The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku yang dilihat sangat relevan untuk mempertingkatkan kualiti pentadbiran dan pengurusan kemudahan cuti yang diperuntukkan kepada semua Staf UPNM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ffarihafairy, 2023-01-25 21:08:50

BUKU PANDUAN KEMUDAHAN CUTI UPNM TAHUN 2022

Buku yang dilihat sangat relevan untuk mempertingkatkan kualiti pentadbiran dan pengurusan kemudahan cuti yang diperuntukkan kepada semua Staf UPNM

Keywords: CUTI

BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 42 JENIS : KEMUDAHAN CUTI KEAGAMAAN TUJUAN : Membolehkan pegawai yang bukan beragama Islam mengunjungi dan melaksanakan aktiviti keagamaan di dalam atau luar negara mengikut agama dan kepercayaan. SYARAT : MyPPSM CERAIAN SR.5.3.3 1) Pelaksanaan kemudahan Cuti Keagamaan ini adalah seperti yang berikut: (i) Bagi tujuan mengunjungi dan melaksanakan aktiviti keagamaan di tempat tempat keagamaan dalam dan luar negara mengikut agama dan kepercayaan masing-masing; (ii) Merupakan cuti tanpa rekod yang diperuntukkan kepada pegawai perkhidmatan awam yang bukan beragama Islam dan dilantik secara tetap; (iii) Tertakluk kepada maksimum tujuh (7) hari, tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am; (iv) Perkiraan tujuh (7) hari bagi maksud aktiviti keagamaan bermula dari tarikh penerbangan/perjalanan sebenar dibuat bagi mengunjungi dan melaksanakan aktiviti keagamaan di tempattempat keagamaan dalam atau luar negara. Sekiranya tarikh penerbangan/perjalanan bermula pada hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan atau hari kelepasan am, maka perkiraan tujuh (7) hari akan bermula pada hari bekerja berikutnya; (v) Sekiranya pegawai memerlukan tempoh melebihi tujuh (7) hari atas sebab-sebab tertentu, maka pegawai boleh memohon untuk menggunakan kemudahan Cuti Rehat atau Cuti Tanpa Gaji atas urusan persendirian, tertakluk pada kelayakan cuti pegawai; (vi) Diberikan sekali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan (one-off), yang meliputi perkhidmatan di bawah semua Pihak Berkuasa Melantik. Sekiranya tempoh cuti yang digunakan adalah kurang daripada tujuh (7) hari, baki cuti yang tidak digunakan tidak boleh dibawa ke hadapan; dan (vii) Bagi tujuan mengunjungi dan melaksanakan aktiviti keagamaan di luar negara, pegawai perlu mematuhi nasihat perjalanan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia dari semasa ke semasa. (viii) Merekodkan kelulusan cuti dalam Buku Perkhidmatan pegawai.


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 43 TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN Semakan Pertama : Ketua Pentadbiran FPJB / Kerani Cuti FPJB Semakan Kedua : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Perakuan : Ketua FPJB Kelulusan : Kuasa Tertentu RUJUKAN : Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN SR.5.3.3


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 44 JENIS : KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD SEMPENA PESTA KAAMATAN DAN HARI GAWAI TUJUAN : Membolehkan pegawai menyambut perayaan tersebut. SYARAT : MyPPSM CERAIAN SR.5.3.4 1) Pegawai kelahiran Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan yang berkhidmat di Semenanjung Malaysia dibenarkan mengambil satu (1) hari Cuti Tanpa Rekod untuk menyambut Pesta Kaamatan pada 30 atau 31 Mei setiap tahun. MyPPSM CERAIAN SR.5.3.4 2) Pegawai kelahiran Sarawak yang berkhidmat di Semenanjung Malaysia dibenarkan mengambil satu (1) hari Cuti Tanpa Rekod untuk menyambut Hari Gawai pada 1 Jun atau 2 Jun setiap tahun. TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN Semakan : Ketua Pentadbiran FPJB / Kerani Cuti FPJB Perakuan : Pegawai Peraku Cuti Kelulusan : Ketua FPJB RUJUKAN : Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN SR.5.3.4


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 45 JENIS : KEMUDAHAN KELAYAKAN CUTI TANPA REKOD PERAYAAN VAISAKHI TUJUAN : Memberi peluang pegawai Penganut Sikh merayakan Perayaan Vaisakhi. SYARAT : MyPPSM CERAIAN SR.5.3.5 1) Cuti tanpa rekod selama satu (1) hari diberikan kepada semua pegawai penganut Sikh pada hari perayaan Vaisakhi iaitu pada 14 April setiap tahun bagi pegawai menunaikan tanggungjawab keagamaan. TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN Semakan : Ketua Pentadbiran FPJB / Kerani Cuti FPJB Perakuan : Pegawai Peraku Cuti Kelulusan : Ketua FPJB RUJUKAN : Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN SR.5.3.5


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 46 JENIS : KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD SEMPENA PERAYAAN HARI DEEPAVALI BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG MENGANUT AGAMA HINDU TUJUAN : Membolehkan pegawai yang menganut agama Hindu untuk menyambut perayaan Deepavali bersama keluarga. SYARAT : MyPPSM CERAIAN SR.5.3.6 1) Pegawai yang menganut agama Hindu diberikan kemudahan cuti tanpa rekod selama satu (1) hari bagi perayaan Hari Deepavali iaitu pada hari berikutnya sebagai tambahan kepada cuti umum Hari Deepavali bagi memberi lebih ruang kepada pegawai untuk menyambut perayaan tersebut bersama keluarga. TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN Semakan : Ketua Pentadbiran FPJB / Kerani Cuti FPJB Perakuan : Pegawai Peraku Cuti Kelulusan : Ketua FPJB RUJUKAN : Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN SR.5.3.6


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 47 JENIS : KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD SEMPENA PERAYAAN GOOD FRIDAY BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG MENGANUT AGAMA KRISTIAN TUJUAN : Membolehkan pegawai yang menganut agama Kristian untuk menyambut perayaan Good Friday. SYARAT : MyPPSM CERAIAN SR.5.3.7 1) Pegawai yang menganut agama Kristian diberikan kemudahan cuti tanpa rekod selama satu (1) hari sempena perayaan Good Friday kecuali bagi Pegawai Perkhidmatan Awam di negeri-negeri yang perayaan Good Friday adalah merupakan hari kelepasan am. TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN Semakan : Ketua Pentadbiran FPJB / Kerani Cuti FPJB Perakuan : Pegawai Peraku Cuti Kelulusan : Ketua FPJB RUJUKAN : Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN SR.5.3.7


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 48 JENIS : KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD SEMPENA TAHUN BARU SIAM (SONGKRAN) BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG BERKETURUNAN SIAM TUJUAN : Membolehkan pegawai yang berketurunan Siam untuk menyambut perayaan ini bersama keluarga. SYARAT : MyPPSM CERAIAN SR.5.3.8 1) Pegawai yang berketurunan Siam diberikan kemudahan cuti tanpa rekod selama satu (1) hari sempena Tahun Baru Siam (Songkran) pada 13 April setiap tahun mulai tahun 2020 bagi memberi ruang kepada pegawai untuk menyambut perayaan tersebut bersama keluarga. TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN Semakan : Ketua Pentadbiran FPJB / Kerani Cuti FPJB Perakuan : Pegawai Peraku Cuti Kelulusan : Ketua FPJB RUJUKAN : Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN SR.5.3.8


BAHAGIAN IV KEMUDAHAN CUTI BERSALIN KEMUDAHAN CUTI BERSALIN BAGI PEGAWAI LANTIKAN KONTRAK (CONTRACT OF SERVICE) KEMUDAHAN CUTI ISTERI BERSALIN KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG MENDERMA ORGAN CUTI ATAS SEBAB PERUBATAN DAN PENJAGAAN ORANG SAKIT KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK YANG DIKUARANTIN ATAU MEMERLUKAN PENGASINGAN KEMUDAHAN CUTI SAKIT LANJUTAN KEMUDAHAN CUTI SAKIT BAGI PEGAWAI LANTIKAN KONTRAK (CONTRACT OF SERVICE) KEMUDAHAN CUTI SAKIT TIBI, KUSTA DAN BARAH PERATURAN BERKAITAN PENERIMAAN SIJIL SAKIT SWASTA UNTUK TUJUAN KEMUDAHAN CUTI SAKIT KEMUDAHAN CUTI SAKIT KEMUDAHAN CUTI PEMULIHAN KEMUDAHAN CUTI KUARANTIN KEMUDAHAN CUTI KECEDERAAN


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 49 JENIS : KEMUDAHAN CUTI BERSALIN TUJUAN : Bagi memberi pegawai wanita masa untuk membuat persediaan dan pulih daripada bersalin sebelum bertugas semula. SYARAT : MyPPSM CERAIAN SR.5.4.1 1) Kadar kelayakan Cuti Bersalin bergaji penuh ialah sebanyak 360 hari sepanjang tempoh perkhidmatan seseorang pegawai. MyPPSM CERAIAN SR.5.4.1 2) Tempoh maksimum Cuti Bersalin bagi setiap kelahiran adalah 90 hari. Walau bagaimanapun, pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh Cuti Bersalin antara 60 hari hingga 90 hari* bagi setiap kelahiran ( *Tempoh mandatori minimum Cuti Bersalin ialah 60 hari bagi setiap kelahiran) MyPPSM CERAIAN SR.5.4.1 3) Cuti Bersalin bermula pada tarikh pegawai bersalin. Walau bagaimanapun, pegawai boleh memilih untuk menggunakan Cuti Bersalin lebih awal dari tarikh bersalin iaitu pada bila-bila masa dalam tempoh 14 hari dari tarikh dijangka bersalin (dengan kelulusan Kuasa Tertentu). MyPPSM CERAIAN SR.5.4.1 4) Pegawai yang mempunyai baki Cuti Bersalin bergaji penuh kurang daripada 60 hari, pegawai hendaklah mengambil Cuti Bersalin antara 60 hingga 90 hari dengan menggunakan kemudahan berikut: a) menggunakan semua baki Cuti Bersalin bergaji penuh; dan b) jika tidak mencukupi, Cuti Rehat digunakan; dan c) jika masih tidak mencukupi, Cuti Bersalin tanpa gaji digunakan. MyPPSM CERAIAN SR.5.4.1 5) Pegawai yang telah menggunakan kelayakan maksimum 360 hari kemudahan Cuti Bersalin, pegawai hendaklah mengambil Cuti Bersalin antara 60 hingga 90 hari dengan menggunakan kemudahan berikut: a) menggunakan semua baki Cuti Bersalin bergaji penuh; dan b) jika masih tidak mencukupi, Cuti Bersalin tanpa gaji digunakan. MyPPSM CERAIAN SR.5.4.1 6) Cuti Bersalin separuh gaji dan Cuti Bersalin tanpa gaji yang diambil oleh pegawai yang bersalin tidak akan menjejaskan kelayakan pegawai untuk menggunakan Cuti Separuh Gaji di bawah Perintah Am 13 Bab C Perintah Am 14 Bab C . MyPPSM CERAIAN SR.5.4.1 7) Tempoh Cuti Bersalin adalah termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan, hari kelepasan am dan cuti penggal. Namun begitu, pengiraan Cuti Rehat dalam tempoh Cuti Bersalin adalah tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am. MyPPSM CERAIAN SR.5.4.1 8) Cuti Sakit tidak boleh digunakan bagi maksud menggantikan tempoh Cuti Bersalin kecuali Cuti Tibi, Kusta, Barah atau tempoh pegawai dimasukkan ke wad hospital kerana sakit bukan atas sebab bersalin.


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 50 MyPPSM CERAIAN SR.5.4.1 9) Bagi pegawai yang telah melahirkan anak selepas 22 minggu mengandung, sama ada bayi itu hidup atau pun meninggal dunia adalah layak untuk diberi Cuti Bersalin memandangkan tubuh badan pegawai telah mengalami perubahan fizikal yang memerlukan Cuti Bersalin bagi tujuan pemulihan. MyPPSM CERAIAN SR.5.4.1 10) Tempoh perkhidmatan dengan Pihak Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan bagi seseorang pegawai yang diberi pelepasan untuk berkhidmat dengan perkhidmatan awam Persekutuan hendaklah diambil kira bagi maksud kelayakan kemudahan ini. MyPPSM CERAIAN SR.5.4.1 11) Tempoh perkhidmatan termasuk semasa pelantikan secara sementara atau pelantikan secara kontrak hendaklah diambil kira bagi maksud kelayakan kemudahan ini. MyPPSM CERAIAN SR.5.4.1 12) Pegawai tidak boleh meminda tempoh Cuti Bersalin yang telah diluluskan oleh Ketua FPJB. MyPPSM CERAIAN SR.5.4.1 13) Memastikan bilangan hari dan tempoh Cuti Bersalin yang diluluskan direkod di dalam Buku Perkhidmatan pegawai. TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN Semakan Pertama : Ketua Pentadbiran FPJB / Kerani Cuti FPJB Semakan Kedua : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Perakuan : Pegawai Peraku Cuti Kelulusan : Ketua FPJB RUJUKAN : Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN SR.5.4.1


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 51 Bagi pegawai yang mempunyai baki Cuti Bersalin bergaji penuh kurang daripada 60 hari, pegawai boleh mengambil Cuti Bersalin antara 60 hingga 90 hari dengan menggunakan pilihan kemudahan berikut: Bagi pegawai yang telah menggunakan kelayakan maksimum 360 hari kemudahan Cuti Bersalin, pegawai hendaklah mengambil Cuti Bersalin antara 60 hingga 90 hari dengan menggunakan pilihan kemudahan berikut: Turutan menggunakan Cuti Bersalin KATEGORI I KATEGORI II* Cuti Bersalin 60 hari hingga 90 hari Cuti Bersalin dan Cuti Menjaga Anak Pilihan A Pilihan B menggunakan semua baki Cuti Bersalin bergaji penuh; dan menggunakan semua baki Cuti Bersalin bergaji penuh; dan menggunakan semua baki Cuti Bersalin bergaji penuh; dan jika tidak mencukupi, Cuti Rehat digunakan; dan jika tidak mencukupi, Cuti Rehat digunakan; dan jika masih tidak mencukupi, CMA yang bersambung daripada Cuti Bersalin di bawah Ceraian SR.5.2.2 digunakan, sehari selepas tamat tempoh Cuti Bersalin bergaji penuh. jika masih tidak mencukupi, Cuti Bersalin tanpa gaji digunakan. jika masih tidak mencukupi, CMA yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin di bawah Ceraian SR.5.2.2 digunakan. Turutan menggunakan Cuti Bersalin KATEGORI I KATEGORI II* Cuti Bersalin 60 hari hingga 90 hari Cuti Bersalin dan Cuti Menjaga Anak Pilihan A Pilihan B menggunakan Cuti Rehat mulai dari tarikh bersalin; dan menggunakan Cuti Rehat mulai dari tarikh bersalin; dan Menggunakan CMA yang bersambung daripada Cuti Bersalin di bawah Ceraian SR.5.2.2 mulai dari tarikh bersalin. jika masih tidak mencukupi, Cuti Bersalin tanpa Gaji digunakan. Jika masih tidak mencukupi, CMA yang tidak terikat dengan Cuti Bersalin di bawah Ceraian SR.5.2.2 digunakan. jika masih tidak mencukupi, CMA yang bersambung daripada Cuti Bersalin di bawah Ceraian SR.5.2.2 digunakan, sehari selepas tamat tempoh Cuti Bersalin bergaji penuh.


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 52 JENIS : KEMUDAHAN CUTI BERSALIN BAGI PEGAWAI LANTIKAN KONTRAK (CONTRACT OF SERVICE) TUJUAN : Bagi memberi pegawai wanita masa untuk membuat persediaan dan pulih daripada bersalin sebelum bertugas semula. SYARAT : MyPPSM CERAIAN SR.5.4.1 & CERAIAN U.P.1.1.1 1) Kadar kelayakan Cuti Bersalin bergaji penuh ialah sebanyak 360 hari sepanjang tempoh perkhidmatan kepada pegawai kontrak warganegara MyPPSM CERAIAN SR.5.4.1 2) Tempoh maksimum Cuti Bersalin bagi setiap kelahiran adalah 90 hari. Walau bagaimanapun, pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh Cuti Bersalin antara 60 hari hingga 90 hari* bagi setiap kelahiran ( *Tempoh mandatori minimum Cuti Bersalin ialah 60 hari bagi setiap kelahiran) MyPPSM CERAIAN SR.5.4.1 3) Cuti Bersalin bermula pada tarikh pegawai bersalin. Walau bagaimanapun, pegawai boleh memilih untuk menggunakan Cuti Bersalin lebih awal dari tarikh bersalin iaitu pada bila-bila masa dalam tempoh 14 hari dari tarikh dijangka bersalin (dengan kelulusan Kuasa Tertentu). MyPPSM CERAIAN SR.5.4.1 4) Pegawai yang mempunyai baki Cuti Bersalin bergaji penuh kurang daripada 60 hari, pegawai hendaklah mengambil Cuti Bersalin antara 60 hingga 90 hari dengan menggunakan kemudahan berikut: a) menggunakan semua baki Cuti Bersalin bergaji penuh; dan b) jika tidak mencukupi, Cuti Rehat digunakan; dan c) jika masih tidak mencukupi, Cuti Bersalin tanpa gaji digunakan. MyPPSM CERAIAN SR.5.4.1 5) Pegawai yang telah menggunakan kelayakan maksimum 360 hari kemudahan Cuti Bersalin, pegawai hendaklah mengambil Cuti Bersalin antara 60 hingga 90 hari dengan menggunakan kemudahan berikut: a) menggunakan semua baki Cuti Bersalin bergaji penuh; dan b) jika masih tidak mencukupi, Cuti Bersalin tanpa gaji digunakan. MyPPSM CERAIAN SR.5.4.1 & CERAIAN U.P.1.1.1 6) Kemudahan Cuti Bersalin secara tanpa gaji tidak menjejaskan kemudahan Cuti Tanpa Gaji Untuk Mengerjakan Haji sebagaimana yang diperuntukan dalam perenggan 4, perkara 3, Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN UP.1.1.8 dan peraturan lain yang berkuat kuasa Kemudahan Cuti Bersalin tanpa gaji ini juga tidak menyebabkan tempoh kontrak yang berkuat kuasa terputus.


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 53 MyPPSM CERAIAN U.P.1.1.1 7) Kemudahan Cuti Bersalin (bergaji penuh) tidak dipanjangkan kepada bukan warganegara Malaysia. Untuk tujuan bersalin, pegawai kontrak bukan warganegara boleh menggunakan kemudahan Cuti Bersalin secara tanpa gaji tidak melebihi 60 hari setelah menghabiskan kesemua Cuti Rehat yang ia berkelayakan. Kemudahan tidak menjejaskan kemudahan Cuti Tanpa Gaji Untuk Mengerjakan Haji sebagaimana yang diperuntukan dalam perenggan 4, perkara 3, Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN UP.1.1.8 dan tidak menyebabkan tempoh kontrak yang berkuat kuasa terputus. Cuti Bersalin secara tanpa gaji ini juga tidak diambil kira sebagai tempoh perkhidmatan untuk tujuan pembayaran ganjaran dan memberi kemudahan-kemudahan lain yang mengambil kira tempoh perkhidmatan. MyPPSM CERAIAN SR.5.4.1 8) Tempoh Cuti Bersalin adalah termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan, hari kelepasan am dan cuti penggal. Namun begitu, pengiraan Cuti Rehat dalam tempoh Cuti Bersalin adalah tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am. MyPPSM CERAIAN SR.5.4.1 9) Cuti Sakit tidak boleh digunakan bagi maksud menggantikan tempoh Cuti Bersalin kecuali Cuti Tibi, Kusta, Barah atau tempoh pegawai dimasukkan ke wad hospital kerana sakit bukan atas sebab bersalin. MyPPSM CERAIAN SR.5.4.1 10) Bagi pegawai yang telah melahirkan anak selepas 22 minggu mengandung, sama ada bayi itu hidup atau pun meninggal dunia adalah layak untuk diberi Cuti Bersalin memandangkan tubuh badan pegawai telah mengalami perubahan fizikal yang memerlukan Cuti Bersalin bagi tujuan pemulihan. MyPPSM CERAIAN SR.5.4.1 11) Tempoh perkhidmatan dengan Pihak Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan bagi seseorang pegawai yang diberi pelepasan untuk berkhidmat dengan perkhidmatan awam Persekutuan hendaklah diambil kira bagi maksud kelayakan kemudahan ini. MyPPSM CERAIAN SR.5.4.1 12) Tempoh perkhidmatan termasuk semasa pelantikan secara sementara atau pelantikan secara kontrak hendaklah diambil kira bagi maksud kelayakan kemudahan ini. MyPPSM CERAIAN SR.5.4.1 13) Pegawai tidak boleh meminda tempoh Cuti Bersalin yang telah diluluskan oleh Ketua FPJB. MyPPSM CERAIAN SR.5.4.1 14) Memastikan bilangan hari dan tempoh Cuti Bersalin yang diluluskan direkod di dalam Buku Perkhidmatan pegawai.


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 54 TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN Semakan Pertama : Ketua Pentadbiran FPJB / Kerani Cuti FPJB Semakan Kedua : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Perakuan : Pegawai Peraku Cuti Kelulusan : Ketua FPJB RUJUKAN : Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN UP.1.1.1 : Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN SR.5.4.1


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 55 JENIS : KEMUDAHAN CUTI ISTERI BERSALIN TUJUAN : Bagi membantu urusan isteri bersalin. SYARAT : MyPPSM CERAIAN SR.5.4.2 & CERAIAN U.P.1.1.8 1) Kemudahan ini boleh diberi selama tujuh (7) hari sebagai cuti tanpa rekod, kepada pegawai lelaki untuk membantu urusan ketika isterinya bersalin. CERAIAN SR.5.4.2 & CERAIAN U.P.1.1.8 2) Cuti ini hendaklah bermula pada tarikh isteri pegawai bersalin atau pada hari berikutnya jika isterinya bersalin selepas waktu pejabat. MyPPSM CERAIAN SR.5.4.2 3) Tempoh cuti ini termasuk semua hari rehat dan hari kelepasan am. Masa selepas waktu pejabat juga terpakai bagi hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am. MyPPSM CERAIAN SR.5.4.2 & CERAIAN U.P.1.1.8 4) Kemudahan ini dihadkan kepada lima (5) kali sepanjang tempoh perkhidmatan. MyPPSM CERAIAN SR.5.4.2 5) kemudahan ini adalah tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan dan Ketua FPJB / Universiti boleh memanggil balik pegawai jika ketiadaan pegawai di tempat kerja boleh memudaratkan keselamatan negara atau kepentingan awam MyPPSM CERAIAN SR.5.4.2 6) kemudahan ini hendaklah dicatatkan dalam Buku Perkhidmatan pegawai. MyPPSM CERAIAN SR.5.4.2 7) Pegawai yang menggunakan kemudahan ini hendaklah mengemukakan salinan perakuan bersalin isterinya kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia. TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN Semakan : Ketua Pentadbiran FPJB / Kerani Cuti FPJB Perakuan : Pegawai Peraku Cuti Kelulusan : Ketua FPJB RUJUKAN : Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN UP.1.1.8 : Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN SR.5.4.2


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 56 JENIS : KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG MENDERMA ORGAN TUJUAN : Memberi peluang untuk pegawai pulih dalam tempoh pemulihan selepas pembedahan. SYARAT : MyPPSM CERAIAN SR.5.4.3 1) kemudahan Cuti Tanpa Rekod ini diperuntukkan kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang dilantik secara tetap, sementara, kontrak (contract of service). MyPPSM CERAIAN SR.5.4.3 2) Pegawai yang berhasrat untuk menderma organ hendaklah mematuhi semua peraturan dan prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. MyPPSM CERAIAN SR.5.4.3 3) kadar Cuti Tanpa Rekod yang boleh diluluskan adalah mengikut tempoh yang diperakukan oleh pegawai perubatan pakar atau tidak melebihi 42 hari, mengikut yang mana lebih rendah termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am. Cuti ini bermula dari tarikh pegawai dibenarkan pulang ke rumah bagi menjalani proses pemulihan. MyPPSM CERAIAN SR.5.4.3 4) Bagi tempoh pegawai dimasukkan ke hospital untuk menjalani ujian, pembedahan dan tempoh sebelum dibenarkan discaj dari hospital, pegawai boleh diberi kemudahan Cuti Sakit berdasarkan sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh pihak hospital. MyPPSM CERAIAN SR.5.4.3 5) Pembedahan yang dijalankan di dalam negara sahaja. TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN Semakan Pertama : Ketua Pentadbiran FPJB / Kerani Cuti FPJB Semakan Kedua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Perakuan : Ketua FPJB Kelulusan : Kuasa Tertentu RUJUKAN : Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN SR.5.4.3


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 57 JENIS : KEMUDAHAN CUTI MENJAGA ANAK YANG DIKUARANTIN ATAU MEMERLUKAN PENGASINGAN TUJUAN : Sekatan kebebasan pergerakan seorang pegawai yang anaknya menghidap penyakit berjangkit dan telah dikeluarkan perakuan keatasnya. SYARAT : MyPPSM CERAIAN SR.5.4.4 1) Sekiranya mana-mana anak pegawai telah diberi perakuan oleh manamana Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta yang menyatakan anak tersebut perlu dikuarantin kerana penyakit berjangkit, pegawai boleh diberi Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan (CMAKP) untuk menjaga anak yang sakit. MyPPSM CERAIAN SR.5.4.4 2) Pegawai yang layak kemudahan CMAKP adalah ibu dan bapa yang sah. MyPPSM CERAIAN SR.5.4.4 3) Anak adalah termasuk: i. anak kandung ii. anak tiri tanggungan iii. anak angkat de Facto iv. anak angkat v. anak pelihara MyPPSM CERAIAN SR.5.4.4 4) Tempoh yang boleh diluluskan adalah terhad kepada maksimum lima (5) hari bagi setiap kes atau selama tempoh perakuan yang dikeluarkan oleh mana-mana Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta mengikut mana yang lebih rendah, termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am. MyPPSM CERAIAN SR.5.4.4 5) Syarat anak yang dikuarantin adalah: a) berumur di bawah 18 tahun atau jika masih belajar di bawah 21 tahun; atau b) tidak kira apa jua umurnya bagi yang cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal dan yang tidak berupaya untuk menanggung dirinya sendiri, dengan syarat anak itu adalah cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal sebelum anak itu mencapai umur 21 tahun. MyPPSM CERAIAN SR.5.4.4 6) Pegawai yang memerlukan tempoh tambahan boleh memohon Cuti Rehat atau cuti-cuti lain yang berkelayakan. Selain itu, apabila keadaan seseorang pegawai adalah mengizinkan dan berupaya melaksanakan tugasan di rumah, Kuasa Tertentu boleh mempertimbangkan Bekerja Dari Rumah sepertimana peruntukan Ceraian SR.4.1.2 (Dasar Bekerja Dari Rumah). MyPPSM CERAIAN SR.5.4.4 7) Pegawai boleh menggunakan Kemudahan CMAKP pada bila-bila masa dalam tempoh perakuan yang dikeluarkan oleh mana-mana pegawai perubatan Kerajaan atau swasta.


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 58 MyPPSM CERAIAN SR.5.4.4 8) Senarai penyakit berjangkit yang boleh dipertimbangkan, dengan penambahan lain-lain penyakit berjangkit yang diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta; i. Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut [Hand, Foot & Mouth Disease (HFMD)] ii. Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah iii. Campak (Measles) iv. Chickenpox v. Difteria vi. Malaria vii. Lain-lain penyakit berjangkit yang diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta MyPPSM CERAIAN SR.5.4.4 9) Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan Di Bawah Penjagaan Sementara Mana-mana pegawai yang diberikan hak penjagaan selain anak yang dinyatakan di perkara (3) (a) hingga (e) di atas semasa ketiadaan ibu bapa atas apa-apa jua sebab untuk suatu tempoh berterusan sekurangkurangnya satu (1) bulan, jika anak itu perlu dikuarantin semasa dalam tempoh penjagaan pegawai itu, pegawai boleh diberikan Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin Atau Memerlukan Pengasingan, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan di atas. MyPPSM CERAIAN SR.5.4.4 10) Kemudahan ini adalah tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan. MyPPSM CERAIAN SR.5.4.4 11) Merekodkan kelulusan Kemudahan CMAKP pegawai dalam Buku Perkhidmatan TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN Semakan Pertama : Ketua Pentadbiran FPJB / Kerani Cuti FPJB Semakan Kedua : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Perakuan : Ketua FPJB Kelulusan : Kuasa Tertentu RUJUKAN : Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN SR.5.4.4 : Surat Edaran JPA.SARAAN (S) 43/35 Jld. 12 (8) (4 Mac 2022)


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 59 KEADAAN YANG TIDAK MELAYAKKAN PEGAWAI MENDAPAT KEMUDAHAN CMAKP Taska/sekolah ditutup kerana diisytihar sebagai kawasan yang dikuarantin. Anak-anak lain di taska/sekolah dijangkiti penyakit berjangkit, dibimbangi anak pegawai turut dijangkiti. Anak pegawai tidak diperaku untuk dikuarantin atau diasingkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta. Pegawai menjadi kontak rapat (kepada anak yang positif COVID-19) dan pegawai telah menerima Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (Home Surveillance Order). SIMULASI ANAK YANG SAMA DIJANGKITI PENYAKIT BERJANGKIT YANG BERULANG Anak pegawai tidak dijangkiti penyakit berjangkit Anak pegawai dijangkiti penyakit berjangkit Sihat 9/3 13/3 20/3 21/3 25/3 CMAKP 5 hari (9 - 13/3) - HFMD CMAKP 5 hari (21 - 25/3) - HFMD Anak 1 Anak 1 CMAKP 5 hari (9 - 13/3) - HFMD Perakuan kedua (14 - 18/3) - HFMD Perakuan bersambung 9/3 13/3 14/3 18/3


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 60 NOTA: Hanya boleh pilih salah satu alternatif sahaja. Tidak boleh melebihi tempoh lima (5) hari kelayakan CMAKP 10/3 11/3 12/3 13/3 14/3 15/3 16/3 17/3 18/3 19/3 TEMPOH PERAKUAN KUARANTIN (10/3 – 19/3) SIMULASI PENGGUNAAN CMAKP PADA BILA-BILA MASA DALAM TEMPOH PERAKUAN YANG DIKELUARKAN SIMULASI TEMPOH KUARANTIN ANAK BERTINDIH DENGAN ANAK YANG LAIN 10/3 11/3 12/3 13/3 14/3 15/3 16/3 17/3 18/3 19/3 Alternatif 1: CMAKP (5 hari) 10 - 14/3 (Khamis – Isnin) TEMPOH PERAKUAN KUARANTIN (10/3 – 19/3) Alternatif 2: CMAKP (5 hari) 14 - 18/3 (Isnin - Jumaat) Alternatif 3: CMAKP (5 hari) 13 - 17/3 (Ahad - Khamis) CMAKP 5 hari (10 - 14/3) Anak 1 Anak 2 TEMPOH PERAKUAN KUARANTIN (13/3 – 22/3) 13/3 14/3 15/3 16/3 17/3 18/3 19/3 20/3 21/3 22/3 CMAKP 5 hari (15 - 19/3)


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 61 JENIS : PERATURAN BERKAITAN PENERIMAAN SIJIL SAKIT SWASTA UNTUK TUJUAN KEMUDAHAN CUTI SAKIT TUJUAN : Sekatan kebebasan pergerakan seorang pegawai yang anaknya menghidap penyakit berjangkit dan telah dikeluarkan perakuan keatasnya. SYARAT : MyPPSM CERAIAN SR.5.4.5 1) Kemudahan Cuti Sakit boleh diluluskan dengan syarat-syarat seperti berikut: a) Bagi pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital atau klinik swasta, sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tanpa tandatangan timbal oleh Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima jika ia memberi jumlah Cuti Sakit yang tidak melebihi 180 hari dalam suatu tahun kalendar; atau b) Bagi pegawai yang menerima rawatan sebagai pesakit dalam di hospital atau klinik swasta, sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tanpa tandatangan timbal oleh Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima jika ia memberi jumlah Cuti Sakit yang tidak melebihi 180 hari dalam suatu tahun kalendar; dan c) Jumlah Cuti Sakit sama ada berasaskan sijil sakit swasta atau sijil sakit Kerajaan yang boleh diberikan adalah tidak melebihi 180 hari dalam suatu tahun kalendar, di mana 90 hari pertama boleh diluluskan oleh Ketua FPJB dan 90 hari seterusnya hendaklah diluluskan oleh Kuasa Tertentu. MyPPSM CERAIAN SR.5.4.5 2) Hendaklah merekodkan kelulusan Cuti Sakit dalam Kenyataan Cuti pegawai. TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN 90 hari pertama Perakuan : Pegawai Peraku Cuti Kelulusan : Ketua FPJB 90 hari kedua Semakan Pertama : Ketua Pentadbiran FPJB / Kerani Cuti FPJB Semakan Kedua : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Perakuan : Ketua FPJB Kelulusan : Kuasa Tertentu RUJUKAN : Surat Edaran JPA.SARAAN (S) 43/34 Jld. 3 (24) (18 Februari 2022) : Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN SR.5.4.5


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 62 SIJIL SAKIT: Sijil Akuan Sakit yang dikeluarkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau Lembaga Perubatan (Perintah Am Bab F) atau Ahli Panel Doktor yang diluluskan oleh Kerajaan. Sijil Sakit perlu untuk mendapatkan cuti sakit Perintah Am (P.A) 15 Bab C & Ceraian SR.5.4.5: Bagi pegawai yang menerima rawatan di hospital atau klinik swasta, sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tanpa tandatangan timbal oleh Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima jika ia memberi jumlah Cuti Sakit; Pesakit Luar: tidak melebihi 180 hari Pesakit Dalam/ Tinggal di wad: tidak melebihi 180 hari Jumlah cuti sakit sama ada sijil sakit swasta atau sijil sakit kerajaan yang boleh diberikan adalah tidak melebihi 180 hari dalam satu tahun kalendar, di mana 90 hari pertama boleh diluluskan oleh Ketua Jabatan dan 90 hari seterusnya hendaklah diluluskan oleh Kuasa Tertentu. SIJIL SAKIT Dalam satu tahun kalendar


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 63 JENIS : KEMUDAHAN CUTI SAKIT BAGI STAF LANTIKAN KONTRAK (CONTRACT OF SERVICE) TUJUAN : Diberi untuk berehat di rumah atau di hospital kerana tidak sihat untuk bertugas disebabkan sakit atau kecederaan yang ada harapan untuk sembuh. SYARAT : MyPPSM CERAIAN UP.1.1.1 1) Pegawai layak diberi kemudahan Cuti Sakit tidak melebihi 15 hari setahun. MyPPSM CERAIAN UP.1.1.1 2) Kemudahan ini adalah diluluskan oleh Ketua FPJB dengan syarat pegawai mengemukakan sijil sakit yang dikeluarkan oleh pengamal perubatan/ pergigian berdaftar sebagai pengesahan tidak sihat untuk menjalankan tugas. MyPPSM CERAIAN UP.1.1.1 3) Sekiranya pegawai telah habis menggunakan kemudahan cuti sakit yang dibenarkan (15 hari) tetapi masih memerlukan masa untuk pulih, pegawai boleh dipertimbangkan oleh Ketua FPJB untuk tidak hadir bertugas atas sebab-sebab kesihatan tidak melebihi 75 hari setahun dengan syarat pegawai mengemukakan sijil sakit yang dikeluarkan oleh pengamal perubatan/ pergigian berdaftar. MyPPSM CERAIAN UP.1.1.1 4) Kebenaran untuk tidak hadir bertugas atas sebab-sebab kesihatan ini tidak memutuskan kontrak yang berkuat kuasa kepada pegawai. Walau bagaimanapun, pegawai tidak layak dibayar sebarang emolumen bagi tempoh tersebut. MyPPSM CERAIAN UP.1.1.1 5) Sekiranya pegawai masih tidak hadir bertugas atas sebab-sebab kesihatan melebihi tempoh 75 hari setahun, kontrak pegawai hendaklah ditamatkan. Tempoh tidak dibayar gaji ini juga tidak diambil kira sebagai tempoh perkhidmatan untuk tujuan pembayaran ganjaran dan memberi kemudahan-kemudahan lain yang mengambil kira tempoh perkhidmatan. TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN 15 hari pertama Perakuan : Pegawai Peraku Cuti Kelulusan : Ketua FPJB Nota Penting : : i. Layak menerima emolumen ii. Tidak melebihi 15 hari dalam tahun semasa dan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya.


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 64 75 hari kedua Semakan Pertama : Ketua Pentadbiran FPJB / Kerani Cuti FPJB Semakan Kedua : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Perakuan : Ketua FPJB Kelulusan : Kuasa Tertentu Nota Penting : : : : : : i. Dikira mulai hari ke-16 hingga hari ke-90. ii. Tidak layak dibayar sebarang emolumen. iii. Tidak boleh digantikan dengan Cuti Rehat yang berkelayakan. iv. Pemakluman kepada pihak Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dengan kadar segera bagi pemberhentian emolumen mulai hari ke16. v. Pemakluman kepada pihak Bahagian Pengurusan Sumber Manusia bagi prosedur penamatan mulai hari ke-91. vi. Tidak diambil kira sebagai tempoh perkhidmatan untuk tujuan pembayaran ganjaran dan memberi kemudahan-kemudahan lain yang mengambilkira tempoh perkhidmatan. RUJUKAN : Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN UP.1.1.1


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 65 SIMULASI PENGAMBILAN CUTI SAKIT BAGI PEGAWAI LANTIKAN KONTRAK Tempoh Perakuan Cuti Sakit : 2.3.2022 – 23.3.2022 (22 hari) Kelayakan Cuti Sakit : 15 hari (dengan emolumen) Tindakan FPJB? : Memaklumkan kepada pihak BPSM 2/3 16/3 17/3 23/3 Cuti Sakit (2/3 – 16/3) (15 hari) Pegawai lapor diri bertugas/ Emolumen diberhentikan bermula hari ke-16 Cuti Sakit tanpa emolumen (17/3 – 23/3) (7 hari) 1 2 Cuti Sakit ≤ 15 Hari Setahun Cuti Sakit ≤ 75 Hari Setahun CUTI SAKIT BAGI PEGAWAI KONTRAK Tidak hadir bertugas atas sebab kesihatan Tidak diambil kira sebagai tempoh perkhidmatan Tidak layak dibayar emolumen Tidak memutuskan tempoh kontrak KONTRAK PEGAWAI HENDAKLAH DITAMATKAN Cuti Sakit > 75 Hari Setahun Dengan syarat pegawai mengemukakan sijil sakit yang dikeluarkan oleh pengamal perubatan/pergigian berdaftar.


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 66 JENIS : KEMUDAHAN CUTI SAKIT TIBI, KUSTA DAN BARAH TUJUAN : Bagi mendapatkan tempoh rawatan yang panjang. SYARAT : MyPPSM CERAIAN SR.5.4.7 & Perintah Am 31 (a) (b) Bab C 1) Pelaksanaan kemudahan Cuti Sakit Tibi, Kusta dan Barah adalah seperti yang berikut: a) Diberikan kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang telah disahkan mengidap penyakit Tibi, Kusta dan Barah. b) Cuti sakit bergaji penuh tidak melebihi 24 bulan bagi pesakit barah dan kusta dan tidak melebihi 12 bulan bagi pesakit tibi dengan tidak mengira sebarang cuti sakit yang telah diambilnya kerana penyakit-penyakit lain. c) Kemudahan di (b) juga diberi kepada jenis penyakit yang setaraf dengan penyakit tibi, kusta dan barah yang memerlukan tempoh rawatan yang panjang untuk pulih. Jenis penyakit yang dimaksudkan hendaklah diperakukan oleh sebuah Lembaga Perubatan (LP). d) Setelah menghabiskan cuti di (b) dan (c) pegawai boleh mengambil kemudahan cuti rehat yang masih berkelayakan. e) Cuti Separuh Gaji tidak melebihi 12 bulan boleh diberi setelah tamatnya cuti di (b) hingga (d). Cuti ini hendaklah diluluskan oleh Kuasa Tertentu. f) Apabila semua cuti di (b) hingga (e) habis digunakan, tiada apa-apa cuti yang boleh diberi lagi melainkan atas budi bicara Kuasa Tertentu berdasarkan Laporan Lembaga Perubatan (LP) iaitu sama ada bergaji penuh atau separuh gaji atau pegawai itu boleh dibersarakan daripada perkhidmatan. Perintah Am 31 (c) Bab C 2) Tidak ada cuti-cuti lagi yang boleh diberi setelah cuti-cuti yang diberi di (1) itu dihabiskan melainkan jikalau Kuasa Tertentu atas budi bicaranya sendiri dan selepas menimbangkan apa-apa perakuan sesebuah LP dan juga setelah meneliti kes tiap-tiap hal itu, berasa bahawa cuti tambahan bergaji penuh, separuh gaji atau tanpa gaji boleh diberi lagi. Perintah Am 32 Bab C 3) Seseorang pegawai yang penyakit tibinya atau penyakit kustanya atau penyakit barahnya berbalik semula setelah diberi faedah-faedah cuti di bawah Perintah Am 11 (Membawa ke hadapan cuti yang tidak dapat diambil) pada bila-bila masa, tidak akan berkelayakan lagi mendapat faedah-faedah cuti itu sepenuhnya. Walau bagaimanapun ia hendaklah diberi sebarang baki faedah cuti yang ada lagi baginya dan ia hendaklah diberi rawatan terus menerus.


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 67 Apa-apa cuti yang diperlukan lagi oleh pegawai setelah menghabiskan apaapa baki cuti di bawah Perintah Am 31 akan diluluskan oleh Kuasa Tertentu mengikut budibicaranya sendiri setelah menimbangkan perakuan sebuah LP. Cuti-cuti ini boleh dengan gaji penuh, separuh gaji atau tanpa gaji mengikut pertimbangan Kuasa Tertentu. Perintah Am 33 (a) Bab C 4) Seseorang pegawai yang didapati mengidap penyakit tibi, kusta atau barah semasa sedang bercuti di luar Malaysia akan diberi cuti- cuti seperti di Perintah Am 31 dengan syarat ia memenuhi peraturan - peraturan dalam Perintah Am 20. Perintah Am 33 (b) Bab C 5) Seseorang pegawai di (4) yang sedang bercuti tanpa gaji tidak akan berkelayakan mendapat elaun bantuan mengikut Perintah Am 22 (b). MyPPSM CERAIAN SR.5.4.7 6) Hendaklah merekodkan kelulusan Cuti Sakit Tibi, Kusta dan Barah pegawai dalam Buku Perkhidmatan. TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN Semakan Pertama : Ketua Pentadbiran FPJB / Kerani Cuti FPJB Semakan Kedua :` Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kelulusan : Kuasa Tertentu (dengan cadangan Lembaga Perubatan) RUJUKAN : Perintah Am 31 hingga 33 Bab C : Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN SR.5.4.7


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 68 JENIS : KEMUDAHAN CUTI SAKIT LANJUTAN TUJUAN : Diberi untuk berehat kerana tidak sihat untuk bertugas yang masih ada harapan untuk sihat semula dan memerlukan masa rehat yang panjang. SYARAT : MyPPSM CERAIAN SR.5.4.8 & Perintah Am 22 (a) Bab C 1) Pelaksanaan kemudahan Cuti Sakit Lanjutan adalah seperti yang berikut: a) Selepas cuti sakit bergaji penuh selama 180 hari dan juga cuti rehat yang berkelayakan ketika itu telah digunakan, pegawai yang masih tidak sihat untuk bertugas semula boleh diberi Cuti Sakit Lanjutan secara separuh gaji sehingga 90 hari dengan perakuan Lembaga Perubatan (LP); b) Sijil sakit boleh diterima bagi tujuan Cuti Sakit Lanjutan secara separuh gaji tersebut sementara menunggu Laporan LP. Pegawai hendaklah diberi cuti tanpa gaji jika tidak mengemukakan sijil sakit bagi tempoh menunggu Laporan LP berkenaan; c) Jika selepas menghabiskan Cuti Sakit Lanjutan secara separuh gaji pegawai masih tidak sihat, dan diperakukan oleh LP sebagai ada harapan untuk sembuh, pegawai masih boleh diberi Cuti Sakit Lanjutan secara tanpa gaji tidak melebihi 90 hari dengan diberi Elaun Bantuan bersamaan separuh gaji; d) Kemudahan Cuti Sakit Lanjutan diberi dalam satu tahun kalendar; dan e) Kemudahan ini boleh diulangi dalam tahun kedua. Selepas tempoh tersebut jika pegawai masih belum sembuh, pegawai boleh dibersarakan dengan perakuan LP. MyPPSM CERAIAN PP.1.2.4 2) Apabila Kuasa Tertentu berpendapat bahawa seseorang pegawai itu mungkin perlu dibersarakan kerana tidak berupaya menjalankan kewajipan-kewajipan jawatannya disebabkan oleh kelemahan akal atau tubuh yang mungkin menjadi kekal, beliau hendaklah memohon kepada Pengarah Kesihatan Negeri, Pengarah Hospital Kuala Lumpur atau Pengarah Hospital Universiti untuk menubuhkan sebuah LP bagi memeriksa kesihatan pegawai itu khusus bagi maksud memberi pendapat sama ada pegawai yang berkenaan berupaya menjalankan kewajipankewajipan jawatannya. MyPPSM CERAIAN SR.5.4.8 3) Merekodkan kelulusan Cuti Sakit Lanjutan pegawai dalam Buku perkhidmatan.


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 69 TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN Semakan Pertama : Ketua Pentadbiran FPJB / Kerani Cuti FPJB Semakan Kedua : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Perakuan : Ketua FPJB Kelulusan : Kuasa Tertentu (dengan perakuan Lembaga Perubatan) RUJUKAN : Perintah Am 22 Bab C : Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN SR.5.4.8 : Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN PP.1.2.4 PERLU LEMBAGA PERUBATAN (LP) Perakuan Lembaga Perubatan bahawa anggota ada harapan sembuh. Cuti sakit secara TANPA GAJI bersamaan Elaun Bantuan Bersamaan Separuh Gaji (gaji pokok). Cuti sakit lanjutan secara SEPARUH GAJI tidak lebih daripada 90 hari. TIDAK PERLU LEMBAGA PERUBATAN Contoh: Tiada Sijil Cuti Sakit kerana mendapatkan khidmat rawatan tradisional Cuti sakit lanjutan TANPA GAJI PAC 14(a): CTG kepada pegawai atas sebab persendirian yang mustahak. Jumlah cuti yang boleh diluluskan ialah sebanyak 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 360 hari. PAC 14A: Tiada gaji bagi tempoh tak hadir bekerja tanpa cuti.


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 70 90 HARI CUTI REHAT 90 HARI SELEBIHNYA 90 HARI CUTI REHAT SELEBIHNYA Boleh diulangi dalam tahun kedua Tahun ketiga boleh dibersarakan dengan Perakuan LP dengan perakuan LP RINGKASAN KIRAAN CUTI SAKIT (ADA HARAPAN SEMBUH) BERGAJI PENUH BERGAJI PENUH BERGAJI PENUH SEPARUH GAJI (TUBUH LP) TANPA GAJI (EBBSG) (TUBUH LP) Sehingga 31 Disember... RINGKASAN KIRAAN CUTI SAKIT (TIDAK TUBUH LEMBAGA PERUBATAN) BERGAJI PENUH BERGAJI PENUH BERGAJI PENUH TANPA GAJI PAC 14 (a) / 14A (TIDAK TUBUH LP) Sehingga 31 Disember… 90 HARI 90 HARI


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 71 KELAYAKAN CUTI SAKIT DAN CUTI SAKIT LANJUTAN DALAM SATU TAHUN KALENDAR KATEGORI TEMPOH KUASA MELULUS CATATAN CUTI SAKIT (Gaji Penuh) 90 hari Ketua FPJB - CUTI SAKIT (Gaji Penuh) 90 hari Kuasa Tertentu Lembaga Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu ditubuhkan selepas 90 hari yang kedua CUTI REHAT (Gaji Penuh) Mengikut kelayakan (berdasarkan kelayakan 180 hari cuti sakit layak mendapat kemudahan Cuti rehat) Ketua Jabatan CUTI SAKIT LANJUTAN (Separuh Gaji) 90 hari Kuasa Tertentu Dengan perakuan Lembaga Perubatan CUTI SAKIT LANJUTAN (Tanpa Gaji + Elaun Bantuan Bersamaan Separuh Gaji Pokok) 90 hari Kuasa Tertentu Dengan perakuan Lembaga Perubatan


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 72 JENIS : KEMUDAHAN CUTI SAKIT TUJUAN : Diberi untuk berehat di rumah atau di hospital kerana tidak sihat untuk bertugas disebabkan sakit atau kecederaan yang ada harapan untuk sembuh. SYARAT : MyPPSM CERAIAN SR.5.4.9 1) Pelaksanaan kemudahan Cuti Sakit adalah seperti yang berikut: a) Diberikan kepada pegawai yang telah disahkan tidak sihat untuk bertugas oleh Pegawai Perubatan atau oleh sebuah Lembaga Perubatan atau oleh seorang ahli Panel Doktor; b) Pengesahan tidak sihat hendaklah dibuktikan dengan sijil sakit; c) Pegawai perlu mengemukakan sijil sakit kepada Ketua FPJB / Kuasa Tertentu bagi membolehkan cuti sakit diluluskan; d) Jumlah cuti sakit sama ada berasaskan sijil sakit swasta atau sijil sakit kerajaan yang boleh diberikan adalah tidak melebihi 180 hari dalam sesuatu tahun kalendar, di mana 90 hari pertama boleh diluluskan oleh Ketua FPJB dan 90 hari seterusnya hendaklah diluluskan oleh Kuasa Tertentu; e) Termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am; f) Semua Cuti Sakit dihabiskan di hospital atau di rumah melainkan jikalau ditetapkan oleh seorang pegawai perubatan sebaliknya; dan g) Jika pegawai masih disahkan tidak sihat setelah menghabiskan semua kelayakan cuti sakit, maka Kuasa Tertentu boleh memberikan Cuti Rehat dan Cuti Tambahan Perubatan yang berkelayakan Perintah Am 17 (d) Bab C 2) Seseorang pegawai yang telah diberi semua cuti-cuti di (1) (a) dan (1) (g), tidak boleh diberi sebarang cuti lagi sehingga dia telah diperiksa oleh sebuah Lembaga Perubatan. Perintah Am 18 Bab C 3) Seseorang pegawai yang telah mengambil cuti sakit berjumlah 45 hari atau lebih dalam tiap-tiap tahun bagi masa tiga tahun yang berturut turut boleh dikehendaki oleh Kuasa Tertentu untuk diperiksa kesihatannya oleh sebuah Lembaga Perubatan, tidak kira sama ada ia telah melaporkan dirinya sakit lagi atau tidak.


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 73 Perintah Am 19 Bab C 4) Seseorang pegawai yang jatuh sakit semasa bercuti rehat di Malaysia akan berkelayakan mendapat cuti sakit selama masa yang dia diakui oleh pegawai perubatan sebagai tidak sihat untuk bertugas. Sebarang baki cuti rehat yang belum dihabiskannya itu boleh disambungnya selepas cuti sakit itu dengan syarat bahawa dia boleh dipanggil bertugas jika ini diperlukan oleh Ketua FPJB / Kuasa Tertentu. Perintah Am 20 (a)-(b) Bab C 5) a) Seseorang pegawai yang jatuh sakit semasa bercuti rehat di luar Malaysia tidak berkelayakan mendapat cuti sakit. Tetapi sekiranya dia jatuh sakit pada tarikh yang ia patut balik ke Malaysia atau sakitnya berlanjutan hingga ke tarikh tersebut, dia boleh diberi cuti sakit dari tarikh ia patut balik itu hingga ke tarikh ia memegang jawatan semula, dengan syarat peraturan-peraturan di (b) dipatuhi sepenuhnya. b) Syarat-syarat pemberian cuti sakit di (a) ialah: i. pegawai itu dimasukkan ke hospital; ii. permohonannya disokong oleh satu sijil atau sijil-sijil dari seorang pegawai perubatan Kerajaan negeri yang berkenaan menyatakan jenis sakit dan tarikh ia masuk hospital dan tarikh dijangka ia akan keluar hospital; dan iii. ia mengambil peluang balik ke Malaysia seelok-elok sahaja dia sihat. Untuk tujuan ini, seseorang pegawai itu dianggap tidak sihat untuk membuat perjalanan jauh dalam masa 7 hari selepas dikeluarkan dari hospital. c) Peraturan-peraturan di (b) tidak boleh dikendurkan dan cuti sakit lanjutan di bawah Perintah Am 22 (a) tidak boleh diberi melainkan dengan persetujuan Kuasa Tertentu mengikut kes tiaptiap hal itu. Jika Kuasa Tertentu meluluskan cuti sakit lanjutan tanpa gaji kepada seseorang pegawai yang sedang bercuti di luar Malaysia maka elaun bantuan seperti di Perintah Am 22 (b) tidak boleh dibayar kepadanya. Perintah Am 21 (a)-(b) Bab C 6) a) Seseorang pegawai yang jatuh sakit semasa bercuti separuh gaji atau tanpa gaji di Malaysia atau pun di luar Malaysia tidak akan berkelayakan mendapai cuti sakit. b) Tetapi sekiranya dia bercuti itu di luar Malaysia dan oleh kerana telah jatuh sakit itu dia tidak dapat balik ke Malaysia pada tarikh yang ia patut balik, maka dia boleh diberi cuti sakit selepas tamatnya tempoh cuti separuh gaji atau tanpa gaji itu dengan syarat peraturan-peraturan di (5)(b) dipatuhi.


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 74 TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN 90 hari pertama Perakuan : Pegawai Peraku Cuti Kelulusan : Ketua FPJB 90 hari kedua Semakan Pertama : Ketua Pentadbiran FPJB / Kerani Cuti FPJB Semakan Kedua : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Perakuan : Ketua FPJB Kelulusan : Kuasa Tertentu RUJUKAN : Perintah Am 17 hingga 21 Bab C : Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN SR.5.4.9 RINGKASAN CUTI SAKIT: Perintah Am 1 (iii) Bab C Cuti bergaji penuh Yang memerlukan Sijil Sakit Diberi bagi Sakit/ kecederaan yang ada harapan untuk sembuh


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 75 Layak selama masa yang diakui oleh Pegawai Perubatan sebagai tidak sihat untuk bertugas. Tidak Layak Cuti Sakit Lanjutan Perintah Am 17 Bab C KUASA MELULUS: CUTI SAKIT KETIKA SEDANG CUTI REHAT 90 hari pertama 90 hari kedua Hari 91 - 180 Ketua FPJB DALAM MALAYSIA LUAR MALAYSIA Tidak layak KECUALI jatuh sakit pada tarikh ia patut balik dan memenuhi syarat: Pegawai dimasukkan ke hospital. Permohonan disokong oleh Pegawai Perubatan Kerajaan negeri berkenaan yang menyatakan jenis sakit, tarikh masuk hospital dan jangkaan keluar; Balik ke Malaysia sebaik sahaja diasihat. Layak jika jatuh sakit tersebut menyebabkan beliau tidak dapat balik ketika beliau patut balik ke Malaysia.Cuti Sakit boleh diberi selepas tamatnya tempoh CSG atau CTG dengan syarat P.A 20 (b) dipatuhi. CUTI SAKIT KETIKA SEDANG CSG/ CTG (Perintah Am (P.A) 21 Bab C) Perintah Am (P.A) 19 Bab C Perintah Am (P.A) 20 (a) dan (b) Bab C Hari 1 - 90 Kuasa Tertentu


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 76 PENUBUHAN LEMBAGA PERUBATAN: i. Seseorang pegawai yang telah mengambil cuti sakit yang berjumlah 45 hari atau lebih dalam tiap-tiap tahun bagi masa tiga tahun berturut turut boleh dikehendaki Ketua Jabatannya untuk diperiksa tahap kesihatannya oleh sebuah Lembaga Perubatan (tidak kira sama ada ia telah melaporkan dirinya masih sakit lagi atau tidak) (Perintah Am (P.A) 18 Bab C). ii. Lembaga Perubatan boleh di panggil sekiranya: (Perintah Am (P.A) 21 Bab C) Pegawai masih tidak sihat setelah menghabiskan semua cuti sakit biasa. Pegawai Perubatan berpendapat pegawai tiada harapan untuk sihat bagi menjalankan tugas. Kesiuman otak atau kesihatan pegawai diragui. Pegawai telah tercedera semasa bertugas. Disahkan menghidap penyakit tibi, kusta atau barah. Memerlukan rawatan di luar negara. SIMULASI PENGAMBILAN CUTI SAKIT (BAGI PEGAWAI LANTIKAN TETAP) Abu Bakar adalah salah seorang ahli pasukan bola sepak yang mewakili pasukan Awang Kerdil. Semasa perlawanan menentang pasukan Mat Kilau, Abu Bakar telah mengalami kecederaan yang menyebabkan pergelangan kakinya patah. Pegawai perubatan telah memperakukan kecederaan yang dialami oleh Abu Bakar dan telah memberikan Sijil Cuti Sakit mulai 20.01.2021 hingga 17.03.2021 bagi memberi peluang untuk Abu Bakar berehat dirumah. Selepas tamat tempoh cuti sakit tersebut, pegawai perubatan memperaku untuk memberikan Sijil Cuti Sakit bermula 18.03.2021 hingga 04.05.2021 kerana masih belum sembuh. Selepas mendapatkan rawatan susulan, Abu Bakar diberi Cuti Sakit lagi bermula 05.05.2021 hingga 24.05.2021. RINGKASAN KRONOLOGI CUTI SAKIT : 20.01.2021 hingga 17.03.2021 (57 hari) : 18.03.2021 hingga 04.05.2021 (48 hari) : 05.05.2021 hingga 24.05.2021 (20 hari) Jan Feb Mac April Mei Jun Kelulusan Ketua FPJB bagi 90 hari pertama Kelulusan Kuasa Tertentu selepas 90 hari 20/1 17/3 18/3 19/4 20/4 4/5 5/5 24/5 2021 Cuti Sakit TINDAKAN FPJB: Memajukan kepada pihak BPSM bagi mendapatkan kelulusan Cuti Sakit selepas hari ke-90 20/1 hingga 17/3 18/3 hingga 4/5 5/5 hingga 24/5


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 77 JENIS : CUTI PEMULIHAN TUJUAN : Diberi untuk berehat kerana masih tidak sihat sepenuhnya untuk bertugas dan masih memerlukan masa untuk berehat. SYARAT : Perintah Am 23 Bab C 1) Seseorang pegawai yang telah sihat untuk menjalankan tugas tugasnya, tetapi pada pandangan sebuah Lembaga Perubatan adalah lebih manfaat untuk dia berehat buat satu jangka waktu yang diperakukan, maka Kuasa Tertentu boleh meluluskan apa-apa cuti separuh gaji yang ia berkelayakan di bawah Perintah Am 13 atau cuti tanpa gaji di bawah Perintah Am 14 dengan peruntukkan Perintah Am 22 (b) dipanjangkan kepadanya. NOTA : Perintah Am 22 (b): Seseorang pegawai yang telah diluluskan cuti sakit lanjutan tanpa gaji boleh diberi elaun bantuan bersamaan separuh gaji dengan kebenaran Kuasa Tertentu. Jika pegawai tidak sihat dan diperakukan oleh Lembaga Perubatan sebagai ada harapan untuk sembuh, pegawai itu masih boleh diberi cuti sakit iaitu secara Cuti Tanpa Gaji tidak melebihi 90 hari dengan diberi Elaun Bantuan Bersamaan Separuh Gaji TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN Semakan Pertama : Ketua Pentadbiran FPJB / Kerani Cuti FPJB Semakan Kedua : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Perakuan : Ketua FPJB Kelulusan : Kuasa Tertentu (dengan perakuan Lembaga Perubatan) RUJUKAN : Perintah Am 23 Bab C


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 78 FAKTOR / SEBAB JENIS : CUTI KUARANTIN TUJUAN : Diberikan bagi mengawal penyakit dari merebak sekembalinya dari luar atau dalam negara bagi menghalang berlakunya penyebaran wabak penyakit. SYARAT : Perintah Am 24 (a) Bab C 1) Pegawai yang dalam perjalanan balik ke Malaysia dari luar negeri ditahan di mana-mana stesen kerantina oleh pihak berkuasa kesihatan pelabuhan atau lapangan terbang kerana disebabkan oleh perjalanannya melalui sesebuah pelabuhan atau lapangan terbang atau di dalam sebuah kapal atau kapal terbang yang ada berlaku wabak penyakit merebak, maka tempoh penahanan sedemikian akan dianggap sebagai cuti kerantina bergaji penuh yang tidak boleh dipotong dari cuti rehat yang ia berkelayakan. Perintah Am 24 (b) Bab C 2) Sekiranya penahanan itu disebabkan oleh pegawai itu disyaki atau didapati sakit, maka tempoh itu hendaklah dikira sebagi cuti saki bergaji penuh. Perintah Am 24 (b) Bab C 3) Sekiranya seseorang pegawai itu dikurung di rumahnya oleh manamana kuasa kesihatan kerana berlakunya wabak penyakit merebak dirumahnya, maka ia hendaklah diberi cuti seperti di (1) bagi masa yang ia kehendaki oleh kuasa kesihatan tinggal di rumah itu. TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN Semakan Pertama : Ketua Pentadbiran FPJB / Kerani Cuti FPJB Semakan Kedua : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Perakuan : Ketua FPJB Kelulusan : Kuasa Tertentu RUJUKAN : Perintah Am 24 (a) – (c) Bab C


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 79 JENIS : CUTI KECEDERAAN TUJUAN : Memberi peluang untuk pegawai pulih sepenuhnya dalam tempoh pemulihan kecederaan yang panjang. SYARAT : Perintah Am 27 Bab C 1) Seseorang pegawai yang tercedera semasa menjalankan tugastugasnya boleh diberi cuti sakit yang ia berhak di bawah Perintah Am 17. Sekiranya cuti sakit ini telah habis ia boleh diberi cuti kecederaan sebagai cuti sakit tambahan yang bergaji penuh sehingga ke satu masa yang ia akan pulih semula, atau sekiranya ia tiada pulih semula, ke tarikh yang ia akan disarakan dari perkhidmatannya. Perintah Am 28 Bab C 2) Cuti kecederaan hanya boleh diluluskan oleh Kuasa Tertentu, melainkan dalam kes di Perintah Am 29, setelah menimbangkan kenyataan pemeriksaan sebuah Lembaga Perubatan yang membuat perakuanperakuan bahawa pegawai itu mempunyai harapan untuk sembuh semula dan keuzuran yang sedang ditanggungnya itu adalah hal dari kecederaan yang menimpanya semasa bertugas itu. Perintah Am 29 (a) Bab C 3) Seseorang pegawai yang berkelayakan mendapat pampasan di bawah Ordinan Pampasan Orang Kerja kerana kecederaan semasa bertugas, boleh diberi cuti kecederaan oleh Ketua Jabatan kerana kecederaan yang dialami bagi satu tempoh yang diperlukan untuk sembuh tetapi tidak melebihi 90 hari. Sebarang cuti yang telah diberi kerana kecederaan ini tidak akan mengurangkan hak bercuti pegawai kerana sebab-sebab perubatan yang lain. Perintah Am 29 () Bab C 4) Semua bayaran yang dibuat sebagai gaji penuh kepada pegawai yang mendapat cuti kecederaan di bawah Perintah Am ini akan dianggap sebagai bayaran berkala yang dibekalkan di bawah Ordinan tersebut. Sekiranya mengikut perbekalan Ordinan tersebut, Kerajaan akan kelak terpaksa membayar saguhati secara pukal kepada pegawai tersebut maka segala bayaran sebagai gaji penuh yang telah dibuat kepadanya tidak boleh dipotong daripada jumlah saguhati tersebut. Perintah Am 29 (a) Bab C 5) Seseorang pegawai yang terus uzur setelah tamat tempoh bergaji penuh yang diluluskan kepadanya, boleh mendapat faedahfaedah biasa di bawah Ordinan Pampasan Orang Kerja tersebut. TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN Semakan Pertama : Ketua Pentadbiran FPJB / Kerani Cuti FPJB Semakan Kedua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Perakuan : Ketua FPJB Kelulusan : Kuasa Tertentu RUJUKAN : Perintah Am 27, 28 dan 29 Bab C


BAHAGIAN V KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD BAGI PEGAWAI-PEGAWAI KERAJAAN YANG DIPILIH UNTUK MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM SUKAN-SUKAN PERWAKILAN KEMUDAHAN CUTI LATIHAN PASUKAN SUKARELA KEMUDAHAN CUTI MENGHADIRI AKTIVITI PERTUBUHAN / PERSATUAN KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG DILANTIK SEBAGAI JURULATIH PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN) CUTI UNTUK URUSAN PERTUBUHAN IKHTISAS, KESATUAN DAN KEMASYARAKATAN KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG MENYERTAI MUSABAQAH AL-QURAN DI PERINGKAT KEBANGSAAN DAN ANTARABANGSA KEMUDAHAN CUTI MENGHADIRI MESYUARAT PERSATUAN IKHTISAS KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD BAGI MELAKSANAKAN AKTIVITI KHIDMAT MASYARAKAT KEMUDAHAN CUTI MENGHADIRI LATIHAN SYARIKAT KERJASAMA KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG DIPILIH UNTUK MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM LAWATAN KEBUDAYAAN DI LUAR NEGERI KEMUDAHAN CUTI LAIN-LAIN KURSUS


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 80 JENIS : KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD BAGI PEGAWAI YANG DIPILIH UNTUK MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM SUKAN-SUKAN PERWAKILAN TUJUAN : Bagi mewakili Universiti dalam pertandingan olahraga dan sukan. SYARAT : MyPPSM CERAIAN SR.5.5.1 1) Bagi maksud "sukan perwakilan" bermakna: (i) pertandingan di peringkat Kebangsaan; atau (ii) pertandingan sukan di peringkat Antarabangsa; atau (iii) pertandingan sukan di antara negeri-negeri atau negerinegeri dengan sesebuah negara asing; atau (iv) pertandingan sukan di peringkat Wilayah (Regional level) yang diadakan dalam Malaysia ataupun di luar Malaysia. MyPPSM CERAIAN SR.5.5.1 2) Cuti Tanpa Rekod boleh diluluskan oleh Ketua FPJB/ Kuasa Tertentu kepada pegawai-pegawai yang dipilih oleh sesebuah pertubuhan atau badan sukan bagi mewakilinya untuk bertanding dalam salah satu daripada pertandingan sukan yang dinyatakan di perenggan 1 di atas. Pegawai-pegawai yang dipilih oleh sebuah pertubuhan atau badan sukan untuk bertugas: (i) sebagai pegawai sukan (official) untuk membantu mengelolakan sesuatu pertandingan sukan; atau (ii) sebagai jurulatih menyediakan pasukan; untuk salah satu daripada pertandingan sukan yang dinyatakan di perenggan 1 di atas, boleh dibenarkan oleh Ketua FPJB/ Kuasa Tertentu untuk mengambil Cuti Tanpa Rekod. MyPPSM CERAIAN SR.5.5.1 3) Walau bagaimanapun, seseorang pegawai itu boleh mengambil bahagian dalam pertandingan sukan perwakilan tidak lebih daripada tiga (3) jenis sukan sahaja dalam setahun. Tujuannya ialah untuk membolehkan lebih ramai lagi pegawai-pegawai mendapat peluang menyertai pertandingan sukan perwakilan. MyPPSM CERAIAN SR.5.5.1 & Perintah Am 46 (a) Bab C 4) Pegawai yang dipilih untuk mengambil bahagian dalam sebarang pertandingan sukan di peringkat Kebangsaan atau Antarabangsa boleh diberi Cuti Tanpa Rekod oleh Ketua FPJB/ Kuasa Tertentu bagi masa yang betul-betul diperlukan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. MyPPSM CERAIAN SR.5.5.1 5) Tetapi cuti seumpama itu boleh juga diberikan bagi tempoh latihan intensif yang perlu dijalani oleh pegawai-pegawai yang mengambil bahagian itu sekiranya latihan seumpama itu difikirkan mustahak bagi pertandingan sukan di peringkat Kebangsaan atau Antarabangsa


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 81 ataupun bagi perjalanan yang perlu dibuat bagi pertandingan sukan tersebut. MyPPSM CERAIAN SR.5.5.1 & Perintah Am 46 (a) Bab C 6) Cuti Tanpa Rekod itu boleh diberikan oleh Ketua FPJB/ Kuasa Tertentu tidak melebihi daripada 30 hari setahun. Sebarang cuti lagi yang diperlukan lebih daripada 30 hari akan ditimbangkan oleh Kuasa Tertentu mengikut budi bicara. MyPPSM CERAIAN SR.5.5.1 & Perintah Am 46 (b) Bab C 7) Pegawai-pegawai yang menjadi ahli mana-mana Majlis atau Jawatankuasa Pertandingan Kebangsaan atau Antarabangsa boleh diberi Cuti Tanpa Rekod seperti syarat-syarat di perenggan 4,5,6 di atas bagi menghadiri mesyuarat Majlis atau Jawatankuasa tersebut yang diadakan sebelum atau selepas sesuatu pertandingan Kebangsaan atau Antarabangsa itu. Pegawai-pegawai itu boleh dibenarkan meninggalkan pejabat atau tugasnya dalam waktu pejabat jika pegawai-pegawai itu dikehendaki berbuat demikian bagi sebahagian hari bekerja biasa tetapi bukan bagi sepenuh hari bekerja biasa. MyPPSM CERAIAN SR.5.5.1 8) Pemberian Cuti Tanpa Rekod kepada seseorang pegawai yang dipilih untuk mengambil bahagian dalam sesuatu pertandingan sukan perwakilan itu adalah tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan awam. TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN Semakan : Ketua Pentadbiran FPJB / Kerani Cuti FPJB Perakuan : Pegawai Peraku Cuti Kelulusan : *Ketua FPJB / Kuasa Tertentu RUJUKAN : Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN SR.5.5.1 : Perintah AM 46 (a) (b) Bab C *Aktiviti di dalam Malaysia diluluskan oleh Ketua FPJB manakala aktiviti di luar Malaysia diluluskan oleh Kuasa Tertentu


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 82 JENIS : KEMUDAHAN CUTI LATIHAN PASUKAN SUKARELA TUJUAN : Bagi membantu kerajaan di dalam kerja-kerja sukarela yang berkaitan dengan pasukan yang diceburi. SYARAT : MyPPSM CERAIAN SR5.5.2 1) Pelaksanaan kemudahan Cuti Latihan Pasukan Sukarela adalah seperti yang berikut: (i) Diberikan kepada pegawai yang menjadi ahli Pasukan Sukarela adalah seperti di Lampiran A dan pindaannya yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa; (ii) Diberikan sebanyak 30 hari setahun dan tambahan dua (2) hari perjalanan pergi dan balik ke latihan atau khemah tahunan; dan (iii) Sebarang cuti lagi yang diperlukan lebih daripada 32 hari hendaklah diluluskan oleh Kuasa Tertentu. MyPPSM CERAIAN SR.5.5.2 2) Merekodkan kelulusan Cuti Tanpa Rekod bagi menghadiri Latihan Pasukan Sukarela dalam Buku Perkhidmatan pegawai. Perintah Am 41 Bab C 3) Seseorang pegawai yang dikehendaki menghadiri latihan atau khemah tahunan pasukan-pasukan sukarela seperti di Lampiran A. Sebarang cuti yang diperlukan lebih daripada ini akan ditolak dari cuti rehat pegawai. TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN Semakan : Ketua Pentadbiran FPJB / Kerani Cuti FPJB Perakuan : Pegawai Peraku Cuti Kelulusan : Ketua FPJB RUJUKAN : Perintah Am 41 Bab C : Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN SR.5.5.2


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 83 LAMPIRAN A SENARAI PASUKAN-PASUKAN SUKARELA DI BAWAH MyPPSM CERAIAN SR.5.5.2 DAN PERINTAH AM 41 BAB C 1. Askar Wataniah 2. Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja 3. Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja 4. Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Darat Diraja 5. Pasukan Simpanan Sukarela Polis 6. Pasukan Simpanan Pertahanan Awam 7. Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) 8. PERWAKILAN (Kementerian Luar Negeri) 9. BAKTI (Isteri ATM) 10. BAKAT. 11. PERKEP (Isteri PDRM) 12. PUSPANITA (Perkhidmatan Awam) *Senarai Pasukan Sukarela di atas adalah tertakluk kepada pindaannya/tambahan dari semasa ke semasa. Senarai seperti di dalam Perintah AM 41 Bab C Senarai seperti di dalam MyPPSM CERAIAN SR.5.5.2


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 84 JENIS : KEMUDAHAN CUTI MENGHADIRI AKTIVITI PERTUBUHAN/ PERSATUAN TUJUAN : Bagi meningkatkan kemahiran diri ahli mana-mana pertubuhan atau persatuan. SYARAT : MyPPSM CERAIAN SR5.5.3 & Perintah AM 42 (a) Bab C 1) Pelaksanaan kemudahan ini adalah seperti yang berikut: (i) Diberikan kepada pegawai untuk menghadiri mesyuarat agung tahunan, mesyuarat agung luar biasa, latihan atau khemah tahunan; (ii) seminar dan aktiviti-aktiviti sukan di Malaysia anjuran pertubuhan/persatuan termasuk Persatuan Kebajikan dan Sukan di Jabatan-jabatan Kerajaan, yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan dan diiktiraf oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam; (iii) Pegawai hendaklah menjadi ahli pertubuhan/persatuan yang telah diiktiraf oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam tersebut; (iv) Diberikan sebanyak 14 hari setahun dan tambahan dua (2) hari perjalanan pergi dan balik ke tempat aktiviti berkenaan; dan (v) Senarai Persatuan/Pertubuhan yang telah diiktiraf oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam adalah seperti di Lampiran B Jabatan Perkhidmatan Awam dan pindaannya dari semasa ke semasa. Perintah AM 42 (a) Bab C 2) Sebarang cuti yang diperlukan lebih daripada di atas akan dipotong dari cuti rehat pegawai dan sekiranya ini telah habis, pegawai itu boleh diberi cuti tanpa gaji. MyPPSM CERAIAN SR.5.5.3 3) Merekodkan kelulusan Cuti Menghadiri Aktiviti Pertubuhan/Persatuan pegawai dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan. TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN Semakan : Ketua Pentadbiran FPJB / Kerani Cuti FPJB Perakuan : Pegawai Peraku Cuti Kelulusan : Ketua FPJB RUJUKAN : Perintah Am 42 (a) Bab C : Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN SR.5.5.3 : Surat Edaran JPA.(S).800-1/1/7(37) bertarikh 26 Ogos 2022


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 85 Lampiran B SENARAI PERTUBUHAN/PERSATUAN YANG TELAH DISENARAI DI BAWAH MyPPSM CERAIAN SR.5.5.3 DAN PERINTAH AM 42(a) BAB C 1. Kadet Laut 2. Pasukan Kadet Persekutuan 3. Pasukan Latihan Udara Persekutuan 4. Pasukan Pengakap 5. Pertubuhan Pandu Puteri 6. Briged Budak Lelaki 7. Briged Budak Perempuan 8. St. John Ambulan 9. Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia 10. Persatuan Perancang Keluarga 11. PEMADAM 12. Persatuan Penyelamat Kelemasan DiRaja Cawangan Malaysia 13. Persatuan Membantu Orang-Orang Dalam Penyeliaan 14. Majlis Penasihat Kebangsaan Mengenai Intergrasi Wanita Dalam Pembangunan (NACIWID) 15. Pertubuhan Orang-Orang Buta 16. Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia 17. Jabatan Perpaduan Negara, Jabatan Perdana Menteri 18. Persatuan Pengguna 19. Persatuan Bagi Mencegah Penyakit Tibi Malaysia 20. PUSPANITA 21. Jawatankuasa Kemajuan Dan Kelamatan Kampong (JKKK), Unit Penyelarasan Perlaksanaan 22. Pasukan Kadet Polis 23. Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) 24. PERKIM 25. Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia (N.W.O) 26. Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri 27. Persatuan Stem Malaysia 28. Biro Tata Negara, Jabatan Perdana Menteri Senarai seperti di dalam Perintah Am 42 (a) Bab C Senarai seperti di dalam MyPPSM CERAIAN SR.5.5.3


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 86 29. Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY) 30. Persatuan Intelektual Muslim Malaysia 31. Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) 32. Majlis Belia Sabah (MBS) 33. Pertubuhan Bantuan Teknikal Insaf Malaysia (INSAF) 34. Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA) 35. Majlis Kanser Nasional (MAKNA) 36. Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) 37. Persatuan Muzium Malaysia (PMM) 38. Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik Malaysia (PPTD) 39. Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia atau Malaysia Crime Prevention Foundation (MCPF) 40. Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) *Senarai Pertubuhan/Persatuan di atas adalah tertakluk kepada pindaannya/tambahan dari semasa ke semasa. Tarikh kemaskini di portal JPA: 1 September 2022 Senarai seperti di dalam MyPPSM CERAIAN SR.5.5.3


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 87 JENIS : KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG DILANTIK SEBAGAI JURULATIH PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA (PLKN) TUJUAN : Memberi kemudahan kepada pegawai yang dilantik sebagai jurulatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). SYARAT : MyPPSM CERAIAN SR.5.5.4 1) Pegawai yang dikehendaki hadir PLKN sebagai jurulatih boleh diluluskan cuti tanpa rekod bagi tempoh berikut: (i) mengikuti kursus untuk jurulatih; dan (ii)menjalankan tugas sebagai jurulatih MyPPSM CERAIAN SR.5.5.4 2) Tempoh cuti tanpa rekod yang boleh diluluskan oleh Kuasa Tertentu bagi tujuan di atas hendaklah diberikan mengikut tempoh sebenar program dengan tambahan sehari sebelum dan sehari selepas bagi maksud perjalanan jika diperlukan. TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN Semakan : Ketua Pentadbiran FPJB / Kerani Cuti FPJB Perakuan : Ketua FPJB Kelulusan : Kuasa Tertentu RUJUKAN : Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN SR.5.5.4


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 88 JENIS : KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG MENYERTAI MUSABAQAH AL-QURAN DI PERINGKAT KEBANGSAAN DAN ANTARABANGSA TUJUAN : Memberi galakan dan peluang pegawai bagi menghadirimenyertai Musabaqah Al-Quran. SYARAT : MyPPSM CERAIAN SR5.5.5 1) Kemudahan cuti tanpa rekod ini diberikan seperti berikut: (i) tidak melebihi 30 hari setahun bagi menyertai Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa; (ii) diberikan bagi masa yang diperlukan untuk menyertai dan mengambil bahagian dalam majlis berkenaan, termasuk perjalanan pergi dan balik ke tempat penganjuran, sesi pendaftaran, taklimat, undian dan tahsin (latihan intensif); (iii) tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan; (iv) hendaklah dicatatkan dalam Buku Perkhidmatan pegawai; dan (v) sekiranya cuti tanpa rekod bagi menyertai Musabaqah Al-Quran tersebut tidak mencukupi, pegawai hendaklah menggunakan cuti rehat mengikut kelayakannya tertakluk kepada kelulusan Ketua FPJB/ Kuasa Tertentu. TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN Semakan : Ketua Pentadbiran FPJB / Kerani Cuti FPJB Perakuan : Pegawai Peraku Cuti Kelulusan : *Ketua FPJB / Kuasa Tertentu RUJUKAN : Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN SR.5.5.5 *Aktiviti di dalam Malaysia diluluskan oleh Ketua FPJB manakala aktiviti di luar Malaysia diluluskan oleh Kuasa Tertentu


BUKU PANDUAN CUTI UPNM | 89 JENIS : KEMUDAHAN CUTI TANPA REKOD BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG DIPILIH UNTUK MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM LAWATAN KEBUDAYAAN DI LUAR NEGERI TUJUAN : Bagi membantu negara dalam mempromosikan kebudayaan-kebudayaan Malaysia ke luar negara. SYARAT : MyPPSM CERAIAN SR5.5.6 1) Pegawai dipilih untuk mengambil bahagian dalam lawatan kebudayaan di luar negeri anjuran Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau mana-mana agensi yang ditetapkan oleh Kerajaan. MyPPSM CERAIAN SR5.5.6 2) selama tempoh yang diperlukan bagi lawatan kebudayaan tersebut. MyPPSM CERAIAN SR5.5.6 3) Kelulusan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan. TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN Semakan : Ketua Pentadbiran FPJB / Kerani Cuti FPJB Perakuan : Pegawai Peraku Cuti Kelulusan : *Ketua FPJB / Kuasa Tertentu RUJUKAN : Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia CERAIAN SR.5.5.6 *Aktiviti di dalam Malaysia diluluskan oleh Ketua FPJB manakala aktiviti di luar Malaysia diluluskan oleh Kuasa Tertentu


Click to View FlipBook Version