The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hengjingzhe1023, 2021-09-09 19:31:45

MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021

TUGASAN 1 KERJA KURSUS MPU3062

MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073

d. Peta utama
• Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan
dengan keterangan kawalan.
• Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan

e. Keterangan Kawalan
• Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control description)
kawalan berkenaan. Butir-butir yang disenaraikan adalah siri titik
kawalan, kod kawalan dan keterangan mengenai kedudukan titik
kawalan.
• Diperingkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk
‘teks’ tetapi dalam bentuk kod/gambar rajah.

f. Landasan
• Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik
kawalan ke titik kawalan yang lain hingga ke penamat. Landasan ini
akan dilukis diatas peta utama dan akan disalin oleh peserta
kemudiannya.
• Tanda yang berkenaan landasan adalah :
i. Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi.
ii. Titik kawalan dengan tanda bulatan.
iii. Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertindih.
iv. ‘Leg’ adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan.

2.4.3 PROSEDUR JALAN LASAK DAN PANDU ARAH
a. PERSIAPAN AWAL
1. Menyediakan kertas konsep
2. Menetapkan Tarik
3. Tujuan dan pemilihan lokasi yang akan dijalankan
4. Menentukan kumpulan sasaran
5. Perlantikan jawatan kuasa
6. Menyeranaikan nama peserta

7. Menyeranaikan nama jurulatih dan pegawai
8. Menyeranaikan jawatankuasa, tugasan dan senarai semak
9. Penyediaan alatan dan logistik aktiviti

Muka Surat | 93

MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073

b. SEBELUM AKTIVITI
1. Penyediaan landasan
2. Taklimat jurulatih dan peserta
3. Semakan alatan dan logistik
4. Peralatan kecemasan
5. Pengagihan kumpulan/ kategori

c. SEMASA AKTIVITI
1. Peserta dikumpul di tempat permulaan aktiviti
2. Jurulatih bertugas berada di lokasi dan stesen sebelum peserta
dilepaskan
3. Ketua aktiviti memberi taklimat kepada peserta
4. Peserta diberikan peralatan/ keperluan pandu arah
5. Kumpulan peserta awal dibawa ke lokasi permulaan dengan peralatan
yang lengkap
6. Memastikan peserta berada dalam kawasan aktiviti dengan selamat
dan sentiasa berhubung menggunakan radio dari semasa ke semasa
7. Peserta memulakan aktiviti mengikut prosedur yang ditetapkan
8. Peserta tidak digalakkan mengikut kumpulan lain, masing-masing
bergerak mengikut kemahiran dan kefahaman sendiri secara
berkumpulan

d. SELEPAS AKTIVITI
1. Jurulatih mengumpulkan semua peserta yang terlibat dan memastikan
bilangannya mencukupi, mengenalpasti tahap kesihatan dan
kecergasan peserta.
2. Jika terdapat kecederaan, hendaklah diberi rawatan awal atau hantar
ke hospital.
3. Semua alatan hendaklah dikembalikan, jika rosak atau hilang sila
laporkan kepada bahagian logistik.
4. Sesi renungan/ Refleksi
5. Bersalaman antara jurulatih dan peserta
6. Simpan barang di stor
7. Jurulatih aktiviti hendaklah menyediakan laporan aktiviti dengan
menggunakan Borang Prosedur Kerja Laporan Ringkas Aktiviti.

Muka Surat | 94

MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073

2.4.4 MEMBACA KOMPAS/ GLOBAL POSITIONING SATELITE (GPS)

a. PENGENALAN
• Kompass adalah alat penunjuk arah yang bekerja berdasarkan gaya
medan magnet
• Selalunya terdapat sebuah magnet pada kompas sebagai komponen
utamanya
• Magnet tersebut biasanya berbentuk sebuah jarum penunjuk
• Saat magnet penunjuk tersebut berada dalam keadaan bebas, maka akan
mengarah ke utara-selatan magnet bumi
• Inilah yang dijadikan dasar dalam pembuatan kompas & alat navigasi
berbaris medan magnet yang lain
• Umumnya kompas terdiri dari 3 komponen kompas, iaitu badan kompas,
jarum magnet & skala arah mata angina
• Badan kompas berfungsi sbg pembungkus & pelindung komponen utama
kompas
• Jarum magnet dipasang sedemikian agar ia berputar bebas secara
horizontal
• Skala penunjuk umumnya berupa lingkaran 360 & arah mata angin

Muka Surat | 95

MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073

b. BAHAGIAN-BAHAGIAN KOMPAS

1. Dial : permukaan di mana tentera nombor & huruf seperti pada permukaan
jam

2. Visir : pembidik sasaran
3. Kaca pembesar : pembacaan pada angka
4. Jarum penunjuk
5. Tutup dial dengan dua garis 45͘◌֯
6. Alat penggantung, dapat juga digunakan sebagai penyangkut ibu jari untuk

menopang kompas pada saat membidik.

i. Kegunaan Kompas:
• Mencari arah utara
• Menentukan kedudukan peta
• Menyukat bering (sudut)

ii. Keburukan Kompas:
• Hanya dapat sudut hampir ke 1.4 sahaja

c. CARA MENGGUNAKAN KOMPAS
1. Letakkan kompas anda di permukaan yang ratai. Setelah jarum tidak
bergerak lagi, maka jarum tersebut menunjukkan arah utara magnet.
2. Bidik sasaran melalui visir dgn kaca pembesar. Cadangkan sedikit, letak
kaca pembesar, agak-agak 50 di mana berfungsi untuk membidik kea rah
visir & lihat angka pada dial

Muka Surat | 96

MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073

3. Apabila visir diragukan kerana kurang jelas dilihat dari kaca pembesar,
luruskan saja garis yang terdapat pada tutup dial kea rah visir, mengikut
dengan sasaran titik agar mudah dilihat melalui kaca pembesar

d. TEKNIK MENGGUNAKAN KOMPAS
1. Belajar mencari arah
• Jarum kompas terdapat 2 warna iaitu merah dan putih, merah
menunjukkan arah utara
• Kompas mengandungi 16 petunjuk mata angin

2. Memahami bahagian-bahagian Kompas
3. Megetahui mengenai ‘bering’ (sudut)

• Bering ialah kedudukan yang diukur mengikut perjalanan jarum jam dari
satu garisan biasanya Utara dengan menyelang / kompas ke garisan
yang ditetapkan, menjadi panduan kedudukan sesuatu tempat.

• Bering dinyatakan dgn angka contoh 25͘0 d 50͘ ’35”͘ .
4. Mengetahui cara memegang, meletak & melaraskan kompas.

Muka Surat | 97

MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073

2.4.5 KOMUNIKASI RADIO AMATUR/ UHF VHF

a. PENGENALAN
Perkhidmatan radio komunikasi yang digunakan bagi tujuan latihan diri, perhubungan
dan penyiasatan teknikal yang dijalankan oleh individu yang memegang lessen radio amatur.

b. TUJUAN PENGGUNAAN
• Aktiviti komunikasi
• Aktiviti uji kaji teknikal
• Perkhidmatan komunikasi semasa kecemasan
• Memantau (monitoring)

c. TANDA PANGGILAN (CALL-SIGN)
• Sesuatu yang unik bagi satu-satu stesen pemancar amatur
• Dibezakan dgn lokasi / negara dari mana stesen tersebut memancar
• Mengandungi 2 bahagian: “Prefix” & “Suffix”
• “Prefix” dikeluaran oleh ITU (International Telecommunication Union) yang
mana ia mengandungi pengecilan negara, kelas & Kawasan geografi
pemilik “call sign” tersebut.
• “Call Sign” mengikut huruf yang bersesuaian & bergantung kepada
kekosongan jika ia belum digunakan lagi semasa pemohonan “call sign”
dari SKMM (Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia)

d. CARA OPERASI
i. Simpleks (Simplex)

• Komunikasi secara dua hala iaitu dari stesen ke stesen tanpa
menggunakan repeater

• Jarak komunikasi bergantung kepada jenis, ketinggian antara &
kekuatan kuasa pancaran

• Jarak dapat dicapai: 20-30 km
ii. Pancar Ulang (repeater)

• Perhubungan melalui sejenis peranti yang menerima (RX) &
menghantar (TX) kembali audio kita

• Biasanya terletak di Kawasan tinggi seperti gunung bagi
membolahkan ia menerima & menghantar semula audio ke tempat
lain pada jarak yang jauh.

Muka Surat | 98

MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073

2.4.6 MEMBACA PETA TOPO DAN KEGUNAAN

a. DEFINISI
Peta yang menyajikan data & informasi keadaan lapangan secara menyeluruh sifatnya
umum, baik itu unsur alam (sungai, gunung, darat, laut….) mahupun unsur buatan (jalan,
jambatan, perkampung…) dengan garis bayanganketinggian ( garis kontur ketinggian) dalam
perbandingan tertentu (skala)

b. FUNGSI PETA TOPOGRAFI
• Memudahkan dalam menggambarkan bentuk dua dimensi dari bentuk tiga dimensi

rupa bumi (permukaan bumi)
• Memberi informasi mengenai keadaan permukaan & elevasi
• Sebagai dasar dalam hal-hal mengenai ruang
• Memudahkan saat menemukan posisi kita terhadap suatu tanda medan atau daerah

lain

c. INFORMASI PETA
• Membaca peta (map reading) merupakan suatu kegiatan tahap awal di dalam

menggunakan peta untuk kegiatan navigasi
• Kegiatan membaca peta ini tidak terbatas pada kemampuan untuk mentafsirkan

symbol, teks, & gambar saja namun perlu memahami sepenuhnya terhadap keadaan
lapangan yang digambarkan

d. BELAJAR MEMBACA PETA TOPOGRAFI
1. Perkara Penting yang perlu diperhatikan

• Skala peta berkaitan dengan ukuran geometri bumi, misalnya perbandingan jarak
di lapangan dengan jarak di peta

• Simbol merupakan penggambaran dari kenampakan di permukaan bumi
• Simbol koordinat, berkaitan dengan penentuan di posisi peta terhadap objek yang

ada di lapangan.
• Arah Utara, panduan arah ke target Utara di peta & dipakai sebagai penunjuk arah

di Utara apabila berada di lapangan
• Kontur adalah garis khayal untuk menggambarkan semua titik yang mempunyai

ketinggian yang sama di atas / bawah permukaan datum tertentu yang disebut
permukaan laut rata-rata

Muka Surat | 99

MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073

• Kontur digambarkan dengan interval vertical yang regular. Interval kontur adalah
jarak vertical antara 2 garis ketinggian yang ditentukan berdasarkan skalanya.

• Besarnya interval kontur sesuai dengan skala peta & keadaan muka bumi tengah
di atas skala grafik.

Skala Peta Interval Kontur (Meter) Indeks Kontur (Meter)

1:10.000 5 25

1:25.000 12.5 50

1:50.000 25 100

1:100.000 50 200

1:250.000 100 500

Jadual 1: Jadual Interval & Indeks Kontur

• Kontur biasanya Digambar dalam bentuk garis-garis utuh yang berterusan
(biasanya warna coklat / oren)

• - Setiap kontur keempat / kelima (tergantung pada intervalnya) dibuatkan oleh
indeks & digambarkan dengan garisan yang lebih tebal. Kontur indeks
dimaksudkan untuk membantu pembacaan kontur & menghitung kontur untuk
menentukan ketinggian

• - Angka (ketinggian) kontur diletakkan pada bahagian kontur yang diputuskan &
diurutkan sedemikian rupa agar terbaca searah denga naras atas (lebih tinggi)

• - Pada rata yang jarak horizontalnya ≥ 40mm sesuai skala peta dibuat garis kontur
bantu. Kontur bantu ini sangat bermakna terutamanya jika ada bukit kecil di
Kawasan rata.

• Kontur tabahan ditarik pada peta dalam bentuk garis putus-putus untuk
membezakan kontur standard

Muka Surat | 100

MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073

2.4.7 MENGESAN TANDA DAN SIMBOL

• Tanda atau simbol digunakan semasa pengembaraan di dalam hutan atau mendaki
bukit. Kita perlu mempelajari supaya apabila sesat di dalam hutan, kita boleh
memberikan isyarat supaya ahli yang lain boleh menjejaki dengan mudah.

• Isyarat boleh dibuat menggunakan batu, rumput, ranting kayu, lorekkan pada tanah
dan sebagainya.

Contoh Tanda & Simbol
a. Ikut Jalan ini
Boleh digaris pada tanah atau menggunakan ranting kayu atau batu-batu kecil
yang disusun mengikut bentuk anak panah.

b. Jangan ikut jalan ini
Ia juga boleh digunakan sebagai tanda merbahaya. Boleh dibuat dengan
menggunakan ranting kayu, daun, batu-batu kecil ataupun diconteng dengan
kapur

c. Lima langkah dari sini ada surat tertanam
Isyarat ini boleh dilukis atau digariskan dengan kapur ataupun dibentuk dengan
menggunakan batu-batu kecil, ranting dan sebagainya

Muka Surat | 101

MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073

d. Ada air ke arah ini
Seperti isyarat-isyarat di bawah. Ia boleh dilukis atau dibentuk dengan
menggunakan ranting kayu, batu-batu kecil, tali dan sebagainya.

e. Ikut arah ranting kayu yang patah
Dibuat dengan mematahkan ranting atau anak kayu. Bahagian yang
dipatahkan itu direbahkan ke arah yang dimaksudkan.

f. Ikut arah hujung rumput ini
Dibuat dengan menyimpul rumput atau lalang dengan hujungnya dihalakan ke
arah yang dimaksudkan.

g. Ikut arah batu kecil ini
Menggunakan batu yang disusun berderet, dimulakan dengan batu yang lebih
besar dan semakin kecil ke hujungnya. Hujung batu kecil menunjukkan arah
yang dimaksudkan.

Muka Surat | 102

MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073

h. Ada perkhemahan di kawasan ini
Boleh dibuat dengan garisan pada tanah, melukisnya dengan kapur pada
tembok dan lain-lain ataupun menyusun daun-daun di atas tanah. Anak panah
menunjukkan arah kawasan yang dimaksudkan.

i. Jalan terus
Bermaksud arah yang diikuti mesti diteruskan. Boleh dibuat dengan
meletakkan sebutir batu kecil di atas batu besar atau melukis rajah yang
serupa dengan kapur

j. Ikut kiri
Memberi arahan supaya membelok atau mengikut jalan ke sebelah kiri. Boleh
dibuat dengan meletakkan sebutir batu kecil di atas batu besar dan menyusun
beberapa butir batu kecil bagi menghala ke kiri.

k. Ikut kanan
Arahan supaya mengikut jalan ke sebelah kanan. Dibuat menggunakan
susunan batu-batu besar dan kecil seperti isyarat “ikut kiri” tetapi disusun
menghala ke kanan. Kedua-dua isyarat ini juga boleh dilukis.

Muka Surat | 103

MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073

l. Saya sudah pulang
Pesanan yang menunjukkan pembuat isyarat telah balik ke rumah, ke kem atau
ke sekolah. Boleh dibuat dengan menggunakan batu-batu kecil, ranting kayu
ataupun dilukis.

m. Tunggu di sini
Arahan supaya berhenti dan tunggu atau berehat sementara di tempat yang
ditandakan. Ia boleh dibuat dengan ranting atau dilukis. Batu juga boleh
digunakan. Batu besar diletakkan di bawah sekali dan dua butir atau lebih
batu yang semakin kecil disusun berlapis di atasnya.

Lain-Lain

Muka Surat | 104

MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073

2.4.8 LAPORAN PENGEMBARAAN

• Menyediakan buku log pengembaran yang lengkap & dikemaskini yang disertakan
bahan sokongan seperti gambar, lakaran, peta, rakaman video & menyerahkan
kepada penilai di dalam tempoh 15 hari selepas tamat pengembaran.

• Bahan sokongan seperti gambar, gambar rajah, peta, rakaman video & seumpamanya
hendaklah diserahkan kepada penilai Bersama buku log pengembaraan.
a. Persediaan Perjalanan
• Setiap pengembaraan perlu ada persediaan & destinasi hendaklah
dirancang terlebih dahulu
• Tempat-tempat sejarah & rekreasi, berusahaan kampung, penghidupan
cabaran elaklak dimasukkan ke dalam program pengembaraan
• Rancangan pengembaraan hendaklah dipersetujui oleh Ketua Kelana,
Ketua Kelana hendaklah memberi nasihat, panduan serta peraturan bagi
memastikan pengurusan pengembaraan itu mengikut cara BSMM.
• Mesti mengetahui cara menyediakan Buku Log Pengembaraan, perkara
pentig yang wajib ada:
 Tarikh, masa, tempat, waktu tia & waktu berlepas
 Peta pengembaraan & gambaran keadaan semula jadi
 Rekod temu ramah, kajian, pendapat
 Projek (Jika dikehendaki membuat projek, lokasi, penyertaan
masyarakat, masalah, kejayaan.)
 Cetusan rasa digambarkan melalui lukisan, foto, rakaman, video,
puisi dll.
 Langkah keselamatan perlu diutamakan (penilaian & risiko)
b. Peringatan
• Calon boleh melaksanakan pengembaraan dalam satu krew 2-4 orang
sahaja
• Pemakluman pengembaraan & kebenaran pesuruhjaya Daerah serta pihak
berkuasa (polis, Jabatan Hutan) hendak diperoleh sebelum pengembaraan
• Calon hendak sentiasa menjaga imej BSMM & menunjuk contoh teladan
yang baik kepada masyarakat
c. Kajicuaca
• Mencatat pemerhatian cuaca sepanjang pengembaraan

Muka Surat | 105

MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073

2.5 KHIDMAT SUKARELAWAN

a. DEFINISI
• Perkataan “kesukarelaan” bermaksud “sikap sukarela” ataupun dengan
kehendak sendiri dan tiada paksaan dari mana-mana pihak.
• mereka yang melakukan sesuatu dengan sukarela dipanggil “sukarelawan”
bagi lelaki dan “sukarelawati” bagi perempuan.
• Melaksanakan sesuatu dengan kehendak sendiri, tidak dipaksa atau dikerah,
dengan niat yang ikhlas dengan tidak mengharapkan apa-apa pulangan atau
balasan kepada diri sendiri.

b. TUJUAN
i. Mendedahkan peserta kepada amalan/protokol sebelum, semasa dan selepas
program dilaksanakan
ii. Memupuk semangat sukarela di kalangan guru pelatih
iii. Mewujudkan semangat kerjasama dan saling bantu membantu sesuai dengan
objektif umum kursus.

iv. Mengenal budaya dan cara hidup masyarakat terutamanya masyarakat yang
tinggal di pedalaman

v. Menyediakan forum perkongsian maklumat dan amalan terbaik dalam
pengurusan pentadbiran pendidikan.

vi. Membincangkan cabaran dan peranan pemimpin dalam pembangunan modal
insan di era globalisasi

vii. Merumuskan amalan terbaik dan mengemukakan strategi memperkasakan
pembangunan sistem pendidikan negara.

viii. Memperkembangkan lagi pengalaman dan berkongsi idea baru
ix. Perihatin terhadap insan lain yang kurang bernasib baik.

c. MINGGU KERJA (MyVac) di
• Kerja/tugas yang diatur untuk seminggu
• Contoh, khidmat sukerela Program imunisasi COVID-19
beberapa Pusat Pemberian Vaksin seluruh negara

Muka Surat | 106

MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073

d. BANTUAN BENCANA
• Aktiviti membantu mangsa dalam kesusahan akibat bencana seperti banjir/
tsunami/ tanah runtuh dan sebagainya.

e. MASYARAKAT PENYAYANG
• Mengadakan aktiviti derma darah/ penjagaan orang sakit di rumah dan lain-
lain aktiviti

f. HARI PERINGATAN
• “Everyone For Everyone”
• 8 Mei 2021 (Isnin) – World Red Cross and Red Cresent Day
• Antara aktiviti yang diadakan, kempen derma darah, senaman pagi dan
pameran palang merah

Muka Surat | 107

MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073

g. ALAM SEKITAR
• Tidak memusnahkan alam sekitar seperti tumbuh-tumbuhan, dan aktiviti
bergotong-royong

Muka Surat | 108

MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073

2.6 SIMPULAN DAN IKATAN
2.6.1 SIMPULAN
2.6.1.1 TALI TEMALI
i. Simpulan dan ikatan merupakan aktiviti tali-temali yang amat berkait rapat
dengan aktiviti perkhemahan. Menguasai kemahiran tali-temali ini amat
penting bagi memudah dan meringankan kerja serta untuk menjamin
keselamatan semasa menggunakan simpulan dan ikatan agar tidak
ditimpa kemalangan atau kecelakaan akibat tersalah mengikat atau
membuat simpulan.
ii. Terdapat pelbagai jenis tali yang boleh digunakan untuk pelbagai
kegunaan dan situasi, sama ada sewaktu menjalankan aktiviti
perkhemahan, pengembaraan, pelayaran, pendakian, di sekolah, pejabat
mahupun di rumah.
iii. Antaranya ialah
a. Tali penyelamat
i. Digunakan untuk menyelamat mangsa dan diperbuat daripada
rami Itali atau terylene.
ii. Tali penyelamat dibentuk dengan cara tiga ikatan shroud laid.
iii. Kebiasaan mempunyai diameter 2 inci.
iv. Ketahanan tali rami Itali – 2.85 tan.
v. Ketahanan tali terylene – 4.05 tan.
b. Tali pengangkat
i. Diperbuat daripada rami Manila dan nilon dengan cara ikatan
hawser laid.
ii. Mempunyai diameter 2 inci dan panjang 100 kaki.
iii. Ketahanan tali rami Manila – 2.05 tan.
iv. Ketahanan tali nilon – 3.40 tan.
v. Ketahanan tali terylene – 4.05 tan.
c. Tali penarik
i. Diperbuat daripada terylene dengan cara ikatan hawser laid.
ii. Mempunyai diameter 2 inci dan panjang 130 kaki.
iii. Ketahanan tali penarik – 2.73 tan.
d. Tali pengikat
i. Diperbuat daripada rami Manila dengan cara ikatan hawser laid.
ii. Mempunyai diameter 2 inci dan panjang 50 kaki.
iii. Ketahanan tali pengikat – 2.03 tan.

Muka Surat | 109

MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073

iv. Penjagaan tali:
i. Tali yang baru dibeli hendaklah dibuka lilitannya dan ditegangkan sekali-
sekala.
ii. Hujung tali mestilah dililit atau dimatikan supaya tidak bercerai atau
terlerai.

CARA UNTUK MEMATIKAN HUJUNG TALI

iii. Gunakan tali atau benang kasar yang sesuai besarnya.
iv. Selepas digunakan, tali hendaklah dilengkarkan atau digulung dengan

baik sebelum disimpan di tempat yang kering dan selamat.
v. Untuk menjamin kekuatan dan kekukuhan tali serta tahan lama, tali tidak

perlu dibasuhkan kerana akan mengakibatkan tali menjadi basah.
vi. Tali yang basah tidak boleh terus disimpan. Keadaan ini akan

menyebabkan tali mudah menjadi reput dan tidak selamat digunakan.
vii. Tali yang basah tidak digalakkan untuk dijemur di bawah panas matahari

atau menggunakan kuasa wap. Sebaliknya, tali tersebut perlu
diudarakan dan dibiarkan kering dalam suhu bilik.
viii. Sebaik-baiknya, tali yang hendak disimpan boleh dilabelkan ukuran
panjang dan digantungkan di tempat yang sesuai.
ix. Dicadangkan agar tali-tali yang hendak digunakan untuk tujuan
mengangkat, menarik dan menyelamat perlu diuji terlebih dahulu agar
ia selamat digunakan.

Muka Surat | 110

MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073

2.6.1.2 ENAM JENIS SIMPULAN ASAS
Simpulan ialah satu aktiviti tali temali yang menggunakan tali yang kecil
dan sederhana ukurannya untuk disimpulkan pada benda-benda yang
kecil dan sederhana ukurannya juga. Simpulan mudah diaplikasikan selalu
walau di mana jua lokasinya, sama ada di hutan, di rumah mahupun di
pejabat. Misalnya, simpul manuk boleh digunakan untuk mematikan tali
ampaian. Manakala simpul buku sila pula boleh digunakan ketika membuat
anduh untuk menampung tangan yang tercedera atau patah.

CONTOH SIMPULAN DAN IKATAN
2.6.1.3 SIMPUL MANUK (CLOVE HITCH)

• Simpulan yang tidak mudah terburai atau terlerai.
• Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak.
• Juga digunakan untuk mengikat tali pada botol atau tangkai buah durian

(mudah untuk membawanya).
• Semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya, ikatan silang gunting

dan lilit kacang atau ular.

Muka Surat | 111

MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073

2.6.1.4 SIMPUL BUKU SILA (REFF KNOT)
• Simpulan yang tegap dan tidak mudah terlucut.
• Digunakan untuk menyambung dua utas tali yang sama saiz.
• Mematikan ikatan pada bungkusan.
• Membalut luka, bandage atau mematikan ikatan anduh.
• Mengikat khemah yang sudah dilipat.

2.6.1.5 SIMPUL TINDIH KASIH (BOWLINE)
• Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut.
• Sangat berguna dalam kerja-kerja menyelamat.
• Akan diikat pada pinggang mangsa dan ditarik ke tempat yang selamat.
• Juga digunakan untuk mengikat leher haiwan.

Muka Surat | 112

MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073

2.6.1.6 SIMPUL TINDIH KASIH BERGANDA (DOUBLE BOWLINE)
• Seperti simpul tindih kasih biasa tetapi lebih tegap dan kukuh kerana
menggunakan dua lapis tali.
• Akan menghasilkan dua tanjul.
• Sangat berguna dalam kerja-kerja menyelamat mangsa.
• Kedua-dua tanjul boleh diubah mengikut kesesuaian mangsa.

2.6.1.7 SIMPUL BUNGA GETI (SHEET BEND)
• Digunakan untuk menyambung dua utas tali yang sama saiz dan berlainan
saiz.
• Juga digunakan untuk mengikat tali ke sesuatu tanjul.

Muka Surat | 113

MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073

2.6.1.8 SIMPUL BALAK
• Digunakan untuk menaik dan menurunkan barang-barang di tempat tinggi
• Amat kukuh dan mudah dibuat dan dibuka
• Sesuai pada kayu bulat

2.6.1.9 SIMPUL BELIT
• Sesuai digunakan untuk mengikat bot atau binatang (seperti Kuda) supaya
boleh dibuka dengan pantas
• Boleh juga digunakan untuk turun dari atas pokok dengan menggunakan
tali

Muka Surat | 114

MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073

2.6.1.10 SIMPUL MATI (THUMB KNOT)
• Satu simpulan yang tidak mudah terurai atau terbuka disebabkan simpulan
yang kukuh. Satu simpulan tali yang mudah dan digunakan ikatan di
bahagian hujung.
• Simpul mati berfungsi untuk mematikan hujung tali supaya ikatan tali
nampak kemas serta tidak mudah terurai atau terbuka dan tali tidak
terbuang.

2.6.1.11 SIMPUL HIMPIT (FISHERMAN’S KNOT)
• Digunakan untuk menyambung dua utas tali licin yang sama ukuran/saiz.
• Atau antara tali licin dengan tali nylon yang sama saiz.
• Contohnya, tali kail dan tali nylon.

Muka Surat | 115

MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073

2.6.2 IKATAN
2.6.2.1 TIGA JENIS IKATAN
Ikatan ialah satu aktiviti tali temali yang digunakan untuk mengikat kayu,
buluh, tiang dan papan untuk jambatan, tiang bendera, menara kawalan
dan sebagainya. Kebiasaannya dalam aktiviti BSMM, beberapa ikatan
digunakan seperti iakatan seraya, iakatan serong, ikatan silang gunting
dan ikatan lilit balak.

2.6.2.2 SERAYA
• Ikatan seraya digunakan untuk mengikat kayu atau buluh yang bersudut
tetap.
• Dimulakan dengan simpul manuk pada batang kayu/buluh kemudian lilit
dengan kemas dan ketat. Dikuti dengan lilitan di celah kayu/buluh. Ikatan
seraya diakhiri dengan simpul manuk pada kayu/buluh.

Muka Surat | 116

MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073

2.6.2.3 SEORNG
• Ikatan serong digunakan pada kayu atau buluh yang bersilang dan dalam
keadaan serong.
• Bermula dengan ikatan lilit balak pada kayu atau buluh yang bersilang.
Kemudian lilit secara membujur dan melintang seperti dalam gambar rajah
di bawah. Seterusnya, lilit di celah-celah silang supaya ikatan tersebut
kukuh dan kemas. Ikatan serong ditamatkan dengan simpul manuk.

2.6.2.4 LILIT KACANG
• Ikatan lilit kacang digunakan untuk mengikat kayu atau buluh semasa
membuat gajet.
• Dimulakan dengan simpul manuk atau lilit balak pada sebatang tiang.
Kemudian ikat secara berselang-seli pada kayu/buluh lantai dari atas ke
bawah hingga selesai. Ikatan lilit kacang ditamatkan dengan simpul manuk.
• Selain mengunakan seutas tali, ikatan lilit kacang juga boleh dilakukan
dengan menggunakan dua utas tali. Lilit kacang yang menggunakan dua
utas tali akan menjadikan ikatan tersebut menjadi bertambah kemas dan
kukuh serta terjamin kuatnya.

Muka Surat | 117

MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073

2.6.2.5 IKATAN SIALANG GUNTING
• Ikatan silang gunting digunakan untuk membuat jambatan, menara, gajet
dan menyambung kayu.
• Ikatan silang gunting digunakan untuk menyambung dua batang kayu atau
buluh atau mengikat dua batang kayu/buluh.
• Apabila menyambung dua batang tiang/kayu/buluh, ikatan silang gunting
akan digunakan pada kedua-dua hujung tiang/kayu/buluh.
• Ikatan silang gunting dimulakan dengan simpul manuk pada sebatang
tiang/kayu/buluh. Kemudian lilit kedua-dua batang tersebut dengan kemas
dan kuat. Ikatan silang gunting akan ditamatkan dengan simpul manuk.

Muka Surat | 118

MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073

2.7 ASAS KAWAD KAKI
2.7.1 PENGENALAN
i. Kawad ialah perbarisan oleh anggota pasukan seragam atau unit beruniform,
seperti Pergerakan BSMM dan Kadet Remaja Sekolah yang melibatkan
pergerakan kaki, tangan dan badan secara serentak mengikut arahan yang
diberikan oleh ketua (komander). Berkawad ialah berjalan dgn rentak kaki yg
sama atau berbaris atau mengadakan perbarisan berdasarkan arahan yang
diberikan oleh ketua.
ii. Kawad kaki merupakan sebahagian daripada aktiviti kecergasan dan
berpasukan yang bertujuan untuk membentuk disiplin dan ketatatertiban
dalam pasukan. Di samping itu, kawad kaki juga bertujuan untuk membentuk
individu yang cergas, berdisiplin tinggi, berfokus dan taat akan perintah dan
arahan ketua.
iii. Dua bentuk latihan diutamakan, iaitu:
1. Latihan bahasa hukuman/perintah kawad; dan
2. Latihan pergerakan.

iv. Kawad kaki mengandungi lima elemen utama, iaitu:
1. Kawad Statik
2. Kawad Dinamik
3. Kawad Asas
4. Kawad Formasi
5. Kawalan Kehormatan

2.7.2 OBJEKTIF
Objektif kawad kaki adalah untuk:
1. membentuk peribadi individu;
2. menyemai semangat taat setia dan mematuhi arahan atau perintah;
3. menanam perasaan yakin;
4. membentuk semangat dan peribadi yang cergas, setia dan bertatatertib;
5. menanam dan menyemai semangat dan sikap bekerjasama; dan
6. menanam dan menyemai sifat-sifat yang teratur, kemas, berdisiplin
dan berhemah tinggi.

Muka Surat | 119

MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073

2.7.3 BAHASA HUKUMAN
a. Tiga asas dalam membina bahasa hukuman kawad:
a. Ingatan:
Memberi peringatan kepada skuad/kumpulan apa yang akan mereka
buat.
b. Harkat/Amaran:
Peringatan yang panjang terhadap perbuatan atau pergerakan yang
akan dilakukan oleh skuad.
c. Perbuatan:
Arahan perbuatan yang patut dilakukan oleh skuad (dilafazkan dengan
suara yang amat nyaring oleh komander/pemimpin kawad.

b. Contoh bahasa hukuman kawad: TINDAKAN
BAHASA HUKUMAN KAWAD INGATAN
HARKAT/AMARAN
BERGERAK KE KANAN BERTIGA-TIGA PERBUATAN
KE KANAN…
PUSING

c.Latihan asas dalam membina bahasa hukuman kawad:
1. Masuk Baris;
2. Sedia;
3. Luruskan barisan;
4. Paras;
5. Senang Diri;
6. Rehatkan Diri;
7. Keluar Baris;
8. Pusing ke Kanan;
9. Pusing ke Kiri;
10. Pusing/Menghadap ke Belakang;
11. Pusing/Menghadap ke Hadapan;
12. Kawad Jalan Kaki;
13. Berhenti Semasa Berkawad/Jalan Kaki; dan
14. Bersurai.

Muka Surat | 120

MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073

2.7.4 KAWAD STATIK DAN DINAMIK
LATIHAN KAWAD STATIK DAN DINAMIK

1. Masuk Baris
i. Hukuman ini diberikan apabila latihan kawad/perbarisan/kawalan hormat
hendak dimulakan atau selepas skuad berada dalam kedudukan KELUAR
BARIS, iaitu berehat.
ii. Arahan:
“DENGAR SINI SEMUA SEKALI, APABILA MENDAPAT HUKUMAN
TIGA/DUA/SATU BARISAN DI HADAPAN SAYA, SKUAD
HENDAKLAH SEDIA, BERLARI, BERBARIS DALAM TIGA/DUA/SATU
BARISAN DI HADAPAN, DI TENGAH-TENGAH DI MANA SAYA
MENGADAP.”

“FAHAM ITU SKUAD!”
TIGA BARISAN DI HADAPAN SAYA …… GERAK!

atau
DUA BARISAN DI HADAPAN SAYA …… GERAK!

atau
SATU BARISAN DI HADAPAN SAYA …… GERAK!

atau
MASUK BARIS …… GERAK!

2. Paraskan Akuad
i. Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
ii. Arahan:

YANG TINGGI KE KANAN, YANG RENDAH KE KIRI DALAM SATU
BARISAN …… GERAK!
(Skuad akan bergerak dengan cara berpusing ke kanan selaku
KELUAR BARIS dan terus membentuk satu barisan panjang di
hadapan pemimpin.)

NOMBOR!
(Skuad akan menyebut nombor masing-masing secara kuat/nyaring
bermula dari sebelah kanan.)

Muka Surat | 121

MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073

NOMBOR GANJIL SATU LANGKAH KE HADAPAN, NOMBOR
GENAP SATU LANGKAH KE BELAKANG …… GERAK!

ORANG DISEBELAH KANAN SEKALI, DIAM!
(Hukuman ini diberi sebagai tanda orang di sebelah kanan sekali
sebagai PENANDA KANAN.)

NOMBOR GANJIL KE KANAN, NOMBOR GENAP KE KIRI BARISAN,
KANAN DAN KIRI …… PUSING!

JADIKAN TIGA BARISAN, CEPAT JALAN!
(Skuad akan berjalan ke arah PENANDA dan mengambil tempat di
barisan tengah, belakang, hadapan dan seterusnya hingga terbentuk
tiga barisan.)

3. Luruskan Barisan
i. Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.

KEDUDUKAN LURUSKAN BARISAN

ii. Arahan:
KE KANAN …… LURUS!
(Skuad akan memandang ke kanan sambil mendepakan tangan kanan
merapati bahu kiri rakan sebelah. Kemudian skuad menghentakkan kaki
sambil meluruskan barisan dan berhenti sebaik barisan telah diluruskan.)
PANDANG …… DEPAN!
(Skuad akan memandang ke hadapan sambil menjatuhkan tangan kanan
dan kembali dalam kedudukan SEDIA.)

Muka Surat | 122

MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073

4. Senang Diri
i. Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
ii. Arahan:
SENANG …… DIRI!

KEDUDUKAN SENANG DIRI DAN REHATKAN DIRI

iii. Jika skuad berada dalam kedudukan REHATKAN DIRI.
Arahan:
BARIS!
(Skuad akan berada dalam keadaan Senang Diri.)

5. Rehatkan Diri
i. Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SENANG DIRI.
ii. Arahan
REHATKAN …… DIRI!

6. Sedia
i. Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan REHATKAN
DIRI.
Arahan:
BARIS!
BARIS …… SEDIA!
ii. Jika skuad berada dalam kedudukan SENANG DIRI:
Arahan:
BARIS …… SEDIA!

Muka Surat | 123

MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073

KEDUDUKAN SEDIA

7. Buka Barisan
i. Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
ii. Arahan:
BUKA BARISAN …… GERAK!
(Barisan hadapan akan bergerak satu atau dua langkah ke hadapan.
Barisan belakang akan bergerak satu atau dua langkah ke belakang.)

8. Tutup Barisan
i. Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
ii. Arahan:
TUTUP BARISAN……… GERAK!
(Barisan hadapan akan bergerak satu atau dua langkah ke belakang.
Barisan belakang akan bergerak satu atau dua langkah ke hadapan.)

9. Pusing Ke Kanan
i. Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
ii. Arahan
BERGERAK KE KANAN BERTIGA-TIGA

KE KANAN……… PUSING!
atau

KE KIRI……… PUSING!
atau

KE BELAKANG……… PUSING!

Muka Surat | 124

MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073

10. Pusing Ke Kiri

i. Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
ii. Arahan

BERGERAK KE KIRI BERTIGA-TIGA

KE KIRI……… PUSING!
atau

KE KANAN……… PUSING!
atau

KE BELAKANG……… PUSING!

11. Pusing/Menghadap ke Belakang
i. Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
ii. Arahan
BARIS AKAN MENGHADAP KE BELAKANG

KE BELAKANG……… PUSING!
atau

KE KANAN……… PUSING!
atau

KE KIRI……… PUSING!

Muka Surat | 125

MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073

12. Kawad Jalan Kaki
i. Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
ii. Arahan (bergantung kepada penanda):
DARI KIRI, CEPAT……… JALAN!
atau
DARI KANAN, CEPAT ………, JALAN!
atau
DARI DEPAN, CEPAT ………, JALAN!
(jika dalam satu barisan sahaja)

13. Berhenti Semasa Berkawad atau Jalan Kaki

i. Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan KAWAD
JALAN KAKI atau HENTAK KAKI.

ii. Arahan
BARIS, BERHEN……… TI!
(Hukuman BERHENTI akan dilafazkan dengan cara suku kata TI
disebut sebaik sahaja kaki kiri skuad mencecah ke tanah.)

14. Keluar Baris
i. Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
ii. Hukuman Keluar Baris diberikan jika skuad hanya berhenti rehat dan akan ada
perbarisan, kawalan hormat atau kawad kaki lagi selepas itu.
iii. Arahan:
KELUAR …… BARIS!

15. Skuad Bersurai
i. Hukuman ini diberikan selepas skuad berada dalam kedudukan SEDIA.
ii. Hukuman Bersurai diberikan setelah aktiviti perbarisan, kawalan hormat atau
kawad kaki tamat dan akan bersambung pada waktu atau hari yang lain.
iii. Arahan:
BERSU …… RAI!
(Pergerakan BERSURAI sama seperti pergerakan ketika KELUAR
BARIS.)

Muka Surat | 126

MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073

2.7.5 KAWAD FORMASI
• Juga dikenali sebagai kawad persembahan
• Melibatkan asas-asas kawad static dan dinamik, tetapi diolah menjadi
beberapa bentuk formasi supaya lebih menarik

2.7.5.1 PERGERAKAN KAWAD FORMASI

Muka Surat | 127

MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073

2.7.5.2 CONTOH KAWAD FORMASI BSMM

Muka Surat | 128

MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073

2.7.5.3 ATURCARA PERGERAKAN KAWAD
a. SEBELUM MASUK PADANG
1. Dari kanan cepat jalan
2. Skuad henti
3. Skuad akan mengadap ke hadapan, ke kanan pusing
4. Buka barisan gerak
5. Ke kanan lurus / pandang hadapan
6. Nombor

b. MELAPOR
1. Bergerak ke kanan bertiga-tiga, ke kanan pusing
2. Bergerak ke kiri bertiga-tiga, ke belakang pusing
3. Skuad akan mengadap ke hadapan, ke kanan pusing
4. Empat langkah ke kiri, gerak
5. Bergerak ke kanan bertiga-tiga, ke kanan pusing
6. Dari kiri cepat jalan
7. Hormat, hormat ke hadapan hormat
8. Bergerak ke kanan bertiga-tiga, ke belakang pusing
9. Hentak kaki.
10. Maju
11. Bergerak ke kanan bertiga-tiga, ke belakang pusing
12. Skuad henti
13. Skuad akan menghadap ke hadapan, kekiri pusing.

Muka Surat | 129

MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073

2.8 ASAS PERTOLONGAN CEMAS
2.8.1 DEFINISI DAN KONSEP PERTOLONGAN CEMAS
a. Bantuan permulaan atau rawatan pertama atau awal yang diberikan kepada
mangsa atau pesakit. Usaha rawatan pertama atau rawatan awal dalam
keadaan kecemasan sebelum ketibaan ambulans atau sebelum mangsa atau
pesakit menerima rawatan daripada doktor di tempat kejadian.
b. Pertolongan Cemas ditakrifkan sebagai bantuan permulaan, bantu mula atau
rawatan awal yang diberikan kepada seseorang yang mengalami kecederaan
dalam sebarang kemalangan atau sakit secara mengejut atau tiba-tiba dengan
menggunakan objek sekeliling sebelum ketibaan ambulans, doktor atau pakar
perubatan atau sebelum mangsa dihantar ke hospital.

2.8.2 TUJUAN DAN PRINSIP PERTOLONGAN CEMAS
a. Tujuan pertolongan cemas:
i. Selamatkan nyawa:
Memberikan bantuan awal untuk menyelamatkan nyawa dalam situasi
yang mengancam nyawa, seperti pendarahan yang banyak, terhenti
pernafasaan dan jantung, kulit terbakar atau melecur dan yang
seumpama dengannya.
ii. Mengelakkan daripada bertambah buruk:
Memberikan rawatan pertolongan cemas yang betul dan pantas untuk
mengelakkan kecederaan atau keadaan pesakit menjadi bertambah
buruk.
iii. Mengurangkan kesakitan:
Memberi keselesaan, keyakinan dan kata-kata semangat untuk
memberikan kelegaan kepada mangsa atau pesakit.
iv. Sebagai persediaan sebelum diambil alih oleh doktor:
Memudahkan tugas doktor untuk merawat mangsa sebaik tiba di
tempat kejadian.

** Dapatkan bantuan kecemasan atau lanjutan daripada seseorang untuk memanggil
ambulans dengan kadar segera. Jangan tinggalkan mangsa keseorangan sehingga
bantuan tiba.

Muka Surat | 130

MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073

b. Prinsip pertolongan cemas
i. Elakkan bahaya dan utamakan keselamatan.
ii. Dapatkan tindak balas mangsa.
iii. Pastikan saluran pernafasan mangsa tidak tersumbat.

iv. Periksa pernafasan mangsa.
v. Periksa peredaran darah (carotid - nadi tepi leher/brachial - lengan atas)

2.8.3 ANDUH DAN BALUTAN
2.8.3.1 ANDUH
a. Anduh bermaksud ampu atau ambin, iaitu sejenis kain yang digunakan
untuk mengampu anggota badan yang cedera.
b. Kain anduh tiga segi merupakan kain yang sangat penting dalam aktiviti
pertolongan cemas kerana ia boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan
dalam pelbagai situasi. Kain anduh yang baik berukuran satu meter.

c. Antara kegunaan kain anduh ialah:
1. mengampu bahagian yang cedera atau patah;
2. menghenti atau menahan pendarahan;
3. menetapkan bahagian yang cedera;
4. dapat digunakan sebagai pengipas;
5. menutup tempat yang luka atau cedera; dan
6. sebagai pengelap atau sebagai karung tuaman sejuk (ais).

Muka Surat | 131

MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073

d. Jenis-jenis anduh:
1. Anduh besar (large arm sling):
i. mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera.
ii. mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas.

2. Anduk tiga segi atau Anduh St. John’s (triangular sling):
i. menahan pendarahan anggota atas.
ii. mengampu kecederaan bahagian bahu dan tulang skapula.

iii. mengampu anggota atas yang cedera.

3. Anduh kecil (small sling):
i. mengampu kecederaan di bahagian bahu.
ii. mengampu tulang klavikal yang cedera.

iii. mengampu anggota atas yang cedera.

Muka Surat | 132

MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073

4. Anduh leher dan lengan (collar and cuff sling):
i. mengampu pergerakan anggota atas yang mengalami
patah tulang klavikal.

5. Anduh Improvised
Muka Surat | 133

MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073

2.8.3.2 PEMBEBATAN DAN PEMBALUTAN ATAU BALUTAN
a. Pembebatan (Dressing)
i. Penyucian luka, penutupan luka dan pengawalan pendarahan
diikuti balutan luka dengan kain kasa atau steril pada kulit yang
cedera.
ii. Tujuan:
1. Mengurangkan kesakitan.
2. Menggalakkan penyembuhan luka.
3. Memperbaiki kosmetik kulit.
4. Mengawal penyebaran mikroorganisme.
5. Mengawal kontaminasi luka.
6. Memberi tekanan pada tempat tercedera.
7. Mengawal pendarahan.
8. Mengawal kecederaan lanjut
iii. Pembebatan ada tiga jenis, iaitu:
1. Pembebatan medan – bagi kegunaaan pasukan keselamatan;
2. Pembebatan luka – mengikut ukuran-ukuran luka; dan
3. Pembebatan hospital – jenis kain kasa berukuran 10 X 10 mm.

b. Pembalut atau balutan:
i. Pembalut (bandage) ialah kain kasa bergulung yang berfungsi
sebagai pembalut dan pengikat di bahagian anggota yang cedera.
Pembalut juga berfungi sebagai pembantu pembebatan. Setelah
luka dicuci atau dibersihkan, luka tersebut akan ditutup dengan
pembalut untuk mengelak pendarahan dan jangkitan kuman.
ii. Pembalut atau balutan ada dua jenis, iaitu:
a. Pembalut kain tiga segi – untuk menganduh, membalut,
mengampu , mengipas dan pengikat gelung cincin.

Muka Surat | 134

MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073

b. Pembalut bergulung – untuk melakukan balutan lapan,
balutan circular atau spiraI dan balutan padi.

iii. Tujuan dan Fungsi Pembalut
a. Melindungi luka daripada dijangkiti kuman.
b. Melindungi luka daripada terus merebak, kecederaan lain
atau lambat sembuh
c. Memberikan keselesaan dan menutup luka serta menahan
pendarahan.
d. Mengurangkan kesakitan.
e. Mencegah dan menghisap kotaran seperti darah, nanah
dan serum.

c. Peraturan Am Membebat dan Membalut Luka:
i. Bersihkan tangan terlebih dahulu.
ii. Digalakkan memakai sarung tangan.
iii. Tentukan saiz bebat atau pembalut yang sesuai bagi membebat
dan membalut luka. Saiz kain perlulah lebih besar daripada
kawasan luka.

iv. Bersihkan luka dan kawasan sekeliling luka sebelum melakukan
pembebatan dan pembalutan.

v. Menetap dan mengemaskan bebat dan balutan di bahagian
luka.

Muka Surat | 135

MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073

2.8.4 MERAWAT LUKA DAN GIGITAN
2.8.4.1 MERAWAT LUKA
a. Luka ialah sejenis kecederaan kepada tisu-tisu badan yang mengakibatkan
berlakunya pendarahan atau pengaliran darah, sama ada di bahagian luar
atau dalam badan disebabkan oleh benda atau alat yang tajam atau tumpul.

b. Pendarahan ada tiga jenis, iaitu:
i. pendarahan luaran (external):
a. luka terhiris – disebabkan benda yang tajam seperti pisau;
b. luka terkoyak – disebabkan cakaran binatang atau dawai;
c. luka berdarah – kena pukulan tepat benda yang tumpul; dan
d. luka tembus – luka yang disebabkan oleh tikaman pisau, jarum
dan tembakan.
ii. pendarahan dalaman (internal):
a. perut – muntah berdarah;
b. rahim – tumpah darah;
c. tali usus – darah pada dubur;
d. buah pinggang – kencing berdarah;
e. paru-paru/saluran pernafasan – batuk berdarah; dan
f. tengkorak – darah mengalir melalui telinga atau hidung
iii. pendarahan dalaman tanpa kesan:
a. limpa dan hati pecah; dan
b. pendarahan dalam otak.

c. Luka terbahagi kepada dua kategori, iaitu:
i. Luka terbuka:
Luka teruk yang melibatkan organ-organ lain yang mengakibatkan
pendarahan atau tumpahan darah yang banyak, renjetan dan jangkitan
kuman.
ii. Luka tertutup:
Kebiasaannya kulit tidak pecah tetapi pendarahan atau tumpahan
darah berlaku dalam tisu yang mengakibatkan bahagian yang cedera
menjadi lebam.

Muka Surat | 136

MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073

d. Cara merawat luka terbuka
i. Luka-luka kecil:

a. Memerlukan pembalutan kecil seperti plaster sahaja;
b. Perlu dilakukan untuk mengelakkan jangkitan kuman.
c. Langkah-langkah rawatan:

• Bersihkan tangan dengan sabun.
• Jangan sentuh luka dengan tangan yang kotor.
• Cuci luka supaya tidak dijangkiti kuman.
• Keringkan luka menggunakan tisu atau tuala yang steril.
• Lekatkan plaster mengikut ukuran luka.
• Jangan bercakap atau batuk ke arah tempat luka.
• Gunakan pembalut untuk memegang plaster.

ii. Luka-luka kecil yang ada benda asing:
a. Sekiranya terdapat benda asing yang sukar dikeluarkan dari luka seperti kaca

atau serpihan kayu yang terbenam, jangan keluarkan objek tersebut kerana
dibimbangi akan menyebabkan lebih banyak kerosakan pada tisu dan
pendarahan.
b. Cara terbaik yang perlu dilakukan ialah:

• Bersihkan tangan dengan sabun.
• Jangan sentuh luka dengan tangan yang kotor.
• Cuci luka agar tidak dijangkiti kuman.
• Keringkan luka secara perlahan-lahan menggunakan tisu atau tuala

yang sudah disteril.
• Kawal pendarahan atau pengaliran darah dengan menggunakan

tekanan yang teguh ke atas kedua-dua bahagian atau atau
persekitaran objek.
• Tutup luka dengan sekeping pembalut kasa untuk mengurangkan risiko
jangkitan kuman.
• Buat balutan sekeling objek sehingga boleh membalut tanpa menekan
objek.
• Bawa mangsa/pesakit ke hospital.

Muka Surat | 137

MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073

2.8.4.2 MERAWAT GIGITAN
a. Gigitan binatang biasanya meninggalkan luka yang dalam dan
memindahkan kuman ke tisu badan manusia kerana kuman terdapat pada
mulut kebanyakan binatang. Semua gigitan memerlukan rawatan
perubatan dengan segera.

b. Tanda-tanda gigitan:
i. Luka yang dalam di daging.
ii. Luka mungkin berdarah banyak atau sedikit.

c. Kaedah rawatan:
i. Cuci air liur binatang dengan air sehingga bersih.
ii. Cuci dengan larutan cecair antiseptik/sapukan krim antiseptic.
iii. Balut dengan pembalut steril.

iv. Dapatkan bantuan perubatan, dail 991 atau pergi ke klinik atau hospital
berdekatan.

d. Jika digigit anjing:
i. Galakkan pendarahan di sekeliling tempat gigitan.
ii. Cuci luka secara menyeluruh dengan air dan sapukan dengan larutan
cecair antiseptik.
iii. Letakkan pembalut di atas luka dan balutkannya.

iv. Dapatkan bantuan perubatan dengan segera.

** Perhatian: Pesakit perlu diperiksa untuk memastikan rabies jika gigitannya adalah daripada
anjing yang tidak dikenali.

Muka Surat | 138

MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073

2.8.5 MELECUR, PITAM DAN PATAH
2.8.5.1 MELECUR DAN TERBAKAR
a. Melecur:
Kecederaan disebabkan oleh haba lembab seperti air mendidih, wap
atau minyak panas. Terbakar dan melecur biasanya serius. Selain daripada
kesakitan dan renjatan yang serius selepas kemalangan, ia juga akan
meninggalkan kesan parut.

b. Terbakar:
Kecederaan kepada kulit dan tisu badan yang lain disebabkan terkena

haba kering. Terbakar boleh disebabkan oleh api yang menyala, bahan api,
objek panas, bahan kimia atau arus elektrik.

c. Ketenatan mangsa bergantung kepada:
i. Luas permukaan yang cedera.
ii. Tempat yang terbakar atau melecur.
iii. Tahap terbakar.

iv. Umur, keadaan fizikal dan kesihatan mangsa.

d. Jenis terbakar atau melecur:
i. Luar – Terbakar pada bahagian kulit.
ii. Dalam – Terbakar dalam rongga atau perut.

e. Sebab-sebab terbakar atau melecur:

JENIS SEBAB-SEBAB
Panas kering
Panas Lembab Bahan api atau api.
Bahan Kimia Terkena dengan objek panas seperti perkakas dapur atau
Radiasi puntung rokok.
Elektrik Geseran

Wap, cecair panas seperti teh, kopi atau minyak

Kimia perindustrian seperti asap dan gas korosif.
Kimia domestik seperti peluntur cat, racun rumput atau
alkali.
Terdedah terlalu lama kepada cahaya matahari (ultra violet)
Terdedah kepada punca-punca radioaktif.
Arus elektrik yang rendah seperti perkakas rumah.
Kilat dan petir.
* Terbakar disebabkan arus elektrik akan melibatkan dua
tempat luka sahaja.

Muka Surat | 139

MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073

f. Tahap kecederaan:
i. Tahap pertama (Superficial burn):
Kecederaan terbakar/melecur pada bahagian kulit luar sahaja. Ia
melibatkan bahagian epidermis dan terasa sangat sakit. Kulit kelihatan
kemereh-merahan

ii. Tahap kedua (Intermidiate burn)
Terbakar lapisan kulit pertama dan kedua (epidermis dan dermis). Kulit
kelihatan kemerah-merahan gelap, lepuh dan mengelembung. Terasa
sakit.

iii. Tahap ketiga (Deep burn):
Semua lapisan kulit telah rosak. Kulit akan nampak terbakar hitam atau
putih kering. Rasa sedikit sakit atau tidak sakit langsung jika saraf rosak.

g. Tanda-tanda terbakar atau melecur:
i. Sakit yang amat sangat bagi tahap pertama dan tahap kedua.
ii. Bahagian anggota yang terlibat berwarna kemerah-merahan pada
tahap awal, merah gelap, lepuh dan mengelembung pada tahap kedua.
iii. Pengaliran keluar plasma.

iv. Renjatan.

Muka Surat | 140

MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073

h. Tindakan yang perlu diambil:
i. Tindakan ‘3B’:
• Burning stop – Padamkan.
• Breathing maintain – Periksa pernafasan.
• Body examine – Periksa tahap terbakar/melecur.
ii. Tindakan ‘3C’:
• Cool – Sejukkan.
• Cover – Tutup bahagian yang terbakar.
• Carry – Bawa ke tempat selamat. Hantar ke hospital.
iii. Pengendalian am:
• Hentikan kebakaran - air.
• Alihkan punca dari mangsa atau mangsa dari punca (mengikut
keadaan).
• Tentukan ia bernafas.
• Alirkan air bagi terbakar/melecur tahap pertama dan kedua
selama 20 minit atau sehingga kesakitan berkurangan.
• Periksa A, B, C dan tentukan tahap terbakar.
• Tenangkan mangsa dan pastikan kecederaan tidak merebak
supaya tidak berlaku renjatan.
• Selimutkan dengan kain yang telah dibasahkan.
• Beri rawatan renjatan, jika perlu dan hantar ke hospital dengan
segera.

Muka Surat | 141

MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073

2.8.5.2 PITAM
a. Pengsan dan pitam merupakan peringkat tidak sedarkan diri yang singkat.
Gejala ini terjadi disebabkan oleh otak seseorang yang tidak berfungsi
dengan betul.

b. Antara penyebabnya ialah:
i. Kekurangan darah di dalam otak;
ii. Kekurangan oksigen di dalam otak apabila pernafasan terganggu;
iii. Merasa sakit kepala yang teramat sangat sehingga menyebabkan
pengsan.

c. Cara merawat:
i. Baringkan pesakit dengan kedudukan kepalanya rendah.
ii. Longgarkan pakaian ketat.
iii. Lap mukanya dengan tuala basah ATAU biarkan dia menyedut larutan
harum ammonia.

iv. Apabila dia telah sedar semula, suruhlah ia bangun sendiri.
v. Apabila ia sudah mampu bangun, berikan minuman sama ada air, kopi

atau teh panas.

Muka Surat | 142


Click to View FlipBook Version