MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
1.4.6 TAKWIM DAN RANCANGAN AKTIVITI
Contoh Perancangan Aktiviti Tahunan BSMM di Sekolah Kebangsaan
TARIKH CADANGAN AKTIVITI CATATAN
Mesyuarat Agung
Perlantikan AJK
Lagu dan Ikrar BSMM, Lagu Negaraku dan Lagu
Negeri Pahang
Sejarah dan prinsip BSMM
Bendera, Logo dan Pakaian Rasmi
Peti Pertolongan Cemas
Asas Pertolongan Cemas
Panduan Rawatan Kecemasan
AMALI : Cara pemasangan khemah dengan betul
AMALI : Penyediaan makanan : Membuat sandwich
dengan cara yang betul
AMALI :Mencuci tangan dan membersihkan diri
dengan betul
AMALI : Asas Kawad Kaki
Ikatan Anduh dan Balutan
Jenis-jenis Penyakit
Ubat-ubatan
AMALI : Kerja Kemasyarakatan Gotong-royong
Majlis Penutup
Muka Surat | 43
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
TAJUK 2
KEMAHIRAN PERKHEMAHAN
Muka Surat | 44
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
2.1 KRAF PERKHEMAHAN
2.1.1 PENGENALAN
1. KONSEP KHEMAH
a. Khemah ialah tempat perlindungan sementara yang selamat dan mempunyai
kemudahan asas yang minima.
b. Maksud tempat perlindungan ialah sebarang jenis dan bentuk tempat
perlindungan, sama ada yang diperbuat daripada kanves, nilon, dedaunan,
buluh atau mungkin juga daripada kayu dan batu. Yang penting, tempat
perlindungan tersebut mampu memberikan perlindungan daripada hujan,
panas, angin dan juga kesejukan.
c. Berkhemah pula ialah penghidupan di luar bangunan, sama ada di halaman
atau di belakang rumah, di dalam hutan, di pantai, di bukit, di gunung dan
sebagainya. Dahulu, berkhemah merupakan satu keperluan untuk hidup.
d. Berkhemah berkait rapat dengan ikhtiar hidup secara individu atau
berkumpulan. Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul beberapa
tanggungjawab terhadap pengurusan peralatan, makanan, dan perlindungan
di samping melibatkan diri dalam aktiviti yang berkaitan dengan perkhemahan.
e. Berkhemah merupakan salah satu cabang ilmu yang menguji kemampuan
mentaldan fizikal untuk menggunakan sumber-sumber yang terhad dengan
kemudahan yang terhad. Aktiviti berkhemah akan menguji setakat mana
kesanggupan kita menghadapi kekurangan & ketidakselesaan.
2. KONSEP KRAF PERKHEMAHAN
a. Kraf perkhemahan merupakan kemahiran asas yang perlu dipelajari untuk
menghadapi cabaran alam sekitar dan alam semula jadi dalam kegiatan luar
atau perkhemahan.
a. Pengetahuan dalam kraf perkhemahan adalah penting dan digunakan apabila
individu melakukan aktiviti perkhemahan atau pengembaraan.
3. RASIONAL
a. Melatih diri untuk menjadi lebih mahir dan berkeyakinan dalam menghadapi
cabaran alam semula jadi dan habitatnya;
b. Memupuk perasaan cinta terhadap alam semula jadi dan mensyukuri akan
ciptaan-Nya; dan
c. Mengamalkan nilai-nilai murni dan menghayati akan keindahan alam flora dan
fauna yang terdapat di muka bumi ini.
Muka Surat | 45
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
4. OBJEKTIF
a. Menggalakkan ahli BSMM untuk mengaplikasikan kemahiran dan teknik kraf
perkhemahan dalam aktiviti luar atau aktiviti perkhemahan;
b. Mendedahkan ahli BSMM untuk memahami akan habitat dan alam semula jadi
serta mengetahui cara-cara untuk hidup apabila berada di dalam hutan atau
tapak perkhemahan; dan
c. Memberikan kesedaran kepada ahli BSMM tentang kepentingan menjaga alam
sekitar dengan cara yang betul dan berkesan.
2.1.2 PENGURUSAN DAN PENJAGAAN KHEMAH
i. JENIS-JENIS KHEMAH
a. Ridge tent
• Mempunyai tiang yang melintang di sepanjang bumbung.
• Diperbuat daripada material nylon yang ringan supaya mudah dibawa
dan dilipat
b. Dome tent
• Berbentuk gelembung dan menggunakan material yang sesuai dan
fleksibel.
• Ringan, mudah dibawa dan sesuai digunakan untuk berkelah atau
perkhemahan seperti di sekolah dan sebagainya.
Muka Surat | 46
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
c. Frame tent
• Khemah jenis besar yang biasa digunakan untuk perkhemahan
keluarga.
• Rangka khemah akan dipasang dahulu dan kanvas dipasang kemudian.
d. Bell tent
• Mempunyai satu tiang tinggi di puncak khemah.
• Khemah jenis ini sudah jarang digunakan dan digantikan dengan
khemah jenis “DOME”.
Muka Surat | 47
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
e. Shelter
• Shelter sukar untuk dibina dan memerlukan kemahiran yang tinggi.
• Shelter boleh melindungi daripada serangga, panas, hujan, angin, salji
dan suhu sejuk. Boleh menyembunyikan diri daripada musuh bahaya.
• Jenis-jenis Shelter
i. Phonco-Lean-To
Mudah dan cepat dibina. Diikat pada dua batang pokok.
Shelter tertutup pada satu bahagian sahaja. Pastikan
shelter tidak menghala arah angin.
ii. Phonco Tent
Mudah dibina. Diikat antara dua batang pokok. Shelter
tertutup pada dua bahagian,kiri dan kanan.
iii. One man Shelter
Mudah dibina dan terhalang dari rintangan angin. Saiz
yang kecil menjadikan ia lebih sejuk dan nyaman.
Muka Surat | 48
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
ii. PENGURUSAN DAN KESELAMATAN KHEMAH
a. Ubat nyamuk tidak dibenarkan dipasang di dalam atau terlalu hampir dengan
khemah.
b. Khemah bukan sebagai tempat menjemur atau menyidai pakaian.
c. Tidak dibenarkan memasak di dalam khemah.
d. Digalakkan makan di luar khemah untuk mengelakkan semut atau binatang
lain dari memasuki khemah.
e. Pastikan khemah ditutup jika tiada orang di dalamnya.
f. Pastikan di luar dan dalam khemah sentiasa berkeadaan bersih dan kemas.
g. Merokok adalah di larang sama sekali di dalam khemah.
h. Pastikan khemah yang dipasang adalah kukuh dan selamat untuk digunakan.
iii. PENJAGAAN KHEMAH
a. Sentiasa melindungi pancang khemah dan pastikan tiang atau pancang
khemah berada dalam keadaan baik. Letakkan sedikit pelincir untuk
memudahkan memasukkan dan mengeluarkan tiang atau pancang.
b. Letakkan juga pelincir pada zip untuk mengelakkan zip jem dan susah untuk
dibuka.
c. Jangan menyimpan makanan didalam khemah untuk mengelakkan daripada
binatang mencari dan merosakkan khemah anda dalam usaha mencari
makanan tersebut.
d. Saranan yang penting sentiasa bersihkan khemah anda setiap kali selepas trip
atau setelah selesai menggunakkannya, dan pastikan anda memeriksa setiap
kotoran dan sampah sarap yang tertinggal.
e. Sebelum menyimpan pastikan yang khemah anda betul-betul kering.
f. Sekiranya khemah anda basah elakkan dari menekan, menarik, atau dengan
apa cara sekalipun untuk mengelakkan daripada terkoyak.
g. Jangan menggunakan lilin, mancis, atau pembakaran terbuka berdekatan
dengan khemah.
h. Sentiasa menggunakan peralatan yang menggunakan kuasa bateri di dalam
khemah dalam usaha mengelak kejadian tidak diingini berlaku.
Muka Surat | 49
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
2.1.3 TUJUAN DAN FAEDAH MEMBUAT GAJET
a. Gajet ditakrifkan sebagai perkasasan atau peralatan atau perabot, seperti pagar,
pintu, kerusi, katil, rak barang, ampaian dan sebagainya yang terdapat di rumah.
Gajet-gajet ini diperbuat daripada kayu dengan menggunakan paku, gam dan
sebagainya supaya kelihatan kemas dan cantik serta sesuai dengan situasi tempat.
b. Berdasarkan situasi di rumah, gajet juga amat diperlukan dalam aktiviti
perkhemahan kerana satu tapak perkhemahan boleh diibaratkan seperti sebuah
rumah yang memerlukan pintu, pagar, kerusi atau bangku, ampaian, rak kasut, rak
barang, rak dapur dan seumpamanya.
c. Bezanya, gajet-gajet dalam aktiviti perkhemahan diperbuat daripada buluh atau
batang kayu yang disambung atau diikat menggunakan tali dengan simpulan dan
ikatan yang tertentu. Simpulan dan ikatan ini amat penting agar gajet-gajet yang
dibina menjadi kukuh dan selamat digunakan. Sebaik-baik gajet perkhemahan
ialah gajet yang dibina tanpa menggunakan sebarang paku.
d. Gajet-gajet ini dikenali juga sebagai kraf kayu atau wood craft. Gajet penting dalam
aktiviti luar kerana ia mempunyai pelbagai fungsi. Antaranya:
a. menggantikan perkakasan dan perabot di rumah;
b. memudahkan pengurusan tempat atau kawasan perkhemahan; dan
c. menjadikan aktiviti perkhemahan lebih tersusun, teratur dan menyeronokkan.
e. Tujuan mendirikan gajet adalah untuk:
a. mempraktikkan ilmu simpulan dan ikatan yang telah dipelajarinya secara teori
dan amali dalam sesi perjumpaan mingguan;
b. membina semangat kekitaan, kerja sama, bertanggungjawab dan semangat
bergotong royong dalam kalangan ahli Kumpulan Seksyendalam suasana
yang ceria dan menyeronokkan;
Muka Surat | 50
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
c. mengisi masa lapang yang ada dengan aktiviti yang berfaedah sepanjang
aktiviti perkhemahan dijalankan;
d. mencerdaskan mental dan mencergaskan fizikal kerana memerlukan idea,
kreativiti, tenaga dan masa yang sesuai dan kondusif;
e. menentukan keluasan tapak perkhemahan masing-masing dengan mendirikan
pagar mengelilingi tapak khemah;
f. meninggikan taraf penghidupan di tapak perkhemahan agar kelihatan kemas,
bersih, selesa dan menarik.
g. dijadikan tempat untuk menyimpan, menyusun dan memperagakan
perkasasan, peralatan, bahan, maklumat, pakaian dan sebagainya;
h. melindungi bahan-bahan makanan, sama ada bahan basah atau bahan
kering daripada tercemar, sama ada oleh faktor alam ataupun oleh serangga
dan haiwan;
i. memudahkan sebarang aktiviti dijalankan di dalam kawasan perkhemahan
tanpa sebarang masalah dan gangguan, seperti memudahkan pergerakan,
senang mencari maklumat serta barangan dan peralatan yang telah
diletakkan atau disimpan di tempat yang sesuai; dan
j. menjadi mercu tanda perkhemahan serta pengalaman dan kenangan yang
tidak mudah dilupakan.
f. Terdapat beberapa faedah mendirikan gajet. Antaranya:
a. mewujudkan suasana yang tenteram, selesa, lapang dan selamat;
b. menjimatkan kos;
c. alam sekitar menjadi bersih dan nyaman;
d. barangan dan peralatan mudah disimpan dan diambil;
e. menambahkan pengetahuan dan pengalaman; dan
f. memanfaatkan sumber alam persekitaran dengan sebaik mungkin.
Muka Surat | 51
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
g. Kaedah mendirikan gajet:
a. ringkas dan praktikal dengan penggunaan bahan dan peralatan yang minimum;
b. senang dibina dalam jangka masa yang pendek serta boleh serba guna;
c. menggunakan bahan dan alat yang ada dipersekitaran atau yang dibekalkan
tanpa memerlukan kos yang tinggi;
d. menggunakan simpulan dan ikatan yang betul dan kemas;
e. susun atur mendirikan gajet di tempat yang sesuai di dalam kawasan
perkhemahan; dan
f. jenis dan bilangan sesuai dengan bilangan peserta dan keluasan tapak.
h. Bahan-bahan untuk mendirikan gajet:
a. Sebelum sesebuah gajet dibina, beberapa peralatan dan bahan perlu
disediakan terlebih dahulu. Peralatan dan bahan ini bergantung kepada jenis-
jenis gajet yang akan dibina.
b. Antara peralatan dan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat sesebuah
gajet (mengikut kesesuaian) ialah;
i. parang;
ii. gergaji;
iii. tali, sama ada tali rafia, rami atau manila, rotan, dawai atau akar;
iv. buluh, sama ada yang lurus, bulat atau pun yang telah dibelah
(boleh juga buluh terpakai);
v. kayu yang berukuran diameter di antara 10 cm hingga 18 cm;
vi. kayu yang berukuran diameter di antara 18 cm hingga 22 cm;
vii. ranting dan dahan pokok, sama ada yang lurus atau yang
bercabang;
viii. tin-tin kosong;
ix. batu-bata;
x. plastik;
xi. zink;
xii. papan;
xiii. kad manila; dan
xiv. dedaunan.
Muka Surat | 52
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
2.1.4 JENIS-JENIS GAJET DAN KEGUNAANNYA
1. Gajet perlu didirikan mengikut kesesuaian kerana terdapat pelbagai jenis gajet
boleh dibinakan sepanjang aktiviti perkhemahan dijalankan. Namun gajet perlu
didirikan pada waktu yang lapang atau pada waktu yang telah ditetapkan di dalam
jadual perkhemahan.
2. Antara gajet yang boleh dibina: ialah gajet dapur, meja, rak kasut, alas atau rak
untuk meletak beg pakaian, ampaian, pintu gerbang, menara kawalan, dan
sebagainya.
a. tiang bendera;
b. pagar;
c. pintu gerbang;
d. papan kenyataan;
e. ampaian;
f. pangkin, tempat duduk dan meja;
g. rak kasut;
h. rak dapur;
i. rak barang; dan
j. lubang basah dan lubang kering (tempat buangan sampah)
Muka Surat | 53
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
3. Tiang Bendera
a. Tiang bendera didirikan dengan menggunakan kayu atau buluh, tali, dan
bendera. Pelbagai bentuk boleh dihasilkan untuk membuat tiang bendera.
Walau bagaimanapun, penghasilannya adalah bergantung kepada sumber
bahan yang ada.
b. Terdapat dua jenis tiang bendera didirikan dalam aktiviti perkhemahan BSMM.
Satu berupa tiang bendera utama yang didirikan di hadapan kawasan lapang
atau tapak perhimpunan yang digunakan untuk mengibarkan bendera
Malaysia, bendera negeri dan bendera BSMM, manakala satu lagi berupa tiang
bendera yang digunakan untuk mengibarkan bendera Sekawan atau Patrol di
dalam kawasan perkhemahan Sekawan atau Patrol itu sendiri.
4. Pagar
i. Gajet pagar amat penting dibina untuk menentukan keluasan kawasan
perkhemahan Sekawan atau Patrol. Gajet pagar didirikan dengan
menggunakan kayu atau buluh yang dipacak mengelilingi kawasan
khemah kemudian diikat atau dihadang dengan tali untuk menjadi
pagar.
ii. Pagar tidak perlu dibina terlalu tinggi. Sebaik-baiknya ketinggian pagar
yang dibina sekitar satu meter sahaja. Untuk memastikan pagar
Muka Surat | 54
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
menjadi kukuh, jarak pancangan kayu atau buluh hendaklah agak rapat
sekitar dua meter antara satu pancangan.
iii. Sekawan atau Patrol yang kreatif akan menghiasi pagar mereka
dengan pelbagai corak atau gaya agar pagar kelihatan kemas, menarik
dan cantik.
KEDUDUKAN/PELAN PERKHEMAHAN
5. Pintu Gerbang
a. Gajet pintu gerbang merupakan satu daripada gajet yang amat penting dibina
dalam aktiviti perkhemahan. Selain sebagai pintu masuk ke dalam kawasan
perkhemahan, pintu gerbang yang baik akan berperanan sebagai pusat
kawalan, di samping sebagai tempat untuk memasang bendera
Sekawan/Patrol.
b. Pembinaan pintu gerbang seharusnya bersesuaian dengan bilangan hari dan
bahan yang ada. Jika tempoh perkhemahan agak lama dan bahan untuk
mendirikan gajet pintu gerbang banyak, seharusnya pintu gerbang yang
didirikan agak besar dan cantik.
Muka Surat | 55
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
c. Antara bahan dan peralatan yang diperlukan untuk membuat gajet pintu
gerbang ialah:
i. beberapa batang kayu atau buluh pelbagai ukuran;
ii. tali, sama ada rami, jut atau raffia;
iii. cangkul, parang dan gergaji; dan
iv. tangga (jika ada).
6. Papan Kenyata
a. Gajet ini dibuat untuk mempamerkan beberapa kenyataan atau maklumat
berkaitan ahli Sekawan atau Patrol, pengumuman pemimpin, pelan atau
gambar rajah kawasan perkhemahan Kumpulan Seksyendan maklumat-
maklumat lain yang berkaitan.
b. Saiz papan kenyataan yang ingin dibuat bergantung kepada keperluan dan
sumber bahan yang ada. Bagi memastikan agar maklumat yang dipamerkan
itu terlindung daripada hujan dan matahari, kreativiti BSMM amat diperlukan
untuk menyediakan bumbung atau perlindungan yang bersesuaian bagi papan
kenyataan berkenaan.
c. Antara bahan yang diperlukan ialah kayu atau buluh, tali, marker dan bahan-
bahan lain yang sesuai.
PELBAGAI CONTOH PAPAN KENYATAAN
Muka Surat | 56
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
7. Ampaian
a. Gajet ampaian boleh dihasilkan dalam pelbagai bentuk bergantung kepada
kreativiti pembuatnya. Walau bagaimanapun, gajet ampaian yang baik ialah
gajet yang didirikan tanpa bergantung kepada pokok atau batang-batang
pokok yang hidup.
b. Oleh itu, gajet ampaian digalakkan didirikan di kawasan lapang, khususnya
kawasan yang terdedah kepada cahaya matahari dan angin di bahagian
belakang kawasan khemah kumpulan.
c. Antara bahan yang diperlukan untuk membuat gajet ampaian ialah kayu atau
buluh, kayu bercabang, kayu atau buluh pancang dan tali atau dawai.
PELBAGAI CONTOH AMPAIAN
8. Pangkin, tempat duduk dan meja
a. Gajet ini dibuat untuk dua fungsi. Pertama, sebagai meja makan dan kedua,
sebagai meja persidangan atau perbincangan Sekawan/ Patrol.
b. Kebiasaannya gajet ini didirikan di bahagian belakang kawasan khemah
kumpulan, iaitu berdekatan dengan khemah dapur. Ada juga kumpulan yang
membuat gajet tersebut di bahagian hadapan atau kawasan halaman khemah
kumpulan.
PELBAGAI CONTOH RAK MEJA
Muka Surat | 57
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
9. Rak kasut
a. Gajet rak kasut dibuat untuk meletakkan kasut-kasut ahli kumpulan dalam
kawasan perkhemahan tersebut. Tempat yang paling sesuai untuk membina
rak kasut ialah berhampiran dengan khemah ahli, khususnya berdekatan
dengan pintu khemah.
b. Gajet rak kasut dibina dengan menggunakan beberapa batang bulu atau kayu
berukuran antara suku hingga satu meter dan diikat dengan tali menggunakan
simpulan dan ikatan yang sesuai.
CONTOH RAK KASUT
10. Rak dapur atau tempat memasak
a. Rak atau gajet dapur atau tempat memasak merupakan antara gajet yang
paling penting perlu dibuat. Rak dapur boleh dibuat secara paling ringkas, yakni
tanpa bumbung atau boleh juga dibuat dengan berbumbung.
b. Gajet dapur yang paling ringkas ialah gajet dapur bergantung yang biasanya
digunakan untuk memasak air. Manakala untuk memasak makanan pula, gajet
yang paling ringkas ialah yang didirikan di atas tanah dengan menggunakan
batu atau tungku. Antara bahan yang diperlukan untuk membuat gajet dapur
ringkas ialah kayu bercabang, kayu lurus atau buluh, batu bata, dawai, tanah
kering, dan kawasan berbukit.
PELBAGAI CONTOH RAK DAPUR
Muka Surat | 58
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
11. Rak barangan dapur:
a. Gajet ini saiznya agak besar dan agak rumit juga untuk membuatnya. Gajet
atau rak ini digunakan sebagai tempat membasuh pinggan mangkuk yang
dilengkapi dengan baldi air atau besen, tuala kecil, sabun, dan air. Untuk
menjimatkan ruang, gajet atau rak ini boleh dibuat secara bertingkat-tingkat.
CONTOH RAK BARANGAN DAPUR
12. Rak tempat menyimpan makanan
a. Gajet ini dibuat berdasarkan kegunaannya. Sekiranya terdapat pokok di dalam
kawasan khemah kumpulan, maka gajet jenis bergantung sesuai digunakan.
Sekiranya tiada pokok dalam kawasan khemah berkenaan, gajet jenis
bertingkat berbentuk kon boleh dibuat.
CONTOH RAK MENYIMPAN MAKANAN
Muka Surat | 59
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
b. Gajet tempat menyimpan makanan yang baik ialah yang dihasilkan bersama
penutup yang diperbuat daripada plastik atau dedaun kering yang dianyam.
Antara bahan yang diperlukan ialah kayu atau buluh, buluh yang dibelah dua
atau empat, tali, dan plastik atau dedaun kering yang bersesuaian.
PELBAGAI CONTOH RAK MENYIMPAN MAKANAN BERTUTUP
13. Tempat buangan sampah basah (sisa makanan) dan sampah kering
a. Gajet ini juga amat penting dibuat untuk menjaga akan kebersihan kawasan
khemah. Gajet buangan sampah basah dan sampah kering boleh dibina di atas
atas seperti gambar rajah di bawah atau dengan cara mengorek lubang di
tanah.
b. Demi menjaga kebersihan, pastikan gajet ini dibina di bahagian belakang
berdekatan dengan rak dapur dan ditutup sentiasa untuk mengelakkan lalat
dan serangga lain mengerumuni atau berkumpul dalam tenmpat sampah.
CONTOH LUBANG KERING DAN LUBANG BASAH
Muka Surat | 60
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
2.2 IKHTIAR HIDUP
2.2.1 PENGENALAN
Mengikut kamus "Oxford" ikhtiar hidup atau survival ialah "the state of continuing to live or
exist". Ataupun mengikut sesetengah buku memberikan maksud ikhtiar hidup atau survival
ialah "the art of remaining alive and escaping from a hostile environment, without full facilities".
Selain itu ikhtiar hidup juga boleh ditakrifkan sebagai suatu keadaan genting dalam usaha
untuk terus hidup. Kesimpulannya ikhtiar idup merupakan satu ikhtiar dalam proses
kelansungan hidup. Keadaan yang selalunya menyebabkan seseorang itu memerlukan teknik
survival ialah apabila seseorang itu berhadapan dengan sesuatu masalah yang tidak dijangka
akan berlaku dan apa akan seterusnya berlaku
Ikhtiar hidup atau lebih dikenali sebagai survival boleh diertikan sebagai suatu situasi atau
keadaan genting serta mengalami kesukaran dalam usaha untuk meneruskan kehidupan,
terutamanya semasa mengikuti aktiviti perkhemahan di dalam hutan, bukit dan gunung. Oleh
itu, ikhtiar hidup merupakan keupayaan atau keadaan sesuatu itu untuk terus hidup atau daya
usaha yang diutamakan dalam proses kelangsungan hidup. Dalam konteks aktiviti luar, ikhtiar
hidup merupakan satu usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang supaya dia
terus hidup semasa menghadapi ancaman, termasuk sesat di dalam hutan.
2.2.2 5 ASAS KEMAHIRAN IKHTIAR HIDUP
a. API
Api boleh digunakan untuk memasak air, memasak makanan, memberi isyarat kepada
penyelamat, memanaskan badan, cahaya dan keselesaan, membantu menghalau binatang
liar, dan merupakan sahabat ketika bersendirian. Setiap mereka yang melibatkan diri dengan
aktiviti luar (Outdoors) harus mempunyai pengetahuan cara untuk menyalakan api sekurang-
kurangnya dalam dua keadaan, satu dengan peralatan dan satu lagi tanpa peralatan.
Beberapa tompokan unggun api yang kecil lebih banyak menghasilkan haba berbanding satu
tompokan unggun api yang besar. Cari dan kumpulkan kayu api untuk diganakan pada
sebelah malam dan kemudian kumpulkan lagi dengan jumlah yang sama, kerana sudah pasti
anda memerlukannya kemudian. Jimatkan bahan bakar dengan cara membuat "star fire"
dimana cuma hujung kayu sahaja yang terletak didalam unggun api, cuma tolak kedalam jika
bahan bakar diperlukan lagi. Buat pembalik haba dengan membuat dinding di belakang
ataupun kawasan haba yang berdekatan dengan dinding seperti tembok atau dinding gua.
Duduk diantara api dan dinding tersebut supaya anda dapat menerima pemanasan dari
belakang.
Muka Surat | 61
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
b. PERLINDUNGAN
Perlindungan bermaksud melindungi diri daripada terdedah kepada pancaran
matahari yang berlebihan, sejuk, angin dan hujan. Apa sahaja yang boleh menambah dan
mengurangkan suhu badan boleh menjadi musuh kita. Pakaian merupakan cara perlindungan
pertama, pakaian yang sesuai untuk keadaan yang sesuai. Sentiasa memakai topi. Cuba dan
kekalkan supaya lapisan pakaian yang terdekat dengan badan sentiasa kering. Lapisan yang
terdekat dengan kulit lebih panas daripada sehelai baju yang tebal. Jangan membazirkan
tenaga untuk membuat tempat perlindungan sedangkan alam semula jadi telah
menyediakannya (seprti gua dll.). Sentiasalah berlatih untuk membina tempat perlindungan
yang mudah sekiranya tidak menemui tapak perkhemahan yang sesuai. Jangan tunggu untuk
membuat tapak perkhemahan sendiri. Gunakan "SPACE BLANKET" ataupun baju hujan
untuk mengelak daripada kelembapan, atau untuk menutup tempat perlindungan ataupun
digunakan sebagai selimut dengan keadaan duduk mencangkung (squat position) untuk
memberi konsentrasi haba didalam badan.
c. ISYARAT
Menandakan kehadiran kita dan kebolehan kita menarik perhatian orang lain untuk
meminta bantuan. Api, lampu suluh, penanda berwarna cerah, bendera, cermin dan wisel
boleh membantu anda untuk diketemui. Tiga tompokan unggun api yang membentuk segitiga
menandakan seseorang itu dalam kesusahan. Kawal pembakaran daripada merebak dan
merosakkan persekitaran. Gunakan Cermin Isyarat atau cermin biasa apabila terlihat
kapalterbang, atau orang pada jarak yang jauh. Gunakan Pemancar Cahaya Kecemasan
"EMERGENCY STROBE light" pada sebelah malam untuk menarik perhatian mereka yang
mungkin berada dikawasan tersebut. Buat unggun api dengan bahan organic (rumput lembap
/ getah) untuk menghasilkan asap yang tebal pada sebelah siang. Cari kawasan yang luas
untuk membuat isyarat udara seperti S.O.S daripada batu, kayuan atau pakaian berwarna,
dan apa sahaja yang boleh membezakan dengan warna permukaan tanah. Kebanyakkan
kerja menyelamat menggunakan kapalterbang / helikopter sebagai cara pertama mereka
untuk memerhati.
Muka Surat | 62
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
d. MAKANAN/AIR
Makanan/air berkait secara langsung dengan ikhtiar hidup. Kawal perpeluhan
bukannya mengawal pengambilan air. Kalau boleh seseorang itu digalakkan untuk hanya
meminum air pada sebelah petang yang redup atau dingin. Kita boleh hidup sehingga tiga
hari lamanya tanpa meminum air. JANGAN memakan tumbuhan yang anda tidak pasti.
Jangan sesekali meminum urin (cecair dari tubuh spt. peluh / kencing). Seseorang seharusnya
membawa sejumlah makanan dengan mengandaikan bahawa mereka akan memerlukan
makanan dan air yang lebih sebelum merancang perjalanan anda. Bawa makanan ringkas
yang berprotein, bertenaga dan berglukosa tinggi (coklat, gula-gula) didalam poket pada
setiap masa, untuk kegunaan ketika perlu. Masaklah air dengan menambahkan 10 minit atau
lebih tempoh memasak air setiap kedudukan anda meningkat 1000 kaki dari aras laut. Tapis
air menggunakan sapu tangan anda untuk mengasingkan bendasing yang kasar daripada air
minuman . Jangan tunggu hingga anda betul-betul kehabisan air baru hendak mencari air.
Simpan air didalam bekas minuman. Jangan memakan mana-mana buah-buahan liar jika
tidak pasti. Selain itu kita juga boleh mengumpulkan air hujan dengan menggunakan "space
blanket" atau baju hujan dengan menadahkannya diatas permukaan tanah yang tinggi sedikit
dan terbuka.
e. PERTOLONGAN CEMAS
Pertolongan cemas bukan sahaja keperluan perubatan yang asas, ia juga merupakan
tindakan asas untuk ikhtiar hidup. JANGAN PANIK, sentaias tenang dan lakukan apa yang
anda harus lakukan serta jangan lupa menjaga keselamatan diri sendiri. "STOP" bermaksud
Sit (duduk), Think (fikir), Observe (tinjau), dan Plan (rancang). Ia merupakan tindakan bijak
apabila anda dapati anda telah tersesat atau terkandas. Elimen terpenting ialah BERFIKIR
SECARA RASIONAL, ini hanyalah petunjuk kecemasan yang asas. Periksa segala keperluan
sebelum mengembara, buat catatan perubatan "medical checklist" dan sediakan kit
kecemasan peribadi yang kecil dan bawalah ia bersama setiap masa. Kebanyakkan situasi
ikhtiar hidup hanya memerlukan alat rawatan untuk luka kecil, bengkak dan keperluan
perubatan peribadi. Pastikan kita tahu apa yang kita ada dan tahu cara menggunakannya.
Jangan terlebih "muatan", bawa hanya barang yang difikirkan perlu sahaja. Bawa juga gambar
keluarga atau orang tersayang dan simpannya bersama peralatan anda untuk mengingatkan
diri supaya bertenang dan berusaha untuk terus hidup. Elakkan "hypothermia" (in english)
dengan memanaskan badan dengan baju panas atau "space blanket".
Muka Surat | 63
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
2.2.3 PRINSIP-PRINSIP ASAS IKHTIAR HIDUP
Secara ringkas prinsip asas ikhtiar hidup boleh dibahagikan kepada empat iaitu
kemahuan, mengatasi ketakutan, undang-undang asas ikhtiar hidup dan peralatan ikhtiar
hidup.
a. KEMAHUAN
Apa yang dimaksudkan dengan kemahuan dari aspek ikhtiar hidup ialah sehala daya
usaha untuk terus hidup. Ini termasuklah kemahuan-kemahuan yang berkaitan seperti
kemahuan untuk mencari sumber minuman dan makanan melalui pemasangan jerat,
pernagkap dan sebagainya serta kemahuan mencari jalan keluar
b. MENGATASI KEKUATAN
Ketakutan biasanya datang dari kelemahan diri sendiri. Segala ketakutan ini akan
hanya mengganggu mental dan emosi. Apa yang boleh dilakukan ialah cuba elakkan daripada
terlalau memikirkan sesuatu benda yang tidak mungkin berlaku atau yang tidak wujud kerana
apabila seseorang itu mengalami ketakutan yang amat sangat ini menyebabkan mereka gagal
berfikir secara rasional dan positif
c. UNDANG-UNDANG SEMASA
Antara undang-undang asas yang perlu di ikuti dalam konteks ikhtiar hidup ialah
membuat persediaan awal sebagai contoh menyediakan khemah atau khemah reka ganti
sebelum waktu petang, ini disebabkan oleh keadaan hutan yang mudah menjadi gelap
walaupun pada pukul 5:00 petang. Sediakan seberapa banyak ranting-ranting dan kayu api
untuk kegunaan waktu malam sehingga pagi. Dan pastikan kita mendapatkan rehat dan tidur
yang mencukupi.
d. PERALATAN IKHTIAR HIDUP
Peralatan ikhtiar hidup adalah eralatan yang ringan, kecil serta mudah dibawa
kemana-mana. Walaupun saiznya kecil kegunaannya adalah besar. Lima alat ikhtiar hidup
yang paling asas ialah pisau atau parang, mata pancing (3 jenis yang berlainan), tali
pancing, sekotak mancis atau pemeik api dan sebungkus garam. Lain-lain peralatan yang
boleh dibawa termasukalh beberapa jenis makanan yang boleh bertahan selam 24 jam,
beberpa jenis ubat, tali, lampu suluh, getah lastik dan Kompas
Muka Surat | 64
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
e. PERLINDUNGAN SEMENTARA
Makanan, pakaian dan tempat tinggal merupakan keperluan asas manusia Walaupun
ketika berada di dalam hutan tebal, kita tetap memerlukan tempat perlindungan ubutk
bermalam, berteduh daripada hujan lebat dan kesejukan. Tanpa tempat perlindungan,
kesihatan kita mungkin akan terganggu dan kita mungkin terdedah kepada bahaya
terutamanya apabila berada di dalam hutan. Khemah merupakan alat yang amat penting
sebagai tempat tinggal sementara di dalam hutan, walaubagaimanapun apabila kita
memperkatakan tentang tempat berlindung dari aspek ikhtiar hidup ini beramakna kita
menggunakan segala apa yang ada di sekeliling kita uutk dijadikan sebagai tempat
perlindungan. Dalam konteks kelansungan hidup, tempat perlindungan sementara boleh di
bahagikan kepada dua iaitu:
i. Tempat perlindungan daripada alam semula jadi
a. Gua
Semenjak zaman pra sejarah manusia telah menjadikan gua
sebagai tempat tinggal dan tempat berlindung dari panas dan hujan,
walaubagaimanapun Jika kita ingin menjadikan gua sebagai tempat
tinggal sementara hendaklah kita pastikan yang gua itu bukannya
tempat kediaman haiwan, lohong laluan angin ataupun struktur batu-
batuan yang longgar yang boleh mendatangkan bahaya.
b. Banir
Banir ialah akar besar yang keluar keatas tanah seperti papan
besar. Contoh yang paling mudah di lihat ialah pokok beringin yang
boleh di temui di kampung-kampung. Secara lansung banir menjadi
seperti dinding dikiri kanan kita. Sebelum menduduki banir hendaklah
dipastikan ia selamat untuk diduduki, bersihkan segala ranting dan
daun-dau tentang hutan akann yang ada dan patikan tempat tersebut
tiada binatang berbisa seperti lipan, kalajengking sarang tebuan tanah
dan ular. Untuk berlindung angin, huajn dan embun gunakan daun-
daun lebar sebagai atap
Muka Surat | 65
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
ii. Perlindungan buatan
Kemahiran dan pengetahuan tentang hutan akan memudahkan
kita membina tempat perlindungan dengan menggunakan bahan-bahan
semulajadi. Sebagai contoh menggunakan rotan, akar ataupun pelepah
dan batang pisang hutan untuk dijadikan sebagai tali. Terdapat beberapa
jenis pelindungan sementara yang boleh di bina sebagai tempat
perlindungan seperti pondok satu malam, pondok atap sendeng dan
pondok ponco.
a. Pondok Satu Malam (Jerambur)
Pondok ini di bina menggunakan batang kayu kering sebagai
kerangka pondok. Atapnya boleh di buat daripada daun-daun
lebar terutamanya daun pisang dan lantainya pula dialas dengan
daun-daun. Pondok ini biasanya digunakan untuk satu malam
sahaja. Untuk tujuan keselamatan sediakan satu kayu tajam
sebgai senjata dan unggun api untuk menjauhkan binatana buas
dan nyamuk
b. Pondok Atap Sendeng
Pondok ini adalah jenis yang paling ringkas dan mudah di
bina. Daun-daun lebar dan rimbun disandarkan terus pada batu
atau kayu tumbang
Muka Surat | 66
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
2.2.4 SUMBER MAKANAN DARIPADA TUMBUH-TUMBUHAN
Dalam kegiatan rekreasi ataupun kembara, bekalan makanan adalah sangat penting
untuk membekalkan tenaga dan mengelakkan kita daripada kelelesuan dan keletihan.
Masalah kekurangan ataupu kehabisan makanan boleh berlaku terutamanya apabila
sesorang itu sesat di dalam hutan walaubagaimanapun ini bukan bermakna kita tidak
mempunyai sesuatu untuk dimakan.
Di dalam hutan di negara kita terdapat pelbagai sepsis tumbuhan yang boleh dijadikan
sebagai makanan dan untuk tujuan itu kita haruslah mengetahui apa yang boleh dimakan dan
apa yang tidak boleh dimakan
Terdapat beberapa panduan yang biasa digunakan untuk mengetahui samada
makanan itu boleh dimakan atau tidak, contohnya dengan memerhatikan apa yang dimakan
oleh burung dan monyet, tetapi kaedah ini tidaklah begitu selamat kerana tidak semua
makanan yang dimakan oleh haiwan selamat dimakan oleh manusia kerana perbezaan
sistem penghadaman dan kadar metobolisma. Walaubagaimanapun kaedah ini boleh di
gunakan, tetapi kita perlulah membuat ujian-ujian terhadap makanan tersebut sebelum ianya
selamat dimakan. Berikut adalah ujian-ujian yang boleh digunakan untuk menjamin
keselamatan makanan yang ingin dimakan
1. Ciuman atau hidu
Potong daun buah yang hendak diuji kemudian renyuk atau ramas sehingga hancur
atau lembut. Cium bau yang terhasil. Menerusi deria bau otak akan membuat penilaian sendiri.
Tumbuhan yang berbau busuk atau tengik mungkin memabukkan dan beracun
2. Gatal-gatal kulit
Sekiranya tiada bau yang kurang menyenangkan cuba sapu pada bahagian kulit yang
lembut seperti tangan atau perut. Gosokkan lama sikit kemudian tunggu sehingga 15minit.
Sekiranya terasa gatal atau miang ini bermakna tumbuhan tersebut beracun.
3. Bibir, lidah dan mulut
Tumbuhan yang telah di renyuk hendaklah di letakkan terus pada bahagian bibir
sahaja dan jangan gunakan lidah. Sekiranya tiada tanda-tanda tumbuhan itu beracun barulah
daun itu dikunyah tetapi jangan di telan. Kemam daun tersebut selama 10 minit. Jka terasa
loya, panas atau gatal luahkan daun tersebut serta-merta kerana daun tersebut mengandungi
racun
Muka Surat | 67
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
4. Menelan
Jika tiada tanda loya atau gatal daun tersebut bolehlah di telan dalam kuantiti yang
sedikit. Tunggu selama 3 jam untuk melihat reaksi sistem penghadaman terhadap tumbuhan
tersebut. Antara tanda-tana yang menunjukkan tumbuhan tersebut beracun ialah dimana
seseorang itu akan mula merasa hendak muntah, rasa sakit kepala atau pening dan
seterusnya mengalami sakit perut
5. Memakan
Jika tiada apa-apa masalah yang berlaku selepas menelan tumbuhan tersebut
dimakan ini bermakna ianya selamat dimakan, dan cara yang terbaik adalah dengan merebus
tumbuhan tersebut untuk memudahkan proses penghadaman
Antara tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan hutan yang boleh di makan ialah.
• Umbut dari pokok pisang hutan, asam paya, kantan, pokok salak, pokok nibung,
pokok nau, rumbia dan bayas. Umbut ini di perolehi dengan cara membuang
bahagian pucuk dan pelepah serta lapisan-lapisan dalam sehingga bahagian yang
berwarna putih kelihatan. Umbut boleh dimakan mentah tetapi cara yang lebih baik
adalah dengan cara membakar ataupun merebus.
• Buah tampoi, buah nam-nam, Kelempung, asam kandis, asam gelugur, buah ara,
salak, pisang hutan, senduduk umang, buah berangan, bertam, perah dan kulim.
Buah perah hendaklah di rebus dahulu sekurang-kurangnya tiga kali bagi
mengelak kemabukan
• Pucuk-pucuk tumbuhan seperti bayam hutan, melinjau, paku gajah, paku sungai,
paku lemiding, asam gelugur, asam kandis, cemperai, akar kalam udang dan
pokok kelentang.
Muka Surat | 68
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
2.2.5 SUMBER MAKANAN DARI HAIWAN
Terdapat banyak haiwan yang menghuni di dalam hutan yang boleh dijadikan sebagai
makanan seperti kancil, rusa, pelanduk, kijang kambing hutan dan ikan. Namun begitu
haiwan-haiwan ini bukanlah mudah unutk didapati keran haiwa yang tinggal didalam hutan
akan mengelakkan diri daripada bertembung dengan manusia dan haiwan ini sukar dijejaki
apatah lagi jika seseorang itu tidak mahir tentang selok belok hutan, membuat jerat dan tabiat
haiwan tersebut.
i. Mengesan haiwan
Beberapa petunjuk seperti bunyi, najis, bekas tapak kaki, bekas ragutan daun kayu
dan sebagainya boleh dijadikan panduan untuk mengesan kedudukan haiwan. Haiwan juga
meninggalkan bekas laluan jejak yang disebut denai, biasanya denai ini menuju kearah punca
air ataupun sira. Sira ialah ialah tempat haiwan menjilat garam atau disebut sebagai jenut atau
taram. Perangkap boleh dipasang di laluan ini. Selain itu kita juga boleh mengenal jenis-jenis
haiwan berdasarkan jenis tumbuhan yang telah diragut sebagai contoh rusa atau pelanduk
amat menggemari pucuk belukar mamah pelanduk, daun pokok ini berbentuk bulat, kecil dan
agak berkilat dan daunnya seperti baldu berwarna hijau tua. Selain itu pokok-pokok seperti
lundai, marugai petai dan asam jawa juga adalah kegemaran pelanduk
ii. Menjerat haiwan
Menjerat merupakan salah satu kemahiran yang amat penting untuk mendapatkan
makanan. Di semenanjung Malaysia suku kaum orang asli merupakan golongan yang paling
mahir membuat jerat haiwan diikuti kaum melayu yang tinggal di kaasan pedalaman. Biasanya
terdapat dua jenis jerat yang biasa digunakan, satu jerat yang digunakan untuk menangkap
dan menjerat haiwan tersebut hidup-hidup manakala yang satu lagi digunakan untuk
membunuh terus haiwan tersebut. Berikut adalah jenis- jenis jerat yang boleh dibuat untuk
menjerat haiwan.
a. Jerat Ayam Hutan
Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
• Sebatang kayu lentik dengan panjang yang sesuai
• Dua batang kayu cabang
• Ali pesawat
• Dua batang kayu pelepas dan sebatang kayu pesawat sepanjang 5 cm
• Beberapa batang kayu pemijak
Kaedah membuat jerat
• Kayu pesawat dilekukkan pada bahagian tengah untuk mengukuhkan jerutan kayu
pesawat tali pesawat. Kedua-dua belah hujung kayu pesawat diruncingkan sedikit
Muka Surat | 69
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
• Kayu pelentik boleh dibuat terus daripada pokok ataupun daripada kayu panjang yang
dicacakkan kedalam tanah.
• Dua batang kayu pelepas boleh “tergantung” begitu disebabkan oleh tarikan kuat tali
pesawat
• Umpan seperti cacing, buah-buahan, ulat dan seranga diletakkan dalam lingkungan
tali jerut.
Sebaik sahaja kayu pemijak dipijak kayu (1) kayu pelepas akan terjatuh kebawah (2) ini
menyebabkan sentakan yang kuat (3) Akhir sekali tali pesawat akan menjerut kaki ayam.
Pasangkan jerat ini dilaluan ayam berdasarkan bekas cakaran ataupun bekas tapak kakinya.
b. Jerat Pelanduk
Bahan-bahan yang perlu disediakan ialah:
• Kayu pelentik (sebaik-baiknya gunakan kayu yang sedia ada dan bukan yang ditanam)
• Tali pesawat yang kuat dan sesuai
• Kayu cabang bentuk “Y” yang ditajamkan dikedua-dua belah hujungnya
• Kayu pesawat dan alas pemijak
Kaedah membuat jerat
• Hujung kayu pesawat diletakkan betul-betul dibawah cabang kayu bentuk “Y” yang
ditanam di dalam tanah
• Alas pemijak dibuat daripada rotan atau kayu mudah lentur dan diikat dengan akar
atau tali.
• Tutup keseluruhan alas pemijak dan kayu cabang dengan daun-daun
• Pasangkan jerat ini di kawasan denai atau buatlah satu lorong agar pelanduk
menghala kearah jerat
• Pastikan jerat disembunyikan sebaik mungkin dan bersihkan disekitar kawasan jerat
dan jangan tinggalkan sebarang kesan kerja
Muka Surat | 70
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
c. Jerat Hempap dan Jerut
Jerat hempap bertujuan untuk mencederakan haiwan dan biasanya mudah dibuat dan
mudah dilihat. Bahan-bahan yang perlu disediakan ialah:
• Tali pesawat yang kuat dan panjang yang sesuai
• Umpan
• Kayu pemberat tambahan
• Batang kayu penghempap
• Dua batang kayu penghadang depan
• Dua batang kayu penghadang belakang
• Kayu pesawat
• Dua batang kayu pelepas
• Beberapa batang kayu pemijak
Jerat ini adalah kombinasi dua dalam satu. Jerat hempap biasnya akan menghempap
mangsa namun peluang haiwan untuk melompat atau mengelak masih ada. Sebaliknya jerat
hempap dan jerut akan memastikan kaki haiwan tersebut tejerut lalu dihempap pula oleh
batang kayu
Muka Surat | 71
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
2.2.6 SUMBER MINUMAN
Air adalah sangat penting untuk meneruskan hidup. Manusia mampu bertahan selama
satu minggu tanpa makanan tetapi akan mati selepas tiga hari apabila tidak minum air. Dalam
kontks ikhtiar hidup air perlulah dicari sebelum kehabisan bekalan. Air biasanya mudah
didapati di persekitaran manusia. Walaupun air mudah didapati di sekeliling kita pengetahuan
bagaiman mencari sumber air amatlah penting terutamanya apabila sesat di hutan.
Kaedah Mencari Sumber Air
Sumber-sumber air seperti anak sungai atau sungai boleh didapati dengan cara-cara
berikut:
a. Mencari kawasan lembah
Di dalam hutan, punca air boleh didapati di kawasan yang berlurah atau kawasan
lembah. Biasanya kawasan ini mempunyai anak sungai mamandangkan Malaysia mangalami
hujan hampir sepanjang tahun
b. Memerhatikan haiwan
Haiwan yang boleh diperhatikan dalam bilangan yang agak banyak menandakan
adanya punca air. Haiwan-haiwan ini adalah seperti katak, burung dan nyamuk. Perhatikan
burung yang sedang terbang jika ia tiba-tiba turun ke tanah ada kemungkinan terdapat punca
air atau- sekurang-kurangnya punca air.
c. Mengikut denai haiwan
Denai atau lorong laluan haiwan biasanya menuju ke arah sira ataupun punca air. Ikut
denai yang menghala ke kawasan rendah atau berlembah
d. Mendengar bunyi
Bunyi deruan air juga boleh didengar dengan jelas di dalam hutan apabila terdapat air
terjun. Namun begitu dalam keadaan terdesak atau tidak terdapat punca air untuk diminum
tedapat cara lain lagi yang boleh digunakan untuk mendapatkan air seperti:
e. Buah-buahan
Buah-buahan terutamanya mengandungi air yang banyak, pokok kelapa biasanya
banyak terdapat di tepi pantai
f. Telur
Telur burung atau ayam hutan juga mempunyai kandungan air yang tinggi. Sebiji telur
ayam mengandungi kira-kira 74 peratus ait
g. Pokok periuk kera
Tumbuhan ini mempunyai corong yang boleh menakung air hujan. Saiz corong adalah
berbeza-beza mengikut sepsis.
Muka Surat | 72
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
h. Akar kayu
Untuk mendapatkan air daripada akar pokok potong bahagian bawahnya dahulu dan
kemudian diikuti bahagian yang atas, tetapi terdapat juga air daripada akar yang beracun dan
memabukkan. Elakkan daripada meminum air akar yang mempunyai warna kuning, putih
seperti telur dan mempunyai bau yang kurang menyenangkan, air yang tidak cair dan tidak
jernih menandakan air itu bergetah.
i. Pokok buluh
Air daripada pokok buluh boleh didapati dengan cara memotong bahagian perdunya iaitu
bahagian yang paling bawah
j. Embun
Embun boleh didapati dihujung-hujung daun sebelum matahari terbit ataupun dengan
menggunakan ponco, plastik ataup flyheet yang dibentang ditengah kawasan yang lapang.
Untuk tujuan keselamatan air yang diperolehi contohnya dari lopak-lopak air ataupun periuk
kera hendaklah dimasak dahulu sebelum diminum dan elakkan menggunakan sumber air air
dikawasan kelapa sawit ataupun pokok getah kerana kemunginan besar sumber air seperti
parit ataupun anak sungai telah mengalami pencemaran racun rumpai
Muka Surat | 73
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
2.2.7 MENYALAKAN API
Api adalah sangat penting untuk tujuan memasak, memanaskan badan pada waktu
malam dan juga boleh digunakan untuk menakutkan haiwan liar. Teknik menyalakan api
adalah sangat penting apabila kita tidak mempunyai mancis ataupun alat pemetik api. Dalam
konteks kelansungan hidup ini terdapat beberapa cara dan teknik untuk menyalakan api.
Diantara perkara-perkara yang boleh dicuba ialah menggunakan cahaya matahari dan
membuat unggun api cara purba.
Menggunakan cahaya matahari
Berikut adalah prosedur dan teknik yang boleh digunakan untuk menyalakan api:
• Cari kawasan lapang yang menerima cahaya matahari secara terus dan tidak
dilindungi oleh pokok.
• Cuaca mestilah agak terik iaitu disekitar 11:00 pagi ke 2;00 PETANG
• Mempunyai alat-alat yang boleh memfokuskan cahaya seperti kanta pembesar
ataupun mangkuk cermin lampu picit.
• Bahan-bahan kering yang mudah terbakar seperti daun, sabut, kulit kayu atau ranting
kayu yang benar-benar kering
• Letakkan bahan yang mudah terbakar di tempat yang menerima cahaya matahari
secara terus. Dekatkan kanta hampir dengan daun, apabila cahaya matahari
menembusi kanta dapatkan satu fokus yang tajam sehingga menghasilkan haba.
Bahang yang terhasil akan menjadikan bahan-bahan tersebut panas lalu
menghasilkan api.
Muka Surat | 74
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
Membuat api cara purba
Menghasilkan api cara purba adalah sukar dan mengambil masa yang agak lama.
Bahan-bahan yang diperlukan ialah Batu kering, Besi waja (bahagian belakang parang)
Habuk muding, akar empangar
Habuk muding adalah bahan semulajadi yang sangat mudah terbakar. Pokok muding
banyak terdapat di dalam hutan. Bentuknya seperti seperti pokok pinang hutan. Habuk muding
boleh didapati melekat pada batang pokok disebelah dalam pelepahnya. Dengan
menggunakan pisau kikis habuk itu sebanyak yang ungkin lalu jemurkan supaya kering.
Akar empangar adalah sejenis tumbuhan hutan yang boleh didapati ditepi sungai.
Tumbuhan ini tumbuh secara menjalar. Bentuknya sama seperti labu air. Dapatkan tumbuhan
ini lebih kurang secekak dan potong sepanjang 15cm. Jemur seingga benar-benar kering.
Kemudian ketuk akar ini sehingga merekah.
Langkah-langkah
• Letakkan habuk muding di dalam bekas dan Alaskan dengan bahan yang mudah
terbakar.
• Batu kering dilagakan pada besi waja atau bahagian belakang parang sehingga api
mula menyala pada habuk kering. Letakkan hujung akar empangar yang merekah
pada api. Tiup supaya terus menyala
Muka Surat | 75
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
2.2.8 ISYARAT KESELAMATAN
Isyarat keselamatan yang dimaksudkan disini ialah isyarat yang digiunakan untuk
berkomunikasi dengan orang lain tanpa menggunakan lisan. Tanda isyarat ini dibuat untuk
meninggalkan pesan atau menyampaikan maklumat-maklumat tertentu dari segi keselamatan
di persekitaran tersebut kepada orang lain yang melalui kawasan berkenaan.
i. Isyarat Pengakap
Isyarat pengakap merupakan isyarat yang paling mudah dan diketahui. Isyarat-isyarat
ini dibuat dengan menggunakan rumput, daun-daun, ranting kayu, batu dan sebagainya
ii. Isyarat S.O.S
Isyarat S.O.S (save Our Souls) merupakan isyarat keselamatan terpenting sepatutnya
diketahui oleh semua orang. Terdapat beberapa teknik dalam menyatakan isyarat ini,
contohnya menggunakan tulisan, lampu picit dan wisel.
a. Tulisan
Denagn menggunakan kayu atau batang kayu tulis perkataan
S.O.S dengan besar atau susun kayu membentuk perkataan S,O.S
dikawasan yang lapang dan mudah dilihat
b. Lampu Picit
Teknik ini sesuai dilakukan diwaktu malam. Nyalakan lampu
picit berturut-turut tiga suluhan pendek, tiga suluhan panjang(lama) dan
tiga suluhan pendek semula. Tunggu beberapa minit sebelum
mengulangi langkah-langkah yangsama
c. Wisel
Wisel sangat sesuai digunakan di dalam hutan untuk membuat
isyarat S.O.S. Bunyinya boleh kedengaran dari jarak yang jauh. Sama
seperti teknik lampu picit, tiupkan wisel berturut-turut dengan tiga tiupan
pendek, tiga tiupan panjang dan tiga tiupan pendek sekali lagi
Muka Surat | 76
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
2.2.9 MENGELAK HAIWAN LIAR
Kebarangkalian untuk terserempak dengan haiwan liar adalah amat rendah kerana
biasanya hidupan liar akan cuba mengelakkan diri daripada bertembung dengan manusia
namun kemungkinan terserempak mungkin ada. Biasanya haiwan liar akan bertindak ganas
apabila beranak kecil, tercedera ditembak pemburu, atau terkena jerat dan kesukaran
mendapatkan makanan.
Kehadiran haiwan liar boleh dikesan dengan cara memerhatikan beka tapak kaki pada
tanah, batang pokok atau akar yang terluka akibat cakaran atau tujahan kuku, pucuk kayu
yang dimamah binatang, batang pokok yang digesel, bau ataupun bunyi. Berikut adalah
contoh jenis-jenis haiwan liar yang berbahaya dan langkah-langkah keselamatan yang perlu
diambil apabila terserempak dengan haiwan tersebut.
1. Seladang
Seladang adalah sejenis lembu hutan yang mana saiznya lebih besar daripada seekor
kerbau. Badannya berwarna hitam dan kakinya berwarna putih dari paras lutut ke bawah.
Seladang biasanya terdapat dihutan dalam negeri Perk, Pahang dan Kelantan. Seladang
selalunya bergerak didalam kumpulan sekitar 10 ke 15 ekor
Langkah-langkah keselamatan :
Jauhkan diri apabila terdapat tanda-tanda adanya seladang disekitar kawasan
tersebut. Seladang biasanya menyerang dengan cara merempuh dan menanduk mangsa,
cara yang terbaik apabila terserempak dengan seladang ialah menyuruk disebalik pokok yang
besar.
2. Harimau Belang
Harimau mempunyai saiz yang lebih besar daripada saiz seorang lelaki dewasa.
Harimau biasanya bergerak bersendirian dan aktif memburu di waktu malam. Harimau
biasanya mempunyai wilayah mereka sendiri. Tanda-tanda kehadiran harimau boleh dikesan
melalui bau air kencing, bau badan yang hamis ngaumannya, kesn cakaran pada pokok dan
bekas tapak kaki.
Langkah-langkah keselamatan:
• Betempik sekuat hati apabila terserempak dengan harimau
• Elakkan berlari secara membelakangi harimau
• Nyalakan api untuk menghalau harimau
Muka Surat | 77
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
3. Beruang
Beruang yang terdapat di dalam hutan di Malaysia biasanya berwarna hitam. Beruang
boleh berlari pantas dan berjalan dengan menggunakan kedua belah kakinya dan cekap
memenjat pokok. Kesakesan kehadiran beruang boleh dikenali melalui kesan jari serta
kukunya
Langkah-langkah keselamatan
• Jauhkan diri jika ternampak kesan-kesan kehadiran beruang
• Elakkan berlari dengan membelakangi beruang
4. Gajah
Gajah yang terdapat di Malaysia adalah dari jenis gajah India iaitu bersaiz kecil
berbanding dengan gajah Afrika. Gajah biasanya berjalan didalam kumpulan dan mempunyai
wilayah sendiri yang ditanda menggunakan air kencing. Kehadiran gajah boleh dikenalpasti
melalui bunyi suara seakan-akan terompet, bau air kencing, bekas tapak kaki dan kesan-
kesan pokok-pokok pisang hutan dan pokok buluh yang rebah atau dipecah-pecahkan.
Langkah-langkah keselamatan
• Bersembunyi disebalik pokok yang sangat besar dan kuat
• Apabila melarikan diri daripada gajah elakkan berlari secara lurus sebaliknya berlari
secara mengelilingi pokok atau secara zig zag.
5. Babi Hutan
Babi hutan mempunyai badan dan kaki yang agak pendek dan mempunyai kepala
yang besar. Saiznya lebih besar dari seekor kambing dewasa. Babi hutan mempunyai taring
dan hidung yang kuat dimana digunakan untuk menyondol tanah mencari cacing dan
menyerang musuh. Babi hutan biasanya bergerak di dalam kumpulan
Langkah-langkah keselamatan
• Segera memanjat pokok apabila tersermpak dengan babi hutan
• Berlari secara mengelilingi pokok atau zig zag apabila dikejar babi hutan
Muka Surat | 78
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
2.2.10 MEMASAK MAKANAN
Kemahiran menggunakan sumber alam semulajadi bagi tujuan memasak makanan
adalah sangat penting terutamanya apabila berada di dalam hutan kerana dihutan kita tidak
mempunyai alatan memasak seperti periuk nasi, kuali dan lain-lain peralatan memasak yang
moden. Antara tumbuhan dan bahan semulajadi yang boleh digunakan untuk memasak ialah
daun pisang, daun palas, ruas buluh, batang pisang, tanah liat dan lumpur,
1. Batang Pisang
• Potang batang pisang kepada dua bahagian
• Buangkan bahagian dalamnya, lapisan luar juga dibuang beberapa lapis supaya
tidak terlalu tebal untuk mengelakkan telur lambat masak.
• Seterusnya masukkan telur ke dalam bahagian batang pisang dan cantumkan
kembali batang pisang seperti yang asal dan ikat batang pisang menggunakan
pelepah batang pisang itu sendiri
• Akhir sekali letakkan batang pisang tersebut keatas api dan pastikan batang pisang
sentiasa diterbalikkan. Telur dijangkan masak apabila batang pisang telah kecut dan
bahagin luarnya terbakar sempurna
2. Ruas Buluh
Kaedah yang digunakan untuk memasak nasi di dalam buluh adalah sama seperti
memasak lemang.
• Buluh hendaklah dibasuh dan dibersihkan, cuci bahagian dalam dan bersihkan
segala habuk-habuk bulu-bulu halus yang terdapat pada buluh tersebut.
• Dapatkan pucuk daun pisan yang masih bergulung dan masukkan ke dalam buluh
• Isikan beras dan air ke dalam buluh dan nasi sedia untuk dimasak dan
pastikan bahagian lubang buluh ditutup dengan daun pisang
3. Tanah Liat dan Lumpur
• Kaedah ini digunakan untuk memasak burung dan ayam hutan
• Dapatkan tanah liat yang bercampur lumpur sungai yang bersih
• Ayam atau burung hendaklah dibersihkan dahulu tanpa membuang bulunya dan
buangkan bahagian dalam yang tidak diperlukan
• Salutkan ayam tersebut dengan tanah liat bercampur lumpur dan pastikan ianya
tidak terlalu nipis atau tebal
• Gali lubang untuk menanam ayam, pastikan lubang tidak terlalu dalam
• Hidupkan api betul-betul diatas tempat ayam ditanam
• Nyalakan api diantara satu hingga dua jam. Selepas itu ayam bolehlah dikeluarkan
dan dimakan
Muka Surat | 79
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
2.2.11 MASAKAN RIMBA
• Memasak tanpa peralatan bermaksud memasak tanpa perkakas dapur
• Sebagai ganti, daun kayu, ranting kayu, batu, ruas buluh, tanah liat atau lumpur boleh
digunakan.
• Dikenali juga sbg “backwoodsman” atau masakan rimba.
• Kini kerajang aluminium, tin, dawai juga digunakan.
1. Memasak menggunakan makanan sebagai bekas.
• Ubi kentang, bawang besar, capsicum, tomato, labu,oren dipoting dan isinya
dikeluarkan. Bhgn atas digunakan sbg penutup.
• Bekas makan dibalut dgn keranjang aluminium & dimasak dalam bara api.
• Kari ayam boleh dimasak dlm buah kelapa muda yang bersabut.
2. Memasak menggunakan daun
• Daun yang lebar sesuai dijadikan bekas memasak makanan spt ayam & ikan.
Makanan dibungkus dgn daun & dimasak atau bara api
• Jenis daun yang boleh digunakan adalah daun pisang, daun kunyit, daun
pandan, kubis, kulit jagung
3. Memasak menggunakan ranting & dawai
• Ranting boleh dijadikan alat utk memanggang. Pastikan ranting tidak berasal
dari pokok beracun
• Roti juga boleh dililit menggunakan ranting kayu.
• Dawai atau penyangkut baju keluli dibentukkan mengikut keperluan
4. Memasak menggunakan kepingan batu
• Batu yang digunakan leper & ketebalan sederhana
• Api dihidupkan atas permukaan batu & biarkan selama 30 minit. Permukaan
batu dikira cukup panas apabila tirisan air berdesir ketika jatuh atasnya.
• Bersihkan permukaan batu dengan kain. Goreng telur, ikan atas permukaan
batu yang panas itu.
5. Memasak menggunakan buluh
• Buluh sesuai dijadikan sebagai bekas memasak
• Buluh boleh digunakan untuk memasak nasi & lemang
Sebelum memasang jerat beberapa perkara perlu diberi perhatian. Antaranya
ialah:- · Jenis binatang yang hendak dijerat · Kawasan laluan binatang tersebut. · Habitat
binatang tersebut.
Muka Surat | 80
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
2.2.12 MASAKAN SOLAR
1. Masakan solar merupakan satu cara penyediaan makanan tanpa menggunakan
peralatan dapur dan hanya menggunakan cahaya matahari sebagai sumber
tenaga pembakar.
2. Kaedah memasak menggunakan tenaga solar mempunyai banyak kebaikan.
Antaranya ialah:
a. satu cara untuk mendidik ahli supaya sentiasa melindungi alam sekitar yang
semakin terancam;
b. mengurangkan pencemaran pembakaran bahan api;
c. mengurangkan bahaya gas dan kebakaran.
3. Cuaca yang sesuai ialah semasa musim panas terik.
4. Bahan -bahan yang diperlukan ialah:
a. aliminium foil;
b. periuk memasak nipis yang telah disembur cat aerosol hitam;
c. kertas kadbord yang tebal atau kotak besar yang kosong;
d. gam/glue;
e. pelekat kertas /paper binding tape;
f. plastik;
g. tali rapiah; dan
h. tiga batu kecil diletak dibawah panci/periuk nipis semasa memasak
BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT DAPUR
PROSES MENYEDIAKAN PERIUK
Muka Surat | 81
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
PENYEDIAAN MENU MASAKAN
PERIUK DIMASUKKAN KE DALAM BEG PLASTIK LALU DIIKAT DENGAN KETAT
Dapur Clinton
Peranan utama BSMM apabila bencana melanda:
Membantu KementerianKebajikan Masyarakat mengada dan menguruskan pusat-
pusat bantuan/pemindahan, memasak, memberi makan ramai, mengagihkan bekalan
bantuan baikpulih mangsa bencana.
Memasak dan mengagihkan bekalan dan makanan tanggungjawab khas BSMM.
Memasak beramai-ramai secara Clinton Cookers dengan berdasarkan unit tertentu.
Unit bantuan ringan
Unit Bantuan Berat
Unit Penyelamat
• Kereta pacuan 4 roda Land Rover/Land Cruiser dan unit trailer dapur yang mana
mampu mengendalikan satu pusat bantuan/pemindahan. Tiap-tiap satu unit dapor
mampu memasak makanan 250 orang/jam.dan trailer mempunyai simpanan makanan
utk 1000 orang.
Muka Surat | 82
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
Ahli
• 1 ketua + 5 ahli terlatih.
Memasang dapur/alatan
• Pembakar
6’ dari tabung gas
Di tempat rata
• Tungku di atas dapur
• Kuali 36” di atas tungku
• Kukusan dalam kuali - 90º
• Penghalang angin
Memasak
• Air dalam kuali hingga cecah dasar kukusan
• Setiap kukus ada 5 dulang
• 13 tin susu beras untuk setiap dulang
• 18 tin susu air untuk setiap dulang
• masa memasak 30-45 minit
• Bekas paling atas - 3/4 masak pindahkan ke bawah.
• Apabila sudah mula masak jangan buka - ikut masa
• Sedulang nasi untuk 50 orang.
Muka Surat | 83
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
2.2.13 MEMBUAT PERANGKAP
1. Perangkap atau jerat dibina untuk memerangkap dan menangkap haiwan atau
binatang ketika kehabisan makanan semasa menyertai kegiatan perkhemahan di
dalam hutan. Terdapat beberapa jenis perangkap dan jerat yang digunakan
antaranya:
a. perangkap atau jerat pelanduk;
b. perangkap atau jerat ayam hutan;
c. perangkap atau jerat hempap dan jerut;
d. perangkap kurungan.
2. Perangkap atau jerat pelanduk
a. Mudah untuk dibuat kerana ia hanya memerlukan beberapa bahan
sahaja.Bahan-bahan yang perlu disediakan ialah :
i. kayu pelentik;
ii. tali pesawat yang kuat dengan ukuran panjang yang sesuai;
iii. kayu cabang berbentuk ’Y’ yang ditajamkan kedua-dua belah
hujungnya;
iv. kayu pesawat; dan
v. alas pemijak.
b. Tali jerut atau alas pemijak perlu ditutup dengan menggunakan daun-daun.
Daun-daun juga digosok ke tengkuk dan tubuh untuk menyembunyikan bau
badan.
3. Perangkap atau jerat ayam hutan
a. Jerat jenis ini mempunyai mekanisme yang sama dengan jerat simbat dan jerat
sentak yang dibuat bagi menangkap burung ruak-ruak.Di antara bahan-bahan
yang digunakan ialah
i. sebatang kayu lentik dengan ukuran panjang yang sesuai;
ii. dua batang kayu yang bercabang;
iii. tali pesawat;
iv. dua batang kayu pelepas;
v. sebatang kayu pesawat (kayu pembingkas) sepanjang 5 cm; dan
vi. beberapa batang kayu pemijak.
b. Namun begitu cara ini kurang popular kerana badan ayam hutan mungkin akan
tersekat oleh kayu lengkung yang digunakan
4. Perangkap atau jerat hempap dan jerut:
a. Perangkap atau jerat hempap biasanya dibuat untuk mencederakan haiwan
atau binatang. Perangkap jenis ini mudah dibuat dan dapat dilihat dengan
jelas.Beberapa jenis bahan yang perlu disediakan ialah:
Muka Surat | 84
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
i. tali pesawat yang cukup kuat dan mempunyai panjang yang sesuai;
ii. umpan;
iii. tali pemberat tambahan;
iv. batang kayu penghempap;
v. dua batang kayu penghalang hadapan;
vi. dua batang kayu penghalang belakang;
vii. kayu pesawat;
viii. dua batang kayu pelepas; dan
ix. beberapa batang kayu pemijak.
b. Perangkap atau jerat hempap dan jerut akan memastikan kaki haiwan terjerut
serta dihempap oleh batang kayu. Namun begitu, masalah yang timbul ialah
untuk mendapatkan kayu pelepas dan kayu pesawat yang kuat serta dapat
menampung berat kayu penghempap serta kayu pemberat tambahan.
5. Perangkap atau jerat kurungan
a. Perangkap kurungan digunakan untuk membolehkan kita menangkap haiwan
hidup-hidup. Sungguhpun begitu cara ini kurang popular dan tidak praktis
kerana ia mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan serta banyak
membazirkan tenaga. Bahan yang diperlukan bagi membuat perangkap jenis
ini ialah:
i. Batang-batang kayu yang secukupnya untuk dijadikan dinding,kayu
alang, tiang pintu dan sebagainya;
ii. umpan;
iii. gelang rotan;
iv. kayu pesawat; dan
v. tali pesawat.
b. Tiang-tiang perangkap hendaklah ditanam ke dalam tanah bagi memastikan
perangkap atau jerat tidak terbalik akibat dirempuh binatang liar.
Muka Surat | 85
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
2.3 KEBUDAYAAN
2.3.1 OBJEKTIF
• Melahirkan generasi yang celik budaya
• Menghidupkan semula semangat kebudayaan Malaysia di kalangan peserta
• Mengenati & mengukuhkan silaturahim antara kumpulan
• Memberi ruang & peluang epada peserta untuk menonjolkan bakat serta kreativiti
• Memperkukuhkan jati diri serta semangat cintakan tanah air
• Peka terhadap isu-isu semasa
2.3.2 MALAM KEBUDAYAAN
• Biasanya diadakan pada malam terakhir perkhemahan
• Mengadakan persembahan kumpulan dan individu
• Mengikat perbincangan kumpulan & tema persembahan adalah mengikut minat &
bakat ahli dalam kumpulan
• Peserta dimaklumkan lebih awal berkenaan malam kebudayaan ini.
• Segala kastum & pakaian yang digunakan harus bersesuaian dengan tema &
diuruskan oleh ahli kumpulan sendiri
Tujuan:
• Memberi peluang untuk menunjukkan bakat & kebolehan dalam menghayati
kebudayaan setempat adat kebudayaan negara lain
• Memberi peluang kepada ahli mempamerkan unsur-unsur budaya dalam kehidupan
mereka
• Bersuka ria secara sopan & sederhana
• Menghilangkan rasa penat
• Mencungkil bakat dalam lapangan seni
• Berlatih untuk berhadapan dengan orang ramai
• Meningkatkan semangat Kerjasama
• Mengembangkan kebudayaan setempat
• Semangat setia kawan & kesefahaman
Perlaksanaan Malam Kebudayaan
1. Tempat Malam Kebudayaan
• Jauh dari tempat orang ramai seperti masjid (elakkan gangguan)
• Perlu dirancang & diatur terlebih dahulu – berjalan lancar
• Juru acara – menghidupkan malam kebudayaan
Muka Surat | 86
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
2. Peraturan
• Ketua Kumpulan / pihak individu perlu mendaftar tajuk persembahan
• Masa persembahan ± 5 minit
• Lakonan memberi pengajaran & tidak menyinggung perasaan orang lain
• Tidak menyentuh isu sensitive & perkauman, tidak lucah, bahasa menunjuk
kesantunan
• Atur cara disusun berselang-seli antara persembahan kumpulan & individu
Prosedur Pengendalian Aktiviti (SOP)
a. Sebelum
• Penyediaan landasan
• Taklimat jurulatih & peserta
• Semakan alatan & logistic
• Peralatan kecemasan
• Pengagihan kumpulan / kategori
b. Semasa
• Peserta dikumpul di tempat permulaan aktiviti
• Jurulatih bertugas berada di lokasi & stesen sebelu peserta dilepaskan
• Ketua aktiviti memberi taklimat kepada peserta
• Peserta diberikan peralatan / keperluan pandu arah
• Kumpulan peserta awal dibawa ke lokasi permulaan dengan peralatan yang lengkap
• Tugas marshall memastikan peserta berada dalam Kawasan aktiviti & selamat &
sentiasa berhubung menggunakan radio
• Peserta memulakan aktiviti mengikut prosedur yang ditetapan
• Peserta tidak digalakkan mengikut kumpulan lain, masing-masing mengikut kemahiran
dan kefahaman sendiri secara berkumpulan
c. Selepas
• Jurulatih mengumpulkan semua peserta yang terlibat, memastikan bilangannya
mencukupi, mengenalpasti tahap kesihatan & kecergasan peserta
• Jika terdapat kecederaan hendaklah diberikan rawatan awal atau hantar ke hospital
• Semua alatan hendaklah dikembalikan, jika hilang & rosak sila laporkan kepada
bahagian logistic
• Sesi renungan / refleksi, bersalaman dengan jurulatih & peserta
• Simpan barang di setor
• Jurulatih aktiviti hendaklah menyediakan laporan aktiviti dengan menggunakan boring
prosedur kerja Laporan Ringkas Aktiviti
Muka Surat | 87
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
Contoh Aktiviti Malam Kebudayaan
No AKTIVITI HURAIAN
1 Nyanyian lagu
2 Tarian kebudayaan • Lagu patriotic, lagu nasyid, solo, koir, berduet,
3 PuisI berkumpulan
• Membina keyakinan diri
• Mencungkil & mengembangkan
• Spt, tarian Zapin, Inang, Sumazav
• Mempunyai gerakan kreatif
• Keseragaman & kerjasama pasukan
• Pantun, sajak, syair
• Membawa isu semasa & memberi pengajaran
4 Teater • Lakonan & mempamerkan kostum yang kreatif
5 Drama • Memberi mesej kpd penonton
6 Dikir barat
• Drama moden atau bangsawan
• Mempamerkan kehidupan yang reality &
khayalan
• Amalan budaya yang membawa isu semasa
• Tradisi Kelantan
7 Boria • Amalan budaya memberi pengajaran
• Tradisi orang utara
8 Persembahan lawan
kumpulan A & B • Cth: Pisang goreng, goreng apa skrg, gorang
ayam skr, ayam apa skr…
9 Hikayat
• Siapa lambat kira salah
• Meningkatkan tindak balas
• Hikayat Hang Tuah
10 Sketsa • Cerita Jenaka
Muka Surat | 88
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
2.3.3 PERMAINAN
Satu aktiviti yang penting dilaksanakan dalam sesuatu perjumpaan dan perkhemahan.
1. Objektif:
Membentuk sifat organ yang sihat & membentuk kekuatan fizikal
Menghilangkan ketegangan emosi terutama selepas belajar
Menimbulkan & menanam nilai-nilai murni seperti bekerjasama, tolak ansur,
simpati & kepimpinan dalam kalangan kanak-kanak
Kanak-kanak diajar supaya mengikut peraturan yang telah ditetapkan
dengan jujur, adil & dapat menerima kekalahan dengan hati terbuka tanpa
perasaan negative
Membina kemahiran
Memupuk interaksi sosial dalam kalangan kanak-kanak
2. Kepentingan:
i. Nilai psikomotor
Membentuk dan mengembangkan otot-otot kanak-kanak dengan kuat
ii. Nilai pendidikan
Mempelajari sifat-sifat objek seperti warna, bentuk, saiz, rasa sentuhan
3. Prinsip Asas: Pembetulan
Penerangan Penilaian
Tunjuk cara
Latihan& percubaan
4. Faedah:
i. Nilai-nilai rohani & sosial
Kecergasan otak, menyernai semangat kekitaan, mematuhi peraturan,
berdisiplin, semanagt kesukanan, keseronokkan, kepimpinan & taat
kepada ketua, bijak menguruskan masa
ii. Nilai Jasmani
Ketangkasan, kekuatan otot, kesihatan tubuh badan, ketahanan fizikal,
kemahiran asas
Muka Surat | 89
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
5. Contoh Aktiviti:
• Mengelak pukulan
• Daftar alat perkhemahan
• Bercerita
• Ibu ayam
• Lembu kena tepung
• Lumba lari keldai ganti-ganti
• Elak bola dalam bulatan
• Permainan kim (deria bau, rasa, pandang, dengar)
2.3.4 LAGU PERKHEMAHAN
LAGU KIRI KANAN DEPAN BELAKANG
Kiri kiri kanan
Kanan kanan kiri
Kiri kanan depan belakang
Belakang belakang depan depan
Ulang daripada perlahan hingga ke laju hingga sebaliknya.
*Nyanyi dan gerakan - aktiviti duduk secara pegang bahu kawan secara berangkai
*Melodi lagu seperti lagu tepi-tepi
NYANYI DALAM HUJAN
Nyanyi dalam hujan 2 x (gaya hujan – guna tangan)
Gembira selalu
Simpul jari
Siku rapat
Lutut bengkok
Angkat kaki (dan sebagainya) seperti sebelah kaki, muka senyum, dan sebagainya)
Ocaca ocaca (goyang punggung tuuu)
Muka Surat | 90
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
Muka Surat | 91
KALAU RASA GEMBIRA
Kalau rasa gembira, tepuk tangan,
Kalau rasa gembira, tepuk tangan,
Kalau rasa gembira begini la caranya,
Kalau rasa gembira, tepuk tangan.
*Tepuk peha,
*Hentak kaki,
*Petik jari, ( tak bunyi )
*Kata horey
DI SINI BERKUMPUL
Di sini di sini, kita berkumpul ( 2X )
Salam, salam, salam, salam, salam, ooi
Here we are, here we are, here we are again ( 2 X )
Hello, hello, hello, hello, hello, ooi
Cai celi, cai celi, woh meh cai celi ( 2 x )
Huan si, huan si, huan si, huan si, huan si, ooi
Porengeh, porengeh, engeh porengeh ( 2 x )
Aneh, aneh, aneh, aneh, aneh, ooi
Nang Kene, Nang Kene Ketemu Meneh ( 2 x )
Kabare, Kabare, Kabare, Kabare, Kabare Hoi !
SELAMAT DATANG
Selamat Datang, Selamat Datang,
Selamat Datang, Kawanku,
Apa Khabar, Apa Khabar,
Apa Khabar Kawanku,
Riang Hey, Riang Hey,
Hura, Hure, Heo
Enak, Enak, Enak ey,
Enak, Enak, Enak ey,
Hura, Hure, Heo.
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
2.4 JALAN LASAK DAN PANDU ARAH
2.4.1 TUJUAN
1. Mewujudkan pengurusan aktiviti pandu arah dengan lebih berkesan dan
mengikut prosedur yang ditetapkan
2. Mempunyai sistem pengurusan aktiviti pandu arah yang mantap
3. Melaksanakan aktiviti yang terancang mengikut prosedur pengendalian aktiviti
2.4.2 PERATURAN DAN PERSEDIAAN
1. Kebenaran
• Sebelum kita memulakan sesuatu aktiviti perkhemahan, perkara yang amat
penting sekali ialah memohon kebenaran. Kebenaran daripada ibu bapa
ataupun penjaga adalah perlu dan kita harus memaklumkan mengenai
aktiviti serta tujuannya kepada mereka ataupun orang yang terdekat
dengan kita.
2. Persediaan Alatan
a. Titik kawalan (Control point)
• Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang
perlu dilawati oleh peserta.
• Biasanya merupakan ciri-ciri muka bumi atau ciri-ciri buatan
manusia yang jelas.
• Titik kawalan bukanlah “check-point” kerana ia tiada penjaga dititik.
b. Penanda Kawalan
• Tujuannya bagi membantu peserta tiba ke destinasi yang betul.
• Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda
dan putih sebagai tanda yang diletakkan di Titik kawalan (dalam
lingkungan 10m).
• Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher)
yang unik.
c. Kad Kawalan
• Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika
menyertai acara sebagai bahan bukti atau pengesahan.
• Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula
(start time) dan tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila sampai
di titik kawalan nanti.
• Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa di garisan penamat
untuk mencatat masa penamat.
Muka Surat | 92