ê
Modul DéGuru PKJR Pengenalan
Penghargaan
Cetakan Pertama 2018 Penghasilan buku ini melibatkan usahasama
antara Kementerian Pengangkutan Malaysia
©Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia
Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
mengeluar ulang mana-mana bahagian kepada Institut Penyelidikan Keselamatan
artikel, ilustrasi, dan isi kandungan modul ini Jalan Raya Malaysia kerana telah berjaya
dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa mengkoordinasi dan menyelaras proses
jua, sama ada secara elektronik, fotokopi, pembangunan modul ini menerusi Projek
mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum Semakan dan Pembangunan Semula Modul
mendapat izin bertulis daripada Ketua Pendidikan Keselamatan Jalan Raya.
Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua
Malaysia. pihak yang telah bertungkus lumus
bekerjasama dalam menyempurnakan
Penerbit: penghasilan modul ini. Sekalung
Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia penghargaan dan ucapan terima kasih
ditujukan kepada semua yang berikut:
Aras 3, Galeria PJH, Jalan P4W,
Persiaran Perdana, Kementerian Pendidikan Malaysia
Presint 4, 62100 WP, Bahagian Pembangunan Kurikulum
Putrajaya Institut Pendidikan Guru Malaysia
Jemaah Nazir dan Jaminan Kulaiti
Tel : 03-2148 1011 Jabatan Pendidikan Negeri
Pejabat Pendidikan Daerah
Faks : 03-2148 1011 Universiti Malaya
Laman Web : http://www.jkjr.gov.my
Laman sesawang PKJR : www.pkjr.gov.my
Reka letak dan atur huruf
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan
Raya Malaysia
Muka taip teks : Arial
Saiz muka taip teks : 11 poin
i
Modul DéGuru PKJR Pengenalan
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
FALSAFAH PENDIDIKAN GURU
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung
aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan
individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif
dan berdisiplin.
FALSAFAH PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA
Pendidikan keselamatan jalan raya ialah pendidikan berterusan sepanjang hayat ke arah
melahirkan pengguna jalan raya yang bertanggungjawab dan mempunyai kesedaran untuk
menghargai nyawa, kesihatan, dan harta. Pembudayaan keselamatan jalan raya menjadi
pemangkin perubahan sikap dan tingkah laku untuk melahirkan generasi pengguna jalan
raya yang berhemah serta mematuhi peraturan dan undang-undang keselamatan jalan raya.
Usaha pendidikan keselamatan jalan raya ini dapat menyumbang keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
ii
Modul DéGuru PKJR Pengenalan
KANDUNGAN HALAMAN
Pengenalan Modul DéGuru PKJR 1
Objektif Modul DéGuru PKJR 1
Kandungan Modul DéGuru PKJR 1
Jadual Pelaksanaan Bengkel Modul DéGuru PKJR 3
BAHAGIAN A 6
6
Slot 1: Latar Belakang PKJR 6
Panduan Pelaksanaan Slot 1 6
6
Objektif 7
Kaedah Penyampaian dan Agihan Masa
Langkah Pelaksanaan Slot 1 8
Bahan yang Diperlukan 8
8
Perincian Langkah Pelaksanaan Slot 1 10
Senario Keselamatan Jalan Raya 11
Pelan Keselamatan Jalan Raya 2006-2010 11
Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2010 12
Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) di Malaysia
Semakan dan Pembangunan Semula Modul PKJR 14
Rumusan
41
Slaid Slot 1 41
41
BAHAGIAN B 41
41
Slot 2 : Ceramah Keselamatan Jalan Raya (KEJARA) 1 42
Panduan Pelaksanaan Slot 2
43
Objektif 43
Kaedah Penyampaian dan Agihan Masa 43
Langkah Pelaksanaan Slot 2 43
Bahan yang Diperlukan 43
43
Perincian Langkah Pelaksanaan Slot 2 43
Kandungan Ceramah
Input 1 : Pengenalan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) 45
Input 2 : Statistik Kemalangan Jalan Raya Dunia
Input 3 : Statistik Kemalangan Jalan Raya di Malaysia
Input 4 : Input Keselamatan Jalan Raya bagi Pengguna Kereta
Contoh Sumber Rujukan
Slaid Slot 2
iii
Modul DéGuru PKJR Pengenalan
BAHAGIAN C 78
78
Slot 3 : Ceramah Keselamatan Jalan Raya (KEJARA) 2 78
Panduan Pelaksanaan Slot 3 78
78
Objektif 79
Kaedah Penyampaian dan Agihan Masa
Langkah Pelaksanaan Slot 3 80
Bahan yang Diperlukan 80
80
Perincian Langkah Pelaksanaan Slot 3 80
Kandungan Ceramah 80
Input 1 : Keselamatan Jalan Raya bagi Pengguna Motosikal 80
Input 2 : Keselamatan Jalan Raya bagi Pengguna Basikal
Input 3 : Keselamatan Jalan Raya bagi Pejalan Kaki 80
Input 4 : Mengenai Papan Tanda di Jalan Raya, Jenis-jenis Garisan,
Penggunaan Lampu dan Lorong Kecemasan 82
Contoh sumber rujukan
109
Slaid Slot 3 109
109
BAHAGIAN D 109
109
Slot 4: Panduan Penggunaan Modul PKJR Sekolah Rendah 110
Panduan Pelaksanaan Slot 4
111
Objektif 111
Kaedah Penyampaian dan Agihan Masa 111
Langkah Pelaksanaan Slot 4 111
Bahan yang Diperlukan 111
113
Perincian Langkah Pelaksanaan Slot 4 114
Pengenalan 116
Memperkenalkan Falsafah PKJR 116
Memperkenalkan Slogan PKJR ‘WASPADA BUDAYA KITA’ 117
Memperkenalkan Modul PKJR 117
Memperkenalkan Ikon Utama atau Rakan PKJR 117
Mengenali dan Memahami Kandungan Modul PKJR 117
Cara Penyerapan Ilmu Keselamatan Jalan Raya dalam PdP Bahsa Melayu 117
Kemahiran Mendengar dan Bertutur (Contoh Tahun Dua)
Contoh Penulisan Objektif PdP Kemahiran Mendengar dan Bertutur 117
Kemahiran Membaca (Contoh Tahun Dua) 118
Contoh Penulisan Objektif PdP Kemahiran Membaca 118
Kemahiran Menulis (Contoh Tahun Dua)
Contoh Penulisan Objektif PdP Kemahiran Menulis
Aktiviti Kumpulan (Teknik Stesen)
Persembahan Tugasan
Rumusan
iv
Modul DéGuru PKJR Pengenalan
Slaid Slot 4 120
BAHAGIAN E
Slot 5: Input Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) 139
Panduan Pelaksanaan Slot 5 139
139
Objektif 139
Kaedah Penyampaian dan Agihan Masa 139
Langkah Pelaksanaan Slot 5 139
Bahan yang Diperlukan
Perincian Langkah Pelaksanaan Slot 5 140
Bengkel Pengaplikasian Kemahiran Bahasa Berdasarkan Tema yang
Terkandung dalam DSKP Bahasa Melayu 140
Tema-tema yang terkandung dalam DSKP Bahasa Melayu 140
Objektif PdP Standard Kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah 140
Penyerapan Nilai Murni dalam Kurikulum Bahasa Melayu sekolah rendah 140
Kandungan Kemahiran PKJR 140
Contoh PdP dengan Penyerapan Ilmu PKJR 147
Slaid Slot 5 151
BAHAGIAN F
Slot 6 – Slot 9: Merancang Strategi PdP dengan Penyerapan Ilmu Keselamatan 168
Jalan Raya
168
Objektif 168
Kaedah Penyampaian dan Agihan Masa 168
Langkah Pelaksanaan Slot 6 - Slot 9 168
Bahan yang Diperlukan
Perincian Langkah Pelaksanaan Slot 6 – Slot 9 169
Slaid Slot 6 171
LAMPIRAN
A Borang Penilaian Input Keselamatan Jalan Raya dan Pelaksanaan PKJR dalam 190
Bilik Darjah (Ujian Pra dan Pasca)
B Borang Penilaian Pembentangan Kumpulan 192
C Pekeliling Pelaksanaan Modul PKJR 2009 193
D Pekeliling Pelaksanaan Modul PKJR 2015 195
v
Modul DéGuru PKJR Pengenalan
SENARAI SINGKATAN
BAM – Buku Aktiviti Murid
BBM – Bahan Bantu Mengajar
BM – Bahasa Melayu
BPG – Buku Panduan Guru
DSKP – Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
HP – Hasil Pembelajaran
IPGM – Institut Pendidikan Guru Malaysia
JKJR – Jabatan Keselamatan Jalan Raya
KJR – Keselamatan Jalan Raya
KPM – Kementerian Pendidikan Malaysia
MIROS – Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia
PdP – Pengajaran dan Pembelajaran
PKJR – Pendidikan Keselamatan Jalan Raya
RPH – Rancangan Pengajaran Harian
SK – Standard Kandungan
SP – Standard Pembelajaran
VAA – Video, Audio dan Animasi
vi
Modul DéGuru PKJR Pengenalan
PENGENALAN MODUL DéGURU PKJR
Modul Pendedahan Guru Pendidikan Keselamatan Jalan Raya atau Modul DéGuru PKJR,
dirancang oleh JKJR dan MIROS bertujuan untuk memberikan panduan yang lebih jelas
kepada para guru agar dapat mengaplikasi penyerapan ilmu keselamatan jalan raya dalam
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu (BM) secara optimum. Peserta
bengkel merupakan guru dalam perkhidmatan yang mengajar mata pelajaran Bahasa
Melayu sekolah rendah di seluruh negara. Modul ini akan dilaksanakan selama tiga hari atau
mengambil masa selama 19 jam.
OBJEKTIF MODUL DéGURU PKJR
Objektif modul ini adalah seperti yang berikut:
meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan membudayakan keselamatan jalan raya
dalam kalangan guru,
mengaplikasikan ilmu keselamatan jalan raya berdasarkan modul PKJR dalam PdP
BM secara optimum;
melahirkan guru yang mahir menyerapkan ilmu keselamatan jalan raya dalam PdP
BM.
KANDUNGAN MODUL DéGURU PKJR
Modul ini telah dirangka untuk mencapai objektif program PKJR di Malaysia. Kandungan
modul adalah seperti yang berikut:
Bahagian A
Slot 1: Latar Belakang PKJR (1 jam 30 minit)
Slot ini menerangkan latar belakang PKJR yang merangkumi Pelan Keselamatan Jalan
Raya Malaysia 2006-2010, Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020, dan
Pengenalan PKJR di Malaysia.
Bahagian B
Slot 2: Ceramah Keselamatan Jalan Raya (KEJARA) 1 (2 jam)
Slot ini mengandungi tiga input iaitu input pertama berkaitan statistik keselamatan jalan raya
dunia, input kedua statistik kemalangan jalan raya di Malaysia dan input ketiga adalah
berkaitan keselamatan jalan raya bagi pengguna kereta.
Bahagian C
Slot 3: Ceramah Keselamatan Jalan Raya (KEJARA) 2 (2 jam 30 minit)
Slot ini mengandungi empat input, iaitu input pertama keselamatan jalan raya bagi
pengguna motosikal, manakala input kedua ialah keselamatan bagi pengguna basikal, input
ketiga pula ialah keselamatan jalan raya bagi pejalan kaki dan input yang keempat ialah
mengenai papan tanda di jalan raya, jenis-jenis garisan, penggunaan lampu dan lorong
kecemasan.
1
Modul DéGuru PKJR Pengenalan
Bahagian D
Slot 4: Panduan Penggunaan Modul PKJR Sekolah Rendah (2 jam)
Slot ini bertujuan untuk memberikan panduan tentang penggunaan Modul PKJR sekolah
rendah kepada peserta. Peserta akan diberikan pendedahan tentang cara untuk
menggunakan Buku Aktiviti Murid (BAM), Buku Panduan Guru (BPG), pemacu pena-video,
audio dan animasi (VAA) dan kit pembelajaran.
Bahagian E
Slot 5: Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan Penyerapan ilmu
PKJR (2 jam)
Slot ini menerangkan kandungan kemahiran bahasa Melayu yang merangkumi kemahiran
mendengar dan bertutur, membaca dan menulis dalam PdP BM. Pengaplikasian
pelaksanaan kemahiran DSKP BM dilaksanakan dengan menyerapkan ilmu PKJR dalam
PdP. Langkah pelaksanaan aktiviti PdP diperincikan untuk setiap tema yang terkandung
dalam DSKP BM dengan menyerapkan ilmu PKJR.
Bahagian F
Slot 6 – Slot 9: Merancang Strategi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dengan
Penyerapan Ilmu PKJR (9 jam)
Slot ini bertujuan untuk memberikan input tentang strategi PdP yang menyerapkan ilmu
PKJR dalam PdP BM sekolah rendah bagi tiga kemahiran bahasa kepada peserta. Para
peserta akan berbengkel dalam kumpulan untuk menyediakan strategi PdP mengikut tema
dalam DSKP di samping menyerapkan ilmu PKJR. Seterusnya, peserta akan
membentangkan hasil tugasan kumpulan dalam sesi pembentangan.
PENUTUP
Modul DéGuru PKJR ini diharapkan dapat memberi kefahaman yang jelas kepada guru-guru
untuk mengaplikasikan penyerapan ilmu keselamatan jalan raya dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu dengan lebih berkesan. Seterusnya, modul ini dapat mengubah tingkah
laku pengguna jalan raya di Malaysia menerusi pendekatan pendidikan dari peringkat
pendidikan awal kanak-kanak hingga ke peringkat sekolah menengah.
2
JADUAL PELAKSANAAN BENGKEL MO
PAGI / TENGAHARI
HARI / MASA 08:30 – 09 :00 09:00 – 10:30 10 :30 – 11 :00 11:0
Ujian pra Slo
Cer
1 Pendaftaran Slot 1 : Minum pagi Keselam
Latar Belakang Ra
Minum pagi
PKJR 10 :30 – 11 :00 Slo
DSK
Slot 4 : penyera
2 Panduan Penggunaan Modul
P
PKJR
11:00
HARI / MASA 08:30 – 10:30
Slot 7 Sl
3 Bengkel Minum pagi Pengajar
Perancangan Pengajaran Mikro ref
Jumlah Peserta: Jumlah Jurulatih
40 orang setiap bengkel Minimum 2 orang
20 orang daripada Tahap 1
20 orang daripada Tahap 2
3
Modul DéGuru PKJR Pengenalan
ODUL DéGURU PKJR – (Jurulatih)
PETANG
00 – 1:00 01:00 – 2:30 2:30 – 5:00
ot 2 : Rehat dan makan Slot 3 : Ceramah Keselamatan Jalan Raya
ramah
matan Jalan tengah hari 2
aya 1
Rehat dan makan Slot 6 :
ot 5 : tengah hari Strategi PdP dengan penyerapan ilmu
KP dan
apan ilmu PKJR
PKJR
1:00 – 2:30 2:30 – 4:30 2:30 – 5:00
0 – 1:00
lot 8 Rehat dan makan Slot 9 Ujian pasca,
ran Mikro & tengah hari Pengajaran Refleksi dan Rumusan
fleksi Mikro &refleksi
Penambahbaikan Kualiti Berterusan (CQI)
Ujian Pra & Ujian Pasca
JADUAL PELAKSANAAN BENGKEL MO
PAGI / TENGAHARI
HARI / MASA 08:30 – 09 :00 09:00 – 10:30 10 :30 – 11 :00
1 Pendaftaran Slot 1 : Minum pagi Kes
Latar Belakang
PKJR
2 Slot 4 : Minum pagi pe
Panduan Penggunaan Modul PKJR
HARI / MASA 08:30 – 10:30 10 :30 – 11 :00 1
Slot 7
3 Bengkel Minum pagi Pen
Perancangan Pengajaran Mikro
4
Modul DéGuru PKJR Pengenalan
ODUL DéGURU PKJR – (Peserta)
11:00 – 1:00 01:00 – 2:30 PETANG
2:30 – 5:00
Slot 2 : Rehat dan makan Slot 3 : Ceramah Keselamatan Jalan
Ceramah tengah hari Raya 2
selamatan Jalan
Raya 1
Slot 5 : Rehat dan makan Slot 6 :
DSKP dan tengah hari Strategi PdP dengan penyerapan ilmu
enyerapan ilmu
PKJR
PKJR
11:00 – 1:00 1:00 – 2:30 2:30 – 4:30 2:30 – 5:00
Slot 8 Rehat dan makan Slot 9 Refleksi dan
ngajaran Mikro & tengah hari Pengajaran Rumusan
Mikro &refleksi
refleksi
Modul DéGuru PKJR Slot 1
BAHAGIAN A
SLOT 1: LATAR BELAKANG PKJR
1.1 PANDUAN PELAKSANAAN SLOT 1
1.1.1 Objektif
Pada akhir sesi, peserta dapat:
i) menghuraikan tentang latar belakang serta pengenalan PKJR,
ii) merumuskan kepentingan PKJR kepada murid sekolah rendah.
1.1.2 Masa: 1 jam 30 minit
1.1.3 Kaedah Penyampaian dan Agihan Masa
i) Ujian Pra : 15 minit
ii) Sesi Taaruf : 15 minit
iii) Pengenalan PKJR : 1 jam
1.1.4 Langkah Pelaksanaan Slot 1
Bil. Kandungan/Aktiviti Masa Catatan
15 minit
1 Pengenalan Soalan ujian pra
Ujian Pra diberikan kepada semua diberikan
peserta kepada peserta
(Borang Google
/salinan keras)
Sesi Taaruf (Citra Kumpulan) 15 minit
Fasilitator melaksanakan sesi taaruf.
Teknik
i. Peserta membentuk kumpulan yang Perbincangan
terdiri daripada 4-5 peserta.
ii. Setiap kumpulan berbincang untuk Aktiviti
menghasilkan satu tagline dan juga kumpulan
sorakan / tepukan kumpulan yang
paling menarik dan sesuai dengan
nama kumpulan dengan tema
keselamatan jalan raya.
iii. Sorakan / tepukan kumpulan perlu Mencipta dan
dijalankan sebelum bermulanya kreatif
sesuatu pembentangan kumpulan
bagi menaikkan semangat ahli
kumpulan.
Nilai / rasional aktiviti : Meningkatkan
motivasi dalam kumpulan
6
Modul DéGuru PKJR Slot 1
Bil. Kandungan/Aktiviti Masa Catatan
1 jam Pembentangan
2 Pembentangan slaid powerpoint
Peranan dan Fungsi Jabatan oleh jurulatih
Keselamatan Jalan Raya (JKJR)
Senario Keselamatan Jalan Raya Tayangan Video
Pelan Keselamatan Jalan Raya Sesi soal jawab
Malaysia
PKJR di Malaysia
Semakan dan Pembangunan Semula
Modul PKJR
Rumusan
1.1.5 Bahan yang Diperlukan Jumlah
Disertakan (Lampiran A)
Bil. Bahan Disertakan
1 Borang ujian pra Disertakan
2 Slaid powerpoint
3 Video
7
Modul DéGuru PKJR Slot 1
1.2 PERINCIAN LANGKAH PELAKSANAAN SLOT 1
1.2.1 Senario Keselamatan Jalan Raya
Dari perspektif global, secara purata sebanyak 3,500 pengguna jalan raya terkorban
akibat kemalangan jalan raya di seluruh dunia. Daripada jumlah tersebut, sebanyak
500 orang kanak-kanak kehilangan nyawa dan ribuan yang cedera di jalan raya (UN
News Center, 2015). Menurut UN World Health Organization (WHO), bagi setiap 4
minit, seorang kanak-kanak terkorban sehingga mengakibatkan 186, 300 kanak-kanak
di bawah umur 18 tahun mati disebabkan kemalangan jalan raya setiap tahun.
Justeru, kecederaan akibat kemalangan jalan raya adalah faktor utama kematian di
seluruh dunia bagi remaja yang berumur antara 15 hingga 17 tahun.
Dalam konteks Malaysia pula, secara purata 18 hingga 20 kematian akibat
kemalangan jalan raya dicatatkan setiap hari. Kemalangan dan kematian di jalan raya
sudah menjadi isu besar yang sangat membimbangkan. Kemalangan jalan raya
banyak berlaku pada musim-musim perayaan sehingga membawa impak negatif
kepada keluarga mangsa dan kehilangan modal insan kepada negara. Hal ini
demikian kerana banyak wang dan perbelanjaan telah dikeluarkan kepada mereka
bagi tujuan persekolahan, peperiksaan, serta latihan pekerjaan dan akhirnya tidak
dapat memberi sumbangan kepada negara kerana terlibat dalam kemalangan.
Justeru, Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2006 hingga 2010 dan Pelan
Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014 hingga 2020 telah dirangka.
1.2.2 Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia
1.2.2.1 Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2006-2010
Pelan Keselamatan Jalan Raya 2006 hingga 2010 telah dirangka khusus untuk
dijadikan garis panduan dan hala tuju mengenai dasar, sasaran dan program
keselamatan jalan raya di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9). Pelan tindakan
tersebut telah menetapkan satu perancangan menyeluruh dengan pendekatan yang
seimbang dalam melaksanakan inisiatif keselamatan jalan raya berdasarkan konsep
empat 4E, iaitu pendidikan (education) penguatkuasaan (enforcement), kejuruteraan
(engineering) dan persekitaran (environment). Di samping itu, peruntukan kewangan
dan mekanisme lain yang terlibat dalam pelaksanaan strategi-strategi serta
keutamaan yang telah diberi tumpuan dalam merealisasikan matlamat kerajaan bagi
menangani masalah keselamatan jalan raya sehingga tahun 2010.
Terdapat sembilan strategi yang diperkenalkan sebagai asas dan rangka
kepada program keselamatan jalan raya dalam Pelan Keselamatan Jalan Raya 2006-
2010 seperti berikut:
i) Penambahan dan pengekalan pendidikan serta langkah-langkah psikologi
dalam mengangani isu keselamatan jalan raya;
ii) Mengurangkan kecuaian manusia dengan menggabungkan dan
menggunapakai kepakaran teknologi;
8
Modul DéGuru PKJR Slot 1
iii) Mempertingkat dan meneruskan pendekatan kejuruteraan;
iv) Meningkatkan penyertaan masyarakat yang melibatkan majikan, pemimpin
masyarakat, ahli politik, pemimpin agama, pakar pendidikan, badan
professional, organisasi sukarela dan kumpulan pemuda untuk mencapai
pelaksanaan program dan inisiatif keselamatan jalan raya yang lebih
komprehensif dan berkesan;
v) Menggalakkan penggunaan kenderaan awam bagi mengurangkan
pendedahan terutamanya bagi golongan berisiko tinggi iaitu penunggang
motosikal;
vi) Fokus kepada perbezaan jurang keselamatan jalan raya (selain dari yang
telah dinyatakan) dengan matlamat untuk mencapai faedah kos yang
optimum dalam pengangihan sumber;
vii) Tumpuan kepada pengguna jalan raya yang berisiko tinggi dengan
kemalangan iaitu penunggang dan pembonceng motosikal, pemandu dan
penumpang kenderaan dan pejalan kaki;
viii) Mengkaji semula dan mempertingkatkan peraturan-peraturan keselamatan
jalan raya; dan
ix) Mempromosikan perkongsian dana di antara orang awam dan pihak swasta
bagi menjalankan program keselamatan jalan raya.
Strategi pertama telah dijadikan asas dalam program keselamatan jalan raya.
Pendidikan mengenai keselamatan jalan raya merupakan asas kepada perubahan
tingkah laku, kemahiran dan sikap pengguna jalan raya. Pendidikan keselamatan jalan
raya ini bukan sahaja dapat memberikan input berkenaan dengan keselamatan jalan
raya, malah turut dapat memberikan kesedaran tentang risiko yang berlaku di jalan
raya. Pengguna jalan raya yang mudah terdedah kepada bahaya seperti pejalan kaki,
penunggang basikal dan motosikal serta pemandu perlu diberikan latihan asas
pendidikan yang secukupnya melalui program pendidikan yang direka khas bermula
dengan pendidikan keselamatan jalan raya di sekolah.
Sehubungan dengan itu, Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai
Keselamatan Jalan Raya Bil. 1/2006 bertarikh 15 Mei 2006 telah memutuskan supaya
Program PKJR dilaksanakan di sekolah. Pelaksanaan program ini melibatkan
kerjasama pintar antara dua kementerian, iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia dan
Kementerian Pengangkutan Malaysia. Pelaksanaan program ini dilakukan bersama-
sama agensi dan jabatan di bawah kedua-dua kementerian yang memikul
tanggungjawab masing-masing.
Jabatan Keselamatan Jalan Raya dengan kerjasama Kementerian Pendidikan
Malaysia telah memulakan projek rintis PKJR di Pasir Mas, Kelantan kepada murid-
murid sekolah rendah. Program ini telah dilaksanakan secara berperingkat di semua
sekolah mulai tahun 2007. Program ini dilaksanakan dengan menyediakan peralatan
khusus bagi memperlengkap sekolah dan para guru untuk memupuk kesedaran
keselamatan di jalan raya.
9
Modul DéGuru PKJR Slot 1
1.2.2.2 Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020
Bertitik-tolak daripada pelaksanaan Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2006-
2010, Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Institut Penyelidikan Keselamatan
Jalan Raya Malaysia (MIROS) telah merangka Pelan Keselamatan Jalan Raya
Malaysia 2014-2020 dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis
Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan, Jabatan Kerja Raya (JKR) serta
agensi-agensi kerajaan serta pihak swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) yang
berkaitan. Langkah yang diambil dalam merangka Pelan Keselamatan Jalan Raya
Malaysia 2014-2020 serta pelaksanaannya adalah berpandukan kepada Tindakan
Sedekad Global yang menekankan keperluan program-program keselamatan jalan
raya yang berorientasikan hasil. Oleh itu, Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia
2014-2020 akan berfokuskan hasil dan langkah-langkah intervensi. Pelan
Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020 dirangka bagi tujuan:
i) meningkatkan usaha-usaha dalam mengurangkan jumlah kematian akibat
kemalangan jalan raya di Malaysia;
ii) menyokong saranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam
menjayakan Tindakan Sedekad bagi Keselamatan Jalan Raya; dan
iii) mendapatkan sokongan politik dan sumber yang mencukupi bagi memberi
inisiatif-inisiatif keselamatan jalan raya.
Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-2020 ini dirangka berasaskan
kepada lima Tonggak Strategik ke arah mencapai sasaran yang ditetapkan melalui
pelaksanaan strategi yang menyeluruh. Lima tonggak tersebut ialah:
i) Tonggak strategik 1 – Pengurusan Keselamatan Jalan Raya;
ii) Tonggak strategik 2 – Mobiliti dan Jalan Raya Yang Lebih Selamat;
iii) Tonggak strategik 3 – Kenderaan Yang Lebih Selamat;
iv) Tonggak strategik 4 – Pengguna Jalan Raya Yang Lebih Selamat;
v) Tonggak strategik 5 – Pengurusan Punca Kemalangan.
Lima Tonggak Strategik ini telah diterjemahkan kepada enam Hasil Akhir dan
sepuluh Hasil Pertengahan. Oleh itu, Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2014-
2020 memberi satu kerangka kerja yang kukuh bagi pelaksanaan inisiatif-inisiatif
keselamatan jalan raya di negara ini. Tonggak Strategik 4 iaitu ‘Pengguna Jalan Raya
Yang Lebih Selamat’ memberikan penekanan terhadap penambahbaikan tingkah laku
pengguna jalan raya. Justeru, program-program yang menyeluruh bagi memperbaiki
tingkah laku pengguna jalan raya telah dirancang dengan teliti. PKJR telah
dikenalpasti sebagai satu program pendidikan yang mempunyai nilai tambah yang
tinggi bagi mengubah tingkah laku dan mewujudkan budaya berwaspada di jalan raya.
10
Modul DéGuru PKJR Slot 1
Tonggak strategi 4 telah dijadikan landasan untuk terus memperkasa PKJR bagi
melahirkan generasi yang bertingkah laku positif dan bertanggungjawab di jalan raya.
1.2.3 Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) di Malaysia
PKJR ialah satu inisiatif jangka panjang yang bermula dari peringkat taska bagi
melahirkan generasi baharu pengguna jalan raya yang mengamalkan budaya selamat,
beradab, berhemah dan berhati-hati di jalan raya. Usaha bagi melahirkan generasi
pengguna jalan raya yang berhemah merupakan satu langkah yang dapat
menyumbang kepada kesejahteraan, keharmonian, kemakmuran dan pembangunan
negara.
PKJR merupakan proses pendidikan sepanjang hayat dan harus bermula pada
peringkat pendidikan awal kanak-kanak. PKJR menjadi sebahagian daripada budaya
dan amalan mereka. Program ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan
kemahiran asas tentang keselamatan jalan raya dalam kalangan kanak-kanak bagi
melahirkan generasi pengguna jalan raya yang berhemah. Selain itu, PKJR juga perlu
diajarkan agar kanak-kanak dapat memahami, menghayati serta mengamalkan
langkah-langkah memelihara keselamatan diri serta menghormati hak pengguna jalan
raya yang lain.
PKJR yang dirangka merupakan satu usaha kerjasama Jabatan Keselamatan
Jalan Raya (JKJR), Kementerian Pengangkutan Malaysia dengan Kementerian
Pendidikan Malaysia di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS). Objektifnya
adalah mendedahkan murid-murid di sekolah rendah dan menengah kepada
pengetahuan keselamatan jalan raya. PKJR diajar melalui penyerapan ilmu
keselamatan jalan raya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Mesyuarat penyelarasan PKJR peringkat pertama telah diadakan pada 16
Ogos 2006 yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM).
Mesyuarat tersebut memutuskan bahawa peringkat permulaan pelaksanaan PKJR
dibuat secara rintis dengan melibatkan 1000 sekolah rendah di seluruh negara pada
tahun 2007. JKJR bertindak sebagai urus setia bagi pihak Kementerian
Pengangkutan. Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) pula mewakili pihak KPM.
Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat (JKP) yang dipengerusikan oleh KPPM Bil.
1/2008 bertarikh 4 Ogos 2008 telah meluluskan cadangan Pelaksanaan PKJR dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu (BM) di sekolah rendah dan menengah. Program
PKJR dilaksanakan sebagai sisipan dalam mata pelajaran BM secara menyeluruh
kepada murid-murid Tahun 1 bermula pada 9 Jun 2008.
1.2.4 Semakan dan Pembangunan Semula Modul PKJR
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pelaksanaan PKJR pada 11 September 2014 telah
memutuskan satu semakan semula modul PKJR perlu dilakukan setelah hampir 10
tahun pelaksanaan program tersebut. Kajian Keperluan Semakan Semula Modul
PKJR telah dijalankan oleh MIROS pada tahun 2015. Hasil kajian mendapati bahawa
modul PKJR perlu disemak semula dengan penambahbaikan. Hal ini selaras dengan
peredaran zaman yang lebih menjurus kepada perkembangan teknologi maklumat,
globalisasi serta isu-isu keselamatan jalan raya yang terkini. Selain itu, semakan perlu
11
Modul DéGuru PKJR Slot 1
dilakukan supaya modul PKJR selaras dengan perubahan kurikulum baharu
pembelajaran di sekolah iaitu daripada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Setelah hampir 10 tahun dilaksanakan, kerajaan telah meluluskan peruntukan
sebanyak RM42 juta dalam pembentangan bajet Rancangan Malaysia Kesebelas
(RMK11) untuk melaksanakan Projek Semakan dan Pembangunan Semula Modul
PKJR. Peruntukan ini telah disalurkan kepada JKJR bagi tempoh lima tahun bermula
2016 hingga 2020. Rentetan daripada itu, MIROS telah diberikan mandat oleh JKJR
untuk melaksanakan projek tersebut. Pada tahun 2016, Projek Semakan dan
Pembangunan Semula Modul PKJR telah berjaya menghasilkan Modul PKJR
Semakan bagi peringkat sekolah rendah dan sebanyak 24 buah di Malaysia telah
terlibat dalam kajian rintis penggunaan modul tersebut. Modul PKJR Semakan sekolah
rendah ini akan digunakan di seluruh negara pada tahun 2019.
1.2.5 Rumusan
PKJR di Malaysia telah dirangka bermula dari peringkat pendidikan awal kanak-kanak
hingga sekolah menengah supaya PKJR menjadi sebahagian daripada amalan
budaya positif masyarakat di Malaysia. Inisiatif jangka masa panjang ini diharap dapat
membentuk dan melahirkan generasi baharu pengguna jalan raya yang mengamalkan
budaya selamat, beradab, berhemah, berhati-hati dan berwaspada semasa
menggunakan jalan raya. Pelaksanaan PKJR ini, diharapkan dapat melahirkan
masyarakat Malaysia yang akan sentiasa mengamalkan sikap safety first di jalan raya.
Waspada Budaya Kita
12
KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SLOT 1
LATAR BELAKANG
PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA (PKJR)
SEKOLAH RENDAH
PENGENALAN 2
JABATAN KESELAMATAN JALAN RAYA MALAYSIA
14
VISI DAN MISI JKJR 3
Peneraju Dasar Keselamatan Jalan Raya Melalui Transformasi Advokasi Berinovasi
• Ke Arah Membudayakan Keselamatan Jalan Raya dalam Kalangan
Masyarakat Melalui Advokasi bagi Mengurangkan Kadar Kematian
Akibat Kemalangan Jalan Raya yang Berterusan Setiap Tahun.
• Peneraju Kesedaran Keselamatan Jalan Raya Setaraf Negara Maju
Melalui Advokasi dan Pendidikan.
• Komited Untuk Memperkasa Pendekatan Srategik Secara Holistik
Bagi Melahirkan Generasi Yang Membudaya Keselamatan Jalan
Raya.
LATAR BELAKANG JKJR 4
• JKJR ditubuhkan pada 15 September 2004 sebagai peneraju Advokasi
Keselamatan Jalan Raya bagi meningkatkan kesedaran keselamatan
jalan raya serta mengurangkan kadar kematian dan kecederaan
akibat kemalangan jalan raya;
• Pembentukan JKJR adalah berdasarkan kepada Kertas Kabinet yang
telah dibentangkan pada 28 Jun 1990, dan telah diangkat semula pada
tahun 2004 untuk penubuhan;
• JKJR adalah urusetia kepada Majlis Keselamatan Jalan
Raya (MKJR); dan
• Badan pelaksana dan pemantau Pelan Keselamatan Jalan
Raya 2014 – 2020.
15
PERANAN DAN FUNGSI JKJR 5
Merancang, melaksanakan dan menyelaraskan dasar/ pelan/ strategi/ inovasi
berkaitan keselamatan jalan raya.
Menyelaraskan program-program advokasi berkaitan keselamatan jalan raya
bersama agensi-agensi lain serta menjadi penggerak kepada inisiatif di
peringkat negeri dan mengaktifkan MKJR Negeri.
Menyelaras dan melaksanakan kempen-kempen berkaitan keselamatan jalan raya
di peringkat kebangsaan untuk mendidik para pengguna jalan raya.
CARTA ORGANISASI JKJR 6
16
PERSPEKTIF GLOBAL KESELAMATAN JALAN RAYA 7
Sumber : World Health Organization (WHO)
SENARIO KESELAMATAN JALAN RAYA 8
• Setiap hari 500 orang kanak-kanak kehilangan nyawa
disebabkan oleh kemalangan jalan raya dan ribuan yang
cedera di jalan raya (UN News Center, 2015).
• UN World Health Organization (WHO), setiap 4 minit,
seorang kanak-kanak kehilangan nyawa disebabkan
oleh kemalangan trafik.
• Kecederaan akibat kemalangan jalan raya adalah
penyebab yang paling utama kematian seluruh dunia
bagi remaja yang berumur antara 15 – 17 tahun.
17
PELAN KESELAMATAN JALAN RAYA MALAYSIA 9
Pendidikan (Education)
Membentuk pelakuan dan sikap selamat dan
bertanggungjawab.
Penguatkuasaan (Enforcement)
Polisi yang lebih ketat, peraturan, undang-undang &
penguatkuasaan yang lebih efektif.
Kejuruteraan (Engineering)
Menambah baik jalan raya dan infrastruktur yang lebih
selamat.
Persekitaran (Environment)
Meningkatkan keselamatan di persekitaran jalan raya.
Penilaian (Evaluation)
Memastikan usaha-usaha dan aktiviti-aktiviti
keselamatan jalan raya menepati kumpulan sasaran
ANALISIS KEBERKESANAN PKJR DI NEGARA LAIN 10
18
PELAN KESELAMATAN JALAN RAYA MALAYSIA 11
Meningkatkan usaha-usaha mengurangkan
jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya
di Malaysia
Menyokong saranan Pertubuhan Bangsa- Mengurangkan
Bangsa Bersatu (PBB) dalam menjayakan kematian dan
Tindakan Sedekad Bagi Keselamatan Jalan Raya kecederaan akibat
kemalangan
jalan raya
Mendapatkan sokongan politik dan sumber
yang mencukupi bagi inisiatif-inisiatif
keselamatan jalan raya
PKJR DI MALAYSIA 12
19
FALSAFAH PENDIDIKAN KESELAMATANJ ALAN RAYA 13
“Pendidikan Keselamatan Jalan Raya ialah pendidikan berterusan
sepanjang hayat ke arah melahirkan pengguna jalan raya yang
bertanggungjawab dan mempunyai kesedaran untuk menghargai nyawa,
kesihatan dan harta.
Pembudayaan keselamatan jalan raya menjadi pemangkin perubahan sikap
dan tingkah laku untuk melahirkan generasi pengguna jalan raya yang
berhemah serta mematuhi peraturan dan undang-undang keselamatan
jalan raya.
Usaha Pendidikan Keselamatan Jalan Raya ini dapat menyumbang
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”
OBJEKTIF DAN HASIL YANG DIHARAPKAN 14
Guru-guru yang mahir Peningkatan 1. Pengurangan Kadar
pengetahuan, kesedaran Kematian
dan pembudayaan 2. Penerapan nilai budaya
berhemah di jalan raya
20
KRONOLOGI PKJR DI MALAYSIA 15
MEI 2004 SEPT 2005 2007 & 2012-2014 SEPT 2014
2008
25 Mei 2004- Sept 2005- PKJR bermula di 11 Sept 2014-
Mesyuarat Kajian Rintis PKJR PKJR mula diajar di sekolah Mesyuarat
Jawatankuasa dijalankan di Pasir sekolah rendah menengah Jawatankuasa
Kabinet Mengenai Mas, Kelantan oleh secara rintis dan Tingkatan 1 Teknikal
Keselamatan RSRC UPM. seterusnya di hingga Tingkatan Pelaksanaan PKJR
Jalan Raya Bil. seluruh Malaysia 3 secara memutuskan
1/2004. sebagai sisipan berperingkat. untuk menyemak
dalam mata pelajaran semula PKJR
BM. setelah hampir 10
tahun.
KRONOLOGI PKJR DI MALAYSIA 16
2015 2016 2017 2018 2019 2020
Kajian Semakan dan Semakan dan Kajian Rintis Pelaksanaan Pelaksanaan
Keperluan Pembangunan Pembangunan Modul PKJR Modul PKJR Modul PKJR
Semakan Semula Modul Semula Modul Semakan Semakan Semakan
Semula Modul PKJR Sekolah PKJR Menengah Sekolah Sekolah Rendah Sekolah
PKJR oleh Rendah oleh Rendah oleh Menengah Seluruh Negara. Menengah
MIROS. MIROS. MIROS dilaksanakan Pelaksanaan Seluruh
Pembangunan Kajian Rintis di 24 buah Bimbingan Negara.
BPP dan BPG Modul PKJR sekolah. Guru PKJR Pelaksanaan
Taska dan Semakan Sekolah Pelaksanaan dalam PdP BPP dan BPG
Prasekolah. Rendah Bimbingan Bahasa Melayu Taska dan
dilaksanakan di Guru PKJR bagi Sekolah Prasekolah
24 buah sekolah. dalam PdP Menengah. Seluruh
Kajian Rintis BPP Bahasa Melayu Negara.
dan BPG Taska bagi Sekolah
dan Prasekolah. Rendah.
21
PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA 17
PKJR juga telah berjaya meraih tempat
sebagai semi finalist dalam:
2014 Commonwealth Association for
Public Administration and Management
(CAPAM) International Innovation Awards
Dalam kategori Innnovation in
Government Services and Programmes.
Ini adalah satu pengiktirafan yang tinggi
terhadap PKJR dan Malaysia.
MODUL PKJR (VERSI 2007-2018) 18
22
BIMBINGAN GURU (2007) 19
PEMANTAUAN DAN PENILAIAN 20
23
SESI PEMBELAJARAN DI SEKOLAH 21
AKTIVITI LUAR BILIK DARJAH 22
24
LAMAN PORTAL PKJR (2010) 23
RASIONAL SEMAKAN SEMULA PKJR 24
Kedinamikan sistem pendidikan di Malaysia
Perubahan KBSR kepada KSSR dan KBSM kepada KSSM
Pendidikan yang menjurus kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Penerapan elemen PAK21 dalam PdP Bahasa Melayu
Statistik kemalangan jalan raya semakin meningkat
Modul PKJR versi lama tiada pewarnaan setempat
Perubahan teknologi menuntut kepada perubahan kandungan pembelajaran PKJR
25
PROJEK SEMAKAN DAN PEMBANGUNAN SEMULA MODUL 25
PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA (PKJR) 2016-2020
Hasil Kajian tahun 2015 Pelancaran Modul Bimbingan Guru dan Cetakan
Serentak Seluruh Modul Sek Men Ren
JKJR diberi peruntukan di
bawah RMK11 untuk Malaysia Pelancaran Modul BPP dan BPG
melaksanakan proses Taska dan Prasekolah serta Modul
semakan modul Pembangunan BPP
dan BPG Taska dan Semakan PKJR Sekolah Rendah
MIROS dilantik sebagai
perunding oleh JKJR untuk Prasekolah Kajian Rintis Sekolah Menengah
Rendah
menjalankan projek
Bimbingan Guru dan Cetakan
Pembangunan Semula Modul Modul Sekolah Rendah
Sekolah Rendah
Pembangunan Semula Modul
Kajian Rintis Taska, Sekolah Menengah Rendah
Prasekolah dan Sekolah
Rendah
PELANCARAN PROJEK SEMAKAN DAN PEMBANGUNAN 26
SEMULA MODUL PKJR PADA 18 FEBRUARI 2016
DI RASMIKAN OLEH :
&
Menteri Pengangkutan Malaysia
YB DATO’ SRI LIOW TIONG LAI
Timbalan Menteri Pendidikan II
YB SENATOR TUAN CHONG SIN WOON
26
KAJIAN RINTIS MODUL PKJR SEKOLAH RENDAH (2017) 27
SENARAI SEKOLAH RINTIS BAGI MODUL PKJR 28
SEKOLAH RENDAH (2017)
No NEGERI DAERAH NAMA SEKOLAH SK Bukit Meriam
1 Kedah Kuala Muda SK Bukit Besar
2 Selangor Petaling Jaya SK Bukit Kechil
3 Kelantan Kota Bharu SK Bukit Selambau SJK(T) Vivekananda
4 Melaka Alor Gajah SJK(T) Ladang Effingham
5 Sabah Kota Kinabalu SK Damansara Damai 2
6 Sarawak SK Sri Petaling SK Abdul Hadi
Miri SK Tengku Indra Petra
SK Tiong Batu 4
SK Sultan Ismail 1 SJK(C) Masjid Tanah
SK Pengkalan Balak
SK Alor Gajah 1
SK Lesong Batu SK Talungan Telipok
SK Bukit Padang
SK Sri Gaya
SK Tebobon SK Pujut Corner
SK South
SK Miri
SK Senadin
27
PEMANTAUAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) 29
MODUL PKJR SEKOLAH RENDAH (2017)
MODUL PKJR BAHARU 30
Bahan Bantu Mengajar (BBM)
Modul Bimbingan Guru
(DeGuru)
Buku Aktiviti Murid (BAM) &
Buku Panduan Guru (BPG)
28
LAMAN PORTAL PKJR (TERKINI) 31
Laman web portal PKJR: www.pkjr.gov.my
Log Masuk Pengguna Guru 32
Log Masuk Pengguna Awam
Log Masuk Pengguna Murid
29
KANDUNGAN PORTAL PKJR 33
KANDUNGAN PORTAL PKJR 34
30
APLIKASI MOBILE GAMES PKJR 35
JKJR ( TASKA ).mov
PENUBUHAN KELAB KESELAMATAN JALAN RAYA (KKJR) 36
Kelab di bawah kegiatan kokurikulum oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Kementerian
Pengangkutan Malaysia.
Matlamat Kelab
Membentuk generasi baru pengguna jalan raya yang
berhemah dan bertimbang rasa apabila berada di jalan raya
serta mewujudkan budaya mengutamakan keselamatan jalan
raya (safety first culture) di kalangan ahli-ahli kelab serta
persekitaran mereka sama ada di sekolah ataupun di rumah.
Keahlian Kelab
Terbuka kepada semua murid sekolah termasuk murid kategori
orang kelainan upaya (OKU).
31
AKTIVITI-AKTIVITI KKJR 37
Mesyuarat Agung Program Khas Lawatan Kemahiran
Kelab Bersama Pihak Keselamatan Jalan
Swasta/NGO Raya Amali
Pertandingan KKJR Kempen Projek KKJR Pengiktirafan
Buku Skrap Keselamatan Jalan Pameran dan ceramah Jamuan Akhir Tahun
Kuiz Khidmat masyarakat Penyampaian hadiah aktiviti
Mewarna/Melukis poster/ Raya Minggu Keselamatan Jalan
yang dijalankan
Mural Pengenalan isyarat-isyarat di Raya Sijil Penyertaan
Mencipta kata-kata hikmah/ jalan raya Tugu Kesedaran Keselamatan Sijil Penghargaan kepad AJK
Tokoh Keselamatan Jalan
cogankata Pengenalan tentang Jalan Raya
Perbahasan/Pidato dan pengguna jalan raya Mewujudkan tanda-tanda Raya
berhemah Pemilihan Sekolah Terbaik
Menulis esei isyarat lalulintas/kempen/
Fotografi dan Video klip Tips Keselamatan Jalan Raya slogan di dalam kawasan Peringkat di Negeri
Sketsa Sistem Keselamatan Jalan sekolah
Pertandingan Power Point Sudut/bilik keselamatan jalan
Treasure hunt Raya (KEJARA) raya
RUMUSAN 38
Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) di Malaysia bermula dari peringkat
pendidikan awal kanak-kanak sehingga ke sekolah menengah supaya PKJR
menjadi sebahagian daripada amalan budaya positif bagi setiap individu di
Malaysia.
Inisiatif jangka masa panjang ini diharapkan dapat membentuk dan melahirkan
generasi baharu pengguna jalan raya yang mengamalkan budaya selamat,
beradab, berhemah, berhati-hati dan berwaspada semasa menggunakan
jalan raya.
Dengan wujudnya PKJR ini, diharapkan masyarakat Malaysia akan sentiasa
mengamalkan sikap ‘safety first’ di jalan raya dan seterusnya mengelakkan
kemalangan jalan raya yang boleh merugikan negara kita.
32
39
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN
BIMBINGAN GURU (DêGURU PKJR)
1. Pengurusan Bengkel 40
Pemilihan lokasi bengkel hendaklah dibuat tanpa melibatkan kos sewaan.
Sewaan untuk tempat latihan tidak diperuntukkan.
Bilangan maksimum peserta bagi setiap bengkel adalah 45 orang dan sekiranya
terdapat tambahan bilangan peserta maka perlu mendapatkan persetujuan
daripada Ibu Pejabat Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR).
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) hendaklah menyediakan takwim secara tahunan
bagi perancangan pelaksanaan bengkel.
33
2. Perkhidmatan Makan dan Minum 41
Kadar maksimum bagi perkhidmatan makan dan minum (minum pagi, makan tengah
hari dan minum petang) adalah seperti berikut :
• Semenanjung Malaysia – RM15.00 seorang/ sehari (termasuk GST)
• Sabah/Sarawak – RM22.00 seorang/ sehari (termasuk GST)
Peserta adalah tidak layak untuk membuat tuntutan elaun makan dan elaun harian.
Senarai semak dokumen lengkap yang perlu dikemukakan bagi perkhidmatan makan dan
minum adalah seperti di LAMPIRAN 1.
Dokumen yang lengkap hendaklah dikemukakan ke Jabatan Keselamatan Jalan Raya
Malaysia (JKJR) Negeri mengikut negeri masing-masing untuk pembayaran selewat-
lewatnya dua (2) minggu sebelum bengkel bermula.
SENARAI SEMAK DOKUMEN
2. Perkhidmatan Makan dan Minum 42
Bil. Perkara Tandakan ( / )
Pembekal Perkhidmatan Makan dan Minum hendaklah berdaftar
1 di bawah Sistem e-Perolehan.
Salinan asal bagi 3 sebut harga oleh 3 pembekal perkhidmatan makan d
2 an minum yang berbeza.
3 *Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
4 *Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
5 *Salinan Buku Bank / Penyata Akaun
Integrity Pact yang ditandatangani oleh pembekal perkhidmatan makan
6 dan minum yang dipilih (LAMPIRAN 5)
*Semua dokumen sokongan yang dilampirkan mestilah disahkan oleh ketua PTJ panel. Contoh: Timbalan Pegawai PPD, Guru
Besar.
34
3. Tuntutan Perjalanan dengan Penginapan / Bayaran Sewa Hotel 43
Tiada penginapan untuk peserta disediakan dan peserta hanya boleh membuat tuntutan perbatuan/perjalanan sahaja.
Pengecualian bagi penginapan hanya akan diberikan kepada peserta berdasarkan pertimbangan oleh Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN).
Kadar maksimum tuntutan penginapan/bayaran sewa hotel bagi peserta yang dibenarkan adalah RM120.00 semalam
termasuk GST (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak) dengan syarat seperti berikut:
• Jarak lokasi bengkel sekurang-kurangnya 35km daripada sekolah / pejabat peserta;
• Tiada ILA berdekatan yang boleh menginap; dan
• Tuntutan hendaklah disokong dengan resit asal yang disahkan.
Senarai semak dokumen lengkap yang perlu dikemukakan bagi tuntutan perjalanan yang melibatkan penginapan/bayaran
sewa hotel adalah seperti di LAMPIRAN 3.
Dokumen yang lengkap hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya dua (2) minggu selepas bengkel berakhir ke Ibu
Pejabat Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR).
Tuntutan yang lewat tidak akan diproses untuk pembayaran.
SENARAI SEMAK DOKUMEN Perkara 44
Nama Tandakan ( / )
No. KP
Emel
No.Telefon/HP
Bil.
Borang Tuntutan Perjalanan yang ditandatangani pemohon (LAMPIRAN 6)
1 – *alamat emel dan no.telefon yang boleh dihubungi wajib diisi
2 *Salinan Buku Bank / Penyata Akaun (milik peserta)
3 *Surat Jemputan Mesyuarat
4 *Slip Gaji
Tuntutan Pelbagai (jika ada):
5 *Resit Tol
*Penyata tol (sekiranya menggunakan kad Touch & Go / Smart Tag)
Tuntutan Tambang Pengangkutan Awam (jika ada):
*Teksi
6 *Bas
*Kereta Api
*Tiket Penerbangan
*Semua dokumen sokongan yang dilampirkan untuk setiap tuntutan perjalanan mestilah disahkan oleh ketua PTJ panel.
Contoh: Timbalan Pegawai PPD, Guru Besar.
*Semua resit asal yang disahkan sahaja perlu dihantar. Contoh: resit teksi, penginapan, bas, kereta api, tiket penerbangan.
35
4. Tuntutan Perjalanan tanpa Penginapan 45
Tuntutan perjalanan peserta yang tidak melibatkan penginapan/bayaran
sewa hotel hendaklah dikemukakan kepada Institut Penyelidikan Keselamatan
Jalan Raya Malaysia (MIROS).
Senarai semak bagi tuntutan perjalanan adalah seperti di LAMPIRAN 4.
Tuntutan perjalanan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya dua (2)
minggu selepas bengkel berakhir kepada Institut Penyelidikan Keselamatan
Jalan Raya Malaysia (MIROS).
Tuntutan yang lewat tidak akan diproses untuk pembayaran.
SENARAI SEMAK DOKUMEN 46
4. Tuntutan Perjalanan tanpa Penginapan
Nama
No. KP
Emel
No.Telefon/HP
Bil. Perkara Tandakan ( / )
1 Borang Tuntutan Perjalanan yang ditandatangani pemohon (LAMPIRAN 7)
2 *Salinan Buku Bank / Penyata Akaun
3 *Surat Jemputan Mesyuarat
4 *Slip Gaji
5 Tuntutan Elaun Perjalanan Kenderaan
Tuntutan Pelbagai:
6 *Resit Tol
*Penyata tol (sekiranya menggunakan kad Touch & Go / Smart Tag
Tuntutan Tambang Pengangkutan Awam:
*Teksi
7 *Bas
*Kereta Api
*Tiket Penerbangan
*Semua dokumen sokongan yang dilampirkan untuk setiap tuntutan perjalanan mestilah disahkan oleh ketua PTJ panel.
Contoh: Timbalan Pegawai PPD, Guru Besar.
*Semua resit asal yang disahkan sahaja perlu dihantar. Contoh: resit teksi, penginapan, bas, kereta api, tiket penerbangan.
36
47
LAMPIRAN
48
37
49
50
38
51
52
JARJIT MEI LING ADAM ALIYA JUTIM RANI
39
Modul DéGuru PKJR Slot 2
BAHAGIAN B
SLOT 2 : CERAMAH KESELAMATAN JALAN RAYA (KEJARA) 1
2.1 PANDUAN PELAKSANAAN SLOT 2
2.1.1 Objektif
Pada akhir sesi, peserta dapat:
i) maklumat tentang situasi keselamatan jalan raya di Malaysia khususnya
dan input-input keselamatan jalan raya kepada pengguna kereta serta
peraturan dan undang-undang yang berkaitan,
ii) mengaplikasikan maklumat yang diperoleh dalam sesi PdP BM;
iii) menyampaikan maklumat secara berkesan kepada murid dalam PdP BM.
2.1.2 Masa: 2 jam
2.1.3 Kaedah Penyampaian dan Agihan Masa
i) Pengenalan: 10 minit
ii) Pembentangan: 80 minit
iii) Sesi soal jawab: 20 minit
iv) Penutup: 10 minit
2.1.4 Langkah Pelaksanaan Slot 2
Bil. Kandungan/Aktiviti Masa Catatan
1 Sesi Taaruf 10 minit
Fasilitator melaksanakan sesi
taaruf.
2 Pembentangan 80 minit Pembentangan
Pendedahan berkaitan statistik slaid powerpoint
keselamatan jalan raya dunia dan oleh jurulatih
Malaysia.
Menjelaskan tentang input-input
keselamatan jalan raya kepada
pengguna kereta serta peraturan
dan undang-undang yang berkaitan.
3 Sesi soal jawab 20 minit
4 Penutup 10 minit
41