RUSMAWATY BINTI ABDUL KADIR PERKAITAN ANTARA BEBAN KERJA DAN PERSEKITARAN
TERHADAP TEKANAN DI TEMPAT KERJA DALAM
BACELOR SAINS PEMBANGUNAN MANUSIA
KALANGAN KAKITANGAN HOSPITAL TUANKU JA’AFAR
SEREMBAN
RUSMAWATY BINTI ABDUL KADIR
JABATAN PEMBANGUNAN MANUSIA DAN
PENGAJIAN KELUARGA
FAKULTI EKOLOGI MANUSIA
UNIVERSITI PUTRA MANUSIA
2020/2021
2020/2021
PERKAITAN ANTARA BEBAN KERJA DAN PERSEKITARAN
TERHADAP TEKANAN DI TEMPAT KERJA DALAM KALANGAN
KAKITANGAN HOSPITAL TUANKU JA’AFAR SEREMBAN
OLEH
RUSMAWATY BINTI ABDUL KADIR
Projek ini merupakan salah satu keperluan kursus untuk
mendapatkan Bacelor Sains Pembangunan Manusia
dari Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia
Julai 2021
Projek bertajuk “Perkaitan Antara Beban Kerja dan Persekitaran Terhadap Tekanan di
Tempat Kerja Dalam Kalangan Kakitangan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban” telah
disediakan oleh Rusmawaty binti Abdul Kadir dan diserahkan kepada Fakulti Ekologi
Manusia sebagai memenuhi syarat untuk mendapatkan Bacelor Sains Pembangunan
Manusia.
Diterima untuk diperiksa oleh:
_______________________
Dr. Zanariah Binti Ismail
Tarikh:_________________
i
Saya mengisytiharkan bahawa projek ini adalah berdasarkan hasil kerja saya sendiri
dengan bantuan mendapatkan maklumat daripada sumber-sumber yang diberitahu di
dalam bibliografi. Saya juga mengisytiharkan hasil kerja saya ini tidak pernah
dihasilkan oleh mana-mana pelajar bacelor Universiti Putra Malaysia serta institusi
pengajian yang lain.
Disahkan oleh:
_____________________
Rusmawaty binti Abdul Kadir
Tarikh:________________
ii
ABSTRAK
PERKAITAN ANTARA BEBAN KERJA DAN PERSEKITARAN TERHADAP
TEKANAN DI TEMPAT KERJA DALAM KALANGAN KAKITANGAN HOSPITAL
TUANKU JA’AFAR SEREMBAN
Oleh
Rusmawaty binti Abdul Kadir
Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk menentukan perkaitan antara beban kerja dan
persekitaran terhadap tekanan di tempat kerja dalam kalangan kakitangan di Hospital
Tuanku Ja’afar Seremban. Seramai 356 orang kakitangan yang terdiri daripada
kalangan kakitangan Hospital Tuanku Ja’afar Seremban terlibat sebagai responden
dalam kajian ini di mana mereka dipilih melalui teknik persampelan rawak mudah.
Occupational Stress Indicator oleh Cooper, Sloan & William (1988) telah digunakan
untuk mengukur beban kerja dan persekitaran. Manakala Job Stress Questionnaire oleh
Caplan (1981) dan diubah suai oleh Cooper (1975) digunakan untuk mengukur tekanan
di tempat kerja. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang menggunakan borang
soal selidik untuk mengumpul data. Borang soal selidik terbahagi kepada tiga bahagian
iaitu Bahagian A (latar belakang responden), Bahagian B (beban kerja, persekitaran)
dan Bahagian C (tekanan di tempat kerja). Data yang diperolehi dianalisis
menggunakan analisis deskriptif (min, kekerapan dan peratus) dan statistik inferensi (
ujian korelasi Pearson dan regresi berganda) dengan menggunakan ‘Statistikal Package
for Social Science’ (SPSS) versi 26.0. Hasil kajian menunjukkan bahawa beban kerja
(r = 0.513, p = 0.00) dan persekitaran (r = 0.525, p = 0.00) mempunyai perkaitan
signifikan yang positif dengan tekanan di tempat kerja. Tambahan lagi, hasil kajian
menunjukkan bahawa persekitaran merupakan faktor yang paling dominan dalam
mempengaruhi tekanan di tempat kerja dalam kalangan kakitangan di hospital (R² =
0.248, β = 0.49). Kesimpulannya, hasil kajian ini boleh dijadikan rujukan bagi
menyediakan program intervensi oleh pihak berkenaan.
iii
ABSTRACT
RELATIONSHIP BETWEEN WORK LOAD AND ENVIRONMENT TO
WORKPLACE PRESSURE AMONG THE STAFF OF HOSPITAL TUANKU
JA’AFAR SEREMBAN
By
Rusmawaty binti Abdul Kadir
This study was conducted to determine the relationship between workload and the
environment on workplace stress among staff at Tuanku Ja’afar Hospital Seremban. A
total of 356 staff consisting of staff from Tuanku Ja’afar Seremban Hospital were
involved as respondents in this study where they were selected through a simple random
sampling technique. The Occupational Stress Indicator by Cooper, Sloan & William
(1988) has been used to measure workload and environment. Whereas the Job Stress
Questionnaire by Caplan (1981) and modified by Cooper (1975) was used to measure
stress in the workplace. This study uses a quantitative method that uses a questionnaire
to collect data. The questionnaire is divided into three parts, namely Part A
(respondent's background), Part B (workload, environment) and Part C (stress at work).
The data obtained were analyzed using descriptive analysis (mean, frequency and
percentage) and inferential statistics (Pearson correlation test and multiple regression
test) using ‘Statistical Package for Social Science’ (SPSS) version 26.0. The results
showed that workload (r = 0.513, p = 0.00) and environment (r = 0.525, p = 0.00) had
a significant positive correlation with stress in the workplace. Furthermore, the results
of the study showed that the environment was the most dominant factor in influencing
workplace stress among hospital staff (R² = 0.248, β = 0.49). In conclusion, the results
of this study can be used as a reference to provide intervention programs by the relevant
parties.
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah syukur saya panjatkan ke hadrat illahi, kerana dengan
keizinanNya saya berjaya menyelesaikan tugasan dan amanah yang telah diberikan
kepada saya iaitu “Perkaitan Antara Beban Kerja dan Persekitaran Terhadap Tekanan
di Tempat Kerja Dalam Kalangan Kakitangan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban.”
Sekalung penghargaan buat penyelia projek iaitu Dr. Zanariah binti Ismail kerana telah
memberi bimbingan kepada saya sepanjang proses menghasilkan kajian ini. Tidak lupa
juga ucapan terima kasih kepada penyelaras FEM 4959A Dr Zarinah binti Arshad dan
semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kajian ini. Segala jasa baik dan
keprihatinan semua insan-insan yang telah membantu saya dalam menghasilkan
tugasan ini.
Dalam penghasilan karya tugasan ini, pelbagai cabaran yang perlu saya tempuhi
secara sedar dan tidak sedar. Setiap detik dan saat yang mengalir ibarat air sungai yang
mengalir deras. Segala cabaran tersebut saya tempuhi dengan tabah dan sabar.
Walaupun adakalanya saya rasa diri ini terlalu terbeban dengan tanggungjawab yang
sedang dipikul, dan terdetik juga di dalam hati ini rasa untuk mengundurkan diri namun,
saya tetap cekal dan menganggap ia sebagai ujian daripada Allah s.w.t supaya saya
tidak terus terleka dengan duniawi. Sesungguhnya, setiap cabaran dan dugaan sewaktu
pengumpulan maklumat dan bahan sepanjang proses penyusunan tugasan ini telah
memberikan banyak pengalaman untuk mematangkan lagi penulisan karya saya ini dan
juga pada masa-masa akan datang.
Akhir kata, semoga kajian ini dapat memberi manfaat kepada pihak-pihak yang
memerlukan. Sekali lagi jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terlibat
dalam menjayakan projek ilmiah tahun akhir ini. Sekian, terima kasih.
v
JADUAL KANDUNGAN
Muka surat
PENGESAHAN PENYELIA i
PENGAKUAN PELAJAR ii
ABSTRAK iii
ABSTRACT iv
PENGHARGAAN v
JADUAL KANDUNGAN vi
SENARAI JADUAL ix
SENARAI RAJAH x
SENARAI SINGKATAN xi
BAB 1: PENDAHULUAN 1
1.1 Latar Belakang Kajian 6
1.2 Pernyataan Masalah 10
1.3 Kepentingan Kajian 12
1.4 Objektif Am dan Objektif Khusus 12
12
1.4.1 Objektif Am 13
1.4.2 Objektif Khusus 14
1.5 Hipotesis Kajian 15
1.6 Limitasi Kajian 16
1.7 Definasi Terminologi Konseptual dan Operasional 18
1.8 Kerangka Konseptual Kajian
1.9 Rumusan Bab
BAB 2: TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
2.2 Tekanan di Tempat Kerja 19
2.3 Bebanan Kerja 20
2.4 Persekitaran 21
2.5 Perkaitan Antara Beban Kerja Dengan Tekanan di 22
23
Tempat Kerja
2.6 Perkaitan Antara Persekitaran Dengan Tekanan di 25
Tempat Kerja
vi
2.7 Perkaitan Antara Jantina Dengan Tekanan di Tempat 27
Kerja
29
2.8 Rumusan Bab
30
BAB 3: METODOLOGI KAJIAN 31
3.1 Pengenalan 31
3.2 Reka Bentuk Kajian 32
3.3 Lokasi Kajian 34
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 34
3.5 Instrumen 35
35
3.5.1 Soal Selidik 36
3.5.2 Pengukuran Latar Belakang 37
3.5.3 Pengukuran Beban Kerja 37
3.5.4 Pengukuran Persekitaran 38
3.5.5 Pengukuran Tahap Tekanan Kerja 39
3.6 Teknik Pengumpulan Data 39
3.7 Penganalisisan Data 40
3.7.1 Analisis Data Deskriptif 40
3.7.2 Ujian Korelasi Pearson 42
3.7.3 Ujian Regresi Berganda 43
3.8 Kebolehpercayaan
3.9 Analisis Data Penerokaan 44
3.10 Rumusan Bab 45
45
BAB 4: ANALISIS KAJIAN DAN PERBINCANGAN 51
4.1 Pengenalan 52
4.2 Analisis Deskriptif 54
57
4.2.1 Latar Belakang Responden 57
4.2.2 Tahap Beban Kerja
4.2.3 Tahap Persekitaran
4.2.4 Tahap Tekanan di Tempat Kerja
4.3 Pengujian Hipotesis Kajian
4.3.1 Ujian Korelasi Pearson
vii
4.3.2 Ujian Regresi Berganda 61
4.4 Rumusan Bab 63
BAB 5: RUMUSAN, IMPLIKASI & CADANGAN 65
5.1 Pengenalan 65
5.2 Rumusan Dapatan Kajian 66
67
5.2.1 Objektif Khusus 1 68
5.2.2 Objektif Khusus 2 68
5.2.3 Objektif Khusus 3 69
5.2.4 Objektif Khusus 4 69
5.3 Implikasi 71
5.3.1 Implikasi Pengetahuan 72
5.3.2 Implikasi Praktikal
5.4 Cadangan 75
79
RUJUKAN 79
LAMPIRAN
Lampiran A Borang Soal Selidik 81
Lampiran B SPSS Output
viii
SENARAI JADUAL
Jadual Muka
Surat
1. Pengelasan Tahap Occupational Stress Indicator (OSI)
2. Pengelasan Tahap Job Stress Questionaire (JSQ) 35
3. Aras Kekuatan Hubungan Korelasi 36
4. Ringkasan Analisis Data Statistik 38
5. Jadual Nilai Pekali Cronbach’s Alpha 39
6. Jadual Skewness & Kurtosis bagi setiap pemboleh ubah 40
7. Taburan Deskriptif Latar Belakang Responden 41
8. Taburan Deskriptif Jantina Responden 45
9. Taburan Deskriptif Status Perkahwinan Responden 46
10. Taburan Deskriptif Taraf Pendidikan Responden 46
11. Taburan Deskriptif Tempoh Perkhidmatan Responden 47
12 Deskriptif Tahap Beban Kerja 47
13. Deskriptif Tahap Persekitaran 48
14. Tahap Tekanan di Tempat Kerja 50
15. Keseluruhan Skor Min 51
16. Korelasi Pearson antara Beban Kerja dengan Tekanan di Tempat 54
55
Kerja
17. Korelasi Pearson antara Persekitaran dengan Tekanan di Tempat 56
Kerja 60
18. Analisis Ujian Regreasi Berganda 61
19. Analisis Bagi Setiap Hipotesis
ix
SENARAI RAJAH Muka
Surat
No Tajuk
17
Rajah 1.1 Rajah Kerangka Konseptual 32
Rajah 3.1 Rajah Teknik Persampelan 47
Rajah 4.1 Peratusan Umur Responden 47
Rajah 4.2 Peratusan Kumpulan Jantina Responden 48
Rajah 4.3 Peratusan Status Perkahwinan Responden 49
Rajah 4.4 Peratusan Tahap Pendidikan Responden 50
Rajah 4.5 Peratusan Tempoh Perkhidmatan Responden
x
KKM SENARAI SINGKATAN
HTJS
OSI Kementerian Kesihatan Malaysia
JSQ Hospital Tuanku Ja’afar Seremban
WHO Occupational Stress Indicator
FEM Job Stress Questionnaire
APAC Worth Health Organization
PBB Fakulti Ekologi Manusia
MHSB Asia Pacific Accreditation Cooperation
β Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu
R² MAINS Holdings Sdn. Bhd
SP Beta
t Pekali penentu regresi
% Sisihan Piawai
n Nilai t
> Peratus
< Bilangan Subjek
⁑ Lebih daripada
SPSS Kurang daripada
Min Signifikan pada aras >0.01
Statistical Package for Social Science
Purata
xi
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Latar Belakang Kajian
Dewasa ini, perkembangan era globalisasi telah memaksa organisasi untuk lebih
bersedia menghadapi pelbagai cabaran dalam memperkukuhkan kelebihan daya saing.
Pelbagai cabaran dalam dunia pekerjaan pada masa kini harus dipandang serius oleh
setiap organisasi di Malaysia khasnya, terutamanya isu stress di tempat kerja atau
dikenali sebagai tekanan di tempat kerja. Semakin hari isu ini semakin hangat
diperkatakan dan mendapat perhatian pelbagai pihak apabila berlakunya peningkatan
kadar kemurungan dikalangan pekerja samada di sektor awam mahupun sektor swasta
di negara ini yang mengalami tahap tekanan yang tinggi ekoran daripada beban kerja
yang melampau dan tidak terkawal.
Tekanan di tempat kerja adalah satu tindak balas fizikal dan emosi yang berlaku
apabila kehendak kerja individu tidak dapat menandingi kemampuan diri, sumber
mahupun keperluan pekerjaannya (Dr. Dayanath Manivasagam, 2016). Manakala
1
menurut Carr. et. al., (2011) pula, tekanan di tempat kerja ditakrifkan sebagai perbezaan
yang dilihat diantara permintaan dan keupayaan seseorang untuk menjalankan tuntutan
seperti yang diharapkan dan ianya berlaku apabila wujudnya perubahan-perubahan
dalam diri individu sehingga menyebabkan mereka berubah daripada berfungsi secara
normal kepada tidak normal.
Sebagai pekerja, mereka seharusnya mampu untuk membuat imbangan dan
tindakbalas terhadap perubahan keadaan dalam apa jua keadaan. Walaubagaimanapun,
tekanan di tempat kerja ini akan wujud sekiranya individu tersebut mengalami tekanan
yang berlebihan sehingga mereka tidak mampu untuk mengatasinya. Tekanan yang
berlebihan dan tidak terurus juga akan memberikan kesan yang buruk terhadap
kesihatan malah boleh menjejaskan kesihatan mental dan fizikal mereka.
Menurut tinjauan yang dilakukan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (2017),
mendapati kegagalan menangani masalah tekanan di tempat kerja telah membawa
kepada beban penyakit global berpunca daripada penyakit kemurungan iaitu sebanyak
4.3 peratus, manakala bagi individu yang mengalami masalah gangguan mental di
seluruh dunia pula adalah sebanyak 450 juta orang. Sejajar dengan itu, masalah
kemurungan ini telah menyebabkan seramai 311 juta manusia diseluruh dunia
membunuh diri dan sejumlah 800 000 kes bunuh diri direkodkan dalam tahun 2015
serta 160 juta pekerja dilaporkan mengalami ketidakselesaan dan penyakit yang
berkaitan kerja pada setiap hari (WHO, 2014).
Di Malaysia, dapatan kajian yang dilakukan oleh Rengus APAC (2013)
mendapati 70 peratus pekerja di Malaysia mengalami masalah tekanan di tempat kerja,
42 peratus daripadanya mengalami masalah insomnia dan kebimbangan serta masalah
ketidakhadiran ke tempat kerja pula telah berlaku peningkatan sebanyak 67 peratus.
Tekanan di tempat kerja mempunyai kesan negatif terhadap produktiviti organisasi,
2
ekonomi negara dan kesejahteraan diri pekerja (Zafir, 2013). Tekanan perasaan yang
melampau dan berpanjangan boleh menjejaskan fizikal dan ganguan muskuloskeletal,
malah bakal menggantikan penyakit kardiovaskular. Ia juga merupakan faktor penentu
samada individu tersebut mampu untuk terus bekerja ataupun tidak.
Selaras dengan itu, menurut Dr Ruzita Jamaluddin (Bernama, 2016), masalah
tekanan di tempat kerja merupakan penyakit mental yang menjadi masalah kesihatan
kedua terbesar di Malaysia selepas penyakit jantung menjelang tahun 2020. Apabila
seseorang individu atau pekerja mengalami tekanan atau stress, maka akan timbul
pelbagai masalah yang lain seperti masalah stroke (angin akhmar), strained life, kerap
beremosi marah dan bengis dengan keluarga, perhubungan yang tidak baik dengan
anak-anak serta kemurungan yang melampau. Bermula dengan perubahan struktur
kerja yang menjadi penyumbang kepada risiko psikososial di tempat kerja, pekerja
menghadapi tekanan yang lebih besar demi untuk memenuhi keperluan organisasi dari
segi permintaan tugas, peningkatan persaingan dan harapan pihak atasan yang terlalu
tinggi.
Persaingan dari segi global dan peningkatan fleksibiti pasaran buruh telah
mewujudkan lebih banyak jenis pekerjaan yang tidak menentu dan tiada jaminan
kepada pekerja sehingga telah menyebabkan tekanan di kalangan mereka. Selain itu,
kelembapan ekonomi telah menimbulkan risiko kepada psikososial di tempat kerja
dimana, organisasi mengalami penyusunan semula, penstrukturan, pengecilan skop
kerja sediada, pemberhentian pekerja, kurangnya jaminan dalam pekerjaan, peluang
pekerjaan yang semakin berkurangan, kurang kestabilan kewangan dan peningkatan
dari segi bebanan hutang peribadi.
3
Dalam meniti arus kemodenan ini, manusia bekerja bukan sekadar untuk
kelangsungan hidup, namun bekerja dan mempunyai pendapatan adalah menjadi satu
keperluan bagi setiap manusia yang normal. Dengan pendapatan yang diperolehi
daripada sumber pekerjaan mereka mampu untuk melaksanakan tanggungjawab
terhadap keluarga, malah bagi individu yang berkerjaya ia merupakan satu kepuasan
dalam kehidupan apabila segala cabaran dan dugaan dapat mereka harungi dengan baik.
Sungguhpun demikian, disebalik setiap kepuasan dan kemudahan yang dikecapi itu,
wujud pelbagai masalah dan tekanan yang perlu dihadapi. Setiap individu yang bekerja
akan terdedah dengan pelbagai jenis tekanan dari segi fizikal, mental dan emosi yang
berpunca daripada masalah dalam pekerjaan. Tekanan pekerjaan bukan hanya berlaku
di dalam sektor swasta malah turut berlaku dalam sektor awam.
Sejak akhir-akhir ini, masalah tekanan pekerjaan yang dihadapi oleh kakitangan
awam semakin hari semakin kian meningkat. Keadaan ini berlaku berikutan daripada
perubahan pada stuktur kerja yang menjadi penyumbang kepada berlakunya tekanan di
tempat kerja apabila pekerja terpaksa berhadapan dengan risiko psikososial untuk
memenuhi permintaan tugas, peningkatan persaingan dan harapan lebih tinggi. Selain
itu, kelembapan ekonomi turut menjadi punca kepada organisasi mengalami proses
penyusunan, penstrukturan semula atau pengecilan skop penjawatan sehingga
mengakibatkan ramai dikalangan pekerja terpaksa diberhentikan kerja dan peluang
pengambilan pekerjaan yang semakin berkurangan.
Keadaan ini telah memberikan impak yang besar kepada sektor kesihatan,
dimana ramai dikalangan kakitangan kesihatan mengalami tekanan pekerjaan yang
melampau sehingga berlakunya burnout dan kemurungan terutamanya dikalangan
kakitangan hospital. Sepertimana sedia maklum, sektor perkhidmatan kesihatan seperti
hospital, klinik dan pusat rawatan harian merupakan pusat untuk masyarakat
4
mendapatkan rawatan kesihatan yang paling penting. Hari demi hari bilangan pesakit
yang mendapatkan perkhidmatan rawatan kesihatan semakin meningkat. Kakitangan
yang berkhidmat di bawah sektor kesihatan sama ada bahagian pengurusan mahupun
bahagian klinikal tidak terkecuali daripada berhadapan dengan tekanan pekerjaan.
Tekanan di tempat kerja turut berlaku apabila tuntutan dan tekanan kerja adalah
tidak sepadan dengan pengetahuan pekerjaan, beban kerja yang berlebihan,
percanggahan pendapat atau peranan kurang jelas, kurangnya mendapat sokongan
daripada pihak pengurusan atasan dan juga organisasi tidak dapat diuruskan dengan
baik. Kakitangan hospital bukan sekadar berhadapan dengan masalah beban kerja yang
melampau malah mereka juga turut berhadapan dengan sikap masyarakat yang tidak
sabar dan seringkali mencari kesalahan anggota kesihatan. Terutamanya di zaman
perubahan teknologi pada masa kini, sikap segelintir masyarakat yang suka memarahi
serta memviralkan sesuatu isu telah menyebabkan kakitangan awam berhadapan
dengan masalah tekanan.
Selain itu, aduan dan tuduhan yang dibuat oleh masyarakat kepada kakitangan
awam di hospital juga menjadi penyumbang kepada masalah tekanan. Tambahan pula,
kakitangan di hospital terpaksa kerja lebih masa (overtime), kerja shif yang tidak
menentu, rehat yang tidak mencukupi, bekerja dalam persekitaran kerja yang boleh
dijangkiti penyakit berjangkit dan berhadapan dengan kesukaran untuk menyesuaikan
diri dengan waktu tidur, akhirnya akan membawa mereka ke arah kelesuan, keletihan
perasaan, emosi, mental dan fizikal. Oleh itu, isu tekanan dikalangan penjawat awam
terutamanya kakitangan hospital perlu dipandang serius kerana mereka merupakan
tulang belakang kebangkitan sesebuah negara.
5
Justeru itu, didapati seramai 90.4 peratus daripada penjawat awam mengalami
tekanan di tempat kerja adalah berpunca daripada faktor rakan sekerja dan faktor
persekitaran (Abdul Jalil et. al., 2017). Dianggarkan seramai lebih 400,000 penjawat
awam telah diberikan kad psikiatri kerana mengalami masalah tekanan kerja sehingga
mengalami tekanan jiwa malah masalah ini menunjukkan peningkatan pada setiap
tahun (Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam).
1.2 Pernyataan Masalah
Dewasa kini, masalah tekanan ditempat kerja semakin hari semakin
membimbangkan. Masalah tekanan di tempat kerja ini bukanlah satu isu yang baru di
Malaysia malah ia merupakan penyakit mental yang kedua terbesar selepas penyakit
jantung (Ng Chong Guan, 2020). Terdapat banyak kes-kes seperti bunuh diri, ponteng
kerja, tidak hadir bertugas, guru kemurungan dan lain-lain lagi dipaparkan di media
sosial sejak kebelakangan ini adalah berpunca daripada tekanan dalam kehidupan
terutamanya tekanan di tempat kerja. Walaubagaimanapun, hasil kajian yang dilakukan
oleh tokoh-tokoh penyelidik terdahulu menyatakan bahawa tekanan di tempat kerja
mempunyai perkaitan dengan beban kerja dan persekitaran yang mengancam
kehidupan individu serta menjadi penyebab utama ke atas kerja, fizikal dan emosi
seseorang sehingga mereka tidak mampu untuk menyesuaikan diri dan memenuhi
segala tuntutan dalam pekerjaan (Nor Asma, 2011).
Justeru, tinjauan yang dijalankan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB) menyatakan bahawa tekanan di tempat kerja merupakan penyumbang yang
terbesar terhadap lima penyakit utama dunia dan dilabelkan sebagai ‘penyakit’ abad ke-
20 (Mujaheed Hassan. et. al., 2020). Dalam era globalisasi yang kian mencabar setiap
6
individu tidak akan lari daripada menghadapi tekanan terutamanya dalam berhadapan
dengan sejenis virus yang sedang melanda dunia iaitu pasca pandemik Covid-19. Ini
adalah kerana setiap diantara kita mempunyai peranan dan tanggungjawab yang
tersendiri terhadap keluarga, komuniti, tempat bekerja dan juga majikan.
Tekanan di tempat kerja adalah satu lumrah dalam alam pekerjaan yang
disebabkan oleh tuntutan persekitaran kerja semasa yang kian mencabar terutamanya
bagi kakitangan kesihatan. Masalah tekanan di tempat kerja boleh berlaku pada sesiapa
sahaja tanpa mengira faktor kemiskinan, kekayaan, peringkat usia, golongan
profesional ataupun bukan profesional, agama dan juga bangsa. Tekanan di tempat
kerja boleh berlaku di mana-mana sahaja samada dalam sektor swasta mahupun sektor
awam. Tekanan yang berlebihan boleh mengakibatkan individu mengalami
kemurungan yang amat teruk. Malah masalah tekanan juga merupakan penyumbang
kepada peningkatan bilangan pesakit mental di Malaysia (Lee Lam Thye, 2017) yang
perlu diatasi oleh kerajaan Malaysia.
Setiap individu yang mengalami tekanan akan berhadapan dengan risiko yang
berbahaya seperti, masalah kesihatan yang kronik, kemurungan dan juga masalah
mental. Walaubagaimanapun, pernyataan ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh
Abdul Jalil et. al., (2017), menunjukkan tekanan di tempat kerja adalah dipengaruhi
oleh faktor persekitaran yang wujud dalam sesebuah organisasi sehingga menjejaskan
produktiviti dan prestasi seseorang pekerja dalam bentuk jangka masa panjang dan
dalam jangka masa pendek. Tekanan di tempat kerja ini bukan hanya tertumpu pada
pekerjaan di pejabat sahaja, malah ia turut berlaku dalam semua sektor pekerjaan
termasuklah anggota bomba, polis, guru, doktor, jururawat dan sebagainya. Fenomena
tekanan di tempat kerja majoriti berlaku dalam kalangan penjawat awam terutamanya
petugas kesihatan dan kakitangan awam yang bertugas di bawah Kementerian
7
Kesihatan Malaysia (KKM) kerana mereka merupakan tulang belakang dan aset
terpenting negara.
Walaubagaimanapun terdapat banyak faktor yang menjadi penyumbang kepada
risiko psikososial di tempat kerja sehingga boleh menyebabkan tekanan, keletihan
melampau dan juga kemurungan. Diantaranya adalah seperti kelemahan organisasi,
beban kerja yang melampau, kekurangan kakitangan, persekitaran yang semakin
kompleks, peranan tugasan yang semakin konflik, kurangnya keyakinan terhadap masa
hadapan, tiada jaminan pekerjaan, masalah dikalangan pekerja, penderaan dari segi
fizikal, psikologi dan seksual, kelemahan komunikasi serta kurangnya sokongan
daripada pihak atasan.
Keadaan turut menjadi semakin buruk apabila pihak majikan dan pengurusan
menafikan hak pekerja untuk mendapatkan keseimbangan antara pekerjaan dengan
kehidupan. Kenyataan ini turut disokong oleh Masturah Markom et. al., (2011), tekanan
di tempat kerja mempunyai perkaitan dengan beban kerja yang tinggi kerana individu
tidak mampu untuk melakukan kerja secara efisien, malah beban kerja yang banyak
akan memberikan kesan ke atas kualiti kerja dan produktiviti serta akan memberikan
kesan negatif ke atas kesihatan fizikal dan mental mereka. Justeru, beban kerja yang
diberikan secara berlebihan kepada pekerja pula merupakan salah satu asbab
menjadikan pekerja tidak berpuas hati terhadap organisasi dan seterusnya membuat
keputusan untuk meninggalkan pekerjaannya (Gahlann, 2014).
Namun demikian adalah penting setiap organisasi untuk merangka pelan bagi
mengurangkan tekanan di tempat kerja dengan menyediakan persekitaran kerja yang
sihat. Persekitaran kerja yang sihat mampu untuk menjaga kesihatan mental dan emosi
pekerja dan secara tidak langsung dapat memberi pulangan yang baik kepada
organisasi. Antara lain adalah ia dapat meningkatkan produktiviti apabila kes-kes
8
seperti kekerapan mendapatkan sijil cuti sakit, ponteng kerja dan kemurungan dapat
dikurangkan. Sebagai majikan atau pihak pengurusan yang bertanggungjawab, mereka
seharusnya mengambil pendekatan dalam pengurusan risiko seperti analisis keadaan,
merangka pelan tindakan untuk mengurangkan risiko, melaksanakan pemeriksaan bagi
pengesanan awal dan menyediakan carta aliran sebagai rujukan pihak atasan.
Selain itu, organisasi juga perlu melaksanakan pelan mencegah atau
mengurangkan tekanan dan mewujudkan budaya persekitaran psikososial yang sihat.
Oleh demikian, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti perkaitan antara beban kerja
dan persekitaran terhadap tekanan di tempat kerja dalam kalangan kakitangan di
Hospital Tuanku Ja’afar Seremban. Bagi membantu mencapai objektif, kajian ini akan
menjawab persoalan-persoalan berikut:
1) Apakah latar belakang (umur, jantina, tempoh perkhidmatan, pendidikan),
tahap beban kerja, tahap persekitaran dan tahap tekanan di tempat kerja
dalam kalangan kakitangan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban?
2) Adakah terdapat perkaitan antara beban kerja dengan tekanan dalam
kalangan kakitangan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban?
3) Adakah terdapat perkaitan antara persekitaran dengan tekanan di tempat
kerja dalam kalangan kakitangan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban?
4) Faktor manakah di antara beban kerja dan persekitaran yang lebih
mempengaruhi tekanan ditempat kerja dalam kalangan kakitangan di
Hospital Tuanku Ja’afar Seremban?
9
1.3 Kepentingan Kajian
Kajian ini mengkaji perkaitan antara beban kerja dan persekitaran terhadap
tekanan di tempat kerja dalam kalangan kakitangan di Hospital Tuanku Ja’afar
Seremban. Hasil kajian ini bertujuan supaya dapat memberi faedah kepada pihak
kementerian, pengurusan atasan dan juga kakitangan awam. Hasil kajian ini
berkemungkinan dapat memberi kesedaran kepada pihak kementerian dan pengurusan
atasan agar menjadi lebih peka akan impak daripada tekanan di tempat kerja kepada
pekerja dan organisasi serta dapat mengatur strategi tertentu yang bersesuaian bagi
mengurangkan tekanan dikalangan kakitangan awam.
Selain itu, hasil kajian ini dapat digunakan untuk membantu pihak pengurusan
mengenalpasti bilangan kakitangan yang mengalami tekanan dan punca-punca
berlakunya masalah tekanan di tempat kerja dalam kalangan kakitangan awam,
seterusnya dapat memberikan pertimbangan langkah-langkah yang sewajarnya dalam
mengatasi masalah tekanan di tempat kerja dalam kalangan kakitangan di hospital.
Tambahan pula sejak kebelakangan ini semakin ramai bilangan penjawat awam yang
mengalami tekanan di tempat kerja terutamanya barisan hadapan sehingga
menyebabkan berlakunya peningkatan individu yang mengalami masalah mental.
Seterusnya, dapatan kajian ini juga dapat digunakan untuk membantu menyediakan
program-program atau seminar yang bersesuaian mengenai kaedah mengatasi masalah
tekanan dikalangan kakitangan awam.
Justeru itu, hasil kajian ini dapat digunakan untuk membantu pihak pengurusan
dalam menangani masalah pekerja atau kakitangan awam yang mengalami masalah
‘burnout’. Ini adalah kerana kajian ini turut mengkaji tentang perkaitan beban tugas dan
persekitaran yang mempengaruhi tekanan di tempat kerja dalam kalangan kakitangan
hospital yang menjadi kesan terhadap prestasi individu dan produktiviti organisasi.
10
Kajian ini diharap dapat menjadi panduan yang berguna kepada seluruh kakitangan
awam khasnya kakitangan di hospital tentang kesan dan akibat daripada tekanan di
tempat kerja serta dapat membantu mengelakkan daripada berlakunya penurunan
prestasi diri dan membebaskan mereka daripada dibelenggu masalah tekanan supaya
sentiasa memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada organisasi.
Disamping itu, hasil daripada kajian ini dapat mendidik kakitangan awam
supaya sentiasa berwaspada dengan setiap tingkah laku dan perbuatan yang dilakukan
agar tidak terjerumus ke tahap kemurungan yang melampau. Ini adalah kerana
kebanyakan daripada kakitangan hospital tidak menyedari bahawa mereka sedang
mengalami tekanan ditempat kerja. Selain itu, hasil kajian ini dapat membantu mereka
supaya tidak alpa akan tanda-tanda yang berlaku pada diri mereka melalui perbuatan,
tingkah laku mahupun emosi seperti bersikap panas baran, gelisah, gangguan selera
makan, gangguan tidur, hilang tumpuan dan motivasi, kemurungan atau tahap kerisauan
yang melampau akibat daripada bebanan tugas yang melampau.
Justeru itu, kajian ini dapat memberikan galakkan kepada pihak kementerian
dan pengurusan atasan untuk menyediakan program atau seminar secara berterusan
yang lebih efektif mengenai pengawalan tekanan secara berterusan kepada kakitangan
awam agar mereka lebih bijak dalam menangani masalah yang dihadapi samada
berpunca daripada faktor dalaman mahupun luaran. Akhir sekali, diharap penyelidik
pada masa akan datang dapat menyediakan lebih maklumat mengenai tekanan di tempat
kerja dikalangan kakitangan awam kerana kajian mengenai tekanan di tempat kerja
dalam kalangan kakitangan awam semakin kian dipinggirkan dan seterusnya dapat
memberikan sumbangan terhadap pembangunan ilmu pengetahuan khususnya dalam
bidang sains sosial.
11
1.4 Objektif Kajian
1.4.1 Objektif Am
Dalam penghasilan sesuatu kajian, objektif adalah perkara yang penting dalam
menentukan halatuju kajian. Kajian ini adalah bertujuan untuk menentukan perkaitan
antara beban kerja dan persekitaran terhadap tekanan di tempat kerja dalam kalangan
kakitangan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban.
1.4.2 Objektif Khusus
1) Untuk memerihalkan latar belakang responden (umur, jantina, tempoh
perkhidmatan dan taraf pendidikan), tahap beban kerja, tahap persekitaran
dan tahap tekanan di tempat kerja dalam kalangan kakitangan di Hospital
Tuanku Ja’afar Seremban
2) Untuk menentukan perkaitan antara beban kerja terhadap tekanan di tempat
kerja dalam kalangan kakitangan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban.
3) Untuk menentukan perkaitan antara persekitaran terhadap tekanan di
tempat kerja dalam kalangan kakitangan di Hospital Tuanku Ja’afar
Seremban.
4) Untuk menentukan pemboleh ubah bebas (beban kerja, persekitaran) yang
lebih dominan dalam mempengaruhi tekanan di tempat kerja dalam
kalangan kakitangan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban.
12
1.5 Hipotesis Kajian
Objektif 2 : Untuk menentukan perkaitan antara beban kerja terhadap tekanan
di tempat kerja dalam kalangan kakitangan di Hospital Tuanku Ja’afar
Seremban.
Ho1: Terdapat perkaitan signifikan antara beban kerja terhadap tekanan di tempat
kerja dalam kalangan kakitangan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban.
Objektif 3 : Untuk menentukan perkaitan antara persekitaran terhadap tekanan
di tempat kerja dalam kalangan kakitangan di Hospital Tuanku Ja’afar
Seremban.
Ho2: Terdapat perkaitan signifikan antara persekitaran terhadap tekanan di tempat kerja
dalam kalangan kakitangan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban.
Objektif 4 : Untuk menentukan pemboleh ubah bebas (beban kerja, persekitaran)
yang lebih dominan dalam mempengaruhi tekanan di tempat kerja dalam
kalangan kakitangan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban.
Ho3: Beban kerja merupakan faktor yang lebih dominan daripada persekitaran terhadap
tekanan di tempat kerja dalam kalangan kakitangan di Hospital Tuanku Ja’afar
Seremban.
13
1.6 Limitasi Kajian
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji perkaitan antara beban kerja dan
persekitaran terhadap tekanan di tempat kerja dalam kalangan kakitangan di Hospital
Tuanku Ja’afar Seremban. Namun, semasa kajian ini dijalankan, secara keseluruhannya
penyelidik dapat mengenal pasti beberapa limitasi atau batasan kajian. Diantaranya
adalah kajian ini dilaksanakan hanya fokus kepada kakitangan-kakitangan yang
bertugas di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban sahaja, maka segala penemuan yang
terhasil daripada kajian ini hanya menggambarkan populasi ini sahaja. Keadaan ini
membuatkan objektif dan matlamat kajian sukar untuk dicapai dan sedikit sebanyak
memberikan impak ke atas hasil kajian.
Selain itu, kajian yang dilakukan ini menggunakan borang soal selidik yang
berbentuk skala Likert dan ianya ditadbir sendiri oleh penyelidik. Dengan penggunaan
borang soal selidik ini maka, secara tidak langsung telah membantu mengehadkan
responden untuk memberikan jawapan mereka sendiri. Hal ini adalah kerana kajian ini
hanya menumpukan kepada beberapa pemboleh ubah iaitu beban tugas dan
persekitaran yang mempunyai perkaitan terhadap tekanan di tempat kerja dalam
kalangan kakitangan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban, maka kajian ini hanya
terikat kepada pemboleh ubah itu sahaja.
Justeru itu, responden juga adalah diminta untuk menjawab soalan secara
individu. Maka, dapatan kajian ini adalah bergantung kepada komitmen, pemahaman,
kejujuran dan kesanggupan responden ketika menjawab soal selidik yang diberikan.
Oleh itu, kekurangan kejujuran dan komitmen responden dalam memberikan segala
maklumat akan mempengaruhi ketepatan keputusan hasil kajian. Penyelidik berharap
pengkaji pada masa akan datang dapat mempelbagaikan lagi pembolehubah dan
memperluaskan lagi bilangan responden bagi mengenalpasti perkaitan bebanan tugas
14
dan persekitaran yang mempengaruhi tekanan di tempat kerja dalam kalangan
kakitangan di hospital awam mahupun di hospital swasta.
1.7 Definasi Terminologi Konseptual dan Operasional
Tekanan di Tempat Kerja
Konseptual:
Menurut Carr. et. al. (2011), tekanan di tempat kerja boleh ditakrifkan
sebagai perbezaan yang dilihat diantara permintaan dan keupayaan
seseorang untuk menjalankan tuntutan seperti yang diharapkan.
Operasional:
Tekanan di tempat kerja diukur menggunakan Occupational Stress
Indicator (OSI) dibina oleh Cooper, Sloan & Williams (1988). Skala ini
mengandungi 10 item yang dinilai dengan menggunakan skala likert 5
mata bermula dari 1 = ‘sangat tidak setuju’ sehingga 5= ‘sangat setuju’.
Tekanan yang tinggi merujuk kepada skor yang tinggi.
Beban Kerja
Konseptual:
Tugas-tugas yang diberikan kepada kakitangan hospital dalam tempoh
masa tertentu dan perlu diselesaikan dalam tempoh masa yang singkat.
15
Operasional:
Beban kerja merujuak kepada tahap beban kerja yang sering dilakukan
oleh kakitangan dan diukur dengan menggunakan Occupational Stress
Indicator (OSI) yang dibina oleh Cooper, Sloan & Williams (1988).
Ianya terdiri daripada 10 item dan skor yang tinggi merujuk kepada
tahap beban kerja yang tinggi.
Persekitaran
Konseptual:
Menurut Haprizar. et. al. (2005), persekitaran merupakan elemen
intrinsik kerja yang merangkumi kebosanan, keadaan tempat kerja yang tidak
terurus, reka bentuk struktur organisasi, tekanan masa dan masalah teknikal.
Operasional:
Persekitaran merujuk kepada tahap persekitaran yang sering menjadi
penyebab kepada kakitangan berada dalam keadaan tertekan dan diukur dengan
menggunakan Occupational Stress Indicator (OSI) yang dibina oleh Cooper,
Sloan & Williams (1988). Ianya mengandungi 10 item dan skor yang tinggi
merujuk kepada tahap persekitaran yang tinggi.
1.8 Kerangka Konseptual Kajian (Conceptual Framework)
Berdasarkan kerangka konseptual pengkaji dapat menerangkan secara ringkas
tentang bentuk kajian, hala tuju kajian, format kajian dan peringkat-peringkat atau fasa-
fasa dalam kajian. Secara konsepnya, kajian ini mengandungi tiga pemboleh ubah iaitu
16
pemboleh ubah anteseden, pemboleh ubah bebas dan pemboleh ubah bersandar. Rajah
1 menunjukkan hubungan, sebab dan kesan antara pembolehubah anteseden dan
pembolehubah bebas terhadap pembolehubah bersandar iaitu tekanan di tempat kerja
yang digunakan dalam kajian ini. Melalui kajian ini, terdapat dua pemboleh ubah bebas
iaitu beban kerja dan persekitaran. Manakala dari segi pemboleh ubah antesedan pula
adalah latarbelakang atau demografik responden.
Rajah 1.1: Kerangka Konseptual Kajian (Conceptual Framework)
17
1.9 Rumusan Bab
Kesimpulannya, secara keseluruhan bab ini telah menggambarkan tentang kajian yang
akan dilakukan. Berdasarkan penerangan di atas, kajian ini dijalankan untuk
mengetahui perkaitan antara beban kerja dan persekitaran terhadap tekanan di tempat
kerja dalam kalangan kakitangan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban. Selain itu,
kajian ini juga telah membentuk hipotesis dan menetapkan matlamat yang hendak
dicapai di akhir kajian melalui objektif kajian. Justeru itu, di dalam bab ini turut
menjelaskan dan membincangkan definisi konseptual dan operasional kajian, limitasi
kajian, serta kerangka konseptual kajian.
18
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Bab ini memfokuskan perbincangan berkaitan kajian literatur yang telah
dijalankan oleh pengkaji berkaitan perkaitan antara beban kerja dan persekitaran
terhadap tekanan di tempat kerja dalam kalangan kakitangan di Hospital Tuanku Ja’afar
Seremban. Kajian literatur ini adalah merupakan kajian yang berbentuk ilmiah hasil
daripada penyelidikan yang telah dilakukan oleh penyelidik terhadap kajian-kajian
yang terdahulu dan para-para sarjana. Oleh itu, setiap bahan yang telah dipilih akan
dikaji dan diperhalusi dengan memberikan perhatian kepada persoalan-persoalan kajian
itu sendiri.
Huraian dalam bab ini adalah bertujuan untuk memberikan gambaran yang jelas
mengenai pemboleh ubah antisedan, pemboleh ubah bebas (beban kerja dan
persekitaran), pemboleh ubah bersandar (tekanan di tempat kerja), kupasan isu-isu,
teoritikal, idea dan kajian-kajian terdahulu yang telah dilaksanakan. Sehubungan
19
dengan itu, dalam penghasilan kajian ini, pelbagai bahan telah dirujuk oleh pengkaji
termasuklah bahan-bahan seperti artikel jurnal, penghasilan laporan sesuatu
penyelidikan dan bahan bacaan buku.
2.2 Tekanan di Tempat Kerja
Tekanan di tempat kerja sering terjadi kepada seseorang, khususnya bagi sektor
pekerjaan yang berkaitan dengan kemanusiaan. Menurut Holt (1993), tekanan
mempunyai perkaitan dengan perasaan cemas dan kebimbangan. Sementara Plunkett
dan Attner (1992) pula menyatakan bahawa mereka melihat tekanan sebagai
ketidakselesaan kesihatan yang berpunca daripada ketidaksesuaian antara individu
dengan desakan yang dirasakan perlu untuk ditunaikan. Malah ia juga merupakan
tindakbalas badan terhadap keadaan yang mendesaknya. Greenberg (1999) pula
menjelaskan bahawa tekanan di tempat kerja bermaksud tekanan ke atas sesuatu
pekerjaan yang memberi kesan kepada seseorang.
Konsep tekanan telah diutarakan oleh McGrath (1976), dan beliau merupakan
perintis yang merumuskan bidang tekanan di tempat kerja. Tekanan ditempat kerja
wujud daripada persepsi pekerja terhadap keperluan persekitaran yang menjangkaui
sumber yang ada. Tekanan di tempat kerja berbeza mengikut individu, ia bergantung
kepada keadaan, berapa lama dan tahap kekuatan tekanan yang berlaku terhadap diri
seseorang individu yang terdedah kepada berlakunya tekanan (Choudhury, 2013).
Setiap individu bertindak balas terhadap tekanan yang dialami dengan cara yang
berbeza, malah hanya individu tersebut sahaja yang dapat menilai tahap toleransi dalam
keadaan tertekan. Manakala Olpin dan Hesson (2013), menyatakan tekanan di tempat
20
kerja adalah suatu permintaan yang dibuat ke atas keupayaan dan penyesuaian minda
dan badan seseorang.
Selain daripada itu, Carr, Kelly, Keaton dan Albrecht (2011), berpendapat
tekanan di tempat kerja boleh ditakrifkan sebagai perbezaan yang dilihat diantara
permintaan dan keupayaan seseorang untuk menjalankan tuntutan seperti yang
diharapkan. Menurut Halkos dan Bousinakis (2010) dan Ket de Vries (1979), tekanan
di tempat kerja merujuk kepada keadaan emosi yang tidak menyenangkan apabila
berlaku ketidakseimbangan penyesuaian diantara permintaan persekitaran dengan
kebolehan atau keupayaan individu. Berdasarkan konsep-konsep yang dinyatakan,
dapat disimpulkan bahawa tekanan di tempat kerja terhasil apabila keupayaan atau
kebolehan individu tidak sepadan dengan keperluan atau permintaan kerja dan
persekitarannya. Oleh demikian, jurang ini akan menambahkan ketegangan kepada
individu dan akhirnya membawa kepada tekanan di tempat kerja.
2.3 Beban Kerja
Amjad Ali Chaudhry, Muhammad Imran Malik, & Iqbal Ahmad (2011)
menyedari bahawa terdapat hubungan yang positif di antara beban tugas dengan
prestasi kerja. Mereka berpendapat bahawa beban tugas yang diberikan kepada pekerja
dapat meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman pekerja seterusnya dapat
meningkatkan prestasi organisasi. Pendapat ini tidak sehaluan dengan Gahlann (2014),
yang menyatakan bahawa beban tugas yang berlebihan diberikan kepada pekerja akan
menyebabkan pekerja tidak berpuas hati terhadap organisasi. Keadaan ini akan
menjejaskan prestasi pekerja. Kenyataan ini disokong oleh Zhou dan George (2001)
21
yang berpendapat bahawa prestasi pekerja akan menurun jika pekerja tersebut tidak
berpuas hati dengan kerja yang diberikan.
Selain itu, Ira Pracinasari (2013), berpendapat sekiranya manusia melakukan
aktiviti melebihi kemampuan dirinya boleh mengakibatkan penurunan dari segi prestasi
kerja. Kenyataan ini disokong oleh Masturah Markom et al. (2011), yang menyatakan
bahawa beban kerja yang tinggi boleh memberi kesan kepada kualiti kerja dan
produktiviti kerana pekerja tidak akan dapat melakukan kerja secara efisien, serta
memberikan kesan negatif ke atas kesihatan fizikal dan mental. Prestasi kerja
dipengaruhi oleh dua hal utama iaitu faktor organisasi dan faktor peribadi. Faktor
organisasi meliputi sistem penghargaan, kualiti pengawasan, beban kerja, nilai dan
minat, serta keadaan tempat kerja. Manakala faktor peribadi meliputi kekananan
(seniority), masa kerja, kemampuan ataupun keterampilan yang berkaitan dengan
bidang pekerjaan dan kepuasan hidup.
2.4 Persekitaran
Persekitaran tempat kerja merangkumi persekitaran dalaman dan luaran. Ini
adalah kerana persekitaran tempat kerja yang sihat dan bebas daripada anasir-anasir
serta budaya yang negatif dapat mewujudkan suasana kerja yang positif dan
keseronokan dalam bekerja. Suasana seperti ini mampu memberikan lonjakkan
paradigma terhadap prestasi pekerja dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab
yang diberikan dengan sempurna, amanah dan menepati kehendak organisasi. Lantas
mereka akan senantiasa memberikan hasil yang terbaik kepada organisasi tanpa
mengambilkira ganjaran yang akan mereka perolehi.
22
Menurut McGrath (1970), situasi pekerjaan boleh mengakibatkan tekanan.
Tekanan ini berlaku apabila individu tersebut menganggap tuntutan kerja yang dipikul
boleh mengancam serta melampaui kemampuannya. Selain itu, ia berlaku adalah
disebabkan individu tersebut berada di dalam dilema samada untuk memenuhi segala
tuntutan atau tidak kerana jangkaan terhadap ganjaran yang akan diperolehi adalah
tidak jelas. Lantaran itu, layanan yang tidak sesuai, kebisingan, pencemaran udara, bau
yang tidak menyenangkan, kesibukan, suhu yang keterlaluan dan perkakasan yang
merbahaya juga boleh memberi kesan ke atas kesihatan fizikal dan mental serta
produktiviti yang rendah (Scharmenhorn, Hunt dan Osborn, 1991; French, Kast dan
Rosenway, 1995).
2.5 Perkaitan Antara Beban Kerja Dengan Tekanan di Tempat Kerja
Kajian yang telah dilakukan terhadap guru (Shalini M. Sinniah dan Mohd Jasmy
Abd Rahman ,2018), mendapati beban kerja yang terlalu banyak dilihat menjadi salah
satu punca berlakunya tekanan dalam kalangan guru. Terdapat beberapa permasalahan
yang dihadapi oleh pendidik jika mengalami tekanan kerja di kalangan guru-guru.
Kebanyakkan guru mengalami stress kerja disebabkan oleh jumlah waktu mengajar
yang banyak, kerap menjadi guru ganti semasa ketiadaan guru lain, terpaksa melakukan
banyak tugas-tugas perkeranian dan terlalu banyak memegang tugas tambahan yang
tidak berkaitan dengan pengajaran. Hampir 80% daripada guru mengalami skor stres
yang tinggi. Punca faktor ini adalah disebabkan oleh kekurangan tenaga pengajar di
sekolah dimana baru-baru ini banyak guru yang mengambil persaraan awal dan ada
juga yang berhenti daripada profesion perguruan ini.
23
Hasil kajian oleh Fisher (1995), menyatakan bahawa seseorang tidak akan dapat
bekerja secara efektif sekiranya dibebani dengan kerja yang banyak. Kajian ini
disokong oleh Greenglass et al. (1997), beban kerja menjadi salah satu penyumbang
utama kepada stres di kalangan guru. Dalam kajian beliau mendapati guru terpaksa
melakukan kertas kerja yang terlalu banyak, persediaan kelas, membuat laporan dan
menghantar laporan mengikut tarikh akhir yang telah ditetapkan. Beban tugas guru
merujuk kepada semua tugas yang perlu dilakukan sama ada yang berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran ataupun tugas di luar skop pengajaran dan pembelajaran
(Chen & Spector, 1992 dalam Fazura Mohd Noor, 2011). Di samping itu, guru juga
terlibat dengan peperiksaan dan laporan bertulis oleh pelajar. Tambahan pula jumlah
bilangan pelajar yang terlalu ramai dalam satu kelas. Keadaaan ini menyumbang stres
kepada guru.
Manakala hasil kajian yang dilakukan oleh Liu dan Onwuegbuzie (2012),
mendapati bahawa 40.4 peratus daripada guru di China telah meninggalkan profesion
perguruan kerana mengalami tahap tekanan di tempat kerja yang terlalu tinggi
disebabkan oleh rehat yang tidak mencukupi, gaji yang rendah, beban kerja yang berat
dan juga terpaksa berhadapan dengan permasalahan tingkah laku pelajar. Penemuan ini
selaras dengan kajian yang telah dilakukan oleh Lu (2012), terhadap 246 orang
jururawat di Hospital Besar Filipina di China dan mendapati faktor utama penyebab
kepada berlakunya stress organisasi adalah disebabkan kehabisan tenaga (burnout)
akibat daripada beban kerja yang melampau dikalangan jururawat. Selain itu,
menurutnya lagi faktor tekanan di tempat kerja juga telah menjadi penyumbang kepada
berlakunya ketidakpuasan hati dan ketidakhadiran pekerja sehingga boleh membawa
kepada tindakan untuk jururawat meninggalkan profesion pekerjaan yang berasaskan
hospitaliti.
24
2.6 Perkaitan Antara Persekitaran Dengan Tekanan di Tempat Kerja
Faktor persekitaran di tempat kerja terbukti sebagai salah satu perkara yang
menyebabkan pekerja tertekan. Ini dapat dibuktikan dengan kajian yang telah dilakukan
dalam kalangan anggota polis di Kem Batalion 9 Pasukan Gerakan Am, Kuala
Terengganu, Terengganu (Nursyazlin Yatie Mohd Zaidi & Noraini Abdol Raop, 2017).
Kajian ini dilakukan untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi tekanan kerja dalam
kalangan anggota polis. Seramai 60 orang anggota telah dipilih sebagai responden bagi
mewakili populasi tersebut. Dengan menggunakan alat kajian Occupational Stress
Indicator (OSI), dapatan kajian mendapati min bagi faktor tekanan yang tertinggi
adalah faktor persekitaran (struktur dan iklim organisasi). Kajian ini membuktikan
bahawa suasana kerja dan keadaan organisasi menyumbang kepada tekanan yang tinggi
kepada anggota polis.
Selain itu, Ruziati Mior Ahamad Arifin. et. al., (2018) turut menjalankan kajian
mengenai faktor-faktor persekitaran yang mempengaruhi kepuasan kerja penjawat
awam dalam perkhidmatan awam. Seramai 869 orang responden dalam kalangan
populasi penjawat awam di Malaysia telah terlibat dalam kajian ini. Reka bentuk kajian
yang digunakan dalam kajian ini adalah secara ‘mixed method’ iaitu reka bentuk
kuantitatif dengan membina soalan yang bersesuaian dengan budaya kerja
perkhidmatan awam di Malaysia.
Manakala kualitatif pula adalah melalui soalan terbuka daripada soal selidik
yang telah disediakan. Soalan kajian ini diedarkan melalui ‘google doc survey’ kepada
kesemua Kementerian / Jabatan dan Agensi-agensi kerajaan serta Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri. Dapatan kajian mendapati faktor persekitaran sangat mempengaruhi
prestasi dan perkhidmatan dalam organisasi. Pencapaian sesebuah organisasi adalah
bergantung kepada perkembangan modal insan yang sihat, kakitangan yang
25
melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin dan perkembangan persekitaran dalam
organisasi yang sihat agar dapat menyumbang kepada pelbagai perkembangan yang
baik termasuklah isu kesihatan mental seseorang individu.
Justeru itu, hasil kajian ini turut disokong oleh Casey (2011), dimana kajian
yang dilakukan mendapati faktor persekitaran di tempat kerja terbukti menjadi sumber
penyebab kepada berlakunya tekanan kepada seseorang pekerja dalam organisasi
sehingga ia mampu untuk mengundang pelbagai isu yang tidak sihat dan menjejaskan
kesihatan psikologi manusia terutamanya dikalangan generasi muda.
Selain itu, Yew Pei dan Khadijah Alavi (2017), juga menjalankan kajian
berkaitan kesan persekitaran terhadap tekanan di tempat kerja. Kajian ini dilakukan
dikalangan Pembantu Perawatan Kesihatan yang bekerja di Rumah Ehsan, Kuala Kubu
Bharu. Sebanyak 40 set borang soal selidik merangkumi 61 soalan dan enam faktor
halangan yang lengkap diperolehi daripada 51 orang responden. Alat kajian yang
digunakan adalah Occupational Stress Indicator (OSI) yang diperkenalkan oleh
Cooper, Sloan & Williams (1988) dan menggunakan skala likert 6-mata. Hasil kajian
mendapati faktor persekitaran iaitu struktur dan iklim organisasi merupakan faktor
utama yang menyebabkan tekanan. Walaubagaimanapun, dapatan kajian ini
menyokong kajian yang dilakukan oleh Nursyazlin Yatie Mohd Zaidi & Noraini Abdol
Raop (2017) iaitu faktor persekitaran mempuyai perkaitan dengan tekanan ditempat
kerja.
Namun, terdapat juga beberapa kajian yang dijalankan oleh penyelidik
berkaitan perkaitan antara persekitaran terhadap tekanan di tempat kerja. Diantaranya
adalah kajian yang dilakukan oleh Cyrill Frederick Ganing. et. al., (2020), hasil kajian
mendapati faktor persekitaran seperti struktur organisasi, iklim, komunikasi dan
rekabentuk organisasi mempunyai kaitan dan menjadi penyumbang kepada tahap
26
tekanan yang tinggi di tempat kerja. Selain itu, Aris. et. al. (2012), dalam kajian yang
dilakukan mendapati faktor intrinsik dan struktur iklim dalam organisasi merupakan
punca utama kepada tekanan di tempat kerja. Carr. et. al. (2011) pula, kajian yang
dilakukannya mendapati faktor persekitaran seperti tuntutan sosial yang tinggi,
kehendak tugas yang instrinsik, tahap ketidakpastian yang tinggi, stres antara masa dan
kesukaran kerja menjadi penyebab utama mempengaruhi tekanan di tempat kerja.
Kesimpulannya, kajian-kajian lepas yang dilakukan mendapati, faktor
persekitaran merupakan faktor utama yang menyebabkan tekanan di tempat kerja ialah
struktur dan iklim organisasi. Struktur dan iklim organisasi mungkin menghadkan
otonomi pekerja. Pekerja mungkin merasa mereka tidak banyak kawalan ke atas tugas
mereka. Mereka mungkin merasakan tugas mereka sangat menjemukan dan tidak
mencabar dan ini boleh menyumbang kepada ketidakpuasan bekerja, merasa sakit hati,
merasa rendah diri dan kehilangan identiti. Lantaran itu peranan pengurusan, faktor
instrinsik dalam pekerjaan, halangan kerja dan rumah, hubungan di tempat kerja dan
kerjaya dan pencapaian juga turut menjadi penyumbang kepada berlakunya tekanan di
tempat kerja.
2.7 Perkaitan Jantina Dengan Tekanan di Tempat Kerja
Nursyazlin Yatie Mohd Zaidi & Noraini Abdol Raop (2017), kajiannya
berkaitan faktor-faktor yang mempengaruhi tekanan kerja dalam kalangan anggota
polis: satu kajian di Kem Batalion 9 PGA Kuala Terengganu. Kajian ini adalah
bertujuan untuk melihat perbezaan faktor tekanan kerja berdasarkan demografi iaitu
umur, taraf perkahwinan, gaji, taraf pendidikan, tempoh perkhidmatan, pangkat yang
disandang dan tempoh menyandang pangkat sekarang dalam kalangan anggota polis di
27
Kem Batalion 9 Pasukan Gerakan Am, Kuala Terengganu, Terengganu. Terdapat enam
faktor tekanan yang dikaji iaitu halangan kerja rumah dan kerja, struktur dan iklim
organisasi, peranan pengurusan, kerjaya dan pencapaian, hubungan di tempat kerja dan
faktor instrinsik dalam pekerjaan. Seramai 60 orang anggota telah dipilih sebagai
responden bagi mewakili populasi. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat
perbezaan yang signifikan bagi faktor tekanan dalam kalangan responden dari aspek
taraf perkahwinan, tahap pendidikan dan gaji. Manakala kajian juga mendapati bahawa
tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor tekanan kerja berdasarkan faktor
tempoh perkhidmatan.
Selain itu, berdasarakan kajian Thi Lip Sam (1998) tentang faktor tekanan di
kalangan pengurus dan eksekutif di tempat kerja mendapati struktur organisasi yang
tegar dan birokrasi merupakan punca-punca utama tekanan kerja di organisasi.
Pengurus dan eksekutif perempuan mengalami tekanan kerja yang lebih tinggi
berbanding dengan pengurus dan eksekutif lelaki. Walaubagaimana pun kajian Rosli
(1996) mengenai faktor tekanan kerja dan kesan tekanan ke atas 123 orang kakitangan
kaunter di Jabatan Pendaftaran Negara mendapati punca tekanan tiada hubungan
dengan jantina dan taraf perkahwinan.
Manakala menurut Rosidah binti Ramli (2016), kajiannya adalah bertujuan
untuk melihat faktor yang mendorong tekanan kerja di kalangan pekerja sokongan di
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian dijalankan adalah untuk
menilai hubungan di antara faktor tekanan kerja dengan jawatan, status perkahwinan,
tempoh perkhidmatan dan faktor tekanan kerja tertinggi bagi setiap jawatan. Alat kajian
yang digunakan adalah inventori stres peribadi (O’Donnel & Ainsworth 1984) yang
telah diubahsuai mengikut kesesuaian kajian serta mengandungi borang soal selidik
penilaian 2 dan borang soal selidik penilaian 3. Seramai 67 orang pekerja telah dipilih
28
sebagai responden yang terdiri daripada jururawat terlatih, juruteknologi makmal
perubatan dan penolong pengawai tadbir serta pembantu tadbir.
Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif (min,
kekerapan dan peratus) dan statistik inferensi (ujian khai kuasa dua, ujian-t, dan
ANOVA). Dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan terdapat hubungan yang
signifikan di antara tekanan kerja keseluruhan dengan jawatan, di mana juruteknologi
makmal perubatan menunjukkan tahap tekanan tertinggi, diikuti penolong pegawai
tadbir atau pembantu tadbir dan yang terendah adalah di kalangan jururawat terlatih.
2.8 Rumusan Bab
Kesimpulannya, tekanan di tempat kerja bukanlah satu perkara yang perlu dipandang
remeh. Walaupun setiap pekerja di seluruh dunia mengalami masalah ini, namun
mampukah pekerja bertahan apabila tahap tekanan yang dihadapi melampaui batasan
sehingga menjadi tidak terkawal. Isu ini perlu diberi perhatian yang serius oleh semua
organisasi di Malaysia, tambahan pula individu pada masa kini hidup dalam keadaan
yang penuh dengan tekanan akibat daripada perubahan teknologi, sosial dan berlakunya
ketidaksenambungan dalam sektor pekerjaan (Manshor, 2000). Justeru itu, terdapat
banyak kajian-kajian yang telah dilakukan oleh para sarjana yang dapat membantu
organisasi dan pihak yang bertanggungjawab untuk mengatasi permasalahan ini.
29
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Dalam bab ini, penyelidik akan membincangkan secara terperinci tentang reka
bentuk kajian, lokasi kajian dan metodologi yang digunakan menghasilkan kajian ini.
Bab ini akan juga menerangkan kaedah yang digunakan dalam kajian ini seperti, kaedah
pemilihan populasi dan sampel kajian, penyelidikan kajian, teknik pengumpulan data,
cara untuk mentranskripsikan data dan menganalisis data. Justeru itu, kajian ini turut
menggunakan borang soal selidik dan pemerhatian untuk mendapatkan gambaran yang
lebih jelas tentang perkaitan antara beban kerja dan persekitaran terhadap tekanan di
tempat kerja dalam kalangan kakitangan Hospital Tuanku Ja’afar Seremban. Kaedah
ini akan membantu penyelidik dalam proses mengumpulkan data-data yang sebenar dan
yang boleh dipercayai.
30
3.2 Reka Bentuk Kajian
Penyelidikan merupakan satu kaedah sistematik yang digunakan untuk
mendapatkan jawapan terhadap sesuatu persoalan dan permasalahan (Tuckman: 1999).
Terdapat dua reka bentuk kajian yang biasa digunakan oleh para penyelidik dalam
mengumpul data iaitu kualitatif dan kuantitatif. Sepanjang proses kajian ini
dilaksanakan pengkaji telah memilih kaedah reka bentuk kuantitatif untuk mengumpul
dan memperoleh data yang diperlukan dalam kajian.
Selain itu, kaedah ujian korelasi Pearson dan ujian Regresi juga turut digunakan.
Kaedah Korelasi Pearson digunakan untuk menentukan hubungan antara min dua
pembolehubah berkaitan dengan objektif khusus dan menentukan perkaitan antara
pemboleh ubah bebas dan pemboleh ubah bersandar. Manakala, kaedah ujian regresi
pula adalah bertujuan untuk menentukan pemboleh ubah bebas (beban kerja,
persekitaran) yang lebih dominan dalam mempengaruhi tekanan di tempat kerja dalam
kalangan kakitangan Hospital Tuanku Ja’afar Seremban. Justeru itu, teknik tinjauan
dengan menggunakan borang soal selidik yang dibentuk juga digunakan oleh
penyelidik dalam kajian ini untuk mengumpul maklumat daripada responden.
3.3 Lokasi Kajian
Untuk mengenalpasti perkaitan antara bebanan kerja dan persekitaran terhadap
tekanan di tempat kerja, lokasi yang telah dipilih adalah Hospital Tuanku Ja’afar,
Seremban (HTJS). Hospital Tuanku Ja’afar terletak di Jalan Rasah Seremban dan
merupakan sebuah hospital utama ditubuhkan di Negeri Sembilan. HTJS mempunyai
keluasan kawasan seluas 85 hektar dan secara tidak langsung menjadikannya sebuah
hospital kerajaan yang terbesar di Negeri Sembilan. Justeru itu, HTJS juga berkhidmat
sebagai sebuah hospital rujukan bagi semua Hospital Daerah, Hospital dan Klinik
31
Swasta dan juga Pusat Kesihatan di Negeri Sembilan sejajar dengan kepelbagaian jenis
perkhidmatan kepakaran yang dimilikinya. Dari aspek pemilihan lokasi, ianya
dianggap bersesuaian kerana mengambil kira faktor penjimatan dari segi masa dan juga
modal serta memudahkan penyelidik dalam urusan melaksanakan kajian malah
memenuhi segala keperluan dan kehendak kajian. Seterusnya, dari aspek pemilihan
responden pula tiada kriteria-kriteria spesifik yang ditetapkan.
3.4 Populasi dan Sampel Kajian
Dalam penyelidikan ini, populasi yang telah dipilih adalah dikalangan
kakitangan Hospital Tuanku Ja’afar Seremban. Populasi bagi kakitangan HTJS adalah
sebanyak 3,229 yang terdiri daripada beberapa bahagian perkhidmatan seperti bahagian
pengurusan, bahagian klinikal dan bahagian sokongan. Di bawah bahagian pengurusan
terdiri daripada unit kewangan, unit pentadbiran dan unit pengurusan. Bahagian ini
bertanggungjawab sepenuhnya dalam urusan mentadbir dan menguruskan segala hal
dan keperluan HTJS berjalan dengan baik dan lancar.
Seterusnya dibawah bahagian klinikal pula terdiri daripada kakitangan yang
terlibat dalam memberikan perkhidmatan kesihatan dan perawatan kepada pesakit
seperti doktor, jururawat, pembantu perubatan, matron dan sebagainya. Manakala
dibawah bahagian sokongan pula terdiri daripada pegawai makmal perubatan, pegawai
farmasi, pegawai fisioterapi dan sebagainya. Jumlah penentuan saiz sampel kajian
adalah berdasarkan kepada jadual Krejcie dan Morgan (1970), iaitu seramai 356 orang
kakitangan HTJS terlibat sebagai responden. Justeru itu, penyelidik juga menggunakan
teknik pemilihan sampel secara rawak yang merangkumi kakitangan lelaki dan
perempuan, pelbagai bangsa, agama dan tempoh perkhidmatan.
32
JABA
NE
Bilang
Jabatan Jabatan
Pengurusan (254) Perubatan (261
Sampel = Sampel =
254/1129 x 356 261/1129 x 356
n = 80 n = 82
JUMLA
Rajah 3.1: Kerangka
33
ATAN KESIHATAN Jabatan Pediatrik
EGERI SEMBILAN (257)
7 HOSPITAL Sampel =
257/1129 x 356
HTJS
n = 81
gan Populasi (N) = 3229
23 JABATAN
Jabatan Obstetrik
1) & Ginekologi (357)
Sampel =
6 357/1129 x 356
n = 113
AH SAMPEL KAJIAN = 356
a Persampelan Kajian Rawak Mudah
3.5 Instrumen
Dalam sesuatu kajian instrumen merupakan sangat penting dalam proses
mengumpul data yang diperlukan. Instrumen bertujuan supaya semua data atau
maklumat yang diperolehi adalah menepati dan mencapai objektif kajian.
Walaubagaimanapun dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah borang soal
selidik yang dibentuk sebagai instrumen bagi pengumpulan data daripada responden.
Manakala skala pengukuran yang digunapakai dalam kajian ini dipilih berdasarkan
kajian-kajian lepas.
3.5.1 Soal Selidik
Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan kaedah borang soal selidik bagi
proses pengumpulan data dan maklumat kajian. Borang soal selidik yang digunakan
dalam kajian ini adalah berdasarkan borang soal selidik para penyelidik terdahulu
berkaitan beban kerja dan persekitaran yang mempengaruhi tekanan di tempat kerja.
Kesemua soalan dalam borang soal selidik ini akan melalui proses tapisan dan diubah
suai terlebih dahulu oleh pengkaji bagi memastikan segala soalan yang dikemukakan
adalah bersesuaian mengikut kehendak kajian, peredaran masa dan situasi semasa.
Borang soal selidik ini adalah berbentuk soalan tertutup dan mengandungi tiga
bahagian iaitu bahagian A (latar belakang responden), B (beban kerja dan persekitaran)
dan C (tekanan di tempat kerja). Sebanyak 356 set borang soal selidik diedarkan secara
manual dan melalui kaedah ini dapat membantu penyelidik untuk mencapai matlamat
dan menjawab persoalan kajian secara menyeluruh. Justeru itu, pada bahagian muka
hadapan borang soal selidik ini mengandungi pemberitahuan kepada responden
mengenai tujuan kajian ini dijalankan, penyertaan responden adalah secara sukarela dan
34
maklumat mengenai responden adalah sulit. Segala maklumat yang perolehi akan dapat
membantu penyelidik dalam penulisan dan penghasilan tugasan yang diberikan.
3.5.2 Pengukuran Latar Belakang
Pada Bahagian A mengandungi beberapa soalan berkaitan latar belakang
responden seperti umur, jantina, taraf pendidikan dan tempoh perkhidmatan. Bahagian
ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti dan menganalisis latar belakang responden
dengan lebih terperinci berdasarkan dimensi-dimensi yang telah ditetapkan. Soalan
berbentuk demografik ini membolehkan responden memilih jawapan yang paling
sesuai berdasarkan pilihan jawapan yang diberikan.
3.5.3 Pengukuran Beban Kerja
Bahagian B pula merupakan soalan-soalan yang berkaitan dengan beban kerja
dan mengandungi 10 item. Untuk mengukur tahap beban kerja, penyelidik
menggunakan Occupational Stress Indicator (OSI) yang telah dibangunkan oleh
Cooper, Sloan & William (1988). Manakala kesemua item di dalam kajian ini dinilai
menggunakan skala pemeringkatan likert dengan lima pilihan jawapan bertujuan
supaya semua responden kajian dapat memberikan tumpuan dan tahap persetujuan
terhadap pilihan jawapan yang diberikan. Skala likert 5-mata ini perlu dibulatkan bagi
membolehkan responden memilih skala jawapan mengikut keutamaan. Skala tersebut
dinilai bermula dari 1 sehingga 5 iaitu 1=sangat tidak setuju, 2=tidak setuju, 3=tidak
pasti, 4=setuju dan 5=sangat setuju.
35
Contoh soalan:
Terlalu banyak maklumat dan laporan yang perlu disiapkan tepat pada masa yang
dikehendaki 2 34 5
1
Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju
3.5.4 Pengukuran Persekitaran
Pada bahagian B juga turut mengandungi skala pengukuran bagi soalan-soalan
yang berkaitan persekitaran pekerjaan dan ianya merangkumi 10 item. Penyelidik juga
menggunakan intrumen yang sama iaitu Occupational Stress Indicator (OSI) yang telah
dibangunkan oleh Cooper, Sloan & William (1988) untuk mengukur tahap persekitaran
yang sering menjadi penyebab kakitangan berada dalam keadaan tertekan. Bahagian ini
turut mengggunakan skala likert 5-mata berasaskan nilaian bermula dari 1 sehingga 5
iaitu 1=sangat tidak setuju, 2=tidak setuju, 3=tidak pasti, 4=setuju dan 5=sangat setuju.
Soalan-soalan yang diberikan adalah untuk mengukur perkaitan persekitaran terhadap
tekanan di tempat kerja. Pada bahagian ini responden juga perlu membulatkan jawapan
bagi setiap soalan berdasarkan skala likert 5-mata sepertimana yang terdapat pada
borang soal selidik yang diberikan.
Jadual 3.1: Pengelasan Tahap Occupational Stress Indicator (OSI) Berdasarkan
Jumlah Skor Min
Skala Likert 1 23 45
Penerangan
Sangat Tidak Tidak Tidak Setuju Sangat
Skor Min Setuju
Tahap Setuju Setuju Pasti
3.00 3.01 – 5.00
1.00 – 2.99 Tinggi
Rendah Neutral
(Sumber: Kajian Cyrill. et. al, 2020)
36