AKTIVITI RIA Jeruk Ikan
Alat dan bahan: pisau, papan pemotong, bekas berpenutup,
dawai pelapik, tisu dapur, seekor ikan, garam, minyak masak
Langkah-langkah:
   1. Berhati-hati ketika menggunakan pisau.
                                     2.
    Buang insang dan perut ikan.         Jemur ikan di bawah
    Kemudian, bersihkan ikan dengan      cahaya matahari yang
    air dan keringkannya dengan          terik selama dua jam.
    menggunakan tisu dapur.
3.
                                     4.
        Lumurkan ikan dengan
        garam sehingga meliputi
        keseluruhan ikan.
5.
        Tutup bekas dan simpan ikan      Masukkan ikan ke dalam
        selama beberapa hari.            bekas berpenutup dan tuang
                                         minyak masak ke dalam
                                         bekas tersebut sehingga ikan
                                         ditenggelami minyak masak.
Soalan:
1. Apakah kaedah pengawetan yang dilakukan dalam aktiviti ini?
2. Apakah tujuan penggunaan garam dan minyak masak dalam kaedah
     pengawetan ini?
3. Mengapakah ikan yang telah diawetkan dapat disimpan dalam tempoh
     yang lama?
4. Nyatakan makanan lain yang sesuai untuk diawetkan dengan
     menggunakan kaedah yang sama.
8.2.5,                                                                 143
8.2.7
SANTAI SAINS Keropok Inang-inang
     Hasilkan keropok inang-inang dengan menggunakan dapur gas, kuali,
     penutup kuali, penapis, bekas berpenutup, dawai pelapik, dulang, air,
     satu mangkuk nasi, satu sudu kecil garam dan
     empat sudu besar tepung ubi kayu.                          Berhati-hati ketika
     Langkah-langkah:                                           menggunakan dapur gas.
     1. 2. 3.
     Rendam satu mangkuk       Gaul satu sudu kecil      Cedok satu sudu besar
     nasi di dalam air selama  garam dan empat           adunan nasi dan ratakan
     lima minit. Kemudian,     sudu besar tepung ubi     hingga nipis di atas kuali
     tapis air tersebut.       kayu ke dalam nasi        yang dipanaskan dengan
                               yang telah direndam.      api yang kecil. Kemudian,
                                                         tutup kuali selama
     4. 5.                                               tiga minit.
                                                       6.
     Terbalikkan adunan        Angkat keropok                   Jemur keropok
     supaya kedua-dua          inang-inang dan                  inang-inang di bawah
     bahagian adunan           biarkan menyejuk                 cahaya matahari
     mengering.                di atas dawai pelapik.           sehingga kering.
     7. Simpan keropok inang-inang di dalam
        bekas berpenutup. Keropok inang-inang
        boleh disimpan dalam tempoh yang lama.
     8. Sebelum dimakan, goreng keropok              keropok
        inang-inang dalam minyak masak             inang-inang
        yang panas.
144
IMBAS KEMBALI
1. Makanan menjadi rosak akibat tindakan mikroorganisma.
2. Kerosakan makanan berlaku disebabkan oleh:
• kehadiran air.                • kehadiran udara.
• suhu persekitaran yang sesuai. • keasidan yang sesuai.
3. Ciri-ciri makanan yang rosak adalah seperti yang berikut:
     • Susu yang rosak akan berbuih-buih, berketul-ketul, berbau busuk
       dan berasa masam.
     • Roti dan nasi yang rosak akan ditumbuhi tompok-tompok kehitaman,
       berlendir dan berbau busuk.
     • Buah-buahan dan sayur-sayuran yang rosak akan berkulat serta berubah
       tekstur, rasa dan warna.
     • Daging ayam dan daging lembu yang rosak akan kelihatan kehitaman,
       berbau busuk dan berlendir.
     • Ikan, sotong dan udang yang rosak akan berubah tekstur, berbau busuk,
       melekit dan menjadi lembik.
4. Tujuan pengawetan makanan adalah untuk menghalang atau melambatkan
     pertumbuhan mikroorganisma.
5. Kaedah pengawetan makanan adalah seperti yang berikut:
• pengeringan     • pembungkusan vakum • penjerukan
• pendidihan      • pengetinan                 • pemasinan
• pendinginan     • pembotolan                 • penyalaian
• penyejukbekuan • pempasteuran                • pelilinan
6. Makanan boleh diawetkan dengan:
     • menggunakan lebih daripada satu kaedah pengawetan.
     • menggabungkan lebih daripada satu kaedah pengawetan.
7. Kepentingan teknologi pengawetan makanan adalah seperti yang berikut:
     • makanan dapat bertahan lama
     • pembaziran makanan dapat dielakkan dan dicegah
     • makanan mudah untuk disimpan
     • pembekalan makanan di luar musim
     • makanan mudah untuk dieksport
     • penghasilan makanan sedia dimakan
                                                                                                                         145
ASAH MINDA
      Jawab soalan yang berikut dalam buku latihan Sains.
      1. Lihat bahan makanan yang berikut. Nyatakan ciri-ciri yang dapat dikenal
        pasti jika makanan ini rosak.
      2. Perhatikan gambar makanan di bawah.
                                          (a) Apakah kaedah pengawetan makanan yang
                                              ditunjukkan pada gambar di sebelah?
                                          (b) Nyatakan tujuan pengawetan makanan tersebut.
      3. Gambar di bawah menunjukkan beberapa jenis makanan laut.
                                          (a) Apakah kaedah yang sesuai untuk mengawetkan
                                              makanan dalam gambar?
                                          (b) Apakah faktor pertumbuhan mikroorganisma
                                              yang terlibat dalam kaedah pengawetan
                                              yang dinyatakan dalam 3(a)? Jelaskan.
      4. Gambar di bawah menunjukkan tiga jenis makanan. Nyatakan pelbagai
         kaedah pengawetan bagi makanan di bawah.
      5. Lihat gambar di sebelah. Puan Anis hendak
         mengawetkan makanan yang ada
         di hadapannya. Makanan tersebut boleh
         diawet dengan menggabungkan lebih
         daripada satu kaedah pengawetan supaya
         dapat disimpan dengan lebih lama. Nyatakan
         kaedah pengawetan makanan tersebut.
146
UNIT  BAHAN BUANGAN
9
                                            Aduh, sakitnya!        Maaf, penyu. Saya tidak dapat
                                            Tolong keluarkan       membantu kamu. Saya juga
                                            penyedut minuman       terperangkap di dalam beg
                                            ini dari hidung saya.  plastik ini.
             Eh, ada jala besar
             tersekat pada ekor
             saya!
Wah, lihat kawan-kawan!
Banyak makanan yang
saya dapat pada hari ini.
                           Itu bukan makanan.                      Selain botol-botol plastik,
                           Itu ialah botol-botol plastik           terdapat banyak beg plastik
                           yang dibuang ke habitat kita.           yang juga dibuang di sini.
Siapakah yang tidak
bertanggungjawab membuang
sampah di habitat kita ini?
                                                                   Apakah kesannya jika
                                                                   bahan buangan tidak
                                                                   diurus dengan betul?
      Sedihnya apabila habitat
      kita dipenuhi sampah.
                                                                                                147
Pengurusan Bahan Buangan
Terdapat banyak sampah sarap yang dibuang pada setiap hari. Sampah sarap
ialah sejenis bahan buangan.
       Apakah maksud bahan buangan?
                              Bahan buangan ialah bahan yang tidak diperlukan
                              dan tidak mahu disimpan lagi. Bahan buangan
                              ini boleh dikategorikan mengikut jenis-jenisnya.
   Kaca
Bahan buangan kaca adalah
seperti botol kaca dan gelas.
  Logam
Bahan buangan logam adalah seperti
tin aluminium dan besi buruk.
                                 Kertas
                               Bahan buangan kertas adalah seperti
                               surat khabar, kotak, buku dan majalah.
148 9.1.1
Tinja
Tinja ialah bahan buangan yang
disingkirkan oleh manusia dan haiwan.
                                        Plastik
                                      Bahan buangan plastik adalah seperti
                                      pembungkus makanan plastik dan
                                      botol plastik.
                                       Sisa makanan
                                      Sisa makanan ialah bahan buangan
                                      domestik seperti kulit bawang, tulang
                                      ayam, kulit telur, sisa sayur-sayuran
                                      dan minyak masak terpakai.
Sisa toksik
Sisa toksik ialah bahan buangan seperti
asap dan sisa bahan kimia daripada bengkel
kenderaan serta bidang perindustrian.
Bahan buangan terdiri daripada        Berdasarkan jenis bahan buangan
kaca, logam, kertas, tinja, plastik,  yang telah ditunjukkan, nyatakan
sisa makanan dan sisa toksik.         contoh bahan buangan lain.
                                                                             149
Bahan Buangan Terbiodegradasi
     dan Bahan Buangan Tidak Terbiodegradasi
     Ayah Jesy meminta Jesy untuk mengasingkan bahan buangan domestik
     mengikut jenis sebelum dibuang ke tempat pembuangan sampah.
     Mari ikuti perbualan mereka.
     Jesy, sudahkah kamu             Ayah, mengapakah
     mengasingkan semua bahan        bahan buangan
     buangan sebelum dibuang?        perlu diasingkan?
                   Belum, ayah.
                                     Bahan buangan perlu diasingkan
                                     kerana ada bahan buangan
                                     terbiodegradasi dan ada bahan
                                     buangan tidak terbiodegradasi.
     Bahan Buangan Terbiodegradasi
             Tahukah kamu apakah     Bahan buangan terbiodegradasi
             bahan buangan           ialah bahan yang boleh diuraikan
             terbiodegradasi         oleh mikroorganisma seperti bakteria
             dan bahan buangan       dan fungi. Ketika proses penguraian ini
             tidak terbiodegradasi?  berlaku, nutrien akan kembali ke dalam
                                     tanah. Bahan buangan terbiodegradasi
                                     terdiri daripada bahan organik seperti
                                     dalam gambar di bawah.
     sisa makanan  kertas dan        daun kering  tinja
                      kotak
150  9.1.2,
     9.1.3
Bahan Buangan Tidak Terbiodegradasi
Bahan buangan tidak terbiodegradasi ialah bahan yang tidak boleh diuraikan
oleh mikroorganisma. Bahan buangan ini akan terus berada di persekitaran
kita untuk tempoh yang lama dan akan menyebabkan pencemaran alam
sekitar. Bahan buangan tidak terbiodegradasi terdiri daripada bahan
seperti dalam gambar di bawah.
plastik                logam           kaca     sisa toksik
AKTIVITI RIA Bahan Buangan Terbiodegradasi
                     dan Bahan Buangan Tidak Terbiodegradasi
Alat dan bahan: gam, kadbod, gunting,
gambar-gambar bahan buangan, capaian Internet,
komputer, mesin cetak                  Berhati-hati ketika menggunakan gunting.
Langkah-langkah:
1. Dapatkan jenis gambar-gambar bahan buangan melalui carian
di Internet dan muat turun.
2. Cetak gambar-gambar bahan buangan yang telah dimuat turun.
3. Perhatikan setiap gambar.
4. Kenal pasti jenis bahan buangan terbiodegradasi dan bahan buangan
tidak terbiodegradasi.
5. Gunakan kreativiti untuk mempersembahkan hasil kerja kumpulan kamu.
Soalan:
1. Apakah bahan buangan terbiodegradasi dan bahan buangan tidak
     terbiodegradasi yang dikenal pasti?
2. Apakah maksud bahan buangan terbiodegradasi dan bahan buangan
     tidak terbiodegradasi?
9.1.1,                                                                      151
9.1.2,
9.1.6
Penggunaan Bahan Terbiodegradasi
dan Bahan Tidak Terbiodegradasi
Perkembangan teknologi kini telah menyebabkan penciptaan pelbagai
barangan yang terdiri daripada bahan terbiodegradasi dan bahan tidak
terbiodegradasi. Walau bagaimanapun, kita harus menggunakan bahan
terbiodegradasi dan bahan tidak terbiodegradasi secara berhemah.
                    Mengapakah kita perlu menggunakan
                    bahan terbiodegradasi secara berhemah?
Bahan Terbiodegradasi
Pinggan yang manakah    Saya hendak
yang hendak kamu beli?  membeli pinggan
                        yang tidak
                        mencemarkan
                        alam sekitar.
Bagaimanakah penggunaan bahan terbiodegradasi boleh
mengurangkan pencemaran alam sekitar?
                  Kita tidak harus membuang sisa
                  makanan ke dalam sungai ini.
                                   Ya, betul. Sisa makanan akan
                                   terurai dan menyebabkan
                                   kandungan oksigen di dalam
                                   sungai ini berkurang.
          Bagaimanakah bahan terbiodegradasi boleh menjejaskan
          hidupan akuatik?
152 9.1.4
Bahan Tidak Terbiodegradasi
             Mengapakah kita perlu menggunakan bahan
             tidak terbiodegradasi secara berhemah?
                                    Adakah puan perlukan  Oh, tidak perlu!
                                    penyedut minuman?     Terima kasih.
Bagaimanakah kita dapat mengurangkan penggunaan bahan tidak
terbiodegradasi untuk mengelakkan pencemaran alam sekitar?
Banjir kilat semakin kerap berlaku                        Longkang di bandar kita
di bandar kita ini.                                       ini tersumbat agaknya.
Bagaimanakah bahan tidak terbiodegradasi menyumbang
kepada terjadinya banjir kilat?
                                                                                   153
Bagaimanakah bahan tidak terbiodegradasi memberi kesan kepada
                 kesihatan manusia?
                                   Berdasarkan pemahaman kamu, rumuskan tujuan
                                   penggunaan bahan terbiodegradasi dan bahan tidak
                                   terbiodegradasi secara berhemah.
      Bahan tidak terbiodegradasi seperti botol
      minuman plastik dapat dikitar semula
      untuk menghasilkan produk baharu
      seperti pakaian. Botol-botol ini dikumpulkan
      dan dibersihkan, seterusnya diasingkan
      mengikut warna. Botol yang jernih akan
      menghasilkan benang putih dan botol
      berwarna hijau akan menghasilkan benang
      berwarna hijau. Kemudian, botol tersebut akan
      dihancurkan menjadi cebisan kecil dan diproses menjadi serat plastik. Serat
      plastik akan dipintal menjadi benang plastik. Benang plastik yang terhasil
      akan ditenun menjadi fabrik. Bagi menghasilkan sehelai kemeja, hanya lapan
      biji botol minuman plastik yang diperlukan.
154
AKTIVITI RIA Mengelas Bahan Buangan
Alat dan bahan: kertas nota, kertas mahjung,
pensel warna
Langkah-langkah:
1. Perhati bahan buangan yang dibuang daripada rumah kamu
     selama seminggu.
2. Catat pemerhatian kamu ke dalam jadual.
         Bahan    Kuantiti bahan buangan
        buangan
                 Jenis bahan                              tidak
                                   terbiodegradasi  terbiodegradasi
                 Jumlah
3. Berdasarkan data yang dikumpulkan, bincangkan hasil pemerhatian
     dalam kumpulan.
4. Kelaskan bahan buangan kepada bahan terbiodegradasi dan bahan
     buangan tidak terbiodegradasi.
5. Bina carta pengelasan pada kertas mahjung.
6. Rancang cara mengurangkan setiap bahan buangan secara berhemah.
7. Laporkan hasil perbincangan kamu di hadapan kelas.
Soalan:
1. Apakah bahan buangan yang paling banyak dibuang dalam
     tempoh seminggu?
2. Bagaimanakah kamu mengelaskan bahan buangan terbiodegradasi dan
     bahan buangan tidak terbiodegradasi?
3. Bagaimanakah kamu dapat mengurangkan setiap bahan buangan
     secara berhemah?
4. Jelaskan pengurusan bahan buangan secara terancang berserta contoh.
9.1.3,                                                                  155
9.1.4,
9.1.6
Pengurusan Bahan Buangan Secara Terancang
Pengurusan bahan buangan secara terancang perlu dilaksanakan untuk
mengurangkan kesan buruk kepada alam sekitar dan menjamin kehidupan
yang lestari agar dapat dinikmati oleh generasi akan datang.
                        Bagaimanakah kamu dapat memainkan peranan dalam
                        membantu pengurusan bahan buangan secara terancang?
Saya membungkus dan mengikat
bahan buangan dengan kemasnya.
                                Bahan buangan hendaklah
                                dibungkus dan diikat dengan
                                kemas sebelum dibuang untuk
                                mengelakkan bahan buangan
                                daripada terdedah kepada
                                haiwan pembawa penyakit
                                seperti tikus dan lalat.
                                            Saya menggunakan sisa makanan
                                            untuk dijadikan baja kompos.
          Bahan buangan seperti sisa makanan
          boleh terurai dan dijadikan baja kompos.
156 9.1.5
Saya menggunakan bekas
khas untuk membuang
sisa minyak.
                             Gunakan bekas khas untuk
                             membuang bahan buangan
                             seperti sisa minyak.
                      Saya mengasingkan
                      bahan buangan
                      mengikut jenisnya.
Bahan buangan
hendaklah diasingkan
mengikut jenis bahan
untuk memudahkan
proses pelupusan.
Barangan ini akan saya dermakan.
                                           Bahan buangan yang masih elok
                                           dan berfungsi boleh didermakan
                                           kepada yang memerlukan.
                                                             Buaian ini dibina oleh ayah
                                                             saya dengan menggunakan
                                                             tayar lori terpakai.
                               Saya gunakan surat khabar
                               lama untuk membuat
                               layang-layang ini.
Bahan buangan boleh digunakan semula
atau kegunaannya dipelbagaikan.
                                                                                          157
Kami mengasingkan bahan buangan
                           untuk dihantar ke pusat kitar semula.
                                                               Bahan buangan dikitar
                                                               semula menjadi produk
                                                               yang baharu.
                           Kita dapat menjimatkan wang dengan
                           membaiki kerosakan yang ada.
Membaik pulih alatan
yang rosak dapat
menjimatkan perbelanjaan.
Adakah puan                Oh, tidak perlu!
perlukan beg plastik?      Saya ada
                           membawa beg
                           guna semula.
                           Beg guna semula digunakan
                           untuk mengurangkan bahan
                           buangan seperti beg plastik.
                        Bagaimanakah pengurusan bahan buangan dilakukan
                        di tempat tinggal kamu? Cadangkan cara pengurusan
                        bahan buangan yang lebih lestari.
158
Apakah jenis bahan buangan yang boleh dibuang
                            ke dalam tong kitar semula?
Pengasingan bahan buangan dapat dilakukan dengan menggunakan tong
kitar semula seperti yang ditunjukkan dalam gambar.
   Tong kitar semula berwarna biru digunakan untuk membuang
   bahan buangan yang diperbuat daripada kertas. Contoh
   bahan buangan yang boleh dibuang ke dalam tong ini
   adalah seperti yang berikut:
surat khabar  majalah        buku          kotak kadbod
              Tong kitar semula berwarna coklat digunakan untuk membuang
              bahan buangan yang diperbuat daripada kaca. Contoh bahan
              buangan yang boleh dibuang ke dalam tong ini
              adalah seperti yang berikut:
              botol minuman balang makanan botol kosmetik  cermin
Tong kitar semula berwarna jingga digunakan untuk membuang
bahan buangan yang diperbuat daripada tin aluminium, tin keluli
dan plastik. Contoh bahan buangan yang boleh dibuang
ke dalam tong ini adalah seperti yang berikut:
tin minuman   bekas makanan  botol cecair  tin makanan
    ringan         plastik     pencuci
                                                                           159
Pengurusan bahan buangan secara terancang juga adalah di bawah
tanggungjawab pihak berkuasa tempatan. Mari fahami proses pengurusan
bahan buangan yang dibuang setiap hari.
proses pengurusan bahan                          bahan buangan dikutip
     buangan bermula
mula
      pusat pengumpulan dan pengasingan
      bahan boleh bahan tidak boleh bahan boleh
      dikitar semula dikitar semula  terurai
                                tempat pelupusan
      pusat kitar semula
kilang proses kitar semula           pusat baja kompos
                                                         dipasarkan semula
      kembali kepada pengguna
                                           Bagaimanakah kita dapat mengurus
                                           bahan buangan secara terancang untuk
                                           menjamin kehidupan lestari?
160
AKTIVITI RIA Projek 5R (Reuse, Reduce, Recycle,
                   Repair, Refuse )
Alat dan bahan: kamera, komputer, mesin cetak,
gunting, gam, pensel, kertas, pensel warna, kad manila
Langkah-langkah:                                        Berhati-hati ketika
                                                        menggunakan gunting.
1. Jadual di bawah ialah Projek 5R yang akan
     dilaksanakan oleh kelas kamu.
        Aktiviti 5R     Penerangan
          Reduce        pengurangan bahan buangan
        (kurangkan)
            Reuse       penggunaan semula bahan
        (guna semula)    pengitaran semula bahan
            Recycle
        (kitar semula)
          Repair        pembaik pulih bahan
        (baik pulih)
        Refuse          fikir semula sebelum guna
        (tolak)
2. Ketua setiap kumpulan akan membuat undian untuk memilih satu Aktiviti 5R
     yang akan dilaksanakan.
3. Rancang setiap tugasan yang perlu dijalankan untuk melaksanakan aktiviti
     tersebut. Contohnya, setiap ahli kumpulan yang akan melaksanakan
     aktiviti Recycle (kitar semula) akan mengumpulkan bahan yang boleh dikitar
     semula seperti tin aluminium, kertas dan botol plastik dari kawasan sekitar
     sekolah dan kediaman masing-masing.
4. Lakukan Aktiviti 5R dalam tempoh satu minggu.
5. Rakamkan foto tugasan yang dilakukan.
6. Cetak dan tampal foto-foto tersebut pada kad manila.
7. Bentang hasil Aktiviti 5R kumpulan kamu mengikut kreativiti masing-masing.
Soalan:
1. Berikan satu cadangan untuk meningkatkan kesedaran amalan 5R
     dalam kalangan rakan kamu.
2. Nyatakan kesan pengurusan bahan buangan secara tidak terancang
     kepada alam sekitar.
9.1.5,                                                                            161
9.1.6
SANTAI SAINS Baja Kompos
Hasilkan baja kompos dengan menggunakan air, tanah dan bahan buangan
terbiodegradasi seperti sisa sayur-sayuran, kulit telur, kulit pisang, surat khabar
dan daun kering. Sediakan satu bekas khas untuk menempatkan baja kompos.
 Langkah-langkah:
1. 2. 3.
     Tebuk lubang pada           Potong bahan buangan     Masukkan tanah sebagai
     bekas.                      terbiodegradasi menjadi  lapisan pertama.
                                 cebisan yang kecil.
4.
                                 5. 6.
Masukkan bahan                   Masukkan tanah           Semburkan air setiap hari
                                                          pada campuran tersebut.
buangan terbiodegradasi dan bahan buangan
sebagai lapisan kedua. terbiodegradasi secara
                                  berselang-seli hingga
                                 kesemua bahan
                                 habis digunakan.
    7.                           8. Biar campuran di dalam        baja kompos
                                    bekas dan gaul campuran
         Pastikan bekas ditutup     ini setiap seminggu sekali
         selepas disiram.           hingga kesemua bahan
                                    terurai menjadi baja kompos.
162
IMBAS KEMBALI
1. Bahan buangan ialah bahan yang tidak diperlukan dan tidak mahu disimpan.
2. Terdapat tujuh jenis bahan buangan, iaitu:
• kaca. • logam.  • kertas.                    • tinja.
• plastik. • sisa makanan. • sisa toksik.
3. Bahan buangan terbiodegradasi ialah bahan yang boleh diuraikan
     oleh mikroorganisma.
4. Bahan buangan tidak terbiodegradasi ialah bahan yang tidak boleh
     diuraikan oleh mikroorganisma.
5. Jenis bahan buangan terbiodegradasi adalah seperti sisa makanan,
     kertas, daun kering dan tinja.
6. Jenis bahan buangan tidak terbiodegradasi adalah seperti plastik, logam,
     kaca dan sisa toksik.
7. Beberapa kesan yang terjadi jika bahan terbiodegradasi dan bahan
     tidak terbiodegradasi tidak digunakan secara berhemah adalah seperti
     yang berikut:
     • Pencemaran alam sekitar seperti pencemaran air dan pencemaran
       udara akan berlaku.
     • Hidupan akuatik akan mati kerana kekurangan oksigen.
     • Hidupan laut akan mati kerana termakan bahan plastik yang dibuang
       ke dalam laut.
     • Laluan longkang akan tersumbat dan menyebabkan banjir kilat.
     • Nyawa manusia terancam akibat pembuangan sisa toksik.
8. Cara pengurusan bahan buangan secara terancang untuk
     menjamin kehidupan lestari adalah seperti yang berikut:
     • Bahan buangan hendaklah dibungkus dengan kemasnya sebelum dibuang.
     • Bahan buangan sisa makanan boleh diuraikan dan dijadikan baja kompos.
     • Gunakan bekas khas untuk membuang bahan buangan seperti sisa minyak.
     • Bahan buangan hendaklah diasingkan mengikut jenis bahan untuk
       memudahkan proses pelupusan dibuat.
     • Bahan terpakai yang masih elok dan berfungsi boleh didermakan
       kepada yang memerlukan.
     • Bahan buangan boleh digunakan semula atau kegunaannya dipelbagaikan.
     • Bahan buangan dikitar semula menjadi produk yang baharu.
     • Alatan yang rosak dapat dibaik pulih untuk menjimatkan perbelanjaan.
     • Beg guna semula digunakan untuk mengurangkan bahan buangan.
                                                                             163
ASAH MINDA
Jawab soalan yang berikut dalam buku latihan Sains.
1. Lengkapkan jadual yang berikut dengan menyenaraikan contoh
     bahan buangan.
 Jenis bahan  plastik  kertas                  kaca  logam
   buangan
Contoh bahan
   buangan
2. Apakah maksud:
     (a) bahan buangan terbiodegradasi?
     (b) bahan buangan tidak terbiodegradasi?
3. Gambar di bawah menunjukkan longgokan bahan buangan di tepi jalan.
           (a) Nyatakan jenis bahan buangan yang terdapat dalam longgokan
                bahan buangan tersebut.
           (b) Kelaskan bahan buangan terbiodegradasi dan bahan buangan
                tidak terbiodegradasi dalam gambar di atas.
           (c) Apakah kesan bahan buangan ini terhadap alam sekitar?
           (d) Cadangkan cara untuk memperbaik amalan pembuangan
                bahan tersebut.
164
UNIT  Gerhana
10
                       Adam, inilah gambar
                       gerhana Matahari. Saya
                       pernah melihat gerhana
                       Matahari di Sarawak pada
                       hujung tahun 2019.
Apakah gambar
yang ditunjukkan ini?
                                         Betul, Jesy. Inilah gambar
                                         gerhana Matahari.
                       Ini ialah gambar
                       gerhana Bulan,
                       Adam.
Apakah pula                              Betul, Jesy. Gambar
gambar yang                              gerhana Bulan ini juga
ditunjukkan ini?                         nampak seperti gambar
                                         fasa Bulan purnama.
Cikgu Ema dengan murid-muridnya mengunjungi Planetarium Negara
di Kuala Lumpur. Mereka tertarik akan pameran yang berkaitan dengan
fenomena gerhana. Tahukah kamu bagaimanakah fenomena gerhana
berlaku? Apakah perbezaan antara gerhana Matahari, gerhana Bulan
dan fasa Bulan?
                                                                     165
Gerhana Bulan
     9:45 malam                 10:15 malam  11:10 malam
                                Wah, lihat! Warna
                                Bulan telah bertukar
                                menjadi merah.
     Banyaknya orang. Apakah                              Fenomena ini
     yang dilihat oleh mereka?                            dinamakan sebagai
                                                          gerhana Bulan.
     Gambar di atas menunjukkan peringkat perubahan yang dapat diperhatikan
     pada permukaan Bulan semasa berlakunya fenomena gerhana Bulan.
     Tahukah kamu bagaimanakah gerhana Bulan berlaku?
     Gerhana Bulan
                                             Bulan
                                Bumi                  gerhana Bulan
     Matahari
                                orbit Bulan
     Gerhana Bulan berlaku apabila Bumi berada di antara Matahari dengan Bulan
     dalam satu garis lurus. Bumi menghalang sebahagian atau seluruh cahaya
     matahari daripada sampai di Bulan. Oleh itu, bayang-bayang Bumi akan
     terbentuk di atas permukaan Bulan semasa gerhana Bulan berlaku. Gerhana
     Bulan hanya berlaku semasa fasa Bulan purnama.
166  10.1.1         Rajah di atas tidak menunjukkan perkadaran saiz
                    dan jarak yang sebenar.
Mengapakah gerhana Bulan tidak berlaku pada
              setiap bulan semasa fasa Bulan purnama?
Gerhana Bulan tidak semestinya berlaku pada setiap bulan semasa fasa Bulan
purnama kerana orbit Bulan yang mengelilingi Bumi adalah condong kira-kira
5o kepada orbit Bumi yang mengelilingi Matahari.
      Kecondongan pada orbit Bulan menyebabkan Bulan
      berada di atas atau di bawah bayang-bayang Bumi.
      Oleh itu, gerhana Bulan tidak semestinya berlaku pada
      setiap bulan semasa fasa Bulan purnama.
Kedudukan Bulan di atas bayang-bayang Bumi
Matahari                                                                 Bulan
                                                                 kira-kira 5°
                                                           Bumi
              orbit Bumi
                                 orbit Bulan
Kedudukan Bulan di bawah bayang-bayang Bumi
                                              orbit Bulan        Matahari
              Bumi
kira-kira 5°                                  orbit Bumi
Bulan
Gambar-gambar di atas menunjukkan Matahari, Bumi dan Bulan tidak
selalunya berada dalam satu garis lurus semasa fasa Bulan purnama.
Gerhana Bulan boleh berlaku dua kali setahun.
                                                                                167
Gerhana Matahari
     Gerhana Matahari berlaku apabila Bulan berada di antara Matahari
     dengan Bumi dalam satu garis lurus. Bulan akan menghalang sebahagian
     atau seluruh cahaya matahari daripada sampai di permukaan Bumi. Oleh
     itu, bayang-bayang Bulan akan terbentuk di atas permukaan Bumi semasa
     gerhana Matahari berlaku. Perhatikan gambar di bawah.
     Gerhana Matahari
                                                         Bumi
     Matahari                                  gerhana
                                               Matahari
                                Bulan                          orbit Bulan
                           penumubmruabmrabra                    umbra
                       pen                                     penumbra
                                               Malaysia
     Gerhana Matahari hanya     Glob ini menunjukkan kawasan
     berlaku pada waktu siang.  lintasan bayangan Bulan di
                                permukaan Bumi. Gerhana
                                Matahari penuh dan gerhana     simulasi gerhana
                                Matahari separa dapat dilihat       Matahari
                                di sepanjang kawasan lintasan
                                bayangan umbra. Gerhana
                                Matahari separa hanya dapat
                                dilihat di sepanjang kawasan
                                lintasan bayangan penumbra.
     Berdasarkan gambar kedudukan Matahari, Bulan dan Bumi di atas, gerhana
     Matahari hanya berlaku semasa fasa Bulan baharu.
               INFO SAINS
               Umbra ialah bahagian bayang-bayang yang sangat gelap. Penumbra
168             ialah kawasan yang sebahagiannya gelap di sekeliling umbra.
     10.1.2
Gerhana Matahari tidak semestinya berlaku pada setiap bulan semasa fasa
Bulan baharu kerana orbit Bulan yang mengelilingi Bumi adalah condong
kira-kira 5o kepada orbit Bumi yang mengelilingi Matahari.
                        Kecondongan pada orbit Bulan menyebabkan bayang-bayang
                        Bulan tidak dapat terbentuk di atas permukaan Bumi kerana
                        bayang-bayang Bulan berada di atas atau di bawah Bumi. Oleh
                        itu, gerhana Matahari tidak semestinya berlaku pada setiap
                        bulan semasa fasa Bulan baharu.
Kedudukan bayang-bayang Bulan di bawah Bumi
Matahari                                             orbit Bulan
                                                  kira-kira 5°
                orbit Bumi                  Bumi
                            Bulan
Kedudukan bayang-bayang Bulan di atas Bumi
                                                  Matahari
                Bumi               Bulan
  kira-kira 5°                     orbit Bumi
orbit Bulan
Gambar-gambar di atas menunjukkan Matahari, Bumi dan Bulan tidak
selalunya berada dalam satu garis lurus semasa fasa Bulan baharu.
Gerhana Matahari boleh berlaku dua kali setahun.
 INFO SAINS
 Dalam bidang astronomi, fasa Bulan baharu berlaku ketika Bulan berada dalam
 satu garis lurus di antara Matahari dengan Bumi. Pada fasa ini, permukaan Bulan
 adalah gelap sepenuhnya dan tidak dapat dilihat oleh mata kasar.
                                                                                                                         169
MARI UJI Model Simulasi Gerhana
     Tujuan: Memerihalkan fenomena gerhana
     Alat dan bahan: lampu suluh, jarum peniti, gunting, pembaris, jangka sudut,
     plastik lut sinar, plastisin, lidi, kad putih      Berhati-hati ketika
     Langkah-langkah:                                   menggunakan gunting
                                                        dan jarum peniti.
     1. 2. 3.
         1.5 cm
     12 cm
     Gunting plastik lut sinar Hasilkan sebuah sfera Lekat jarum peniti
     kepada bentuk bulatan dengan menggunakan pada bahagian tepi
     mengikut ukuran         plastisin dan pasangkan plastik lut sinar dengan
     diameter seperti        sfera tersebut pada        menggunakan plastisin.
     dalam gambar.           bahagian tengah
                             plastik bulat.
     4. 5. 6.
     30°
     Cucukkan lidi pada      Lakukan aktiviti di dalam  Pegang sekeping kad
     sfera plastisin dengan  bilik yang gelap           putih menghadap model
     sudut kecondongan       dan letakkan lampu         gerhana dan lampu
     kira-kira 30°.          suluh di atas meja.        suluh. Perhatikan
                                                        bayang-bayang model
                                                        yang terbentuk.
     7. Lakukan simulasi gerhana dan perihalkan kejadian gerhana Matahari
          dan gerhana Bulan.
     Soalan:
     1. Apakah yang diwakili oleh kepala jarum peniti, plastisin sfera
          dan lampu suluh dalam simulasi di atas?
     2. Bagaimanakah kedudukan Bulan, Bumi dan Matahari menyebabkan
          fenomena gerhana Bulan dan gerhana Matahari berlaku?
170  10.1.1,
     10.1.2,
     10.1.5
Hubung kait antara Gerhana dengan Sifat Cahaya
Matahari merupakan sumber cahaya utama dalam Sistem Suria kita. Cahaya
matahari bergerak dalam garis lurus dan tidak dapat menembusi objek legap
seperti Bumi dan Bulan.
Semasa gerhana Bulan berlaku, cahaya matahari yang melalui Bumi akan
menghasilkan dua jenis bayang-bayang yang dikenali sebagai umbra
dan penumbra.
Pandangan dari sisi                                     umbra
                           Matahari               Bumi
orbit Bumi                                                      Bulan
                                                                 C
                                     orbit Bulan
                                                               B
                                                         A
                                                    penumbra
Apabila Bulan mengorbit melalui bayang-bayang Bumi dari kedudukan
A ke kedudukan C, gerhana Bulan akan berlaku.
Pandangan dari Bumi
            kedudukan B              kedudukan C
            gerhana Bulan            gerhana Bulan               gerhana
                 separa                   penuh                Bulan penuh
INFO SAINS
Warna perang kemerahan semasa gerhana Bulan penuh merupakan
kesan serakan dan pembiasan cahaya matahari melalui atmosfera
Bumi. Kesan ini biasanya dapat diperhatikan semasa Matahari terbit
dan terbenam.
                 Semasa gerhana Bulan, cahaya pada Bulan adalah             171
                 selamat untuk dilihat dengan menggunakan mata kasar.
10.1.3 Mengapa?
Semasa gerhana Matahari berlaku, cahaya matahari yang bergerak
     melalui Bulan akan menghasilkan dua jenis bayang-bayang yang dikenali
     sebagai umbra dan penumbra. Bayangan umbra adalah lebih kecil dan lebih
     gelap daripada bayangan penumbra.
     Pandangan dari sisi
                              orbit Bumi    gerhana Matahari separa
             Matahari                                          orbit Bulan
                                                       Bumi
                                          umbra
                                          Bulan
                                                                                          penumbra
                                                                                           gerhana Matahari penuh
     Apabila bayang-bayang Bulan terbentuk di permukaan Bumi, dua jenis
     gerhana Matahari yang asas akan terjadi. Gerhana Matahari penuh dan
     gerhana Matahari separa dapat dilihat melalui kawasan lintasan bayangan
     umbra, manakala hanya gerhana Matahari separa sahaja dapat dilihat
     melalui kawasan lintasan bayangan penumbra.
     Pandangan dari Bumi
     gerhana Matahari separa              gerhana Matahari penuh
172  10.1.3                                                 gerhana Matahari penuh
Bolehkah kita melihat  Jangan melihat Matahari atau
gerhana Matahari       gerhana Matahari secara terus
dengan mata kasar?     dengan mata kasar. Mata kita akan
                       rosak selama-lamanya.
           Kita harus menggunakan penuras yang sesuai seperti
           cermin mata khas semasa melihat gerhana Matahari.
Apakah cara lain yang selamat untuk memperhatikan
gerhana Matahari?
AKTIVITI RIA Lukisan Gerhana dan Sifat Cahaya
Alat MdaAnRbIaUhJaIn: pembaris, pensel warna, kertas lukisan                         173
Langkah-langkah:
1. Lakarkan dan labelkan kedudukan Matahari,
   BgueEmrhKiaSdnPaaEnRBBIuuMlalaEnnNddaennggearnhabneatuMlnaytaahbaargi.i fenomena
2. Warnakan lakaran kamu.
3. Pamerkan hasil lukisan kamu di dalam kelas.
      INFO SAINS
Soalan:
1. Senaraikan perbezaan antara gerhana Bulan
2. dAepSnagAkaaNnhTghAeuIrbhSuaAnngIaNMkSaaittaahnatari.ra gerhana dengan
   sifat cahaya?
      IMBAS KEMBALI
  10.1.3,
  10.1.5
      ASAH MINDA
Keadaan di Bumi Semasa Gerhana
     Pada 26 Disember 2019, penduduk di Malaysia terutamanya di Johor dan
     Sarawak telah berpeluang untuk menyaksikan gerhana Matahari. Gambar
     di bawah menunjukkan keadaan sekeliling sebelum dan semasa berlakunya
     gerhana Matahari.
     Kecerahan Persekitaran
     Sebelum                 Semasa
     Reaksi Haiwan           Semasa
       Sebelum
     Bagaimanakah reaksi haiwan semasa fenomena gerhana Matahari penuh?
174  10.1.4
Apakah yang akan berlaku kepada Bumi semasa gerhana Bulan?
   Gambar di bawah menunjukkan perbezaan keadaan air laut di jeti
   semasa berlakunya fenomena fasa Bulan sabit dan gerhana Bulan.
AKTIVITI RIA
MARI UJI
  EKSPERIMEN                   Semasa gerhana Bulan
Semasa fasa Bulan sabit
Apakah ramalan kamu mengenai keadaan air laut semasa berlakunya
gerhana IBNulFaOn?SAINS
SANTAI SAINS Kamera Lubang Jarum
Hasilkan sebuah kamera lubang jarum dengan menggunakan gunting, jarum,
pita pelekat, dua keping kadbod putih dan kerajang aluminium.
IMBAS KEMBALI
                               Berhati-hati ketika menggunakan
                               gunting dan jarum.
Langkah-langkah:
1. ASAH MINDA 2.               3.
   Gunting lubang segi     Tampalkan kerajang     Tebuk beberapa
   empat di tengah-tengah  aluminium pada lubang  lubang pada kerajang
   kadbod.                 segi empat tersebut.   aluminium. Lubang
                                                  yang ditebuk dikenali
4.                                                sebagai lubang jarum.
Biarkan cahaya matahari masuk                     Gerhana Matahari
melalui lubang jarum sehingga                     dapat dilihat dengan
membentuk imej yang jelas                         selamatnya menerusi
di atas kadbod lain.                              kamera lubang jarum.
                                                                                     175
SANTAI SAINS
               IMBAS KEMBALI
      1. Gerhana Bulan hanya akan berlaku
          •	 apAaSbAilHa	BMuImNi	DbeArada	di	antara	Matahari	dengan	Bulan	dalam	satu
              garis lurus.
      	 •	 semasa	fasa	Bulan	purnama.
      	 •	 apabila	Bulan	memasuki	kawasan	bayang-bayang	Bumi.
      2. Gerhana Matahari hanya akan berlaku
      	 •	 apabila	Bulan	berada	di	antara	Matahari	dengan	Bumi	dalam	satu
              garis lurus.
      	 •	 semasa	fasa	Bulan	baharu.	
      	 •	 apabila	bayang-bayang	Bulan	terbentuk	di	permukaan	Bumi.
      3. Gerhana Bulan atau gerhana Matahari tidak semestinya berlaku pada
          setiap bulan semasa fasa Bulan purnama atau fasa Bulan baharu kerana
          kecondongan pada orbit Bulan sering menyebabkan Bulan berada di atas
          atau di bawah Bumi.
      4. Cahaya matahari bergerak dalam satu garis lurus dan tidak dapat
          menembusi objek legap seperti Bumi dan Bulan.
      5. Gerhana Matahari penuh dan gerhana Matahari separa dapat dilihat
          melalui kawasan lintasan bayangan umbra, manakala hanya gerhana
          Matahari separa sahaja dapat dilihat melalui kawasan lintasan bayangan
          penumbra.
      6.88..T22i..n67dakan melihat Matahari atau gerhana Matahari secara terus dengan
          mata kasar akan merosakkan mata selama-lamanya.
      7. Semasa fenomena gerhana Matahari, keadaan sekeliling akan menjadi
          semakin gelap, suhu sekeliling akan menurun dan benda hidup seperti
          haiwan akan kembali ke sarangnya.
      8. Semasa fenomena gerhana Bulan, kedudukan air laut pasang akan
           lebih tinggi.
176
IMBAS KEMBALI
         ASAH MINDA
Jawab semua soalan yang berikut dalam buku latihan Sains.
1. Nyatakan jenis gerhana yang ditunjukkan dalam gambar yang berikut.
2. Tandakan () pada penyataan yang betul mengenai gerhana Bulan.
    (a) Gerhana Bulan hanya akan berlaku semasa fasa Bulan purnama.
    (b) Gerhana Bulan berlaku apabila Bulan berada di antara
        Matahari dengan Bumi dalam satu garis lurus.
    (c) Gerhana Bulan tidak boleh dilihat dengan menggunakan
  8.2.6 mata kasar.
  8.2(d.7) Apabila Bulan berada dalam bayangan umbra Bumi,
        gerhana Bulan penuh akan berlaku.
3. Semasa gerhana A berlaku, keadaan sekeliling akan menjadi semakin
    gelap seperti waktu malam dan suhu sekeliling akan menurun.
    Jawab soalan berikut berdasarkan penyataan di atas.
    (a) Apakah jenis gerhana A yang berlaku?
    (b) Jelaskan jawapan kamu berdasarkan 3(a).
    (c) Nyatakan alat yang sesuai untuk memperhatikan gerhana A.
4. Isikan tempat kosong di bawah dengan jawapan yang betul.
    Apabila gerhana _______________ berlaku, Bulan akan berada
    di antara Matahari dengan Bumi dalam ___________________. Gerhana
    ini hanya akan berlaku semasa fasa ____________________.
                                                                                                                         177
5. Rajah di bawah menunjukkan kedudukan Matahari, Bumi dan Bulan
         bagi fenomena suatu gerhana. Jawab soalan yang berikut.
     Matahari
               Bumi  Bulan
                                                                           bayangan A
                                                                                       bayangan B
        (a) Apakah jenis fenomena gerhana yang ditunjukkan dalam gambar di atas?
        (b) Berikan nama bagi bayangan A dan bayangan B.
        (c) Nyatakan dua sifat cahaya matahari bagi fenomena bayangan A dan
            bayangan B.
        (d) Ramalkan fenomena yang dapat dilihat apabila Bulan berada di
            kedudukan P.
     6. Ramalkan keadaan di Bumi semasa fenomena
         (a) gerhana Bulan penuh.
         (b) gerhana Matahari penuh.
178
UNIT  GALAKSI
11
Adam, cepat bangun. Awan sudah           Wah, cantiknya! Lihat itu, ayah.
tiada. Kita sudah dapat melihat          Apakah jaluran cahaya yang
banyak bintang.                          samar-samar di langit itu?
                         Baiklah, ayah.
                                         Itulah objek yang
                                         ayah hendak
                                         rakamkan.
Jaluran cahaya berbintang
banyak yang Adam lihat itu
ialah galaksi Bima Sakti. Bumi
kita juga berada di dalam
galaksi ini.
                                                           Bukankah Bumi
                                                           berada di dalam
                                                           Sistem Suria?
Pernahkah kamu melihat galaksi seperti yang ditunjukkan dalam gambar
di atas? Galaksi Bima Sakti dapat dilihat pada waktu malam di kawasan
yang sangat gelap sahaja. Apakah itu galaksi?
                                                                            179
Kenali Galaksi
     Chua dan ayahnya sedang mencerap galaksi dengan menggunakan teleskop.
Apakah objek itu?
                                      Itulah galaksi. Cuba
                                      kamu perhatikan galaksi
                                      itu dengan telitinya.
     Apakah itu galaksi?
          Galaksi ialah suatu sistem yang terdiri daripada berjuta-juta
          bintang, gas, debu dan jirim lain. Terdapat berbilion-bilion
          galaksi dalam alam semesta ini yang mempunyai pelbagai
          bentuk dan saiz. Saiz galaksi terdiri daripada beberapa juta
          bintang sehingga beberapa trilion bintang. Bintang-bintang ini
          mengorbit pusat galaksi masing-masing.
                                      Sayalah Teleskop Angkasa Hubble!
             Bagaimanakah kita
             mengetahui terdapat
             banyaknya galaksi dalam
             alam semesta ini?
180  11.1.1
Saya dapat melihat banyak
bintang di dalam galaksi
itu dan pusatnya juga
sangat terang.
                           Kita boleh melihat galaksi itu dengan
                           jelasnya kerana saiz galaksi itu sangat
                           besar dan terletak paling hampir
                           dengan galaksi kita. Banyak lagi
                           galaksi dalam alam semesta ini. Ada
                           di antara titik-titik kecil yang kamu lihat
                           di langit merupakan galaksi.
                               Mari kita lihat gambar ini.
                               Gambar ini dirakam oleh
                               Teleskop Angkasa Hubble
                               yang menunjukkan
                               beribu-ribu titik kecil. Setiap
                               titik kecil ini sebenarnya
                               ialah galaksi.
INFO SAINS                                                              181
Galaksi Andromeda ialah galaksi pilin yang besar dan berada paling
dekat dengan Bumi. Galaksi ini dapat dilihat dengan mata kasar dari
hemisfera utara di langit yang sangat gelap.
Apakah jenis galaksi yang terdapat dalam alam semesta ini?
             Tahukah kamu bahawa galaksi mempunyai beberapa jenis?
             Mari kita kenali beberapa contoh jenis galaksi.
     galaksi berpilin  galaksi elips                        galaksi tidak sekata
         AKTIVITI RIA Lakaran Galaksi
     Alat dan bahan: komputer, capaian Internet,
     pensel warna, kertas putih
     Langkah-langkah:
     1. Melalui enjin carian Internet, cari gambar galaksi
          yang menunjukkan bentuk galaksi tertentu.
     2. Lakar bentuk galaksi tersebut.
     3. Pamerkan hasil lakaran kamu di dalam kelas.
     Soalan:
     1. Apakah galaksi yang telah kamu lakarkan?
     2. Apakah yang kamu faham tentang galaksi?
182  11.1.5
Galaksi Bima Sakti
Cuba lihat ke langit apabila kamu berada di kawasan yang sangat gelap pada
waktu malam. Kamu mungkin berpeluang untuk melihat jaluran bintang yang
merentang di langit dan cahayanya samar-samar seperti yang ditunjukkan
dalam gambar di bawah.
Ahli astronomi menamakan jaluran bintang ini sebagai Bima Sakti.
Bima Sakti ialah galaksi. Kita dapat melihat galaksi Bima Sakti yang besar di
langit malam kerana Bumi berada di dalam galaksi ini. Bintang-bintang yang
kita lihat di langit malam kebanyakannya berada di dalam galaksi Bima Sakti.
         Jaluran bintang ini dinamakan   Apakah Bima Sakti?
         sebagai Bima Sakti atau Milky
         Way kerana orang Roman purba
         menggambarkannya seumpama
         tumpahan susu di langit malam.
11.1.2,                                                                        183
11.1.3
Bumi merupakan sebahagian daripada Sistem Suria. Adakah kamu masih
      ingat tentang Sistem Suria? Tahukah kamu di manakah terletaknya
      Sistem Suria kita dalam alam semesta ini?
                              Mari kita lihat gambar ini. Galaksi Bima Sakti merupakan
                              satu daripada berbilion-bilion galaksi yang terdapat
                              dalam alam semesta. Pusat galaksi Bima Sakti dikelilingi
                              oleh berbilion-bilion bintang.
                                                                      pusat palang galaksi
                              lengan berpilin galaksi
                                              Galaksi Bima Sakti
      Sistem Suria yang terdiri daripada Matahari, Bumi dan tujuh planet
      lain merupakan sebahagian daripada galaksi Bima Sakti.
      Bima Sakti ialah galaksi pilin berpalang yang mempunyai dua
      lengan utama. Galaksi ini juga mempunyai pusat bintang yang
      cerah dan tebal. Oleh itu, galaksi ini kelihatan seperti sebuah
      cakera nipis yang membonjol pada bahagian tengah
      jika diperhatikan dari pandangan sisi.
184
Sistem Suria kita berada
                                   di pinggir satu daripada
                                   lengan berpilin galaksi
                                   Bima Sakti.
         Sistem Suria
Matahari merupakan
satu daripada
bintang di dalam
galaksi Bima Sakti.
                                           Bumi
                                   Oh, begitu! Patutlah kita
                                   hanya boleh melihat
                                   sebahagian daripada
                                   galaksi Bima Sakti dari
                                   Bumi kerana Bumi berada
                                   di pinggir galaksi ini.
pandangan sisi galaksi Bima Sakti
                                                             185
AKTIVITI RIA Galaksi Bima Sakti
     Aktiviti 1
     Alat dan bahan: komputer, capaian Internet,
     pen penanda, kad manila
     Langkah-langkah:
     1. Lakukan carian mengenai galaksi Bima Sakti.
     2. Setiap ahli bergilir-gilir menulis sekurang-kurangnya satu fakta
          berkenaan dengan galaksi Bima Sakti pada kad manila.
     3. Bentangkan hasil kerja kumpulan kamu.
     Soalan:
     1. Perihalkan galaksi Bima Sakti berdasarkan aktiviti di atas.
     2. Adakah asteroid, meteoroid dan komet juga berada di dalam galaksi
           Bima Sakti? Mengapa?
     Aktiviti 2
     Alat dan Bahan: gunting, pensel, tali, gam, kadbod, kertas putih
     Langkah-langkah:      2.                     Berhati-hati ketika
     1.                                           menggunakan gunting.
                                                           3.
         Gunting kadbod        Lekat cakera putih   Lukis galaksi Bima Sakti
         dan kertas putih      pada cakera kadbod.  pada cakera putih.
         kepada bentuk                              Tandakan kedudukan
         cakera bulat.                              Sistem Suria.
     4.
                           5. 6.
     Tebuk dua lubang di       Masukkan tali melalui Pusingkan cakera untuk
     bahagian tengah cakera. kedua-dua lubang dan memintal tali. Kemudian,
                               ikat hujung tali.    tarik tali tersebut.
     Soalan:
     Terangkan kedudukan Bumi di dalam galaksi Bima Sakti.
186  11.1.2,
     11.1.3,
     11.1.5
Saiz Sistem Suria di dalam Galaksi Bima Sakti
Berapakah besar saiz Sistem Suria di dalam galaksi Bima Sakti?
Mari kita menggambarkan                               Pensel ini, cikgu?
saiz Sistem Suria sebesar
diameter sebatang pensel.
Ya, Alia. Lihat perbandingan
saiz Sistem Suria dan galaksi
Bima Sakti seperti yang
ditunjukkan dalam gambar
di bawah.
Saiz Sistem Suria                                     Saiz galaksi Bima Sakti
diandaikan sebesar                                    diandaikan sebesar kawasan
diameter sebatang pensel.                             padang sekolah.
                       Melalui perbandingan ini,      Wah, besarnya
                       didapati bahawa saiz galaksi   galaksi Bima Sakti!
                       Bima Sakti adalah sangat
                       besar sehingga boleh meliputi
                       seluruh kawasan padang
                       sekolah sekiranya saiz Sistem
                       Suria adalah sebesar diameter
                       sebatang pensel.
Berdasarkan perbandingan di atas, apakah rumusan kamu mengenai saiz                187
Sistem Suria di dalam galaksi Bima Sakti?
                          Simulasi di atas tidak menunjukkan perkadaran saiz yang
 11.1.4 sebenar tetapi untuk memudahkan pemahaman murid.
Simulasi Saiz Sistem Suria
                           dan Galaksi Bima Sakti
     Tujuan: Menjalankan simulasi untuk menggambarkan saiz
     Sistem Suria di dalam galaksi Bima Sakti.
     Alat dan bahan: pita pengukur, bola hoki, tepung
     Langkah-langkah:
     1. Lakukan aktiviti ini di padang sekolah.
                                                         murid C
              murid D murid A 30 m      murid B
                                     F
                                                         murid E
                                                   padang sekolah
     2. Tempatkan murid A di tengah-tengah padang sekolah sebagai pusat
          galaksi Bima Sakti.
     3. Ukur jarak 30 m dari kedudukan murid A ke kedudukan murid B.
     4. Murid B bergerak mengelilingi murid A sambil menabur tepung
          di sepanjang laluan untuk membentuk satu bulatan di atas padang
          dengan mengekalkan jarak tetap, iaitu 30 m.
     5. Tempatkan murid di kedudukan C, D dan E sebagai penanda sempadan
          kawasan yang mewakili galaksi Bima Sakti.
     6. Tempatkan bola hoki di kedudukan F untuk mewakili kedudukan Sistem
          Suria dalam galaksi Bima Sakti.
     7. Lakarkan simulasi di atas dan bincangkan.
     Soalan:
      1. Berdasarkan simulasi di atas, bandingkan saiz Sistem Suria dengan
          saiz galaksi Bima Sakti.
      2. Ramalkan saiz galaksi Bima Sakti dalam unit meter sekiranya saiz
          Sistem Suria ialah tiga kali ganda saiz bola hoki.
188  11.1.4,  •	 Simulasi di atas tidak menunjukkan perkadaran saiz
     11.1.5       dan bentuk yang sebenar.
              •	 Guru boleh mengubah suai lokasi mengikut kesesuaian.
SANTAI SAINS Galaksi Kincir Angin
Hasilkan galaksi kincir angin dengan menggunakan komputer, capaian
Internet, mesin pencetak, gunting, penebuk lubang, pensel dan dawai besi.
Langkah-langkah:                   Berhati-hati ketika menggunakan
                                   gunting dan dawai besi.
1. Lakukan carian Internet dan muat turun gambar galaksi.
    Cetak gambar tersebut.
2. 3.
Gunting gambar galaksi mengikut    Tebuk enam lubang pada bahagian
bentuk heksagon dan garisan        tepi dan satu lubang pada bahagian
putih seperti dalam gambar.        tengah heksagon dengan
                                   menggunakan penebuk lubang.
4. 5.
      Terbalikkan heksagon             Lipat setiap bahagian kepak
      dan masukkan dawai besi          heksagon dan masukkan dawai
      ke dalam lubang pada             besi ke dalam lubang pada bahagian
      bahagian tengah heksagon.        tepi heksagon.
6.                                 7.
      Ikat dawai besi pada         Ikat hujung belakang
      bahagian depan               dawai besi pada sebatang
      kincir angin.                pensel. Pastikan ikatan tidak
                                   terlalu ketat.
8. Halakan galaksi kincir angin
     ke arah laluan tiupan angin.                                          189
IMBAS KEMBALI
      1. Galaksi terdiri daripada berjuta-juta bintang, gas, debu dan jirim lain.
      2. Alam semesta mengandungi berbilion-bilion galaksi dengan pelbagai
           saiz dan bentuk.
      3. Saiz galaksi terdiri daripada beberapa juta bintang sehingga beberapa
           trilion bintang. Bintang-bintang ini mengorbit pusat galaksi masing-masing.
      4. Galaksi Bima Sakti ialah galaksi pilin berpalang yang mempunyai
           dua lengan utama.
      5. Pandangan sisi galaksi Bima Sakti kelihatan seperti sekeping cakera
           nipis yang membonjol di bahagian tengah.
      6. Sistem Suria yang terdiri daripada Matahari, Bumi dan tujuh planet
           lain merupakan sebahagian daripada galaksi Bima Sakti.
      7. Saiz Sistem Suria adalah sangat kecil berbanding dengan galaksi
           Bima Sakti.
            ASAH MINDA
      Jawab semua soalan yang berikut dalam buku latihan Sains.
      1. Gambar di atas menunjukkan sebuah galaksi yang dirakam oleh satu
           teleskop angkasa.
           (a) Apakah yang dimaksudkan dengan galaksi?
           (b) Berdasarkan gambar di atas, apakah jenis galaksi tersebut?
190
2. Isikan tempat kosong di bawah dengan jawapan yang betul.
     (a) Bima Sakti ialah _______________ jenis _______________.
     (b) Sistem Suria terdiri daripada _______________, Bumi
         dan _______________ planet lain yang terletak di dalam galaksi
         _______________.
     (c) Alam semesta mengandungi berbilion-bilion galaksi dengan pelbagai
         _______________ dan _______________.
   Objek X kelihatan seperti jaluran bintang yang merentang langit
   dan bercahaya samar-samar apabila dilihat dari Bumi. Orang zaman
   dahulu menggambarkannya seumpama tumpahan susu di langit malam.
3. Berdasarkan penyataan di atas, jawab soalan yang berikut.
     (a) Apakah objek X?
     (b) Apakah jenis objek X?
P
                           Q
4. Nyatakan bahagian bertanda P dan Q seperti yang ditunjukkan
     dalam gambar di atas.
     P: ________________
     Q: ________________
                                                                            191
5. Gambar di sebelah menunjukkan       objek X
     objek X yang merupakan                Bumi
     sebahagian daripada objek Y
     dalam alam semesta.
     (a) Namakan objek X dan objek Y.
     (b) Apakah nama bintang dalam
         objek X?
                                                 objek Y
6. Tandakan () pada penyataan yang betul berkenaan dengan saiz
     galaksi Bima Sakti.
     (a) Saiz galaksi Bima Sakti adalah sama dengan saiz Sistem Suria.
     (b) Saiz galaksi Bima Sakti adalah sangat kecil berbanding dengan
         saiz Sistem Suria.
     (c) Saiz galaksi Bima Sakti adalah sangat besar berbanding
         dengan Sistem Suria.
     (d) Sekiranya saiz Sistem Suria diandaikan sebesar diameter
         sebatang pensel, saiz galaksi Bima Sakti diandaikan meliputi
         seluruh kawasan padang sekolah.
      7. Gambar di atas menunjukkan pandangan sisi galaksi Q yang mengandungi
           Matahari.
           (a) Namakan galaksi Q.
           (b) Perihalkan galaksi Q dengan dua fakta.
      8. Pandangan sisi galaksi Bima Sakti kelihatan seperti ________________
           yang ________________ di bahagian tengah.
192
