The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 公民学校第二分校图书馆, 2022-07-04 10:37:33

PANDUAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN RASUAH DI SEKOLAH

5_6321249668441310431

Turut menjadi
kesalahan adalah

sebarang

percubaan atau
persubahatan

untuk
melakukan kesalahan-

kesalahan tersebut.

INGAT! Rasuah boleh dilakukan oleh sesiapa
sahaja. Sekiranya anda tidak mahu ambil kisah
kerana menyangka anda tidak akan melakukan
rasuah, tidak mustahil suatu hari nanti anda akan
terjebak.
Memahami kesalahan-kesalahan ini bukan
sahaja bagi mengelakkan diri daripada terjebak.
Pemahaman ini dapat membantu menyalurkan
maklumat mengenai sesuatu perbuatan rasuah
kepada SPRM.

43

KESALAHAN MEMINTA
& MENERIMA SUAPAN

Peruntukan undang-undang

Kesalahan ini diperuntukkan dalam seksyen 16(a)
dan 17(a) Akta SPRM 2009 seperti berikut:

Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 – Mana-mana
orang yang sendiri atau melalui atau bersama dengan
mana-mana orang lain secara rasuah meminta
atau menerima atau bersetuju untuk menerima bagi
dirinya atau bagi mana-mana orang lain; apa-apa
suapan sebagai dorongan untuk atau upah bagi, atau
selainnya oleh sebab mana-mana orang melakukan
atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan dengan
apa-apa perkara atau transaksi, sama ada yang
sebenar atau yang dicadangkan atau yang mungkin
berlaku.

Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 – Seseorang
melakukan kesalahan jika sebagai seorang ejen, dia
secara rasuah menyetuju terima atau memperoleh,
atau bersetuju untuk menyetuju terima atau cuba
untuk memperoleh, daripada mana-mana orang,
untuk dirinya sendiri atau mana-mana orang lain, apa-
apa suapan sebagai suatu dorongan atau upah bagi
melakukan atau tidak melakukan, atau kerana telah
melakukan atau tidak melakukan, apa-apa perbuatan
berhubungan dengan hal ehwal atau perniagaan
prinsipalnya, atau kerana memberikan atau tidak
memberikan sokongan atau tentangan kepada mana-
mana orang berhubungan dengan hal ehwal atau
perniagaan prinsipalnya.

44

Penjelasan kepada kesalahan

Kesalahan ini boleh dilakukan oleh semua orang sama
ada pegawai awam, swasta, ahli perniagaan atau orang
biasa.
Kesalahan berlaku apabila seseorang itu meminta atau
menerima sebarang bentuk rasuah sebagai ganjaran
melakukan sesuatu perkara yang tidak mengikut (atau
melanggar) peraturan.

Aplikasi dalam konteks
warga sekolah

Berikut adalah contoh perbuatan meminta dan menerima
rasuah yang boleh berlaku di sekolah:
a. Seorang pengawas sekolah meminta ‘wang’ daripada

murid yang datang lewat ke sekolah agar tidak
mencatat nama murid berkenaan untuk dikenakan
tindakan disiplin.
b. Seorang guru menerima ‘hadiah’ daripada murid bagi
membolehkan nama murid berkenaan dicalonkan
sebagai Tokoh Murid.
c. Seorang guru yang menguruskan penjual buku-buku
sekolah menerima komisen daripada pembekal bagi
setiap buah buku yang dibeli murid.
d. Murid yang mengharapkan sesuatu balasan bagi
setiap kerja yang dilakukan.

45

KESALAHAN MENAWAR
& MEMBERI SUAPAN

Peruntukan undang-undang

Kesalahan ini diperuntukkan dalam seksyen 16(b)
dan 17(b) Akta SPRM 2009 seperti berikut:

Seksyen 16(b)(A) Akta SPRM 2009 – Mana-mana
orang yang sendiri atau melalui atau bersama dengan
mana-mana orang lain secara rasuah memberikan,
menjanjikan atau menawarkan kepada mana-mana
orang sama ada bagi faedah orang itu atau bagi
faedah orang lain, apa-apa suapan sebagai dorongan
untuk atau upah bagi, atau selainnya oleh sebab
mana-mana orang melakukan atau tidak melakukan
apa-apa jua berkenaan dengan apa-apa perkara
atau transaksi, sama ada yang sebenar atau yang
dicadangkan atau yang mungkin berlaku.”

Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 – Seseorang
melakukan kesalahan jika dia memberikan atau
bersetuju untuk memberikan atau menawarkan
apa-apa suapan kepada mana-mana ejen sebagai
dorongan atau upah bagi melakukan atau tidak
melakukan, atau kerana telah melakukan atau tidak
melakukan apa-apa perbuatan berhubungan dengan
hal ehwal atau perniagaan prinsipalnya, atau bagi
memberikan atau tidak memberikan sokongan atau
tentangan kepada mana-mana orang berhubungan
dengan hal ehwal atau perniagaan prinsipalnya.

46

Penjelasan kepada kesalahan

Sesiapa sahaja boleh terjebak melakukan kesalahan ini.
Kesalahan berlaku apabila seseorang itu menawarkan
atau memberi rasuah bertujuan untuk mendapat faedah
atau mengelakkan diri daripada sesuatu tindakan atau
hukuman.

Aplikasi dalam konteks
warga sekolah

Berikut adalah contoh perbuatan menawarkan dan
memberi suapan yang berkemungkinan boleh berlaku
di sekolah:
a. Seorang murid memberikan ‘hadiah’ kepada warden

asrama kerana tidak mahu dikenakan tindakan akibat
pulang lewat ke asrama.
b. Seorang murid memberi ‘wang poket’ kepada
pengawal keselamatan sekolah untuk keluar malam
tanpa keizinan warden asrama.
c. Seorang murid berjanji memberikan ‘habuan’ kepada
rakan-rakannya yang menyokong agar beliau dilantik
sebagai ketua murid.
d. Guru besar memberikan hamper kepada semua
guru-gurunya bertujuan ‘menutup mulut’ mereka
daripada bercakap mengenai perbuatannya yang
menyalahgunakan wang sekolah.
e. Murid memberikan hadiah iPad mini kepada gurunya
dengan harapan untuk memperbaiki grednya dalam
peperiksaan.

47

KESALAHAN MEMBUAT

TUNTUTAN PALSU

Peruntukan undang-undang

Kesalahan ini diperuntukkan dalam seksyen 18 Akta
SPRM 2009 seperti berikut:
Seksyen 18 Akta SPRM 2009 – Seseorang
melakukan kesalahan jika dia memberi seseorang
ejen, atau sebagai seorang ejen dia menggunakan,
dengan niat hendak memperdayakan prinsipalnya,
apa-apa resit, akaun atau dokumen lain yang
berkenaan dengannya prinsipal itu mempunyai
kepentingan, dan yang dia mempunyai sebab untuk
mempercayai mengandungi apa-apa pernyataan
yang palsu atau silap atau tidak lengkap tentang
apa-apa butir matan dan yang dimaksudkan untuk
mengelirukan prinsipalnya.

48

Penjelasan kepada kesalahan

Kesalahan berlaku apabila seseorang itu
mengemukakan dokumen tuntutan yang mengandungi
maklumat tidak benar (palsu). Tuntutan palsu yang
dikemukakan kepada majikan bertujuan mendapat
keuntungan peribadi.

Aplikasi dalam konteks
warga sekolah

Berikut adalah contoh perbuatan kesalahan membuat
tuntutan palsu yang berkemungkinan boleh berlaku di
sekolah:
a. Seorang guru membuat tuntutan kepada kerani

kewangan sekolah berkaitan satu program yang
kononnya telah dilaksanakan.
b. Seorang kerani sekolah mengemukakan sijil cuti
sakit yang dibeli sedangkan beliau tidak sakit.
c. Seorang murid mengisi maklumat palsu berkaitan
pendapatan ayahnya dalam borang untuk
mendapatkan bantuan biasiswa.
d. Murid yang dipertanggungjawabkan menjaga
inventori koperasi sekolah telah merekod jumlah
alat tulis yang cukup sedangkan ada beberapa alat
tulis yang diambilnya untuk kegunaan sendiri.
e. Guru dan pembekal berpakat menerima dan
merekod peralatan sukan yang tidak mengikut
spesifikasi daripada pembekal yang merupakan
rakan guru berkenaan.

49

KESALAHAN
SALAH GUNA KUASA
OLEH PEGAWAI AWAM

Peruntukan undang-undang

Kesalahan ini diperuntukkan dalam seksyen 23 Akta
SPRM 2009 seperti berikut:
Seksyen 23 Akta SPRM 2009 – Mana-mana
pegawai badan awam yang menggunakan jawatan
atau kedudukannya untuk apa-apa suapan, sama
ada bagi dirinya sendiri, saudaranya atau sekutunya,
melakukan suatu kesalahan.

Penjelasan kepada kesalahan

Kesalahan ini berkaitan dengan pegawai awam
yang menyalahgunakan kedudukan mereka dengan
membuat keputusan atau mengambil tindakan yang
menguntungkan diri atau keluarga sendiri.

50

Aplikasi dalam konteks
warga sekolah

Berikut adalah contoh perbuatan kesalahan menggunakan
jawatan atau kedudukan untuk mendapatkan suapan yang
berkemungkinan boleh berlaku di sekolah:
a. Guru besar melantik syarikat miliknya sendiri untuk kontrak

kantin sekolah.
b. Pegawai pentadbir sekolah memilih syarikat milik suaminya

untuk membekalkan cenderamata kepada sekolah di mana
beliau sedang berkhidmat.
c. Guru besar menggunakan kedudukan untuk memilih
syarikat pembekal yang berjanji untuk memberikan komisen
kepadanya.
d. Pengetua sekolah menggunakan kuasanya untuk melantik
anak kawannya sebagai Ketua Pengawas. Beliau berbuat
demikian setelah menerima sejumlah bayaran daripada
kawannya itu.
Berikut adalah contoh perbuatan yang mirip kepada kesalahan
ini, yang boleh berlaku dalam kalangan murid:
a. Pengawas perpustakaan membenarkan kawan-kawannya
meminjam buku tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan.
b. Pengawas sekolah ‘pilih kasih’ dalam mengambil tindakan
terhadap murid-murid yang melakukan kesalahan disiplin.
c. Pengerusi kelab menggunakan kuasa untuk melantik teman
wanitanya (murid) sebagai bendahari kelab walaupun
beliau tidak layak dan mendapat bantahan daripada ahli
yang lain.
d. Presiden kelab bola sepak memilih rakan-rakannya sebagai
pemain sekolah walaupun tidak pandai bermain bola sepak.

51

HUKUMAN BAGI
KESALAHAN RASUAH

Seksyen 24 Akta Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia 2009 menetapkan hukuman
seperti berikut:

Penjara tidak lebih 20 tahun; DAN
Lima kali ganda nilai suapan atau
RM10,000, mana yang lebih tinggi.

ILUSTRASI HUKUMAN DENDA

01 Jika suapan berjumlah RM5,000, maka
hukuman adalah penjara dan denda
RM25,000 (RM5,000 x 5).

02 Jika jumlah suapan adalah RM1,000,
maka hukuman adalah penjara dan denda
RM10,000. Ini kerana, RM1,000 x 5 hanya
RM5,000. Oleh kerana jumlahnya kurang
daripada RM10,000 (nilai minimum),
maka RM10,000 adalah denda yang akan
dikenakan.

52

Bagaimana Datang sendiri ke mana-
MELAPORKAN mana pejabat SPRM

Jenayah Menghubungi pejabat SPRM
Rasuah?
• Talian bebas tol :

1-800-88-6000

• Talian biasa : 03-8870 0688 /
0689

• SMS : 019-6000 696
• Faks : 03-8870 0934

Mengirim emel kepada
[email protected]

Layari portal SPRM

• Sistem Pengurusan
Aduan (CMS)

Mengirim surat ke
Peti Surat 6000 (tanpa
setem)

Menghubungi mana-
mana pegawai SPRM

53

1 • Tarikh Laporkan
• Masa rasuah: Apa
• Tempat yang penting?
kejadian

Identiti pemberi, Apa yang berlaku
penerima dan orang
3 dan siapa terlibat
2tengah (jika ada). dalam kejadian?

Saksi yang Dokumen-

4 mengetahui 5dokumen
atau melihat yang
kejadian. berkaitan.

54

RUMUSAN

1. Rasuah bukan hanya melibatkan perbuatan
memberi dan menerima suapan.

2. Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) menetapkan
empat kesalahan utama rasuah iaitu:
►►Meminta dan menerima suapan;
►►Menawar dan memberi suapan;
►►Membuat tuntutan palsu; dan
►►Salah guna kedudukan oleh pegawai awam.

3. Sekiranya seseorang itu didapati bersalah
kerana rasuah, hukumannya adalah penjara
tidak melebihi 20 tahun dan denda sebanyak
lima kali ganda nilai suapan (minimum
RM10,000).

4. Sesiapa sahaja boleh terlibat dengan jenayah
rasuah, sama ada mereka yang mempunyai
kedudukan atau tidak, sama ada penjawat
atau kakitangan sektor swasta.

5. Masyarakat boleh memainkan peranan
mereka dalam pencegahan rasuah dengan
melaporkan jenayah itu kepada SPRM.

55

AKTIVITI PENGAJARAN
Mesej 5 Minit

Huraian pelaksanaan aktiviti adalah seperti berikut:

Masa / Tempat Pelaksanaan Keperluan
Tempoh
Lokasi Teks dibaca Teks-teks yang
Sebulan perhimpunan semasa menarik dan
sekali sesuai
sekolah perhimpunan untuk murid
diadakan sekolah kepada

semua murid

56

AKTIVITI PENGAJARAN
Mesej 5 Minit

Berikut adalah contoh teks sebagai panduan guru bagi
melaksanakan aktiviti ini.

Bil. Tajuk Kandungan

1. Jujur dan ikhlas a. Definisi jujur
dalam perbuatan b. Definisi ikhlas
c. Mengapa ikhlas penting?
d. Contoh-contoh perbuatan ikhlas

2. Patuhi a. Mengapa kita perlu mematuhi undang-
undang-undang undang?
b. Kesan tidak mematuhi undang-undang
c. Contoh tindakan tidak patuh kepada
undang-undang

3. Mencari rezeki a. Maksud rezeki yang halal
yang halal b. Mencari rezeki yang halal
c. Kepentingan mencari rezeki yang halal
d. Contoh pekerjaan

4. Amanah a. Definisi amanah
menunaikan b. Kepentingan sifat amanah
tanggungjawab c. Kisah Saidina Umar dengan anak penjual

susu
d. Kesan amanah dan tidak amanah
e. Contoh perbuatan amanah

5. Rasuah, jenayah a. Asal usul rasuah
keji b. Maksud rasuah
c. Bentuk rasuah

6. Bentuk perbuatan a. Maksud rasuah menurut undang-undang
rasuah b. Empat kesalahan utama rasuah

57

AKTIVITI PENGAJARAN
Mesej 5 Minit

TEKS 1: Jujur dan ikhlas dalam perbuatan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam
sejahtera dan salam PERANGI RASUAH. Guru besar, guru-
guru dan rakan-rakan yang saya hormati.

Jujur bermaksud benar dalam sesuatu perkara, pernyataan,
kata-kata atau perbuatan. Dalam erti kata lain yang lebih
mudah adalah tidak menipu sama ada dalam perbuatan,
tingkah laku, pernyataan atau tutur kata. Orang yang jujur
sentiasa bercakap benar serta tidak mengambil hak orang
lain.

Seorang murid yang jujur akan memulangkan wang yang
dijumpainya. Dalam urusan jual beli, murid itu juga akan
memaklumkan kepada peniaga sekiranya beliau menerima
baki wang yang terlebih kerana tersalah kira. Murid yang
jujur faham bahawa mengambil barang yang bukan miliknya
adalah perbuatan salah.

Ikhlas pula bermaksud melakukan sesuatu kerja tanpa
mengharapkan balasan. Contoh perbuatan ikhlas adalah
membantu ibu bapa tanpa mengharapkan apa-apa upah
dan memulangkan wang yang dijumpai tanpa meminta
balasan. Kerana sifat ikhlas juga, seseorang itu akan menolak
sebarang pemberian wang atau ganjaran kerana bantuan
yang diberikan.

Orang yang jujur dan ikhlas akan melakukan kerja bersungguh-
sungguh dengan sepenuh hati. Sekiranya mereka diberi
tugas, mereka akan laksanakannya dengan sempurna dan
sebaik mungkin. Oleh sebab itu, kerja yang dibuat akan
menghasilkan produk yang berkualiti.

58

Orang yang jujur dan ikhlas akan disayangi ibu bapa, guru
dan rakan-rakan. Mereka akan dipercayai dan sering diberi
tanggungjawab penting dalam sesuatu tugas. Ketiadaan sifat
jujur dan ikhlas akan menyebabkan seseorang itu melakukan
penipuan, penyelewengan dan rasuah.
Oleh itu, amalkan sifat jujur dan ikhlas dalam perbuatan dan
amalan kehidupan seharian agar kita sentiasa diberkati
tuhan.
Sekian, terima kasih.

59

AKTIVITI PENGAJARAN
Mesej 5 Minit

TEKS 2: Patuhi undang-undang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam
sejahtera dan salam PERANGI RASUAH. Guru besar, guru-
guru dan rakan-rakan yang saya hormati.

Undang-undang dan peraturan diwujudkan untuk dipatuhi.
Menghormati undang-undang bermaksud mematuhi semua
undang-undang serta peraturan yang ditetapkan dan tidak
sesekali melakukan perbuatan yang melanggar undang-
undang atau peraturan tersebut. Negara akan maju dan
masyarakat hidup dengan aman dan selesa tanpa merasa
takut dan bimbang jika kita mematuhi semua undang-undang
dan peraturan yang telah ditetapkan.

Di sekolah, peraturan yang perlu dipatuhi adalah seperti
berpakaian kemas, datang awal, tidak merokok, tidak meniru
dalam peperiksaan dan sebagainya. Peraturan yang ada
bertujuan menjadikan murid berdisiplin dan melatih sifat mulia
seperti jujur, amanah dan bertanggungjawab. Bayangkan
sekiranya tiada sebarang peraturan di sekolah. Suasana
sekolah akan menjadi tidak teratur. Murid-murid akan menjadi
tidak disiplin, datang sesuka hati, berpakaian selekeh dan
membuat perkara-perkara yang tidak bermoral.

Jika kita melakukan kesalahan, kita mesti berani mengakuinya.
Jadikan hukuman yang dikenakan sebagai iktibar kepada
diri sendiri dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan
tersebut. Sekiranya kita berbuat begini, kita akan lebih
dihormati dalam kalangan guru dan rakan-rakan.

60

Perbuatan salah mesti dilaporkan segera supaya tindakan
boleh diambil. Aduan bukan bertujuan untuk menyusahkan
rakan-rakan, tetapi untuk tujuan mendidik dan demi
kesejahteraan bersama.
Jika kesalahan murid yang merokok tidak dilaporkan, apa akan
jadi jika api rokok tersebut menyebabkan berlaku kebakaran di
sekolah.
Sekiranya murid yang menipu atau selalu ponteng sekolah
dibiarkan dan tidak diambil tindakan, maka masa depan murid
tersebut juga yang akan rosak binasa.
Oleh itu, saya menyeru kepada rakan-rakan semua agar
sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan demi
kebaikan kita bersama.
Sekian, terima kasih.

61

AKTIVITI PENGAJARAN
Mesej 5 Minit

TEKS 3: Mencari rezeki yang halal

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam
sejahtera dan salam PERANGI RASUAH. Guru besar, guru-
guru dan rakan-rakan yang saya hormati.

Rezeki adalah sebarang bentuk perolehan yang kita terima
setiap hari. Rezeki boleh jadi dalam bentuk wang ringgit,
makanan, minuman, hadiah, anak dan bermacam-macam lagi.
Rezeki seorang murid adalah apabila mendapat wang saku
daripada ibu bapa atau menerima hadiah kerana pencapaian
cemerlang dalam pelajaran.

Kita semua wajib memastikan sumber rezeki yang diperoleh
adalah halal. Rezeki yang halal bermaksud segala yang
diperoleh daripada sumber yang sah. Hasil pekerjaan yang
tidak melanggar undang-undang. Makanan dan minuman
adalah satu bentuk rezeki yang kita peroleh setiap hari.
Untuk melahirkan seorang yang cemerlang, berintegriti dan
mempunyai nilai murni, perkara pertama yang mesti dilakukan
adalah memastikan perut kita diisi dengan rezeki yang halal
dan baik.

Adakah sebungkus nasi lemak yang diterima seorang
pengawas daripada seorang murid yang datang lewat adalah
rezeki yang halal? Sebagai balasannya, murid tersebut tidak
dikenakan tindakan. Nasi lemak tersebut adalah rezeki yang
baik kerana keadaan makanan itu baik dan menyelerakan.
Bagaimanapun, ia telah diperoleh dengan jalan yang salah.
Jalan rasuah! Cara nasi lemak itu diperoleh menjadikannya
rezeki yang haram.

62

Mendapat rezeki yang halal bukan sahaja tuntutan semua
agama, tetapi juga satu kemestian untuk menjamin kesihatan
tubuh badan dan akal fikiran. Makanan boleh mencorakkan
peribadi seseorang individu. Seorang yang hidup dengan hasil
rezeki yang halal akan memperoleh kehidupan yang berkat.
Walaupun rezeki yang diperoleh tidak banyak, keberkatan
rezeki tersebut menjadikannya cukup dan mengenyangkan.
Rezeki yang halal juga dapat mencantikkan peribadi dan
mencerdaskan otak. Murid yang ingin berjaya dalam
peperiksaan bukan sahaja perlu belajar bersungguh-sungguh,
tetapi juga mesti menjaga pemakanan mereka. Pastikan apa
yang anda makan adalah bukan daripada sumber yang haram.
Oleh itu, saya menyeru sahabat-sahabat sekalian agar berusaha
mencari rezeki yang halal. Jangan melakukan perbuatan yang
salah untuk mendapat habuan yang sebenarnya rezeki yang
haram. Kita semua boleh melakukannya.
Sekian, terima kasih.

63

AKTIVITI PENGAJARAN
Mesej 5 Minit

TEKS 4: Amanah menunaikan tanggungjawab

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam
sejahtera dan salam PERANGI RASUAH. Guru besar, guru-
guru dan rakan-rakan yang saya hormati.

Amanah bermaksud sikap bertanggungjawab yang boleh
menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain. Sikap
amanah ini perlu disemai dalam diri semua manusia.

Murid yang amanah akan memastikan tugas yang
dipertanggungjawabkan dilaksanakan dengan bersungguh-
sungguh. Kisah amanah yang popular adalah mengenai
Khalifah Umar Al Khattab dan anak penjual susu.

Kisahnya begini: Pada satu malam Saidina Umar bersama
khadamnya memantau keadaan rakyatnya di pinggir kota
Madinah. Itu memang rutin yang beliau selalu lakukan
semenjak dilantik menjadi Khalifah. Pada ketika itu, Umar telah
mengisytiharkan larangan mencampurkan air ke dalam susu
kerana perbuatan tersebut merupakan satu penipuan.

Setelah penat berjalan, Umar duduk berehat dengan bersandar
di dinding sebuah rumah. Tiba-tiba beliau terdengar dua
beranak sedang bercakap.

Berkata seorang perempuan penjual susu kepada anak
gadisnya, “Campurlah susu ini dengan air!” Serta merta si anak
membantah seraya bertanya, “Apakah ibu tidak takut kalau hal
ini diketahui Khalifah Umar bin Al Khattab? “Umar tidak akan
tahu”, jawab ibunya spontan.

64

Dengan penuh keyakinan gadis itu pun menjawab, “Walau
pun Umar tidak mengetahuinya, apakah bererti Tuhan yang
menciptakan Umar juga tidak mengetahuinya?”

Si ibu terperanjat lalu terdiam seribu bahasa dengan kata-kata
anaknya. Lalu bergegaslah Umar meninggalkan rumah itu serta
memberi arahan kepada pembantunya untuk menandakan
rumah tersebut.

Kerana terpikat dengan keindahan akhlak anak perempuan itu,
beliau telah mengahwinkan anak lelakinya, Ashim dengan anak
perempuan itu.

Untuk pengetahuan rakan-rakan sekalian, keturunan si anak
inilah lahirnya seorang khalifah yang hebat. Khalifah tersebut
ialah Umar bin Abdul Aziz yang tersohor, bertakwa, wara’ dan
adil.

Lawan kepada sifat amanah adalah khianat. Orang yang tidak
amanah dianggap pengkhianat. Murid juga boleh menjadi
pengkhianat kepada amanah yang diberikan.

Oleh itu, sahabat-sahabat sekalian, amanah merupakan sifat
yang terpuji. Amanah mampu menjadikan kita insan cemerlang,
gemilang dan terbilang.

Sekian, terima kasih.

65

AKTIVITI PENGAJARAN
Mesej 5 Minit

TEKS 5: Rasuah, jenayah keji

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam
sejahtera dan salam PERANGI RASUAH. Guru besar, guru-
guru dan rakan-rakan yang saya hormati.

Rasuah... Sejak akhir-akhir ini, rasuah menjadi isu yang
sering dibincangkan di mana-mana. “Si polan rasuah dan si
polan rasuah”. Itulah antara yang selalu kita dengar. Walau
bagaimanapun, adakah anda tahu apakah itu rasuah?
Pertama sekali, rasuah bukan masalah sosial. Rasuah adalah
satu jenayah berat menurut undang-undang.

Secara umumnya, rasuah adalah perbuatan menggunakan
suapan untuk memperoleh sesuatu untuk kepentingan diri
sendiri.

Perkataan rasuah berasal daripada bahasa Arab ‘risywah’ iaitu
kata terbitan daripada perkataan dasar ‘rasya’, ‘yarsyu’ dan
‘rasywan’ yang membawa maksud sogokan atau pujukan.
Rasuah tidak sahaja dalam bentuk wang ringgit tetapi juga
boleh dalam bentuk hadiah, upah, diskaun, jawatan dan
perkhidmatan.

Rasuah mempunyai pelbagai nama panggilan. Orang yang
meminta rasuah selalunya akan menggunakan ganti nama
rasuah seperti ‘kawtim’, ‘duit kopi’, ‘under table money’ atau
pelincir. Contohnya, orang yang hendak meminta rasuah
akan berkata “Kalau awak tidak mahu dikenakan tindakan
tatatertib, bagi sikit duit kopi” atau “Kita kawtim kalau nak
selesai”.

66

Rasuah tetap menjadi jenayah yang dikeji sungguhpun nilai
rasuah hanya sebungkus nasi lemak yang diberikan kepada
pengawas bagi mengelakkan tindakan tatatertib.
Ingatlah, perbuatan rasuah sangat dibenci oleh semua agama
di dunia ini. Orang yang melakukan jenayah rasuah hidupnya
tidak diberkati Tuhan dan dibenci oleh masyarakat.
Oleh itu, rakan-rakan semua, marilah kita tingkatkan integriti
diri dan jauhi rasuah.
Ingat! Jangan hulur, jangan kawtim dan jangan settle.
Sekian, terima kasih.

67

AKTIVITI PENGAJARAN
Mesej 5 Minit

TEKS 6: Bentuk perbuatan rasuah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam
sejahtera dan salam PERANGI RASUAH. Guru besar, guru-
guru dan rakan-rakan yang saya hormati.

Hadirin sekalian, perbuatan jenayah rasuah tidak hanya
dilakukan oleh pegawai kerajaan atau pekerja swasta, tetapi
rasuah boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja sama ada murid,
pengawal keselamatan, guru, ahli politik dan sebagainya.

Menurut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
2009, kesalahan rasuah melibatkan perbuatan memberi
dan menerima suapan; meminta dan menawarkan suapan;
membuat tuntutan palsu; dan salah guna kedudukan oleh
seorang pegawai awam.

Dalam konteks murid sekolah, perbuatan rasuah boleh berlaku
dalam beberapa situasi: Pertama, perbuatan meminta rasuah.
Sebagai contoh, seorang pengawas sekolah meminta wang
daripada murid yang datang lewat ke sekolah supaya tidak
mencatat namanya dalam buku rekod disiplin.

Kedua, perbuatan memberi rasuah. Sebagai contoh seorang
murid memberikan hadiah seutas jam tangan kepada gurunya
dengan hasrat guru tersebut memperbaiki markahnya dalam
peperiksaan.

Ketiga, perbuatan membuat tuntutan palsu. Sebagai contoh,
seorang murid mengisi maklumat palsu berkaitan pendapatan
ayahnya dalam borang untuk mendapatkan bantuan biasiswa.

68

Keempat, perbuatan salah guna kedudukan atau jawatan.
Sebagai contoh pengawas sekolah mengamalkan pilih kasih
dalam mengambil tindakan terhadap murid-murid yang
melakukan kesalahan disiplin.
Oleh itu, saya menyeru rakan-rakan semua agar
menjauhkan diri daripada jenayah rasuah. Untuk
menghapuskan rasuah, sama-sama kita amalkan tiga ‘J’ (3J)
iaitu jangan hulur, jangan kawtim dan jangan settle.
Sekian, terima kasih.

69

“ Hampir semua orang “
mampu menghadapi
kesusahan. Tetapi, jika
anda ingin MENGUJI
watak sebenar seseorang

itu, beri dia KUASA.

Abraham Lincoln,
Presiden Amerika Syarikat ke-16

(1809-1865)

70

4BAB

KEPSEANLEARHAAPNANRANSILUAAI H
MMEUNRUNRIUUTNATKUTKA

MENCSEPGRMAH20R0A9SUAH

71

72

HASIL
PEMBELAJARAN

***

01 Mengetahui jenayah
rasuah daripada perspektif
agama

02 Mengenal pasti konsep
nilai keperibadian dalam
Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

Mengenal pasti

03 langkah pencegahan
jenayah rasuah
menerusi amalan
nilai murni.

73

JENAYAH RASUAH DARIPADA

PERSPEKTIF ISLAM

“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil)
harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan

jalan yang salah, dan jangan pula kamu
menghulurkan harta kamu (memberi rasuah)
kepada hakim-hakim kerana hendak memakan
(atau mengambil) sebahagian dari harta manusia
dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui

(salahnya).”
Surah al-Baqarah, 2:188

“Allah melaknati pemberi rasuah dan penerima
rasuah serta pengantara dalam urusan rasuah.”

Riwayat Tarmizi, Ahmad & Ibn Majah

“Sesiapa sahaja yang telah kami lantik untuk
memegang sesuatu jawatan atau kerja dan kami
telah tetapkan pendapatannya atau gaji, maka
apabila ia mengambil lebih daripada apa yang
ditetapkan, itu dikira sebagai satu penipuan dan

rasuah.”
Riwayat Abu Daud

74

JENAYAH RASUAH DARIPADA

PERSPEKTIF KRISTIAN

“Hendaklah kau cari daripada seluruh bangsa itu,
orang-orang yang berkeupayaan, takutkan Tuhan, boleh
dipercayai, dan benci perbuatan rasuah, jadikan orang
tersebut sebagai pemimpin ribuan manusia lain...; Dan

biarkan mereka menghakimi orang-orang lain pada
setiap masa.”

(Exodus, Chapter 18, verse 21, 22)

“Jangan kamu memutarbalikkan (mengganggu)
keadilan; Jangan kamu bersikap tidak adil; Jangan kamu

menerima rasuah, kerana rasuah membutakan mata
orang yang bijaksana dan memusnahkan mereka yang

benar.”
(Deuteronomy, Chapter 16, verse 19)

“Anak-anaknya itu tidak hidup seperti ayah mereka;
mereka mengejar keuntungan, menerima rasuah dan

memutarbalikkan keadilan.”
(Samuel, Chapter 8, verse 3)

75

JENAYAH RASUAH DARIPADA

PERSPEKTIF BUDDHA

“Jika seorang menteri yang berkuasa mengabaikan
tugasnya, bekerja untuk tugas-tugasnya, bekerja untuk

mendapatkan keuntungan sendiri atau menerima
rasuah, ia akan menyebabkan kerosakan moral yang
dahsyat. Orang akan menipu antara satu sama lain...

mengambil kesempatan ke atas orang miskin, dan
tidak akan ada keadilan untuk sesiapa.”

“...hanya pengampu akan mendapat tempat dalam
kerajaan, dan mereka akan memperkayakan diri
mereka tanpa memikirkan penderitaan rakyat.”

“Pegawai yang tidak amanah merupakan pencuri
kepada kebahagiaan rakyat... mereka menipu

pemimpin dan rakyat serta menjadi punca kepada
masalah negara.”

(Buddha. ‘The Teaching of Buddha’, Tokyo,
Bukkyo Dendo Kyokai, edisi semakan ke-630, 1990,

muka surat 468, 470)
76

KONSEP NILAI KEPERIBADIAN DALAM

FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN

Nilai murni dapat didefinisikan sebagai
perlakuan yang baik, mempunyai
peradaban dan tatasusila individu
dalam hubungannya sesama manusia,
alam dan tuhan.
Dalam sesebuah masyarakat,
penerapan nilai murni amat penting bagi
mewujudkan suasana yang seimbang
daripada segi jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial.
Usaha penerapan nilai murni perlu
dilakukan pada peringkat awal proses
sosialisasi iaitu semasa individu berada
di peringkat persekolahan.

Murid merupakan aset penting kepada negara. Mereka bakal
mewarisi negara yang dibina pada hari ini. Selain kemahiran
dan ilmu pengetahuan, mereka mesti dipersiapkan dengan
nilai-nilai murni dan etika bagi menghadapi masa depan
yang penuh cabaran.
Sehubungan itu, penerapan nilai murni, integriti dan budaya
antirasuah menjadi aspek penting yang perlu dititikberatkan
dalam sistem pendidikan negara, agar mereka tidak terjebak
dalam jenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa
yang mampu menjejaskan pembangunan negara.

77

NILAI MURNI

untuk mencegah rasuah

BAIK HATI Sikap sentiasa mengambil berat terhadap
perasaan dan kebajikan orang lain
secara tulus ikhlas. Orang yang baik hati
tidak akan mengambil kesempatan ke
atas kesusahan orang lain. Contohnya,
meminta rasuah daripada mereka yang
terdesak ingin menyelesaikan sesuatu
urusan dengan cepat.

Kebolehan dan kesanggupan melakukan BERDIKARI
sesuatu tanpa bergantung kepada
orang lain. Dalam konteks pencegahan
rasuah, berdikari membawa pengertian
bertanggungjawab terhadap apa yang
dilakukan, berupaya bertindak sendiri
dengan betul dan jati diri tinggi untuk
sentiasa berintegriti.

HEMAH Budi pekerti dengan tingkah laku
TINGGI mulia dan lemah lembut yang patut
diamalkan oleh seseorang individu dalam
78 hubungannya dengan masyarakat. Orang
yang berhemah tinggi tidak akan sesekali
terlibat dengan perbuatan keji yang dapat
menjatuhkan maruah dan harga diri
mereka.

NILAI MURNI

untuk mencegah rasuah

Perasaan ini lahir daripada hati yang rela KASIH SAYANG
terhadap sesuatu, tanpa sebarang unsur
kepentingan diri. Contohnya, sayang
kepada nyawa, sayang kepada alam
sekeliling, cinta kepada negara, cinta
kepada keamanan dan keharmonian.
Mereka yang mempunyai kasih sayang
tidak akan melakukan rasuah yang
membawa penderitaan kepada orang lain.

KEADILAN Perlakuan, pertuturan dan keputusan
yang saksama serta tidak berat sebelah.
Perbuatan rasuah boleh menyebabkan
pertimbangan dibuat secara tidak adil,
apabila sesuatu keputusan dibuat kerana
kepentingan individu tertentu.

Melaksanakan tugas dan amanah

KEBEBASANsecara bebas tanpa sebarang pengaruh.

Walaupun ada cubaan untuk memujuk
dan menawarkan rasuah, seorang yang
diberi amanah tidak boleh terpengaruh
dan mesti melaksanakan amanah tersebut
sebaik mungkin.

79

NILAI MURNI

untuk mencegah rasuah

Merangkumi hormat dan taat kepada

HORMAT-ibubapa, guru, orang yang lebih tua,

rakan, jiran tetangga dan pemimpin.

MENGHORMATIHormat kepada raja dan negara serta

patuh kepada undang-undang. Paling
penting, hormat kepada hak orang lain.
Ini kerana, orang yang melakukan rasuah,
sebenarnya mereka telah mengambil hak
orang lain secara salah.

KESEDERHANAAN

Bersederhana dalam pemikiran, pertuturan
atau perlakuan. Hidup bersederhana
bermaksud tidak bermewah-mewah dan
hidup sekadar keperluan. Orang yang
terlibat rasuah selalunya inginkan kekayaan
secara mudah dan cepat. Akibatnya,
mereka berbelanja di luar kemampuan.

KESYUKURAN

Bersyukur kepada tuhan atas segala
nikmat dan kesenangan yang diperoleh.
Tidak mencari kesenangan melalui
cara yang salah di sisi undang-undang.
Berusaha secara jujur untuk mendapat
sesuatu yang dikehendaki.
80

NILAI MURNI

untuk mencegah rasuah

KERJASAMA Usaha baik yang dilakukan secara
bersama pada peringkat individu,
komuniti, masyarakat atau negara untuk
mencapai sesuatu matlamat. Dalam
konteks pencegahan rasuah, kita mesti
bersama-sama dan berganding bahu
agar jenayah rasuah dapat dihapuskan.

KEBERANIAN

Berani ini bukan secara membuta tuli,
tetapi berani kerana benar. Sifat berani
amat perlu dalam melaporkan sebarang
jenayah yang diketahui. Berani juga untuk
membantu penguat kuasa dalam menahan
penjenayah dan memastikan mereka yang
terlibat dihukum seadil-adilnya.

KEBERSIHAN Kebersihan fizikal adalah kebersihan diri
dan kebersihan persekitaran. Kebersihan
mental pula merangkumi pertuturan,
perlakuan, pemikiran dan kerohanian.
Sentiasa mendekatkan diri dengan tuhan,
melaksanakan segala arahan-Nya dan
menjauhi larangan-Nya.
81

NILAI MURNI

untuk mencegah rasuah

RASIONAL Boleh berfikir berdasarkan alasan dan
bukti yang nyata dan dapat mengambil
tindakan yang sewajarnya, tanpa
dipengaruhi oleh perasaan. Orang yang
rasional semestinya tidak akan terlibat
dengan jenayah yang boleh memberi
kesan buruk terhadap hidupnya. Orang
yang rasional juga akan berfikir baik
dan buruk atas segala tindakan yang
dilakukan.

Kesediaan melakukan sesuatu SEMANGAT
untuk kepentingan bersama BERMASYARAKAT
bagi mewujudkan keharmonian
hidup dalam masyarakat seperti
bermuafakat, kerajinan dan
peka kepada isu-isu sosial dalam
masyarakat.

Rasuah menghakis nilai
kemasyarakatan kerana individu
melakukan rasuah demi memperoleh
faedah peribadi dan menganiayai
orang lain.

82

NILAI MURNI

untuk mencegah rasuah

KEJUJURAN

Sikap dan perlakuan yang menunjukkan
niat baik, amanah dan ikhlas. Jujur dalam
melaksanakan sesuatu tugas bermaksud
sentiasa melakukan tugas secara betul
berdasarkan peraturan dan udang-udang
yang perlu dipatuhi.
Melaksanakan tugas dengan amanah dan tidak sesekali
mengkhianati amanah yang diberikan.
Orang yang jujur juga melaksanakan sesuatu pekerjaan
dengan ikhlas, tanpa mengharapkan sebarang balasan.

KERAJINAN

Usaha berterusan yang penuh dengan
ketekunan, kecekalan, kegigihan,
dedikasi dan daya usaha dalam
melakukan sesuatu perkara.
Rajin bekerja untuk mendapatkan rezeki
secara halal.

83

LANGKAH PENCEGAHAN
jenayah rasuah menerusi
amalan nilai murni

Kesemua nilai murni yang disenaraikan merupakan
asas kepada murid dalam membentuk perwatakan dan
disiplin diri yang tinggi serta berkeperibadian mulia.
Tanggungjawab untuk melahirkan generasi yang
seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani, intelek
dan sosial terletak di atas bahu kita semua.
Di sekolah, guru yang merupakan suri teladan kepada
murid mesti mempamerkan perilaku dan tutur kata yang
baik. Perkara ini amat penting dalam usaha menerapkan
nilai murni dan integriti kepada generasi muda negara.

LANGKAH dalam pendidikan
pencegahan jenayah rasuah
menerusi amalan nilai murni adalah

seperti berikut:

SIKAP
INDIVIDU

Individu itu sendiri mesti mempunyai jati diri dan
kesedaran dalaman untuk mengamalkan nilai-nilai murni
dalam kehidupan seharian mereka. Integriti diri mampu
menjadi benteng kukuh untuk mengelakkan seseorang
itu daripada terjebak dengan jenayah rasuah.

84

KEMBALI
KEPADA
AGAMA

Semua agama menghendaki penganutnya untuk
melakukan kebaikan dan melarang daripada perbuatan
maksiat. Oleh itu, kefahaman ajaran agama dan
pegangan agama yang kukuh dapat menghindarkan diri
daripada perbuatan rasuah dan perbuatan-perbuatan
lain yang tidak diredai tuhan.

PEMUPUKAN
DAN

PENGHAYATAN
NILAI

Nilai-nilai murni perlu dihayati dan diamalkan dalam
kehidupan seharian. Pemupukan nilai murni dalam diri
mampu menghindari individu daripada anasir negatif.

MEMBENTUK
INDIVIDU
BERETIKA
MULIA

Tanamkan sikap jujur, amanah, bercakap benar dan
ikhlas untuk membentuk keperibadian individu yang
beretika mulia.

85

RUMUSAN

1. Semua agama melarang perbuatan rasuah dan
penganiayaan terhadap orang lain.

2. Semua agama menyeru penganutnya agar berbuat
baik sesama manusia dan alam sekitar.

3. Pendidikan pencegahan rasuah melalui penerapan
nilai murni mesti dilaksanakan seawal peringkat
sekolah rendah lagi. Bak kata pepatah ‘melentur
buluh biarlah daripada rebungnya’.

4. Penerapan nilai-nilai murni akan dapat membentuk
murid berkeperibadian mulia, mampu membuat
keputusan yang bijak dan seterusnya menjauhkan
diri daripada jenayah rasuah.

86

AKTIVITI PENGAJARAN
Perbincangan dalam kelas

PERBINCANGAN

1. Bincangkan langkah-langkah pencegahan jenayah
rasuah melalui penerapan nilai murni.

2. Bincangkan peranan agama dalam usaha pencegahan
rasuah.

AKTIVITI

Lakonkan situasi kamu menolak pemberian rasuah kerana
pegangan agama dan pengamalan nilai murni.

87

AKTIVITI PENGAJARAN
Pertandingan Melukis Kartun Antirasuah

Huraian pelaksanaan aktiviti adalah seperti berikut:

Masa / Tempat Pelaksanaan Keperluan
Tempoh

Murid diberi
tugasan

melukis kartun
antirasuah.

7 hari Luar Tetapkan tarikh Kertas lukisan
kelas lukisan mesti dan
dihantar.
Murid yang peralatan
melukis
berjaya melukis
kartun

yang terbaik
akan dikira
pemenang.

88

5BAB

CKOENSATOLAHHKAENS RASUUAAHH
SEBMENENARURMUETLIABAKTTKAAN

WARSGPARMPE2N0D0I9DIK

DAN PELAJAR

89

90

HASIL
PEMBELAJARAN

***

01 Mengetahui kes rasuah
sebenar melibatkan warga
pendidik

02 Mengetahui kes rasuah
sebenar melibatkan
pelajar

03 Mengambil iktibar
daripada kes-kes
tersebut

91

RASUAH Sesiapa sahaja boleh terjebak
MELIBATKAN dengan jenayah rasuah. Rasuah
tidak mengira kedudukan,
WARGA bangsa, warna kulit, agama dan
PENDIDIK ideologi politik seseorang itu.

IKTIBAR
UNTUK
SEMUA

Pelaku rasuah adalah mereka

yang tiada integriti dan

mementingkan keuntungan

peribadi berbanding amanah

yang digalas.

Bab ini akan memaparkan kes-
kes sebenar yang melibatkan
warga pendidik. Pendedahan ini
bukan berniat untuk menjatuhkan
martabat warga pendidik, tetapi
sebagai pedoman dan iktibar
untuk kita semua.

92


Click to View FlipBook Version