The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku yang dilihat sangat relevan untuk mempertingkatkan kualiti pentadbiran dan pengurusan kemudahan cuti yang diperuntukkan kepada semua Staf UPNM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ffarihafairy, 2023-01-25 21:08:50

BUKU PANDUAN KEMUDAHAN CUTI UPNM TAHUN 2022

Buku yang dilihat sangat relevan untuk mempertingkatkan kualiti pentadbiran dan pengurusan kemudahan cuti yang diperuntukkan kepada semua Staf UPNM

Keywords: CUTI

BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 136 Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantinkan atau Memerlukan Pengasingan (CMAKP) SOALAN JAWAPAN 4. Adakah Sijil Digital Home Surveillance Order (HSO) dalam MySejahtera yang diberikan kepada anak pegawai yang positif Covid-19 boleh diterima sebagai perakuan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta? Ya. Sijil Digital HSO atas nama anak pegawai dalam MySejahtera boleh digunakan sebagai perakuan Pegawai Perubatan Kerajaan/ swasta. Ia adalah selaras dengan kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan pada 24 Februari 2022 yang menyeru semua majikan menerima sijil digital HSO yang sah laku di bawah Akta 342 bagi mengelakkan kesesakan di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC). 5. Adakah HSO atas nama pegawai boleh digunakan untuk mendapatkan kemudahan cuti ini? Tidak boleh. Pegawai perlu mengemukakan HSO atas nama anak yang positif COVID-19 kerana kemudahan ini dberikan kepada pegawai bagi menjaga anak yang dijangkiti penyakit berjangkit dan mendapat perakuan dikuarantin. 6. Apakah yang dimaksudkan dengan “bilabila masa dalam tempoh perakuan yang dikeluarkan” dalam MyPPSM Ceraian SR.5.4.4? Pegawai boleh memilih pada bila-bila masa CMAKP iaitu dalam tempoh perakuan kuarantin termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am terhad maksimum lima (5) hari secara berturutan bagi setiap kes mengikut mana yang lebih rendah. 7. Adakah pegawai boleh memilih hari bekerja sahaja? Pegawai boleh memilih hari bekerja terhad maksimum lima (5) hari secara berturutan termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am bagi setiap kes mengikut mana yang lebih rendah. 8. Sekiranya suami dan isteri merupakan pegawai perkhidmatan Awam, adakah kedua-dua pegawai suami dan isteri layak mendapat CMAKP? Sekiranya suami/isteri merupakan pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan, keduadua pegawai suami/isteri layak mendapat kemudahan CMAKP maksimum lima (5) hari dan boleh digunakan secara serentak atau secara berasingan terhad selama tempoh perakuan yang dikeluarkan mengikut mana yang lebih rendah, termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am.


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 137 Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantinkan atau Memerlukan Pengasingan (CMAKP) SOALAN JAWAPAN 9. Adakah pegawai lantikan kontrak (Contract of Service) dan personel MySTEP layak mendapat kemudahan CMAKP ini? Bagi pegawai lantikan kontrak (Contract of Service) adalah layak mendapat kemudahan ini. Manakala kemudahan CMAKP ini tidak terpakai kepada personel MySTEP. 10. Bolehkan Ketua Jabatan mempertimbangkan BDR kepada pegawai yang berupaya melaksanakan tugasan di rumah walaupun anak pegawai diperaku oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta untuk dikuarantinkan atau diasingkan? Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan BDR sepertimana peruntukan di bawah MyPPSM Ceraian SR.4.1.2: Dasar Bekerja dari Rumah. BDR boleh dipertimbangkan sekiranya pegawai berupaya melaksanakan tugasan pejabat di rumah. Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Di Bawah Perintah Am 42(A) Bab C (Kemudahan Cuti Menghadiri Latihan / Khemah Tahunan Pertubuhan atau Persatuan) SOALAN JAWAPAN 1. Apakah kriteria-kriteria yang perlu dipatuhi bagi membolehkan seseorang pegawai diberikan Kemudahan Cuti Tanpa Rekod (CTR) di bawah Perintah Am 42 (a) Bab C? Seseorang pegawai yang berdaftar sebagai ahli pertubuhan/persatuan yang diisytiharkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (dari semasa ke semasa) dan menyertai aktiviti anjuran pertubuhan/ persatuan tersebut boleh diberikan kemudahan CTR tidak melebihi 14 hari dan tambahan dua (2) hari lagi perjalanan pergi dan balik ke tempat aktiviti. Ketua FPJB boleh mempertimbangkan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan. Kemudahan CTR ini juga merangkumi kursus latihan atau khemah tahunan yang diadakan dalam Malaysia. Pemberian CTR juga dibenarkan bagi menghadiri mesyuarat agung tahunan, mesyuarat luar biasa, khemah latihan tahunan, seminar dan aktiviti-aktiviti sukan anjuran pertubuhan atau persatuan berkaitan di Malaysia sahaja.


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 138 Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Di Bawah Perintah Am 42(A) Bab C (Kemudahan Cuti Menghadiri Latihan / Khemah Tahunan Pertubuhan atau Persatuan) SOALAN JAWAPAN 2. Seorang Pegawai telah dijemput untuk menghadiri Kursus ‘Train The Trainer’ Senamrobik anjuran Ibu Pejabat Polis Kontijen, Kuala Lumpur. Kursus tersebut akan berlangsung selama 12 hari mulai 18 hingga 29 Januari 2021 di Dewan Serbaguna IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur. Adakah pegawai layak menggunakan kemudahan CTR di bawah Perintah Am 42 (a) Bab C? Tiada peruntukan kemudahan CTR untuk menghadiri kursus ‘Train the Trainer’. Namun begitu, pegawai layak untuk menggunakan kemudahan Cuti Rehat atau lain-lain cuti yang berkelayakan untuk tujuan tersebut tertakluk kepada kelulusan Ketua FPJB. 3. Kakitangan UPNM telah menerima jemputan bagi mengikuti program di bawah anjuran Majlis Profesor Negara. Sebagai Pentadbir, saya kurang jelas sama ada program sebegini diklarifikasikan di bawah mana-mana kategori CTR. Tiada peruntukan Cuti Tanpa Rekod berkenaan penyertaan program anjuran Majlis Profesor Negara dalam peraturan sedia ada yang berkuat kuasa. Namun demikian, pegawai layak menggunakan Cuti Rehat atau cuti-cuti lain yang pegawai berkelayakan bagi tujuan tersebut, tertakluk kepada kelulusan Ketua FPJB. Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Di Bawah Perintah Am 45 Bab C (Kemudahan Cuti Menghadiri Mesyuarat Persatuan Ikhtisas) SOALAN JAWAPAN 1. Seorang Pegawai telah dijemput untuk menghadiri 16th APSIC Basic Training Course In Infection anjuran Pusat Kawalan Jangkitan Malaysia (ICAM) pada 4 hingga 6 Ogos 2022. Adakah pegawai layak menggunakan kemudahan CTR di bawah Perintah Am 45 Bab C? Tiada peruntukan kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi tujuan menghadiri APSIC Basic Training Course in Infection anjuran Persatuan Kawalan Jangkitan Malaysia. Oleh yang demikian, pegawai dinasihatkan untuk menggunakan kemudahan Cuti Rehat atau cuti-cuti lain yang pegawai berkelayakan, tertakluk kepada kelulusan Ketua FPJB.


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 139 TANGGUNGJAWAB PENGEMASKINIAN CUTI BIL. Jenis Cuti Tanggungjawab Catatan FPJB BPSM 1. Kemudahan Cuti Rehat √ Secara atas talian 2. Kemudahan Cuti Separuh Gaji √ 3. Kemudahan Cuti Tanpa Gaji √ 4. Kemudahan Cuti Tanpa Gaji Bagi Pegawai Yang Mengikut Pasangan Bertugas Atau Berkursus Di Dalam Atau Di Luar Negara √ 5. Kemudahan Membawa Ke Hadapan Cuti Yang Tidak Dapat Diambil √ 6. Kemudahan Cuti Rehat Selepas Berkursus Lebih 12 Bulan √ √ Perlu semak kelayakan dengan BPSM sebelum pegawai menggunakan kemudahan cuti ini 7. Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat √ Salinan dokumen perlu dihantar ke BPSM 8. Kemudahan Cuti Menjaga Anak √ 9. Kemudahan Cuti Untuk Mengambil Peperiksaan √ Salinan dokumen perlu dihantar ke BPSM 10. Kemudahan Cuti Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Disapina Untuk Hadir Ke Mahkamah Di Luar Stesen √ 11. Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Kursus Sambilan Kepada Pegawai Yang Mengikuti Pengajian Secara Sambilan di Institusi Pengajian Tinggi Dalam Negara √ 12. Kemudahan Cuti Haji √ 13. Kemudahan Cuti Umrah √ 14. Kemudahan Cuti Keagamaan √ 15. Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Sempena Pesta Kaamatan Dan Hari Gawai √


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 140 BIL. Jenis Cuti Tanggungjawab Catatan FPJB BPSM 16. Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Perayaan Vaisakhi √ 17. Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Sempena Perayaan Hari Deepavali Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Menganut Agama Hindu √ 18. Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Sempena Perayaan Good Friday Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Menganut Agama Kristian √ 19. Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Sempena Tahun Baru Siam (Songkran) Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Berketurunan Siam √ 20. Kemudahan Cuti Bersalin √ Salinan dokumen perlu dihantar ke BPSM 21. Kemudahan Cuti Bersalin (Lantikan Contract Of Service) √ 22. Kemudahan Cuti Isteri Bersalin √ 23. Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Kepada Pegawai Yang Menderma Organ √ 24. Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan √ 25. Kemudahan Cuti Sakit bagi Pegawai Lantikan Kontrak (Contract of Service) √ √ Cuti Sakit yang bermula pada hari ke-16 perlu dimaklumkan kepada BPSM 26. Kemudahan Cuti Sakit Tibi, Kusta Dan Barah √ 27. Kemudahan Cuti Sakit Lanjutan √ 28. Kemudahan Cuti Sakit √ √ Cuti Sakit yang bermula pada hari ke-91 perlu dimaklumkan kepada BPSM 29. Kemudahan Cuti Pemulihan √ 30. Kemudahan Cuti Kuarantin √ 31. Kemudahan Cuti Kecederaan √


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 141 BIL. Jenis Cuti Tanggungjawab Catatan FPJB BPSM 32. Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Pegawai-Pegawai Kerajaan Yang Dipilih Untuk Mengambil Bahagian Dalam Sukan-Sukan Perwakilan √ Salinan dokumen perlu dihantar ke BPSM 33. Kemudahan Cuti Latihan Pasukan Sukarela √ 34. Kemudahan Cuti Menghadiri Aktiviti Pertubuhan/ Persatuan √ 35. Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Dilantik Sebagai Jurulatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) √ 36. Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Menyertai Musabaqah Al-Quran Di Peringkat Kebangsaan Dan Antarabangsa √ 37. Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Dipilih Untuk Mengambil Bahagian Dalam Lawatan Kebudayaan Di Luar Negeri √ 38. Kemudahan Cuti Tanpa Rekod Bagi Melaksana Aktiviti Khidmat Kemasyarakatan √ Salinan dokumen perlu dihantar ke BPSM 39. Kemudahan Cuti Menghadiri Latihan Syarikat Kerjasama √ √ Pelulus Cuti adalah berbeza berdasarkan tempat latihan dijalankan 40. Kemudahan Cuti Menghadiri Mesyuarat Persatuan Ikhtisas √ Salinan dokumen perlu dihantar ke 41. Kemudahan Cuti Lain-Lain Kursus √ BPSM 42. Kemudahan Cuti Gantian √ 43. Kemudahan Cuti Tugas Khas Perubatan √ Salinan dokumen perlu dihantar ke BPSM 44. Peraturan Memberikan Kebenaran Tidak Hadir Bekerja Atas Sebab Musabab Kecemasan Am √ √


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 142 PENUTUP Buku Panduan Cuti Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) ini adalah yang pertama dihasilkan sebagai salah satu usaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia untuk mempertingkatkan kecekapan bahagian pentadbiran FPJB bagi mengendalikan kemudahan cuti staf di bawah seliaan masing-masing. Dasar dan peraturan pelaksanaan kemudahan cuti di dalam buku panduan akan dikemaskini dari semasa ke semasa berdasarkan kepada Perintah Am Bab C, Pekeliling Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Surat Pekeliling Perkhidmatan JPA, Surat Edaran JPA, Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM), Akta 239 serta Pekeliling Pejabat Pendaftar yang sedang berkuatkuasa. Buku panduan ini juga dihasilkan hanya sebagai rujukan staf yang berkhidmat di UPNM sahaja dan sekiranya staf meletak jawatan, maka buku ini tidak boleh dipanjangkan ke pihak badan melantik yang baharu.


SIDANG EDITOR Penasihat Puan Fazielah binti Mohamad Ketua Editor Puan Norhanum binti Abdul Halim Penolong Editor Puan Nur Ain binti Md San Cik Akmar Nurul Ffariha binti Azmi


UNIT PERKHIDMATAN DAN SARAAN BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA PEJABAT PENDAFTAR UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA


Click to View FlipBook Version