The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by TEH LIN XUAN IPG-Pelajar, 2024-06-21 12:10:21

portfolio pbs 2

portfolio pbs 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU 59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (AMBILAN JUN 2022 TAHUN 2 SEMESTER 2) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (II) PRKA 3171 DISEDIAKAN OLEH: TEH LIN XUAN NAMA PELAJAR TEH LIN XUAN ANGKA GILIRAN 2021192340223 NOMBOR KAD PENGENALAN 031030020398 KUMPULAN A1 TAJUK TUGASAN PORTFOLIO NAMA PENSYARAH DR KOMATHI A/P JAIRAMAN TARIKH HANTAR 21 JUN 2024 TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS DARIPADA PENSYARAH


I N S T I T U T P E N D I D I K A N G U R U K A M P U S B A H A S A M E L A Y U BORANG SEMAKAN PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) Nama Pelajar TEH LIN XUAN No. KP 031030020398 Program PISMP Kumpula n A1 Ambilan JUN 2021 Bidang Teras BAHASA MELAYU Elektif Teras MATEMATIK Fasa PBS 1 2 3 / Tempoh PBS 9 JUN 2024 – 20 JUN 2024 Nama SJK (C) SIN MIN A TAHAP PENCAPAIAN: Item Aspek Lengka p Tidak Lengkap Catatan 1. Kehadiran 2. Laporan Perkembangan Pelajar 3. Portfolio individu 4. Kerja Kursus PBS KEPUTUSAN : LENGKAP TIDAK LENGKAP Dengan ini diperakui bahawa pelajar telah Melengkapkan/Tidak Melengkapkan keperluan PBS Tandatangan: Nama: Tarikh: **Tanda [ / ] jika berkenaan


Ulasan Penilai : Tandatangan : Nama :


1.0 Penempatan


Sekian. Terima Kasih. “MALAYSIA MADANI” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Nama : Teh Lin Xuan No. K/P : 031030-02-0398 Alamat Tetap : 644, Lorong 96, Taman Ria, 08000, Sungai Petani, Kedah No. Telefon : 0165076923 E-mel : [email protected] Ambilan : Jun 2021 Tahun/Semester : Tahun 2/ Semester 3 Tarikh PBS : 9 Jun – 20 Jun 2024


3 Pernyataan Profesional/ Kontrak Aktiviti 3.1 Pernyataan Sebelum PBS 3.2 Pernyataan Semasa PBS 3.3 Pernyataan Selepas PBS


PANDUAN MENULIS PERNYATAAN PROFESIONAL/ KONTRAK AKTIVITI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 1. Pengenalan Pernyataan profesional/ kontrak aktiviti merujuk kepada harapan/ aktiviti yang ditetapkan sendiri oleh pelajar untuk dilaksanakan dalam tempoh PBS. Fokus tertentu perlu ditetapkan oleh pelajar dalam melaksanakan aktiviti tersebut bagi mencapai objektif yang diharapkan. Setiap fokus aktiviti hendaklah dapat diukur dan dinilai sendiri oleh pelajar di peringkat akhir. 2. Tujuan Pernyataan Profesional 1.1 Menyatakan fokus aktiviti yang hendak dilaksanakan dengan jelas. 1.2 Membantu pelajar merancang strategi pelaksanaan aktiviti yang difokuskan dengan sistematik. 1.3 Membolehkan pelajar mengukur dan menilai keberkesanan pelaksanaan aktiviti yang difokuskan. 1.4 Menjadi asas dan panduan kepada pelajar untuk membuat tindakan susulan / penambahbaikan. 3. Pernyataan Profesional 3.1 Sebelum PBS a. Kenal pasti fokus utama tugasan a. Tujuan tugasan a. Merancang strategi pelaksanaan a. Instrumen penilaian kendiri 3.2 Semasa PBS a. Melaksanakan tugasan / strategi yang dirancang a. Mengumpul dan merekod maklumat


3.3 Selepas PBS (refleksi) a. Menilai a. Melapor 4. Penilaian Kendiri Terhadap Pernyataan Profesional a. Pencapaian objektif a. Cadangan tindakan susulan / penambahbaikan


3.0 Penyataan Profesional 3.1 Sebelum PBS Saya, pelajar Tahun 2 semester 3 PISMP ambilan Jun 2022, opsyen Bahasa Melayu telah memilih SJK (C) Sin Min A, Sungai Petani, Kedah sebagai penempatan sekolah saya untuk menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) II selama dua minggu dari 09 Jun hingga 20 Jun 2024. Oleh sebab sekolah ini berada di Kedah, maka waktu beroperasi adalah hari ahad sehingga hari khamis. Pada 4 Mei 2024 (rabu), siswa siswi guru telah dijemput masuk ke kumpulan Whatsapp yang ditubuhkan untuk memberi maklumat dan perkembangan tentang PBS pada 7 Jun 2023 melalui Google Meet. Taklimat PBS ini telah bermula dari pukul 10.30 pagi dan disampaikan oleh Puan Sabariah Yaakob secara atas talian. Kemudian, saya telah menghubungi pihak sekolah SJK (C) Sin Min A untuk memastikan surat penempatan PBS telah diterima oleh sekolah tersebut. Ipg kami juga telah menyediakan Google Classroom untuk memudahkan kami muat turun dokumen-dokumen dan surat berkenaan sebagai persediaan awal sebelum PBS. Saya telah menyediakan satu senarai semak tentang aktiviti yang harus dilaksanakan dan maklumat serta informasi yang wajib dikumpul supaya saya tidak akan tercicir dalam mana-mana aspek. Senarai semak ini juga boleh membantu saya menyemak bahawa sama ada saya sudah mencapai matlamat yang ingin dicapai ataupun tidak. Kaedah penyelidikan yang telah saya sediakan bagi menyempurnakan tugasan ini adalah melalui pemerhatian, soal selidik, temu bual dan senarai semak. Pemerhatian dijalankan melalui pengambiran gambar dan video aktiviti sekolah yang dijalankan sepanjang PBS sebagai bukti yang kukuh dalam laporan. Soal selidik yang telah saya sediakan adalah berlandaskan aspek-aspek perbezaan individu dari segi fizikal, kognitif, sosial dan latar belakang murid. Bagi temu bual, diharapkan guru dapat memberikan bimbingan serta cadangan tentang cara untuk menangani aspek perbezaan individu dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah berdasarkan pengalaman mereka. Saya juga telah membina satu senarai semak


tentang aktiviti yang harus dilaksanakan dan maklumat serta informasi yang wajib dikumpul supaya saya tidak akan tercicir dalam mana-mana aspek. Antara fokus utama tugasan PBS adalah untuk memastikan guru pelatih dapat menyesuaikan diri dapat memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya sekolah. Selain itu, program PBS ini juga dapat memberi pendedahan awal tentang pembelajaran murid, dan membantu guru pelatih untuk memahami pengurusan strategi pengajaran dan pembelajaran murid. Perkara ini boleh diperoleh melalui pemerhatian temu ramah bersama murid dan guru-guru sekolah. 3.2 Semasa PBS Semasa PBS dilakukan, saya menjalankan tugasan yang telah dirancangkan iaitu memerhati persekitaran di alam persekolahan, mengumpul dan merekod maklumat, menjalankan sesi temu bual dan interaksi dengan guru dan murid serta membuat persediaan untuk menjadi seorang pendidik. Laporan Pelaksanaan Aktiviti Yang Difokuskan Waktu PBS saya adalah mengikut waktu persekolahan di SJK (C) Sin Min A, iaitu sesi pagi hingga petang. Jadual berikut telah menunjukkan aktiviti-aktiviti yang telah saya jalankan selama 10 hari PBS: Bil. Tarikh Tindakan 1. 09 Jun 2024 • Melapor diri kepada guru besar SJK (C) Pekan Lama • Memperkenalkan diri kepada guru besar dan salam berkenalan dengan rakan IPG lain • Menjalankan temu bual dengan guru besar untuk mengenai latar belakang sekolah, organisasi sekolah serta keadaan sekolah • Memberitahu guru besar tentang keperluan sepanjang PBS ini dan meminta mentor daripada guru besar untuk membimbing saya • Menghadiri perhimpunan mingguan bersama guru besar, guru-guru dan murid sekalian


2. 10 Jun 2024 • Memerhati aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di sekolah • Meminta keinzinan guru besar untuk membuat rondaan di sekolah • Mengambil gambar suasana sekolah, bilik-bilik khas dan kemudahan-kemudahan yang terdapat di sekolah • Membantu guru mengawal disiplin murid semasa waktu rehat • Menjadi pembantu dalam aktiviti sukantara yang melibatkan murid tahap rendah • Menyaksikan pertandingan syarahan murid darjah 4 dan meminta tunjuk ajar daripada guru berkenaan tentang cara menjadi hakim dalam pertandingan syarahan 3. 11 Jun 2024 • Melaporkan diri ke sekolah pada 7.00 pagi • Melaksanakan Program Penyayang dengan bersalaman bersama murid yang hadir ke sekolah ✓ Tempat : Pintu besar sekolah (A2) ✓ Masa : 7.10 – 7.30 pagi ✓ Guru : Puan Chew Phui Shey • Membantu guru dalam aktiviti sukantara yang melibatkan murid tahap 2 ✓ Masa : 7.45 – 9.45 pagi ✓ Tempat : padang sekolah ✓ Guru : PK Kokurikulum dan semua guru penasihat rumah sukan yang terlibat • Menjalani sesi temu bual bersama PK Kokurikulum untuk memahami program-program peningkatan peningkatan kokurikulum yang berkaitan dengan kolaborasi komuniti dan dasar pendidikan. • Membantu guru mengawal disiplin murid waktu tamat persekolahan 4. 12 Jun 2024 • Menghadiri sekolah dengan awal dan membantu guru menyambut ketibaan murid ke sekolah • Memastikan ibu bapa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sekolah iaitu tidak dibenarkan masuk melepasi pagar sekolah • Menyertai senam robik yang diadakan oleh pihak sekolah pada pukul 7.20 pagi • Membantu guru melaksanakan aktiviti latihan sukantara


Selepas PBS Selepas menjalankan PBS dengan jayanya, saya membuat laporan dan refleksi. (Rujuk Laporan Akhir) ✓ Masa : 7.45 – 10.00 pagi ✓ Tempat : Padang sekolah ✓ PK Kokurikulum dan semua guru penasihat rumah sukan yang terlibat • Mengemaskan bahan-bahan laporan PBS • Mengadakan temu bual bersama PK HEM mengenai pengurusan sekolah tentang hal ehwal murid 5. 13 Jun 2024 • Membantu guru menjamin keselamatan murid semasa menghadiri ke sekolah pada awal pagi • Berkesempatan menghadiri kelas Bahasa Melayu ✓ Masa: 7.45 – 8.45 pagi ✓ Kelas : 6 Jingga ✓ Guru : Cikgu Hoo Sy Heong • Mempelajari cara guru berkomunikasi dengan murid dan cara guru mengajar murid • Mengemaskan bahan-bahan laporan PBS 6. 16 Jun 2024 • Cuti Peristiwa 7. 17 Jun 2024 • Cuti Hari Raya Haji 8. 18 Jun 2024 • Cuti Hari Raya Haji 9. 19 Jun 2024 • Melaporkan diri ke sekolah pada pukul 7:00AM. • Menjadi pembantu dalam raptai pembarisan Hari Sukan dengan mengawal disiplin murid. • Membantu dalam latihan rumah sukan. • Teruskan perbincangan dengan rakan sebaya dan melaksanakan tugasan 1 seperti yang ditetapkan. 10. 20 Jun 2024 • Melaporkan diri ke sekolah pada pukul 7:00AM. • Melaksanakan Program Penyayang dari dengan bersalaman bersama murid yang hadir ke sekolah. • Tempat:Pintu A2 • Masa:7:10AM-7:30AM & 12:50PM-1:10AM • Menjadi pembantu bagi raptai pembarisan Hari Sukan kali ke-2.


4.0 Kurikulum


4.1.1 Carta Organisasi Pengurusan dan Pentadbiran


4.1.2 Carta Organisasi Hal Ehwal Murid


4.2 Bidang Tugas Panitia Melalui temu bual bersama Ketua Panitia Bahasa Melayu Puan Yusni Jaafar,saya telah membuat cacatan dan mengemaskan tugas-tugas bagi bidang panitia bahasa Melayu. Antaranya ialah: •Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru yang diperolehi dengan guruguru lain setelah mengikuti kursus,mesyuarat atau taklimat. •Memperoleh Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang terkini untuk kegunaan ahli panitia.


•Mewujudkan kerjasama efektif dengan persatuan akademik dari sekolah lain dan menjalinkan hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran. •Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan bahasa Melayu atau bahan tambahan yang sesuai dengan pembelajaran pelajar dan kegunaan guru-guru serta untuk dibekalkan di Pusat Sumber Sekolah. •Menyedia serta menyelaraskan Rancangan Pelajaran Tahunan mengikut Penggal Persekolahan. •Menyelaras soalan ujian dan penilaian bahasa Melayu bagi setiap kelas. •Menjana minat ahli-ahli Panitia Mata Pelajaran supaya mengadakan penyelidikan pembangunan (R&D). •Mengkaji dan menganalisis keputusan ujian dan penilaian mata pelajaran bahasa Melayu bagi semua murid dalam tiap-tiap ujian dan penilaian. Berdasarkan analisis untuk mengambil langkah-langkah serta melaksanakan strategi-strategi mengatasi kelemahan pengajaran dan pembelajaran. •Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala serta selaras dengan takwim sekolah. •Mengatur perjumpaan atau mesyuarat ahli-ahli Panitia mata pelajaran bahasa Melayu secara formal atau tidak formal untuk merancang dan membincangkan masalah-masalah atau isu-isu berhubung dengan kaedah mengajar serta mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan tersebut.


4.3 Takwim Kurikulum


4.1.3 Takwim Pengurusan Hal Ehwal Murid


4.4 Program-Program Peningkatan Kurikulum : 4.4.1 Perancangan dan Pelaksanaan PdP Program peningkatan kurikulum dalam aspek perancangan dan perlaksanaan PdP merupakan program memfokuskan pada cara pengajaran yang berkesan disusun dan dilaksanakan. Ini termasuk menilai keperluan pelajar, merancang bahan pengajaran yang sesuai dengan objektif pembelajaran, dan menggunakan kaedah yang sesuai untuk memenuhi keperluan tersebut. Guru dari sekolah SJK(c) Sin Min “A” telah dilatih dalam program ini untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam merancang dan melaksanakan pelbagai strategi pengajaran, seperti pengajaran


berpusatkan pelajar, penggunaan teknologi dalam pengajaran, atau kaedah pengajaran yang berpusatkan hasil.


Di samping itu, pelbagai program bagi meningkatkan prestasi pencapaian bahasa Melayu dalam kalangan murid SJK (C) Sin Min A telah diadakan. Program-program ini telah dibimbing oleh Cikgu Yusni Jaafar yang selaku ketua panitia bahasa Melayu di SJK (C) Sin Min A. Beliau akan memainkan peranan sebagai mentor manakala semua guru bahasa Melayu yang lain akan memainkan peranan sebagai mentee.


Panitia bahasa Melayu SJK (C) Sin Min A juga telah bekerjasama dengan Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda Yan untuk memberi maklumat yang jelas kepada guru bahasa Melayu sekolah bagi mencapai pembelajaran bahasa Melayu yang efektif dan berkesan.


Gambar ini telah menunjukkan instrumen penjaminan kualiti pentaksiran bilik darjah mata pelajaran bahasa Melayu. Gambar ini juga telah menunjukkan pihak sekolah telah banyak berusaha untuk meningkat kualiti pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu SJK (C) Sin Min A.


Selain itu, panitia bahasa Melayu SJK (C) Sin Min A juga amat mementingkan pencapaian murid dalam seni bahasa Melayu di samping daripada penulisan bahasa Melayu. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa sekiranya murid dapat menguasai seni bahasa dengan baik, pastinya prestasi mereka dalam akademik bahasa Melayu akan cemerlang juga. Contohnya, • Pihak sekolah telah banyak melibatkan murid sekolah dalam pertandinganpertandingan-peringkat kebangsaan Madani. Hal ini juga telah menunjukkan bahawa panitia bahasa Melayu telah banyak berusaha sehingga anak-anak murid SJK (C) Sin Min A dapat melibatkan diri dalam pertandingan bahasa Melayu yang berperingkat kebangsaan.


Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan salah satu inisiatif yang amat penting dalam meningkatkan kurikulum di sekolah. SJK (C) Sin Min A telah melaksanakan program PBD secara berterusan di sekolah. Penilaian formatif dan sumatif telah dijalankan di sekolah. Sebagai contoh, pentaksiran pertengahan tahun, pentaksiran akhir tahun, lisan, pemerhatian dan sebagainya, Berdasarkan pandangan penolong kanan pentadbiran, Puan Tan, beliau berpendapat bahawa dengan adanya PBD, penilaian terhadap murid akan dijalankan dengan lebih menyeluruh dan tidak hanya berdasarkan ujian akademik sahaja. PBD juga mendorong penglibatan aktif pelajar dalam proses pembelajaran, di mana mereka dapat mengendalikan pembelajaran mereka sendiri melalui refleksi diri dan penilaian kendiri. Pihak sekolah akan menjalankan analisis keputusan PBD bagi setiap individu dan menyediakan pelaporan PBD serta slip keputusan kepada murid agar pihak ibu bapa dan murid dapat memahami tahap penguasaan anaknya terhadap setiap mata Pelajaran. Pada masa yang sama, murid juga dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan diri dalam bidang kurikulum. Selain itu, pihak sekolah akan menjalankan mesyuarat PBD untuk membincangkan isu yang dihadapi oleh murid berdasarkan data analisis keputusan PBD serta pentaksran murid. Guru-guru juga boleh mengemukakan masalah yang dihadapi dalam proses PdP semasa mesyuarat. Demi meningkatkan tahap penguasaan murid terhadap subjek Bahasa Melayu, beberapa langkah dan strategi telah dibincangkan semasa mesyuarat. Misalnya, murid tahap1 digalakkan untuk meningkatkan kemahiran menulis secara berperingkat.


4.4.2 Pendekatan dan strategi pengajaran Pendekatan dan strategi pengajaran yang berkesan adalah penting untuk membina minat dan bakat anak-anak terhadap bahasa Melayu di sekolah rendah. Terdapat beberapa aspek penting dalam pendidikan bahasa melayu yang perlu dititikberatkan, antaranya termasuklah tatabahasa, sistem bahasa, morfologi, sintaksis, tanda baca, ejaan, sebutan dan intonasi. Memandangkan bahasa Melayu bukan bahasa ibunda dan merupakan bahasa kedua bagi pelajar di sekolah jenis kebangsaan, jadi para guru harus bijak memilih kaedah dan pengajaran yang sesuai supaya dapat mencapai PdP yang berkesan dan membantu murid menguasai bahasa kebangsaan dengan baik. Sebagai contoh, untuk memastikan setiap pelajar terlibat secara aktif dalam pembelajaran, guru boleh menggunakan pendekatan yang berpusatkan murid. Penggunaan permainan muzik, aktiviti kreatif seperti berpidato dan penggunaan teknologi digital diyakin dapat menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Selain itu, para guru juga harus sentiasa berinteraksi dengan murid supaya mereka boleh sentiasa berfokus dalam kelas. Melalui penggunaan pendekatan yang berinspirasi, pihak sekolah pasti dapat membantu membangunkan potensi setiap murid secara menyeluruh.Tambahan pula,pelancaran TS25 turut dipentingkan untuk meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah.


4.4.3 Bahan Bantu Mengajar (Inovasi) Menurut perbincangan bersama dengan Encik Hoo iaitu guru panitia bagi subjek Pendidikan Muzik, beliau telah memberitahu saya tentang bahan bantu mengajar yang memberi impak positif dalam sesi PdP. Bahan bantu mengajar menitikberatkan kepada pengembangan dan penggunaan bahan bantu mengajar yang inovatif dan efektif.Ini termasuk penghasilan bahan-bahan pengajaran yang menarik dan relevan, pengintegrasian teknologi dalam pembelajaran, dan penggunaan alat-alat bantu mengajar yang menggalakkan interaksi aktif pelajar dalam proses pembelajaran. Bagi Encik Hoo, beliau juga menggunakan platform pembelajaran digital seperti Google Classroom, Quizizz dan BrainPop. Selain daripada itu,terdapat juga video pengajaran yang bersifat interaktif digunakan dengan memberi sumbangan secara efektif bagi meningkatkan keseronokkan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas bahasa Melayu.


4.4.4 Pentaksiran dan Penilaian Strategi pentaksiran yang berkesan termasuklah penilaian formatif yang berterusan sepanjang proses pembelajaran untuk memberi maklum balas kepada murid mengenai kemajuan mereka. Selain itu, guru perlu menggunakan pelbagai kaedah seperti ujian lisan, ujian praktikal,tugasan berkumpulan,atau projek kreatif untuk menilai pencapaian murid dalam pelbagai konteks bahasa Melayu. • Contoh soalan pentaksiran


• Setelah selesai pentaksiran, panitia bahasa Melayu sekolah akan menganalisis prestasi murid dalam peperiksaan bahasa Melayu dan mencari strategi yang sesuai untuk meningkatkan lagi pencapaian murid dalam bahasa Melayu.


• Bukan itu sahaja, untuk memastikan kualiti peperiksaan, panitia bahasa Melayu SJK (C) Sin Min A telah mempunyai bank item peperiksaan sendiri. Soalan peperiksaan yang dikeluarkan juga akan mengikuti JSU (Jadual Spesifikasi Ujian) yang disediakan untuk memastikan aras kesukaran ujian adalah setara. Penilaian ujian juga akan dijalankan secara sistematik untuk menjamin kesahihan peperiksaan. Untuk memastikan murid SJK (C) Sin Min A terus cemerlang dan gemilang dalam bidang kurikulum, pihak sekolah juga telah banyak mengadakan program / bengkel / ceramah yang dibawah Program TS25 untuk para guru supaya mereka dapat sentiasa mahir dan berketrampilan dalam pembelajaran abad ke-21 (PAK21) yang sentiasa diwar-warkan oleh KPM. • Gambar-gambar ini telah menunjukkan bahawa banyak mengadakan program bagi menghasilkan persekitaran pembelajaran profesional.


• Untuk memastikan murid SJK (C) Sin Min A dapat menerima pembelajaran yang terkini dari semasa ke semasa, program-program seperti PLC, Learning Walk, Peer Coaching dan sebagainya telah diperkenalkan.


5.0 Kokurikulum


5.1 Carta Organisasi Kokurikulum


5.1.1 Jawatankuasa Pembangunan Sukan Sekolah SJK (C) Sin Min A


5.2 Komponen Kokurikulum a) Jawatankuasa 1 Murid 1 Sukan 2024 b) Jawatankuasa Majlis Sukan Sekolah 2024


c) Jawatankuasa Kokurikulum 2024 i. Sukan Dan Permainan ii. Badan Beruniform


iii. Kelab Dan Persatuan


d) Jawatankuasa Pemantauan Kokurikulum 2024 e) Jawatankuasa RIMUP / Upacara Perayaan Sekolah 2024


5.3 Takwim Kokurikulum


Click to View FlipBook Version