The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Rak Maya Pusat Sumber SK BUKIT RIMAU, 2020-12-27 06:02:38

Pendidikan Keselamatan Jalan Raya PKJR

http://gg.gg/enilam2021

INPUT KESELAMATAN JALAN
RAYA (BASIKAL)

92

BASIKAL

93

LESEN BASIKAL

Suatu ketika dahulu, setiap basikal memerlukan lesen dan
bayaran yang dikenakan adalah RM2/setahun

INPUT KESELAMATAN JALAN RAYA
(BASIKAL)

Ciri-ciri Keselamatan
Keselamatan Berbasikal di Jalan

Basikal Raya

Peraturan
Berbasikal

94

CIRI-CIRI KESELAMATAN BASIKAL

Jaket pemantul
cahaya

Isu Basikal Lajak

95

Basikal Lajak
Basikal Lajak

96

Seksyen 112 (3)
AKTA PENGANGKUTAN JALAN

• Seorang pegawai polis atau warden lalu lintas boleh menahan
mana-mana basikal atau trisikal dalam pandangannya suatu
kesalahan telah dilakukan berkenaan dengannya.

• Siasatan lanjut dijalankan mengikut peraturan 42(1)(a) LN 166/59
Kaedah-kaedah Lalulintas 1959

• Saman mengikut peraturan sama djika disabitkan
– Denda maksimum RM2,000; atau
– Penjara maksimum 6 bulan

Sesuatu Yang Tak Dijangka..

97

KESELAMATAN BERBASIKAL DI JALAN RAYA

Jangan
mencelah
di antara
kenderaan

TATACARA BERBASIKAL DI JALAN RAYA

Sentiasa Tidak membawa Pastikan lampu
menunggang di kiri barang di tangan basikal berfungsi di

jalan waktu malam

Menunggang dalam Pastikan kedua-dua Periksa lampu, brek,
satu deretan jika tangan memegang tayar, rantai dan
berkumpulan ketinggian hendal
hendal
dan tempat duduk

Tidak mencelah Kekalkan jarak Memberi isyarat dan
antara kenderaan yang selamat membelok dengan

behati-hati

98

INPUT KESELAMATAN JALAN
RAYA (PEJALAN KAKI)

99

INPUT KESELAMATAN JALAN RAYA
(PEJALAN KAKI)

Penggunaan Keselamatan
Lintasan Pejalan Pejalan Kaki di

Kaki/Jejantas Jalan Raya

PENGGUNAAN LINTASAN PEJALAN
KAKI/JEJANTAS

Pengguna jalan kaki WAJIB menggunakan Lintasan pejalan
kaki/jejantas (prasarana jalan raya) yang disediakan untuk
melintas jalan.

Pejalan kaki dilarang melintas jalan dalam jarak seratus
meter dari suatu lintasan pejalan kaki/jejantas. Pejalan
kaki boleh dikenakan tindakan denda jika tidak
menggunakan lintasan pejalan kaki yang telah disediakan

Setiap pejalan kaki di kawasan lintasan tidak dikawal
mempunyai keutamaan di jalan raya berbanding
kenderaan lain.

Pejalan kaki hanya boleh melintas apabila imej orang hijau
menyala dan trafik telah berhenti .

100

KESELAMATAN PEJALAN KAKI DI JALAN

RAYA

Memastikan anda Berjalan dengan
dapat dilihat pantas di lorong
pejalan kaki yang
apabila berjalan
pada waktu sibuk
malam

Berjalan Mengamalkan 5
menghadap lalu langkah melintas
dengan selamat
lintas

Menunggu bas
berhenti

sepenuhnya untuk
turun dan bas
bergerak untuk
melintas jalan

101

INPUT MENGENAI PAPAN TANDA DI
JALAN RAYA, JENIS-JENIS GARISAN,
PENGGUNAAN LAMPU DAN LORONG

KECEMASAN

KENALI PAPAN TANDA DI JALAN RAYA

102

Persimpangan Laluan Jalan tidak rata
jalan (simpang berbonggol di
empat) hadapan

Motosikal tidak Dilarang Kenderaan jenis ini
dibenarkan membelok ke tidak dibenarkan
melalui laluan ini kanan masuk

Pusat Simpang ke Papan
kesihatan destinasi tanda jarak

Laluan teksi Laluan motosikal Ikut kiri

103

Kerja pembinaan Lorong kanan
sedang dijalankan ditutup kepada lalu
lintas

Chevron merging Ross Chevron

- Tanda serong bagi lalu - Tanda serong bagi lalu
lintas bercantum lintas dua hala

- Memberi isyarat ada - Memberi isyarat ada
halangan di hadapan halangan di hadapan

- Kenderaan dilarang - Kenderaan dilarang
memasuki kawasan memasuki kawasan
bertanda ini bertanda ini

104

Jenis-jenis Garisan dan Maksudnya

Garisan Putih Tidak Bersambung
Garisan Putih/Kuning di Tepi Jalan

Petak Kuning
Garisan Putih Berkembar

Garisan Putih Berkembar (Garisan Terus dan
Garis Tidak Bersambung)

105

Penggunaan Lampu Kecemasan
(Hazard Light)

Digunakan ketika menghadapi
kecemasan SAHAJA iaitu ketika
kenderaan rosak dan perlu
diberhentikan segera.

Gunakan lampu kecemasan
sehingga sampai di tempat
selamat untuk berhenti.

Biarkan lampu kecemasan terus
terpasang ketika berhenti.

Jangan gunakan lampu
kecemasan semasa kenderaan
bergerak semasa hujan, kabus,
dsb).

106

PENGGUNAAN LORONG KECEMASAN

Dilarang parkir kenderaan di
lorong kecemasan /
menggunakan lorong
kecemasan kecuali dalam
kes kecemasan.

Kenderaan yang Penggunaan selain
dikecualikan adalah: kenderaan di atas adalah
Ambulans, Kereta Bomba, tertakluk pada undang-
Kenderaan Kastam, undang dan boleh dikenakan
Kenderaan Polis, tindakan sekiranya melalui
Kenderaan Penjara dan lorong kecemasan.
Kenderaan JPJ dengan
siren.

Sekian, Terima Kasih

Waspada Budaya Kita
#AndaMampuMengubahnya

107



Modul DéGuru PKJR Slot 4

BAHAGIAN D
SLOT 4: PANDUAN PENGGUNAAN MODUL PKJR SEKOLAH RENDAH

4.1 PANDUAN PELAKSANAAN SLOT 4

4.1.1 Objektif
Pada akhir sesi, peserta dapat:

i. menyatakan kandungan Modul PKJR dengan jelas,
ii. menjelaskan tema, fokus dan Hasil Pembelajaran (HP) yang terdapat

dalam Buku Panduan Guru (BPG).
iii. menghuraikan pelaksanaan Buku Aktiviti Murid (BAM) berdasarkan

BPG, pemacu pena dan kit pembelajaran,
iv. menyesuaikan Standard Pembelajaran (SP) dalam Dokumen

Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dengan Hasil
Pembelajaran PKJR.

4.1.2 Masa: 2 jam

4.1.3 Kaedah Penyampaian dan Agihan Masa
i. Ceramah:
ii. Perbincangan: 60 minit
iii. Tunjuk cara: 5 minit
iv. Latih amal (hands on): 5 minit
v. Perbengkelan (aktiviti kumpulan): 20 minit
30 minit

4.1.4 Langkah Pelaksanaan Slot 4

Bil. Kandungan/Aktiviti Masa Catatan

1 Ceramah 60 minit Rujuk bahan slaid
i. Pengenalan
ii. Memperkenalkan Falsafah PKJR 20 minit Rujuk SK, SP
iii. Memperkenalkan Slogan PKJR ‘WASPADA 40 minit dalam DSKP BM
BUDAYA KITA’ SR dan HP PKJR
iv. Memperkenalkan Modul PKJR Ulasan dan
 Membezakan antara BPG dengan BAM cadangan
v. Memperkenalkan Ikon atau Rakan PKJR penambaikan
vi. Mengenali dan Memahami Kandungan Modul
PKJR
vii. Cara Penyerapan Ilmu Keselamatan Jalan
Raya dalam PdP Kemahiran BM

2 Aktiviti Kumpulan (Teknik Stesen)

Persembahan Tugasan
3

109

Modul DéGuru PKJR Slot 4

4.1.5 Bahan yang Diperlukan

Bil. Bahan Jumlah

1 BAM PKJR dalam Mata Pelajaran BM Ikut kesesuaian

2 BPG PKJR dalam Mata Pelajaran BM Ikut kesesuaian

Pemacu Pena - Video, Audio dan Animasi
3 (VAA) Ikut kesesuaian

4 Kit Pengajaran Ikut kesesuaian

5 DSKP Sekolah Rendah Dibawa oleh peserta

6 Buku Teks Sekolah Rendah Dibawa oleh peserta

7 Slaid Disertakan

110

Modul DéGuru PKJR Slot 4

4.2 PERINCIAN LANGKAH PELAKSANAAN SLOT 4

4.2.1 Pengenalan

i. Pelaksanaan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) di sekolah
rendah secara penyerapan ilmu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
Kurikulum Standard Sekolah Rendah telah dimaklumkan dalam Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil.10/2009. Namun, mulai tahun 2017, PKJR akan
dilaksanakan dua (2) jam sebulan di sekolah rendah secara
berperingkat-peringkat (KPMSP 600-5/2/31 Jld.2 (94) seiring dengan
pelaksanaan KSSR semakan.

ii. Penggunaan BAM boleh dilaksanakan tanpa menurut urutan fokus dan
aktiviti. Guru boleh memilih fokus dan aktiviti yang sesuai dengan
kemahiran bahasa yang akan diajarkan.

iii. Guru perlu menyesuaikan aktiviti yang terdapat dalam BAM dengan
tahap pencapaian murid.

iv. Guru hendaklah menggunakan kit pengajaran seperti kad imbasan,
poster, puzzle dan VAA yang terdapat dalam pemacu pena sebagai
bahan bantu mengajar semasa PdP dilaksanakan.

4.2.2 Memperkenalkan Falsafah PKJR

i. Pendidikan Keselamatan Jalan Raya ialah pendidikan berterusan
sepanjang hayat ke arah melahirkan pengguna jalan raya yang
bertanggungjawab dan mempunyai kesedaran untuk menghargai
nyawa, kesihatan dan harta. Pembudayaan keselamatan jalan raya
menjadi pemangkin perubahan sikap dan tingkah laku untuk melahirkan
generasi pengguna jalan raya yang berhemah serta mematuhi
peraturan dan undang-undang keselamatan jalan raya. Usaha
pendidikan keselamatan jalan raya ini dapat menyumbang ke arah
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

4.2.3 Memperkenalkan Slogan PKJR ‘WASPADA BUDAYA KITA’

i. ‘WASPADA BUDAYA KITA’ bermaksud sikap sentiasa berhati-hati di
jalan raya hendaklah dijadikan amalan dalam kehidupan rakyat
Malaysia untuk menjamin keselamatan diri dan masyarakat serta
mengurangkan kes kemalangan, terutama kemalangan yang
melibatkan kanak-kanak.

ii. Slogan ini amat sesuai untuk diterapkan di dalam jiwa murid sejak awal
supaya mereka akan menjadi pengguna jalan raya yang berhemah dan
bertanggungjawab dari usia kanak-kanak hingga dewasa.

4.2.4 Memperkenalkan Modul PKJR

i. Modul PKJR yang lengkap untuk Tahun 1 hingga Tahun 6 amat sesuai
untuk digunakan dalam PdP kemahiran BM sekolah rendah.

ii. Memperkenalkan modul PKJR Tahun 1 hingga Tahun 6 kepada peserta
supaya peserta mendapat maklumat yang jelas tentang penyerapan

111

Modul DéGuru PKJR Slot 4
ilmu keselamatan jalan raya yang akan digunakan dalam PdP di dalam
bilik darjah.
iii. Menjelaskan perbezaan antara BPG dengan BAM PKJR.
iv. Memfokuskan penerangan terhadap satu modul sahaja sebagai contoh
yang jelas kepada peserta. Contohnya modul PKJR Tahun 2.
Kandungan modul seperti yang berikut:
 BAM PKJR
 BPG PKJR
 Pemacu Pena (Video, Audio dan Animasi -VAA)
 Kit Pembelajaran

112

Modul DéGuru PKJR Slot 4

4.2.5 Memperkenalkan Ikon Utama atau Rakan PKJR

i. Modul PKJR menggunakan ikon yang sama dalam modul untuk taska,
prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah.

ii. Ikon PKJR hanya digunakan untuk tingkah laku positif di jalan raya.
iii. Pelbagai simbol tentang jalan raya terdapat dalam Modul PKJR.
iv. Tunjukkan contoh ikon, simbol dan gambar yang terdapat dalam modul PKJR.

Adam Mei Ling Aliya

Jarjit Rani Jutim

v. Ikon mencerminkan kepelbagaian kaum dan melambangkan keharmonian
hidup rakyat Malaysia.

vi. Ikon membawa keperibadian dan sahsiah yang positif dan wajar untuk
dicontohi murid.

vii. Contoh simbol yang terdapat dalam BAM dan BPG seperti yang berikut:

Kad Puzzle Video Audio Poster Pelekat
imbasan

113

Modul DéGuru PKJR Slot 4

viii. Simbol memberikan panduan kepada guru untuk menggunakan bahan PKJR
dalam PdP kemahiran BM.

4.2.6 Mengenal dan Memahami Kandungan Modul PKJR
a. BAM PKJR dalam Mata Pelajaran BM

 Memperkenalkan rakan PKJR.
 Kandungan buku berdasarkan enam tema PKJR.
 BAM memfokuskan tiga kemahiran bahasa, iaitu kemahiran

mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Ikon
berkenaan kemahiran-kemahiran tersebut berada pada
bahagian atas sebelah kanan setiap halaman. Guru boleh
memilih aktiviti untuk kemahiran bahasa dengan merujuk
kepada ikon tersebut. Kemahiran dilambangkan dengan ikon-
ikon yang berikut:

Mendengar Membaca Menulis
dan Bertutur

 Setiap aktiviti dalam buku ini berdasarkan kepada tajuk kecil.
Contoh:
i. Ciri-ciri Keselamatan Kenderaan
ii. Fungsi Komponen Keselamatan Kenderaan

 Setiap aktiviti mengandungi arahan yang jelas dan mudah difahami.
 HP PKJR yang sesuai dengan aktiviti diletakkan pada bahagian

bawah halaman buku bagi memudahkan guru untuk melaksanakan
aktiviti yang sesuai dengan hasil pembelajaran BM.
 Dalam buku ini terdapat glosari keselamatan jalan raya yang
mengandungi istilah dan maksudnya untuk rujukan guru.

Guru boleh melaksanakan latihan pengukuhan dengan menggunakan aktiviti yang
terdapat di dalam BAM untuk menilai kemahiran bahasa yang dikuasai murid.

b. BPG PKJR dalam Mata Pelajaran BM
 Kandungan buku ini terbahagi kepada tiga, iaitu:
i. Kandungan Kemahiran Pendidikan Keselamatan Jalan
Raya
- Mengandungi tema, fokus dan HP.

114

Modul DéGuru PKJR Slot 4

- HP berdasarkan kepada fokus yang telah
ditetapkan daripada tema.

- HP memudahkan guru untuk menyesuaikannya
dengan Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran dalam DSKP Sekolah Rendah.

ii. Cadangan Jawapan BAM
- Semua aktiviti yang dilaksanakan dalam BAM
ada cadangan jawapan untuk memudahkan
guru menyemak jawapan murid.
- Bagi jawapan kepada soalan yang berbentuk
penulisan ayat atau esei, jawapan murid yang
sesuai boleh diterima dan bukan merujuk
kepada cadangan jawapan yang ada semata-
mata.

 Dalam buku ini terdapat glosari keselamatan jalan raya
yang mengandungi istilah dan maksudnya untuk rujukan
guru.

c. Pemacu Pena
 Kandungan pemacu pena terdiri daripada video, audio dan animasi
(VAA).
 Contoh kandungan bahan dalam pemacu pena Tahun Dua terdiri
daripada:
- T02A02: Aktiviti 2: Ciri-ciri Keselamatan Kereta
- T02A05: Aktiviti 5: Simbol Lampu Isyarat
- T02A15: Aktiviti 15: Lagu Rasa Sayang – muzik audio
- T02A20: Aktiviti 20: Pakaian dan Peralatan Keselamatan
Berbasikal
- T02A21: Aktiviti 21: Pemilihan Pakaian dan Peralatan
Keselamatan Berbasikal (Teknik Bercerita)
 Guru digalakkan untuk menggunakan VAA bagi Tahun 1 hingga
Tahun 6 yang telah disediakan dalam pemacu pena kerana
kandungan VAA PKJR ini amat sesuai untuk pembelajaran murid.
Sekiranya tiada VAA yang sesuai dengan langkah PdP kemahiran BM
maka guru boleh memilih bahan lain namun guru perlu memastikan
bahawa kandungan VAA tersebut adalah betul dan menepati konsep
keselamatan jalan raya dan sesuai dengan konteks budaya Malaysia.

d. Kit Pengajaran
 Kit pengajaran mengandungi kad imbasan, puzzle dan poster.
 Contoh poster dalam kit pengajaran Tahun Dua terdiri daripada:
i. Laluan pejalan kaki
ii. Jejantas
iii. Bebendul jalan
iv. Lintasan pejalan kaki
v. Lampu isyarat lintasan pejalan kaki
vi. Hentian bas
vii. Motosikal dilarang masuk

115

Modul DéGuru PKJR Slot 4

viii. Kawasan kanak-kanak melintas
ix. Lampu isyarat di hadapan
x. Berhenti kanak-kanak melintas

Guru digalakkan untuk menggunakan kit pengajaran kerana mengandungi bahan
rangsangan yang berinformatif kepada murid semasa PdP kemahiran BM
dilaksanakan.

4.2.7 Cara Penyerapan Ilmu Keselamatan Jalan Raya dalam PdP BM
i. Kenal pasti kemahiran bahasa yang akan diajarkan.
Contoh kemahiran:
 Kemahiran mendengar dan bertutur
 Kemahiran membaca
 Kemahiran menulis
ii. Kenal pasti Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran dalam DSKP
BM sekolah rendah.
iii. Kenal pasti HP PKJR untuk menyerapkan ilmu PKJR dalam PdP kemahiran
BM.
iv. Contoh penyerapan ilmu PKJR dalam Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran dan penulisan adalah seperti di bawah:

a) Kemahiran Mendengar dan Bertutur (Contoh Tahun Dua)
i. Standard Kandungan
1.2 Bertutur untuk menyampaikan maklumat dan idea bagi
pelbagai tujuan.
ii. Standard Pembelajaran
1.2.1 Bertutur dan menjelaskan sesuatu perkara secara
bertatasusila mengikut konteks.
iii. HP PKJR
5.1.2 Memilih pakaian yang sesuai dan mengenakan peralatan
keselamatan berbasikal. (Aktiviti 21, hal. 25).

Contoh Penulisan Objektif PdP Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Pada akhir pengajaran murid dapat:
1. Menjelaskan hal pakaian dan peralatan keselamatan yang

didengar daripada audio secara bertatasusila.

b) Kemahiran Membaca (Contoh Tahun Dua)
i. Standard Kandungan
2.1 Asas membaca dan memahami.
ii. Standard Pembelajaran
2.1.1 Membaca dengan sebutan yang betul dan intonasi
yang sesuai;
(ii) Ayat
iii. HP PKJR
5.1.2 Memilih pakaian yang sesuai dan mengenakan peralatan
keselamatan berbasikal (aktiviti 22, hal. 27).

116

Modul DéGuru PKJR Slot 4

Contoh Penulisan Objektif PdP Kemahiran Membaca

Pada akhir pengajaran murid dapat:
1. Membaca dialog “Fungsi Peralatan Keselamatan Berbasikal”

dengan sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai.

c) Kemahiran Menulis (Contoh Tahun Dua)
i. Standard Kandungan
3.2 Menulis perkataan, frasa, dan ayat yang bermakna.
ii. Standard Pembelajaran
3.2.1 Membina dan menulis;
(iii) Ayat
iii. HP PKJR
3.1.2 Mengenal pasti peraturan dan undang-undang jalan
raya di persekitaran mereka. (aktiviti 14, hal. 17).

Contoh Penulisan Objektif PdP Kemahiran Menulis
Pada akhir pengajaran murid dapat:
1. Membina ayat berdasarkan gambar tentang peraturan

dan undang-undang jalan raya dengan betulnya secara bertulis.

4.2.8 Aktiviti Kumpulan (Teknik Stesen)
i. Peserta dibahagikan kepada 10 kumpulan, iaitu 5 kumpulan Tahap 1 dan 5

kumpulan Tahap 2. Peserta berada dalam stesen masing-masing.
ii. Aktiviti peserta:

 Mengenal pasti Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dalam
DSKP dan HP PKJR

 Menulis objektif pengajaran eksplisit yang mengandungi perkara yang
berikut:
i. Tingkah laku murid yang dapat dilihat atau diukur
ii. Keadaan atau syarat yang diperlukan bagi sesuatu
tingkah laku
iii. Hasil yang akan diperoleh murid atau pencapaian
minima

4.2.9 Persembahan Tugasan
i. Setiap kumpulan membentangkan hasil tugasan
ii. Kumpulan lain memberikan penilaian dari aspek yang berikut:
- Ketepatan pemilihan Standard Kandungan, Standard Pembelajaran
dan HP PKJR dengan kemahiran bahasa yang diajarkan
- Ketepatan penulisan objektif pengajaran

117

Modul DéGuru PKJR Slot 4
4.3 RUMUSAN
Ilmu Keselamatan Jalan Raya perlu diserapkan dalam PdP di sekolah bagi memenuhi
keperluan murid dari aspek ilmu, sahsiah dan tingkah laku sebagai pengguna jalan raya.
Oleh itu, ilmu Keselamatan Jalan Raya amat sesuai untuk diaplikasikan dalam tiga
kemahiran bahasa yang penting dalam PdP BM, iaitu kemahiran mendengar dan bertutur,
kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Murid dapat menguasai dua perkara dalam
satu masa melalui penyerapan ilmu Keselamatan Jalan Raya, iaitu ilmu tentang
Keselamatan Jalan Raya dan kemahiran bahasa dalam BM.

118



KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SLOT 4

PANDUAN PENGGUNAAN MODUL
PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA (PKJR)

SEKOLAH RENDAH

2

Pada akhir sesi ini, peserta dapat:
1. menyatakan kandungan modul PKJR dengan jelas
2. menjelaskan tema, fokus dan Hasil Pembelajaran (HP) yang

terdapat dalam Buku Panduan Guru (BPG)
3. menghuraikan pelaksanaan Buku Aktiviti Murid (BAM) berdasarkan

BPG, pemacu pena dan kit pembelajaran
4. menyesuaikan Standard Pembelajaran (SP) dalam Dokumen

Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu
dengan HP PKJR

120

3

1. Pelaksanaan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) di sekolah rendah
secara penyerapan ilmu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum
Standard Sekolah Rendah telah dimaklumkan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil.10/2009. Namun, mulai tahun 2017, PKJR akan dilaksanakan dua (2) jam
sebulan di sekolah rendah secara berperingkat-peringkat (KPMSP 600-5/2/31
Jld.2 (94) seiring dengan pelaksanaan KSSR semakan.

2. Penggunaan BAM boleh dilaksanakan tanpa menurut urutan fokus dan aktiviti.
Guru boleh memilih fokus dan aktiviti yang sesuai dengan kemahiran bahasa
yang akan diajarkan.

3. Guru perlu menyesuaikan aktiviti yang terdapat dalam BAM dengan tahap
pencapaian murid.

4. Guru hendaklah menggunakan kit pengajaran seperti kad imbasan, poster,
puzzle dan VAA yang terdapat dalam pemacu pena sebagai bahan bantu
mengajar semasa PdP dilaksanakan.

4

Pendidikan Keselamatan Jalan Raya ialah pendidikan berterusan
sepanjang hayat ke arah melahirkan pengguna jalan raya yang
bertanggungjawab dan mempunyai kesedaran untuk menghargai
nyawa, kesihatan, dan harta. pembudayaan keselamatan jalan raya
menjadi pemangkin perubahan sikap dan tingkah laku untuk
melahirkan generasi pengguna jalan raya yang berhemah serta
mematuhi peraturan dan undang-undang keselamatan jalan raya.
Usaha pendidikan keselamatan jalan raya ini dapat menyumbang
ke arah keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara.

121

5

 ‘WASPADA BUDAYA KITA’ bermaksud sikap sentiasa berhati-hati di

jalan raya hendaklah dijadikan amalan dalam kehidupan rakyat
Malaysia untuk menjamin keselamatan diri dan masyarakat serta
mengurangkan kes kemalangan, terutama kemalangan yang
melibatkan kanak-kanak.
 Slogan ini amat sesuai untuk diterapkan dalam jiwa murid sejak awal
supaya mereka akan menjadi pengguna jalan raya yang berhemah
dan bertanggungjawab dari usia kanak-kanak hingga dewasa.

6

 Buku Aktiviti Murid (BAM)

 Buku Panduan Guru (BPG)
 Pemacu Pena – Video,

Audio dan Animasi (VAA)

 Kit Pengajaran

122

7

8
Buku ini mengandungi perkara seperti yang berikut:
 Kandungan Kemahiran PKJR
 Cadangan Jawapan BAM
 Glosari Keselamatan Jalan Raya

123

ADAM JARJIT ALIYA 9

MEI LING JUTIM RANI

10

 Rakan PKJR ialah ikon atau watak yang digunakan dalam
BAM.

 Guru dan murid perlu mengenali semua ikon untuk
memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran penyisipan
elemen PKJR dalam bahasa Melayu.

 Ikon ini sama dari taska, prasekolah, sekolah rendah dan
sekolah menengah.

 Ikon mencerminkan kepelbagaian kaum di Malaysia.

124

11

Kad imbasan Puzzle Video

Audio Poster Pelekat

12

Mendengar dan
bertutur

Membaca

Menulis

125

13

 Mempamerkan hubungan antara tema, fokus dan hasil pembelajaran.
 Keserasian ini dapat membantu guru untuk mendapatkan gambaran

yang betul terhadap hasil pembelajaran yang perlu dicapai dalam
pengajaran elemen PKJR.
 Hasil Pembelajaran PKJR dapat disesuaikan dengan kemahiran
bahasa dalam Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran
dalam DSKP Bahasa Melayu.

14

 Terdapat enam tema PKJR yang sama bagi Tahun 1 hingga
Tahun 6
1. Pengangkutan Darat
2. Persekitaran Jalan Raya
3. Peraturan dan Undang-undang Jalan Raya
4. Tingkah Laku Pejalan Kaki
5. Tingkah Laku Penunggang Basikal
6. Tingkah Laku Penumpang

126

15

 Fokus ialah pecahan daripada tema.
 Fokus ada yang sama dan ada yang berbeza bagi

Tahun 1 hingga Tahun 6.
 Terdapat pemeringkatan informasi fokus bagi

menentukan tema dalam PKJR dapat disampaikan
kepada murid.

16

 HP PKJR ditetapkan dengan merujuk kepada fokus.
 HP PKJR yang terdapat dalam BPG adalah sama dari Tahun 1

hingga Tahun 6 tetapi tidak semestinya HP yang sama digunakan
pada setiap tahun.
 Walau bagaimanapun dalam pelaksanaan PdP, HP PKJR yang
perlu dicapai berbeza untuk menunjukkan pemeringkatan
daripada rendah kepada semakin tinggi berdasarkan tahap
pencapaian murid.
 HP dicatat pada penjuru kanan bahagian halaman BAM dan
BPG.
 Contoh PKJR HP:1.1.1 pada halaman 1 BAM PKJR Tahun 1.

127

17

 Semua aktiviti yang dilaksanakan dalam BAM diberikan
cadangan jawapan untuk memudahkan guru menyemak
jawapan murid.

 Bagi jawapan soalan yang berbentuk penulisan ayat atau
esei, guru boleh menerima jawapan murid yang sesuai
dan bukan merujuk cadangan jawapan yang diberikan
semata-mata.

18

128

19

 Tajuk kecil untuk setiap aktiviti.

 Aktiviti merujuk kemahiran bahasa dalam
Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu
Sekolah Rendah.

 Pentaksiran-latihan.

 Simbol-simbol jalan raya.

20

 Tajuk kecil terjemahan daripada tajuk yang difokuskan.
 Tajuk kecil diterjemahkan melalui aktiviti murid.
 Contoh hubungan tema, fokus dan tajuk kecil bagi Tahun 2.

Tema: Pengangkutan darat
Fokus: 1.1 kenderaan persendirian, kenderaan awam,

kenderaan berat dan jentera
Tajuk kecil: Komponen Keselamatan Kenderaan dan Fungsi

(BAM PKJR tahun 2: Aktiviti 1)
Ciri-ciri Keselamatan Kenderaan (BAM PKJR tahun 2:Aktiviti 2)

129

21

 Aktiviti murid sesuai dengan PdP bahasa Melayu, iaitu
setiap kemahiran yang diajarkan diikuti latihan untuk
memastikan pencapaian objektif yang ditetapkan.

 Pentaksiran yang diberikan sesuai dengan kemahiran yang
ditetapkan, iaitu latihan untuk kemahiran mendengar dan
bertutur, membaca dan menulis.

 Aktiviti dan latihan dalam modul membantu guru untuk
melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

22

 Kandungan Pemacu Pena terdiri daripada video,
audio dan animasi (VAA)

 Contoh kandungan Pemacu Pena untuk Tahun 2:
- T02A02: Aktiviti 2: Ciri-ciri Keselamatan Kereta
- T02A05: Aktiviti 5: Simbol Lampu Isyarat
- T02A15: Aktiviti 15: Lagu Rasa Sayang – muzik

audio
- T02A20: Aktiviti 20: Pakaian dan Peralatan

Keselamatan Berbasikal
- T02A21: Aktiviti 21: Pemilihan Pakaian dan

Peralatan Keselamatan Berbasikal (Teknik
Bercerita)

130

23

Kit Pengajaran Tahun 2 mengandungi gambar/poster yang berikut:

A. Persekitaran Jalan Raya B. Tingkah Laku Pejalan Kaki

1. Laluan Pejalan Kaki 1. Kawasan Kanak-kanak Melintas

2. Jejantas 2. Lampu Isyarat di Hadapan
3. Bebendul Jalan 3. Berhenti Kanak-kanak Melintas

4. Lintasan Pejalan Kaki

5. Lampu Isyarat Lintasan Pejalan Kaki

6. Hentian Bas

7. Motosikal Dilarang Masuk

24

 Guru perlu menggunakan bahan PKJR yang dibekalkan dalam PdP BM.
 PdP BM dan komponen PKJR diajarkan secara bersepadu bukan

berasingan.
 Guru perlu bijak untuk menerapkan ilmu PKJR dalam Standard

Pembelajaran yang digunakan dalam PdP.
 Bahan yang disediakan hendaklah digunakan sepenuhnya bagi setiap

tahun supaya objektif PKJR tercapai.

131

25

 Tentukan Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran
(SP) yang akan digunakan dalam PdP.

 Tentukan tema dan tajuk PdP yang sesuai.
 Tentukan objektif yang ingin dicapai dalam PdP BM.
 Pastikan komponen PKJR yang akan diserapkan dalam PdP.
 Pelaksanaan diterjemahkan dalam langkah PdP untuk mencapai

objektif yang telah ditetapkan.

26

Standard Kandungan
1.2 Bertutur untuk menyampaikan maklumat dan idea bagi pelbagai tujuan.

Standard Pembelajaran
1.2.1 Bertutur dan menjelaskan sesuatu perkara secara bertatasusila mengikut
konteks.

HP PKJR
5.1.2 Memilih pakaian yang sesuai dan mengenakan peralatan keselamatan berbasikal.
(Aktiviti: 21,halaman: 25)

132

27

Pada akhir pengajaran murid dapat:
1. Menjelaskan hal pakaian dan peralatan keselamatan yang

didengar daripada audio secara bertatasusila.

28

Standard Kandungan
2.1 Asas membaca dan memahami.

Standard Pembelajaran
2.1.1 Membaca dengan sebutan yang betul dan intonasi
yang sesuai;
(ii) Ayat

HP PKJR
5.1.2 Memilih pakaian yang sesuai dan mengenakan
peralatan keselamatan berbasikal (Aktiviti: 21,halaman: 25)

133

29

Pada akhir pengajaran murid dapat:
1. Membaca dialog “Fungsi Peralatan Keselamatan

Berbasikal” dengan sebutan yang betul dan intonasi yang
sesuai.

30

Standard Kandungan
3.2 Menulis perkataan, frasa, dan ayat yang bermakna.

Standard Pembelajaran
3.2.1 Membina dan menulis;
(iii) Ayat

HP PKJR
3.1.2 Mengenal pasti peraturan dan undang-undang jalan
raya di persekitaran mereka (Aktiviti: 14, halaman:17).

134

31

Pada akhir pengajaran murid dapat:
1. Membina ayat berdasarkan gambar tentang peraturan dan

undang-undang jalan raya dengan betulnya secara bertulis.

32

Peserta dibahagikan kepada 10 kumpulan, 4 peserta bagi satu kumpulan (5
kumpulan Tahap 1 dan 5 kumpulan Tahap 2).
Arahan kepada peserta:
 Tentukan kemahiran bahasa yang ingin diajarkan kepada murid.
 Kenal pasti Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dalam DSKP dan

Hasil Pembelajaran PKJR.
 Tulis objektif pengajaran yang eksplisit yang mengandungi perkara yang

berikut:
• tingkah laku murid yang dapat dilihat atau diukur
• keadaan atau syarat yang diperlukan bagi sesuatu tingkah laku
• hasil yang akan diperoleh murid atau pencapaian minima.

135

33

 Setiap kumpulan membentangkan hasil tugasan.
 Kumpulan lain memberikan refleksi dari aspek yang berikut:

- ketepatan pemilihan Standard Kandungan, Standard
Pembelajaran dan Hasil Pembelajaran PKJR dengan
kemahiran bahasa yang diajarkan.

- ketepatan penulisan objektif pengajaran berdasarkan
Standard Pembelajaran.

34

 Bahan PKJR amat sesuai untuk diserapkan dalam PdP BM di
sekolah rendah kerana memenuhi keperluan murid dari aspek
ilmu, sahsiah dan tingkah laku sebagai pengguna jalan raya.

 Bahan PKJR amat sesuai untuk diaplikasikan dalam tiga
kemahiran bahasa dalam PdP BM, iaitu kemahiran mendengar
dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis.

 Murid akan memperoleh dua perkara dalam satu masa melalui
penyerapan bahan PKJR, iaitu ilmu tentang keselamatan jalan
raya dan kemahiran bahasa dalam bahasa Melayu.

136

35

137



Modul DéGuru PKJR Slot 5

BAHAGIAN E
SLOT 5 : INPUT DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP)

5.1 PANDUAN PELAKSANAAN SLOT 5

5.1.1 Objektif
Pada akhir sesi, peserta dapat:
i. mengenal pasti kandungan DSKP Bahasa Melayu yang boleh dikaitkan

dengan penyerapan ilmu keselamatan jalan raya.
ii. mengaplikasikan kemahiran DSKP Bahasa Melayu dengan penyerapan

ilmu keselamatan jalan raya dalam PdP.

5.1.2 Masa: 2 jam

5.1.3 Kaedah Penyampaian dan Agihan Masa

i. Ceramah: 20 minit
ii. Perbengkelan: 1 jam
iii. Pembentangan: 40 minit

5.1.4 Langkah Pelaksanaan Slot 5

Bil. Kandungan/Aktiviti Masa Catatan
1 Ceramah 20 minit Rujuk bahan slaid
1 jam
Pengenalan umum DSKP BM. Rujuk SK, SP dalam
Penerangan kandungan modul DSKP BM. 40 minit DSKP BM SR, Buku
2 Bengkel Pengaplikasian Kemahiran Teks, HP PKJR dan
Bahasa Berdasarkan Tema yang EMK
Terkandung Dalam DSKP Bahasa Melayu

3 Pembentangan Bahan Bengkel

5.1.5 Bahan yang Diperlukan

Bil. Bahan Jumlah
1 Kertas A4 1 rim
(3 merah/hitam/biru per
2 Marker pen pelbagai warna kumpulan)
30 helai
3 Kertas sebak Disertakan
4 Slaid powerpoint Modul DSKP Bahasa Melayu Satu kumpulan satu borang
5 Borang penilaian (Lampiran B)

139

Modul DéGuru PKJR Slot 5

5.2 PERINCIAN LANGKAH PELAKSANAAN SLOT 5

5.2.1 Bengkel Pengaplikasian Kemahiran Bahasa Berdasarkan Tema yang
Terkandung Dalam DSKP Bahasa Melayu

i. Fasilitator menerangkan panduan pelaksanaan bengkel kepada
peserta kursus. Setiap kumpulan mendapat satu tema yang
terkandung dalam DSKP Bahasa Melayu.

ii. Setiap kumpulan perlu merancang langkah aktiviti yang sesuai
berdasarkan tema yang diberi.

iii. Fasilitator membimbing peserta semasa pelaksanaan bengkel.

5.2.2 Tema-tema yang terkandung dalam DSKP Bahasa Melayu Sekolah Rendah
i. Kekeluargaan
ii. Kemasyarakatan
iii. Kesihatan dan Kebersihan
iv. Keselamatan
v. Perpaduan
vi. Kebudayaan, Kesenian dan Estetika

vii. Jati diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan
viii. Sains, Teknologi dan Inovasi
ix. Alam Sekitar dan Teknologi Hijau

x. Pertanian dan Penternakan
xi. Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan

5.2.3 Objektif PdP Standard Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah

i. Memberikan respons berdasarkan arahan, pesanan, dan pertanyaan
dengan betul;

ii. Bercerita, berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu
perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila;

iii. Membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul, memahami, dan
menaakul maklumat tersurat dan tersirat daripada pelbagai sumber
untuk memberikan respons dengan betul;

iv. Membaca pelbagai bahan bagi memperkaya kosa kata dan maklumat
untuk memupuk minat membaca;

v. Mencatat, menulis, dan mengimlak untuk mengaplikasikan maklumat
dengan menggunakan bahasa yang santun.

vi. Menghasilkan pelbagai penulisan, mengedit, dan menulis ulasan.
vii. Menghayati serta menghargai keindahan dan kesantunan bahasa

dalam bahan sastera;
viii. Menggunakan sistem bahasa yang betul dalam pertuturan,

pembacaan, dan penulisan; dan
ix. Menghargai dan mengamalkan nilai murni, bersikap positif, semangat

patriotik, dan kewarganegaraan melalui aktiviti berbahasa.

140

Modul DéGuru PKJR Slot 5

5.2.4 Penyerapan nilai murni dalam Standard Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah
Rendah

i. Baik hati
ii. Berdikari
iii. Hemah tinggi
iv. Hormat-menghormati
v. Kasih sayang
vi. Keadilan
vii. Kebebasan
viii. Keberanian
ix. Kebersihan fizikal dan mental
x. Kejujuran
xi. Kerajinan
xii. Kerjasama
xiii. Kesederhanaan
xiv. Kesyukuran
xv. Rasional
xvi. Semangat bermasyarakat

5.2.5 Kandungan Kemahiran PKJR

Tema Fokus Hasil Pembelajaran

1. Pengangkutan 1.1 Kenderaan 1.1.1 Menamakan kenderaan
Darat persendirian, 1.1.2 persendirian, kenderaan awam,
kenderaan 1.1.3 kenderaan berat dan jentera yang
awam , diketahui.
kenderaan berat 1.1.4 Menyatakan ciri-ciri keselamatan
dan jentera 1.1.5 yang terdapat pada komponen
1.1.6 kenderaan.

Menyatakan tindakan yang perlu
dilakukan sekiranya kenderaan :
• laju
• menghampiri
• mengundur
• membelok
Berbincang maksud
ketidakbolehlihatan dan impaknya
terhadap pejalan kaki dan
penunggang basikal.
Membuat keputusan memilih
kenderaan awam yang selamat
mengikut situasi.
Membandingkan masa dan jarak
berhenti kenderaan serta
menceritakan faktor yang
menghalang pandangan pemandu.

141


Click to View FlipBook Version