Daya Geseran
 Ayah, mengapakah skuter ini
 terhenti selepas bergerak seketika?
                                      Skuter kamu berhenti
                                      bergerak disebabkan
                                      oleh daya geseran, Chua.
Apakah          Daya geseran          Daya geseran bertindak pada arah
maksud daya     ialah daya            bertentangan dengan arah pergerakan.
geseran, ayah?  yang terhasil         Oleh itu, skuter kamu akan menjadi
                apabila dua           semakin perlahan dan akhirnya terhenti.
                permukaan
                bersentuhan
                antara satu
                sama lain.
Daya geseran ialah daya yang          Daya geseran sentiasa bertindak
terhasil apabila dua permukaan        bertentangan dengan arah
bersentuhan antara satu sama lain.    pergerakan objek.
                                      arah pergerakan
                                                         arah daya geseran
6.2.1 93
Daya Geseran
    Tujuan: Menyatakan maksud daya geseran
    Alat dan bahan: telefon pintar, papan nota berklip,
    kertas, pengasah pensel, pemadam pensel
    Langkah-langkah:
    1. Muat turun aplikasi inklinometer dalam telefon pintar.
        Buka aplikasi inklinometer.
    2. Klipkan beberapa helai kertas di atas papan nota berklip.
    3. 4.
                      telefon pintar
                     pengasah
                     pensel
            pemadam pensel
    papan nota berklip         kertas
    Susunkan alat dan bahan seperti    Condongkan papan nota berklip
    dalam gambar.                      secara perlahan-lahan dan
                                       berhenti apabila pengasah
                                       pensel atau pemadam pensel
                                       mula menggelongsor.
    5. Ambil bacaan inklinometer dan catat dalam jadual.
            Alat               Bacaan inklinometer
    pengasah pensel
    pemadam pensel
    6. Ulangi langkah 4 dan langkah 5 bagi objek yang belum menggelongsor.
    Soalan:
    1. Objek yang manakah menunjukkan bacaan inklinometer yang tinggi?
        Berikan inferens kamu.
    2. Apakah yang kamu faham mengenai daya geseran?
94  6.2.1,  •	 Aplikasi inklinometer dapat mengukur kecondongan dan boleh dimuat turun
    6.2.5      daripada Google Play Store dan Apple App Store. Aplikasi inklinometer
               juga dikenali sebagai inclinometer, clinometer atau bubble level.
            •	 Telefon pintar boleh digantikan dengan jangka sudut atau pembaris
               untuk mengukur kecondongan papan nota berklip.
Kesan Daya Geseran
                           Cikgu, bagaimanakah batang mancis dapat dinyalakan?
                      Batang mancis dapat dinyalakan apabila haba terhasil
                      kesan daripada daya geseran antara dua permukaan
                      yang bersentuhan. Haba menyalakan hujung batang
                      mancis yang disaluti dengan bahan mudah terbakar.
Kesan daya geseran dapat memberikan kebaikan dan keburukan kepada aktiviti
harian kita.
Kebaikan kesan daya geseran
1. 2.
   Pemadam pensel dapat           Pad brek basikal dapat
   memadamkan tulisan             memperlahankan dan
   di atas kertas.                menghentikan basikal
                                  yang bergerak.
3.
                               4.
Kertas pasir dapat melicinkan  Corak pada bunga tayar dapat
permukaan kayu yang kasar.     menambahkan cengkaman tayar
                               kereta di atas tanah.
  6.2.2
                                                             95
Keburukan kesan daya geseran
    1. 2.
       Daya geseran akan menyebabkan     Bunyi yang kuat dihasilkan semasa
       tapak kasut menjadi haus.         kerja menggerudi menyebabkan
       Ini mengakibatkan kita            pencemaran bunyi.
       mudah tergelincir.
                                      4.
    3.
    Geseran yang berlaku secara       Skru yang berkarat akan
    berulang di dalam enjin           menambahkan geseran
    kereta lama-kelamaan akan         dan menyebabkan skru
    menyebabkan enjin mudah rosak.    sukar dilonggarkan.
            Apakah kesan daya geseran lain yang dapat kamu perhatikan?
                             Kesan Daya Geseran
                             di Sekeliling Saya
    Alat dan bahan: pen penanda, kad manila, kertas nota berpelekat
    Langkah-langkah:
    1. Kenal pasti kesan daya geseran di sekeliling kamu.
    2. Secara bergilir, tulis kesan daya geseran pada kertas
        nota berpelekat.
    3. Asingkan kebaikan dan keburukan kesan daya geseran.
    4. Tampalkan kertas nota berpelekat pada kad manila.
    5. Bincangkan hasil pemerhatian dalam kumpulan.
    Soalan:
    Berdasarkan pemerhatian kamu, perihalkan kesan daya geseran
    dalam kehidupan harian.
96  6.2.2,
    6.2.5
Faktor-faktor yang Mempengaruhi
Daya Geseran
Daya geseran dipengaruhi oleh beberapa faktor. Lakukan eksperimen
untuk menguji faktor-faktor tersebut.
                   Jisim Objek
1. Tujuan: ________________________________________________________
2. Penyataan masalah: Bagaimanakah daya geseran dipengaruhi
oleh jisim objek?
3. Hipotesis: ______________________________________________________
4. Pemboleh ubah:                                      klip kertas takal
    (a) dimanipulasikan:___________________
(b) bergerak balas: ____________________
(c) dimalarkan: _______________________
5. Alat dan bahan: takal, klip kertas,
    10 unit pemberat 50 g, buku latihan,                  meja        pemberat
    buku teks, benang                        buku latihan
6. Langkah-langkah:
(a) Susunkan alat dan bahan                            gambar A
    seperti gambar A.
(b) Tambah pemberat 50 g sehingga buku
    latihan mula bergerak di atas meja.      buku teks klip kertas
(c) Catat hasil pemerhatian kamu                                             takal
dalam jadual.
(d) Ulangi langkah 6(b) dan langkah 6(c)
dengan menambah senaskhah buku teks
di atas buku latihan seperti gambar B.
7. Data: ______________________________                meja
    ___________________________________      buku latihan             pemberat
                                                            gambar B
8. Mentafsirkan data:
    (a) Berdasarkan eksperimen, bandingkan
        pemberat yang digunakan untuk
menggerakkan buku. Berikan inferens kamu.
(b) Apakah faktor yang mempengaruhi daya geseran?
(c) Apakah definisi secara operasi bagi daya geseran?
9. Kesimpulan:
_______________________________________________________________
6.2.3,                                                                              97
6.2.5
Jenis Permukaan
    1. Tujuan: ________________________________________________________
    2. Penyataan masalah: Bagaimanakah daya geseran dipengaruhi oleh
        jenis permukaan?
    3. Hipotesis: ______________________________________________________
    4. Pemboleh ubah:
        (a) dimanipulasikan: _____________________________________________
        (b) bergerak balas: ______________________________________________
        (c) dimalarkan: __________________________________________________
    5. Alat dan bahan: pembaris, dua buah buku, kadbod, sel kering, kertas,
        kain, kertas pasir, permaidani kecil
    6. Langkah-langkah:
            sel kering  kertas
                                         jarak
    buku    kadbod
            gambar A                     gambar B
    (a) Susunkan alat dan bahan seperti gambar A.
    (b) Tolak sel kering dari atas buku dan biarkannya menuruni kadbod.
    (c) Perhati pergerakan sel kering dan tandakan lokasi sel kering berhenti.
    (d) Ukur jarak yang dilalui oleh sel kering seperti gambar B.
    (e) Catat hasil pemerhatian dalam jadual.
    (f) Ulangi langkah 6(a) hingga langkah 6(e) dengan menggantikan kertas
        kepada kain, kertas pasir dan permaidani kecil.
    7. Data: _________________________________________________________
    8. Mentafsirkan data:
        (a) Berdasarkan eksperimen, bandingkan jarak yang dilalui oleh sel kering
            di atas permukaan yang berbeza. Berikan inferens kamu.
        (b) Apakah faktor yang mempengaruhi daya geseran?
        (c) Apakah definisi secara operasi bagi daya geseran?
    9. Kesimpulan:
        _______________________________________________________________
98  6.2.3,
    6.2.5
Daya Geseran dalam Kehidupan Harian
Daya geseran sentiasa wujud dalam kehidupan harian kita. Ada kalanya,
daya geseran perlu dikurang atau ditambah untuk melakukan suatu aktiviti
dengan cekapnya.
 Cara untuk mengurangkan daya geseran
Ayah, rantai             Mari ayah bantu.        minyak pelincir
basikal ini ketat
dan berbunyi
bising. Basikal
ini sukar
hendak dikayuh.
     Permukaan                                                  bedak
     papan karom                                                        roda
     tidak cukup licin.
Susahnya
hendak
menggerakkan
kotak ini!
INFO SAINS                                       U                          S
Maglev ialah kereta api magnet yang menggunakan              S  U
daya tarikan atau daya tolakan elektromagnet     S                         U
untuk mengatasi daya geseran semasa bergerak.
                                                 pandangan hadapan
6.2.4 99
Cara untuk menambah daya geseran
           Ketatnya penutup
           balang ini!
     Kesan kotoran ini
     masih ada.
                         Eh, terlepas pula!
             Jelaskan cara mengurangkan dan menambahkan daya
             geseran bagi setiap situasi dalam gambar di atas.
                       Tiada Masalah Geseran
     Alat dan bahan: mesin cetak, capaian Internet,
     gunting, gam, pen penanda, kad manila
     Langkah-langkah:
     1. Cari gambar-gambar yang menunjukkan masalah    Berhati-hati ketika
         tentang daya geseran dalam kehidupan harian.  menggunakan gunting.
     2. Cetak dan lekatkan gambar di atas kad manila.
     3. Kenal pasti cara untuk mengatasi masalah daya geseran yang berlaku
     dan catat pada kad manila.
     4. Bincangkan jawapan dengan pasangan kamu.
     Soalan:
     1. Berdasarkan gambar yang diperhatikan, nyatakan masalah daya geseran
         yang berlaku.
     2. Apakah cara untuk mengatasi masalah daya geseran tersebut?
100  6.2.4,
     6.2.5
Tekanan Udara
Udara wujud di sekeliling kita. Udara tidak dapat dilihat, tetapi semua benda
di sekeliling kita akan mengalami tekanan udara. Bagaimanakah tekanan
udara terhasil?
                                 Ibu, bagaimanakah belon
                                 boleh menjadi besar begitu?
Wah, besarnya
belon itu!
       Soalan yang bagus,
       Adam. Biar ibu jelaskan.
zarah
udara
Di dalam belon terdapat banyak   Zarah-zarah udara di dalam belon
zarah-zarah udara yang sentiasa  sentiasa berlanggar di antara satu
bergerak secara rawak.           sama lain dan juga berlanggar
                                 dengan permukaan belon.
                                      tekanan                     pergerakan
                                      udara                       zarah-zarah
Apabila zarah-zarah udara                                            udara
berlanggar dengan permukaan belon,                                                101
suatu daya akan dikenakan ke atas
permukaan belon dan menghasilkan
tekanan udara.
               Belon boleh mengembang kerana wujud tekanan udara
               di dalam belon.
     6.3.1
Tekanan udara terhasil oleh daya yang bertindak ke atas permukaan sesuatu
objek akibat daripada perlanggaran zarah-zarah udara.
                    Bagaimanakah air minuman di dalam gelas
                    dapat disedut ke dalam mulut kita?
           Apabila kita menyedut minuman dengan menggunakan penyedut
           minuman, bilangan zarah udara di dalam penyedut minuman
           akan berkurang. Situasi ini berkaitan dengan tekanan udara.
                                            Tekanan udara di luar penyedut
                                            minuman adalah tinggi.
           Tekanan udara di dalam penyedut
           minuman adalah rendah.
           zarah udara
Apabila bilangan zarah udara di dalam penyedut minuman berkurang,
kekerapan perlanggaran antara zarah udara dengan permukaan penyedut
minuman juga akan berkurang. Akibatnya, tekanan udara di dalam penyedut
minuman akan menjadi rendah.
Oleh itu, tekanan udara di luar penyedut    Apakah contoh lain
minuman yang lebih tinggi akan menolak      yang melibatkan
air masuk ke dalam penyedut minuman,        tekanan udara
seterusnya ke dalam mulut kita.             di sekeliling kita?
102 6.3.1  Tekanan udara di sekeliling atau di atmosfera
           biasanya dikenali sebagai tekanan atmosfera.
Kewujudan Tekanan Udara
Tujuan: Memerihalkan kewujudan tekanan udara
 Aktiviti 1                                        4.
Alat dan bahan: cawan kaca, kad tebal, air
Langkah-langkah:
1. Lakukan aktiviti ini berdekatan dengan singki.
2. 3.
Isi cawan kaca     Tutup cawan kaca                      Terbalikkan cawan
dengan air         dengan kad tebal.                     dengan kad tebal.
sehingga penuh.    Pegang kad tebal                      Kemudian, alihkan
                   supaya sentiasa                       tangan dari kad
                   menutup cawan kaca.                   tebal secara
                                                         perlahan-lahan.
5. Lakarkan pemerhatian kamu.
Soalan:
1. Apakah pemerhatian kamu? Mengapa?
2. Lukis anak panah arah tekanan udara bagi aktiviti di atas.
3. Apakah kesimpulan kamu bagi aktiviti ini?
 Aktiviti 2                                        Berhati-hati ketika
Alat dan bahan: pin penebuk, botol plastik, air    menggunakan
                                                   pin penebuk.
Langkah-langkah:
1. Lakukan aktiviti ini berdekatan dengan singki.
2. Isi botol plastik dengan air sehingga penuh
dan tutup botol dengan ketatnya.                                        D
3. Tebuk tiga lubang A, B dan C di sebelah bawah botol,
dan satu lubang D di sebelah atas botol seperti gambar.
4. Cabut pin penebuk di lubang A, B dan C. Perhatikan
apa yang berlaku.
5. Kemudian, cabut pin penebuk di lubang D dan perhatikan
apa yang berlaku.
Soalan:                                                                 A BC
1. Apakah pemerhatian kamu? Mengapa?
2. Lukis anak panah arah tekanan udara bagi aktiviti di atas.
3. Apakah kesimpulan kamu bagi aktiviti ini?
6.3.1,                                                                        103
6.3.4
Aktiviti 3
     Alat dan bahan: cawan kaca, cawan kertas,  Berhati-hati ketika
     dulang, lilin, mancis, tisu dapur, air     menggunakan lilin.
     Langkah-langkah:
     1.                                   2.
                           tisu dapur
        Basahkan tisu dapur dan letakkan     Letakkan lilin di atas tisu dapur
        di atas dulang.                      dan nyalakan lilin tersebut.
     3.                                   4.
        Telangkupkan cawan kaca              Tunggu sehingga nyalaan lilin
        supaya menutupi lilin.               terpadam dan tekan cawan kaca
                                             serta-merta.
     5.
                                          6.
     Tunggu seketika dan angkat cawan         Letakkan dua biji cawan kertas
     kaca. Lakukan pemerhatian.               yang berisi air di tepi cawan kaca.
                                              Kemudian, angkat cawan kaca.
                                              Lakukan pemerhatian.
     Soalan:
     1. Apakah pemerhatian kamu? Mengapa?
     2. Lukis anak panah arah tekanan udara bagi aktiviti di atas.
     3. Apakah kesimpulan kamu bagi aktiviti ini?
104  6.3.1,
     6.3.4
Hubung Kait antara Tekanan Udara
dengan Ketinggian
                                 Akhirnya sampai juga di puncak gunung Kinabalu.
                                 Mengapakah saya berasa sesak nafas?
                                              Kamu berasa sesak nafas kerana udara di sini
                                              adalah kurang berbanding dengan udara di kaki
                                              gunung. Tekanan udara di sini juga rendah.
Apakah hubungan antara tekanan udara dengan aras ketinggian? Perhatikan
kesan botol plastik kosong yang ditutup ketat semasa di puncak gunung
sehingga tiba di kaki gunung dalam gambar di bawah.
               Tekanan udara di dalam botol ini sama dengan tekanan udara
               di sekeliling ketika berada di puncak gunung.
                                                                     botol
                                                                     menjadi
                                                                     kemik
       semasa di puncak  semasa menuruni   semasa tiba
             gunung            gunung     di kaki gunung
Kesan kemik pada botol itu membuktikan tekanan udara di kaki gunung
adalah lebih tinggi daripada tekanan udara di puncak gunung.
6.3.2                                                                                        105
Mengapakah tekanan udara berbeza apabila berada
             pada aras ketinggian yang berbeza?
             bilangan zarah udara                                       tekanan
             adalah sedikit di puncak gunung                            udara rendah
                                                       aras ketinggian
     bilangan zarah udara        kaki gunung                            tekanan
     adalah banyak di aras laut                                         udara tinggi
     Bumi kita dikelilingi oleh satu lapisan udara yang dikenali sebagai atmosfera.
     Semakin bertambah ketinggian suatu tempat dari aras laut, semakin berkurang
     bilangan zarah udara. Oleh itu, perlanggaran antara zarah-zarah udara juga
     semakin berkurangan lalu menyebabkan tekanan udara juga semakin rendah.
             Simulasi Perubahan
             Tekanan Udara
     Tujuan: Menghubungkaitkan antara tekanan udara                     kubus
     dengan aras ketinggian                                             kedua
                                                                        pemberat
     Alat dan bahan: enam unit pemberat 100 g, span                     kubus
                                                                        pertama
     Langkah-langkah:
     1. Bentukkan dua buah kubus menggunakan span.
         Kubus mewakili aras ketinggian.
     2. Letakkan lima pemberat di atas kubus pertama.
         Pemberat mewakili bilangan zarah udara.
     3. Tambahkan kubus kedua dan satu pemberat
         di atasnya.
     4. Perhatikan kedua-dua kubus.
     Soalan:
     1. Apakah yang berlaku kepada kedua-dua kubus?
     2. Kubus yang manakah akan mengalami tekanan yang lebih rendah?
         Mengapa?
     3. Apakah hubung kait antara tekanan udara dengan aras ketinggian
         berdasarkan simulasi yang telah dijalankan?
106  6.3.2,
     6.3.4
Aplikasi Tekanan Udara
Pengetahuan tentang tekanan udara adalah penting untuk menyelesaikan
pelbagai masalah dalam kehidupan harian kita.
                   Adakah memadai jika satu
                   lubang sahaja ditebuk?
                                                        Eh, susu tidak dapat
                                                        mengalir keluar!
                Nampaknya, satu lubang
                lagi perlu ditebuk.
                                                        Akhirnya susu dapat
                                                        mengalir keluar.
                      Tekanan udara di luar menghalang susu daripada mengalir keluar
                      dari tin apabila satu lubang sahaja ditebuk pada tin. Sebaliknya,
                      apabila dua lubang ditebuk pada tin, tekanan udara di luar akan
                      menolak susu mengalir keluar dari tin.
Perhatikan situasi dalam gambar yang berikut. Bagaimanakah aplikasi
tekanan udara digunakan dalam kehidupan harian?
 Sifon
 Apabila tiub sifon diletakkan pada
 ketinggian yang berbeza, air akan
 mengalir keluar ke hujung bawah
 sifon dan tekanan rendah terhasil
 di dalam tiub sifon. Tekanan udara
 di luar yang lebih tinggi akan
 menolak air ke dalam tiub sifon.
     6.3.3 107
Picagari
     Apabila omboh picagari ditarik,
     tekanan rendah terhasil di dalam
     picagari. Tekanan udara di luar
     yang lebih tinggi akan menolak
     cecair ke dalam picagari.
      Pelocok
      Apabila pelocok ditekan, tekanan
      rendah terhasil di dalamnya.
      Apabila pelocok ditarik, tekanan
      yang lebih tinggi di dalam saluran
      paip akan menolak kotoran
      yang tersumbat.
     Sekiranya tiada tekanan udara, dapatkah masalah dalam setiap situasi
     seperti gambar tersebut diselesaikan? Apakah kepentingan tekanan udara?
                       Aplikasi Tekanan Udara
     Tujuan: Menjelaskan dengan contoh aplikasi tekanan udara
     Alat dan bahan: gunting, gelas, penyedut minuman, air
     Langkah-langkah:
     1. Isi gelas dengan air.                                  Berhati-hati ketika
     2. Potong penyedut minuman kepada dua bahagian            menggunakan gunting.
     yang sama panjang. Labelkan A dan B.
     3. Masukkan penyedut minuman A ke dalam air.
     4. Dekatkan penyedut minuman B                            B
         kepada penyedut minuman A
     seperti gambar. Hembuskan penyedut
     minuman B dengan kuatnya.
     5. Lakukan pemerhatian kamu.                                             A
     Soalan:
     1. Jelaskan pemerhatian kamu.
     2. Apakah alat yang mengaplikasikan tekanan udara seperti aktiviti ini?
     3. Hasilkan reka bentuk sebuah model dengan menggunakan pengetahuan
         tekanan udara yang telah kamu pelajari.
108  6.3.3,
     6.3.4
Roket Penyedut Minuman
Hasilkan sebuah roket penyedut minuman dengan menggunakan gunting,
botol plastik, plastisin, pita pelekat, penyedut minuman bersaiz besar,
penyedut minuman bersaiz kecil dan kadbod.
Langkah-langkah:                            Berhati-hati ketika
                                            menggunakan gunting.
1. 2.
   Masukkan sebahagian daripada       Tegakkan penyedut minuman
   penyedut minuman bersaiz kecil     bersaiz kecil pada botol plastik
   ke dalam botol plastik.            dengan menggunakan plastisin.
3.                                 4.
   Tutupkan satu hujung bahagian      Hasilkan segi tiga dengan
   penyedut minuman bersaiz besar     menggunakan kadbod.
   dengan pita pelekat.
                                   6.
5.
Lekatkan kadbod segi tiga pada     Masukkan penyedut minuman
penyedut minuman bersaiz besar     bersaiz kecil ke dalam penyedut
seperti gambar.                    minuman bersaiz besar. Lancarkan
                                   roket penyedut minuman kamu
                                   dengan menekan botol plastik.
                                                                                          109
1. Daya ialah tarikan atau tolakan yang bertindak ke atas sesuatu objek.
2. Kesan daya adalah seperti yang berikut:
    (a) mengubah bentuk objek
    (b) mengubah arah pergerakan objek
    (c) mengubah kelajuan objek
    (d) menggerakkan objek pegun
    (e) menghentikan objek yang bergerak
3. Daya geseran ialah daya yang terhasil apabila dua permukaan
    bersentuhan antara satu sama lain.
4. Arah daya geseran sentiasa bertindak pada arah bertentangan dengan
    arah pergerakan objek.
5. Daya geseran memberikan kesan yang baik dan buruk kepada aktiviti
    harian kita seperti yang berikut:
                  Kesan baik                         Kesan buruk
•	 Pemadam pensel dapat             •	 Tapak kasut menjadi haus
   memadamkan tulisan pada kertas.     dan mengakibatkan kita
                                       mudah tergelincir.
•	 Pad brek basikal dapat
   memperlahankan dan               •	 Bunyi yang kuat dihasilkan semasa
   menghentikan basikal                kerja menggerudi.
   yang bergerak.
                                    •	 Geseran di dalam enjin kereta
•	 Kertas pasir dapat melicinkan       secara berulang lama-kelamaan
   permukaan yang kasar.               menyebabkan enjin mudah rosak.
•	 Corak pada bunga tayar dapat     •	 Skru yang berkarat akan
   menambahkan cengkaman tayar         menambahkan geseran
   kereta di atas tanah.               dan menyebabkan skru
                                       sukar dilonggarkan.
6. Faktor-faktor yang mempengaruhi daya geseran adalah seperti yang berikut:
(a) jisim objek  (b) jenis permukaan
7. Aktiviti harian dapat dilakukan dengan cekapnya dengan mengurangkan
    atau menambahkan daya geseran seperti yang berikut:
  Cara mengurangkan daya geseran      Cara menambahkan daya geseran
•	 Menggunakan minyak gris untuk    •	 Menggunakan kain untuk membuka
   melicinkan rantai basikal.          penutup botol.
•	 Menggunakan tepung atau bedak    •	 Menggunakan berus untuk
   untuk melicinkan papan karom.       membersihkan kotoran pada lantai.
•	 Menggunakan troli untuk          •	 Memasang grip raket pada
   menggerakkan kotak berat.           pemegang raket untuk menambah
                                       cengkaman pada raket.
      8. Tekanan udara wujud di sekeliling kita.
110
9. Tekanan udara terhasil akibat pelanggaran zarah-zarah udara ke atas
    permukaan suatu objek.
10. Tekanan udara di puncak gunung adalah lebih rendah daripada tekanan
    udara di kaki gunung.
11. Contoh aplikasi tekanan udara dalam kehidupan harian adalah seperti
    yang berikut:
    •	 menebuk dua lubang pada tin
    •	 sifon
    •	 picagari
    •	 pelocok
Jawab semua soalan yang berikut dalam buku latihan Sains.
1. Nyatakan daya yang digunakan untuk menjalankan aktiviti seperti
    yang berikut:
    (a) (b) (c)
2. Terangkan kesan daya bagi aktiviti yang ditunjukkan dalam gambar.
    (a) (b) (c)
3. Gambar di bawah menunjukkan masa yang digunakan untuk menggerakkan
    dua kotak yang sama jisim, iaitu kotak P dan kotak Q bagi suatu jarak
    yang sama.
P                 Q
         10 saat           5 saat
permukaan kasar   permukaan licin
                                                                         111
(a) Mengapakah kotak P mengambil masa yang lebih lama
              untuk digerakkan berbanding dengan kotak Q?
          (b) Apakah faktor yang mempengaruhi pergerakan kedua-dua buah kotak itu?
          (c) Ramalkan masa yang digunakan untuk menggerakkan kotak P dan kotak
              Q sekiranya jisim kotak ditambah. Berikan alasan kamu.
      4. Nyatakan kesan daya geseran dalam gambar di bawah.
          (a) (b) (c)
      5. Gambar di bawah menunjukkan masalah yang melibatkan daya geseran.
          Nyatakan cara untuk mengatasi masalah tersebut.
          (a) (b) (c)
    6. Tandakan () pada penyataan yang betul.
          (a) Tekanan udara terhasil akibat pelanggaran zarah-zarah udara
              ke atas permukaan sesuatu objek.
          (b) Tekanan udara di puncak gunung lebih tinggi daripada tekanan
              udara di kaki gunung.
          (c) Tekanan udara akan meningkat apabila bilangan zarah
              udara bertambah.
      7. Jawab soalan di bawah berdasarkan penyataan yang berikut.
            Banyak pendaki gunung memerlukan tangki oksigen untuk sampai
            di puncak gunung Everest dengan selamatnya.
          (a) Mengapakah pendaki gunung menggunakan tangki oksigen ketika
              berada di puncak gunung Everest?
          (b) Apakah kesan kepada tekanan udara di puncak gunung berdasarkan
              jawapan kamu pada 7(a)?
          (c) Nyatakan hubungan antara aras ketinggian gunung dengan tekanan udara.
112
UNIT  KELAJUAN
7
Perlumbaan bot kawalan jauh
Perlumbaan kereta kawalan jauh
  Perlumbaan dron kawalan jauh
Perlumbaan yang ditunjukkan dalam gambar di atas merupakan acara
sukan yang menggunakan teknologi kawalan jauh. Satu daripada faktor
kemenangan dalam perlumbaan ini ialah kelajuan. Apakah maksud kelajuan?
Bagaimanakah kelajuan mempengaruhi peluang untuk memenangi
suatu perlumbaan?
                                                                                                                         113
Unit Kelajuan
     Semua objek yang bergerak mempunyai kelajuan. Kelajuan ialah ukuran
     kepantasan pergerakan suatu objek dari suatu tempat ke tempat yang lain.
     Semua objek bergerak dengan kelajuan yang berbeza. Perhatikan gambar
     di bawah. Dapatkah kamu menyatakan kenderaan yang akan bergerak
     paling laju dan paling perlahan?
     Sudah tentulah kereta yang akan         Pada pendapat saya,
     bergerak paling laju, manakala basikal  motosikal akan bergerak
     akan bergerak paling perlahan.          lebih laju berbanding
                                             dengan kereta.
     Murid-murid, bagi mengetahui kenderaan yang bergerak paling
     laju dan paling perlahan, kita perlu mengukur dan mengira kelajuan
     setiap kenderaan tersebut.
     Ukuran jarak dan masa bagi suatu objek yang bergerak perlu
     ditentukan terlebih dahulu untuk mengira kelajuan. Tahukah kamu
     apakah unit bagi jarak dan masa?
     Jarak boleh diukur dalam unit           Masa boleh diukur dalam
     sentimeter, meter dan kilometer.        unit saat, minit dan jam.
     Kelajuan dikira berdasarkan jarak yang dilalui oleh suatu objek yang bergerak
     dalam masa tertentu.
114
Perhatikan situasi dalam gambar di bawah.
Saya dapat berjalan sejauh  Saya dapat berlari sejauh
135 sentimeter dalam masa   2.65 meter dalam masa
satu saat. Kelajuan saya    satu saat. Kelajuan saya
ialah 135 cm/s.             ialah 2.65 m/s.
 Unit yang digunakan untuk ukuran           Saya pula berbasikal sejauh
 kelajuan ialah sentimeter per saat         25 kilometer dalam masa satu
 (cm/s), meter per saat (m/s) dan           jam. Kelajuan saya ialah 25 km/j.
 kilometer per jam (km/j).
INFO SAINS
Citah ialah haiwan yang terpantas di darat
dengan kelajuan lebih daripada 100 km/j.
                         Unit Kelajuan                                                 115
Alat dan bahan: komputer, capaian Internet, buku latihan
Langkah-langkah:
1. Cari dan kumpulkan maklumat kelajuan beberapa objek melalui enjin
     carian Internet.
2. Catatkan nama objek dan kelajuannya dalam jadual.
3. Bandingkan hasil carian kamu dengan pasangan yang lain.
Soalan:
 Apakah maksud kelajuan 100 meter/minit?
                     Mengapakah unit cm/s tidak sesuai digunakan untuk
                     mengukur kelajuan kereta?
    7.1.1, Contoh maklumat pergerakan objek yang boleh dicari
    7.1.5 adalah seperti kura-kura, arnab, kuda, atlet, motosikal,
                              kereta, kapal laut, kapal terbang, roket dan lain-lain.
Hubungan antara Kelajuan, Jarak dan Masa
Lajunya! Bagaimanakah saya dapat
melengkapkan trek ini dalam masa yang
paling singkat?
                                            Saya pasti menang
                                            jika saya dapat
                                            bergerak paling laju.
Kereta lumba perlu sampai ke garisan penamat dalam masa yang paling
singkat bagi memenangi sesebuah perlumbaan. Bagaimanakah kelajuan suatu
objek seperti kereta lumba mempengaruhi jarak dan masa pergerakannya?
                  Dalam jarak yang telah ditetapkan, kereta yang mengambil
                  masa lebih singkat untuk tiba di garisan penamat adalah lebih laju.
                  mengambil masa 20 saat         mengambil masa 17 saat
                  untuk tiba di garisan penamat  untuk tiba di garisan penamat
pergmaruilsaaann                                 pegnaarismaatn
pergmaruilsaaann                  Dalam masa yang telah ditetapkan, kereta yangpegnaarimsaatn
                                  dapat bergerak lebih jauh adalah lebih laju.
                                                 jarak 5 m
                     selepas 10 saat
                          jarak 4 m
      Oleh itu, objek yang bergerak lebih laju akan mengambil masa yang lebih singkat
      untuk bergerak dalam jarak yang telah ditetapkan. Objek yang bergerak lebih laju
      akan bergerak pada jarak yang lebih jauh dalam masa yang telah ditetapkan.
116 7.1.2
Hubungan antara
              Kelajuan dengan Masa
1. Tujuan:
2. Penyataan masalah: Bagaimanakah kelajuan mempengaruhi masa
     pergerakan objek dalam jarak yang telah ditetapkan?
3. Hipotesis:
4. Pemboleh ubah:
     (a) dimanipulasikan:
     (b) bergerak balas:
     (c) dimalarkan:
5. Alat dan bahan: pembaris beralur di tengah, jam randik, pita pelekat,
     buku, kadbod, guli
6. Langkah-langkah:
              guli
                      pembaris beralur
        buku                            kadbod
     (a) Sediakan alat dan bahan seperti dalam gambar.
     (b) Letakkan guli pada alur pembaris. Kemudian, lepaskan guli dan mulakan
         jam randik.
     (c) Hentikan jam randik apabila guli menyentuh kadbod.
     (d) Catat keputusan kamu dalam jadual.
     (e) Ulangi langkah 6(b) hingga langkah 6(d) dengan menambahkan
         bilangan buku untuk meninggikan landasan pembaris.
     (f) Plotkan graf bilangan buku melawan perubahan masa.
7. Data:
8. Mentafsirkan data:
     (a) Mengapakah bilangan buku ditambah?
     (b) Apakah hubungan antara kelajuan dengan masa pergerakan guli?
9. Kesimpulan:
7.1.2,  Bilangan buku boleh ditambah mengikut keperluan eksperimen.             117
7.1.5
Hubungan antara Kelajuan
                    dengan Jarak
     1. Tujuan:
     2. Penyataan masalah: Bagaimanakah kelajuan mempengaruhi jarak
          pergerakan objek dalam masa yang telah ditetapkan?
     3. Hipotesis:
     4. Pemboleh ubah:
          (a) dimanipulasikan:
          (b) bergerak balas:
          (c) dimalarkan:
     5. Alat dan bahan: jam randik, pembaris meter, buku, kereta mainan, kadbod
     kereta mainan
             buku
                    kadbod
     6. Langkah-langkah:
     7. Data:
     8. Mentafsirkan data:
          (a) Mengapakah bilangan buku ditambah?
          (b) Bagaimanakah ukuran jarak yang lebih jitu dapat diperoleh?
          (c) Apakah hubungan antara kelajuan dengan jarak yang dilalui
              oleh kereta mainan?
     9. Kesimpulan:
118  7.1.2,  Bilangan buku menentukan kelajuan kereta mainan.
     7.1.5
Mengira Kelajuan, Jarak dan Masa
Kelajuan boleh dikira berdasarkan jarak yang dilalui oleh suatu objek
dalam masa yang telah ditetapkan.
Kelajuan dapat dikira dengan  Kelajuan = Jarak
membahagi jarak yang dilalui                   Masa
dengan masa yang diambil.
Seorang pemuda sedang menunggang skuter elektrik di atas jalan
dari kedudukan A ke kedudukan C. Masa dan jarak yang dilalui di setiap
kedudukan telah direkodkan. Tahukah kamu berapakah kelajuannya?
Kedudukan A                   Jarak yang dilalui = 2 m
                              Masa yang diambil = 1 s
              2m              Jarak yang dilalui = 4 m
Kedudukan B                   Masa yang diambil = 2 s
Kedudukan C       4m
                            Jarak yang dilalui = 6 m
                            Masa yang diambil = 3 s
                                          6m                            119
         Kelajuan pemuda tersebut pada setiap kedudukan ialah 2 m/s.
             Betul, Alia. Dalam masa setiap satu saat, jarak
             yang dilalui oleh skuter elektrik pada kedudukan A,
             kedudukan B dan kedudukan C adalah sama,
             iaitu 2 m. Oleh itu, kelajuan pada setiap kedudukan
7.1.3 adalah sama, iaitu 2 m/s.
Contoh masalah 1                                     Penyelesaian 1:
                                                          Kelajuan = Jarak
                                    Kereta api ini telah
                                    bergerak sejauh                      Masa
                                    250 km dalam                    = 250 km
                                    masa dua jam.
                                    Berapakah kelajuan                     2 jam
                                    kereta api tersebut?
                                                                    = 125 km/j
     Contoh masalah 2  Saya telah menunggang skuter papan roda
                       ini selama satu minit dengan kelajuan
                       5 m/s. Berapakah jarak pergerakan saya?
     Untuk menyelesaikan soalan ini, pastikan unit masa, iaitu
     minit ditukar kepada saat terlebih dahulu. Berapakah saat
     dalam satu minit?
             Satu minit bersamaan dengan 60 saat, cikgu.
            Betul, Adam. Kita boleh menggunakan rumus
            di bawah untuk mengira jarak.
     Jarak yang dilalui dapat dikira  Penyelesaian 2:
     dengan mendarab kelajuan
     dengan masa yang diambil.        Jarak = Kelajuan x Masa
                                             = 5 m/s x 1 minit
     Jarak = Kelajuan x Masa                 = 5 m/s x 60 saat
                                             = 300 m
120
Contoh masalah 3
                  Saya telah dipandu sejauh 10 km
                  dengan kelajuan 50 km/j. Berapakah
                  masa pergerakan saya dalam minit?
Untuk menyelesaikan soalan ini, kita boleh menggunakan
rumus di bawah untuk mengira masa.
Masa yang diambil dapat dikira  Penyelesaian 3:
dengan membahagi jarak          Masa = Jarak
yang dilalui dengan kelajuan.
                                            Kelajuan
    Masa = Jarak                       = 10 km
                 Kelajuan
                                            50 km/j
                                       = 0.2 jam x 60 minit
                                       = 12 minit
                  Saya bergerak perlahan dengan kelajuan hanya
                  5 cm/s. Berapakah masa yang saya ambil untuk
                  bergerak sejauh 100 cm?
         Kelajuan sebuah lori ialah 0 km/j. Adakah lori itu sedang bergerak
         atau berada dalam keadaan pegun? Mengapa?
INFO SAINS
Putaran Bumi pada paksinya menyebabkan permukaan Bumi
di garisan khatulistiwa bergerak dengan kelajuan sekitar 1656 km/j.
                                                                             121
Kelajuan Saya
     Tujuan: Mendefinisikan secara operasi kelajuan individu
     Alat dan bahan: jam randik, pensel, kertas
     Langkah-langkah:
     1. Lakukan aktiviti larian di padang sekolah.
     2. Lantik empat orang ahli sebagai pencatat masa dan seorang ahli sebagai pelari.
     3. Pencatat masa masing-masing berdiri di stesen A, stesen B, stesen C
          dan stesen D seperti yang ditunjukkan dalam gambar.
                                               stesen D
                                                   50 m
               garisan   garisan                         stesen C
             permulaan  penamat
                                                                    50 m
                        50 m stesen A 50 m stesen B
     4. Pelari akan berlari bermula dari garisan permulaan hingga ke garisan penamat.
     5. Kesemua pencatat masa akan memulakan jam randik masing-masing
          apabila larian bermula.
     6. Pencatat masa akan menghentikan jam randik sebaik sahaja pelari melalui
          setiap stesen masing-masing.
     7. Catat bacaan jam randik dalam jadual.
             Stesen     Jarak (m)              Masa (s)
             A 50
             B 100
             C 150
             D 200
     8. Bina carta palang berdasarkan jadual.
     9. Bentangkan keputusan kumpulan kamu.
     Soalan:
     1. Adakah kelajuan pelari di setiap stesen adalah sama? Mengapa?
     2. Nyatakan pemboleh ubah dimanipulasikan dan pemboleh ubah bergerak balas.
     3. Apakah definisi secara operasi bagi kelajuan dalam aktiviti ini?
     4. Sekiranya pelari meneruskan lariannya hingga 400 m, ramalkan kelajuannya.
          Jelaskan jawapan kamu.
122  7.1.4,
     7.1.5
Laluan Tiub Guli
Hasilkan laluan tiub guli dengan menggunakan gunting, pita pelekat,
kad manila, cawan kertas, guli dan kertas.
                                                                                  Berhati-hati ketika
                                                                                  menggunakan gunting.
Langkah-langkah:
1. Rancang dan reka laluan tiub supaya guli dapat menggelongsor
     dan menuruni tiub dari aras atas hingga jatuh ke dalam cawan kertas.
                                                                                                        guli
                       contoh laluan tiub guli
2. Hasilkan tiub dengan menggunakan kad manila.
3. Lekatkan tiub pada dinding mengikut laluan tiub yang telah kamu reka.
4. Pastikan setiap tiub berada pada kedudukan condong sahaja.
5. Lepaskan guli untuk menguji laluan tiub yang telah dihasilkan.
6. Hasilkan satu lagi laluan tiub dengan kecondongan yang berbeza untuk
     membandingkan kelajuan guli menuruni tiub.
                                                                                                                         123
1. Kelajuan ialah ukuran kepantasan pergerakan suatu objek dari suatu
          tempat ke tempat yang lain.
      2. Kelajuan dikira sebagai jarak yang dilalui oleh suatu objek yang bergerak
           dalam masa tertentu.
      3. Unit bagi ukuran kelajuan ialah:
           • sentimeter per saat (cm/s).
           • meter per saat (m/s).
           • kilometer per jam (km/j).
      4. Objek yang bergerak lebih laju akan:
           •	 mengambil	masa	yang	lebih	singkat	untuk	bergerak	dalam	suatu	jarak			
               yang telah ditetapkan.
      	 •		 bergerak	pada	jarak	yang	lebih	jauh	dalam	suatu	masa	yang	telah	ditetapkan.
      5. Kelajuan dapat dikira dengan membahagi jarak yang dilalui dengan masa
           yang diambil, iaitu:
                                      Kelajuan = Jarak
                                                         Masa
      6. Jarak yang dilalui dapat dikira dengan mendarab kelajuan dengan masa
           yang diambil, iaitu:
                                   Jarak = Kelajuan x Masa
      7. Masa yang diambil dapat dikira dengan membahagi jarak yang dilalui
           dengan kelajuan, iaitu:
                                        Masa = Jarak
                                                       Kelajuan
124
Jawab semua soalan yang berikut dalam buku latihan Sains.
1. Nyatakan unit bagi ukuran kelajuan.
2. Tandakan () pada penyataan yang betul mengenai kelajuan.
    (a) Kelajuan mengukur kepantasan pergerakan suatu objek
        dari suatu tempat ke tempat yang lain.
    (b) Objek yang bergerak lebih laju mengambil masa yang lebih
        panjang untuk bergerak dalam jarak yang telah ditetapkan.
    (c) Kelajuan ialah masa yang diambil oleh suatu objek
        untuk bergerak sejauh satu unit jarak.
    (d) Semua objek yang bergerak mempunyai kelajuan.
3. Carta palang menunjukkan jarak yang dilalui oleh empat jenis kenderaan
R, S, T dan U dalam masa 120 minit.Jarak yang dilalui (km)
                                                                     140
(a) Kenderaan yang manakah                              120
   yang bergerak paling laju                            100
   dan paling perlahan?                                  80
                                                         60
(b) Kira kelajuan bagi setiap                            40
                                                         20
kenderaan dalam unit km/j.                              0
                                                                RS TU
                                                                          Jenis kenderaan
Jesy berbasikal ke sekolah setiap hari dengan purata kelajuan
4 m/s. Dia mengambil masa 10 minit untuk tiba di sekolah.
4. Berdasarkan penyataan di atas, jawab soalan berikut.
    (a) Berapakah jarak antara rumah Jesy dengan sekolah?
    (b) Jika rakan Jesy juga berbasikal dengan kelajuan
        yang sama tetapi rumahnya terletak pada jarak
        6 km dari sekolah, berapakah masa yang
        diambil oleh rakan Jesy untuk tiba di sekolah?
    (c) Suatu hari Jesy berbasikal lebih laju, iaitu 5 m/s.
        Berapakah masa yang diambil dalam unit minit
        untuk Jesy tiba di sekolah?
                                                                                           125
5. Kelajuan ialah ukuran _______________ pergerakan suatu objek
         dari suatu tempat ke tempat yang lain. Semakin _________________
         pergerakan suatu objek, semakin _______________ jarak yang dilalui
         oleh objek tersebut dalam _______________ yang telah ditetapkan.
     6. Suatu eksperimen telah dilakukan oleh Sani dan rakannya dengan
         menggunakan peralatan seperti gambar di bawah. Landasan condong
         tersebut adalah sepanjang 1 m. Keputusan eksperimen telah direkodkan
         dalam jadual di bawah.
     buku  kereta                   Bilangan buku    Masa yang
           mainan                                   diambil (saat)
                        jam randik          1
              landasan                      2              10
                                            3              8
                                            4              6
                                            5              4
                                                           2
     (a) Apakah tujuan eksperimen ini?
     (b) Berdasarkan eksperimen di atas, nyatakan dua pemboleh ubah
         yang dimalarkan.
     (c) Nyatakan hubungan antara pemboleh ubah yang dimanipulasikan
         dengan pemboleh ubah yang bergerak balas.
     (d) Berapakah kelajuan kereta mainan yang bergerak paling laju?
     7. Sebuah pesawat mengambil masa tiga jam
         bagi perjalanan sejauh 2700 km. Berapakah
         kelajuan pesawat ini dalam km/j?
     8. Seekor kuda berlari selama 60 minit
         dengan kelajuan 70 km/j. Berapakah jarak
         yang telah dilalui oleh kuda tersebut?
     9. Seorang penunggang basikal mengayuh
         basikalnya dengan kelajuan 6 m/s. Kira
         masa yang diambil dalam unit minit untuk
         pengayuh tersebut mengayuh sejauh 36 km.
126
UNIT                TEKNOLOGI
                    PENGAWETAN MAKANAN
8
Semua makanan       12:30 tengah hari
yang kita perlukan          Baiklah, mari
sudah dibeli.               kita balik.
                                           Tadi saya juga membeli
                                           dua bungkus nasi lemak.
                                           Setibanya di rumah…
                                           3:30 petang
                                                                 Mari kita makan
                                                                 nasi lemak ini.
Hampir dua jam kita
terperangkap dalam
kesesakan lalu lintas ini.
Eh, nasi lemak ini  Jangan makan           Mengapakah makanan itu tidak
sudah basi!         nasi lemak ini.        boleh dimakan? Tahukah kamu
                                           kaedah untuk mengelakkan
                                           makanan daripada menjadi rosak?
                                                                                  127
Kerosakan Makanan
     Alia hendak bersarapan pagi sebelum ke kelas tambahan.
Susu ini telah dibuka  Ibu, susu ini sudah
dari minggu lepas.     berbuih-buih dan
                       berketul-ketul.
                                                             Jangan
                                                             minum susu
                                                             itu. Susu itu
                                                             sudah rosak.
     Bahan makanan menjadi rosak akibat tindakan mikroorganisma seperti bakteria
     dan kulat yang menguraikan makanan daripada bentuk yang kompleks kepada
     bentuk yang ringkas.
                             Apakah ciri-ciri makanan yang rosak?
                               Susu yang rosak dapat diperhatikan apabila
                               tekstur susu berubah menjadi berbuih-buih
                               dan berketul-ketul. Susu juga akan berbau
                               busuk dan berasa masam. Susu berasa
                               masam kerana bakteria di dalam susu
                               tersebut telah menghasilkan asid.
                       Roti dan nasi yang rosak akan ditumbuhi
                       tompok-tompok kehitaman, iaitu kulat. Nasi juga
                       akan berlendir dan berbau busuk. Kandungan
                       air dalam makanan dan kelembapan udara
                       persekitaran menggalakkan pertumbuhan
                       mikroorganisma seperti kulat.
     8.1.1, Penguraian ialah proses bahan organik diuraikan oleh
     8.1.2,
128  8.1.3             mikroorganisma untuk menjadi bahan yang lebih ringkas.
Buah-buahan dan sayur-sayuran yang rosak
akan berkulat serta berubah tekstur, rasa
dan warna. Buah-buahan dan sayur-sayuran
menjadi rosak apabila mikroorganisma
menguraikan buah-buahan dan sayur-sayuran.
           Daging lembu dan ayam yang rosak akan
           kelihatan kehitaman, berbau busuk dan
           berlendir. Ikan, sotong dan udang yang rosak
           akan berubah tekstur, berbau busuk, melekit
           dan menjadi lembik. Semua makanan ini
           menjadi rosak apabila terdedah
           kepada suhu persekitaran
           yang sesuai bagi pertumbuhan
           mikroorganisma.
Ciri-ciri makanan yang rosak dapat dikesan melalui deria penglihatan,
deria bau, deria rasa atau sentuhan. Makanan yang rosak dapat
diperhatikan melalui perubahan tekstur dan warna, bau yang busuk
dan tidak menyenangkan, rasa yang masam dan tidak enak serta
melekit dan berlendir apabila disentuh.
           Apakah yang menyebabkan makanan
           menjadi rosak? Jelaskan contoh ciri-ciri
           makanan lain yang telah rosak.
kerosakan
makanan
                                                                       129
AKTIVITI RIA Ciri-ciri Makanan Rosak
     Alat dan bahan: papan pemotong, pisau, empat biji
     bekas makanan berpenutup, air, makanan seperti
     roti, sayur, buah, keju, hirisan ayam mentah
     Berhati-hati ketika                       1.
     menggunakan pisau.
     Langkah-langkah:
     1. Potong makanan dalam saiz yang kecil.
     2. Celupkan potongan makanan
     ke dalam air.
     3. Simpan makanan di dalam bekas          2.
          makanan yang bertutup rapat.
     4. Lakukan pemerhatian selepas seminggu.
     5. Catat pemerhatian dalam jadual.
     Jenis makanan    Hari     Hari            3.
                    pertama  ketujuh
            roti
           sayur
           buah
            keju
      hirisan ayam
         mentah
     6. Dua ahli kumpulan akan bergerak ke kumpulan lain untuk melakukan
          pemerhatian ke atas makanan yang diuji.
     7. Kongsikan hasil pemerhatian dalam kumpulan masing-masing.
       Soalan:
       1. Berdasarkan pemerhatian yang telah dicatatkan, berikan
            inferens kamu.
       2. Nyatakan ciri-ciri makanan yang telah rosak.
       3. Apakah yang menyebabkan makanan menjadi rosak?
130  8.1.1,         Guru boleh menggunakan jenis makanan yang lain
     8.1.2,         mengikut kesesuaian.
     8.1.3
Pengawetan Makanan
Alia menerima bungkusan makanan yang dikirimkan oleh neneknya
dari kampung.
        Terima kasih, encik.  Banyaknya jeruk ikan     Pandainya nenek
                              yang nenek kirimkan.     mengawet ikan ini.
                                    Tidak mengapa.
                                    Makanan ini dapat
                                    bertahan lama.
                    Apakah maksud dan tujuan
                    pengawetan makanan?
                                    Pengawetan makanan ialah proses
                                    melambatkan makanan daripada
                                    menjadi rosak. Makanan diawet untuk
                                    menghalang atau melambatkan
                                    pertumbuhan mikroorganisma.
Mikroorganisma ialah penyebab utama kerosakan makanan kerana
mikroorganisma akan bertumbuh jika terdapat air, udara, suhu dan keasidan
yang sesuai.
                                     Bagaimanakah pengawetan makanan dapat
                                     menghalang pertumbuhan mikroorganisma?
Terdapat beberapa kaedah pengawetan makanan yang boleh digunakan bagi
mencegah pertumbuhan mikroorganisma pada makanan.
8.2.1,                                                                       131
8.2.2
Kaedah Pengawetan Makanan
             Pengeringan
ikan kering  Makanan dikeringkan dengan bantuan haba untuk
             menyingkirkan kandungan air di dalam makanan.
             Kaedah ini menyebabkan mikroorganisma tidak dapat
             hidup akibat ketiadaan air.
cili kering
          Pendidihan
            Makanan yang dimasak dan dididihkan pada suhu
            yang tinggi akan bertahan lebih lama. Suhu
            yang tinggi menyebabkan kebanyakan
            mikroorganisma mati.
                                                                                      Jem durian dididihkan
                                                                                      sehingga likat.
                               Pendinginan
                                      Makanan disimpan di dalam tempat dingin pada
                                      suhu sekitar 4°C. Suhu yang rendah menyebabkan
                                      pertumbuhan mikroorganisma menjadi perlahan.
   sayur-sayuran, buah-buahan,
   hasil tenusu
       Penyejukbekuan
         Makanan disejukbekukan secara perlahan pada
         takat beku, iaitu 0°C dan ke bawah. Suhu di bawah
         takat beku menyebabkan proses pertumbuhan
         mikroorganisma terhenti.
                                                               daging, ikan,
                                                               makanan laut
132
Pembungkusan vakum
Makanan disimpan di dalam pembungkus
makanan yang telah divakumkan. Ketiadaan udara
menyebabkan mikroorganisma tidak boleh bertumbuh.
                                                daging, sayur-sayuran,
                                                buah-buahan
                   Pengetinan
sayur-sayuran,     Makanan dimasak dan disejukkan sebelum dimasukkan
buah-buahan, ikan  ke dalam tin. Tin kemudiannya dipateri supaya kedap
                   udara. Ketiadaan udara ketika makanan ditinkan
                   menyebabkan mikroorganisma tidak boleh bertumbuh.
                   Seterusnya, tin dipanaskan pada suhu yang tinggi untuk
                   mematikan mikroorganisma.
Pembotolan
Makanan diproses lalu dididihkan dan disejukkan
sebelum dimasukkan ke dalam botol yang kedap
udara. Suhu yang tinggi dan ketiadaan udara
menyebabkan mikroorganisma mati.
                                            sayur-sayuran, kekacang,
                                            makanan laut
jus, hasil tenusu    Pempasteuran
                   Makanan dipanaskan pada suhu 63°C selama 30 minit
                   atau pada suhu 72°C selama 15 saat dan diikuti
                   dengan pendinginan segera pada suhu 4°C sebelum
                   dipek dan disimpan. Bagi pempasteuran suhu tinggi
                   (UHT), makanan dipanaskan pada suhu 135°C selama
                   2 saat dan diikuti dengan pendinginan segera pada
                   suhu 4°C. Suhu yang tinggi ketika pemanasan akan
                   menyebabkan mikroorganisma mati. Suhu yang rendah
                   pula akan menghalang pertumbuhan dan menyebabkan
                   mikroorganisma menjadi kurang aktif.
                                                                           133
Penjerukan
   Makanan direndam di dalam cuka, larutan gula
   atau garam yang pekat. Keasidan yang tidak sesuai
   menyebabkan mikroorganisma sukar untuk bertumbuh.
mangga, ikan, cili
Pemasinan
Makanan dilumurkan dengan kuantiti garam
yang banyak untuk menyingkirkan kelembapan
dalam makanan. Ketiadaan air menyebabkan
pertumbuhan mikroorganisma dapat dicegah.
                                                                           ikan, telur
Penyalaian
     Makanan dikeringkan dengan teknik penyalaian
     dalam satu tempoh masa yang lama. Ketiadaan
     air menyebabkan pertumbuhan mikroorganisma
     terbantut. Daging, itik, ayam, ikan dan pisang dapat
     diawet melalui penyalaian.
      daging, itik, ayam                                                                pisang
     Pelilinan
     Salutan lilin menghalang udara dan air
     daripada menembusi permukaan makanan
     dan dapat mencegah pertumbuhan mikroorganisma.
                                                           sayur-sayuran,
                                                           buah-buahan
              Mengapakah makanan diawet? Jelaskan
              hubung kait antara kaedah pengawetan
              makanan dengan faktor yang mempengaruhi
              pertumbuhan mikroorganisma.
134
Projek Pengawetan Makanan                              Bolehkah sejenis
                                                       makanan
Pelbagai kaedah pengawetan makanan boleh               diawet dengan
dilakukan supaya makanan tahan lama dan tidak          menggunakan
cepat rosak. Mari kita lakukan projek pengawetan cili  pelbagai kaedah
dengan menggunakan pelbagai kaedah pengawetan.         pengawetan?
Projek Pengawetan Cili
Kaedah Pertama
Tujuan: Menjalankan projek pengawetan cili dengan menggunakan
kaedah pengeringan
Alat dan bahan: penimbang, bekas kedap udara, dawai pelapik, sarung
tangan plastik, 150 g cili segar, tisu dapur      Berhati-hati agar tidak menyentuh
Langkah-langkah:                                  mata atau hidung semasa
                                                  mengendalikan cili.
1. 2. 3.
   Gunakan sarung        Keringkan cili dengan         Timbang dan catat
   tangan plastik        menggunakan tisu              jisim awal cili.
   ketika mencuci cili.  dapur.
4.                       5. 6.
Susun cili di atas       Timbang cili yang             Simpan cili kering
                                                       di dalam bekas
dawai pelapik. Kemudian, telah kering dan              kedap udara.
jemur cili di bawah
cahaya matahari selama   catat jisim akhir cili.
tujuh hari.
Soalan:
1. Apakah kaedah pengawetan makanan yang digunakan untuk mengawet cili?
2. Apakah faktor pertumbuhan mikroorganisma dalam kaedah pengawetan ini?
     Jelaskan.
3. Berapakah perbezaan antara jisim awal cili dengan jisim akhir cili?
     Berikan inferens kamu.
8.2.3,                                                                               135
8.2.4,
8.2.7
Kaedah Kedua
     Tujuan: Menjalankan projek pengawetan cili dengan menggunakan
     kaedah penjerukan
     Alat dan bahan: periuk, dapur gas, pisau, sarung tangan plastik, tisu dapur,
     balang kaca berpenutup yang telah disterilkan, 15 biji cili segar, tiga sudu
     besar garam, enam sudu besar gula, dua cawan cuka makanan
     1. Berhati-hati agar tidak menyentuh mata atau hidung semasa mengendalikan cili.
     2. Berhati-hati ketika menggunakan pisau.
     3. Berhati-hati ketika menggunakan dapur gas.
     Langkah-langkah:          2.                        3.
     1.
        Gunakan sarung            Keringkan cili dengan     Hiris cili dengan
        tangan plastik ketika     menggunakan               menggunakan pisau.
        mencuci cili.             tisu dapur.
     4.                                                  6.
                               5.
     Masukkan cili                 Masukkan tiga sudu        Panaskan dua cawan
     ke dalam balang kaca.         besar garam               cuka dan masukkan
                                   ke dalam balang.          enam sudu besar
                                                             gula. Kacau sehingga
     7. 8.                                                   larut.
     Kemudian, tuangkan            Biarkan larutan menyejuk
     larutan panas tersebut        dan tutup balang kaca
     ke dalam balang yang          dengan ketatnya.
     berisi cili dan garam.
     Soalan:
     1. Apakah kaedah pengawetan makanan yang digunakan untuk
          mengawet cili?
     2. Apakah faktor pertumbuhan mikroorganisma dalam kaedah
          pengawetan ini? Jelaskan.
136
Kaedah Ketiga
Tujuan: Menjalankan projek pengawetan cili dengan menggunakan
kaedah penyejukbekuan
Alat dan bahan: ruang penyejukbekuan, plastik berzip, sarung tangan plastik,
tisu dapur, 15 biji cili segar
           Berhati-hati agar tidak menyentuh mata atau hidung semasa
           mengendalikan cili.
Langkah-langkah:
1. 2. 3.
Gunakan sarung         Keringkan cili dengan      Masukkan cili ke dalam
tangan plastik ketika  menggunakan                beg plastik berzip.
mencuci cili.          tisu dapur.
4. 5.                                         6.
Kemaskan beg           Simpan beg plastik         Biarkan keseluruhan
plastik berzip dengan  berzip tersebut            cili membeku.
mengeluarkan semua     pada bahagian
udara sebelum          penyejukbekuan
menutupnya.            di dalam peti sejuk.
Soalan:
1. Apakah kaedah pengawetan makanan yang digunakan untuk mengawet cili?
2. Apakah faktor pertumbuhan mikroorganisma dalam kaedah
     pengawetan ini? Jelaskan.
                                                                              137
Kaedah Keempat
     Tujuan: Menjalankan projek pengawetan cili dengan menggunakan
     kaedah pendidihan
     Alat dan bahan: kuali, dapur gas, mesin pengisar, bekas berpenutup,
     sarung tangan plastik, 15 biji cili segar, dua cawan air, minyak masak
     1. Berhati-hati agar tidak menyentuh mata atau hidung semasa mengendalikan cili.
     2. Berhati-hati ketika menggunakan dapur gas.
     Langkah-langkah:          2.                          3.
     1.
        Gunakan sarung             Masukkan cili, dua cawan Kisarkan cili sehingga
        tangan plastik ketika      air dan dua sudu besar menjadi lumat.
        mencuci cili.              minyak masak ke dalam
                                   mesin pengisar.
     4.
                               5. 6.
     Didihkan cili yang            Tutup api dan biarkan       Masukkan cili
     telah dikisar di dalam        cili menyejuk.              ke dalam bekas
     kuali sehingga
                                                               berpenutup.
     menjadi pekat.
     Soalan:
     1. Apakah kaedah pengawetan makanan yang digunakan untuk mengawet cili?
     2. Mengapakah minyak digunakan dalam kaedah pengawetan ini? Jelaskan.
     3. Apakah faktor pertumbuhan mikroorganisma dalam kaedah pengawetan
          ini? Jelaskan.
     Cili boleh diawet dengan menggunakan pelbagai         Apakah yang dapat
     kaedah pengawetan seperti pengeringan,                kamu rumuskan
     penjerukan, penyejukbekuan dan pendidihan. Oleh       berdasarkan
     itu, terbukti satu jenis makanan boleh diawet dengan  kaedah pengawetan
     menggunakan pelbagai kaedah pengawetan.               cili yang telah
                                                           dijalankan?
138
Gabungan Kaedah Pengawetan Makanan
 Tahukah kamu bahawa makanan juga boleh diawet dengan
 menggabungkan lebih daripada satu kaedah pengawetan?
Mari kita lakukan aktiviti yang menggabungkan
pelbagai kaedah pengawetan makanan.
       MARI UJI Gabungan Kaedah Pengawetan Makanan
Tujuan: Menjalankan aktiviti mengawet ikan dengan
menggabungkan lebih daripada satu kaedah pengawetan
Alat dan bahan: pisau, papan pemotong, dawai pelapik, dua ekor ikan,
300 g garam halus
                                                                       1.
        Berhati-hati ketika menggunakan pisau.
Langkah-langkah:                                    2.
1. Buang insang dan perut ikan. Kemudian,           3.
     bersihkan ikan dengan menggunakan air.
2. Belah bahagian sisi ikan supaya potongan ikan
     menjadi lebar.
3. Lumurkan garam pada seluruh bahagian ikan.
4. Letakkan ikan di atas dawai pelapik. Kemudian,
     jemur dan balik-balikkan ikan sehingga kering
     di bawah cahaya matahari yang terik selama
     seminggu.
5. Catat hasil pemerhatian kamu.
Soalan:                                             4.
1. Apakah kaedah pengawetan makanan yang
digunakan semasa mengawet ikan?
2. Mengapakah kuantiti garam yang banyak
digunakan semasa mengawet ikan?
3. Apakah yang dapat kamu rumuskan berdasarkan
aktiviti di atas?
                   Berikan contoh makanan lain yang boleh
8.2.5,             diawet dengan menggabungkan lebih
8.2.7
                   daripada satu kaedah pengawetan.                        139
Kepentingan Teknologi Pengawetan Makanan
Teknologi pengawetan makanan adalah sangat penting untuk memenuhi
keperluan bekalan makanan.
       Bagaimanakah teknologi pengawetan makanan
       mampu memenuhi keperluan bekalan makanan
       dalam kehidupan harian?
Makanan dapat bertahan lama                     Adakah makanan ini dapat
                                                bertahan lama?
                                  Cencaluk, keropok
                                  inang-inang dan
                                  keropok ikan adalah
                                  antara makanan
                                  yang dapat
                                  bertahan lama.
                                                    Ya, makanan ini dapat disimpan
                                                    hingga tahun hadapan.
Makanan yang diawet dapat bertahan dan disimpan dengan lebih lama.
Oleh itu, keperluan bekalan makanan secara berterusan dapat dipenuhi.
Pembaziran makanan dapat dielakkan dan dicegah
Ibu, rendang daging  Kita jadikan
lebihan kenduri      serondeng daging
banyak lagi.         untuk mengelakkan
                     pembaziran.
                             Lebihan makanan
                             dapat diproses
                             dan dikeringkan.
      Makanan yang diawet dengan menggunakan pelbagai kaedah pengawetan
      makanan dapat mengelakkan dan mencegah pembaziran daripada berlaku.
140 8.2.6
Makanan mudah untuk disimpan                                          Jangan bimbang.
                                              Ayah, sungguh           Makanan di dalam
                                              banyak makanan          tin mudah untuk
                                              yang kita beli. Adakah  disusun di dalam
                                              kita mempunyai          ruang penyimpanan
                                              ruang penyimpanan       makanan kita.
                                              makanan yang cukup?
Makanan di dalam tin dan botol tidak
memerlukan ruang penyimpanan
yang besar.
  Makanan yang diawetkan secara pengetinan dan pembotolan dapat
  memudahkan penyimpanan dan menjimatkan ruang.
Pembekalan makanan di luar musim
                                              Jem rambutan ini
                                              saya buat sendiri.
                                              Saya awetkan buah
                                              rambutan pada musim
                                              buah tahun lalu.
                                                                                    Buah-buahan bermusim seperti durian,
                                                                                    rambutan dan manggis boleh diawet.
Makanan bermusim boleh diawet dengan menggunakan pelbagai kaedah
pengawetan supaya dapat dinikmati sepanjang tahun.
Makanan mudah untuk dieksport
 Produk santan
 kelapa telah
 siap untuk
 dieksport.
                            Makanan yang dihasilkan oleh Malaysia
Baiklah. Tolong hantar      boleh dinikmati di negara lain.
ke kapal dengan segeranya.
Teknologi pengawetan makanan membolehkan makanan dihantar ke tempat
yang jauh untuk dieksport ke luar negara.
                                                                      141
Penghasilan makanan sedia dimakan                                       Wah, mesti sedap!
                                             Saya makan rendang
                                             dan nasi untuk malam ini.
      Makanan sedia dimakan mudah
      untuk disediakan dan dibawa
      ke mana-mana.
Makanan sedia dimakan yang telah diawet dapat memudahkan pengurusan
bekalan makanan ketika makanan sukar untuk didapati secara langsung
seperti pada musim kemarau, musim sejuk atau ketika musibah melanda.
Kini, teknologi pengawetan makanan telah banyak membantu orang ramai
untuk memenuhi keperluan bekalan makanan dalam kehidupan harian.
Teknologi pengawetan makanan adalah penting untuk menjadikan makanan
tahan lama, mengelakkan dan mencegah pembaziran, memudahkan
penyimpanan makanan, membolehkan pembekalan makanan di luar musim,
menjadikan makanan mudah untuk dieksport dan menghasilkan makanan
sedia dimakan.
              Berdasarkan kefahaman kamu, perihalkan
              kepentingan teknologi pengawetan makanan
              bagi memenuhi keperluan bekalan makanan.
        INFO SAINS
           Setiap makanan yang diawet mempunyai tarikh luput,
           contohnya, GUNA SEBELUM 14 APRIL 2021. Tanda ini
           menunjukkan makanan tersebut sesuai untuk dimakan
           sebelum tarikh yang berkenaan.
142
