The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by TEH LIN XUAN IPG-Pelajar, 2024-06-21 12:10:21

portfolio pbs 2

portfolio pbs 2

REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 11/6/2024 Masa : 10.40-11.10 pagi Tajuk / Perkara : Perbincangan Pengurusan Kokurikulum Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Tugas dan peranan PK Kokurikulum. - Bertanggungjawab mengawasi program- program kokurikulum yang berbagai- bagai. - Memastikan aktiviti-aktiviti yang diadakan boleh dijalankan dengan lancar dan juga selamat. - Berhubung dengan pihak luar yang akan bekerjasama mengadakan program bersama pihak sekolah. 2. Apakah usaha pihak sekolah terhadap peningkatan prestasi dan profesional murid dalam kokurikulum. - Mengupah juralatih dan memberi latihan profesional kepada murid dalam bidang kokurikulum serta mendorong mereka melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang diminati. - Pihak sekolah sentiasa menggalakkan guru menyertai kursus-kursus yang diadakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi meningkatkan profesional dan kualiti guru semasa mengendalikan kokurikulum. - Bekerjasama dengan ibu bapa bagi menawarkan sokongan tambahan 1. Murid sekolah ini juga mementingkan aktiviti kokurikulum bukan sahaja disebabkan kewujudan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan kokurikulum (PAJSK), tetapi juga keminatan dan sokongan ibu bapa dan guru. Murid SJK (C) Sin Min A juga berjaya mengharumkan nama sekolah sehingga ke peringkat antarabangsa. 2. Bagi meringankan beban dan memastikan kualiti guru dalam bidang kokurikulum, pihak sekolah juga akan membuat perancangan yang sesuai dan bekerjasama antara satu sama lain bagi mengekalkan prestasi dan kualiti sekolah dalam bidang kokurikulum.


yang membawa kepada strategi pembangunan kokurikulum murid yang lebih efektif dan holistik. 3. Apakah aktiviti kokurikulum TS25 yang melibatkan penglibatan komuniti sekolah? - Pihak sekolah telah mengadakan pelbagai aktiviti seperti gotong-royong, hari kantin, merentas desa, hari sukan dan sebagainya. - Sokongan PIBG dan komuniti, guru dan pengurusan pihak sekolah yang berkesan telah melahirkan persekitaran sekolah yang kondusif. 4. Cara guru bagi menggalakkan penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum. - Aktiviti yang dirancang perlu sesuai dengan kebolehan murid supaya semua murid mempunyai peluang bagi melibatkan diri dalam aktiviti yang diminati. Selain itu, ganjaran seperti cenderamata, sijil dan piala akan disediakan bagi meningkatkan inisiatif murid dalam menyertai aktiviti kokurikulum. Dari sudut yang lain, penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum perlulah sokongan ibu bapa selain daripada guru sahaja. Ibu bapa yang menghantar anak-anak untuk menyertai kelas minat seperti kelas melukis, kelas kaligrafi, kelas piano secara langsungnya memupuk anak untuk menyertai pertandingan di sekolah luar.


REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 13/6/2024 Masa : 11.40 – 12.00 tengah hari Tajuk / Perkara : Bagaimana Aplikasi Digital Dapat Dimanfaatkan Dalam Melaksanakan Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah? Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Bagaimana cikgu nak terapkan elemen kreativiti dan inovasi dalam diri guru dan pelajar dalam PdP Bahasa Melayu menerusi aplikasi digital? Antara cara untuk menerapkan elemen kreativiti dan inovasi melalui aplikasi digital ialah guru perlu rajin mempelajari teknik dan cara baharu yang lebih praktikal dan mudah untuk mengajar murid. 2. Perancangan dan pelaksanaan PdP - Memberi penekanan yang besar kepada perancangan pembelajaran yang berstruktur dan selaras dengan matlamat pembelajaran. - Memastikan bahawa setiap pelajar terlibat secara aktif dan mendapat peluang untuk mengaplikasikan pengetahuan mereka dalam konteks praktikal selaras dengan matlamat pembelajaran 3. Apakah jenis bbm yang cikgu anggap paling berkesan dalam meningkatkan pemahaman murid? • Guru perlu mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran dan menerapkan Pembelajaran Abad ke-21 dalam PdP • Guru juga digalakkan memberi pujian kepada murid apabila berjaya atau cuba menyelesaikan sesuatu masalah melalui aplikasi digital tersebut. • Guru boleh banyak mengadakan pembelajaran aktif yang memberikan tumpuan kepada pengajaran berpusatkan murid. Dengan ini, murid dapat melibatkan diri secara aktif melalui perbincangan kumpulan, projek kolaborasi dan sebagainya. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu murid meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi, menambahkan keyakinan diri, mengalakkan mereka menghasilkan idea dan memberikan pendapatnya menggunakan bahasa Melayu. • Selain itu, guru juga boleh memberikan maklum balas berterusan melalui


- . Jenis bahan bantu mengajar (BBM) yang paling berkesan biasanya bergantung kepada subjek dan gaya pembelajaran murid. Namun, secara umum, multimedia interaktif seperti video pendidikan, simulasi, dan aplikasi pembelajaran sering kali dianggap paling berkesan. BBM ini menggabungkan teks, gambar, dan audio, yang membantu merangsang pelbagai pancaindera murid, menjadikan pembelajaran lebih menarik dan mudah difahami. 4. Apakah kepentingan pentaksiran dijalankan di sekolah? Pada pendapat cikgu, adakah pentaksiran ini boleh dijalankan menerusi aplikasi digital? - Pentaksiran adalah penting untuk memastikan guru menghabiskan silibus dan mengenal pasti kebolehan murid. Pada pendapat saya, pentaksiran boleh dijalankan menerusi aplikasi digital melalui soalan-soalan yang diajukan menggunakan teknik bersoal jawab secara lisan atau pembentangan jawapan. 5. Cara penilaian tahap penguasaan murid dalam Pendidikan bahasa Melayu. - Penggunaan pelbagai kaedah penilaian yang holistik seperti penilaian formatif semasa proses pembelajaran berlangsung, penilaian sumatif seperti ujian bertulis dan prestasi penilaian formatif seperti kuiz, latihan harian, dan tugasan mingguan. Hal ini secara tidak langsung dapat menggalakkan murid untuk melakukan refleksi terhadap pembelajaran mereka dan menetapkan matlamat untuk peningkatan prestasi akademik. • Guru juga boleh bijak menggunakan integrasi teknologi dengan menggunakan alat bantu teknologi seperti aplikasi pembelajaran dan menggunakan gambar, carta, dan infografik untuk membantu penjelasan konsep dan menarik perhatian murid.


praktikal,serta penilaian kendiri dan rakan sebaya. - Selain itu,terdapat juga penilaian secara individu dan kumpulan akan dijalankan dari semasa ke semasa untuk menguji tahap kefahaman murid terhadap konteks pembelajaran mereka. Penilaian aktiviti berkumpulan dapat menilai penguasaan bahasa melayu murid dalam bentuk yang lain dari segi pertuturan, tatabahasa dan sebagainya. - Bukan itu sahaja, soal jawab juga boleh digunakan sebagai salah satu teknik untuk menilai pemahaman bahasa Melayu murid. Dari sini, guru juga boleh mengatur strategi pengajaran yang terbaik untuk mencapai pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkesan.


REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 19/6/2024 Masa : 10.00 – 10.20 pagi Tajuk / Perkara : Perbincangan tentang Isu Semasa Pembelajaran Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Adakah anda seronok datang ke sekolah? - Ya. Saya berasa seronok dan gembira datang ke sekolah kerana dapat berjumpa dengan kawan. Semua guru penyayang dan dapat memberikan ilmu yang bermanfaat kepada saya. 2. Adakah anda berasa dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran yang diberikan oleh guru? - Ya. Semua guru mata pelajaran saya dapat mengajar saya dengan baik. Apabila saya tidak berapa faham soalan berkenaan, saya akan menanya guru atau rakan saya. Apabila di rumah, saya akan menanya ibu bapa saya atau saya akan menanya guru tuisyen waktu saya pergi tuisyen. 3. Adakah anda dapat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mendengar dalam tiga bahasa yang anda pelajari? - Ya. Saya masih dapat menguasai. Bahasa Cina merupakan bahasa ibunda saya. Di rumah, ibu bapa akan berkomunikasi dengan saya • Ibu bapa adalah golongan yang menjadi tunjang dalam perkembangan anak. Oleh itu, ibu bapa harus sentiasa meluangkan masa untuk menemani dan berinteraksi dengan anak agar sentiasa dapat menguasai tingkah laku dan prestasi mereka di sekolah. • Guru boleh menyediakan peluang kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran interpersonal seperti penyelesaian masalah, penyelesaian konflik, kawalan diri, komunikasi, perundingan, berkongsi dan adab yang baik. Kemahiran mandiri penting yang lain seperti mendengar, pengurusan tekanan dan membuat keputusan juga boleh dipupuk. Kemahiran ini berpotensi dalam melindungi mereka dengan mengurangkan peristiwa hidup yang memberikan tekanan, meningkatkan kebolehan remaja mengelakkan risiko dan menggalakkan kecekapan sosial dan emosi untuk cemerlang dalam segala aspek hidup. • Guru harus lebih proaktif dalam berkomunikasi dengan murid dan


menggunakan bahasa Cina dan bahasa Inggeris. Namun begitu, saya akan menggunakan bahasa Melayu untuk berkomunikasi dengan rakan dan guru sewaktu pembelajaran bahasa Melayu dijalankan. Guru juga selalu memuji saya kerana dapat berbahasa dan menulis dengan baik. Pihak sekolah juga telah mengadakan program membaca bagi mambantu rakan saya yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca dan kemahiran bertutur dengan baik. 4. Bagaimanakah anda berasa dengan suasana pembelajaran kelas anda? - Saya rasa suasana pembelajaran kelas saya sangat bagus. Ketua kelas akan memastikan rakan yang bertugas pada hari tersebut menjalankan tugas masing- masing. Lagipun, kelas saya ada “smartboard”. Jadi suasana pembelajaran kelas saya sangat kondusif. Rakan sekelas juga mempunyai hubungan yang erat antara satu sama lain. 5. Pernahkah anda mengalami sebarang konflik bersama rakan-rakan? - Pernah. Tetapisaya masih dapat mengatasi dengan baiknya. sentiasa menjalinkan hubungan kerjasama dengan ibu bapa bagi membantu anak murid merancang masa depan mereka dan memastikan mereka sentiasa berada di perjalanan yang betul bagi mencapai kejayaan. • Ganjaran dan pujian juga digalakkan sentiasa diberikan kepada murid sekiranya mereka berprestasi baik.


REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 19. 06. 2024 Masa : 8:40 a.m. – 9:00 a.m. Tajuk / Perkara : Peranan Pembantu Tadbir dalam Menyokong Dasardasar Kurikulum di Sekolah Rendah Isi Perbincangan Cadangan Tindakan Tugas pembantu tadbir/ kerani Membantu untuk mengurus pengurusan pentadbiran, pengurusan sumber manusia, pengurusan aset dan infrastruktur, pengurusan elaunment serta pengurusan kewangan. Selain daripada itu, menjalankan khidmat pelanggan dari pengurusan sumber manusia serta mengurus murid dari masuk sekolah sampai tamat sekolah dari segi pentadbiran. - Adakah tugas pembantu tadbir berkaitan dengan dasar-dasar kurikulum? Mesti ada. Dasar-dasar mesti ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan Dasar Perkhidmatan Awam. Dasar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia adalah lebih kepada guru dan murid. - Dasar kurikulum sekolah Dasar kurikulum adalah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan lebih kepada arahan surat pekeliling ikhtisas. Contohnya, waktu guru mengajar dan waktu kokurikulum. Tetapi, surat pekeliling ikhtisas ini adalah lebih kepada skop guru manakala skop pembantu tadbir lebih berfokus kepada surat pekeliling perkhidmatan. - Adakah pembantu tadbir melibatkan diri dalam program dasar kurikulum? Pembantu tadbir tidak melibatkan diri dalam program dasar kurikulum secara langsung. Hal ini demikian kerana pihak Kementerian Pendidikan Malaysia lebih mementingkan dasar kurikulum yang berfokus kepada guru dan murid. Sebagai kerani atau pembantu tadbir, peranan kita dalam dasar kurikulum adalah sebagai anggota khidmat - 2) 3) 4) 2) 3) 4) 1) 1)


pelaksana (support system) yang di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan. Pada pendapat anda, mengapakah pengurus sekolah dan guru mempunyai pemahaman yang berbeza terhadap pelaksanaan SKPMg2 dan SK@S? (i) Apabila terdapat perubahan atau penambahbaikan tentang dasar-dasar kurikulum atau kokurikulum, pihak pentadbir dan kerani atau pembantu tadbir adalah pihak pertama yang mendapat info tentang perubahan tersebut sebelum pendedahan tentang peluasan dasar disampaikan kepada pihak guru. Proses pendedahan dasar-dasar adalah dilakukan dari pihak atasan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan barulah diketahui oleh guru-guru di sekolah. (ii) Urusan peluasan telah mengambil masa yang panjang dan ini telah menyebabkan pendedahan dasar sedang dalam proses dan ia tidak dapat segera disampaikan kepada guru-guru di sekolah. (iii) Kekurangan taklimat atau pendedahan secara bersemuka dan kebanyakan pendedahan adalah dilakukan dalam talian. Selain itu, banyak guru juga tidak dapat menyesuaikan diri dengan teknologi sekarang. Jadi, semasa pembantu tadbir membuat hebahan melalui e-mel, tindakan ini mungkin mengakibatkan sesetengah guru tidak dapat memperolehi maklumat yang terkini. - Adakah pembantu tadbir merupakan pihak pertama yang mengetahui perubahan dasardasar? Ya, kami merupakan pihak pertama yang diberitahu tentang perubahan dasar-dasar melalui e-mel sekolah. Seterusnya, kami akan menerima pemberitahuan tersebut dan mencetaknya serta mengklasifikasikan dasar-dasar tersebut dalam sistem fail yang telah ditetapkan. - Bagaimanakah pembantu tadbir menyesuaikan diri dengan perubahan dasar-dasar? (i) Sentiasa bersikap cakna dengan maklumat Walaupun pembantu tadbir tidak terlalu memahami tentang perubahan dasar-dasar kerana terlalu baharu, namun mereka 5) 5) 6) 6) 7) 7)


yang disampaikan kerana ini merupakan salah satu prinsip sebagai penjawat awam. (ii) Sebagai pihak pentadbiran, kami juga perlu mengurus dari segi pengurusannya. Contohnya, sistem fail dan sistem suratmenyurat tentang dasar. (iii) Perlu mengetahui tentang dasar-dasar yang dikemas kini. Sekiranya perlu, pembantu tadbir akan menghebahkannya maklumatmaklumat tersebut kepada guru-guru di sekolah. perlu bersikap cakna untuk menghebahkan maklumat yang diterima kepada guru-guru di sekolah. Langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk menghebahkan maklumat kepada guru dengan segera dan betul? (i) Melalui saluran yang betul seperti e-mel sekolah. (ii) Semua pihak perlu sentiasa cakna dengan dasar-dasar terkini dan tidak hanya bergantung kepada pihak pentadbir sekolah sahaja. Pada zaman teknologi ini, semua orang boleh melakukan carian di Google tentang dasar-dasar tersebut tetapi hanya perlu memastikan sumber yang dicari tersebut adalah boleh dipercayai. Contohnya, semua orang boleh memperolehi maklumatmaklumat berkaitan dengan semua program, aktiviti atau dasar-dasar yang telah atau sedang dilaksanakan dari laman web Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia. Boleh menghebahkan maklumat dengan membuat pengumuman di dalam kumpulan guru melalui WhatsApp sebagai peringatan kepada guru-guru tentang perubahan dasar-dasar atau maklumat terkini. 8) 8)


REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh :11/6/2024 Masa : 2.30-2.45 petang Tajuk / Perkara : Perbincangan tentang cara menyediakan makanan di SJK(C) Sin Min A Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Bagaimankah proses pemilihan menu harian di kantin ? - Analisis Keperluan Murid Pengurus kantin perlu melakukan kajian untuk memahami keperluan nutrisi mereka mengikut umur dan juga aktiviti harian mereka. - Panduan pemakanan Berdasarkan panduan pemakanan seperti Panduan Diet Malaysia Kanak-kanak dan Remaja 2013 bertujuan untuk memastikan menu yang disediakan adalah seimbang dan berkhasiat bagi kanak-kanak. - Maklum balas Mendapatkan maklum balas dari murid dan ibu bapa mengenai pilihan makanan. - Pemilihan Pembekal Bagi memastikan makanan yang disediakan dalam kualiti yang tinggi, mematuhi standard kebersihan dan keselamatan makanan, pemilihan pembekal adalah sangat penting bagi menawarkan bahan-bahan yang segar dan nutrisi tinggi. 1. Panduan pelaksanaan Dasar Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah. - Tempoh pelaksanaan tidak melebihi 190 hari - Kadar per Murid sehari adalah RM3.50 di semenanjung Malaysia dan RM4.00 di Sabah, Sarawak dan wilayah Persekutuan Labuan. - Keadah penyaluran peruntukan adalah bahagian kewangan KPM menurunkan waren peruntukkan kepada semua JPN berdasarkan keperluan sekolah yang dimohon. - Pemantauan berkala pengurusan sekolah dengan memastikan pelaksanaan mengikut garis panduan yang ditetapkan secara berkala, sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh sebulan. - Rekod fizikal murid -timbangan berat dan tinggi murid hendaklah diambil diawal dan diakhir pelaksanaan


2. Bagaimanakah anda memastikan kebersihan makanan yang disediakan di kantin? - Pastikan menjaga kebersihan persekitaran tempat memasak. - Semasa menyediakan makanan: a) Membasuh tangan sebelum dan selepas menyediakan makanan b) Cuci peralatan yang digunakan c) Penyimpanan makanan dengan betul d) Pakaian pelindung e) Kaedah memasak yang sihat f) Memastikan makanan yang dimasak dalam suhu yang tinggi g) Cara penghidangan makanan yang sihat dan bersih h) Pemeriksaan berkala 3. Syarat kelayakan menikmati dasar Rancangan Makanan Tambahan(RMT). - Murid warganegara Malaysia Tahun1 hingga Tahun 6 di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan - Pendapat isi rumah adalah di bawah paras Garis Kemiskinan (PGK). - Murid yang berada di Sekolah Orang Asli dan Murid berkeperluan Khas (OKU) - Murid yang tinggi di asrama tidak layak menerima rancangan makanan ini. program ini pada tahun semasa. Perekodan menggunakan Borang C1.


4. Bilangan murid yang menikmati program RMT di sekolah ini? 28 orang murid di sekolah ini. 5. Menu menyediakan makanan RMT - Makanan yang disediakan gendak mematuhi senarai menu yang telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.


REKOD KOLABORATIF / INTERAKSI / PERBINCANGAN (Pengurus sekolah / guru / pensyarah / kakitangan sekolah / murid yang ditemu bual) PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Tarikh : 19/6/2024 Masa : 12:30PM Tajuk / Perkara : Temu bual bersama pengawal keselamatan sekolah Isi Perbincangan Cadangan Tindakan 1. Bolehkan anda jelas sedikit rutin harian anda sebagai Pengawal Keselamatan di sekolah? Rutin saya bertugas adalah 7.00 pagi hingga 7.00 malam. Selain daripada waktu itu adalah pengawal keselamatan lain. 2. Apakah langkah-langkah bagi memastikan keselamatan murid, guru dan warga sekolah. - Setiap pelawat sekolah perlu mencatat sebelum memasuki ke dalam sekolah. Pelawat perlu mencatat masa masuk, masa keluar, nombor telefon dan juga tujuan untuk melawat di dalam buku yang disediakan oleh pengawal keselamatan. Selepas itu, pelawat perlu mendapati kad kecil sebagai tanda pelawat. - Selepas tamat waktu persekolahan, pengawal keselamatan akan menjalani ronda untuk memastikan tiada orang berada di sekolah lagi. 1. Aspek keselamatan - Latihan kecemasan dan keselamatan perlu dilaksanakan secara berkala. Program-program yang berkaitan seperti latihan kebakaran atau menjemput bomba memberikan ceramah perlu dijalankan sekurangkurangnya setahun. - Pihak sekolah perlu memberikan arahan keselamatan yang jelas dan mudah difahami kepada setiap warga sekolah. - Pelan dan prosedur keselamatan sekolah perlu disediakan bagi menjamin keselamatan warga sekolah. - Pendidikan keselamatan bertujuan untuk menerangkan cara menyelamatkan diri semasa menghindari situasi berbahaya. - Ibu bapa perlu memberitahu tentang kepentingan keselamatan kepada anaknya secara berkala dengan menghadiri program keselamatan bersama anak.


8.0 Ilmu / Pengetahuan Baru Melalui 8.1 Pemerhatian 8.2 Senarai Semak 8.3 Temu Bual


Melalui pemerhatian yang dilakukan, saya telah mendapat beberapa pengalaman baharu tentang pengurusan dan budaya sekolah. Berdasarkan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang dijalankan di SJK(C) Sin Min A, saya telah membuat pemerhatian terhadap guru-guru, murid-murid dan persekitaran sekolah ini yang amat menarik. Kerjasama yang begitu baik daripada warga sekolah dan sambutan mesra yang diperoleh membuatkan saya berasa selesa dan menyiapkan tugasan PBS saya ini menjadi lebih mudah daripada apa yang saya sangkakan. Saya telah menjalankan kaedah pemerhatian dengan pelbagai aspek di sekolah. Antara aspek yang dikatakan ialah infrastruktur dan persekitaran sekolah. Sekolah rendah ini mempunyai infrastruktur dan prasarana yang mencukupi dan sesuai dengan bilangan murid-murid di sekolah. Ia mempunyai papan notis, kantin, dewan, bilik pemulihan khas, pusat sumber, makmal sains, stor permainan yang lengkah, gelanggang bola keranjang, padang besar, pejabat, bilik guru dan bilik komputer. Kesediaan padang dan gelanggang bola keranjang serta gelanggang permainan badminton yang disediakan juga telah melancarkan proses PdP berkaitan Pendidikan Jasmani. Aspek yang seterusnya ialah suasana pembelajaran sekolah yang mengamalkan pembelajaran abad ke-21 (PAK 21) di mana pembelajaran yang lebih berpuatkan kepada murid dan guru hanya berperanan sebagai fasilitator dan pemudah cara. Contohnya, susunan meja telah disusun mengikut gaya PAK 21 untuk memberi peluang kepada murid berbincang dan melakukan tugasan bersama serta menukar idea dan pengetahuan antara murid-murid. Selain itu, gaya nilai murni juga dapat digunakan semasa PdP. Melalui sesi pemerhatian PdP Bahasa Melayu, guru meminta murid untuk menyatakan contoh yang bersesuaian dengan topik pembelajaran iaitu cara menjaga kebersihan diri. Kemudian, guru perlu menilai contoh yang diberi oleh murid sama ada murid tersebut memahami nilai murni yang dinyatakan ataupun tidak. Dengan ini, setiap kelas mempunyai Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang lengkap dan seperti “Smartbooard”. Tambahan pula, sekolah ini mempunyai ciri yang baik dari segi liputan internet. Dalam “Smartboard”, ia mempunyai e-buku teks dan Latihan berikut pelbagai mata pelajaran dan kemudahan ini telah memudahkan guru mengajar dan menyampaikan objektif pengajaran dengan jelas. Selain daripada itu, “Smartboard” dapat membantu guru menjimatkan masa untuk menyalin perenggang di atas papan putih, ia boleh terus mengimbas maklumat dan menujuk di atas “Smartboard” kepada murid-murid.


Di samping itu, saya juga mengambil peluang untuk memerhatikan proses PdP di dalam bilik darjah disekolah ini. Pemerhatian terhadap proses PdP yang dialami oleh murid-murid dan guru-guru di dalam kelas di mana guru menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik berdasarkan tahap kecerdasan murid turut dititiberatkan. Kaedah ini sedikit sebanyak telah membantu saya menimba pelbagai ilmu serta pengetahuan yang baru secara tidak langsung seperti cara mengawal kelas dan pengurusan masa semasa sesi PdP. Bilangan murid dalam setiap kelas tidak seimbang. Purata bilangan murid bagi setiap kelas ialah 20-25 orang. Seterusnya, saya dapat perhatikan juga bahawa sikap murid-murid yang menghormati dan menyayangi guru akan lebih meningkat jika guru memberi kasih sayang dan perhatian yang penuh kepada setiap murid. Sebagai contoh, guru tidak sewajarnya bersifat pilih kasih terhadap murid kerana perkara ini akan mampu mengancam hubungan baik yang terjalin antara murid dan guru. Kasih sayang yang diberikan sama rata oleh guru pasti mampu memupuk disiplin murid yang baik kerana apabila guru mengasihi murid bagai menatang minyak yang penuh, murid berkenaan sudah pasti tidak tergamak untuk menghampakan guru itu. Hal ini sekali gus akan membantu melancarkan lagi proses Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) di dalam kelas dan mewujudkan suasana yang harmoni sama ada di dalam mahupun di luar bilik darjah.


8.2 Senarai Semak Senarai semak telah saya gunakan agar dapat menyiapkan tugasan dengan lebih sistematik dan tidak mencicirkan sebarang perkara yang perlu diberi tumpuan. Saya boleh mendapat maklumat berkaitan dengan senarai kemudahan kelas, disiplin murid, perwatakan-perwatakan guru-guru serta bilik-bilik khas. Mengikut hasil senarai semak kemudahan kelas, murid-murid di sekolah ini mempunyai keadaan kelas yang selesa untuk belajar serta berpeluang melibatkan diri dengan PdP teknologi yang canggih. Hal ini dikatakan kerana kemudahan asas kelas semua telah disediakan dan setiap kelas mempunyai papan putih dan “Smartboard” yang boleh melayari Internet maka ini boleh menarik minat murid-murid untuk belajar. Bukan itu, sahaja “Smartboard” juga mempunyai e-Buku teks yang telah memudahkan guru untuk memastikan murid fokus pada muka surat yang ditetapkan. Selain itu, meja dan kerusi, lampu, kipas dan tong sampah juga disediakan untuk memberi muridmurid belajar dalam keadaan yang kondusif. Peraturan kelas telah disediakan di atas papan kenyataan kelas untuk memastikan murid-murid sentiasa mematuhi peraturan sekolah dan tidak melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Guru telah memiliki sifat-sifat yang baik dan sahsiah yang tinggi kerana guru adalah suri teladan yang akan dicontohkan oleh murid di sekolah. Sebagai contoh yang kukuh, sikap guru yang menepati masa untuk masuk kelas mengajar dapat memberi contoh yang baik kepada murid supaya mereka dapat menyiapkan tugasan dan hantar tugasan dengan masa yang telah ditetapkan. Jadi, guru hendak menjaga sikap sendiri bermula daripada penampilan diri sehingga pertuturan dan perlakuan sendiri supaya tidak membawa imej buruk kepada murid-murid. Disiplin murid pula dapat disemak menerusi beberapa sikap murid-murid seperti berpakaian kemas, senyap semasa ketiadaan guru, beratur semasa ingin bergerak ke suatu tempat ke tempat lain, membuang sampah ke dalam tong sampah, bersalam dengan guru, mendengar arahan guru dan beberapa sikap lain. Saya telah mendapati bahawa disiplin murid di sekolah ini adalah tinggi dan ini telah Berjaya mempengaruhi antara satu sama lain dalam kalangan murid sehingga membawa imej yang tinggi kepada pengunjung-pengunjung sekolah.


Konklusinya, senarai semak telah membantu saya untuk lebih jelas mengetahui apa-apa maklumat yang perlu saya kumpul dan kemaskan serta memerhatikan. Contohnya, bilik-bilik khas yang telah saya senarai merupakan bilikbilik asas yang hendak dimiliki oleh sesebuah sekolah maka saya dapat menyemak bilik-bilik khas di SJK(C) Sin Min A berdasarkan senarai semak itu dan jelasnya nampak bahawa tahap kualiti kemudahan dan infrastruktur sesebuah sekolah. Senarai semak kemudahan kelas ⚫ Lampu dan Kipas ✓ ⚫ Papan Hitam ✓ ⚫ Sudut Pembacaan ✓ ⚫ Jam Dinding ✓ ⚫ Pembersih tangan dan penutup mulut ✓ Senarai semak bilik-bilik khas Bil. Perkara Ada Tidak Catatan 1. Pejabat ✓ 2. Bilik Guru Besar ✓ 3. Bilik Guru ✓ 4. Bilik/ Makmal Sains ✓ 5. Bilik Komputer ✓ 6. Bilik Pendidikan Islam ✓ 7. Bilik Operasi Pentaksiran ✓ Bil. Perkara Ada Tiada Catatan 1. Papan notis ✓ ⚫ Visi dan Misi Sekolah ✓ ⚫ Peraturan Kelas ✓ ⚫ Karya-karya murid ✓ 2. Keceriaan Kelas ✓ 3. Kelengkapan Kemudahan ✓ ⚫ Kerusi dan Meja ✓ ⚫ Tong sampah ✓


8. Bilik Reka Bentuk dan Teknologi ✓ 9. Bilik Muzik ✓ 10. Bilik Pemulihan ✓ 11. Bilik Tayangan ✓ 12. Bilik Tarian ✓ 13. Bilik Mesyuarat/ War room ✓ 14. Bilik KSSR ✓ 15. Dewan ✓ 16. Bilik Isolasi ✓ Senarai semak disiplin murid Bil. Perkara Ada Tiada Catatan 1. Senyap semasa ketiadaan guru ✓ Kadangkadang membuat bising dengan berbual-bual dengan rakan sekelas. 2. Menghargai alam sekitar sekolah ✓ 3. Menghormati guru ✓ 4. Berpakaian kemas ✓ 5. Mendengar arahan guru ✓ 6. Menghargai harta benda sekolah ✓ 7. Beratur apabila bertindak dalam keadaan sekelas ✓


Senarai semak nilai/ Perwatakan guru-guru di sekolah Bil. Perkara Ada Tiada Catatan 1. Menepati masa ✓ 2. Keterampilan kemas ✓ 3. Mengamal nilai integriti ✓ 4. Berkomunikasi dengan berkesan ✓ 5. Saling prihatin terhadap muridmurid ✓ 6. Mengamalkan budaya ilmu ✓


8.3 Temu Bual Saya telah menggunakan kaedah temu bual untuk mengumpulkan maklumat berkaitan dengan tugasan Pentaksiran Berterusan dan ini juga merupakan cara terbaik untuk saya mendengar perkongsian pengalaman guru-guru yang berkhidmat lama di sekolah ini serta mengenai budaya dan pengurusan sekolah ini. Saya telah menemu bual dengan guru besar dengan topik perbincangan adalah berkaitan dengan pengurusan sekolah. Contoh soalan yang dikemukakan dan responnya telah dirujukkan seperti berikut: ⚫ Apakah syarat kelayakan memohon menjadi Guru Besar? • Antara syarat untuk menjadi guru besar adalah perlu berkhidmat sebagai penolong kanan selama 3 tahun dahulu. Saya telah menjalani kursus National Professional Qualification Executive Leadership (NPQEL) selama sepuluh bulan. Sebelum menjalani kursus NPQEL, saya telah berjaya dalam temu duga dan ujian kecergasan. ⚫ Apakah tugas-tugas utama sebagai seorang guru besar? • Terdapat 9 tugas utama. 1. Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi. 2. Pengurusan Kurikulum. 3. Pengurusan Kokurikulum. 4. Pengurusan Hal Ehwal Pelajar. 5. Pengurusan Kewangan. 6. Pengurusan Pentadbiran Pejabat. 7. Pengurusan Persekitaran dan Kemudahan Fizikal sekolah. 8. Pengurusan Pembangunan Sumber Manusia. 9. Pengurusan Perhubungan Luar • Apakah isu dan cabaran telah dihadapi selama menjadi guru besar? - Antara isu dan cabaran telah saya hadapi adalah isu berkomunikasi dengan ibu bapa murid-murid. Hal ini kerana setiap ibu bapa adalah berlainan. Sebahagian ibu bapa


susah untuk berkomunikasi. Mereka hanya berfikir anak sendiri adalah betul dan tidak terima cadangan daripada guru. ⚫ Apakah program berkaitan dasar pendidikan yang telah dilaksanakan di sekolah pada sesi 2024/2025? - Transformasi Sekolah 2025 (TS25) ⚫ Apakah usaha yang telah dibuat untuk meningkatkan infrastruktur sekolah? - Peranan guru besar dalam meningkatkan infrastruktur sekolah amat penting. Guru besar perlu bertanggungjawab untuk memimpin sekolah ke arah yang baik. Contohnya, smartboard telah dipasang di dalam setiap kelas. Smartboard telah memudahkan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Smartboard membiarkan murid-murid dapat meneroka dan mencari jawapan sendiri apabila mereka mempunyai soalan atau apa-apa yang tidak difaham. Selain itu, saya telah menemu bual dengan guru penolong kanan pentadbir dan topik perbincangan adalah berkaitan dengan pengurusan pentadbir. Contoh soalan yang dikemukakan dan responnya telah dirujukkan seperti berikut: • Program yang dijalankan untuk membantu guru meningkatkan kualiti PdP? - Perlaksanaan program yang memperkenalkan dan melatih guru dalam penggunaan teknologi pendidikan seperti perisian pembelajaran interaktif, platform pembelajaran dalam talian,atau aplikasi pembelajaran yang dapat meningkatkan penglibatan murid dan keberkesanan pengajaran. - Terdapat ceramah yang dijalankan secara dalam talian yang memperkenalkan aplikasi ChatGPT yang memberikan impak positif dalam PdP. • Pelaksanaan program yang membantu meningkatkan keputusan pelajar? - Program kelas penyayang diwujudkan bagi membantu pelajar Tahun 6 yang gagal (30-45 markah) dalam perperiksaan. - Jadual program kelas penyayang adalah seperti berikut: ✓ Isnin : Bahasa Cina ✓ Selasa : Bahasa Melayu


✓ Rabu : Bahasa Inggeris ✓ Masa: 1:20PM-2:20PM - Kementerian Pendidikan telah menetapkan perlaksanaan Program Bantu Membaca bagi pelajar yang mempunyai kesusahan dalam menguasai suku kata. ✓ Hari : Isnin,Selasa,Khamis ✓ Masa: 7:10AM-7:30AM - Pada setiap Isnin,Selasa dan Khamis, kelas awal juga diadakan di mana pelajar membaca bahan bacaan yang telah disediakan dari darjah 1-6,bermula dari pukul 7:00AM-7:30AM • Program Transformasi Sekolah 2025(TS25) yang dijalankan di sekolah? - Pihak sekolah berinisiatif merangsang pembangunan seni di kalangan pelajar dengan aktiviti kraf tanah liat yang berfungsi meningkatkan kreativiti dan imaginasi. - Guru juga diberi taklimat oleh pihak berkaitan selepas pemerhatian kelas dijalankan untuk penambahbaikan. - Pihak sekolah amat mementingkan kemenjadian murid dari segi Jasmani,Emosi,Rohani dan Intelek (JERIS). - • Strategi dan kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru dalam kelas? • Terdapat 5 standard yang berbeza,antaranya adalah : ✓ Standard 1-Guru Besar ✓ Standard 2-Pengisian maklumat oleh Kerani ✓ Standard 3-Kurikulum,Kokurikulum dan Hal Ehwal Pelajar ✓ Standard 4-PdPc ✓ Standard 5-Pencapaian murid dan sekolah,kemenjadian murid. • Bilik Darjah (PBD) yang dilaksanakan. - Guru dikehendaki untuk menentukan kriteria kejayaan dan menilai tahap pencapaian murid melalui pemerhatian dalam kelas (TP1-6).


- Penilaian sumatif juga dijalankan bagi memantau perkembangan pelajar. • Langkah-langkah menangani isu berkaitan peningkatan prestasi pelajar • Pelajar berkongsi kereta untuk menghadiri Program Bantu Membaca di sekolah. Bukan itu sahaja, saya telah menemu bual dengan guru penolong kanan pentadbir dan topik perbincangan adalah berkaitan dengan pengurusan kokurikulum kerana guru penolong kokurikulum yang baru belum diatur lagi. Contoh soalan yang dikemukakan dan responnya telah dirujukkan seperti berikut: • Tugas dan peranan PK Kokurikulum • Bertanggungjawab mengawasi program- program kokurikulum yang berbagaibagai. • Memastikan aktiviti-aktiviti yang diadakan boleh dijalankan dengan lancar dan juga selamat. • Berhubung dengan pihak luar yang akan bekerjasama mengadakan program bersama pihak sekolah. • Apakah usaha pihak sekolah terhadap peningkatan prestasi dan profesional murid dalam kokurikulum. • Mengupah juralatih dan memberi latihan profesional kepada murid dalam bidang kokurikulum serta mendorong mereka melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang diminati. • Pihak sekolah sentiasa menggalakkan guru menyertai kursus-kursus yang diadakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi meningkatkan profesional dan kualiti guru semasa mengendalikan kokurikulum. • Bekerjasama dengan ibu bapa bagi menawarkan sokongan tambahan yang membawa kepada strategi pembangunan kokurikulum murid yang lebih efektif dan holistik. ⚫ Apakah aktiviti kokurikulum TS25 yang melibatkan penglibatan komuniti sekolah? • Pihak sekolah telah mengadakan pelbagai aktiviti seperti gotong-royong, hari kantin, merentas desa, hari sukan dan sebagainya.


• Sokongan PIBG dan komuniti, guru dan pengurusan pihak sekolah yang berkesan telah melahirkan persekitaran sekolah yang kondusif. • Cara guru bagi menggalakkan penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum. - Aktiviti yang dirancang perlu sesuai dengan kebolehan murid supaya semua murid mempunyai peluang bagi melibatkan diri dalam aktiviti yang diminati. Selain itu, ganjaran seperti cenderamata, sijil dan piala akan disediakan bagi meningkatkan inisiatif murid dalam menyertai aktiviti kokurikulum. Dari sudut yang lain, penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum perlulah sokongan ibu bapa selain daripada guru sahaja. Ibu bapa yang menghantar anak-anak untuk menyertai kelas minat seperti kelas melukis, kelas kaligrafi, kelas piano secara langsungnya memupuk anak untuk menyertai pertandingan di sekolah luar. Saya juga menemu bual dengan ketua PIBG dan topik perbincangan adalah berkaitan dengan pengurusan sekolah. Contoh soalan yang dikemukakan dan responnya telah dirujukkan seperti berikut: Ketua PIBG telah melibatkan diri secara aktif dalam pengurusan sekolah selama 10 tahun. Oleh sebab ajakkan bekas ahli PIBG sekolah ini, beliau dapat menjadi ketua PIBG di SJK (C) Sin Min A. Beliau juga merupakan alumni SJK (C) Sin Min A sebelum ini. Beliau juga mempunyai 3 orang anak yang pernah menuntut ilmu di sekolah, manakala seorang anak sedang berada di darjah 5. • Mengapakah tuan dapat begitu semangat dalam memperkembangkan pendidikan? - Pendidikan merupakan jambatan kepada kemajuan sesebuah negara. Ilmu boleh digunakan untuk membela maruah agama, bangsa dan negara. Lagipun bahasa ibunda juga penting dalam membentuk insan yang mempunyai sahsiah diri dan jati diri. • Apakah insentif yang telah dilaksanakan oleh tuan atau akan dilaksanakan pada masa akan datang? - Pihak PIBG telah berjaya mengumpul seramai 100 ribu pada tahun yang lepas dan telah meningkatkan taraf kemudahan infrastruktur seperti membina satu gelanggang besar yang mempunyai bumbung, membaiki bumbung bangunan yang sudah usang. Selain itu, pihak PIBG juga telah memasang “smartboard” di setiap kelas bagi memudahkan PdP murid dan para guru. Pihak PIBG akan sentiasa memastikan warga sekolah dapat belajar dan melaksanakan tugas dalam


keadaan yang selesa. • Dalam tempoh tuan menjadi ahli PIBG di sekolah ini, apakah cabaran yang telah dihadapi oleh tuan? • Tidak mempunyai cabaran-cabaran yang besar kerana warga sekolah ini sangat bekerjasama terutamanya guru dan para ibu bapa. Namun, selain dikatakan sebagai cabaran, lebih baik dikatakan sebagai ganjaran. Beliau amat bersyukur kerana dapat melihat perubahan yang berlaku pada sekolah dan murid. Sebagai contoh, suasana sekolah menjadi lebih baik dan murid juga telah menjadi lebih cemerlang. • Apakah aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan bagi mengeratkan hubungan antara murid, guru dan ibu bapa? - Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan seperti hari kantin, hari sukan, lawatan dan sebagainya. Sebagai contoh, pertandingan tarik tali, pertandingan sukaneka telah diadakan dan juga melibatkan para guru, ibu bapa dan murid. • Bagaimanakah pihak PIBG dan pihak sekolah membantu meningkatkan prestasi kokurikulum murid-murid? - Pihak PIBG telah mengadakan program biasiswa pada setiap tahun. Prestasi murid akan dinilai pada akhir tahun sama ada dalam bidang akademik atau dalam bidang kurikulum. Bukan begitu sahaja, peningkatan kemajuan yang banyak dalam setiap pentaksiran juga akan diberikan ganjaran sebagai penghargaan terhadap murid. Para guru juga akan mengadakan kunjungan ke rumah murid sekira perlunya untuk lebih memahami latar belakang murid dan seterusnya membantu mereka mencapai kecemerlangannya. • Apakah hasrat dan harapan tuan terhadap warga SJK (C) Sin Min A? - Pihak PIBG amat berbesar hati mengharapkan guru dapat mengajar dengan seronok dan murid dapat belajar dengan gembira. Di samping itu, murid-murid dapat mengaplikasikan nilai-nilai moral yang baik dalam kehidupan dan menyumbang jasa kepada pembangunan negara pada suatu hari nanti.


Saya telah menemu bual dengan guru bahasa Melayu kelas 6 Jingga dengan topik perbincangan adalah berkaitan bahawa bagaimana aplikasi digital dapat dimanfaatkan dalam melaksanakan kurikulum bahasa Melayu sekolah rendah. Contoh soalan yang dikemukakan dan responnya telah dirujukkan seperti berikut: Soalan : • Bagaimana cikgu nak terapkan elemen kreativiti dan inovasi dalam diri guru dan pelajar dalam PdP Bahasa Melayu menerusi aplikasi digital? Jawapan : - Antara cara untuk menerapkan elemen kreativiti dan inovasi melalui aplikasi digital ialah guru perlu rajin mempelajari teknik dan cara baharu yang lebih praktikal dan mudah untuk mengajar murid. Soalan : • Perancangan dan pelaksanaan PdP Jawapan: - Memberi penekanan yang besar kepada perancangan pembelajaran yang berstruktur dan selaras dengan matlamat pembelajaran. - Memastikan bahawa setiap pelajar terlibat secara aktif dan mendapat peluang untuk mengaplikasikan pengetahuan mereka dalam konteks praktikal selaras dengan matlamat pembelajaran Soalan : • Apakah jenis bbm yang cikgu anggap paling berkesan dalam meningkatkan pemahaman murid? Jawapan : - Jenis bahan bantu mengajar (BBM) yang paling berkesan biasanya bergantung kepada subjek dan gaya pembelajaran murid. Namun, secara umum, multimedia interaktif seperti video pendidikan, simulasi, dan aplikasi pembelajaran sering kali dianggap paling berkesan. BBM ini menggabungkan


teks, gambar, dan audio, yang membantu merangsang pelbagai pancaindera murid, menjadikan pembelajaran lebih menarik dan mudah difahami. • Apakah kepentingan pentaksiran dijalankan di sekolah? Pada pendapat cikgu, adakah pentaksiran ini boleh dijalankan menerusi aplikasi digital? - Pentaksiran adalah penting untuk memastikan guru menghabiskan silibus dan mengenal pasti kebolehan murid. Pada pendapat saya, pentaksiran boleh dijalankan menerusi aplikasi digital melalui soalan-soalan yang diajukan menggunakan teknik bersoal jawab secara lisan atau pembentangan jawapan. • Cara penilaian tahap penguasaan murid dalam Pendidikan bahasa Melayu. - Penggunaan pelbagai kaedah penilaian yang holistik seperti penilaian formatif semasa proses pembelajaran berlangsung, penilaian sumatif seperti ujian bertulis dan prestasi praktikal,serta penilaian kendiri dan rakan sebaya. - Selain itu,terdapat juga penilaian secara individu dan kumpulan akan dijalankan dari semasa ke semasa untuk menguji tahap kefahaman murid terhadap konteks pembelajaran mereka. Penilaian aktiviti berkumpulan dapat menilai penguasaan bahasa melayu murid dalam bentuk yang lain dari segi pertuturan, tatabahasa dan sebagainya. - Bukan itu sahaja, soal jawab juga boleh digunakan sebagai salah satu teknik untuk menilai pemahaman bahasa Melayu murid. Dari sini, guru juga boleh mengatur strategi pengajaran yang terbaik untuk mencapai pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkesan. Saya juga menemu bual dengan kerana pejabat dan topik perbincangan adalah berkaitan dengan pengurusan pejabat. Contoh soalan yang dikemukakan dan responnya telah dirujukkan seperti berikut:


⚫ Apakah pengalaman sebagai kerani? - Bekerja di sekolah ini selama 13 tahun. - Sentiasa bergaul dengan mesra supaya dihormati. - Menyediakan lembaran gaji bulanan tepat pada masa. ⚫ Nyatakan tugas-tugas sebagai kerani. - Menguruskan perkara yang berkaitan dengan wang seperti mengeluarkan biasiswa, mengawal buget kewangan dan sebagainya. - Berhubung dengan pihak bank untuk mengeluarkan elaun pelajar. - Menyimpan dokumen dan fail sekolah serta mengemaskinikannya. ⚫ Cabaran-cabaran yang dihadapi semasa sebagai seorang kerani. - Tidak mempunyai cabaran yang besar. Akhir sekali, saya telah menemu bual dengan pengawal keselamatan sekolah dan berbincang topik berkaitan pengurusan keselamatan sekolah. Contoh soalan yang dikemukakan dan responnya telah dirujukkan seperti berikut: ⚫ Berapakah orang penjaga keselamatan sekolah yang berada di SJK (C) Sin Min A setakat ini? - 4 orang penjaga keselamatan sekolah dan bertugas secara bergilir-gilir. - orang bertugas pada pukul 6:00 pagi hingga 6:00 petang, manakala 2 orang lagi bertugas pada pukul 6:00 petang hingga 6:00 pagi. ⚫ Apakah peranan dan tanggungjawab sebagai penjaga keselamatan sekolah di sekolah ini? - Mengawal trafik semasa waktu sebelum dan selepas waktu persekolahan. - Memastikan keselamatan semua murid dan pihak sekolah di sekolah. - Membuat rondaan pada waktu malam di kawasan sekolah. - Mengelakkan orang luar atau orang buka pihak sekolah masuk ke dalam kawasan sekolah. • Apakah cabaran yang dihadapi oleh penjaga keselamatan sekolah setakat ini? - Ibu bapa tidak bekerjasama dengan arahan penjaga keselamatan sekolah dan peraturan yang ditetapkan.


Contohnya, ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah semasa membawa anak ke sekolah kalau mengikut peraturan yang ditetapkan. Walaubagaimanapun, kebanyakan ibu bapa masih masuk ke sekolah untuk memberikan makanan kepada anak mereka yang ada kelas tambahan pada waktu petang. Saya juga menemu bual dengan kerana pejabat dan topik perbincangan adalah berkaitan dengan pengurusan pejabat. Contoh soalan yang dikemukakan dan responnya telah dirujukkan seperti berikut: • Tugas pembantu tadbir/ kerani - Membantu untuk mengurus pengurusan pentadbiran, pengurusan sumber manusia, pengurusan aset dan infrastruktur, pengurusan elaunment serta pengurusan kewangan. Selain daripada itu, menjalankan khidmat pelanggan dari pengurusan sumber manusia serta mengurus murid dari masuk sekolah sampai tamat sekolah dari segi pentadbiran. • Adakah tugas pembantu tadbir berkaitan dengan dasar-dasar kurikulum? - Mesti ada. Dasar-dasar mesti ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan Dasar Perkhidmatan Awam. Dasar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia adalah lebih kepada guru dan murid. • Dasar kurikulum sekolah - Dasar kurikulum adalah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan lebih kepada arahan surat pekeliling ikhtisas. Contohnya, waktu guru mengajar dan waktu kokurikulum. Tetapi, surat pekeliling ikhtisas ini adalah lebih kepada skop guru manakala skop pembantu tadbir lebih berfokus kepada surat pekeliling perkhidmatan. • Adakah pembantu tadbir melibatkan diri dalam program dasar kurikulum? - Pembantu tadbir tidak melibatkan diri dalam program dasar kurikulum secara langsung. Hal ini demikian kerana pihak Kementerian Pendidikan Malaysia


lebih mementingkan dasar kurikulum yang berfokus kepada guru dan murid. Sebagai kerani atau pembantu tadbir, peranan kita dalam dasar kurikulum adalah sebagai anggota khidmat pelaksana (support system) yang di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan. • Pada pendapat anda, mengapakah pengurus sekolah dan guru mempunyai pemahaman yang berbeza terhadap pelaksanaan SKPMg2 dan SK@S? - Apabila terdapat perubahan atau penambahbaikan tentang dasar-dasar kurikulum atau kokurikulum, pihak pentadbir dan kerani atau pembantu tadbir adalah pihak pertama yang mendapat info tentang perubahan tersebut sebelum pendedahan tentang peluasan dasar disampaikan kepada pihak guru. Proses pendedahan dasar-dasar adalah dilakukan dari pihak atasan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan barulah diketahui oleh guru-guru di sekolah. - Urusan peluasan telah mengambil masa yang panjang dan ini telah menyebabkan pendedahan dasar sedang dalam proses dan ia tidak dapat segera disampaikan kepada guru-guru di sekolah. - Kekurangan taklimat atau pendedahan secara bersemuka dan kebanyakan pendedahan adalah dilakukan dalam talian. Selain itu, banyak guru juga tidak dapat menyesuaikan diri dengan teknologi sekarang. Jadi, semasa pembantu tadbir membuat hebahan melalui e-mel, tindakan ini mungkin mengakibatkan sesetengah guru tidak dapat memperolehi maklumat yang terkini. • Adakah pembantu tadbir merupakan pihak pertama yang mengetahui perubahan dasar-dasar? Ya, kami merupakan pihak pertama yang diberitahu tentang perubahan dasardasar melalui e-mel sekolah. Seterusnya, kami akan menerima pemberitahuan tersebut dan mencetaknya serta mengklasifikasikan dasar-dasar tersebut dalam sistem fail yang telah ditetapkan. • Bagaimanakah pembantu tadbir menyesuaikan diri dengan perubahan dasar-dasar?


- Sentiasa bersikap cakna dengan maklumat yang disampaikan kerana ini merupakan salah satu prinsip sebagai penjawat awam. - Sebagai pihak pentadbiran, kami juga perlu mengurus dari segi pengurusannya. Contohnya, sistem fail dan sistem surat-menyurat tentang dasar. - Perlu mengetahui tentang dasar-dasar yang dikemas kini. Sekiranya perlu, pembantu tadbir akan menghebahkannya maklumat-maklumat tersebut kepada guru-guru di sekolah. • Langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk menghebahkan maklumat kepada guru dengan segera dan betul? - Melalui saluran yang betul seperti e-mel sekolah. - Semua pihak perlu sentiasa cakna dengan dasar-dasar terkini dan tidak hanya bergantung kepada pihak pentadbir sekolah sahaja. Pada zaman teknologi ini, semua orang boleh melakukan carian di Google tentang dasar-dasar tersebut tetapi hanya perlu memastikan sumber yang dicari tersebut adalah boleh dipercayai. Contohnya, semua orang boleh memperolehi maklumat-maklumat berkaitan dengan semua program, aktiviti atau dasar-dasar yang telah atau sedang dilaksanakan dari laman web Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.


9.0 REFLEKSI 9.1 Aktiviti 9.2 Perbincangan / Interaksi


PENULISAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH Definisi Refleksi a) Proses merenung, menganalisis, mencari alasan, cadangan dan tindakan untuk membaiki diri yang dilakukan secara berterusan (Hanipah, 1999). b) Amalan refleksi merupakan perlakuan memikirkan pengalaman pelajar semula. Ia memerlukan penerokaan unsur-unsur yang ketara dan tersirat. Proses ini membuat andaian sebab musabab berasaskan fakta melalui pemerhatian, temu bual dan soal selidik. c) Refleksi dalam PBS membolehkan pelajar dibimbing untuk menaakul, memilih strategi pelaksanaan tugasan dan seterusnya membuat penilaian kendiri. Amalan refleksi ini membolehkan pelajar menghayati dan meningkatkan profesionalisme keguruan secara efektif. Tujuan Refleksi a) Pelajar dapat mengesan keberkesanan pelaksanaan setiap tugasan yang dilaksanakan. b) Pelajar dapat menjadikan refleksi sebagai asas untuk menambah baik dan meningkatkan kualiti setiap tugasan secara berterusan. c) Memperkembang keupayaan celik akal pelajar bagi melahirkan kreativiti dan inovasi dalam setiap tugas yang dijalankan. d) Meningkatkan kualiti insan guru yang mempunyai ilmu profesional keguruan. Ciri-ciri Refleksi a) Bermula dengan mengingat kembali. b) Melibatkan perasaan (domain afektif) terhadap sesuatu. c) Menentukan usaha secara sedar (conscious effort). d) Bersedia mengubah sikap, kesedaran diri, amalan dan tingkah laku positif. (Ciri-ciri di atas perlu ada dalam penulisan refleksi)


Amalan Refleksi/ Penilaian Kendiri Dalam PBS Refleksi ialah proses mengkaji semula keberkesanan pelaksanaan PBS oleh pelajar sendiri untuk mempertingkatkan kemahiran keguruan. Antara garis panduan yang boleh dilaksana ialah: a) Sejauh manakah keberkesanan pelaksanaan PBS yang dirancang tercapai? b) Apakah kekuatan dan kelemahan yang dapat dikenal pasti? c) Apakah cadangan penambahbaikan daripada kelemahan yang dikenal pasti?


AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar ) 1. Isu / Perkara yang difokuskan: Perkara yang banyak difokus pada hari pertama (9 Jun 2024) ialah: • Melawat di sekitar kawasan sekolah untuk menjalankan pemerhatian. • Menghadiri perhimpunan. 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan: 2.1 Kekuatan: • Mempunyai infrastruktur yang lengkap seperti Smartboard,bilik-bilik khas dan sebagainya. • Suasana di sekitar sekolah amat harmoni dan ceria. • Pelajar berdisiplin. 2.2 Kelemahan: • Terdapat kerosakkan di tandas pelajar yang menyebabkan bau yang tidak selesa. 3. Cadangan Penambahbaikan: • Membuat pembaikian infrastruktur sekolah yang rosak supaya murid dapat menikmati kemudahan yang lengkap dan kebersihan sekolah dapat dijaga.


AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar ) 1. Isu / Perkara yang difokuskan: Perkara yang banyak difokus pada hari kedua (10 Jun 2024) ialah: • Memerhatikan aktiviti yang dijalankan di sekolah seperti pertandingan syarahan dan sukantara. • Temu bual bersama panitia/guru bahasa Melayu untuk memahami pedagogi dan isu semasa yang dihadapi dalam kelas bahasa Melayu sekolah. 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan: 2.1 Kekuatan: • Hasil pemerhatian membantu dalam menyempurnakan portfolio. • Pelajar aktif dalam penyertaan aktiviti anjuran sekolah. • Murid dapat memahami konsep dan ilmu pengetahun yang diajar dengan menggunakan pembelajaran digital. • Murid mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan guru agar proses PdP dapat dijalan dengan lancar melalui aktiviti seperti permainan,aktiviti kumpulan dan sebagainya. 2.2 Kelemahan: • Terdapat pelajar yang tidak terlibat dalam aktiviti berkeliaran di kawasan sekolah. • Murid yang tidak mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan sedang bermain di belakang dewan dan tidak memberikan perhatian. • Terdapat murid yang kurang menguasai bahasa Melayu dan langsung tidak memberi perhatian kepada guru semasa guru sedang mengajar di depan kelas.


3. Cadangan Penambahbaikan: • Guru memastikan semua pelajar berada dalam kelas semasa memasuki kelas. • Guru harus menyediakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai supaya dapat menyampaikan pembelajaran yang berkesan bagi membantu murid menguasai bahasa Melayu dalam kehidupan harian.


AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar ) 1. Isu / Perkara yang difokuskan: Perkara yang banyak difokus pada hari ketiga (11 Jun 2024) ialah: • Temu Bual bersama Penolong Kanan Kokurikulum untuk memahami program-program peningkatan kokurikulum yang berkaitan dengan kolaborasi komuniti dan dasar pendidikan. 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan: 2.1 Kekuatan: • Temu bual dijalankan dengan lancar dan selesa. • Murid di sekolah aktif melibatkan diri dalam kebanyakkan aktiviti kokurikulum yang dapat menyediakan peluang kepada murid untuk mengembangkan potensi mereka di luar akademik. 2.2 Kelemahan: • Murid sering kali mengalami masalah pembahagian masa dan ini menyebabkan kurangnya keseimbangan antara akademik dan kokurikulum. 3. Cadangan Penambahbaikan: • Sekolah harus memberikan panduan dan sokongan kepada murid untuk menguruskan waktu mereka dengan baik antara tugas akademik dan kokurikulum.


AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar ) 1. Isu / Perkara yang difokuskan: Perkara yang banyak difokus pada hari keempat (12 Jun 2024) ialah: • Temu bual bersama Penolong Kanan Pentadbiran mengenai penugasan dan penyeliaan berkaitan dengan sekolah sebagai seseorang pengurus sekolah serta isu berkaitan dengan kurikulum. 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan: 2.1 Kekuatan: • Temu bual dijalani dengan lancar dan selesa. • Pemahaman yang tinggi tentang isu-isu pendidikan semasa dan tren dalam pendidikan terkini. 2.2 Kelemahan: • Kesibukan Penolong Kanan Pentadbiran menyebabkan sesi temu bual ditangguhkan beberapa hari. 3. Cadangan Penambahbaikan: • Melibatkan staf dan guru dalam merancang strategi dan visi sekolah dapat meningkatkan komitmen mereka terhadap kejayaan sekolah. • Mengadakan sesi perbincangan dan berkolaborasi dengan mereka dalam merancang dan melaksanakan inisiatif sekolah akan memberi peluang kepada semua pihak untuk memberikan sumbangan dan idea mereka dan meringankan kerja pihak atasan.


AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar ) 1. Isu / Perkara yang difokuskan: Perkara yang banyak difokus pada hari kelima (13 Jun 2024) ialah: • Membuat pemerhatian di kelas 6 Jingga sewaktu mata pelajaran bahasa Melayu sedang berlangsung. 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan: 2.1 Kekuatan: ⚫ Guru berjaya mengawal kelas dengan baik. ⚫ Murid-murid rajin bertanya soalan dan menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru. ⚫ Murid-murid berada di tempat masing-masing. 2.2 Kelemahan ⚫ Terdapat segelintir murid yang tidak focus terhadap arahan guru. ⚫ Terdapat murid tidak membuat pembetulan seperti yang diarahkan oleh guru. ⚫ Murid agak bising ketika menanyakan soalan. 3. Cadangan Penambahbaikan: ⚫ Guru perlu memantau perlakuan murid-murid supaya mereka tidak melakukan perkara yang tidak sepatutnya. ⚫ Guru boleh meminta murid mengangkat tangan sekiranya mempunyai soalan. ⚫ Guru perlu memberikan arahan dengan jelas.


AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar ) 1. Isu / Perkara yang difokuskan: Perkara yang banyak difokus pada hari keenam (19 Jun 2024) ialah: • Temu bual bersama Guru Besar untuk mendapatkan maklumat dan informasi berkaitan dengan pengurusan sekolah. 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan: 2.1 Kekuatan: • Temu bual dijalankan dengan lancar, selesa dan tidak mengeluarkan sebarang unsur negatif. • Guru Besae membekalkan maklumat yang mencukupi supaya saya dapat melaksanakan tugasan kerja kursus dalam masa yang ditetapkan. • Soalan yang ditanya secara lebih mendalam dan berkaitan dengan dasar pendidikan seperti Program TS25,isu dan cabaran pendidikan terkini dan rancangan lanjut tentang pentadbiran dan pengurusan sekolah. 2.2 Kelemahan: • Guru Besar sibuk dengan kerja yang hendak diselesaikan,menyebabkan temu bual ditunda beberapa hari. 3. Cadangan Penambahbaikan: • Memilih masa yang sesuai untuk menjalani sesi temu bual supaya tidak diganggu.


AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar ) 1. Isu / Perkara yang difokuskan: Perkara yang banyak difokus pada hari keempat (20 Jun 2024) ialah: • Pengurusan sekolah secara keseluruhan. 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan: 2.1 Kekuatan: • Program Sekolah Penyayang -Guru-guru diberi amanah untuk bertugas di pintu pagar masing-masing pada pukul 7.10-7.30 pagi setiap hari untuk menyambut kedatangan murid ke sekolah. • Pengawal keselamatan mengawal lalu lintas di depan sekolah untuk menjamin keselamatan murid. • Kebersihan dan kekemasan kantin dijaga. • Pelajar sering dalam keadaan yang teratur dan berdisiplin. • Suasana ceria dan harmoni dapat dikesan di sekitar sekolah. 2.2 Kelemahan: • Masalah ketidakhadiran pelajar dan kebanyakannya pelajar dari golongan kelas belakang.Hal ini menyebabkan kehadiran sekolah tidak dapat mencapai 100%. 3. Cadangan Penambahbaikan: • Mengeluarkan memo rasmi untuk memaklumkan ibu bapa tentang kepentingan menghantar murid-murid ke sekolah agar tidak menjejaskan prestasi murid di sekolah.


AMALAN REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar) 1. Isi / Perkara yang difokuskan: ⚫ Pengurusan sekolah 2. Analisis Isu / Perkara yang difokuskan: 6.3 Kekuatan ⚫ Semua guru hadir ke sekolah sebelum pukul 7.20 pagi. ⚫ Terdapat guru dan pengawal keselamatan sekolah bertanggungjawab untuk menjaga pintu sekolah dan menjaga keselamatan murid-murid pada setiap pagi dan pada petang iaitu waktu persekolahan habis. ⚫ Tidak ada kesesakan trafik di jalan sekolah. ⚫ Setiap guru dan setiap murid memakai pelitup muka apabila datang ke sekolah. ⚫ Tanda-tanda peringatan disediakan supaya murid-murid dapat bergerak dengan lebih sistematik dan teratur. ⚫ Kawasan sekolah amat bersih dan kemas. ⚫ Penyediaan sanitasi di setiap kelas. ⚫ Terdapat guru menjaga keselamatan murid-murid semasa waktu rehat. 6.4 Kelemahan ⚫ Kekurangan kakitangan guru. 7 Cadangan penambahbaikan: ⚫ Kementerian pendidikan hendaklah menghantar beberapa guru lagi ke sekolah ini supaya bilangan guru dapat memenuhi keperluan sekolah. ⚫ Pihak kerajaan bolehlah meningkatkan insentif kepada para guru supaya menarik perhatian lebih ramai orang untuk menjadi guru.


Laporan Akhir Menurut PBS yang dilaksanaka, saya telah memperoleh pelbagai pengetahuan dan maklumat yang berguna untuk diaplikasi dan diamalkan ketika menjadi guru kelek. Dalam pemilihan sekolah, saya telah memilih Sekolah Kebangsaan Jenis (Cina) Pekan Lama. Sokalah ini ditubuhkan pada tahun 1972 dan kini telah mempunyai jumlah murid 402 orang yang terdiri daripada 237 orang lelaki serta 165 orang perempuan. Manakala terdapat sejumlah guru sebanyak 31 orang dan semuanya adalah siswazah. Menerusi temu bual dengan guru besar, saya terdapat kini masih cukup bagi jumlah guru yang sedia ada untuk menyampaikan PdP yang berkesan kepada murid-murid di sekolah ini. Pelaksanaan PBS di sekolah ini juga berpotensi dan memberi peluang untuk membina sikap positif dalam diri saya iaitu saya dapat membina keyakinan diri. Keyakinan ini telah dibina melalui bersosial dan berinteraksi dengan warga sekolah iaitu guru-guru dan kakitangan sekolah seperti pekerja pembersihan dan peniaga kantin begitu juga dengan murid-murid. Interaksi ini telah mengajar saya mengenai pelbagai cara-cara berkomunikasi dalam suasana yang formal dengan baik dan sopan seperti sesi temu bual. Dengan ini, saya juga belajar cara-cara untuk berinteraksi dengan murid-murid dengan menggunakan pendekatan yang mesra dan lemah- lembut ketika berhadapan dengan mereka supaya mereka berasa selesa dengan kehadiran saya di sekolah berkenaan. Sepanjang tempoh saya menjalani program PBS di SJK (C) Sin Min A, saya telah memerhati infrastruktur dan prasarana di sekolah adalah lengkap dan sempurna. Hal ini dikatakan bahawa sekolah ini mempunyai peralatan pengajaran yang canggih seperti “smartboard” dan rangkaian internet yang stabil di setiap kelas. Bilik-bilik khas yang sedia ada juga berada dalam keadaan yang cantik dan selesa, namun beberapa bilik juga masih ditambahbaikkan untuk memberi alam pembelajaran yang selesa kepada murid-murid seperti pusat sumber yang sedang ditambahbaikkan dengan jumlah bilangan buku serta menambah beberapa meja dan kerusi. Bukan itu sahaja, persekitaran sekolah juga bersih dan selamat untuk murid-murid semasa berada di sekolah. Tamsilnya, peralatan yang bahaya seperti tukang rampai dan peniup daun akan disimpan di dalam stor dan stor tersebut akan dikunci dengan baik. Selain itu, pengawal keselamatan sekolah dan guru-guru bertugas sentiasa menjaga


keselamatan murid di pintu utama sekolah pada waktu pagi iaitu murid tiba ke sekolah serta waktu pulang. Selain itu, sekolah ini juga mempunyai murid-murid yang terdiri daripada latar belakang yang berbeza termasuk golongan Bottom 40% (B-40). Isu kemiskinan muridmurid juga telah dikemukakan dalam temu bual saya bersama dengan guru penolong kanan hal ehwal murid. Respon yang diberi oleh guru PK HEM telah saya berasa kagum terhadap usaha-usaha pihak pentadbir sekolah serta pihak PIBG dan pihak komuniti yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan dan menjaminkan kebajikan setiap murid-murid terutamanya murid-murid bergolongan B-40. Sebagai contoh, biasiswa Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM), Bantuan Awal Persekolahan (BAP), program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) bagi mengurangkan beban ibu bapa untuk kos persekolahan. Bukan begitu sahaja, skim pinjaman buku teks juga merupakan salah satu tanggungjawab PK HEM. Selepas menyiapkan semua tugasan yang telah diarahkan, saya berasa amat bersyukur dan gembira kerana saya telah berjaya melengkapkan tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) kali pertama ini. Saya telah meningkatkan keyakinan saya dalam bertutur dengan murid-murid serta berinteraksi dengan guruguru sejawat dan kakitangan sekolah untuk mengumpulkan maklumat berkaitan melalui PBS kali ini. Saya ingin menucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada SJK(C) Sin Min A kerana sudi memberi peluang kepada saya untuk belajar sambil membuat kajian di sekolah ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada guru-guru serta kakitangan sokongan sekolah yang telah memberikan banyak bantuan kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Seterusnya, saya telah mendapat semangat dan dorongan melalui pendengaran perkongsian-perkongsian guru-guru berpengalaman supaya berusaha menjadi seorang guru yang bertanggungjawab pada masa yang akan datang. Konklusinya, saya berharap PBS yang akan datang dapat memberi peluang keemasan lagi kepada saya untuk mengenali dan memahami pengurusan dan budaya sekolah yang berlainan. Pengalaman PBS kali ini telah menyakinkan saya untuk mengikut jejak kaki guru-guru yang berpengalaman serta bertanggungjawab agar dapat menjadi seorang guru yang baik, berketerampilan dan sentiasa berkhidmat


Click to View FlipBook Version