The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku yang dilihat sangat relevan untuk mempertingkatkan kualiti pentadbiran dan pengurusan kemudahan cuti yang diperuntukkan kepada semua Staf UPNM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ffarihafairy, 2023-01-25 21:08:50

BUKU PANDUAN KEMUDAHAN CUTI UPNM TAHUN 2022

Buku yang dilihat sangat relevan untuk mempertingkatkan kualiti pentadbiran dan pengurusan kemudahan cuti yang diperuntukkan kepada semua Staf UPNM

Keywords: CUTI

BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 90 JENIS : CUTI TANPA REKOD BAGI MELAKSANA AKTIVITI KHIDMAT KEMASYARAKATAN TUJUAN : Bagi menggalakkan penyertaan pegawai perkhidmatan awam dengan aktiviti khidmat masyarakat dalam negara dengan pertubuhan yang diluluskan. SYARAT : MyPPSM CERAIAN SR5.5.7 1) Kemudahan ini diberikan maksimum lima (5) hari setahun tidak termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am. MyPPSM CERAIAN SR5.5.7 2) Sekiranya aktiviti khidmat masyarakat yang dilaksanakan kurang daripada empat (4) jam, pegawai hendaklah menggunakan Peraturan Kebenaran Untuk Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja di Bawah Perintah Am 5 Bab G - Mematuhi Waktu Bekerja [rujuk Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian SR.4.2.2]. MyPPSM CERAIAN SR5.5.7 3) Perlu mengemukakan surat daripada pertubuhan mengenai aktiviti yang akan dilaksanakan. MyPPSM CERAIAN SR5.5.7 4) Kelulusan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan. 5) Kemudahan Cuti Tanpa Rekod ini dicatatkan dalam Buku Perkhidmatan Pegawai. MyPPSM CERAIAN SR5.5.7 6) Kemudahan Cuti Tanpa Rekod ini diperuntukkan kepada pegawai perkhidmatan awam yang dilantik secara tetap, sementara dan kontrak (contract of service). TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN Semakan : Ketua Pentadbiran FPJB / Kerani Cuti FPJB Perakuan : Pegawai Peraku Cuti Kelulusan : Ketua FPJB RUJUKAN : Pekeling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN SR.5.5.7


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 91 JENIS : CUTI MENGHADIRI LATIHAN SYARIKAT KERJASAMA TUJUAN : Bagi meningkatkan kemahiran diri ahli mana-mana pertubuhan atau persatuan. SYARAT : Perintah Am 43 (a) Bab C 1) Seseorang pegawai yang menjadi ahli sebuah Syarikat Kerjasama dan telah membuat akuan secara bertulis untuk memegang jawatan di dalam syarikat kerjasamanya bila-bila masa dalam masa 2 tahun selepas kursus itu iaitu sekiranya ia dijemput atau dilantik ke sebarang jawatan, boleh diberi cuti tidak berekod tidak melebihi 2 bulan untuk menghadiri kursus kerjasama di Maktab Kerjasama. Perintah Am 43 (a) Bab C 2) Kelulusan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan Perintah Am 43 (b) Bab C 3) Ketua FPJB/ Kuasa Tertentu juga boleh, mengikut budicara, meluluskan cuti tidak berekod kepada pegawai-pegawai yang menjadi ahli mana-mana syarikat kerjasama untuk menghadiri sebarang kursus latihan, seminar atau mesyuarat syarikat kerjasama di dalam atau di luar Malaysia seperti yang telah diluluskan oleh Ketua Pengarah Kemajuan Kerjasama. TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN Semakan : Ketua Pentadbiran FPJB / Kerani Cuti FPJB Perakuan : Pegawai Peraku Cuti Kelulusan : *Ketua FPJB / Kuasa Tertentu RUJUKAN : Perintah Am 43 (a) (b) Bab C _________________________________________________________________________________________________________________________________________________________ *Aktiviti di dalam Malaysia diluluskan oleh Ketua FPJB manakala aktiviti di luar Malaysia diluluskan oleh Kuasa Tertentu


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 92 JENIS : CUTI MENGHADIRI MESYUARAT PERSATUAN IKHTISAS TUJUAN : Bagi memberi peluang pegawai-pegawai ikhtisas bagi menghadiri mesyuarat persatuan-persatuan ikhtisas mereka. SYARAT : Perintah Am 45 Bab C 1) Boleh meluluskan cuti tidak berekod kepada pegawai-pegawai ikhtisas bagi menghadiri mesyuarat-mesyuarat persatuan-persatuan ikhtisas. Perintah Am 45 Bab C 2) Persatuan-persatuan yang dimaksudkan ini adalah seperti yang diistiharkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa. Perintah Am 45 Bab C 3) Mesyuarat-mesyuarat yang dibenarkan ialah Mesyuarat Agong Tahunan dan Mesyuarat Agong Luarbiasa sahaja. Perintah Am 45 Bab C 4) Kelulusan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan. TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN Semakan : Ketua Pentadbiran FPJB / Kerani Cuti FPJB Perakuan : Pegawai Peraku Cuti Kelulusan : Ketua FPJB RUJUKAN : Perintah Am 45 Bab C


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 93 NAMA PERSATUAN YANG DISENARAI DI BAWAH PERINTAH AM 45 BAB C 1. The Malaysian Institute of Certified Public Accountants 2. Pertubuhan Arkitek Malaysia 3. Joint Group of Institute of Civil Engineers. The Institute of Mechanical Engineers And Institution of Electrical Engineers. 4. Persatuan Biokimia Malaysia (The Malaysian Bio-Chemical Society) 5. The Malaysian Dental Association 6. The Institution of Engineers, Malaysia 7. Persatuan Jurutera Galian Malaysia 8. Persatuan Juru-Juru X-Ray Malaysia 9. Persatuan Kesihatan Malaysia (Malaysian Society of Health) 10. Institut Kimia Malaysia 11. Malaysian Medical Association 12. The Alumni Association of The King Edward VII College of Medicine 13. The Association of Medical Social Workers Malaysia 14. Persatuan Geologi Malaysia 15. Persatuan Jururawat Malaysia 16. The Obtetrical and Gynnaecological Society of Malaysia 17. Persatuan Pakar Bius Malaysia 18. Persatuan Pakar Orthopedic Malaysia 19. Malaysia Society of Pathologists 20. Akademik Perubatan Malaysia 21. Malaysian Association of Medical Physics 22. Pharmaceutical Association of Malaysia 23. The Malaysian Scientific Association 24. Chartered Secretaries Malaysia 25. The College of Surgeons of Malaysia 26. The Royal Institution of Surveyors Malaysia 27. Persatuan Perkhidmatan Tadbir Dan Diplomatik Malaysia 28. Persatuan Teknologi Malaysia 29. Malaysia Institute of Planners 30. Persatuan Kajiperasit Dan Perubatan Tropika Malaysia 31. Persatuan Doktor-Doktor Veterinar Malaysia


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 94 *Senarai Persatuan di atas adalah tertakluk kepada pindaannya/tambahan dari semasa ke semasa. Tarikh kemaskini di portal JPA: 13 Jun 2022 32. Persatuan Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Kehakiman Dan Perundangan 33. Persatuan Dermatology Malaysia 34. Persatuan Radiology Malaysia (Malaysia Radiologi Society) 35. The College of Physicians of Malaysia 36. Persatuan Pemakanan Malaysia 37. Persatuan Pediatrik Malaysia 38. Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia 39. Persatuan Pegawai Pelajaran Kesihatan Malaysia 40. Malaysia Institute of Food Technology 41. Persatuan Fesioterapi Malaysia 42. Persatuan Ahli Biokimia – Klinikal Malaysia 43. Persatuan Penyakit Berjangkit Dan Kemoterapi Malaysia 44. Persatuan Kesihatan Environmen Malaysia 45. Malaysian Psychiatric Association 46. Persatuan Jurupulih Cara Kerja Malaysia 47. Persatuan Onkologi Malaysia 48. Persatuan Pegawai Syar’iah Malaysia 49. Persatuan Pegawai Kesihatan Persekitaran Malaysia (EHOM) 50. Persatuan Juruanalisa Sistem Sektor Awam (PERJASA) 51. Persatuan Otorinolaringologis – Pakar Bedah Kepala dan Leher Malaysia (MSO-HNS) 52. Persatuan Pascasiswazah Optometris Malaysia 53. Persatuan Transfusi Darah Malaysia (PTDM)


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 95 JENIS : CUTI LAIN-LAIN KURSUS TUJUAN : Bagi meningkatkan kemahiran diri ahli mana-mana pertubuhan atau persatuan. SYARAT : Perintah Am 42 (b) Bab C 1) Boleh diberi kepada pegawai-pegawai yang menghadiri kursus-kursus di Sekolah Latihan Semangat, Latihan Pimpinan Belia di bawah anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, dan kursus Kesatuan Sekerja yang diluluskan oleh Kementerian Buruh dan Tenaga Rakyat. Perintah Am 42 (c) Bab C 2) Cuti di (1) akan diluluskan mengikut budi bicara Ketua FPJB, tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan. Perintah Am 42 (d) Bab C 3) Bagi kursus-kursus latihan atau persidangan Kesatuan Sekerja yang diadakan di seberang laut, kuasa yang boleh meluluskan cuti tidak berekod ini ialah Kuasa Tertentu. TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN Semakan : Ketua Pentadbiran FPJB / Kerani Cuti FPJB Perakuan : Pegawai Peraku Cuti Kelulusan : *Ketua FPJB / Kuasa Tertentu RUJUKAN : Perintah Am 42 (b) (C) (d) Bab C ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________ *Aktiviti di dalam Malaysia diluluskan oleh Ketua FPJB manakala aktiviti di luar Malaysia diluluskan oleh Kuasa Tertentu


BAHAGIAN VI KEMUDAHAN CUTI GANTIAN LAIN-LAIN CUTI HAL BERKAITAN CUTI STAF PERTUKARAN TETAP (PEGAWAI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA KE UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA) PERATURAN MEMBERIKAN KEBENARAN TIDAK HADIR KERJA ATAS SEBABMUSABAB KECEMASAN AM KEMUDAHAN CUTI TUGAS KHAS PERUBATAN


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 96 JENIS : KEMUDAHAN CUTI GANTIAN TUJUAN : Diberikan kepada pegawai yang diarahkan menjalankan tugas lebih masa SYARAT : MyPPSM CERAIAN SR.5.6.7 1) Diberikan kepada pegawai yang diarahkan menjalankan tugas lebih masa pada hari bekerja biasa, hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan atau hari kelepasan am tetapi tidak berkelayakan mendapat bayaran lebih masa atau sebarang bayaran khas lain. MyPPSM CERAIAN SR.5.6.7 2) Cuti Gantian yang boleh diluluskan adalah sama banyak dengan masa dipanggil bertugas lebih masa iaitu 9 jam kerja lebih masa boleh diberi satu (1) hari Cuti Gantian. MyPPSM CERAIAN SR.5.6.7 3) Cuti Gantian boleh digunakan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh kelulusan Ketua Jabatan dan tidak tertakluk kepada tahun semasa. MyPPSM CERAIAN SR.5.6.7 4) Perlu mengemukakan surat daripada arahan untuk menjalankan tugas lebih masa. TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN Semakan : Ketua Pentadbiran FPJB / Kerani Cuti FPJB Perakuan : Pegawai Peraku Cuti Kelulusan : Ketua FPJB RUJUKAN : Surat Edaran JPA.(S).800-1/3/2(19) bertarikh 20 September 2022 : Pekeling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN SR.5.6.1


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 97 JENIS : KEMUDAHAN CUTI TUGAS KHAS PERUBATAN TUJUAN : Memberi peluang pegawai berehat kerana menjalankan tugas berbahaya atau tidak digemari. SYARAT : Perintah Am 47 Bab C 1) Pegawai-pegawai yang layak mendapat kemudahan ini: a) Pegawai-pegawai yang menjalankan tugas X-ray sepenuh masa dan terdedah kepada pancaran X-ray; dan b) pegawai-pegawai di pusat-pusat perubatan tertentu dimana jenisjenis tugas yang dijalankan adalah merbahaya atau tidak digemari. Pusat-pusat perubatan ini hendaklah seperti yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa. Perintah Am 47 Bab C 2) Pegawai-pegawai yang menjalankan tugas-tugas tertentu perubatan seperti yang disebutkan di (1) boleh diberi cuti tugas khas perubatan oleh Ketua FPJB sebanyak 14 hari dalam satu-satu tahun. Bagi seseorang pegawai yang menjalankan tugas khas perubatan kurang daripada satu tahun, kelayakannya ialah setimpal dengan perkhidmatan yang melayakkan dalam menjalankan tugas khas itu. Perintah Am 47 Bab C 3) Cuti tugas khas perubatan ini tidak boleh dikumpulkan dan hendaklah diambil dalam tahun yang ianya diperolehi. TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN Semakan : Ketua Pentadbiran FPJB / Kerani Cuti FPJB Perakuan : Pegawai Peraku Cuti Kelulusan : Ketua FPJB RUJUKAN : Perintah Am 47 Bab C


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 98 JENIS : PERATURAN MEMBERIKAN KEBENARAN TIDAK HADIR KERJA ATAS SEBAB-MUSABAB KECEMASAN AM TUJUAN : Memberi kebenaran kepada pegawai untuk tidak hadir di tempat bertugas atas sebab-sebab kecemasan seperti banjir, tanah runtuh, gempa bumi, jambatan runtuh, bencana alam, perintah berkurung dan perintah sekatan am oleh pihak berkuasa yang menyebabkan terhalangnya perjalanan ke UPNM. SYARAT : MyPPSM CERAIAN SR.4.2.7 1) Bahagian Pengurusan Sumber Manusia boleh memperolehi maklumat dan pengesahan kejadian kecemasan am atau perintah tertentu sebenarnya telah berlaku daripada Pegawai Daerah, Penghulu, Pejabat Polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Media massa (dikemukakan oleh pegawai). MyPPSM CERAIAN SR.4.2.7 2) Sekiranya Bahagian Pengurusan Sumber Manusia tidak berpuas hati dengan perakuan yang dikemukakan, cuti rehat tahunan pegawai boleh ditolak ataupun menganggap tempoh itu sebagai cuti tanpa gaji sekiranya cuti rehat tahunan pegawai sudah habis digunakan. MyPPSM CERAIAN SR.4.2.7 3) Kes-kes bencana dan kemalangan yang berlaku ke atas peribadi atau pun yang melibatkan harta benda seseorang pegawai tidak termasuk di dalam istilah kecemasan am. Ini bermakna sekiranya sesuatu bencana atau kemalangan berlaku ke atas pegawai atau ke atas harta bendanya maka kejadian itu disifatkan sebagai kecemasan peribadi dan sekiranya pegawai itu tidak hadir bekerja hendaklah ia mendapat kebenaran cuti daripada Ketua FPJB. MyPPSM CERAIAN SR.4.2.7 4) Pegawai-pegawai yang bertugas di luar pejabat yang tidak dapat pulang ke ibu pejabatnya disebabkan kecemasan am akan terus dibenarkan berada di tempat tersebut seolah-olah masih menjalankan tugas rasmi dan layak menuntut elaun-elaun di bawah pekeliling berkuat kuasa. MyPPSM CERAIAN SR.4.2.7 5) Kebenaran tidak hadir kerja dengan sebab kecemasan am ini tidak menjejaskan kelayakan cuti seseorang pegawai dan pegawai tidak perlu mengemukakan permohonan cuti bagi tempoh tidak hadir kerja itu. MyPPSM CERAIAN SR.4.2.7 6) Direkodkan dalam Buku Perkhidmatan pegawai. TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN Semakan Pertama : Ketua Pentadbiran FPJB / Kerani Cuti FPJB Semakan Kedua : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Perakuan : Ketua FPJB Kelulusan : Kuasa Tertentu RUJUKAN : Pekeling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN SR.4.2.7


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 99 JENIS : HAL CUTI DAN GANTIAN CUTI REHAT (GCR) BERKAITAN STAF PERTUKARAN TETAP (PEGAWAI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA KE UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA) SYARAT : MyPPSM CERAIAN SR.5.1.1 1) Kadar Cuti Rehat tahunan adalah tertakluk kepada kadar kelayakan cuti rehat seperti yang telah dinyatakan dalam MyPPSM CERAIAN SR.5.1.1 atau pekeliling yang berkuat kuasa. MyPPSM CERAIAN SR.5.1.6 2) Pegawai Perkhidmatan Awam yang tidak dapat mengambil cuti rehatnya kerana kepentingan perkhidmatan dibenarkan mengumpul baki cuti rehatnya yang ia berkelayakan dalam tempoh dua tahun perkhidmatan, ke tahun ketiga. Cuti tahun pertama yang tidak dihabiskan dalam tahun ketiga akan luput pada akhir tahun ketiga. Garis Panduan UPNM 3) Pertukaran tetap memutuskan hubungan pegawai dengan perkhidmatan hakiki dan tidak boleh diambil kira bagi tujuan mendapatkan kemudahan yang berkaitan dengan tempoh perkhidmatan kecuali bagi kemudahan/cuti yang diluluskan kepada pegawai sekali sepanjang tempoh perkhidmatan dengan Kerajaan seperti Cuti Haji/Cuti Menjaga Anak. Garis Panduan UPNM 4) Cuti rehat yang dikumpul bagi GCR semasa dalam Perkhidmatan di ATM tidak boleh dicantumkan dengan cuti rehat yang dikumpulkan semasa dalam perkhidmatan di UPNM. Garis Panduan UPNM 5) Pembayaran award wang tunai GCR terkumpul dibayar sekali sahaja dalam perkhidmatan. MyPPSM CERAIAN PP.1.3.1 6) Had pengumpulan GCR: (i) sehingga 31 Disember 2021, diambil kira setakat 150 hari sahaja; dan (ii) mulai 1 Januari 2022, pegawai boleh mengumpul GCR sehingga maksimum 160 hari. Garis Panduan UPNM 7) Memandangkan pegawai telah dibayar GCR sebanyak 150 hari di perkhidmatan ATM sehari sebelum ditukar tetap di UPNM, pegawai tidak layak dibayar GCR di UPNM. MyPPSM CERAIAN PP.1.3.1 8) Walau bagaimanapun, berdasarkan MyPPSM CERAIAN PP.1.3.1, had pengumpulan GCR mulai 1 Januari 2022, pegawai boleh mengumpul GCR sehingga maksimum 160 hari. Oleh yang demikian, baki 10 hari GCR boleh dikumpul di UPNM dan dibayar award wang tunai bagi menggenapkan jumlah GCR 160 hari. Garis Panduan UPNM 9) (i) pegawai yang layak untuk menggunakan kemudahan cuti rehat pada tahun akhir perkhidmatan ialah pegawai yang mengumpul GCR melebihi 160 hari pada tahun persaraan, yang mana hanya GCR yang melebihi 160 hari boleh digunakan sebagai cuti rehat.


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 100 (ii) Pegawai boleh menggunakan cuti ini secara sekaligus ataupun berperingkat dalam ternpoh 12 bulan sebelum tarikh bersara tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan. JADUAL KELAYAKAN CUTI REHAT Kadar Kelayakan Cuti Rehat Tahunan yang diberikan kepada pegawai pertukaran tetap (Pegawai ATM) hendaklah mengikut gred jawatan mulai tarikh lantikan tetap di UPNM seperti berikut: Tarikh Lantikan Pertama / Baharu Kurang 10 Tahun Perkhidmatan yang Melayakkan **Genap 10 Tahun Perkhidmatan yang Melayakkan Gred 1-20 Gred 21-30 Gred 31-56 Pengurusan Tertinggi Gred 1-20 Gred 21-30 Gred 31-56 Pengurusan Tertinggi Sebelum 1 September 2005 20 hari 25 hari 30 hari 30 hari 25 hari 30 hari 35 hari 35 hari Mulai 1 September 2005 Hingga 31 Disember 2008 20 hari 25 hari 30 hari 30 hari 25 hari 30 hari 30 Hari 30 hari Mulai 1 Januari 2009 20 hari 25 hari 25 hari 25 hari 25 hari 25 hari 25 hari 25 hari **Kecuali Perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia, Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia, Perkhidmatan Pegawai Penguat Kuasa Maritim dan Pegawai Lain-Lain Pangkat Penguat Kuasa Maritim serta Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan/Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi yang menjalankan tugas-tugas mengajar di sekolah, kolej komuniti atau politeknik yang menikmati kemudahan Cuti Penggal dan Cuti Rehat Khas. **Genap 10 tahun perkhidmatan dikira daripada tarikh lantikan tetap pertama di UPNM. TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN Semakan : Ketua Pentadbiran FPJB / Kerani Cuti FPJB Perakuan : Pegawai Peraku Cuti Kelulusan : Pegawai Pelulus Cuti RUJUKAN : Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN SR.5.1.1 : Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN SR.5.1.6 : Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN PP.1.3.1 : Garis Panduan Dasar Pertukaran Tetap (Anggota Tentera) Bagi Jawatan Pinjaman Ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia


BAHAGIAN VII GANTIAN CUTI REHAT (GCR) PRINSIP PENGUMPULAN GANTIAN CUTI REHAT DAN PEMBAYARAN AWARD WANG TUNAI GANTIAN CUTI REHAT PENGUMPULAN GANTIAN CUTI REHAT PADA TAHUN AKHIR PERKHIDMATAN KESAN CUTI TANPA GAJI DAN CUTI BELAJAR / BERKURSUS KEPADA KELAYAKAN PENGUMPULAN GANTIAN CUTI REHAT GANTIAN CUTI REHAT KAEDAH PENGUMPULAN CUTI REHAT SEBAGAI GANTIAN CUTI REHAT PERCANTUMAN PENGUMPULAN GANTIAN CUTI REHAT PEMBERIAN AWAL AWARD WANG TUNAI GANTIAN CUTI REHAT TATACARA PEREKODAN GANTIAN CUTI REHAT YANG TERATUR TINDAKAN KEPADA GANTIAN CUTI REHAT YANG TIDAK TERATUR


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 101 JENIS : GANTIAN CUTI REHAT TUJUAN : Mengumpul cuti rehat yang tidak dapat dihabiskan demi kepentingan perkhidmatan untuk tujuan Gantian Cuti Rehat (GCR). SYARAT : MyPPSM CERAIAN PP.1.3.1 1) Pengumpulan cuti rehat bagi GCR hanya boleh diberikan kepada pegawai lantikan tetap (termasuk pegawai dalam tempoh percubaan). MyPPSM CERAIAN PP.1.3.1 2) Pengumpulan GCR diperuntukkan di bawah mana-mana Perintah Am, Peraturan-Peraturan, atau Ketetapan Khas yang terpakai bagi seseorang pegawai dari semasa ke semasa adalah tertakluk kepada: i. kelayakan cuti rehat tahun semasa; ii. peraturan untuk membawa cuti rehat yang tidak dapat dihabiskan ke tahun hadapan; dan iii. kaedah bagi pengumpulan cuti rehat yang tidak dapat dihabiskan demi kepentingan perkhidmatan. MyPPSM CERAIAN PP.1.3.1 3) Walau apa pun kaedah pengumpulan cuti rehat yang terpakai kepada seseorang pegawai, jumlah hari cuti rehat yang boleh dikumpul bagi GCR ialah maksimum 15 hari atau setengah daripada kadar cuti rehat yang pegawai itu layak bagi tahun tersebut, mengikut mana yang kurang. MyPPSM CERAIAN PP.1.3.1 4) Pengumpulan cuti rehat yang tidak dapat dihabiskan mestilah mendapat pengesahan daripada Ketua FPJB masing-masing dengan menyatakan bahawa segala usaha telah dibuat untuk mengambil ke semua cuti rehat dalam tahun semasa tetapi oleh sebab kepentingan perkhidmatan, cuti rehat itu tidak dapat dihabiskan pada penghujung tahun berkenaan. Kelulusan ini hendaklah dicatatkan dalam Kenyataan Cuti. MyPPSM CERAIAN PP.1.3.1 5) Had pengumpulan GCR adalah seperti yang berikut: i. sehingga 31 Disember 2002 diambil kira setakat 90 hari sahaja; ii. sehingga 31 Disember 2008 diambilkira setakat 120 hari sahaja; iii. sehingga 31 Disember 2021 diambilkira setakat 150 hari sahaja; dan iv. mulai 1 Januari 2022, pegawai boleh mengumpul GCR sehingga maksimum 160 hari. MyPPSM CERAIAN PP.1.3.1 6) Apa-apa jumlah cuti rehat yang telah dikumpulkan setakat 31 Disember 2021 yang melebihi seratus lima puluh (150) hari boleh digunakan sebagai cuti rehat pada tahun persaraan seperti yang ditetapkan dalam Ceraian PP.1.3.3 (Kebenaran Gantian Cuti Rehat Melebihi 160 Hari Digunakan Sebagai Cuti Rehat Pada Tahun Persaraan).


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 102 MyPPSM CERAIAN PP.1.3.1 7) Pada tahun akhir perkhidmatan, pegawai dibenarkan mengumpul semua baki cuti rehat yang berkelayakan sehingga maksimum sama banyak dengan kadar cuti rehat tahunannya. MyPPSM CERAIAN PP.1.3.1 8) GCR adalah dikira berdasarkan formula yang berikut: 1/30 X gaji akhir yang X jumlah bilangan cuti rehat yang diterima terkumpul Tertakluk kepada maksimum peraturan yang berkuatkuasa. “gaji yang akhir diterima” pegawai yang tertakluk kepada Sistem Saraan Malaysia atau Sistem Saraan Baru, “gaji akhir” ialah gaji hakiki dan Imbuhan Tetap mengikut kumpulan perkhidmatan, kategori, gred dan gaji hakiki pegawai; gaji yang akhir diterima oleh pegawai tidak termasuk apa-apa elaun berpencen yang dibayar kepada pegawai. MyPPSM CERAIAN PP.1.3.2 9) Syarat, Kaedah Dan Prosedur Pengumpulan Cuti Rehat Untuk Pemberian GCR Kepada Pegawai Yang Memilih Skim KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) Pengumpulan cuti rehat bagi tujuan pemberian GCR kepada pegawai yang memilih skim KWSP bermula pada 1 November 2004 dan syarat, kaedah serta prosedur pengumpulan Cuti Rehat adalah sama seperti yang telah ditetapkan. MyPPSM CERAIAN PP.1.3.2 10) Pemberian GCR hanya boleh diluluskan berhubung dengan persaraan pegawai di bawah Subseksyen (5) atau (6) Seksyen 6A Akta 239 (yang terpakai bagi pegawai yang memilih Skim KWSP) atau kematian pegawai semasa dalam perkhidmatan. Ia tidak boleh diluluskan berhubung dengan cara penamatan perkhidmatan yang lain (termasuk peletakan jawatan atau dibuang kerja). MyPPSM CERAIAN PP.1.3.2 11) Kelulusan dan pembiayaan pemberian GCR bagi pegawai yang memilih Skim KWSP dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Terakhir pegawai berkenaan. MyPPSM CERAIAN PP.1.3.3 12) Pegawai yang layak untuk menggunakan kemudahan cuti rehat pada tahun akhir perkhidmatan ialah pegawai yang mengumpul GCR melebihi 160 hari pada tahun persaraan, yang mana hanya GCR yang melebihi 160 hari boleh digunakan sebagai cuti rehat. Pegawai boleh menggunakan cuti ini secara sekaligus ataupun berperingkat dalam tempoh 12 bulan sebelum tarikh bersara tertakluk kepada kelulusan Ketua FPJB.


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 103 Tahun persaraan adalah dikira dua belas (12) bulan sebelum tarikh persaraan pegawai. MyPPSM CERAIAN PP.1.3.3 13) Berkuatkuasa 1 Januari 2018 hingga 31 Disember 2022, GCR yang dikumpul melebihi 150 hari sepanjang perkhidmatan boleh digunakan sebagai cuti rehat pada tahun akhir persaraan. TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN Semakan : Ketua Pentadbiran FPJB / Kerani Cuti FPJB Perakuan : Ketua FPJB Kelulusan : Kuasa Tertentu RUJUKAN : Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN PP.1.3.1 : Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN PP.1.3.2 : Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN PP.1.3.3


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 104 CONTOH PEMBERIAN AWARD WANG TUNAI GANTIAN CUTI REHAT SEBANYAK 160 HARI YANG BERMULA PADA 1 JANUARI 2022 Situasi: “Saya Prof. Dr. Ramlah Rom, saya akan bersara pada tahun tahun 2022. Sehingga tahun 2021, saya telah mengumpul Gantian Cuti Rehat (GCR) sebanyak 160 hari. Saya cadang nak gunakan lebihan 10 hari tersebut sebagai cuti rehat di tahun persaraan saya. Tapi, baru-baru ini saya dengar kerajaan telah mengumumkan bahawa GCR boleh dikumpul sebanyak 160 hari mulai 1 Januari 2022. Jadi, saya telah mengubah fikiran. Daripada GCR yang telah saya kumpul sebanyak 160 hari tersebut, 160 hari saya nak gunakan sebagai pemberian award wang tunai? Boleh ke saya berbuat demikian atau saya perlu kumpul lagi 10 hari GCR untuk melayakkan saya dibayar GCR sebanyak 160 hari itu? Jawapan: Melalui Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN PP.1.3.1 Pemberian Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat, had pengumpulan GCR adalah seperti berikut: a. sehingga 31 Disember 2002 diambil kira setakat 90 hari sahaja; b. sehingga 31 Disember 2008 diambil kira setakat 120 hari sahaja; c. sehingga 31 Disember 2021 diambil kira setakat 150 hari sahaja; dan d. mulai 1 Januari 2022, pegawai boleh mengumpul GCR sehingga maksimum 160 hari. PROF. DR. RAMLAH ROM ADALAH SEORANG PENSYARAH UNIVERSITI GRED KHAS C LANTIKAN : 10 September 1985 BERSARA : 29 November 2022 KADAR KELAYAKAN CUTI REHAT TAHUNAN (CRT) : 35 HARI i) Ringkasan maklumat yang diperolehi daripada Prof. Dr. Ramlah Rom: GCR sehingga tahun 2021 160 hari ii) Situasi sekiranya pegawai hendak dibayar Award Wang Tunai GCR sebanyak 160 hari: Had pengumpulan GCR sehingga 31 Disember 2021 yang diambil kira adalah setakat 150 hari sahaja. Bermula 1 Januari 2022, perlu kumpul lagi 10 hari GCR Boleh mengumpul GCR pada tahun 2022 (tahun akhir persaraan) untuk menggenapkan sebanyak 160 hari GCR sehingga tahun 2021 160 hari GCR yang perlu dikumpul pada tahun 2022 (tahun akhir persaraan) 10 hari Jumlah GCR yang dikumpul sehingga tahun 2022 170 hari GCR yang diambil kira sebagai sebagai pemberian award wang tunai 160 hari Baki GCR boleh digunakan sebagai Cuti Rehat pada tahun persaraan 10 hari


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 105 PRINSIP PENGUMPULAN GANTIAN CUTI REHAT Cuti Rehat yang tidak dapat dihabiskan pada penghujung tahun demi kepentingan perkhidmatan awam, adalah dibenarkan (tertakluk syarat tertentu) untuk dikumpul sebagai GCR. KADAR MAKSIMUM PENGUMPULAN GANTIAN CUTI REHAT BAGI 1 TAHUN Jumlah maksimum Cuti Rehat yang boleh dikumpul bagi GCR ialah 15 hari atau setengah daripada kadar cuti rehat yang layak pada tahun tersebut. Baki cuti rehat boleh dibawa ke tahun hadapan. Kelayakan Cuti Rehat Tahunan akan berkurangan sekiranya pegawai mengambil Cuti Belajar, Cuti Separuh Gaji, Cuti Tanpa Gaji, Cuti Haji dan Cuti Sakit Tibi/Kusta/Barah. PEMBAYARAN AWARD WANG TUNAI GANTIAN CUTI REHAT


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 106 PENGUMPULAN GANTIAN CUTI REHAT PADA TAHUN AKHIR PERKHIDMATAN a. Kadar CRT pada tahun akhir perkhidmatan diproratakan sehingga ke tarikh persaraan. b. Pegawai boleh mengumpul GCR sehingga maksimum (30 hari) iaitu sama banyak dengan kadar CRT, tertakluk kepada jumlah baki cuti rehat pada tahun tersebut. c. Baki cuti rehat yang tidak digunakan dan tidak dikumpul sebagai GCR akan luput (Pegawai kumpul GCR 30 hari, 3 hari diluputkan). d. Pegawai perlu mendapatkan kelulusan Ketua FPJB.


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 107 CONTOH PENGUMPULAN GANTIAN CUTI REHAT PADA TAHUN AKHIR PERKHIDMATAN Situasi: “Saya Ali Sudin, akan bersara pada tahun 2020. Kelayakan cuti tahunan bagi tahun 2020 adalah 23 hari. Saya juga ada baki cuti terkumpul dari tahun lepas (2019) berjumlah 10 hari. Saya tak sempat nak habiskan semua cuti rehat tersebut. Banyak kerja yang tak 'settle' lagi. GCR terkumpul saya pun tak cukup 150 hari lagi. Ada 110 hari sahaja. Berapa hari saya boleh simpan untuk GCR pada tahun persaraan saya ye?” Jawapan: Pada tahun akhir perkhidmatan, pegawai dibenarkan mengumpul dari cuti rehat untuk GCR sehingga jumlah maksimum iaitu, sama banyak dengan kadar cuti rehat yang pegawai berkelayakan (contohnya 20/25/30/35 hari), namun tertakluk kepada baki cuti yang masih ada. ENCIK ALI SUDIN ADALAH SEORANG PEMBANTU TADBIR GRED N22 LANTIKAN : 1.8.1985 BERSARA : 2.10.2020 KADAR KELAYAKAN CUTI REHAT TAHUNAN (CRT) : 30 HARI i) Ringkasan maklumat yang diperolehi daripada Encik Ali Sudin: Baki Cuti terkumpul tahun 2019 10 hari Kelayakan Cuti Rehat mulai 01/01/2020 – 2/10/2020 23 hari Kelayakan Cuti Rehat tahun 2020 33 hari (10 hari + 23 hari) ii) Situasi sekiranya pegawai hendak mengumpul GCR pada tahun akhir perkhidmatan: Ambil daripada kelayakan Cuti Rehat semasa (tahun persaraan) Maksimum 30 hari (ikut kelayakan CRT) GCR sehingga tahun 2019 110 hari GCR yang dikumpul pada tahun 2020 30 hari Jumlah GCR yang terkumpul pada tahun persaraan 140 hari (110 hari + 30 hari) iii) Pilihan yang boleh diambil bagi baki Cuti Rehat tahun 2020: Boleh digunakan untuk Cuti Rehat ATAU diluputkan Kelayakan Cuti Rehat tahun 2020 33 hari GCR yang dikumpul pada tahun 2020 30 hari Baki Cuti Rehat pada tahun 2020 3 hari (33 hari – 30 hari)


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 108 PENGUMPULAN GANTIAN CUTI REHAT PADA TAHUN AKHIR PERKHIDMATAN BAGI PEGAWAI YANG DIBERIKAN CUTI PERUBATAN KHAS Pegawai yang didapati tidak berupaya menjalankan kewajipan jawatannya kerana kelemahan akal atau tubuh yang kekal boleh dihadapkan ke Lembaga Perubatan (LP) berdasarkan peruntukan dalam MyPPSM CERAIAN PP.1.2.4 untuk dipertimbangkan Persaraan Atas Sebab Kesihatan (ASK). • Mulai tarikh Laporan Lembaga Perubatan dikeluarkan, pegawai perlu menghabiskan cuti rehat yang berkelayakan (sekiranya ada) sebelum diberikan Cuti Perubatan Khas. • Pegawai yang diberi Cuti Perubatan Khas tidak layak untuk mengumpul GCR pada tahun akhir perkhidmatan kerana telah menghabiskan kesemua cuti rehatnya sebelum diberi Cuti Perubatan Khas. • Cuti Rehat pegawai perlu diprorata sehingga ke tarikh Laporan Lembaga Perubatan dikeluarkan.


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 109 KESAN CUTI TANPA GAJI KEPADA KELAYAKAN PENGUMPULAN GANTIAN CUTI REHAT


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 110 KESAN CUTI BELAJAR / BERKURSUS KEPADA KELAYAKAN PENGUMPULAN GANTIAN CUTI REHAT


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 111 KAEDAH PENGUMPULAN CUTI REHAT SEBAGAI GANTIAN CUTI REHAT KAEDAH CUTI LUPUT KAEDAH CUTI PILIHAN 1 TAHUN KAEDAH CUTI PILIHAN 2 TAHUN TEMPOH Sebelum 1.1.1984 Mulai 1.1.1984 hingga 31.12.1991 Mulai 1.1.1992 hingga kini JUMLAH GCR Tidak boleh memilih Dibenarkan memilih Dibenarkan memilih SYARAT DAN PERATURAN i. Pegawai layak kumpul GCR sekiranya baki cuti rehat di penghujung tahun melebihi kelayakan CRT pada rehat tahun semasa. ii. Pegawai perlu menghabiskan cuti tahun lepas terlebih dahulu. Sekiranya ada lebihan baki setelah dimasukkan ke GCR, ianya akan luput pada akhir tahun semasa. iii. Cuti rehat yang boleh dibawa ke hadapan adalah daripada cuti tahun semasa sahaja. iv. Sekiranya baki cuti rehat di penghujung tahun kurang daripada kadar cuti rehat tahun semasa, maka kesemua baki cuti rehat akan dibawa ke tahun hadapan menjadikan GCR tidak layak dikumpulkan i. Pegawai dibenarkan memilih jumlah hari yang hendak dikumpul bagi GCR daripada jumlah baki cuti rehat tahun semasa yang tidak dapat dihabiskan dan selebihnya di bawa ke tahun hadapan. ii. Pegawai perlu menghabiskan cuti tahun lepas terlebih dahulu. iii. Baki cuti rehat tahun lepas yang tidak diambil pada tahun semasa akan luput pada akhir tahun semasa. iv. Pengumpulan cuti rehat bagi GCR adalah daripada kadar cuti rehat tahun semasa yang layak bagi pegawai i. Pegawai dibenarkan memilih jumlah hari yang hendak dikumpul bagi GCR daripada jumlah baki cuti rehat tahun semasa. ii. Baki cuti rehat boleh dibawa ke tahun hadapan selama dua tahun, tetapi cuti tahun pertama akan luput pada akhir tahun ketiga. iii. Pegawai perlu menghabiskan cuti tahun pertama dan cuti tahun kedua sebelum mengambil cuti tahun semasa HAD GCR 15 hari atau ½ dari kelayakan CRT tahun sebelumnya 15 hari atau ½ dari kelayakan CRT tahun semasa 15 hari atau ½ dari kelayakan CRT tahun semasa


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 112 KAEDAH CUTI PILIHAN 2 TAHUN BAGI TEMPOH 1.1.1992 HINGGA KINI Tarikh Dilantik : 1.1.1982 Kelayakan CRT : 35 Hari (Genap 10 tahun) Tahun Cuti Tahun Lepas (A) Cuti Layak (B) Jumlah Cuti Layak [A+B] (C) Jumlah Cuti Diambil (D) Baki Cuti [C-D] (E) Cuti Bawa Ke Hadapan (F) GCR (G) Cuti Luput 1994 20 1995 20 35 55 T.94 6 T.94 T.95 14 + 35 49 T.94 T.95 14 + 20 34 T.95 15 1996 T.94 T.95 14 + 20 34 35 69 T.94 4 T.94 T.95 T.96 10 + 20 + 35 65 T.95 T.96 20 + 20 40 15 T.94 10 Cuti tahun pertama (Tahun 1994) perlu digunakan terlebih dahulu sebelum menggunakan cuti pada tahun semasa. Cuti tahun pertama (Tahun 1994) akan luput pada akhir tahun ketiga (Tahun 1996) Pegawai boleh memilih jumlah cuti untuk GCR dari baki cuti rehat tahun semasa tertakluk kepada 15 hari atau ½ dari kelayakan CRT pada tahun semasa, dan baki cuti yang selebihnya dibawa ke tahun hadapan Cuti Tahun Pertama 1994 Cuti Tahun Kedua 1995


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 113 PERCANTUMAN PENGUMPULAN GANTIAN CUTI REHAT: DILANTIK DARI KUASA MELANTIK YANG BERLAINAN Kesan kepada Kemudahan Cuti dan GCR yang Pegawai apabila dilantik ke Kuasa Melantik yang berlainan (Perkhidmatan Negeri/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan dalam Ceraian PP.1.3.1) Telah mengumpul GCR sebanyak 80 hari hangus dan baki cuti yang masih ada hangus apabila dilantik ke kuasa melantik yang baru. Perlu mengumpul semula GCR dan mula dengan kelayakan cuti yang baru dan tempoh genap 10 tahun perkhidmatan tambahan cuti bermula tahun pertama di kuasa melantik kedua yang baru sehingga bersara. Baki cuti, GCR yang dikumpul dan genap 10 tahun perkhidmatan untuk tambahan cuti boleh diambil jika melalui proses “Pertukaran Perkhidmatan / Pertukaran Pelantikan” antara 2 kuasa melantik tersebut mengikut Para 13, Ceraian PP.1.3.1 dan SP SPA Bil.1/2005 cuti boleh diambil jika melalui proses “Pertu Baki cuti, GCR yang dikumpul dan genap 10 tahun perkhidmatan untuk tambahan cuti boleh diambil jika melalui proses “Pertukaran Perkhidmatan” antara 2 kuasa melantik tersebut mengikut Para 13, Ceraian PP.1.3.1 dan SP SPA Bil.1/2005 karan Baki cuti, GCR yang dikumpul dan genap 10 tahun perkhidmatan untuk tambahan cuti boleh diambil jika melalui proses “Pertukaran Perkhidmatan” antara 2 kuasa melantik tersebut mengikut Para 13, Ceraian PP.1.3.1 dan SP SPA Bil.1/2005 Perkhidmatan” antara 2 kuasa melantik tersebut mengikut Para 13, Ceraian PP.1.3.1 dan SP SPA Bil.1/2005 cuti, GCR yang dikumpul dan genap 10 tahun perkhidmatan untuk tambahan cuti boleh diambil jika melalui proses “Pertukaran Perkhidmatan” antara 2 kuasa melantik tersebut mengikut Para 13, Ceraian PP.1.3.1 dan SP SPA Bil.1/2005 an” antara 2 kuasa melantik tersebut mengikut Para 13, Ceraian PP.1.3.1 dan SP SPA Bil.1/2005


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 114 DILANTIK DARI KUASA MELANTIK YANG BERLAINAN (PBM Beza) Kesan kepada Kemudahan Cuti dan GCR bagi Pegawai daripada Perkhidmatan Negeri/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan ke UPNM PERKARA FAEDAH PERSARAAN BAKI CUTI REHAT GANTIAN CUTI REHAT GENAP 10 TAHUN PERKHIDMATAN TARIKH LANTIKAN BAGI PENETAPAN CUTI REHAT Tukar Tetap (selain pegawai ATM) Ya Ya Ya Terdahulu Terdahulu Tukar Tetap (Pegawai ATM) Tidak Tidak Tidak Baru Baru Tukar Lantik Ya Ya Ya Terdahulu Terdahulu KPSL Ya Ya Ya Terdahulu Terdahulu Pelepasan Dengan Izin (PBM Sama) Ya Ya Ya Terdahulu Terdahulu Pelepasan Dengan Izin (PBM Beza)* Ya Tidak Tidak Baru Baru Letak Jawatan Tidak Tidak Tidak Baru Baru * Sekiranya pegawai memohon “Pertukaran Perkhidmatan’’ dibaca bersama SP SPA Bil 1/2015 atau “Pertukaran Pelantikan” dibaca bersama Ceraian PP.1.3.1, maka pegawai akan mendapat kelayakan seperti berikut: PERKARA FAEDAH PERSARAAN BAKI CUTI REHAT GANTIAN CUTI REHAT GENAP 10 TAHUN PERKHIDMATAN TARIKH LANTIKAN BAGI PENETAPAN CUTI REHAT Pelepasan Dengan Izin (PBM Beza)* Ya Ya Ya Terdahulu Terdahulu


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 115 JENIS : PEMBERIAN AWAL AWARD WANG TUNAI GANTIAN CUTI REHAT (GCR) TUJUAN : Membenarkan seseorang pegawai menukar GCR sebanyak lapan puluh (80) hari yang telah dikumpulkan kepada wang tunai semasa dalam perkhidmatan, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. SYARAT : MyPPSM CERAIAN PP.1.3.4 1) Syarat-syarat kelayakan pemberian awal award wang tunai GCR: i. tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira hendaklah tidak kurang daripada 15 tahun, tertakluk kepada Peraturan 4,5 dan 6 Peraturan-Peraturan Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan 1990; ii. telah mencapai umur 45 tahun1; iii. jumlah GCR yang terkumpul sebelum penebusan hendaklah sekurang-kurangnya 80 hari; iv. bebas daripada sebarang prosiding jenayah atau tindakan tatatertib; dan v. mendapat perakuan daripada Ketua FPJB. Garis Panduan UPNM 2) Syarat kelayakan tambahan pemberian awal award wang tunai GCR: i. Peruntukan RM500,000.00 setahun dengan pembahagian perbelanjaan seperti berikut: Staf Akademik RM 250,000.00 Staf Bukan Akademik RM 250,000.00 ii. Sekiranya terdapat permohonan baharu melepasi had siling peruntukan permohonan tersebut akan diproses pada tahun berikutnya. Garis Panduan UPNM 3) Universiti berhak untuk meminda had siling peruntukan tertakluk kepada kedudukan semasa kewangan universiti. MyPPSM CERAIAN PP.1.3.4 & Garis Panduan UPNM 4) Pemberian awal award wang tunai GCR hanya boleh dibuat SEKALI sahaja sepanjang perkhidmatan; MyPPSM CERAIAN PP.1.3.4 & Garis Panduan UPNM 5) Jumlah maksimum pengumpulan GCR yang boleh dibayar award wang tunai sepanjang tempoh perkhidmatan adalah seratus enam puluh (160) hari sahaja. Jumlah tersebut adalah termasuk lapan puluh (80) hari yang dibayar. __________________________________________________________________________________________________________ 1 Ketentuan syarat umur adalah sepertimana Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2002 (Dokumen Tarikh Lahir Pegawai Awam).


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 116 Garis Panduan UPNM 6) Pemberian awal award wang tunai GCR yang diterima tidak mendapat pengecualian cukai dan tertakluk kepada cukai pendapatan bagi pendapatan tahun semasa di bawah Akta Cukai Pendapatan. Garis Panduan UPNM 7) Pegawai yang memilih Skim KWSP juga layak membuat penebusan awal award wang tunai GCR sekiranya syarat-syarat seperti yang ditetapkan telah dipenuhi. MyPPSM CERAIAN PP.1.3.4 8) Keputusan pemberian awal award wang tunai GCR adalah muktamad. Sekiranya pegawai didapati tidak memenuhi mana-mana syarat permohonan pemberian awal award wang tunai GCR, maka apa-apa kelulusan yang diberikan adalah terbatal. MyPPSM CERAIAN PP.1.3.4 9) Ganjaran GCR adalah dikira berdasarkan formula yang berikut: 1/30 X gaji semasa yang X 80 hari diterima “gaji semasa” ialah gaji hakiki dan Imbuhan Tetap mengikut kumpulan perkhidmatan, kategori, gred dan gaji hakiki pegawai TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN Semakan : Ketua Pentadbiran FPJB / Kerani Cuti FPJB Perakuan : Ketua FPJB Kelulusan : Kuasa Tertentu RUJUKAN : Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN PP.1.3.4 : Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2002 : Garis Panduan Pemberian Awal Award Wang Tunai dan Gantian Cuti Rehat sebanyak 80 hari di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 117 MOHON •Tanggungjawab : Pegawai •Pegawai rancang cuti yang ingin diambil dan dibawa ke tahun hadapan •Mohon GCR menerusi Borang Pengumpulan Cuti Rehat pada penghujung tahun LULUS •Tanggungjawab : Ketua FPJB •Borang Pengumpulan Cuti Rehat ditandatangani •Ketua FPJB meluluskan pengisian GCR REKOD •Tanggungjawab : Ketua Pentadbiran FPJB / Kerani Cuti FPJB •Kelulusan GCR direkod dalam Kenyataan Cuti melalui Sistem Maklumat Personel (SMP) SAH •Tanggungjawab : BPSM •Menyemak kelayakan bagi memastikan jumlah GCR adalah betul dan teratur •Catatan GCR yang direkod hendaklah disahkan (ditandatangani,cop jawatan, tarikh) bagi memastikan integriti maklumat yang direkod SEMAK •Tanggungjawab : Pegawai •Pegawai bertanggungjawab untuk menyemak Buku Rekod Perkhidmatan (BRP) sekurang-kurangnya setahun sekali bagi memastikan maklumat perkhidmatan dan cuti dikemaskini serta direkod dengan betul dan teratur TATACARA PEREKODAN GANTIAN CUTI REHAT (GCR) YANG TERATUR Langkah yang perlu diambil bagi memastikan pengumpulan GCR adalah teratur


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 118 TINDAKAN KEPADA GANTIAN CUTI REHAT (GCR) YANG TIDAK TERATUR ISU Tiada catatan pengumpulan GCR ISU Catatan pengumpulan GCR tidak lengkap atau meragukan ISU Catatan pengumpulan GCR tidak disahkan oleh BPSM Borang Pengumpulan Cuti Rehat tidak boleh diisi semula / dipinda / ditandatangani oleh Ketua FPJB yang tidak berkuat kuasa pada tahun pengumpulan BPSM tidak boleh cop atau sah catatan GCR bagi rekod-rekod cuti terdahulu KESAN Perekodan yang tidak teratur boleh menyebabkan pengumpulan GCR tidak dapat diambil kira TINDAKAN Pembuktian adalah dengan mengemukakan Borang Pengumpulan Cuti Rehat yang telah diluluskan oleh Ketua FPJB pada tahun pengumpulan.


BAHAGIAN VIII KESAN CUTI KEPADA PERKHIDMATAN (JADUAL PERBANDINGAN) KESAN CUTI KEPADA PERKHIDMATAN


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 119 KESAN CUTI KEPADA PERKHIDMATAN (JADUAL PERBANDINGAN) Bil. Aspek Perkhidmatan Kategori Cuti Bergaji Penuh Separuh Gaji Tanpa Gaji 1 Gaji Bulanan Layak gaji penuh Layak separuh gaji Tidak layak 2 Imbuhan Tetap * (ITP / ITKA / ITK / ITJU / ITGK) Layak imbuhan penuh Layak separuh Imbuhan Tidak layak 3 Kemudahan Layak semua kemudahan Layak kemudahan tertentu seperti perubatan Tidak layak kemudahan kecuali perubatan (tak termasuk CTG di luar negara) 4 Tempoh percubaan (pegawai belum disahkan dalam perkhidmatan) Diambil kira sebagai sebahagian daripada tempoh percubaan Dibekukan mengikut tempoh cuti Dibekukan mengikut tempoh cuti 6 Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) Layak PGT Tidak layak PGT jika cuti melebihi 180 hari dalam satu tahun kalendar kecuali PGT secara isyarat tidak lebih tiga (3) kali bagi pegawai yang diluluskan CBSG, CSG kerana menghidap penyakit tibi, kusta dan barah atau kombinasi cuti tersebut. Tidak layak PGT jika cuti melebihi 180 hari dalam satu tahun kalendar kecuali PGT secara isyarat tidak lebih tiga (3) kali bagi pegawai yang diluluskan CBTG, CTG Mengikut Pasangan Bertugas Atau Berkursus Di Dalam Atau Luar Negeri atau kombinasi mana-mana cuti tersebut.


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 120 Bil. Aspek Perkhidmatan Kategori Cuti Bergaji Penuh Separuh Gaji Tanpa Gaji 7 Elaun Pemangkuan i. Tidak layak jika menggunakan Cuti Rehat sebelum genap 28 hari pertama dalam tempoh pemangkuan kecuali Cuti Rehat atas sebab-sebab kecemasan serta Cuti Sakit secara terkumpul yang tidak melebihi daripada 6 hari bekerja; atau ii. Tidak layak jika bercuti melebihi 28 hari berturut-turut kecuali berkursus, meninggalkan jawatan atas tugas rasmi atau cuti sakit yang tidak melebihi 92 hari Tidak layak Tidak layak 8 Elaun Penanggungan Kerja i. Tidak layak jika menggunakan cuti rehat sebelum genap 28 hari pertama dalam tempoh penanggungan kerja kali pertama atau sebelum genap 14 hari pertama bagi penanggungan kerja kali kedua atau seterusnya atas jawatan yang sama kecuali Cuti Rehat atas sebab-sebab kecemasan serta Cuti Sakit secara terkumpul yang tidak melebihi daripada 5 hari bekerja; atau Tidak layak jika tempoh cuti melebihi 14 hari berturut-turut Tidak layak


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 121 Bil. Aspek Perkhidmatan Kategori Cuti Bergaji Penuh Separuh Gaji Tanpa Gaji ii.Tidak layak jika tempoh cuti melebihi 14 hari berturut-turut 9 Bayaran Insentif Pakar / Bayaran Insentif Pegawai Kesihatan Awam Layak kadar penuh Layak kadar separuh Tidak layak 10 Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) i. Layak kadar penuh kecuali Cuti Rehat, Cuti Haji dan Cuti Sakit yang melebihi 28 hari berturut-turut dan Cuti Bersalin atau kombinasi manamana jenis cuti tersebut yang melebihi 28 hari berturut-turut; ii. Layak BIPK di atas kadar sebenar/ separuh bagi Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pensyarah Pelatih Perubatan/ Pensyarah Perubatan (Pelatih) yang mengikuti kursus Sarjana Perubatan atau Pergigian yang mana berkenaan di bawah program kepakaran yang dilaksanakan di dalam negara mengikut Sistem Terbuka/ Sistem Tertutup Tidak layak Tidak layak


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 122 Bil. Aspek Perkhidmatan Kategori Cuti Bergaji Penuh Separuh Gaji Tanpa Gaji 12 Ikatan untuk berkhidmat dengan Kerajaan kerana diluluskan Cuti Belajar Terikat mengikut ikatan kontrak untuk berkhidmat dengan Kerajaan atau dikenakan tuntutan ganti rugi sekiranya melanggar syaratsyarat perjanjian Terikat mengikut ikatan kontrak untuk berkhidmat dengan Kerajaan atau dikenakan tuntutan ganti rugi sekiranya melanggar syaratsyarat perjanjian Terikat mengikut ikatan kontrak untuk berkhidmat dengan Kerajaan atau dikenakan tuntutan ganti rugi sekiranya melanggar syaratsyarat perjanjian 13 Baki Cuti Rehat sebelum bermula Cuti Belajar Bagi CBBP melebihi 12 bulan, baki Cuti Rehat akan luput Bagi CBSG melebihi 12 bulan, baki Cuti Rehat akan luput Bagi CBTG melebihi 12 bulan, baki Cuti Rehat akan luput 14 Tempoh Perkhidmatan yang melayakkan bagi Cuti Rehat Tempoh Cuti Haji, Cuti Tibi, Kusta dan Barah serta CBBP tidak diambil kira untuk perkiraan kelayakan Cuti Rehat Tempoh CSG tidak diambil kira untuk perkiraan kelayakan Cuti Rehat Tempoh CTG tidak diambil kira untuk perkiraan kelayakan Cuti Rehat 17 Tempoh Perkhidmatan dimasuk kira bagi tujuan perkiraan faedah persaraan Dimasuk kira Dimasuk kira Tidak dimasuk kira 18 Bayaran Imbuhan Sara Hidup Layak kadar penuh Layak kadar separuh Tidak layak 19 Tempoh Notis Peletakan Jawatan Diambil kira Diambil kira Tidak diambil kira * ITP : Imbuhan Tetap Perumahan ITKA : Imbuhan Tetap Khidmat Awam ITK : Imbuhan Tetap Keraian ITJU : Imbuhan Tetap Jawatan Utama ITGK : Imbuhan Tetap Gred Khas RUJUKAN : Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2009


BAHAGIAN IX SOALAN- SOALAN LAZIM URUSAN-URUSAN LAIN BERKAITAN CUTI TANGGUNGJAWAB PENGEMASKINIAN CUTI


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 123 SOALAN-SOALAN LAZIM Kemudahan Cuti Separuh Gaji (CSG) SOALAN JAWAPAN 1. Adakah pegawai layak menggunakan CSG untuk menjaga ibu mentua yang uzur? Pegawai layak menggunakan CSG kerana tafsiran sanak-saudara yang rapat kepada pegawai adalah termasuk keluarga pegawai sendiri, adik beradik, ibu bapa, ibu bapa mentua, datuk dan nenek. [Perintah Am 13 Bab C (Cuti) Tahun 1974] 2. Berapakah kelayakan CSG bagi pegawai yang telah berkhidmat selama 1 tahun 6 bulan? Kelayakan CSG ialah sebanyak 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan yang melayakkan tetapi tidak boleh melebihi 180 hari. Maka, berdasarkan pengiraan berikut, kelayakan CSG pegawai ialah sebanyak 45 hari, termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am. 3. Berapakah kelayakan bagi CSG bagi pegawai yang telah berkhidmat selama 10 tahun 6 bulan? Kelayakan CSG ialah sebanyak 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan yang melayakkan tetapi tidak boleh melebihi 180 hari Oleh itu, kelayakan bagi 10 tahun dan 6 bulan adalah terhad kepada had maksimum 180 hari (termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am), dan tidak boleh diulang sepanjang perkhidmatan [Perintah Am 13 Bab C (Cuti) Tahun 1974] Petunjuk : PYM - Perkhidmatan Yang Melayakkan


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 124 Kemudahan Cuti Separuh Gaji (CSG) SOALAN JAWAPAN 4. Pegawai telah menggunakan Cuti Sakit Lanjutan (secara separuh gaji) selama 90 hari. Adakah ia akan menjejaskan kelayakan CSG? Cuti-cuti lain seperti Cuti Sakit Lanjutan, Cuti Tibi, Kusta dan Barah dan Cuti Bersalin tidak menjejaskan peruntukan kadar kelayakan CSG di bawah Perintah Am 13 Bab C (Cuti) Tahun 1974 kerana CSG hanya diperuntukkan atas sebab kesihatan sanak saudara pegawai. Kemudahan Cuti Tanpa Gaji (CTG) SOALAN JAWAPAN 1. Apakah syarat-syarat umum menggunakan kemudahan CTG? Ketua Jabatan boleh melululuskan Cuti Tanpa Gaji berdasarkan syarat yang berikut: a. Syarat minimum layak memohon Cuti Tanpa Gaji di dalam atau di luar negeri ialah sekurang-kurangnya 6 bulan perkhidmatan yang melayakkan; b. Pegawai telah menghabiskan semua Cuti Rehat yang ia berkelayakan sebelum mengambil Cuti Tanpa Gaji; c. Baki Cuti Tanpa Gaji yang belum diambil boleh digunakan selagi tidak mencapai had maksimum yang dibenar berasaskan perkhidmatan yang melayakkan; d. Cuti Tanpa Gaji hendaklah direkodkan di dalam Kenyataan Cuti dan Buku Perkhidmatan; dan e. Kadar Cuti Tanpa Gaji adalah 30 hari bagi setiap genap satu tahun perkhidmatan yang melayakkan tetapi tidak melebihi 360 hari.


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 125 Kemudahan Cuti Tanpa Gaji (CTG) SOALAN JAWAPAN 2. Berapakah kelayakan CTG bagi pegawai yang telah berkhidmat selama 1 tahun 6 bulan? Kelayakan CTG adalah sebanyak 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan yang melayakan tetapi tidak boleh melebihi 360 hari. Maka, berdasarkan pengiraan berikut, kelayakan CTG pegawai adalah sebanyak 45 hari, termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am. CTG = Tempoh PYM (hari) x 30 hari 365 hari = (547hari / 365 hari) x 30 hari = 45 hari 3. Berapakah kelayakan bagi CTG bagi pegawai yang telah berkhidmat selama 20 tahun 6 bulan? Kelayakan CTG pegawai adalah terhad kepada had maksimum 360 hari (termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am), dan tidak boleh diulang sepanjang perkhidmatan. 4. Pegawai telah menggunakan Cuti Sakit Lanjutan (secara tanpa gaji) selama 90 hari dan Cuti Menjaga Anak (tanpa gaji) selama 150 hari. Adakah ia akan menjejaskan kelayakan CTG? Cuti-cuti lain seperti Cuti Sakit Lanjutan (Tanpa Gaji), Cuti Bersalin Tanpa Gaji dan Cuti Menjaga Anak (Tanpa Gaji) tidak menjejaskan peruntukkan kadar kelayakan CTG di bawah Perintah Am 14 Bab C (Cuti) Tahun 1974 kerana CTG hanya diperuntukkan atas sebab urusan persendirian yang mustahak. Petunjuk : PYM - Perkhidmatan Yang Melayakkan


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 126 Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Melaksanakan Aktiviti Khidmat Masyarakat SOALAN JAWAPAN 1. Adakah pegawai lantikan personel MySTEP layak mendapat kemudahan cuti ini? Tidak layak. Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Melaksanakan Aktiviti Khidmat Masyarakat tidak terpakai kepada personel MySTEP. 2. Sekiranya pertubuhan/persatuan di bawah Perintah Am 42(a) dan Perintah Am 45 Bab C (Cuti) melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat, adakah pegawai menjadi ahli kepada pertubuhan/persatuan tersebut layak mendapat kemudahan Cuti Tanpa Rekod tersebut? Layak. Pegawai layak menggunakan kemudahan Cuti Tanpa Rekod ini kerana pertubuhan yang diisytihar oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam di bawah Perintah am 42(a) dan Perintah Am 45 Bab C (Cuti) merupakan pertubuhan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966. 3. Pasukan Simpanan Sukarelawan Tentera Udara DiRaja Malaysia merupakan pasukan sukarela di bawah Perintah Am 41 Bab C (Cuti). Sekiranya pegawai yang menjadi ahli kepada pasukan tersebut menyertai aktiviti khidmat masyarakat bagi membantu mangsa bencana banjir, adakah pegawai tersebut layak memohon Cuti Tanpa Rekod? Layak. Pegawai layak menggunakan kemudahan Cuti Tanpa Rekod ini kerana pasukan sukarela tersebut diperuntukkan penubuhannya di bawah Akta Angkatan Tentera 1972 (Akta 77) seperti mana definisi pertubuhan yang diluluskan di bawah Ceraian SR.5.5.7. 4. Adakah kemudahan Cuti Tanpa Rekod ini terpakai untuk aktiviti khidmat masyarakat di luar negara? Tidak. Kemudahan Cuti Tanpa Rekod ini hanya terpakai bagi aktiviti Khidmat masyarakat di dalam negara sahaja. 5. Sekiranya aktiviti khidmat masyarakat diadakan melebihi lima (5) hari, apakah cuti lain yang boleh digunakan? Pegawai boleh menggunakan Cuti Tanpa Rekod ini terhad kepada maksimum lima (5) hari setahun tidak termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am. Pegawai boleh menggunakan Cuti Rehat berkelayakan atau Cuti Tanpa Gaji bagi tempoh yang melebihi lima (5) hari tersebut.


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 127 Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Melaksanakan Aktiviti Khidmat Masyarakat SOALAN JAWAPAN 6. Adakah kadar Cuti Tanpa Rekod maksimum lima (5) hari ini hanya boleh digunakan untuk sekali penyertaan dalam aktiviti khidmat masyarakat? Kemudahan Cuti Tanpa Rekod ini tidak terhad kepada bilangan aktiviti khidmat masyarakat yang dilaksanakan sebaliknya tertakluk kepada bilangan hari yang digunakan. Pegawai boleh menggunakan baki Cuti Tanpa Rekod yang ada untuk melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat yang lain tertakluk kepada maksimum lima (5)hari. Cuti Tanpa Rekod ini boleh digunakan secara sekali gus atau pun secara berasingan tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan. 7. Adakah aktiviti khidmat masyarakat seperti memberi makan kepada gelandangan boleh diberi Cuti Tanpa Rekod? Sekiranya aktiviti khidmat masyarakat seperti memberi makan kepada gelandangan tersebut dianjurkan oleh pertubuhan yang diluluskan, maka Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Melaksanakan Aktiviti Khidmat Masyarakat maksimum lima (5) hari setahun. 8. Adakah pegawai perlu memohon Cuti Tanpa Rekod atau menggunakan Peraturan Kebenaran untuk Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja di bawah Perintah Am 5 Bab G sekiranya pegawai hanya menyertai aktiviti khidmat masyarakat dengan pertubuhan yang diluluskan bagi tempoh tiga (3) jam? Sekiranya aktiviti khidmat masyarakat yang dilaksanakan kurang daripada empat (4) jam, pegawai hendaklah menggunakan Peraturan Kebenaran Untuk Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja di Bawah Perintah Am 5 Bab G - Mematuhi Waktu Bekerja (Ceraian SR.4.2.2)


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 128 Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat SOALAN JAWAPAN 1. Berapa lama tempoh masa yang diberikan bagi kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi urusan kematian ahli keluarga? Kemudahan Cuti Tanpa Rekod diberikan selama tiga (3) hari berturut-turut kepada pegawai Perkhidmatan Awam termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am. 2. Apakah yang dimaksudkan dengan terma “ahli keluarga terdekat” dalam kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi urusan kematian ahli keluarga? Ahli Keluarga Terdekat bermaksud suami, isteri, ibu kandung atau ibu angkat (yang sah di sisi undang-undang), bapa kandung atau bapa angkat (yang sah di sisi undangundang), ibu mentua, bapa mentua, anak kandung, anak angkat yang sah di sisi undang-undang, anak angkat de facto dan anak pelihara, adik-beradik, nenek dan datuk pegawai. 3. Adakah pegawai boleh menggunakan kemudahan ini sekiranya terdapat kematian adik-beradik seayah? Boleh. Adik-beradik seayah termasuk dalam tafsiran adik beradik. 4. Bagaimana pula sekiranya terdapat kematian adik-beradik tiri pegawai. Adakah pegawai boleh menggunakan kemudahan ini? Tidak boleh. Adik-beradik tiri tidak termasuk dalam tafsiran ahli keluarga terdekat. 5. Sekiranya pegawai mempunyai bapa kandung dan bapa angkat yang sah di sisi undang-undang, adakah kemudahan ini boleh digunakan sekiranya berlaku kematian bagi bapa kandung dan bapa angkat pegawai tersebut? Kemudahan ini hanya boleh digunakan salah seorang sama ada bapa kandung atau bapa angkat. 6. Adakah terdapat had penggunaan kemudahan ini sekiranya kematian melibatkan adik-beradik? Pegawai boleh menggunakan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat tanpa had bagi kematian yang melibatkan adik- beradik tertakluk kepada pertimbangan Ketua Jabatan.


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 129 Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat SOALAN JAWAPAN 7. Adakah kemudahan ini boleh digunakan bagi kematian ibu mentua atau bapa mentua? Kemudahan ini adalah terhad bagi seorang ibu mentua dan seorang bapa mentua sahaja sepanjang tempoh Perkhidmatan. 8. Pegawai telah berpisah dengan suami dan ibu mentua pegawai bagi suami terdahulu telah meninggal dunia. Adakah pegawai boleh menggunakan kemudahan ini untuk kematian ibu mentua suami terdahulu tersebut? Tidak boleh. Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat ini hanya boleh digunakan untuk kematian ibu mentua iaitu ibu kepada suami pegawai yang sah yang masih dalam ikatan perkahwinan 9. Sekiranya nenek atau datuk pasangan pegawai meninggal dunia, adakah pegawai layak menggunakan kemudahan cuti ini? Tidak layak. Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat ini hanya boleh digunakan untuk kematian nenek atau datuk pegawai sahaja. 10. Bagaimana pula sekiranya nenek tiri atau datuk tiri pegawai meninggal dunia? Adakah pegawai menggunakan kemudahan cuti ini? Tidak boleh. Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat ini hanya boleh digunakan untuk kematian nenek atau datuk pegawai sahaja. 11. Encik Zainal merupakan seorang Pegawai Tadbir Gred N41 di Jabatan Pertanian. Beliau mempunyai dua (2) orang isteri yang sah. Pada 20 Disember 2021, bapa kepada isteri kedua beliau telah meninggal dunia. Encik Zainal pernah menggunakan kemudahan cuti ini bagi kematian bapa isteri pertama semasa berkhidmat di Lembaga Pertubuhan Peladang. Adakah Encik Zainal layak menggunakan kemudahan cuti ini atas kematian bapa mentua (bapa isteri kedua) beliau? Pegawai tidak layak menggunakan kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat atas kematian bapa mentua (bapa isteri kedua) kerana pernah menggunakan kemudahan yang sama bagi kematian bapa mentua (bapa isteri pertama) beliau semasa beliau berkhidmat di Lembaga Pertubuhan Peladang memandangkan kemudahan ini terhad sekali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan Kerajaan.


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 130 Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat SOALAN JAWAPAN 12. Apakah yang dimaksudkan dengan selepas waktu pejabat di perenggan 4 (iii) (a) MyPPSM SR.5.2.1? Selepas waktu pejabat bermaksud selepas pukul 6.00 petang berdasarkan MYPPSM Ceraian 4.1.1 Sekiranya kematian berlaku selepas pukul 6.00 petang maka Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat bermula pada hari berikutnya. Peraturan ini juga terpakai bagi pegawai yang waktu bekerja bukan pejabat/ syif. 13. Puan Visanthi merupakan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 yang bertugas di Universiti Malaya. Pada hari Sabtu, 9 April 2022, pukul 6.30 petang, beliau dimaklumkan ibunya telah meninggal dunia. Bilakah bermulanya kemudahan cuti ini? Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat untuk Puan Vasanthi bermula pada 10 hingga 12 April 2022 iaitu termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am. Selepas waktu pejabat bermaksud selepas pukul 6.00 petang. 14. Encik Keith Foo merupakan seorang anggota polis yang bertugas di sempadan negara. Jadual bertugas bagi bulan Julai 2021 telah dikeluarkan oleh Ketua Jabatan. Semasa sedang bertugas pada 12 Julai 2021, pukul 4.30 petang, Encik Keith Foo telah menerima berita yang bapa mentuanya telah meninggal dunia. Adakah pegawai layak menggunakan kemudahan cuti ini? Pegawai layak menggunakan kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat untuk kematian bapa mentuanya mulai 12 hingga 14 Julai 2021, tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan. 15. Puan Saidatul telah diluluskan Cuti Tanpa Rekod bagi kematian bapa beliau mulai 10 hingga 11 Jun 2021 (2 hari) oleh Ketua Jabatan memandangkan terdapat tugas-tugas penting yang perlu diselesaikan. Pada 20 Oktober 2021, anak angkat Puan Saidatul meninggal dunia. Bolehkah pegawai menggunakan baki satu (1) hari daripada Cuti Tanpa Rekod yang terdahulu yang tidak digunakan bagi membolehkan pegawai bercuti mulai 20 hingga 23 Oktober 2021? Pegawai tidak boleh menggunakan baki satu (1) hari daripada tempoh Cuti Tanpa Rekod terdahulu yang tidak digunakan bagi membolehkan pegawai bercuti mulai 20 hingga 23 Oktober 2021. Kelulusan Cuti Tanpa Rekod bagi kematian anak angkat beliau tertakluk ke tempoh tiga (3) hari berturut-turut bagi sesuatu kes kematian ahli keluarga terdekat yang dibenarkan.


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 131 Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat SOALAN JAWAPAN 16. Isteri Encik Amri telah melahirkan anak sulung mereka pada 15 Januari 2022. Namun begitu, dua (2) hari kemudian, anak beliau telah meninggal dunia. Adakah pegawai layak menggunakan kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga atau kemudahan Cuti Isteri Bersalin? Pegawai layak menggunakan kemudahan Cuti Isteri Bersalin (Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN SR.5.4.2) selama tujuh (7) hari mulai daripada tarikh isteri pegawai bersalin. Sekiranya pegawai sedang menggunakan kemudahan Cuti Isteri Bersalin sebanyak tujuh (7) hari mulai 15 hingga 21 Januari 2022, pegawai tidak layak menggunakan kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat berdasarkan prinsip “hanya satu kemudahan dinikmati di dalam satusatu masa”. 17. Pegawai A bertugas di Putrajaya. Bapa beliau meninggal dunia pada 3 Mac 2020 pukul 10.00 pagi, di Sabah. Oleh sebab tiket penerbangan ke Sabah telah penuh, tarikh terawal pegawai dapat pulang ke Sabah adalah pada 6 Mac 2020. Adakah pegawai boleh menggunakan kemudahan cuti ini bermula 6 Mac 2022? Tidak boleh. Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat adalah bermula pada tarikh kematian ahli keluarga terdekat atau pada hari berikutnya jika ahli keluarga berkenaan meninggal dunia selepas waktu pejabat. Oleh itu, dalam kes ini, Pegawai A layak menggunakan kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat bermula 3 Mac hingga 5 Mac 2022. Pegawai A perlu menggunakan Cuti Rehat atau cuti-cuti lain yang berkelayakan sekiranya pegawai ingin bercuti mulai 6 Mac 2022.


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 132 Kemudahan Cuti Bersalin SOALAN JAWAPAN 1. Pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh Cuti Bersalin antara 60 hari sehingga 90 hari bagi setiap kelahiran. Adakah bermakna pegawai boleh memohon Cuti Bersalin tidak kira sama ada 68 hari, 70 hari, 75 hari, 82 hari atau 85 hari? Ya. Tempoh Cuti Bersalin yang dimohon adalah bergantung kepada pemilihan pegawai tertakluk kepada had tempoh antara 60 hari sehingga 90 hari bagi setiap kelahiran dan terhad kepada 360 hari sepanjang tempoh perkhidmatan. 2. Pegawai telah memohon untuk menggunakan 80 hari Cuti Bersalin bagi anak keempat, namun tidak diluluskan oleh Ketua Jabatan. Ketua Jabatan hanya meluluskan Cuti Bersalin selama 60 hari disebabkan oleh kekurangan tenaga kerja di Jabatan tersebut. Adakah Ketua Jabatan boleh memberikan kelulusan setakat 60 hari sahaja? Ya. Ketua Jabatan boleh meluluskan Cuti Bersalin 60 hari dengan mengambil kira kepentingan perkhidmatan. 3. Adakah Cuti Sakit boleh digunakan bagi tujuan menggantikan tempoh Cuti Bersalin sekiranya pegawai telah menggunakan kelayakan maksimum Cuti Bersalin 360 hari? Tidak. Cuti Sakit tidak boleh digunakan bagi maksud menggantikan tempoh Cuti Bersalin kecuali Cuti Tibi, Kusta dan Barah atau tempoh pegawai dimasukkan ke wad hospital kerana sakit bukan atas sebab bersalin. 4. Adakah pegawai yang mengalami keguguran pada usia kandungan 24 minggu layak untuk mengambil Cuti Bersalin? Ya. Pegawai yang telah melahirkan anak selepas 22 minggu mengandung, sama ada bayi itu hidup atau meninggal dunia, layak untuk diberi Cuti Bersalin memandangkan tubuh badan pegawai telah mengalami perubahan fizikal dan memerlukan Cuti Bersalin bagi tujuan pemulihan. 5. Adakah kelayakan Cuti Bersalin pegawai telah menggunakan kemudahan Cuti Bersalin semasa berkhidmat secara kontrak diambil kira setelah Ya. Kelayakan Cuti Bersalin semasa pegawai berkhidmat secara kontrak adalah diambil kira dan dianggap telah digunakan.


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 133 Kemudahan Cuti Bersalin SOALAN JAWAPAN 6. Adakah pegawai boleh meminda tempoh Cuti Bersalin yang telah diluluskan oleh Ketua Jabatan? Tidak. Pegawai tidak boleh meminda tempoh Cuti Bersalin yang telah diluluskan oleh Ketua Jabatan. 7. Puan Sarah sedang menggunakan Cuti Belajar dan dalam tempoh tersebut, beliau telah melahirkan anak kedua tanpa penangguhan Cuti Belajar. Adakah pegawai layak menggunakan kemudahan Cuti Bersalin? Tidak. Secara prinsipnya, tiada dua kemudahan digunakan dalam satu masa. Sekiranya pegawai bersalin dalam tempoh Cuti Belajar, maka pegawai tidak berkelayakan menggunakan kemudahan Cuti Bersalin. Kemudahan Cuti Keagamaan SOALAN JAWAPAN 1. Apakah dokumen perjalanan perlu dikemukakan oleh pegawai untuk Ketua Jabatan meluluskan permohonan Cuti Keagamaan? Pegawai boleh diminta untuk mengemukakan dokumen perjalanan seperti tiket penerbangan dan visa (jika perlu) untuk Ketua Jabatan mempertimbangkan kemudahan ini bagi tujuan mengunjungi dan melaksanakan aktiviti keagamaan di Luar Negara. 2. Bolehkah Cuti Keagamaan ini digunakan sebagai tambahan kepada cuti umum perayaan seperti Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas? Tidak. Cuti Keagamaan tidak boleh digunakan untuk tujuan sambutan perayaan sebaliknya hanya bagi tujuan mengunjungi tempat keagamaan dan melaksanakan aktiviti keagamaan. 3. Bolehkah pegawai yang telah menggunakan kemudahan Cuti Keagamaan dan kemudiannya menganut agama Islam menggunakan kemudahan Cuti Umrah? Boleh. Ini kerana ia merupakan dua kemudahan cuti yang berbeza.


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 134 Kemudahan Cuti Sakit (bagi Pegawai Lantikan Tetap) SOALAN JAWAPAN 1. Bilakah pemakaian peraturan sijil sakit swasta bagi rawatan pesakit luar tanpa tandatangan timbal oleh Pegawai Perubatan Kerajaan tidak melebihi 180 hari dalam tahun calendar berkuat kuasa? Penambaikan ini berkuat kuasa mulai tarikh Surat Edaran dikeluarkan iaitu pada 18 Februari 2022. 2. Bagaimana pula dengan penerimaan sijil sakit swasta bagi pesakit dalam? Kekal. Peraturan penerimaan sijil sakit swasta sebagai pesakit dalam adalah kekal seperti peraturan sedia ada iaitu boleh diterima oleh Ketua Jabatan tanpa tandatangan timbal tidak melebihi 180 hari dalam suatu tahun kalendar. 3. Sekiranya pegawai telah menggunakan 180 hari sijil sakit swasta bagi pesakit luar, adakah pegawai masih boleh menerima sijil swasta bagi pesakit dalam sebanyak 180 hari lagi? Tidak boleh. Pegawai tidak boleh menerima sijil sakit swasta bagi pesakit dalam sebanyak 180 hari lagi setelah menerima 180 hari sijil sakit swasta bagi pesakit luar. Ini kerana jumlah Cuti Sakit sama ada berasaskan sijil sakit swasta atau sijil sakit Kerajaan adalah tidak melebihi 180 hari dalam suatu tahun kalendar. Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantinkan atau Memerlukan Pengasingan (CMAKP) SOALAN JAWAPAN 1. Apakah perbezaan di antara Cuti Kuarantin, Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin atau Memerlukan Pengasingan dan Cuti Kerantina? a. Cuti Kuarantin adalah cuti yang diberi kepada pegawai bagi menjaga anak yang menghidapi penyakit berjangkit dan diberi perakuan oleh pegawai perubatan Kerajaan atau swasta untuk dikuarantin. Dasar ini berkuat kuasa mulai tahun 2016 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2016. Walau bagaimanapun, Pekeliling Perkhidmatan ini telah dibatalkan mulai 4 Mac 2022;


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 135 Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantinkan atau Memerlukan Pengasingan (CMAKP) SOALAN JAWAPAN b. Manakala Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan adalah penambahbaikan kepada Cuti Kuarantin yang dilaksanakan melalui Surat Edaran JPA.SARAAN (S) 43/35 Jld. 12 (8) bertarikh 4 Mac 2022; dan c. Cuti Kerantina pula adalah cuti yang diperuntukkan kepada pegawai yang dalam perjalanan balik dari luar Negara melalui kapal terbang atau pelabuhan dan ditahan oleh pihak berkuasa kesihatan bagi mengekang wabak penyakit merebak di bawah Perintah Am 24 Bab C. 2. Adakah Covid-19 termasuk dalam jenis penyakit berjangkit? Ya. Apa-apa jua penyakit berjangkit yang diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta adalah termasuk dalam “Lain-lain penyakit berjangkit” yang dinyatakan di bawah kemudahan ini, termasuklah COVID-19. 3. Apakah yang dimaksudkan dengan perakuan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta? Bermaksud perakuan secara bertulis untuk dikuarantin atau diasingkan yang diberikan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta atas nama anak yang dijangkiti penyakit berjangkit seperti yang disenaraikan dalam MyPPSM Ceraian SR.5.4.4(A) Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan (CMAKP) dan bukannya atas nama pegawai.


Click to View FlipBook Version