Panduan
PENDIDIKAN
RM
PENCEGAHAN
RASU AH
di Sekolah
Suruhanjaya
Pencegahan
Rasuah
Malaysia
Panduan Pendidikan Pencegahan Rasuah
di Sekolah
SPRM UPSI
Terbitan
BAHAGIAN PENDIDIKAN MASYARAKAT
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Tel : 603 8870 0000
Faks : 603 8870 0901
Emel : [email protected]
SMS : 019-6000 696
@ HAK CIPTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
Semua hak terpelihara. Tiada mana-mana bahagian daripada
penerbitan ini boleh diterbitkan semula atau disimpan dalam bentuk
yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk
dengan apa jua cara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan/atau
sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia.
Cetakan pertama : November 2017
Cetakan kedua : Oktober 2020
ISBN 978-967-5459-15-3
Kandungan
Prakata
BAB 1: Pengenalan kepada rasuah 1
• Latar belakang
• Jenis-jenis rasuah
• Ciri-ciri rasuah
• Punca-punca rasuah
• Kesan jenayah rasuah
• Rumusan
• Aktiviti pengajaran
BAB 2: Rasuah: Apa yang perlu anda tahu? 23
• Asal usul perkataan rasuah
• Definisi rasuah
• Nama-nama lain rasuah
• Bentuk-bentuk rasuah
• Rumusan
• Aktiviti pengajaran
BAB 3: Kesalahan rasuah menurut Akta SPRM 2009 39
• Akta SPRM 2009
• Kesalahan meminta dan menerima suapan
• Kesalahan menawarkan dan memberi suapan
• Kesalahan membuat tuntutan palsu
• Kesalahan salah guna kuasa oleh pegawai
awam
• Hukuman bagi kesalahan rasuah
• Bagaimana melapor jenayah rasuah?
• Rumusan
• Aktiviti pengajaran
Kandungan
BAB 4: Penerapan nilai murni untuk mencegah rasuah 71
• Jenayah rasuah daripada perspektif Islam
• Jenayah rasuah daripada perspektif Kristian
• Jenayah rasuah daripada perspektif Buddha
• Konsep nilai keperibadian dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan
• Nilai murni untuk mencegah rasuah
• Langkah pencegahan jenayah rasuah
menerusi amalan nilai murni
• Rumusan
• Aktiviti pengajaran
BAB 5: Contoh kes rasuah sebenar melibatkan 89
warga pendidik dan pelajar
• Rasuah melibatkan warga pendidik
• Rasuah melibatkan pelajar
• Rumusan
• Aktiviti pengajaran
BAB 6: Koleksi soalan kuiz antirasuah 105
BAB 7: Aktiviti tambahan 129
PRAKATA
Rasuah berlaku bukan kerana faktor bangsa,
agama atau ideologi politik. Rasuah berlaku kerana
ketiadaan integriti dalam diri individu itu sendiri.
Masyarakat mesti berubah daripada toleransi
rasuah kepada tidak bertoleransi terhadap
sebarang bentuk jenayah itu. Malah, pelaku rasuah
juga mesti diperangi dan dibenci.
Usaha membanteras rasuah merupakan
tanggungjawab bersama. Tanggungjawab tersebut
tidak boleh hanya dibebankan sepenuhnya ke atas
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pendidikan pencegahan rasuah merupakan langkah
penting dan usaha ini mesti bermula seawal alam
persekolahan.
Pendidikan pencegahan rasuah di peringkat
sekolah bermula pada tahun 1998 melalui Surat
Pekeliling Ikhtisas Bilangan 17 Tahun 1998 yang
dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM). Surat ini menyatakan persetujuan KPM
untuk memasukkan elemen pencegahan rasuah
dalam kurikulum sekolah dan institut pengajian
tinggi awam. Perkara ini seperti mana diputuskan
oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai
Keutuhan Pengurusan Kerajaan Bilangan 2 Tahun
1998.
Berdasarkan Akta Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia 2009, kesalahan rasuah bukan
hanya melibatkan pemberian atau penerimaan
suapan sahaja. Para pendidik yang perlu
menerapkan elemen pencegahan rasuah dalam
pengajaran mereka perlu memiliki pengetahuan,
kefahaman dan kemahiran yang baik berhubung
perkara ini.
Justeru, penerbitan buku Panduan Pendidikan
Pencegahan Rasuah di Sekolah (PPPRS) dapat
dijadikan sebagai panduan kepada guru-
guru untuk memahami isu-isu rasuah, sebelum
menyampaikannya kepada murid-murid mereka.
Secara khususnya, dua objektif utama buku
PPPRS adalah:
i. memberi pemahaman kepada guru
mengenai kesalahan rasuah, punca-punca
dan langkah pencegahan; dan
ii. menyediakan panduan dan bantuan
kepada guru-guru dalam menerapkan
elemen pencegahan rasuah semasa sesi
pengajaran mereka.
Buku ini diharapkan dapat memberi manfaat
kepada pembaca terutamanya guru-guru.
Dengan adanya buku ini, penerapan elemen
pencegahan rasuah di sekolah oleh guru-guru
dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Sekian.
PENERBIT
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Universiti Pendidikan Sultan Idris
1BAB
PENGENALAN
KEPADA RASUAH
1
2
HASIL
PEMBELAJARAN
***
01 Mengenal pasti latar
belakang jenayah
rasuah
02 Mengenal pasti jenis
rasuah
03 Mengenal pasti
punca jenayah rasuah
04 Mengenal pasti kesan
jenayah rasuah
3
LATAR BELAKANG
Jenayah rasuah merupakan ancaman utama kepada kita.
Gejala rasuah yang tidak dibendung akan membawa
malapetaka kepada sesebuah negara. Banyak contoh negara
yang bergolak dan akhirnya musnah kerana jenayah keji ini.
Empayar Rom, Empayar Uthmaniah dan Dinasti Ming
yang tidak terurus pentadbirannya menyebabkan tentera
dan kakitangan awamnya terpaksa mengamalkan rasuah
sehingga akhirnya hancur. Demikian juga dengan kisah
kejatuhan Kerajaan Nasionalis Chiang Kai-Shek di China,
Richard Nixon di Amerika, Marcos di Filipina dan Presiden
Mobuto di Zaire yang tumbang kerana gejala yang sama.
Kegiatan rasuah di negara kita berlaku sejak zaman
Kesultanan Melayu Melaka lagi. Sifat tamak, dendam, iri hati
dan perebutan kuasa dalam kalangan raja dan pembesar-
pembesarnya, sehingga sanggup menjual prinsip, maruah
serta harga diri. Kerana rasuah, mereka sanggup memberikan
maklumat sulit kepada Portugis, menyebabkan kejatuhan
empayar Kesultanan Melayu Melaka.
Agenda membanteras rasuah mesti dipikul oleh semua
pihak. Rasuah mesti dianggap musuh nombor satu negara.
Jenayah keji ini wajib diperangi habis-habisan.
Bab ini akan memberikan maklumat asas mengenai jenis-
jenis rasuah, punca rasuah berlaku dan kesan rasuah kepada
kita semua. Semoga maklumat ini dapat membuka minda kita
untuk bersama-sama membanteras jenayah ini.
4
TAHUKAH ANDA?
01 Setiap tahun, dianggarkan nilai
kerugian yang ditanggung akibat
rasuah adalah 5% daripada Keluaran
Dalam Negara Kasar (GDP) dunia.
Jumlah ini bersamaan USD2.6 trilion.
4
02 Setiap tahun, dianggarkan sejumlah
USD1 trilion rasuah dibayar untuk
pelbagai tujuan.
03 Di seluruh dunia, rasuah
menyebabkan penambahan 10%
kepada kos untuk menjalankan
perniagaan.
Sumber:
International Chamber of Commerce
dan Transparency International
5
JENIS
1 RASUAH BERSIFAT TRANSAKSI
Transactive corruption
Perbuatan yang dilakukan secara bersama-sama
(timbal-balik) antara pemberi dan penerima
rasuah demi keuntungan kedua-dua pihak.
2 RASUAH BERSIFAT PEMERASAN
Extortive corruption
Apabila seseorang itu secara paksa diminta
atau dikehendaki memberi rasuah kepada satu
pihak lain bagi mengelakkan sebarang kerugian
yang bakal menimpa dirinya atau menyebabkan
kepentingannya tergugat.
3 RASUAH BERSIFAT PELABURAN
Investive corruption
Pemberian wang, hadiah atau barangan kepada
seseorang demi keuntungan atau kepentingan
si pemberi rasuah pada masa akan datang.
3 RASUAH BERSIFAT MEMPERTAHANKAN DIRI
Defensive corruption
Rasuah dilakukan oleh seseorang yang berada
dalam keadaan terdesak. Contohnya, rasuah
diberi bagi mengelakkan sebarang tindakan,
tuduhan atau hukuman yang akan dikenakan.
6
RASUAH
5 RASUAH BERSIFAT NEPOTISME
Nepotistic corruption
Perbuatan pilih kasih melibatkan rakan, keluarga
atau saudara mara untuk memegang sesuatu
jawatan dalam organisasi. Seterusnya, individu
terbabit bertindak meluluskan sesuatu projek
yang akan menguntungkan diri sendiri, rakan,
keluarga dan saudara mara, walaupun perkara
itu bertentangan dengan peraturan dalam
sesebuah organisasi.
6 RASUAH BERSIFAT ANTEGENIK
Antegenic corruption
Bentuk rasuah yang tidak melibatkan orang
lain dan pelakunya hanya seorang sahaja.
Contohnya, kesalahan rasuah dalam bentuk
mengemukakan tuntutan palsu.
7 RASUAH BERSIFAT SOKONGAN
Supportive corruption
Perlakuan subahat dengan tidak mengambil
tindakan, tidak ambil kisah atau tidak
peduli terhadap kesalahan rasuah atau
penyelewengan yang dilakukan oleh pegawai
atau kakitangan terlibat. Malah, kumpulan yang
terlibat menindas pegawai atau kakitangan yang
tidak mahu terlibat dalam perbuatan rasuah.
7
CIRI-CIRI
MELIBATKAN DUA PIHAK MELIBATKAN
(PEMBERI DAN PENERIMA) PENYALAHGUNAAN
Pemberi - individu JAWATAN
yang memberi suapan Jawatan, kuasa
atau kedudukan
berbentuk wang,
hadiah, ganjaran atau disalah guna
untuk kepentingan
barangan berharga peribadi, saudara
untuk tujuan tertentu. mara dan kenalan.
Penerima - individu
yang meminta dan
menerima suapan
untuk melakukan
sesuatu perkara.
MEMBAWA KEUNTUNGAN
Perbuatan rasuah dilakukan untuk
mendapat keuntungan peribadi secara
salah kepada pihak terlibat. Rasuah
menguntungkan kedua-dua belah pihak
sama ada si pemberi atau penerima.
8
RASUAH
KEWUJUDAN PELUANG SUKA SAMA SUKA
Peluang wujud apabila Pemberi dan
terdapat kelemahan penerima rasuah
sistem dan prosedur mempunyai
dalam sesuatu urusan kata sepakat
atau pentadbiran. dalam mencapai
Kelemahan tersebut matlamat masing-
digunakan oleh masing. Tiada
individu terlibat untuk pihak yang rugi
melakukan rasuah dan dalam transaksi
salah guna kuasa. rasuah.
RAHSIA
Perbuatan rasuah dilakukan untuk
mendapat keuntungan peribadi secara
salah kepada pihak terlibat. Rasuah
menguntungkan kedua-dua belah pihak
sama ada si pemberi atau penerima.
9
PUNCA-PUNCA
01Ingin hidup mewah
Suka bermegah-
02megah dan berlagak
Tiada penyeliaan
03pegawai atasan
Menggunakan alasan 04
sosial dan budaya untuk
melakukan rasuah
Tiada komitmen 05
kepimpinan dalam
mencegah rasuah
dalam organisasi
10
10
RASUAH
06 Tiada keiltizaman
pemimpin politik
07 Birokrasi dalam
pentadbiran
08 Tiada penghayatan
agama dan nilai-nilai
murni
09 Kelemahan sistem dan
prosedur yang membuka
ruang kepada rasuah
10 Masalah kewangan dan
tekanan hidup
11
11
KESAN JENAYAH
01 02
Padah kepada pelaku Menjejaskan pelaburan
rasuah dan keluarga asing dalam negara
Jika sabit kesalahan di Pelabur asing tidak akan
mahkamah, pelaku rasuah boleh membuat pelaburan di negara
dipenjara dan didenda. Pelaku yang mempunyai masalah
rasuah juga akan menerima akibat rasuah yang serius. Keadaan
lain seperti hilang pekerjaan, ini menjejaskan ekonomi dan
maruah diri dan kepercayaan pembangunan negara.
masyarakat. Kesan tersebut turut
dirasai oleh keluarga mereka. 04
03 Mengancam keselamatan
negara
Pengaliran wang ke luar
negara Amalan rasuah dalam kalangan
penjawat awam dan penguat
Keadaan ini disebabkan pelaku kuasa menyebabkan pintu masuk
rasuah merasa tidak selamat sempadan ‘bocor’ sehingga
menyimpan wang di dalam berlaku penyeludupan dadah
negara. Oleh sebab itu, hasil dan senjata api ke dalam negara.
rasuah cuba disembunyikan di Rasuah juga menyebabkan
luar negara bagi mengelakkan aktiviti perjudian, kongsi gelap
tindakan pihak berkuasa. dan sebagainya berleluasa.
05 06
Membahayakan Menjejaskan kecekapan
keselamatan pentadbiran
Kontraktor yang mendapat Pekerja yang menerima rasuah
sesuatu projek pembinaan akan sengaja melengahkan
melalui rasuah, mungkin tidak tugasnya untuk mendapatkan
berupaya membina bangunan habuan tertentu.
yang berkualiti. Akhirnya akan
membahayakan nyawa orang
ramai.
12
RASUAH
07 08
Menggalakkan jenayah Mencetuskan pergolakan
lain berlaku sosial
Amalan rasuah terutama Rasuah boleh mengakibatkan
oleh penguat kuasa boleh tercetusnya pergolakan sosial
menggalakkan berlakunya dan rusuhan dalam negara.
jenayah lain. Contohnya, Senario ini berlaku apabila
tindakan seorang penguat kuasa rakyat berasa kecewa kerana
yang melepaskan pendatang ditindas dan ditipu. Pemerintah
asing tanpa izin (PATI) boleh yang rasuah sudah pasti tidak
menyebabkan berlaku jenayah mendapat sokongan dan akan
lain seperti penyeludupan ditentang oleh rakyat.
manusia dan pemalsuan
dokumen pengenalan diri.
09 10
Jurang ekonomi rakyat Meningkatkan kos
Jenayah rasuah melebarkan Amalan rasuah akan
jurang ekonomi antara golongan meningkatkan harga barangan
miskin dan kaya. Golongan kaya atau perkhidmatan. Segala
menggunakan jalan rasuah untuk pembayaran suapan oleh
memastikan mereka mendapat peniaga akan menjadi kos
sesuatu projek, walaupun perniagaan. Kos tersebut akan
mereka tidak layak. Keadaan diserap dalam harga barang
ini menimbulkan ketidakadilan atau perkhidmatan. Seterusnya
ekonomi rakyat dan menindas menyebabkan harga barang
mereka yang tidak mempunyai atau perkhidmatan menjadi lebih
sumber kewangan yang banyak. mahal.
13
RUMUSAN
1. Rasuah merupakan jenayah berat yang mampu
membinasakan sesebuah negara.
2. Secara umumnya, rasuah boleh dibahagikan kepada
tujuh jenis iaitu:
►►rasuah bersifat transaksi;
►►rasuah bersifat pemerasan;
►►rasuah bersifat pelaburan;
►►rasuah bersifat mempertahankan diri;
►►rasuah bersifat nepotisme;
►►rasuah bersifat antegenik; dan
►►rasuah bersifat sokongan.
3. Faktor berlaku rasuah antaranya adalah kurang
penghayatan nilai murni, kurang penyeliaan pegawai
atasan, birokrasi dalam pentadbiran, kelemahan
kepimpinan, kelemahan sistem dan prosedur, amalan
sosial budaya, tiada keiltizaman politik, ingin hidup
mewah dan hidup suka bermegah.
4. Jenayah rasuah mendatangkan kesan buruk kepada
individu dan keluarga yang terlibat, membantutkan
ekonomi negara, mengancam keselamatan negara
dan menggalakkan berlakunya jenayah lain.
5. Rakyat yang sayangkan negara mesti sentiasa
berintegriti dan menjauhkan diri daripada perbuatan
rasuah.
6. Memerangi jenayah rasuah adalah tugas dan
tanggungjawab setiap rakyat Malaysia.
14
AKTIVITI PENGAJARAN
Permainan Mencari Perkataan Tersembunyi
Pelaksanaan aktiviti adalah seperti berikut:
Aktiviti Masa / Tempat Pelaksanaan Keperluan
Tempoh
Guru
mengedarkan
borang mencari
perkataan
tersembunyi
kepada murid.
Mencari 5 minit Dalam Murid Borang
perkataan kelas dikehendaki mencari
tersembunyi perkataan
mencari tersembunyi
perkataan-
perkataan yang
berada antara
huruf-huruf.
Masa 5 minit
ditetapkan.
Murid yang
berjaya
menamatkan
pencarian paling
awal dikira
pemenang.
15
AKTIVITI PENGAJARAN
Permainan Mencari Perkataan Tersembunyi
(SET 1)
DENDA DISKAUN HADIAH
HUKUMAN MEMBERI MENERIMA
PENJARA TAMAK WANG
16
AKTIVITI PENGAJARAN
Permainan Mencari Perkataan Tersembunyi
(JAWAPAN)
DENDA DISKAUN HADIAH
HUKUMAN MEMBERI MENERIMA
PENJARA TAMAK WANG
17
AKTIVITI PENGAJARAN
Permainan Mencari Perkataan Tersembunyi
(SET 2)
BONUS DENDA DISKAUN HADIAH
HALOBA HARAM HUKUMAN MEMBER
MENERIMA PENJARA RASUAH SAKSI
SPRM TAMAK UPAH WANG
18
AKTIVITI PENGAJARAN
Permainan Mencari Perkataan Tersembunyi
(JAWAPAN)
BONUS DENDA DISKAUN HADIAH
HALOBA HARAM HUKUMAN MEMBER
MENERIMA PENJARA RASUAH SAKSI
SPRM TAMAK UPAH WANG
Z N R H K T E WA F L I D ON
X B F T A W B M T M X S MW J
Y F X MA R A J N E P U F A Q
N R AN V B A V HMY QB X T
J K G P K MA MA B O L A H O
C Z WV WY E O I E Z B Y P J
R X H MWC P D D R L F F U H
MD Z D W I L A A I E K F I Y
GY H S U S E S H X S N T NQ
J HUGP K U X E B X K E AP
Y E L R AADN E D R F AMF
E E MU H S K Y OZ E GY U X
Y QX B T NMP H B Q F N K N
R L D U Z NGU D X WY X U A
H P J P V E H B Z N D WV H R
19
AKTIVITI PENGAJARAN
Silang Kata Antirasuah
Pelaksanaan aktiviti adalah seperti berikut:
Masa / Tempat Pelaksanaan Keperluan
Tempoh
10 minit Dalam Setiap murid Borang teka
kelas diberi borang silang kata
teka silang kata
dan dikehendaki
menjawabnya.
20
AKTIVITI PENGAJARAN
Silang Kata Antirasuah
8
7
12
39
441 100
5
6
SMoeallianntasinlagng kata
Melin1ta. ngDi Malaysia, rasuah juga dikenali sebagai ................................. .
21.. NDai Mmaalasysiniag, kraastuaanh ajuggeandsikieynaanli gsebbaegratai n...g..g...u..n...g..j.a...w...a..b....m....e. m. banteras rasuah?
32.. ANmamina ssienogarakantganmaugerindsiyyaanngg bseerntatniagsgaunbgjearwcaabkmapembbeannaterr,ajsujruasrudaahl?am semua perkara
3. dAamninasmeoarannagh.mAurmidinyamngesruenptaiaksaanbesrecaokraapngbemnaur,rijdujuyradnaglam....s.e..m..u..a...p.e..r.k..a.r.a...d.an amanah.
4. HAmasinilmyearnugpadkaipnesreoolreahngmmeulraidluyiajnagla.n....r.a...s..u..a...h...a...d..a. .lah ....................... .
545... SRuSHuRnneaeaattoosssuuiururnlakaayganhnamghyngaaegpadnenapddgnldieaaplieaahnelbagprisiaoahhaalgeytktsuhaaeaun.cm.tngi.yul.e.t.a.u.l...an...n...lg..u.g.....i...j....ya........al..a........nn.......gb.r.t.a.ei.d.lsr..eaa..u..bkta....ihba.hkaetkaidrdneaaacltma.kihle.na..c.k.a.a.m.n..p..u.m.r.k.e.a..nn..c.a.a.ir.mdpaluarmkasnusuaiur ndtuaklammensdaupsaut
66..
Menegak
Mene3g.a k Orang yang tidak jujur dan tidak amanah akan di ..................masyarakat.
73.. O Amrarnagny,anbgetindadkajhujaurridaknotpidearkaasmi ansaehkoaklaahn dite...l.a..h......m...e...nmgagsyuanraakkaatn. wang koperasi
7. A .u.p......ne.ml...ir...tm.mr.u..a....k.e.an...l.i..,an...m...ka....bun...e.e..k...mv.na...i...dnd...b.a..ek..ekho..e..eal.irupr.kjainpae.tdtekupaaokrnapmnppdeyiahaaraaamisnskpeeiabinnhnesdgaerihkrvkkiau.oidrabPlaaseeephaorkrbakatuunpeuaalnaabtbathsauinllaaakimstnsauaeeypnansa.adegAabogsllruiiaealnaahnnadgtdskaidaielitaranusihk.ems.wPo.ee.ae.rom.na.rr.giab.nn.n.ugt.ag.ka.o.iry.ttap.aua.se.nn.ur.mg.aa.i.sh.et..iu...m...u.a.in.nd.t.tu.aa.k.l.a.r.am.h..se..tumi.dabahek.li
898... A
910. . AAllii smebealgaakiuskeaornankgeprejangtaawnapsasemkoelanhgthealarhampkeananhabnaAlabsuayna.ngAdliataadngallaewhast keeosraeknoglahy.ang
A ...l.i.m...e.m...in..t.a..d..u..a.bungkus nasi lemak daripada Abu jika namanya tidak mahu ditulis.
1P0. AleirsbeuabtangAabi useituordaianngggpaepnmgeamwinatsa .s..e..k..o...l.a..h....t.e..l.a. .h menahan Abu yang datang lewat
ke sekolah. Ali meminta dua bungkus nasi lemak daripada Abu jika namanya
tidak mahu ditulis. Perbuatan Abu itu dianggap meminta ...................... .
21
AKTIVITI PENGAJARAN
Silang Kata Antirasuah
(JAWAPAN)
22
2BAB
RASUAH: APA YANG
PERLU ANDA TAHU?
23
24
HASIL
PEMBELAJARAN
***
01 Memahami
definisi rasuah
02 Mengenal pasti
nama lain bagi rasuah.
03 Mengenal pasti
bentuk-bentuk rasuah
25
PERKASAATL-AUASUNL
RASUAHPerkataan
berasal daripada bahasa Arab
‘risywah’ iaitu kata terbitan daripada
kata dasar perkataan ‘rasya’, ‘yarsyu’
dan ‘rasywan’ yang membawa
maksud sogokan atau pujukan.
Perkataan CORRUPTION
pula berasal daripada bahasa Latin
‘curroptio’ iaitu daripada kata kerja
‘corrumpere’ yang membawa
maksud merosakkan dan berkecai.
26
DEFINISI RASUAH
Penerimaan atau pemberian suapan UMUM
sebagai dorongan untuk seseorang
itu melakukan atau tidak melakukan
sesuatu perbuatan yang berkaitan
dengan tugas rasminya.
WORLD Menyalah guna kedudukan awam
BANK untuk mendapat keuntungan peribadi.
Menyalah guna kuasa atau kedudukan UNITED
awam untuk mendapat faedah NATIONS
DEVELOPMENT
peribadi - melalui suapan, peras ugut, PROGRAMME
menggunakan pengaruh (influence-
peddling), nepotisme, penipuan,
duit pelincir (speed money) atau
penyelewengan.
TRANSPARENCY Kuasa yang diamanahkan disalah
INTERNATIONAL guna untuk mendapat faedah
peribadi. Perbuatan itu memberi
kemudaratan kepada rakyat yang
bergantung kepada integriti orang
yang diamanahkan kedudukan atau
kuasa tersebut.
27
RASUAHNAMA-NAMA LAIN
01 Sleaze (UK)
Perbuatan tidak jujur dan
tidak bermoral terutama
oleh penjawat awam.
Tangentopoli (Itali) 02
Perbuatan rasuah dalam
sistem politik Itali yang
terbongkar sekitar tahun
90-an.
03 Les Affaires
(Perancis)
Transaksi haram
dalam perniagaan.
Black Mist (Jepun)
Merujuk kepada skandal 04
mengatur perlawanan 05 Kopi Lui (Hokkien)
dalam liga profesional Duit minum kopi.
besbol Jepun yang
berlaku antara tahun 1969
dan 1971.
Air Supply (Uganda) 06
Pembayaran yang
dibuat walaupun barang
tidak dibekalkan atau
perkhidmatan tidak
diberikan.
28
RASUAHNAMA-NAMA LAIN
07 Than Wu (China)
‘Than’ bererti haloba dan
‘Wu’ bererti kekotoran.
Char Chien 08
(Mandarin)
Duit minum teh.
09 419 (Nigeria)
Nombor 419 adalah
merujuk kepada
peruntukan undang-
undang bagi jenayah
'fraud' dalam Nigerian
Criminal Code.
Zowai, Wairo atau
Suwai (Jepun) 10
Pemberian wang
bertujuan untuk
melakukan perkara
yang terlarang.
11 Pungli (Indonesia)
Gabungan
perkataan ‘pungutan’
dan ‘liar’.
29
Di MALAYSIA,
rasuah juga dikenali sebagai...
Makan Duit
suap kopi
Under Bunga
counter emas
money
RASUAH
Tumbuk Speed
rusuk money
Pelincir Kawtim
30
BENTUK-BENTUK RASUAH
Bonus
Hadiah Perkhidmatan
Upah Diskaun
RASUAH
Wang Jawatan
Derma 31
BENTILUUKSTRRAASSI UAH
HADIAH
A, seorang kontraktor memberi hadiah
berbentuk set golf kepada B, pegawai
kewangan supaya B mempercepatkan
proses bayaran bagi tuntutannya.
BONUS
A, pengarah urusan syarikat berjanji
memberikan bonus hujung tahun
sebanyak 5 bulan gaji kepada
akauntannya, B, dengan syarat B
menyembunyikan penyelewengan wang
syarikat yang dilakukan A.
JAWATAN
CEO sebuah syarikat berkaitan kerajaan
(GLC) menawarkan kenaikan pangkat
kepada akauntannya supaya tidak
bocorkan kegiatannya mencuri duit
syarikat.
32
BENTILUUKSTRRAASSI UAH
PINJAMAN
Seorang pembekal memberikan pinjaman
wang kepada seorang penyelia makmal
universiti (yang kesempitan duit). Sebagai
balasan, penyelia berkenaan menerima
dan memperakui pembekalan peralatan
makmal yang tidak sempurna.
PERKHIDMATAN
A, seorang kontraktor menawarkan rasuah
berbentuk khidmat seks GRO kepada B
iaitu pengarah perolehan sebuah jabatan.
Sebagai balasannya, B akan memastikan
A mendapat projek di jabatannya.
DISKAUN
A, pemilik syarikat pengedar kereta mewah
memberi diskaun 75% untuk sebuah
kereta BMW kepada B, seorang pegawai
penguat kuasa. Diskaun melampau ini
bertujuan agar B tidak mengambil tindakan
terhadap A yang sedang disiasat kerana
terlibat dalam aktiviti menjual dadah.
33
BENTILUUKSTRRAASSI UAH
UPAH
Kontraktor memberi upah kepada seorang
kerani kewangan bagi memastikan
tuntutannya dapat diuruskan segera.
DERMA
Dato’ A adalah Pengarah Bahagian
Kewangan di sebuah jabatan. Di luar
pejabat, beliau memegang jawatan
pengerusi surau. Dato’ A berjanji untuk
menawarkan projek kepada sebuah
syarikat selepas syarikat tersebut
bersetuju memberi derma kepada
suraunya.
34
RUMUSAN
1. Secara umumnya, rasuah boleh ditakrifkan
sebagai penerimaan atau pemberian suapan
sebagai dorongan untuk seseorang itu
melakukan atau tidak melakukan sesuatu
perbuatan yang berkaitan dengan tugas
rasminya.
2. Rasuah mempunyai pelbagai nama,
antaranya makan suap, duit kopi, bunga
emas, under counter money, pelincir, tumbuk
rusuk, speed money dan kawtim.
3. Rasuah tidak hanya berbentuk wang sahaja.
Rasuah boleh jadi dalam pelbagai bentuk
seperti hadiah, bonus, perkhidmatan,
pinjaman, jawatan dan diskaun.
35
AKTIVITI PENGAJARAN
Perbincangan Dalam Kelas
PERBINCANGAN
Bincangkan pemahaman anda berkaitan rasuah.
AKTIVITI
1. Lakonkan satu situasi menunjukkan dua atau lebih individu
yang sedang melakukan perbuatan rasuah.
2. Kenal pasti faktor-faktor berlakunya jenayah rasuah di Malaysia.
36
AKTIVITI PENGAJARAN
Pertandingan Menulis Esei Antirasuah
Huraian pelaksanaan aktiviti adalah seperti berikut:
Aktiviti Masa / Tempat Pelaksanaan Keperluan
Tempoh
Murid diberi Guru memberikan
tempoh tajuk dan meminta
murid menulis esei
seminggu
untuk berkaitan tajuk
tersebut.
menyiapkan
Menulis esei Luar Murid digalakkan Tajuk-tajuk
esei kelas mencari bahan di esei
internet.
Satu tarikh
ditetapkan untuk
menghantar esei
yang telah siap.
Cadangan tajuk esei adalah seperti berikut:
1. Tingkatkan integriti dan hapuskan rasuah.
2. Rasuah: Jenayah yang wajib diperangi.
3. Rasuah: Apakah puncanya?
4. Mengapa rasuah mesti dibanteras?
5. Peranan murid dalam memerangi rasuah.
6. Rasuah pemusnah nilai diri.
7. Kesan rasuah kepada diri sendiri.
8. Kesan rasuah kepada masyarakat.
9. Kesan rasuah kepada negara.
37
“ Sesiapa yang melihat
kemungkaran, maka
ubahlah dengan TANGANNYA,
jika tidak mampu, maka
ubahlah dengan LISANNYA,
jika tidak mampu, maka
(tolaklah) dengan HATINYA,
dan hal tersebut adalah
selemah-lemah iman.”
Riwayat Muslim
38
3BAB
KESALAHAN RASUAH
MENURUT AKTA
SPRM 2009
39
40
HASIL
PEMBELAJARAN
***
01 Memahami kesalahan meminta
dan menerima suapan.
02 Memahami kesalahan
menawar dan memberi
suapan
03 Memahami kesalahan
membuat tuntutan
palsu
04 Memahami kesalahan
salah guna kedudukan
oleh pegawai awam
05 Mengetahui cara-cara
melapor perbuatan
rasuah kepada SPRM
41
AKTA SPRM 2009
Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009
(Akta SPRM 2009) merupakan akta khusus berkaitan
jenayah rasuah di Malaysia.
Kesalahan rasuah bukan sahaja melibatkan kesalahan
‘beri dan terima suapan’. Kesalahan utama rasuah
menurut akta ini adalah seperti berikut:
Salah Guna Meminta/ Menawar/
Kedudukan Menerima Memberi
oleh Pegawai Rasuah
Rasuah
Awam
AKTA
SURUHANJAYA
PENCEGAHAN
RASUAH
MALAYSIA2009
Membuat
Tuntutan
Palsu
42