PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
ii KANDUNGAN Pengenalan UNIT 1 1 1.1 Info Asas Kertas 1 1 1.2 Panduan Karangan Bahagian A dan Bahagian B 1 1.3 Petua Bijak Mengarang Cemerlang 2 1.4 Info Asas Kertas 2 3 Karangan Respons Terhad UNIT 2 4 2.1 Info Asas Karangan 4 2.2 Pembentukan Karangan 5 2.3 Skema Pemarkahan Karangan 5 2.4 Panduan Menjawab Karangan 6 2.5 Jom Menulis Karangan 7 Praktis SPM 16 Karangan Respons Terbuka UNIT 3 22 3.1 Info Asas Karangan 22 3.2 Pembentukan Karangan 23 3.3 Panduan Menjawab Karangan 23 3.4 Skop/Domain Karangan 24 3.5 Panduan Karangan Cemerlang 24 3.6 Skema Pemarkahan Tentatif 28 3.7 Petua Bijak Mengarang 29 3.8 Contoh Menjawab Soalan Karangan 30 3.9 Contoh Model Karangan Berdasarkan Domain 33 Praktis SPM 50 Sistem dan Aplikasi Bahasa UNIT 4 54 4.1 Info Asas Sistem dan Aplikasi Bahasa 54 4.2 Bentuk Pengujian Item 54 4.3 Perincian Item: Morfologi 54 4.4 Panduan Menjawab Item Morfologi 64 Praktis SPM 66 4.5 Perincian Item: Sintaksis 69 Praktis SPM 83 4.6 Penyuntingan (Kesalahan Bahasa) 84 Praktis SPM 91 4.7 Perincian Item: Bahasa Melayu Standard 95 Praktis SPM 96 4.8 Perincian Item: Peribahasa 98 Praktis SPM 99 Pemahaman UNIT 5 101 5.1 Pengenalan 101 5.2 Petikan Umum 101 5.3 Panduan Menjawab Petikan Umum 101 Praktis SPM 103 5.4 Petikan Sastera 107 5.5 Panduan Menjawab Petikan Sastera 107 Praktis SPM 109 5.6 Novel 114 Praktis SPM 134 Rumusan UNIT 6 137 6.1 Elemen Penyoalan 137 6.2 Panduan Menulis Isi 137 6.3 Bentuk Rumusan dan Pemarkahan 137 6.4 Kategori Fokus 138 6.5 Panduan Menjawab 138 Praktis SPM 143 Ujian Bertutur dan Ujian Mendengar UNIT 7 150 7.1 Info Asas 150 7.2 Ujian Bertutur 150 7.3 Contoh Ujian Bertutur 151 7.4 Ujian Mendengar 154 7.5 Contoh Ujian Mendengar 155 Kertas Model SPM 161 Jawapan 178 Nota Grafik N1 - N32 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
N1 Karangan Respons Terhad dan Karangan Respons Terbuka Panduan Mengarang Mengikut Jumlah Perkataan Pendahuluan = 50 patah perkataan Isi 1 = 100 patah perkataan Isi 2 = 100 patah perkataan Isi 3 = 100 patah perkataan Isi 4 = 100 patah perkataan Kesimpulan = 50 patah perkataan Jumlah = 500 patah perkataan Karangan B (350 – 500 patah perkataan) Pendahuluan = 20 patah perkataan Isi 1 = 50 patah perkataan Isi 2 = 50 patah perkataan Isi 3 = 50 patah perkataan Kesimpulan = 30 patah perkataan Jumlah = 200 patah perkataan Karangan A (150 – 200 patah perkataan) NOTA GRAFIK Catatan Jumlah tersebut cuma cadangan. Pemerengganan perlu lebih kurang seimbang. Perkara penting, usah melebihi jumlah perkataan yang dinyatakan dalam soalan. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
N2 Cara Mengira Jumlah Perkataan • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • Dikira sebagai Satu Perkataan • • Kepanjangan patah perkataan: karangan • Bilangan perkataan 511 dan ke atas – maksimum markah peringkat kepujian • Bilangan perkataan 339 ke bawah – maksimum markah peringkat baik PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
N3 Istilah-istilah Menarik Pendahuluan • Dasawarsa, ... • Muktahir ini (Dewasa ini/Pada masa ini, ...) • Pada era globalisasi ini, ... • Meniti langit terbuka, ... • Mayapada (dunia) ... Lain-lain Istilah Menarik Keindahan Bahasa: Istilah/Kosa Kata Istilah Maksud Sinonim adaptasi penyesuaian afdal utama alternatif pilihan / cara lain anjakan paradigma perubahan yang baik aset harta khazanah aspirasi cita-cita / harapan belenggu kongkongan berhemah secara baik berinteraksi berhubung berkomunikasi berkaliber hebat berketerampilan bertoleransi bertolak ansur dangkal pengetahuan yang cetek didominasikan dipengaruhi diimplementasikan dilaksanakan diuar-uarkan dihebahkan / diberitahu dominan utama perdana efektif berkesan / tepat jitu / persis efisien cekap dalam tugas Jika terdapat dua ayat yang berbeza atau bertentangan maksud secara berturutan dalam perenggan yang sama, maka dicadangkan menggunakan perkataan: • Kendatipun (Namun begitu) ... • Ironinya, ... • Kontradiksinya, ... • Namun demikian, ... • Walau bagaimanapun, ... PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
N4 Istilah Maksud Sinonim enteng ambil mudah gawang minda dalam fikiran ghalibnya biasanya lazimnya globalisasi dunia tanpa sempadan glokal peringkat tempatan lokal hemat pendapat hedonisme mementingkan keseronokan holistik mulia ideal sempurna / sesuai iltizam penuh semangat indikator penanda / kayu ukur Ironinya kesannya impaknya / natijahnya Izharnya jelasnya jengkel menyampah / tidak suka jumud pemikiran sempit keakraban hubungan yang erat kealpaan kecuaian kebejatan keruntuhan kecapi nikmati kekangan halangan /masalah kemelut / keruwetan kendatipun begitu walaupun begitu / namun begitu konsisten tetap kontemporari masa ini kronik teruk / dahsyat kritikal luwes terlalu ketat rigid mantan bekas mapan mantap / kukuh Mayapada dunia memantau menyelia memperkasakan meningkatkan mengekang membasmi menggembleng bekerja keras berhempas pulas mengorak langkah memulakan langkah / cara menyogok memberi PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
N5 Istilah Maksud Sinonim Mutakhir ini dewasa ini dasawarsa ini / marcapada ini nafsi mementingkan diri sendiri nescaya pasti / sudah tentu nirmala pagi yang hening norma-norma nilai-nilai obses terlalu terikut-ikut pasrah menyerah pemangkin faktor utama pincanglah rosaklah polemik isu yang sering dibincangkan pragmatis praktikal prasarana kemudahan prestij reputasi produk hasil realitinya sebenarnya / alam nyata rencaman pelbagai variasi rentetan itu sehubungan dengan itu kelangsungan itu risiko cabaran / masalah pancaroba rubrik-rubrik dada-dada akhbar ruwet kalut / kusut / sulit seantero seluruh Sementelahan pula tambahan pula / di samping itu signifikan bermakna / penting sinergi kerjasama erat komitmen swadaya kekuatan sendiri jati diri taksub terlalu percaya / terikut-ikut tamsilan contohnya tersohor terkenal / termasyhur transformasi perubahan reformasi Tuntasnya kesimpulannya / penutupnya intiha / konklusinya / akhir kalam / deduksi ukhrawi rohani uswah contoh teladan wadah alat PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
N6 Keindahan Bahasa Peribahasa Peribahasa ialah ayat atau susunan kata yang mempunyai maksud tertentu yang biasanya merujuk kepada maksud berkias, berlapik atau tersirat. Peribahasa terdiri daripada: • • • • Perbezaan Bidalan, Pepatah, Simpulan Bahasa dan Perumpamaan Bidalan ialah susunan bahasa yang menarik dan mudah ‘melekat di mulut orang ramai’. Ia merupakan bahasa kiasan yang digunakan untuk melahirkan fikiran yang tajam, tepat, mengandungi perbandingan, teladan, pengajaran, nasihat dan kata-kata hikmat. Contoh: Belum duduk sudah berlunjur (Belum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah berasa gembira.) Bidalan Contoh: • Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat (kata sepakat didapati melalui perundingan) • Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah (pengagihan yang sama banyak) • Cubit paha kiri, paha kanan sakit juga (membahasakan kisah orang bersaudara, kalau si adik dicela orang masakan si abang tak terasa, jika si adik terpalu mustahil si abang tak ikut malu? Demikian pula halnya, umpamanya si abang tertuduh takkanlah si adik tak turut mengaduh) • Ditelan mati emak, diluah mati bapak (keadaan yang menggambarkan situasi amat serba salah, terpaksa membuat pilihan) Pepatah PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
N7 Perumpamaan ialah susunan kata-kata yang indah, ringkas dan kemas serta mempunyai maksud yang tersirat. Biasanya, perumpamaan dimulai dengan kata bagai, ibarat, laksana, seperti dan umpama. Contoh: Bagai aur dengan tebing (tolong-menolong antara satu dengan yang lain) Perumpamaan Peribahasa Mengikut Tema Tema Budi Bahasa Bil. Peribahasa Maksud 1 bagai kacang lupakan kulit orang yang lupa akan asalnya atau orang yang menolongnya 2 bagai melepaskan anjing tersepit menolong orang yang tidak tahu mengenang budi 3 baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang merendah diri 4 berkata peliharalah lidah hati-hati dengan setiap pertuturan 5 harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama setiap manusia dikenang kerana baktinya semasa hidup Simpulan bahasa merupakan ungkapan yang telah mantap dan mempunyai maksud yang khusus. Ia mempunyai maksud yang berbeza daripada makna harfiah kata-kata dalam ungkapan. Contoh: Simpulan Bahasa Maksud panjang tangan suka mencuri periuk nasi punca pencarian buruk siku sudah diberi, diambil balik ikat perut berjimat makan dan minum kaki bangku tidak tahu bermain, misalnya bola Simpulan Bahasa PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
N8 Tema Semangat Patriotisme / Cinta Akan Negara Bil. Peribahasa Maksud 1 bahasa menunjukkan bangsa / bahasa jiwa bangsa bahasa menjadi lambang dan identiti sesuatu bangsa 2 di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung mematuhi peraturan dan adat di tempat yang diduduki 3 hilang bangsa, lenyaplah bangsa jika sesuatu bahasa itu pupus, maka bangsa itu juga akan lenyap 4 hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri sebaik-baik negara orang tidak sebaik negara sendiri 5 seperti burung gagak pulang ke benua seseorang yang tidak berubah keadaannya meskipun telah lama merantau Tema Kasih Sayang / Perhubungan Bil. Peribahasa Maksud 1 air dicencang tidak akan putus perbalahan antara adik-beradik tidak akan berpanjangan 2 anak di pangkuan dilepaskan, kera di hutan disusui melebihkan orang lain daripada keluarga sendiri 3 bagai isi dengan kuku / bagai dakwat dengan kertas / bagai beliung dengan asahan hubungan yang sangat rapat 4 bersatu teguh, bercerai roboh jika kita bersatu padu, kita akan menjadi kuat, tetapi jika kita berpecah belah, kita akan lemah 5 bukit sama didaki, lurah sama dituruni perhubungan yang sangat akrab dan tidak dapat dipisahkan Tema Perbuatan yang Sia-sia Bil. Peribahasa Maksud 1 ada sampan hendak berenang sengaja menyusahkan diri sendiri 2 harapkan guruh di langit, air di tempayan dicurahkan melepaskan barang yang dimiliki demi mengharapkan sesuatu yang belum pasti miliki 3 kalah jadi abu menang jadi arang dua pihak yang berkelahi sama-sama menanggung kerugian 4 kutu embun orang yang suka merayau-rayau hingga larut malam 5 mencurahkan garam ke laut melakukan pekerjaan yang sia-sia PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
N9 Tema Penyesalan Bil. Peribahasa Maksud 1 buang yang keruh, ambil yang jernih buang yang jahat dan ambil yang baik 2 nasi sudah menjadi bubur perbuatan yang sudah terlanjur dan tidak boleh diubah lagi 3 sudah terhantuk, baru tengadah setelah mendapat kesusahan barulah hendak berhati-hati 4 takut akan bayang-bayang sendiri rasa takut kerana bersalah 5 sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan sekiranya terlanjur dalam melakukan sesuatu kesalahan, eloklah insaf dengan segera Tema Daya Usaha / Kesungguhan Bil. Peribahasa Maksud 1 alah bisa tegal biasa pekerjaan yang sukar akan menjadi mudah apabila sering dilakukan 2 alang-alang berdakwat biarlah hitam jika mengerjakan sesuatu, janganlah sekerat jalan 3 belum suruh sudah pergi, belum panggil sudah datang orang yang rajin 4 belakang parang kalau diasah lagikan tajam jika berusaha dengan gigih, orang yang bodoh akan berjaya juga 5 malas berdayung, perahu hanyut kejayaan tidak akan dicapai jika seseorang malas berusaha Tema Keberanian Bil. Peribahasa Maksud 1 berani kerana benar, takut kerana salah berani kerana berada di pihak yang benar 2 berkata benarlah walaupun pahit berterus teranglah demi kebenaran walaupun mungkin akan menyakiti perasaan orang lain 3 cacing yang hendak menjadi naga orang yang kecil hendak menyamai orang yang besarbesar 4 membujur lalu melintang patah tidak menghiraukan halangan atau masalah 5 pantang berundur sebelum berjuang tidak berputus asa sebelum berjaya PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
N10 Tema Permuafakatan / Bekerjasama Bil. Peribahasa Maksud 1 bagai aur dengan tebing saling membantu dan bekerjasama 2 bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing mementingkan diri sendiri 3 bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat mencapai kata sepakat dengan mesyuarat 4 hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicecah pengagihan yang sama banyak 5 ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua orang yang bermuafakat akan sehidup semati dan tidak berubah kesetiaannya Tema Kecantikan Bil. Peribahasa Maksud 1 bagai bulan dipagari bintang / emas baru disepuh cantik 2 bagai cincin dengan permata sama-sama cantik 3 bagai pinang dibelah dua / bagai kunyit dengan kapur sepadan, secocok 4 rumah buruk disapu cat perempuan tua yang suka bersolek Tema Berhati-hati / Teliti / Berjimat Cermat Bil. Peribahasa Maksud 1 berjalan pelihara kaki, bercakap pelihara lidah melakukan sesuatu kerja dengan berhati-hati 2 biar lambat asalkan selamat melakukan sesuatu kerja hendaklah dengan berhati-hati supaya mendapat hasil yang baik dan sempurna 3 menarik rambut di dalam tepung teliti semasa menyelesaikan sesuatu masalah 4 sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu sekali tertipu tentu akan berhati-hati pada masa akan datang 5 mencegah adalah lebih baik daripada mengubati sesuatu perkara yang buruk dapat dielakkan jika melakukan langkah pencegahan dari awal 6 mengukur baju di badan sendiri berbelanja mengikut kemampuan sendiri PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
N11 Tema Kepentingan Ilmu / Pendidikan Bil. Peribahasa Maksud 1 diam penggali berkarat ilmu yang tidak diamalkan akan hilang 2 hanya jauhari mengenal manikam hanya orang yang mahir atau pakar pandai membuat penilaian tentang perkara tertentu 3 hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai hendak mempelajari sesuatu carilah orang yang pakar tentang bidang tersebut 4 seperti ayam mematuk anak ibu bapa yang menghukum anak-anak bertujuan membetulkan kelakuan mereka 5 seperti katak di bawah tempurung orang yang cetek ilmu pengetahuan kerana tidak mengetahui perkembangan semasa Tema Nasib Malang Bil. Peribahasa Maksud 1 antan patah lesung hilang / sudah jatuh ditimpa tangga kemalangan yang dialami bertimpa-timpa 2 bagai kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tak mau keadaan hidup seseorang yang sangat miskin dan melarat 3 tanam padi tumbuhnya lalang orang yang bernasib malang kerana segala usahanya tidak berhasil sebagaimana diharapkan 4 tiada beban batu digalas tiada masalah tetapi sengaja mencari masalah 5 untung sepanjang jalan, malang sekelip mata kemalangan datang secara tiba-tiba PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
N12 Contoh Karangan Respons Terhad Bahan di bawah menunjukkan sebahagian daripada maklumat penyakit berbahaya. Berdasarkan maklumat tersebut, tulis pendapat anda tentang cara menangani pandemik COVID-19. Panjang pendapat anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. PAKAR-PAKAR menyifatkan kehilangan selera makan dan deria bau menjadi antara gejala penyakit wabak koronavirus (COVID-19) bagi pesakit yang tidak mempunyai simptom demam atau batuk. Persatuan Otorinolaringologi British mengatakan bahawa itu merupakan tanda-tanda baharu yang mungkin dipamerkan pesakit asimtomatik (orang yang tidak mempunyai demam atau batuk). Mereka yang memiliki gejala ini juga perlu mengasingkan diri untuk mengurangkan penyebaran virus tersebut. Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/75056/KHAS/Covid-19/Hilang-seleraderia-bau-simptom-Covid-19-baharu Bahan 1: Cara Menangani Bahan 2: Cara Menangani Tema Penyakit Berbahaya PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
N13 Jom Analisis Kehendak Soalan Garis isu soalan, kehendak soalan dan fikir format soalan. Jika karangan anda panjang, maka boleh ambil 2 isi sahaja dengan syarat penghuraian isi mesti mantap, padat dan tepat atau jelas. Guna bunga bahasa yang diterima pakai dan selitkan ungkapan menarik. Anda mesti pandai memilih isi dalam setiap bahan rangsangan. Anda boleh juga menggunakan maklumat dalam setiap bahan rangsangan sebagai huraian. Jom Analisis Kehendak Soalan Isu soalan/Tema Penyakit Berbahaya Kehendak soalan Fokus ketiga-tiga bahan rangsangan adalah sama Fokus Bahan 1 Cara Menangani Fokus Bahan 2 Cara Menangani Fokus Bahan 3 Simptom dan cara (boleh dimasukkan dalam huraian isi Cara) Format soalan Tiada Format Katogeri Fokus ( Panduan untuk Karangan dan Rumusan ) Bil Fokus Sinonim Fokus ( perkataan yang sama maksud ) 1 K – Kesan ( baik / buruk ) Akibat / impak / dampak / natijah / bahana / implikasi 2 F - Faktor Punca / sebab 3 C - Cara Langkah / strategi / usaha / tindakan / kaedah / alternatif 4 Kepentingan Kebaikan / faedah / manfaat / maslahat 5 Cabaran Kelemahan / kekurangan / keburukan / kepincangan 6 Halangan Kemusykilan / rintangan / ancaman / konflik 7 Kriteria Syarat / ciri / ramuan 8 Peranan Fungsi / tugas / tujuan / matlamat / tanggungjawab / sumbangan PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
N14 Tidak boleh bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing dalam usaha pencegahan pandemik COVID-19 – kerjasama erat bagai aur dengan tebing Kesimpulan 1 Duduk di rumah – kita hanya keluar apabila perlu – bolehlah keluar mendapatkan rawatan – mengalami gejala ini juga perlu mengasingkan diri 2 Kita memakai pelitup muka dengan sempurna – tidak boleh berkongsi pelitup muka dengan orang lain – cara ini dapat memastikan kita tidak dijangkiti virus – peribahasa beringat-ingat sebelum kena Isi Penting Pandemik COVID-19 – menyerang penduduk dunia dengan begitu rakus – mestilah melaksanakan rencaman cara mengekang penularan wabak Pendahuluan Kerangka Karangan Pandemik COVID-19 tergolong sebagai penyakit berjangkit yang berbahaya. Penyakit ini telah menyerang penduduk dunia dengan begitu rakus. Sebagai bukti mapan, pandemik ini telah mengorbankan satu juta nyawa penduduk dunia. Negara Amerika Syarikat merupakan negara yang paling teruk dilanda pandemik ini. Sebelum kudis menjadi tokak, maka kita mestilah melaksanakan rencaman cara mengekang penularan wabak tersebut. Langkah pragmatik yang boleh kita lakukan adalah duduk di rumah. Menerusi cara ini, kita hanya keluar apabila perlu seperti membeli barang keperluan, kecemasan, dan urusan pekerjaan. Sekiranya terdapat tanda-tanda seperti batuk, selesema dan demam, maka kita bolehlah keluar mendapatkan rawatan. Mereka yang memiliki gejala ini juga perlu mengasingkan diri untuk mengurangkan penyebaran virus tersebut. Dampaknya, risiko jangkitan COVID-19 dapat diminimumkan. Seandainya kita terpaksa keluar maka sebaiknya kita memakai pelitup muka dengan sempurna. Hal ini dikatakan demikian kerana kita tidak boleh berkongsi pelitup muka dengan orang lain bahkan dilarang memakai pelitup muka yang telah usang, rosak, kotor atau basah. Impaknya, cara ini dapat memastikan kita tidak dijangkiti virus tersebut seperti peribahasa beringat-ingat sebelum kena. Jelaslah bahawa pemakaian pelitup muka yang sempurna dapat mengekang penularan virus COVID-19. Akhirulkalam, semua pihak tidak boleh bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing dalam usaha pencegahan pandemik COVID-19. Sebaliknya, kita mestilah bekerjasama erat bagai aur dengan tebing di samping mematuhi garis panduan pencegahan jangkitan penyakit. Usahlah kita berdegil agar sudah terhantuk baru nak tengadah. (200 patah perkataan) Karangan Penuh PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
N15 Contoh Karangan Respons Terbuka PERNAHKAH anda terfikir, mengapa anda mempunyai akaun media sosial? Adakah ia satu keperluan atau terikut-ikut dengan kehendak semasa? Adakah anda bimbang jika tidak mempunyai media sosial, anda akan dipinggirkan dan tidak dapat mengikuti (“follow”) kongsi (“share”) atau suka (“like”) aktiviti kenalan anda? Walau apa saja jawapan yang diberikan, media sosial semakin mendapat tempat dalam kalangan belia kerana mereka terdedah dengan persekitaran yang kaya media, saluran berkongsi maklumat yang cepat, mudah mencari kenalan baharu dan berfungsi sebagai alat berkomunikasi melalui peranti pintar dilengkapi dengan kemudahan Internet. Dipetik dan diubah suai daripada www.beritaharian.com.my, 18 Mac 2022 Petikan di atas menyatakan bahawa media sosial semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat dan merupakan satu keperluan pada masa kini. Bincangkan. Kerangka Karangan Tidak syak lagi kebergantungan rakyat Malaysia terutama golongan belia kepada media sosial tidak boleh disangkal. Ditambah pula apabila media sosial yang dirujuk sebagai aplikasi alaf baharu ini bersifat interaktif, dibekalkan dengan elemen grafik, bunyi dan video menarik. Kelebihan inilah menyebabkan belia semakin aktif melayari media sosial yang mana laporan pangkalan data pada awal tahun 2020 menunjukkan rakyat Malaysia antara yang paling aktif menggunakan media sosial. Pendahuluan Jom Analisis Kehendak Soalan Garis isu soalan, kehendak soalan dan fikirkan format soalan berdasarkan soalan yang diberikan. Domain: Domain Awam Isu soalan: Media sosial dalam kalangan masyarakat Kehendak soalan: Peranan media sosial untuk memenuhi keperluan dalam kalangan masyarakat pada masa kini Format soalan: Perbincangan PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
N16 Isi 1 Isi 2 Berhubung dengan kenalan lama di samping menambah kenalan baharu dari dalam atau luar negara Menjadi pelbagai platform di media sosial untuk mempromosikan barang-barang jualan Berkongsi kepakaran seperti memasak, dekorasi dan berkebun melalui platform Facebook, Instagram, Tiktok, YouTube dan sebagainya Menambah pengetahuan sama ada dalam negara atau luar negara serta mendapatkan ilmu baharu Kerangka Karangan Pengguna yang bijak mampu memberi keuntungan yang berganda hasil daripada penggunaan media sosial. Pengguna perlu bijak mengendalikan mana-mana platform media sosial agar tidak terjerumus kepada perkara-perkara negatif dalam media sosial memandangkan kepentingan media sosial tersebut kepada masyarakat. Penutup PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
N17 Sistem dan Aplikasi Bahasa Format dan Keperluan SPM Berdasarkan Format Peperiksaan SPM Mulai 2021 Item Pengujian Morfologi Bina ayat Sintaksis Pola Ayat / Ayat Aktif / Ayat Pasif / Ayat Songsang / Ayat Tanya (Bina Soalan / Ayat Tanya) / Subjek-Predikat / Jenis Ayat / Ayat Majmuk / Ayat Selapis Penyuntingan Kesalahan bahasa Bahasa Melayu Standard Petikan bahasa Melayu Klasik ditulis semula dalam bahasa Melayu Standard Peribahasa (Teks) Berikan peribahasa lain yang hampir sama dengan peribahasa yang diberi Cari peribahasa dan beri maksud Cari peribahasa dan bina ayat sendiri (lain daripada dalam teks) Nyatakan peribahasa menurut konteks situasi yang diberi Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai Sistem dan Aplikasi Bahasa Kertas 2 (1103/2), Bahagian A PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
N18 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan dua kata kerja dan dua kata adjektif. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata kerja dan kata adjektif tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Contoh-contoh Bentuk Penyoalan Morfologi Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan tiga kata majmuk. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata majmuk tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan tiga kata terbitan. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata terbitan tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Perbuatan menyebar berita palsu merupakan satu penyakit dalam kehidupan. Orang yang yang suka berbuat sedemikian mempunyai tujuan negatif. Impaknya, pembaca akan terpedaya dan terkeliru dengan berita yang ditularkan. Perbuatan ini mesti dicegah segera oleh semua pihak. CONTOH Soalan 1: Morfologi 1 Aspek-aspek tatabahasa yang perlu diketahui oleh murid untuk soalan morfologi: (a) kata ganti nama; (h) kata keterangan; (b) kata kerja; (i) kata majmuk; (c) kata adjektif; (j) kata nafi; (d) kata sendi nama; (k) kata ganda; (e) kata bilangan; (l) kata pemeri; (f ) kata arah; (m) penjodoh bilangan; (g) kata hubung; (n) dan lain-lain. 2 Murid akan diberikan petikan antara 50 hingga 80 patah perkataan. 3 Murid perlu mengenal pasti perkataan (berdasarkan arahan soalan), kemudian bina ayat sendiri berdasarkan perkataan yang dipilih. 4 Murid tidak boleh mengambil ayat dalam petikan, menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. 5 Jumlah markah yang diberikan dalam soalan ini adalah tidak tetap. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
N19 Soalan 2: Sintaksis 1 Aspek soalan yang akan dikemukakan merangkumi: (a) susunan ayat; (f) mencerakin ayat; (b) binaan ayat; (g) menggabungkan ayat; (c) ragam ayat; (h) menganalisis ayat; (d) menukarkan ayat; (i) dan lain-lain. (e) menganalisis ayat; 2 Murid diberikan petikan antara 50 hingga 80 patah perkataan. 3 Jumlah markah yang diperuntukkan adalah tidak tetap, bergantung pada kehendak soalan. Contoh-contoh Bentuk Penyoalan Sintaksis Baca petikan di bawah, kemudian kenal pasti dan tukarkan ayat bersusunan biasa yang bergaris kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya. Baca petikan di bawah, kemudian kenal pasti dan tulis subjek dan predikat bagi tiga ayat yang berhuruf condong. Kata Terbitan (i) Perbuatan (1 markah) Ayat: Sikap menderma merupakan perbuatan yang mulia. (1 markah) (ii) Penyakit (1 markah) Ayat: Penyakit yang paling bahaya pada masa ini ialah jangkitan virus COVID-19. (1 markah) (iii) Dicegah (1 markah) Ayat: Perebakan virus COVID-19 mestilah dicegah oleh semua pihak. (1 markah) Contoh Jawapan 1 Murid hendaklah membaca arahan soalan dengan teliti dan fahami kehendak soalan. 2 Kenal pasti perkataan dan bina ayat menggunakan perkataan tersebut. Ayat hendaklah gramatis dan difahami maksudnya. 3 Pastikan ayat yang dibina tiada kesalahan ejaan dan tatabahasa. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
N20 1 Untuk membasmi perebakan virus COVID-19 ialah tindakan pihak kerajaan. atau Adalah untuk membasmi perebakan virus COVID-19, tindakan pihak kerajaan. 2 Dalam usaha menyelamatkan rakyat Malaysia daripada dijangkiti wabak virus tersebut pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) bertanggungjawab. 3 Untuk memberikan perkhidmatan yang efektif pihak frontliner sentiasa bersedia. Contoh Jawapan Soalan 3: Penyuntingan 1 Murid akan diberikan teks sama ada teks tunggal atau pelbagai teks (Bahan 1 dan Bahan 2). 2 Bentuk teks tersebut mungkin petikan, dialog, iklan, kad ucapan dan sebagainya. 3 Panjang teks adalah antara 50 hingga 80 patah perkataan. 4 Jumlah markah untuk bahagian ini bergantung pada arahan soalan. Contoh-contoh Bentuk Penyoalan Penyuntingan Bahan di bawah mengandungi tiga belas kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut. Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. Contoh Soalan Baca petikan di bawah, kemudian tukar ayat bersusunan biasa yang bergaris kepada ayat susunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya. CONTOH Tindakan pihak kerajaan adalah untuk membasmi perebakan virus COVID-19. Rakyat telah memberi sokongan yang padu atas program kerajaan. Pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) bertanggungjawab dalam usaha menyelamatkan rakyat Malaysia daripada dijangkiti wabak virus tersebut. Hal ini dikatakan demikian kerana pandemik ini telah menjejaskan ekonomi dan kesihatan bahkan telah mengorbankan banyak nyawa. Pihak Frontliner sentiasa bersedia untuk memberikan perkhidmatan yang efektif. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
N21 Bahan 1 Antara inisiatif yang boleh dilakukan untuk memastikan kesihatan sentiasa terjamin ialah dengan menjaga amalan pemakanan kita. Kita janganlah terlalu mengikut nafsu dalam soal pemakanan. Pilihlah makanan yang sihat dan tidak memudaratkan kesihatan. Pyramid makanan hendaklah dijadikan asas dalam aspek pemilihan makanan seseorang. Hal ini dapat menjamin tubuh badan kita memperolehi zat makanan yang secukupnya. Makanan berlemak dan berminyak seelokeloknya hendaklah dijauhi dan melebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam deit seharian. Kita juga perlu mengurangkan pengambilan makan yang manis dan masin kerana kedua makanan yang manis dan masin akan mendedahkan diri kita kepada penyakit merbahaya seperti diabetes dan hipertensi. Bahan 2 Yang Di Pertua, Majlis Perbandaran Ampang, Bangunan Maju Jaya, 87520 Ampang, SELANGOR. 23 JANUARI 2023 Tuan, Aduan tentang Kesesakan Lalu Lintas Merujuk perkara di atas, suka cita dimaklumkan yang saya Izzudin bin Wahab wakil penduduk Taman Putra Perdana ingin membuat aduan tentang kesesakan lalu lintas ke kawasan saya yang semakin teruk sejak kebelakangan ini. 2. Punca utama masalah ini ialah projek menaik taraf jalan dari Ampang ke Sentul. Projek ini yang telah dimulakan sejak sebulan lalu telah memburukkan keadaan kesesakan di sini. Projek ini telah menyebabkan jalan yang dahulunya dua lorong kini telah menjadi satu lorong. Walau bagaimanapun, terdapat lencongan yang dibuat tidak diturap dengan tar sehingga menyebabkan kenderaan bergerak sangat perlahan seperti itik pulang petang. Keadaan ini bertambah buruk bila hari hujan kerana jalan lencongan ini dinaiki air dan menjadi becak. Bahan 1 Enam kesalahan bahasa: 1 ialah dengan adalah dengan 2 Pyramid Piramid 3 memperolehi memperoleh 4 deit diet 5 kedua makanan Kedua-dua makanan 6 merbahaya berbahaya Contoh Jawapan PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
N22 Soalan 4: Bahasa Melayu Standard 1 Petikan boleh diambil daripada prosa klasik tingkatan 4, tingkatan 5 atau teks bebas. 2 Panjang petikan adalah antara 50 hingga 80 patah perkataan. 3 Murid tidak boleh mengubah maksud asal petikan teks. 4 Jumlah markah untuk bahagian ini ialah enam markah. Contoh Bentuk Penyoalan Bahasa Melayu Standard Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. CONTOH Setelah sudah Kertala Sari datang ke rumahnya, maka ia pun bertanya kepada ibunya, “Hai ibuku, ke mana pergi bapaku maka tiada aku lihat ini?” Setelah ibunya mendengar kata anaknya demikian itu, maka ibunya pun menangis, seraya berkata, “Hai anakku, yang bapamu itu sudah mati dibunuh oleh seorang Melayu bernama Laksamana Hulubalang Ratu Melaka.” Setelah Kertala Sari mendengar kata ibunya demikian itu, maka Kertala Sari pun terlalu marah, katanya, “Siapa menyuruh membunuh bapaku itu supaya negeri Majapahit ini habis kubinasakan?” (Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan” dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, hal. 28, Kementerian Pendidikan Malaysia) Bahan 2 Lima kesalahan bahasa: 1 suka cita sukacita 2 yang saya bahawa saya 3 ke kawasan di kawasan 4 Walau bagaimanapun Tambahan pula 5 bila pada PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
N23 Setelah sudah Kertala Sari datang ke rumahnya, maka ia pun bertanya kepada ibunya, “Wahai ibuku, ayah pergi ke mana kerana saya tidak melihatnya?” Setelah ibunya mendengar kata anaknya demikian itu, maka ibunya pun menangis, lalu berkata, “Wahai anakku, bapamu telah mati dibunuh oleh seorang Melayu bernama Laksamana Hulubalang Ratu Melaka.” Setelah Kertala Sari mendengar kata ibunya demikian itu, maka Kertala Sari pun terlalu marah lalu berkata, “Siapa yang telah menyuruh membunuh bapaku itu supaya negeri Majapahit ini habis aku binasakan?” Contoh Jawapan Soalan 5: Peribahasa Contoh Penyoalan Peribahasa dua peribahasa lain yang sama atau hampir sama nyatakan tiga peribahasa yang Aspek Penyoalan PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
N24 Pemahaman Format dan Keperluan SPM Berdasarkan Format Instrumen Peperiksaan SPM Mulai 2021 Pemahaman Dikemukakan dalam Kertas 2 (1103/2, Bahagian B. Jenis instrumen: Ujian Bertulis. Jenis item: Subjektif Respons Terhad, Subjektif Respons Terbuka. Terbahagi kepada tiga soalan: Soalan 6 – Petikan Umum Soalan 7 – Petikan Sastera Soalan 8 – Novel Markah yang diperuntukkan: 35 markah. Panjang petikan umum adalah antara 120 – 140 patah perkataan, manakala novel adalah antara 100 – 120 patah perkataan. 1 Bagai kacang lupakan kulit 2 Mulut tempayan 3 Pelanduk dua serupa Contoh Jawapan 1 Murid sekurang-kurangnya dapat menguasai peribahasa dalam buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. 2 Sentiasa rujuk kamus peribahasa untuk mengetahui maksud peribahasa. 3 Murid digalakkan menyelitkan peribahasa dalam perbualan harian. Baca maksud peribahasa di bawah dengan teliti dan berikan peribahasa yang tepat. 1 Orang yang tidak mahu mengenang jasa orang yang telah membantunya. 2 Orang yang tidak pandai menyimpan rahsia. 3 Ada dua orang yang serupa wajahnya. CONTOH PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
N25 Elemen Penyoalan (ii) Soalan merujuk kepada Bahan 1 dan Bahan 2 atau Bahan 3 (iii) Beri pendapat (soalan KBAT) (iv) Soalan penyelesaian masalah Panduan Umum: Petikan Umum 1 Tema soalan adalah berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. 2 Murid akan diberi lebih daripada satu bahan (Bahan 1, Bahan 2 atau Bahan 3). 3 Bahan atau sumber petikan umum kemungkinan daripada Internet, majalah, buku teks dan lainlain. Elemen Penyoalan Petikan Umum Panduan Umum: Petikan Sastera 1 Petikan berunsurkan karya kreatif yang mungkin diambil daripada buku antologi KOMSAS Tingkatan 4 atau Tingkatan 5 dan juga mana-mana sumber seperti majalah, surat khabar, Internet dan lain-lain. 2 Murid akan diberikan lebih daripada satu bahan sama ada dua atau tiga bahan. 3 Bahan tersebut dalam pelbagai bentuk sama ada cerpen, sajak, drama, prosa dan sebagainya. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
N26 Elemen Penyoalan (ii) Soalan berdasarkan bahan-bahan yang diberikan (iii) Soalan beri pendapat (soalan KBAT) (iv) Soalan penyelesaian masalah (soalan KBAT) (i) Soalan berdasarkan salah satu bahan Panduan Umum: Novel 1 Dua soalan dalam bahagian ini, soalan (i) dan soalan (ii). 2 Markah yang diperuntukkan untuk bahagian ini ialah 10 markah, 4 dan 6 markah masing-masing. 3 Berdasarkan satu novel daripada mana-mana zon. Soalan berdasarkan petikan dalam novel. Jawapan hanya dalam sedutan petikan novel yang diberi. 4 markah diperuntukkan untuk bahagian ini. 4 Dalam soalan, lapan tajuk novel diberi. Murid hanya menjawab satu novel yang dipelajari. Soalan berbentuk pemikiran kritis berdasarkan novel yang dikaji. Soalan kategori KBAT yang menanyakan tentang pendapat, ulasan, komen dan sebagainya. 6 markah diperuntukkan untuk bahagian ini. Elemen Penyoalan Petikan Sastera PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
N27 Novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 5 Novel-novel yang dipelajari di Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
N28 Rumusan Cara Mengira Jumlah Perkataan • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • Dikira sebagai Satu Perkataan PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
N29 Elemen Penyoalan 1 Ada 2 atau 3 bahan / sumber berbeza bentuk – petikan dan gambar bertulisan / iklan kempen / iklan aktiviti. 2 Calon mesti menjawab dengan mengambil isi dalam semua teks petikan dan gambar / iklan yang diberi. – Sekiranya ada 2 bahan tetapi calon mengambil isi dalam 1 bahan sahaja, maka markah akan kurang. – Sekiranya ada 3 bahan tetapi calon mengambil isi dalam 2 bahan sahaja, maka markah akan kurang. Panduan Menulis Isi 1 Mesti ada lapan isi, iaitu termasuk isi daripada semua bahan, contoh: – bahan 1, bahan 2 dan bahan 3 atau – bahan 1 dan bahan 2 2 Setiap 1 isi bersamaan 2 markah 3 Tiada isi tersirat – mesti ambil isi dalam semua bahan rangsangan yang diberi. Contoh kouta isi menurut bilangan bahan rangsangan: 3 Bahan Rangsangan: tiga fokus berlainan Fokus Bilangan Bahan Kuota Isi Punca Bahan 1 4 4 3 3 2 Kesan Bahan 2 2 1 3 2 3 Cara Bahan 3 2 3 2 3 3 Jumlah Isi 8 8 8 8 8 Pilihan isi – bergantung pada jumlah isi yang ada dalam setiap bahan PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
N30 3 Bahan Rangsangan: Fokus Bilangan Bahan Kuota Isi Punca Bahan 1 4 4 3 3 2 Sebab/Punca Bahan 2 2 1 3 2 3 Cara Bahan 3 2 3 2 3 3 Jumlah Isi 8 8 8 8 8 3 Bahan Rangsangan: Fokus Bilangan Bahan Kuota Isi Punca Bahan 1 4 4 3 3 2 Cara/Langkah Bahan 2 2 1 3 2 3 Cara Bahan 3 2 3 2 3 3 Jumlah Isi 8 8 8 8 8 2 Bahan Rangsangan: Contoh: Gejala Sosial fokus berlainan Fokus Bilangan Bahan Kuota Isi Punca Bahan 1 4 4 3 3 2 Sebab/Punca Bahan 2 2 1 3 2 3 Cara Bahan 3 2 3 2 3 3 Jumlah Isi 8 8 8 8 8 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
N31 2 Bahan Rangsangan: Fokus Bilangan Bahan Kuota Isi Punca Bahan 1 4 4 3 3 2 Sebab/Punca Bahan 2 2 1 3 2 3 Cara Bahan 3 2 3 2 3 3 Jumlah Isi 8 8 8 8 8 Lisan (Ujian Bertutur dan Ujian Mendengar) Ujian Bertutur Bahagian A: Individu [40 markah] Tatabahasa & Kosa Kata (10 m) Sebutan, Intonasi, Nada (10 m) Kefasihan, Kelancaran (10 m) Idea & Bermakna (10 m) Jumlah Markah (40 m) Cemerlang [9–10], Kepujian [7–8], Baik [5–6], Penguasaan Minimum [3–4], Tidak Mencapai Tahap Minimum [1–2] Ujian Bertutur Bahagian B: Individu [30 markah] Tatabahasa & Kosa Kata (10 m) Sebutan, Intonasi, Nada (10 m) Kefasihan, Kelancaran (10 m) Idea & Bermakna (10 m) Jumlah Markah (30 m) Cemerlang [25–30], Kepujian [19–24], Baik [13–18], Penguasaan Minimum [7–12], Tidak Mencapai Tahap Minimum [1–6] PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
N32 Ujian Mendengar [30 markah] – 30 minit PETIKAN/MARKAH JUMLAH Petikan 1 No. Soalan 1 [4 m] 2 [5 m] Markah murid 9 m Petikan 2 No. Soalan 1 [2 m] 2 [1 m] 3 [1 m] Markah murid 4 m Petikan 3 No. Soalan 1 [1 m] 2 [1 m] 3 [4 m] 4 [1 m] 5 [2 m] Markah murid 9 m Petikan 4 No. Soalan 1 [8 m] Markah murid 8 m Jumlah 30 m PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
1 Pengenalan 1 Pengenalan 1.1 Info Asas Kertas 1 1 Kertas 1 terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B. 2 Masa yang diperuntukkan untuk menjawab Kertas 1 ialah dua jam. 3 Markah untuk kedua-dua bahagian ini ialah 100 markah, iaitu 30 markah untuk Bahagian A dan 70 markah untuk Bahagian B. 4 Pembahagian untuk Kertas 1 adalah seperti berikut: Bahagian A ➤ Berpandukan kombinasi kepelbagaian bahan rangsangan. Bahagian B ➤ Terdapat empat soalan mengikut domain – calon dikehendaki memilih satu soalan sahaja. 1.2 Panduan Karangan Bahagian A dan Bahagian B Cara Menanda Kesalahan Isi, Ejaan dan Tanda Bacaan ( ) : Kesalahan Isi _____ : Kesalahan bahasa, rangkai kata dan perkataan / : Kesalahan ejaan dan huruf besar (Kata Nama Khas) // : Kesalahan ejaan berulang : Kesalahan tanda bacaan Tambahan untuk Guru: Bentuk Kesalahan Lanjut [ ] X = Fakta Salah [ ] ? = Fakta Diragui di makan = Rapatkan (kata kerja) di/dalam = Jarakkan (bukan kata kerja) beberapa langkah- langkah = Buangkan langkah: tak perlu digandakan Hal ini kerana = Hal ini dikatakan demikian kerana Unit 1 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
2 Pengenalan 1 Program di mana pelajar daripada negara = Salah kerana menggunakan tatabahasa English. adalah ... ialah menerapkan pelajar ... = selepas adalah – kata kerja (pilihan 1) ... ialah pihak kerajaan menerapkan pelajar ... = selepas ialah – kata nama / subjek boleh Faedah yang dapat diperoleh ialah ... = dapat dan diperoleh sama maksudnya ... lewah ... buang Faedah yang dapat diperoleh ialah ... = dapat diganti perkataan boleh atau buang saja perkataan itu ‘melentur buluh biar waktu rebung’ = Ayat Tergantung (AT) … perlu ditulis dalam bentuk ayat Anak-anak perlu dididik dengan ajaran agama sejak kecil seperti peribahasa ‘melentur buluh biar waktu rebung’. 1.3 Petua Bijak Mengarang Cemerlang Pengisian dan Pengembangan Pendahuluan PENDAHULUAN Ayat isu semasa berelevan dengan soalan Ayat sebab isu berlaku Ayat untuk perkembangkan isu Ayat definisi atau ayat contoh Ayat peribahasa/slogan/program kerajaan Ayat impak (ayat perkembangan isu) Ayat penegasan kehendak soalan Ayat isu semasa ... Hal ini demikian kerana ... (sebab) Oleh itu, ... (bagaimana) Tamsilnya, ... ... bak pepatah ... Impaknya, ... Tegasnya ... Pengisian dan Pengembangan Isi Gunakan formula:TeHCUP (untuk pelajar lemah/sederhana) TeHsecakeCUP (untuk pelajar cemerlang) TeHCUP Isi Ayat Tema/Topik (Isi/Idea) Ayat Huraian 1 Ayat Huraian 2 Ayat Huraian 3 Ayat Contoh Ayat Ungkapan/Slogan/ Program Kerajaan Ayat Penegasan Ayat Topik/ Tema (Isi/Idea) Te H C U P TeHsecakeCUP Menyatakan isi utama Menyatakan sebab (se) – Hal ini demikian kerana ... Menyatakan cara (ca) – Oleh itu, ... Menyatakan kesan ... (ke) – Impaknya ... Tamsilnya, ... ... seperti peribahasa ... Tuntasnya, ... T H se ca ke C U P PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
3 Pengenalan 1 Pengisian dan Pengembangan Penutup – Beri pandangan / pendapat anda terhadap tema / kehendak soalan. – Beri beberapa cadangan anda terhadap tema / isu soalan. – Beri harapan anda terhadap tema / isu / kehendak soalan. – Selitkan ayat peribahasa. 1.4 Info Asas Kertas 2 1 Kertas 2 terbahagi kepada Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. 2 Masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan dalam Kertas 2 ialah dua jam tiga puluh minit (2 jam 30 minit). 3 Markah untuk ketiga-tiga bahagian ini ialah 100 markah, iaitu 35 markah untuk Bahagian A, 35 markah untuk Bahagian B dan 30 markah untuk Bahagian C. 4 Pembahagian untuk Kertas 2 adalah seperti berikut: Bahagian Kertas 2 Bilangan Soalan Bahagian A Sistem dan Aplikasi Bahasa Soalan 1: Morfologi Soalan 2: Sintaksis Soalan 3: Penyuntingan Soalan 4: Bahasa Melayu Standard –Menukarkan teks klasik kepada bahasa Melayu moden Soalan 5: Peribahasa Bahagian B Pemahaman Soalan 6: Petikan Umum Soalan 7: Petikan Sastera Soalan 8: Novel Bahagian C Rumusan Soalan 9: Menulis Rumusan Catatan • PELAJAR CEMERLANG: boleh membuat huraian lebih daripada satu AYAT HURAIAN 1, AYAT HURAIAN 2, dan AYAT HURAIAN 3. • PELAJAR SEDERHANA DAN LEMAH: boleh membuat satu atau dua huraian terhadap AYAT HURAIAN 1 atau AYAT HURAIAN 2 atau AYAT HURAIAN 3. • KEDUDUKAN FLEKSIBEL – H C U (kedudukan boleh berubah) PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
4 Karangan Respons Terhad 2 2.1 Info Asas Karangan 1 Karangan respons terhad, iaitu karangan kombinasi kepelbagaian bahan rangsangan diperkenalkan mulai tahun 2021 dalam kertas 1, Bahagian A peperiksaan SPM. 2 Pendekatan untuk bahagian ini boleh dilihat dalam jadual di bawah. Kertas 1103/1 Markah 30 markah Masa 30 minit Jumlah Perkataan 150 hingga 200 patah perkataan (jika lebih, hanya 10 patah kata) 3 Hanya satu soalan dikemukakan dalam bahagian ini dan calon wajib menjawabnya. 4 Calon diberikan lebih daripada dua bahan rangsangan dalam bentuk peta minda, grafik, gambar, gambar rajah, petikan teks, petikan sajak, iklan dan sebagainya. 5 Terdapat dua bentuk soalan untuk bahagian ini, iaitu berfokus khusus dan berformat seperti surat kiriman, e-mel dan resume. Peringatan Karangan Respons Terhad Unit 2 JANGAN mengarang melebihi masa tentatif kerana dikhuatiri Karangan Bahagian B tidak sempat dihabisi atau mengarang ala kadar. Sekiranya kurang daripada 150 patah perkataan, dikhuatiri markah yang sepatutnya cemerlang akan turun satu tahap markah. Peringatan • Calon MESTI ambil atau bina isi karangan daripada semua bahan yang diberi. Berkemungkinan markah akan turun tahap sekiranya calon tidak menyentuh satu bahan rangsangan yang diberi. • Jika ada tiga bahan rangsangan, ada dua perhatian FOKUS kehendak soalan: (i) Berkemungkinan ketiga-tiga bahan itu – FOKUSNYA SAMA (ii) Mungkin juga ketiga-tiga bahan itu BERLAINAN FOKUS tapi tema sama seperti dalam soalan. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
5 Karangan Respons Terhad 2 Pembentukan Karangan 2.2 1 Calon hendaklah merancang perenggan dengan berhati-hati. 2 Isi atau fakta yang diberikan hendaklah jelas dan menjawab soalan yang dikemukakan. 3 Jangan lupa masukkan ungkapan menarik seperti peribahasa, pantun, cogan kata, petikan ucapan, frasa menarik, kata-kata hikmat dan lain-lain. 4 Sebaik-baiknya, karangan bahagian ini ada lima perenggan seperti berikut: • Perenggan 1: Pendahuluan • Perenggan 2: Isi, huraian, contoh dan ayat penegasan isi 1 • Perenggan 3: Isi, huraian, contoh dan ayat penegasan isi 2 • Perenggan 4: Isi, huraian, contoh dan ayat penegasan isi 3 • Perenggan 5: Penutup 5 Kira dan catat jumlah perkataan pada akhir karangan anda. (sebelah kanan) 2.3 Skema Pemarkahan Karangan Respons Terhad KRITERIA PENSKORAN TENTATIF Peringkat Markah Kriteria Cemerlang 26 – 30 (28 – 30) (26 – 27) • Karangan menepati tema SEMUA bahan rangsangan. • Idea relevan dengan tema SEMUA bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas dan matang. • Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. • Penggunaan tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu. • Penggunaan kosa kata luas dan tepat. • Wacananya lengkap. • Unsur bahasa yang digunakan bervariasi dan menggunakan ungkapan yang menarik. Kepujian 20 – 25 (23 – 25) (20 – 22) • Karangan menepati tema SEMUA bahan rangsangan. • Idea relevan dengan tema SEMUA bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas. • Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. • Penggunaan tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu. • Penggunaan kosa kata yang luas. • Wacananya lengkap. • Unsur bahasa yang digunakan bervariasi. Memuaskan 15 – 19 (17 – 19) (15 – 16) • Karangan masih menepati tema KURANG 1 bahan rangsangan. • Idea masih relevan dengan tema KURANG 1 bahan rangsangan. • Huraian idea masih jelas. • Bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat. • Penggunaan tanda baca masih betul dan tepat. • Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu. • Wacananya masih lengkap. • Unsur bahasa masih bervariasi. Calon lemah, sederhana, cemerlang Sentuh 3 bahan rangsangan yang diberi PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
6 Karangan Respons Terhad 2 Peringkat Markah Kriteria Penguasaan Minimum 10 – 14 (12 – 14) (10 – 11) • Karangan masih/kurang menepati tema bahan rangsangan. • Idea masih/kurang relevan dengan tema bahan rangsangan. • Huraian idea kurang/masih jelas. • Bahasa kurang gramatis dari segi kata dan ayat. • Kesalahan-kesalahan tatabahasa ketara. • Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu tetapi terdapat kesalahan ejaan yang ketara. • Penggunaan kosa kata terhad • Wacana kurang lengkap. Unsur bahasa kurang bervariasi. Tidak mencapai tahap penguasaan minimum 01 – 09 (06 – 09) (01 – 05) • Calon tidak menunjukkan penguasaan kemahiran menulis> • Idea tidak menepati tema bahan rangsangan – TIDAK mengambil tema daripada bahan rangsangan. • Banyak kesalahan bahasa dari segi kata dan ayat. ***Ungkapan menarik peribahasa, pantun, cogan kata, frasa menarik, petikan ucapan, kata-kata hikmat, petikan hadis, maksud Al-Quran dan lain-lain. 2.4 Panduan Menjawab Karangan 1 Calon-calon mesti membaca dan menghayati atau menganalisis kehendak soalan berdasarkan bahan rangsangan. (a) Baca dan hayati informasi terhadap tiga bahan rangsangan yang diberi dengan teliti terlebih dahulu. Jangan terus membuat karangan. (b) Setelah itu, garis informasi yang berkaitan fokus sesuai dengan tema (kehendak) soalan. (c) Catat fokus (isi) kehendak soalan sebagai rangka karangan. 2 Mencatat rangka karangan (Setelah membaca dan menghayati atau menganalisis kehendak soalan berdasarkan bahan rangsangan) (a) Tujuan membuat rangka karangan: memudahkan calon mengarang dengan lancar di samping menyusun isi secara kronologi (susunan keutamaan isi) serta mengelakkan karangan calon daripada terpesong. (b) Peruntukkan masa antara 2 minit hingga 5 minit untuk mencatat rangka karangan. (c) Berfikir dan mencatat isi-isi secara ringkas (secara fakta), huraian ringkas, contoh dan peribahasa. 3 Pembentukan/Penulisan karangan (Setelah merangka karangan) (a) Pendahuluan (i) Mulakan ayat dengan istilah yang diterima pakai tetapi menarik hati pembaca khasnya pemeriksa. (ii) Kehendak soalan atau tema soalan mestilah dikaitkan dengan isu semasa. (iii) Selitkan peribahasa atau slogan atau kempen kerajaan (menunjukkan anda mempunyai ilmu pengetahuan yang luas). (iv) Anda boleh menggunakan ayat persoalan berkaitan tema soalan. • Bina ayat penegasan kehendak soalan. • Pemanis karangan: sila guna penanda wacana. (b) Isi-isi penting (Perenggan 2, 3, 4 – ambil dari 3 bahan rangsangan) (i) Ayat isi/ayat idea: dicatat pada awal ayat setiap perenggan baharu. (ii) Ayat huraian isi: penjelasan terhadap isi dengan jelas – idea itu dihuraikan secara peluasan ilmu dan berfokus dengan isi. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
7 Karangan Respons Terhad 2 Sejujurnya, perlu wujud kesedaran dalam masyarakat untuk membina peradaban dan mencapai status kemajuan bagi Malaysia, terutama dalam merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030, yang bertunjangkan persefahaman, tolak ansur dan rasa hormat-menghormati. Dipetik dan diubah suai daripada "Harmonikan Hubungan Masyarakat Pelbagai Kaum", Enizahura Abdul Aziz, BH Online, 31 Januari 2020 (iii) Ayat contoh: nyatakan contoh dalam ayat lengkap atau gramatis, iaitu ada subjek dan predikat. Contoh mesti jelas, iaitu sesuai dengan isi yang diberi. (iv) Ayat peribahasa: catatkan peribahasa yang sesuai dalam huraian dan sesuai dengan isi. Guna ayat penuh peribahasa. • Contoh 1: Semangat menabung hendaklah disemai oleh ibu bapa terhadap anak-anak sejak kecil seperti peribahasa, melentur buluh, biarlah waktu rebung. (cara menulis ayat peribahasa yang betul) • Contoh 2: Semangat menabung hendaklah disemai oleh ibu bapa terhadap anak-anak sejak kecil. Bak peribahasa melentur buluh, biarlah waktu rebung. (cara menulis ayat peribahasa yang salah) ... Ayat Tergantung (AT) (v) Ayat penegasan isi: Menegaskan semula isi yang diberi tadi. • Contoh 1: Tuntasnya, anak-anak akan terbiasa menabung apabila ibu bapa menyemaikan sikap menabung sejak mereka kecil. • Contoh 2: Jelaslah bahawa peranan ibu bapa mendidik anak-anak menabung sejak kecil dapat menyemai semangat menabung dalam kalangan remaja pada masa ini. (c) Penutup/Kesimpulan (i) Beri pandangan/pendapat anda terhadap tema/kehendak soalan. (i) Beri beberapa cadangan anda terhadap tema/isu soalan. (i) Beri harapan anda terhadap tema/isu/kehendak soalan. (i) Selitkan ayat peribahasa. 2.5 Jom Menulis Karangan Model 1 Grafik di bawah menunjukkan sebahagian daripada maklumat berkaitan amalan perpaduan. Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang amalan perpaduan. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Kepada orang hendaklah hormat Hendak menegur hendaklah cermat Bersatu padu itu matlamat Jangan dinyala dendam kesumat. Semua tak boleh mementingkan diri Berjuang untuk kaum sendiri Sejarah lama harus susuri Insaf hakikat sedarlah diri. Karya: Ghazali Lateh Syair Pilihan: PERPADUAN Blog Puisi PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
8 Karangan Respons Terhad 2 Analisis Kehendak Soalan Isu/Tema Perpaduan Kehendak soalan/Fokus Ada 1 fokus pada setiap bahan rangsangan – Cara Memupuk Perpaduan Kerangka Karangan Pendahuluan • Perpaduan ialah kunci utama kestabilan politik • Rakyat Malaysia berstatus majmuk mesti hidup bersatu padu • Mengorak langkah menyepadukan persefahaman Idea Utama Isi bahan 1: Bertunjangkan persefahaman, bertolak ansur dan rasa hormat-menghormati • persefahaman ini dapat dikukuhkan menerusi rencaman program • pembudayaan tersebut mampu mengintimkan hubungan masyarakat majmuk Isi bahan 2: Kita seharusnya insaf akan hakikat kisah silam • rakyat majmuk tidak boleh hidup dengan dendam kesumat antara kaum • saling menghormati dengan tidak menyentuh isu sensitif antara kaum • tidak memperbesar isu perkauman – kuasa tular • perpaduan rakyat majmuk dapat dieratkan Isi bahan 3: Rakyat majmuk menggunakan bahasa kebangsaan dalam kehidupan • tidak boleh mementingkan bangsanya sendiri dari segi kebahasaan • seharusnya berpijak di bumi nyata, iaitu di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung • hendaklah mementingkan komunikasi dalam bahasa Melayu • rakyat pelbagai kaum memahami pertuturan antara mereka Penutup • Perpaduan dapat diwujudkan menerusi kerjasama dan keprihatinan rakyat • Kita tidak boleh menjadi api dalam sekam • Kelak kita juga yang merana akibat sudah terhantuk baru tengadah Karangan Penuh Perpaduan adalah kunci utama kestabilan politik, pembangunan dan kemajuan ekonomi negara. Justeru, rakyat Malaysia berstatus majmuk mesti hidup bersatu padu bagi memastikan hidup yang harmoni. Sesuatu kejayaan tidak akan datang bergolek sekiranya rakyat majmuk tidak mengorak langkah menyepadukan persefahaman untuk mencipta dan mempererat perpaduan. Langkah mapan membentuk perpaduan rakyat ialah rakyat majmuk haruslah bertunjangkan persefahaman, bertolak ansur, dan rasa hormat-menghormati dalam kehidupan bak peribahasa terendam sama basah, terampai sama kering. Persefahaman ini dapat dikukuhkan menerusi rencaman program seperti, gotong-royong dan kunjung-mengunjung bagai aur dengan tebing. Tuntasnya, pembudayaan tersebut mampu mengintimkan hubungan masyarakat majmuk. Sejarah hitam Malaysia, iaitu tregedi 13 Mei membuatkan kita seharusnya insaf akan hakikat kisah silam bahawa perlunya perpaduan seperti peribahasa sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Oleh itu, kita tidak boleh hidup dengan dendam kesumat antara kaum. Kita hendaklah saling menghormati dengan tidak menyentuh isu sensitif antara kaum seperti isu bahasa, agama dan budaya hidup. Selain itu, jangan sesekali memperbesar isu perkauman memandangkan dunia globalisasi memperlihat kuasa ‘tular’, maka sebarang pandangan berbau negatif sesuatu kaum harus dihindari. Tegasnya, perpaduan rakyat majmuk dapat dieratkan. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
9 Karangan Respons Terhad 2 Perpaduan akan semakin terserlah apabila rakyat majmuk menggunakan bahasa kebangsaan dalam kehidupan. Rakyat majmuk tidak boleh mementingkan bangsanya sendiri dari segi kebahasaan kerana akan mengundang perasaan salah sangka bangsa. Rakyat bukan Melayu seharusnya berpijak di bumi nyata, iaitu di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Justeru kita hendaklah mementingkan komunikasi dalam bahasa Melayu agar sesuai dengan peribahasa bahasa jiwa bangsa (bahasa kebangsaan). Impaknya, rakyat pelbagai kaum memahami pertuturan antara mereka dan tidak timbul perasaan buruk sangka umpama api dalam sekam yang boleh meruntuhkan perpaduan. Jelaslah bahawa perpaduan dapat diwujudkan menerusi kerjasama dan keprihatinan rakyat pelbagai bangsa. Kita tidak boleh menjadi api dalam sekam agar tidak sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Kelak kita juga yang merana akibat sudah terhantuk baru tengadah. Pada waktu itu sudah terlambat bak nasi sudah menjadi bubur, iaitu negara hancur akibat persengketaan kaum. (200 patah perkataan) Model 2 Bahan di bawah menunjukkan sebahagian daripada maklumat berkaitan tabiat membaca. Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang tabiat membaca. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Zamri : Assalamualaikum. Riana : Waalaikumussalam. Eh, Zamri! Ingatkan siapa tadi. Duduklah. Zamri : Terima kasih. Awak baca buku apa? Riana : Saya baca buku motivasi yang bertajuk “Mencari Diri”. Banyak kebaikannya membaca buku ini. Antaranya, saya dapat merasai motivasi diri saya semakin meningkat. Zamri : Baguslah. Dengan membaca, pengetahuan kita tentu akan bertambah. Sebab itulah kebanyakan orang yang rajin membaca akan berjaya dalam bidang yang diceburi mereka. Riana : Kenapa pula awak datang ke sini, Zamri? Zamri : Saya sengaja datang ke sini kerana ingin berbual-bual sebagai mengisi masa lapang saya sekarang. \ Faktor seterusnya, sikap keluarga. Tiada teguran ibu bapa terhadap sikap anak yang kurang membaca menyebabkan budaya membaca tidak wujud dalam keluarga. Bahan bacaan untuk anak juga jarang dibeli oleh ibu bapa. Lebih mendukacitakan ialah ibu bapa sendiri tidak mengamalkan budaya membaca ketika berada di rumah. Laporan itu turut mendedahkan faktor lain, iaitu individu berkenaan lebih minat menonton televisyen. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
10 Karangan Respons Terhad 2 Analisis Kehendak Soalan Isu/Tema Amalan membaca Kehendak soalan/Fokus Ketiga-tiga bahan rangsangan berbeza Bahan 1 Fokus – Faedah Membaca Bahan 2 Fokus – Cara Menggalakkan Semangat Membaca Bahan 3 Fokus – Punca/Cabaran Masyarakat Tidak Suka Membaca Kerangka Karangan Pendahuluan • Amalan membaca amat berguna untuk menjana sel-sel otak • Amalan ‘ilmu pelita hidup’ sebagai budaya hidup masyarakat Malaysia • Cara menggalakkan masyarakat membaca – timbul kesan negatif jika masyarakat malas membaca Idea Utama Isi bahan 1: Akan berjaya dalam bidang yang diceburi • menggarap ilmu yang relevan dengan cita-cita • memaksa diri membaca pada setiap hari sekurang-kurangnya satu jam sehari • lama-kelamaan kita akan terbiasa membaca bahan bacaan ilmiah Isi bahan 2: Mengadakan kempen membaca • inisiatif positif ke arah semangat membaca • program ini telah dipelbagaikan tema bacaan mengikut bulan • intipati program adalah untuk menjana sel otak masyarakat Isi bahan 3: Cabaran galakan membaca adalah datang daripada sikap ibu bapa • tiada unsur suri teladan daripada ibu bapa • ibu bapa tidak menegur sikap anak-anak yang suka membazir waktu • ibu bapa tidak minat membaca maka anak-anak mengikut jejak mereka Kesimpulan • Perlu mendapat sokongan semua pihak sesuai dengan peribahasa (nyatakan peribahasa) • Ibu bapa tidak boleh berdalih atas kesibukan • Ibu bapa mesti mempunyai tekad Karangan Penuh Amalan membaca amat berguna untuk menjana sel-sel otak agar sentiasa hidup berfikir. Justeru, rakyat Malaysia mestilah menjadikan amalan ‘ilmu pelita hidup’ sebagai budaya hidup masyarakat Malaysia. Oleh itu, kita perlu memikirkan cara menggalakkan masyarakat membaca kerana akan timbul kesan negatif jika masyarakat malas membaca. Sudah terang lagi bersuluh bahawa dengan amalan membaca, seseorang akan berjaya dalam bidang yang diceburi. Hal ini demikian kerana demi mengejar cita-cita maka seseorang itu akan banyak membaca untuk menggarap ilmu yang relevan dengan cita-cita. Seseorang yang kurang membaca haruslah memaksa diri membaca pada setiap hari sekurang-kurangnya satu jam sehari. Lama-kelamaan kita akan terbiasa membaca bahan bacaan ilmiah seperti Dewan Masyarakat, Dewan Budaya dan juga bahan bacaan bersifat kolektif menerusi Internet seperti peribahasa alah bisa, tegal biasa. Strategi pragmatik yang boleh dilakukan untuk merangsang masyarakat suka membaca adalah dengan mengadakan kempen membaca. Inisiatif positif ke arah semangat membaca, iaitu “Program Galakan Membaca” telah dianjurkan oleh Perpustakaan Dr. Abdul Latiff dan Perpustakaan Hospital Tuanku Mukriz, dengan Kerjasama Fakulti Perubatan, Fakulti Sains Kesihatan, Fakulti Pergigian dan Fakulti Farmasi pada bulan April sehingga November 20__ yang lalu. Program ini telah PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
11 Karangan Respons Terhad 2 Model 3 Baca kedua-dua e-mel di bawah dengan teliti. Anda dikehendaki menjawab satu daripada e-mel di bawah. Tulis e-mel itu selengkapnya. Panjangnya e-mel anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. E-mel 1 Daripada [email protected] Kepada [email protected] Subjek Peranan Ahli Keluarga Menangani Kos Sara Hidup Salam mesra, Syarifah. Apa khabar? Saya minta maaf jika e-mel saya ini mengganggu saudari. Kos sara hidup semakin meningkat. Apatah lagi ketika pandemik COVID-19 sekarang ini hinggakan kerajaan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dalam situasi yang sukar ini, bagaimanakah keluarga saudari menangani kos sara hidup? Saya menanti respons positif daripada saudari. Sahabatmu, Wan E-mel 1 Daripada [email protected] Kepada [email protected] Subjek Kelebihan-kelebihan Menabung dalam Kehidupan Kita Anis Sofea, Apa khabar? Saya harap awak dalam keadaan sihat. Kenapa awak tidak datang ke sekolah, semalam? Cikgu Fadila ada memberikan tugasan karangan. Tajuk karangan tersebut ialah “Kelebihan-kelebihan Menabung dalam Kehidupan Kita”. Awak kena siapkan dan hantar kepada Cikgu Fadila pada hari Rabu. Rakan sekelasmu, Aisyah mempelbagaikan tema bacaan mengikut bulan. Tuntasnya, intipati program adalah untuk menjana sel otak masyarakat dengan cara membudayakan amalan membaca dalam kehidupan. Cabaran galakan membaca adalah datang daripada sikap ibu bapa. Sudahlah tiada unsur suri teladan daripada ibu bapa malah ibu bapa tidak menegur sikap anak-anak yang suka membazir waktu menonton televisyen, intim dengan media sosial dan bersosial. Hal ini juga disebabkan oleh anak-anak tidak disogok dengan bahan bacaan. Impaknya, anak-anak tidak suka membaca bahan bacaan yang menjana minda positif. Apabila ibu bapa tidak minat membaca maka anak-anak mengikut jejak mereka seperti peribahasa bapa borek anak rintik. Konklusinya, pembudayaan membaca dalam kalangan masyarakat khasnya anak-anak perlu mendapat sokong semua pihak sesuai dengan peribahasa bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Ibu bapa tidak boleh berdalih atas kesibukan kerana hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih lalu menyerahkan peranan tersebut bulat-bulat kepada pihak sekolah. Sesungguhnya ibu bapa mesti mempunyai tekad di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. (200 patah perkataan) PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
12 Karangan Respons Terhad 2 Analisis Kehendak Soalan Isu/Tema Perpaduan Kehendak soalan/ Fokus Ada satu fokus pada setiap e-mel: E-mel 1 – cara menangani kos sara hidup keluarga E-mel 2 – kelebihan menabung dalam kehidupan Kerangka Karangan E-mel 1 Daripada [email protected] Kepada [email protected] Subjek Re: Peranan Ahli Keluarga Menangani Kos Sara Hidup Pendahuluan • Menjawab salam • Memberitahu tentang keadaan diri Idea Utama Cara menangani kos sara hidup keluarga • Merancang perbelanjaan keluarga - catat barang yang perlu sahaja untuk dibeli – catat bajet perbelanjaan sebelum membeli – ukur baju di badan sendiri • Berusaha mencari rezeki tambahan yang halal – perniagaan dalam talian – menjadi penghantar barang (Grab Food/Food Panda dan lain-lain) • Ahli keluarga berperanan untuk mengawal perbelanjaan seharian – lupakan nafsu membeli barang mewah – rumah besar, kereta mahal, makanan sedap dan mahal serta melancong • Mendidik keluarga tentang amalan menabung – lebihan wang perbelanjaan dimasukkan ke dalam tabung – berdikit-dikit lama-lama jadi bukit – elak pembaziran atau boros – perbuatan boros amalan syaitan E-mel 2 Daripada [email protected] Kepada [email protected] Subjek Re: Kelebihan-kelebihan Menabung dalam Kehidupan Kita Pendahuluan • Menjawab salam • Memberitahu tentang keadaan diri Idea Utama Kelebihan-kelebihan menabung dalam kehidupan kita • Melanjutkan pelajaran ke menara gading – perbelanjaan sendiri – tidak mengharap wang ibu bapa – tidak perlu meminjam • Dapat menggunakan wang tabungan semasa kecemasan – ibu bapa/ahli keluarga sakit • Dapat melahirkan modal insan kelas pertama – suka berjimat cermat – dapat mengekang hawa nafsu, iaitu tidak boros dalam kehidupan • Dapat digunakan sewaktu tua atau selepas pencen atau ketika tidak bekerja – elak kemelaratan kerana ketiadaan wang untuk kelangsungan hidup PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
13 Karangan Respons Terhad 2 Model 4 Iklan-iklan di bawah menunjukkan sebahagian daripada maklumat berkaitan kerja kosong. Berdasarkan iklan-iklan yang diberikan, sediakan resume diri anda yang lengkap bagi permohonan satu pekerjaan yang anda minati. Panjangnya resume anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Yayasan Angkasa Jawatan Kosong Mohon Sekarang! 1 Pembantu Pengaturcaraan Komputer 2 Kerani Pentadbiran dan Kewangan Tarikh tutup permohonan: 26 Februari 20__ Info lanjut: https://www.yayasanangkasa.coop/jawatan-kosong-20__/ (Sumber: Internet) UMS Universiti Malaysia Sabah IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN Universiti Malaysia Sabah merupakan sebuah institusi Pengajian Tinggi Awam yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej 1971, dengan ini mempelawa seluruh warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidangbidang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan di Hospital Pengajar UMS (HUMS) seperti berikut: 1. Jururawat Gred U41 2. Pegawai Farmasi Gred UF41 3. Penolong Pegawai Perubatan Gred U29 4. Penolong Pegawai Farmasi Gred UF29 5. Jururawat Gred U29 6. Juru X-Ray Gred U29 Permohonan boleh dikemukakan melalui laman sesawang http://registar.ums.edu.my (kakitangan UMS) atau http:ejobs.ums.edu.my/ejobs (orang awam) Hanya permohonan dalam talian akan diproses. Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 Julai 20__. (Sumber: Internet) Cara Menulis Resume Cara menulis resume adalah bebas. Walau bagaimanapun, maklumat berikut mestilah dinyatakan dalam resume anda. • Resume mesti sesuai dengan jawatan yang dipohon • Nama anda • Alamat • Nombor telefon rumah dan nombor telefon bimbit • Nombor kad pengenalan OBJEKTIF Mencari jawatan sepenuh masa dengan firma kejuruteraan yang bertaraf sederhana kepada yang besar untuk membantu dalam penyelarasan projek dan akhirnya untuk mengurus projek pembangunan dengan memfokuskan kepada kejuruteraan alam sekitar. Imbas kod QR atau layari Untuk tujuan pembelajaran https://www.mysumber.com/ contoh-resume.html untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan penulisan resume. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
14 Karangan Respons Terhad 2 PENDIDIKAN Memperoleh KERJA KURSUS YANG BERKAITAN Mekanik Tanah KEJAYAAN Ahli Pertubuhan Pelajar asing Pelajar Terbaik Anugerah KEKUATAN Kreatif, bekerjasama, kuat bekerja, mahir berkomunikasi dan sebagainya LOKASI Malaysia/Sanggup untuk bertugas di luar negara mengikut kesesuaian TARIKH BERMULA Dengan serta-merta GAJI RM ... . (Boleh dirunding) RUJUKAN Kepilkan yang berkenaan Model 5 Gambar dan maklumat di bawah menunjukkan masalah sosial yang berlaku di kawasan tempat tinggal anda. Sebagai seorang penduduk yang prihatin, tulis sepucuk surat aduan kepada pihak berkuasa tempatan untuk mengadukan tentang masalah sosial itu. Anda boleh menyertakan cadangan dan tindakan yang sesuai yang perlu diambil. Panjangnya surat anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. GEJALA SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA PERLU DITANGANI • Diterbitkan 13 Disember 20__ • 11:30 pagi kemas kini • 11:09 pagi • penulis Amni Jagat PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
15 Karangan Respons Terhad 2 Format: Surat Kiriman Rasmi (Aduan) Pendahuluan: • Menghadap surat kepada Pengarah, Majlis Daerah • Memperkenalkan diri Idea utama: 1 Aduan tentang tahap gejala sosial – jenis perbuatan negatif • merempit – keadaan amat bising – bunyi enjin motor – sewaktu murid pulang sekolah • melepak – murid sekolah berkumpul di wakaf tepi jalan – buat bising – putung rokok berserakan – mengusik gadis-gadis • terlibat dengan gejala dadah, peras ugut dan sebagainya 2 Impak/kesan: • sungguh membimbangkan – kehilangan harta benda – ada yang sanggup mencuri motor, pakaian, kasut • menimbulkan ketakutan penduduk tempatan – anak perempuan diganggu – diintai, diusik 3 Cadangan menangani: • Ahli Jawatankuasa Perumahan – ambil tindakan – pemeriksaan yang kerap • Ibu bapa memantau kegiatan anak – tidak terlibat dengan kumpulan negatif itu • Ahli Jawatankuasa Perumahan mengesan pelaku gejala sosial – asal usul mereka – jumpa ibu bapa mereka dan pihak sekolah – bekerjasama membasmi perbuatan negatif itu Penutup: Menimbangkan perkara ini sewajarnya PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
16 Karangan Respons Terhad 2 Praktis 1 Bahan di bawah menunjukkan sebahagian daripada maklumat berkaitan kes buli. Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang menangani kejadian buli. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Bagi Lofa, cara terbaik adalah dengan memberikan khidmat kaunseling yang berterusan. Pembuli dalam kalangan pelajar sekolah sebenarnya masih muda dan boleh diselamatkan. Dengan panduan dan motivasi yang betul, mereka boleh dilentur semula. (Dipetik dan diubah suai daripada “Katakan Tidak kepada Buli!” oleh Neelofa, MyMetro Ahad, 9 November 2014) Bagaimanakah kita dapat kurangkan kes buli? Ibu bapa mestilah memberikan kasih Pihak sekolah sayang sepenuhnya. pula mengetatkan kawalan. Praktis 2 Maklumat di bawah adalah berkaitan jasa guru. Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang cara mengenang jasa guru. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Tanggal 16 Mei pasti memberi 1 001 makna kepada warga pendidik di seluruh negara. Baik guru yang berkhidmat di ibu kota atau pedalaman, semua merasai ketibaan tarikh keramat itu sejak 1956. Sambutan ini juga tidak terbatas kepada guru di sekolah rendah atau menengah tetapi merangkumi mereka yang bergelar pendidik termasuk pensyarah atau jurulatih yang tidak jemu mencurahkan ilmu. (Dipetik dan diubah suai daripada “Kenang Jasa Guru” oleh Fazurawati Che Lah, MyMetro, September 2020) Praktis SPM PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.