Garis Panduan Pelaksanaan EKSA INTAN Kampus Sabah 1 DERAF GARIS PANDUAN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) INTAN KAMPUS SABAH INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) KAMPUS SABAH
Garis Panduan Pelaksanaan EKSA INTANKampus Sabah 2 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM INSTITUTTADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) KAMPUS SABAH ©2014 Pindaan 2022 Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan buku ini tidak boleh dihasilkan semula, disimpan dalam sistem simpanan kekal, atau dipindahkan dalam sistem simpanan kekal, atau dipindahkan dalam sebarang bentuk atau sebarang cara elektronik, mekanik, penggambaran semula, rakaman dan sebagainya tanpa terlebih dahulu mendapat izin bertulis daripada Pengarah INTAN Kampus Sabah Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila hubungi: Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Sabah Tel: 088-483 500 Faks: 088-473 651 INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN) KAMPUS SABAH
Garis Panduan Pelaksanaan EKSA INTAN Kampus Sabah 3 ISI KANDUNGAN PERKARA MUKA 1. TUJUAN DAN LATAR BELAKANG 1.1 Tujuan 6 1.2 Latar Belakang 6 1.3 Kunci Kejayaan Pelaksanaan EKSA 7 2. HALA TUJU PELAKSANAAN EKSA 2.1 Dasar 9 2.2 Matlamat 9 2.3 Objektif 9 2.4 Strategi Pelaksanaan 9 2.5 Logo EKSA 10 2.6 Penerangan Logo dan Warna 10 3. PELAKSANAAN EKSA 3.1 Langkah 1- Pembentukan Jawatankuasa Pelaksana 11 3.1.1 Peranan Jawatankuasa a. Penaung/Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana 12 b. Fasilitator 12 c. Penyelaras 12 d. Jawatankuasa Promosi dan Seranta 13 e. Jawatankuasa Latihan dan Profesional 13 f. Jawatankuasa Audit dan Pematuhan 13 g. Ketua Zon 13 h. Warga INTAN Kampus Sabah 14 3.2 Langkah 2 – Mewujudkan Zon EKSA 14
Garis Panduan Pelaksanaan EKSA INTAN Kampus Sabah 4 3.3 Langkah 3 – Program dan Latihan 16 PERKARA MUKA 3.4 Langkah 4 – Pelancaran EKSA 16 4. PENYERAGAMAN PELAKSANAAN EKSA INTAN KAMPUS SABAH 4.1 Komponen A – Keperluan Utama Pelaksanaan 17 4.2 Komponen B – Ruang Tempat Kerja/Pejabat 21 4.3 Komponen C – Tempat Umum 27 4.4 Komponen D – Keselamatan Persekitaran 30 4.5 Komponen E1– Kawasan Persekitaran Jabatan 32 4.6 Komponen F – Tempat/Ruang Khusus 33 4.7 Komponen Amalan EKSA 36 a. Komponen A – Keperluan Utama Pelaksanaan 37 b. Komponen B – Ruang Tempat Kerja/Pejabat 47 c. Komponen C – Tempat Umum 54 d. Komponen D – Keselamatan Persekitaran 56 e. Komponen E1– Kawasan Persekitaran Jabatan 57 f. Komponen F – Tempat/Ruang Khusus 57 5. PELAKSANAAN AUDIT DALAM EKSA INTAN KAMPUS SABAH 5.1 Langkah 1 – Membentuk Pasukan Audit 60 5.2 Langkah 2 – Latihan Audit Dalam EKSA 60 5.3 Langkah 3 – Audit Prestasi EKSA 60 5.4 Langkah 4 – Perkongsian Penemuan Audit 61 5.5 Langkah 5 – Pensijilan EKSA 61 6. PENUTUP 62
Garis Panduan Pelaksanaan EKSA INTAN Kampus Sabah 5 7. KRITERIA EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM 7.1 Zon Firus 64 7.2 Zon Amber 81 7.3 Zon Nilam 94 7.4 Zon Aquamarine 137 8. AMALAN BAIK EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM 9. PENGHARGAAN
Garis Panduan Pelaksanaan EKSA INTAN Kampus Sabah 6 Bahagian Ini menerangkan informasi am pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di INTAN Kampus Sabah. 1.1 TUJUAN Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan kepada semua warga INTAN Kampus Sabah dalam menyokong usaha pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Melalui garis panduan ini juga konsep EKSA diperjelaskan, elemenelemen baharu yang diperkenalkan, tindakan di setiap peringkat pelaksanaan, kaedah pengauditan dan syarat-syarat yang perlu dipatuhi untuk mendapatkan pensijilan EKSA seterusnya membudayakan EKSA dalam kalangan warga INTAN Kampus Sabah. 1.2 LATAR BELAKANG EKSA telah dilaksanakan di INTAN Kampus Sabah pada tahun 2014 sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang selamat, bersih dan kondusif. Langkah penjenamaan semula ini sesuai dan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa untuk meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi melalui budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan jabatan/agensi sektor awam. Dalam hal ini, INTAN Kampus Sabah telah mengatur strategi untuk beralih daripada Pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti/5S oleh pihak Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) kepada Pensijilan EKSA oleh pihak MAMPU. Pelaksanaan EKSA dalam organisasi INTAN Kampus Sabah akan dapat mewujudkan suasana kerja yang lebih kemas, bersih, tersusun dan berimej korporat. Keadaan ini akan memberi impak ke arah peningkatan produktiviti INTAN Kampus Sabah, penambahbaikan kualiti
Garis Panduan Pelaksanaan EKSA INTAN Kampus Sabah 7 penyampaian perkhidmatan serta membantu ke arah proses kerja yang lebih efektif dan mengurangkan kos operasi. Keselamatan di tempat kerja juga akan lebih terjamin dan mampu meningkatkan motivasi kerja warga INTAN Kampus Sabah. 1.3 KUNCI KEJAYAAN PELAKSANAAN EKSA Kunci utama kejayaan pelaksanaan EKSA di INTAN Kampus Sabah bergantung kepada faktor-faktor seperti yang berikut: a. Sokongan dan komitmen berterusan daripada pihak pengurusan Sokongan dan komitmen pihak pengurusan dapat mewujudkan suasana yang menyemarakkan pelaksanaan EKSA. Pihak pengurusan akan memberikan hala tuju dan keputusan penting untuk memastikan EKSA dilaksanakan dengan baik. b. Penglibatan dan penyertaan setiap individu di INTAN Kampus Sabah secara konsisten Penglibatan dan penyertaan konsisten setiap individu di INTAN Kampus Sabah dapat menjamin kesinambungan pelaksanaan EKSA selain mampu memberi impak yang berpanjangan. c. Struktur pengurusan EKSA yang efektif dan efisien Struktur pengurusan EKSA yang efektif dan efisien merupakan faktor kritikal dalam memastikan segala perancangan, tindakan dan pelaporan dilaksanakan dengan teratur dan menjadi tunjang kepada kejayaan EKSA. d. Pendidikan dan Latihan kepada warga INTAN Kampus Sabah Dalam memastikan penglibatan warga INTAN Kampus Sabah, penyediaan komposisi pendidikan dan latihan kepada semua pegawai akan memastikan kejayaan pelaksanaan EKSA. Pengetahuan dan kesedaran tentang peranan masing-masing dapat meningkatkan penglibatan dalam pelaksanaan EKSA. e. Komunikasi yang jelas dan berkesan Penerangan mengenai keperluan, kepentingan dan kebaikan EKSA perlu disampaikan kepada semua warga. Sistem komunikasi yang jelas dan berkesan melalui pelbagai medium contohnya mesyuarat
Garis Panduan Pelaksanaan EKSA INTAN Kampus Sabah 8 pengurusan, intranet (portal, blog atau laman sesawang organisasi), media sosial INTAN Kampus Sabah, papan kenyataan, poster/risalah dan memo dalaman adalah penting dalam memainkan peranan untuk menyampaikan informasi EKSA. f. Pelan pelaksanaan EKSA yang mantap Pelan pelaksanaan yang menyeluruh melalui pendekatan sistematik dapat memastikan kemantapan pelaksanaan EKSA. Tindakan penambahbaikan secara berterusan perlu disusuli dan disesuaikan dengan keadaan semasa. g. Pemantauan berkala melalui audit dalam Audit dalam adalah kaedah terbaik bagi memantau dan menilai prestasi pelaksanaan EKSA. Penilaian ini boleh disusuli dengan sistem ganjaran yang bersesuaian bagi mewujudkan persaingan sihat dan memberikan motivasi dalam kalangan warga INTAN Kampus Sabah. h. Perkongsian amalan terbaik EKSA Lawatan penandaarasan ke agensi yang menjadi model EKSA adalah penting dalam menggalakkan perkongsian maklumat dan amalan terbaik. Di samping itu, lawatan penandaarasan juga memberi gambaran yang jelas dan meningkatkan pemahaman tentang pelaksanaan EKSA dalam kalangan warga INTAN Kampus Sabah.
Garis Panduan Pelaksanaan EKSA INTAN Kampus Sabah 9 Bahagian ini menerangkan dasar, matlamat, objektif dan strategi EKSA di INTAN Kampus Sabah. 2.1 DASAR EKSA INTAN KAMPUS SABAH Mewujudkan pusat latihan yang selamat, bersih dan mempunyai persekitaran yang menarik untuk program latihan yang berkualiti. 2.2 MATLAMAT EKSA INTAN KAMPUS SABAH Sentiasa meningkatkan penambahbaikan secara berterusan dalam latihan dan pembangunan diri untuk menjadi institusi yang terbilang. 2.3 OBJEKTIF Objektif pelaksanaan EKSA di INTAN Kampus Sabah bertujuan untuk: a. Mewujudkan persekitaran latihan yang kondusif. b. Mewujudkan semangat kerja berpasukan. c. Mewujudkan kesedaran mengenai kepentingan dan faedah EKSA dalam kalangan warga INTAN Kampus Sabah dan peserta kursus. d. Memenuhi kepuasan pelanggan. e. Memupuk kesedaran dan menerapkan nilai-nilai murni dalam perkhidmatan. 2.4 STRATEGI EKSA INTAN KAMPUS SABAH a. Pemantauan yang berterusan dalam menerapkan budaya kerja EKSA. b. Menggunakan amalan EKSA bagi menghasilkan persekitaran latihan yang menarik. c. Pekerja dilatih sebagai sebuah pasukan. d. Menjadikan EKSA budaya kerja warga INTAN Kampus Sabah.
Garis Panduan Pelaksanaan EKSA INTAN Kampus Sabah 10 2.5 LOGO EKSA INTAN KAMPUS SABAH 2.6 PENERANGAN LOGO DAN WARNA Logo EKSA INTAN Kampus Sabah bermaksud warga INTAN Kampus Sabah yang sentiasa bersatu hati dalam membawa amalan/budaya EKSA dan memacu transformasi warga yang lebih produktif. ● Warna Kuning: Melambangkan pemikiran warga INTAN Kampus Sabah yang sentiasa berfikiran dinamik dalam mencurahkan segala idea yang bernas dalam mencapai matlamat EKSA. ● Warna Merah Jambu: Melambangkan keceriaan dan warga INTAN Kampus Sabah yang sentiasa aktif, produktif dan komited dalam pelaksanaan EKSA. ● Warna Biru: Warna biru melambangkan warna yang sejuk dan menggambarkan nilai perpaduan antara warga INTAN Kampus Sabah dalam mencapai matlamat EKSA seiring dengan warna rasmi logo INTAN.
Garis Panduan Pelaksanaan EKSA INTAN Kampus Sabah 11 BAB 3 – PELAKSANAAN EKSA Bahagian ini menerangkan tentang Panduan Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di INTAN Kampus Sabah. 3.1 LANGKAH 1 - PEMBENTUKAN JAWATANKUASA PELAKSANA EKSA ● Matlamat pewujudan Jawatankuasa Pelaksanaan EKSA adalah untuk melibatkan semua warga INTAN Kampus Sabah dan memupuk budaya penambahbaikan berterusan serta semangat kerja berpasukan ke arah mencapai kerja yang cemerlang. ● Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana EKSA bertanggungjawab memastikan pelaksanaan EKSA dijalankan sebaiknya. ● Peranan Jawatankuasa Pelaksanaan EKSA di peringkat Zon perlu dijelaskan agar tugas dan tanggungjawab dilaksanakan dengan lancar. ● Struktur Jawatankuasa Pelaksana EKSA di INTAN Kampus Sabah seperti di Rajah 1: Rajah 1: Struktur Jawatankuasa Pelaksana EKSA INTAN Kampus Sabah JK PROMOSI PENAUNG PENGERUSI FASILITATOR SETIAUSAHA JK AUDIT JK LATIHAN ZON NILAM ZON FIRUS ZON AMBER ZON AQUAMARINE
Garis Panduan Pelaksanaan EKSA INTAN Kampus Sabah 12 TELAH MEMBENTUK 4 ZON UTAMA
Garis Panduan Pelaksanaan EKSA INTAN Kampus Sabah 13 3.1.1 PERANAN JAWATANKUASA a. Penaung/Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana EKSA ● Menentukan hala tuju keseluruhan pelaksanaan EKSA; ● Membentuk Pelan Tindakan Pelaksanaan EKSA; ● Menetapkan dasar, peraturan dan garis panduan; ● Menentukan belanjawan dan sumber-sumber kewangan; ● Melantik Penyelaras, Pengerusi Jawatankuasa Kecil dan Fasilitator; ● Menentukan pembahagian zon; ● Menetapkan sistem pengiktirafan/penghargaan; ● Mengawasi dan menilai kemajuan pelaksanaan; dan ● Memantau kemajuan pelaksanaan EKSA melalui contoh amalan terbaik. b. Fasilitator ● Memberikan latihan dan panduan kepada Ketua Zon dan ahli; ● Memastikan semua kumpulan mematuhi peraturan dan panduan yang disediakan; ● Menjadi perantara untuk menyampaikan maklumat terkini antara pihak pengurusan dengan kumpulan pelaksana; dan ● Menyelaras dan memantau aktiviti. c. Penyelaras ● Menjadualkan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan EKSA; ● Menyelaras program EKSA; ● Melaporkan kemajuan dan status pelaksanaan EKSA; ● Membantu pengurusan aktiviti promosi, latihan dan audit; dan ● Menghebahkan maklumat terkini pelaksanaan EKSA dalam organisasi.
Garis Panduan Pelaksanaan EKSA INTAN Kampus Sabah 14 Jawatankuasa Promosi dan Seranta ● Menyediakan pelan pelaksanaan aktiviti promosi EKSA; ● Mengenal pasti aktiviti/kempen promosi bagi memupuk kesedaran penyertaan untuk menjayakan pelaksanaan EKSA; ● Menganalisis keberkesanan aktiviti promosi yang telah dilaksanakan; dan ● Melaporkan status pelaksanaan aktiviti dan tahap kesedaran EKSA dalam kalangan warga jabatan/agensi. d. Jawatankuasa Latihan dan Profesional ● Menyediakan pelan pelaksanaan aktiviti latihan bagi memupuk budaya EKSA kepada semua warga kerja dalam organisasi; ● Mengenal pasti jenis latihan yang diperlukan dari semasa ke semasa bagi mengukuhkan aktiviti EKSA; dan ● Menyelaras dan memastikan setiap warga kerja diberikan latihan EKSA secukupnya. e. Jawatankuasa Audit dan Pematuhan ● Menyediakan kriteria audit dalam EKSA; ● Menentukan kekerapan aktiviti audit dalam EKSA; ● Menyediakan laporan dan analisis keputusan audit dalam EKSA; dan ● Menyemak kriteria audit dalam EKSA dari semasa ke semasa mengikut keperluan. f. Ketua Zon ● Menentukan hala tuju dan pelan perancangan pelaksanaan EKSA di zon masing-masing; ● Membentuk jawatankuasa pelaksanaan EKSA di zon; ● Mengadakan mesyuarat secara berkala dengan ahli-ahli kumpulan; ● Menggalakkan penglibatan semua ahli dalam pelaksanaan EKSA; ● Merancang aktiviti-aktiviti EKSA di zon; ● Memantau kemajuan pelaksanaan EKSA di zon; ● Memantau keseragaman pelaksanaan EKSA di zon;
Garis Panduan Pelaksanaan EKSA INTAN Kampus Sabah 15 ● Memberikan maklum balas mengenai status pelaksanaan EKSA kepada fasilitator; dan ● Membantu memberikan panduan dan tunjuk ajar kepada ahli-ahli kumpulan. g. Warga INTAN Kampus Sabah ● Memberikan kerjasama dan komitmen berterusan dalam usaha pembudayaan EKSA; ● Menampilkan penglibatan yang aktif dalam aktiviti EKSA; ● Bekerjasama dalam kumpulan; ● Memastikan kebersihan tempat kerja sepanjang masa; ● Menyumbang idea-idea penambahbaikan bagi menjayakan pelaksanaan EKSA; dan ● Mewujudkan suasana kerja harmoni dalam kalangan warga INTAN. 3.2 LANGKAH 2 - MEWUJUDKAN ZON EKSA 3.2.1 Tujuan Zon EKSA adalah untuk mewujudkan kawasan tanggungjawab kumpulan bagi memudahkan pelaksanaan dan pengawasan EKSA. 3.2.2 Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan EKSA INTAN Kampus Sabah dengan kerjasama Fasilitator EKSA akan menentukan zon yang bersesuaian. 3.2.3 Pembahagian zon hendaklah dijelaskan melalui pewujudan pelan lokasi zon bagi memudahkan rujukan. 3.2.4 Antara faktor yang perlu diambil kira dalam pembahagian zon adalah seperti yang berikut: ● Susun atur keseluruhan zon dan pembahagian hendaklah bersesuaian mengikut fungsi dan saiz organisasi (dicadangkan jumlah zon tidak terlalu banyak) bagi memudahkan penyelarasan dan pemantauan yang lebih sistematik dilaksanakan. ● Menentukan nama kumpulan dan jumlah keahlian kumpulan bagi setiap zon.
Garis Panduan Pelaksanaan EKSA INTAN Kampus Sabah 16 ● Zon haruslah berdasarkan aras/tingkat atau yang mana bersesuaian. ● Mewujudkan Sudut EKSA secara maya dengan mempamerkan struktur kumpulan dan zon dengan mengambil kira hala tuju EKSA di INTAN Kampus Sabah yang berimej korporat. 3.2.5 Menyediakan Sudut EKSA secara maya bagi memberikan maklumat terkini berkaitan EKSA kepada warga INTAN Kampus Sabah dalam memastikan keberkesanan pelaksanaannya. Sudut EKSA perlu mengandungi perkara-perkara berikut: ● Dasar dan Objektif EKSA ● Carta Jawatankuasa (Induk dan Zon) ● Jadual Perancangan/Carta Perbatuan ● Pelan Lantai Zon EKSA ● Pembahagian Tugas Ahli Zon (Person in Charge) atau Pegawai Bertanggungjawab ● Pelaporan Aktiviti (Gambar sebelum dan selepas) ● Informasi/hebahan 3.2.6 Dokumentasi EKSA peringkat jabatan/induk dan dokumentasi EKSA Jawatankuasa Kecil serta Zon EKSA perlu disediakan dengan teratur dan sentiasa dikemas kini. 3.2.7 Bagi menjimatkan kos percetakan, dokumentasi EKSA dibuat secara maya seperti menggunakan aplikasi Google Drive. 3.2.8 Semua dokumen berkaitan EKSA termasuk minit mesyuarat jawatankuasa, surat lantikan dan laporan aktiviti jawatankuasa hendaklah disusun dengan teratur bagi tujuan rujukan dan penilaian audit.
Garis Panduan Pelaksanaan EKSA INTAN Kampus Sabah 17 3.3 LANGKAH 3 - PROGRAM DAN LATIHAN 3.3.1 Tujuan penganjuran latihan EKSA adalah untuk memberi pengetahuan dan meningkatkan kefahaman pelaksanaan EKSA serta membudayakan amalan EKSA dalam kalangan warga INTAN Kampus Sabah. 3.3.2 Antara Latihan yang perlu diikuti bagi meningkatkan kefahaman pelaksanaan EKSA adalah seperti yang berikut: i. Program Kesedaran Amalan EKSA ii. Kaedah Amalan dan Pelaksanaan EKSA iii. Audit Dalam EKSA 3.4 LANGKAH 4 - PELANCARAN EKSA 3.4.1 Pelancaran/Perasmian EKSA boleh dijadikan sebagai satu platform di jabatan untuk menyampaikan harapan dan sokongan pengurusan dalam melaksanakan EKSA. 3.4.2 Pihak pengurusan perlu terlibat secara langsung, memberi komitmen dan sokongan padu kepada pelaksanaan EKSA melalui penetapan sasaran yang ingin dicapai, dasar dan objektif amalan EKSA serta menentukan matlamat setiap langkah pelaksanaan. 3.4.3 Antara perkara yang perlu diambil perhatian semasa pelancaran EKSA adalah seperti berikut: i. Logo dan Slogan EKSA ii. Dasar EKSA iii. Zon-zon EKSA iv. Objektif Amalan EKSA v. Pelan Tindakan Pelaksanaan Amalan EKSA vi. Garis Panduan Pelaksanaan Amalan EKSA
Garis Panduan Pelaksanaan EKSA INTAN Kampus Sabah 18 BAB 4 – PENYERAGAMAN PELAKSANAAN EKSA INTAN KAMPUS SABAH Bahagian Ini menerangkan kaedah penyeragaman pelaksanaan EKSA di INTAN Kampus Sabah. KOMPONEN A: KEPERLUAN UTAMA PELAKSANAAN A1) Dasar EKSA 1. Menyediakan garis panduan selaras dengan Dasar EKSA INTAN Kampus Sabah. 2. Menyebar Dasar dan Garis Panduan EKSA serta memastikan semua warga INTAN Kampus Sabah memahaminya. 3. Memastikan EKSA diamalkan dan dipatuhi oleh semua warga INTAN Kampus Sabah. 4. Memastikan dokumentasi pelaksanaan EKSA disusun dengan teratur dan sentiasa dikemas kini termasuk perkara yang berikut: i. Minit Mesyuarat ii. Surat Lantikan Jawatankuasa iii. Laporan Aktiviti Jawatankuasa 5. Mewujudkan keseragaman pelaksanaan EKSA seperti ketetapan agensi/garis panduan yang dibangunkan oleh agensi. 6. a) Menyediakan dan memaparkan sudut EKSA secara maya dan mengandungi perkara seperti yang berikut: i. Dasar EKSA ii. Carta Organisasi iii. Gambar aktiviti sebelum dan selepas iv. Pelan Lantai v. Carta Perbatuan vi. Informasi/hebahan b) Memastikan maklumat dan bahan yang dipaparkan sentiasa dikemas kini dan dalam keadaan baik.
Garis Panduan Pelaksanaan EKSA INTAN Kampus Sabah 19 KOMPONEN A: KEPERLUAN UTAMA PELAKSANAAN A2) Jawatankuasa Pelaksana EKSA 7. Membentuk dan melantik Jawatankuasa Pelaksana EKSA yang terdiri daripada sekurang-kurangnya tiga jawatankuasa seperti yang berikut: i. Jawatankuasa Latihan ii. Jawatankuasa Promosi iii. Jawatankuasa Audit 8. Merancang dan melaksana program/aktiviti EKSA secara berkala seperti yang berikut: i. Menyedia dan mengemas kini carta perbatuan aktiviti. ii. Menyebar maklumat latihan, promosi dan audit iii. Melaksana program pengayaan ilmu. A3) Penglibatan Pengurusan Atasan 9. Melibatkan pengurusan atasan sebagai penaung/penasihat EKSA. 10. Melibatkan pengurusan atasan dalam aktiviti EKSA seperti program kesedaran/ pendedahan dan lawatan. 11. Membentang dan melaporkan pelaksanaan aktiviti EKSA dalam mesyuarat pengurusan. A4) Penilaian Kendiri (Self-Assessment) 12. Melaksana audit pematuhan/audit dalam secara berterusan sama ada oleh jawatankuasa dalaman atau agensi luar/lain sekurang-kurangnya dua kali setahun. 13. Menyebar luas hasil/laporan audit dalam untuk makluman dan tindakan susulan warga agensi. 14. Mengemukakan Laporan Penilaian Kendiri kepada MAMPU selepas setahun menerima pensijilan (hanya untuk pensijilan semula).
Garis Panduan Pelaksanaan EKSA INTAN Kampus Sabah 20 KOMPONEN A: KEPERLUAN UTAMA PELAKSANAAN A5) Pengiktirafan 15. Melaksanakan program pengiktirafan EKSA di peringkat agensi seperti contoh berikut: i. Zon Terbaik ii. Bilik Terbaik iii. Bahagian Terbaik iv. Ruang Kerja Terbaik v. Tandas Terbaik vi. Hasil Kreativiti Terbaik vii. Anugerah Amalan Hijau Terbaik 16. Menerima pengiktirafan dan ditanda aras sama ada di peringkat jabatan/daerah/ negeri/kebangsaan atau lain-lain. 17. Menyebar dan mempamerkan maklumat mengenai program pengiktirafan kepada semua warga INTAN Kampus Sabah. A6) Pembudayaan Kreativiti dan Inovasi 18. Melaksanakan inovasi/amalan baik (best practice) yang boleh meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja Warga INTAN Kampus Sabah. 19. Melaksanakan program kreativiti dan inovasi seperti yang berikut: i. Kreativiti menggunakan barangan terpakai ii. Barang terpakai untuk hiasan iii. Hiasan/kegunaan EKSA A7) Tindakan Penjimatan/Go Green 20. a) Melaksanakan program penjimatan tenaga/sumber secara menyeluruh seperti contoh-contoh berikut: i. Notis/arahan penjimatan tenaga ii. Penggunaan lampu/peralatan jimat tenaga (save energy) iii. Penetapan suhu optimum iv. Penjimatan kertas v. Penjimatan air vi. Kempen hijau b) Melaksanakan program/usaha kitar semula peringkat agensi.
Garis Panduan Pelaksanaan EKSA INTAN Kampus Sabah 21 KOMPONEN A: KEPERLUAN UTAMA PELAKSANAAN c) Menyediakan analisis penjimatan, contohnya: i. Kos ii. Masa iii. Tenaga Pekerja iv. Ruang
Garis Panduan Pelaksanaan EKSA INTAN Kampus Sabah 22 KOMPONEN B: RUANG TEMPAT KERJA/PEJABAT B1) Lantai 1. Memastikan lantai memenuhi kriteria berikut: i. Selamat dan tidak licin ii. Tiada kekotoran/sampah di lantai iii. Tidak berlubang/pecah atau rosak iv. Tong sampah disediakan (mengikut keperluan) 2. Menyediakan program pemantauan dan memastikan jadual pembersihan dipatuhi. B2) Dinding dan Siling 3. Memastikan dinding dan siling bersih daripada kekotoran dan dalam keadaan baik. 4. Menyediakan hiasan yang bersesuaian dan selaras dengan imej korporat. B3) Lampu dan Soket 5. Memastikan semua lampu bersih, berfungsi dan dalam keadaan baik. 6. Memastikan soket elektrik berfungsi dan dalam keadaan baik. B4) Susun Atur Peralatan 7. Menyeragamkan susunan laci meja/kekaki boleh gerak (mobile pedestal). 8. Pembahagian ruang laci seperti yang berikut: Pengurusan laci Pembahagian Laci 3 tingkat Laci atas Alat tulis Laci tengah Dokumen Rasmi Laci bawah Peribadi Laci 2 tingkat Laci atas Alat tulis Laci bawah Dokumen Rasmi Laci 1 tingkat - Dokumen Rasmi Selaras dengan pembudayaan EKSA, laci tidak perlu dilabelkan memadai dengan mematuhi pembahagian ruang laci seperti di atas.
Garis Panduan Pelaksanaan EKSA INTAN Kampus Sabah 23 KOMPONEN B: RUANG TEMPAT KERJA/PEJABAT 9. Memastikan peralatan di ruang kerja/kubikel dalam keadaan teratur dan kemas: i. Komputer ii. Dulang (Tray) Keluar/Masuk iii. Fail iv. Perhiasan tidak keterlaluan v. Kedudukan laci B5) Keadaan Peralatan 10. Menyusun alat tulis dengan kemas dan teratur di atas meja/dulang (tray)/dalam laci. 11. Memastikan semua peralatan dalam keadaan baik dan boleh digunakan. 12. Memastikan tanda/label bersesuaian bagi barang yang disimpan di dalam ruang tertentu/ laci. 13. Memastikan semua peralatan bebas daripada debu, bersih dan kemas. 14. Mempamerkan tatacara penggunaan untuk peralatan guna sama (yang bersesuaian). 15. Mempamerkan arahan/notis bagi memastikan peralatan disusun kemas. B6) Pelabelan dan Papan Tanda/Tanda Arah 16. Menyediakan tanda nama pegawai/kakitangan pada bilik atau kubikel yang seragam. 17. Menyediakan label yang bersesuaian dan seragam bagi menunjukkan seksyen/unit. 18. Menggunakan papan tanda/tanda arah dengan tulisan yang sesuai, jelas dan mudah dibaca. 19. Meletakkan papan tanda/tanda arah pada kedudukan strategik dan mudah dilihat.
Garis Panduan Pelaksanaan EKSA INTAN Kampus Sabah 24 KOMPONEN B: RUANG TEMPAT KERJA/PEJABAT B7) Perhiasan 20. Menyediakan perhiasan yang minimum dan selaras dengan imej korporat. 21. Memastikan perhiasan yang digunakan tidak berdebu dan dalam keadaan baik. B8) Keperluan Umum 22. Menyedia dan memaparkan pelan lantai di bilik/ruang guna sama yang mudah dilihat. 23. Menyedia dan memaparkan pelan lampu di bilik/ruang guna sama yang mudah dilihat (sekiranya melebihi dua suis). 24. Memaparkan Senarai Aset Alih Kerajaan (KEW.PA-7) di semua bilik/ruang. 25. Melantik Pegawai Bertanggungjawab atau Person in Charge (PIC) bagi setiap ruang/bilik guna sama berserta nombor telefon untuk dihubungi. 26. Menyedia dan memaparkan etika/tatacara penggunaan bilik guna sama dengan jelas. 27. Merencanakan inisiatif/tindakan proaktif pembaikan sekiranya berlaku kerosakan dengan segera (jika ada). B9) Ruang Kerja (Meja Kerja/Kubikel Kerja) 28. Memastikan meja kerja kemas dan peralatan disusun dengan baik. 29. Menyediakan perhiasan yang minimum dan selaras dengan imej korporat. B10) Ruang Kerja (Bilik Pegawai) 30. Memastikan meja kerja kemas dan peralatan disusun dengan baik. 31. Memastikan susunan perabot kemas. 32. Menyediakan perhiasan yang minimum dan selaras dengan imej korporat.
Garis Panduan Pelaksanaan EKSA INTAN Kampus Sabah 25 KOMPONEN B: RUANG TEMPAT KERJA/PEJABAT B11) Stor Peralatan Pejabat/Stor Bahan Kering/Stor Peralatan Teknikal 33. Memastikan stor memenuhi kriteria yang berikut: i. Bersih; ii. Tidak berdebu; iii. Susunan kemas dan teratur 34. Menyediakan sistem rekod inventori yang jelas dan teratur bagi memudahkan capaian barangan dengan cepat dan pantas. 35. Menyediakan label pada setiap ruang letak barang/bahan. 36. Menyediakan etika penggunaan dan peraturan pengambilan barangan dari stor untuk dipatuhi warga kerja. 37. Menyediakan kad inventori stok dengan maklumat yang sentiasa dikemas kini. 38. Memastikan tiada bahan/ peralatan yang tidak diperlukan turut disimpan di dalam stor. 39. Menyediakan penanda aras minimum barang dalam stor. Ruang Penyimpanan Peralatan Sajian/ Ruang Penyimpanan Bankuet 40. Menyediakan buku daftar pergerakan peralatan bagi Bilik Ruang Penyimpanan Peralatan Sajian/ Bilik Ruang Penyimpanan Bankuet.
Garis Panduan Pelaksanaan EKSA INTAN Kampus Sabah 26 KOMPONEN B: RUANG TEMPAT KERJA/PEJABAT B12) Bilik Fail 41. Memastikan bilik fail memenuhi kriteria yang berikut: i. Bersih ii. Tidak berdebu iii. Tersusun iv. Kemas 42. Memastikan peralatan, kabinet dan rak berada dalam keadaan teratur, baik dan kemas. 43. Memastikan fail disusun kemas dengan teknik susunan yang berkesan bagi memudahkan carian/capaian dalam tempoh 30 saat. 44. Menyediakan senarai indeks dan nombor fail. 45. Menyediakan label yang jelas dan mudah dilihat pada setiap fail/ dokumen yang mengandungi: i. Tajuk fail ii. Nombor susunan fail 46. Menyediakan sistem kawalan dan pergerakan fail untuk semua kategori fail aktif/fail tidak aktif/fail tutup. B13) Bilik Cetak 47. Memastikan bilik cetak memenuhi kriteria yang berikut: i. Bersih ii. Tidak berdebu iii. Tersusun iv. Kemas v. Selamat 48. Memastikan peralatan, kabinet dan rak berada dalam keadaan teratur, baik dan kemas. B14) Bilik Pemandu 49. Memastikan meja kerja kemas, bersih dan peralatan disusun dengan baik. 50. Menyediakan perhiasan yang minimum dan selaras dengan imej korporat.
Garis Panduan Pelaksanaan EKSA INTAN Kampus Sabah 27 KOMPONEN B: RUANG TEMPAT KERJA/PEJABAT B15) Bilik Server/Bilik CCTV 51. Memastikan bilik server/terperingkat memenuhi kriteria yang berikut: i. Bersih ii. Tidak berdebu iii. Tersusun iv. Kemas v. Selamat
Garis Panduan Pelaksanaan EKSA INTAN Kampus Sabah 28 KOMPONEN C: TEMPAT UMUM C1) Lobi Utama/Ruang Hadapan 1. Memastikan persekitaran lobi utama/ruang hadapan sentiasa bersih, kemas, ceria dan selaras dengan imej korporat. 2. Mempamerkan maklumat korporat berkaitan agensi yang terkini dan maklumat pengurusan atasan. 3. Menyediakan perkara seperti yang berikut di lobi utama (jika ada): i. Buku kedatangan pelawat ii. Direktori pegawai iii. Sudut informasi untuk pelanggan iv. Perhiasan yang bersesuaian dengan imej korporat C2) Kaunter Utama 4. Memastikan kaunter utama berimej korporat. 5. Memastikan kaunter sentiasa bersih, kemas dan ceria. 6. Memastikan usaha-usaha delighting the customer seperti persekitaran yang kondusif dan kemudahan sokongan dilaksanakan. 7. Menyediakan perkhidmatan yang mesra pelanggan. C3) Ruang Menunggu 8. Menyedia dan memastikan sofa/tempat duduk dan bahan bacaan dalam keadaan baik, bersih, teratur dan ceria selaras dengan imej korporat. 9. Memastikan semua peralatan dan hiasan dalam keadaan bersih, kemas dan teratur. 10. Menyediakan tong sampah yang bersesuaian dan mencukupi (sekiranya perlu). C4) Laluan Utama/Koridor 11. Memastikan susunan peralatan atau hiasan sepanjang laluan kemas, bersih dan teratur.
Garis Panduan Pelaksanaan EKSA INTAN Kampus Sabah 29 KOMPONEN C: TEMPAT UMUM 12. Memastikan tiada halangan di semua laluan dan pintu kecemasan. C5) Bilik Mesyuarat 13. Memastikan semua peralatan seperti kerusi, meja, mikrofon, skrin komputer, projektor berada dalam keadaan baik. 14. Memastikan persekitaran bilik mesyuarat bersih, kemas dan selamat. C6) Perpustakaan 15. Memastikan ruang perpustakaan bersih, kemas dan teratur. 16. Menyediakan sistem susunan/capaian/label bahan bacaan yang memudahkan pelanggan. 17. Menyediakan sistem rekod kawalan untuk memudahkan pemantauan bahan bacaan. C7) Surau 18. Memastikan barang-barang/peralatan yang berikut dalam keadaan baik, boleh digunakan dan dalam keadaan bersih (jika ada): i. Telekung ii. Sejadah; dan iii. Penyidai 19. Menyediakan kemudahan berikut: i. Tanda arah kiblat ii. Rak menyimpan al-Quran dan bahan bacaan iii. Tempat letak/rak kasut iv. Selipar 20. Memastikan Al-Quran/bahan bacaan sentiasa kemas dan dalam keadaan baik. 21. Memastikan surau/bilik solat sentiasa bersih, teratur, kemas dan selesa. 22. Memastikan surau tidak berbau.
Garis Panduan Pelaksanaan EKSA INTAN Kampus Sabah 30 KOMPONEN C: TEMPAT UMUM 23. Memastikan tempat wuduk bersih. C8) Lif 24. Tidak Berkenaan. C9) Pantri 25. Memastikan peralatan berada dalam keadaan baik, tersusun dan boleh digunakan. 26. Memastikan pantri bersih, tidak berdebu dan dalam keadaan terurus. C10) Tandas 27. Memastikan persekitaran tandas bersih dan kering. 28. Memastikan bau tandas menyenangkan. 29. Memastikan peralatan tandas berfungsi dengan baik. 30. Memastikan pengudaraan tandas baik. 31. Memaparkan pemakluman seperti jadual tugas, etika dan peraturan penggunaan tandas. 32. Menyediakan peralatan tambahan seperti yang berikut (jika perlu): i. Cecair pencuci tangan ii. Tisu tangan iii. Bakul Sampah/Tong sanitari iv. Cermin muka v. Bahan pewangi 33. Memastikan tandas Orang Kurang Upaya (OKU) berfungsi dengan baik.
Garis Panduan Pelaksanaan EKSA INTAN Kampus Sabah 31 KOMPONEN D: KESELAMATAN PERSEKITARAN D1) Pelan Tindakan Kecemasan 1. Menyediakan Pelan Tindakan Kecemasan yang mengandungi: i. Arahan keselamatan ii. Latihan pengungsian bangunan, Latihan Kebakaran (fire-drill) iii. Tanda Amaran iv. Pelan laluan kecemasan dan tempat berkumpul v. Tanda arah laluan kecemasan. 2. Menyediakan lampu kecemasan yang mudah dilihat, berfungsi dengan baik. D2) Pendawaian/Kabel 3. Memastikan pendawaian elektrik/telefon/ kabel komputer/mesin/peralatan dalam keadaan kemas, teratur dan selamat. 4. Memastikan plag yang melebihi dua, dilabelkan mengikut kesesuaian peralatan elektrik yang digunakan. D3) Peralatan Pencegahan Kebakaran 5. Memastikan alat pemadam api menepati kriteria yang berikut: i. Penyelenggaraan secara berkala ii. Mempunyai tatacara penggunaan iii. Berkeadaan bersih iv. Diletakkan di tempat yang sesuai dan mudah dicapai 6. Memastikan gelung hos pemadam api disediakan dan boleh digunakan. 7. Memastikan pili bomba tidak dihalang dan dalam keadaan baik D4) Laluan/Tangga Kecemasan 8. Memastikan pintu rintangan api sentiasa ditutup. 9. Memaparkan tanda arah KELUAR dengan jelas. 10. Memastikan tiada halangan di laluan/tangga/pintu kecemasan.
Garis Panduan Pelaksanaan EKSA INTAN Kampus Sabah 32 KOMPONEN D: KESELAMATAN PERSEKITARAN D5) Kunci 11. Memastikan anak kunci dilabelkan/ditanda dan memenuhi tatacara keselamatan. 12. Memastikan anak kunci disimpan di dalam ruang penyimpanan yang selamat. 13. Memastikan senarai anak kunci disimpan dengan selamat oleh pegawai bertanggungjawab. 14. Menyediakan buku log peminjaman kunci dan dikemas kini.
Garis Panduan Pelaksanaan EKSA INTAN Kampus Sabah 33 KOMPONEN E1: AGENSI MEMPUNYAI BANGUNAN DAN KAWASAN SENDIRI E) Kawasan Persekitaran Jabatan 1. Menyediakan tempat meletak kenderaan yang sesuai untuk pekerja, pelawat dan OKU. 2. Menyediakan tanda/garisan yang jelas di antara lot-lot tempat letak kenderaan yang disediakan. 3. Menyediakan tunjuk arah laluan pelawat yang jelas. 4. Memastikan kawasan persekitaran dalam keadaan baik dan bersih. 5. Memastikan lampu jalan berfungsi dan dalam keadaan baik. 6. Memastikan jalan tidak berlubang dan dalam keadaan baik. 7. Memastikan taman permainan dan peralatan di taman permainan dalam keadaan baik dan boleh digunakan (jika ada). 8. Menyediakan sistem kawalan laluan yang berkesan. 9. Memastikan tanaman/pokok dijaga rapi dan tiada pokok rosak/mati di sekitar kawasan. 10. Memastikan kawasan berumput bersih dan rumput tidak dibiarkan panjang. 11. Menyediakan tong/bakul sampah yang bersesuaian dan mencukupi. 12. Memastikan kawasan/tong pengumpulan sampah bersih, tidak berbau dan diuruskan dengan baik. 13. Memastikan pondok pengawal dalam keadaan baik dan bersih.
Garis Panduan Pelaksanaan EKSA INTAN Kampus Sabah 34 KOMPONEN F: KHUSUS F1) Bilik Kuliah/Bilik Latihan/Bilik Perbincangan 1. Memastikan persekitaran bilik bersih, kemas dan selamat. 2. Memastikan semua peralatan dilabelkan dengan betul, disusun dengan kemas dan berada dalam keadaan baik. 3. Memastikan maklumat yang dipaparkan dalam keadaan baik dan terkini (jika ada). F2) Dewan Seminar/Dewan Serbaguna/Auditorium 4. Memastikan persekitaran dewan seminar/dewan serbaguna/auditorium bersih, kemas dan selamat. 5. Memastikan semua peralatan dilabelkan dengan betul, disusun dengan kemas dan berada dalam keadaan baik. 6. Memastikan maklumat yang dipaparkan dalam keadaan baik dan terkini (jika ada). F3) Dewan Makan/Kafeteria 7. Memastikan persekitaran dewan makan/kafeteria bersih, kemas dan selamat. 8. Memastikan semua peralatan dilabelkan dengan betul, disusun dengan kemas dan berada dalam keadaan baik. 9. Memastikan susunan perabot kemas. F4) Garaj 10. Memastikan persekitaran garaj bersih, kemas dan selamat. F5) Premis Perniagaan 11. Tidak berkaitan F6) Bilik Hadanah/Taska 12. Tidak berkaitan
Garis Panduan Pelaksanaan EKSA INTAN Kampus Sabah 35 KOMPONEN F: KHUSUS F7) Asrama 13. Memastikan persekitaran asrama bersih, kemas dan selamat. 14. Memastikan semua peralatan dilabelkan dengan betul, disusun dengan kemas dan berada dalam keadaan baik. 15. Memastikan susunan perabot kemas. F8) Bilik Rehat/Bilik Penyusuan/Bilik Orang Kurang Upaya (OKU)/Bilik Rekreasi/Bilik Terapi Cempaka/Bilik Media/Mini Studio/Galeri 16. Memastikan persekitaran bilik bersih, kemas dan selamat. 17. Memastikan semua peralatan/perabot berada dalam keadaan baik dan tersusun. F9) Padang 18. Memastikan kawasan padang bersih dan dalam keadaan baik. 19. Memastikan rumput di kawasan padang diselenggara dengan baik. F10) Kolam Renang 20. Tidak berkaitan. F11) Gelanggang 21. Memastikan kawasan gelanggang, dalam keadaan bersih, baik dan selamat digunakan. 22. Menyediakan dan memaparkan peraturan/etika penggunaan gelanggang. 23. Memastikan semua peralatan dilabelkan dengan betul, disusun dengan kemas dan berada dalam keadaan baik. F12) Gimnasium 24. Memastikan kawasan gimnasium bersih dan dalam keadaan baik. 25. Memastikan peralatan gimnasium berada dalam keadaan bersih, tersusun dan selamat digunakan. F13) Rumah Kayak 26. Memastikan kawasan persekitaran bersih, kemas dan selamat.
Garis Panduan Pelaksanaan EKSA INTAN Kampus Sabah 36 KOMPONEN F: KHUSUS 27. Memastikan semua peralatan berada dalam keadaan baik dan tersusun.
Garis Panduan Pelaksanaan EKSA INTAN Kampus Sabah 37
Garis Panduan Pelaksanaan EKSA INTAN Kampus Sabah 38
Garis Panduan Pelaksanaan EKSA INTAN Kampus Sabah 39
Garis Panduan Pelaksanaan EKSA INTAN Kampus Sabah 40 JK PROMOSI PENAUNG PENGERUSI FASILITATOR SETIAUSAHA JK AUDIT JK LATIHAN ZON ZON ZON ZON
Garis Panduan Pelaksanaan EKSA INTAN Kampus Sabah 41
Garis Panduan Pelaksanaan EKSA INTAN Kampus Sabah 42
Garis Panduan Pelaksanaan EKSA INTAN Kampus Sabah 43
Garis Panduan Pelaksanaan EKSA INTAN Kampus Sabah 44
Garis Panduan Pelaksanaan EKSA INTAN Kampus Sabah 45 ANALISIS PENJIMATAN EKSA INTAN SABAH 01) Eksa Intan Sabah telah menjalankan program kreativiti dan inovasi yang merangkumi 4 zon dalam jabatan. Program ini menggunakan bahan terpakai . a) Kos/sumber: Tiada kos kerana menggunakan bahan buangan contohnya dari kotak kertas A4 dan tayar kereta terpakai. b) Tempat: Setiap ruang pejabat merangkumi 4 zon Eksa. c) Zon Aquamarine: Menggunakan kertas surat khabar dan batang kayu aiskrim bagi ruang penyimpanan kunci penginapan bilik asrama. d) Zon Nilam: Menggunakan kotak terpakai untuk pelbagai kegunaan kitar semula mengikut kumpulan contohnya pengasingan kertas, botol dan sisa. e) Zon Amber: Menggunakan kotak kertas A4. Contohnya digunakan untuk tempat ruang penyimpanan kasut. f) Zon Firus: Menggunakan tayar terpakai dan batang paip PVC untuk meja hiasan. Zon Aquamarine Zon Nilam Zon Firus Zon Amber
Garis Panduan Pelaksanaan EKSA INTAN Kampus Sabah 46 02) Dasar Pengurusan Rekod EKSA Secara Elektronik Penggunaan Teknologi E- Dokumentasi dalam Eksa juga dilihat sangat dapat menjimatkan penggunaan kertas dan toner. Semua data Eksa telah dimasukkan dalam google drive dan ia sangat memudahkan pengguna. a) Kos/Sumber : Tiada kos kerana mengunakan sistem DDMS dan Google Drive b) Masa : Capaian dan penggunaan rekod menjadi sangat mudah kerana boleh dicapai di mana sahaja berada sama ada ketika berada di pejabat atau luar waktu pejabat 03) Penggunaan Sistem Lampu Auto On (Switch Masa) Memperkenalkan lampu yang telah diset secara automatik mengikut jam. Kawasan pertama telah dibuat di kawasan Surau Intan Sabah. a) Masa : Penggunaan Mode 1 dan Mode 2 jam penggunaan masa . Mode 1 switch masa bermula jam 6 petang 9 mlm dan Mode 2 switch masa bermula 4 pagi hingga 6 pagi. Kaedah ini sangat berguna kerana memudahkan pengaturan masa secara automatik disamping mengelakkan waktu pembaziran penggunaan lampu dalam tempoh waktu yang lama 04) Pengunaan Lampu LED/Diod Pemancar Cahaya Pengunaan lampu LED juga telah mula dibuat disesetengah kawasan ruang pejabat Intan sabah. Dapat dilihat melalui kajian pengunaan lampu jenis LED sangat menjimatkan wang dalam jangka panjang kerana kos penggunaannya . a) Kos/sumber: Penggunaan lampu LED dapat mengurangkan 75% pengunaan elektrik berbanding lampu biasa b) Kelebihan adalah seperti yang berikut: Penggunaan kuasa yang rendah, jangka hayat yang lama( 8 kali lebih lama) dan lampu mesra alam Tidak mengandungi gas berbahaya dan sangat mesra alam
Garis Panduan Pelaksanaan EKSA INTAN Kampus Sabah 47 Lampu LED tidak mempunyai sinaran UV dan secara langsung tidak merosakkan kulit Penggunaan sangat mudah dijaga ,tidak berkelip seperti lampu kalimantang dan tidak menarik perhatian serangga Penggunaan lampu LED tidak mudah terbakar