The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Portfolio praktikum sepuluh minggu, PDPP ambilan Okt20. Pendidikan Islam sekolah rendah

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 115-21-norhafizah, 2021-11-16 19:38:38

PRKA2045 - PORTFOLIO PRAKTIKUM

Portfolio praktikum sepuluh minggu, PDPP ambilan Okt20. Pendidikan Islam sekolah rendah

Keywords: PORTFOLIO,PRAKTIKUM,PDPIKR1-1,PDPP1020

MINGGU
2

INFOGRAPHIC

PENULISAN JURNAL MINGGUAN

Bilangan Jurnal : 2 / 10
Minggu : 02
Tarikh Jurnal : 30 Ogos - 3 September 2021
Tajuk Jurnal : Penguasaan Jawi Dalam Kalangan Murid
Pensyarah Penyelia : Dr Narawi bin Abu Bakar
Guru Pembimbing : Ustaz Aris Fadillah bin Hasbi

1. Isu Yang Difokuskan
Minggu kedua praktikum saya berjalan seperti biasa. Semasa perlaksanaan pengajaran dan
pembelajaran dari rumah saya masih menggunakan kaedah dalam talian segerak dan kaedah
luar talian tidak segerak bersesuaian dengan keadaan capaian internet murid. Minggu kedua
saya memfokuskan pembelajaran jawi, namun permasalahan yang timbul adalah penguasaan
jawi dalam kalangan murid masih di tahap yang rendah dan ini sedikit sebanyak
mempengaruhi kelancaran pdpr yang berlangsung.

2. Analisis Yang Difokuskan
Permasalahan penguasaan jawi yang dihadapi ini sedikit sebanyak akan mengganggu proses
pdp. Berdasarkan pemerhatian, penguasaan jawi dalam kalangan murid tidak memuaskan
kerana penguasaan dan minat murid khususnya di peringkat rendah terhadap bacaan teks
Jawi agak berkurangan kerana mereka tidak mampu untuk menguasai kemahiran mengeja
dan membaca suku kata. Ianya memberikan impak yang besar kepada murid kerana mereka
tidak akan dapat membaca perkataan atau teks dalam tulisan Jawi. Tambahan keadaan
semasa yang sangat sukar untuk memastikan murid menerima dengan baik atau tidak setiap
sesi pdpr yang berlangsung. Murid juga belum menguasai kemahiran menulis suku kata
mudah kerana tidak memahami konsep huruf tersebut apabila dalam bentuk suku kata.
Mengikut sukatan mata pelajaran Jawi, murid-murid tahap 1 terutamanya di tahun 2
sepatutnya sudah menguasai sukatan pelajaran jawi iaitu dapat membaca dan menulis
dengan betul huruf-huruf Jawi tunggal, suku kata terbuka dan juga suku kata tertutup, akan
tetapi masih ada sebilangan murid yang belum menguasai kemahiran tersebut.

prka2045/norhafizaharshad2020022400072/pdpikr3-1

3. Kajian Lampau Terhadap Terhadap Isu (Pengalaman Atau Kajian Lepas)
Menurut Garder (1991),potensi manusia mempunyai lapan kecerdasan dalam dirinya iaitu
linguistik, logikal,ruang, muzik, kinsestetik, interpersonal, intrapersonal dan naturalis. Masalah
yang ditunjukkan oleh beberapa murid di dalam tahun dua ini telah menyebabkan saya
terpaksa menyiasat masalah yang dihadapi oleh murid berkenaan.
Antara persoalan yang timbul di kepada saya ialah:
- Adakah ayat yang dibaca oleh murid sukar untuk ditafsir oleh murid?
- Adakah murid masih keliru dengan sebutan huruf-huruf jawi yang dilihat?
- Adakah murid bosan dengan pengajaran jawi yang saya sediakan?
- Adakah perkataan-perkataan yang saya pilih sukar untuk dibaca oleh murid?
- Adakah teks jawi yang disediakan, sukar untuk difahami oleh murid?

Daripada tinjauan awal yang telah saya lakukan melalui temu bual serta pemerhatian yang
saya lakukan terhadap murid-murid ini, saya dapati bahawa terdapat beberapa faktor yang
menyumbang kepada wujudnya masalah ini.
Antara faktor yang menyumbang ialah
- Kebanyakan murid belum dapat membaca tulisan jawi dengan baik.
- Murid-murid perlu sentiasa memerlukan tunjuk ajar dan bimbingan.
- Tiada sebarang kecacatan pada diri.
- Murid tidak yakin untuk membaca dan menulis tulisan jawi.

prka2045/norhafizaharshad2020022400072/pdpikr3-1

4. Cadangan Dan Idea Penyelesaian Masalah
Cadangan bagi menyelesaikan masalah ini :

d) Saya perlu mencari alternatif yang lebih sesuai untuk menarik minat murid terhadap
tulisan jawi.

e) Saya akan merancang aktiviti yang lebih bersesuaian dengan keadaan tahap murid.
f) Saya telah merancang untuk menghasilkan satu laman khas saperti blog, website atau

penghasilan video video cinta jawi untuk rujukan murid seccara berterusan. Untuk
perlaksanaan rancangan ni, saya memerlukan perancangan yang terperinci dan tepat.
g) Saya akan mendapatkan bimbingan daripada guru pembimbing dan pensyarah
pembimbing, serta mendapatkan nasihat daripada mereka di samping berbincang
dengan guru pelatih lain.

5. Tempoh Masa Penyelesaian &Tindakan Susulan
Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin. Pembelajaran penguasaan jawi
memerlukan proses yang berterusan. Perancangan yang strategik akan membantu
melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran tersebut.

6. Kesimpulan
Kesimpulannya, kebolehan membaca suku kata Jawi amat penting dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Islam. Hal ini kerana bahan pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Islam sebahagian besarnya ditulis dalam Jawi. Pelajar juga diwajibkan untuk
cekap dan menguasai asas Jawi ini agar dapat mempelajari dan membaca al-Quran dengan
lancar. Penggunaan bahan - bahan bantu yang terbaik agar murid- murid yang lemah dapat
menguasai Jawi. Kaedah pengajaran juga perlu dipelbagaikan bersesuaian dengan latar
belakang keupayaan murid di sesuatu tempat. Ini bertujuan untuk memudahkan murid-murid di
sekolah rendah khususnya di pedalaman memahami pengajaran guru dan menguasai isi
pelajaran yang diajar di dalam kelas.

Justeru, usaha murni perlu diakukan untuk membantu murid memantapkan penguasaan
membaca Jawi . Diharapkan agar semua guru dan ibu bapa boleh bersatu dalam mengatasi
masalah ini demi mencapai objektif yang dirancang. Sebagaimana selaras dengan matlamat
dan misi KPM yang memberi tumpuan kepada perkembangan potensi murid menyeluruh dan
seimbang.

prka2045/norhafizaharshad2020022400072/pdpikr3-1

7. Rujukan
Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah
Laku. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang. (2010). Kompetensi Kecerdasan Emosi. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid Dan Alam
Belajar. Oxford Fajar Sdn. Bhd

prka2045/norhafizaharshad2020022400072/pdpikr3-1

MINGGU
3

INFOGRAPHIC

PENULISAN JURNAL MINGGUAN

Bilangan Jurnal : 3 / 10
Minggu : 03
Tarikh Jurnal : 6 - 10 September 2021
Tajuk Jurnal : Penyertaan PDPR Murid Yang Tidak Memuaskan
Pensyarah Penyelia : Dr Narawi bin Abu Bakar
Guru Pembimbing : Ustaz Aris Fadillah bin Hasbi

1. Isu Yang Difokuskan
Pada minggu ketiga praktikum ini, perlaksanaan pdpr masih berjalan di atas talian berikutan
pengumuman pembukaan sekolah secara bersemuka masih belum diputuskan. Pada minggu
ini, saya dapati permasalahan yang wujud adalah penyertaan PDPR murid yang tidak
memuaskan. Sepanjang PDPR dilaksanakan saya menggunakan dua kaedah PDPR iaitu atas
talian segerak dan luar talian iaitu kaedah modul. Untuk kaedah atas talian segerak saya
hanya akan memilih satu kelas seminggu dan lain lain kelas akan dilaksanakan melalui atas
talian tidak segerak. Di mana saya akan melaksanakan pdpr menggunakan aplikasi whatsapp
dan telegram dengan menghantar video pengajaran dan nota berbentuk power point untuk
rujukan murid disamping penggunaan “voice note”. Walaubagaimanapun, pelbagai cara
dilakukan untuk menyampaikan pdpr kepada pelajar, penyertaan murid sangat tidak
memuaskan malahan ada beberapa orang murid yang langsung tidak mengikuti pdpr ini.
Apabila dilihat pada rekod pesanan yang dihantar saya di dalam kumpulan whatsapp tersebut,
semua peserta yang terdiri daripada ibubapa murid sudah membaca pesanan namun tidak
memberi tindak balas. Ini menyebabkan pelaporan pdpr saya pada minggu ini agak kurang
memuaskan penyertaan dari murid.

2. Analisis Yang Difokuskan
Berikutan masalah ini, saya telah mengambil tindakan untuk bertanya secara individu
melalui pesanan ringkas dan panggilan telefon kepada ibubapa tersebut berkenaan masalah
ini.

Antara punca yang saya dapati ialah:

a) Ibubapa berkongsi telefon dengan anak-anak yang lain sepanjang tempoh PdPR.

b) Murid yang mempunyai telefon sendiri tidak mengambil endah dengan tugasan yang

diberi oleh guru.

prka2045/norhafizaharshad2020022400072/pdpikr3-1

c) Liputan internet yang lemah di kediaman murid.
d) Keluarga yang tidak berkemampuan mempunyai telefon pintar.
e) Murid yang tinggal dengan penjaga yang sudah tua dan tidak pandai menggunakan
telefon pintar

3. Kajian Lampau Terhadap Terhadap Isu (Pengalaman Atau Kajian Lepas)
Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru), Mohd Azizee Hasan (2020) ketika
tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) contohnya, menerusi pelaksanaan PnP dalam
talian mendapati ia kurang mendapat sambutan dengan peratusan kehadiran murid dalam sesi
itu hanya sekitar 20 hingga 30 peratus.Apabila kehadiran murid rendah dalam sesi dalam
talian, ia akan menjejaskan tumpuan mereka untuk belajar apatah lagi untuk memahami
subjek diajar.
Berasaskan kepada hasil kajian Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
yang mendapati kehadiran murid dalam proses PdPR tidak mencapai 80 peratus. Dapatan
kajian itu sungguh menakutkan. Kemungkinan dapatan kajian itu boleh dipertikaikan kerana
proses PdPR mempunyai pelbagai mod iaitu ‘online’, ‘offline dan ‘off-site’. Dalam situasi kita
sekarang, sukar untuk menyalahkan mana-mana pihak kerana hakikatnya banyak faktor
mempengaruhi apa yang berlaku di rumah. Secara mudah, para ibu bapalah yang seharusnya
mengambil peranan dalam memastikan anak-anak mereka memasuki kelas dalam talian.

4. Cadangan Dan Idea Penyelesaian Masalah
Cadangan bagi menyelesaikan masalah ini :

a) Memberi masa yang fleksibel bagi memudahkan ibubapa yang berkongsi telefon
dengan anak-anak untuk memberi tindak balas hasil kerja murid.
b) Menasihati murid secara individu supaya tidak ketinggalan dalam pelajaran.
c) Memahami keadaan murid yang tidak berkemampuan namun guru harus selalu
menghubungi murid tersebut supaya tidak ketinggalan.

prka2045/norhafizaharshad2020022400072/pdpikr3-1

5. Tempoh Masa Penyelesaian &Tindakan Susulan
Saya akan berusaha mencari inisiatif lain untuk memastikan pelajar saya dapat mengikuti
perkembangan terkini setiap topik dan tajuk yang dipelajari dalam tempoh seminggu ini. Saya
juga sentiasa memberi mereka motivasi dan sokongan juga peringatan supaya tidak terlalu
ketinggalan pelajaran disebabkan pandemik ini..

6. Kesimpulan
Kesimpulannya, penyertaan murid semasa pdpr perlu dipandang serius. Sikap sambil lewa
akan memusanahkan dan menyebabkan murid ketinggalan dalam pembelajaran. Justeru,
usaha murni perlu diakukan untuk membantu murid terus bersemangat untuk menghadiri kelas.
Diharapkan agar semua guru dan ibu bapa boleh bersatu dalam mengatasi masalah ini demi
mencapai objektif yang dirancang. Sebagaimana selaras dengan matlamat dan misi KPM
yang memberi tumpuan kepada perkembangan potensi murid menyeluruh dan seimbang.

7. Rujukan
https://www.edisi9.com.my/2021/06/apa-punca-murid-sekolah-gagal-ikuti-proses-pdpr/
Roshlawaty Raieh (2020). Realiti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) semasa
PKPB: Ini yang perlu kita tahu. Daripada https://www.gpsbestari.com/artikel/rencana/realiti-
pengajaran-dan-pembelajaran-di-rumah-pdpr-semasa-pkpb-ini-yang-perlu-kita-tahu-1.936425

Sintema, E. J. (2020, April 7). Effect of COVID-19 on the performance of grade 12 students:

Siti Nur Diyana Mahmud (2021). Teliti cabaran dihadapi guru, murid dalam PdPR.
https://www.bharian.com.my/rencana/minda-pembaca/2021/05/812576/teliti-cabaran-dihadapi-
guru-murid-dalam-pdpr

prka2045/norhafizaharshad2020022400072/pdpikr3-1

MINGGU
4

INFOGRAPHIC

PENULISAN JURNAL MINGGUAN

Bilangan Jurnal : 4 / 10
Minggu : 04
Tarikh Jurnal : 20 - 24 September 2021
Tajuk Jurnal : Hilang Tumpuan Dan Kurang Minat Dalam Kelas
Pensyarah Penyelia : Dr Narawi bin Abu Bakar
Guru Pembimbing : Ustaz Aris Fadillah bin Hasbi

1. Isu Yang Difokuskan
Pada minggu keempat praktikum ini, perlaksanaan pdpr masih berjalan di atas talian. Minggu
keempat ini juga merupakan minggu selepas cuti pertengahan semester kedua persekolahan.
Pada minggu ini, guru dapati permasalahan yang wujud adalah murid hilang tumpuan dan
kurang minat dalam terhadap kelas PDPR yang dijalankan. Hal ini kerana, permasalahan yang
guru hadapi ketika mengadakan kelas atas talian menggunakan aplikasi Google Meet pada 24
September 2021 untuk kelas tahun 2, guru dapati tiada seorang murid pun yang masuk ke
kelas yang telah guru sediakan dan penghantaran serta pemberitahuan semula dalam group
whatsapp juga tiada maklum balas daripada ibu bapa dan penjaga murid. Berikutan hal ini
sedikit sebanyak mengganggu proses perjalanan PDPR pada minggu keempat ini.

2. Analisis Yang Difokuskan
Masalah ini berkemungkinan berpunca daripada kelemahan guru sendiri dalam
mengendalikan kelas dan mewujudkan komunikasi berkesan dalam hubungan guru dengan
murid. Masalah ini boleh dikaitkan dengan hubungan interpersonal antara guru dan murid. Ini
kerana, proses PdP dan komunikasi yang berkesan sering kali terganggu akibat gangguan-
gangguan yang berlaku dalam kelas seperti kurangnya minat murid untuk belajar,
perhubungan guru dan murid yang tidak mesra, suasana bilik darjah yang kurang kondusif dan
seumpamanya. Bahkan, masalah kurangnya minat murid terhadap PDPR yang dijalankan
contohnya akan menyebabkan guru menghadapi kesukaran dalam mengendalikan proses
PdP dan menyampaikan pelajaran yang jelas supaya objektif pembelajaran itu sampai kepada
murid. Corak kepimpinan guru dalam kelas dan bilik darjah banyak mempengaruhi proses
interaksi antara guru dengan murid. Guru yang mengamalkan corak kepimpinan autokratik di
mana murid-murid hanya mengikut arahan dan kehendak guru serta tidak diberi peluang
menyuarakan pendapat atau memberi cadangan mereka. Akhirnya, interaksi di antara murid

prka2045/norhafizaharshad2020022400072/pdpikr3-1

tidak digalakkan dan bersifat pasif sekaligus menyebabkan murid kurang berminat dan
motivasi menurun untuk menghadiri kelas pdpr atas talian.

Faktor yang mempengaruhi murid untuk hilang tumpuan dan minat di dalam kelas ialah:

i) Sikap murid - berdasarkan temubual, sikap pelajar merupakan faktor penyebab mereka
hilang tumpuan dan minat di dalam kelas. Ketika kerja rumah terlalu banyak dan nota
yang tertangguh ingin dipungut oleh guru, kebanyakan mereka akan tidur lewat malam.
Hai ini demikian menyebabkan motivasi murid menurun dan minat terhadap setiap
pembelajaran hilang.

ii) Bahan bantu mengajar (tidak menggunakan BBM) - kebanyakan murid menyatakan
bahawa penggunaan bahan bantu mengajar sangat tidak menarik minat mereka untuk
terus kekal fokus didalam kelas.

iii) Gaya pengajaran guru (bersyarah tanpa henti ) - guru merupakan individu yang
berpenampilan menarik dan perlu peka terhadap kelas semasa P&P. Sekiranya kaedah
yang digunakan tidak sesuai untuk murid dan tidak dapat menarik perhatian pelajar untuk
kekal fokus dan minat di dalam kelas, guru seharusnya menukarkan kaedah lain yang
boleh diterima oleh murid.

iv) Persekitaran pdpr secara atas talian yang menghadap alat peranti tanpa henti - faktor
ini terjadi sehingga menimbulkan rasa bosan dan kurang minat murid.

3. Kajian Lampau Terhadap Terhadap Isu (Pengalaman Atau Kajian Lepas)
Dalam kajian yang dijalankan oleh Rohani Arbaa. et al (2010) telah menyatakan bahawa
pembangunan pendidikan berkualiti serta bertaraf dunia merupakan agenda utama
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Berdasarkan agenda penting ini, guru merupakan golongan yang terlibat secara langsung
untuk melaksanakan daya usaha dan pendekatan dari segi pengajaran dalam meningkatkan
kualiti pendidikan serta memastikan pelajar sekolah memperoleh hasil-hasil pembelajaran
yang maksimum. Oleh itu, para guru perlu lebih kreatif serta inovatif dalam memastikan sistem
penyampaian menjadi efektif, menarik, menyeronokkan dan dapat merangsang minat pelajar
untuk belajar. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Abd. Karim (1994) menyatakan
bahawa setiap guru memainkan peranan yang penting dalam menarik minat pelajar untuk
belajar dengan cara mempelbagaikan kaedah pengajaran. Apabila murid-murid tidak berminat
dalam sesuatu mata pelajaran tertentu, guru tidak pula berusaha untuk menarik minat mereka.

prka2045/norhafizaharshad2020022400072/pdpikr3-1

Apabila seseorang murid bertemu guru buat pertama kali dalam kelas, tanggapan awal
tentang guru telah mula terbentuk. Selepas beberapa sesi pembelajaran, murid akan dapat
merumuskan personaliti guru berkenaan (Den Brok et.al, 2004). Bermula dari saat itu,
personaliti guru yang disenangi atau sebaliknya mula terbentuk. Selain itu, seorang guru yang
memiliki personaliti menarik seperti peramah, mudah mesra, penyayang, mengambil berat,
prihatin dan pandai bergurau akan lebih suka didampingi oleh murid. Guru yang menepati
masa menghadiri kelas, sabar dalam menyampaikan pengajaran, tertib dan bertanggungjawab
dalam menjalankan tugas dan berkeyakinan tinggi akan disukai dan lebih dihormati oleh murid
(Khalip dan Hariza, 2015). Hal ini selari dengan pendapat Mok Soon Sang (2003) yang
menyatakan dalam proses pengajaran, guru wajib menimbulkan minat pelajar terhadap proses
pembelajaran, membimbing mereka dengan cara belajar yang berkesan, menjelaskan
keraguan dan membantu mereka menyelesaikan masalah, di samping membekalkan bahan
pelajaran, meningkatkan penguasaan kemahiran mereka, membentuk sikap pembelajaran
yang betul, memupuk idealisme yang luhur dan nilai murni yang tinggi. Rumusannya, guru
yang berkesan dalam pengajaran mestilah berupaya mengajar dengan baik dan mempunyai
personaliti dan tingkah laku yang menarik dan disenangi murid.

4. Cadangan Dan Idea Penyelesaian Masalah
Cadangan bagi menyelesaikan masalah ini:

a) Sebagai seorang guru, saya seharusnya bersedia untuk melakukan beberapa
perubahan untuk memastikan segala masalah yang dihadapi dapat dikurangkan atau
diatasi.

b) Guru yang mengamalkan kepimpinan demokratik akan meninggalkan kesan berikut ke
atas interaksi di antara guru dengan murid-muridnya.

c) Guru wajar mengaplikasikan kemahiran komunikasi berkesan.
d) Pengaplikasian teknik menyoal untuk menggalakkan murid-murid menyertai aktiviti

pembelajaran secara aktif juga boleh membantu.
e) Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah

pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih.

prka2045/norhafizaharshad2020022400072/pdpikr3-1

5. Tempoh Masa Penyelesaian &Tindakan Susulan
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Pengurusan dari segi
interpersonal ini sangat penting bagi seorang guru agar PdP berjalan seperti yang telah
dirancang dan tiada sebarang maklumat dan pembelajaran yang tercicir sehinggakan objektif
pada hari tersebut tidak dapat dilaksanakan dan tidak tercapai.

6. Kesimpulan
Kesimpulannya, penyertaan murid semasa pdpr perlu dipandang serius. Sikap sambil lewa
akan memusanahkan dan menyebabkan murid ketinggalan dalam pembelajaran. Justeru,
usaha murni perlu dilakukan untuk membantu murid terus bersemangat untuk menghadiri
kelas. Diharapkan agar semua guru dan ibu bapa boleh bersatu dalam mengatasi masalah ini
demi mencapai objektif yang dirancang. Sebagaimana selaras dengan matlamat dan misi
KPM yang memberi tumpuan kepada perkembangan potensi murid menyeluruh dan seimbang.

7. Rujukan
Den Brok, P., Fisher, D. & Scott, R. 2005. The importance of teacher interpersonal behavior for
student attitudes in Brunei primary science classes. International Journal of Science Education.
Mok Soon Sang. 2003. Ilmu pendidikan untuk KPLI (Komponen 3: Profesionalisme keguruan)
Sekolah Rendah. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Khalip Musa & Hariza Abd Halim. 2015. Kemahiran Interpersonal Guru dan Hubungan dengan
Pencapaian Akademik Pelajar. Jurnal Pendidikan Malaysia 40 (2) (2015): 89-99.
Rohani Arbaa, Hazri Jamil & N ordin Abd Razak (2010). Hubungan Guru-Pelajar dan
Kaitannya dengan Komitmen Belajar Pelajar: Adakah Guru Berkualiti Menghasilkan
Perbezaan Pembelajaran antara Jantina Pelajar? Jurnal Pendidikan Malaysia 35(2): 61-69.
Shulman, L.S. (1987), Knowledeg and Feelings : Foundation of the ne reform. Howard
Educational Review. 15(2) 4-14. Stake, R.E. (1995).The art of case study research
perspectives o practice. California: SAGE Publications.
Sulaiman Ngah Razali (1997). Pedagogi teori dan praktikal. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka

prka2045/norhafizaharshad2020022400072/pdpikr3-1

MINGGU
5

INFOGRAPHIC

PENULISAN JURNAL MINGGUAN

Bilangan Jurnal : 5 / 10
Minggu : 05
Tarikh Jurnal : 27 September - 1 Oktober 2021
Tajuk Jurnal : Pengurusan Masa Penghasilan BBM
Pensyarah Penyelia : Dr Narawi bin Abu Bakar
Guru Pembimbing : Ustaz Aris Fadillah bin Hasbi

1. Isu Yang Difokuskan
Pada minggu kelima praktikum ini, syukur alhamdulillah pdpr berjalan lancar seperti biasa.
Permasalahan yang telah guru kenalpasti pada minggu kelima praktikum adalah berkaitan
tentang pengurusan masa untuk penghasilan bahan bantu mengajar. Semasa proses pdpr
berjalan secara atas talian , bahan dan aktiviti banyak dihasilkan untuk menghasilkan pdpr
yang menarik dan berkesan. Namun begitu, kekangan masa yang sangat terhad memerlukan
pengurusan masa yang baik serta profesional bagi menghasilkan tiap bahan bantu mengajar
dan aktiviti.

2. Analisis Yang Difokuskan
Kekangan masa merupakan halangan utama bagi guru untuk menghasilkan bahan bantu
mengajar kerana jadual guru yang padat, bebanan tugas pengurusan dan keperluan untuk
menghabiskan silibus pada masa yang ditetapkan. Daya kreativiti yang lemah juga dianggap
sebagai halangan untuk menggunakan bahan bantu mengajar. Apabila guru kerap
menggunakan bahan bantu mengajar yang sama, maka murid akan menjadi bosan. Masalah
teknikal seperti mengendalikan alat teknologi juga mengganggu masa penghasilan bahan
bantu mengajar. Penerokaan kaedah baru untuk pembelajaran atas talian juga memerlukan
masa dan perhatian yang tinggi untuk guru. Ini merupakan cabaran baharu di dalam pandemik
yang berlaku. Kekangan masa seperti ini sedikit sebanyak menganggu perjalanan penghasilan
bbm tersebut.

3. Kajian Lampau Terhadap Terhadap Isu (Pengalaman Atau Kajian Lepas)
Dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (P&P), penggunaan bahan bantu mengajar
(BBM) merupakan suatu aspek yang perlu dititik beratkan oleh guru. Walaupun BBM
merupakan bahan bantuan, terdapat juga beberapa BBM yang merupakan bahan wajib
digunakan. Sebagai contoh, penggunaan buku teks merupakan satu kewajipan bagi setiap

prka2045/norhafizaharshad2020022400072/pdpikr3-1

guru kerana di dalamnya terkandung sukatan pelajaran. Bahan bantu mengajar merupakan
segala bahan yang digunakan oleh guru ketika P&P (CALD, 2003). Tujuan penggunaan BBM
juga adalah untuk menyokong proses P&P yang dilakukan oleh guru ketika mengajar (Byram,
2004). Berdasarkan kajian-kajian lepas mengenai penggunaan BBM, terdapat halangan
penggunaan BBM yang dinyatakan iaitu kekangan masa (Tang dan Abdul Ghani, 2006; Mohd
Izham dan Noraini Attan, 2007), masalah teknikal (Siti Fatimah dan Ab Halim, 2010) serta
tidak berkemahiran (Saemah Rahman dan Siti Ftimah, 2008). Namun, terdapat juga kajian
yang menyatakan tentang faktor yang mendorong penggunaan BBM. Antaranya ialah kajian
oleh Maimun Aqsha et al. (201 la) menyatakan bahawa faktor peribadi guru merupakan
pendorong utama dalam menggunakan BBM. Selain itu, kemudahan peralatan yang
disediakan oleh pihak sekolah turut menggalakkan penggunaan BBM (Zainuddin et al., 2008).
Hakikatnya, penggunaan BBM ketika P&P mendatangkan banyak manfaat kepada guru
mahupun pelajar.

4. Cadangan Dan Idea Penyelesaian Masalah
Cadangan bagi menyelesaikan masalah ini:

f) Sebagai seorang guru, saya seharusnya bersedia untuk melakukan beberapa
perubahan untuk memastikan segala masalah yang dihadapi dapat dikurangkan atau
diatasi.

g) Guru perlu mengendalikan masa dengan bijak dengan mempelajari setiap ilmu baharu
terutamanya ilmu IT untuk pengurusan penghasilan bbm lebih lancar.

h) Guru wajar mengaplikasikan kemahiran teknologi terkini.
i) Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah

pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih.

5. Tempoh Masa Penyelesaian &Tindakan Susulan
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Pengurusan masa ini sangat
penting bagi seorang guru agar PdP berjalan seperti yang telah dirancang dan tiada sebarang
maklumat dan pembelajaran yang tercicir sehinggakan objektif pada hari tersebut tidak dapat
dilaksanakan dan tidak tercapai. Dengan adanya bahan bantu mengajar yang menarik akan
menghasilkan pembelajaran yang berkesan serta akan dapat menarik minat pelajar untuk
terus mengikuti kelas secara atas talian.

prka2045/norhafizaharshad2020022400072/pdpikr3-1

6. Kesimpulan

Kesimpulannya, guru harus mengurus masa dengan sebaiknya dan mengoptimumkan
penggunaan bahan bantu mengajar kerana ia memberikan impak positif terhadap
pembelajaran dan pengajaran Pendidikan Islam di sekolah. Paradigma guru harus diubah agar
BBM dilihat sebagai elemen penting dalam pdp bagi meningkatkan penguasaan dan
penghayatan pelajar Islam.

7. Rujukan
Abdul Wahab Ismail Gani, Kamaliah Siarap & Hasrina Mustafa (2006). Penggunaan Komputer
Dalam Pengajaran-Pembelajaran Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes
Di Pulau Pinang dlm.
Shakila Abdul Manan (et al., 2006). Kajian Malaysia, Journal of Malaysian Studies. Pulau
Pinang : USM Press.
Ahmad, J. (2009). Teaching of Biological Sciences. New Delhi: PHI Learning Pvt. Ltd.
Anderson, S.E. (2002). Improving Schools Through Teacher Development: Case Studies of
the Aga Khan Foundation Projects In East Africa. Netherlands: Swets & Zeitlinger.
Barbara Gross Davis (2009). Tools for Teaching. San Francisco: Jossey-Bass.
Byram, Michael (ed) (2004). The Routledge Encyclopedia of Language Teaching and Learning.
London: Routledge.
Charlie Anak Ungang (2008). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam Kemahiran Asas
Membaca di Kelas Pemulihan: Kajian Kes di Lima Buah Sekolah Daerah Serian. Jurnal
Penyelidikan IPBL, Miri. Jilid 8.
Ismail Zain (2002). Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications
& Distributors Sdn. Bhd.
Kamarul Azmi & Ab. Halim (2007). Pendidikan Islam: Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran.
Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

prka2045/norhafizaharshad2020022400072/pdpikr3-1

MINGGU
6

INFOGRAPHIC

PENULISAN JURNAL MINGGUAN

Bilangan Jurnal : 6 / 10
Minggu : 06
Tarikh Jurnal : 4 - 8 Oktober 2021
Tajuk Jurnal : Murid Tidak Menyiapkan Tugasan dan Bersikap

Pensyarah Penyelia Sambilewa
Guru Pembimbing : Dr Narawi bin Abu Bakar
: Ustaz Aris Fadillah bin Hasbi

1. Isu Yang Difokuskan
Masalah ini timbul pada minggu ini kerana pengajaran dan pengajaran masih dilkukan di
rumah (PdPR) sahaja berikutan masalah penularan virus Covid-19 masih belum mencatatkan
laporan jangkitan yang selamat. Pada minggu ini, sebahagian besar daripada kedua-dua kelas
yang saya ambilalih tidak menghantar tugasan yang telah dimuatnaik di aplikasi whatsapp dan
telegram walaupun masa yang diberikan selama 5 hari.

2. Analisis Yang Difokuskan
Berdasarkan tinjauan yang dibuat pada minggu ini, saya dapati bahawa terdapat sebahagian
besar murid tidak berjaya menghantar tugasan yang saya telah muatnaik di aplikasi whatsapp
dan telegram. Buktinya, hanya 8 orang daripada 34 orang murid tahun 3 dan 7 orang daripada
28 orang murid dari Tahun 2 tidak menghantar tugasan yang telah ditetapkan walaupun
anggaran masa selama 5 hari mencukupi untuk menyiapkan tugasan tersebut berikutan tahap
penguasaannya adalah pada tahap mudah. Selepas 5 hari tempoh menghantar tugasan
tersebut, saya memberi amaran awal kepada mereka di kumpulan WhatsApp kedua-dua kelas
tersebut dengan memaparkan nama-nama murid yang tidak berjaya menghantar tugasan
tersebut dengan jayanya. Akhirnya, terdapat segelintir murid menghantar tugasan tersebut
dengan majoriti komen-komen mereka mengatakan bahawa “Maaf Ustazah, saya terlupa
untuk menyiapkan tugasan yang telah disediakan…”, “Maaf Ustazah, saya tidak berapa sihat
2-3 hari ini. Saya tidak dapat menyelesaikan tugasan tersebut seperti yang telah ditetapkan…”,
“Sorry Ustazah, saya terlepas pandang…” dan banyak lagi. Namun begitu, terdapat masih
beberapa orang murid dari kedua-dua kelas belum menghantar tugasan..

prka2045/norhafizaharshad2020022400072/pdpikr3-1

3. Kajian Lampau Terhadap Terhadap Isu (Pengalaman Atau Kajian Lepas)
Menurut kajian tinjauan daripada Idah Malek (2012), beliau merumuskan bahawa sikap murid
itu sendiri menjadi faktor dominan murid malas membuat tugasan yang diberikan. Ini kerana,
beliau menyatakan bahawa sesetengah murid keletihan kerana berkemungkinan mereka
menolong ibu bapa membuat kerja di rumah. Di samping itu, Azizi dan Gan (2018)
menyatakan bahawa faktor minat murid terhadap mata pelajaran juga merupakan punca
mereka tidak menyiapkan tugasan tersebut. Selain itu, ada juga segelintir murid tidak
mempunyai cita-cita dan menganggap kerja sekolah itu adalah remeh dan tidak penting
baginya. Segelintir mereka melibatkan diri di sekolah kerana mengikuti kawan bersekolah dan
ibu bapa mereka yang memaksa ke sekolah. Dalam pada itu, faktor ibu bapa yang tidak
mengambil berat terhadap pelajaran anak-anaknya juga menjadi punca terhadap penglibatan
murid dalam mana-mana aktiviti di sekolah (Mardhiyyah dan Norazan, 2016). Ada sebahagian
ibu bapa yang memandang enteng terhadap pembelajaran anak-anak sehinggakan
memberikan amanah tersebut sepenuhnya kepada para guru di sekolah.

4. Cadangan Dan Idea Penyelesaian Masalah
Merujuk masalah yang dihadapi oleh murid pada minggu ini, mereka sukar untuk
menghasilkan hasil kerja yang diberikan dengan baik kerana pelbagai kekangan yang dihadapi
semasa di rumah seperti rangkaian internet yang kurang memuaskan, tekanan dalam
menyiapkan tugasan-tugasan untuk mata pelajaran yang lain selain mata pelajaran yang diajar
oleh saya, tekanan berada di rumah dan sebagainya. Walaubagaimanapun, saya memahami
dengan pelbagai kekangan yang dihadapi oleh kesemua murid saya dengan melanjutkan
tempoh masa penghantaran tugasan tersebut tetapi masih ada segelintir murid yang tidak
mengambil tindakan tersebut dengan serius. Sekiranya masalah ini berlanjutan, saya akan
mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap murid-murid yang sambilewa dan tidak
mengambil serius terhadap tugasan tersebut dan menghantar nama mereka kepada guru
pembimbing atau guru besar. Selain itu, saya juga akan memberikan token ganjaran kepada
mereka yang berjaya menyiapkan tugasan yang ditetapkan dengan baik, kemas dan teratur
agar mereka lebih bersemangat untuk mengikuti pembelajaran bersama selepas ini.

prka2045/norhafizaharshad2020022400072/pdpikr3-1

5. Tempoh Masa Penyelesaian &Tindakan Susulan
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Bagi memperbaiki masalah
murid dari sikap sambalewa murid dalam sesuatu aktiviti atau tugasan, saya akan sentiasa
menasihati mereka untuk sentiasa mendengar arahan guru, menghantar tugasan yang telah
diedarkan oleh guru mengikut masa yang telah ditetapkan dan memberi bukti yang kukuh
sekiranya tidak menghantar tugasan yang telah diberikan. Dalam pada itu, saya juga akan
sentiasa memantau penglibatan serta persoalan murid pada ruangan komen supaya saya
mengambil maklum mengenai proses pelaksanaan murid untuk menyiapkan tugasan tersebut.
Bahkan, saya juga akan sentiasa mengambilberat terhadap masalah-masalah murid yang
mana menjadi kekangan utama untuk melibatkan diri secara aktif semasa kelas secara atas
talian ini.

6. Kesimpulan

Kesimpulannya, kejayaan sebuah pdp sangat berkait rapat dan merupakan tanggungjawab
semua pihak, bukan hanya meletakkan amanah di atas bahu guru sahaja. Keprihatinan setiap
diri murid itu sendiri serta pemantauan ibu bapa yang sangat perlu untuk menjaya sesebuah
pdp yang dijalankan secara maya seperti sekarang.

7. Rujukan
Azizi Yahaya & Gan Lui Nam (2018). Peranan Ibu Bapa. Fakulti Pendidikan. Universiti
Teknologi Malaysia.
Idah Malek. (2012). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Murid Di Sekolah Tidak Menghantar
Kerja Sekolah Yang Diberikan Oleh Guru Mata Pelajaran (SK Dato Onn Jaafar): Kluang, Johor.
Mardhiyyah Zamani & Norazan Mohmad Rouyan (2016). Pengaruh Serta Peranan Ibu Bapa
Dalam Pembentukan Personaliti Dan Keperibadian Syed Qutb: Analisis Autobiografi “Kisah
Seorang Anak Kampung ”. International Journal of Humanities Technology and Civilization
(IJHTC). 106-115. Universiti Malaysia Pahang (UMP).

prka2045/norhafizaharshad2020022400072/pdpikr3-1

MINGGU
7

INFOGRAPHIC

PENULISAN JURNAL MINGGUAN

Bilangan Jurnal : 7 / 10
Minggu : 07
Tarikh Jurnal : 11 - 15 Oktober 2021
Tajuk Jurnal : Komunikasi ( Miscommunication Dengan Murid )
Pensyarah Penyelia : Dr Narawi bin Abu Bakar
Guru Pembimbing : Ustaz Aris Fadillah bin Hasbi

1. Isu Yang Difokuskan
Pada minggu ini, saya telah menghadapi masalah dalam komunikasi, iaitu cuai dalam
memberi arahan penting untuk murid-murid menyertai kelas Pendidikan Islam bersama
menggunakan Google Meet.

2. Analisis Yang Difokuskan
Terdapat beberapa murid di dalam kelas tahun 2 tidak dapat mengakses pautan yang saya
telah berikan pada hari Khamis, iaitu notis peringatan untuk masuk ke kelas secara Google
Meet. Ini kerana, pautan tersebut telah tamat tempoh dan didapati tidak sama dengan pautan
yang saya gunakan untuk menjalankan kelas pada hari tersebut. Walaupun pautan kedua dan
yang terbaru telah dihantar ke dalam aplikasi whatsapp, oleh kerana tersilap komunikasi dari
guru segelintir murid tetap tidak dapat mengakses pautan tersebut. Oleh hal demikian,
segelintir ibu bapa murid memberikan komen di mana mereka mengatakan bahawa pautan
tersebut tidak dapat diakses menyebabkan anak-anaknya ketinggalan untuk mengikuti kelas
pada hari tersebut.

3. Kajian Lampau Terhadap Terhadap Isu (Pengalaman Atau Kajian Lepas)
Menurut Sharifah Baharum, Joki dan R. Balan (2006) mengatakan bahawa komunikasi adalah
merupakan aspek dan elemen yang penting dalam kefungsian sesebuah organisasi. Malah,
keberkesanan komunikasi dan keberkesanan organisasi mempunyai hubungan yang rapat
dan saling mempengaruhi. Tambahan pula, Kamaruzzaman dan Mahzan (2017) juga
mengatakan bahawa menegaskan bahawa komunikasi latihan adalah diibaratkan sebagai
jantung kepada organisasi dan jika organisasi tidak menyampaikan maklumat yang tepat
kepada orang yang betul, pada masa yang betul, dan dengan cara yang betul maka
masalah akan timbul di mana arahan tidak dipatuhi, pelanggan tidak mendapat perkhidmatan

prka2045/norhafizaharshad2020022400072/pdpikr3-1

yang sepatutnya, pelanggan tidak berpuas hati, undang-undang organisasi tidak dipatuhi, dan
huru-hara akan berlaku.

4. Cadangan Dan Idea Penyelesaian Masalah
Cadangan bagi menyelesaikan masalah ini :

a) Saya bercadang untuk sentiasa dalam keadaan berwaspada dan cekap sekiranya
mempunyai masalah yang tidak diingini berlaku.

b) Di samping itu, saya juga bercadang untuk sentiasa merancang pelan B sekiranya
pelan utama yang saya rangka mempunyai masalah yang tidak dapat dielakkan.

c) Malahan, saya juga hendaklah meningkatkan lagi kemahiran komunikasi saya
terhadap sesebuah organisasi atau umum agar maklumat yang sahih dan tepat dapat
disampaikan dengan jelas.

5. Tempoh Masa Penyelesaian &Tindakan Susulan
Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Saya akan cuba mengatasi
masalah ini dalam tempoh seminggu. Pengurusan masa yang baik adalah perlu bagi
memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak
dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu objektif yang telah dirancangkan tidak tercapai
sepenuhnya.

6. Kesimpulan
Kesimpulannya, kejayaan sebuah pdp sangat berkait rapat dan merupakan tanggungjawab
semua pihak, bukan hanya meletakkan amanah di atas bahu guru sahaja. Keprihatinan setiap
diri murid itu sendiri serta pemantauan ibu bapa yang sangat perlu untuk menjaya sesebuah
pdp yang dijalankan secara maya seperti sekarang.

7. Rujukan
Kamaruzzaman Abdul Manan & Che Mahzan Ahmad. 2017. Kepentingan Komunikasi Dalam
Latihan. e-JURNAL PENYELIDIKAN DAN INOVASI Vol. 4 (NO.1):129-150.
Sharifah Baharum, Joki Perdani Sawai & R. Balan Rathakrisnan. 2006. Hubungan Antara
Komunikasi Dalam Organisasi Dengan Kepuasan Kerja, Prestasi Kerja dan Komitmen Kerja.
Journal of Applied Psychology, 53, 353-361.

prka2045/norhafizaharshad2020022400072/pdpikr3-1

MINGGU
8

INFOGRAPHIC

PENULISAN JURNAL MINGGUAN

Bilangan Jurnal : 8 / 10
Minggu : 08
Tarikh Jurnal : 18- 22 Oktober 2021
Tajuk Jurnal : Tulisan murid tidak kemas
Pensyarah Penyelia : Dr Narawi bin Abu Bakar
Guru Pembimbing : Ustaz Aris Fadillah bin Hasbi

1. Isu Yang Difokuskan
Pada minggu ini, penulisan masalah saya ialah berkaitan dengan isu murid menulis tidak
kemas terutamanya dalam menulis huruf dan perkataan. Ramai murid yang menulis
perkataan tidak kemas. Hal ini timbul apabila saya memberi latihan menulis kepada murid.
Murid juga menulis nama sendiri tidak kemas. Namun, pada pandangan saya, murid harus
diberi pendedahan cara menulis dengan kemas agar mereka secara tidak langsung dapat
praktikkan dalam menulis nama sendiri. Selain itu, saya dapati bahawa terdapat beberapa
murid yang tidak melakukan hasil kerja dengan kemas apabila melakukan aktiviti yang
diberikan. Tambahan pula, saya mendapati bahawa murid hanya menyiapkan hasil kerja
dengan ala kadar sahaja. Selain itu, mereka menggunakan masa yang singkat untuk
menyiapkan hasil kerja yang diberikan walaupun telah diberikan masa yang agak lama untuk
sesuatu tugasan.

2. Analisis Yang Difokuskan
Berdasarkan tinjauan yang dibuat pada minggu ini, saya dapati bahawa terdapat beberapa
murid yang melakukan hasil kerja yang siap dengan tidak kemas walaupun sudah diberikan
arahan yang jelas agar menyiapkan tugasan dengan kemas.Saya juga meneliti masalah ini
mungkin berpunca kurangnya peneguhan dari segi pemberian token yang menarik untuk
diberikan kepada murid yang menyiapkan hasil kerja dengan baik. Walaubagaimanapun,
terdapat murid yang masih melakukan hasil kerja yang separuh siap walaupun masa diberikan
masih banyak.

prka2045/norhafizaharshad2020022400072/pdpikr3-1

3. Kajian Lampau Terhadap Terhadap Isu (Pengalaman Atau Kajian Lepas)
Saya dapati isu yang difokuskan mempunyai hubungan signifikan dengan kemahiran menulis.
Ini kerana, kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran yang penting sebagai
seorang murid. Kemahiran ini perlu diajar pada peringkat yang rendah iaitu semasa murid
berada di prasekolah lagi. Selain itu, menurut Raimes (1983), terdapat tiga fungsi kemahiran
menulis iaitu merangsang dan memantapkan tatabahasa, melahirkan idea dan
perbendaharaan kata dengan perasaan, serta memberi peluang kepada murid untuk
menerokai pengetahuan. Kemahiran asas menulis yang kukuh membolehkan murid dapat
menulis dengan baik, cekap dan pantas. Selain itu, pendedahan kemahiran menulis juga
membantu murid menulis dengan cara yang betul dan boleh dibaca oleh pembaca. Di samping
itu, masih terdapat sebilangan murid yang memandang enteng kepada kepentingan dan
faedah melaksanakan kerja rumah. Golongan ini beranggapan bahawa kerja rumah adalah
sesuatu yang membebankan dan sukar dilaksanakan padawaktu lapang ketika di rumah.
Pelbagai alasan diberikan sama ada yang mungkin ada asas kebenarannya atau dalam
banyak perkara boleh dipertikaikan kesahihannya. Yeo dan Ainul (2011) menyatakan bahawa
murid sebenarnya tidak memperuntukkan masa yang sewajarnya untuk menyelesaikan kerja
rumah mereka. Sebilangan murid tetap tidak menyiapkan kerja sekolah walaupun kerja yang
diberi tidak sukar dan banyak yang mana selalunya hanya satu muka surat sahaja diberikan
kepada mereka. Malah, ada yang hanya menyiapkannya secara sambilewa sahaja yang mana
asalkan mereka menghantar tugasan tersebut kepada guru.

4. Cadangan Dan Idea Penyelesaian Masalah

Merujuk masalah yang dihadapi oleh murid pada minggu ini, mereka sukar untuk
menghasilkan hasil kerja yang diberikan dengan baik. Justeru, saya ingin memberikan
penghargaan seperti token kepada murid yang melakukan aktiviti dengan kemas. Hal ini
bertujuan untuk menarik minat murid agar mendapat galakan dan berusaha untuk menyiapkan
kerja dengan kemas dan baik. Contohnya, saya bercadang untuk memberikan token seperti
pensil berwarna, gula-gula dan pengasah kepada murid yang dapat menyiapkan kerja
mewarna dan menulis dengan kemas. Selain itu, saya juga menggalakkan murid untuk
bertanding dalam kumpulan dalam menyiapkan sesuatu aktiviti.

prka2045/norhafizaharshad2020022400072/pdpikr3-1

5. Tempoh Masa Penyelesaian &Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu. Bagi memperbaiki masalah
murid dari segi tulisan, saya akan sentiasa memantau murid-murid yang selalu menghantar
tugasan dengan ala kadar dan tidak kemas. Selain itu, saya juga akan memberi bimbingan
kepada mereka supaya tulisan sentiasa kemas, menulis warna dengan betul dan kemas dan
tidak terkeluar daripada garisan, mewarna tanpa keluar dari garisan dan menggunakan gam
dengan kemas dan cermat supaya tugasan tidak comot dan mengelakkan pembaziran.
Tambahan pula, saya akan memberikan peneguhan positif seperti pemberian token seperti
yang saya telah cadangkan di sebelumnya agar mereka lebih bersemangat, bersaing secara
sihat serta berhati-hati dalam menulis di samping untuk mendapatkan ganjaran yang telah
ditunjukkan oleh guru.

6. Kesimpulan
Kesimpulannya, kejayaan sebuah pdp sangat berkait rapat dan merupakan tanggungjawab
semua pihak, bukan hanya meletakkan amanah di atas bahu guru sahaja. Peneguhan positif
sangat diperlukan untuk memotivasikan murid . Hal hal kecil seperti ini sedikit sebanyak akan
membantu perjalanan pdp yang lancar dan akan lebih menyeronokkan. Keprihatinan setiap diri
murid itu sendiri serta pemantauan ibu bapa juga sangat perlu untuk menjayakan sesebuah
pdp yang dijalankan secara maya seperti sekarang

7. Rujukan
Raimes, A. (1983). Techniques in teaching writing. New York: Oxford University Press
Yei Kee Jiar & Ainul Hakimah. (2011). Hubungan Antara Kerja Rumah Dengan Pencapaian
Akademik Dalam Kalangan Pelajar Dari Kelas Premier Di Dua Buah Sekolah Menengah.
Journal of Educational Psychology and Kounseling Volume 2, Jun 2011: Universiti Tekonologi
Malaysia.

prka2045/norhafizaharshad2020022400072/pdpikr3-1

MINGGU
9

INFOGRAPHIC

PENULISAN JURNAL MINGGUAN

Bilangan Jurnal : 9 / 10
Minggu : 09
Tarikh Jurnal : 25 - 29 Oktober 2021
Tajuk Jurnal : Bimbingan Dan Sokongan Daripada Guru

Pensyarah Penyelia Pembimbing
Guru Pembimbing : Dr Narawi bin Abu Bakar
: Ustaz Aris Fadillah bin Hasbi

1. Isu Yang Difokuskan
Pada minggu ini, saya ingin menekankan isu mengenai bimbingan dan sokongan daripada
guru pembimbing. Dalam tidak sedar, saya telah menjalani praktikum selama sembilan minggu,
di mana berbaki selama seminggu sahaja lagi untuk saya menamatkan sesi praktikum ini.

2. Analisis Yang Difokuskan
Berdasarkan tinjauan yang dibuat pada minggu ini, saya mendapati bahawa bimbingan,
sokongan serta dorongan daripada guru pembimbing saya amat memuaskan saya sebagai
guru pelatih. Guru pembimbing bagi mata pelajaran Pendidikan Islam adalah UstazAris
Fadllah bin Hasbi. Bagi pendapat saya, bimbingan yang telah diberikan mereka kepada saya
sangat bermakna semasa saya mengajar dan semasa saya bakal menjadi guru sebenar kelak.
Ini kerana, beliau banyak menekankan kepada pengurusan bilik darjah, iaitu seorang guru
semestinya memastikan murid dalam keadaan yang selesa untuk belajar, murid dalam
keadaan yang terkawal serta murid sentiasa dalam keadaan bersedia sebelum pdp bermula.
Selain itu, beliau juga sentiasa menasihati saya dari segi pengurusan perancangan pdp.
Buktinya, beliau sentiasa memberi tips dan memberi bimbingan sekiranya Rancangan
Pengajaran Harian (RPH) yang dilakukan oleh saya ada kesalahan, kurang sesuai atau aktiviti
kurang menarik. Malah, beliau juga sentiasa menekankan kepada Bahan Bantu Mengajar
(BBM) yang menarik serta menyeronokkan. Ini kerana, mereka sedia maklum bahawa murid
dari kelas tahun 3 gemar melibatkan diri dalam aktiviti yang mencabar serta menyeronokkan.

prka2045/norhafizaharshad2020022400072/pdpikr3-1

3. Kajian Lampau Terhadap Terhadap Isu (Pengalaman Atau Kajian Lepas)
Pengajaran berkesan merupakan aspek yang penting dalam meningkatkam hasil
pembelajaran. Barber dan Salwati, Zuraidah dan Simin (2019) mencadangkan bahawa cara
yang paling berkesan untuk meningkatkan hasil pengajaran dan pembelajaran adalah melalui
peningkatan pengajaran. Malah, ia boleh dianggap sebagai jalan penyelesaian utama pihak
sekolah dalam meningkatkan hasil pembelajaran (Darling Hammond & Rothman, 2011).
Sehubungan itu, guru-guru perlu dilengkapkan dengan ilmu pengetahun dan kemahiran yang
membolehkan mereka untuk meningkatkan pengajaran mereka. Justeru, dalam usaha
meningkatkan taraf profesionalisme guru, pelbagai latihan di semua peringkat diberikan
kepada mereka melalui pembangunan profesional (Balan, Manko & Phillips, 2011). Guru-guru
digalakkan untuk mengamalkan pengetahuan yang diperoleh daripada pelbagai latihan yang
diberikan untuk memperbaiki amalan mereka. Walau bagaimanapun, tanpa dorongan dan
sokongan yang sepatutnya, kesemua ilmu pengetahuan dan teori yang diperolehi tidak dapat
dimanfaatkan untuk peningkatan hasil pembelajaran (Richlin, 2001). Hal ini telah
menyebabkan banyak program pembangunan professional yang dilaksanakan adalah tidak
berkesan (Balan, Manko & Phillips, 2011). Apabila ini berlaku, ia bercanggah dengan matlamat
asal perkembangan profesional guru. Perubahan penting yang boleh menyebabkan
peningkatan amalan pengajaran dan hasil pembelajaran tidak dapat dicapai. Oleh itu, guru-
guru memerlukan sokongan untuk membantu mereka mengaplikasi pengetahuan dan
kemahiran yang diperolehi bagi memperbaiki pengaran mereka.

4. Cadangan Dan Idea Penyelesaian Masalah
Merujuk isu yang difokuskan seperti di atas, bagi menyelesaikan masalah tersebut saya
bercadang untuk:

a) Menerima teguran daripada guru pembimbing saya dengan hati yang terbuka supaya
saya dapat mengambil pengajaran daripada perbuatan/perancangan yang saya telah
lakukan sebelumnya.

b) Sentiasa bertanyakan soalan mengenai bagaimana mengendalikan pdp yang
bermakna, mengawal kelas serta pengurusan fail.

c) Meminta pendapat guru pembimbing mengenai masalah-masalah yang dihadapi
semasa pdp berlangsung.

prka2045/norhafizaharshad2020022400072/pdpikr3-1

5. Tempoh Masa Penyelesaian &Tindakan Susulan
Saya mengatasi masalah ini dalam tempoh lima hari. Bagi menambahbaik cadangan yang
dinyatakan di atas, saya juga hendaklah sentiasa rajin bertanya kepada guru-guru
pembimbing mahupun guru-guru di sekolah tersebut mengenai perkara yang berkaitan dengan
sekolah agar saya tidak tercicir maklumat serta maklum terhadap info-info semasa mengenai
sekolah ataupun pengurusan semasa PdP.

6. Kesimpulan
Kesimpulannya, sebagai seorang guru baharu bimbingan serta tunjuk ajar daripada
yang berpengalaman sangat diperlukan supaya tidak tersasar dari landasan dalam
pendidikan. Sentiasa memperbaiki diri serta menerima teguran dengan hati terbuka
untuk meningkatkan kebolehan diri serta membuka pengalaman serta ilmu yang
baharu demi kelangsungan dunia pendiidikan yang akan datang.

7. Rujukan
Balan, R. M., Manko, T. P., & Phillips, K. F. (2011). Instructional Improvement through
Professional Development. Teaching and Learning Journal, 5(2), 1–19.
Darling-Hammond, L., & Rothman, R. (2011). Teacher and leader effectiveness in high-
performing education systems. Washington, DC: Alliance for Excellent Education.
Richlin, L. (2001). Scholarly teaching and the scholarship of teaching. New Directions for
Teaching and Learning, 86, 57-68. Rosenholtz, S. (1989). Teacher's workplace: The social
organization of schools. NewYork: Longman.
Salwati Shaffee, Zuraidah Abdullah & Simin Ghavieker. (2019). PERANAN AMALAN
BIMBINGAN DALAM MENINGKATKAN PEMBELAJARAN PROFESSIONAL GURU. Jurnal
Kepimpinan Pendidikan, 6(2).

prka2045/norhafizaharshad2020022400072/pdpikr3-1

MINGGU
10

INFOGRAPHIC

PENULISAN JURNAL MINGGUAN

Bilangan Jurnal : 10 / 10
Minggu : 10
Tarikh Jurnal : 1 - 5 November 2021
Tajuk Jurnal : Pengurusan Fail
Pensyarah Penyelia : Dr Narawi bin Abu Bakar
Guru Pembimbing : Ustaz Aris Fadillah bin Hasbi

1. Isu Yang Difokuskan
Masalah ini timbul pada minggu ini kerana ia merupakan minggu terakhir bagi sesi praktikum
bagi saya sebagai guru pelatih. Saya mendapati bahawa fail bagi praktikum seperti portfolio
praktikum belum lengkap dan masih berterabur.

2. Analisis Yang Difokuskan
Berdasarkan tinjauan yang dibuat pada beberapa hari ini, saya menyedari bahawa saya
kesuntukan masa untuk melengkapkan borang-borang yang sepatutnya telah lengkap. Ini
kerana, saya beranggapan borang-borang tersebut hanya memakan masa yang sedikit untuk
diselesaikan. Sebaliknya, saya mendapati bahawa pengurusan kesemua fail praktikum saya
mesti dilakukan atau dilengkapkan dengan segera dari semasa ke semasa. Sikap yang suka
menangguh dalam diri menjadi bebanan serta tekanan kepada diri dalam melengkapkan
kesemua fail praktikum yang perlu dihantar selepas tamat praktikum.

3. Kajian Lampau Terhadap Terhadap Isu (Pengalaman Atau Kajian Lepas)
Kesediaan terhadap kecerdasan emosi membentuk individu yang berjaya dan cemerlang
dalam hubungan interpersonal dan intrapersonal (Mohd Ali Jemali et. al. 2011). Bakal guru
yang melengkapkan diri sebagai insan guru dijangkakan dapat memenuhi tuntutan latihan
perguruan yang profesional (White & Burke, 2001). Dapatan ini selari dengan kajian Norhani
Bakri et. al. (2005) mendapati kemahiran mencatatkan nota semasa kuliah, berupaya
menguruskan masa belajar mendapati purata berada pada tahap sederhana tinggi. Oleh hal
demikian, bakal guru hendaklah sentiasa menitikberat mengenai kecerdasan emosi, etika

prka2045/norhafizaharshad2020022400072/pdpikr3-1

serta disiplin diri supaya pengurusan seperti fail praktikum, pengurusan bilik darjah serta
pengurusan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan jayanya.

4. Cadangan Dan Idea Penyelesaian Masalah
Merujuk masalah yang dihadapi oleh saya sendiri pada kali ini, saya bercadang untuk:

a. Sentiasa mengamalkan sikap prihatin terhadap pengurusan fail-fail praktikum agar
kurang tekanan untuk menyiapkan mana-mana bahagian yang masih terkurang.

b. Tidak bersikap sambalewa dalam melakukan sesuatu tugasan.
c. Sentiasa bertanya kepada rakan-rakan dan guru-guru sekiranya kurang faham

mengenai tugasan.
d. Sentiasa peka mengenai perkara-perkara yang segera untuk diselesaikan.

5. Tempoh Masa Penyelesaian &Tindakan Susulan
Saya mengatasi masalah ini dalam tempoh tiga hari. Bagi memperbaiki masalah ini, saya juga
sentiasa berfikiran positif dan menganggap bahawa kesemua tugasan ini memberi makna dan
meningkatkan pengetahuan am dari segi pedagogi, komunikasi sesama manusia, pengurusan
serta pentadbiran agar kesemua tugasan tersebut dapat dilaksanakan dengan sempurna.

6. Kesimpulan
Kesimpulannya, dalam apa jua bidang yang kita ceburi sikap prihatin dan tidak
melengahkan masa perlu diterapkan dalam diri. Pembahagian masa yang tepat juga
sangat perlu dititikberatkan untuk kelangsungan serta kejayaan dalam kehidupan. Hal
ini kerana sikap bertangguh akan merumitkan diri sendiri pada masa akan datang.

prka2045/norhafizaharshad2020022400072/pdpikr3-1

7. Rujukan
Mohd Ali Jemali, Ahmad Esa, Razali Hassan (2011). Kesediaan Kemahiran Sosial dan
Kesedaran Sosial Guru Pelatih di IPGTerhadap Tugas-Tugas Guru di Sekolah.Seminar Majlis
Dekan-Dekan Pendidikan IPTA pada 27-28 Disember 2011, Universiti Putra Malaysia,
Serdang.
Norhani Bakri, Noor Zainab Abd. Razak, Hamidah Ab. Rahman & Aminar Ahmad Khalid
(2005). Punca Prestasi Pembelajaran Yang Lemah Di Kalangan Pelajar Fakulti Pengurusan
dan Pembangunan Sumber Manusia. Jurnal Teknologi 43(E )29-44.
White, W.F. & Burke, C. M. (2001). Critical Thinking and Teaching Attitudes Preservice
Teacher. Journal of Education, 112(3) 443-450.

prka2045/norhafizaharshad2020022400072/pdpikr3-1

CATATAN KEMAJUAN TINDAKAN
SUSULAN

E03

prka2045/norhafizaharshad2020022400072/pdpikr3-1

Bilangan Jurnal BORANG CATATAN TINDAKAN SUSULAN
Minggu
Tarikh Jurnal : 1 / 10
Tajuk Jurnal : 01
: 23 - 27 Ogos 2021
: Masalah Capaian Internet ketika Pdpr

BIL Senarai cadangan tindakan susulan Catatan kemajuan tindakan susulan

1 Saya perlu mencari alternatif yang - Guru membuat panggilan telefon
lebih sesuai untuk berhubung dengan untuk murid yang tiada capaian
murid bagi menyampaikan internet sebagai langkah penerangan
pengajaran . untuk beberapa tajuk yang kritikal.

2 Saya akan merancang aktiviti yang - Penghasilan pdp menggunakan

lebih bersesuaian dengan keadaan modul membantu sedikit sebanyak

tahap murid. murid yang ketinggalan akibat

capaian internet yang lemah.

3 Saya akan mendapatkan bimbingan - Nasihat dan tunjuk ajar guru lain

daripada guru pembimbing dan membuka jalan untuk perlaksanaan

pensyarah pembimbing, serta pdp yang lebih luas dan menarik.

mendapatkan nasihat daripada mereka

di samping berbincang dengan guru

pelatih lain.

prka2045/norhafizaharshad2020022400072/pdpikr3-1

BORANG CATATAN TINDAKAN SUSULAN

Bilangan Jurnal : 2 / 10
Minggu : 02
Tarikh Jurnal : 30 Ogos - 3 September 2021
Tajuk Jurnal : Penguasaan Jawi Dalam Kalangan Murid

BIL Senarai cadangan tindakan susulan Catatan kemajuan tindakan susulan

1 Saya perlu mencari alternatif yang - Menyediakan video dan permaianan

lebih sesuai untuk berhubung dengan yang banyak menggunakan perkataan

murid bagi menyampaikan dan tulisan jawi mudah. Permainan

pengajaran . interaktif seperti wordwall dan gamilab

dalam jawi sangat membantu

meningkatkan keterujaan murid

terhadap tulisan jawi.

2 Saya akan merancang aktiviti yang - Penghasilan pdp menggunakan
lebih bersesuaian dengan keadaan modul jawi membantu sedikit sebanyak
tahap murid. murid yang ketinggalan dan tahap
penguasaan yang lemah.

3 Saya akan mendapatkan bimbingan - Nasihat dan tunjuk ajar guru lain
daripada guru pembimbing dan membuka jalan untuk perlaksanaan
pensyarah pembimbing, serta pdp yang lebih luas dan menarik.
mendapatkan nasihat daripada
mereka di samping berbincang
dengan guru pelatih lain.

prka2045/norhafizaharshad2020022400072/pdpikr3-1

BORANG CATATAN TINDAKAN SUSULAN

Bilangan Jurnal : 3 / 10
Minggu : 03
Tarikh Jurnal : 6 - 10 September 2021
Tajuk Jurnal : Penyertaan PDPR Murid Yang Tidak

Memuaskan

BIL Senarai cadangan tindakan susulan Catatan kemajuan tindakan susulan

1 Memberi masa yang fleksibel bagi - Pemberian masa penghantaran

memudahkan ibubapa yang berkongsi tugasan yang fleksibel memberi

telefon dengan anak-anak untuk kemudahan dan ruang keada murid

memberi tindak balas hasil kerja murid. yang berkongsi peranti.

2 Pemberian token. Setiap murid yang - Ganjaran ini sangat berkesan ke
berjaya menjawab soalan atau aktif atas murid melalui sikap mereka
semasa proses pengajaran dan yang berusaha untuk menjawab
pembelajaran akan diberikan token soalan dan melaksanakan tugasan
sebagai ganjaran. Token ini boleh seperti yang diarahkan
ditukar kepada hadiah pada minggu
terakhir praktikum

3 Memahami keadaan murid yang tidak - Kata-kata semangat memberi impak
berkemampuan namun guru harus yang positif kerana murid-murid
selalu menghubungi murid tersebut berasa dihargai dab mereka akan
supaya tidak ketinggalan. Memberi lebih berusaha untuk memajukan diri
pujian dan galakan.

prka2045/norhafizaharshad2020022400072/pdpikr3-1


Click to View FlipBook Version