MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
2.8.5.3 PATAH
a. Patah ialah tulang pecah atau retak. Ia mungkin disebabkan oleh daya
secara langsung, misalnya, jika seseorang dilanggar oleh sebuah
kenderaan yang bergerak ATAU daya tidak langsung, contohnya jika
seorang pemain bola sepak telah tersepak tanah dan bukannya bola maka
daya mungkin dialihkan untuk memecah tempurung lututnya.
b. Tanda-tanda patah tulang:
i. Pesakit mungkin terasa atau terdengar bunyi patah tulang.
ii. Bengkak dan lebam.
iii. Kecacatan bentuk di tempat yang patah atau terkehel.
iv. Pesakit juga mungkin menunjukkan tanda-tanda kejutan, ini amat
ketara jika patah berlaku di tulang paha atau pelvis.
c. Langkah rawatan yang akan dilakukan ini bertujuan untuk mencegah
pergerakan di sekeliling tempat yang terlibat .
d. Cara merawat:
i. Suruh pesakit baring sehingga bahagian yang patah telah dicegah
pergerakannya dengan sempurna. Jika nyawa pesakit terancam,
barulah dia dipindahkan.
ii. Gunakan kayu belat di tempat yang terlibat. Balut atau ikat untuk
mencegah pergerakan.
iii. Ikat pembalut dengan kuat untuk mecegah pergerakan, tetapi tidak
terlalu kuat kerana ia boleh menjejaskan pengaliran darah.
iv. Semasa membalut anggota yang patah, sendi-sendi di bahagian atas
dan bawah anggota juga harus dicegah pergerakannya.
v. Bawa mangsa ke hospital dengan segera.
** Penting: Rawat terlebih dahulu masalah kesukaran pernafasan, perdarahan yang banyak
dan tidak sedarkan diri sebelum merawat anggota yang patah.
Muka Surat | 143
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
2.8.6 KERACUNAN DAN TERSELIUH
2.8.6.1 KERACUNAN
a. Keracunan berlaku apabila terdedah secara melampau atau berlebihan
terhadap toksik (bahan-bahan beracun), sama ada berbentuk cecair atau gas
yang boleh menyebabkan penderitaan sementara atau berkekalan.
b. Tanda-tanda terkena keracunan:
i. Mangsa merasa loya dan mungkin akan muntah.
ii. Mangsa mengalami sakit abdomen.
iii. Cirit birit mungkin terjadi.
iv. Tanda-tanda terkejut.
v. Mungkin tidak sedarkan diri.
c. Arahan merawat:
i. Pastikan saluran udara, pernafasan dan peredaran terbuka dan dapatkan
bantuan perubatan.Tanyakan mangsa tentang apa yang telah dia makan.
ii. Jangan memaksa mangsa muntah (kecuali jika mangsa termuntah sendiri).
iii. Baringkan pesakit di atas permukaan yang kukuh (mangsa mungkin
muntah).
iv. Jika mangsa tidak sedarkan diri, berikan bantuan pernafasan CPR.
v. Hubungi 991 atau hantarkan mangsa ke hospital.
vi. Jika terkena Racun Aerosol, tanda keracunan:
a. Gatal-gatal pada kulit, mata, hidung atau kerongkong.
b. Rawatan kecemasan:
• Keluar dari tempat/kawasan yang disembur racun.
• Hirup udara segar di ruang terbuka.
• Tanggalkan pakaian yang terkena racun.
• Jika terkena kulit, basuh dengan menggunakan sabun dan
air.
• Jika terkena pada mata, bersihkan mata dengan
menggunakan air yang banyak.
• Selepas itu, bolehlah diberikan dua hingga lima titis ubat
mata bagi setiap mata.
Muka Surat | 144
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
2.8.6.2 TERSELIUH
a. Sendi merupakan tempat pertemuan antara dua tulang atau lebih.
Pergerakan yang melebihi had biasa pada sendi boleh mengakibatkan
kecederaan pada ligamen (tisu penyambungan antara tulang). Ligamen
sama ada boleh meregang dengan berlebihan, terkoyak atau terputus.
b. Kecederaan pada ligamen seperti ini disebut terkehel (dislocation) dan
terseliuh (sprain). Terdapat sedikit perbezaan antara terkehel dan terseliuh
walaupun kedua-duanya melibatkan kecederaan pada ligamen.
c. Terkehel ialah kecederaan yang disebabkan oleh pergerakan sendi yang
melebihi had sehingga menyebabkan tulang beralih dari kedudukan asal
dan menjejaskan struktur ligamen.
d. Manakala, terseliuh pula ialah kecederaan yang disebabkan oleh
pergerakan sendi yang melebihi had sehingga menjejaskan ligamen tetapi
tulang tidak beralih dari kedudukan asal.
e. Tanda-tanda ligamen terseliuh:
i. Sakit-sakit.
ii. Bengkak.
iii. Bertambah sakit apabila bergerak.
iv. Pergerakan yang terhad.
f. Cara-cara merawat terseliuh:
i. Hadkan pergerakan anggota.
ii. Gunakan konsep RICE:
• R - Rest
Rehatkan bahagian yang cedera dengan kedudukan yang selesa
• I - Ice
Letakkan ketulan [tuamkan dengan] ais pada bahagian yang cedera
• C - Compress
Longgarkan otot-otot yang tegang dan tekan bahagian yang cedera
dengan satu lapisan tebal kapas dan balut
• E – Elevate Lipat atau tinggikan bahagia yang cedera
iii. Dapatkan bantuan perubatan.
Muka Surat | 145
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
2.8.7 PEMULIHAN PERNAFASAN ATAU CARDIO-PULNARY RESUSCITATION
(CPR)
i. Jika seseorang itu tidak bernafas dan jantungnya tidak berdenyut, kita perlu
mengambil alih pengudaraan dan peredaran dengan segera supaya
pengaliran oksigen ke otaknya berterusan
ii. Ingat petua ABC:
• A – Airway (Saluran Udara)
Pastikan saluran udara terbuka.
• B – Breathing (Pernafasan)
Bernafas untuk pesakit dengan mengembungkan paru-parunya
dan mengoksigenkan darah.
• C – Circulation (Peredaran)
Mengedarkan atau melancarkan aliran darah dengan
memampatkan dada.
iii. Cara-caranya:
a. Saluran Udara Terbuka
i. Baringkan pesakit. Keluarkan sebarang benda asing daripada mulutnya
dan bersihkan tempat di sekeliling mulut.
ii. Angkat lehernya ke atas dan dongakkan kepalanya ke belakang
perlahan-lahan.
iii. Tarik rahangnya ke atas.
Muka Surat | 146
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
b. Pernafasan:
i. Letakkan mulut anda di atas mulut pesakit, picit hidungnya agar tertutup
dan hembus ke dalam mulutnya dengan kuat supaya dadanya
mengembung. Jika pesakit adalah seorang bayi atau kanak, letakkan
mulut anda di atas hidung dan mulutnya semasa menghembus.
ii. Alihkan mulut anda dan dengar dengan teliti bunyi udara hembus.
Kemudian ulang tindakan menghembus. Jika tiada pertukaran udara,
periksa semula kedudukan kepala dan rahang pesakit serta lihat sama
ada lidahnya menghalang saluran udara. Cuba sekali lagi.
iii. Jika anda masih tidak mendapat sebarang pertukaran udara, pusing
pesakit ke sisinya dan tampar tulang kipas beberapa kali untuk
mengeluarkan sebarang benda asing daripada tekak.
iv. Teruskan pernafasan dari mulut ke mulut. Jangan putus asa sehingga
pesakit mula bernafas. Dalam beberapa kes, ia mengambil masa
beberapa jam sebelum sesorang pesakit itu pulih.
v. Dapatkan bantuan perubatan dengan segera. Pastikan pesakit berasa
hangat dan baring dalam posisi yang selesa apabila dia telah pulih
semula.
Muka Surat | 147
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
c. Peredaran (Mampatan Luar Dada)
i. Jangan lakukan mampatan luar dada jika jantung mangsa berdenyut,
walaupun hampir tidak kedengaran dan jika sebarang nadi dapat
dirasai. Jika jantung belum berdenyut lakukan perkara ini:
1. Baringkan pesakit secara lurus dan pukul tulang dada.
2. Jika jantung belum mula berdenyut, letakkan satu jari tangan
kanan anda di atas rawan dengan tangan kiri di atas tangan
kanan.
3. Tolak (tekan) dengan cepat dan angkat. Ulangi proses ini
(Tekan… Lepaskan… Tekan… Lepaskan…) Apa yang kita buat
ini adalah dengan menekan jantung mangsa dan memaksa
darah mengalir ke seluruh badannya. Ini menggantikan
denyutan jantung.
4. Selepas 30 mampatan, berikan dua bantuan pernafasan dari
mulut ke mulut. Teruskan dengan ritma 30 kepada dua
sehingga jantung mangsa berdenyut secara normal.
Muka Surat | 148
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
2.8.7.1 CPR UNTUK ORANG AWAM
CPR ialah satu teknik, yang boleh menyelamatkan nyawa, tanpa
menggunakan alat-alat yang canggih dan kepakaran yang boleh diperolehi di hospital.
Anda boleh melakukan dengan teknik ini dengan tangan, mulut dan fikiran yang logik.
Bila CPR boleh dilakukan?
CPR boleh dilakukan apabila seseorang itu telah ……..?
1. Tidak Sedarkan Diri
2. Tiada bernafas
3. Tiada denyutan nadi di karotid
LANGKAH-LANGKAH CPR
1. Penilaian-Tentukan mangsa tidak sedarkan diri.
2. Cuba dapatkan bantuan dan panggil ambulan.
3. Betulkan kedudukan mangsa.
4. Buka saluran pernafasan-Dongakkan kepala dan angkat dagu.
5. Penilaian Pernafasan-Tentukan mangsa tidak bernafas-Dengan bunyi
pernafasan,rasa haba panas yang keluar dari mulut dan hidung mangsa ,lihat
pergerakan dadanya(5-10).
6. Beri 2 kali pernafasan (11/2-2 saat setiap hembusan).
7. Penilaian peredaran darah-Tentukan ketiadaan nadi karotik(5-10).
8. Jika tiada nadi,lakukan pemulihan jantung dengan memberikan 30 kali tekanan keatas
tulang stermum sedalam 1 ½ -2 inchi mengikut kadar 80-100 kali tekanan seminit di
ikuti 2 hembusan pernafasan.
Muka Surat | 149
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
9. Berlakukan CPR sehingga:
a. Sehingga Ambulan sampai
b. Sehingga ada orang yang tahu tentang CPR ambil ahli dari penyelamat
c. Sehingga mangsa ada nafas dan nadi.
d. Sehingga penyelamat keletihan
10. Jika nadi ada,pastikan mangsa bernafas.Jika tiada bernafas-beri bantuan pernafasan
sekali hembusan setiap hembusan setiap 5 saat dengan kadar 12 kali seminit.
11. Jika mangsa sudah mula bernafas-pastikan tahap kesedaran mangsa semula,jika
masih tidak sedar diri,letak mangsa dalam kedudukan kemulihan sehingga Bantu
perubatan tiba.Setiap 5 minit periksa nadi dan pernafasan.
PROTOKOL C.P.R 2000
• D - DANGER
• R - RESPOND
• A - AIRWAYS
• B - BREATHING
• C - CIRCULATION
PROTOKOL C.P.R 2010
• D - DANGER
• R - RESPOND
• C - CHEST COMPRESSION
• A - AIRWAYS
• B - BREATHING
Muka Surat | 150
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
TAJUK 3
PENGURUSAN DAN PERSIAPAN
PERKHEMAHAN
Muka Surat | 151
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
3.0 PENGURUSAN DAN PERSIAPAN PERKHEMAHAN
3.1 KONSEP PERKHEMAHAN
1. Berkhemah atau perkhemahan merupakan aktiviti sukan dan riadah yang amat
baik dan menarik diikuti, sama ada di peringkat individu,keluarga, sekolah
mahupun institusi sosial yang lain.
2. Di samping dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan atau silatulrahim sesama
individu dan masyarakat, aktiviti ini juga dapat menambahkan pengetahuan dan
pengalaman yang amat berguna serta mengurangkan gejala-gejala sosial yang
sering mengganggu masyarakat, terutamanya golongan remaja. Antaranya,
budaya lepak, gejala dadah, dan jenayah-jenayah lain yang mungkin akan dapat
dibendung melalui aktiviti ini.
3. Sehubungan dengan itu, berkhemah atau perkhemahan boleh ditakrifkan sebagai
penghidupan di luar bangunan, sama ada di hutan, di pantai, di bukit, di gunung,
dalam kawasan sekolah dan sebagainya.
4. Berkhemah bermakna kita menerima atau memikul beberapa tanggungjawab
terhadap pengurusan makanan, perlindungan dan melibatkan diri dalam aktiviti
berkaitan dengan persekitaran kita. Ini bermakna, seandainya kita berkhemah
secara individu atau berkumpulan, perhubungan rapat dengan alam semula jadi
perlu kita utamakan.
5. Dahulu aktiviti perkhemahan merupakan satu keperluan untuk hidup, kerana ia
berkait rapat dengan ikhtiar hidup, sama ada secara individu atau berkumpulan.
6. Berkhemah merupakan satu cabang ilmu yang menguji kemampuan mental dan
fizikal untuk menggunakan sumber-sumber yang terhad dengan kemudahan yang
terhad. Aktiviti perkhemahan akan menguji sejauh manakah kesanggupan kita
untuk menghadapi pelbagai rintangan dan dugaan sepanjang aktiviti ini dijalankan.
7. Kini aktiviti perkhemahan telah menjadi satu aktiviti yang wajib dalam kegiatan
kokurikulum unit beruniform di institusi-institusi pendidikan.
Muka Surat | 152
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
3.2 PENGLIBATAN
a. Penglibatan dan penyertaan aktiviti perkhemahan mengikut pelbagai kategori:
i. Kategori murid Sekolah Rendah:
ii. Kategori pelajar Sekolah Menengah Rendah:
iii. Kategori pelajar Sekolah Menengah Atas:
iv. Kategori Pra-Universiti, Kolej Universiti, Universiti dan ahli yang berusia 18
tahun dan ke atas:
v. Kategori pemimpin (berusia 25 tahun dan ke atas):
b. Hampir kesemua penglibatan dan penyertaan ini memerlukan peserta mengikuti
aktiviti perkhemahan yang memerlukan berkhemah.
3.3 SIJIL DAN ANUGERAH
a. Setiap penyertaan di atas akan dianugerahkan sijil, iaitu sama ada Sijil
Penyertaan atau Sijil Penghargaan.
3.4 TUJUAN PERKHEMAHAN
a. Terdapat dua tujuan utama dalam melaksanakan aktiviti perkhemahan,iaitu;
i. Tujuan Umum; dan
ii. Tujuan Khusus.
b. Tujuan Umum:
Bertujuan untuk melatih ahli perkhemahan agar:
1. dapat meningkatkan ketakwaan kepada Tuhan;
2. dapat menghayati erti batasan kehidupan;
3. mempunyai daya tahan mental dan fizikal, khususnya semasa menerima
arahan, melaksanakan arahan serta semasa menjalankan aktiviti-aktiviti yang
lasak;
4. mempraktikkan dan memahirkan ilmu-ilmu yang telah dipelajari secara teori,
seperti mendirikan khemah, memasang gejet, simpulan dan ikatan dan
sebagainya;
5. menguatkan semangat dan mampu menghadapi pelbagai rintangan,
khususnya semasa aktiviti pengembaraan dijalankan seperti merentas bukit-
bukau, danau, lopak, dan sungai;
6. melaksanakan amanah dan tanggungjawab seperti mengurus diri sendiri dan
kumpulan;
7. mematuhi segala peraturan yang telah dirancangkan atau ditetapkan;
Muka Surat | 153
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
8. memupuk nilai-nilai murni yang ada pada diri individu dengan meningkatkan
semangat kekitaan, berpersatuan dan berdisiplin sentiasa ringan tulang dan
saling bekerja sama di antara satu sama lain;
9. menghargai dan mencintai alam sekitar ciptaan Tuhan dengan memelihara
kebersihan dan tumbuh-tumbuhan yang ada di kawasan tapak perkhemahan;
10. sentiasa berhati bersih, iaitu tidak berasa bongkak, sombong, iri hati, atau
busuk hati dengan anggota kumpulan yang lain;
11. berhibur dengan aktiviti-aktiviti yang sihat dan berfaedah;
12. menghilangkan stres atau ketegangan jiwa; dan
13. mengelakkan daripada gejala sosial yang kurang sihat dan tidak berfaedah.
c. Tujuan Khusus:
1. Rekreasi:
Mementingkan kemudahan dan keselesaan dalam makan-minum
dantempat tidur. Tidak mementingkan kegiatan kemahiran Ilmu perkhemahan.
2. Khusus:
Kurang mementingkan keselesaan tetapi lebih penekanan
terhadapkemahiran- kemahiran ilmu perkhemahan yang berlatar belakang
suasana backwoods (ala hutan).
3. Pengembaraan ekspedisi:
Berkhemah sementara di sesuatu lokasi sewaktu dalam perjalanan
jauh untuk tujuan berehat atau untuk aktiviti tertentu seperti memancing, team-
building·, perancangan baru organisasi dan sebagainya.
4. Misteri:
Siri penjelajahan untuk mencari sesuatu yang tersembunyi
berdasarkanpanduan yang diberikan sama ada menggunakan peta atau
kompas atau kedua-duanya, seperti aktiviti treasure hunt.
5. Penyelidikan:
Membuat kajian terhadap sesuatu yang mungkin memerlukan
jangkamasa yang lama di sesuatu lokasi. Kajian arkeologi misalnya.
6. Ikhtiar hidup/survival:
Untuk tujuan yang lebih khusus, biasanya untuk pengembaraan yang
lasak, berunsur ilmiah, menguji kemahiran yang telah dipelajari dan membina
semangat serta ketahanan diri.
Muka Surat | 154
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
3.5 PERANCANGAN DAN PERSIAPAN AWAL
a. Sebelum aktiviti perkhemahan:
Antara perkara yang perlu dilakukan sebelum aktiviti perkhemahan dilaksanakan
ialah:
1. membentuk organisasi perkhemahan:
• Jawatankuasa Induk;
• Jawatankuasa Kerja atau Pelaksana; dan
• Barisan Jurulatih dan Pembimbing.
2. mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk dan Mesyuarat Jawatankuasa
Kerja Kursus atau Program Perkhemahan;
• mengesahkan pelantikan Ahli Jawatankuasa;
• mengenal pasti jurulatih, pembimbing dan pengiring;
• menentukan senarai tugas setiap Ahli Jawatankuasa, termasuklah
Penyelaras Kursus/Program, Pengiring, Pembimbing dan
Jurulatih;menentukan tarikh;
• menentukan kumpulan dan bilangan sasaran/peserta;
• memastikan nisbah guru/pensyarah dan murid/pelajar/siswa guru
menepati peraturan;
• menentukan tarikh dan bilangan hari yang sesuai;
• tentatif lokasi perkhemahan;
• tentatif atur cara atau jadual perkhemahan;
• tentatif tetamu kehormat yang akan hadir sewaktu perasmian;
• cara pergerakan ke tapak perkhemahan:
• tempahan bas (jika diadakan di luar);
• bilangan bas yang perlu disewa (mengikut bilangan peserta);
• kos sewaan bas.
• kos perbelanjaan keseluruhan (sebelum, semasa dan selepas aktiviti)
serta cara kutipan;
• permohonan kelulusan dan permit penganjuran perkhemahan; dan
• isu-isu lain yang berkaitan.
3. menyiapkan senarai nama petugas dan peserta Kursus/Program;
4. menentukan kadar kos perbelanjaan untuk menganjurkan perkhemahan;
• wang masuk; dan
• wang keluar.
Muka Surat | 155
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
5. menyiapkan jadual perkhemahan yang meliputi:
• bilangan hari;
• masa perjalanan pergi dan perjalanan balik;
• pengisian program;
• waktu solat, waktu rehat dan waktu makan (termasuk menu makanan);
• pengurusan diri;
• aktiviti/kerja masa lapang; dan
• hal-hal lain yang berkaitan.
6. menyiapkan Kertas Kerja atau Kertas Cadangan Program untuk diserahkan
kepada pihak-pihak yang berkenaan;
7. mengemukakan permohonan kelulusan mengadakan aktiviti kepada pihak
yang berkenaan;
8. menyiap dan mengedarkan surat-surat kebenaran, surat-surat pemberitahuan
dan surat-surat pelantikan kepada pihak-pihak yang berkenaan (termasuklah
makluman bertulis kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)/Institut
Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Ibu Pejabat Polis, Klinik Kesihatan dan
organisasi yang lain, jika berkenaan;
9. menguruskan surat kebenaran ibu bapa dan perakuan kesihatan murid;
10. surat pelantikan kepada guru/pensyarah pengiring, pembimbing, pemimpin
dan jurulatih yang terlibat, termasuk jurulatih undangan atau jurulatih luar;
11. memastikan semua yang terlibat, termasuk petugas dan peserta berada dalam
keadaan baik dan sihat serta bersedia dengan rela hati untuk menyertai aktiviti
perkhemahan;
12. memperincikan peraturan-peraturan keselamatan;
13. menyiapkan buku program dan borang-borang yang diperlukan semasa aktiviti
perkhemahan dijalankan:
14. memastikan sijil penghargaan dan sijil penyertaan telah ditandatangani oleh
pihak-pihak yang berkaitan, dan jika perlu, siapkan hadiah dan cenderamata
15. memastikan peralatan (lojistik) dan bahan serta keperluan untuk aktiviti
perkhemahan mencukupi dan boleh digunakan;
Muka Surat | 156
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
16. memastikan kebajikan dan kesihatan peserta dan jurulatih diberikan
keutamaan, termasuklah:
• kotak/kit bantu mula diletakkan di tempat yang sesuai;
• jangkitan penyakit;
• keracunan makanan;
• gigitan serangga berbisa; dan
• serangan binatang buas.
17. memberi taklimat kepada semua yang terlibat dalam pengurusan
perkhemahan, termasuk guru/pensyarah pengiring, pembimbing, pemimpin
dan jurulatih, termasuk ibu bapa peserta (jika perlu);
18. memberi taklimat kepada semua peserta perkhemahan;
19. menentukan semua prosedur perkhemahan dipatuhi; dan
20. menyediakan senarai semak sebelum, semasa dan selepas aktiviti
perkhemahan sebagai rujukan kerja.
b. Semasa aktiviti perkhemahan
Antara perkara yang perlu dilakukan semasa aktiviti perkhemahan dilaksanakan
ialah:
1. memberikan taklimat kepada semua yang terlibat sebaik sampai di tapak
perkhemahan;
2. memastikan prosedur keselamatan sentiasa dipatuhi, termasuklah:
• tapak perkhemahan yang selamat untuk didiami dan beraktiviti serta
berkondisif;
• mendirikan khemah di kawasan yang selamat dan tidak berbatu tajam;
• sistem pencahayaan yang mencukupi untuk menerangi kawasan
perkhemahan;
•
3. memastikan kebajikan dan kesihatan peserta dan jurulatih diberikan
keutamaan, termasuklah:
• kotak/kit bantu mula diletakkan di tempat yang sesuai;
• jangkitan penyakit;
• keracunan makanan;
• gigitan serangga berbisa; dan
• serangan binatang buas.
Muka Surat | 157
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
4. kemudahan asas berfungsi dengan baik, seperti:
• surau;
• tandas yang sesuai dan mencukupi untuk lelaki dan perempuan;
• elektrik;
• air yang bersih; dan
• sistem komunikasi.
5. melakukan Istiadat Pemeriksaan Pagi pada setiap pagi untuk
memastikan peserta perkhemahan dapat mencapai standard atau tahap
perkhemahan;
6. selain Istiadat Pemeriksaan Pagi, pemantauan harus dilakukan untuk
memastikan aktiviti-aktiviti yang lain turut dilaksanakan sepanjang
perkhemahan ini dijalankan, seperti:
7. membuat pemantauan agar Jadual Perkhemahan sentiasa dipatuhi dan
dilaksanakan mengikut perancangan, kecuali jika berlaku sesuatu
perkara yang tidak dapat dielakkan, termasuklah mengadakan
mesyuarat jurulatih pada setiap malam;
8. menentukan semua peserta mengambil bahagian dalam semua aktiviti
perkhemahan yang telah dirancangkan; dan
9. memantau dari semasa ke semasa agar setiap aktiviti yang
dilaksanakan dapat dijalankan dalam keadaan selamat dan baik; dan
10. menyerahkan sijil-sijil penghargaan kepada para petugas dan sijil-sijil
penyertaan kepada peserta perkhemahan atau kursus pada akhir
perkhemahan/kursus.
Muka Surat | 158
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
c. Selepas aktiviti perkhemahan
Antara perkara yang perlu dilakukan selepas aktiviti perkhemahan dilaksanakan
ialah:
1. mengemaskan peralatan yang dibawa dan digunakan;
2. memastikan keperluan logistik dan peralatan perkhemahan mencukupi dan berada
dalam keadaan baik serta bersih;
3. memulangkan semua peralatan dan lojistik yang dipinjam;
4. meninggalkan kawasan perkhemahan dalam keadaan bersih;
5. mengadakan mesyuarat post-mortem untuk membuat penilaian terhadap aktiviti
perkhemahan yang telah dijalankan dan membentangkannya dalam mesyuarat;
6. menulis dan mengedarkan surat-surat penghargaan kepada pihak-pihak yang
berkenaan
7. menyemak senarai semak;
8. mendokumentasikan aktiviti sebagai simpanan untuk dijadikan sebagai
panduan dan bahan rujukan pada masa yang akan datang.
Muka Surat | 159
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
3.6 PEMILIHAN TEMPAT
a. mengenal pasti lokasi perkhemahan:
• keluasan kawasan perkhemahan yang dipilih menepati bilangan peserta
perkhemahan serta mampu menampung aktiviti perkhemahan, seperti tapak
perkhemahan, tempat perhimpunan, latihan, kuliah, permainan dan kawasan
untuk istirahat;
• memeriksa kawasan perkhemahan selamat untuk didiami dan beraktiviti;
• memilih kawasan yang menarik dan mempunyai nilai-nilai tertentu,
umpamanya nilai sejarah, seperti di kawasan Gunung Jerai, Gunung Ledang,
Beruas dan sebagainya;
• kawasan yang bebas daripada laluan angin kencang yang boleh
mendatangkan bahaya dan kecelakaan seperti pokok tumbang, khemah
melayang atau runtuh, dan seumpamanya;
• kawasan yang tidak mempunyai pokok tua, pokok mati atau dahan yang
mudah serkah atau patah untuk mengelakkan pokok atau dahan-dahan
berkenaan menimpa khemah;
• kawasan tanah yang tidak mudah runtuh apabila hujan;
• kawasan yang bebas daripada banjir atau mudah ditenggelami air apabila
hujan;
• kawasan yang bebas daripada binatang liar atau orang-orang jahat yang
mungkin boleh mengancam keselamatan jiwa dan harta benda;
• menentukan lokasi penempatan khemah, kemudahan asas dan
keperluan-keperluan lain berfungsi dengan baik sesuai untuk aktiviti
perkhemahan, seperti:
surau;
tandas yang sesuai dan mencukupi untuk lelaki dan perempuan;
bekalan elektrik;
bekalan air bersih; dan
sistem komunikasi.
• memastikan keperluan lojistik mencukupi dan berada dalam keadaan
boleh digunakan;
• menempah lokasi perkhemahan;
Muka Surat | 160
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
3.7 ASPEK KESELAMATAN
Semasa aktiviti perkhemahan, bagi memastikan keselamatan:
i. Antara perkara yang perlu dilakukan semasa aktiviti perkhemahan dilaksanakan
ialah:
1. memberikan taklimat kepada semua yang terlibat sebaik sampai di tapak
perkhemahan;
2. memastikan prosedur keselamatan sentiasa dipatuhi, termasuklah:
• tapak perkhemahan yang selamat untuk didiami dan beraktiviti serta
berkondisif;
• mendirikan khemah di kawasan yang selamat dan tidak berbatu tajam;
• sistem pencahayaan yang mencukupi untuk menerangi kawasan
perkhemahan;
3. memastikan kebajikan dan kesihatan peserta dan jurulatih diberikan
keutamaan, termasuklah:
• kotak/kit bantu mula diletakkan di tempat yang sesuai;
• jangkitan penyakit;
• keracunan makanan;
• gigitan serangga berbisa; dan
• serangan binatang buas.
4. membuat pemantauan agar Jadual Perkhemahan sentiasa dipatuhi dan
dilaksanakan mengikut perancangan, kecuali jika berlaku sesuatu perkara
yang tidak dapat dielakkan, termasuklah mengadakan mesyuarat jurulatih
pada setiap malam;
5. menentukan semua peserta mengambil bahagian dalam semua aktiviti
perkhemahan yang telah dirancangkan; dan
6. memantau dari semasa ke semasa agar setiap aktiviti yang
dilaksanakan dapat dijalankan dalam keadaan selamat dan baik; dan
7. menyerahkan sijil-sijil penghargaan kepada para petugas dan sijil-sijil
penyertaan kepada peserta perkhemahan atau kursus pada akhir
perkhemahan/kursus.
Muka Surat | 161
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
3.8 KEMUDAHAN ASAS
Kemudahan asas berfungsi dengan baik adalah menjadi suatu aspek kemestian, seperti:
• surau;
• tandas yang sesuai dan mencukupi untuk lelaki dan perempuan;
• elektrik;
• air yang bersih; dan
• sistem komunikasi.
3.9 PEMERIKSAAN PAGI
a. Tujuan:
i. Meningkatkan darjah/tahap perkhemahan.
ii. Peka pada kebersihan, uniform, alatan.
iii. Tahu membuat gajet dengan baik.
iv. Komen - puji dan tegur.
v. Pengiktirafan – anugerah panent.
vi. Menyerlahkan kerjasama ahli perkhemahan.
vii. Pemimpin peka latar belakang ahli/peserta.
b. Komponen Penilaian:
i. Peribadi/Pakaian seragam:
1. Topi dan lencana.
2. Baju, tanda nama dan lencana.
3. Seluar dan tali pinggang (lelaki).
4. Kasut hitam bertali (lelaki pemimpin dan pelajar).
5. Kasut hitam bertumit tanpa tali (pemimpin perempuan).
6. Kasut hitam bertali (pelajar perempuan).
7. Stokin biru tua (hitam tidak digalakkan).
8. Kebersihan dam kekemasan pakaian/uniform.
9. Kebersihan kuku dan gigi.
ii. Gajet:
1. Pintu gerbang dan pagar.
2. Bendera dan tiang bendera.
3. Papan kenyataan.
4. Rak kasut.
5. Ampaian.
Muka Surat | 162
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
6. Meja makan.
7. Rak alatan tajam.
8. Aksesori tambahan yang lain.
iii. Dapur:
1. Rak untuk dapur dan peralatan dapur.
2. Kebersihan peralatan dapur.
3. Rak makanan basah dan kering.
4. Lubang basah dan Lubang kering.
5. Kebersihan kawasan dapur
iv. Khemah dan tataatur:
1. Keceriaan kawasan perkhemahan.
2. Susunan kedudukan khemah.
3. Kekemasan khemah.
4. Susunan kandungan peribadi (beg, pakaian, dsb).
5. Susun atur gajet.
v. Kebersihan:
1. Kawasan khemah dan sekelilingnya.
2. Dalam khemah.
3. Peralatan dapur.
4. Makanan tidak terdedah.
c. Prosedur Pemeriksaan Pagi:
1. Peserta lengkap beruniform berbaris di hadapan khemah masing-masing.
(Boleh berbaris di dalam kawasan khemah jika kawasan khemah luas.)
2. Sebaik sahaja Ketua Kursus, jurulatih atau Ketua Pemeriksa tiba di hadapan
khemah, Ketua memberi arahan. Contohnya:
SKUAD...SKUAD …… SEDIA!
3. Ketua berkawad untuk melapor kepada Ketua, jurulatih atau Ketua Pemeriksa.
Cara melapor:
Tabik hormat …
ASSALAMU’ALAIKUM/SELAMAT PAGI, TUAN!
SKUAD SERAMAI LAPAN ORANG SIAP SEDIA UNTUK DIPERIKSA, TUAN!
Arahan Ketua /jurulatih/Ketua Pemeriksa:
WA’ALAIKUMUSSALAM/SELAMAT PAGI.
Muka Surat | 163
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
MINTA PENOLONG KETUA DAN QM SAHAJA KELUAR BARIS!
Tindak balas Ketua Sekawan/Patrol:
BAIK, TUAN!
MOHON KEBENARAN UNTUK MENJALANKAN TUGAS YANG LAIN, TUAN!
Tabik hormat sekali lagi…
TERIMA KASIH, TUAN!
4. Selepas memberikan tabik hormat Ketua kembali ke tempat asal lalu
memberikan arahan khusus untuk Penolong Ketua dan QM keluar baris. Ketua
arahan:
PENOLONG KETUA DAN QM SAHAJA, KELUAR …… BARIS!
5. Penolong Ketua dan QM akan bergerak satu langkah ke hadapan kemudian
pusing ke kanan sebagai tanda keluar baris.
6. Penolong Ketua dan QM akan membawa para penilai/pemeriksa atau jurulatih
ke dalam khemah untuk dibuat penilaian manakala Ketua berserta peserta
perkhemahan yang lain akan diperiksa tentang peribadi dan uniform pengakap
dalam satu barisan di hadapan khemah. Selesai penilaian Penolong Ketua dan
QM akan masuk ke dalam barisan kembali.
Muka Surat | 164
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
7. Pada akhir pemeriksaan pagi, Ketua perkhemahan akan lapor kepada Ketua
/jurulatih/Ketua Pemeriksa sekali lagi. Cara melapor:
Tabik hormat …
ASSALAMU’ALAIKUM/SELAMAT PAGI, TUAN!
SKUAD SERAMAI LAPAN ORANG SIAP MENGUCAPKAN TERIMA KASIH
ATAS PEMERIKSAAN TADI, TUAN!
Arahan Ketua /jurulatih/Ketua Pemeriksa:
WA’ALAIKUMUSSALAM/SELAMAT PAGI.
SELEPAS INI BERSIAP UNTUK ..........
Tindak balas Ketua:
BAIK, TUAN!
MOHON KEBENARAN UNTUK MENJALANKAN TUGAS YANG LAIN, TUAN!
Tabik hormat sekali lagi…
TERIMA KASIH, TUAN!
8. Selepas memberikan tabik hormat, Ketua perkhemahan kembali ke tempat
asal lalu memberikan arahan keluar baris. Ketua memberikan arahan:
SKUAD! KELUAR ...... BARIS!
Muka Surat | 165
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
3.10 SURAT-MENYURAT
Sekurang-kurangnya sebulan sebelum aktiviti perkhemahan dimulakan, pihak
penganjur perlu menyiap dan mengedarkan beberapa jenis surat secara rasmi kepada
pihak-pihak yang berkenaan.. Antaranya, seperti:
1. Surat panggilan mesyuarat:
i. Mesyuarat Jawatankuasa Aktiviti Perkhemahan Bilangan 01 – bertujuan untuk
melantik barisan jawatankuasa.
ii. Surat panggilan mesyuarat ditandatangani oleh Setiauaha Jawatankuasa
Induk.
2. Surat pelantikan jawatankuasa:
i. Surat pengesahan pelantikan sebagai ahli jawatankuasa yang ditandatangani
oleh Kuasa Penganjur atau pihak penganjur.
ii. Surat pelantikan sebagai pembimbing, jurulatih dan jurulatih luar atau jurulatih
undangan.
iii. Draf surat disediakan oleh Setiausaha Jawatankuasa Induk.
3. Surat kebenaran:
i. Surat memohon kebenaran daripada Kuasa Penganjur untuk menganjurkan
aktiviti perkhemahan yang ditandatangani oleh Setiausaha Jawatankuasa
Induk.
ii. Surat kepada ibu bapa memohon keizinan membenarkan anak mereka
menyertai aktiviti perkhemahan.
iii. Surat memohon kebenaran untuk menggunakan tempat atau tapak
perkhemahan kepada tuan punya tapak.
4. Surat pemberitahuan:
i. Pemberitahuan atau makluman secara bertulis kepada pihak-pihak yang
tertentu tentang aktiviti perkhemahan yang akan di jalan di dalam kawasan
mereka, seperti:
Pejabat Pendidikan Daerah atau IPGM;
Ketua Kampung;
Balai Polis;
hospital atau klinik kesihatan kerajaan;
dan organisasi lain yang berkenaan.
Muka Surat | 166
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
3.11 LAPORAN DAN REFLEKSI
1. Laporan aktiviti atau laporan kursus perlu dicatatkan sebaik sahaja aktiviti
perkhemahan atau kursus selesai dijalankan
2. Kebiasaannya setiausaha yang akan mencatatkan laporan aktiviti setelah
berbinklah dituliscang dengan pengerusi atau pihak penganjur.
3. Laporan diperlukan sebagai bahan rujukan untuk pihak penganjur
membuat pascanilai (post-morterm) dan sebagai panduan dan
penambaikan dalam menganjurkan aktiviti perkhemahan pada masa yang
akan dating.
4. Perlu dicatatkan mengikut format laporan yang telah ditetapkan.
FORMAT MENULIS LAPORAN
1. Tajuk Laporan:
Ditulis dengan huruf besar pada setiap awal kata dan digarisi atau
ditulis huruf besar semuanya. Tajuk hendaklah ditulis di tengah-
tengah. Boleh ditulis dalam dua baris, jika tajuk terlalu panjang.
2. Isi Laporan
Bermula dengan pendahuluan dan diakhiri dengan penutupan.
3. Pengakuan Pelapor
Ditulis di sebelah kiri selepas perenggan terakhir.
4. Tarikh
Ditulis di sebelah kanan laporan setentang dengan pengakuan.
5. Tandatangan Pelapor
Di sebelah kiri bahagian bawah selepas pengakuan pelapor.
6. Nama Pelapor
Ditulis dengan huruf besar di dalam kurungan sebelah tandatangan
pelapor.
7. Jawatan Pelapor
Ditulis di sudut kiri bahagian bawah laporan dan dibubuh tanda
koma di hujungnya. Seterusnya ditulis nama persatuan/pergerakan
yang diwakili.
CONTOH FORMAT MENULIS LAPORAN
5. Penulisan mengikut urutan atau perkembangan peristiwa, iaitu yang dahulu
didahulukan.
6. Gunakan bahasa yang baik, padat tetapi ringkas.
7. Boleh memasukkan beberapa gambar aktiviti di dalam laporan tersebut.
8. Catatan refleksi boleh dicatatkan pada akhir laporan. Catatan boleh ditulis
apa yang dilihat, dirasai dan dialami serta kesan daripada aktiviti
perkhemahan terhadap peserta dan pembelajaran.
**Penulisan laporan aktiiti berasaskan SWOT analasis amat digalakkan.
Muka Surat | 167
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
TAJUK 4
ORIENTASI KURIKULUM
SEKOLAH RENDAH
Muka Surat | 168
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
4.0 ORIENTASI KURIKULUM SEKOLAH RENDAH
4.1 KURIKULUM UNIT BERUNIFORM
Program Unit Beruniform di sekolah rendah diperkenalkan kepada muridmurid tahun
4,5, dan 6. Di sekolah terdapat banyak unit beruniform ditubuhkan.Antara unit beruniform yang
selalunya ada di sekolah ialah Kadet Remaja Sekolah,Pengakap, Pandu Puteri, Kadet Polis,
dan Bulan Sabit Merah Malaysia. Dalam merancang program unit beruniform BSMM di
sekolah, terdapat skema yang perlu diikuti iaitu:
4.2 PERANCANGAN PROGRAM
Bil TARIKH AKTIVITI TINDAKAN
1 • Mesyuarat Agong 2015
• Perlantikan jawatan kuasa baru 2015
2 • Sejarah dan Ikrar PBSM
3 • Lagu PBSM- salin lirik dan hafal
4 • Asas Pertolongan Cemas- Menyalin nota
5 • Ikatan Anduh dan Balutan
• Belajar cara-cara ikatan dan balutan
6 • Kawad Kaki- Belajar asas kawad kaki
7 • Kuiz Kesihatan- Umum
8 • Jenis-jenis Penyakit- Menyalin nota
9 • Panduan Rawatan Kecemasan- Teori dan
praktikal
10 • Ubat-ubatan- Menyalin nota
11 • Gotong- royong bilik darjah dan
persekitaran sekolah
12 • Mesyuarat Penutup 2015- Laporan aktiviti
2015 dan perancangan 2016
Muka Surat | 169
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
4.3 PRINSIP PERANCANGAN PROGRAM
1. Menyediakan ruang, peluang, kesempatan dan kemudahan pembelajaran yang
menarik, menyeronokkan dan merentasi kurikulum
2. Merancang, menganjur dan mengelolakan kegiatan kokurikulum yang berbentuk
aktiviti.
3. Semua program yang dirancang diberi penekanan secara sedar kapadausaha
bersepadu ke arah memperkukuhkan semangat patriotisme, dansemangat
perpaduan antara kaum dan wilayah
4. Menyediakan peluang, ruang dan kemudahan yang mencukupi
5. Menyediakan skema peningkatan pengetahuan, kemahiran, pencapaian,dan
kepimpinan
6. Semua program dan kegiatan kokurikulum yang dirancang memberi peluang dan
kesempatan kepada pelajar untuk mengembangkan minat
7. Menyediakan peluang dan kesempatan kepada pelajar untuk memperagakan
bakat dan kebolehan masing-masing di khalayak ramai
8. Menerapkan elemen-elemen kerjaya dalam program dan kegiatan kokurikulum
yang dirancang
9. Mewujudkan rangkaian kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan, syarikat-
syarikat swasta, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan institusi pengajian
tinggi untuk memperluas, mempelbagai dan mempertingkatkan penglibatan
pelajar dalam kegiatan kokurikulum
10. Mewujudkan peluang kepada pelajar untuk mempertingkatkan daya saing dan
daya tahan masing-masing
11. Merealisasikan unsur-unsur penghargaan dalam setiap aktiviti/kegiatan
kokurikulum yang dianjur
Muka Surat | 170
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
4.4 PROGRAM JANGKA PENDEK DAN PANJANG
Tahap 1 – Tahun 4
Pendidikan palang merah dan bulan sabit merah (10 jam)
Sesi 1 : Pengenalan ringkas Palang Merah dan Bulan Sabit Merah
• Lambang BSSM, Palang Merah dan Kristal Merah
• Lagu BSSM
• Ikrar (umum untuk semua acara)
• Cogan Kata/Motto (Berkhidmat/To Serve)
• Pakaian BSSM
Sesi 2 : Sejarah ringkas asal usul PM/BSSM
• Pengasas PM/BSSM , Jean Henry Dunant
• Peperangan di Solferino
• Kelahiran Palang Merah
• Kelahiran / Sejarah BSSM
• Palang Merah bermula di Sarawak sebagai cawangan Palang Merah
British ditubuhkan pada 19 Disember 1947 dan Borneo Utara (sekarang
Negeri Sabah) tahun 1948. selepas itu diikuti oleh beberapa Cawangan
di Malaya (sekarang Semenanjung Malaysia ).
• Selepas kemerdekaan dalam tahun 1957 Persekutuan Tanah Melayu
menubuhkan Persatuan Palang Merah Tanah Melayu di bawah Akta Parlimen.
• Persekutuan Palang Merah Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak
ditubuhkan selepas penubuhan Negara Malaysia dalam tahun 1963
• Tukar nama kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dalam tahun 1945.
Muka Surat | 171
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
Sesi 3 : Menghayati 7 Prinsip Palang Merah/Bulan Sabit Merah
1. Kemanusiaan
2. Kesaksamaan
3. Keberkecualian
4. Kebebasan
5. Khidmat Sukarela
6. Ketunggalan
7. Kesejagatan
Sesi 4 :Aktiviti-aktiviti kegemaran, perhubungan, perpaduan, dan nilai-nilai murni
kemanusiaan untuk keamanan dunia.
• Membuat kad ucapan (wajib) dn pilih salah satu aktiviti lain seperti :
Membuat album/kumpul setem
Membuat buku skrap
Mengumpul/menyusun kaset/ CD lagu-lagu/nyanyian
Gambar lukisan dan poster
Kegemaran-kegemaran lain yang sesuai
4.5 SKIM LATIHAN
AKTIVITI RASIONAL
Latihan Kawad Kaki
Menerapkan kemahiran kawad kaki kepada setiap
anggota.
Perkhemahan • Menguji kekuatan fizikal dan mental
Solo Camping
Meredah Hutan • Membina hubungan sosial dengan rakan.
Meredah Sungai
• Mengeratkan ikatan silaturahim dan memupuk
kerjasama antara rakan kadet
Pertolongan Cemas Persediaan ini penting bagi menghadapi sebarang
kemungkinan berlakunya kes-kes kecemasan yang
berlaku di rumah atau di mana-mana tempat.
Ikatan Tali Ikatan dan simpulan memainkan peranan yang penting
Simpulan dan Ikatan dalam sesuatu kerja menyelamat. Ikatan semasa
Simpulan Buku Sila membuat balutan haruslah kemas supaya menyenangkan
Ikatan Manuk pakar paramedik. Selain itu, kemahiran dan teknik ikatan
Ikatan Balak
boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
Muka Surat | 172
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
4.6 REFLEKSI MIKRO KOKURIKULUM
1. Konsep Pengajaran Mikro
• memperkenalkan guru pelatih secara ansur maju dengan aktiviti yang
kompleks
• fokus kepada pengajaran khusus
• maklum balas dimantapkan dengan penggunaan video dan borang
penyeliaan
2. Tujuan Pengukuhan
Menggalakkan pelajar menjawab soalan
Mengemukakan cadangan
Melibatkan pelajar dalam perbincangan kelas
3. Peneguhan positif
Ganjaran digunakan untuk memotivasikan
Memberikan pujian dan penghargaan
Galakkan murid bertindak positif
4. Peneguhan negatif
• Rangsangan yang buruk seperti tahan dalam kelas
• Beri pilihan kepada murid samada nak peneguhan negatif atau Tindakan
sewajarnya
Muka Surat | 173
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
4.7 PESANAN, GALAKAN DAN MOTIVASI
1. Definisi Galakan dan Motivasi
a. Galakan
Semangat atau dorongan yg diberikan supaya terus maju dan lain-lain;
sokongan dari segi moral. (Kamus Pelajar DBP, 2008)
b. Motivasi:
Sesuatu yang membuat atau mendorong seseorang berusaha atau
melakukan sesuatu degan penuh minat. (Kamus Dewan, 2005) Motivasi
adalah aras insentif yang terdapat pada seseorang dalam usaha untuk
mencapai matlamat yang berkait rapat dengan keinginan untuk
mencapai kecemerlangan dalam setiap usaha yang dilakukan (Mohd
Zaabadan, Zuraida, 2004).
2. Kepentingan Memberikan Galakan dan Motivasi:
• Menggalakkan penyertaan murid dalam Unit Beruniform.
• Meningkatkan keinginan murid-murid untuk mencapai kejayaan dalam Unit
Beruniform.
• Mewujudkan keghairahan murid untuk belajar dan bergiat aktif dalam Unit
Beruniform.
• Mengalakkan perkembangan individu secara holistik.
3. Cara-cara untuk memotivasikan murid
• Mewujudkan Unit Beruniform yang sesuai dengan minat murid.
• Menjelaskan secara terperinci tujuan sesuatu Unit Beruniform diwujudkan
dan kepentingannya kepada murid.
• Mewujudkan persekitaran yang selamat semasa menjalankan aktiviti Unit
Beruniform.
• Memastikan setiap murid rasa diterima dalam Unit Beruniform yang
dianggotai oleh murid tersebut.
• Memperkenalkan / Melakukan aktiviti-aktiviti yang menarik dalam setiap
perjumpaan Unit Beruniform.
• Menjadikan pembelajaran setiap topik dalamkurikulum Unit Beruniform
lebih menarik dan sesuai dengan minat murid.
• Melibatkan murid-murid secara aktif dalam setiap pembelajaran/aktiviti
dalam Unit Beruniform.
Muka Surat | 174
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
4.8 CINTAKAN PERTUBUHAN SUKARELAAN
1. Konsep Kerja Sukarela
• Kerja sukarela lahir di dalam diri seseorang (cetusan dalaman)
• Suatu proses pendidikan dan pembelajaran
• Suatu bentuk penyertaan aktif warganegara dalam isu-isu dan kepentingan
bersama
2. Prinsip-prinsip Sukarela
• Sedia berkongsi maklumat, pengetahuan, pengalaman, dan kemahiran
dengan pihak yang memerlukan (sedia membantu, tidak kedekut)
• Berkhidmat tanpa pilih kasih atau diskriminasi
• Menyumbang atau berkongsi tanpa mengharapkan balasan material
• Mesti bertolak daripada keadaan dan keperluan kumpulan sasar (bukan
daripada sikap, keadaan, kemahuan sukarelawan – bermula dari komuniti)
• Melibatkan kumpulan sasar dalam sebarang keputusan dan tindakan
(komuniti harus sama-sama terlibat aktif, cuba dapatkan penyertaan
mereka..)
• Manusia / insan sumber utama dalam kerja sukarela (bukan duit, bukan
pangkat, atau kedudukan)
• Setiap orang boleh bersukarela / berkongsi / menyumbang sesuatu
3. Ciri-Ciri yang harus diterapkan
• Bersedia dan suka berkhidmat
• Bertimbang rasa
• Faham dan jelas sebab2 menceburkan diri dalam kerja sukarela
• Sedia berkongsi
• Bersikap rendah hati (humble)
• Mempunyai andaian2 (assumptions) dan tanggapan positif terhadap
kumpulan sasar dan masyarakat
• Suka belajar dan bersedia memperbaiki diri
• Sanggup menghadapi cabaran dan rintangan
• Bersemangat dan teguh meskipun tidak mendapat penghargaan dan
pengiktirafan orang
Muka Surat | 175
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
TAJUK 5
LAPORAN DAN REFLEKSI
Muka Surat | 176
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
LAPORAN PROGRAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM BERSEPABU
PERINGKAT IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
TAHUN 2021 AMBILAN JUN 2021
TAJUK:
PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM BERSEPADU IPGKTAA
UNIT BERUNIFORM:
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM)
TARIKH:
1 SEPTEMBER 2021 (RABU) HINGGA 4 SEPTEMBER 2021 (SABTU)
TEMPAT:
GOOGLE MEET DAN MICROSOFT TEAMS
Muka Surat | 177
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
FASA SEBELUM
Pada fasa sebelum perkhemahan, saya telah pun menbuat persiapan awal dan
langkah-langakah untuk melaksanakan dan melibatkan diri dalam suatu perkhemahan.
Langkah pertama merupakan pengurusan sebelum perkhemahan. Semasa merancang
Perkhemahan Unit Beruniform Bersepadu Peringkat IPGKTAA 2021 PISMP Ambilan Jun
2020 SEMESTER 3, kami telah membuat pelbagai persiapan awal dan perbincangan
dalaman dan pensyarah penasihat. Kita telah mewujudkan satu Ahli Jawatankuasa Induk
memalui pilihan khasnya untuk mendapatkan kebenaran dari Pengaruh Kampus, Pihak Polis
Daerah Lipis dan piha berkuasa berkenaan memalui Ketua Jabatan Unit Kokurikulum Kampus
IPGKTAA.
Setelah mendapat kelulusan daripada pengaruh, pensyarah telah memberi pun
membuat pengumuman dan pengedaran memo secara dalaman kepada pensyarah terlibat
dan semua ahli unit beruniform. Perjumpaan sebelum perkhemahan yang melibatkan semua
ahli unit beruniform diadakan memalui pelantar Microsoft Teams bertujuan untuk memberi
makluman tentang perkhemahan kepada.
Saya selaku Pengerusi BSMM Peringkat Kampus, saya memberi ucapan alu-aluan
dengan konteksnya memastikan setiap ahli bersiap sedia untuk menghadapi segala cabaran
semasa perkhemahan dijalankan. Disebabkan pandemic Covid-19 yang masih tidak dapat
ditengani, Perkhemahan Unit bEeruniform pada kali ini mengambil langkah untuk bertukar
dari mode secara bersemuka ke atas talian. Ini merupakan pekaran baharu bagi pensyarah
dan semua ahli unit beruniform. Untuk mengatasi kekangan, kami diminta untuk berkumpul di
Google Meet pada setiap sesi seperti yang dijadualkan.
Muka Surat | 178
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
Lampiran:
Memo Kelulusan Menjalankan Perkhemahan Unit Beruniform Bersepadu 2021
Muka Surat | 179
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
FASA SEMASA
Hari 1
Tarikh
Masa 01 SEPTEMBER 2021 (Rabu)
Tempat
Bilangan Ahli 8.00 Pagi Hingga 7.00 Petang
Pensyarah
Aktiviti Google Meet
Laporan Aktiviti 23 Orang
Tuan Hj. Sarudin Bin Md. Amin
Kraf Perkhemahan (Gajet)
• Sebelum bermula perkhemahan, majlis perasmian program dan
taklimat dijalankan oleh Tuan Haji. Dalam ucapan, beliau
menggalakkan semua ahli memakai uniform unit beruniform dan
membuka kamera untuk tujuan berinteraksi.
• Aktiviti pertama yang dijadualkan ialah melakarkan pelan tapak
perkhemahan. Tujuan aktiviti ini ialah untuk memstikan setiap ahli
peserta memahami lokaliti perkhemahan supaya tidak sesat dalam
tapak perkhemahan. Kreativiti dalam menyediakan tapak
perkhemahan amat digalakkan aslakan ia selamat, sesuai dan
kemas.
• Para peserta digalakkan untuk memaparkan hasil lakaran masing-
masing untuk penyemakan. Aktiviti diteruskan dengan ujian
membuat kraf perkhemahan (gajet) yang berobjektif untuk memberi
pendedahan kepada para peserta mengenai cara yang betul dalam
penghasilkan gajet.
• Sebagai tugasan kerja kursus, para peserta diminta untuk
menghasilkan dua kraf utama dan tiga kraf sampingan dengan
menggunakan cara ikatan yang betul dan hanya beberapa alatan
asas dibenarkan untuk digunakan seperti gergaji, buluh dan tali.
Muka Surat | 180
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
ANALISIS SWOT
PERKARA/NARATIF/PERISTIWA CATATAN
S – KEKUATAN (STRENGTHS) • Gadjet yang dihasilkan adalah kukuh dan
dapat menampung keberatan yang optimum
• Cara ikatan gajet adalah betul dan tepat untuk
memastikan ketahanan
• Memakai sarung tangan semasa membuat
gajet untuk menjaga keselamatan
W – KELEMAHAN (WEAKNESSES) • Kurang mahir dalam ikatan menyebabkan
mengambil masa yang agak panjang untuk
menyiapkan.
O – PELUANG (OPPORTUNITIES) • Dapat menghasilkan kraf tangan (gajet) tepat
T – ANCAMAN (THREATS) pada masa
• Mengeratkan hubungan antara saya dengan
abang saudara semasa menyiapakan gajet
bersama
• Disebabakan kawasan tempat tinggal saya
(Cheras, Kuala Lumpur) tiada buluh asli, jadi
saya mengambil langkah untuk mendapatkan
buluh daripada platform Shopee.
• Berbuat secara berseorangan walaupun ada
pertolongan daripada abang saudara.
Muka Surat | 181
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
LAMPIRAN
PERJUMPAAN HARI PERTAMA:
Contoh sebahagian gajet yang saya hasilkan:
Durasi Menyiapakan Semua Gajet : 14 Jam
Kos keseluruhan untuk Ujian Kraf Tangan: RM 70.00
Muka Surat | 182
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
Hari 2
Tarikh
Masa 02 SEPTEMBER 2021 (Khamis)
Tempat
Bilangan Ahli 8.00 Pagi Hingga 7.00 Petang
Pensyarah
Aktiviti Google Meet
Laporan Aktiviti 23 Orang
Tuan Hj. Sarudin Bin Md. Amin
Kawad Kaki, Ikatan dan Simpulan
• Pada hari kedua, terdapat dua aktiviti utama yang perlu dijalankan.
Sebelum aktiviti bermula, kami diminta berdiri tegak untuk
menyayikan Lagu Negaraku, Lagu Negeri Pahang, Lagu IPGM dan
Lagu BSMM. Diikuti dengan bacaan doa.
• Tepat pada Jam 9 pagi, aktiviti ujian kawad kaki diadakan. Aktiviti
ini berobjektif untuk melahirkan disiplin para peserta dan
mencungkil daya Kepimpinan. Para peserta membuat ujian
berkawad secara bersendirian mengikut arahan yang diberi.
• Para peserta diingatkan supaya membuat rakaman semasa
menjalankan kawad statik dan kawad dinamik sebagai bahan bukti
dan penghantaran tugasan kerja kursus.
• Manakala sesi sebelah petang pula, kita diminta untuk membuat
ujian simpulan dan ikatan. Objektif utama aktiviti ini ilah menguji
keupayaan para peserta untuk melakukan ikatan dan simpulan
dengan teknik yang betul. Contoh ikatan dan simoulan dalam RMK
adalah simpulan manuk, bunga geti, buku sila, ikatan lilit kacang,
ikatan gilang gunting dan sebagainya.
Muka Surat | 183
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
ANALISIS SWOT CATATAN
PERKARA/NARATIF/PERISTIWA
S – KEKUATAN (STRENGTHS) • Membuat pergerakan kawad kaki statik dan
dinamik dengan penuh semangat
• Menggunakan tali dan bahan yang sesuai
untuk membuat ikatan dan simpulan
W – KELEMAHAN (WEAKNESSES) • Kurang melibatkan diri dalam kawad kaki
O – PELUANG (OPPORTUNITIES) semasa sekolah menengah, susah mengingat
T – ANCAMAN (THREATS) langkah pergerakan
• Kurang mahir dalam ikatan dan simpulan
menyebabkan mengambil masa yang agak
panjang untuk menyiapkan.
• Dapat menghasilkan memnbuat pergerakan
kawad kaki statik dan dinamik dengan cara
yang betul dan penuh semangat
• Menghasilkan iktan dan simpulan yang kemas
dan cantik
• Disebabakan kawasan tempat tinggal saya
(Kondominium) tiada tempat yang sesuai
seperti padang untuk menjalankan kawad kaki
• Rakan serumah saya disahkan positif dalam
COVID-19, diarahkan untuk menjalankan
kuarantin kendiri selama 10 Hari.
Muka Surat | 184
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
LAMPIRAN
PERJUMPAAN HARI KEDUA:
GAMBAR SEMASA KAWAD KAKI:
Durasi Menyiapakan Ujian Kawad : 2.5 Jam
Kos keseluruhan untuk Ujian Kawad Kaki: RM 0
Durasi Menyiapakan Ujian Ikatan dan Simpulan : 2.5 Jam
Kos keseluruhan untuk Ujian Ikatan dan Simpulan: RM 7.00
Muka Surat | 185
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
Hari 3
Tarikh
Masa 03 SEPTEMBER 2021 (Jumaat)
Tempat
Bilangan Ahli 8.00 Pagi Hingga 12 Tengah Hari
Pensyarah
Aktiviti Google Meet
Laporan Aktiviti 23 Orang
Tuan Hj. Sarudin Bin Md. Amin
Masakan Rimba dan Pertolongan Cemas
• Tentaif Hari Ketiga bermula dengan solat, senaman dan juga
sarapan pagi. Diikuti dengan nyanian Lagu Negaraku, Lagu Negeri
Pahang, Lagu IPGM dan Lagu BSMM serta bacaan doa
• Ujian masakan rimba dijalankan pada jam 9 pagi. Aktiviti ini
bermotif untuk meningkatkan kebolehan peserta untuk memasak
dengan hanya menggunakan bahan-bahan asas iaitu, tepung,
telur, kentang, ikan dan ayam.
• Peserta dibenarkan untuk menggunakan aluminium foil dan arang
untuk menyalakan api disebabkan musim hujandi seluruh negara
yang menyukarkan menyala api dengan daun kering.
• Saya membuat roti lilit dengan campuran tepung gandum dan air.
Merebus telur dalam kentang dan membakar Ikan Kombong dan
kepak ayam.
• Sesi kedua pula, ujian pertolongan cemas yang bertujuan untuk
memberi pendedahan kepada para peserta tentang cara memberi
bantuan pada saat-saat kecemasan apabila ada orang cedera
Dalam ujian ini, para peserta dikehendaki membuat beberapa jenis
balutan dengan menggunakan kain anduh.
Muka Surat | 186
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
ANALISIS SWOT CATATAN
PERKARA/NARATIF/PERISTIWA
S – KEKUATAN (STRENGTHS) • Dapat menjayakan ujian masakan rimba
dengan baik, makanan masak dan boleh
dimakan.
• Berjaya membuat balutan dengan kaedah
yang betul
W – KELEMAHAN (WEAKNESSES) • Tidak pernah membersihkan ikan kerana saya
seorang pengalam vegetarian beragama
• Kurang mahir dalam pertolongan cemas, perlu
rujuk video pengajran dalam YouTube.
O – PELUANG (OPPORTUNITIES) • Berinteraksi dengan jiran untuk
T – ANCAMAN (THREATS) mendapatakan kebenaran untuk memasak di
bawah pokok berdekatan rumah flat beliau
• Mengeratkan hubungan antara saya dengan
abang saudara semasa menyiapakan gajet
bersama
• Disebabakan kawasan tempat tinggal saya
hujuan sejak akhir bulan Ogos pada waktu
petang, terpaksa saya menjalankan masakan
rimba pada jam 7 petang
• Tiada tapak yang sesuai untuk membuat
masakan, terpaksa mendapat kebenaran
daripada jiran.
Muka Surat | 187
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
LAMPIRAN
PERJUMPAAN HARI KETIGA:
HASIL MASAKAN RIMBA:
Dari Kiri Ikan Kembung Bakar, Kepak Ayam Bakar, Rebus Telur dan
Kentang dan Roti Lilit (Kanan)
Durasi Menyiapakan Ujian Masakan Rimba : 3 Jam
Kos keseluruhan untuk Ujian Masakan Rimba: RM 20
Durasi Menyiapakan Ujian Pertolongan Cemas : 2.5 Jam
Kos keseluruhan untuk Ujian Pertolongan Cemas: RM 7.00
Muka Surat | 188
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
Hari 4
Tarikh
Masa 04 SEPTEMBER 2021 (Sabtu)
Tempat
Bilangan Ahli 8.00 Pagi Hingga 12 Tengah Hari
Pensyarah
Aktiviti Google Meet
Laporan Aktiviti 23 Orang
Tuan Hj. Sarudin Bin Md. Amin
Laporan Perkhemahan dan Majlis Penutupan
• Pada hari keempat persamaan dengan hari terakhir, juga
dimulakan dengan bermula dengan solat, senaman dan sarapan
pagi. Seterusnya nyanian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Pahang,
Lagu IPGM dan Lagu BSMM serta bacaan doa.
• Pensyarah memberi taklimat tentang penulisan laporan
perkhemahan dan Tarikh penghantaran. Setiap peserta
dikehendaki menyediakan laporan perkhemahan mengikut kriteria
yang ditetapkan dan menghantar kepada pensyarah sebelum atau
pada 9 September 2021.
• Majlis penutupan diadakan di Microsoft-Team dengan tetamu VIP
Timbalan Pengarah IPGKTAA, Dr Khairuddin Bin Said. Beliau
memberi sepatah dua kata nasihat dan manat kepada kami semua.
• Perkhemahan berakhir dengan lancar. Semua peserta dan
pensyarah bersurai.
Muka Surat | 189
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
ANALISIS SWOT CATATAN
PERKARA/NARATIF/PERISTIWA
S – KEKUATAN (STRENGTHS) • Peserta dapat menyiapakn pelaporan dengan
baik setelah mendengar taklimat
• Kali pertama menjalankan Perkhemahan Unit
Beruniform Bersepadu Secara Atas Talian,
pengalaman baharu untuk semua
W – KELEMAHAN (WEAKNESSES) • Terdapat pelajar mempunyai internet yang
lemah
• Bilangan peserta yang melebihi 250 orang
menyebabkan kualiti penyampaian kurang
baik
O – PELUANG (OPPORTUNITIES) • Dapat membantu dalam menjayakan sebagai
AJK Teknikal sepanjang Majlis program
T – ANCAMAN (THREATS) • Oleh sebab kursus ini dijalankan secara dalam
talian, kalau masalah rangkaian berlaku sukar
diselesaikan
Muka Surat | 190
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
LAMPIRAN
MAJLIS PENUTUPAN:
Banner Majlis Penutupan Perkehmahan Unit Beruniform Bersepadu IPGKTAA
Sesi Bergambar Bersama Perasmi, Pensyarah dan Peserta
Muka Surat | 191
MPU3062 BUKU LOG BSMM 2021 2020112350073
Sesi Bergambar Bersama Perasmi, Pensyarah dan Peserta
Muka Surat | 192