The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 公民学校第二分校图书馆, 2022-07-04 10:37:33

PANDUAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN RASUAH DI SEKOLAH

5_6321249668441310431

Prosedur:
1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut

jumlah yang ada.
2. Setiap kumpulan akan diagihkan sehelai kertas mahjung.
3. Guru memberi arahan-arahan berikut:

• Membentuk kertas mahjung menjadi ‘pokok’ mengikut
kreativiti kumpulan.

• Dapatan keratan akhbar ditampal pada kertas mahjung
yang berbentuk pokok tersebut.

• Setiap kumpulan dikehendaki ‘highlight’ perbuatan rasuah
serta hukuman yang dijatuhkan kepada pelaku rasuah.

4. Setiap kumpulan memulakan aktiviti dalam tempoh masa
yang ditetapkan oleh guru.

5. Hasil kerja kumpulan akan dipersembahkan dan dikongsikan
bersama kumpulan lain. Dalam masa yang sama, soal jawab
secara lisan dilakukan oleh guru.

6. Di akhir aktiviti, guru akan memberi rumusan.

Refleksi:
1. Hukuman kesalahan rasuah adalah denda dan penjara.
2. Kita mesti mesti mengamalkan gaya hidup yang bebas

daripada gejala rasuah untuk hidup sejahtera.

Catatan:
Guru hendaklah memaklumkan seminggu lebih awal agar murid
dapat menyediakan bahan yang diperlukan untuk aktiviti ini.

143

AKTIVITI PENGAJARAN

08 CETUSAN MINDA

Masa : 30 minit

Alatan : Keratan akhbar dan majalah

Senario:

Cetusan Minda merupakan satu usaha membawa murid ke dunia
sebenar jenayah rasuah melalui pembacaan dan pengumpulan
berita daripada akhbar dan majalah. Justeru, secara langsung
dapat memberi pengajaran mengenai akibat amalan rasuah
khususnya dalam bidang pendidikan.

Objektif:

1. Menilai dan menganalisis kes atau isu semasa yang berkaitan
dengan rasuah.

2. Melatih murid supaya memahami amalan rasuah berdasarkan
kes atau isu semasa.

3. Memupuk nilai integriti dan antirasuah dalam diri mereka.

144

Prosedur:
1. Guru akan mengedarkan kepada setiap murid artikel atau

keratan akhbar yang mempunyai isu-isu rasuah yang berbeza.
2. Murid diberi tempoh masa selama 20 minit untuk membaca

serta memahami artikel dan keratan akhbar tersebut.
3. Selepas itu, guru akan memulakan perbincangan dengan

memberikan beberapa persoalan mengenai artikel atau
keratan akhbar yang diberikan. Contohnya:
• Apakah amalan dan perbuatan rasuah yang terlibat?
• Nyatakan kesalahan rasuah yang dilakukan dalam artikel

atau keratan akhbar.
• Apakah hukuman yang dijatuhkan kepada pelaku rasuah?
• Wajarkah mereka dihukum? Mengapa?
4. Murid diberi peluang untuk melahirkan cetusan minda atau
idea masing-masing.
5. Di akhir perbincangan, guru akan membuat rumusan dengan
mengaitkan aspek nilai-nilai murni.

Refleksi:
1. Kita mesti mengambil iktibar atas setiap perbuatan yang telah

dilakukan oleh pesalah jenayah rasuah.
2. Kita mesti sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan Tuhan.

145

AKTIVITI PENGAJARAN

09 EVOLUSI DIRI

Masa : 25 minit

Alatan : Tiada

Senario:

Evolusi Diri menonjolkan realiti kehidupan di dunia yang
menjanjikan kejayaan dan kegagalan. Kita perlu terus gigih
berusaha dengan penuh iltizam dan jangan sesekali memilih
cara yang salah dan korup hanya kerana mahu hidup senang.
Kejayaan yang diraih melalui cara yang salah selalunya tidak
akan kekal lama.

Objektif:

1. Mengenal pasti nilai amanah dan kejujuran.
2. Menghubung kait sikap berdisiplin dan rasional dalam

bertindak.
3. Mempamerkan kesyukuran dan kesederhanaan dalam

melahirkan tindakan yang bebas daripada unsur negatif.

146

Prosedur:
1. Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan mengikut jantina.
2. Setiap kumpulan perlu membuat bulatan yang besar.
3. Setiap murid perlu bermula menjadi telur, sebelum berevolusi

menjadi ayam, dinasour dan manusia.
4. Murid hanya akan berevolusi jika memenangi ‘O-som’

(permainan Batu-Gunting-Kertas) dengan murid yang sama
tahap dengannya. Setiap pergerakan perlu mengikut tahap
evolusi masing-masing yang akan ditunjukkan oleh guru.
5. Murid perlu mencari peserta lain yang sama tahap dengannya
setiap kali sebelum memulakan ‘O-som’ untuk berevolusi ke
peringkat yang seterusnya. Murid akan kembali ke peringkat
sebelumnya jika kalah semasa ‘O-som’.
6. Contohnya:
• Murid yang bermula menjadi telur akan berevolusi menjadi

ayam setelah memenangi ‘O-som’.
• Seterusnya murid tersebut akan mencari murid lain yang

telah menjadi ayam untuk memulakan ‘O-som’ yang baru.
• Jika menang, murid akan berevolusi menjadi dinasour.

Namun jika kalah, akan kembali menjadi telur. Ini akan
berterusan sehingga murid berjaya menjadi manusia.
7. Peserta yang selesai berevolusi menjadi manusia akan keluar
dari bulatan dan pergi ke hadapan.
8. Pada akhir aktiviti, 3 murid akan kekal sebagai telur, ayam
dan dinosaur. Jika tiada, ini bermaksud wujudnya penipuan
dalam kumpulan terbabit.
9. Murid memberikan refleksi dan pendapat bersama-sama
guru.

Refleksi:
1. Dalam kehidupan, kita akan berhadapan dengan kejayaan

dan kegagalan. Kita perlu bersyukur dan bersederhana untuk
bahagia.
2. Kita perlu sentiasa jujur dan amanah walaupun tiada siapa
yang mengawasi perbuatan kita.
3. Dalam berusaha, kita perlu ikhlas, berdisiplin dan rasional.

147

AKTIVITI PENGAJARAN

10 SI JANTUNG HATI

Masa : 30 minit

Alatan : Card board dan keratan kertas warna

Senario:

Si Jantung Hati adalah aktiviti yang menggalakkan dan
menerapkan budaya antirasuah melalui pemupukan nilai-nilai
murni dalam kehidupan seharian. Seterusnya, berupaya menjadi
pemangkin kepada masyarakat yang bebas rasuah.

Objektif:

1. Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
2. Memupuk sifat syukur dengan apa yang dikurniakan oleh

Tuhan.

148

Prosedur:
1. Guru memilih 7 murid (Kumpulan A) secara rawak untuk

memegang card board yang bertulis nilai amanah, jujur,
ikhlas, kesederhanaan, berdisiplin, rasional dan bersyukur.
2. Manakala selebihnya, murid (Kumpulan B) diagihkan satu
keratan kertas warna yang mengandungi situasi, amalan atau
perbuatan yang menggambarkan ketujuh-tujuh nilai-nilai di
atas.
3. Kumpulan A akan membentuk satu barisan lurus dengan
jarak dua depa antara mereka.
4. Guru memberi arahan supaya Kumpulan B bergerak mencari
murid di Kumpulan A yang sepadan antara nilai dan situasi,
amalan atau perbuatan yang mereka perolehi.
5. Dalam tempoh masa yang ditetapkan, murid akan berkumpul
mengikut kumpulan.
6. Bagi memastikan murid berada di kumpulan yang betul, guru
akan meminta murid untuk membaca situasi, amalan atau
perbuatan. Seterusnya, guru mengesahkan situasi, amalan
atau perbuatan itu adalah sepadan dengan nilai ataupun
tidak.

Refleksi:
1. Kita mesti mengamalkan integriti dan nilai murni dalam setiap

masa dan situasi.
2. Manusia yang baik adalah manusia yang boleh memberi

manfaat kepada orang lain.

149





ISISBBNN 997788-090607-0504050-901-503

997080 000000 0 >
9 789675 459153

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
www.sprm.gov.my


Click to View FlipBook Version