BUKU PANDUAN
KEMUDAHAN CUTI
UNIVERSITI
PERTAHANAN
NASIONAL MALAYSIA
KATA ALU-ALUAN
PENDAFTAR
UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Bagi pihak Pengurusan Universiti, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan
penghargaan kepada Unit Perkhidmatan dan Saraan, Bahagian Pengurusan Sumber
Manusia kerana berjaya menghasilkan BUKU PANDUAN CUTI UNIVERSITI
PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA untuk kegunaan dan rujukan semua staf UPNM.
Terima kasih juga kerana memberi kesempatan kepada saya untuk mengungkapkan
sepatah dua kata di dalam buku ini. Secara umumnya, penghasilan buku panduan ini
bertujuan memaklumkan dan menyampaikan jenis, syarat, dan kadar kelayakan
kemudahan cuti bagi semua staf yang berkhidmat di UPNM.
Penghasilan buku panduan ini dilihat sangat relevan untuk mempertingkatkan kualiti
pentadbiran dan pengurusan kemudahan cuti yang diperuntukkan kepada semua staf
UPNM. Dengan maklumat yang lebih jelas, buku panduan ini diharap akan dapat
menambahbaik penyampaian maklumat kepada bahagian pentadbiran di
Fakulti/Pusat/Jabatan/Bahagian (FPJB) masing-masing. Selain itu, saya amat
berkeyakinan bahawa buku panduan ini juga dapat mengurangkan masalah dalam proses
pelaksanaan dan seterusnya meningkatkan kecekapan dalam urusan pemberian
kemudahan cuti.
Akhir kata, saya menyeru kepada bahagian pentadbiran FPJB untuk sama-sama membantu
BPSM meneruskan usaha gigih dalam menyampaikan maklumat mengenai kemudahan
cuti kepada semua staf UPNM bagi menyokong harapan Universiti untuk mentadbir dan
menguruskan perkhidmatan semua staf UPNM dengan lebih tertib dan teratur.
Sekian, terima kasih.
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“KEWAJIPAN, MARUAH, INTEGRITI”
FAZIELAH BINTI MOHAMAD
ISI KANDUNGAN
BIL. PERKARA MUKA SURAT
1. PENGENALAN 1
2. TAFSIRAN 2-4
3. PRINSIP PEMBERIAN CUTI 5-7
4. BAHAGIAN I: CUTI KERANA PERKHIDMATAN
4.1 Kadar Cuti Rehat Tahunan 8 – 14
4.2 Kemudahan Cuti Separuh Gaji 15 – 16
4.3 Kemudahan Cuti Tanpa Gaji 17 – 18
4.4 Cuti Tanpa Gaji Bagi Pegawai Yang Mengikut Pasangan Bertugas 19 – 22
Atau Berkursus Di Dalam Atau Di Luar Negara
4.5 Kemudahan Membawa Ke Hadapan Cuti Yang Tidak Dapat 23 – 24
Diambil
4.6 Kemudahan Cuti Rehat/Cuti Rehat Khas Selepas Berkursus Lebih 25
12 Bulan
5. BAHAGIAN II: CUTI ATAS URUSAN PERIBADI, KELUARGA DAN
KECEMASAN
5.1 Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli 26 – 27
Keluarga Terdekat 28 – 33
5.2 Kemudahan Cuti Menjaga Anak
5.3 Kemudahan Cuti Untuk Mengambil Peperiksaan 34
35
5.4 Kemudahan Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Disapina 36 – 37
Untuk Hadir Ke Mahkamah Di Luar Stesen
5.5 Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Kursus Sambilan Kepada Pegawai 38 – 40
Yang Mengikuti Pengajian Secara Sambilan Di Institusi Pengajian
Tinggi Dalam Negara
6. BAHAGIAN III: CUTI ATAS SEBAB KEAGAMAAN DAN
KEBUDAYAAN
6.1 Kemudahan Cuti Haji
6.2 Kemudahan Cuti Umrah 41
6.3 Kemudahan Cuti Keagamaan 42 – 43
44
6.4 Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Sempena Pesta Kaamatan Dan 45
Hari Gawai 46
6.5 Kemudahan Kelayakan Cuti Tanpa Rekod Perayaan Vaisakhi
6.6 Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Sempena Perayaan Hari Deepavali
Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Menganut Agama Hindu
BUKU PANDUAN CUTI UPNM | i
BIL. PERKARA MUKA SURAT
Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Sempena Perayaan Good Friday 47
6.7 Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Menganut Agama
Kristian 48
6.8 Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Sempena Tahun Baru Siam
(Songkran) Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Yang 49 – 51
7. Berketurunan Siam 52 – 54
7.1 BAHAGIAN IV: CUTI ATAS SEBAB PERUBATAN DAN
7.2 PENJAGAAN ORANG SAKIT 55
7.3 56
7.4 Kemudahan Cuti Bersalin 57 – 60
7.5 Kemudahan Cuti Bersalin bagi Pegawai Lantikan Kontrak 61 – 62
7.6 (Contract of Service) 63 – 65
7.7 Kemudahan Cuti Isteri Bersalin 66 – 67
7.8 Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Kepada Pegawai Perkhidmatan 68 – 71
7.9 Awam Yang Menderma Organ 72 – 76
7.10 Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau 77
7.11 Memerlukan Pengasingan 78
7.12 Peraturan Berkaitan Penerimaan Sijil Sakit Swasta Untuk Tujuan 79
7.13 Kemudahan Cuti Sakit
8. Kemudahan Cuti Sakit bagi Pegawai Lantikan Kontrak (Contract 80 – 81
of Service) 82 – 83
8.1 Kemudahan Cuti Sakit Tibi, Kusta Dan Barah 84 – 86
8.2
8.3 Kemudahan Cuti Sakit Lanjutan 87
8.4
Kemudahan Cuti Sakit 88
8.5
Kemudahan Cuti Pemulihan 89
8.6
Kemudahan Cuti Kuarantin
Kemudahan Cuti Kecederaan
BAHAGIAN V: CUTI UNTUK URUSAN PERTUBUHAN
IKHTISAS, KESATUAN DAN KEMASYARAKATAN
Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Pegawai-Pegawai Kerajaan
Yang Dipilih Untuk Mengambil Bahagian Dalam Sukan-Sukan
Perwakilan
Kemudahan Cuti Latihan Pasukan Sukarela
Kemudahan Cuti Menghadiri Aktiviti Pertubuhan/Persatuan
Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Pegawai Perkhidmatan
Awam Yang Dilantik Sebagai Jurulatih Program Latihan Khidmat
Negara (PLKN)
Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Pegawai Perkhidmatan
Awam Yang Menyertai Musabaqah Al-Quran Di Peringkat
Kebangsaan Dan Antarabangsa
Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Pegawai Perkhidmatan
Awam Yang Dipilih Untuk Mengambil Bahagian Dalam Lawatan
Kebudayaan Di Luar Negeri
BUKU PANDUAN CUTI UPNM | ii
BIL. PERKARA MUKA SURAT
8.7 Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Melaksanakan Aktiviti 90
8.8 Khidmat Masyarakat 91
8.9 Kemudahan Cuti Menghadiri Latihan Syarikat Kerjasama
8.10 92 – 94
9. Kemudahan Cuti Menghadiri Mesyuarat Persatuan Ikhtisas 95
9.1
9.2 Kemudahan Cuti Lain-Lain Kursus 96
9.3 97
BAHAGIAN VI: LAIN-LAIN CUTI 98
9.4
Kemudahan Cuti Gantian 99 – 100
Kemudahan Cuti Tugas Khas Perubatan
Peraturan Memberikan Kebenaran Tidak Hadir Kerja Atas
Sebab-Musabab Kecemasan Am
Hal Cuti Dan Gantian Cuti Rehat (GCR) Berkaitan Staf Pertukaran
Tetap (Pegawai Angkatan Tentera Malaysia Ke Universiti
Pertahanan Nasional Malaysia)
10. BAHAGIAN VII: GANTIAN CUTI REHAT
10.1 Gantian Cuti Rehat (GCR) 101 – 104
105
10.2 Prinsip Pengumpulan Gantian Cuti Rehat dan Pembayaran
Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat 106 – 108
10.3 Pengumpulan Gantian Cuti Rehat pada Tahun Akhir 109 – 110
Perkhidmatan 111 – 112
113 – 114
10.4 Kesan Cuti Tanpa Gaji dan Cuti Belajar / Berkursus Kepada 115 – 116
Kelayakan Pengumpulan Gantian Cuti Rehat
117
10.5 Kaedah Pengumpulan Cuti Rehat Sebagai Gantian Cuti Rehat
10.6 Percantuman Pengumpulan Gantian Cuti Rehat
10.7 Pemberian Awal Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat
10.8 Tatacara perekodan Gantian Cuti Rehat yang teratur
10.9 Tindakan kepada Gantian Cuti Rehat yang tidak teratur 118
11. BAHAGIAN VIII: KESAN CUTI KEPADA PERKHIDMATAN 118 - 122
11.1 Kesan Cuti Kepada Perkhidmatan (Jadual Perbandingan)
12. BAHAGIAN IX: URUSAN-URUSAN LAIN BERKAITAN CUTI 123 – 138
12.1 Soalan – Soalan Lazim 139 – 141
12.2 Tanggungjawab Pengemaskinian Cuti
13. PENUTUP 142
BUKU PANDUAN CUTI UPNM | iii
PENGENALAN
Buku Panduan Cuti Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) ini disediakan
sebagai rujukan umum dan garis panduan kepada pegawai UPNM untuk memahami jenis-
jenis cuti yang terdapat dalam perkhidmatan, syarat dan kelayakan cuti, proses kelulusan
cuti dan rujukan perundangan berkaitan sesuatu cuti tersebut.
Antara objektif penyediaan buku panduan ini adalah;
a) Memberi kefahaman kepada pegawai mengenai jenis-jenis cuti dalam
perkhidmatan, syarat dan kelayakan cuti;
b) Memberi kefahaman kepada pegawai mengenai permohonan dan proses
kelulusan permohonan cuti;
c) Sebagai panduan dan rujukan umum kepada pegawai UPNM.
Sumber rujukan dalam penyediaan buku panduan ini adalah;
a) Perintah Am Bab C;
b) Pekeliling Perkhidmatan JPA;
c) Surat Pekeliling Perkhidmatan JPA;
d) Surat Edaran JPA;
e) Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM); dan
f) Pekeliling Pejabat Pendaftar.
BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 1
TAFSIRAN
1. “Adik-beradik” bermaksud beberapa orang yang mempunyai hubungan
kekeluargaan kerana seayah dan seibu, atau seayah atau seibu.
2. “Ahli keluarga terdekat” bermaksud suami, isteri, ibu kandung atau ibu angkat yang
sah di sisi undang-undang, bapa kandung atau bapa angkat yang sah di sisi undang-
undang, ibu mentua, bapa mentua, anak kandung, anak angkat yang sah di sisi
undang-undang, anak angkat de facto dan anak pelihara adik-beradik, nenek dan
datuk kepada pegawai.
3. “Aktiviti khidmat masyarakat” bermaksud kegiatan atau kerja-kerja
kemasyarakatan yang dilaksanakan secara sukarela yang memberi manfaat kepada
masyarakat dan negara;
4. “Anak Angkat” bermaksud seseorang anak yang telah dibenarkan oleh Mahkamah
untuk diangkat atau diangkat semula sebagaimana yang ditafsirkan di bawah seksyen
2 Akta Pengangkatan 1952 [Akta 257].
5. “Anak Angkat de facto” bermaksud seseorang kanak-kanak itu berada dalam jagaan,
sedang dibesarkan, ditanggung dan dididik oleh pegawai sebagai anaknya di bawah
sesuatu pengangkatan de facto, dan bagi suatu tempoh tidak kurang daripada dua
(2) tahun yang berterusan dan sebelum sahaja dari tarikh permohonan tersebut di
bawah seksyen 6, Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 [Akta 253].
6. “Anak Kandung” bermaksud anak sendiri.
7. “Anak Pelihara” bermaksud seseorang kanak-kanak yang diberi pemeliharaan,
jagaan dan kawalan kepada ibu bapa peliharaan di bawah perenggan 30(1)(e) Akta
Kanak-kanak 2001 [Akta 611].
8. “Anak Tiri Tanggungan” bermaksud anak kepada suami atau isteri hasil daripada
perkahwinannya yang terdahulu yang tinggal bersama dan ditanggung nafkahnya.
9. “Bapa angkat” bermaksud bapa kepada anak angkat seperti diperuntukkan di
bawah Akta 257.
10. “Bapa mentua” bermaksud bapa kepada isteri atau suami yang sah.
11. “Cuti” bermaksud sebarang tempoh seseorang pegawai itu dibenarkan
meninggalkan tugasnya dan peninggalan tugas itu tidak dikira sebagai putus
perkhidmatan atau berhenti kerja.
12. “Cuti Rehat” bermaksud cuti bergaji penuh yang diberi kerana perkhidmatan yang
melayakkan dalam sesuatu tahun, dari bulan Januari hingga Disember di bawah
Perintah Am 1 (ii) Bab C (Cuti) Tahun 1974.
13. “Cuti Sakit” bermaksud cuti bergaji penuh yang diberi kerana sebab-sebab
perubatan dan dengan pengemukaan Sijil sakit dari seorang pegawai Perubatan
BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 2
Kerajaan atau lain-lain doktor yang diterima dan diberi bagi sakit atau kecederaan
yang ada harapan untuk sembuh.
14. “Datuk” bermaksud bapa kandung kepada ibu kandung atau bapa kandung pegawai.
15. “Ibu angkat” bermaksud ibu kepada anak angkat seperti yang diperuntukkan di
bawah Akta 257.
16. “Ibu mentua” bermaksud ibu kepada isteri atau suami yang sah.
17. “Ketua FPJB” ialah bermaksud Ketua di setiap Fakulti/Pusat/Jabatan/Bahagian
yang diberi kuasa memperaku/meluluskan cuti pegawai di bawah seliaan masing-
masing.
18. “Ketua Pentadbiran FPJB / Kerani Cuti FPJB” bermaksud mana-mana pegawai
yang diberi tanggungjawab untuk mentadbir dan menguruskan cuti di setiap
Fakulti/Pusat/Jabatan/Bahagian masing-masing.
19. “Kuasa Tertentu” bermaksud Naib Canselor atau mana-mana pegawai yang
diperturunkan kuasa ke atasnya.
20. “Lembaga Perubatan” bermaksud Lembaga yang ditubuhkan mengikut Perintah
Am 18 dan 19 Bab F.
21. “Lima (5) tahun” bersamaan dengan 1,825 hari termasuk hari rehat mingguan, hari
kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.
22. “Nenek” bermaksud ibu kandung kepada ibu kandung atau bapa kandung pegawai.
23. “Pegawai” bermaksud staf yang berkhidmat dengan Universiti Pertahanan Nasional
Malaysia.
24. “Pegawai Peraku Cuti” bermaksud mana-mana pegawai yang diberi kuasa untuk
memperaku cuti pegawai di setiap Fakulti/Pusat/Jabatan/Bahagian masing-masing.
25. “Pegawai Pelulus Cuti” bermaksud mana-mana pegawai yang diberi kuasa untuk
meluluskan cuti pegawai di setiap Fakulti/Pusat/Jabatan/Bahagian masing-masing.
26. “Perkhidmatan Kerajaan” bermaksud Perkhidmatan Awam Persekutuan,
Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri)
dan Pihak Berkuasa Tempatan.
27. “Perkhidmatan Yang Melayakkan” bermaksud perkhidmatan yang diambilkira
bagi mengira kelayakan mendapat cuti seseorang pegawai dan terdiri dari masa-
masa bertugas, cuti rehat dan cuti sakit tetapi tidak termasuk cuti separuh gaji, cuti
tanpa gaji, cuti haji, cuti sakit tibi, kusta dan barah dan cuti belajar.
28. “Pertubuhan yang diluluskan” bermaksud pertubuhan yang berdaftar di bawah
Akta Pertubuhan 1966 atau pertubuhan yang mempunyai akta penubuhan sendiri/
undang-undang khusus yang lain atau yayasan yang ditubuhkan di bawah Akta
BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 3
Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 atau Akta Syarikat 2016 atau undang-
undang khusus lain yang berkuat kuasa di dalam negara.
29. “Sanak saudara” bermaksud yang meliputi keluarga pegawai sendiri (isteri/suami
dan anak-anak), ibu bapa, adik-beradik, ibu bapa mertua, nenek dan datuk pegawai.
30. “Satu (1) tahun” bersamaan dengan 365 hari termasuk hari rehat mingguan, hari
kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.
31. "Sijil Sakit" bermakna sijil akuan sakit yang dikeluarkan oleh seorang pegawai
perubatan Kerajaan atau oleh sebuah Lembaga Perubatan (Perintah-perintah Am,
Bab F) atau oleh seorang ahli Panel Doktor yang diluluskan oleh Kerajaan.
32. “Tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira” ertinya perkhidmatan yang
ditetapkan sebagai perkhidmatan yang boleh dimasukira di bawah peraturan-
peraturan 4,5 dan 6 Peraturan-Peraturan Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun
dan Tempatan 1990.
33. “UPNM” bermaksud Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.
BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 4
PRINSIP PEMBERIAN CUTI
KEISTIMEWAAN yang Hanya dinikmati apabila
boleh ditarik balik pada digunakan, LUPUT jika
bila-bila masa, jika tidak digunakan
didapati perlu
(CUTI BUKAN HAK)
Diberi atas tujuan tertentu Diberi dengan SAKSAMA
dengan SYARAT dan kepada yang layak
KELAYAKAN yang
berbeza, tidak boleh
ditukar ganti.
Rujukan: Perenggan 56 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991
CUTI REHAT
TERLEBIH DIBERI
Kesilapan mengurus dan
mentadbir cuti boleh memberi
kesan kepada pengurusan
Sumber Manusia
Pengumpualan Gantian Cuti Terlebih bayar emolumen
Rehat yang tidak teratur selepas habis Cuti Rehat dan
perlu membuat tuntutan
semula
BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 5
“Perkhidmatan Yang Melayakkan” bermaksud perkhidmatan yang diambilkira bagi mengira
kelayakan mendapat cuti seseorang pegawai dan terdiri dari masa-masa bertugas, cuti rehat dan
cuti sakit tetapi tidak termasuk cuti separuh gaji, cuti tanpa gaji, cuti haji, cuti sakit tibi, kusta dan
barah dan cuti belajar.
PERKHIDMATAN YANG MELAYAKKAN PERKHIDMATAN YANG TIDAK
MELAYAKKAN
i. Masa-masa bertugas
ii. Cuti Rehat i. Cuti Separuh Gaji
iii. Cuti Sakit ii. Cuti Tanpa Gaji
iii. Cuti Haji
* Bergantung kepada perkhidmatan yang iv. Cuti Tibi, Kusta dan Barah
melayakkan v. Cuti Belajar
*Akan menjejaskan kelayakan Cuti Rehat
JENIS CUTI YANG MENGURANGKAN KELAYAKAN CUTI REHAT
BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 6
SIMULASI KEMUDAHAN CUTI SEPARUH GAJI YANG MENGURANGKAN KELAYAKAN CUTI
REHAT
Tempoh Permohonan *CSG : 07.03.2022 – 02.10.2022 (210 hari)
Tempoh kelulusan *CSG : 07.03.2022 – 02.09.2022 (180 hari)
25 hari
Kelayakan Cuti Rehat Tahunan :
Kelayakan Cuti Rehat Tahunan bagi tahun 2022:
:. 365 hari – 180 hari = 185 hari
:. 185 hari / 365 hari x 25 hari = 12.67 hari
= 13 hari
NOTA:
Kelayakan Cuti Rehat Tahunan dikira secara proportionate
(kaedah prorata) apabila tidak genap setahun perkhidmatan yang
melayakkan. Maka cuti rehat yang pegawai itu berkelayakan ialah
sebanyak cuti bagi tempoh perkhidmatan yang melayakkan itu
sahaja, dikira kesetengah hari yang berhampiran.
*CSG – Cuti Separuh Gaji
BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 7
BAHAGIAN I
CUTI KERANA PERKHIDMATAN
KADAR CUTI REHAT TAHUNAN
KEMUDAHAN CUTI SEPARUH GAJI
KEMUDAHAN CUTI TANPA GAJI
CUTI TANPA GAJI BAGI PEGAWAI YANG MENGIKUT PASANGAN BERTUGAS ATAU
BERKURSUS DI DALAM ATAU DI LUAR NEGARA
KEMUDAHAN MEMBAWA KE HADAPAN CUTI YANG TIDAK DAPAT DIAMBIL
KEMUDAHAN CUTI REHAT/CUTI REHAT KHAS SELEPAS BERKURSUS LEBIH 12
BULAN
JENIS : KADAR KELAYAKAN CUTI REHAT
TUJUAN : Diberi untuk tujuan kecekapan dan kepentingan pegawai.
TAFSIRAN : ‘Cuti Rehat’ bermaksud cuti bergaji penuh yang diberi kerana perkhidmatan
yang melayakkan dalam sesuatu tahun, dari bulan Januari hingga Disember di
MyPPSM CERAIAN bawah Perintah Am 1 (ii) Bab C (Cuti) Tahun 1974;
SR.5.1.1
‘Ketua Jabatan’ bermaksud Ketua Setiausaha kepada Kementerian, Ketua
Jabatan atau Ketua sesuatu Perkhidmatan, mengikut mana-mana yang
berkenaan di bawah Perintah Am 1 (iv) Bab C (Cuti) Tahun 1974 termasuk
Ketua Pejabat Tempatan, yayasan atau cawangan kecil yang telah diberi kuasa
oleh Ketua Jabatannya untuk meluluskan cuti bagi sebarang kumpulan pegawai
di stesennya seperti yang diperuntukkan di bawah Perintah Am 5(b) Bab C
(Cuti) Tahun 1974, termasuklah mana-mana pegawai yang diberi kuasa untuk
meluluskan cuti;
‘Jawatan lain’ bermaksud jawatan yang mana lantikan pegawai adalah melalui
kaedah pertukaran pelantikan, pertukaran tetap, atau Kenaikan Pangkat Secara
Lantikan (KPSL)/Peningkatan Secara Lantikan (PSL), lantikan terus (lateral
entry) atau lantikan ke jawatan baharu;
‘Lantikan terus atau lantikan ke jawatan baharu’ bermaksud pelantikan:
a) dalam Pihak Berkuasa Melantik yang sama di bawah Perkhidmatan Awam
Persekutuan; atau
b) daripada satu Pihak Berkuasa Melantik di bawah Perkhidmatan Awam
Persekutuan kepada Pihak Berkuasa Melantik yang lain di bawah Perkhidmatan
Awam Persekutuan.
‘Peningkatan Secara Lantikan (PSL)’ bermaksud suatu urusan pelantikan
pegawai daripada skim perkhidmatan yang rendah kepada skim perkhidmatan
yang lebih tinggi secara pelantikan baharu yang dilaksanakan oleh Pihak
Berkuasa Melantik, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim
perkhidmatan yang berkaitan. PSL adalah satu proses lantikan biasa dan
bukannya kenaikan pangkat. Istilah PSL digunakan berkuat kuasa mulai 1 Julai
2013 menggantikan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL). Bagi maksud
Ceraian ini, kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan bagi pegawai lantikan
KPSL/PSL hanya mengambil kira pertukaran lantikan tetap dalam Pihak
Berkuasa Melantik yang sama atau Pihak Berkuasa Melantik yang lain di bawah
Perkhidmatan Awam Persekutuan.
‘Lantikan tetap pertama’ bermaksud lantikan tetap pertama seseorang
pegawai ke dalam Perkhidmatan di UPNM
BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 8
SYARAT :
MyPPSM 1) Kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan pegawai Perkhidmatan Awam secara
CERAIAN SR.5.1.1
prinsipnya ditentukan berdasarkan tarikh lantikan seperti yang berikut:
i) bagi pegawai yang dilantik sebelum 1 September 2005 dan menolak
opsyen perubahan kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan seperti yang
ditawarkan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2008 (PP
Bil. 14/2008), kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan ditetapkan mengikut
peruntukan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 (PP Bil.
4/2002) adalah seperti dalam Jadual 1 yang berikut:
Jadual 1: Kadar Kelayakan Cuti Rehat Tahunan di bawah PP Bil. 4/2002
Kadar
Kumpulan/Gred Kurang 10 tahun Genap 10 tahun
perkhidmatan yang perkhidmatan yang
melayakkan melayakkan
Pengurusan Tertinggi 30 hari 35 hari
31 – 54 30 hari 35 hari
21 – 30 25 hari 30 hari
1 - 20 20 hari 25 hari
ii) bagi pegawai yang dilantik mulai 1 September 2005 hingga 31 Disember
2008 dan menolak opsyen perubahan kadar kelayakan Cuti Rehat
tahunan seperti yang ditawarkan di bawah PP Bil. 14/2008, kadar
kelayakan Cuti Rehat tahunan ditetapkan mengikut peruntukan dalam
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 20 Tahun 2005 (PP Bil.20/2005) adalah
seperti dalam Jadual 2 berikut:
Jadual 2: Kadar Kelayakan Cuti Rehat Tahunan di bawah PP Bil. 20/2005
Kadar
Kumpulan/Gred Kurang 10 tahun Genap 10 tahun
perkhidmatan yang perkhidmatan yang
melayakkan melayakkan
Pengurusan Tertinggi 30 hari 30 hari
31 – 54 30 hari 30 hari
21 – 30 25 hari 30 hari
1 - 20 20 hari 25 hari
iii) bagi pegawai yang dilantik sebelum 1 Januari 2009 dan bersetuju
menerima opsyen perubahan kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan seperti
yang ditawarkan di bawah PP Bil. 14/2008, kadar kelayakan Cuti Rehat
tahunan ditetapkan mengikut peruntukan dalam PP Bil. 14/2008 adalah
seperti dalam Jadual 3 di bawah:
BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 9
Jadual 3: Kadar Kelayakan Cuti Rehat Tahunan di bawah PP Bil. 14/2008
Kadar
Kumpulan/Gred Kurang 10 tahun Genap 10 tahun
perkhidmatan yang perkhidmatan yang
melayakkan melayakkan
Pengurusan Tertinggi 25 hari 25 hari
31 – 54 25 hari 25 hari
21 – 30 25 hari 25 hari
1 - 20 20 hari 25 hari
iv) bagi pegawai lantikan pertama mulai 1 Januari 2009, kadar kelayakan
Cuti Rehat tahunan ditetapkan mengikut peruntukan dalam PP Bil. 14/2008
adalah seperti dalam Jadual 3 di atas.
MyPPSM 2) Melalui PP Bil. 14/2008 juga, kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan bagi pegawai
CERAIAN SR.5.1.1
Perkhidmatan Awam lantikan kontrak dan sementara adalah ditetapkan seperti
dalam Jadual 4 berikut:
Jadual 4: Kadar Kelayakan Cuti Rehat Tahunan
bagi Pegawai Perkhidmatan Awam* Lantikan Kontrak dan Sementara mulai
1 Januari 2009
Kumpulan/Gred Kadar Kelayakan Cuti Rehat
Pengurusan Tertinggi 25 hari
31 – 54 25 hari
21 – 30 25 hari
1 - 20 20 hari
* Kecuali Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia, Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia,
Perkhidmatan Pegawai Penguat Kuasa Maritim dan Pegawai Lain-lain Pangkat Penguat Kuasa
Maritim serta Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan/Pegawai Pendidikan Pengajian
Tinggi yang menjalankan tugas-tugas mengajar di sekolah, kolej komuniti atau politeknik yang
menikmati kemudahan Cuti Penggal dan Cuti Rehat Khas.
BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 10
MyPPSM 3) Kadar Kelayakan Cuti Rehat Tahunan Bagi Pegawai yang Dilantik ke
CERAIAN SR.5.1.1
Jawatan Lain
Mulai 1 Januari 2016, kadar kelayakan kemudahan Cuti Rehat tahunan pegawai
Perkhidmatan Awam yang dilantik ke jawatan lain adalah seperti yang berikut:
i) bagi pegawai yang bersetuju memilih kadar kelayakan Cuti Rehat
tahunan sebagaimana yang ditetapkan dalam PP Bil. 14/2008 dan
dilantik ke jawatan lain yang kadar kelayakan cuti rehatnya adalah
lebih tinggi, kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan adalah berdasarkan
tarikh lantikan tetap pertama atau lantikan tetap baharu, mana-
mana yang lebih tinggi; atau
ii) bagi pegawai yang bersetuju memilih kadar kelayakan Cuti Rehat
tahunan sebagaimana yang ditetapkan dalam PP Bil. 14/2008 dan tidak
dilantik ke jawatan lain, kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan adalah
berdasarkan tarikh lantikan tetap pertama; atau
iii) bagi pegawai yang kekal diberi kemudahan Cuti Rehat tahunan
mengikut PP Bil. 4/2002 atau PP Bil. 20/2005 dan dilantik ke jawatan
lain yang kadar kelayakan cuti rehatnya berkurangan, kadar kelayakan
Cuti Rehat tahunan adalah berdasarkan tarikh lantikan tetap
pertama; atau
iv) bagi pegawai yang kekal diberi kemudahan Cuti Rehat tahunan
mengikut PP Bil. 4/2002 atau PP Bil. 20/2005 dan dilantik ke jawatan
lain yang kadar kelayakan cuti rehatnya adalah lebih tinggi, kadar
kelayakan Cuti Rehat tahunan adalah berdasarkan tarikh lantikan
tetap pertama atau lantikan tetap baharu, mana-mana yang lebih
tinggi; atau
v) bagi pegawai yang kekal diberi kemudahan Cuti Rehat tahunan
mengikut PP Bil. 4/2002 atau PP Bil. 20/2005 dan tidak dilantik ke
jawatan lain, kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan adalah berdasarkan
tarikh lantikan tetap pertama; atau
vi) bagi pegawai lantikan tetap pertama yang dilantik mulai 1 Januari
2009, sama ada dilantik atau tidak dilantik ke jawatan lain selepas
itu, kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan adalah berdasarkan tarikh
lantikan tetap pertama.
4) Walau bagaimanapun, kadar kelayakan bagi Perkara 3 i) hingga vi) adalah
tertakluk kepada tarikh lantikan tetap pertama di UPNM.
BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 11
MyPPSM 5) Kadar kelayakan kemudahan Cuti Rehat tahunan pegawai seperti di
CERAIAN SR.5.1.1 perenggan 3(i) hingga 7(vi) adalah seperti dalam Jadual 5 yang berikut:
Jadual 5: Kadar Kelayakan Cuti Rehat Tahunan
Tarikh Kurang 10 Tahun Perkhidmatan yang **Genap 10 Tahun Perkhidmatan yang
Lantikan Melayakkan Melayakkan
Pertama
/ Baharu Gred Gred Gred Pengurusan Gred Gred Gred Pengurusan
1-20 21-30 31-56 Tertinggi 1-20 21-30 31-56 Tertinggi
Sebelum 20 25 30 30 25 30 35 35
1 Sept hari hari hari hari hari hari hari hari
2005
Mulai
1 Sept
2005 20 25 30 30 25 30 30 30
- hari hari hari hari hari hari Hari hari
31 Dis
2008
Mulai 20 25 25 25 25 25 25 25
1 Jan2009 hari hari hari hari hari hari hari hari
*Kecuali Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia, Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia,
Perkhidmatan Pegawai Penguat Kuasa Maritim dan Pegawai Lain-Lain Pangkat Penguat Kuasa
Maritim serta Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan/Pegawai Pendidikan Pengajian
Tinggi yang menjalankan tugas-tugas mengajar di sekolah, kolej komuniti atau politeknik yang
menikmati kemudahan Cuti Penggal dan Cuti Rehat Khas.
⃰ Genap 10 tahun perkhidmatan dikira daripada tarikh lantikan tetap pertama dalam
Perkhidmatan Awam Persekutuan seperti dijelaskan di perenggan 6 [mengikut syarat-syarat
tempoh perkhidmatan yang melayakkan seperti yang ditafsirkan di dalam Perintah Am 1(ix)
Bab C (Cuti) Tahun 1974].
6) Sekiranya pegawai dilantik ke UPNM daripada Pihak Berkuasa Melantik yang
berbeza maka Kadar Kelayakan Cuti Rehat Tahunan pegawai diambil kira
berdasarkan tarikh lantikan di Pihak Berkuasa Melantik yang baharu (UPNM).
MyPPSM 7) Cuti Rehat Pegawai Lantikan Kontrak Dan Sementara Yang Kemudiannya
CERAIAN SR.5.1.1
Dilantik Secara Tetap
Kadar kelayakan kemudahan Cuti Rehat tahunan bagi pegawai lantikan kontrak
dan sementara yang kemudiannya dilantik secara tetap adalah ditentukan
berdasarkan tarikh lantikan ke jawatan tetap.
TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN
Semakan : Ketua Pentadbiran FPJB / Kerani Cuti FPJB
Perakuan : Pegawai Peraku Cuti
Kelulusan : Pegawai Pelulus Cuti
RUJUKAN : Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN SR.5.1.1
BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 12
RUJUKAN : Kajian daripada Universiti Awam berhubung Pemberian Kelayakan Cuti
Rehat
CONTOH Pegawai dilantik di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 1
SOALAN Januari 2005 dan seterusnya dilantik di UPNM pada 1 Januari 2009
Dapatan Hasil Kajian:
a) Universiti Malaya (UM):
Kelayakan Cuti Rehat adalah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil
11/2015 iaitu mulai lantikan tetap pertama di UM. Kelayakan cuti di
agensi lama tidak diambilkira.
b) Universiti Kebangsaan Malasyia (UKM):
Lantikan di UKM mulai 1.1.2009, kelayakan cuti rehat 25 hari setahun
c) Universiti Sains Malaysia (USM):
Lantikan di USM mulai 1.1.2009, kelayakan cuti rehat 25 hari setahun
d) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM):
Lantikan mulai 1/1/2010, kelayakan cuti rehat 25 hari setahun
e) Universiti Putra Malaysia (UPM):
Kelayakan cuti dan GCR di agensi lama tidak diambilkira merujuk
kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil.11 Tahun 2015 mulai Januari
2012.
f) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS):
kelayakan cuti adalah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11
/2015, lantikan tetap pertama di UNIMAS. Kelayakan di tempat lama
tidak diambilkira.
g) Universiti Malaysia Sabah (UMS):
25 hari. Tak ambil kira kelayakan di agensi lama
h) Universiti Teknologi MARA (UiTM):
Lantikan baharu di UiTM mulai 1.1.2009 akan mendapat kelayakan
cuti rehat 25 hari setahun
BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 13
FORMULA PENGIRAAN KELAYAKAN CUTI REHAT
Jumlah Hari Bekerja X Kelayakan Cuti Rehat
365 hari Tahunan
dan / atau Kelayakan Cuti Rehat
Tahunan
Jumlah Bulan Bekerja X
12 bulan
SIMULASI PENGIRAAN KAEDAH PRORATA
Bagi kes perubahan status lantikan Kontrak ke Tetap
Jawatan dan Gred = Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19
Tarikh Lantikan Tetap = 15.08.2016
Kelayakan Cuti = 20 hari setahun
Pengiraan bagi 15.08.2016 hingga 31.12.2016
Pengiraan Jumlah Hari Bekerja:
Bulan Ogos = 17 hari
Bulan September = 30 hari
Bulan Oktober = 31 hari
Bulan November = 30 hari
Bulan Disember = 31 hari
Jumlah Keseluruhan Hari Bekerja = 139 hari
139 X 20 = 7.62 hari
365
Jumlah Kelayakan Cuti Rehat bagi lantikan Tetap = 8 hari (dikira kesetengah hari
yang berhampiran)
BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 14
JENIS : KEMUDAHAN CUTI SEPARUH GAJI
TUJUAN : Bagi menjaga sanak saudara yang rapat disebabkan oleh masalah kesihatan
SYARAT sahaja (suami/isteri, anak kandung, anak angkat yang diiktiraf, ibu / bapa
kandung, ibu / bapa mentua, adik beradik, datuk / nenek pegawai)
:
1)MyPPSM Kadar Cuti Separuh Gaji (CSG) adalah maksimum 180 hari sepanjang
perkhidmatan. Pegawai yang memohon CSG perlu mempunyai perkhidmatan
CERAIAN SR.5.1.2 yang melayakkan, iaitu satu tahun perkhidmatan melayakkan 30 hari
tempoh CSG.
2)MyPPSM
Merekodkan kelulusan CSG dalam Buku Perkhidmatan.
CERAIAN SR.5.1.2
3)Perintah Am 13 (c) Tidak boleh diberi kepada pegawai-pegawai wanita atas sebab-sebab
Bab C bersalin.
SPP 4/2009 4) tempoh CSG tidak diambil kira sebagai tempoh perkhidmatan yang
melayakkan bagi tujuan pengiraan kelayakan Cuti Rehat tahunan, Cuti Rehat
Khas atau cuti-cuti lain yang diberi berdasarkan tempoh perkhidmatan yang
melayakkan.
SPP 4/2009 5) tempoh CSG diambil kira sebagai tempoh perkhidmatan yang boleh di
masuk kira bagi tujuan pengiraan ganjaran, pencen dan faedah-faedah
lain.
TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN
Semakan : Ketua Pentadbiran FPJB / Kerani Cuti FPJB
Pertama : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Semakan : Ketua FPJB
Kedua
Perakuan
Kelulusan : Kuasa Tertentu
RUJUKAN : Perintah Am 13 Bab C
: Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN SR.5.1.2
: Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2009
BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 15
SEBAB-SEBAB CUTI SEPARUH GAJI DIBENARKAN
SEBAB CUTI RUJUKAN
Atas sebab kesihatan sanak-saudara yang rapat Perintah Am 13 Bab C
Semasa Cuti Sakit Lanjutan Perintah Am 22 Bab C
Selepas habis Cuti tibi, kusta dan barah Perintah Am 30 & 31 Bab C
Semasa diberi Cuti Belajar
Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan
4 Tahun 2009
SIMULASI PENGIRAAN KADAR KELAYAKAN KEMUDAHAN CUTI SEPARUH GAJI
BERDASARKAN PERKHIDMATAN YANG MELAYAKKAN
Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 dilantik mulai 1 November 2014
Tempoh perkhidmatan sehingga 1 Februari 2022 (tarikh permohonan CSG), adalah 7
tahun 3 bulan.
Maka, kadar kelayakan CSG adalah 7 x 30 hari = 210 hari (terhad kepada maksimum
180 hari sahaja)
BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 16
JENIS : KEMUDAHAN CUTI TANPA GAJI
TUJUAN : Atas sebab-sebab persendirian yang mustahak.
SYARAT :
MyPPSM a) Kemudahan CTG diberikan atas sebab-sebab persendirian yang
CERAIAN SR.5.1.3 mustahak dan tertakluk kepada kadar maksimum 360 hari sepanjang
perkhidmatan. Pegawai yang memohon CTG perlu mempunyai perkhidmatan
& yang melayakkan, iaitu satu tahun perkhidmatan melayakkan 30 hari
Perintah Am 14 tempoh CTG.
Perlu mempunyai sekurang-kurangnya enam (6) bulan perkhidmatan dan
(a) Bab C telah menghabiskan semua Cuti Rehat yang ia berkelayakan.
b)MyPPSM
CERAIAN SR.5.1.3
c)MyPPSM Kelulusan CTG perlu dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Sumber
CERAIAN SR.5.1.3 Manusia untuk pertimbangan Kuasa Tertentu.
d)MyPPSM Merekodkan kelulusan CTG dalam Buku Perkhidmatan.
CERAIAN SR.5.1.3
e) Pemberian CTG hendaklah mengikut peraturan-peraturan berikut:
Perintah Am 14 a) Urusan sendiri di dalam Malaysia
(b) Bab C CTG kerana urusan sendiri di dalam Malaysia boleh diluluskan bila pegawai
itu telah genap berkhidmat tidak kurang daripada 6 bulan dan dia telah
mengambil semua cuti rehat yang ia berkelayakan.
Perintah Am 14 b) Urusan sendiri di luar Malaysia
(c) Bab C CTG kerana urusan sendiri di sesebuah negeri di luar Malaysia diluluskan bila
pegawai itu sudah mempunyai perkhidmatan terus menerus tidak kurang
daripada 6 bulan dan dia telah mengambil semua cuti rehat yang ia
berkelayakan. Cuti ini tidak boleh diambil sekali lagi sehingga 4 tahun
telah berlalu selepas cuti yang pertama itu.
f)Perintah Am 14 Baki CTG yang belum diambil boleh digunakan selagi tidak mencapai had
maksimum yang dibenarkan berasaskan perkhidmatan yang melayakkan.
(c) Bab C
Perintah Am 14A g) Jika seseorang pegawai tidak hadir bekerja bagi sesuatu tempoh tanpa
(a) Bab C sesuatu sebab yang pada pendapat Ketua FPJB adalah satu sebab yang
munasabah, maka pegawai itu tidaklah berhak mendapat apa-apa gaji
atau lain-lain emolumen bagi tempoh tidak hadir bekerja itu.
Perintah Am 14A h) Suatu perakuan oleh Ketua FPJB memperakui tempoh yang bagi pegawai itu
tidak berhak mendapat gaji dan emolumen di bawah Perintah Am 14A (b) Bab
(b) Bab C
C kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia yang bertanggungjawab
bagi membayar gaji dan lain-lain emolumen pegawai itu adalah satu kuasa
yang mencukupi bagi memotong gaji dan emolumen bagi tempoh tak hadir
bekerja itu
SPP 4/2009 i) Tempoh CTG tidak diambil kira sebagai tempoh perkhidmatan yang
melayakkan bagi tujuan pengiraan kelayakan Cuti Rehat tahunan, Cuti Rehat
Khas atau cuti-cuti lain yang diberi berdasarkan tempoh perkhidmatan yang
melayakkan.
SPP 4/2009 j) Tempoh CTG tidak diambil kira sebagai tempoh perkhidmatan bagi tujuan
pengiraan ganjaran, pencen dan faedah-faedah lain.
BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 17
TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN
Semakan : Ketua Pentadbiran FPJB / Kerani Cuti FPJB
Pertama : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Semakan : Ketua FPJB
Kedua
Perakuan
Kelulusan : Kuasa Tertentu
RUJUKAN : Perintah Am 14 (a) (b) (a) (d) Bab C
: Perintah Am 14A (a) (b) Bab C
: Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2009
: Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN SR.5.1.3
SEBAB-SEBAB CUTI TANPA GAJI DIBENARKAN RUJUKAN
SEBAB CUTI
Sebab persendirian yang mustahak Perintah Am 14 (a) Bab C
• Tidak menjejaskan kedudukan sebagai
Penjawat Awam
• Tidak menyalahi undang-undang negara
Menjaga anak selepas bersalin (tidak perlu Pekeliling Perkhidmatan Sumber
menghabiskan Cuti Rehat berkelayakannya sebelum
bermula CTG tersebut) Manusia (MyPPSM) CERAIAN SR.5.2.2
Semasa cuti belajar/ kursus tanpa gaji Perintah Am 36 Bab C
Surat Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 4 Tahun 2009
Mengikut pasangan (tidak perlu menghabiskan Cuti Pekeliling Perkhidmatan Sumber
Rehat berkelayakannya sebelum bermula CTG tersebut) Manusia (MyPPSM) CERAIAN SR.5.1.4
Perintah Am 22, 25, 31 Bab C
Pekeliling Perkhidmatan Sumber
Manusia (MyPPSM) CERAIAN
Lain-lain tujuan yang dibenarkan: SR.5.4.8
Pekeliling Perkhidmatan Sumber
• Selepas habis Cuti Sakit Lanjutan Manusia (MyPPSM) CERAIAN
• Selepas habis Cuti Tibi, Kusta & Barah SR.5.4.7
Pekeliling Perkhidmatan Sumber
• Selepas 5 kali cuti bersalin @ selepas habis Manusia (MyPPSM) CERAIAN
maksimum 360 hari cuti bersalin SR.5.4.1
BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 18
JENIS : CUTI TANPA GAJI BAGI PEGAWAI YANG MENGIKUT PASANGAN
BERTUGAS ATAU BERKURSUS DI DALAM ATAU DI LUAR NEGARA
TUJUAN : Membolehkan pasangan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada tugas
SYARAT atau pengajian selaras dengan usaha murni melahirkan masyarakat
penyayang.
:
MyPPSM 1) Pegawai bertaraf tetap termasuk pegawai yang belum disahkan dalam
CERAIAN SR.5.1.4
perkhidmatan.
2)MyPPSM Tempoh CTG bagi pegawai yang pasangannya pegawai agensi awam atau
bukan pegawai agensi awam adalah mengikut tempoh pasangan
CERAIAN SR.5.1.4 bertugas/berkursus dan pegawai tidak tertakluk kepada syarat kembali
bertugas selama satu (1) tahun untuk permohonan CTG berikutnya.
3)MyPPSM Pegawai lantikan sementara atau kontrak tidak layak dipertimbangkan
kemudahan CTG mengikut pasangan.
CERAIAN SR.5.1.4
4)MyPPSM Pegawai yang ingin mengikut pasangan mereka bertugas atau berkursus
sama ada di dalam atau di luar negara boleh dipertimbangkan CTG mengikut
CERAIAN SR.5.1.4 pasangan tertakluk pasangannya memenuhi syarat berikut:
a) pegawai agensi awam yang telah diarahkan bertugas atau diluluskan
berkursus oleh Ketua Jabatannya; atau
b) pekerja agensi swasta atau agensi antarabangsa yang
dilantik/diarahkan bertugas atau diluluskan berkursus oleh agensi
swasta atau agensi antarabangsa.
c) jika pasangan pegawai bukan terdiri daripada mana-mana pegawai di 4
(a) atau (b), mereka hendaklah:
(i) telah dianugerahkan bantuan kewangan oleh Kerajaan Malaysia
atau oleh mana-mana institusi di dalam negara atau di luar negara yang
menawarkan pembiayaan untuk berkursus; atau
(ii) telah disahkan menerima tawaran dan seterusnya melaporkan
diri untuk mengikuti kursus oleh institusi pengajian bagi mereka yang
berkursus atas perbelanjaan sendiri; dan
d) mana-mana pegawai yang tidak termasuk dalam perenggan 4 (a), (b) atau
(c) yang memerlukan pegawai berada bersama pasangan dalam
menjalankan tugas terutama yang melibatkan kepentingan jawatan
tertentu iaitu AnggotaPentadbiran seperti Menteri dan Timbalan
Menteri.
BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 19
MyPPSM 5) Permohonan CTG mengikut pasangan perlu dikemukakan kepada Bahagian
CERAIAN SR.5.1.4
Pengurusan Sumber Manusia sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum
tarikh mula CTG berkenaan. Manakala, permohonan pelanjutan perlu
dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia sekurang-
kurangnya tiga (3) bulan sebelum tamat tempoh CTG mengikut pasangan
yang sedang berkuat kuasa.
6)MyPPSM Pihak Berkuasa Melulus bagi meluluskan permohonan CTG mengikut
pasangan adalah Kuasa Tertentu. Tempoh CTG yang boleh diluluskan adalah
CERAIAN SR.5.1.4 mengikut tempoh pasangan bertugas/berkursus.
MyPPSM 7) Pegawai hanya boleh CTG mengikut pasangan setelah mendapat kelulusan
CERAIAN SR.5.1.4
daripada Kuasa Tertentu dan tindakan tatatertib boleh diambil sekiranya
pegawai didapati gagal mematuhinya.
8)MyPPSM Pihak Universiti boleh pada bila-bila masa menamatkan tempoh CTG serta
mengarahkan pegawai untuk kembali melaporkan diri bertugas sekiranya
CERAIAN SR.5.1.4 wujud keperluan mendesak untuk mendapatkan perkhidmatan pegawai
yang sedang CTG mengikut pasangan. Tindakan tatatertib boleh diambil
terhadap pegawai sekiranya pegawai didapati gagal mematuhi arahan untuk
melaporkan diri bertugas.
9)MyPPSM Tempoh percubaan bagi pegawai yang belum disahkan dalam
perkhidmatan akan dibekukan sepanjang tempoh CTG mengikut pasangan
CERAIAN SR.5.1.4 yang diluluskan dan baki tempoh percubaan akan disambung apabila
pegawai kembali bertugas. Walau bagaimanapun, pegawai boleh
dipertimbangkan untuk mengikuti kursus Program Transformasi Minda
(PTM) atau menduduki peperiksaan perkhidmatan bagi tujuan pengesahan
dalam perkhidmatan dengan perbelanjaan ditanggung oleh pegawai.
MyPPSM 10) Pegawai yang telah diluluskan CTG mengikut pasangan melebihi 180 hari
CERAIAN SR.5.1.4
dalam satu (1) tahun kalendar adalah layak dipertimbangkan
pergerakan gaji secara isyarat. Pergerakan gaji secara isyarat tersebut
adalah tertakluk kepada maksimum sebanyak tiga (3) kali bagi sepanjang
tempoh perkhidmatan (sama ada perkhidmatan tetap, sementara dan/atau
kontrak di Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan Awam Negeri,
Pihak Berkuasa Tempatan dan/atau Pihak Berkuasa Berkanun), termasuk
pergerakan gaji secara isyarat yang telah diberikan di bawah semua keadaan
lain. Tiada pergerakan gaji secara isyarat dipertimbangkan setelah pegawai
mendapat pergerakan gaji tahunan secara isyarat sebanyak tiga (3) kali
tersebut. Tarikh pergerakan gaji (TPG) tahunan pegawai adalah tidak
berubah.
BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 20
MyPPSM 11) Pegawai akan hilang kekananan selama tempoh CTG mengikut pasangan.
CERAIAN SR.5.1.4
Tempoh CTG juga merupakan tempoh perkhidmatan yang tidak diambil kira
bagi tujuan kenaikan pangkat berasaskan tempoh perkhidmatan. Pegawai
layak dipertimbangkan kenaikan pangkat sekiranya telah memenuhi syarat
yang ditetapkan dalam skim perkhidmatannya sama ada sebelum CTG
mengikut pasangan bermula atau semasa dalam tempoh CTG berkenaan.
MyPPSM 12) Dalam tempoh CTG mengikut pasangan, pegawai masih merupakan pegawai
CERAIAN SR.5.1.4
awam yang tertakluk kepada peraturan tatatertib yang berkuat kuasa.
Tempoh cuti ini hendaklah tidak disalahgunakan untuk tujuan lain
seperti melakukan pekerjaan yang dibayar upah tanpa kebenaran Ketua
Jabatan. Sekiranya pegawai didapati melanggar mana-mana peraturan,
pegawai boleh dikenakan tindakan tatatertib.
MyPPSM 13) Kesan ke atas perkhidmatan bagi pegawai yang diluluskan CTG mengikut
CERAIAN SR.5.1.4
pasangan hendaklah dirujuk kepada peraturan semasa yang berkuat kuasa.
MyPPSM 14) Pegawai digalakkan mendapatkan perlindungan insurans merangkumi
CERAIAN SR.5.1.4
rawatan perubatan, kecacatan kekal dan kematian/kos
pengurusan/pengangkutan jenazah dan lain-lain lagi dengan perbelanjaan
ditanggung oleh pegawai.
MyPPSM 15) Tidak perlu menghabiskan semua Cuti Rehat yang berkelayakan sebelum
CERAIAN SR.5.1.4 menggunakan kemudahan CTG mengikut pasangan. Walau bagaimanapun,
baki cuti rehat yang tidak dihabiskan sebelum CTG akan luput tertakluk
kepada peraturan sedia ada yang berkuat kuasa.
MyPPSM 16) Secara prinsipnya, hanya satu kemudahan cuti boleh digunakan dalam satu
CERAIAN SR.5.1.4 masa. Justeru itu, pegawai yang telah diluluskan CTG mengikut pasangan
adalah tidak layak menggunakan kemudahan cuti-cuti lain yang berkuat
kuasa sepanjang tempoh CTG mengikut pasangan tersebut.
MyPPSM 17) Tidak menjejaskan kelayakan pegawai menggunakan kemudahan CTG
CERAIAN SR.5.1.4 di bawah Perintah Am 14 dan Perintah Am 52 Bab C atau pindaannya dari
semasa ke semasa. Namun begitu, tempoh CTG mengikut pasangan ini adalah
tidak diambil kira bagi tujuan tempoh perkhidmatan yang melayakkan untuk
pengiraan cuti yang dikira berdasarkan tempoh perkhidmatan.
MyPPSM 18) Jika pegawai masih ada ikatan untuk berkhidmat dengan Kerajaan atau
CERAIAN SR.5.1.4
Universiti, tempoh CTG mengikut pasangan tidak boleh diambil kira
sebagai tempoh sedang berkhidmat bagi tujuan menyelesaikan tempoh
ikatan perjanjian sebelumnya. Pegawai dikehendaki menyempurnakan
ikatan perjanjian tersebut setelah kembali berkhidmat.
BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 21
MyPPSM 19) Tempoh CTG mengikut pasangan yang diluluskan tidak akan diambil kira
CERAIAN SR.5.1.4 untuk tujuan perkiraan faedah persaraan sebagaimana yang
diperuntukkan di bawah undang - undang pencen yang berkuat kuasa. Walau
bagaimanapun, tempoh perkhidmatan sebelum dan selepas CTG mengikut
pasangan berkenaan adalah dianggap bersambung dan boleh diagregatkan
untuk tujuan perkiraan faedah persaraan.
MyPPSM 20) Merekodkan kelulusan CTG mengikut pasangan dalam Buku Perkhidmatan
CERAIAN SR.5.1.4
dan Kenyataan Cuti
TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN
Semakan : Ketua Pentadbiran FPJB / Kerani Cuti FPJB
Pertama : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Semakan : Ketua FPJB
Kedua
Perakuan
Kelulusan : Kuasa Tertentu
RUJUKAN : Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN SR.5.1.4
BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 22
JENIS : KEMUDAHAN MEMBAWA KE HADAPAN CUTI YANG TIDAK DAPAT
TUJUAN DIAMBIL
: Kemudahan membawa ke hadapan cuti yang tidak dapat diambil bagi
pegawai Perkhidmatan Awam
SYARAT :
MyPPSM 1) Pegawai Perkhidmatan Awam yang tidak dapat mengambil cuti rehatnya
kerana kepentingan perkhidmatan dibenarkan mengumpul baki cuti
CERAIAN SR.5.1.6 rehatnya yang ia berkelayakan dalam tempoh dua tahun perkhidmatan, ke
& tahun ketiga. Cuti tahun pertama yang tidak dihabiskan dalam tahun ketiga
akan luput pada akhir tahun ketiga.
Perintah Am 11
Bab C
2)Perintah Am 12 (a) Kuasa Tertentu boleh membenarkan pegawai-pegawai mengumpul cuti
Bab C rehat tidak melebihi jumlah cuti rehat yang boleh didapatinya bagi tiga tahun
berturut-turut untuk tujuan perjalanan ke seberang laut yang diluluskan.
3)Perintah Am 12 (b) Jumlah cuti yang boleh diluluskan hendaklah jangan lebih daripada jumlah
Bab C cuti yang diperlukan bagi tujuan perjalanan tersebut.
Pengumpulan luar biasa cuti rehat ini boleh dimulakan dengan mengambil
kira cuti rehat yang pegawai itu berkelayakan pada tarikh ia membuat
permohonan tersebut tetapi cuti-cuti rehat yang telah luput dahulunya
tidaklah boleh diambil kira lagi.
4)Perintah Am 12 (c) Cuti rehat yang telah dikumpulkan ini tidak boleh diambil sehingga
Bab C menjelang tahun akhir pengumpulan cuti tersebut dan akan luput jika tidak
diambil sebelum akhir tahun itu juga.
TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN
Semakan : Ketua Pentadbiran FPJB / Kerani Cuti FPJB
Pertama : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Semakan : Ketua FPJB
Kedua
Perakuan
Kelulusan : Kuasa Tertentu
RUJUKAN : Perintah Am 11 Bab C
: Perintah Am 12 (a) – (c) Bab C
: Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN SR.5.1.6
BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 23
CONTOH KAEDAH CUTI LUPUT
Jawatan : Pegawai Tadbir Gred N41
Tarikh Dilantik : 1.2.2009
Kelayakan CRT : 25 Hari
Tahun Cuti Cuti Jumlah Jumlah Baki Cuti Cuti Bawa Ke GCR
2009 Tahun Layak Cuti Cuti [C-D] Hadapan
Lepas Layak Cuti
(B) [A+B] Diambil (E) (F) Luput
(A) 23 20 20
(C) (D) (G)
23 3
Cuti Tahun Cuti Tahun T.09 T.10 T.09 T.10
Pertama Kedua
2010 2010 T.09 T.10
2009
25 14 + 25 14 + 13
20 6 39 12
45 27
2011 T.09 T.10 T.09 T.10 T.11 T.10 T.11 T.09
14 + 13 T.09 6 + 13 + 25 13 + 13 6
27 8 44
25 52 26 12
Cuti tahun pertama (Tahun 2009) 6 hari daripada Cuti tahun
perlu digunakan terlebih dahulu pertama (Tahun 2009) akan luput
sebelum menggunakan cuti pada pada akhir tahun ketiga (Tahun
tahun semasa. 2011)
Pegawai boleh memilih jumlah cuti
untuk GCR dari baki cuti rehat
tahun semasa tertakluk kepada 15
hari atau ½ dari kelayakan CRT
pada tahun semasa, dan baki cuti
yang selebihnya dibawa ke tahun
hadapan
BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 24
JENIS : KEMUDAHAN CUTI REHAT/CUTI REHAT KHAS SELEPAS BERKURSUS
TUJUAN LEBIH 12 BULAN
: Membolehkan pegawai berehat dan menguruskan perkara-perkara yang
berkaitan selepas berkursus
SYARAT : Melibatkan pegawai yang menamatkan kursus/pengajian yang melebihi
1)MyPPSM 12 bulan.
CERAIAN SR.5.1.7
2)MyPPSM Pegawai Perkhidmatan Awam yang mengikuti kursus lebih 12 bulan akan
CERAIAN SR.5.1.7 dianggap telah menghabiskan semua Cuti Rehat/Cuti Rehat Khas.
3)MyPPSM Mempunyai baki Cuti Rehat/Cuti Rehat Khas sebelum pergi berkursus.
CERAIAN SR.5.1.7
MyPPSM 4) Tertakluk kepada bilangan baki Cuti Rehat/Cuti Rehat Khas sebelum
CERAIAN SR.5.1.7 pergi berkursus terhad kepada maksimum tujuh (7) hari (tidak termasuk
hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am).
&
Perintah Am 38
Bab C
5)MyPPSM Boleh diambil dalam tempoh yang munasabah tertakluk kepada kelulusan
CERAIAN SR.5.1.7 Kuasa Tertentu.
Perintah Am 38 6) Kuasa Tertentu boleh meluluskan cuti rehat tidak melebihi 14 hari kepada
Bab C
pegawai-pegawai yang baru menamatkan kursus latihan atau pengajian yang
memakan masa lebih daripada 12 bulan. Cuti rehat ini hendaklah ditolak dari
cuti rehat yang ia akan berkelayakan mendapat setelah berkhidmat semula.
7) Pegawai perlu melapor diri terlebih dahulu selepas tamat berkursus lebih
12 bulan sebelum menggunakan kemudahan cuti ini.
8) Perlu digunakan selama tujuh (7) hari berturut-turut (tertakluk kepada
baki Cuti Rehat/ Cuti Rehat Khas sebelum pergi berkursus)
TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN
Semakan : Ketua Pentadbiran FPJB / Kerani Cuti FPJB
Pertama : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Semakan : Ketua FPJB
Kedua
Kelulusan
RUJUKAN : Perintah Am 38 Bab C
: Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN SR.5.1.7
BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 25
BAHAGIAN II
CUTI ATAS URUSAN PERIBADI, KELUARGA
DAN KECEMASAN
KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD BAGI URUSAN KEMATIAN AHLI KELUARGA
TERDEKAT
KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK
KEMUDAHAN CUTI UNTUK MENGAMBIL PEPERIKSAAN
KEMUDAHAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG DISAPINA UNTUK
HADIR KE MAHKAMAH DI LUAR STESEN
KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD KURSUS SAMBILAN KEPADA PEGAWAI YANG
MENGIKUTI PENGAJIAN SECARA SAMBILAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
DALAM NEGARA
JENIS : KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD BAGI URUSAN KEMATIAN AHLI
KELUARGA TERDEKAT
TUJUAN : Untuk menziarahi jenazah dan membantu urusan berkaitan dengan
SYARAT kematian ahli keluarga terdekat.
:
MyPPSM 1) Kemudahan ini diberikan selama tiga (3) hari berturut-turut sebagai Cuti
CERAIAN SR.5.2.1
Tanpa Rekod kepada pegawai Perkhidmatan Awam untuk membuat apa-apa
urusan pengebumian jenazah ahli keluarga terdekat itu dan untuk membantu
waris-waris jenazah tersebut untuk urusan-urusan lain yang berkaitan;
MyPPSM 2) Bagi maksud kemudahan yang diperuntukkan untuk urusan kematian ibu
CERAIAN SR.5.2.1
mentua atau bapa mentua, kemudahan ini adalah terhad bagi seorang ibu
mentua dan seorang bapa mentua sahaja sepanjang tempoh
perkhidmatan;
3)MyPPSM Cuti Tanpa Rekod ini hendaklah:
CERAIAN SR.5.2.1 a) bermula pada tarikh kematian ahli keluarga terdekat atau pada
hari berikutnya jika ahli keluarga berkenaan meninggal dunia
selepas waktu pejabat; dan
b) meliputi hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari
kelepasan am. Masa selepas waktu pejabat juga terpakai bagi hari
rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.
MyPPSM 4) Kemudahan ini adalah tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan dan
CERAIAN SR.5.2.1
Ketua FPJB boleh memanggil balik pegawai jika ketiadaan pegawai di
tempat kerja boleh memudaratkan kepentingan awam;
MyPPSM 5) Permohonan Cuti Tanpa Rekod ini hendaklah dikemukakan kepada Ketua
CERAIAN SR.5.2.1
FPJB berserta salinan dokumen pengesahan kematian ahli keluarga terdekat
apabila pegawai kembali bertugas dan hendaklah dicatatkan dalam Buku
Perkhidmatan pegawai;
MyPPSM 6) Ketua FPJB adalah diwajibkan untuk membenarkan/mengarahkan BDR
kepada pegawai yang kematian suami atau isteri sebaik sahaja tempoh
CERAIAN SR.4.1.2 tiga (3) hari Cuti Tanpa Rekod bagi Urusan Kematian Keluarga Terdekat telah
digunakan.
Tempoh pemberian BDR ini hendaklah yang bersesuaian dan tidak
melebihi tempoh dua (2) minggu termasuk Hari Kelepasan Mingguan, Hari
Rehat Mingguan dan Hari Kelepasan Am tertakluk pertimbangan Ketua FPJB.
BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 26
TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN
Semakan : Ketua Pentadbiran FPJB / Kerani Cuti FPJB
Perakuan : Pegawai Peraku Cuti
Kelulusan : Ketua FPJB
RUJUKAN : Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN SR.5.2.1
: Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN SR.4.1.2
: Surat Edaran JPA.(S).800-1/1/7(3) bertarikh 5 September 2022
BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 27
JENIS : KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK
TUJUAN : Memberi peluang penyusuan dan penjagaan bayi oleh seseorang ibu selepas
SYARAT bersalin.
:
MyPPSM 1) Terdapat dua (2) jenis kemudahan Cuti Menjaga Anak iaitu:
CERAIAN SR.5.2.2
i. Cuti Menjaga Anak yang bersambung daripada Cuti Bersalin; dan
ii. Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin.
MyPPSM 2) Kelayakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang bersambung daripada Cuti
CERAIAN SR.5.2.2
Bersalin adalah seperti yang berikut:
i. terhad kepada pegawai Perkhidmatan Awam wanita yang bersalin;
dan
ii. tempoh keseluruhan kemudahan Cuti Menjaga Anak termasuk Cuti
Menjaga Anak yang tidak terikat dengan tempoh Cuti Bersalin terhad
sehingga lima (5) tahun sepanjang tempoh perkhidmatan.
MyPPSM 3) Kelayakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti
CERAIAN SR.5.2.2
Bersalin adalah seperti yang berikut:
i. melibatkan pegawai Perkhidmatan Awam wanita yang mempunyai:
a) anak kandung;
b) anak tiri tanggungan;
c) anak angkat de facto;
d) anak angkat; dan
e) anak pelihara
ii. tempoh dibenarkan terhad sehingga satu (1) tahun sepanjang
tempoh perkhidmatan atau sehingga anak mencapai umur lima
(5) tahun, mengikut mana yang terdahulu; dan
iii. tempoh di perenggan 3 (ii) dikira sebagai sebahagian daripada
tempoh lima (5) tahun yang diperuntukkan di perenggan 2 (ii) di atas.
MyPPSM 4) Syarat-syarat Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Bersambung
CERAIAN SR.5.2.2 Daripada Cuti Bersalin:
Pegawai wanita yang melahirkan anak boleh dipertimbangkan
kemudahan Cuti Menjaga Anak yang bersambung daripada Cuti Bersalin
oleh Ketua Tertentu terhad sehingga lima (5) tahun sepanjang tempoh
perkhidmatan berdasarkan syarat-syarat seperti yang berikut:
i. tempoh kemudahan Cuti Menjaga Anak akan bermula pada tarikh
selepas tamat tempoh Cuti Bersalin bagi pegawai yang mempunyai
baki kemudahan Cuti Bersalin bergaji penuh;
ii. tempoh kemudahan Cuti Menjaga Anak akan bermula pada tarikh
pegawai melahirkan anak bagi pegawai yang telah menggunakan
sepenuhnya 360 hari kelayakan kemudahan Cuti Bersalin;
BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 28
iii. kemudahan Cuti Menjaga Anak boleh diambil sama ada secara sekali
gus sehingga lima (5) tahun atau sebahagian daripadanya;
iv. pegawai yang telah menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak
sepenuhnya sehingga lima (5) tahun, tidak lagi layak sebarang
kemudahan Cuti Menjaga Anak;
v. pegawai yang telah menggunakan sebahagian kemudahan Cuti
Menjaga Anak daripada lima (5) tahun bagi satu kelahiran, boleh
menggunakan baki Cuti Menjaga Anak bagi kelahiran anak yang
seterusnya atau kemudahan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat
dengan Cuti Bersalin; dan
vi. pegawai yang telah diluluskan kemudahan Cuti Menjaga Anak di
bawah Pekeliling Perkhidmatan Kemudahan Cuti Menjaga Anak yang
terdahulu, hendaklah ditolak daripada jumlah kelayakan;
MyPPSM 5) Syarat-syarat Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Tidak Terikat
Dengan Cuti Bersalin:
CERAIAN SR.5.2.2 Penggunaan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin
dilaksanakan berdasarkan syarat-syarat seperti yang berikut:
i. pegawai layak menggunakan kedua-dua kemudahan Cuti Menjaga
Anak yang bersambung daripada Cuti Bersalin dan Cuti Menjaga Anak
yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin;
ii. pegawai boleh mengambil Cuti Menjaga Anak sama ada secara sekali
gus atau sebahagian terhad sehingga satu (1) tahun sepanjang
tempoh perkhidmatan atau sehingga anak mencapai umur lima (5)
tahun, mengikut mana yang terdahulu;
iii. pegawai yang telah menggunakan sebahagian kemudahan Cuti
Menjaga Anak daripada satu (1) tahun, layak mendapat baki
kemudahan Cuti Menjaga Anak yang belum digunakan; dan
iv. pegawai yang telah menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak
secara sekali gus, tidak layak menggunakan kemudahan Cuti
Menjaga Anak bagi anak yang seterusnya.
MyPPSM 6) Syarat Umum:
CERAIAN SR.5.2.2
Kemudahan Cuti Menjaga Anak yang bersambung daripada Cuti Bersalin dan
Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin dilaksanakan
berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:
i. kelayakan kemudahan Cuti Menjaga Anak tidak tertakluk kepada
tempoh perkhidmatan yang melayakkan dan pegawai tidak perlu
BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 29
menghabiskan semua Cuti Rehat yang berkelayakan sebelum
menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak;
ii. kemudahan Cuti Menjaga Anak ini tidak menjejaskan kelayakan
pegawai bagi kemudahan Cuti Separuh Gaji di bawah peruntukan
Perintah Am 13 serta Cuti Tanpa Gaji di bawah peruntukan Perintah
Am 14.
iii. penggunaan kemudahan Cuti Menjaga Anak semasa pegawai
berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan
Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun atau Pihak Berkuasa
Tempatan hendaklah diambil kira bagi maksud kelayakan
kemudahan ini;
iv. pegawai yang menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak melebihi
180 hari dalam satu (1) tahun kalendar layak dipertimbangkan
pergerakan gaji secara isyarat, tertakluk kepada maksimum
sebanyak tiga (3) kali pergerakan gaji secara isyarat bagi sepanjang
tempoh perkhidmatan;
v. dalam tempoh Cuti Menjaga Anak, pegawai masih merupakan
pegawai awam yang tertakluk kepada semua peraturan yang
berkuat kuasa.
vi. bagi pegawai dalam tempoh percubaan dan telah diluluskan
kemudahan Cuti Menjaga Anak, tempoh percubaannya dibekukan
dan akan disambung semula mulai tarikh pegawai melapor diri
bertugas. Walau bagaimanapun, pegawai boleh dikehendaki
mengikuti kursus atau peperiksaan perkhidmatan yang disyaratkan
bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan;
vii. tempoh Cuti Menjaga Anak merupakan tempoh perkhidmatan yang
tidak diambil kira bagi tujuan pengiraan faedah persaraan; dan
viii. tempoh Cuti Menjaga Anak yang diambil kira adalah termasuk hari
rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.
BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 30
MyPPSM 7) Tatacara Permohonan:
CERAIAN SR.5.2.2
Permohonan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang bersambung daripada Cuti
Bersalin atau Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin
adalah dilaksanakan mengikut tatacara yang berikut:
i. permohonan untuk menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang
bersambung daripada Cuti Bersalin hendaklah dikemukakan kepada
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar 30 hari
sebelum tamat tempoh Cuti Bersalin;
ii. permohonan untuk menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang
tidak terikat dengan Cuti Bersalin hendaklah dikemukakan kepada
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar selewat-
lewatnya 30 hari sebelum tarikh kuat kuasa Cuti Menjaga Anak;
iii. permohonan untuk meminda tempoh Cuti Menjaga Anak yang telah
diluluskan hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan
Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar 30 hari sebelum tamat tempoh
Cuti Menjaga Anak yang berkuat kuasa. Bagi Cuti Menjaga Anak yang
bersambung daripada Cuti Bersalin tertakluk kepada syarat tempoh
yang hendak dipohon tidak terputus daripada tempoh yang telah
diluluskan;
iv. pegawai dikehendaki melapor diri bertugas sebaik sahaja tamat tempoh
Cuti Menjaga Anak atau apabila hubungan antara pegawai dan anak di
perenggan 3 (i) terputus atas sebab kematian anak atau lucut hak
penjagaan.
MyPPSM 8) Ketua FPJB boleh mengarahkan pegawai kembali melaporkan diri bertugas
CERAIAN SR.5.2.2
sekiranya wujud keperluan mendesak untuk mendapatkan perkhidmatan
pegawai yang sedang bercuti dan pegawai dikehendaki mematuhinya;
MyPPSM 9) merekodkan kelulusan Cuti Menjaga Anak dan termasuk merekodkan
CERAIAN SR.5.2.2
pindaan kepada tempoh Cuti Menjaga Anak yang dipendekkan dan tarikh
pegawai kembali bertugas, dalam Buku Perkhidmatan pegawai;
MyPPSM 10) Pemendekan Tempoh Cuti Menjaga Anak
CERAIAN SR.5.2.2
(i) pegawai boleh, pada bila-bila masa dalam tempoh Cuti Menjaga Anak
yang sedang berkuat kuasa, memohon untuk memendekkan tempoh
Cuti Menjaga Anak dan menimbangkan suatu tarikh untuk pegawai
kembali bertugas;
BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 31
(ii) pegawai hendaklah mengemukakan permohonan sekurang-
kurangnya 30 hari sebelum tarikh kembali bertugas yang dipohon;
dan
(iii) Ketua FPJB boleh membenarkan pegawai kembali bertugas pada
tarikh yang dipohon atau pada mana-mana tarikh, bergantung kepada
kekosongan jawatan yang telah ditinggalkan oleh pegawai itu untuk
bercuti menjaga anak.
TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN
Semakan : Ketua Pentadbiran FPJB / Kerani Cuti FPJB
Pertama : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Semakan : Ketua FPJB
Kedua
Perakuan
Kelulusan : Kuasa Tertentu
RUJUKAN : Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN SR.5.2.2
RINGKASAN JENIS CUTI MENJAGA ANAK (CMA)
JENIS CMA BERSAMBUNG DARIPADA CMA TIDAK TERIKAT DENGAN CUTI
SYARAT CUTI BERSALIN BERSALIN
KADAR
Pegawai wanita yang bersalin Pegawai wanita yang mempunyai:
(Anak kandung)
a) anak kandung;
b) anak tiri tanggungan;
c) anak angkat de facto;
d) anak angkat; dan
e) anak pelihara
1,825 hari 365 hari atau sehingga anak
(Selepas tamat tempoh cuti bersalin mencapai umur 5 tahun, mengikut
atau pada tarikh pegawai melahirkan mana yang terdahulu
anak)
BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 32
PELAKSANAAN CUTI MENJAGA ANAK (CMA) TERPUTUS DARIPADA CUTI BERSALIN
Contoh: Kelahiran anak 1
Cuti Bersalin CMA kali pertama Mula bekerja CMA kali kedua
60 – 90 hari CMA selepas tamat Cuti semula selama 9
(mengikut *maks 365 hari
kelulusan) Bersalin bulan @ anak berumur
Selama 1,095 hari 5 tahun
CMA bersambung CMA tidak terikat
daripada Cuti Bersalin dengan Cuti Bersalin
Catatan:
i) Tidak layak baki CMA 730 hari (1825-1095 hari) kerana telah terputus daripada Cuti Bersalin/
dari CMA yang pertama.
ii) Baki CMA bersambung daripada Cuti Bersalin 730 hari boleh digunakan untuk kelahiran
seterusnya.
BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 33
JENIS : KEMUDAHAN CUTI UNTUK MENGAMBIL PEPERIKSAAN
TUJUAN : Untuk memberi peluang kepada pegawai membaiki peluang hidup dengan
SYARAT mengambil peperiksaan yang dianggap oleh Ketua FPJB boleh membantu
pegawai berkenaan.
:
1)MyPPSM Kemudahan cuti untuk mengambil peperiksaan diberikan untuk
CERAIAN SR.5.2.3 membolehkan seseorang pegawai menduduki sebarang peperiksaan bagi
membaiki peluang hidup di masa hadapan. Cuti untuk menduduki
peperiksaan diberi pada hari peperiksaan.
MyPPSM 2) Hendaklah merekodkan kelulusan Cuti Untuk Menduduki Peperiksaan
CERAIAN SR.5.2.3
dalam Buku Perkhidmatan pegawai.
Perintah Am 44 3) Ketua FPJB boleh meluluskan cuti tidak berekod atas budicaranya sendiri
Bab C
untuk membolehkan seseorang pegawai di bawah jagaannya memasuki
sebarang peperiksaan yang dianggap oleh Ketua FPJB boleh membaiki
peluang hidup pegawai yang berkenaan.
TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN
Semakan : Ketua Pentadbiran FPJB / Kerani Cuti FPJB
Perakuan : Pegawai Peraku Cuti
Kelulusan : Ketua FPJB
RUJUKAN : Perintah Am 44 Bab C
: Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN SR.5.2.3
BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 34
JENIS : KEMUDAHAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG DISAPINA
UNTUK HADIR KE MAHKAMAH DI LUAR STESEN
TUJUAN : Membolehkan pegawai hadir ke mahkamah sebagai saksi di pihak bukan
SYARAT kerajaan atau memberi keterangan pakar
:
MyPPSM 1) Kemudahan cuti tanpa rekod diberikan kepada pegawai Perkhidmatan
CERAIAN SR.5.2.4
Awam yang disapina untuk hadir ke mahkamah di luar stesen sebagai
saksi pihak bukan Kerajaan.
MyPPSM 2) Kemudahan ini diperuntukkan bagi hari-hari yang diperlukan untuk
CERAIAN SR.5.2.4
hadir di mahkamah dengan tambahan sehari sebelum dan sehari selepas
bagi maksud perjalanan sekiranya diperlukan.
TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN
Semakan : Ketua Pentadbiran FPJB / Kerani Cuti FPJB
Perakuan : Pegawai Peraku Cuti
Kelulusan : Ketua FPJB
RUJUKAN : Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN SR.5.2.4
DISAPINA SEBAGAI SAKSI BAGI PIHAK KELAYAKAN
Kerajaan Bertugas Rasmi
Bukan Kerajaan
Mahkamah dalam Stesen
- Pelepasan meninggalkan pejabat
Mahkamah Luar Stesen
- Cuti Tanpa Rekod untuk hadir di
Mahkahmah
BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 35
JENIS : KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD KURSUS SAMBILAN KEPADA
PEGAWAI YANG MENGIKUTI PENGAJIAN SECARA SAMBILAN DI
INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DALAM NEGARA
TUJUAN : Sebagai galakan kepada pegawai agar dapat melengkapkan diri dengan
SYARAT pengetahuan yang lebih tinggi sejajar dengan keperluan mewujudkan
pekerja berasaskan pengetahuan.
:
MyPPSM 1) Pegawai boleh dipertimbangkan kemudahan cuti tanpa rekod tertakluk
CERAIAN SR.5.2.5
kepada garis panduan seperti berikut:
(i) tempoh cuti tanpa rekod yang boleh diluluskan oleh Kuasa Tertentu
adalah mengikut tempoh sebenar kursus intensif dengan syarat
ianya tidak melebihi 30 hari dalam satu tahun pengajian;
(ii) tempoh maksimum cuti tanpa rekod bagi setiap permohonan boleh
dihadkan bagi memastikan tugas hakiki pegawai tidak terganggu;
(iii) sekiranya pegawai telah mengambil tempoh maksimum cuti tanpa
rekod dan masih memerlukan cuti tambahan, pegawai perlulah
menggunakan baki cuti rehat yang masih ada ataupun memohon
Cuti Tanpa Gaji bagi menampung perbezaan tempoh tersebut;
(iv) sekiranya kursus intensif jatuh pada hari cuti umum, maka pegawai
tidak boleh menuntut cuti tanpa rekod sebagai gantian pada hari
tersebut; dan
(v) kemudahan cuti tanpa rekod ini tidak meliputi hari perjalanan pergi
dan balik.
MyPPSM 2) Kuasa Tertentu boleh mempertimbangkan pemberian cuti tanpa rekod ini
CERAIAN SR.5.2.5
tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(i) pegawai telah disahkan dalam perkhidmatan;
(ii) pegawai telah terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis
daripada Ketua FPJB untuk mengikuti kursus secara sambilan;
(iii) kursus yang diikuti adalah di peringkat Diploma, Ijazah Pertama,
Diploma Lanjutan, Sarjana dan Kedoktoran (Ph.D);
(iv) kursus yang diikuti adalah kursus yang telah diiktiraf oleh Kerajaan
Malaysia;
BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 36
(v) pegawai layak diberi kemudahan cuti tanpa rekod untuk mengikuti
kursus sambilan maksimum dua (2) kali pengajian sepanjang
tempoh perkhidmatan;
(vi) bilangan cuti tanpa rekod yang diambil dan diluluskan perlu direkod
di ruang Maklumat Perkhidmatan dan Maklumat Cuti di dalam Buku
Perkhidmatan Pegawai;
(vii) kemudahan yang diberikan ini bukan satu hak mutlak pegawai dan
ianya tertakluk kepada kelulusan Kuasa Tertentu; dan
(viii) kemudahan cuti tanpa rekod ini tidak boleh dibawa ke tahun
hadapan, sekiranya pegawai tidak menggunakan kemudahan ini
pada tahun semasa.
MyPPSM 3) Kursus intensif adalah meliputi modul-modul yang mewajibkan pegawai
CERAIAN SR.5.2.5
mengikutinya secara sepenuh masa seperti berikut:
(i) kuliah;
(ii) tutorial;
(iii) seminar/bengkel/kolokium; dan
(iv) latihan amal/latihan industri yang kurang daripada 30 hari.
TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN
Semakan : Ketua Pentadbiran FPJB / Kerani Cuti FPJB
Pertama : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Semakan : Ketua FPJB
Kedua
Perakuan
Kelulusan : Kuasa Tertentu
RUJUKAN : Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN SR.5.2.5
BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 37
BAHAGIAN III
CUTI ATAS SEBAB KEAGAMAAN DAN
KEBUDAYAAN
KEMUDAHAN CUTI HAJI
KEMUDAHAN CUTI UMRAH
KEMUDAHAN CUTI KEAGAMAAN
KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD SEMPENA PESTA KAAMATAN DAN
HARI GAWAI
KEMUDAHAN KELAYAKAN CUTI TANPA REKOD PERAYAAN VAISAKHI
KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD SEMPENA PERAYAAN HARI DEEPAVALI BAGI
PEGAWAI PERKHIGMATAN AWAM YANG MENGANUT AGAMA HINDU
KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD SEMPENA PERAYAAN GOOD FRIDAY BAGI
PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG MENGANUT AGAMA HINDU
KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD SEMPENA TAHUN BARU SIAM (SONGKRAN)
BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG BERKETURUNAN SIAM
JENIS : KEMUDAHAN CUTI HAJI
Membolehkan pegawai mengerjakan fardhu Haji.
TUJUAN :
Kemudahan Cuti Haji dalam Perintah Am 34 dan 35 Bab C adalah dikekalkan
SYARAT : dengan pindaan berikut:
MyPPSM CERAIAN 1)
SR.5.3.1 &
Perintah Am 34
Bab C
(i) Cuti Haji boleh diluluskan kepada pegawai beragama Islam yang
berjawatan tetap dan telah disahkan dalam jawatan;
(ii) Cuti Haji bergaji penuh maksimum 40 hari, termasuk cuti rehat
mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.
Sekiranya pegawai memerlukan tempoh melebihi 40 hari atas sebab
sebab tertentu maka pegawai boleh memohon untuk menggunakan
kemudahan cuti rehat atau cuti tanpa gaji, yang mana berkaitan,
tertakluk kepada kelayakan pegawai;
(iii) Cuti Haji hanya boleh diluluskan sekali sahaja dalam tempoh
perkhidmatan; dan
(iv) Kemudahan ini juga dipanjangkan kepada pegawai berjawatan
sementara yang telah berkhidmat tidak kurang daripada enam
(6) tahun secara berterusan.
2)Perintah Am 35 (a) Cuti Haji boleh diluluskan sekali sahaja di dalam tempoh perkhidmatan
Bab C seseorang pegawai dan tertakluk kepada syarat bahawa pegawai itu telah
berkhidmat tidak kurang daripada 4 tahun dan telah disahkan dalam
jawatannya.
SPP 4/2009 3) Cuti Haji tidak diambil kira sebagai tempoh perkhidmatan yang
melayakkan bagi tujuan pengiraan kelayakan Cuti Rehat tahunan, Cuti
Rehat Khas atau cuti-cuti lain yang diberi berdasarkan tempoh
perkhidmatan yang melayakkan.
4) Permohonan kemudahan Cuti Haji bagi pegawai berjawatan Tetap
Percubaan adalah seperti berikut:
(i) Bagi pegawai berjawatan tetap percubaan adalah tidak
berkelayakan untuk menggunakan kemudahan Cuti Haji kerana
belum disahkan dalam perkhidmatan. Walau bagaimanapun
dengan mengambil maklum bahawa peluang untuk mengerjakan
haji merupakan peluang yang perlu dimanfaatkan sebaiknya,
maka pegawai boleh memohon Kemudahan Cuti Haji kepada
BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 38
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia untuk dimajukan kepada
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
(ii) Namun begitu, kelulusan menggunakan kemudahan Cuti Haji
adalah tertakluk kepada syarat-syarat serta peraturan-peraturan
dan pertimbangan daripada JPA.
(iii) Kelulusan Cuti Haji ini direkodkan di dalam Buku Perkhidmatan
pegawai.
MyPPSM 5) Kemudahan Cuti Haji bagi pegawai berjawatan Kontrak (Contract of
CERAIAN UP.1.1.8
Service) adalah seperti berikut:
(i) Pegawai yang telah berkhidmat secara kontrak tidak kurang
empat (4) tahun boleh diluluskan Cuti Haji bergaji penuh
tidak lebih 40 hari sepanjang tempoh perkhidmatan Kerajaan.
Bagi pesara yang dilantik kontrak, syarat tempoh perkhidmatan
empat (4) tahun ini tidak terpakai sekiranya mereka belum pernah
menggunakan kemudahan ini sebelum bersara.
MyPPSM 6) Cuti Tanpa Gaji Untuk Mengerjakan Haji Bagi Pegawai Lantikan
CERAIAN UP.1.1.8
Kontrak (Contract of Service)
(i) Pegawai lantikan secara kontrak yang tidak layak kemudahan Cuti
Haji bergaji penuh boleh dipertimbangkan Cuti Tanpa Gaji tidak
melebihi 40 hari untuk tujuan mengerjakan haji dengan syarat
pegawai telah berkhidmat sekurang- kurangnya tiga (3) tahun. Cuti
Tanpa Gaji atas sebab yang lain tidak dibenarkan.
TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN
Semakan : Ketua Pentadbiran FPJB / Kerani Cuti FPJB
Pertama : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Semakan : Ketua FPJB
Kedua
Perakuan
Kelulusan : Kuasa Tertentu
RUJUKAN : Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN SR.5.3.1
: Perintah Am 34 dan 35 (a) Bab C
: Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2009
: Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN UP.1.1.8
BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 39
SIMULASI KEMUDAHAN CUTI HAJI YANG MENGURANGKAN KELAYAKAN CUTI REHAT
Tempoh menunaikan Haji : 21.06.2022 – 02.08.2022 (43 hari)
Tempoh kelayakan Cuti Haji : 21.06.2022 – 30.07.2022 (40 hari)
Kelayakan Cuti Rehat Tahunan : 30 hari
Kelayakan Cuti Rehat Tahunan bagi tahun 2022 :
:. 365 hari – 40 hari = 325 hari
:. 325 hari / 365 hari x 30 hari = 27 hari
BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 40
JENIS : KEMUDAHAN CUTI UMRAH
Membolehkan pegawai mengerjakan ibadah umrah.
TUJUAN :
Pelaksanaan kemudahan Cuti Umrah adalah seperti yang berikut:
SYARAT : (i) Bagi maksud menunaikan ibadah umrah di tanah suci Mekah dan
MyPPSM 1) ziarah di Madinah;
CERAIAN SR.5.3.2
(ii) Diperuntukkan kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang beragama
Islam dan bertaraf tetap;
(iii) Tertakluk kepada maksimum tujuh (7) hari;
(iv) Tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan
hari kelepasan am;
(v) Perkiraan tujuh (7) hari bagi maksud ibadah umrah bermula dari
tarikh penerbangan sebenar menunaikan ibadah umrah di tanah
suci Mekah dan ziarah di Madinah. Sekiranya tarikh penerbangan
bermula pada hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari
kelepasan am, maka perkiraan tujuh (7) hari akan bermula pada hari
bekerja berikutnya;
(vi) Sekiranya pegawai memerlukan tempoh melebihi tujuh (7) hari atas
sebab-sebab tertentu, maka pegawai boleh memohon untuk
menggunakan kemudahan Cuti Rehat, Cuti Rehat Khas atau Cuti
Tanpa Gaji atas urusan persendirian, tertakluk pada kelayakan cuti
pegawai;
(vii) Diberikan sekali sahaja (one-off) sepanjang tempoh perkhidmatan,
yang meliputi perkhidmatan di bawah semua Pihak Berkuasa
Melantik. Sekiranya tempoh Cuti Umrah yang digunakan adalah
kurang daripada tujuh (7) hari, baki cuti yang tidak digunakan tidak
boleh dibawa ke hadapan;
Permohonan Cuti Umrah hendaklah disertakan dengan dokumen
perjalanan bagi kelulusan Kuasa Tertentu.
Penggunaan kemudahan Cuti Umrah hendaklah direkodkan dalam
Buku Perkhidmatan pegawai.
Semakan : Ketua Pentadbiran FPJB / Kerani Cuti FPJB
Pertama
Semakan : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kedua : Ketua FPJB
Perakuan : Kuasa Tertentu
Kelulusan
RUJUKAN : Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN SR.5.3.2
BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 41