01 PENGETUA sekolah agama
hadapi 14 pertuduhan rasuah
dan salah guna kedudukan
Seorang pengetua sekolah agama
dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas 14
pertuduhan menggunakan kedudukannya
untuk mendapatkan suapan lebih RM1 juta
bagi syarikat milik isterinya.
Beliau didakwa melakukan kesalahan
tersebut di pejabat sekolahnya dari Julai
2011 hingga Julai 2012.
Pertuduhan adalah di bawah seksyen 23(1)
Akta SPRM 2009 kerana menggunakan
kedudukan sebagai penjawat awam untuk
apa-apa suapan, sama ada bagi diri sendiri
atau keluarga.
Tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen
24 akta yang sama membawa hukuman
penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak
kurang daripada lima kali ganda nilai suapan
atau RM10,000 atau yang mana-mana lebih
tinggi jika disabit kesalahan.
93
02 Bekas GURU BESAR
dipenjara 2 tahun kerana
salah guna kuasa
Seorang bekas guru besar dihukum penjara
dua tahun dan denda RM148,500 oleh
Mahkamah Sesyen setelah didapati bersalah
atas lima pertuduhan salah guna kuasa,
membabitkan bekalan pakaian seragam ko-
kurikulum sekolah bernilai RM32,400.
Beliau didakwa menyalahgunakan
kedudukannya sebagai guru besar untuk
memilih syarikat adiknya sendiri iaitu ABC
Enterprise bagi membekalkan set pakaian
Puteri Islam bernilai RM3,300; set pakaian
PBSM bernilai RM6,300; set pakaian TKRS
bernilai RM8,200; set pakaian Pengakap
bernilai RM8,700; dan set pakaian seragam
PBSM, Pengakap, Puteri Islam dan TKRS
bernilai RM5,900.
Semua pembekalan tersebut dilakukan
sekitar tahun 2008 dan 2009.
Mahkamah turut memerintahkan tambahan
hukuman penjara 15 bulan jika tertuduh
gagal membayar denda.
94
03 Bekas DEKAN dipenjara
setahun kerana tuntutan
palsu
Rayuan terakhir bekas dekan sebuah
universiti untuk mengenepikan hukuman ke
atasnya ditolak oleh Mahkamah Rayuan.
Maka dengan itu, beliau terpaksa menjalani
hukuman penjara selama setahun di Penjara
Kajang.
Pada tahun 2014, beliau dituduh sengaja
memperakukan pembekalan peralatan Multi
Joint 2 AP berharga RM138,600 di fakultinya.
Padahal, peralatan sebenar yang dihantar
adalah Multi Hip yang hanya berharga
RM27,965. Kesalahan dilakukan di antara 24
Mac 1999 sehingga 2 April 1999.
Mahkamah Rayuan memutuskan bekas
dekan itu mempunyai niat untuk mengelirukan
pihak universiti kerana beliau tahu peralatan
sukan Multi Joint 2 AP tidak dibekalkan.
Selain penjara, beliau juga turut didenda
sebanyak RM10,000 atau penjara tiga bulan,
sekiranya gagal membayar denda.
95
04 PENSYARAH mengaku salah
di mahkamah Australia atas
tuduhan rasuah
Seorang bekas pensyarah warga Malaysia
mengaku bersalah menerima rasuah bagi
menambah markah peperiksaan pelajar
yang sepatutnya gagal di sebuah universiti
di Australia Barat. Beliau dihadapkan
ke mahkamah negara itu dengan lima
pertuduhan rasuah yang dilakukan pada
2012.
Menurut laporan Australian Associated
Press, beliau didakwa menambah markah
peperiksaan dua pelajar yang sepatutnya
gagal dalam subjek sains gunaan alam unit
pengurusan pembinaan.
Seorang pelajar didakwa telah membayar
tertuduh AUD3,000 dan seorang lagi
membayar AUD1,500 sebagai dorongan
untuknya berbuat demikian.
Beliau juga didakwa menambah markah
pada satu tugasan dan memberi markah
lulus untuk satu projek lain, padahal pelajar
itu tidak menghantar tugasan tersebut.
96
05 PENSYARAH terima rasuah
untuk naikkan markah pelajar
Mahkamah Khas Rasuah Ipoh menjatuhkan
hukuman penjara sehari dan denda
RM25,000 terhadap seorang pensyarah
Matematik, selepas didapati bersalah atas
lima pertuduhan rasuah.
Beliau didapati bersalah menerima wang
sogokan sebanyak RM690 keseluruhannya
untuk menaikkan markah dua pelajarnya
bagi subjek Matematik dan Statistik pada
tahun 2011 dan 2012.
97
06 GURU BESAR dipenjara
kerana terima rasuah
daripada pengusaha kantin
Seorang guru besar dihukum penjara
tiga tahun dan didenda RM30,000 oleh
mahkamah selepas didapati bersalah
terhadap dua pertuduhan rasuah.
Beliau didapati meminta dan memperoleh
rasuah RM3,000 daripada seorang
pengusaha kantin yang bertujuan
menyambung kontrak kantin sekolah bagi
sesi 2013.
Kesalahan dilakukan pada 8 dan 14
November 2011. Pendakwaan dibuat
mengikut seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.
98
07 PROFESOR di universiti
Singapura minta habuan seks
Seorang profesor undang-undang di sebuah
universiti terkemuka Singapura terpaksa
meringkuk di dalam penjara selama lima
bulan kerana terlibat dengan rasuah. Beliau
juga ditamatkan perkhidmatannya serta-
merta di universiti terbabit.
Profesor tersebut didapati bersalah atas
enam tuduhan rasuah iaitu memperoleh
habuan seks dan pelbagai hadiah daripada
bekas pelajarnya sebagai balasan
memberikan gred yang lebih baik. Kesemua
kesalahan dilakukan antara bulan Mei hingga
Julai 2010.
Antara hadiah yang diterima adalah
sebatang pen Mont Blanc berharga SGD740
(RM1,841), dua helai baju yang ditempah
bernilai SGD236.20 (RM587), seunit iPod
Touch bernilai SGD160 (RM398) dan bayaran
bil makan malam berjumlah SGD1,278.60
(RM3,181).
99
RASUAH SPRM juga mempunyai beberapa
MELIBATKAN kes rasuah yang melibatkan
golongan pelajar.
PELAJAR
Kebanyakan kes melibatkan
HATI-HATI pemberian wang rasuah kepada
PELAJAR penguat kuasa bagi mengelakkan
DAN SELALU diri daripada tindakan undang-
BERINGAT undang.
Tindakan menawarkan rasuah
itu mengundang padah apabila
mereka ditangkap dan dibawa
kepada SPRM.
Pengajarannya adalah:
• Pelajar mesti sentiasa patuh
kepada peraturan dan undang-
undang yang berkuat kuasa;
• Jangan sesekali menggunakan
rasuah untuk melepaskan diri
daripada sebarang tindakan;
• Walaupun masih belajar,
anda masih boleh didakwa di
mahkamah sekiranya terlibat
dengan rasuah.
100
01 PELAJAR ditangkap kerana
beri rasuah kepada anggota
polis
Seorang pelajar kolej berumur 24 tahun
ditangkap kerana cuba memberi rasuah
RM20 kepada seorang anggota polis.
Perbuatan tersebut dilakukan setelah beliau
ditahan polis kerana kesalahan trafik iaitu
tidak memakai tali pinggang keledar semasa
memandu.
Bagi mengelakkan disaman, beliau telah
menghulurkan wang RM20 kepada polis
yang menahannya.
101
02 PELAJAR menjadi perantara
penguat kuasa ditangkap
kerana minta rasuah
Seorang pelajar kolej berusia 22 tahun
ditangkap SPRM kerana menerima rasuah
RM1,300 daripada seorang lelaki bagi pihak
pegawai penguat kuasa.
Wang itu diterima sebagai balasan
melepaskan 18 buah telefon bimbit yang
dihantar kepada lelaki tersebut dari negara
China dan ditahan penguat kuasa.
Pelajar tersebut disyaki menjadi orang
tengah kepada pegawai penguat
kuasa yang cuba meminta rasuah untuk
melepaskan barang-barang bermasalah
yang dibawa masuk ke negara ini.
102
RUMUSAN
1. Warga pendidik menggalas amanah besar
untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dan
mendidik golongan muda.
2. Warga pendidik juga berisiko tinggi untuk
terjebak dengan rasuah, sama ada secara
sedar atau tidak.
3. Murid mesti didedahkan pengetahuan
mengenai jenayah rasuah. Kefahaman
tersebut amat penting agar mereka dapat
mengenal pasti perbuatan-perbuatan yang
dikategorikan sebagai rasuah dalam amalan
seharian.
4. Murid mesti mempunyai perasaan benci
kepada perbuatan rasuah dan mereka yang
terlibat dengan jenayah itu.
103
AKTIVITI PENGAJARAN
Ikrar Integriti dan Antirasuah
Huraian pelaksanaan aktiviti adalah seperti berikut:
Masa / Tempoh Tempat Pelaksanaan Keperluan
Membaca ikrar Teks ikrar yang
Sebulan sekali Perhimpunan perhimpunan
sekolah sesuai
sekolah untuk murid
oleh semua murid
sekolah
TEKS IKRAR
Teks yang disediakan ini adalah cadangan dan boleh diubah mengikut
kesesuaian. Contoh teks ikrar adalah seperti berikut.
IKRAR INTEGRITI DAN ANTIRASUAH
Kami, murid Sekolah …………(nama sekolah)………………… yang
merdeka dan bermaruah, dengan tulus dan suci hati berikrar bahawa:
1. Kami akan berusaha mengamalkan integriti dan nilai-nilai murni
dalam kehidupan seharian;
2. Kami akan membenci dan menolak sebarang bentuk perbuatan
rasuah dan salah guna kuasa;
3. Kami tidak akan melibatkan diri dalam sebarang bentuk perbuatan
rasuah dan salah guna kuasa sama ada di dalam sekolah atau di
luar sekolah; dan
4. Kami akan melaporkan kepada pihak sekolah sebarang bentuk
perlakuan rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku di sekolah ini.
104
6BAB
KEKSOALLEAKHSAI SNORAALSAUNAH
KMUIEZNAUNRTUIRTAASKUTAAH
SPRM 2009
105
SOALAN ANTIRASUAH
SET 1
106
KUIZ ANTIRASUAH
Arahan kepada murid:
Bulatkan pilihan jawapan yang betul.
Nama murid :
Kelas :
107
1. Rasuah adalah satu
A. hobi
B. sukan lasak
C. jenayah berat
D. jenayah ringan
2. Apakah nama agensi yang bertanggungjawab membanteras rasuah?
A. Agensi Dadah Kebangsaan
B. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
C. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
D. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Malaysia
3. Di Malaysia, rasuah juga dikenali sebagai
A. kawtim
B. kopi kaw
C. kueteow
D. rusuk tumbuh
4. Berikut adakah perbuatan rasuah kecuali
A. memberi hadiah supaya dilantik menjadi AJK Kelab
B. memberi sedekah ikhlas kepada mangsa banjir
C. tidak laporkan perbuatan salah selepas terima duit habuan
D. melantik adik beradik menjadi Timbalan Pengerusi dan Bendahari
persatuan
5. Akta yang memperuntukkan kesalahan-kesalahan rasuah adalah
A. Akta Integriti 2010
B. Akta Tolak Rasuah 2008
C. Akta Perlindungan Pemberi Rasuah 2009
D. Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009
108
Soalan 6 hingga 8 adalah berdasarkan kenyataan di bawah.
“Ali seorang pengawas telah menahan Abu yang datang lewat
ke sekolah. Ali meminta dua bungkus nasi lemak daripada Abu
sekiranya tidak mahu namanya ditulis.”
6. Perbuatan Ali itu adalah
A. meminta rasuah
B. meminta hadiah
C. meminta bantuan
D. meminta sumbangan
7. Perbuatan yang dilakukan oleh Ali dianggap
A. baik hati dan mulia
B. tiada apa-apa kesalahan
C. tidak jujur dan tidak amanah
D. membantu rakan dalam kesusahan
8. Apa tindakan yang patut Abu lakukan?
A. Tidak berbuat apa-apa.
B. Makan nasi lemak bersama Ali.
C. Memberi nasi lemak kepada Ali.
D. Tidak beri dan laporkan perbuatan Ali kepada guru disiplin.
9. Pilih kesan negatif akibat jenayah rasuah.
I. Berlaku kenaikan harga barang
II. Pelaku rasuah akan didenda dan dipenjara
III. Keluarga pelaku rasuah akan dipandang hina oleh masyarakat
IV. Menyebabkan harta yang diperoleh daripada rasuah disita dan
dirampas
A. I dan II C. I, II dan III
B. III dan IV D. I, II, III dan IV
10. Siapakah yang boleh terlibat dengan jenayah rasuah?
I. Guru II. Pelajar
III. Ahli korporat IV. Pegawai kerajaan
A. I dan II C. I, II dan III
B. III dan IV D. I, II, III dan IV
109
SOALAN ANTIRASUAH
SET 2
110
KUIZ ANTIRASUAH
Arahan kepada murid:
Bulatkan pilihan jawapan yang betul.
Nama murid :
Kelas :
111
1. Amin seorang murid yang rajin belajar, tidak meniru dalam peperiksaan,
sentiasa bercakap benar, jujur dalam semua perkara dan amanah apabila
diberi tanggungjawab. Amin merupakan murid yang
A. ulat buku
B. berintegriti
C. biasa sahaja
D. suka menunjuk
2. Imran adalah ketua pasukan bola sepak sekolah. Gurunya meminta
Imran untuk memilih ahli pasukan bola sepak yang terbaik untuk
mewakili sekolah. Sebagai seorang yang amanah, Amin akan memilih
A. Samsul yang merupakan kawan baiknya
B. Safi yang menjaringkan gol terbanyak semasa latihan
C. Dodi yang sanggup memberikan RM10 supaya memilihnya
D. Arjuna anak pengetua sekolah tetapi malas menjalani latihan
3. Berikut adalah perbuatan tidak beretika kecuali
A. Akim meminjam wang yang disimpannya sebagai bendahari kelab
untuk membeli buku komik
B. Azman berjanji untuk belanja rakan-rakannya dengan syarat mereka
mengundinya untuk jawatan ketua kelas
C. Jibam menjual nasi lemak kepada rakan-rakannya dengan harga
yang berpatutan
D. Aminah, ketua pasukan bola keranjang memilih rakan-rakannya
sahaja untuk mewakili sekolah walaupun mereka tidak pandai dalam
permainan tersebut
4. Amin melaporkan perbuatan rakannya yang merokok di belakang bilik
darjah. Perbuatan Amin adalah
A. menangguk di air keruh
B. menjaga tepi kain orang
C. berani dan bertanggungjawab
D. berhati mulia tetapi menganiaya kawan
5. Hasil yang diperoleh melalui sumber rasuah adalah
A. baik C. haram
B. halal D. syubhah
112
6. Di bawah adalah perbuatan tidak berintegriti kecuali
A. berani mengaku kesalahan yang dilakukan
B. tidak melaporkan perbuatan salah yang dilakukan rakan-rakan
C. membantu menukar tayar kereta yang pancit dan mengharapkan
balasan wang
D. memberi guru hadiah dengan harapan mendapat markah tinggi dalam
peperiksaan
7. Adlin hendak mewakili sekolah dalam pasukan bola sepak sekolah bawah
12 tahun. Beliau mesti
A. berbuat baik dengan guru ko-kurikulum bola
B. menggunakan khidmat bomoh supaya beliau terpilih
C. memberi duit kopi kepada ketua pasukan agar memilihnya
D. berusaha bersungguh-sungguh agar kemahiran bermain
meningkat
8. Seorang Ketua Kelas tidak boleh menggunakan kuasanya untuk
mendapat faedah peribadi. Contoh perbuatan salah guna kuasa adalah
A. ketua kelas membantu murid yang bermasalah
B. ketua Kelas tidak berkompromi dengan mereka yang melakukan
kesalahan
C. ketua kelas melaporkan semua kesalahan kepada guru kelas tanpa
mengira siapa mereka
D. ketua kelas bersikap pilih kasih dan tidak mengambil tindakan terhadap
rakan-rakannya yang melakukan kesalahan di dalam kelas
9. Orang yang ikhlas
A. tidak kisah berapa jumlah upah asalkan diberi
B. melakukan kerja tanpa mengharapkan balasan
C. mengenakan upah yang murah atas setiap perkara yang dilakukan
D. melakukan tugas bersungguh-sungguh sekiranya ada balasannya
10. Yang manakah antara berikut perbuatan amanah dan jujur?
A. Pengawas perpustakaan menjual buku perpustakaan
B. Penjual mencampurkan air dalam susu untuk mendapat untung yang
lebih
C. Seorang murid terjumpa dompet duit di tepi jalan dan menyerahkannya
ke balai polis
D. Murid mengisi maklumat yang salah mengenai gaji bapanya dalam
borang permohonan bantuan kewangan
113
SOALAN ANTIRASUAH
SET 3
114
KUIZ ANTIRASUAH
Arahan kepada murid:
Jawab soalan berikut.
Nama murid :
Kelas :
115
Jelaskan perkara-perkara berikut:
1. Berikan tiga contoh perbuatan jenayah rasuah.
a.
b.
c.
2. Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan berikut:
a. Amanah:
b. Jujur:
c. Rasuah:
d. Ikhlas:
3. Anda seorang pengawas sekolah. Anda telah menangkap dua
murid yang sedang merokok. Murid tersebut merayu supaya
dilepaskan. Salah seorang murid telah menghulurkan wang
RM20.00 agar anda melepaskannya.
Apakah tindakan anda?
116
4. Hasil yang diperoleh melalui sumber rasuah adalah haram.
Mengapa agama menghalang penganutnya makan makanan
daripada sumber yang haram?
5. Lim membantu ayahnya mencuci kereta. Selepas itu, Lim meminta
daripada ayahnya upah sebanyak RM10.00. Patutkah Lim berbuat
demikian? Kenapa?
117
SOALAN ANTIRASUAH
SET 4
118
KUIZ ANTIRASUAH
Arahan kepada murid:
Bulatkan pilihan jawapan yang betul.
Nama murid :
Kelas :
119
1. Etika dan integriti dalam sukan adalah seperti berikut kecuali
A. bermotivasi dan berdisiplin untuk kemenangan
B. memberi kata-kata perangsang kepada pasukan yang kalah
C. sanggup melakukan apa sahaja untuk kemenangan termasuk
rasuah
D. sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang permainan
yang ditetapkan
2. Antara sebab yang menyebabkan jenayah rasuah adalah
kelemahan peribadi seseorang individu. Kelemahan peribadi ini
disebabkan oleh
A. Jujur
B. Amanah
C. kurang didikan agama
D. terlebih kasih sayang
3. Kita hendaklah sentiasa menjaga pertuturan, tingkah laku dan cara
berpakaian. Kita juga wajib menghindari diri daripada perbuatan
rasuah. Amalan ini bertujuan
A. menyusahkan anggota keluarga
B. menjaga maruah keluarga
C. memburukkan nama baik keluarga
D. merosakkan hubungan anggota keluarga
4. Namakan institusi yang paling asas untuk membentuk masyarakat
yang berkualiti?
A. Institusi awam
B. Institusi keluarga
C. Institusi pendidikan
D. Institusi pendidikan tinggi
5. Apakah hukuman pesalah rasuah jika ditangkap?
A. Diberi pujian
B. Dipenjarakan
C. Diberi ganjaran
D. Dinaikkan pangkat
120
6. Anda sebagai seorang jiran, bagaimanakah anda menunjukkan nilai
murni dalam kalangan jiran anda?
A. Sombong terhadap jiran
B. Tidak pernah menegur jiran anda
C. Memberi pertolongan kepada jiran
D. Tidak mengambil berat terhadap jiran
7. Berikut merupakan kebaikan amalan jujur dalam kehidupan seharian
kecuali
A. akan mendapat ganjaran
B. dipandang mulia oleh masyarakat
C. dipercayai oleh rakan dan masyarakat sekeliling
D. dapat menjalankan tanggungjawab dengan amanah
8. Antara perlakuan di bawah, yang manakah menunjukkan sikap
individu yang bertanggungjawab kepada negara?
A. Memburuk-burukkan nama negara sendiri
B. Mendedahkan rahsia negara kepada pihak luar
C. Membantu ekonomi negara walaupun terpaksa melakukan rasuah
D. Mempertahankan maruah dan imej negara daripada dimalukan
pihak luar
9. Rasuah berlaku disebabkan sikap tamak dan desakan ingin
mendapatkan wang yang banyak. Berikut adalah peranan SPRM
dalam membanteras rasuah kecuali
A. memberi ganjaran kepada perasuah
B. menguatkuasa undang-undang
C. mendidik masyarakat mengenai bahaya rasuah.
D. memberi nasihat bagi menambah baik sistem dan prosedur yang
lemah.
10. Apakah tindakan anda jika ternampak seorang individu cuba memberi
rasuah kepada seorang pegawai kerajaan?
A. Mendiamkan diri
B. Tidak mahu ambil tahu
C. Maklumkan kepada rakan anda
D. Melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
121
11. Peranan yang dimainkan oleh agensi di atas ialah
A. memajukan industri perikanan latihan kepada
B. mencegah dan membanteras rasuah
C. meneroka tanah baru untuk pertanian
D. memberikan bantuan modal dan khidmat
usahawan bumiputera
12. Bagaimana jenayah rasuah boleh berlaku?
A. Membayar gaji C. Kerja lebih masa
B. Memberi bonus D. Memberi sogokan
13. Ahmad menjumpai dompet kepunyaan kawannya. Beliau
memulangkan kembali kepada kawannya. Apakah nilai yang
ditunjukkan oleh Ahmad?
A. Kepujian C. Keikhlasan
B. Kejujuran D. Bertolak ansur
14. Berikut adalah langkah-langkah pencegahan rasuah kecuali
A. mengukuhkan jati diri
B. memaksa pekerja bekerja lebih masa
C. menerapkan elemen antirasuah dalam sistem pendidikan
D. meningkatkan penguatkuasaan undang-undang dan hukuman
15. Ciri-ciri berikut menunjukkan perwatakan terpuji murid kecuali
A. berbudi bahasa
B. sentiasa berfikiran positif
C. belajar bersungguh-sungguh
D. mengharapkan balasan apabila berbuat baik
122
16. Perkataan memberi hadiah dengan ada niat tertentu atau untuk
kepentingan diri adalah sama dengan perbuatan
A. baik hati C. rasuah
B. bodek D. ikhlas
17. Apakah nombor yang patut dihubungi untuk melaporkan rasuah?
A. 1-800-88-6000
B. 019-3250077
C. 999
D. 1-300-88-2525
18. merupakan organisasi yang ditugaskan untuk
mencegah rasuah.
A. Guru C. Bomba
B. SPRM D. Jururawat
19. Nilai integriti seseorang individu boleh dipertingkatkan apabila
A. bersikap bodoh sombong
B. melihat kelemahan orang lain
C. mengakui kesalahan dan cuba memperbaikinya
D. enggan mengakui kelemahan diri sendiri
20. Di bawah adalah perbuatan tidak berintegriti kecuali
A. berani mengaku kesalahan yang dilakukan
B. tidak melaporkan perbuatan salah yang dilakukan rakan-rakan
C. membantu menukar tayar kereta yang pancit dan mengharapkan
balasan wang
D. memberi guru hadiah dengan harapan mendapat markah tinggi
dalam peperiksaan
123
SOALAN ANTIRASUAH
SET 5
124
KUIZ ANTIRASUAH
Arahan kepada murid:
Bulatkan pilihan jawapan yang betul.
Nama murid :
Kelas :
125
1. Pada tahun 1999, Ahmad telah dipenjara kerana terlibat dengan
rasuah. Apakah kesan tindakan Ahmad ke atas keluarganya?
A. Keluarga Ahmad menjadi popular
B. Keluarga Ahmad lebih dihormati
C. Keluarga Ahmad dipandang hina
D. Pendapatan keluarga Ahmad bertambah
2. Mengapa kita perlu amanah dalam setiap perbuatan seharian?
A. Untuk memikat seseorang
B. Untuk memperluaskan pengaruh
C. Untuk dipandang mulia oleh masyarakat
D. Untuk mendapat kepercayaan orang tertentu
3. boleh menyebabkan individu terjerumus dalam
rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa?
A. Keinsafan C. Perbuatan tidak bermoral
B. Kepimpinan D. Terlalu mengejar kemewahan
4. Salah guna kuasa bermaksud
A. seorang perwira menyalah guna kuasa yang dimilikinya
B. Seorang yang mempunyai kedudukan menggunakan kuasanya
untuk kepentingan diri dan keluarganya
C. Seorang pegawai menggunakan kedudukannya untuk membantu
orang miskin
D. Seorang pegawai kerajaan memberi janji palsu untuk melakukan
sesuatu
5. Pilih dua nama lain bagi rasuah.
I. Makan laju
II. Kawtim
III. Duit kopi
IV. Kopi luak
A. I dan II C. II dan IV
B. II dan III D. III dan IV
126
6. Apakah nombor yang patut dihubungi untuk melaporkan rasuah?
A. 1-800-88-6000
B. 019-3250077
C. 999
D. 1-800-75-7575
7. Kesalahan rasuah menurut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia 2009 adalah .......
I. meminta dan menerima rasuah
II. menawar dan memberi rasuah
III. membuat tuntutan palsu
IV. salah guna kuasa oleh pegawai kerajaan
A. I dan II C. I, III dan IV
B. II dan IV D. I, II, III dan IV
8. Hasil yang diperoleh melalui sumber rasuah adalah
A. baik C. haram
B. halal D. syubhah
9. Berikut adakah perbuatan rasuah kecuali
A. memberi hadiah supaya dilantik AJK kelab
B. memberi sedekah ikhlas kepada mangsa banjir
C. tidak laporkan perbuatan salah selepas terima duit habuan
D. melantik adik beradik menjadi Timbalan Pengerusi dan
Bendahari persatuan
10. Bentuk rasuah termasuklah .......?
I. hadiah III. upah
II. pinjaman IV. wang tunai
A. I dan II C. II, III dan IV
B. I, II dan III D. I, II, III dan IV
127
SOALAN ANTIRASUAH
JAWAPAN
SET 1 SET 2 SET 4 SET 5
1. C 1. B 1. C 11. B 1. C
2. C 2. B 2. C 12. D 2. C
3. A 3. C 3. B 13. B 3. D
4. B 4. C 4. B 14. B 4. B
5. D 5. C 5. B 15. D 5. B
6. A 6. A 6. C 16. C 6. A
7. C 7. D 7. A 17. A 7. D
8. D 8. D 8. D 18. B 8. C
9. D 9. B 9. A 19. C 9. B
10. D 10. C 10. D 20. A 10. D
128
7BAB
KESALAKHTAIVNITRIASUAH
METNAMURBAUHTAANKTA
SPRM 2009
129
AKTIVITI PENGAJARAN
01 APA ITU?
Masa : 5 minit
Alatan : Kertas A4 dan pen marker
Senario:
Apa itu? Merupakan satu platform untuk melihat bentuk-bentuk
rasuah yang berlaku di persekitaran yang berbeza. Ini amat
penting bagi memastikan murid mengenal pasti risiko berlakunya
rasuah dan cuba untuk menanganinya sebaik mungkin.
Objektif:
1. Mengenal pasti bentuk-bentuk rasuah.
2. Mempamerkan kepekaan terhadap persekitaran yang
berpotensi berlakunya rasuah.
3. Menghubung kait antara persekitaran dan bentuk-bentuk
rasuah.
130
Prosedur:
1. Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan.
2. Terdapat 6 pilihan bentuk rasuah (hadiah, bonus,
perkhidmatan, pinjaman, jawatan dan diskaun) dan 6
persekitaran (universiti, syarikat, mahkamah, balai polis,
pasar raya dan sekolah) yang akan ditulis pada kertas.
3. Setiap kumpulan menghantar wakil untuk memilih satu bentuk
rasuah dan satu persekitaran.
4. Murid akan berbincang dalam kumpulan dan akan
melakonkan situasi yang menggambarkan bentuk rasuah
dan persekitaran yang telah dipilih selama 5 minit.
5. Murid tidak dibenarkan menyebut bentuk rasuah dan
persekitaran yang telah mereka pilih.
6. Setelah selesai setiap persembahan, setiap kumpulan akan
meneka bentuk rasuah dan persekitaran kumpulan lain dan
menulisnya di atas kertas A4.
7. Akhir aktiviti, setiap kumpulan akan membentangkan hasil
tekaan mereka.
8. Kumpulan yang berjaya meneka paling banyak jawapan
yang betul akan memenangi aktiviti ini. Untuk mengelakkan
penipuan, kumpulan yang tidak bersungguh-sungguh
dalam melakonkan situasi mereka akan terkeluar daripada
pertandingan.
9. Murid akan berkongsi pendapat mereka bersama guru.
Refleksi:
1. Bentuk-bentuk rasuah perlu dikenal pasti bagi menghindari
diri daripada terlibat dengan jenayah ini.
2. Semua persekitaran mempunyai risiko berlaku jenayah
rasuah.
131
AKTIVITI PENGAJARAN
02 SIAPAKAH AKU?
Masa : 40 minit
Alatan : Belon, keratan kertas warna dan kertas mahjung
Senario:
Siapakah Aku? Merupakan satu aktiviti yang memberi
pemahaman secara langsung makna atau definisi mudah
rasuah. Pengetahuan mengenai maklumat asas rasuah amat
penting bermula daripada peringkat sekolah rendah lagi.
Objektif:
1. Memahami maksud rasuah.
2. Menyatakan nama-nama lain rasuah.
3. Membina nilai antirasuah dalam diri murid-murid.
132
Prosedur:
1. Setiap murid diberikan satu belon dan sehelai keratan kertas
yang dirahsiakan isi kandungan terlebih dahulu.
2. Murid dikehendaki mengisi keratan kertas dalam belon
kemudian meniup belon tersebut dalam saiz sederhana
besar.
3. Selepas itu, belon akan dikumpulkan di satu tempat dan guru
akan memberi arahan bahawa murid yang mendapat keratan
kertas yang mempunyai maksud ‘rasuah’ akan berkumpul
di kawasan A. Manakala, murid selebihnya berkumpul di
kawasan B.
4. Murid diminta untuk memilih belon secara rawak dan
memecahkan belon dengan kreativiti masing-masing untuk
mendapatkan keratan kertas dalam belon tersebut. Dalam
masa yang sama, guru mesti mesti memastikan keselamatan
murid semasa aktiviti dilaksanakan.
5. Guru akan meminta kumpulan murid yang berada di kawasan
A dan B untuk berkongsi keratan kertas yang mereka perolehi
dalam kelompok besar.
6. Bagi keratan kertas yang mempunyai maksud ‘rasuah’, guru
akan menulisnya di papan tulis atau kertas mahjong untuk
perhatian murid-murid.
7. Di akhir aktiviti, guru akan menerangkan mesej aktiviti kepada
murid-murid sebagai pengukuhan susulan.
Refleksi:
1. Mencegah lebih baik daripada merawat.
2. Berfikir dahulu sebelum bertindak supaya tidak menyesal di
kemudian hari.
133
AKTIVITI PENGAJARAN
03 ADA UMMPH!
Masa : 30 minit
Alatan : Serbuk kopi, gula, air minuman, sudu teh, sudu
camca, senduk, pencungkil gigi dan cawan
polisterin.
Senario:
Ada Ummph! memberi gambaran mengenai kepentingan
memilih dengan betul agar tidak terhukum dengan pilihan
kita sendiri. Rasuah merupakan satu perbuatan yang akan
menyebabkan kita dihukum dengan pelbagai hukuman yang
telah diperuntukkan oleh undang-undang. Justeru berhati-
hatilah dalam memilih.
Objektif:
1. Menjelaskan risiko-risiko yang dihadapi apabila membuat
pilihan negatif, terutamanya apabila memilih jalan rasuah.
2. Menghubung kait perbuatan buruk dengan hukuman.
134
Prosedur:
1. Murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2. Setiap kumpulan akan disediakan kopi, gula dan air minuman.
3. Sudu teh, sudu camca, senduk dan pencungkil gigi akan
dilabelkan dengan huruf A, B, C dan D.
4. Setiap kumpulan perlu memilih 2 huruf bagi mendapatkan
sukatan untuk kopi dan gula. Contohnya, jika memilih A dan
B, mereka akan mendapat satu sudu teh kopi dan satu camca
gula.
5. Seterusnya, mereka perlu membancuh air dengan sukatan
tersebut.
6. Mereka perlu menghabiskan minuman tersebut bersama-
sama.
7. Ahli kumpulan akan dihasut agar ‘kawtim’ dengan guru untuk
mengetahui sukatan yang betul (dengan memilih huruf yang
betul). Contohnya, mereka berjanji untuk melakukan apa
sahaja arahan guru supaya memperoleh maklumat berkaitan
sukatan tersebut.
8. Namun, kumpulan yang melakukan ‘kawtim’ sebenarnya
akan didenda. Bentuk denda akan ditentukan oleh guru.
9. Murid dan guru akan berkongsi refleksi mengenai aktiviti.
Refleksi:
1. Kita perlu berusaha sedaya upaya dalam kehidupan dan
jangan sekali-kali mengambil jalan yang salah hanya kerana
mahu mendapat kesenangan sementara.
2. Setiap perbuatan buruk pasti akan dihukum.
135
AKTIVITI PENGAJARAN
04 SEHATI SEJIWA
Masa : 40 minit
Alatan : Kertas warna bersaiz A4 (merah, biru, kuning dan
putih), gunting, pembaris, sebatang pensel, gam
dan sebatang lidi.
Senario:
Sehati Sejiwa, merupakan aktiviti yang menilai sikap integriti
dalam kalangan peserta berpandukan undang-undang atau
peraturan yang telah ditetapkan. Ketiadaan integriti menjadi
pemangkin utama seseorang itu melakukan rasuah secara
langsung ataupun tidak langsung.
Objektif:
1. Memahami kesalahan rasuah dalam bentuk:
• meminta dan menerima suapan
• menawar dan memberi suapan
2. Melahirkan pemimpin muda yang berintegriti dan antirasuah.
136
Prosedur:
1. Guru akan membahagikan murid kepada beberapa kumpulan
mengikut jumlah yang ada.
2. Setiap kumpulan akan diberikan satu sampul surat bersaiz
A4 yang mengandungi peralatan untuk membina bendera
Malaysia iaitu kertas warna (merah, biru, kuning dan putih),
gunting, pembaris, sebatang pensel, gam dan sebatang lidi.
Peserta hanya boleh menggunakan bahan yang disediakan.
3. Namun, bahan yang dibekalkan itu hanya cukup untuk
membina satu sahaja bendera Malaysia yang lengkap.
4. Ahli kumpulan tidak boleh meminta bahan-bahan daripada
kumpulan lain. Mereka juga dilarang memberi bahan-bahan
mereka kepada kumpulan lain. Guru akan mengingatkan
murid bahawa ‘integriti’ asas kejayaan.
5. Setiap kumpulan membina bendera Malaysia dengan
peralatan yang disediakan mengikut tempoh masa yang
diberikan oleh guru.
6. Kumpulan yang melanggar peraturan akan dikenakan denda
selepas aktiviti berakhir.
7. Di akhir aktiviti, guru akan meminta pendapat murid secara
rawak. Guru akan membuat kesimpulan tentang aktiviti yang
telah dijalankan dan mengaitkan dengan risiko rasuah yang
boleh berlaku semasa aktiviti serta dalam kehidupan seharian.
Refleksi:
1. Kejayaan akan dicapai dengan usaha yang bersungguh-
sungguh, jujur dan penuh integriti.
2. Sentiasa berasa syukur dengan segala pemberian Tuhan.
137
AKTIVITI PENGAJARAN
05 LUKISAN TANPA SUARA
Masa : 45 minit
Alatan : Kertas A4 dan pensel
Senario:
Lukisan Tanpa Suara merupakan satu metafora yang
menunjukkan rasuah itu berlaku secara tersembunyi dan
melibatkan pelbagai pihak. Perkara ini menjadikan risiko rasuah
berlaku adalah tinggi. Namun, harus diingat, setiap perbuatan
yang salah pasti akan dihukum dengan setimpal.
Objektif:
1. Mengenal pasti jenis-jenis kesalahan rasuah.
2. Menjelaskan risiko terlibat dengan perbuatan jahat dan akibat
yang terpaksa ditanggung.
138
Prosedur:
1. Murid dibahagikan mengikut kumpulan dan membentuk
barisan mengikut kumpulan yang ditetapkan.
2. Setiap kumpulan perlu memilih orang yang paling mereka
percayai untuk berada di barisan paling hadapan. Hanya
murid di hadapan akan berhadapan dengan guru manakala
semua murid lain akan menghadap ke arah belakang.
3. Guru akan menunjukkan salah satu jenis kesalahan rasuah
kepada murid di hadapan dalam setiap kumpulan (meminta
dan menerima suapan; menawar dan memberi suapan;
membuat tuntutan palsu; dan salah guna jawatan atau
kedudukan).
4. Murid hadapan perlu melakarkan lukisan berdasarkan jenis
kesalahan yang telah mereka perolehi. Seterusnya, mereka
akan menunjukkan lukisan tersebut kepada murid di belakang
dengan mencuitnya dan menunjukan lukisan tersebut untuk
beberapa saat.
5. Murid seterusnya akan melukis dan menunjukkan kepada
murid di belakangnya. Proses ini diulang sehingga peserta
paling akhir dalam barisan.
6. Murid terakhir perlu ke hadapan dan meneka jenis kesalahan
tersebut dan menerangkan pengetahuannya tentang jenis
kesalahan itu. Ahli kumpulan lain juga boleh membantu.
7. Murid tidak dibenarkan bersuara dan memandang ke arah
lain kecuali ketika melihat lukisan rakan di hadapan mereka.
8. Murid dan guru membuat rumusan tentang aktiviti yang telah
dijalankan.
Refleksi:
1. Setiap kesalahan, pasti akan diketahui, sama ada cepat atau
lambat.
2. Kita perlu jujur dan berintegriti dalam mematuhi peraturan
yang telah ditetapkan.
139
AKTIVITI PENGAJARAN
06 MISTERI TERUNGKAI
Masa : 45 minit
Alatan : Keratan akhbar, pita pelekat dan bekas plastik
Senario:
Misteri Terungkai membolehkan kita mengambil pengajaran dari
kisah-kisah lalu yang melibatkan perbuatan rasuah. Seterusnya,
kita dapat memupuk budaya membenci rasuah dan berusaha
menghapuskan kegiatan tersebut dalam amalan harian.
Objektif:
1. Mengenal pasti kes rasuah lalu yang melibatkan guru dan
murid.
2. Menghubung kait kes tersebut dengan keadaan semasa agar
dapat menghindari perbuatan tersebut.
140
Prosedur:
1. Murid dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing.
2. Setiap kumpulan akan diberikan 3 rencana akhbar yang telah
digunting dan dicampurkan dalam satu bekas plastik.
3. Setiap kumpulan perlu mengasingkan 3 rencana akhbar
tersebut dan mencantumkannya semula menggunakan pita
pelekat.
4. Mereka perlu membaca dan memahami tentang rencana
tersebut.
5. Setiap kumpulan akan membentangkan hasil dapatan mereka
kepada semua.
6. Perbincangan dan sesi soal jawab dilakukan berdasarkan
fakta-fakta kes yang telah dicantumkan.
Refleksi:
1. Kita perlu mengambil pengajaran dalam setiap perkara yang
telah berlaku.
2. Setiap perkara atau perbuatan yang salah pasti akan
membawa kesan buruk. Begitu juga dengan perbuatan
rasuah.
141
AKTIVITI PENGAJARAN
07 POKOK PINTAR
Masa : 40 minit
Alatan : kertas mahjung dan keratan akhbar atau majalah
Senario:
Pokok Pintar merupakan satu usaha membawa murid ke dunia
sebenar jenayah rasuah melalui pembacaan dan pengumpulan
berita daripada akhbar dan majalah. Justeru, secara langsung
dapat memberi pengajaran mengenai akibat amalan rasuah
khususnya dalam bidang pendidikan.
Objektif:
1. Menilai dan menganalisis kes atau isu semasa yang berkaitan
dengan rasuah.
2. Melatih murid supaya memahami amalan rasuah berdasarkan
kes atau isu semasa.
3. Memupuk nilai integriti dan antirasuah dalam diri mereka.
142