3.5.5 Pengukuran Tahap Tekanan Kerja
Bahagian terakhir dalam borang soal selidik ialah bahagian C dimana ia
mengandungi skala pengukuran bagi tahap tekanan. Untuk mengukur tahap tekanan di
tempat kerja dalam kalangan kakitangan Hospital Tuanku Ja’afar Seremban, penyelidik
menggunakan Job Stress Questionnaire (JSQ) yang telah diperkenalkan oleh Caplan
(1981) dan telah diubah suai oleh Cooper (1975). Bahagian ini mengandungi 20 item
dan menggunakan skala likert 5-mata bermula dari 1= tidak pernah, 2= jarang, 3=
kadangkala, 4= agak kerap dan 5= sangat kerap. Berdasarkan instrumen ini, tahap
tekanan keseluruhan kakitangan ditentukan melalui jumlah keseluruhan skor min. Skor
min yang tinggi menunjukkan tahap tekanan di tempat kerja kakitangan yang tinggi.
Jadual dibawah menunjukkan pengelasan tahap bagi JSQ.
Jadual 3.2: Pengelasan Tahap Job Stress Questionnaire (JSQ) Berdasarkan
Jumlah Skor
Jumlah Skor Min Aras Tekanan
1.00 hingga 2.33 Aras Tekanan Rendah
2.34 hingga 3.67 Aras Tekanan Sederhana
3.68 hingga 5.00 Aras Tekanan Tinggi
(Sumber: Richard I. Levin & S. Rubin, 2000)
3.6 Teknik Pengumpulan Data
Dalam melaksanakan sesuatu kajian, teknik pengumpulan data adalah penting
agar kajian dapat dijalankan dengan lancar dan teratur. Sebelum kajian ini
dilaksanakan, penyelidik terlebih dahulu mengenalpasti apakah permasalahan, objektif
dan matlamat yang ingin cuba disampaikan. Kemudian, penyelidik mendapatkan
37
kebenaran daripada pihak pengurusan Hospital Tuanku Ja’afar Seremban untuk
melaksanakan kajian dan kebenaran mengedarkan borang soal selidik. Sebelum borang
soal selidik diedarkan maklumat berkaitan kakitangan di hospital perlu diperolehi
merangkumi bilangan kakitangan dan jantina. Borang soal selidik diedarkan kepada
responden melalui ketua unit dan pada masa yang sama penyelidik memberikan sedikit
penerangan secara ringkas berkaitan borang soal selidik bagi memudahkan respoden
untuk melengkapkannya.
Disebabkan situasi pandemik Covid-19 yang sedang melanda negara pada masa
ini, penyelidik memberikan tempoh hampir sebulan kepada responden untuk
melengkapkan borang tersebut dan mengembalikannya semula setelah selesai.
Disamping mengedarkan borang soal selidik, penyelidik turut menggunakan kaedah
pemerhatian kerana kaedah ini merupakan kaedah pengumpulan data secara langsung
ke atas kajian sepanjang tempoh kajian dilaksanakan. Melalui pemerhatian penyelidik
dapat meneliti situasi atau keadaan secara kritikal seperti tingkahlaku, cara
melaksanakan tugas, keadaan persekitaran dan sebagainya.
3.7 Penganalisisan Data
Proses penganalisisan data berlaku setelah kesemua borang soal selidik diterima
responden. Kesemua data tersebut dikumpul dan akan di analisis dengan menggunakan
perisian Stattistical Package for Social Science 26.0 (SPSS). Dengan menggunakan
perisian SPSS data tersebut dapat dianalisis dengan lebih mudah dan bersistematik.
Data itu juga dianalisis berdasarkan hipotesis dan objektif kajian. Sejajar dengan itu,
data yang telah dianalisis dapat diguna pakai untuk membangunkan hasil kajian dan
merumuskan perbincangan.
38
3.7.1 Analisis Deskriptif
Analisis deskriptif digunakan bertujuan untuk memerihalkan faktor-faktor latar
belakang atau demografi (umur, jantina, taraf pendidikan dan tempoh perkhidmatan)
kakitangan Hospital Tuanku Ja’afar Seremban yang terlibat sebagai responden dalam
kajian ini. Selain itu, melalui kaedah analisis deskriptif dapat membantu penyelidik
membuat analisa tentang pengagihan kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai, nilai
minimun dan maksimum menunjukkan kecenderungan terhadap sampel demografi.
Pemboleh ubah yang mempunyai nilai skor tertinggi merupakan faktor utama yang
menjadi penyebab kepada tekanan di tempat kerja dalam kalangan kakitangan di HTJS.
3.7.2 Ujian Korelasi Pearson
Dalam kajian ini, Ujian Korelasi Pearson digunakan oleh penyelidik untuk
menentukan perkaitan antara pemboleh ubah bebas dan pemboleh ubah bersandar.
Dengan menggunakan ujian Korelasi Pearson, penyelidik dapat menentukan perkaitan
antara beban kerja dan persekitaran terhadap tekanan di tempat kerja dalam kalangan
kakitangan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban.
Jadual 3.3: Aras Kekuatan Hubungan Korelasi
Saiz Pekali Korelasi (r) Kekuatan Korelasi
.91 hingga 1.00 atau -.91 hingga -1.00 Korelasi positif / negatif sangat tinggi
.71 hingga .90 atau -.71 hingga -.90 Korelasi positif / negatif yang tinggi
.51 hingga .70 atau -.51 hingga -.70 Korelasi positif / negatif yang sederhana
.31 hingga .50 atau -.31 hingga -.50 Korelasi positif / negatif yang rendah
.01 hingga .30 atau -.01 hingga -.30 Tiada korelasi
39
3.7.3 Ujian Regresi Berganda
Dalam proses penganalisan data, ujian regresi berganda digunakan untuk menentukan
pemboleh ubah bebas (beban kerja, persekitaran) yang lebih dominan dalam
mempengaruhi tekanan di tempat kerja dalam kalangan kakitangan Hospital Tuanku
Ja’afar Seremban. Membandingkan Nilai r (kekuatan hubungan antara pembolehubah
bebas (beban kerja, persekitaran) terhadap pembolehubah bersandar (tekanan di tempat
kerja). Nilai r yang lebih besar, menandakan pembolehubah bebas tersebut memberi
pengaruh yang lebih dominan kepada pembolehubah bersandar (tekanan di tempat
kerja).
Jadual 3.4: Ringkasan Analisis Data Statistik Jenis Ujian Statistik
Objektif Analisis Deskriptif
Objektif 1
Objektif 2 Ujian Korelasi Pearson
Objektif 3 Ujian Korelasi Pearson
Objektif 4 Ujian Regresi
3.8 Kebolehpercayaan
Kebolehpercayaan instrumen adalah penting ketika menjalankan sesuatu kajian.
Kebolehpercayaan juga digunakan sebagai langkah untuk memastikan pengukuran
yang dipilih dalam kajian adalah tidak salah dan secara tidak langsung dapat
menunjukkan kestabilan, kesahihan dan kejituan untuk mengukur sesuatu konsep
(Sekaran, 2003). Kajian rintis dilakukan bagi memastikan instrumen yang digunakan
mudah difahami oleh responden. Bagi memastikan ketekalan dan kestabilan instrumen
40
yang digunakan, seramai 20 orang kakitangan Hospital Tuanku Ja’afar Seremban yang
mempunyai kriteria yang sama telah dipilih sebagai responden bagi menyertai kajian
rintis. Setelah kesemua borang soal selidik dilengkapkan dan dikumpul, Statistical
Package for Social Sciences versi 26.0 (SPSS) digunakan dalam kajian ini untuk
memproses dan menganalisa data. Jadual 3.5 menunjukkan Pekali Cronbach’s Alpha
yang diperolehi dalam kajian rintis. Nilai Pekali Cronbach’s Alpha yang semakin
hampir dengan 1.0 adalah dianggap sebagai mempunyai kebolehpercayaan yang kuat.
Walaubagaimanapun, menurut Fornell & Lancer (1981); Gefen & Straub (2008); Hair
et. al (2010), setiap item-item didalam konstruk perlu mencapai nilai piawaian analisis
kesahan dan kebolehan yang telah ditetapkan iaitu melebihi 0.7. Indeks
kebolehpercayaan dan keesahan ini adalah selari dengan pendapat Mohd Najib (1999).
Jadual 3.5: Nilai Cronbach’s Alpha (Sumber Chua, 2012:127)
Nilai Pekali Alpha Kebolehpercayaan
< 0.6 Lemah
0.6 hingga < 0.7 Sederhana
0.7 hingga < 0.8
0.8 hingga < 0.9 Baik
Sangat Baik
3.0 > 0.9
Terbaik
Jadual 3.6: Nilai Pekali Cronbach’s Alpha yang diperolehi melalui kajian rintis
bagi setiap instrumen
Cronbach’s Alpha
Pemboleh Ubah Bilangan Kajian Kajian Kajian
Item Lepas Rintis Sebenar
Beban kerja 10 0.910 0.939 0.875
Persekitaran
Tekanan di tempat kerja 10 0.930 0.939 0.799
20 0.970 0.964 0.955
41
3.9 Analisis Data Penerokaan
Dalam setiap kajian, analisis data penerokaan adalah sangat penting. Hal ini
demikian kerana sebelum penyelidik menganalisis data, penyelidik perlu menganalisis
kenormalan terlebih dahulu terhadap semua pemboleh ubah yang digunakan dalam
kajian. Untuk memastikan ujian kenormalan berjaya, nilai Skewness dan Kurtosis
adalah perlu dalam lingkungan -2 hingga +2. Jadual 3.7 menunjukkan nilai Skewness
dan Kurtosis bagi pemboleh ubah yang digunakan dalam kajian ini. Berdasarkan
keputusan analisis data penerokaan bagi kajian ini, nilai Skewness dan Kurtosis bagi
semua pemboleh ubah adalah dalam lingkungan -2 hingga +2. Jadi, ujian kenormalan
bagi kajian ini adalah berjaya.
Jadual 3.7: Nilai Skewness dan Kurtosis bagi setiap pemboleh ubah kajian
Pembolehubah Skewness Kurtosis
Statistic Std. Error Statistic Std. Error
Beban Kerja .144 .129 .347 .258
Persekitaran .609 .129 1.360 .258
Tekanan di tempat kerja .825 .129 1.362 .258
42
3.10 Rumusan Bab
Kesimpulannya, bab ini telah menceritakan secara keseluruhan tentang proses
dan kaedah penyelidikan yang digunakan semasa kajian ini dijalankan. Penyelidik
menggunakan kaedah penyelidikan secara kuantitatif dan instrumen-instrumen yang
digunakan dalam kajian ini adalah diadaptasikan daripada kajian-kajian lepas yang
pernah dijalankan oleh para penyelidik terdahulu. Selain itu, dengan menggunakan soal
selidik dapat membantu penyelidik membuat penganalisisan data maklumat dengan
lebih mudah.Lantaran itu, keputusan daripada analisis data tersebut dapat digunakan
oleh penyelidik untuk menghuraikan dapatan kajian berkaitan persoalan dan objektif
kajian secara mendalam dan terperinci dalam bab yang seterusnya.
43
BAB 4
ANALISIS KAJIAN DAN PERBINCANGAN
4.1 Pengenalan
Dalam bab ini, penyelidik akan membincangkan secara terperinci tentang
analisis data yang telah dilakukan dalam kajian ini. Analisis data bagi kajian ini
terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian pertama adalah berkaitan analisis data
deskriptif yang menerangkan tentang latar belakang responden. Bahagian kedua pula
adalah menghuraikan tentang analisis Korelasi Pearson yang digunakan untuk melihat
perkaitan antara beban kerja dan persekitaran terhadap tekanan di tempat kerja dalam
kalangan kakitangan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban. Manakala bahagian ketiga
pula adalah mengenai analisis Regresi bagi menentukan pemboleh ubah bebas (beban
kerja, persekitaran) yang lebih dominan dalam mempengaruhi tekanan di tempat kerja
dalam kalangan kakitangan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban. Semua analisis yang
dihuraikan dalam bab ini dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for the
Social Sciences (SPSS) versi 26.0.
44
4.2 Analisis Deskriptif
4.2.1 Latar Belakang Responden
Bahagian ini menghuraikan tentang ciri-ciri atau latar belakang responden yang
telah terlibat didalam kajian ini. Diantara ciri-ciri yang dihuraikan adalah umur, jantina,
status perkahwinan, taraf pendidikan dan tempoh perkhidmatan responden. Sebanyak
356 orang responden yang telah mengambil bahagian dalam kajian ini dan kesemua
daripada mereka merupakan kakitangan yang bertugas di Hospital Tuank Ja’afar
Seremban..
Berdasarkan kepada Jadual 4.1, dapatan kajian mendapati nilai min umur
responden yang terlibat dalam kajian ini adalah 3.82 dengan nilai sisihan piawaian
1.303. Analisis data menunjukkan bilangan responden yang paling ramai terlibat dalam
kajian ini adalah lingkungan umur diantara 31 tahun hingga 35 tahun iaitu sebanyak
101 orang (28.4%), diikuti dengan responden yang berumur diantara 36 tahun hingga
40 tahun iaitu seramai 94 orang (26.4%), seterusnya lingkungan responden berumur
diantara 41 tahun hingga 45 tahun sebanyak 60 orang (16.9%), responden berumur 46
tahun ke atas seramai 47 orang (13.2%), responden berumur 26 tahun hingga 30 tahun
seramai 44 orang (12.4%) dan bilangan responden yang paling sedikit adalah berumur
diantara 20 tahun hingga 25 tahun iaitu seramai 10 orang (2.8%).
45
Jadual 4.1: Taburan Deskriptif Latar Belakang Responden (n = 356)
Ciri-ciri Bilangan (n) Peratus (%) Skor Min SP.
1.303
Umur 3.82
20-25 tahun 10 2.8
26-30 tahun 44 12.4
31-35 tahun 101 28.4
36-40 tahun 94 26.4
41-45 tahun 60 16.9
46 tahun ke atas 47 13.2
Jantina 1.71 .453
Lelaki 102 28.7
Perempuan 254 71.3
Status Perkahwinan 1.86 .348
Bujang 50 14.0
Berkahwin 306 86.0
Taraf Pendidikan 1.70 .725
PMR/SPM/STPM 161 45.2
Diploma 141 39.6
Ijazah 53 14.9
Sarjana / Master 1 0.3
Tempoh Perkhidmatan 42 2.60 .878
Kurang dari 5 tahun 112 11.8
6 hingga 10 tahun 150
11 hingga 20 tahun 52 31.5
lebih 20 tahun
42.1
Nota: SP = Sisihan Piawai
14.6
46
2.8 %
2.8 %
13.2% 12.4%
16.9% 28.4%
26.4%
Rajah 4.1 Peratusan Umur Responden
Jadual 4.2: Taburan Jantina Responden (n = 356)
Ciri-ciri Bilangan (n) Peratus (%) Skor Min SP.
1.71 .453
Jantina
Lelaki 102 28.7
Perempuan 254 71.3
Nota: SP = Sisihan Piawai
28.7%
71.3%
Rajah 4.2 Peratusan Kumpulan Jantina Responden
47
Jadual 4.2 menunjukkan taburan jantina responden yang telah terlibat kajian ini.
Secara keseluruhan didapati jumlah bilangan responden perempuan adalah sebanyak
254 orang (71.3%), manakala jumlah responden lelaki adalah 102 orang (28.7%)
dengan nilai min = 1.71 dan nilai sisihan piawaian = 0.453. Bagi status perkahwinan
pula (Jadual 4.3), analisis data menunjukkan sebanyak 306 orang (86.0%) respoden
telah berkahwin, manakala 50 orang (14.0%) responden masih lagi bujang. Nilai min
bagi status perkahwinan adalah 1.86 dengan nilai sisihan piawaian 0.348.
Jadual 4.3: Taburan Status Perkahwinan Responden (n = 356)
Ciri-ciri Bilangan (n) Peratus (%) Skor Min SP.
.348
Status Perkahwinan 1.86
Bujang 50 14.0
Berkahwin 306
86.0
Nota: SP = Sisihan Piawai
14.0%
86.0%
Rajah 4.3 Peratusan Status Perkahwinan Responden
48
Merujuk kepada Jadual 4.4, dari aspek taraf pendidikan (kelulusan akademik)
responden yang terlibat dalam kajian ini dengan nilai min = 1.70 dan nilai sisihan
piawaian = 0.725. Taraf pendidikan PMR/SPM/STPM merupakan kumpulan kelulusan
akademik yang paling tinggi dikalangan responden iaitu sebanyak 161 orang (45.2%).
Diikuti pula dengan kelayakkan pada peringkat Diploma iaitu sebanyak 141 orang
(39.6%) dan kelayakkan pada peringkat Ijazah sebanyak 53 orang (14.9%). Manakala
hanya seorang sahaja (0.3%) dikalangan responden yang mempunyai kelulusan
akademik pada peringkat Sarjana/ Master.
Jadual 4.4: Taburan Taraf Pendidikan Responden (n = 356)
Ciri-ciri Bilangan (n) Peratus (%) Skor Min SP.
.725
Taraf Pendidikan 1.70
PMR/SPM/STPM 161 45.2
Diploma 141 39.6
Ijazah 53 14.9
Sarjana / Master 1 0.3
Nota: SP = Sisihan Piawai
0.3%
14.9%
45.2%
39.6%
Rajah 4.4 Peratusan Kumpulan Tahap Pendidikan Responden
49
Jadual 4.5: Taburan Tempoh Perkhidmatan Responden (n = 356)
Ciri-ciri Bilangan (n) Peratus (%) Skor Min SP.
.878
Tempoh Perkhidmatan 2.60
Kurang dari 5 tahun 42 11.8
6 hingga 10 tahun 112
11 hingga 20 tahun 150 31.5
52
lebih 20 tahun 42.1
14.6
Nota: SP = Sisihan Piawai
14.6% 11.8%
31.5%
42.1%
Rajah 4.5 Peratusan Tempoh Perkhidmatan Responden
Analisis data bagi tempoh perkhidmatan responden pada Jadual 4.5
menunjukkan majoriti dikalangan responden telah berkhidmat melebihi 10 tahun,
dimana bilangan responden yang telah berkhidmat diantara 11 tahun hingga 20 tahun
adalah paling ramai iaitu sebanyak 150 orang (42.1%), diikuti dengan bilangan
responden yang telah berkhidmat diantara 6 tahun hingga 10 tahun iaitu sebanyak 112
orang (31.5%) dan tempoh perkhidmatan melebihi 20 tahun adalah sebanyak 52 orang
(14.6%). Bilangan responden yang berkhidmat kurang daripada 5 tahun adalah paling
sedikit iaitu sebanyak 42 orang (11.8%). Manakala nilai min bagi tempoh perkhidmatan
50
responden yang terlibat dalam kajian ini adalah 2.60 dengan nilai sisihan piawaian =
0.878.
4.2.2 Tahap Beban Kerja
Jadual 4.6 menunjukkan skor kekerapan, peratusan, skor min dan sisihan piawai
bagi setiap item beban kerja. Hasil dapatan daripada 10 item tersebut mendapati bahawa
skor min bagi beban kerja berada di antara 2.68 hingga 3.63. Berdasarkan item-item
tersebut, dapat diringkaskan bahawa item B10 iaitu “Kesediaan menerima risiko”
mencatatkan min tertinggi (min = 3.63, SP = .782) dan diikuti dengan item B8 iaitu
“Mempunyai terlalu banyak kerja yang perlu dilakukan” (min = 3.60, SP = 0.946).
Manakala item B5 pula iaitu “Tidak jelas tentang peranan tugas” mencatatkan min
yang terendah ( min = 2.68, SP = 1.110). Secara keseluruhan, menunjukkan bahawa
tahap beban kerja dalam kalangan kakitangan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban
berada pada tahap yang tinggi dengan mencatatkan min sebanyak 3.23 dan sisihan
piawai 0.682.
Jadual 4.6: Taburan Tahap Beban Kerja (n=356)
1 Kenyataan 12345 Skor Sisihan
Kekerapan & Peratus (%) Min Piawai
B1 Kekurangan bimbingan dan 19 61 135 113 28 3.20 .990
sokongan daripada pihak (5.3) (17.1) (37.9) (31.7) (7.9)
atasan.
B2 Kekurangan rundingan dan 16 67 30 216 27 3.48 1.025
komunikasi. (4.5) (18.8) (8.4) (60.7) (7.6)
B3 Diskriminasi yang 14 142 53 100 47 3.07 1.16
terlindung dan pilih kasih. (3.9) (39.9) (14.9) (28.1) (13.2)
B4 Kekurangan staf dan kadar 9 36 131 120 60 3.52 .971
pusingan ganti kerja yang (2.5) (10.1) (36.8) (33.7) (16.9)
tidak tetap.
B5 Tidak jelas tentang peranan 24 196 30 81 25 2.68 1.110
tugas. (6.7) (55.1) (8.4) (22.8) (7.0)
51
B6 Konflik antara tugas kerja 10 168 55 99 24 2.88 1.059
dan tuntutan dalam peranan (2.8) (47.2) (15.4) (27.8) (6.7)
yang saya mainkan.
B7 Ketidakupayaan dalam 10 185 39 98 24 2.83 1.074
pengagihan tugas yang (2.8) (52.0) (11.0) (27.5) (6.7)
diberi.
B8 Mempunyai terlalu banyak 4 66 36 212 38 3.60 .946
kerja yang perlu dilakukan. (1.1) (18.5) (10.1) (59.6) (10.7)
B9 Implikasi kesalahan yang 7 57 86 186 20 3.44 .894
dilakukan (2.0) (16.0) (24.2) (52.2) (5.6)
B10 Kesediaan menerima risiko 1 40 73 218 24 3.63 .782
(0.3) (11.2) (20.5) (61.2) (6.7)
Jumlah keseluruhan 3.23 .682
Nota: 1= Sangat tidak setuju, 2= Tidak setuju, 3= Tidak pasti, 4= Setuju,
5= Sangat setuju
4.2.3 Tahap Persekitaran
Berdasarkan jadual 4.7, mendapati skor min faktor persekitaran di tempat kerja
berada di antara 2.51 hingga 3.62. Melalui item yang diukur, faktor persekitaran yang
mencatakan skor min tertinggi (min = 3.62, SP = 0.795) adalah B20 iaitu “Membuat
keputusan penting”. Item kedua tertinggi (min = 3.61, SP = 0.810) adalah B18 iaitu
“Peningkatan diri melalui teknik baru, teknologi, inovasi atau cabaran baru”.
Manakala item B13 pula iaitu “Rasa terasing” mencatatkan skor min terendah (min =
2.51, SP = 0.971). Secara keseluruhan hasil dapatan kajian daripada 10 item soalan
faktor persekitaran mendapati bahawa keseluruhan skor min adalah 3.08 dan sisihan
piawai 0.566. Ini menunjukkan bahawa faktor persekitaran di tempat kerja dalam
kalangan kakitangan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban berada pada tahap yang
tinggi.
52
Jadual 4.7: Taburan Tahap Persekitaran (n=356)
1 Kenyataan 12345 Skor SP
Min
B11 Berdepan dengan politik Kekerapan & Peratus (%)
pejabat 113 50 68 93 32 2.67 1.387
(31.7) (14.0) (19.1) (26.1) (9.0)
B12 Kurang sokongan sosial 14 79 162 84 17 3.03 .899
daripada orang lain (3.9) (22.2) (45.5) (23.6) (4.8)
B13 Rasa terasing. 27 202 59 54 14 2.51 .971
(7.6) (56.7) (16.6) (15.2) (3.9)
B14 Terpaksa bekerja untuk 17 187 32 94 26 2.79 1.110
jangka masa yang panjang. (4.8) (52.5) (9.0) (26.4) (7.3)
B15 Terlalu banyak atau sedikit 9 68 148 99 32 3.22 .941
kepelbagaian dalam tugas (2.5) (19.1) (41.6) (27.8) (9.0) .836
yang diberi.
B16 Peluang untuk 6 40 87 201 22 3.54
mempertingkatkan tahap (1.7) (11.2) (24.4) (56.5) (6.2)
pencapaian peribadi
B17 Ketiadaan sebarang potensi 16 187 71 66 16 2.66 .978
untuk kemajuan dalam (4.5) (52.5) (19.9) (18.5) (4.5)
kerjaya.
B18 Peningkatan diri melalui 4 38 76 214 24 3.61 .810
teknik baru, teknologi, (1.1) (10.7) (21.3) (60.1) (6.7)
inovasi atau cabaran baru
B19 Kesan-kesan yang 3 53 186 98 16 3.20 .774
terkumpul dari tugasan kecil (0.8) (14.9) (52.2) (27.5) (4.5)
B20 Membuat keputusan penting 4 37 72 222 21 3.62 .795
(1.1) (10.4) (20.2) (62.4) (5.9)
Jumlah keseluruhan 3.08 .566
Nota: 1= Sangat tidak setuju, 2= Tidak setuju, 3= Tidak pasti, 4= Setuju,
5= Sangat setuju, SP = Sisihan Piawai
53
4.2.4 Tahap Tekanan di Tempat Kerja
Hasil dapatan kajian terhadap 20 item persoalan faktor tekanan mendapati
bahawa keseluruhan skor min ialah 1.95 dan sisihan piawai 0.675. Bagi perolehan skor
sebegini menunjukkan bahawa tahap tekanan dalam kalangan kakitangan di Hospital
Tuanku Ja’afar Seremban berada pada tahap yang sangat rendah. Walaubagaimanapun,
berdasarkan Jadual 4.8 skor min tahap tekanan berada di antara 1.67 hingga 2.43.
Melalui item yang diukur, faktor tekanan yang mencatatkan skor min tertinggi (min =
2.43, SP = 1.084) adalah C5 iaitu “ Saya berasa sangat letih dari segi rohani, emosi
dan fizikal”, diikuti dengan item kedua tertinggi (min = 2.38, SP = 0.919) adalah C2
iaitu “Saya menghadapi masalah dalam membuat keputusan”. Manakala item yang
mencatatkan skor min terendah (min = 1.67, SP = 0.866) adalah C18 iaitu “Saya kerap
berasa kecewa pada waktu pejabat (semasa bekerja)”
Jadual 4.8: Taburan Tahap Tekanan di Tempat Kerja (n=356)
1 Kenyataan 12345 Skor
Kekerapan & Peratus (%) Min
SP
C1 Saya mempunyai 88 163 84 14 7 2.13 .896
pemikiran negatif dan (24.7) (45.8) (23.6) (3.9) (2.0)
perasaan tertekan yang
berpanjangan akibat
dari masalah yang
berkaitan
C2 Saya menghadapi 72 105 159 12 8 2.38 .919
masalah dalam (20.2) (29.5) (44.7) (3.4) (2.2)
membuat keputusan.
C3 Kecekapan dalam
pekerjaan berkurangan 152 97 76 22 9 1.99 1.057
berbanding dengan (42.7) (27.2) (21.3) (6.2) (2.5)
dahulu
54
C4 Kualiti kerja saya 117 162 63 8 6 1.94 .864
telah merosot (1.7)
(32.9) (45.5) (17.7) (2.2)
C5 Saya berasa sangat 72 133 98 33 20 2.43 1.084
letih dari segi rohani, (20.2) (37.4) (27.5) (9.3) (5.6)
emosi dan fizikal
selepas kerja
C6 Saya kerap 112 180 52 10 2
menghadapi selsema (31.5) (50.6) (14.6) (2.8) (0.6)
dan jangkitan virus 1.90 .785
pada hari bekerja
C7 Saya berpendapat 103 143 81 19 10 2.14 .984
bahawa perubahan (28.9) (40.2) (22.8) (5.3) (2.8)
tabiat makanan
(makan
berlebihan/kurang)
disebabkan masalah
yang berkaitan dengan
kerja
C8 Saya menggunakan 308 25 18 3 2 2.12 .626
ubat untuk (86.5) (7.0) (5.1) (0.8) (0.6)
mngurangkan
perasaan cemas dan
bimbang disebabkan
oleh kerja
C9 Saya berpendapat 118 168 59 8 3 1.73 .810
bahawa peningkatan (0.8)
(33.1) (47.2) (16.6) (2.2)
kelalaian dalam
menjalankan tugasan
meningkat
C10 Saya kerap berasa 94 151 86 16 9 2.14 .946
bosan semasa bekerja (26.4) (42.4) (24.2) (4.5) (2.5)
C11 Saya berpendapat 116 104 121 9 6 2.12 .953
bahawa tidak peka (32.6) (29.2) (34.0) (2.5) (1.7)
(tidak sensitif)
terhadap perasaan
orang lain di tempat
kerja
55
C12 Saya berpendapat 186 100 54 11 5 1.73 .925
bahawa hubungan
yang tegang dengan (52.2) (28.1) (15.2) (3.1) (1.4)
majikan, rakan
sekerja, kawan dan
ahli keluarga
C13 Saya kurang tumpuan 171 123 50 10 2 1.73 .845
semasa melaksanakan (48.0) (34.6) (14.0) (2.8) (0.6)
sesuatu tugasan
C14 Saya berasa 99 162 78 11 6 2.05 .879
ketidakpuasan
terhadap kerja (27.8) (45.5) (21.9) (3.1) (1.7)
C15 Saya kerap muram, 111 180 49 10 6 1.93 .843
cepat marah dan tidak (31.2) (50.6) (13.8) (2.8) (1.7)
sabar semasa bekerja
C16 Saya kurang ataupun 101 164 72 13 6 2.04 .886
tiada semangat waktu (28.4) (46.1) (20.2) (3.7) (1.7)
bekerja
C17 Saya berasa letih yang 156 110 63 17 10 1.92 1.027
berpanjangan di (43.8) (30.9) (17.7) (4.8) (2.8)
tempat kerja walaupun
selepas cukup tidur
C18 Saya kerap berasa 188 121 31 9 7 1.67 .866
kecewa pada waktu (52.8) (34.0) (8.7) (2.5) (2.0)
pejabat (semasa
bekerja)
C19 Saya keinginan untuk 199 91 45 14 7 1.71 .967
menarik diri dari (55.9) (25.6) (12.6) (3.9) (2.0)
tuntutan pekerjaan
C20 Saya kerap berfikir 139 122 66 14 15 2.00 1.056
untuk meletak jawatan (39.0) (34.3) (18.5) (3.9) (4.2)
ataupun bertukar
tempat kerja
Jumlah keseluruhan 1.95 .675
Nota: 1= Tidak pernah, 2= Jarang, 3= Kadangkala, 4= Agak kerap, 5= Kerap
SP = Sisihan Piawai
56
Jadual 4.9: Keseluruhan Skor Min Min Interpretasi
Item Kenyataan Tahap Skor Min
3.23 Tinggi
1 Beban Kerja 3.08 Tinggi
2 Persekitaran 1.95 Rendah
3 Tekanan 2.57 Sederhana
Keseluruhan
4.3 Pengujian Hipotesis Kajian
Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan analisis Korelasi Pearson bagi menentukan
perkaitan antara beban kerja dan persekitaran terhadap tekanan di tempat kerja dalam
kalangan kakitangan Hospital Tuanku Ja’afar Seremban. Manakala untuk
mengenalpasti pembolehubah bebas (beban kerja, persekitaran) yang lebih dominan
dalam mempengaruhi tekanan di tempat kerja dalam kalangan kakitangan Hospital
Tuanku Ja’afar Seremban pula, penyelidik telah menggunakan analisis Ujian Regresi
Berganda. Berikut merupakan analisis yang dilakukan oleh penyelidik berdasarkan
objektif dan hipotesis.
4.3.1 Ujian Korelasi Pearson
Objektif 2 : Untuk menentukan perkaitan antara beban kerja terhadap tekanan
di tempat kerja dalam kalangan kakitangan di Hospital Tuanku Ja’afar
Seremban.
Untuk menentukan perkaitan antara beban kerja terhadap tekanan di tempat
kerja dalam kalangan kakitangan di Hosptal Tuanku Ja’afar Seremban, penyelidik telah
menggunakan ujian Korelasi Pearson. Jadual 4.10 dan Jadual 4.11 menunjukkan nilai
pekali korelasi yang diperoleh hasil dari analisis yang telah dijalankan.
57
Jadual 4.10: Korelasi Pearson antara beban kerja dengan tekanan di tempat kerja
(n=356)
Pemboleh ubah Tekanan di Tempat Kerja
Pekali Korelasi Tahap Interpretasi
Pearson ( r ) Signifikan Kekuatan
Hubungan
(p)
Beban Kerja .513** 0.00 sederhana
Nota: ** p≤ 0.01
Ho1: Terdapat perkaitan signifikan antara beban kerja terhadap tekanan di
tempat kerja dalam kalangan kakitangan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban.
Kajian mendapati bahawa pekali Korelasi Pearson antara beban kerja dan
tekanan di tempat kerja adalah r = .513, p = 0.00 (p≤ 0.01). Ini menunjukkan bahawa
kedua-dua pemboleh ubah berhubung secara positif dengan kekuatan perhubungan
pada tahap yang sederhana. Secara rumusannya, keputusan hipotesis kajian bagi objekif
2 telah menunjukkan bahawa terdapat perkaitan yang signifikan antara beban kerja
terhadap tekanan di tempat kerja dalam kalangan kakitangan di Hospital Tuanku Ja’afar
Seremban. Oleh yang demikian, hipotesis Ho1 dalam analisis kajian ini adalah diterima.
Selain itu, nilai korelasi yang positif membawa maksud semakin banyak beban
kerja yang diterima, maka semakin tinggi tekanan di tempat kerja yang perlu mereka
hadapi. Dapatan kajian ini adalah bertepatan dengan kajian yang dilakukan oleh Cyrill
Frederick Ganing. et. al., (2020) terhadap 322 orang responden yang terdiri daripada
kakitangan di Hospital Kerajaan Sibu, Sarawak. Beliau mendapati bahawa beban kerja
mempunyai perkaitan yang signifikan dengan tahap tekanan ditempat kerja dalam
kalangan kakitangan di hospital. Perkara ini membuktikan bahawa beban kerja yang
banyak merupakan penyumbang kepada masalah tekanan di tempat kerja. Hasil
58
penemuan ini juga turut disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Lu (2012), terhadap
246 orang jururawat di Hospital Besar Filipina di China dan mendapati faktor beban
kerja mempunyai perkaitan dengan tekanan di tempat kerja. Keadaan beban kerja yang
melampau dikalangan jururawat membawa kepada berlakunya tekanan di tempat kerja.
Oleh yang demikian, beban kerja yang banyak sehingga berlakunya tekanan di tempat
kerja telah menjadi penyumbang kepada ketidakpuasan hati dan ketidakhadiran pekerja
sehingga boleh membawa kepada tindakan untuk kakitangan meninggalkan profesion
pekerjaan yang berasaskan hospitaliti.
Objektif 3 : Untuk menentukan perkaitan antara persekitaran terhadap tekanan
di tempat kerja dalam kalangan kakitangan di Hospital Tuanku Ja’afar
Seremban.
Jadual 4.11: Korelasi Pearson antara persekitaran dengan tekanan di tempat
kerja (n=356)
Pemboleh ubah Tekanan di Tempat Kerja
Pekali Korelasi Tahap Interpretasi
Pearson ( r ) Signifikan Kekuatan
Hubungan
(p)
Persekitaran .525** 0.00 sederhana
Nota: **p≤ 0.01
Ho2: Terdapat perkaitan signifikan antara persekitaran terhadap tekanan di
tempat kerja dalam kalangan kakitangan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban.
Hasil kajian bagi objektif 3 menunjukkan bahawa terdapat perkaitan signifikan
antara persekitaran terhadap tekanan di tempat kerja dalam kalangan kakitangan di
59
Hospital Tuanku Ja’afar Seremban ( r = 0.525, p = 0.00 ). Selain itu, dapatan kajian
berdasarkan Jadual 4.11 mendapati kedua-dua pemboleh ubah berhubung secara positif
dengan kekuatan hubungan pada aras yang sederhana. Nilai korelasi positif ini
membuktikan bahawa semakin tinggi tahap persekitaran, semakin tinggi tekanan di
tempat kerja. Maka, secara keseluruhannya Ho2 dalam analisis ini adalah diterima.
Hasil analisis kajian ini di sokong oleh kajian yang dilakukan oleh Casey
(2011), dimana kajian yang dilakukannya mendapati faktor persekitaran mempunyai
perkaitan yang signifikan dengan tekanan di tempat kerja. Selain itu, dapatan kajian ini
juga turut mempunyai persamaan dengan kajian-kajian lepas dimana faktor
persekitaran mempunyai korelasi yang positif terhadap tekanan di tempat kerja [Cyrill
Frederick Ganing. et. al., (2020); Casey, (2011); Aris. et. al., (2012) & Carr. et. al.,
(2011)].
Perkara ini terbukti bahawa faktor persekitaran menjadi sumber penyebab
kepada berlakunya tekanan kepada seseorang pekerja dalam organisasi sehingga ia
mampu untuk mengundang pelbagai isu yang tidak sihat dan menjejaskan kesihatan
psikologi manusia terutamanya dikalangan generasi muda. Walaubagaimanapun,
pernyataan ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Abdul Jalil et. al., (2017),
menunjukkan tekanan di tempat kerja adalah dipengaruhi oleh faktor persekitaran yang
wujud dalam sesebuah organisasi sehingga menjejaskan produktiviti dan prestasi
seseorang pekerja dalam bentuk jangka masa panjang dan dalam jangka masa pendek.
60
4.3.2 Ujian Regresi Berganda
Objektif 4 : Untuk menentukan pemboleh ubah bebas (beban kerja, persekitaran)
yang lebih dominan dalam mempengaruhi tekanan di tempat kerja dalam
kalangan kakitangan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban.
Dalam kajian ini, penyelidik telah menggunakan analisis Ujian Regresi
Berganda bagi menentukan pemboleh ubah bebas (beban kerja, persekitaran) yang lebih
dominan dalam mempengaruhi tekanan di tempat kerja dalam kalangan kakitangan
Hospital Tuanku Ja’afar Seremban. Melalui ujian ini, penyelidik telah membandingkan
Nilai r (kekuatan hubungan antara pembolehubah bebas (beban kerja, persekitaran)
terhadap pemboleh ubah bersandar (tekanan di tempat kerja). Nilai r² yang lebih besar,
menandakan pembolehubah bebas tersebut memberi pengaruh yang lebih dominan
kepada pembolehubah bersandar (tekanan di tempat kerja). Berikut menunjukkan nilai
r² yang diperoleh hasil dari analisis yang telah dijalankan.
Ho3: Beban kerja merupakan faktor yang lebih dominan daripada persekitaran
terhadap tekanan di tempat kerja dalam kalangan kakitangan di Hospital Tuanku
Ja’afar Seremban.
Jadual 4.12: Hasil analisis Ujian Regresi Berganda faktor yang lebih dominan
dalam mempengaruhi tekanan di tempat kerja (n=356)
Model Summaryc
Model R R² Regression Residual F Beta t Sig.
Konstan .498 10.793 .000
Persekitaran .498 .248 1 354 .001
Beban Kerja .517 .267 2 353 116.48 .286 3.463 .002
64.36 .254 3.074
Nota: p< 0.05
61
Hasil keputusan analisis data ujian Regresi Berganda menunjukkan bahawa
pemboleh ubah bebas iaitu beban kerja dan persekitaran adalah mempengaruhi tekanan
di tempat kerja dalam kalangan kakitangan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban. Hasil
kajian berdasarkan Jadual 4.12 mendapati faktor persekitaran merupakan faktor yang
lebih dominan mempengaruhi tekanan di tempat kerja berbanding beban kerja. Ini
adalah kerana nilai pekali R² bagi pemboleh ubah persekitaran adalah sebanyak 0.248.
Ini menunjukkan bahawa faktor persekitaran menyumbang sebanyak 24.8% terhadap
tekanan di tempat kerja dalam kalangan kakitangan di HTJS. Maka, hipotesis Ho3
adalah gagal diterima.
Secara signifikan, faktor persekitaran [F (1, 354) = 116.48, p<0.05]
menyumbang sebanyak 24.8% (R² = 0.248) terhadap tekanan di tempat kerja. Perkara
ini membawa maksud bahawa persekitaran (β = 0.49, t = 10.79, p <0.05) merupakan
peramal utama kepada tekanan di tempat kerja. Manakala kombinasi antara
persekitaran (β = 0.28, t = 3.46, p <0.05) dan beban kerja (β = 0.25, t = 3.07, p <0.05)
pula menambah sebanyak 1.9% (26.7 – 24.8) kepada varians (R² = 0.267) dalam
pemboleh ubah bersandar iaitu tekanan di tempat kerja. Berdasarkan keputusan analisis,
secara keseluruhannya pemboleh ubah bebas (persekitaran, beban kerja)
mempengaruhi tekanan di tempat kerja dalam kalangan kakitangan di Hospital Tuanku
Ja’afar Seremban.
Hasil kajian ini adalah selari dengan kajian yang dilakukan oleh Aris. et. al
(2012), yang mendapati bahawa faktor persekitaran (intrinsik, struktur iklim) lebih
dominan dalam mempengaruhi tekanan di tempat kerja. Dapatan kajian ini turut
disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Cyrill Frederick Ganing. et. al., (2020),
dimana faktor persekitaran seperti struktur dan iklim merupakan penyumbang tertinggi
kepada tekanan di tempat kerja. Penemuan dalam kajian ini menunjukkan responden
lebih banyak menggunakan daya tindak yang berbentuk spiritual dan diikuti dengan
62
daya tindak berubah apabila berhadapan dengan tekanan di tempat kerja. Justeru itu,
kekurangan rundingan dan komunikasi serta ciri-ciri struktur dan rekabentuk organisasi
yang tidak effisien menjadi penyebab utama kepada tekanan ditempat kerja dalam
kalangan kakitangan.
4.4 Rumusan bab
Kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji perkaitan antara beban kerja dan
persekitaran terhadap tekanan di tempat kerja dalam kalangan kakitangan di Hospital
Tuanku Ja’afar Seremban. Kajian ini merangkumi seramai 356 orang kakitangan yang
terdiri daripada 102 orang kakitangan lelaki dan 254 orang kakitangan perempuan.
Hasil dapatan kajian mendapati kebanyakan kakitangan mempunyai tahap tekanan di
tempat kerja yang normal. Manakala di antara kedua-dua faktor tekanan, kebanyakan
kakitangan mendapat tekanan daripada persekitaran lebih tinggi berbanding tekanan
daripada beban kerja.
Selain itu, hasil analisis Korelasi Pearson mendapati bahawa terdapat perkaitan
signifikan yang positif antara beban kerja dengan tekanan di tempat kerja. Begitu juga
dengan analisis Korelasi Pearson antara persekitaran dengan tekanan di tempat kerja di
mana persekitaran juga turut menunjukkan bahawa terdapat perkaitan signifikan yang
positif. Justeru itu, bab ini juga menghuraikan hasil dapatan kajian daripada analisis
ujian deskriptif dan inferensi untuk mencapai objektif serta tujuan kajian in dijalankan
secara keseluruhannya. Sebanyak tiga hipotesis kajian yang telah diuji dalam kajian ini.
Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa dua daripada hipotesis null tersebut
telah diterima, manakala satu daripadanya gagal diterima. Jadual 4.13 menunjukkan
ringkasan hasil bagi setiap analisis kajian.
63
Jadual 4.13: Ringkasan Analisis Bagi Setiap Hipotesis
Hipotesis Ujian Dapatan Rumusan
Statistik Kajian
Ho1 Terdapat perkaitan signifikan Analisis r = 0.513 Ho
p = 0.00 diterima
antara beban kerja terhadap Korelasi
tekanan di tempat kerja dalam Pearson
kalangan kakitangan di Hospital
Tuanku Ja’afar Seremban.
Ho2 Terdapat perkaitan signifikan Analisis r = 0.525 Ho
p = 0.00 diterima
antara persekitaran terhadap Korelasi
tekanan di tempat kerja dalam Pearson
kalangan kakitangan di Hospital
Tuanku Ja’afar Seremban.
Ho3 Beban kerja merupakan faktor Analisis R² = 0.248 Ho gagal
yang lebih dominan daripada Ujian Regresi β = 0.49 diterima
persekitaran terhadap tekanan di Berganda t = 10.79
tempat kerja dalam kalangan
kakitangan di Hospital Tuanku
Ja’afar Seremban.
64
BAB 5
RUMUSAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN
5.1. Pengenalan
Bab ini merangkumi rumusan kajian untuk mengkaji perkaitan antara beban
kerja dan persekitaran terhadap tekanan di tempat kerja dalam kalangan kakitangan di
Hospital Tuanku Ja’afar Seremban yang dilakukan oleh penyelidik. Justeru itu, dalam
bab ini juga turut dibincangkan tentang implikasi dan cadangan bagi penyelidikan pada
masa akan datang.
5.2. Rumusan Dapatan Kajian
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji perkaitan antara beban
kerja dan persekitaran terhadap tekanan di tempat kerja dalam kalangan kakitangan di
hospital. Kajian ini juga telah dilakukan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban dengan
menggunakan teknik persampelan rawak mudah. Seramai 356 orang kakitangan yang
65
terdiri daripada 102 orang kakitangan lelaki dan 254 orang kakitangan perempuan telah
terlibat mengambil bahagian dalam kajian ini dan berjaya menjawab soal selidik yang
ditadbir sendiri. Responden yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada empat buah
jabatan iaitu Jabatan Pengurusan, Jabatan Perubatan, Jabatan Obstetik dan Ginekologi
dan Jabatan Pediatrik.
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah Job Stress Indicator (OSI)
bagi mengukur beban kerja dan persekitaran dan Job Stress Questionnaire (JSQ) untuk
mengukur tekanan di tempat kerja. Dapatan kajian hasil analisis kebolehpercayaan
ketiga-tiga instrumen mendapati bahawa ianya mencapai nilai Cronbach Alpha yang
boleh diterima iaitu 0.70 ke atas. Kajian ini juga menggunakan Statistical Package for
The Social Science (SPSS) versi 26.0. Rumusan bagi setiap objektif ditunjukkan seperti
dibawah.
5.2.1. Objektif Khusus 1
Untuk memerihalkan latar belakang responden (umur, jantina, tempoh
perkhidmatan dan taraf pendidikan), tahap beban kerja, tahap persekitaran dan tahap
tekanan di tempat kerja dalam kalangan kakitangan di Hospital Tuanku Ja’afar
Seremban.
Dapatan kajian yang diperolehi dalam kajian ini mendapati bahawa majoriti
responden yang terlibat adalah berumur di antara 31-35 tahun (28.4%) yang
merangkumi seramai 102 orang (28.7%) kakitangan lelaki dan 254 orang (71.3%)
kakitangan perempuan. Selain itu, responden yang terlibat dalam kajian ini juga
majoriti telah berkhidmat antara 11-20 tahun (42.1%) dalam bidang kesihatan.
Manakala dari aspek taraf pendidikan yang tertinggi pula, majoriti dikalangan
66
responden yang terlibat mempunyai kelulusan di peringkat PMR/SPM/STPM iaitu
seramai 161 orang (45.2%).
Tahap beban kerja dan persekitaran dalam kajian ini telah dikategorikan kepada
5 skala mengikut Occupasional Stress Indicator bermula dari 1 sehingga 5 iaitu
1=sangat tidak setuju, 2=tidak setuju, 3=tidak pasti, 4=setuju dan 5=sangat setuju. Hasil
dapatan kajian mendapati bahawa kakitangan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban
mempunyai tahap beban kerja dan persekitaran yang tinggi dimana purata min
keseluruhan mencatatkan sebanyak 3.23 dan sisihan piawai 0.682. Bagi tahap
persekitaran pula, secara keseluruhan skor min adalah 3.08 dan sisihan piawai 0.566.
Ini menunjukkan bahawa faktor persekitaran juga turut berada pada tahap yang tinggi.
Manakala bagi tahap tekanan di tempat kerja pula telah dikategorikan kepada 5
skala mengikut Job Stress Indicator bermula dari 1= tidak pernah, 2= jarang, 3=
kadangkala, 4= agak kerap dan 5= sangat kerap. Berdasarkan analisis yang dilakukan
mendapati keseluruhan skor min adalah 1.95 dan sisihan piawai 0.675. Dalam kajian
ini, kebanyakkan responden telah biasa dengan keadaan tekanan di tempat kerja yang
mereka hadapi. Ini adalah kerana berdasarkan skor min tersebut menunjukkan tahap
tekanan di tempat kerja kalangan kakitangan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban
berada pada tahap yang sangat rendah.
5.2.2. Objektif Khusus 2
Untuk menentukan perkaitan antara beban kerja terhadap tekanan di tempat
kerja dalam kalangan kakitangan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban.
Hasil analisis Korelasi Pearson bagi kajian ini mendapati bahawa terdapat
perkaitan yang signifikan antara beban kerja terhadap tekanan di tempat kerja dalam
67
kalangan kakitangan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (r = 0.513, p = 0.00). Ini
menunjukkan bahawa semakin banyak beban kerja maka semakin tinggi tekanan di
tempat kerja dalam kalangan kakitangan di Htjs. Beban kerja yang banyak dan melebihi
tahap keupayaan diri pekerja secara tidak langsung menjadikan penyebab utama kepada
timbulnya masalah tekanan. Malah beban kerja juga merupakan salah faktor yang
penting dan boleh menggugat keharmonian kualiti hidup pekerja. Maka hipotesis 2
adalah di terima.
5.2.3. Objektif Khusus 3
Untuk menentukan perkaitan antara persekitaran terhadap tekanan di tempat
kerja dalam kalangan kakitangan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban.
Hasil ujian Korelasi Pearson yang telah dilakukan oleh penyedidik
menunjukkan bahawa persekitaran memainkan peranan penting terhadap tekanan di
tempat kerja. Ini adalah kerana, dapatan kajian analisis ujian mendapati persekitaran
mempunyai hubungan yang signifikan terhadap tekanan di tempat kerja ( r = 0.525, p
= 0.00 ). Hubungan yang positif ini membuktikan bahawa semakin tinggi tahap
persekitaran, maka semakin tinggi tekanan di tempat kerja dalam kalangan kakitangan.
Oleh yang demikian, hipotesis 3 adalah di terima.
5.2.4. Objektif Khusus 4
Untuk menentukan pemboleh ubah bebas (beban kerja, persekitaran) yang lebih
dominan dalam mempengaruhi tekanan di tempat kerja dalam kalangan kakitangan di
Hospital Tuanku Ja’afar Seremban.
68
Analisis ujian Regresi Berganda telah digunakan oleh penyelidik dalam
menentukan pemboleh ubah bebas (beban kerja, persekitaran) yang lebih dominan
dalam mempengaruhi tekanan di tempat kerja dalam kalangan kakitangan di Hospital
Tuanku Ja’afar Seremban. Hasil analisis mendapati bahawa pemboleh ubah bebas iaitu
beban kerja dan persekitaran mempengaruhi tekanan di tempat kerja. Namun, hasil
kajian ini menunjukkan bahawa pemboleh ubah bebas (persekitaran) merupakan faktor
yang lebih dominan mempengaruhi tekanan di tempat kerja berbanding beban kerja. Ini
adalah kerana nilai pekali R² bagi pemboleh ubah persekitaran adalah sebanyak 0.248.
Perkara ini menunjukkan bahawa faktor persekitaran menyumbang sebanyak 24.8%
terhadap tekanan di tempat kerja dalam kalangan kakitangan di HTJS. Maka, hipotesis
Ho3 adalah gagal diterima.
5.3. Implikasi
Kajian ini boleh memberikan pemahaman yang lebih mendalam mengenai
tekanan di tempat kerja terutamanya kepada pihak-pihak yang terlibat seperti pihak
pengurusan hospital, Jabatan Kesihatan Negeri dan juga Kementerian Kesihatan
Malaysia.
5.3.1. Implikasi Pengetahuan
Hasil kajian ini menunjukkan bahawa beban kerja dan persekitaran mempuyai
perkaitan yang sangat rapat dengan tekanan di tempat kerja. Seorang pekerja harus bijak
dalam mengawal emosi dan tekanan yang mereka hadapi. Ini adalah kerana setiap
tekanan yang mereka terima merupakan satu dugaan dan cabaran untuk mereka
teruskan kerjaya dalam kehidupan. Hasil kajian ini dapat meningkatkan kesedaran
kepada kakitangan hospital mengenai kepentingan penguasaan emosi dan pengawalan
69
kendiri agar tidak terdedah dan tejerumus ke arah kemurungan yang melampau dan
seterusnya terhindar daripada masalah tekanan hidup.
Selain itu, hasil kajian ini juga sangat bermanfaat kepada institusi kesihatan
terutamanya pihak pengurusan hospital seperti penyelia dan ketua jabatan kerana
mereka merupakan majikan yang paling hampir dengan kakitangan. Sebagai seorang
kakitangan hospital, kebanyakkan mereka menghabiskan sebahagian besar masa
daripada kehidupan dengan bekerja. Peranan di tempat kerja merupakan satu
keutamaan bagi kakitangan hospital, manakala rumahtangga atau keluarga menjadi
perkara kedua. Walaupun tanggungjawab terhadap pekerjaan menjadi keutamaan,
namun mereka juga tidak terlepas daripada berhadapan dengan pelbagai cabaran dan
dugaan semasa bekerja. Mereka amat memerlukan sokongan dan dorongan daripada
persekitaran seperti rakan sekerja, penyelia dan juga ketua jabatan. Dapatan kajian ini
juga boleh memberi kesedaran kepada institusi kesihatan terutamanya pihak
pengurusan hospital untuk senantiasa memantau dan mengambil berat serta memahami
kakitangan-kakitangan mereka. Tekanan di tempat kerja akan meningkat sekiaranya
masalah beban kerja dan persekitaran di tempat kerja tidak dapat di atasi.
Seterusnya, kajian mengenai tekanan di tempat kerja dalam kalangan
kakitangan di hospital ini sudah pasti akan memberi sumbangan kepada dunia
penyelidikan di Malaysia. Hal ini adalah kerana kajian-kajian berkaitan tekanan di
tempat kerja kurang di lakukan terhadap institusi kesihatan. Kebanyakkan daripada
kajian yang sedia ada banyak dilakukan di negara-negara membangun seperti Eropah,
Amerika Syarikat, China dan negara lain. Kajian ini amat penting kerana suasana
persekitaran di tempat kerja yang selesa dan selamat akan mewujudkan keharmonian
dan persekitaran yang sihat. Malah secara tidak langsung mampu meningkatkan
produktiviti dan prestasi pekerja.
70
5.3.2. Implikasi Praktikal
Selain itu, hasil dapatan kajian ini memberi implikasi teoritikal dan implikasi
praktikal. Secara teoritikal berdasarkan maklumat dalam kajian ini dan kajian-kajian
yang lepas, secara keseluruhannya mendapati bahawa profesion kesihatan mempunyai
tahap tekanan yang sederhana. Walaupun secara teoritikal tahap tekanan kakitangan
hospital berada pada tahap yang sederhana, namun secara praktikalnya terdapat
sebahagian kakitangan hospital yang mengalami tahap tekanan yang amat
membimbangkan. Keadaan ini secara tidak langsung akan menjejaskan produktiviti
serta kualiti institusi kesihatan sekiranya ianya tidak ditangani dengan baik dan
berkesan.
Malah, bukan setakat itu sahaja, masalah tekanan kerja juga akan bertambah
teruk apabila rakan sekerja, penyelia, pesakit dan keluarga pesakit tidak memberikan
kerjasama. Adakalanya juga kakitangan hospital menghadapi tekanan yang berpunca
daripada arahan penyelia yang berbeza daripada jabatan yang sama. Keadaan ini
menimbulkan tekanan kepada kakitangan apabila tidak tahu arahan mana yang harus
dipatuhi dan arahan mana yang harus diingkari. Faktor konflik arahan ini sedikit
sebanyak menjejaskan kredibiliti kakitangan di hospital.
Selain itu, tekanan kerja juga merupakan satu fenomena yang amat penting dan
seringkali dikaitkan dengan prestasi kerja, kesihatan dan juga tahap produktiviti
pekerja. Manakala pekerjaan dalam bidang kesihatan pula adalah merupakan
sebahagian besar daripada kehidupan kakitangan di hospital. Tekanan kerja yang
berlanjutan dan melampaui kemampuan diri akan merosakkan gaya hidup serta
kesihatan kakitangan di hospital. Justeru itu, dapatan kajian ini diharap dapat dijadikan
sebagai sumber yang berguna kepada pihak kementerian agar langkah-langkah dalam
menggubal dan memastikan sumber tenaga kerja institusi kesihatan mencukupi dalam
mereaslisasikan gaya hidup yang sihat.
71
Justeru itu, sebagai pihak majikan mereka perlu memperluaskan kursus,
bengkel motivasi, seminar dan pelbagai strategi perlu diketengahkan bagi
memperhalusi masalah tekanan kerja. Di dalam memacu perkhidmatan kakitangan
yang berkualiti, satu hakikat penting yang perlu organisasi amalkan adalah
keprihatinan, empati dan bersifat keterbukaan. Disamping itu, sebagai pekerja yang
akan memikul pelbagai tugasan dari semasa ke semasa, mereka perlu mensiapsiagakan
dan memperkemaskan diri mereka supaya jaminan kecemerlangan di dalam
perkhidmatan mampu mengemudi kegemilangan dan kejayaan di dalam organisasi.
5.4. Cadangan
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh penyelidik ini, terdapat beberapa
cadangan yang boleh dijadikan panduan dalam melakukan penambahbaikan pada
kajian yang akan datang. Pertama, penyelidik boleh mengedarkan borang soal selidik
lebih awal lagi kepada subjek kajian. Ini adalah kerana proses pengedaran dan
pengumpulan semula borang soal selidik mengambil masa yang agak lama. Malah
penyelidik juga disarankan agar melakukan proses dokumentasi dengan lebih awal
supaya segala masalah berkaitan kelewatan dan kesukaran mendapatkan semula
maklumbalas borang soal selidik dapat diatasi dengan lebih awal.
Kedua, penyelidik yang akan datang disarankan untuk menambahkan saiz
sampel kajian yang mewakili populasi dalam kajian bagi menentukan perkaitan antara
beban kerja dan persekitaran terhadap tekanan di tempat kerja. Selain itu, penyelidik
juga dicadangkan supaya memperluaskan kajian dengan menambahkan beberapa buah
hospital dari daerah yang berlainan dalam negeri yang sama. Hal ini adalah kerana
semakin besar saiz sampel yang mewakili sesuatu populasi kajian, maka semakin tinggi
dan tepat darjah kebolehkepercayaan yang akan diperolehi.
72
Ketiga, bakal penyelidik juga disarankan menggunakan reka bentuk kajian lain
yang lebih kukuh seperti kajian longititudinal perlu digunakan dalam pengumpulan
data, menghuraikan corak perhubungan, arah dan darjah keteguhan perhubungan antara
pembolehubah tidak bersandar dan pembolehubah bersandar. Justeru itu, ia juga dapat
mengurangkan bias dalam kajian dan menambahkan lagi pemahaman dalam perkaitan
antara beban kerja dan persekitaran terhadap tekanan di tempat kerja. Dengan ini, hasil
kajian boleh digenaralisasikan kepada semua populasi kakitangan yang menjadi
responden dalam kajian.
Seterusnya, bakal penyelidik juga dicadangkan supaya menambahkan lagi
pemboleh ubah bebas dengan lebih spesifik. Diantara faktor pemboleh ubah bebas yang
boleh ditambah termasuklah halangan kerja dari rumah, peranan pengurusan, kerjaya
dan pencapaian, hubungan di tempat kerja dan faktor instrinsik dalam pekerjaan.
Seterusnya, bakal penyelidik disarankan agar dapat meringkaskan soalan dalam soal
selidik menjadi lebih mudah untuk difahami supaya dapat mengelakkan rasa kebosanan
dalam kalangan subjek kajian. Selain itu, penyelidik juga boleh menggabungkan
beberapa kaedah menggunakan soal selidik dengan metod kualitatif seperti melibatkan
pemerhatian dan temubual. Kaedah ini penting bagi mendapatkan data dengan lebih
terperinci dan dapat menghasilkan dapatan kajian yang lebih baik.
Di samping itu, adalah disarankan kepada penyelidik akan datang supaya lebih
banyak kajian-kajian lepas tempatan dan luar negara dapat dijadikan sebagai bahan
rujukan. Hal ini demikian kerana ia dapat membantu memberikan idea-idea yang bernas
dan baru yang lebih berkesan dan bersesuaian dengan peredaran masa dalam kajian
seumpama ini. Akhir sekali, diharap kajian ini dapat memberikan idea kepada
penyelidik yang akan datang, khususnya bagi mereka yang berminat untuk membuat
kajian yang berkaitan dengan tekanan di tempat kerja. Selain itu, diharap kajian ini
dapat dijadikan panduan kepada pihak yang terlibat khususnya majikan agar
73
memperluaskan kursus, bengkel motivasi dan pelbagai strategi yang perlu
diketengahkan bagi memperhalusi masalah tekanan di tempat kerja. Justeru itu, semoga
kajian ini juga dapat memberi gambaran sebenar tentang isu yang melanda pekerja pada
hari ini.
74
RUJUKAN
Ridzuan Masri, Arman Ahmad dan Razlina Abd Rani. (2018). Teori Maslow Dalam
Konteks Memenuhi Keperluan Asas Pekerja Dan Peranannya Dalam
Meningkatkan Prestasi Organisasi: Kajian Dan Perspektif Islam. International
University of Malaya-Wales, Kuala Lumpur, Malaysia
Shalini M. Sinniah & Mohd Jasmy Abd Rahman (2018), Faktor-Faktor Yang
Mempengaruhi Stres Di Kalangan Guru.Universiti Kebangsaan Malaysia
Zalif Mohd Makhbul, Nor Liza Abdullah dan Noor Azuan Hashim (2013), Stress Di
Tempat Kerja: Isu Global Dalam Melestarikan Organisasi.Universiti
Kebangsaan Malaysia
Noraini Abdol Raop & Norasmah Bakri. (2019). Tekanan Kerja: Hubungan Dengan
Komitmen Organisasi Dalam Kalangan Anggota Bomba dan Penyelamat, Alor
Gajah, Melaka. Jurnal Sains Sosial Malaysian Journal of Science Jilid. 4 (1)
2019: 54-67
Zakaria. (2014). Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Tekanan Kerja dalam Kalangan
Guru Sekolah Menengah Daerah Hulu Terengganu, Terengganu Darul Iman
Zainab Aman & Khairunnisa Abd Shukor. (2015). Faktor-Faktor yang Mempengaruhi
Prestasi Kerja Dalam Kalangan Staf Sokongan Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor. Kolej Universiti Islam Antarabngsa Selangor (KUIS)
Ummi Kalsom Zakaria. (2014). Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Tekanan Kerja
dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah Daerah Hulu Terengganu,
Terengganu Darul Iman. Disertasi tesis Sarjana yang tidak diterbitkan.
Universiti Utara Malaysia
Cyrill Frederick Ganing, Mohammad Mujaheed Hassan & Wan Nur Nazihah Wan
Hamzah. (2020). Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Tekanan Kerja di
Kalangan Kakitangan Hospital Kerajaan. Malaysian Journal of Sciences and
Humanities. Vol.5 Issues 10, hlm 151-171, 2020.
Rosidah Ramli. (2016). Faktor yang Mendorong Tekanan Kerja di Kalangan Pekerja
Sokongan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. National
Innovation and Invention Competition Throught Exhibition (iCompEx’16).
Nur Izzaty Mohamad, Azman Ismail, Mohamad Shahril Azwan Mohamad Rozi &
Sholihien Ahmad. (2015). Tekanan Kerja dan Perkaitannya dengan Kesihatan
Pekerja: Kajian Empirikal Sebuah Kontinjen Polis di Semenanjung Malaysia.
Malaysian Journal of Society and Space. Vol.11 Issues 10, hlm 63-75, 2015.
Haryati Kamarudin. (2013). Faktor Tekanan Kerja dalam Kalangan Kakitangan
MAINS Holdings Sdn. Bhd. Disertasi tesis Sarjana yang tidak diterbitkan. Open
Universiti Malaysia.
Ruziati Mior Ahamad Arifin, Amran Hassan, Zuraini Ismail & Shamila Banu
Hisamuddin. (2018). Tinjauan Faktor Persekitaran yang Mempengaruhi
Kepuasan Kerja Penjawat Awam di dalam Perkhidmatan Awam. Jurnal
Psikologi & Kaunseling Perkhidmatan Awam Malaysia, Bil. 13, 2229-810,
2018.
Abdul Jalil Hassan, Mohamad Fauzi Saad & Marnorleza Maridzor. (2017). Stres Dalam
Organisasi: Punca dan Impaknya Terhadap Ketahanan Mental Pekerja dalam
Mengisi Ruang TN50. Jurnal Psikologi dan Kaunseling Perkhidmatan Awam
Malaysia. 12: 18-53.
Amran Hassan, Fatimah Yusoff & Khadijah Alavi. (2012). Perwatakan Antagonis
(Negatif) dalam Organisasi Perkhidmatan Awam dan Implikasinya ke atas
75
Prestasi Kerja. Jurnal Psikologi dan Kaunseling Perkhidmatan Awam
Malaysia. 7:279-290.
Amran Hassan & Khairiah Khairudin. (2014). Hubungan Antara Tekanan dengan
Kesejahteraan Umum dalam Kalangan Penjawat Awam di Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri Pahang. Jurnal Psikologi dan Kaunseling Perkhidmatan
Awam Malaysia. 9: 87-103.
Berita Harian. (2017). Menjadikan Tempat Kerja Selamat, Sihat. 21 Mei 2017. Datuk
Seri Ismail Abd Mutalib.
Casey, L. (2011). Stress and well-being in Australia in 2011: A State of The Nation
Survey. The Australian Psychological Society. 1-9.
Chua Bee Sook & Jasmine Adela Mutang. (2014). Asas Pembentukan Kepercayaan
Pekerja Terhadap Ketua Jabatan. Jurnal Psikologi dan Kaunseling
Perkhidmatan Awam Malaysia. 9: 123-140.
Universiti Kebangsaan Malaysia. (2015). Suasana Kerja Penting Bagi Tingkatkan
Produktiviti – TNC HEPA. 20 April 2015. Asmahanim Amir.
Rinatho Nunchi & Abu Yazid Abu Bakar. (2018). Konflik Peranan Kerja-Keluarga dan
Stress dalam Kalangan Penjawat Awam di Pejabat Setiausaha Kerajaa Negeri
Selangor. Jurnal Psikologi dan Kaunseling Perkhidmatan Awam Malaysia.Bil
13: 128-141.
Aris K., Juwairiyah J. & Nordin Y. (2012). Stress dalam Perkhidmatan Awam:
Impaknya kepada Prestasi dan Kesejahteraan Pegawai Awam. Jurnal Psikologi
dan Kaunseling Awam Malaysia. 7. 1-34.
Nazuha Shamshuddin, Haikal Anuar Adnan & Ahmad Khairuddin Mohd Ghazali.
(2018). Hubungan di Antara Kesejahteraan Kewangan dengan Kesejahteraan
Psikologi dalam Kalangan Penjawat Awam di Kementerian Sumber Manusia.
Jurnal Psikologi dan Kaunseling Perkhidmatan Awam Malaysia. Bil. 13, 142-
162.
Raja Maria Diana Raja Ali. (2011). Faktor-Faktor yang Mendorong Tekanan Kerja
(Stres) di Kalangan Guru-Guru Sekolah Menengah di Daerah Pasir Puteh.
Disertasi tesis Master yang tidak diterbitkan. Open Universiti Malaysia.
Mohd Juraimy Kadir, Jegak Uli, Ahmad Azan Ridzuan, Noor Azmi Mohd Zainol &
Mohd Hamran Mohamad. (2016). Kecerdasan Emosi dan Hubungan dengan
Tekanan Kerja dalam Kalangan Anggota Tentera Darat Malaysia. International
Journal of Education, Psychology and Counseling. Vol. 1 Issues 2, pp.01-16.
Firdaus Azil. (2017). Tahap 'stress' Pekerja Malaysia Sangat Tinggi – Cuepacs. Diakses
pada April 2019 daripada http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tahap-
stress-pekerja-malaysia-sangat-tinggi-cuepacs-164045#
Lee Lam Thye. (2016). Gaya Hidup Sihat Bantu Pekerja Kurang Tekanan. Diakses pada
Mac 2019 daripada https://www.bharian.com.my/node/148498
Muhammad Apendy Issahak. (2018). Guru Kemurungan Ditemui Mati. Diakses pada
Mac 2019 daripada
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/07/451362/guru-kemurungan-
ditemui-mati
Faris Fuad. (2016). Perubahan Struktur Kerja Punca Tekanan. Diakses pada Mei 2019
daripada https://www.bharian.com.my/node/154589
Siti Nursyahidah. (2019). Jumlah Pekerja Tertekan Meningkat Jika Tak di Tangani.
Diakses pada Januari 2021 daripada
https://www.sinarharian.com.my/article/19036/BERITA/Nasional/Jumlah-
pekerja-tertekan-meningkat-jika-tak-ditangani
76
Ridauddin Daud. (2019). Penjawat Awam Tertekan, Ada yang Miliki Kad Psikiatri:
Cuepacs. Diakses pada Januari 2021 daripada
https://www.sinarharian.com.my/article/18863/BERITA/Nasional/Penjawat-
awam-tertekan-ada-yang-miliki-kad-psikiatri-Cuepacs
Halina Mohd Noor. (2019). Guru, Jururawat Tertekan Banyak Kerja. Diakses pada
Januari 2021 daripada https://www.bharian.com.my/wanita/lain-
lain/2019/01/522186/guru-jururawat-tertekan-banyak-kerja
Firdaus Abdul Ghani. (2019). Tekanan di Tempat Kerja: Bagaimana Untuk Bertahan?
Diakses pada Januari 2021 daripada https://www.astroawani.com/berita-
malaysia/tekanan-di-tempat-kerja-bagaimana-untuk-bertahan-
199233?fbclid=IwAR1IxOua5CqF6yUukBKWRehLdCorjDJ0xpjYyR-
PPVBDcdAqKfLm21dQ5Iw
Khairul Azhar Bin Idris. (2014). Tekanan Hidup dan Sakit Mental, Kementerian
Kefahaman Islam Malaysia. Diakses pada Mei 2019 daripada
https://www.ikim.gov.my/index.php/2014/05/12/tekanan-hidup-dan-sakit-
mental/
Zafir Mohd Makhbul & Fazilah Mohamad Hasun. (2018). Stress Pekerjaan Mendepani
Cabaran 4.0. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohamad Abdillah Royo & Woo Sew Fun. (2010). Faktor – Faktor yang Mendorong
Tekanan Kerja (Stres) di Kalangan Guru-Guru Sjk ( C ): Satu Kajian di Tiga
Buah Sekolah di Wilayah Persekutuan. Universiti Teknologi Malaysia.
Nor Liyana Mohd Bokti & Mansor Abu Talib. (2010). Tekanan Kerja, Motivasi dan
Kepuasan Kerja Tentera Laut Armada Tentera Laut Di Raja Malaysia.
Universiti Putra Malaysia
Nor Asma Safri. (2011). Faktor-Faktot Tekanan Kerja dan Prestasi Kerja di Kalangan
Pekerja Perkhidmatan Awam Malaysia. Disertasi tesis Sarjana yang tidak
diterbitkan. Universiti Malaysia Sarawak.
Kamizatul Liyana Kamarudin. (2012). Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Tekanan
Kerja (Stress) dalam Kalangan Pensyarah Jabatan Perniagaan di Kolej
Vokasional Negeri Melaka. Disertasi tesis Diploma yang tidak diterbitkan.
Kolej Vokasional Negeri Melaka.
Normarina Ramlee. (2015). Tahap Stres dalam Kalangan Pensyarah Kolej Vokasional
di Johor. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Norreza Mohd Taha. (2014). Stress Guru yang Mengajar Subjek Reka Bentuk dan
Teknologi (RBT) di Sekolah Rendah di Kuantan. Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia.
Abdul Said Ambotang & Muhamad Hisyam Mohd Hashim. (2011). Hubungan Iklim
Kerja dan Stres dalam Pengurusan Bilik Darjah dalam Kalangan Guru
Prasekolah. Journal of Techno-Social
Azizi Yahaya & Mazeni Ismail. (2010). Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Stress
dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah di Malaysia. Universiti Teknologi
Malaysia.
Azizi Yahaya, Tee Sook Kim & Sharifudin. (2010). Stress Kerja di Kalangan Guru
Aliran Teknik di Sekolah Menengah Teknik di Johor, Melaka dan Negeri
Sembilan. Disertasi tesis Sarjana yang tidak diterbitkan. Universiti Teknologi
Malaysia, pp.1-14.
Rohaidah Ishak. (2015). Hubungan Burnout dengan Kepuasan Kerja dalam Kalangan
Guru-Guru Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Sekolah Menengah di Daerah
Batu Pahat. Disertasi tesis Sarjana yang tidak diterbitkan. Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia.
77
Noor Mala Othman. (2014). Pengaruh Tahap Stres Terhadap Kepuasan Kerja dalam
Kalangan Pengajar Kolej Vokasional di Negeri Pahang. Disertasi tesis Sarjana
yang tidak diterbitkan. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Nor Hayatie Abdul Halim. (2015). Hubungan Antara Keselamatan dengan Disiplin dan
Stres Kerja dalam Kalangan Pekerja Industri. Disertasi tesis Sarjana yang tidak
diterbitkan. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Mohd Nasir Selamat & Hazirah Zolkiply. (2017). Persekitaran Kerja dan Komitmen
Pekerja di Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Kuala Lumpur. Journal of
Social Sciences and Humanities. Issue 3 (2017): 020 ISSN: 1823-884
Abdul Hanit Halit & Ahmad Hakimi Awang. (2012). Stress dalam Kalangan Penajwat
Awam Kumpulan Sokongan Universiti Malaysia Terengganu. Jurnal Psikologi
dan Kaunseling Perkhidmatan Awam Malaysia, 7, 257-278.
Chua Yan Piaw. (2014). Ujian Regresi, Analisis Faktor dan Analisis SEM. Edisi Kedua.
Kuala Lumpur. McGraw- Hill Education (M) Sdn Bhd.
Norfishah Mat Rabi. (2021). Penulisan Proposal Penyelidikan Ilmiah. Universiti
Pendidikan Sultan Idris. Tanjung Malim Perak.
Chua Yan Piaw. (2012). Kaedah dan Statistik Penyelidikan Asas Statistik Penyelidikan.
Edisi Kedua. Kuala Lumpur.McGraw- Hill Education (M) Sdn Bhd.
Lay Yoon Fah & Khoo Chwee Hoon. (2010). Pengenalan Kepada Analisis Statistik
dalam Penyelidikan Sains Sosial. Siri Ketiga. Selangor. Venton Publishing
(Malaysia) Sdn Bhd.
78
LAMPIRAN
LAMPIRAN A: SOAL SELIDIK
79
80
81
82
83
LAMPIRAN B: SPSS OUTPUT
UJIAN NORMALITY DATA
Case Processing Summary
Cases
Valid Missing Total
N Percent
N Percent N Percent
356 100.0%
BEBANKERJA 356 100.0% 0 0.0%
Descriptives
BEBANKERJA Mean Statistic Std. Error
95% Confidence Interval for Lower Bound 3.2334 .03615
3.1623
Mean Upper Bound 3.3045 .129
5% Trimmed Mean 3.2294 .258
3.0000
Median .465
.68207
Variance 1.00
5.00
Std. Deviation 4.00
.70
Minimum .144
.347
Maximum
Range
Interquartile Range
Skewness
Kurtosis
Extreme Values
Case Number Value
5.00
BEBANKERJA Highest 1 130 5.00
5.00
2 162 5.00
5.00
3 268 1.00
1.30
4 313 1.50
1.50
5 351 1.50
Lowest 1 149
2 239
3 190
4 189
5 188
84
Tests of Normality
Kolmogorov-Smirnova Shapiro-Wilk
Statistic df Sig. Statistic df Sig.
.000
BEBANKERJA .182 356 .000 .964 356
a. Lilliefors Significance Correction
85
BEBANKERJA Stem-and-Leaf Plot
Frequency Stem & Leaf
8.00 Extremes (=<1.9)
12.00 2 . 000011
10.00 2 . 2333
14.00 2 . 4444555
24.00 2 . 66666777777
14.00 2 . 8888999
123.00 3.
0000000000000000000000000000000000000000000000000000000011111
16.00 3 . 2223333
24.00 3 . 444444555555
25.00 3 . 666666777777
24.00 3 . 888888999999
30.00 4 . 00000000000111
12.00 4 . 22223
7.00 4 . 445
5.00 4 . 67
8.00 Extremes (>=4.8)
Stem width: 1.00
Each leaf: 2 case(s)
86