The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku yang dilihat sangat relevan untuk mempertingkatkan kualiti pentadbiran dan pengurusan kemudahan cuti yang diperuntukkan kepada semua Staf UPNM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ffarihafairy, 2023-01-25 21:08:50

BUKU PANDUAN KEMUDAHAN CUTI UPNM TAHUN 2022

Buku yang dilihat sangat relevan untuk mempertingkatkan kualiti pentadbiran dan pengurusan kemudahan cuti yang diperuntukkan kepada semua Staf UPNM

Keywords: CUTI

BUKU PANDUAN KEMUDAHAN CUTI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA


KATA ALU-ALUAN PENDAFTAR UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Bagi pihak Pengurusan Universiti, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Unit Perkhidmatan dan Saraan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia kerana berjaya menghasilkan BUKU PANDUAN CUTI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA untuk kegunaan dan rujukan semua staf UPNM. Terima kasih juga kerana memberi kesempatan kepada saya untuk mengungkapkan sepatah dua kata di dalam buku ini. Secara umumnya, penghasilan buku panduan ini bertujuan memaklumkan dan menyampaikan jenis, syarat, dan kadar kelayakan kemudahan cuti bagi semua staf yang berkhidmat di UPNM. Penghasilan buku panduan ini dilihat sangat relevan untuk mempertingkatkan kualiti pentadbiran dan pengurusan kemudahan cuti yang diperuntukkan kepada semua staf UPNM. Dengan maklumat yang lebih jelas, buku panduan ini diharap akan dapat menambahbaik penyampaian maklumat kepada bahagian pentadbiran di Fakulti/Pusat/Jabatan/Bahagian (FPJB) masing-masing. Selain itu, saya amat berkeyakinan bahawa buku panduan ini juga dapat mengurangkan masalah dalam proses pelaksanaan dan seterusnya meningkatkan kecekapan dalam urusan pemberian kemudahan cuti. Akhir kata, saya menyeru kepada bahagian pentadbiran FPJB untuk sama-sama membantu BPSM meneruskan usaha gigih dalam menyampaikan maklumat mengenai kemudahan cuti kepada semua staf UPNM bagi menyokong harapan Universiti untuk mentadbir dan menguruskan perkhidmatan semua staf UPNM dengan lebih tertib dan teratur. Sekian, terima kasih. “WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030” “KEWAJIPAN, MARUAH, INTEGRITI” FAZIELAH BINTI MOHAMAD


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | i ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 1. PENGENALAN 1 2. TAFSIRAN 2 - 4 3. PRINSIP PEMBERIAN CUTI 5 - 7 4. BAHAGIAN I: CUTI KERANA PERKHIDMATAN 4.1 Kadar Cuti Rehat Tahunan 8 – 14 4.2 Kemudahan Cuti Separuh Gaji 15 – 16 4.3 Kemudahan Cuti Tanpa Gaji 17 – 18 4.4 Cuti Tanpa Gaji Bagi Pegawai Yang Mengikut Pasangan Bertugas Atau Berkursus Di Dalam Atau Di Luar Negara 19 – 22 4.5 Kemudahan Membawa Ke Hadapan Cuti Yang Tidak Dapat Diambil 23 – 24 4.6 Kemudahan Cuti Rehat Selepas Berkursus Lebih 12 Bulan 25 5. BAHAGIAN II: CUTI ATAS URUSAN PERIBADI, KELUARGA DAN KECEMASAN 5.1 Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat 26 – 27 5.2 Kemudahan Cuti Menjaga Anak 28 – 33 5.3 Kemudahan Cuti Untuk Mengambil Peperiksaan 34 5.4 Kemudahan Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Disapina Untuk Hadir Ke Mahkamah Di Luar Stesen 35 5.5 Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Kursus Sambilan Kepada Pegawai Yang Mengikuti Pengajian Secara Sambilan Di Institusi Pengajian Tinggi Dalam Negara 36 – 37 6. BAHAGIAN III: CUTI ATAS SEBAB KEAGAMAAN DAN KEBUDAYAAN 6.1 Kemudahan Cuti Haji 38 – 40 6.2 Kemudahan Cuti Umrah 41 6.3 Kemudahan Cuti Keagamaan 42 – 43 6.4 Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Sempena Pesta Kaamatan Dan Hari Gawai 44 6.5 Kemudahan Kelayakan Cuti Tanpa Rekod Perayaan Vaisakhi 45 6.6 Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Sempena Perayaan Hari Deepavali Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Menganut Agama Hindu 46


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | ii BIL. PERKARA MUKA SURAT 6.7 Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Sempena Perayaan Good Friday Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Menganut Agama Kristian 47 6.8 Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Sempena Tahun Baru Siam (Songkran) Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Berketurunan Siam 48 7. BAHAGIAN IV: CUTI ATAS SEBAB PERUBATAN DAN PENJAGAAN ORANG SAKIT 7.1 Kemudahan Cuti Bersalin 49 – 51 7.2 Kemudahan Cuti Bersalin bagi Pegawai Lantikan Kontrak (Contract of Service) 52 – 54 7.3 Kemudahan Cuti Isteri Bersalin 55 7.4 Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Menderma Organ 56 7.5 Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan 57 – 60 7.6 Peraturan Berkaitan Penerimaan Sijil Sakit Swasta Untuk Tujuan Kemudahan Cuti Sakit 61 – 62 7.7 Kemudahan Cuti Sakit bagi Pegawai Lantikan Kontrak (Contract of Service) 63 – 65 7.8 Kemudahan Cuti Sakit Tibi, Kusta Dan Barah 66 – 67 7.9 Kemudahan Cuti Sakit Lanjutan 68 – 71 7.10 Kemudahan Cuti Sakit 72 – 76 7.11 Kemudahan Cuti Pemulihan 77 7.12 Kemudahan Cuti Kuarantin 78 7.13 Kemudahan Cuti Kecederaan 79 8. BAHAGIAN V: CUTI UNTUK URUSAN PERTUBUHAN IKHTISAS, KESATUAN DAN KEMASYARAKATAN 8.1 Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Pegawai-Pegawai Kerajaan Yang Dipilih Untuk Mengambil Bahagian Dalam Sukan-Sukan Perwakilan 80 – 81 8.2 Kemudahan Cuti Latihan Pasukan Sukarela 82 – 83 8.3 Kemudahan Cuti Menghadiri Aktiviti Pertubuhan/Persatuan 84 – 86 8.4 Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Dilantik Sebagai Jurulatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 87 8.5 Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Menyertai Musabaqah Al-Quran Di Peringkat Kebangsaan Dan Antarabangsa 88 8.6 Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Dipilih Untuk Mengambil Bahagian Dalam Lawatan Kebudayaan Di Luar Negeri 89


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | iii BIL. PERKARA MUKA SURAT 8.7 Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Melaksanakan Aktiviti Khidmat Masyarakat 90 8.8 Kemudahan Cuti Menghadiri Latihan Syarikat Kerjasama 91 8.9 Kemudahan Cuti Menghadiri Mesyuarat Persatuan Ikhtisas 92 – 94 8.10 Kemudahan Cuti Lain-Lain Kursus 95 9. BAHAGIAN VI: LAIN-LAIN CUTI 9.1 Kemudahan Cuti Gantian 96 9.2 Kemudahan Cuti Tugas Khas Perubatan 97 9.3 Peraturan Memberikan Kebenaran Tidak Hadir Kerja Atas Sebab-Musabab Kecemasan Am 98 9.4 Hal Cuti Dan Gantian Cuti Rehat (GCR) Berkaitan Staf Pertukaran Tetap (Pegawai Angkatan Tentera Malaysia Ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia) 99 – 100 10. BAHAGIAN VII: GANTIAN CUTI REHAT 10.1 Gantian Cuti Rehat (GCR) 101 – 104 10.2 Prinsip Pengumpulan Gantian Cuti Rehat dan Pembayaran Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat 105 10.3 Pengumpulan Gantian Cuti Rehat pada Tahun Akhir Perkhidmatan 106 – 108 10.4 Kesan Cuti Tanpa Gaji dan Cuti Belajar / Berkursus Kepada Kelayakan Pengumpulan Gantian Cuti Rehat 109 – 110 10.5 Kaedah Pengumpulan Cuti Rehat Sebagai Gantian Cuti Rehat 111 – 112 10.6 Percantuman Pengumpulan Gantian Cuti Rehat 113 – 114 10.7 Pemberian Awal Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat 115 – 116 10.8 Tatacara perekodan Gantian Cuti Rehat yang teratur 117 10.9 Tindakan kepada Gantian Cuti Rehat yang tidak teratur 118 11. BAHAGIAN VIII: KESAN CUTI KEPADA PERKHIDMATAN 11.1 Kesan Cuti Kepada Perkhidmatan (Jadual Perbandingan) 119 - 122 12. BAHAGIAN IX: URUSAN-URUSAN LAIN BERKAITAN CUTI 12.1 Soalan – Soalan Lazim 123 – 138 12.2 Tanggungjawab Pengemaskinian Cuti 139 – 141 13. PENUTUP 142


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 1 PENGENALAN Buku Panduan Cuti Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) ini disediakan sebagai rujukan umum dan garis panduan kepada pegawai UPNM untuk memahami jenisjenis cuti yang terdapat dalam perkhidmatan, syarat dan kelayakan cuti, proses kelulusan cuti dan rujukan perundangan berkaitan sesuatu cuti tersebut. Antara objektif penyediaan buku panduan ini adalah; a) Memberi kefahaman kepada pegawai mengenai jenis-jenis cuti dalam perkhidmatan, syarat dan kelayakan cuti; b) Memberi kefahaman kepada pegawai mengenai permohonan dan proses kelulusan permohonan cuti; c) Sebagai panduan dan rujukan umum kepada pegawai UPNM. Sumber rujukan dalam penyediaan buku panduan ini adalah; a) Perintah Am Bab C; b) Pekeliling Perkhidmatan JPA; c) Surat Pekeliling Perkhidmatan JPA; d) Surat Edaran JPA; e) Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM); dan f) Pekeliling Pejabat Pendaftar.


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 2 TAFSIRAN 1. “Adik-beradik” bermaksud beberapa orang yang mempunyai hubungan kekeluargaan kerana seayah dan seibu, atau seayah atau seibu. 2. “Ahli keluarga terdekat” bermaksud suami, isteri, ibu kandung atau ibu angkat yang sah di sisi undang-undang, bapa kandung atau bapa angkat yang sah di sisi undangundang, ibu mentua, bapa mentua, anak kandung, anak angkat yang sah di sisi undang-undang, anak angkat de facto dan anak pelihara adik-beradik, nenek dan datuk kepada pegawai. 3. “Aktiviti khidmat masyarakat” bermaksud kegiatan atau kerja-kerja kemasyarakatan yang dilaksanakan secara sukarela yang memberi manfaat kepada masyarakat dan negara; 4. “Anak Angkat” bermaksud seseorang anak yang telah dibenarkan oleh Mahkamah untuk diangkat atau diangkat semula sebagaimana yang ditafsirkan di bawah seksyen 2 Akta Pengangkatan 1952 [Akta 257]. 5. “Anak Angkat de facto” bermaksud seseorang kanak-kanak itu berada dalam jagaan, sedang dibesarkan, ditanggung dan dididik oleh pegawai sebagai anaknya di bawah sesuatu pengangkatan de facto, dan bagi suatu tempoh tidak kurang daripada dua (2) tahun yang berterusan dan sebelum sahaja dari tarikh permohonan tersebut di bawah seksyen 6, Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 [Akta 253]. 6. “Anak Kandung” bermaksud anak sendiri. 7. “Anak Pelihara” bermaksud seseorang kanak-kanak yang diberi pemeliharaan, jagaan dan kawalan kepada ibu bapa peliharaan di bawah perenggan 30(1)(e) Akta Kanak-kanak 2001 [Akta 611]. 8. “Anak Tiri Tanggungan” bermaksud anak kepada suami atau isteri hasil daripada perkahwinannya yang terdahulu yang tinggal bersama dan ditanggung nafkahnya. 9. “Bapa angkat” bermaksud bapa kepada anak angkat seperti diperuntukkan di bawah Akta 257. 10. “Bapa mentua” bermaksud bapa kepada isteri atau suami yang sah. 11. “Cuti” bermaksud sebarang tempoh seseorang pegawai itu dibenarkan meninggalkan tugasnya dan peninggalan tugas itu tidak dikira sebagai putus perkhidmatan atau berhenti kerja. 12. “Cuti Rehat” bermaksud cuti bergaji penuh yang diberi kerana perkhidmatan yang melayakkan dalam sesuatu tahun, dari bulan Januari hingga Disember di bawah Perintah Am 1 (ii) Bab C (Cuti) Tahun 1974. 13. “Cuti Sakit” bermaksud cuti bergaji penuh yang diberi kerana sebab-sebab perubatan dan dengan pengemukaan Sijil sakit dari seorang pegawai Perubatan


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 3 Kerajaan atau lain-lain doktor yang diterima dan diberi bagi sakit atau kecederaan yang ada harapan untuk sembuh. 14. “Datuk” bermaksud bapa kandung kepada ibu kandung atau bapa kandung pegawai. 15. “Ibu angkat” bermaksud ibu kepada anak angkat seperti yang diperuntukkan di bawah Akta 257. 16. “Ibu mentua” bermaksud ibu kepada isteri atau suami yang sah. 17. “Ketua FPJB” ialah bermaksud Ketua di setiap Fakulti/Pusat/Jabatan/Bahagian yang diberi kuasa memperaku/meluluskan cuti pegawai di bawah seliaan masingmasing. 18. “Ketua Pentadbiran FPJB / Kerani Cuti FPJB” bermaksud mana-mana pegawai yang diberi tanggungjawab untuk mentadbir dan menguruskan cuti di setiap Fakulti/Pusat/Jabatan/Bahagian masing-masing. 19. “Kuasa Tertentu” bermaksud Naib Canselor atau mana-mana pegawai yang diperturunkan kuasa ke atasnya. 20. “Lembaga Perubatan” bermaksud Lembaga yang ditubuhkan mengikut Perintah Am 18 dan 19 Bab F. 21. “Lima (5) tahun” bersamaan dengan 1,825 hari termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am. 22. “Nenek” bermaksud ibu kandung kepada ibu kandung atau bapa kandung pegawai. 23. “Pegawai” bermaksud staf yang berkhidmat dengan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. 24. “Pegawai Peraku Cuti” bermaksud mana-mana pegawai yang diberi kuasa untuk memperaku cuti pegawai di setiap Fakulti/Pusat/Jabatan/Bahagian masing-masing. 25. “Pegawai Pelulus Cuti” bermaksud mana-mana pegawai yang diberi kuasa untuk meluluskan cuti pegawai di setiap Fakulti/Pusat/Jabatan/Bahagian masing-masing. 26. “Perkhidmatan Kerajaan” bermaksud Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan. 27. “Perkhidmatan Yang Melayakkan” bermaksud perkhidmatan yang diambilkira bagi mengira kelayakan mendapat cuti seseorang pegawai dan terdiri dari masamasa bertugas, cuti rehat dan cuti sakit tetapi tidak termasuk cuti separuh gaji, cuti tanpa gaji, cuti haji, cuti sakit tibi, kusta dan barah dan cuti belajar. 28. “Pertubuhan yang diluluskan” bermaksud pertubuhan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 atau pertubuhan yang mempunyai akta penubuhan sendiri/ undang-undang khusus yang lain atau yayasan yang ditubuhkan di bawah Akta


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 4 Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 atau Akta Syarikat 2016 atau undangundang khusus lain yang berkuat kuasa di dalam negara. 29. “Sanak saudara” bermaksud yang meliputi keluarga pegawai sendiri (isteri/suami dan anak-anak), ibu bapa, adik-beradik, ibu bapa mertua, nenek dan datuk pegawai. 30. “Satu (1) tahun” bersamaan dengan 365 hari termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am. 31. "Sijil Sakit" bermakna sijil akuan sakit yang dikeluarkan oleh seorang pegawai perubatan Kerajaan atau oleh sebuah Lembaga Perubatan (Perintah-perintah Am, Bab F) atau oleh seorang ahli Panel Doktor yang diluluskan oleh Kerajaan. 32. “Tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira” ertinya perkhidmatan yang ditetapkan sebagai perkhidmatan yang boleh dimasukira di bawah peraturanperaturan 4,5 dan 6 Peraturan-Peraturan Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1990. 33. “UPNM” bermaksud Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 5 Kesilapan mengurus dan mentadbir cuti boleh memberi kesan kepada pengurusan Sumber Manusia CUTI REHAT TERLEBIH DIBERI Terlebih bayar emolumen selepas habis Cuti Rehat dan perlu membuat tuntutan semula Pengumpualan Gantian Cuti Rehat yang tidak teratur KEISTIMEWAAN yang boleh ditarik balik pada bila-bila masa, jika didapati perlu (CUTI BUKAN HAK) Hanya dinikmati apabila digunakan, LUPUT jika tidak digunakan Diberi atas tujuan tertentu dengan SYARAT dan KELAYAKAN yang berbeza, tidak boleh ditukar ganti. Diberi dengan SAKSAMA kepada yang layak PRINSIP PEMBERIAN CUTI Rujukan: Perenggan 56 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 6 “Perkhidmatan Yang Melayakkan” bermaksud perkhidmatan yang diambilkira bagi mengira kelayakan mendapat cuti seseorang pegawai dan terdiri dari masa-masa bertugas, cuti rehat dan cuti sakit tetapi tidak termasuk cuti separuh gaji, cuti tanpa gaji, cuti haji, cuti sakit tibi, kusta dan barah dan cuti belajar. PERKHIDMATAN YANG MELAYAKKAN PERKHIDMATAN YANG TIDAK MELAYAKKAN i. Masa-masa bertugas ii. Cuti Rehat iii. Cuti Sakit * Bergantung kepada perkhidmatan yang melayakkan i. Cuti Separuh Gaji ii. Cuti Tanpa Gaji iii. Cuti Haji iv. Cuti Tibi, Kusta dan Barah v. Cuti Belajar *Akan menjejaskan kelayakan Cuti Rehat JENIS CUTI YANG MENGURANGKAN KELAYAKAN CUTI REHAT


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 7 SIMULASI KEMUDAHAN CUTI SEPARUH GAJI YANG MENGURANGKAN KELAYAKAN CUTI REHAT Tempoh Permohonan *CSG : 07.03.2022 – 02.10.2022 (210 hari) Tempoh kelulusan *CSG : 07.03.2022 – 02.09.2022 (180 hari) Kelayakan Cuti Rehat Tahunan : 25 hari Kelayakan Cuti Rehat Tahunan bagi tahun 2022: *CSG – Cuti Separuh Gaji NOTA: Kelayakan Cuti Rehat Tahunan dikira secara proportionate (kaedah prorata) apabila tidak genap setahun perkhidmatan yang melayakkan. Maka cuti rehat yang pegawai itu berkelayakan ialah sebanyak cuti bagi tempoh perkhidmatan yang melayakkan itu sahaja, dikira kesetengah hari yang berhampiran. :. 365 hari – 180 hari = 185 hari :. 185 hari / 365 hari x 25 hari = 12.67 hari = 13 hari


BAHAGIAN I KADAR CUTI REHAT TAHUNAN KEMUDAHAN CUTI SEPARUH GAJI KEMUDAHAN CUTI TANPA GAJI CUTI TANPA GAJI BAGI PEGAWAI YANG MENGIKUT PASANGAN BERTUGAS ATAU BERKURSUS DI DALAM ATAU DI LUAR NEGARA CUTI KERANA PERKHIDMATAN KEMUDAHAN MEMBAWA KE HADAPAN CUTI YANG TIDAK DAPAT DIAMBIL KEMUDAHAN CUTI REHAT SELEPAS BERKURSUS LEBIH 12 BULAN


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 8 JENIS : KADAR KELAYAKAN CUTI REHAT TUJUAN : Diberi untuk tujuan kecekapan dan kepentingan pegawai. TAFSIRAN MyPPSM CERAIAN SR.5.1.1 : ‘Cuti Rehat’ bermaksud cuti bergaji penuh yang diberi kerana perkhidmatan yang melayakkan dalam sesuatu tahun, dari bulan Januari hingga Disember di bawah Perintah Am 1 (ii) Bab C (Cuti) Tahun 1974; ‘Ketua Jabatan’ bermaksud Ketua Setiausaha kepada Kementerian, Ketua Jabatan atau Ketua sesuatu Perkhidmatan, mengikut mana-mana yang berkenaan di bawah Perintah Am 1 (iv) Bab C (Cuti) Tahun 1974 termasuk Ketua Pejabat Tempatan, yayasan atau cawangan kecil yang telah diberi kuasa oleh Ketua Jabatannya untuk meluluskan cuti bagi sebarang kumpulan pegawai di stesennya seperti yang diperuntukkan di bawah Perintah Am 5(b) Bab C (Cuti) Tahun 1974, termasuklah mana-mana pegawai yang diberi kuasa untuk meluluskan cuti; ‘Jawatan lain’ bermaksud jawatan yang mana lantikan pegawai adalah melalui kaedah pertukaran pelantikan, pertukaran tetap, atau Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL)/Peningkatan Secara Lantikan (PSL), lantikan terus (lateral entry) atau lantikan ke jawatan baharu; ‘Lantikan terus atau lantikan ke jawatan baharu’ bermaksud pelantikan: a) dalam Pihak Berkuasa Melantik yang sama di bawah Perkhidmatan Awam Persekutuan; atau b) daripada satu Pihak Berkuasa Melantik di bawah Perkhidmatan Awam Persekutuan kepada Pihak Berkuasa Melantik yang lain di bawah Perkhidmatan Awam Persekutuan. ‘Peningkatan Secara Lantikan (PSL)’ bermaksud suatu urusan pelantikan pegawai daripada skim perkhidmatan yang rendah kepada skim perkhidmatan yang lebih tinggi secara pelantikan baharu yang dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Melantik, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan yang berkaitan. PSL adalah satu proses lantikan biasa dan bukannya kenaikan pangkat. Istilah PSL digunakan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2013 menggantikan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL). Bagi maksud Ceraian ini, kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan bagi pegawai lantikan KPSL/PSL hanya mengambil kira pertukaran lantikan tetap dalam Pihak Berkuasa Melantik yang sama atau Pihak Berkuasa Melantik yang lain di bawah Perkhidmatan Awam Persekutuan. ‘Lantikan tetap pertama’ bermaksud lantikan tetap pertama seseorang pegawai ke dalam Perkhidmatan di UPNM


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 9 SYARAT : MyPPSM CERAIAN SR.5.1.1 1) Kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan pegawai Perkhidmatan Awam secara prinsipnya ditentukan berdasarkan tarikh lantikan seperti yang berikut: i) bagi pegawai yang dilantik sebelum 1 September 2005 dan menolak opsyen perubahan kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan seperti yang ditawarkan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2008 (PP Bil. 14/2008), kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan ditetapkan mengikut peruntukan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 (PP Bil. 4/2002) adalah seperti dalam Jadual 1 yang berikut: Jadual 1: Kadar Kelayakan Cuti Rehat Tahunan di bawah PP Bil. 4/2002 Kumpulan/Gred Kadar Kurang 10 tahun perkhidmatan yang melayakkan Genap 10 tahun perkhidmatan yang melayakkan Pengurusan Tertinggi 30 hari 35 hari 31 – 54 30 hari 35 hari 21 – 30 25 hari 30 hari 1 - 20 20 hari 25 hari ii) bagi pegawai yang dilantik mulai 1 September 2005 hingga 31 Disember 2008 dan menolak opsyen perubahan kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan seperti yang ditawarkan di bawah PP Bil. 14/2008, kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan ditetapkan mengikut peruntukan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 20 Tahun 2005 (PP Bil.20/2005) adalah seperti dalam Jadual 2 berikut: Jadual 2: Kadar Kelayakan Cuti Rehat Tahunan di bawah PP Bil. 20/2005 Kumpulan/Gred Kadar Kurang 10 tahun perkhidmatan yang melayakkan Genap 10 tahun perkhidmatan yang melayakkan Pengurusan Tertinggi 30 hari 30 hari 31 – 54 30 hari 30 hari 21 – 30 25 hari 30 hari 1 - 20 20 hari 25 hari iii) bagi pegawai yang dilantik sebelum 1 Januari 2009 dan bersetuju menerima opsyen perubahan kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan seperti yang ditawarkan di bawah PP Bil. 14/2008, kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan ditetapkan mengikut peruntukan dalam PP Bil. 14/2008 adalah seperti dalam Jadual 3 di bawah:


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 10 Jadual 3: Kadar Kelayakan Cuti Rehat Tahunan di bawah PP Bil. 14/2008 Kumpulan/Gred Kadar Kurang 10 tahun perkhidmatan yang melayakkan Genap 10 tahun perkhidmatan yang melayakkan Pengurusan Tertinggi 25 hari 25 hari 31 – 54 25 hari 25 hari 21 – 30 25 hari 25 hari 1 - 20 20 hari 25 hari iv) bagi pegawai lantikan pertama mulai 1 Januari 2009, kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan ditetapkan mengikut peruntukan dalam PP Bil. 14/2008 adalah seperti dalam Jadual 3 di atas. MyPPSM CERAIAN SR.5.1.1 2) Melalui PP Bil. 14/2008 juga, kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan bagi pegawai Perkhidmatan Awam lantikan kontrak dan sementara adalah ditetapkan seperti dalam Jadual 4 berikut: Jadual 4: Kadar Kelayakan Cuti Rehat Tahunan bagi Pegawai Perkhidmatan Awam* Lantikan Kontrak dan Sementara mulai 1 Januari 2009 Kumpulan/Gred Kadar Kelayakan Cuti Rehat Pengurusan Tertinggi 25 hari 31 – 54 25 hari 21 – 30 25 hari 1 - 20 20 hari * Kecuali Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia, Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia, Perkhidmatan Pegawai Penguat Kuasa Maritim dan Pegawai Lain-lain Pangkat Penguat Kuasa Maritim serta Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan/Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi yang menjalankan tugas-tugas mengajar di sekolah, kolej komuniti atau politeknik yang menikmati kemudahan Cuti Penggal dan Cuti Rehat Khas.


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 11 MyPPSM CERAIAN SR.5.1.1 3) Kadar Kelayakan Cuti Rehat Tahunan Bagi Pegawai yang Dilantik ke Jawatan Lain Mulai 1 Januari 2016, kadar kelayakan kemudahan Cuti Rehat tahunan pegawai Perkhidmatan Awam yang dilantik ke jawatan lain adalah seperti yang berikut: i) bagi pegawai yang bersetuju memilih kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan sebagaimana yang ditetapkan dalam PP Bil. 14/2008 dan dilantik ke jawatan lain yang kadar kelayakan cuti rehatnya adalah lebih tinggi, kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan adalah berdasarkan tarikh lantikan tetap pertama atau lantikan tetap baharu, manamana yang lebih tinggi; atau ii) bagi pegawai yang bersetuju memilih kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan sebagaimana yang ditetapkan dalam PP Bil. 14/2008 dan tidak dilantik ke jawatan lain, kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan adalah berdasarkan tarikh lantikan tetap pertama; atau iii) bagi pegawai yang kekal diberi kemudahan Cuti Rehat tahunan mengikut PP Bil. 4/2002 atau PP Bil. 20/2005 dan dilantik ke jawatan lain yang kadar kelayakan cuti rehatnya berkurangan, kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan adalah berdasarkan tarikh lantikan tetap pertama; atau iv) bagi pegawai yang kekal diberi kemudahan Cuti Rehat tahunan mengikut PP Bil. 4/2002 atau PP Bil. 20/2005 dan dilantik ke jawatan lain yang kadar kelayakan cuti rehatnya adalah lebih tinggi, kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan adalah berdasarkan tarikh lantikan tetap pertama atau lantikan tetap baharu, mana-mana yang lebih tinggi; atau v) bagi pegawai yang kekal diberi kemudahan Cuti Rehat tahunan mengikut PP Bil. 4/2002 atau PP Bil. 20/2005 dan tidak dilantik ke jawatan lain, kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan adalah berdasarkan tarikh lantikan tetap pertama; atau vi) bagi pegawai lantikan tetap pertama yang dilantik mulai 1 Januari 2009, sama ada dilantik atau tidak dilantik ke jawatan lain selepas itu, kadar kelayakan Cuti Rehat tahunan adalah berdasarkan tarikh lantikan tetap pertama. 4) Walau bagaimanapun, kadar kelayakan bagi Perkara 3 i) hingga vi) adalah tertakluk kepada tarikh lantikan tetap pertama di UPNM.


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 12 MyPPSM CERAIAN SR.5.1.1 5) Kadar kelayakan kemudahan Cuti Rehat tahunan pegawai seperti di perenggan 3(i) hingga 7(vi) adalah seperti dalam Jadual 5 yang berikut: Jadual 5: Kadar Kelayakan Cuti Rehat Tahunan Tarikh Lantikan Pertama / Baharu Kurang 10 Tahun Perkhidmatan yang Melayakkan **Genap 10 Tahun Perkhidmatan yang Melayakkan Gred 1-20 Gred 21-30 Gred 31-56 Pengurusan Tertinggi Gred 1-20 Gred 21-30 Gred 31-56 Pengurusan Tertinggi Sebelum 1 Sept 2005 20 hari 25 hari 30 hari 30 hari 25 hari 30 hari 35 hari 35 hari Mulai 1 Sept 2005 - 31 Dis 2008 20 hari 25 hari 30 hari 30 hari 25 hari 30 hari 30 Hari 30 hari Mulai 1 Jan2009 20 hari 25 hari 25 hari 25 hari 25 hari 25 hari 25 hari 25 hari *Kecuali Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia, Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia, Perkhidmatan Pegawai Penguat Kuasa Maritim dan Pegawai Lain-Lain Pangkat Penguat Kuasa Maritim serta Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan/Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi yang menjalankan tugas-tugas mengajar di sekolah, kolej komuniti atau politeknik yang menikmati kemudahan Cuti Penggal dan Cuti Rehat Khas. ⃰ Genap 10 tahun perkhidmatan dikira daripada tarikh lantikan tetap pertama dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan seperti dijelaskan di perenggan 6 [mengikut syarat-syarat tempoh perkhidmatan yang melayakkan seperti yang ditafsirkan di dalam Perintah Am 1(ix) Bab C (Cuti) Tahun 1974]. 6) Sekiranya pegawai dilantik ke UPNM daripada Pihak Berkuasa Melantik yang berbeza maka Kadar Kelayakan Cuti Rehat Tahunan pegawai diambil kira berdasarkan tarikh lantikan di Pihak Berkuasa Melantik yang baharu (UPNM). MyPPSM CERAIAN SR.5.1.1 7) Cuti Rehat Pegawai Lantikan Kontrak Dan Sementara Yang Kemudiannya Dilantik Secara Tetap Kadar kelayakan kemudahan Cuti Rehat tahunan bagi pegawai lantikan kontrak dan sementara yang kemudiannya dilantik secara tetap adalah ditentukan berdasarkan tarikh lantikan ke jawatan tetap. TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN Semakan : Ketua Pentadbiran FPJB / Kerani Cuti FPJB Perakuan : Pegawai Peraku Cuti Kelulusan : Pegawai Pelulus Cuti RUJUKAN : Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN SR.5.1.1


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 13 RUJUKAN : Kajian daripada Universiti Awam berhubung Pemberian Kelayakan Cuti Rehat CONTOH SOALAN Pegawai dilantik di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 1 Januari 2005 dan seterusnya dilantik di UPNM pada 1 Januari 2009 Dapatan Hasil Kajian: a) Universiti Malaya (UM): Kelayakan Cuti Rehat adalah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil 11/2015 iaitu mulai lantikan tetap pertama di UM. Kelayakan cuti di agensi lama tidak diambilkira. b) Universiti Kebangsaan Malasyia (UKM): Lantikan di UKM mulai 1.1.2009, kelayakan cuti rehat 25 hari setahun c) Universiti Sains Malaysia (USM): Lantikan di USM mulai 1.1.2009, kelayakan cuti rehat 25 hari setahun d) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM): Lantikan mulai 1.1.2010, kelayakan cuti rehat 25 hari setahun e) Universiti Putra Malaysia (UPM): Kelayakan cuti dan GCR di agensi lama tidak diambilkira merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil.11 Tahun 2015 mulai Januari 2012. f) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS): kelayakan cuti adalah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 /2015, lantikan tetap pertama di UNIMAS. Kelayakan di tempat lama tidak diambilkira. g) Universiti Malaysia Sabah (UMS): Kelayakan cuti rehat 25 hari. Tak ambil kira kelayakan di agensi lama h) Universiti Teknologi MARA (UiTM): Lantikan baharu di UiTM mulai 1.1.2009 akan mendapat kelayakan cuti rehat 25 hari setahun. i) Universiti Sains Islam Malaysia(USIM): Kelayakan cuti rehat 25 hari setahun. Tak ambil kira kelayakan di agensi lama


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 14 FORMULA PENGIRAAN KELAYAKAN CUTI REHAT Jumlah Hari Bekerja X Kelayakan Cuti Rehat 365 hari Tahunan dan / atau Jumlah Bulan Bekerja X Kelayakan Cuti Rehat 12 bulan Tahunan SIMULASI PENGIRAAN KAEDAH PRORATA Bagi kes perubahan status lantikan Kontrak ke Tetap Jawatan dan Gred = Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19 Tarikh Lantikan Tetap = 15.08.2016 Kelayakan Cuti = 20 hari setahun Pengiraan bagi 15.08.2016 hingga 31.12.2016 Pengiraan Jumlah Hari Bekerja: Bulan Ogos = 17 hari Bulan September = 30 hari Bulan Oktober = 31 hari Bulan November = 30 hari Bulan Disember = 31 hari Jumlah Keseluruhan Hari Bekerja = 139 hari Jumlah Kelayakan Cuti Rehat bagi lantikan Tetap = 8 hari (dikira kesetengah hari yang berhampiran) X 20 = 7.62 hari 139 365


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 15 JENIS : KEMUDAHAN CUTI SEPARUH GAJI TUJUAN : Bagi menjaga sanak saudara yang rapat disebabkan oleh masalah kesihatan sahaja (suami/isteri, anak kandung, anak angkat yang diiktiraf, ibu / bapa kandung, ibu / bapa mentua, adik beradik, datuk / nenek pegawai) SYARAT : MyPPSM CERAIAN SR.5.1.2 1) Kadar Cuti Separuh Gaji (CSG) adalah maksimum 180 hari sepanjang perkhidmatan. Pegawai yang memohon CSG perlu mempunyai perkhidmatan yang melayakkan, iaitu satu tahun perkhidmatan melayakkan 30 hari tempoh CSG. MyPPSM CERAIAN SR.5.1.2 2) Merekodkan kelulusan CSG dalam Buku Perkhidmatan. Perintah Am 13 (c) Bab C 3) Tidak boleh diberi kepada pegawai-pegawai wanita atas sebab-sebab bersalin. SPP 4/2009 4) tempoh CSG tidak diambil kira sebagai tempoh perkhidmatan yang melayakkan bagi tujuan pengiraan kelayakan Cuti Rehat tahunan atau cuticuti lain yang diberi berdasarkan tempoh perkhidmatan yang melayakkan. SPP 4/2009 5) tempoh CSG diambil kira sebagai tempoh perkhidmatan yang boleh di masuk kira bagi tujuan pengiraan ganjaran, pencen dan faedah-faedah lain. TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN Semakan Pertama : Ketua Pentadbiran FPJB / Kerani Cuti FPJB Semakan Kedua : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Perakuan : Ketua FPJB Kelulusan : Kuasa Tertentu RUJUKAN : Perintah Am 13 Bab C : Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN SR.5.1.2 : Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2009


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 16 SEBAB-SEBAB CUTI SEPARUH GAJI DIBENARKAN SEBAB CUTI RUJUKAN Atas sebab kesihatan sanak-saudara yang rapat Perintah Am 13 Bab C Semasa Cuti Sakit Lanjutan Perintah Am 22 Bab C Selepas habis Cuti tibi, kusta dan barah Perintah Am 30 & 31 Bab C Semasa diberi Cuti Belajar Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2009 SIMULASI PENGIRAAN KADAR KELAYAKAN KEMUDAHAN CUTI SEPARUH GAJI BERDASARKAN PERKHIDMATAN YANG MELAYAKKAN Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 dilantik mulai 1 November 2014 Tempoh perkhidmatan sehingga 1 Februari 2022 (tarikh permohonan CSG), adalah 7 tahun 3 bulan. Maka, kadar kelayakan CSG adalah 7 x 30 hari = 210 hari (terhad kepada maksimum 180 hari sahaja)


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 17 JENIS : KEMUDAHAN CUTI TANPA GAJI TUJUAN : Atas sebab-sebab persendirian yang mustahak. SYARAT : MyPPSM CERAIAN SR.5.1.3 & Perintah Am 14 (a) Bab C a) Kemudahan CTG diberikan atas sebab-sebab persendirian yang mustahak dan tertakluk kepada kadar maksimum 360 hari sepanjang perkhidmatan. Pegawai yang memohon CTG perlu mempunyai perkhidmatan yang melayakkan, iaitu satu tahun perkhidmatan melayakkan 30 hari tempoh CTG. MyPPSM CERAIAN SR.5.1.3 b) Perlu mempunyai sekurang-kurangnya enam (6) bulan perkhidmatan dan telah menghabiskan semua Cuti Rehat yang ia berkelayakan. MyPPSM CERAIAN SR.5.1.3 c) Kelulusan CTG perlu dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia untuk pertimbangan Kuasa Tertentu. MyPPSM CERAIAN SR.5.1.3 d) Merekodkan kelulusan CTG dalam Buku Perkhidmatan. Perintah Am 14 (b) Bab C Perintah Am 14 (c) Bab C e) Pemberian CTG hendaklah mengikut peraturan-peraturan berikut: a) Urusan sendiri di dalam Malaysia CTG kerana urusan sendiri di dalam Malaysia boleh diluluskan bila pegawai itu telah genap berkhidmat tidak kurang daripada 6 bulan dan dia telah mengambil semua cuti rehat yang ia berkelayakan. b) Urusan sendiri di luar Malaysia CTG kerana urusan sendiri di sesebuah negeri di luar Malaysia diluluskan bila pegawai itu sudah mempunyai perkhidmatan terus menerus tidak kurang daripada 6 bulan dan dia telah mengambil semua cuti rehat yang ia berkelayakan. Cuti ini tidak boleh diambil sekali lagi sehingga 4 tahun telah berlalu selepas cuti yang pertama itu. Perintah Am 14 (c) Bab C f) Baki CTG yang belum diambil boleh digunakan selagi tidak mencapai had maksimum yang dibenarkan berasaskan perkhidmatan yang melayakkan. Perintah Am 14A (a) Bab C g) Jika seseorang pegawai tidak hadir bekerja bagi sesuatu tempoh tanpa sesuatu sebab yang pada pendapat Ketua FPJB adalah satu sebab yang munasabah, maka pegawai itu tidaklah berhak mendapat apa-apa gaji atau lain-lain emolumen bagi tempoh tidak hadir bekerja itu. Perintah Am 14A (b) Bab C h) Suatu perakuan oleh Ketua FPJB memperakui tempoh yang bagi pegawai itu tidak berhak mendapat gaji dan emolumen di bawah Perintah Am 14A (b) Bab C kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia yang bertanggungjawab bagi membayar gaji dan lain-lain emolumen pegawai itu adalah satu kuasa yang mencukupi bagi memotong gaji dan emolumen bagi tempoh tak hadir bekerja itu SPP 4/2009 i) Tempoh CTG tidak diambil kira sebagai tempoh perkhidmatan yang melayakkan bagi tujuan pengiraan kelayakan Cuti Rehat tahunan atau cuticuti lain yang diberi berdasarkan tempoh perkhidmatan yang melayakkan. SPP 4/2009 j) Tempoh CTG tidak diambil kira sebagai tempoh perkhidmatan bagi tujuan pengiraan ganjaran, pencen dan faedah-faedah lain.


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 18 TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN Semakan Pertama : Ketua Pentadbiran FPJB / Kerani Cuti FPJB Semakan Kedua : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Perakuan : Ketua FPJB Kelulusan : Kuasa Tertentu RUJUKAN : Perintah Am 14 (a) (b) (a) (d) Bab C : Perintah Am 14A (a) (b) Bab C : Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2009 : Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN SR.5.1.3 SEBAB-SEBAB CUTI TANPA GAJI DIBENARKAN SEBAB CUTI RUJUKAN Sebab persendirian yang mustahak • Tidak menjejaskan kedudukan sebagai Penjawat Awam • Tidak menyalahi undang-undang negara Perintah Am 14 (a) Bab C Menjaga anak selepas bersalin (tidak perlu menghabiskan Cuti Rehat berkelayakannya sebelum bermula CTG tersebut) Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) CERAIAN SR.5.2.2 Semasa cuti belajar/ kursus tanpa gaji Perintah Am 36 Bab C Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2009 Mengikut pasangan (tidak perlu menghabiskan Cuti Rehat berkelayakannya sebelum bermula CTG tersebut) Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) CERAIAN SR.5.1.4 Lain-lain tujuan yang dibenarkan: • Selepas habis Cuti Sakit Lanjutan • Selepas habis Cuti Tibi, Kusta & Barah • Selepas 5 kali cuti bersalin @ selepas habis maksimum 360 hari cuti bersalin Perintah Am 22, 25, 31 Bab C Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) CERAIAN SR.5.4.8 Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) CERAIAN SR.5.4.7 Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) CERAIAN SR.5.4.1


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 19 JENIS : CUTI TANPA GAJI BAGI PEGAWAI YANG MENGIKUT PASANGAN BERTUGAS ATAU BERKURSUS DI DALAM ATAU DI LUAR NEGARA TUJUAN : Membolehkan pasangan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada tugas atau pengajian selaras dengan usaha murni melahirkan masyarakat penyayang. SYARAT : MyPPSM CERAIAN SR.5.1.4 1) Pegawai bertaraf tetap termasuk pegawai yang belum disahkan dalam perkhidmatan. MyPPSM CERAIAN SR.5.1.4 2) Tempoh CTG bagi pegawai yang pasangannya pegawai agensi awam atau bukan pegawai agensi awam adalah mengikut tempoh pasangan bertugas/berkursus dan pegawai tidak tertakluk kepada syarat kembali bertugas selama satu (1) tahun untuk permohonan CTG berikutnya. MyPPSM CERAIAN SR.5.1.4 3) Pegawai lantikan sementara atau kontrak tidak layak dipertimbangkan kemudahan CTG mengikut pasangan. MyPPSM CERAIAN SR.5.1.4 4) Pegawai yang ingin mengikut pasangan mereka bertugas atau berkursus sama ada di dalam atau di luar negara boleh dipertimbangkan CTG mengikut pasangan tertakluk pasangannya memenuhi syarat berikut: a) pegawai agensi awam yang telah diarahkan bertugas atau diluluskan berkursus oleh Ketua Jabatannya; atau b) pekerja agensi swasta atau agensi antarabangsa yang dilantik/diarahkan bertugas atau diluluskan berkursus oleh agensi swasta atau agensi antarabangsa. c) jika pasangan pegawai bukan terdiri daripada mana-mana pegawai di 4 (a) atau (b), mereka hendaklah: (i) telah dianugerahkan bantuan kewangan oleh Kerajaan Malaysia atau oleh mana-mana institusi di dalam negara atau di luar negara yang menawarkan pembiayaan untuk berkursus; atau (ii) telah disahkan menerima tawaran dan seterusnya melaporkan diri untuk mengikuti kursus oleh institusi pengajian bagi mereka yang berkursus atas perbelanjaan sendiri; dan d) mana-mana pegawai yang tidak termasuk dalam perenggan 4 (a), (b) atau (c) yang memerlukan pegawai berada bersama pasangan dalam menjalankan tugas terutama yang melibatkan kepentingan jawatan tertentu iaitu AnggotaPentadbiran seperti Menteri dan Timbalan Menteri.


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 20 MyPPSM CERAIAN SR.5.1.4 5) Permohonan CTG mengikut pasangan perlu dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia sekurang-kurangnya tiga (3) bulan sebelum tarikh mula CTG berkenaan. Manakala, permohonan pelanjutan perlu dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia sekurangkurangnya tiga (3) bulan sebelum tamat tempoh CTG mengikut pasangan yang sedang berkuat kuasa. MyPPSM CERAIAN SR.5.1.4 6) Pihak Berkuasa Melulus bagi meluluskan permohonan CTG mengikut pasangan adalah Kuasa Tertentu. Tempoh CTG yang boleh diluluskan adalah mengikut tempoh pasangan bertugas/berkursus. MyPPSM CERAIAN SR.5.1.4 7) Pegawai hanya boleh CTG mengikut pasangan setelah mendapat kelulusan daripada Kuasa Tertentu dan tindakan tatatertib boleh diambil sekiranya pegawai didapati gagal mematuhinya. MyPPSM CERAIAN SR.5.1.4 8) Pihak Universiti boleh pada bila-bila masa menamatkan tempoh CTG serta mengarahkan pegawai untuk kembali melaporkan diri bertugas sekiranya wujud keperluan mendesak untuk mendapatkan perkhidmatan pegawai yang sedang CTG mengikut pasangan. Tindakan tatatertib boleh diambil terhadap pegawai sekiranya pegawai didapati gagal mematuhi arahan untuk melaporkan diri bertugas. MyPPSM CERAIAN SR.5.1.4 9) Tempoh percubaan bagi pegawai yang belum disahkan dalam perkhidmatan akan dibekukan sepanjang tempoh CTG mengikut pasangan yang diluluskan dan baki tempoh percubaan akan disambung apabila pegawai kembali bertugas. Walau bagaimanapun, pegawai boleh dipertimbangkan untuk mengikuti kursus Program Transformasi Minda (PTM) atau menduduki peperiksaan perkhidmatan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan dengan perbelanjaan ditanggung oleh pegawai. MyPPSM CERAIAN SR.5.1.4 10) Pegawai yang telah diluluskan CTG mengikut pasangan melebihi 180 hari dalam satu (1) tahun kalendar adalah layak dipertimbangkan pergerakan gaji secara isyarat. Pergerakan gaji secara isyarat tersebut adalah tertakluk kepada maksimum sebanyak tiga (3) kali bagi sepanjang tempoh perkhidmatan (sama ada perkhidmatan tetap, sementara dan/atau kontrak di Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan/atau Pihak Berkuasa Berkanun), termasuk pergerakan gaji secara isyarat yang telah diberikan di bawah semua keadaan lain. Tiada pergerakan gaji secara isyarat dipertimbangkan setelah pegawai mendapat pergerakan gaji tahunan secara isyarat sebanyak tiga (3) kali tersebut. Tarikh pergerakan gaji (TPG) tahunan pegawai adalah tidak berubah.


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 21 MyPPSM CERAIAN SR.5.1.4 11) Pegawai akan hilang kekananan selama tempoh CTG mengikut pasangan. Tempoh CTG juga merupakan tempoh perkhidmatan yang tidak diambil kira bagi tujuan kenaikan pangkat berasaskan tempoh perkhidmatan. Pegawai layak dipertimbangkan kenaikan pangkat sekiranya telah memenuhi syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatannya sama ada sebelum CTG mengikut pasangan bermula atau semasa dalam tempoh CTG berkenaan. MyPPSM CERAIAN SR.5.1.4 12) Dalam tempoh CTG mengikut pasangan, pegawai masih merupakan pegawai awam yang tertakluk kepada peraturan tatatertib yang berkuat kuasa. Tempoh cuti ini hendaklah tidak disalahgunakan untuk tujuan lain seperti melakukan pekerjaan yang dibayar upah tanpa kebenaran Ketua Jabatan. Sekiranya pegawai didapati melanggar mana-mana peraturan, pegawai boleh dikenakan tindakan tatatertib. MyPPSM CERAIAN SR.5.1.4 13) Kesan ke atas perkhidmatan bagi pegawai yang diluluskan CTG mengikut pasangan hendaklah dirujuk kepada peraturan semasa yang berkuat kuasa. MyPPSM CERAIAN SR.5.1.4 14) Pegawai digalakkan mendapatkan perlindungan insurans merangkumi rawatan perubatan, kecacatan kekal dan kematian/kos pengurusan/pengangkutan jenazah dan lain-lain lagi dengan perbelanjaan ditanggung oleh pegawai. MyPPSM CERAIAN SR.5.1.4 15) Tidak perlu menghabiskan semua Cuti Rehat yang berkelayakan sebelum menggunakan kemudahan CTG mengikut pasangan. Walau bagaimanapun, baki cuti rehat yang tidak dihabiskan sebelum CTG akan luput tertakluk kepada peraturan sedia ada yang berkuat kuasa. MyPPSM CERAIAN SR.5.1.4 16) Secara prinsipnya, hanya satu kemudahan cuti boleh digunakan dalam satu masa. Justeru itu, pegawai yang telah diluluskan CTG mengikut pasangan adalah tidak layak menggunakan kemudahan cuti-cuti lain yang berkuat kuasa sepanjang tempoh CTG mengikut pasangan tersebut. MyPPSM CERAIAN SR.5.1.4 17) Tidak menjejaskan kelayakan pegawai menggunakan kemudahan CTG di bawah Perintah Am 14 dan Perintah Am 52 Bab C atau pindaannya dari semasa ke semasa. Namun begitu, tempoh CTG mengikut pasangan ini adalah tidak diambil kira bagi tujuan tempoh perkhidmatan yang melayakkan untuk pengiraan cuti yang dikira berdasarkan tempoh perkhidmatan. MyPPSM CERAIAN SR.5.1.4 18) Jika pegawai masih ada ikatan untuk berkhidmat dengan Kerajaan atau Universiti, tempoh CTG mengikut pasangan tidak boleh diambil kira sebagai tempoh sedang berkhidmat bagi tujuan menyelesaikan tempoh ikatan perjanjian sebelumnya. Pegawai dikehendaki menyempurnakan ikatan perjanjian tersebut setelah kembali berkhidmat.


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 22 MyPPSM CERAIAN SR.5.1.4 19) Tempoh CTG mengikut pasangan yang diluluskan tidak akan diambil kira untuk tujuan perkiraan faedah persaraan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah undang - undang pencen yang berkuat kuasa. Walau bagaimanapun, tempoh perkhidmatan sebelum dan selepas CTG mengikut pasangan berkenaan adalah dianggap bersambung dan boleh diagregatkan untuk tujuan perkiraan faedah persaraan. MyPPSM CERAIAN SR.5.1.4 20) Merekodkan kelulusan CTG mengikut pasangan dalam Buku Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN Semakan Pertama : Ketua Pentadbiran FPJB / Kerani Cuti FPJB Semakan Kedua : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Perakuan : Ketua FPJB Kelulusan : Kuasa Tertentu RUJUKAN : Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN SR.5.1.4


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 23 JENIS : KEMUDAHAN MEMBAWA KE HADAPAN CUTI YANG TIDAK DAPAT DIAMBIL TUJUAN : Kemudahan membawa ke hadapan cuti yang tidak dapat diambil bagi pegawai Perkhidmatan Awam SYARAT : MyPPSM CERAIAN SR.5.1.6 & Perintah Am 11 Bab C 1) Pegawai Perkhidmatan Awam yang tidak dapat mengambil cuti rehatnya kerana kepentingan perkhidmatan dibenarkan mengumpul baki cuti rehatnya yang ia berkelayakan dalam tempoh dua tahun perkhidmatan, ke tahun ketiga. Cuti tahun pertama yang tidak dihabiskan dalam tahun ketiga akan luput pada akhir tahun ketiga. Perintah Am 12 (a) Bab C 2) Kuasa Tertentu boleh membenarkan pegawai-pegawai mengumpul cuti rehat tidak melebihi jumlah cuti rehat yang boleh didapatinya bagi tiga tahun berturut-turut untuk tujuan perjalanan ke seberang laut yang diluluskan. Jumlah cuti yang boleh diluluskan hendaklah jangan lebih daripada jumlah cuti yang diperlukan bagi tujuan perjalanan tersebut. Perintah Am 12 (b) Bab C 3) Pengumpulan luar biasa cuti rehat ini boleh dimulakan dengan mengambil kira cuti rehat yang pegawai itu berkelayakan pada tarikh ia membuat permohonan tersebut tetapi cuti-cuti rehat yang telah luput dahulunya tidaklah boleh diambil kira lagi. Perintah Am 12 (c) Bab C 4) Cuti rehat yang telah dikumpulkan ini tidak boleh diambil sehingga menjelang tahun akhir pengumpulan cuti tersebut dan akan luput jika tidak diambil sebelum akhir tahun itu juga. TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN Semakan Pertama : Ketua Pentadbiran FPJB / Kerani Cuti FPJB Semakan Kedua : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Perakuan : Ketua FPJB Kelulusan : Kuasa Tertentu RUJUKAN : Perintah Am 11 Bab C : Perintah Am 12 (a) – (c) Bab C : Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN SR.5.1.6


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 24 CONTOH KAEDAH CUTI LUPUT Jawatan : Pegawai Tadbir Gred N41 Tarikh Dilantik : 1.2.2009 Kelayakan CRT : 25 Hari Tahun Cuti Tahun Lepas (A) Cuti Layak (B) Jumlah Cuti Layak [A+B] (C) Jumlah Cuti Diambil (D) Baki Cuti [C-D] (E) Cuti Bawa Ke Hadapan (F) GCR (G) Cuti Luput 2009 23 23 3 20 20 2010 20 25 45 T.09 6 T.09 T.10 14 + 25 39 T.09 T.10 14 + 13 27 T.10 12 2011 T.09 T.10 14 + 13 27 25 52 T.09 8 T.09 T.10 T.11 6 + 13 + 25 44 T.10 T.11 13 + 13 26 12 T.09 6 Cuti tahun pertama (Tahun 2009) perlu digunakan terlebih dahulu sebelum menggunakan cuti pada tahun semasa. 6 hari daripada Cuti tahun pertama (Tahun 2009) akan luput pada akhir tahun ketiga (Tahun 2011) Pegawai boleh memilih jumlah cuti untuk GCR dari baki cuti rehat tahun semasa tertakluk kepada 15 hari atau ½ dari kelayakan CRT pada tahun semasa, dan baki cuti yang selebihnya dibawa ke tahun hadapan Cuti Tahun Pertama 2009 Cuti Tahun Kedua 2010


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 25 JENIS : KEMUDAHAN CUTI REHAT SELEPAS BERKURSUS LEBIH 12 BULAN TUJUAN : Membolehkan pegawai berehat dan menguruskan perkara-perkara yang berkaitan selepas berkursus SYARAT : MyPPSM CERAIAN SR.5.1.7 1) Melibatkan pegawai yang menamatkan kursus/pengajian yang melebihi 12 bulan. MyPPSM CERAIAN SR.5.1.7 2) Pegawai Perkhidmatan Awam yang mengikuti kursus lebih 12 bulan akan dianggap telah menghabiskan semua Cuti Rehat. MyPPSM CERAIAN SR.5.1.7 3) Mempunyai baki Cuti Rehat sebelum pergi berkursus. MyPPSM CERAIAN SR.5.1.7 & Perintah Am 38 Bab C 4) Tertakluk kepada bilangan baki Cuti Rehat sebelum pergi berkursus terhad kepada maksimum tujuh (7) hari (tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am). MyPPSM CERAIAN SR.5.1.7 5) Boleh diambil dalam tempoh yang munasabah tertakluk kepada kelulusan Kuasa Tertentu. Perintah Am 38 Bab C 6) Kuasa Tertentu boleh meluluskan cuti rehat tidak melebihi 14 hari kepada pegawai-pegawai yang baru menamatkan kursus latihan atau pengajian yang memakan masa lebih daripada 12 bulan. Cuti rehat ini hendaklah ditolak dari cuti rehat yang ia akan berkelayakan mendapat setelah berkhidmat semula. 7) Pegawai perlu melapor diri terlebih dahulu selepas tamat berkursus lebih 12 bulan sebelum menggunakan kemudahan cuti ini. TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN Semakan Pertama : Ketua Pentadbiran FPJB / Kerani Cuti FPJB Semakan Kedua : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kelulusan : Ketua FPJB RUJUKAN : Perintah Am 38 Bab C : Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN SR.5.1.7


BAHAGIAN II KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD BAGI URUSAN KEMATIAN AHLI KELUARGA TERDEKAT KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK KEMUDAHAN CUTI UNTUK MENGAMBIL PEPERIKSAAN KEMUDAHAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG DISAPINA UNTUK HADIR KE MAHKAMAH DI LUAR STESEN CUTI ATAS URUSAN PERIBADI, KELUARGA DAN KECEMASAN KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD KURSUS SAMBILAN KEPADA PEGAWAI YANG MENGIKUTI PENGAJIAN SECARA SAMBILAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DALAM NEGARA


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 26 JENIS : KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD BAGI URUSAN KEMATIAN AHLI KELUARGA TERDEKAT TUJUAN : Untuk menziarahi jenazah dan membantu urusan berkaitan dengan kematian ahli keluarga terdekat. SYARAT : MyPPSM CERAIAN SR.5.2.1 1) Kemudahan ini diberikan selama tiga (3) hari berturut-turut sebagai Cuti Tanpa Rekod kepada pegawai Perkhidmatan Awam untuk membuat apa-apa urusan pengebumian jenazah ahli keluarga terdekat itu dan untuk membantu waris-waris jenazah tersebut untuk urusan-urusan lain yang berkaitan; MyPPSM CERAIAN SR.5.2.1 2) Bagi maksud kemudahan yang diperuntukkan untuk urusan kematian ibu mentua atau bapa mentua, kemudahan ini adalah terhad bagi seorang ibu mentua dan seorang bapa mentua sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan; MyPPSM CERAIAN SR.5.2.1 3) Cuti Tanpa Rekod ini hendaklah: a) bermula pada tarikh kematian ahli keluarga terdekat atau pada hari berikutnya jika ahli keluarga berkenaan meninggal dunia selepas waktu pejabat; dan b) meliputi hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am. Masa selepas waktu pejabat juga terpakai bagi hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am. MyPPSM CERAIAN SR.5.2.1 4) Kemudahan ini adalah tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan dan Ketua FPJB boleh memanggil balik pegawai jika ketiadaan pegawai di tempat kerja boleh memudaratkan kepentingan awam; MyPPSM CERAIAN SR.5.2.1 5) Permohonan Cuti Tanpa Rekod ini hendaklah dikemukakan kepada Ketua FPJB berserta salinan dokumen pengesahan kematian ahli keluarga terdekat apabila pegawai kembali bertugas dan hendaklah dicatatkan dalam Buku Perkhidmatan pegawai; MyPPSM CERAIAN SR.4.1.2 6) Ketua FPJB adalah diwajibkan untuk membenarkan/mengarahkan BDR kepada pegawai yang kematian suami atau isteri sebaik sahaja tempoh tiga (3) hari Cuti Tanpa Rekod bagi Urusan Kematian Keluarga Terdekat telah digunakan. Tempoh pemberian BDR ini hendaklah yang bersesuaian dan tidak melebihi tempoh dua (2) minggu termasuk Hari Kelepasan Mingguan, Hari Rehat Mingguan dan Hari Kelepasan Am tertakluk pertimbangan Ketua FPJB.


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 27 TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN Semakan : Ketua Pentadbiran FPJB / Kerani Cuti FPJB Perakuan : Pegawai Peraku Cuti Kelulusan : Ketua FPJB RUJUKAN : Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN SR.5.2.1 : Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN SR.4.1.2 : Surat Edaran JPA.(S).800-1/1/7(3) bertarikh 5 September 2022


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 28 JENIS : KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK TUJUAN : Memberi peluang penyusuan dan penjagaan bayi oleh seseorang ibu selepas bersalin. SYARAT : MyPPSM CERAIAN SR.5.2.2 1) Terdapat dua (2) jenis kemudahan Cuti Menjaga Anak iaitu: i. Cuti Menjaga Anak yang bersambung daripada Cuti Bersalin; dan ii. Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin. MyPPSM CERAIAN SR.5.2.2 2) Kelayakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang bersambung daripada Cuti Bersalin adalah seperti yang berikut: i. terhad kepada pegawai Perkhidmatan Awam wanita yang bersalin; dan ii. tempoh keseluruhan kemudahan Cuti Menjaga Anak termasuk Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan tempoh Cuti Bersalin terhad sehingga lima (5) tahun sepanjang tempoh perkhidmatan. MyPPSM CERAIAN SR.5.2.2 3) Kelayakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin adalah seperti yang berikut: i. melibatkan pegawai Perkhidmatan Awam wanita yang mempunyai: a) anak kandung; b) anak tiri tanggungan; c) anak angkat de facto; d) anak angkat; dan e) anak pelihara ii. tempoh dibenarkan terhad sehingga satu (1) tahun sepanjang tempoh perkhidmatan atau sehingga anak mencapai umur lima (5) tahun, mengikut mana yang terdahulu; dan iii. tempoh di perenggan 3 (ii) dikira sebagai sebahagian daripada tempoh lima (5) tahun yang diperuntukkan di perenggan 2 (ii) di atas. MyPPSM CERAIAN SR.5.2.2 4) Syarat-syarat Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Bersambung Daripada Cuti Bersalin: Pegawai wanita yang melahirkan anak boleh dipertimbangkan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang bersambung daripada Cuti Bersalin oleh Ketua Tertentu terhad sehingga lima (5) tahun sepanjang tempoh perkhidmatan berdasarkan syarat-syarat seperti yang berikut: i. tempoh kemudahan Cuti Menjaga Anak akan bermula pada tarikh selepas tamat tempoh Cuti Bersalin bagi pegawai yang mempunyai baki kemudahan Cuti Bersalin bergaji penuh; ii. tempoh kemudahan Cuti Menjaga Anak akan bermula pada tarikh pegawai melahirkan anak bagi pegawai yang telah menggunakan sepenuhnya 360 hari kelayakan kemudahan Cuti Bersalin;


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 29 iii. kemudahan Cuti Menjaga Anak boleh diambil sama ada secara sekali gus sehingga lima (5) tahun atau sebahagian daripadanya; iv. pegawai yang telah menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak sepenuhnya sehingga lima (5) tahun, tidak lagi layak sebarang kemudahan Cuti Menjaga Anak; v. pegawai yang telah menggunakan sebahagian kemudahan Cuti Menjaga Anak daripada lima (5) tahun bagi satu kelahiran, boleh menggunakan baki Cuti Menjaga Anak bagi kelahiran anak yang seterusnya atau kemudahan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin; dan vi. pegawai yang telah diluluskan kemudahan Cuti Menjaga Anak di bawah Pekeliling Perkhidmatan Kemudahan Cuti Menjaga Anak yang terdahulu, hendaklah ditolak daripada jumlah kelayakan; MyPPSM CERAIAN SR.5.2.2 5) Syarat-syarat Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Tidak Terikat Dengan Cuti Bersalin: Penggunaan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin dilaksanakan berdasarkan syarat-syarat seperti yang berikut: i. pegawai layak menggunakan kedua-dua kemudahan Cuti Menjaga Anak yang bersambung daripada Cuti Bersalin dan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin; ii. pegawai boleh mengambil Cuti Menjaga Anak sama ada secara sekali gus atau sebahagian terhad sehingga satu (1) tahun sepanjang tempoh perkhidmatan atau sehingga anak mencapai umur lima (5) tahun, mengikut mana yang terdahulu; iii. pegawai yang telah menggunakan sebahagian kemudahan Cuti Menjaga Anak daripada satu (1) tahun, layak mendapat baki kemudahan Cuti Menjaga Anak yang belum digunakan; dan iv. pegawai yang telah menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak secara sekali gus, tidak layak menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak bagi anak yang seterusnya. MyPPSM CERAIAN SR.5.2.2 6) Syarat Umum: Kemudahan Cuti Menjaga Anak yang bersambung daripada Cuti Bersalin dan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin dilaksanakan berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 30 i. kelayakan kemudahan Cuti Menjaga Anak tidak tertakluk kepada tempoh perkhidmatan yang melayakkan dan pegawai tidak perlu menghabiskan semua Cuti Rehat yang berkelayakan sebelum menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak; ii. kemudahan Cuti Menjaga Anak ini tidak menjejaskan kelayakan pegawai bagi kemudahan Cuti Separuh Gaji di bawah peruntukan Perintah Am 13 serta Cuti Tanpa Gaji di bawah peruntukan Perintah Am 14. iii. penggunaan kemudahan Cuti Menjaga Anak semasa pegawai berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam Persekutuan, Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah diambil kira bagi maksud kelayakan kemudahan ini; iv. pegawai yang menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak melebihi 180 hari dalam satu (1) tahun kalendar layak dipertimbangkan pergerakan gaji secara isyarat, tertakluk kepada maksimum sebanyak tiga (3) kali pergerakan gaji secara isyarat bagi sepanjang tempoh perkhidmatan; v. dalam tempoh Cuti Menjaga Anak, pegawai masih merupakan pegawai awam yang tertakluk kepada semua peraturan yang berkuat kuasa. vi. bagi pegawai dalam tempoh percubaan dan telah diluluskan kemudahan Cuti Menjaga Anak, tempoh percubaannya dibekukan dan akan disambung semula mulai tarikh pegawai melapor diri bertugas. Walau bagaimanapun, pegawai boleh dikehendaki mengikuti kursus atau peperiksaan perkhidmatan yang disyaratkan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan; vii. tempoh Cuti Menjaga Anak merupakan tempoh perkhidmatan yang tidak diambil kira bagi tujuan pengiraan faedah persaraan; dan viii. tempoh Cuti Menjaga Anak yang diambil kira adalah termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am. MyPPSM CERAIAN SR.5.2.2 7) Tatacara Permohonan: Permohonan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang bersambung daripada Cuti Bersalin atau Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin adalah dilaksanakan mengikut tatacara yang berikut:


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 31 i. permohonan untuk menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang bersambung daripada Cuti Bersalin hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar 30 hari sebelum tamat tempoh Cuti Bersalin; ii. permohonan untuk menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar selewatlewatnya 30 hari sebelum tarikh kuat kuasa Cuti Menjaga Anak; iii. permohonan untuk meminda tempoh Cuti Menjaga Anak yang telah diluluskan hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar 30 hari sebelum tamat tempoh Cuti Menjaga Anak yang berkuat kuasa. Bagi Cuti Menjaga Anak yang bersambung daripada Cuti Bersalin tertakluk kepada syarat tempoh yang hendak dipohon tidak terputus daripada tempoh yang telah diluluskan; iv. pegawai dikehendaki melapor diri bertugas sebaik sahaja tamat tempoh Cuti Menjaga Anak atau apabila hubungan antara pegawai dan anak di perenggan 3 (i) terputus atas sebab kematian anak atau lucut hak penjagaan. MyPPSM CERAIAN SR.5.2.2 8) Ketua FPJB boleh mengarahkan pegawai kembali melaporkan diri bertugas sekiranya wujud keperluan mendesak untuk mendapatkan perkhidmatan pegawai yang sedang bercuti dan pegawai dikehendaki mematuhinya; MyPPSM CERAIAN SR.5.2.2 9) merekodkan kelulusan Cuti Menjaga Anak dan termasuk merekodkan pindaan kepada tempoh Cuti Menjaga Anak yang dipendekkan dan tarikh pegawai kembali bertugas, dalam Buku Perkhidmatan pegawai; MyPPSM CERAIAN SR.5.2.2 10) Pemendekan Tempoh Cuti Menjaga Anak (i) pegawai boleh, pada bila-bila masa dalam tempoh Cuti Menjaga Anak yang sedang berkuat kuasa, memohon untuk memendekkan tempoh Cuti Menjaga Anak dan menimbangkan suatu tarikh untuk pegawai kembali bertugas; (ii) pegawai hendaklah mengemukakan permohonan sekurangkurangnya 30 hari sebelum tarikh kembali bertugas yang dipohon; dan (iii) Ketua FPJB boleh membenarkan pegawai kembali bertugas pada tarikh yang dipohon atau pada mana-mana tarikh, bergantung kepada kekosongan jawatan yang telah ditinggalkan oleh pegawai itu untuk bercuti menjaga anak.


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 32 TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN Semakan Pertama : Ketua Pentadbiran FPJB / Kerani Cuti FPJB Semakan Kedua : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Perakuan : Ketua FPJB Kelulusan : Kuasa Tertentu RUJUKAN : Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN SR.5.2.2 RINGKASAN JENIS CUTI MENJAGA ANAK (CMA) JENIS CMA BERSAMBUNG DARIPADA CUTI BERSALIN CMA TIDAK TERIKAT DENGAN CUTI BERSALIN SYARAT Pegawai wanita yang bersalin (Anak kandung) Pegawai wanita yang mempunyai: a) anak kandung; b) anak tiri tanggungan; c) anak angkat de facto; d) anak angkat; dan e) anak pelihara KADAR 1,825 hari (Selepas tamat tempoh cuti bersalin atau pada tarikh pegawai melahirkan anak) 365 hari atau sehingga anak mencapai umur 5 tahun, mengikut mana yang terdahulu


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 33 PELAKSANAAN CUTI MENJAGA ANAK (CMA) TERPUTUS DARIPADA CUTI BERSALIN Contoh: Kelahiran anak 1 Catatan: i) Tidak layak baki CMA 730 hari (1825-1095 hari) kerana telah terputus daripada Cuti Bersalin/ dari CMA yang pertama. ii) Baki CMA bersambung daripada Cuti Bersalin 730 hari boleh digunakan untuk kelahiran seterusnya. Cuti Bersalin 60 – 90 hari (mengikut kelulusan) CMA kali pertama CMA selepas tamat Cuti Bersalin Selama 1,095 hari Mula bekerja semula selama 9 bulan CMA kali kedua *maks 365 hari @ anak berumur 5 tahun CMA bersambung daripada Cuti Bersalin CMA tidak terikat dengan Cuti Bersalin


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 34 JENIS : KEMUDAHAN CUTI UNTUK MENGAMBIL PEPERIKSAAN TUJUAN : Untuk memberi peluang kepada pegawai membaiki peluang hidup dengan mengambil peperiksaan yang dianggap oleh Ketua FPJB boleh membantu pegawai berkenaan. SYARAT : MyPPSM CERAIAN SR.5.2.3 1) Kemudahan cuti untuk mengambil peperiksaan diberikan untuk membolehkan seseorang pegawai menduduki sebarang peperiksaan bagi membaiki peluang hidup di masa hadapan. Cuti untuk menduduki peperiksaan diberi pada hari peperiksaan. MyPPSM CERAIAN SR.5.2.3 2) Hendaklah merekodkan kelulusan Cuti Untuk Menduduki Peperiksaan dalam Buku Perkhidmatan pegawai. Perintah Am 44 Bab C 3) Ketua FPJB boleh meluluskan cuti tidak berekod atas budicaranya sendiri untuk membolehkan seseorang pegawai di bawah jagaannya memasuki sebarang peperiksaan yang dianggap oleh Ketua FPJB boleh membaiki peluang hidup pegawai yang berkenaan. TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN Semakan : Ketua Pentadbiran FPJB / Kerani Cuti FPJB Perakuan : Pegawai Peraku Cuti Kelulusan : Ketua FPJB RUJUKAN : Perintah Am 44 Bab C : Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN SR.5.2.3


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 35 JENIS : KEMUDAHAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG DISAPINA UNTUK HADIR KE MAHKAMAH DI LUAR STESEN TUJUAN : Membolehkan pegawai hadir ke mahkamah sebagai saksi di pihak bukan kerajaan atau memberi keterangan pakar SYARAT : MyPPSM CERAIAN SR.5.2.4 1) Kemudahan cuti tanpa rekod diberikan kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang disapina untuk hadir ke mahkamah di luar stesen sebagai saksi pihak bukan Kerajaan. MyPPSM CERAIAN SR.5.2.4 2) Kemudahan ini diperuntukkan bagi hari-hari yang diperlukan untuk hadir di mahkamah dengan tambahan sehari sebelum dan sehari selepas bagi maksud perjalanan sekiranya diperlukan. TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN Semakan : Ketua Pentadbiran FPJB / Kerani Cuti FPJB Perakuan : Pegawai Peraku Cuti Kelulusan : Ketua FPJB RUJUKAN : Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN SR.5.2.4 DISAPINA SEBAGAI SAKSI BAGI PIHAK KELAYAKAN Kerajaan Bertugas Rasmi Bukan Kerajaan Mahkamah dalam Stesen - Pelepasan meninggalkan pejabat Mahkamah Luar Stesen - Cuti Tanpa Rekod untuk hadir di Mahkahmah


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 36 JENIS : KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD KURSUS SAMBILAN KEPADA PEGAWAI YANG MENGIKUTI PENGAJIAN SECARA SAMBILAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DALAM NEGARA TUJUAN : Sebagai galakan kepada pegawai agar dapat melengkapkan diri dengan pengetahuan yang lebih tinggi sejajar dengan keperluan mewujudkan pekerja berasaskan pengetahuan. SYARAT : MyPPSM CERAIAN SR.5.2.5 1) Pegawai boleh dipertimbangkan kemudahan cuti tanpa rekod tertakluk kepada garis panduan seperti berikut: (i) tempoh cuti tanpa rekod yang boleh diluluskan oleh Kuasa Tertentu adalah mengikut tempoh sebenar kursus intensif dengan syarat ianya tidak melebihi 30 hari dalam satu tahun pengajian; (ii) tempoh maksimum cuti tanpa rekod bagi setiap permohonan boleh dihadkan bagi memastikan tugas hakiki pegawai tidak terganggu; (iii) sekiranya pegawai telah mengambil tempoh maksimum cuti tanpa rekod dan masih memerlukan cuti tambahan, pegawai perlulah menggunakan baki cuti rehat yang masih ada ataupun memohon Cuti Tanpa Gaji bagi menampung perbezaan tempoh tersebut; (iv) sekiranya kursus intensif jatuh pada hari cuti umum, maka pegawai tidak boleh menuntut cuti tanpa rekod sebagai gantian pada hari tersebut; dan (v) kemudahan cuti tanpa rekod ini tidak meliputi hari perjalanan pergi dan balik. MyPPSM CERAIAN SR.5.2.5 2) Kuasa Tertentu boleh mempertimbangkan pemberian cuti tanpa rekod ini tertakluk kepada syarat-syarat berikut: (i) pegawai telah disahkan dalam perkhidmatan; (ii) pegawai telah terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua FPJB untuk mengikuti kursus secara sambilan; (iii) kursus yang diikuti adalah di peringkat Diploma, Ijazah Pertama, Diploma Lanjutan, Sarjana dan Kedoktoran (Ph.D); (iv) kursus yang diikuti adalah kursus yang telah diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia;


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 37 (v) pegawai layak diberi kemudahan cuti tanpa rekod untuk mengikuti kursus sambilan maksimum dua (2) kali pengajian sepanjang tempoh perkhidmatan; (vi) bilangan cuti tanpa rekod yang diambil dan diluluskan perlu direkod di ruang Maklumat Perkhidmatan dan Maklumat Cuti di dalam Buku Perkhidmatan Pegawai; (vii) kemudahan yang diberikan ini bukan satu hak mutlak pegawai dan ianya tertakluk kepada kelulusan Kuasa Tertentu; dan (viii) kemudahan cuti tanpa rekod ini tidak boleh dibawa ke tahun hadapan, sekiranya pegawai tidak menggunakan kemudahan ini pada tahun semasa. MyPPSM CERAIAN SR.5.2.5 3) Kursus intensif adalah meliputi modul-modul yang mewajibkan pegawai mengikutinya secara sepenuh masa seperti berikut: (i) kuliah; (ii) tutorial; (iii) seminar/bengkel/kolokium; dan (iv) latihan amal/latihan industri yang kurang daripada 30 hari. TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN Semakan Pertama : Ketua Pentadbiran FPJB / Kerani Cuti FPJB Semakan Kedua : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Perakuan : Ketua FPJB Kelulusan : Kuasa Tertentu RUJUKAN : Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN SR.5.2.5


BAHAGIAN III KEMUDAHAN CUTI HAJI KEMUDAHAN CUTI UMRAH KEMUDAHAN CUTI KEAGAMAAN KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD SEMPENA PESTA KAAMATAN DAN HARI GAWAI CUTI ATAS SEBAB KEAGAMAAN DAN KEBUDAYAAN KEMUDAHAN KELAYAKAN CUTI TANPA REKOD PERAYAAN VAISAKHI KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD SEMPENA PERAYAAN GOOD FRIDAY BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG MENGANUT AGAMA HINDU KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD SEMPENA TAHUN BARU SIAM (SONGKRAN) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG BERKETURUNAN SIAM KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD SEMPENA PERAYAAN HARI DEEPAVALI BAGI PEGAWAI PERKHIGMATAN AWAM YANG MENGANUT AGAMA HINDU


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 38 JENIS : KEMUDAHAN CUTI HAJI TUJUAN : Membolehkan pegawai mengerjakan fardhu Haji. SYARAT : MyPPSM CERAIAN SR.5.3.1 & Perintah Am 34 Bab C 1) Kemudahan Cuti Haji dalam Perintah Am 34 dan 35 Bab C adalah dikekalkan dengan pindaan berikut: (i) Cuti Haji boleh diluluskan kepada pegawai beragama Islam yang berjawatan tetap dan telah disahkan dalam jawatan; (ii) Cuti Haji bergaji penuh maksimum 40 hari, termasuk cuti rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am. Sekiranya pegawai memerlukan tempoh melebihi 40 hari atas sebab sebab tertentu maka pegawai boleh memohon untuk menggunakan kemudahan cuti rehat atau cuti tanpa gaji, yang mana berkaitan, tertakluk kepada kelayakan pegawai; (iii) Cuti Haji hanya boleh diluluskan sekali sahaja dalam tempoh perkhidmatan; dan (iv) Kemudahan ini juga dipanjangkan kepada pegawai berjawatan sementara yang telah berkhidmat tidak kurang daripada enam (6) tahun secara berterusan. Perintah Am 35 (a) Bab C 2) Cuti Haji boleh diluluskan sekali sahaja di dalam tempoh perkhidmatan seseorang pegawai dan tertakluk kepada syarat bahawa pegawai itu telah berkhidmat tidak kurang daripada 4 tahun dan telah disahkan dalam jawatannya. SPP 4/2009 3) Cuti Haji tidak diambil kira sebagai tempoh perkhidmatan yang melayakkan bagi tujuan pengiraan kelayakan Cuti Rehat tahunan atau cuti-cuti lain yang diberi berdasarkan tempoh perkhidmatan yang melayakkan. 4) Permohonan kemudahan Cuti Haji bagi pegawai berjawatan Tetap Percubaan adalah seperti berikut: (i) Bagi pegawai berjawatan tetap percubaan adalah tidak berkelayakan untuk menggunakan kemudahan Cuti Haji kerana belum disahkan dalam perkhidmatan. Walau bagaimanapun dengan mengambil maklum bahawa peluang untuk mengerjakan haji merupakan peluang yang perlu dimanfaatkan sebaiknya, maka pegawai boleh memohon Kemudahan Cuti Haji kepada


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 39 Bahagian Pengurusan Sumber Manusia untuk dimajukan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). (ii) Namun begitu, kelulusan menggunakan kemudahan Cuti Haji adalah tertakluk kepada syarat-syarat serta peraturan-peraturan dan pertimbangan daripada JPA. (iii) Kelulusan Cuti Haji ini direkodkan di dalam Buku Perkhidmatan pegawai. MyPPSM CERAIAN UP.1.1.8 5) Kemudahan Cuti Haji bagi pegawai berjawatan Kontrak (Contract of Service) adalah seperti berikut: (i) Pegawai yang telah berkhidmat secara kontrak tidak kurang empat (4) tahun boleh diluluskan Cuti Haji bergaji penuh tidak lebih 40 hari sepanjang tempoh perkhidmatan Kerajaan. Bagi pesara yang dilantik kontrak, syarat tempoh perkhidmatan empat (4) tahun ini tidak terpakai sekiranya mereka belum pernah menggunakan kemudahan ini sebelum bersara. MyPPSM CERAIAN UP.1.1.8 6) Cuti Tanpa Gaji Untuk Mengerjakan Haji Bagi Pegawai Lantikan Kontrak (Contract of Service) (i) Pegawai lantikan secara kontrak yang tidak layak kemudahan Cuti Haji bergaji penuh boleh dipertimbangkan Cuti Tanpa Gaji tidak melebihi 40 hari untuk tujuan mengerjakan haji dengan syarat pegawai telah berkhidmat sekurang- kurangnya tiga (3) tahun. Cuti Tanpa Gaji atas sebab yang lain tidak dibenarkan. TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN Semakan Pertama : Ketua Pentadbiran FPJB / Kerani Cuti FPJB Semakan Kedua : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Perakuan : Ketua FPJB Kelulusan : Kuasa Tertentu RUJUKAN : Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN SR.5.3.1 : Perintah Am 34 dan 35 (a) Bab C : Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2009 : Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN UP.1.1.8


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 40 SIMULASI KEMUDAHAN CUTI HAJI YANG MENGURANGKAN KELAYAKAN CUTI REHAT Tempoh menunaikan Haji : 21.06.2022 – 02.08.2022 (43 hari) Tempoh kelayakan Cuti Haji : 21.06.2022 – 30.07.2022 (40 hari) Kelayakan Cuti Rehat Tahunan : 30 hari Kelayakan Cuti Rehat Tahunan bagi tahun 2022 : :. 365 hari – 40 hari = 325 hari :. 325 hari / 365 hari x 30 hari = 27 hari


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 41 JENIS : KEMUDAHAN CUTI UMRAH TUJUAN : Membolehkan pegawai mengerjakan ibadah umrah. SYARAT : MyPPSM CERAIAN SR.5.3.2 1) Pelaksanaan kemudahan Cuti Umrah adalah seperti yang berikut: (i) Bagi maksud menunaikan ibadah umrah di tanah suci Mekah dan ziarah di Madinah; (ii) Diperuntukkan kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang beragama Islam dan bertaraf tetap; (iii) Tertakluk kepada maksimum tujuh (7) hari; (iv) Tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am; (v) Perkiraan tujuh (7) hari bagi maksud ibadah umrah bermula dari tarikh penerbangan sebenar menunaikan ibadah umrah di tanah suci Mekah dan ziarah di Madinah. Sekiranya tarikh penerbangan bermula pada hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am, maka perkiraan tujuh (7) hari akan bermula pada hari bekerja berikutnya; (vi) Sekiranya pegawai memerlukan tempoh melebihi tujuh (7) hari atas sebab-sebab tertentu, maka pegawai boleh memohon untuk menggunakan kemudahan Cuti Rehat atau Cuti Tanpa Gaji atas urusan persendirian, tertakluk pada kelayakan cuti pegawai; (vii)Diberikan sekali sahaja (one-off) sepanjang tempoh perkhidmatan, yang meliputi perkhidmatan di bawah semua Pihak Berkuasa Melantik. Sekiranya tempoh Cuti Umrah yang digunakan adalah kurang daripada tujuh (7) hari, baki cuti yang tidak digunakan tidak boleh dibawa ke hadapan; Permohonan Cuti Umrah hendaklah disertakan dengan dokumen perjalanan bagi kelulusan Kuasa Tertentu. Penggunaan kemudahan Cuti Umrah hendaklah direkodkan dalam Buku Perkhidmatan pegawai. Semakan Pertama : Ketua Pentadbiran FPJB / Kerani Cuti FPJB Semakan Kedua : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Perakuan : Ketua FPJB Kelulusan : Kuasa Tertentu RUJUKAN : Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN SR.5.3.2


Click to View FlipBook Version