PERKAITAN BEBAN KERJA DAN PERSEKITARAN TERHADAP TEKANAN DI TEMPAT KERJA DALAM KALANGAN KAKITANGAN DI HOSPITAL TUANKU JA'AFAR SEREMBAN
Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk menentukan perkaitan antara beban kerja dan persekitaran terhadap tekanan di tempat kerja dalam kalangan kakitangan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban. Seramai 356 orang kakitangan yang terdiri daripada kalangan kakitangan Hospital Tuanku Ja’afar Seremban terlibat sebagai responden dalam kajian ini di mana mereka dipilih melalui teknik persampelan rawak mudah. Occupational Stress Indicator oleh Cooper, Sloan & William (1988) telah digunakan untuk mengukur beban kerja dan persekitaran. Manakala Job Stress Questionnaire oleh Caplan (1981) dan diubah suai oleh Cooper (1975) digunakan untuk mengukur tekanan di tempat kerja. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang menggunakan borang soal selidik untuk mengumpul data. Borang soal selidik terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A (latar belakang responden), Bahagian B (beban kerja, persekitaran) dan Bahagian C (tekanan di tempat kerja). Data yang diperolehi dianalisis menggunakan analisis deskriptif (min, kekerapan dan peratus) dan statistik inferensi ( ujian korelasi Pearson dan regresi berganda) dengan menggunakan ‘Statistikal Package for Social Science’ (SPSS) versi 26.0. Hasil kajian menunjukkan bahawa beban kerja (r = 0.513, p = 0.00) dan persekitaran (r = 0.525, p = 0.00) mempunyai perkaitan signifikan yang positif dengan tekanan di tempat kerja. Tambahan lagi, hasil kajian menunjukkan bahawa persekitaran merupakan faktor yang paling dominan dalam mempengaruhi tekanan di tempat kerja dalam kalangan kakitangan di hospital (R² = 0.248, β = 0.49). Kesimpulannya, hasil kajian ini boleh dijadikan rujukan bagi menyediakan program intervensi oleh pihak berkenaan.
-
Follow
-
1
-
Embed
-
Share
-
Upload