The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MAKLUMAT PERIBADI
SIJIL PENCAPAIAN
LAPORAN PENYELIDIKAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KOH KIAN NGEE Moe, 2024-01-19 00:59:52

BIODATA KOH 2024

MAKLUMAT PERIBADI
SIJIL PENCAPAIAN
LAPORAN PENYELIDIKAN

Jadual 4.13 Taburani Pendapati Respondeni Bagii Penyataani C1 i i i i i Frekuensi Peratusi (%) i i i i i i i i Tidak Pasti Setuju i i i i i i i i i 26 i i i i 8 76.5 23.5 i i i i iJumlah i i i i 34 i i i i i i 100.0 Nota: C1:Mahir menggunakan BBM dalam Sesi ulangkaji di rumah. Jaduali 4.14 Taburani Pendapati Respondeni Bagii Penyataan C10 i i i i i Frekuensi Peratusi (%) Sangat Tidak Setuju i Tidak Pasti Setuju i i i i i i3 i i i i 29 2 8.8 85.3 5.9 i i i i iJumlah i i i i 34 i i i i i i 100.0 Nota: C10:Tidak semua topik sesuai dengan penggunaan BBM.


4.3.4i Analisisi Penggunaan BBM PenjagaiDarii Aspeki Cabaran Melaluii borangi soali selidiki yangi diedarkan,i terdapati sepuluhi soalani ataui itemi berbentuki pernyataani berkaitani aspeki kemahirani (D1i –i D10).i Untuki menjawabi persoalani kajiani yangi pertamai iaitui ‘apakahi cabarani penjagai dalami penggunaani BBMi muridi berkeperluani khasi darii aspeki cabaran’,i jaduali dii bawahi menunjukkani hasili analisisi yangi diperolehi. Berdasarkani Jaduali 4.16,i nilaii skori mini tertinggii adalahi bagii penyataani D10i iaitui ‘Beban kepada penjaga terlalu banyak menyebabkan penjaga tidak dapat menyediakan BBM di rumah’ dengani nilaii mini adalahi 4.264i (sishani piawaii =i 0.448).i Seramaii 73.5%i daripadai 34i orangi respondeni menyatakani ‘setuju’i.i Manakalai 26.5%i respondeni menyatakani ‘sangat setuju’. Tiada responden yang menyatakan bahawa faktor masa bukan cabaran utama melalui data yang diterima. i Inii menunjukkan kekangan masa merupakani cabaran utama tanpa mengikra faktor jantina atau lokasi di mana penjaga tersebut berada. Dapatan kajian ini juga menunjukkan faktor masa menjadi faktor utama kemungkinan besar atas sebab hampir semua penjaga bekerja untuk mencari nafkah hidup terutama dalam era kos sara hidup yang tinggi. Nilaii mini terendahi yangi diperolehii adalahi bagii penyataani D4 iaitui ‘Tidak semua topik sesuai dengan penggunaan BBM. ’i dengani nilaii mini adalahi 2.88i i (sisihani piawaii =i 0.640).i Seramaii 85.0%i respondeni menyatakani ‘tidak pasti’i dan 8.8% ‘sangat tidak setuju’. Data ini menunjukkan ramai responden yang tidak faham tentang hubungan atau perkaitan BBM dengan tajuk yang akan anak menjalankan ulangkaji di rumah. Persoalan seperti sama ada kurikulum dalam KSSR semakan 2017 adalah terlalu


sukar untuk difahami oleh penjaga , penjaga masih belum bersedia menerima elemen KBAT yang diperkenalkan kepada anak di rumah akan dibincangkan dalam rumusan. Secarai keseluruhannya,i cabaran penggunaan dalam kalangan i penjaga dalami aspeki cabarani beradai padai tahapi yangi ‘sangat tinggi’i padai penyataan-penyataani D1,i D2 dani i D3.i Manakalai bagii penyataani D4,i D5, D6, D7, D8, D9i dani D10 beradai padai tahapi cabaran yangi ‘tinggi’.i Inii bermaksud,i i ramaii penjaga dalam keadaan tertekan dalam memahami dan menjalankan ulangkaji bersama anak di rumah. Kekurangan pengetahuan tentang dasar pendidikan terkini, kekurangan maklumat tentang unsur berfikir secara kritis dan kreaktif menyebabkan penjaga rasa tertekan dengan masa ulangkaji anak di rumah. i Olehi itu,i ibui bapai perlu diberi pendedahan supaya i meningkatkani aspek persepsiii i dalami kedua-duai perkarai ini.i Kesimpulannya,i seramaii 26 iaitu 76.5% dari jumlah 34 orang respodeni menyatakani ‘tidak pasti’ . Hanya 23.5% iaitu 8 orang responden yang menyatakan ‘setuju’i dani tiada penjaga i yangi ‘sangati setuju’i dani ‘tidaki setuju dalam soal selidik konstruk i tahap kemahiran i penggunaan BBMi penjaga yang ada anak MBPK ketidakupayaan pendengaran i di rumah. Melalui pemerhatian data tahap kemahiran penjaga, maka boleh dibuktikan bahawa ramai penjaga yang masih kurang mahir darii aspekikemahiran penggunaan BBM di rumah (mini =i 3.235;i s/pi =0.430).i Dapatan aspek tahap kemahiran adalah sejajar dengan tahap pengetahuan dalam konsruk A1 iaitu ramai penjaga yang masih kurang pengetahuan tentang penggunaan BBM. Namun demikian, sejumlah penjaga yang besar masih percaya penggunaan BBM secara mahir dapat mewujudkan interaksi secara aktif di rumah. Perkara ini adalah amat penting atas sebab jika kemahiran penjaga boleh ditingkatkan dari segi penggunaan BBM, maka ‘learning lost’ atau ‘communication lost’ MBPK ketidakupayaan pendengaran boleh dikurangkan seminimum boleh.


Jaduali 4.15 Taburani Pendapati Respondeni Bagii Penyataani Aspeki Cabaran Min. Maks. Min Sisihan Piawai Penjaga mempunyai kekangan masa untuk menyediakan BBM yang bersesuaian dengan topik pembelajaran. 2.00 5.00 3.9118 .62122 Penjaga tidak dibekalkan dengan panduan penggunaan BBM yang mencukupi. 3.00 5.00 4.0588 .34300 Kurangkepakaran dalam menerangkan penggunaan BBM kepada anak dengan berkesan. 4.00 5.00 4.0882 .28790 Tidak semua topik sesuai dengan penggunaan BBM. 1.00 4.00 2.8824 .64030 Penggunaan BBM berpotensi mengelirukan murid jika persembahan adalah secara melulu dan tidak teratur. 3.00 5.00 3.3235 .68404 Penjaga kurang pengalaman dan kepakaran untuk menggunakan BBM. 1.00 4.00 3.6176 .65202 Penyediaan BBM memerlukan kos yang tinggi. 1.00 5.00 3.5000 .70711 Penyediaan BBM memerlukan masa yang lama. 3.00 5.00 3.7941 .47860 Masa untuk menguji keberkesanan penggunaan sesuatu BBM adalah terhad. 3.00 5.00 3.7941 .47860 Beban kepada penjaga terlalu banyak menyebabkan penjaga tidak dapat menyediakan BBM di rumah 4.00 5.00 4.2647 .44781 Nota: 1i =i Sangati Tidaki Setuju 2i =i Tidaki Setuju 3i = Tidak Pastii 4i =i Setuju 5 =i Sangat setuju


Jadual 4.16 Taburani Pendapati Respondeni Bagii Penyataani Aspeki Cabaran (D10) i i i i i Frekuensi Peratusi (%) i i i i i i i i Tidak Pasti Setuju i i i i i i i i i 26 i i i i 8 76.5 23.5 i i i i iJumlah i i i i 34 i i i i i i 100.0 Nota: Beban kepada penjaga terlalu banyak menyebabkan penjaga tidak dapat menyediakan BBM di rumah Jaduali 4.17 Taburani Pendapati Respondeni Bagii Penyataani Aspeki Kemahiran (D4) i i i i i Frekuensi Peratusi (%) Sangat Tidak Setuju i Tidak Pasti Setuju i i i i i i3 i i i i 29 2 8.8 85.3 5.9 i i i i iJumlah i i i i 34 i i i i i i 100.0 Nota: Tidak semua topik sesuai dengan penggunaan BBM.


BABi V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan Perbincangan dalam bad ini adalah berkaitan dengan persoalan kajian yang telah dicatakan dalam Bab 1. Data kajian kuantittif yang telah dijalankan telah selesai menjalankan analisis data dengan menggunakan perisian SPSS versi 26. Segala dapatan telah dilaporkan dalam Bab 4. Beberapa aspek telah dilaporkan iaitu aspek pengetahuan penggunaan BBM bagi penjaga MBPK ketidakupayaan pendengaran di rumah, persepsi penggunaan BBM bagi penjaga MBPK ketidakupayaan pendengaran di rumah, aspek kemahiran penggunaan BBM bagi penjaga MBPK ketidakupayaan pendengaran di rumah dan aspek cabaran penggunaan BBM bagi penjaga MBPK ketidakupayaan pendengaran di rumah serta perbandingan dari segi perspektif jantina terhadap penggunaan BBM bagi penjaga MBPK


ketidakupayaan pendengaran di rumah. Pada masa yang sama, dapatan Bab 4 juga akan digunakan untuk menjelaskan hipotesis yang dibina dalam Bab 1. 5.2 Rumusan Latar Belakang Kajian Kajian-kajian lepas terhadap penggunaan bahan bantu mengajar oleh penjaga murid berkeperluan pendidikan khas di rumah melaporkan beberapa cabaran penjaga semasa berinterkasi dengan anak berkeperluan khas di rumah. Sideropoulos et. al ( 2021) dalam kajian impak COVID-19 terhadap kerisauan keluarga yang mempunyai anak berkeperluan pendidikan khas melaporkan bahawa tahap kerisauan penjaga di rumah bertambah dengan tempoh penularan COVID-19. Selain daripada kerisauan kesihatan anak, Sideropoulos melaporkan sebilangan besar penjaga di rumah meluahkan kerisauan tentang kehilangan sokongan sekolah dari segi pengurusan anak apabila sekolah terpaksa ditutup sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP). Selain itu, terdapat penjaga yang risau atas sebab anak berkeperluan pendidikan khas berasa bosan dan tiada aktiviti yang sesuai boleh dijalankan di rumah sepanjang tempoh PKP. Daripada kajian tersebut, boleh dirumuskan bahawa sepanjang tempoh PKP telah menunjukkan masih ramai penjaga yang ada anak berkeperluan khas di rumah masih kurang pengetahuan dalam mengendalikan kehidupan anak terutamnya apabila sekolah terpasa ditutup atas isu keselamatan. Kajian yang memaparkan data berkaitan bahawa ramai penjaga tidak mampu merangka aktiviti atau program yang sesuai menyebabkan penjaga berasa risau atas kebosanan anak yang berlaku di rumah. Keadaan ini berlaku Verdier (2019) dalam kajian cabaran dan sokongan dari segi pandangan penjaga yang ada anak berkeperluan pendidikan khas menunjukkan penjaga bersetuju bahawa aktiviti dan program yang bermakna semasa di rumah membantu anak berkeperluan pendidikan khas adalah amat penting dan perlu dijalankan. Namun demikian, ramai penjaga yang tidak yakin tentang pemilihan bahan aktiviti yang bersesuaian dengan tahap kebolehan anak. Ada penjaga yang sedar bahawa tiada aktiviti yang menyeronokan bagi anak berkeperluan pendidikan khas di rumah semasa waktu lapang dan penjaga sendiri


merasa bersalah atas kelemahan tersebut. Terdapat penjaga yang malaporkan dirinya dalam keadaan buntu dan tidak dapat merangka aktiviti sesuai dan banyak kali yang anak berkeperluan pendidikan khas yang memberitahu jenis aktiviti yang diminati. Sebahagian kecil penjaga terpaksa penuhkan masa lapang anak dengan aktiviti di rumah dengan mengemaskan rumah dan membersihkan dapur atas tiada hala tuju dalam merangka aktiviti yang sesuai untuk anak di rumah. Penjaga sepatutnya terlibat secara aktif dalam perkembangan anak berkeperluan khas di setiap masa. Koegel et al (1991) mendapati bahawa pelibatan ibubapa merupakan faktor utama kejayaan sesuatu intervensi terhadap anak berkeperluan khas. Menyedari kepentingan pelibatan penjaga dalam perkembangan murid berkeperluan pendidikan khas, maka adalah amat penting beberapa aspek dari segi penjaga dikaji supaya isu-isu yang berkaitan dengan pembelajaran di rumah boleh dikenalpastikan. Sideropoulos (2021) menyatakan bahawa COVID-19 yang berlaku mulai 2020 telah memberi kesan jangka panjang ke atas masyarakat secara global terutamanya komuniti yang ada anak berkeperluan pendidikan khas. Tahap kerisauan dan kebimbangan yang ada pada penjaga di negara UK. Seamai 402 orang penjaga telah melaporkan kebimbangan ke atas anak berkeperluan khas di rumah. Kebimbangan yang dilaporkan kebanyak isu yang berkaitan dengan anak seperti pengurusan kehidupan harian anak, pengurusan aktiviti berkaitan dengan akademik anak dan sebagainya. Menyedari pelibatan dan kemahiran menguruskan anak berkeperluan khas adalah amat penting, terdapat kajian yang dijalankan di luar negara yang berkaitan dengan pelaksanaan rancangan pendidikan individu di rumah. Pekeliling Ikhtisas Bil 7/2004 berkaitan dengan pelaksanaan kurikulum pendidikan khas menyatakan keperluan tentang penyediaan rancangan pendidikan individu. Pelaksanaan rancangan pendidikan individu melibatkan banyak pihak dan salah satu pihak yang amat penting merupakan penjaga yang berada di rumah. Newmann et al (1995) melaporkan bahawa strategi yang berkesan merupakan kunci penyelesaian masalah. Gorman (2004) mendapati dalam kajian persepsi penjaga tentang rancangan pendidikan individu menyatakan pelibatan penjaga dalam rancangan pendidikan individu masih belum mencapai tahap memuaskan. Maka dengan ini boleh dirumuskan bahawa penjaga yang berkemahiran,


berfikiran positif dan berpengetahuan merupakan kunci kejayaan pelaksanaan aktiviti pendidikan murid berkeperluan pendidikan khas di rumah. Kajian ini dilakukan bagi megenal pasti senario yang berlaku dalam penjaga yang ada anak berkeperluan pendidikan khas yang belajar di sekolah kebangsaan pendidikan khas dari segi penggunaan bahan bantu mengajar di rumah. Kajian kuantitatif ini yang melibatkan persampelan seramai 34 orang penjaga diharap dapat memberi makna yang besar terutamanya kepada pihak sekolah dan ibu bapa lain yang ada anak berkeperluan khas di rumah. Kajian ini telah mengenal pasti penggunaan bahan bantu mengajar penjaga murid berkeperluan pendidikan khas di rumah dengan melihat empat aspek iaitu pengetahuan penjaga dalam penggunaan bahan bantu mengajar di rumah, persepsi penjaga dalam penggunaan bahan bantu mengajar di rumah, kemahiran penjaga dalam penggunaan bahan bantu mengajar di rumah dan cabaran penjaga dalam penggunaan bahan bantu mengajar di rumah. Selain daripada mengenal pasti penggunaan bahan bantu mengajar dari emapat aspek tersebut, kajian ini secara tidak langsung turut mengenal pasti sama ada faktor jantina penjaga mempunyai hubungan yang signifikan dengan penggunaan bahan bantu mengajar di rumah. Kajian ini dijalankan di kawasan luar bandr dan bandr di daerah Batu Pahat. Dapatan kajian ini mungkin akan berbeza dengan kajian lepas yang lain atas sosial ekonomi dan budaya masyarakat yang berbeza. Namun begitu, dapatan kajian ini dapat memberi gambaran kepada semua pembaca kajian tentang senario penggunaan bahan bantu mengajar di rumah.


5.3 Perbincangan Dapatan Kajian Bahagian ini membincangkan keseluruhan dapatan kajian dari empat aspek yang selari dengan objektif dan persoalan kajian. Dengan berlandaskan kepada teori dan kajian lepas, dapatan kajian ini akan mengupas senario penggunaan penjaga dalam penggunaan bahan bantu mengajar bagi murid berkeperluan pendidikan khas berdasarkan empat aspek iaitu pengetahuan, persepsi, kemahiran dan cabaran. Di samping itu, dapatan kajian akan menjelaskan sama ada faktor jantina mempunyai hubungan yang signifikan dengan penggunaan bahan bahan bantu mengajar di rumah. 5.3.1 Aspek Pengetahuan Laporan Burke (2022) dalam kajian seramai 37 orang penjaga yang mempunyai anak berkeperluan pendidikan khas menunjukkan tahap pengetahuan yang kurang memuaskan telah memberi impak yang negatif terhadap pembentukan perundangan yang lebih sempurna di bawah Individuals with Disabilities Education Act (IDEA). Pengetahuan yang rendah turut menyebabkan maklum balas penjaga dalam isu perubahan perundangan yang mesra OKU berada di tahap yang paling minimum. Muller (2017) menyatakan tahap pengetahuan terhadap pendidikan khas merupakan penyebab utama di mana murid berkeperluan pendidikan khas hilangan sokongan sepanjang pembelajaran. Dalam kajian yang telah dijalankan, didapati bahawa pengetahuan penggunaan bahan bantu mengajar oleh penjaga murid berkeperluan pendidikan khas adalah berada pada tahap yang sederhana iaitu antara ‘tidak pasti’ sehingga ‘setuju’. Penjaga menyedari tentang keperluan menggunakan bahan bantu mengajar secara umum terutamanya kebanyakan penjaga mengaku pernah menggunakan bahan bantu mengajar di rumah


semasa menjalankan sesi ulangkaji bersama anak. Pada masa yang sama, kebanyak penjaga memiliki pengetahuan tentang kebaikan penggunaan bahan bantu mengajar semasa mengajar anak di rumah. Penjaga sedar bahawa bahan bantu mengajar membantu semasa sesi pengajaran di rumah dan bahan bantu mengajar memberi kesan positif jika digunakan secara kreaktif. Namun demikian, ramai responden menyatakan tidak pasti tentang cara penggunaan bahan bantu mengajar. Lebih separuh penjaga dalam kajian tidak pasti sama ada mereka menggunakan bahan bantu secara betul. Lebih separuh responden tidak dapat bezakan jenis bahan bantu mengajar yang digunakan. Maklum balas yang paling signifikan dalam kajian ini ialah seramai 21 orang penjaga tidak setuju bahawa penggunaan bahan bantu mengajar memakan masa dan tidak efektif . Daripada kajian yang dijalankan, taksiran ke atas konstruk pengetahuan boleh dinilai dari tiga segi iaitu pengetahauan the kebaikan penggunaan bahan bantu mengajar, pengetahuan tentang penyediaan bahan bantu mengajar dan pengetahuan tentang langkahlangkah penggunaan bahan bantu mengajar. Kajian ini menunjukkan penjaga sedar tentang kebaikan penggunaan bahan bantu mengajar. Penjaga sedar tentang penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan bahan bantu mengajar mampu membantu menjadikan pengajaran lebih kreatif. Penjaga juga sedar bahan bantu mengajar boleh dijadikan sebagai alat untuk menarik perhatian anak semasa sesi pengajaran di rumah. Hampir semua penjaga percaya bahan bantu mengajar boleh meningkatkan minat dan pencapaian anak jika digunakan dengan bijak dan kreaktif. Item-item dalam konstruk asas pengetahuan menunjukkan penjaga sedar dan percaya tentang kebaikan penggunaan bahan bantu mengajar secara umum. Bagi item yang berkaitan dengan pengetahuan dalam penyediaan bahan bantu mengajar seperti jenis-jenis bahan bantu mengajar dan masa penyediaan bahan bantu mengajar pula menunjukkan masih ramai penjaga yang berasa keliru tentang pemilihan dan penyediaan bahan bantu mengajar yang sesuai untuk pembelajaran anak di rumah. Ramai penjaga memilih untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan bahan bantu mengajar melalui internet yang mempunyai sumber bahan bantu mengajar yang meluas. Item ini menunjukkan bahawa bahan bantu mengajar dalam talian yang mudah akses dan pelbagai merupakan pilihan utama penjaga jika ingin


mendapatkan sumber pengajaran. Bagi item mengenali jenis-jenis bahan bantu mengajar, masih ramai yang tidak dapat bezakan jenis-jenis bahan bantu mengajar. Kedua-dua item ini memberi gambaran bahawa penjaga mengambil sumber bahan bantu mengajar tanpa mengenali jenis-jenis bahan bantu mengajar dan kemungkinan besar keadaan ini akan menyebabkan ralat dalam pemilihan bahan bantu mengajar yang sedia ada dalam internet. Kemungkinan besar akan menyebabkan keberkesanan pembelajaran anak di rumah merosot. Anak berkeperluan pendidikan khas di rumah juga akan kemungkinan berasa keliru atas sebab pemilihan bahan bantu mengajar yang mungkin konflik dengan tajuk yang diajarkan oleh guru di sekolah. Bagi item pengetahuan yang berkaitan dengan pengenalian bahan bantu mengajar di rumah menunjukkan penjaga pernah menggunakan bahan bantu mengajar yang berasakan elektronik, bukan eletronik dan bahan maujud di rumah. Sebahagian besar penjaga berpendapat pengenalian bahan bantu mengajar tersebut adalah kurang efektif dan memakan masa dan tidak pasti tentang kesesuaian cara pengenalian bahan bantu mengajar tersebut. Dapatan ini sejajar dengan item pengetahuan dari segi aspek jenis bahan bantu mengajar di mana sebahagian besar penjaga tidak dapat bezakan jenis bahan bantu mengajar yang dipilih untuk pembelajaran anak di rumah. Secara keseluruhannya bagi konstruk pengetahuan, penjaga sedar akan kepentingan perlu memiliki pengetahuan dalam penggunaan bahan bantu mengajar di rumah tetapi masih lemah dalam sama ada pemilihan bahan bantu mengajar mahupun cara pengendalian bahan bantu mengajar yang dipilih. Donnelly (2022) dalam kajian support and perceptions of teachers working with students with special nedds durung the COVID-19 pandemic melaporkan 41% murid berkeperluan pendidikan khas tidak dibekalkan dengan sumber yang bersesuaian untuk sesi pembelajaran di rumah. Atas kekurangan sokongan bahan bantu mengajar yang sesuai, pelibatan dan minat murid tersebut telah merosot dan murid adalah dalam keadaan kurang bersedia semasa sesi pengajaran berlangsung. Senario tersebut dijangka akan berlaku jika penjaga kurang pengetahuan dalam pemilihan bahan


bantu mengajar yang sesuai untuk digunakan dalam sesi pengajaran anak di rumah. Kesimpulanya, penjaga bagi murid berkeperluan pedidikan khas yang belajar di sekolah kebangsaan pendidikan khas masih kurang memuaskan. Penjaga murid tersebut perlu didedahkan dengan pengetahuan yang lebih mendalam berkaitan dengan kaedah pemilihan dan langkah-langkah pengenalian bahan bantu mengajar secara holistik. 5.3.2 Aspek Persepsi Maltals (2021) menyatakan bahawa terdapat hubungan antara motivasi diri dalam murid dan keprihatian dari segi persepsi penjaga. Dalam kajian yang melibatkan 2744 murid menunjukkan bahawa penjaga yang mengambil berat tentang akademik murid akan meningkatkan motivasi diri dalam murid tersebut. Xiong (2021) dalam kajian pelibatan penjaga ke atas kejayaan pembelajaran and kemenjadian akademik murid juga melaporkan trend yang sama di mana penjaga yang terlibat secara aktif dalam pembelajaran anak akan memberi impak yang positif dalam kemenjadian akademik anak. Vasquez et. al. (2016) dalam kajian menyatakan pelibatan penjaga dalam kehidupan sekolah anak mampu meningkatkan pencapaian akademik, motivasi diri dan kemenjadian akdemik murid tersebut. Kajian juga mengaitkan beberapa faktor yang boleh mempengaruhi kejayaan pembelajaran murid dan faktor yang paling signifakan merupakan faktor pelibatan penjaga dalam akdemik murid. Faktor penjaga merupakan faktor yang tidak boleh diabaikan untuk mengoptimumkan kemenjadian akademik murid berkeperluan pendidikan khas. Faktor penjaga merupakan satu elemen penting dalam pendidikan anak terutamanya anak berkeperluan pendidikan khas. Jalinan penjaga dan guru merupakan faktor yang mustahak bagi memenuhi keperluan akademik murid sama ada di sekolah ataupun di rumah. Berdasarkan dapatan kajian, didapati bahawa persepsi penjaga terhadap penggunaan bahan bantu mengajar di rumah secara keseluruhanya berada pada tahap


timggi iaitu ‘setuju’ dan ‘sangat setuju’. Dalam aspek persepsi secara umum, kebanyakan penjaga berfikir secara positif tentang penggunaan bahan bantu mengajar di rumah. Item yang menggambarkan perspesi dari segi penggunaan bahan bantu mengajar ke atas pembelajaran murid di rumag menunjukkan bahawa penjaga bersetuju bahawa penggunaan bahan bantu mengajar adalah sangat penting untuk meningkatkan kefahaman murid terhadap sesuatu tajuk. Ramai penjaga juga berpandangan positif bahawa penggunaan bahan bantu mengajar merupakan cara yang menyeronokkan dan mudah untuk memperkenal dan menggambarkan konsep dalam suatu matapelajaran. Penjaga dalam kajian juga bersetuju bahan bantu mengajar mampu membantu anak untuk mengaitkan situasi dunia sebenar. Ketiga-tiga item ini melaporkan bahawa penjaga mempunyai persepsi positif terhadap keberkesanan bahan bantu mengajar dalam meningkatkan kefahaman dan pemikiran abstrak murid bagi sesuatu tajuk. Konstruk persepsi yang berunsurkan item afektif penggunaan bahan bantu mengajar pula melaporkan penjaga juga berpandangan positif bahawa bahan bantu mengajar yang sesuai mampu memupuk perasaan ingin tahu anak di rumah. Penjaga juga bersetuju bahawa penggunaan bahan bantur mengajar adalah amat penting untuk menarik minat dan meningkatkan pelibatan anak sepanjang sesi ulangkaji atau pembelajaran di rumah. Namun begitu, dalam aspek persepsi ini, item yang ramai penjaga tidak setuju adalah pada item yang menggambarkan persepsi atas pelaksanaan proses penggunaan bahan bantu mengajar di rumah. Sebanyak tiga item dalam persepsi pelaksanaan penggunaan bahan bantu mengajar di rumah telah diberikan respon ‘tidak setuju’ dan ‘sangat tidak setuju’ oleh responden kajian. Dapatan responden menunjukkan penjaga tidak pasti sama ada penggunaan bahan bantu mengajar akan menyebabkan suasana di rumah menjadi kucar-kacir . Penjaga berpandangan situasi luar kawalan akan berlaku apabila pengenalian penggunaan bahan bantu mengajar tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Begitu juga bagi item yang serupa tentang sama ada bahan bantu mengajar akan menyebabkan suasana di rumah menjadi bising. Kedua-dua item ini menggambarkan persesi negatif dan penjaga berfikiran risau tentang kemungkinan penggunaan bahan bantu mengajar yang akan menyebabkan suasana rumah di luar kawalan dan kualiti hidup di


rumah merosot. Antara semua item, penjaga berpandangan sangat setuju bahawa proses penggunaan bahan bantu mengajar mengambil masa yang lama terutamanya dari segi penyediaan bahan bantu mengajar di rumah. Secara keseluruhannya, penjaga dalam kajian berpandangan positif tentang penggunaan bahan bantu mengajar di rumah tetapi menunjukkan kerisauan terhadap proses pengenalian dan penggunaan bahan bantu mengajar semasa sesi ulang kaji dengan anak. Persepsi negatif yang paling ketara ialah masa yang akan digunakan dalam penyediaan bahan bantu mengajar anak di rumah. Dapatan persepsi penjaga adalah hampir sama dengan dapatan pengetahuan penjaga di mana kedua-dua kontruk memaparkan pandangan negatif pada masa penyediaan, pengenalaian dan pelaksanaan proses penggunaan bahan bantu mengajar di rumah. 5.3.3 Aspek Kemahiran Hisyamuddin et. al. (2020) menyatakan dalam kajiannya bahawa penggunaan bahan bantu mengajar seperti video bahasa isyarat memberi impak yang positif terutamnya dalam epembelajaran murid berkeperluan pendidikan khas ketidakupayaan pendengaran. Dalam kajian tersebut, penggunaan video isyarat telah berjaya meningkatakan markah ujian dan pelibatan murid dalam sesi pembelajaran berasakan alam maya. Gaya pembelajaran murid ketidakupayaan pendengaran juga dapat diperhatikan dalam kajian di mana murid bermotivasi tinggi apabila kandungan pembelajaran disertakan dengan video bahasa isyarat . Dengan itu, penyampaian kandungan pembelajaran yang besertakan bantuan mengikut keperluan murid mampu meningkatkan kemenjadian akademik murid tersebut. Maka, kemahiran menguruskan kandungan merupakan satu elemen yang sangat penting supaya penyampaian kandungan secara berkesan dapat dijalankan dengan kekangan ketidakupayaan murid berkeperluan pendidikan khas.


Dalam kajian ini, penggunaan bahan bantu mengajar dari segi aspek kemahiran perlu dilihat supaya kajian ini boleh dijadikan rujukan apabila merangka latihan yang bersesuaian dengan penggunaan bahan bantu mengajar oleh penjaga murid berkeperluan pendidikan khas di rumah. Penjaga yang berkemahiran menggunakan bahan bantu mengajar secara berkesan tentu akan membantu anak untuk memahami kandungan dengan lebih tepat. Namun begitu, kajian ini menunjukkan kemahiran penggunaan bahan bantu mengajar oleh penjaga murid berkeperluan pendidikan khas masih berada di tahap yang sederhana dan ke bawah. Hanya satu item yang berkaitan dengan konstruk kemahiran mendapat respon positif dalam kalangan responden. Kebanyakan penjaga mahir mewujudkan interaksi yang aktif dengan anak semasa sesi pembelajaran di rumah. Keadaan ini menggambarkan bahawa kebanyakan penjaga boleh berinteraksi secara berkesan dengan anak di rumah. Namun begitu, komunikasi berkesan tidak bermakna penjaga dapat menjalankan sesi ulangkaji anak dengan berkesan di rumah. Xiong (2021) dalam kajian pelibatan ibu bapa dalam kemenjadian akademik anak menunjukkan hubungan yang songsang pada murid yang kemenjadian akademik rendah. Dalam kajian tersebut menunjukkan bahawa bagi penjaga yang berusaha membantu murid yang mendapat keputusan akademik yang kurang memuaskan sama ada akan menerima keputusan yang tiada prubahana ataupun keputusan ujian yang lagi teruk selepas bantuan akademik diberikan oleh penjaga. Kajian tersebut juga memberi cadangan agar penjaga membuat refleksi tentang cara pengajaran supaya kemahiran yang sesuai dengan kebolehan anak boleh digunakan demi kemenjadian akademik anak. Bagi item lain dalam konstruk kemahiran, kajian ini mendapati bahawa kebanyakan penjaga masih tidak pasti sama ada kemahiran penggunaan bahan bantu mengajar semasa sesi ulangkaji dengan anak adalah sesuai. Sebahagian besar penjaga juga tidak pasti untuk mengaitkan nilai pembelajaran semasa menggunakan bahan bantu mengajar di rumah. Penjaga juga menghadapi masalah untuk meghasilkan bahan bantu mengajar dan mengapplikasikan teknik penggunaan semasa sesi pembelajaran anak di rumah. Hammad


(2022) dalam kajian tentang kemahiran berfikir murid berkeperluan pendidikan khas ketidakupayaan pendengaran mendapati gaya berfikir murid ketidakupayaan adalah kebanyakan berfikir secara eksekutif, konservatif, lokal-peribadi dan bercelaru berbanding denga murid tipikal yang boleh berfikir secara global, bebas-liberal, kritis dan kreatif. Namun demikian, murid berkeperluan pendidikan khas tetap perlu dilatih supaya boleh berfikir secara kritis dan kreaktif untuk menyelesaikan masalah kehidupan. Dalam kajian ini, hampir semua penjaga mengaku bahawa mereka tidak mampu melaksanankan aktiviti kemahiran berfikir secara kritis dengan menggunakan bahan bantu mengajar terhadap anak di rumah. Item yang serupa dalam konstruk kemahiran juga menunjukkan bahawa penjaga tidak dapat menerangkan secara mudah faham ke atas bahan bantu mengajar yang digunakan kepada anak. Kedua-dua item yang melibatkan kemahiran berfikir merupakan satu bebanan kepada penjaga atas penjaga belum mahir mengendalikan bahan bantu mengajar secara berkesan. Secara keseluruhanya, tahap kemahiran penjaga dalam kajian ini masih rendah di mana ramai responden masih tidak mahir menggunakan bahan bantu mengajar berdasarkan objektif pembelajaran, teknik pengajaran, nilai dalam pengajaran dan penerangan bahan bantu mengajar tersebut. 5.3.4 Aspek Cabaran Wright et.al. (2007) mengatakan bahawa keluarga merupakan agen utama memperkenalkan kanak-kanak ke arah sesuatu tajuk yang kompleks. Maltals (2021) mengaitkan mottivasi penjaga terhadap pencapaian akademik murid berkeperluan pendidikan khas. Gholipour (2022) dalam kajian persepsi dan cabaran penjaga yang mempunyai anak autisma melaporkan kekurangan sumber rujukan merupakan cabaran kepada meraka yang ada anak berkeperluan pendidikan khas. Kajian tersebut juga


melaporkan bahawa ramai penjaga berpandangan kursus dan bengkel yang ditawarkan kurang membantu atas sebab kekurangan kajian amali yang bersesuaian dengan anak secara peribadi. Dapatan kajian lepas menunjukkan bahawa setiap murid berkeperluan pendidikan khas merupakan individu yang unik dan tiada sistem pembelajaran yang boleh diambil terus tanpa modifikasi yang dapat diberikan kepada anak dan memberi impak besar. Melalui dapatan kajian lepas, boleh dikatakan selain guru yang perlu menjalankan rancangan pendidikan individu ke atas murid berkeperluan khas, malahan penjaga juga perlu menjalankan pembelajaran mengikut keperibadian anak di rumah. Atas keperluan pendidikan khas bagi anak dan tiada kelas tambahan yang boleh ditawarkan seperti murid tipikal, maka terdapat banyak cabaran yang penjaga perlu hadapi demi kemenjadian akademik dan sahsiah anak berkeperluan pendidikan khas. Dapatan kajian ini, konstruk cabaran boleh dibahagikan kepada beberapa subtopik ikut item dalam konstruk. Subtopik item terbahagi kepada cabaran ke atas kekangan masa, cabaran ke atas panduan yang tersedia ada dan cabaran ke atas pengalaman menguruskan kehidupan dan akademik anak berkeperluan khas. Dari segi dapatan yang berkaitan dengan cabaran kekurangan panduan, ramai penjaga dalam kajian yang tidak pasti tentang sama ada semua topik pembelajaran perlu wujud bahan bantu mengajar. Item ini merupakan item yang menguju tentang kefahaman penjaga dalam penggunaan bahan bantu mengajar. Melalui item ini, boleh dilihat ramai penjaga yang masih keliru keperluan adanya bahan bantu mengajar sedangkan bahan bantu mengajar meliputi semua bahan atau alat yang digunakan semasa sesi pengajaran anak. Kamrul et. al (2011) mencadangkan penggunaan model Amalan Penggunaan BBM GCPI dalam matapelajaran Pendidkan Islam.


Rajah 5.1:Model Amalan Penggunaan BBM GCPI Dalam model tersebut telah memberikan banyak contoh bahan bantu mengajar yang boleh digunakan seperti gambar, buku teks dan sebagainya. Ramai penjaga yang masih keliru dan memberi respon ‘tidak pasti’ sedangkan bahan bantu mengajar boleh digunakan untuk semua topik dalam pembelajaran. Dapatan item ini sejajar dengan item pengetahuan yang telah dilaporkan dalam perbincangan dapatan aspek pengetahuan. Sebahagian besar penjaga juga menyatakan diri mereka tidak didedahkan dengan panduan penggunaan bahan bantu mengajar dan kurang kepakaran dalam penggunaan bahan bantu mengajar. Sebahagian penjaga juga menyuarakan kerisauan dan berpandangan penggunaan bahan bantu mengajar yang kurang mahir boleh menyebabkan kekeliruan anak dari segi kandungan matapelajaran. Berdasarkan empat item yang terdapat dalam cabaran ini, maka adalah amat penting untuk semua penjaga mendapat input yang berkaitan dengan penggunaan bahan bantu mengajar murid berkeperluan pendidikan khas.


Selain kekurangan panduan penggunaan bahan bantu mengajar, ramai penjaga menyatakan cabaran utama mereka dalam penggunaan bahan bantu mengajar ialah kekurangan pengalaman dalam penggunaan bahan bantu mengajar tersebut. Sebahagian besar penjaga menyatakan terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk menyediakan bahan bantu mengajar sedangkan bahan bantu mengajar boleh terdiri daripada gambar dan kertas majong yang bernilai rendah.Kedua-dua item ini menunjukkan kebanyakan penjaga kurang berpengalaman dalam menyediakan atau mengenalikan bahan bantu mengajar di rumah. Selain cabaran dari segi pengalaman, item untuk kekangan masa merupakan item yang paling ketara dalam dapatan kajian. Dalam konstruk cabaran penggunaan bahan bantu mengajar oleh penjaga di rumah, terdapat tiga item yang melibatkan persoalan kekangan masa dan ketiga-tiga item tersebut mendapat skor 3,79 hingga 3.91. Skor min yang tinggi memberi gambaran kepada pengkaji bahawa hampir semua penjaga menyatakan penggunaan bahan bantu mengajar melibatkan masa penyediaan, masa pengendalian dan masa penguunaan yang lama. Secara keseluruhanya, dapatan konstruk cabaran memberi gambaran bahawa penjaga kekurangan masa dalam meneroka penggunaan bahan bantu mengajar sama ada dari segi penerokaan jenis bahan bantu mengajar mahupun panduan penggunaan bahan bantu mengajar. Dapatan cabaran ini adalah sejajar dengan dapatan aspek pengetahuan dan kemahiran yang dilaporkan sebelum ini iaitu penjaga kekurangan pengetahuan dan kemahiran dalam memilih dan mengenalikan bahan bantu mengajar bagi murid berkeperluan pendidikan khas di rumah. 5.3.5 Aspek Jantina Selain daripada dapatan mengikut konstruk kajian iaitu aspek pengetahuan, persepsi, kemahiran dan cabaran, pengkaji juga telah membuat analisis ujian –T ke atas item


pengetahuan A1 untuk menguji hipotesis h0 iaitu tiada perbezaan yang signifikan pengetahuan dalam penggunaan bahan bantu mengajar penjaga murid berkeperluan pendidikan khas di rumah. Dapatan adalah seperti di bawah: Jadual 5.1 Ujian T:Saya Tahu Menggunakan BBM i i i Jantina i i Lelaki i i Perempuani i i i N i i i Min i i i Sisihan Piawai i i i 13 2.385 1.387 21 3.801 0.601 Jadual 5.2: Ujian T:Nilai p=0.000 Berdasarkan Jadual 1 didapati terdapat perbezaan yang signifikan tahap pengetahuan peribadi penjaga yang menggunakan bahan bantu mengajar di rumah (t=4.148:p=0.000 (p<0.05). Tahap pengetahuan penjaga lelaki (min=2.385) adlah berbeza dengan tahap pengetahuan peribadi penjaga perempuan (min-3.801). Dengan ini, kajian ini t-test for Equality of Means F Sig. t df Sig. (2- tailed) Mean Differen ce Std. Error Differen ce 95% Confidence Interval of the Difference Lower Upper 34.73 0 .000 - 4.148 32 .000 -1.424 .34349 -2.124 -.72525 - 3.506 14.8 38 .003 -1.424 .40640 -2.296 -.55786


menolak hipotesis H0 iaitu tiadai perbezaan yang signifikan dalam penggunaan BBM oleh penjaga lelaki dan penjaga perempuan di rumah. 5.4 Cadangan dan Kajian Lanjutan Alharthi (2022) kajian pelibatan penjaga dalam pembelajaran dalam talian semasa penularan COVID-19 melaporkan perubahan senario pendidikan telah berubah secara drastik. Semua negara telah menjalankan pembelajarandari rumah dan pelibatan penjaga dalam senario ini turut berubah. Penjaga terpaksa mangambil peranan sebagai guru di rumah berdasarkan kandungan pembelajaran yang diberikan oleh sekolah. Keadaan yang sama berlaku di Malaysia di mana penjaga mengambil kerja rumah di sekolah dan menjalankan sesi pembelajaran di rumah dengan bimbingan guru. Murid berkeperluan pendidikan khas turut berada di keadaan yang sama sepanjang penularan pandemik COVID-19 dan beberapa isu telah timbul terutamanya dari segi kesediaan penjaga dalam menjalankan pembelajaran di rumah. Ramai penjaga yang tidak dapat menjalankan pembelajaran sempurna kerana tidak dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan bahan bantu mengajar di rumah. Terdapat penjaga yang juga berfikir secara negatif dan menganggap pembelajaran di rumah bagi murid berkeperluan pendidikan khas merupakan satu cabaran yang tidak mampu digalskan sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan yang berkuatkuasa pada tahun 2021. Hampir selama enam bulan murid berada di rumah dan pembelajaran tidak dijalankan sepanjang tempoh tersebut. Kekurangan kemahiran menggunakan bahan bantu mengajar merupakan salah satu isu yang biasa disebut oleh penjaga yang mempunyai anak berkeperluan pendidikan khas di sekolah rendah. Paiget dalam teori perkembangan kognitf menyatakan murid yang berumur 7 hingga 11 tahun berada dalam peringkat operasi konkrit di mana murid hanya mula berfikir secara logik pada objek fizikal. Objek fizikal yang biasa digunakan oleh guru di dalam kelas merupakan bahan bantu mengajar mengikut matapelajaran yang diajar dan boleh terdiri daripada kad gambar, buku teks, video dan sebagainya. Kajian ini telah melihat


beberapa aspek pada tahap penggunaan bahan bantu mengajar di rumah. Dengan itu, kajian ini akan memberi beberapa cadangan berdasarkan dapatan kajian. 5.4.1 Cadangan Kepada Guru Mazon et. al. (2021) dalam kajian penggunaan “ToGather” dalam meningkatkan pelibatan penjaga dalam akademik murid berkeperluan pendidikan khas autisma melaporkan bahawa laman sesawang yang telah dibentuk berjaya meningkatkan komunikasi penjaga dengan pihak sekolah berkaitan dengan pembinaan rancangan pendidikan individu dan pelibatan murid dalam program sekolah yang diadakan secara dalam talian. Elemen seperti ‘My Compendium of tips’ dalam applikasi “ToGather” telah berjaya memberikan segala maklumat ataupun cadangan intervensi kepada penjaga yang ada anak austima secara telus. Penjaga didapati lebih bersedia dan pengajaran di rumah lebih berkesan dengan cadangan yang lebih berfokus mengikut profil murid. Secara umumnya, “ToGather” telah berjaya mengurangkan jurang komunikasi anatara penjaga dan pihak sekolah dan data perkongsian pengalaman yang terkini boleh dikutip dan seterusnya modifikasi rancangan pendidikan individu boleh dijalanakan pada masa yang sama. Penjaga didapati lebih yakin dan bersemangat disebabkan penjaga adalah sumber untuk mendapatkan maklumat pembelajaran terkini yang berkaitan dengan anak. Applikasi “ToGather” telah berjaya mengurangkan cabaran penjaga semasa mengajar anak di rumah dan pada masa yang sama applikasi tersebut telah menjimatkan masa pengenalian maklumat dan bahan pengajaran anak. Berdasarkan dapatan kajian penggunaan bahan bantu mengajar secara khususnya, penjaga amat kekurangan pengetahuan dari segi pembinaan, pengeurusan dan pengendalian bahan bantu mengajar. Antara sebab terjadinya kekurangan pengetahuan adalah tiada sumber rujukan yang telus dan tepat. Kajian melaporkan penjaga yang memperolehi maklumat dari internet tetapi pada masa yang sama menyatakan respon tidak


pasti dalam mengenalikan bahan bantu mengajar tersebut. Dari aspek pengetahuan, untuk mengelak kekeliruan, tapak atau platform komunikasi atau pertukaran idea boleh diwujudkan seperti yang dilaporkan dalam kajian applikasi “ToGather”. Tapak perkongsian penggunaan bahan bantu mengajar penjaga dan guru boleh wujudkan dengan adanya Komuniti Perbincangan (KOP) Speed Education (SpeeEd) –KOP-SpeEd secara dalam talian dengan menggunakan applikasi seperti telegram atau applikasi google classroom. Penjaga boleh memuatnaikan sumber bahan bantu mengajar yang kurang pasti kegunaannya untuk dibincangkan dalam komuniti perbincangan tersebut. Pada masa yang sama, guru turut boleh kongsikan maklumat terkini yang berkaitan dengan teknologi bahan bantu mengajar. Komuniti perbincangan dalam talian ini juga akan menjimatkan masa dan kos. Rajah menunjukkan contoh komuniti perbincangan yang boleh diwujudkan untuk Bahasa Inggeris di mana penjaga boleh akses portal dan cetak bahan banti mengajar yang sesuai berdasakan keperluan anak. Penjaga/Sekolah/Kementerian Bab 1-4 (58) + Bab 5 (20m/s) = 78 Rajah 5.2:Paparan KOP-SpeEd Penggunaan KOP-SpeEd yang menjadi pegawai dalam talian juga akan memberi motivasi kepada penjaga untuk terus berusaha demi kebaikan anak berkeperluan pendidikan khas


kerana penjaga akan rasa tidak keseorangan dalam menghadapi cabaran pembelajaran anak di rumah. 5.4.2 Pentadbir Sekolah Selain daripada masalah yang khusus seperti pengetahuan penggunaan mengikut peribadi penjaga, terdapat masalah umum yang melibatkan semua ibubapa seperti persepsi negatif atau kerisauan terhadap penggunaan bahan bantu mengajar. Pentadbir sekolah boleh mainkan peranan dengan mewujudkan Pembimbing Rakan Sebaya Penjaga atau Buddy System dalam konteks yang lebih meluas. Buddy System tersebut seharusnya terdiri daripada pentadbir sekolah, Persatuan Ibubapa & Komuniti dan Pegawai Pendidikan Daerah yang berdekatan. Cadangan model Buddy System bagi sekolah kebnagsaan pendidikan khas adalah seperti dalam rajah. Rajah 5.3:Model Buddy System • Bank Data Tahap Penguasaan Murid Terkini • Idea penjaga yang munahsabah boleh dikongsikan bersama sekolah lain • Maklumat Terkini Pembelajaran• Input Terkini pembelajaran di rumah PIBK Sekolah Data Murid Pegawai PPD


5.5 Rumusan Kajian ini telah berjaya meneroka faktor-faktor yang terdapat dalam penggunaan bahan bantu mengajar di rumah bagi murid berkeperluan pendidikan khas ketidakupayaan pendengaran. Aspek-aspek dan cadangan dalam kajian diharapkan dapat dijadikan sebagai asas dalam menangani masalah penggunaan bahan bantu mengajar di rumah. Taylor (2021) dalam kajian penggunaan bahan bantu mengajar ‘Learn The Sign, Act Early’ menyatakan penggunaan bahan bantu mengajar oleh penjaga murid di rumah meningkatkan tahap komunikasi dan kolaborasi yang mendalam dalam kalangan penjaga dan guru. Kajian tersebut menerangkan bahawa bahan bantu mengajar yang digunakan telah berjaya bertindak sebagai pemangkin antara penjaga dan guru disebabkan mereka menggunakan bahan dan bahasa yang lebih kurang sama semasa mengajar murid di sekolah ataupun di rumah. Dapatan ini menunjukkan komunikasi yang berkesan dan mendalam merupakan faktor yang penting dalam pelaksanaan penggunaan bahan bantu mengajar oleh penjaga murid berkeperluan pendidikan khas di rumah. Aspek seperti kekurangan pengetahuan, persepsi negatif, kekurangan kemahiran serta cabaran boleh diselesaikan dengan komunikasi berksesan antara penjaga dan guru. Untuk kajian yang akan datang, penerokaan ke atas penggunaan bahan bantu mengajar dari segi aspek jantina boleh dijalankan untuk melihat sejauh manakah peranan penjaga lelaki dan peranan penjaga perempuan memberi impak kepada pembelajaran anak berkeperluan khas di rumah. Selain itu, aspek komunikasi yang merupakan elemen penting dalam pelaksanaan penggunaan bahan bantu mengajar di rumah juga boleh diteruskan untuk meneroka cadangan atau langkah-langkah yang dapat meningkatkan penggunaan bahan bantu mengajar di rumah.


5.6 Penutup Pelibatan penjaga dalam akademik murid berkeperluan pendidikan khas merupakan faktor yang amat penting dalam meningkatan kualiti pembelajaran murid. Kualiti pembelajaran termasuklah penggunaan ban bantu mengajar yang sesuai mengikut kurikulum semasa. Xiong (2021) menyatakan dalam kajiannya bahawa bahawa pelibatan penjaga dalam pembelaran merupakan faktor utama kepada kemenjadian akademik murid. Otani (2020) menyatakan pelibatan penjaga merupakan faktor yang perlu dilihat dengan terperinci atas ia merupakan penentu kejayaan akademik murid. Namun terdapat kajian yang menunjukkan hubungan negatif berkaitan dengan kemenjadian murid. Silinkas et.al. (2015) menunjukkan hubungan negatif pelibatan penjaga dalam akademik murid yang mempunyai keputusan lemah. Secara rumusannya, pelibatan penjaga akan memberi kesan sama ada positif atau negatif ke atas kemenjadian akademik anak. Bagi yang positif selalu akan dikaitkan dengan penggunaan bahan bantu mengajar atau komunikasi berkesan dalam kajian penyelidikan. Bahan bantu mengajar bukan sahaja merupakan salah satu strategi dalam meningkatan kefahaman anak di rumah, malahan bahan bantu mengajar boleh bertindak sebagai alat komunikasi antara penjaga dan anak terutamanya murid berkeperluan pendidikan khas yang lemah dalam mengeluarkan idea secara lisan. Seperti dalam kajian Silinkas et.al (2015), impak negatif kemungkinan besar penjga dalam kajian tersebut tidak menngunakan strategi atau bahan bantu mengajar yang sesuai sehinnga sesi ulangkaji di rumah tidak dapat menghasilkan maklum balas yang positif dan pada masa yang sama merugikan pihak penjaga dan anak dari segi masa. Murid berkeperluan pendidikan khas seharusnya dididik mengikut keperluan khas mereka. Semoga dapatan kajian ini boleh memberi gambaran secara skala kecil dalam


beberapa aspek dalam penggunaan bahan bantu mengajar di rumah. Konsep pembelajaran sepanjang hayat terutamnya dalam murid berkeperluan pendidikan khas amat berkait rapat dengan penggunaan bahan bantu mengajar di rumah atas sebab suasana pemelajaran murid tidak terikat dengan lokasi di mana murid tersebut berada. Pembelajaran di sekolah ataupun pembelajaran di rumah memerlukan komitmtn yang tinggi sama ada guru atau penjaga dalam mengotimunkan kualiti pembelajaran murid menerusi penggunaan bahan bantu mengajar. Kita tidak boleh jangka pembelajaran di rumah akan kembali semula dalam tempoh pandemik yang masih berleluasa, maka aspek-aspek penngunaan bahan bantu mengajar di rumah perlu dilihat secara teliti agar semua pihak sama ada penjaga, guru, pentadbir sekolah sehinnga perinkat jabatan bersedia untuk memastikan ‘no child left behind’ berlaku di sistem pendidikan khas di Malaysia.


RUJUKAN Alharthi, M. (2022). Parental Involvement in Children's Online Education During COVID-19; A Phenomenological Study in Saudi Arabia. Early Childhood Educ J (2022). https://doi-org.ezpustaka2.upsi.edu.my/10.1007/s10643-021-01286-y Abduli Rahimi Razalli,i Renatei Olgai Thomas,i Nordini Mamat,i Norehai Yusufi (2018).i Usingi texti withi picturesi ini primaryi schooli toi improvei readingi comprehensioni fori hearingi impairedi students.i Journali ofi ICSAR,i 2018. Abuzinadah,i E.i N.,i Malibari,i A.i A.,i &i Krause,i P.i (2017).i Towardsi empoweringi hearingi impairedi students’ini computingi andi technology.i Internationali Journali ofi Advancedi Computeri Sciencei andi Applications,i 8(1),i 107–118. Alias,i A.,i Sharif,i N.i M.,i Baharuddin,i N.i F.,i Hamzah,i M.i H.i M.,i &i Zahari,i F.i (2016).i Penerokaani kesani pengajarani dani pembelajarani menggunakani visuali imeji dalami kalangani pelajari cacati pendengaran.i Malaysiani Journali ofi Communication, Antia,i S.D.,i &i Levine,i L.Mi (2001).i Educatingi deafi andi hearingi childreni together.i Confontingi thei challengesi ofi inclusion.i Ini M.J.Guralmicki (Ed.),i Earlyi childhoodi inclusion:i Focusi oni changei (pp.365-398).i Baltimore,i MD:i Pauli H.i Brookes. Abduli R.i H.i(2016).i Kesediaani Pengetahuani Kemahirani dani Sikapi Gurui Pendidikan Khasi Bermasalahi Pembelajarani Mengajari Kemahirani Hidupi Pertanian. Universitii Kebangsaani Malaysia. Abduli Rasidi Jamiani &i Hasmahi Ismail (2013).i Pelaksanaani pembelajarani menyeronokkani dalami pengajarani dani pembelajarani Bahasai Melayu.i Jurnali Pendidikani Bahasai Melayu,i 3(2).i 49-63. Arifn,i A.,i Samsudin,i M.i A.,i Zain,i A.i M.,i Hamzah,i N.,i &i Ismail,i M.i E.i (2017).i Efectsi ofi usingi graphicsi andi animationi onlinei problem-basedi learningi oni visualizationi skillsi amongi students.i Ini IOPi Conferencei Series:i Materialsi Sciencei andi Engineering,i (pp.i 1–11).i Beijing,i China Creswell,i J.W.,i &i Poth,i C.N.i (2018).i Qualitativei inquiryi andi researchi design:i Choosingi amongi fivei approachesi (Fourthi edition.).i SAGEi Publicationsi Inc.i Donnelly, H.K., Solberg, V.S.H., Shavers, E.I., Howard, K.A.S., Ismail, B., Nieves, H. (2022). Support and Perceptions of Teachers Working with Students with Special Needs during the COVID-19 Pandemic. Educ. Sci. 12, 531. https://doi.org/10.3390/educsci12080531


Friese,i S.i (2019).i Qualitativei datai analysisi withi ATLAS.tii (Thirdi edition.).i SAGE Publications,i Inc. Gholipour, K., Ghiasi, A., Shahrokhi, H. et al (2022). Perceptions of the Professionals and Parents of Children with Autism Spectrum Disorders About Autism Services; A Qualitative Study. J Autism Dev Disord https://doiorg.ezpustaka2.upsi.edu.my/10.1007/s10803-021-05388-9 Hammad, M.A., Awed, H.S. (2022). Thinking styles and their relationship with selfefficacy among deaf and hard-of-hearing adolescent students. Curr Psychol https://doi-org.ezpustaka2.upsi.edu.my/10.1007/s12144-022-03597-8 Jackson,i K.,i &i Bazeley,i P.i (2019).i Qualitativei datai analysisi withi NVivoi (Thirdi edition.).i SAGE Publications,i Inc. Jamesi M.i Kauffman,i Danieli P.i Hallahan,i Paigei C.i Pullen,i Jeanmariei Badari (2018).i Thei Naturei ofi Educationali Disabilities.i Speciali Educationi (2ndi Edition).i (pp.-72-94).i Routledge. Mohd Hashim, M.H., Tasir, Z. (2020). An e-learning environment embedded with sign language videos: research into its usability and the academic performance and learning patterns of deaf students. Education Tech Research Dev 68, 2873– 2911https://doi-org.ezpustaka2.upsi.edu.my/10.1007/s11423-020-09802-4 Miles,i M.i B.,i Huberman,i A.i M.,i &i Saldaäna,i J.i (2019).i Qualitativei datai analysis:i A methodsi sourcebooki (Fourthi edition.).i SAGEi Publications,i Inc. Noori Azwai bintii Mohamedi Ozira,iNuri Shazwanii bintii Shuhamii (2019).i Hearingi Impairedi Students’si preferencesi fori Grammmari Learningi strategies:i Ai Quantitativei Study.i Internationali Conferencei ofi Speciali Educationi ini Southeasti Asiai Regioni Seriesi 2019i (pp-20-24). Nuri Imani Suhaimi, Nurfaradillai Mohamadi Nasrii (2021).i Pelaksanaani ‘Colourfuli Sentencei Strips’i Dalami Meningkatkani Pembinaani Ayati Mudahi Bahasai Inggerisi (Implementationi ofi ‘Colourfuli Sentencei Strips’i ini Improvingi Simplei i Sentencei Construction).i Jurnali Duniai Pendidikane-ISSN:i 2682-826Xi |i Vol.i 3,i No.i 3,i 148-157,i 202. Nuruli Hanizahi Samsuddin,i Puterii Roslinda, Salinahi Ja’afari (2018).i Pengaplikasiani Modeli Awali Kiti Asasi Membacai Dalami Pembelajarani bahasai Melayui Kanak-kanaki Pemulihani Khas.i Sainsi Insanii i eISSN:i (0127i –i 7871). Othmani Lebari (2017).i Penyelidikani kualitatif:i Pengenalani kepadai teorii dani i i metodei (Edisii kedua.).i Penerbiti Universitii Pendidikani Sultani Idris.i


Razalli,i A.i R.,i Hashim,i A.i T.,i Mamat,i N.,i &i Ariffin,i A.i (2019).i Constructioni ofi Testi Instrumenti ini School-basedi ssessmenti (SBA)i oni Signi Languagei Listeningi Testi fori Deafi Candidates.i Internationali Journali ofi Academici Researchi ini Businessi andi Sociali Sciences,i 9(5),i 660–675. Therrien,i M.i C.i S., Light,i J.i (2016).i Usingi thei iPadi toi facilitatei interactioni betweenipreschooli childreni whoi usei AACi andi theiri peers.i Augmentativei andiAlternativei Communication,i 32(3),i 163–174.i


LAMPIRAN


SURAT KEBENARAN MENJALANKAN KAJIAN


FAKULTI PEMBANGUNAN MANUSIA JABATAN PENDIDIKAN KHAS LATAR BELAKANG: Soal selidik yang dijalankan oleh pihak kami adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) bagi Penjaga Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Ketidakupayaan Pendengaran di Rumah. Penggunaan BBM adalah penting terhadap pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran MBPK Ketidakupayaan Pendengaran. Oleh itu, semua penjaga MBPK Ketidakupayaan Pendengaran seharusnya perlu menggunakan BBM supaya mampu mewujudkan keberkesanan dalam memindahkan ilmu pengetahuan dan membantu kefahaman konsep dalam kalangan MBPK Ketidakupayaan Pendengaran . Maklumat yang diperolehi dalam kajian ini adalah sulit dan hasil kajian ini hanya digunakan untuk laporan kajian ini sahaja. Diharap kerjasama yang diberikan oleh pihak ANDA dapat membantu kami mendapatkan maklumat yang tepat mengenai penggunaan bahan maujud ANDA. Terima kasih. BORANG SOAL SELIDIK MENGENAI PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR BAGI PENJAGA MBPK KETIDAKUPAYAAN PENDENGARAN DI RUMAH BORANG SOAL SELIDIK KAJIAN


i. MAKLUMAT DEMOGRAFI Bahagian ini adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan demografi responden. Arahan: Sila tandakan (/) pada kotak berkenaan. 1. JANTINA ( ) Lelaki ( ) Perempuan 2. UMUR ( ) 24 hingga 29 tahun ( ) 30 hingga 35 tahun ( ) 36 hingga 41 tahun ( ) 42 hingga 47 tahun ( ) 48 hingga 53 tahun ( ) 54 hingga 60 tahun 3. MASA ULANGKAJI ANAK DI ( ) Tiada Masa Ulangkaji ( ) < 1 jam ( ) 1 jam hingga 2 jam ( ) 2 Jam hingga 3 jam ( ) 3 jam hingga 4 jam ( ) 4 jam hingga 5 jam ( ) 5 jam hingga 6 jam ( ) > 6 jam 4. LOKASI RUMAH 5. TAHAP PENDENGARAN ( ) Ringan ( ) Sederhana ( ) Teruk ( ) Profound ANAK RUMAH SEMINGGU


ii. A . TAHAP PENGETAHUAN PENJAGA TERHADAP PENGGUNAAN BBM Sila baca dengan teliti dan tandakan pada pilihan jawapan anda. SKALA LIKERT 5 MATA: 5 Sangat Setuju 4 Setuju 3 Tidak Pasti 2 Tidak Setuju 1 Sangat Tidak Setuju i. PENGETAHUAN SKALA NO. ITEM KENYATAAN 1 2 3 4 5 1. Saya tahu menggunakan BBM. 2. Saya tahu BBM membantu menjadikan pengajaran lebih kreatif dan menarik minat anak. 3. Saya selalu memperoleh idea penggunaan BBM melalui internet. 4. Saya percaya BBM boleh membantu meningkatkan minat dan pencapaian muri d pendidikan khas . 5. Saya mengetahui BBM terbahagi kepada tiga kategori iaitu BBM elektronik, BBM bukan elektronik dan Bahan Maujud. 6. Menggunakan BBM dalam masa ulangkaji anak boleh memberi kesan baik kepada murid jika digunakan secara bijak dan kreatif. 7. BBM merangkumi gabungan objek, model atau bahan maujud semula jadi yang menarik. 8. Pengajaran menggunakan BBM akan memakan masa dan tidak efektif. `9 Saya pernah menggunakan BBM sama ada elektronik, bukan elektronik atau bahan maujud. 10 Saya mengetahui cara mengendalikaN sesi ulangkaji menggunakan BBM di rumah.


iii. PERSEPSI PENJAGA TERHADAP BAHAN BANTU MENGAJAR ii. PERSEPSI SKALA NO. ITEM KENYATAAN 1 2 3 4 5 1. Penggunaan BBM adalah sangat penting untuk meningkatkan kefahaman murid tentang kandungan sesuatu matapelajaran. 2. Penggunaan BBM adalah sangat penting untuk menarik minat murid terhadap pembelajaran. 3. Penggunaan BBM adalah sangat penting untuk meningkatkan penglibatan anak dalam sesi ulangkaji di rumah. 4. Penggunaan BBM adalah sangat penting untuk memupuk perasaan ingin tahu murid. 5. Penggunaan BBM adalah cara yang menyeronokkan dan mudah untuk memperkenalkan dan menggambarkan konsep dalam suatu matapelajaran. 6. Penggunaan BBM dalam sesi ulangkaji di rumah akan membantu anak belajar untuk mengaitkan situasi dunia sebenar. 7. Penggunaan BBM dalam sesi ulangkaji di rumah adalah lebih menjimatkan masa. 8. Penggunaan BBM bukan faktor penjaga hilang kawalan di dalam rumah. 9. Penggunaan BBM tidak akan menyebabkan suasana di rumah menjadi bising dan kucar-kacir. 10. Penggunaan BBM tidak memerlukan penjaga perlu bekerja lebih masa bagi membina BBM.


iv. KEMAHIRAN PENJAGA TERHADAP PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR iii. KEMAHIRAN SKALA NO. ITEM KENYATAAN 1 2 3 4 5 1. Mahir menggunakan BBM dalam Sesi ulangkaji di rumah. 2. Menyediakan sesi ulangkaji yang melibatkan penggunaan BBM yang menepati objektif pengajaran sesuatu matapelajaran. 3. Penggunaan teknik penggunaan BBM yang relevan. 4. Boleh melaksanakan aktiviti dan latihan yang dapat mengukuhkan pemahaman selepas penggunaan BBM. 5. Berupaya menerapkan nilai-nilai murni semasa menggunakan BBM dalam proses ulangkaji di rumah. 6. Melaksanakan proses pengajaran pemikiran kritis dan kreatif semasa sesi ulangkaji di rumah. 7. Menghasilkan BBM yang bersesuaian dengan topik pengajaran. 8. Mewujudkan interaksi dengan anak secara aktif semasa menggunakan BBM. 9. Berupaya memberi penerangan yang jelas dan mudah difahami semasa penggunaan BBM di rumah kepada anak. 10. Memilih BBM yang bersesuaian dengan topik dan keupayaan anak semasa sesi ulangkaji di rumah


v. CABARAN YANG DIHADAPI OLEH GURU DALAM PENGGUNAAN BAHAN MAUJUD iv. CABARAN SKALA NO. ITEM KENYATAAN 1 2 3 4 5 1. Penjaga mempunyai kekangan masa untuk menyediakan BBM yang bersesuaian dengan topik pembelajaran. 2. Penjaga tidak dibekalkan dengan panduan penggunaan BBM yang mencukupi. 3. Kurang kepakaran dalam menerangkan penggunaan BBM kepada anak dengan berkesan. 4. Tidak semua topik sesuai dengan penggunaan BBM. 5. Penggunaan BBM berpotensi mengelirukan murid jika persembahan adalah secara melulu dan tidak teratur. 6. Penjaga kurang pengalaman dan kepakaran untuk menggunakan BBM. 7. Penyediaan BBM memerlukan kos yang tinggi. 8. Penyediaan BBM memerlukan masa yang lama. 9. Masa untuk menguji keberkesanan penggunaan sesuatu BBM adalah terhad. 10. Beban kepada penjaga terlalu banyak menyebabkan guru tidak dapat menyediakan bahan maujud di rumah SEKIAN TERIMA KASIH…


CONTOH PAPARAN DATA SSPS VER.26 KONSTRUK KEMAHIRAN


CONTOH PAPARAN DATA SSPS VER.26 KONSTRUK CABARAN


Click to View FlipBook Version