kepada masyarakat kini. Akhirnya pengalaman dan pengetahuan tersebut merupakan satu ilmu yang baik untuk saya aplikasikan semasa menjadi seorang guru nanti. Sesungguhnya, impak terbesar PBS ini ialah boleh membantu guru mengenal pasti kekuatan, kelemahan, kesilapan dan apa yang perlu dibaiki untuk mendapat hasil yang baik. Oleh itu, murid yang bagus datangnya dari guru yang bagus.
LAMPIRAN
Maklumat Umum Sekolah 8.1 Maklumat Umum Sekolah Bil Perkara Catatan / data 1 Nama dan Alamat Sekolah SJK (C) PEKAN LAMA, A1, LORONG 2, KAMPUNG TEROI, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH. 2 No. Telefon Sekolah 04-4212509 3 Alamat e-mel / Web Sekolah [email protected] 4 Lokasi (Bandar / Luar Bandar) BANDAR 5 Nama Pengurus Sekolah PN. TEOH YUK WAH 6 Nama PK Pentadbiran PN. TAN BENG HOOI 7 Nama PK HEM PN. LIM AI LING 8 Nama PK Kokurikulum PN. T’NG CHIA YEAN 9 Nama Penyelia Petang - 10 Gred/Tahap Sekolah A 11 Bilangan Guru Lelaki: 3 Perempuan: 28 12 Bilangan Guru Mengikut Kelayakan Akademik Siswazah: 31 Bukan Siswazah: - 13 Bilangan Kelas 15
14 Purata Saiz Kelas 26 orang 15 Jumlah Murid Melayu Cina India Lainlain Lelaki 25 210 2 - Perempuan 11 159 5 - 16 Maklumat-maklumat lain yang menarik perhatian anda tentang sekolah ini 1. SJK (C) Sin Min A telah mengaplikasikan dasar Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25), STEM, Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI), Rancangan Makanan Tambahan (RMT), Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). GAMBAR SEMASA MENJALANKAN KOLABORATIF Nama Puan Teoh Yuk Wah Nama Puan Tan Beng Hooi Jawatan Guru Besar Jawatan Guru Penolong Kanan Pentadbiran Tajuk Perbincangan Pengurusan Sekolah Tajuk Perbicangan Pengalaman Pengurusan Pentadbiran Sekolah 407
Nama Puan T’ng Chia Yean Nama Encik Hoo Sy Sheong Jawatan Penolong Kanan Kokurikulum Jawatan Guru Bahasa Melayu Tajuk Perbincangan Perbincangan Pengurusan Kokurikulum Tajuk Perbicangan Bagaimana Aplikasi Digital Dapat Dimanfaatkan Dalam Melaksanakan Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah? Nama Liew Shi Ying Nama Encik Muhammad Syafiq bin Abuddin Jawatan Murid 6K Jawatan Pengawal Keselamatan Sekolah Tajuk Perbincangan Perbincangan Isu Pembelajaran Semasa Tajuk Perbicangan Perbincangan tentang Keselamatan di SJK (C) Sin Min A
Nama Ahmad Izzul Harith bin Muhammad Nama Puan Shirma binti Hussain Jawatan Pengurus Kantin Jawatan Pembantu Pentadbir Sekolah Tajuk Perbincangan Perbincangan tentang Cara Menyediakan Makanan di SJK (C) Sin Min A Tajuk Perbicangan Perbincangan Pengurusan Pembantu Pentadbir
Lampiran : AKTIVITI YANG DIJALANKAN DI SEKOLAH Pengurusan Aktiviti Kurikulum a) Program bantu membaca Tarikh: Setiap hari Isnin, Selasa dan Khamis Masa: 7.00-7.30 pagi Program ini bertujuan adalah untuk membantu murid yang tidak menguasai Bahasa Melayu secara langsung. Bagi murid yang tidak mahir dalam membaca dan menguasai kosa kata perlu menghadiri program ini. Sebenarnya, program ini perlu dijalankan setiap hari tetapi hari Ahad ada perhimpunan dan Hari Rabu mempunyai program senamrobik. Oleh itu, program ini dijalankan pada hari Isnin, Selasa dan Khamis sahaja. b) Program NILAM
c) Perhimpunan Rasmi Mingguan Tarikh:Setaip Ahad Masa: 7.30-8.00 pagi Perhimpunan ini dijalankan pada setiap hari Ahad. Tentatif ringkas perhimpunan ini adalah nyanyi Lagu Negeri Kedah, Lagu Negaraku, Lagu Sekolah dan Ikrar Rukun Negara dan sekolah secara berterusan. Seterusnya, ucapan ringkas guru bertugas memaklumkan isu semasa kepada setiap murid. Akhir sekali, Guru Besar menyampaikan anugerah kepada murid yang memenangi. Pada pukul 8.00 pagi perhimpunan bersurai. d) Pertandingan Syarahan Bahasa Melayu Tahun 6 Tarikh:10/6/2024 Masa:10.30-12.00 tengah hari Tempat: Dewan Persembahan Pada 10 Jun 2024, Pertandingan Syarahan Bahasa Melayu Tahun 6 dijalankan di Dewan Persembahan. Pengadil dalam pertandingan ini adalah Cikgu Yusni Jaafar (Ketua Panitia Bahasa Melayu) dan guru-guru lain.
e) Kelas Tambahan Olimpaid Matematik Tahun 4,5,6 Tarikh: Setiap Isnin,Selasa,Rabu Masa: 1.30-2.30 petang Tempat: Pusat Sumber Sekolah Setiap Isnin, Selesa dan Rabu selepas sekolah, beberapa orang murid akan menyertai program ini. Cikgu yang mengajar subjek ini adalah orang luar yang dijemput oleh pihak sekolah. Bayaran bagi kelas tersebut adalah sebanyak RM80/sebulan.
Pengurusan Aktiviti Hal Ehwal Murid a) Program Penyayang Pengurusan Murid Semasa Waktu Datang b) Program Penyayang Pengurursan Murid Semasa Waktu Balik c) Program Penyayang Pengurusan Murid Semasa Waktu Rehat
Pengurusan Kokurikulum a) Program Persatuan Bahasa Cina Tarikh: Setiap Isnin Masa: 1.30-2.30 petang Tempat: Pusat Sumber Sekolah Pada 10 Jun 2024, latihan penulisan Bahasa Cina dijalankan di pusat sumber sekolah pada setiap hari Isnin. Ahli-ahli persatuan Bahasa Cina perlu berkumpul di pusat sumber sekolah selepas tamat sekolah. b) Pemilihan atlet sukantara tahap 1 Tarikh: 10/6/2024 Masa:8.00-10.00 pagi Tempat: Padang Sekolah Pada 10 Jun 2024, pemilihan atlet sukantara tahap 1 dijalankan secara bersemuka. Terdapat dua acara yang sedang dijalankan adalah lari pecut dan perlumbaan jalan kaki berpasukan.
c) Pemilihan atlet sukantara tahap 2 Tarikh: 11/6/2024 Masa: 8.00-10.00 pagi Tempat: Padang Sekolah Pemilihan atlet sukantara tahap 2 dijalankan bagi bertujuan untuk persediaan hari sukan yang akan dijalankan pada tarih 23 Jun 2024. Acara yang dijalankan pada hari ini adalah lari pecut, lari berganti-ganti, lompat tinggi dan lontar peluru. d) Latihan sukantara bagi atlet pertandingan Tarikh: 12/6/2024 Masa: 8.00-10.00 pagi Tempat: Padang Sekolah Hari ini adalah latihan bagi atlet pertandingan untuk persediaan hari sukan yang akan datang pada tarikh 23 Jun 2024. Semua atlet diberi latihan bagi meningkatkan prestasi sukan mereka masing-masing. e) Kelas Kaligrafi Cina Tarikh: 11/6/2023 Masa: 1.30-2.30 petang Tempat: Bilik Darjah
f) Pertandingan Catur MSSD Kuala Muda/Yan 2024 Tarikh: 7/6/2024 Masa: 9.00-12.00 tengah hari Tempat:SMK Dato Khir Johari
Pengurusan Aktiviti Komuniti a) Perlawanan Persahabatan Bola Keranjang Tarikh: 10/6/2024 Masa: Tempat: Gelanggang Sekolah Pada 10 Jun 2024, pertandingan ini bertujuan untuk memupuk persahabatan antara SJK(C) Sin Min A dengan sekolah lain iaitu SJK(C) Sin Min B. Selain itu, pertandingan ini juga adalah untuk meraikan kerjasama selama bertahun-tahun antara kedua-dua sekolah. b) Program PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) Tarikh: 12/5/2024 Masa: 11.00-12.30 Tempat: Dewan Persembahan Program PIBG merupakan inisiatif penting untuk memperkukuhkan hubungan antara sekolah, ibu bapa dan komuniti. Program PIBG menggalakkan ibu bapa menyertai
LAMPIRAN : Hasil Soal Selidik Responden 1 Responden 2
Responden 3 Responden 4
Responden 5
10.0 RUMUSAN Secara Keseluruhannya,Pengalaman Berasaskan Sekolah 2 (PBS 2) yang dijalankan di SJK(C) Sin Min ”A” telah berakhir dengan berjaya. Saya telah memperoleh banyak pengetahuan dan pengalaman baru.Saya juga ingin berterima kasih kepada semua orang yang memberi saya peluang dan inisiatif untuk membantu saya dalam menjalankan PBS kali ini supaya saya boleh memperluaskan pandangan saya tentang bidang pendidikan, sistem pengurusan sekolah dan cara menggunakan pembelajaran digital dan pedagogi yang paling berkesan untuk memastikan murid belajar dengan baik.Sejak hari pertama saya melaporkan diri ke sekolah, semua orang telah menyambut saya dengan mesra.Setiap hari selepas tamat waktu persekolahan, saya mendapat inspirasi yang baru, dan saya telah banyak belajar daripada pengalaman pengurus sekolah dengan guru-guru yang berkaitan. Saya telah menyedari kewajipan saya sebagai guru dan kepentingan kita sebagai pendidik untuk mendidik generasi baru menjadi orang yang berguna untuk negara kita pada masa depan. Menurut pemerhatian saya untuk menyempurnakan tugasan 1 seperti yang diarahkan,saya telah mengetahui bahawa pelbagai program dan usaha telah dijalankan oleh Kementerian Pendidikan dan pihak sekolah demi meningkatkan prestasi dan pencapaian pelajar di kurikulum dan juga kokurikulum.Semasa saya mengikuti program PBS di SJK(c) Sin Min "A," saya mendapati bahawa sekolah mempunyai semua kemudahan dan prasarana yang diperlukan.Sebagai contoh, peralatan pengajaran seperti Smartboard dan LCD Projector disediakan untuk meningkatkan efisiensi PdP dalam kelas.Saya berasa bangga melihat kesungguhan pihak sekolah, terutamanya guru besar, untuk meningkatkan kemudahan sekolah dan kebajikan murid. Akhir sekali, saya ingin sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah membantu saya dalam menjalankan PBS 2.Dengan kerjasama daripada pelbagai pihak,saya diberi peluang untuk memahami sistem organisasi sekolah yang termasuk pengurusan pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid, kokurikulum dan komuniti, serta mengenal pasti dasar pendidikan masa kini yang dilaksanakan dengan baik di sekolah.Melalui PBS 2, saya telah memupuk hasrat saya untuk menjadi seorang guru yang bertanggungjawab dan berdedikasi yang boleh menyumbang kembali kepada masyarakat.
BORANG KEHADIRAN MINGGUAN
BORANG KEHADIRAN MINGGUAN
BORANG PERKEMBANGAN PELAJAR