? Jelaskan maksud pemeliharaan
                  dan pemuliharaan pada cadangan kamu itu.
Menanam semula pokok
Penanaman semula pokok dilakukan bagi menggantikan kawasan hutan
yang telah musnah akibat pembalakan. Biji benih atau anak pokok ditanam
di kawasan yang telah dibalak.
   penanaman semula pokok di kawasan hutan
   penanaman semula pokok di kawasan paya bakau
                                                                                                                         79
Kepentingan Pemeliharaan dan Pemuliharaan
                     Apakah kesan pemeliharaan dan pemuliharaan terhadap
                     haiwan dan tumbuhan yang diancam kepupusan?
     Mengelakkan kepupusan
     Hasil daripada usaha pemeliharaan dan pemuliharaan, faktor-faktor
     yang menjadi ancaman kepada haiwan dan tumbuhan berjaya
     dikurangkan dan populasi haiwan dan tumbuhan dapat ditingkatkan.
                                                Kawan-kawan, bilangan kita
                                                sudah semakin banyak.
                                                                                    Ya. Kita tidak lagi
                                                                                    diancam kepupusan.
     Memastikan haiwan dan tumbuhan tidak dieksploitasi secara melampau
     Amalan mengguna dan mengitar semula barangan dapat mengurangkan
     kebergantungan kepada sumber semula jadi dan dapat mengelakkan
     tumbuhan dan haiwan daripada dieksploitasi secara melampau.
                                                                                     Sejak manusia
                                                                                     mengamalkan
                                                                                     aktiviti kitar semula,
                                                                                     kami tidak lagi
                                                                                     kerap ditebang.
80 5.1.6
Mengekalkan persekitaran yang bersih dan sihat
Aktiviti pembalakan yang terkawal seperti pembalakan terpilih serta aktiviti
penanaman semula dapat mengekalkan keseimbangan gas oksigen dan gas
karbon dioksida.
Mengelakkan kehilangan habitat  INFO SAINS
Penetapan beberapa kawasan      Tumbuh-tumbuhan hanya membekalkan
sebagai hutan simpan, taman     sebahagian kecil bekalan oksigen
marin dan tapak RAMSAR dapat    kepada manusia. Pengeluar oksigen
mengelakkan haiwan dan          terbesar di dunia ialah alga yang
tumbuhan kehilangan habitat.    tumbuh di laut dalam.
Tenangnya tinggal di hutan simpan
ini. Tiada lagi gangguan.
Jelaskan kepentingan pemeliharaan                                             81
dan pemuliharaan haiwan dan tumbuhan.
Pameran Visual Ancaman
                             Kepupusan terhadap
                             Haiwan dan Tumbuhan
    Alat dan bahan: bekas kaca, model haiwan
    dan tumbuhan, sisa sampah bersaiz kecil,
    pen penanda, pita pelekat, minyak masak
    Langkah-langkah:
    1.
                                                            Dapatkan beberapa bekas kaca. Labelkan
                                                            setiap bekas kaca dengan faktor-faktor
                                                            yang menyebabkan haiwan dan tumbuhan
                                                            diancam kepupusan. Contohnya, satu bekas
                                                            kaca dilabelkan dengan faktor pencemaran.
    2.
                                                            Masukkan beberapa model haiwan
                                                            seperti model ikan dan penyu.
                                                            Kemudian, isikan air ke dalam
                                                            bekas kaca sehingga penuh.
    3.
                minyak  Secara kreatif, hiaskan bekas kaca
                masak   dengan sisa sampah kecil untuk
                        mewakili bahan pencemar. Contohnya,
                        plastik bungkusan makanan, penyedut
                        minuman dan minyak masak.
        5.1.2,
        5.1.5,
82      5.1.7
4.
                                                        Kumpulan seterusnya akan menghasilkan
                                                        pameran visual yang menerangkan
                                                        faktor-faktor lain yang menyebabkan
                                                        haiwan dan tumbuhan diancam kepupusan.
5. Pamerkan hasil kerja kamu di sudut pameran kelas. Terangkan faktor ancaman
   pada bekas kaca yang kamu hasilkan dan cadangkan langkah pemeliharaan
   dan pemuliharaan yang sesuai kepada rakan-rakan kamu.
Soalan:
1. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan haiwan dan tumbuhan
   diancam kepupusan?
2. Jelaskan melalui contoh cara pemeliharaan dan pemuliharaan haiwan
   dan tumbuhan.
3. Apakah peranan yang boleh kamu lakukan dalam usaha pemeliharaan
   dan pemuliharaan untuk kelestarian alam sekitar?
Maksud kelestarian alam sekitar ialah tanggungjawab untuk memelihara sumber  83
semula jadi dan melindungi ekosistem global untuk menyokong kesihatan
dan kesejahteraan pada masa sekarang dan pada masa akan datang.
Cabaran Penapis Air
    Secara berkumpulan, hasilkan sebuah penapis air dengan menggunakan
    botol plastik, cawan, gunting, paku, tukul besi, jam randik dan bahan
    seperti batu kerikil, pasir serta serbuk arang.
                                Berhati-hati ketika mengendalikan peralatan tajam.
    Langkah-langkah:
    1. Bentukkan kumpulan yang                  batu kerikil
        terdiri daripada dua atau               pasir
        tiga orang murid. Periksa               serbuk arang
        dan tentukan bahan yang
        kamu akan gunakan sebagai
        bahan penapis. Kamu boleh
        memotong bahan-bahan
        yang ada kepada bentuk
        yang lebih kecil.
    2. Potong bahagian bawah botol.
    3. Tebuk bahagian penutup botol             pasir
        dengan menggunakan paku.
        Pasangkan kembali
        penutup botol.
    4. Masukkan bahan-bahan                     air kotor
        mengikut lapisan.
        Penapis kamu hendaklah
        mengandungi
        sekurang-kurangnya
        tiga bahan penapis.
    5. Tuangkan secawan air kotor.
        Penapis kamu mestilah boleh
        membersihkan secawan air
        kotor dalam masa kurang
        seminit. Kongsikan hasil
        ciptaan kamu dengan
        kumpulan yang lain.
    Air ini masih belum selamat untuk diminum.  air yang
                                                ditapis
84
1. Beberapa contoh haiwan yang telah pupus ialah burung Dodo, mamot,
    serigala Tasmania, dinosaur, Quagga dan harimau bertaring lengkung.
2. Haiwan dan tumbuhan yang terancam adalah seperti yang berikut:
        Haiwan terancam        Tumbuhan terancam
gajah, badak sumbu, orang utan, meranti, keruing, cengal, bunga
panda, tapir Malaya, harimau pakma, periuk kera, orkid selipar,
Malaya                         pokok tongkat ali
3. Faktor ancaman haiwan dan tumbuhan ialah pemusnahan habitat,
    pemburuan haram, pencemaran, bencana alam dan pemanasan global.
4. Cara-cara pemeliharaan dan pemuliharaan haiwan dan tumbuhan:
        Pemeliharaan           Pemuliharaan
•	 mengawal pembalakan         •	 membina pusat pemuliharaan
•	 mendidik masyarakat         •	 menanam semula pokok
•	 memboikot penjualan produk
   dan ubat-ubatan yang
   diperbuat daripada
   spesies terancam
•	 menguatkuasakan
   undang-undang
•	 mengitar semula barangan
•	 mewartakan kawasan hutan
   simpan dan taman marin
5. Kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan:
    •	 mengelakkan kepupusan
    •	 memastikan haiwan dan tumbuhan tidak dieksploitasi secara melampau
    •	 mengekalkan persekitaran yang bersih dan sihat
    •	 mengelakkan kehilangan habitat
                                                                           85
1. Nyatakan maksud pemeliharaan dan pemuliharaan haiwan dan tumbuhan.
    2. Maklumat di bawah menunjukkan bilangan gajah dalam hutan X
        yang direkodkan dari tahun 2015 hingga 2019.
    Bilangan Gajah  60
                    50
                    40               2016 2017 2018     2019
                    30
                    20                           Tahun
                    10
                     0
                               2015
        Berdasarkan maklumat di atas, jawab soalan di bawah.
        (a) Nyatakan pemerhatian kamu.
        (b) Berikan inferens terhadap bilangan gajah bagi tahun yang berikut:
             (i) dari tahun 2015 hingga 2017
            (ii) dari tahun 2017 hingga 2019
        (c) Cadangkan dua cara untuk mengelakkan gajah diancam kepupusan
            pada masa akan datang.
    3. Rajah di bawah menunjukkan jadual pengelasan burung
                    burung
    pupus                            terancam
       X                                  Y
    (a) Namakan burung
        X: ________________ Y: ________________
    (b) Bolehkah keadaan burung X dipulihkan? Jelaskan.
    (c) Cadangkan tiga cara yang sesuai untuk memulihara burung Y.
86
UNIT  DAYA
6
Adam dan rakan-rakannya bertugas di Pusat Sumber Sekolah.
Perhatikan aktiviti yang dilakukan oleh mereka.
            Adam, tolong tolak troli
            ini dan susun buku itu
            di rak belakang.
            Baiklah, cikgu.
Berdasarkan situasi di atas, bagaimanakah buku-buku di Pusat Sumber
tersebut dapat dialihkan dan disusun?
                                                                     87
Daya
Kita mengenakan daya untuk melakukan pelbagai aktiviti. Daya ialah tarikan
atau tolakan yang bertindak ke atas sesuatu objek.
          Apakah daya yang dikenakan untuk melakukan
          aktiviti yang ditunjukkan dalam gambar?
               membuka pintu
menutup pintu                                                  menekan
                                                               pengepit kertas
membuka                                                        menekan papan
komputer riba                                                  kekunci
               menarik zip
               bekas pensel
          Daya tarikan ialah tindakan yang menggerakkan suatu
          objek mendekati kita. Daya tolakan ialah tindakan
          yang menggerakkan suatu objek menjauhi kita.
88 6.1.1
Daya Tarikan dan Daya Tolakan
Tujuan: Menyatakan maksud daya dengan menjalankan aktiviti
Alat dan bahan: bekas pensel, spring, bola pingpong, magnet bar,
klip kertas
Langkah-langkah:
Lakukan aktiviti di bawah dan catatkan pemerhatian kamu.
1. 2.
  Tolak bekas pensel.               Tarik bekas pensel.
3.                                4.
  Mampatkan spring dan lepaskan.    Lontarkan bola ke atas
  Kemudian, regangkan spring        dan perhatikan pergerakan bola.
  dan lepaskan.
                                  6.
5.
Dekatkan dua batang magnet bar    Dekatkan magnet bar
yang sama kutub.                  dengan klip kertas.
Soalan:
1. Apakah yang dimaksudkan dengan daya?
2. Apakah daya yang bertindak dalam setiap aktiviti di atas?
3. Aktiviti yang manakah melibatkan daya yang bertindak tanpa perlu
    bersentuhan dengan objek? Apakah daya itu?
                   Apakah jenis daya graviti Bumi? Jelaskan.         89
6.1.1
Kesan Daya
Apabila suatu objek mengenakan daya tertentu ke atas objek lain, daya
tersebut tidak dapat dilihat tetapi kesannya boleh diperhatikan dan dirasai.
Semasa Adam dan                   Daya yang dikenakan tidak dapat dilihat
Chua berjabat tangan,             tetapi kita dapat merasainya.
tangan Adam akan
mengenakan daya
ke atas tangan Chua.
Lihat dan fahami kesan daya yang ditunjukkan dalam gambar.
Daya mengubah bentuk objek
Tiub ubat gigi berubah bentuk     Tanah liat ditekan untuk menghasilkan
apabila ditekan.                  pelbagai bentuk pasu bunga.
Daya mengubah arah gerakan objek
     Pemain memukul bulu tangkis  Pemain menggelecek bola untuk
     ke arah lawan.               mengawal arah pergerakan bola.
90 6.1.2
Daya mengubah kelajuan objek
Penunggang basikal menambah     Daya daripada ombak dapat
kelajuan melalui daya yang      menambahkan atau mengurangkan
dikenakan ke atas pedal.        kelajuan kayak.
Daya menggerakkan objek pegun
Pekerja menarik troli untuk     Pin boling terjatuh selepas dilanggar
memindahkan kotak.              oleh bola boling.
Daya menghentikan objek yang bergerak
Daya dapat menghentikan kereta  Bola dihalang daripada
mainan yang sedang bergerak.    memasuki gawang.
INFO SAINS
Sikat plastik yang digosok dengan menggunakan kain
dapat menarik cebisan kertas melalui daya elektrostatik.
                                                                       91
Kenal Pasti dan Jelaskan
                             Kesan Daya
    Alat dan bahan: kamera, komputer, capaian
    Internet, Google Slides, Google Classroom
                                                                                       aplikasi
                                                                                   Google Slides
    Langkah-langkah:
    1. Kenal pasti dan lakukan tiga aktiviti kendiri yang dapat menunjukkan
        kesan daya.
    2. Ambil gambar atau video semasa aktiviti tersebut dijalankan.
    3. Imbas kod QR untuk menggunakan aplikasi Google Slides.
    4. Sediakan persembahan kamu dengan menggunakan aplikasi
        Google Slides.
    5. Kongsi slaid persembahan kamu dengan menggunakan aplikasi
        Google Classroom.
    Soalan:
    1. Nyatakan daya yang terlibat dalam aktiviti yang kamu lakukan.
    2. Apakah kesan daya yang diperhatikan?
92  6.1.2,  •	 Contoh aktiviti kendiri yang dapat dilakukan oleh murid
    6.1.3      adalah seperti menyepak bola, menarik gelang getah,
               mengubah bentuk plastisin dan sebagainya.
            •	 Guru boleh mengubah suai aktiviti mengikut kesesuaian murid.
            •	 Selain aplikasi Google Slides, aplikasi Microsoft PowerPoint juga dapat
               digunakan untuk menyediakan slaid pembentangan.
