67 Sistem dan Aplikasi Bahasa 4 Dua Kata Majmuk Kata Majmuk: Ayat: Kata Majmuk: Ayat: Satu Kata Ganda Kata Ganda: Ayat: Praktis 2 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan satu kata adjektif, satu kata kerja dan satu kata majmuk. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata adjektif, kata kerja dan kata majmuk tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Dr. Raiha tabah menerima ketentuan Allah, iaitu dikurniakan anak berstatus OKU. Beliau tetap ingin melahirkan janin itu walaupun disuruh gugur oleh suaminya, Dr. Sadiz. Kemudian anaknya itu, Rohayu pula meninggal dunia akibat kemalangan kebakaran kereta angkara perencanaan suaminya itu. (Dipetik daripada novel Pantai Kasih, Azmah Nordin, Kementerian Pendidikan Malaysia) [6 markah] Kata Adjektif: Ayat: Kata Kerja: Ayat: Kata Majmuk: PENERBIT Ayat: ILMU BAKTI SDN. BHD.
68 Sistem dan Aplikasi Bahasa 4 Praktis 3 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan satu kata hubung, satu kata sendi nama dan dua kata adjektif. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata hubung, kata sendi nama dan kata adjektif tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Pada malam tersebut Doktor Sadiz dihantar pulang oleh Doktor Uwang ke rumahnya dan turut ditemani oleh Sister Felicia, namun setibanya di rumah didapati Raiha sudah membawa anak perempuannya itu lari. Doktor Sadiz dengan rasa marah meminta Felicia membeli minyak petrol dan dia menyimbah minyak petrol tersebut ke kereta mewah miliknya kerana berasa marah dengan tindakan Raiha. Tanpa disedari anak perempuannya itu ada di situ pada waktu itu dan disambar api yang sedang marak membakar kereta mewahnya itu sehingga meragut nyawa anak perempuannya itu. (Dipetik daripada novel Pantai Kasih, Azmah Nordin, Kementerian Pendidikan Malaysia) [8 markah] Kata Hubung: Ayat: Kata Sendi Nama: Ayat: Kata Adjektif: Ayat: Kata Adjektif: Ayat: PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
69 Sistem dan Aplikasi Bahasa 4 Praktis 4 Baca lirik di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata kerja terbitan. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata kerja terbitan tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Tiara... menggamit kenangan zaman persekolahan Tiara... ku mimpi kita bersanding atas kayangan Seakan bisa kusentuh peristiwa semalam Di malam pesta engkau bisikkan Kata azimat di telinga Kita... terpaksa berpisah untuk mencari arah Kita... dipukul ombak hidup alam yang nyata Engkau jauh meniti puncak menara gading Yang menjanjikan hidup sempurna Tapi aku hanya tunduk ke bumi Hidup tertekan (Dipetik daripada lirik lagu “Tiara”, nyanyian Kumpulan Kris) [8 markah] Kata Kerja terbitan: Ayat: Kata Kerja terbitan: Ayat: Kata Kerja terbitan: Ayat: 4.5 Perincian Item: Sintaksis Bentuk Pengujian 1 Sebelum menjawab soalan, calon hendaklah membaca dan memahami kehendak soalan yang terkandung dalam arahan soalan tersebut terlebih dahulu. 2 Aspek penggunaan bahasa yang mungkin disoal adalah seperti berikut: subjek – predikat/pola ayat/ayat aktif/ayat pasif/ayat songsang/ayat tanya (bina soalan) /jenis ayat/ayat selapis/ayat majmuk PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
70 Sistem dan Aplikasi Bahasa 4 Subjek – Predikat 1 Binaan ayat terdiri daripada subjek dan predikat. 2 Subjek ialah hal unsur yang diterangkan. 3 Predikat ialah perihal unsur yang menerangkan subjek. 4 Subjek terletak di hadapan ayat. 5 Predikat terletak di belakang ayat. Ayat Selapis Bapa saya seorang guru. Cerakin: Bapa saya : Subjek, iaitu hal unsur yang diterangkan. seorang guru : Predikat, iaitu perihal unsur yang menerangkan subjek. Contoh 1 Ayat Selapis Doktor itu merawat pesakit. Cerakin: Doktor itu : Subjek (unsur yang diterangkan) merawat pesakit : Predikat (unsur yang menerangkan subjek) Contoh 2 Ayat Berlapis/Ayat Majmuk Anak dara Pak Yahya yang ayu itu telah menjadi isteri saya. (Ayat Selapis) Cerakin: Anak dara Pak Yahya yang ayu itu : Subjek telah menjadi isteri saya : Predikat Contoh 3 Ayat Pasif Kata Ganti Nama Diri Ketiga – Ayat Majmuk Pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan telah mendapat sokongan rakyat. Cerakin: Pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan : Subjek telah mendapat sokongan rakyat : Predikat Contoh 4 Ayat Pasif Kata Ganti Nama Diri Ketiga – Ayat Majmuk Ayat Pasif Kata Ganti Diri Ketiga – Ayat Selapis Bola itu telah ditendang oleh Ali. Cerakin: Bola itu :Subjek telah ditendang oleh Ali :Predikat Contoh 5 Ayat Pasif Kata Ganti Diri Pertama – Ayat Selapis Bola itu saya tendang. Cerakin: Bola itu : Subjek saya tendang: Predikat Contoh 6 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
71 Sistem dan Aplikasi Bahasa 4 Encik Ahmad menjadi pegawai tentera berpangkat Sarjan. (Ayat Majmuk) Cerakin: Encik Ahmad : Subjek menjadi pegawai tentera : Predikat 1 berpangkat Sarjan : Predikat 2 Contoh 7 Pola Ayat * Anda mesti mengenali subjek dan predikat • Subjek mesti berpola Frasa Nama (FN) dan • Predikat boleh berpola Frasa Kerja (FK) • Predikat boleh berpola Frasa Adjektif (FA) • Predikat boleh berpola Frasa Sendi (FS) Gabungan Pola dalam Ayat Dasar • FN + FN • FN + FA • FN + FK • FN + FS/FSN Frasa Nama + Frasa Nama Botolnya pelbagai warna. Cerakinan : Botolnya (Subjek: FN) pelbagai warna (Predikat: FN) Contoh i Pokok yang sesuai pokok getah. Cerakinan : Pokok yang sesuai (Subjek: FN) pokok getah (Predikat: FN) Contoh ii Frasa Nama + Frasa Kerja Botolnya perlu dicuci. Cerakinan: Botolnya (Subjek: FN) perlu dicuci (Predikat: FK) Contoh iii Botolnya tertutup mengelakkan kemasukan lalat. Cerakinan : Botolnya tertutup (Subjek: FN) mengelakkan kemasukan lalat (Predikat: FK) Contoh iv Frasa Nama + Frasa Adjektif Bentuk botol menarik. Cerakinan : Bentuk botol (Subjek: FN) menarik (Predikat: FA) Contoh v Pembersihan botol mesti kerap. Cerakinan : Pembersihan botol (Subjek: FN) mesti kerap (Predikat: FA) PENERBIT Contoh vi ILMU BAKTI SDN. BHD.
72 Sistem dan Aplikasi Bahasa 4 Frasa Nama + Frasa Sendi Nama Botol itu di atas meja. Cerakinan : Botol itu (Subjek: FN) di atas meja (Predikat: FSN) Contoh vii Botol itu dibuat daripada kaca. Cerakinan : Botol itu dibuat (Subjek: FN) daripada kaca (Predikat: FSN) Contoh viii Ayat Aktif 1 Ayat aktif ialah ayat yang menekankan atau mengutamakan si pelaku atau pembuat sebagai subjek dan ayatnya mengandungi kata kerja yang berawalan MeN- (me, mem-, men-, menge-, dan meny-). 2 Dalam ayat aktif subjek terletak di hadapan ayat dan predikat di belakang ayat. 3 Jenis-jenis ayat Aktif Ayat aktif terbahagi kepada dua jenis seperti yang berikut: • ayat aktif transitif • ayat aktif tak transitif Ayat Aktif Transitif 1 Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti oleh frasa nama sebagai objek. 2 Hanya ayat aktif transitif yang dapat dipasifkan kerana ayat aktif transitif mempunyai objek. Contoh: (a) Saya sudah menyiapkan latihan Bahasa Melayu. (b) Ibu membeli ikan, ketam dan sayur di pasar. (c) Cikgu Rosman mengajar subjek Bahasa Melayu. (d) Kamu membeli buku. (e) Dia sedang menganyam ketupat. Ayat Aktif Tak Transitif 1 Ayat aktif tak transitif ialah ayat aktif yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambut. 2 Ayat aktif tak transitif tidak boleh dipasifkan kerana tidak mempunyai objek dalam ayat tersebut. Contoh: (a) Budak itu pandai mengaji. (b) Kakak sedang memasak. (c) Kapal terbang itu telah terjunam ke dalam Laut China Selatan. Ayat Pasif 1 Dalam ayat aktif, subjek terletak di hadapan ayat dan predikat di belakang ayat. 2 Ayat pasif merupakan ayat yang diterbitkan daripada ayat aktif transitif yang menggunakan kata kerja MeN- dengan cara menggantikan awalan transitif MeN- dengan salah satu daripada awalan pasif, iaitu di ... oleh, ter-, ber-, ke ... an atau perkataan sebelum kata kerja pasif itu dalam ayat-ayat pasif. 3 Dalam ayat pasif, predikat asal dibawa ke hadapan dan objek tepatnya menjadi subjek manakala subjek asal dibawa ke belakang ayat menjadi predikat. Contoh: (subjek) (predikat: ikan – objek tepat) Madiha sedang mengoreng ikan. (ayat aktif transitif ) (subjek) (predikat) Ikan sedang digoreng oleh Madiha. (ayat Pasif kata ganti nama diri ketiga) 4 Ayat pasif dapat dibahagikan kepada tiga jenis seperti yang berikut: (a) Ayat pasif diri pertama ➠ saya, aku, beta, hamba, patik, daku, kami (jamak) dan beta PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
73 Sistem dan Aplikasi Bahasa 4 (b) Ayat pasif diri kedua ➠ anda ( seorang/jamak), awak, engkau, kamu, kalian (jamak) dan lain-lain (c) Ayat pasif diri ketiga ➠ dia, mereka, -nya, beliau, Azira dan lain-lain Tambahan: (d) Ayat Pasif dengan kata bantu pasif ➠ kena , ter-, ber-, ke ... an Petua Mengesan, Membina atau Menukar Ayat Pasif 1 Ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua – kata bantu (KB) di hadapan ganti nama dan diikuti kata kerja. Contoh: (KKt) ▼ • Saya sudah menyiapkan latihan Bahasa Melayu. (Ayat Aktif ) (KB)(KGND 1) ▼ ▼ • Latihan Bahasa Melayu sudah saya siapkan. (Ayat Pasif Diri Pertama) 2 Ayat pasif diri ketiga – kata kerja transitif (KKt) perlu diganti ‘di’ diikuti ‘oleh’ Contoh: (KKt) ▼ (a) Cikgu Rosman mengajar subjek Bahasa Melayu. (Ayat Aktif ) Subjek Bahasa Melayu diajar oleh Cikgu Rosman. (Ayat Pasif: KGND 3) Ayat Songsang 1 Ayat dalam bahasa Melayu disusun dengan dua cara: (a) Susunan biasa : Subjek + Predikat (b) Susunan songsang: Predikat + Subjek 2 Ayat biasa dan ayat songsang mempunyai persamaan maksud ayat tetapi perbezaan dari segi penekanan ayat. 3 Semasa proses penukaran atau transformasi ayat biasa kepada ayat songsang: tidak boleh berlaku penambahan imbuhan atau sebarang perkataan lain – jika berlaku maka satu kesalahan dari segi binaannya. Contoh mudah ayat penyata: Pertukaran ayat biasa kepada ayat songsang. Ayat Songsang Subjek Predikat Sangat peramah Cikgu Umi. Seorang suri rumah ibu saya. Buku Azizah Itulah. Ayat Biasa Subjek Predikat Cikgu Umi sangat peramah. Ibu saya seorang suri rumah. Itu buku Azizah. Contoh mudah ayat tanya: Pertukaran ayat biasa kepada ayat songsang. Ayat Songsang Subjek Predikat Sedang buat apa Cikgu Azirah? Hendak ke mana Zurianah? Untuk siapa cenderahati itu? Ayat Biasa Subjek Predikat Cikgu Azirah sedang buat apa? Zurianah hendak ke mana? Cenderahati itu untuk siapa? PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
74 Sistem dan Aplikasi Bahasa 4 Contoh mudah ayat pasif: Pertukaran ayat biasa kepada ayat songsang. Ayat Songsang Subjek Predikat Telah saya kemaskan meja itu. Telah disapu oleh Samad sampah itu. Belum berkemas bilik tidur Seri. Ayat Biasa Subjek Predikat Meja itu telah saya kemaskan. Sampah itu telah disapu oleh Samad. Bilik tidur Seri belum berkemas. Lanjutan Bentuk Penukaran Ayat Biasa kepada Ayat Songsang Ayat songsang boleh dibentuk daripada ayat biasa dengan dua cara: 1 Pendepanan Seluruh Predikat (a) Seluruh predikat dibawa ke depan mendahului subjek bertujuan memberi penegasan atau menjadi tumpuan ayat songsang. Contoh: Ayat Biasa Subjek Predikat Buku-buku Hamer belum berkemas. Fauzi sangat tampan Wan masih belum tiba. Rumah Raop di Durian Tunggal. Ayat Songsang Subjek Predikat Belum berkemas buku-buku Hamer. Sangat tampan Fauzi. Masih belum tiba Wan. Di Durian Tunggal rumah Raop. 2 Pendepanan Sebahagian Predikat (a) Sebahagian predikat sahaja dibawa ke depan mendahului subjek : bertujuan memberi penegasan atau menjadi tumpuan ayat songsang. (b) Ada tiga bahagian predikat yang boleh ditransformasikan atau dibawa ke depan melalui proses pendepanan. (i) Pendepanan Frasa Kerja (FK ) (ii) Pendepanan Frasa Adjektif (FA) (iii) Pendepanan Frasa Sendi Nama (FS/FSN) Contoh: Pendepanan Frasa Kerja Ayat Songsang Subjek Predikat Bekerja Najwa pada setiap hari. Mengarang dia di bilik. Sedang membaca budak itu di meja. Ayat Biasa Subjek Predikat Najwa bekerja pada setiap hari. Dia mengarang di bilik. Budak itu sedang membaca di meja. Contoh: Pendepanan Frasa Adjektif Ayat Songsang Subjek Predikat Terkejut Assema mendengar guruh di langit. Masih segar buah mangga itu kerana baru dipetik. Masih bersih kereta baharu yang dibeli oleh Mat Saat di parkir. Ayat Biasa Subjek Predikat Assema terkejut mendengar guruh di langit. Buah mangga itu masih segar kerana baru dipetik. Kereta baharu yang dibeli oleh Mat Saat masih bersih di parkir. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
75 Sistem dan Aplikasi Bahasa 4 Contoh: Pendepanan Frasa Sendi Nama Ayat Songsang Subjek Predikat Ke perpustakaan Saliza pergi untuk mengulang kaji pelajaran. Di Johor Haji Azman pada masa ini. Dengan sebatang busur panah Mawar memanah burung itu. Ayat Biasa Subjek Predikat Saliza pergi ke perpustakaan untuk mengulang kaji pelajaran. Haji Azman di Johor pada masa ini. Mawar memanah burung itu dengan sebatang busur panah. Petua Membina atau Menukar Ayat Biasa kepada Ayat Songsang Ayat biasa: Roza / membaca buku di perpustakaan. Cara Songsangkan Ayat: Nomborkan penggalan ayat. 1 2 3 Roza membaca buku di perpustakaan. KGND – Ketiga Frasa Kerja Transitif Objek Frasa Keterangan Subjek Predikat PETUA: Ayat Biasa: 1+2+3 Ayat songsang: (i) 2+3+1 (iii) 3+1+2 (ii) 2+1+3 (iv) 3+2+1 Ayat biasa: 1 2 3 Roza membaca buku di perpustakaan. Contoh ayat songsang: Pendepanan Seluruh Predikat: PENDEPANAN FRASA KERJA 2 3 1 Membaca buku di perpustakaan. Roza Contoh ayat songsang: Pendepanan Sebahagian Predikat: PENDEPANAN FRASA KERJA 2 1 3 membaca buku Roza di perpustakaan. Contoh ayat songsang: Pendepanan Sebahagian Predikat: PENDEPANAN FRASA SENDI NAMA 3 1 2 Di perpustakaan Roza membaca buku. Contoh ayat songsang: Pendepanan Seluruh Predikat: PENDEPANAN FRASA SENDI NAMA 3 2 1 Di perpustakaan membaca buku Roza PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
76 Sistem dan Aplikasi Bahasa 4 Jenis-jenis Ayat Ayat Penyata 1 Ayat penyata ialah ayat untuk memberitahu atau menyatakan sesuatu hal. 2 Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat berita atau ayat keterangan. 3 Ayat penyata terdiri daripada beberapa jenis, iaitu: ➤ Ayat aktif Ibu telah menanak nasi. ➤ Ayat pasif Sampah di dalam bakul itu telah saya buang. ➤ Ayat songsang Di dalam bilik mereka tiada. ➤ Ayat nafi Saya tidak mengambil buku kamu. Ayat Tanya 1 Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal. 2 Ayat tanya ada tanda soal (?) dibubuh pada akhir ayat dalam tulisan. 3 Ada ayat tanya yang guna partikel ‘kah’ (jika tidak guna tidak menjadi kesalahan) Contoh ayat: (i) Bilakah hari lahir kamu? (ii) Hari lahir kamu bila? (iii) Di manakah kamu tinggal? (iv) Kamu tinggal di mana? (v) Apakah pekerjaan kamu? (vi) Pekerjaan kamu apa? (vii) Bagaimanakah kamu ke sekolah? (viii) Kamu ke sekolah bagaimana? Ayat Perintah 1 Ayat perintah ialah ayat yang digunakan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. 2 Ayat perintah bertugas untuk menyatakan sesuatu yang berupa perintah, suruhan, larangan / tegahan, permintaan, ajakan, silaan, doa, harapan. Contoh Jenis Perintah Contoh Penggunaan Perintah Bersihkan kelas kamu sekarang. Suruhan Sikat rambut anda dengan kemas. Larangan/Tegahan Jangan keluar rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Permintaan Tolong guna pensanitasi tangan untuk mencegah COVID-19. Ajakan Marilah ikut kami ke perpustakaan. Silaan Sila rasa kek coklat yang dibuat oleh kakak saya ini. Doa Syukurlah ramai pesakit COVID-19 telah sembuh. Harapan Harap-harap Perintah Kawalan Pergerakan dapat ditamatkan segera. Ayat Seruan 1 Ayat seruan ialah ayat yang digunakan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, gembira, sakit, benci dan sebagainya. 2 Tanda seru (!) biasanya diletakkan pada akhir ayat seruan. 3 Ayat seruan didahului oleh kata seru seperti amboi, wah, eh, oh, aduh, cis dan sebagainya. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
77 Sistem dan Aplikasi Bahasa 4 (i) Amboi, cantiknya mak pada hari ini! (ii) Wah, mahalnya baju raya kamu! (iii) Eh, kamu kata tak hadir ke sekolah pada hari ini! (iv) Oh, saya tersilap bas! (v) Aduh, kakiku terpijak paku! (vi) Cis, berani kamu melanggar Perintah Kawalan Pergerakan! (vii) Syabas, anda masih berada di rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan! Contoh Ayat Selapis/Ayat Mudah/Ayat Dasar/Ayat Tunggal Ayat yang terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Encik Ahmad menjadi pegawai tentera. Subjek : Encik Ahmad Predikat: menjadi pegawai tentera. Contoh Ayat Majmuk 1 Ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat tunggal. Encik Musa menjadi pegawai tentera. (Ayat Selapis) Encik Musa berpangkat Sarjan. (Ayat Selapis) Encik Musa menjadi pegawai tentera berpangkat Sarjan. (Ayat Majmuk: dua Predikat) Contoh 2 Ayat majmuk ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat tunggal. 3 Terdapat tiga jenis ayat majmuk, iaitu: (a) ayat majmuk gabungan; (b) ayat majmuk pancangan; (c) ayat majmuk campuran. Ayat Majmuk Gabungan 1 Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat tunggal. 2 Ayat majmuk gabungan digabungkan dengan menggunakan kata hubung gabungan – contohnya dan, serta, atau, tetapi, sambil dan sebagainya. 3 Cara pembentukan ayat majmuk gabungan adalah seperti berikut: Contoh 1 Ayat Tunggal Ayat Majmuk Gabungan (a) Ibu membeli ikan di pasar. (b) Kakak membeli ikan di pasar. Ibu dan kakak membeli ikan di pasar. Subjek : Ibu dan kakak (FN) Predikat : membeli ikan di pasar. (FK) Contoh 2 Ayat Tunggal Ayat Majmuk Gabungan (a) Puan Suraya membeli ikan di pasar. (b) Puan Suraya membeli sayur di pasar. Puan Suraya membeli ikan dan sayur di pasar. Subjek : Puan Suraya (FN) Predikat: membeli ikan dan sayur di pasar (FK) PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
78 Sistem dan Aplikasi Bahasa 4 Contoh 3 Ayat Tunggal Ayat Majmuk Gabungan (a) Hajah Rafeah seorang guru yang garang. (b) Hajah Rafeah seorang guru yang tegas. Hajah Rafeah seorang guru yang garang dan tegas. Subjek : Hajah Rafeah (FN) Predikat: seorang guru yang garang dan tegas. Contoh 4 Ayat Tunggal Ayat Majmuk Gabungan (a) Haji Azlan masuk ke surau. (b) Haji Azlan solat. Haji Azlan masuk ke surau lalu solat. Subjek : Haji Azlan (FN) Predikat: masuk ke surau lalu solat. (FK) Ayat Majmuk Pancangan 1 Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang mengandungi satu ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan ke dalam ayat induk dengan menggunakan kata hubung pancangan. 2 Terdapat tiga jenis ayat majmuk pancangan, iaitu: (a) ayat majmuk pancangan relatif; (b) ayat majmuk pancangan komplemen; (c) ayat majmuk pancangan keterangan; (d) ayat majmuk campuran. Ayat Majmuk Pancangan Relatif 1 Ayat majmuk yang menggunakan kata hubung “yang”. 2 Cara pembentukan ayat majmuk pancangan relatif. (a) gabung ayat induk dan ayat kecil dan tambah ‘yang’ (b) buang perkataan/frasa yang sama Ayat induk : Aliza menulis karangan itu. Ayat kecil : Karangan bertajuk “Sayangi Ibu Bapa”. Ayat Majmuk Pancangan Relatif (gabung ayat dan tambah ‘yang’) • Aliza menulis karangan yang bertajuk ‘Sayangi Ibu Bapa’. Contoh 1 Ayat induk : Puan Rosliza menyampaikan ceramah. Ayat kecil : Puan Rosliza ialah pegawai SICPlus Jabatan Pendidikan Melaka Tengah. Ayat Majmuk Pancangan Relatif (gabung ayat dan tambah ‘yang’) • Puan Rosliza yang menyampaikan ceramah itu ialah pegawai SICPlus Jabatan Pendidikan Melaka Tengah. Contoh 2 Ayat Majmuk Pancangan Komplemen 1 Ayat yang menggunakan kata hubung “bahawa” atau “untuk”. 2 Cara pembentukan ayat majmuk pancangan relatif: (a) gabung ayat induk dan ayat kecil dan tambah “bahawa” atau “untuk”. (b) buang perkataan/frasa yang sama. Ayat induk : Wafi telah berjanji. Ayat kecil : Wafi tidak akan membuli lagi. Ayat Majmuk Pancangan Komplemen: Gabung ayat dan masukkan Kata Hubung “bahawa” • Wafi telah berjanji bahawa tidak akan membuli lagi. Contoh 1 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
79 Sistem dan Aplikasi Bahasa 4 Ayat induk : Che Aziz telah pergi ke kedai kereta T. Barat. Ayat kecil : Che Aziz membeli kenderaan serba guna (MPV). Ayat Majmuk Pancangan Relatif: Gabung ayat dan masukkan Kata Hubung “untuk” • Che Aziz telah pergi ke kedai kereta T. Barat untuk membeli kenderaan serba guna (MPV). Contoh 2 Ayat Majmuk Pancangan Keterangan 1 Ayat majmuk yang terdiri daripada ayat induk dan ayat kecil berfungsi untuk memberi keterangan. 2 Terdiri daripada beberapa jenis: Jenis Contoh Kata Hubung (KH) Cara Pembentukan Ayat Majmuk Pancangan Keterangan Keterangan sebab atau musabab – sesuatu kejadian atau perbuatan kerana, sebab, oleh sebab, lantaran Ayat induk : Henry tidak bersekolah. Ayat kecil : Keluarganya miskin. Henry tidak bersekolah kerana keluarganya miskin. Keterangan syarat – sesuatu tuntutan yang harus dipenuhi jika, kalau, jikalau, sekiranya, andai kata Ayat induk : Ammar rajin belajar. Ayat kecil : Ammar akan cemerlang dalam peperiksaan. Sekiranya Ammar rajin belajar, dia akan cemerlang dalam peperiksaan. Keterangan harapan – sesuatu kejadian atau perbuatan yang dihajati agar, semoga, supaya, mogamoga, kalau-kalau, harap-harap Ayat induk : Darwish sedang berdoa. Ayat kecil : Dia mencapai kecemerlangan. Darwish sedang berdoa semoga dia mencapai kecemerlangan. Keterangan perbandingan – sesuatu kejadian atau perbuatan yang ada kesamaan seperti, macam, umpama, seolaholah, ibarat, bak, bagaikan, ibarat Ayat induk : Henry Ganya rajin belajar. Ayat kecil : Peperiksaan bermula pada hari esok. Henry Ganya rajin belajar seolah-olah peperiksaan bermula pada hari esok. Keterangan tujuan – maksud sesuatu kejadian atau perbuatan demi, untuk, bagi Ayat induk : Memastikan kesihatan rakyat terjamin. Ayat kecil : Perintah Kawalan Pergerakan telah dilaksanakan. Demi memastikan kesihatan rakyat terjamin, Perintah Kawalan Pergerakan telah dilaksanakan. Keterangan cara – cara sesuatu kejadian atau perbuatan berlaku dengan Ayat induk : Cikgu Rahimy telah mendenda murid nakal itu. Ayat kecil : Cikgu Rahimy menggunakan rotan. Cikgu Rahimy telah mendenda murid nakal itu dengan menggunakan rotan. Keterangan akibat – kesan atau hasil sesuatu kejadian atau perbuatan hingga, sehingga Ayat induk : Norman menangis teresak- esak. Ayat kecil : Suaranya serak. Norman menangis teresak-esak sehingga suaranya serak. Keterangan waktu – masa sesuatu kejadian atau perbuatan sejak, semenjak, setelah, sewaktu, ketika, tatkala, apabila, sementara Ayat induk : Nur Ammarah kebasahan. Ayat kecil : Dia disimbah air oleh adiknya. Nur Ammarah kebasahan setelah disimbah air oleh PENERBIT adiknya. ILMU BAKTI SDN. BHD.
80 Sistem dan Aplikasi Bahasa 4 Jenis Contoh Kata Hubung (KH) Cara Pembentukan Ayat Majmuk Pancangan Keterangan Keterangan pertentangan atau berlawanan fakta 1 dan 2 – sesuatu kejadian atau perbuatan yang berlawanan meskipun, walaupun, kendatipun, biarpun, walau bagaimanapun, namun, sedangkan Ayat induk :Cikgu Illyana belum tiba ke sekolah. Ayat kecil :Cikgu Illyana memandu kereta sendiri. Cikgu Illyana belum tiba ke sekolah meskipun memandu kereta sendiri. Ayat Majmuk Campuran 1 Gabungan lebih daripada satu jenis ayat, iaitu campuran ayat majmuk gabungan dengan ayat majmuk pancangan. 2 Dikenali sebagai ayat kompleks. Contoh: JENIS AYAT MAJMUK (a) Ayat Gabungan Ayat Relatif Farish dan Afazan masih suka ponteng sekolah. Dia telah dinasihati kaunselor. Ayat Majmuk Campuran Farish dan Afzan masih suka ponteng sekolah meskipun telah dinasihati kaunselor. (b) Ayat Gabungan Ayat Komplemen Nur Miezana dan Adilah cepat bersiap lalu ke halaman rumah. Kawan-kawan kelasnya sedang menunggu untuk beraya di rumah Cikgu Rosman. Ayat Majmuk Campuran Nur Miezana dan Adilah cepat bersiap lalu ke halaman rumah kerana kawan-kawan kelasnya sedang menunggu untuk beraya di rumah Cikgu Rosman. (c) Ayat Komplemen Ayat Relatif Syakeer berjanji bahawa dia akan berpuasa. Dia ingin mendapat keredaan Allah. Syakeer berjanji bahawa dia akan berpuasa demi mendapat keredaan Allah. (d) Ayat Komplemen Ayat Keterangan Murid itu memberitahu bahawa dia tidak suka guru disiplin. Guru disiplin terlalu tegas. Ayat Majmuk Campuran Murid itu memberitahu bahawa dia tidak suka guru disiplin kerana guru disiplin terlalu tegas. (e) Ayat Keterangan Ayat Relatif Tilla ke sekolah dengan bas sekolah. Bas itu datang dari Pulau Gadong. Ayat Majmuk Campuran Tilla ke sekolah dengan bas sekolah yang datang dari Pulau Gadong. Panduan Menjawab Item Sintaksis Bentuk Soalan 1 Teks petikan akan diberi. Teks boleh dipetik dan diubah suai daripada sebarang artikel ilmiah seperti Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Budaya, eBook Portal, Majalah Kerjaya, Majalah Kepenggunaan dan lain-lain. 2 Bentuk pengujian ialah Subjek – Predikat/Pola Ayat/Ayat Aktif/Ayat Pasif/Ayat Songsang/Ayat PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
81 Sistem dan Aplikasi Bahasa 4 Tanya (Bina Soalan)/Jenis Ayat/Ayat Selapis/Ayat Majmuk. 3 Lihat, baca dan fahamkan ayat atau frasa yang bergaris atau ayat atau frasa yang berhuruf condong dalam teks. 4 Ada bentuk soalan yang anda pilih ayat dalam teks dan jawab ikut kehendak soalan (subjek – predikat) tanpa mengubah maksud asalnya. Peruntukan Markah 1 Markah yang diperuntukkan untuk bahagian ini ialah 6 markah. 2 Satu jawapan (bentuk ayat) diperuntukkan 2 markah. (3 ayat × 2m = 6 markah) 3 Ada juga satu jawapan (bentuk ayat) diperuntukkan 1 markah. (6 ayat × 1 m = 6 markah) Petua Menjawab 1 Baca arahan dan fahamkan kehendak soalan. 2 Kemudian, baca teks. 3 Jika tiada garisan atau huruf condong pada frasa atau ayat, maka hendaklah anda menggaris atau buat kurungan mengikut kehendak soalan. Baca petikan di bawah, kemudian tukarkan ayat bersusunan biasa yang bergaris kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya. Dalam lingkungan sekolah dalam talian, siswa dapat mengalami interaksi sosial yang efektif dengan teman sebaya mereka. Ini adalah fakta bahawa interaksi sosial sangat penting bagi siswa. Penting bagi siswa untuk bekerja pada keterampilan kehidupan yang vital yang kemungkinan akan membantu mereka melakukannya dengan baik pada masa depan. Kontrol adalah perbezaan utama di sini. Siswa biasanya memiliki kontrol jauh lebih besar dengan siapa mereka berinteraksi dan membentuk ikatan dengan temannya. Sekolah dalam talian menyediakan berbagai-bagai cara sosialisasi baharu kepada siswa. Siswa sekolah dalam talian dapat memanfaatkan kesempatan sosialisasi ini untuk bersosialisasi secara efektif. (Dipetik dan diubah suai daripada “Tip Pembelajaran”, Julai 2020) Contoh 1 Jawapan: (rujuk Pendepanan Seluruh Predikat – Seluruh predikat dibawa ke depan mendahului subjek: bertujuan memberi penegasan atau menjadi tumpuan ayat songsang) subjek predikat 1 siswa dapat mengalami interaksi sosial yang efektif/dengan teman sebaya mereka. Dengan teman sebaya mereka, siswa dapat mengalami interaksi sosial yang efektif. subjek predikat 2 interaksi sosial/sangat penting bagi siswa. Sangat penting bagi siswa, interaksi sosial. subjek predikat 3 Sekolah dalam talian/menyediakan berbagai-bagai cara sosialisasi baharu kepada siswa. Menyediakan berbagai-bagai cara sosialisasi baharu kepada siswa, sekolah dalam talian. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
82 Sistem dan Aplikasi Bahasa 4 Baca petikan di bawah, kemudian bina enam ayat tanya yang lengkap dengan menggunakan kata tanya yang betul. Kata tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan frasa berhuruf condong. Kerajaan Jerman menyediakan tempat khas sebagai pelindung kepada bayi yang dilahirkan akibat masalah sosial. Pelindung Bayi dibina bertujuan mengelakkan bayi mati atau terbunuh akibat terdedah kepada kesejukan selepas dibuang. Seorang bayi dijaga oleh hospital selama lapan minggu. Keluarga bayi itu akan menanggung kos penjagaan oleh pihak hospital. Dalam tempoh dua bulan, seseorang ibu boleh mengambil semula anak yang mereka tinggalkan jika berubah fikiran. Bayi itu diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk dijadikan anak angkat. (Dipetik dan diubah suai daripada “Kecelaruan Sosial Punca Kes Buang Bayi Meningkat”, BHonline, November 2015) Contoh 2 [6 markah] Jawapan tempat khas sebagai pelindung 1 Apakah yang disediakan oleh kerajaan Jerman kepada bayi yang dilahirkan akibat masalah sosial? Nota: Calon tidak perlu menyalin semula frasa yang diberikan dalam petikan. mengelakkan bayi mati atau terbunuh akibat terdedah kepada kesejukan selepas dibuang 2 Apakah tujuan/Mengapakah Pelindung Bayi dibina? Nota: Calon tidak perlu menyalin semula frasa yang diberikan dalam petikan. Selama lapan minggu 3 Berapakah lama seorang bayi dijaga oleh hospital? Nota: Calon tidak perlu menyalin semula frasa yang diberikan dalam petikan. keluarga bayi itu 4 Siapakah yang akan menanggung kos penjagaan oleh pihak hospital? Nota: Calon tidak perlu menyalin semula frasa yang diberikan dalam petikan. Dalam tempoh dua bulan 5 Berapakah tempoh seseorang ibu boleh mengambil semula anak yang mereka tinggalkan jika berubah fikiran? Nota: Calon tidak perlu menyalin semula frasa yang diberikan dalam petikan. untuk dijadikan anak angkat 6 Mengapakah bayi itu diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat? Nota: Calon tidak perlu menyalin semula frasa yang diberikan dalam petikan. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
83 Sistem dan Aplikasi Bahasa 4 Praktis SPM Praktis 1 Baca petikan di bawah, kemudian kenal pasti subjek dan predikat bagi tiga ayat yang berhuruf condong. (1) Ibu bapa perlu mengenali dan memahami anak remajanya. Sebelum itu, ibu bapa harus mengenali dan memahami dirinya sendiri terlebih dulu. (2) Pertembungan, dinamika dan keseimbangan antara kedua-dua komponen ini dapat menentukan gaya keibubapaan. Kebanyakan pengkaji membahagikan gaya keibubapaan kepada empat kategori, iaitu: autoritarian, autoritatif, permisif dan tidak terbabit. Walaupun mereka pengasih dan penyayang, anak remajanya tidak merasainya. Kebebasan hampir tidak diberikan dan pendapat anak remaja jarang didengar. (3) Cita-cita anak remaja ditentukan oleh ibu bapa. (Dipetik dan diubah suai daripada “Kasih Sayang Ibu Bapa Berkesan Mendidik Anak”, KaranganNet, Februari 2020) [6 markah] 1 Subjek : Predikat : 2 Subjek : Predikat : 3 Subjek : Predikat : Praktis 2 Baca petikan di bawah, kemudian tentukan Pola Ayat, iaitu Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA), Frasa Sendi (FS) bagi enam ayat yang berhuruf condong. (1) Nurul Jannah akan melanjutkan pelajaran. (2) Kursus yang akan diikutinya ialah Diploma Sains di (3) Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang terletak di Samarahan 2, Sarawak. Nurul Jannah telah memulakan penerokaan informasi tentang pengajiannya menerusi pautan dalam talian. Pelbagai persiapan telah dilakukannya sebelum ke Samarahan 2. Antara persiapan utama tersebut adalah menyiapkan dokumen penting untuk pendaftaran. (4) Nurul Jannah berasa gembira untuk melanjutkan pengajiannya. Ibu bapanya menemaninya ke Sarawak. (5) Tiket kapal terbang telah ditempah. Nurul Jannah dan keluarganya akan berangkat ke Samarahan 2, Sarawak pada 9 Oktober 2020. (6) Nurul Jannah akan menginap di Merdeka Hotel Palace, Kuching, Sarawak. [6 markah] 1 + 4 + 2 + 5 + 3 + 5 + PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
84 Sistem dan Aplikasi Bahasa 4 Praktis 3 Baca petikan di bawah, kemudian tukarkan tiga ayat aktif yang bergaris kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya. Kelas 4 Cemerlang telah menyertai aktiviti gotong-royong di sekolah. Program gotong-royong itu dianjurkan oleh pihak sekolah. Kami telah membersihkan kelas pada hari Sabtu. Kami juga menceriakan kelas dengan memasang langsir baharu. Pelbagai peralatan telah dibawa. Ketua kebersihan Kelas 4 Cemerlang telah memberi arahan tugas kepada sepuluh orang murid yang hadir bergotong-royong. Cikgu Rosman telah menyediakan makanan dan minuman. [6 markah] 1 2 3 4.6 Penyuntingan (Kesalahan Bahasa) 1 Petikan diambil daripada mana-mana bahan, kemudian diubah suai. 2 Bilangan kesalahan adalah fleksibel (tak tentu). 3 Peruntukan markah juga fleksibel (tak tentu jumlah) tetapi satu jawapan bersamaan satu (1) markah. 4 Bentuk penyoalan dalam soalan ini seperti arahan di bawah: Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. Contoh 1 Bahan di bawah mengandungi tiga belas kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut. Contoh 2 5 Jenis kata yang diuji dalam soalan penyuntingan adalah seperti berikut: (a) kata bilangan jamak; (b) kata hubung; (c) kata sendi nama; (d) hukum D-M; (e) kata penguat; (f ) kata pemeri; (g) ayat pasif (KGND pertama, KGND kedua, KGND ketiga); (h) ejaan; (i) imbuhan; (j) tanda bacaan. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
85 Sistem dan Aplikasi Bahasa 4 Kata Bilangan Jamak (Tak Tentu) Kata Bilangan Tentu Penggunaan: Bilangan yang sudah tentu sifatnya seperti tiga, sebiji, seribu dan sebagainya. Ayat contoh: 1 Aida ada tiga ekor anak kucing. 2 Sebiji epal dijual dengan harga RM2.00 Kata Bilangan Tak Tertentu Penggunaan: Bilangan yang tidak tentu seperti para, beberapa, pelbagai, semua, segala, seluruh, beberapa, banyak dan sebagainya. Ayat contoh: 1 Para guru sedang bermesyuarat. 2 Beberapa ekor burung sedang terbang. Kata Bilangan Himpunan Penggunaan: (mesti digandakan) Bilangan yang membawa maksud himpunan seperti berpuluh-puluh, berbakul-bakul, berkotak-kotak, kedua-dua dan sebagainya. Ayat contoh: 1 Berpuluh-puluh perusuh telah ditahan. 2 Berbakul-bakul durian telah dibeli oleh orang kaya itu. Kata Bilangan Pisahan Penggunaan: Bilangan yang membawa maksud pisahan seperti setiap, masing-masing, tiaptiap dan sebagainya. Ayat contoh: 1 Kita mesti solat pada setiap hari. 2 Selepas masa persekolahan, murid-murid pulang ke rumah masing-masing. Kata Bilangan Pecahan Penggunaan: Bilangan yang membawa maksud pecahan seperti separuh, setengah, sepertiga dan sebagainya. Ayat contoh: 1 Nur Aqilah telah memberi separuh kek kepada Nurul Jannah. 2 Cikgu Sabariza telah membeli setengah kilo buah Dokong. Kata Hubung Jenis Contoh Kata Hubung (KH) Cara Pembentukan Ayat Majmuk Pancangan Keterangan Keterangan sebab atau musabab – sesuatu kejadian atau perbuatan kerana, sebab, oleh sebab, lantaran Firas tidak menyertai rombongan sekolahnya kerana keluarganya tidak mengizinkan. Keterangan syarat – sesuatu tuntutan yang harus dipenuhi jika, kalau, jikalau, sekiranya, andai kata Sekiranya Zahra rajin belajar, dia akan cemerlang dalam peperiksaan. Keterangan harapan – sesuatu kejadian atau perbuatan yang dihajati agar, semoga, supaya, mogamoga, kalau-kalau, harapharap Husna berdoa semoga neneknya cepat sembuh. Keterangan perbandingan – sesuatu kejadian atau perbuatan yang ada kesamaan seperti, macam, umpama, seolah-olah, ibarat, bak, bagaikan, ibarat Izzwan rajin belajar seolah-olah PENERBIT peperiksaan bermula pada hari esok. ILMU BAKTI SDN. BHD.
86 Sistem dan Aplikasi Bahasa 4 Jenis Contoh Kata Hubung (KH) Cara Pembentukan Ayat Majmuk Pancangan Keterangan Keterangan tujuan – maksud sesuatu kejadian atau perbuatan demi, untuk, bagi Demi memastikan rantaian COVID-19 putus, kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan. Keterangan cara – cara sesuatu kejadian atau perbuatan berlaku dengan Cikgu Shahrom telah mendenda pelajar nakal itu dengan menggunakan rotan. Keterangan akibat – kesan atau hasil sesuatu kejadian atau perbuatan hingga, sehingga Adik Najwa menangis teresak-esak sehingga suaranya serak. Keterangan waktu – masa sesuatu kejadian atau perbuatan sejak, semenjak, setelah, sewaktu, ketika, tatkala, apabila, sementara Nur Safia kebasahan setelah disimbah air oleh adiknya yang ingin bergurau dengannya. Keterangan pertentangan atau berlawanan fakta 1 dan 2 – sesuatu kejadian atau perbuatan yang berlawanan meskipun, walaupun, kendatipun, biarpun, walau bagaimanapun, namun, sedangkan Emelda belum tiba ke sekolah meskipun jarak rumahnya dengan sekolah sangat dekat. Kata Sendi Nama Jenis Kata Sendi Fungsi Contoh Ayat akan menunjukkan emosi dan sikap Saya cinta akan negara. terhadap unsur yang membawa maksud rujukan Cikgu Rohayati mengambil berat terhadap kesihatan anak muridnya. kepada menyatakan sasaran Cikgu Dayanti memberi ceramah kepada para guru. ke untuk tempat Ibu pergi ke pasar. pada menunjukkan masa, tempat dan sasaran • Saya ke sekolah pada pukul 6:30 pagi. • Gambar itu telah saya tampal pada dinding. • Buku saya ada pada cikgu. di menunjukkan tempat Rohani tinggal di Pulau Gadong. dari menyatakan arah, tempat dan waktu atau masa • Ayah baru pulang dari Utara. • Noryati berasal dari Durian Tunggal. • Nurul Jannah belajar dari pagi sehingga petang. daripada punca, asal kejadian serta perbandingan • Meja itu dibuat daripada batu. • Prestasi Nani lebih baik daripada Rosnani. demi makna tujuan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama Kita mestilah berani berkorban nyawa demi negara. untuk bagi tujuan sesuatu dilakukan • Aleysa membaca untuk menimba ilmu. • Tasha membaca bagi menimba ilmu. dengan menunjukkan bersamasama keterangan cara bandingan setara • Alya ke perpustakaan dengan Maisarah. • Dia ke tempat kerja dengan bas. PENERBIT • Ketinggian saya sama dengan ketinggian dia. ILMU BAKTI SDN. BHD.
87 Sistem dan Aplikasi Bahasa 4 Jenis Kata Sendi Fungsi Contoh Ayat sejak/semenjak menyatakan suatu jangka masa atau waktu • Ah Fong keluar sejak pagi. • Keluarga Norhamiza semakin ceria semenjak mendapat cahaya mata. tentang/ mengenai menyatakan sesuatu hal atau perihal Rakyat Malaysia sibuk berbual tentang COVID-19. oleh memberi sebab digunakan selepas kata kerja pasif yang berawalan di- dan ter- • Pengetua telah ditemu ramah oleh wartawan. • Seguni beras itu tidak terpikul oleh Ammar. hingga/sehingga/ sampai untuk menunjukkan had masa dan tempat • Dia bekerja dari pagi hingga petang. • Pendaki itu mendaki dari bawah hingga puncak gunung. seperti/umpama/ bak/laksana/bagai membawa maksud perbandingan atau persamaan dengan yang lain • Hatinya keras seperti batu. • Pemuda itu mewah berbelanja laksana orang kaya. • Tumbukan peninjau itu laju bagai kilat. Kata Tugas 1 Kata tugas ialah perkataan yang bersifat pelbagai jenis, iaitu ia tidak boleh menjadi unsur utama dalam frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif. 2 Kata tugas hanya mempunyai tugas tatabahasa seperti penerang, penghubung, pemeri, penegas, penguat dan sebagainya. Antara jenis kata tugas: Kata hubung Kata tanya Kata perintah Kata seru Kata bantu Kata penegas kata penguat Kata pemeri Kata nafi Kata sendi nama Kata pembenar Kata bilangan Kata arah Kata pembenda (-nya) Kata pangkal ayat (penanda wacana) Kata adverba Kata penekan (-nya) Hukum D-M 1 Hukum D-M ditakrifkan urutan kata nama yang diterangkan (D) mendahului kata nama yang menerangkan (M). 2 Unsur yang diterangkan ialah kata inti, manakala unsur yang menerangkan ialah kata penerang yang lazimnya berada selepas kata inti. Contoh: FRASA NAMA Diterangkan (D) Menerangkan (M) buah manggis cikgu Sejarah pokok pisang perhentian bas bas mini Restoran Haji Azlan PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
88 Sistem dan Aplikasi Bahasa 4 Kata Penguat 1 Kata Penguat ialah perkataan yang digunakan untuk menguatkan maksud kata adjektif. 2 Kata penguat boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif. Jenis Kata Penguat Contoh Ayat Kata Penguat Hadapan terlalu Cahaya itu terlalu terang. paling Zulkhalidin merupakan guru yang paling kacak. agak Suasana di lorong sempit itu agak suram. Kata Penguat Belakang sekali Senyuman Seri manis sekali. benar Cantik benar baju raya itu. nian Nyaman nian udara di Bukit Tinggi. Kata Penguat Bebas boleh berada di hadapan atau di belakang atau berturutan FA amat Baju Kebaya itu amat mahal. Baju Kebaya itu mahal amat. sungguh Wajah Sabariza sungguh ayu. Wajah Sabariza ayu sungguh. sangat Beg sekolah yang dibawa oleh Nasuha sangat berat. Beg sekolah yang dibawa oleh Nasuha berat sangat. Berturutan terlalu, amat Fitnah yang saya terima terlalu amat pedih. sungguh, amat Tragedi pembunuhan itu sungguh amat mengerikan. amat, benar Berita kemenangan itu amat benar menggembirakan. Kata Pemeri 1 Kata pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. 2 Terdapat dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah. 3 Fungsi kata pemeri ‘adalah’ sebagai penerang. 4 Kata pemeri ‘adalah’ tidak boleh diikuti oleh kata kerja. 5 Kata pemeri ‘ialah’ diletakkan di hadapan kata nama atau frasa nama. 6 Kata pemeri ‘adalah’ diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh ayat: (a) Guru kelas kami ialah seorang wanita anggun. (b) Nurul Nasuha ialah seorang pelajar yang pintar. (c) Temu duga Kadet Polis adalah pada hari Rabu. (d) Hadiah itu adalah untuk Asyira. Ayat Pasif (KGND pertama, KGND kedua, KGND ketiga) 1 Subjek di hadapan ayat dan predikat di belakang ayat. 2 Ayat pasif merupakan ayat yang diterbitkan daripada ayat aktif transitif yang menggunakan kata kerja MeN- dengan cara: (a) menggantikan awalan transitif MeN- dengan salah satu daripada awalan pasif, iaitu di ... oleh, ter-, ber-, ke ... an atau perkataan sebelum kata kerja pasif itu dalam ayat-ayat pasif. (b) predikat asal dibawa ke hadapan dan objek tepatnya menjadi subjek manakala subjek asal dibawa ke belakang ayat menjadi predikat. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
89 Sistem dan Aplikasi Bahasa 4 Contoh: (subjek) (predikat: ikan – objek tepat) Madiha sedang mengoreng ikan. (ayat Aktif Transitif ) (subjek) (predikat) Ikan sedang digoreng oleh Madiha. (ayat Pasif Kata Ganti Nama Diri ke-3) 5 Ayat pasif dapat dibahagikan kepada tiga jenis seperti yang berikut: (a) Ayat pasif diri pertama – saya, aku, beta, hamba, patik, daku, kami (jamak) dan beta. (b) Ayat pasif diri kedua – anda (seorang/jamak), awak, engkau, kamu, kalian (jamak) dan lain-lain. (c) Ayat pasif diri ketiga – dia, mereka, nya, beliau, Azira dan lain-lain. Tambahan: (d) Ayat Pasif dengan kata bantu pasif: kena, ter-, ber-, ke ... an, Petua Mengesan, Membina atau Menukar Ayat Pasif 1 Ayat pasif diri pertama dan Ayat pasif diri kedua Kata bantu (KB) di hadapan kata ganti nama dan diikuti kata kerja. Contoh: (KKt) • Saya sudah menyiapkan latihan Bahasa Melayu. (Ayat Aktif ) (KB) • Latihan Bahasa Melayu sudah saya siapkan. (Ayat Pasif Diri Pertama) 2 Ayat pasif diri ketiga Kata kerja transitif (KKt) perlu diganti dengan ‘di’ dan diikuti 'oleh’ Contoh: (KKt) • Cikgu Rosman mengajar subjek Bahasa Melayu. (Ayat Aktif ) • Subjek Bahasa Melayu diajar oleh Cikgu Rosman. (Ayat Pasif Diri Ketiga) 3 Ayat Pasif dengan Kata Bantu Pasif: kena, ter-, beR-, ke … an Contoh: (a) Pemuda itu kena saman oleh polis. (b) Iqram kena denda oleh cikgunya. (c) Syafiqah termakan kuih ibunya. (d) Bangunan itu terbina oleh kontraktor tersohor. (e) Pakaian itu telah berlipat. (f ) Amar telah bertandang ke rumah Fitri. (g) Syira telah kecurian. (h) Para peserta dalam dewan kepanasan. RUMUSAN AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF (CARA MENULIS) Ayat Aktif Ayat Pasif 1 Saya sudah menyiapkan latihan Bahasa Melayu. Latihan Bahasa Melayu sudah saya siapkan. (Ayat Pasif Diri Pertama) 2 Ibu membeli ikan, ketam dan sayur di pasar. Ikan, ketam, dan sayur di pasar telah dibeli oleh ibu. (Ayat Pasif Diri Ketiga) 3 Cikgu Rosman mengajar subjek Bahasa Melayu. Subjek Bahasa Melayu diajar oleh Cikgu Rosman. (Ayat Pasif Diri Ketiga) 4 Kamu membeli buku. Buku, kamu beli. (Ayat Pasif Diri Kedua) 5 Dia sedang menganyam ketupat. Ketupat sedang dianyam oleh dia. (Ayat Pasif Diri Ketiga) Panduan Menjawab 1 Baca arahan dan fahamkan kehendak arahan dalam bahan satu dan bahan dua. 2 Baca teks dengan teliti dan kenal pasti kesalahan pada ayat dalam teks. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
90 Sistem dan Aplikasi Bahasa 4 3 Potong perkataan yang salah dan tulis perkataan yang betul. (di kertas soalan) 4 Jangan beri jawapan lebih daripada yang diminta. 5 Tulis perkataan yang salah dan betulkan ( tulis perkataan yang betul ). 6 Jangan salin ayat petikan. Contoh (2 bahan) Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. Bahan 1 Di era Langit Terbuka ini, terlalu banyak kenderaan canggih telah mereka. Pelbagai rekabentuk kenderaan yang dicipta demi menarik minat peminat kereta. Namun, harga sesebuah kereta canggih ialah terlalu mahal. Di antara kereta canggih yang menjadi idaman masyarakat kaya adalah kereta Ferari, Mustang, Mercedes-Benz, Lexus dan lain-lain. [6 markah] Bahan 2 Dasawarsa ini, negara Cina rancak mengeluarkan kereta setaraf sederhana tetapi berteknologi canggih. Berbagai reka bentuk telah dihasilkan. Negara tersebut telah bekerjasama dengan Proton untuk menghasilkan kereta tempatan Malaysia. Di atas usaha sama tersebut maka lahirlah kereta Proton X70 dan Proton X50 yang canggih. Ramai rakyat Malaysia berpusu ke pusat jualan untuk melihat kereta tersebut. [5 markah] Contoh Jawapan Bahan 1 Bil. Salah Betul 1 Di era Pada era 2 mereka direka 3 rekabentuk reka bentuk 4 ialah adalah 5 Di antara kereta Antara kereta 6 adalah kereta Ferari ialah kereta Ferari Bahan 2 Bil. Salah Betul 1 negara Cina negara China 2 setaraf bertaraf 3 Berbagai berbagai-bagai /Pelbagai 4 Di atas usaha sama Atas usaha sama 5 berpusu berpusu-pusu PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
91 Sistem dan Aplikasi Bahasa 4 Praktis SPM Praktis 1 (Tahap Sederhana: kesalahan berpandu) Bahan di bawah mengandungi tiga belas kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahankesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut. Dalam mengharungi arus globalisasi di masa ini, sistem pengangkutan awam di nusa kita semakin hari makin maju dan giat mempertingkatkan oleh pihak kerajaan. Sehubungan dengan itu, penubuhan syarikat pengangkutan awam di negara kita nian banyak, bak cendawan tumbuh selepas hujan. Oleh itu, terdapat pelbagai jenis-jenis pengangkutan awam disediakan oleh pihak kerajaan yang berjiwa rakyat untuk penduduk di Malaysia. Di antara pengangkutan yang telah disediakan adalah teksi, bas, monorel, Sistem Aliran Ringan (LRT), Komuter dan sebagainya. Walaupun pelbagai jenis pengangkutan disediakan, malangnya senario kesesakan lalu lintas di nusa kita masih tidak pernah mencapai titik noktah selama ini. Oleh itu, pihak berwajib perlu terfikirkan langkah yang lebih afektif untuk mengatasi kesesakan jalanraya. Antara program-program yang boleh disyorkan secara kerap ialah program berkongsi kereta. Maksudnya, masyarakat yang ingin pergi bekerja pada setiap hari mestilah merancang ke tempat kerja dengan menaiki sebiji kereta bersama jiran atau kawan. [13 markah] Bil. Salah Betul 1 di masa pada masa 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 Praktis 2 (Dua Bahan) Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenap pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
92 Sistem dan Aplikasi Bahasa 4 PERHATIAN TOLONG JANGAN LETAKKAN KENDERAAN ANDA DI HADAPAN PUMP ANGIN * TERIMA KASIH* • BANGLA • UNTUK DIJUAL JALAN PCB KOTA BHARU DILARANG MENGGUNA PHONE TANGAN Bahan 1 MAKSUD SETIAP RANGKAP Rangkap pertama – Penyajak memandang ke langit lalu merhatikan keadaan langit. Dengan perasaan penuh kesyukuran, dia menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembos dan banjaran gunung-ganang. Rangkap kedua – Penyajak menghayati anugerah Tuhan kepada manusia yang digambarkan melalui burung yang berkicau, kewujudan pantai dan ombak, dan kemunculan pelangi. Rangkap ketiga – Penyajak mendapati bahawa alam semula jadi semakin tercemar bila negara semakin makmur. Pencemaran alam semula jadi ini dikaitkan dengan keadaan bahasa melayu yang semakin lama semakin kurang didaulatkan oleh rakyat walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa Kebangsaan. Selain itu, penyajak mendapati bahawa kemakmuran negara bukan dapat menjamin kedaulatan bahasa Melayu. Rangkap keempat – Para pejuang bahasa yang cintakan bahasa Melayu berasa sedih melihat nasib bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan. Rangkap kelima – Penyajak meluahkan kekesalannya apabila bahasa Melayu yang semakin dipinggirkan oleh semua pihak. (Dipetik dan diubah suai daripada “Maksud Rangkap”, sajak Aku Membaca Lagi oleh Razali Mohd. Yussof ) [7 markah] Bahan 2 [5 markah] Bahan 1 Bil. Salah Betul 1 2 3 4 5 6 7 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
93 Sistem dan Aplikasi Bahasa 4 Bahan 2 Bil. Salah Betul 1 2 3 4 5 Praktis 3 Petikan di bawah mengandungi tiga belas kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahankesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut. AIMAN: Masalahnya saya tak mahu pergi. Saya nak minta daddy tolong dapati pengecualian untuk saya. Saya tak sukalah program macam itu? KHIR GHAZALI: Kalau itu yang Aiman nak daddy bantu, daddy akan kata bukan. Daddy mahu Aiman pergi sertai PLKN itu. Banyak faedah-faedah yang akan Aiman dapat. Cubalah berfikir seperti orang dewasa, Aiman bukan budak lagi. Jadilah manusia yang sentiasa dahagakan ilmu dan penggalaman. Jangan hanya pandai meminta dari berusaha. AIMAN: Lecehlah membincang dengan daddy. Semua keputusan daddy akan tentukan dan Aiman hanya kena ikut. Baik Aiman diminta tolong daripada mummy pula. Mummy lebih faham akan jiwa dan kemahuan Aiman. (Sedang Aiman mahu berlalu meninggalkan daddynya, muncul pula Masnah, mummy Aiman. Aiman terus mendapati). MASNAH: Apa yang dua beranak ini membincangkan? Dari tadi mummy didengar macam hangit saja? (Dipetik daripada drama “Berkhidmat untuk Negara” dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia) [13 markah] Bil. Salah Betul 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
94 Sistem dan Aplikasi Bahasa 4 12 13 Praktis 4 Petikan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahankesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. Spiderman merupakan satu kisah adiwira mengenai tentang seorang lelaki bernama Peter Parker yang merupakan setengah murid cemerlang di sebuah sekolah tinggi yang memiliki sifat pemalu serta sering di buli oleh pelajar paling popular di kolejnya, iaitu Flash Thompson. Spiderman (Peter Benjamin Parker) adalah wira rekaan Komik Marvel yang hebat dicipta oleh Stan Lee dan Steve Ditko. Sejak kemunculannya di dalam siri buku komik “Amazing Fantasy” di Ogos 1962, dia telah menjadi salah satu wira hebat yang paling amat popular, lama bertahan, dan berjaya secara komersel di dunia. Bila Spiderman diterbitkan buat pertama kali pada dekad 1960an, watak-watak belasan tahun dalam buku-buku komik wira hebat biasanya merupakan watak kesampingan. Siri spiderman menjadi perintis apabila ia memperkenalkan seorang wira yang pada dirinya merupakan seorang anak remaja yang dihantui oleh perasaan disingkirkan, kekurangan dan kesunyian. Sejak permulaannya, Spiderman telah muncul dalam berbagai-bagai media-media, termasuk bermacam-macam banyak siri television animasi. (Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Spider-Man) [13 markah] Bil. Salah Betul 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
95 Sistem dan Aplikasi Bahasa 4 4.7 Perincian Item: Bahasa Melayu Standard Info Asas 1 Petikan diambil daripada prosa klasik tingkatan 4 atau tingkatan 5 atau teks bebas. 2 Peruntukan markah sebanyak 6 markah untuk bahagian ini. 3 Bentuk penyoalan: Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Contoh Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard (Ayat biasa) tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Setelah sudah Kertala Sari datang ke rumahnya, maka ia pun bertanya kepada ibunya, “Hai ibuku, ke mana pergi bapaku maka tiada aku lihat ini?” Setelah ibunya mendengar kata anaknya demikian itu, maka ibunya pun menangis, seraya berkata, “Hai anakku, yang bapamu itu sudah mati dibunuh oleh seorang Melayu bernama Laksamana Hulubalang Ratu Melaka.” Setelah Kertala Sari mendengar kata ibunya demikian itu, maka Kertala Sari pun terlalu marah, katanya, “Siapa menyuruh membunuh bapaku itu supaya negeri Majapahit ini habis kubinasakan?” (Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan” dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia) [6 markah] Panduan Menjawab 1 Baca arahan dan fahamkan kehendak arahan. 2 Baca teks dengan teliti dan fahamkan maksud ayat. 3 Tukar bahasa klasik kepada bahasa Standard (ayat biasa). 4 Bahasa Standard (bahasa biasa) yang telah sedia ada dalam teks TIDAK perlu diubah (salin sahaja). 5 Semua tanda bacaan mesti dikekalkan. 6 Jangan mengubah bentuk dan maksud asalnya. 7 Boleh menjawab dalam bentuk penomboran atau teks. Contoh jawapan: Setelah Kertala Sari pulang/sampai di rumahnya, lalu dia pun bertanya kepada ibunya, “Wahai ibuku, ke manakah ayah telah pergi kerana saya tidak nampak ayah di mana-mana?” Setelah ibunya mendengar pertanyaan anaknya itu, lalu ibunya pun menangis, dan berkata, “Wahai anakku, ayahmu telah mati dibunuh oleh seorang Melayu bernama Laksamana Hulubalang Ratu Melaka.” SetelahKertala Sari mendengar kata ibunya itu, lalu dia berasa sangat marah lalu berkata, “Siapakah yang telah menyuruh membunuh bapaku itu supaya negeri Majapahit ini habis aku binasakan?” PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
96 Sistem dan Aplikasi Bahasa 4 Praktis SPM Praktis 1 Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Setelah Seri Betara mendengar sembah Patih Gajah Mada demikian itu, maka titah Seri Betara, “ Hai Kertala Sari, dapatkah engkau kutitahkan membunuh Ratu Melaka dan hulubalang yang bernama Laksamana itu?” Maka sembah Kertala Sari, “Daulat tuanku andika Betara, endah apatah pekerjaan membunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu, sedang negeri Daha patik alahkan?” Setelah Seri Betara mendengar cakap Kertala Sari itu, maka titah Seri Betara, “Segeralah engkau pergi ke Melaka itu. Kerajaan seperti cakapmu itu supaya engkau kujadikan penggawa agung.” (Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan” dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia) [6 markah] Praktis 2 Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Maka baginda pun hairan serta bertitah pada Temenggung, “Hai Temenggung, tiadakah menyuruhkan orangnya berkawal tadi?” Maka sembah Temenggung, “Daulat tuanku Syah Alam, patik menyuruh orang berkawal semalam tadi, seorang pun tak bertemu. Patik hamba itu pun hairanlah akan penjurit itu.” Maka titah baginda, “Apatah sebabnya maka dapat dicurinya oleh penjurit itu?” (Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan” dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia) [6 markah] PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
97 Sistem dan Aplikasi Bahasa 4 Praktis 3 Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Maka kata Laksamana pada orang yang bertunggu itu, “Adakah tuan-tuan dengar bunyi kayu dan senjata itu lain daripada bunyi sedia kala?” Maka sahut orang itu, “Adapun pada pendengaran sahaya, kayu itu memalu kayu lainlah.” Maka titah raja, “Hai kekasihku, adakah bertemu dengan penjurit itu?” (Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan” dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia) [6 markah] PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
98 Sistem dan Aplikasi Bahasa 4 4.8 Perincian Item: Peribahasa Info Asas 1 Bentuk teks yang diberi dalam item peribahasa antaranya dialog, kata bual, isi tempat kosong, situasi dan iklan. 2 Peruntukan markah sebanyak empat markah atau enam markah. (fleksibel) 3 Aspek penyoalan dalam item peribahasa adalah seperti berikut: (a) beri peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud berdasarkan peribahasa dalam teks yang diberi; (b) beri peribahasa yang sesuai dengan situasi atau tempat kosong yang dinyatakan dalam teks; (c) beri maksud peribahasa yang diberi dalam teks; (d) Bina ayat peribahasa berdasarkan peribahasa dalam teks. 4 Bentuk penyoalan untuk bahagian ini adalah seperti berikut: (a) Dialog di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja kemudian berikan dua peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut. [4 markah] (b) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam petikan tersebut. [6 markah] (c) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian senaraikan tiga peribahasa sahaja, kemudian beri maksud berdasarkan peribahasa tersebut. [6 markah] (d) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian senaraikan tiga peribahasa sahaja. Bina ayat berdasarkan peribahasa tersebut. [6 markah] Contoh (Bentuk Dialog) Dialog di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja kemudian berikan dua peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut. Rawiyah: emak di kampung tidak sihat dan tidak boleh melakukan kerja rumah. Noryati : Apakah yang harus kita lakukan? Rawiyah: Apa kata kalau kita minta bantuan Mak Cik Azlah memasak lauk untuk emak dan ayah? Kita mesti bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk membantu emak dan ayah. Noryati : Bagus idea kakak tu. Biar saya beritahu Mak Cik Azlah. Rawiyah: Sebagai adik-beradik, kita mesti bersama-sama merasa senang dan susah seperti peribahasa ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Noryati : Betul tu, kakak. [4 markah] Panduan Menjawab 1 Baca arahan dan fahamkan kehendak soalan. 2 Baca teks dengan teliti dan fahamkan maksud ayat. 3 Fikirkan peribahasa yang dikehendaki atau diberi dalam teks. 4 Hanya tulis peribahasa dalam sistem penomboran bagi semua aspek penyoalan. 5 Jangan salin ayat peribahasa dalam teks. 6 Jangan mengubah maksud atau bentuk peribahasa. 7 Jangan bina ayat sama dengan ayat dalam teks. (aspek penyoalan) Contoh Jawapan: 1 bagai isi dengan kuku / bagai dakwat dengan kertas. 2 hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
99 Sistem dan Aplikasi Bahasa 4 Praktis SPM Praktis 1 Petikan di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam petikan tersebut. “Pandemik COVID-19 telah merubah kehidupan masyarakat dunia. Ada negara yang teruk diserang COVID-19 kerana rakyatnya tidak akur kepada arahan pemerintah menyebabkan beriburibu rakyat mati.” luahku kepada murid-murid. “Nak buat macam mana cikgu, mereka telah melakukan kesilapan besar. Dalam kehidupan sudah pasti kita akan melakukan kesilapan lebih-lebih lagi berada dalam situasi ini. Maklumlah mereka sudah biasa hidup bebas,” balas murid-muridku. “Sepatutnya rakyat Malaysia mengambil iktibar daripada fenomena yang melanda negara itu agar kita bersedia dari awal untuk menghapuskan COVID-19,” kataku lagi. [6 markah] 1 2 3 Praktis 2 Petikan di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan tiga peribahasa sahaja, kemudian berikan maksud peribahasa tersebut. Mak Cik Senah telah memelihara seorang anak angkat lelaki yang bernama Syafiq. Syafiq telah mendapat kasih sayang yang penuh seperti anak kandungnya. Malangnya, Syafiq telah tersalah memilih kawan. Dia telah berkawan dengan kawan yang ketagih dadah. Akhirnya dia turut terjebak dengan penagihan dadah. Apabila tiada wang untuk membeli dadah, dia mencuri wang Mak Cik Senah. Barang kemas Mak Cik Senah turut hilang. Perasaan sedih dan kecewa terbekam dalam hati Mak Cik Senah. Beliau seolah-olah menyesal mengambil Syafiq sebagai anak angkat kerana memberi beban kepadanya. [6 markah] 1 2 3 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
100 Sistem dan Aplikasi Bahasa 4 Praktis 3 Petikan di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan tiga peribahasa sahaja, kemudian beri maksud peribahasa tersebut. Seseorang murid haruslah rajin berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik. Hanya murid yang mempunyai cita-cita akan rajin berusaha demi masa depan yang cerah. Selain itu, guru pula mestilah mendidik anak murid dengan sepenuh hati. Hal ini demikian kerana anak murid merupakan pemuda dan pemudi yang bakal menerajui negara. Di samping itu, guru haruslah menjadi idola yang bersifat positif. Para murid memerhati tingkah laku kita semasa di sekolah. Mereka akan mengikut cara cikgu berinteraksi dan bertugas. [6 markah] 1 2 3 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
101 Pemahaman 5 5.1 Pengenalan Item Markah Petikan Umum 12 markah Petikan Sastera 13 markah Novel 10 markah 5.2 Petikan Umum 1 Calon diberikan petikan bahan daripada mana-mana sumber seperti majalah, surat khabar, Internet dan sebagainya. 2 Dua bahan yang mempunyai tema yang sama akan diberikan. Petikan bahan yang diberikan adalah berbentuk bebas. 3 Elemen penyoalan adalah seperti berikut: • Ada 4 soalan: (i) Beri maksud rangkai kata (sama ada bahan 1 atau bahan 2) rujuk petikan 1 atau petikan 2 = 2 markah (ii) Dengan merujuk bahan 1 dan bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan isi dalam petikan 1 dan petikan 2 = 3 markah (iii) Beri pendapat: Soalan KBAT fikir sendiri = 3 markah (iv) Ayat situasi – penyelesaian masalah fikir sendiri = 4 markah 4 Jumlah markah yang diperuntukkan untuk bahagian ini ialah 12 markah. 5.3 Panduan Menjawab Petikan Umum 1 Baca arahan dan fahamkan arahan tersebut. 2 Baca petikan Bahan 1 dan Bahan 2 – fahamkan isu. 3 Baca soalan dan analisis kehendak soalan. 4 Jawab dalam ayat yang penuh dan gramatis. Pemahaman Unit 5 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
102 Pemahaman 5 Model 1 Contoh Item: Petikan Umum Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberi dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Sekalipun pada setiap masa para pemimpin negara mendakwa masalah sosial berada pada tahap yang terkawal, untuk melalui masa depan yang masih panjang sudah tentu merupakan suatu perkara yang membimbangkan. Ia menjadi suatu tragedi yang menakutkan apabila para belia telah mula terperangkap dengan gejala ini. Masalah ini timbul boleh jadi berpunca daripada sikap golongan dewasa yang membina institusi keluarga atas nilai yang rapuh, kemudian melahirkan anak-anak dalam bahang kepanasan dalaman dan luaran rumah tangga. (Dipetik dan diubah suai daripada “Gejala sosial dalam Komuniti: Satu Sorotan Penyelesaian dari Perspektif Wahyu”, oleh Zulkifli Haji Mohd Yusoff, Jabatan al-Qur'an dan al-Hadith, Universiti Malaya) Bahan 2 Banyak yang telah kita dengar tentang gejala sosial. Berbagai-bagai gejala sosial telah melanda masyarakat kita dan aktiviti yang terlibat begitu pelbagai sekali, baik yang dilakukan oleh remaja mahupun orang dewasa. Namun, oleh kerana golongan remaja dan pelajar merupakan bakal pewaris negara, maka kegiatan merekalah yang hangat diperkatakan dan mendapat perhatian daripada segenap lapisan masyarakat. Ini jelas menggambarkan kegiatan mereka tidak dipantau oleh ibu bapa masingmasing. (Dipetik dan diubah suai daripada “Gejala Sosial”, oleh Cikgu Adda dan Cikgu Ummi, [email protected]) (i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud rangkai kata pewaris negara. [2 markah] Jawapan Maksud rangkai kata pewaris negara ialah bakal pemimpin/bakal pemimpin tanah air. (ii) Dengan merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan punca gejala sosial dalam kalangan murid dan remaja. [3 markah] Jawapan Punca gejala sosial dalam kalangan murid dan remaja ialah sikap golongan dewasa yang membina institusi keluarga atas nilai yang rapuh, kemudian melahirkan anak-anak dalam bahang kepanasan dalaman dan luaran rumah tangga. Selain itu, kegiatan mereka tidak dipantau oleh ibu bapa masing- masing. (iii) Banyak isu tentang gejala sosial dalam kalangan murid dan remaja tular di media sosial. Pada pendapat anda, apakah cara yang sesuai untuk menangani permasalahan ini oleh ibu bapa? KBAT Mengaplikasi [3 markah] Jawapan Pada pendapat saya, cara yang sesuai untuk menangani permasalahan ini oleh ibu bapa ialah ibu bapa mestilah memberi didikan agama yang kukuh kepada anak-anak agar mereka mempunyai jati diri yang utuh dan tidak mudah dipengaruhi oleh rakan yang bersikap negatif. Selain itu, ibu bapa PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
103 Pemahaman 5 mestilah cakna terhadap aktiviti anak-anak agar anak-anak tahu kegiatan mereka diperhati oleh ibu bapa. Di samping itu, ibu bapa haruslah ambil tahu rakan anak mereka agar anak-anak tidak tersalah pilih rakan yang mempunyai sikap negatif dalam kehidupan. (iv) Anda dapati rakan sekelas anda terlibat dalam gejala merokok sama ada di sekolah ataupun di luar sekolah. Apakah cara yang sesuai anda lakukan untuk menolong rakan anda itu? KBAT Menganalisis [4 markah] Jawapan Cara sesuai yang boleh saya lakukan untuk menolong rakan saya itu adalah dengan menasihati rakan saya agar berhenti merokok. Selain itu, saya akan membuat aduan kepada pihak disiplin sekolah agar mengambil tindakan sewajarnya terhadap rakan saya. Kemudian, saya akan memberitahu kepada kaunselor agar rakan saya dapat dipulihkan menerusi sesi kaunseling. Selanjutnya, saya akan sering bersama-sama rakan itu dan mengajaknya melakukan aktiviti-aktiviti berfaedah seterusnya akan menimbulkan kesedaran untuk menjauhi perbuatannya itu. Praktis SPM Praktis 1 Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberi dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Kamus Dewan edisi ketiga pula mentakrifkan buli sebagai perbuatan mendera atau mempermainkan seseorang dengan tujuan untuk menyesuaikan suasana baharu. Selain itu, buli juga bertujuan untuk mempermainkan orang yang lemah dengan cara mengertak atau menakutkan mereka. (Dipetik dan diubah suai daripada Blog Cemerlang Bahasa Melayu, Teks Forum – “Gejala Buli dalam Kalangan Pelajar”) Bahan 2 Punca dominan yang mencetuskan fenomena ini ialah remaja tidak mempunyai didikan agama yang teguh. Kebanyakan remaja pada hari ini mempunyai stigma bahawa ajaran agama sudah ketinggalan zaman dan tidak relevan untuk dipraktikkan pada alaf ini. Keadaan menjadi lebih parah apabila ibu bapa pada hari ini tidak memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak mereka. Hal ini terjadi kerana ibu bapa pada alaf ini sering mempunyai tanggapan bahawa ajaran agama tidak penting berbanding dengan pendidikan akademik yang dianggap sebagai tiket kejayaan anak-anak pada masa hadapan. Berlandaskan sikap remaja dan ibu bapa yang sebegini, maka tidak hairanlah anak-anak tidak mementingkan amalan solat yang difardukan kepada setiap Muslim walaupun solat itu tiang agama yang dapat mencegah kemungkaran. (Dipetik dan diubah suai daripada Blog Cemerlang Bahasa Melayu, Teks Forum – “Gejala Buli dalam Kalangan Pelajar”) PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
104 Pemahaman 5 (i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud rangkai kata ketinggalan zaman.[2 markah] (ii) Dengan merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, kemukakan punca gejala buli dalam kalangan murid dan remaja. [3 markah] (iii) Banyak kejadian buli berlaku dalam kawasan sekolah. Pada pendapat anda, apakah kesan kepada mangsa buli? KBAT Menilai [3 markah] (iv) Anda seorang ketua pengawas sekolah. Katakan anda mendapat aduan daripada murid lain bahawa ada kejadian buli di kawasan sekolah. Apakah tindakan anda? KBAT Menganalisis [4 markah] Praktis 2 Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberi dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Setiap orang hendaklah melakukan senaman atau riadah yang mengeluarkan peluh, iaitu sekurangkurangnya tiga kali seminggu. Contoh sukan yang boleh diamalkan adalah seperti bermain badminton, bola sepak, menunggang basikal, berjoging atau berenang. Jika badan individu itu sihat dan cergas, sudah pastilah daya permikiranya juga cerdas. Otak yang cerdas datangnya daripada tubuh yang cergas. Individu yang sihat dapat menjamin kesejahteraan keluarga. Tindakan ini ibarat menyediakan payung sebelum hujan, iaitu ahli keluarga itu akan dapat mengekalkan kecergasan diri dan seterusnya badan akan menjadi sihat melalui aktiviti senaman. Amalan ini seterusnya akan melahirkan rakyat yang produktif dan proaktif selaras dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan produktiviti negara. (Dipetik dan diubah suai daripada “Gaya Hidup Sihat Menjamin Kesejahteraan Keluarga”, Pidato Net) Bahan 2 Pengambilan makanan yang seimbang mengikut hierarki piramid makanan menjamin individu dan keluarga itu mendapat khasiat dan nutrien serta vitamin yang diperlukan. Contohnya, seseorang itu perlu banyak mengambil makanan yang berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
105 Pemahaman 5 mengurangkan makanan yang berlemak atau mengandungi kolestrol yang tinggi. Pemeriksaan kesihatan perlu dilakukan oleh setiap individu secara berkala. Ini dapat memastikan anggota dalaman tubuh seperti jantung, hati dan buah pinggang berfungsi dengan baik, bak kata pepatah mencegah adalah lebih baik daripada merawat. (Dipetik dan diubah suai daripada “Gaya Hidup Sihat Menjamin Kesejahteraan Keluarga”, PidatoNet) (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud rangkai kata meningkatkan produktiviti. [2 markah] (ii) Dengan merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, kemukakan cara gaya hidup yang sihat. [3 markah] (iii) Pada zaman alaf globalisasi, banyak makanan yang diproses (makanan segera) menjadi amalan pemakanan rakyat Malaysia. Pada pendapat anda, mengapakah amalan pemakanan alaf globalisasi ini menjadi pilihan? KBAT Menganalisis [3 markah] (iv) Ada ahli keluarga dalam sesebuah keluarga telah menghidap penyakit tiga serangkai, iaitu kencing manis, sakit jantung dan masalah buah pinggang. Penghidap itu kelihatan murung dan mula menjauhkan diri daripada berinteraksi dengan kawan-kawan dan jiran. Apakah cara yang efektif untuk mengembalikan keceriaan penghidap itu dalam kehidupan seharian? KBAT Menganalisis [4 markah] Praktis 3 Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberi dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Yang dihormati Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kuala Nerang Cikgu Shohaimi bin Abu Bakar, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah ini Tuan Haji Syed Ibrahim bin Syed Mokhtar, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekalian. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada pagi yang indah ini saya merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi saya peluang menyampaikan ceramah sempena sambutan Minggu Alam PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
106 Pemahaman 5 Sekitar yang sedang berlangsung di sekolah ini. “Kita Sihat Tanpa Pencemaran” menjadi tema kempen sambutan Minggu Alam Sekitar pada tahun ini. Kualiti udara semakin tercemar, rakyat jelata diberi amaran, mata pedih pandangan samar, ambil tindakan atasi pencemaran. (Dipetik dan diubah suai daripada teks ceramah “Pencemaran Udara”, academia.edu) Bahan 2 Persoalannya, apakah punca-punca berlakunya pencemaran udara? Pencemaran udara disebabkan oleh faktor semula jadi dan aktiviti-aktiviti manusia. Letusan gunung berapi dan El Nino ialah faktor semula jadi. Manakala, kegiatan manusia pula termasuklah kegiatan pembakaran terbuka, kebakaran hutan, pelepasan asap kenderaan dan asap kilang serta aktiviti kuari. Malah asap rokok juga menjadi punca kepada tercemarnya udara di sekeliling kita. Namun demikian faktor semula jadi pencemaran udara tidak kerap berlaku. Mari kita lihat peratusan aktiviti yang kita lakukan yang menyumbang kepada pencemaran udara. (Dipetik dan diubah suai daripada “Pencemaran Udara”, Open Universiti, Fakulti Pendidikan dan Bahasa) (i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud rangkai kata tidak kerap berlaku. [2 markah] (ii) Dengan merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan punca pencemaran udara. [3 markah] (iii) Kemajuan dunia alaf baharu memberi impak kepada alam sekitar, iaitu pencemaran. Pada pendapat anda, apakah impak negatif yang terpaksa ditanggung oleh manusia akibat pencemaran? KBAT Menilai [3 markah] (iv) Kerajaan telah melarang rakyat melakukan pembakaran terbuka namun ada juga pihak yang mementingkan diri sendiri tidak akur kepada larangan itu. Apakah tindakan yang akan anda lakukan apabila mendapati pembakaran terbuka berlaku di tempat tinggal anda? KBAT Menganalisis [4 markah] PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
107 Pemahaman 5 5.4 Petikan Sastera 1 Calon diberikan petikan genre sastera yang dipetik daripada mana-mana sumber seperti buku, majalah, surat khabar, Internet dan sebagainya. 2 Dua atau tiga bahan yang mempunyai tema yang sama akan diberikan. Petikan bahan yang diberikan adalah berbentuk bebas (puisi, cerpen atau drama). 3 Elemen penyoalan adalah seperti berikut: • Ada empat soalan: (i) Soalan berdasarkan petikan atau beri maksud rangkai kata (sama ada bahan 1 atau bahan 2) rujuk petikan 1 atau 2 = 2 markah (ii) Berdasarkan Bahan 1, Bahan 2 dan Bahan 3, nyatakan persamaan dan perbezaan isi yang ada dalam petikan 1, 2 dan 3 = 4 markah (iii) Beri pendapat: Soalan KBAT fikir sendiri = 3 markah (iv) Ayat situasi – penyelesaian masalah fikir sendiri = 4 markah 4 Jumlah markah yang diperuntukkan untuk bahagian ini ialah 13 markah. 5.5 Panduan Menjawab Petikan Sastera 1 Baca arahan dan fahamkan. 2 Baca petikan Bahan 1, Bahan 2 dan Bahan 3 – fahamkan isu yang dikemukakan. 3 Baca soalan dan analisis kehendak soalan. 4 Jawab dalam ayat yang penuh dan gramatis. Model 1 Item: Petikan Sastera Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Tidak cukup dengan tanggungjawabnya ke sana sini untuk berceramah, Ahmad Mutawakkil turut menulis dalam surat khabar. Dia juga terkenal sebagai wartawan. Tulisannya banyak merangsang orang Melayu untuk bersiap sedia mengisi kemerdekaan. “Jangan nanti selepas merdeka, kita jadi macam kera mendapat bunga.” Untuk merdeka, katanya, perjuangan bukan setakat mendesak Inggeris berundur. “Malah, demi mengisi kemerdekaan, kita juga perlu mendesak diri sendiri, mengikis semua tabiat buruk bangsa kita. Kita pasti akan merdeka, dan untuk itu, kita perlu berjuang mengubah sikap dan pandangan sempit bangsa kita … .” (Dipetik daripada cerpen “Cinta Ahmad Mutawakkil” karya Zainal Rashid Ahmad dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia) Bahan 2 Gelanggang Ini gelanggang kita Gelanggang yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih lima dekad yang lalu satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu di kemudian hari. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
108 Pemahaman 5 Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat dan air mata dengan gelanggang inilah negara aman makmur rakyat berpadu kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat kerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai keturunan. Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahan demi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini suara-suara momokan sumbang memperlekehkan menyentuh hati nurani kita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah gelanggang jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri. Marilah pahlawan setia kita kukuhkan ukhuwah elakkan pertelingkahan sesama sendiri. Kitalah pewaris abadi yang menjunjung amanah ini agar kecemerlangan tercerna di persada arena terus memacu kejayaan demi maruah harga jati diri membina sebuah negara bangsa yang harmoni dan dihormati kita junjung dan taat hingga ke akhir hayat. Onn Malini (Dipetik daripada antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia) Bahan 3 Tanggal tiga puluh satu Bulan lapan lima puluh tujuh Merdeka! Merdeka! Tetaplah merdeka Ia pasti menjadi sejarah Tanggal tiga puluh satu Bulan lapan lima puluh tujuh Hari yang mulia Hari bahagia Sambut dengan jiwa yang merdeka Mari kita seluruh warga negara Ramai-ramai menyambut hari merdeka Merdeka! Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh Hari mulia negaraku merdeka Tanggal tiga puluh satu Bulan lapan lima puluh tujuh Merdeka! Merdeka! Tetaplah merdeka Ia pasti menjadi sejarah Tanggal tiga puluh satu Bulan lapan lima puluh tujuh Hari yang mulia Hari bahagia Sambut dengan jiwa yang merdeka Tanggal 31 Ogos (Sumber: Internet) (i) Dalam Bahan 1, nyatakan cara untuk mengekalkan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk. [2 markah] Dalam Bahan 1, cara untuk mengekalkan perpaduan adalah dengan mengelakkan kata-kata yang mengguris hati pihak lain. (ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan cara membangkitkan semangat perpaduan. [4 markah] Cara membangkitkan semangat perpaduan adalah dengan menulis di akhbar untuk merangsang orang Melayu untuk bersiap sedia mengisi kemerdekaan (Bahan 1). Selain itu, kita hendaklah PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
109 Pemahaman 5 perkukuhkan ukhuwah serta mengelakkan pertelingkahan sesama sendiri (Bahan 2). Seterusnya, kita hendaklah menyambut hari merdeka untuk menunjukkan rasa cinta akan negara serta hargai jasa pejuang tanah air (Bahan 3). (iii) Perpaduan amat penting untuk mengekalkan kemerdekaan negara. Pada pendapat anda, apakah impak negatif sekiranya perpaduan tidak dapat diwujudkan?[3 markah] KBAT Menilai Sekiranya perpaduan tidak dapat diwujudkan maka keharmonian negara terjejas akibat prejudis mencerna pertelingkahan dalam masyarakat majmuk. Selain itu, ekonomi negara tidak stabil, iaitu perancangan pembangunan ekonomi negara tidak berjalan lancar akibat diskriminasi kaum. Seterusnya, kestabilan politik terjejas akibat perpecahan parti yang berjuang bukan demi negara tetapi atas agenda tersembunyi bahkan memberi peluang negara luar atau anasir lain mencampuri politik negara. (iv) Dunia di hujung jari memudahkan sesuatu maklumat dicari dan disebarkan menerusi kuasa tular. Malangnya, kuasa tular telah disalahgunakan oleh sesetengah pihak dengan menyebarkan fitnah dan provokasi yang boleh memecahbelahkan rakyat. Sekiranya anda menerima sesuatu berita atau maklumat yang meragukan kesahihannya atau berupa fitnah atau provokasi, apakah reaksi positif anda? KBAT Menganalisis [4 markah] Sekiranya saya menerima sesuatu berita atau maklumat yang meragukan kesahihannya atau berupa fitnah atau provokasi maka saya akan melakukan penyiasatan sama ada berita itu sahih atau palsu. Selain itu, saya akan membuat laporan kepada pihak berkuasa berkaitan berita palsu itu agar pihak penyebar disiasat serta dikenakan tindakan. Seterusnya, saya akan menasihati atau memberi komen kepada penyebar itu agar bertaubat serta berhenti membuat sebaran palsu. Akhirnya, saya akan mengabaikan berita palsu itu dan tidak menyebarkan kepada orang lain. Praktis SPM Praktis 1 Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Azam menggeleng-geleng, bagaimanakah hasil jualan ayam?” Hakim terus menjawab, “Mujur juga ada hasilnya. Tetapi hidupku dikelilingi hutang. Aku berhutang dengan bank. Aku berhutang dengan Syarikat RAJA. Mereka menghantar anak-anak ayam, mereka menghantar dedak, mereka menghantar ubat-ubatan. Semua itu akan dipotong daripada hasil jualanku. Kau tengok ni (Hakim menunjukkan salah satu penyata yang dikeluarkan oleh Syarikat RAJA). Nilai jualan dari rebanku ialah RM85 000.00. Tetapi akhirnya hanya RM13 000.00 sahaja yang masuk PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
110 Pemahaman 5 ke kantungku. RM72 000.00 adalah untuk RAJA kerana membayar harga anak-anak ayam, harga dedak dan ubat-ubatan. Dari RM13 000.00 itulah aku membayar hutang bank, gaji pembantu, upah penangkap ayam, membayar bil elektrik dan air yang cukup tinggi dan segala kos penyelenggaraan yang lain”. (Dipetik daripada cerpen “Munsyi”, oleh Husna Nazri dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia) Bahan 2 Entah kerana insiden dihina oleh peniaga Turki tadi, puisi peninggalan Mevlana Celaleddin itu terasa begitu menyentuh rasa. Kasih sayang sesama insan sepatutnya disebarkan secara meluas. Tanpa mengira apa bangsa, apa agama, apa negara setiap manusia perlu dilayan dengan sebaik bicara. Malang sungguh peniaga Turki itu kerana tidak belajar sesuatu daripada puisi agung Mevlana. Pada hari keenam, kami berpeluang melawat Egyptian Market, sebuah tempat membeli belah yang mempunyai dataran burung merpati jinak seperti di Trafalgar Square. Kedudukannya di pinggir Selat Bhosporus yang menemukan arus benua Asia dan Eropah membuatkan suhu di situ begitu sejuk. (Dipetik daripada cerpen “Jaket Kulit Kijang dari Istanbul”oleh Maskiah Haji Masrom, dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia) Bahan 3 Rangkap 4 Dia lelaki sang gembala kuda hanya mengenal pantas tunggangan tanpa membaca keletihannya dia lelaki sang gembala kuda hanya tahu mengejar kehebatan tanpa menghitung kesakitannya dan kuda-kuda itu ditunggangi ditunggangi dan ditunggangi! (Dipetik daripada “Si Gembala Kuda”, antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia) (i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud rangkai kata sebaik bicara. [2 markah] (ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan sikap negatif yang berunsurkan penganiayaan. [4 markah] (iii) Dalam urusan perniagaan, ada sesetengah peniaga besar akan memonopoli sesuatu produk. Peniaga kecil akan menjadi mangsa penindasan. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
111 Pemahaman 5 Pada pendapat anda, apakah impak negatif yang terpaksa ditanggung oleh peniaga kecil? [3 markah] KBAT Menganalisis (iv) Anda berbelanja di sebuah kedai runcit. Anda dapati pekedai itu tidak meletakkan tanda harga. Malahan berat barangan yang anda beli tidak sama apabila anda menimbangnya semula. Sebagai pengguna, apakah tindakan rasional yang akan anda lakukan? KBAT Menilai [4 markah] Praktis 2 Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Minggu-minggu pertama saya berada di kota mewah ini, dapat saya saksikan kerapuhan jiwa anakanak muda sebangsa saya. Mereka dihanyutkan keseronokan hidup dengan memperdagangkan maruah dan peribadi. Saya berasa jelik dan aib menyaksikan adegan sumbang wajah-wajah anak muda peribumi tanah air ini yang tidak segan silu menjual bahasa ibunda dan merosakkan agama yang murni. Anak-anak muda lelaki perempuan berpelesiran dalam pergaulan bebas sambil bercakap dalam bahasa yang entah apa-apa. Mereka bergelak tawa dalam loghat yang direka-reka konon untuk menunjukkan kemodenan. Saya jadi keliru dengan setiap patah slanga dan klausa yang tidak saya faham. Ada yang menggunakan pelbagai istilah rojak yang dicampuradukkan dengan bahasa asing yang mengelirukan. Saya jadi buntu. Malah berasa malu dengan sikap dan gelagat anak-anak muda sebangsa saya yang telah hilang identiti dan jati diri di negara mewah ini. (Dipetik daripada cerpen “Munsyi”, oleh Husna Nazri dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia) Bahan 2 Apabila terpelihara mata, Sedikitlah cita-cita. Apabila terpelihara kuping, Khabar yang jahat tiadalah damping. Apabila terpelihara lidah, Nescaya dapat daripadanya faedah. Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan, Daripada segala berat dan ringan. Apabila perut terlalu penuh, Keluarlah fiil yang tiada senonoh. Anggota tengah hendaklah diingat, Di situlah banyak orang yang hilang semangat. Hendaklah peliharakan kaki, Daripada berjalan yang membawa rugi. (Dipetik daripada “Gurindam 12”, antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia) PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
112 Pemahaman 5 Bahan 3 Fikir dan Kata Kurang fikir, kurang siasat, Tentu dirimu kelak tersesat. Fikir dahulu sebelum berkata, Supaya terelak silang sengketa. Perkataan tajam jika dilepas, Ibarat beringin, racun dan upas. Kalau mulut tajam dan kasar, Boleh ditimpa bahaya besar. Silang Sengketa Siapa menggemari silang sengketa, Kelaknya pasti berdukacita Silang selisih jangan dicari, Jika tersua janganlah lari. (Dipetik daripada “Gurindam 12”, antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia) (i) Dalam Bahan 2, terdapat beberapa nasihat yang boleh dijadikan panduan. Nyatakan nasihatnasihat tersebut. [2 markah] (ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan perbuatan negatif yang terdapat dalam ketiga-tiga bahan. [4 markah] (iii) Gejala sosial begitu hangat ditularkan di sosial media. Ini menggambarkan sosial remaja semakin rapuh. Pada pendapat anda, mengapakah gejala maksiat semakin menjadi-jadi? KBAT Menganalisis [3 markah] (iv) Katakan anda tahu bahawa rakan anda ponteng sekolah dan melakukan perkara yang tidak baik. Sebagai rakan yang sayang akan rakan, apakah tindakan positif anda agar rakan anda itu tidak melakukan perkara-perkara negatif tersebut? KBAT Menilai [4 markah] PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
113 Pemahaman 5 Praktis 3 Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Maka oleh ibunya segala hal-ehwal dari mulanya datang kesudahannya pada anaknya. Setelah Kertala Sari mendengar ceritera ibunya demikian itu, maka Kertala Sari pun terlalu sangat amarahnya, “Ceh, Ratu Melaka dan Laksamana! Mati engkau olehku! Tanpa kedep tembung laku. Syahdan negeri Melaka pun habis kubinasakan. Jikalau tiada kuperbuat demikian, bukanlah aku anak penjurit yang berani dan kepetangan.” (Dipetik daripada “Prosa Kepimpinan Melayui Teladan”, antologi Jaket Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia) Bahan 2 Telah kedengaran ke benua Siam bahawa Melaka negeri besar yang tiada takluk kepadanya, maka Paduka Bubunnya pun menyuruh ke Melaka hendak minta surat sembah. Maka Sultan Muzaffar Syah tiada mahu menyembah ke benua Siam. Maka Raja Benua Siam terlalu marah, lalu menyuruh berlengkap akan menyerang Melaka. Awi Cakri nama panglimanya, membawa rakyat terlalu banyak tiada terpermanai lagi. Maka dipersembahkan orang ke bawah Duli Sultan Muzaffar Syah bahawa Raja Benua Siam menitahkan hulubalang, Awi Cakri Namanya, membawa rakyat terlalu banyak tiada terpermanai banyaknya, berjalan darat terus ke hulu Pahang. (Dipetik daripada Prosa Tradisional, “Burung Terbang Dipipiskan Lada”, antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia) Bahan 3 Fikir dan Kata Kurang fikir, kurang siasat, Tentu dirimu kelak tersesat. Fikir dahulu sebelum berkata, Supaya terelak silang sengketa. Silang Sengketa Siapa menggemari silang sengketa, Kelaknya pasti berdukacita Silang selisih jangan dicari, Jika tersua janganlah lari. Perkataan tajam jika dilepas, Ibarat beringin, racun dan upas. Kalau mulut tajam dan kasar, Boleh ditimpa bahaya besar. (Dipetik daripada “Gurindam 12”, Beberapa Petua Hidup:Za'ba, Kementerian Pendidikan Malaysia) (i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud rangkai kata tiada terpermanai. [2 markah] (ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan kaitan dengan mulut dan nafsu. [4 markah] PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
114 Pemahaman 5 (iii) Jika kita melakukan sesuatu tindakan mengikut hawa nafsu maka kita akan mendapat kesan negatif. Apakah kesan negatif tersebut? KBAT Menilai [3 markah] (iv) Kejadian pergaduhan berlaku di sekolah anda kerana mengikut hawa nafsu remaja atas sebab tidak puas hati sesama rakan. Anda sebagai pengawas, apakah cara yang sesuai untuk mendamaikan mereka semula? [4 markah] KBAT Menganalisis 5.6 Novel Kajian Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talip Binaan Plot Permulaan Pengarang menceritakan perihal kehidupan Leftenan Adnan semasa kecil yang membesar bawah jagaan ibu bapanya, iaitu Pak Saidi dan Mak Milah. Adnan mendapat pendidikan awal di sekolah Inggeris di pekan Sungai Ramal. Beliau menjadi guru tetapi menyatakan hasrat kepada ibunya ingin menjadi askar. Hasratnya telah mendapat tentangan ibunya. Beliau tetap dengan pendiriannya telah memasuki kem tentera di Port Dickson untuk melayakkannya menjadi askar Melayu. Dia berkahwin dengan Sophia dan mendapat tiga orang anak sebelum perang dunia kedua. Perkembangan Tentera Jepun mula mendarat di Kota Bharu lalu tercetusnya Perang Dunia Kedua. Leftenan Adnan dan kumpulannya daripada Kompeni C diarahkan ke Pasir panjang dan Bukir Candu bagi menyekat kemaraan tentera Jepun. Pada waktu itu tentera Jepun sudahpun berjaya menguasai beberapa tempat di Tanah Melayu. Pasukan tentera Leftenan Adnan menuju ke Pasir Panjang dan Bukit Candu merupakan laluan ke Alexandria yang merupakan depot penyimpanan peluru dan hospital tentera. Di Pasir panjang, pasukan Leftenan Adnan berjaya menembak mati beberapa orang tentera Jepun sehingga memaksa tentera Jepun berundur. Malangnya, tentera Jepun datang kembali beserta bilangan tentera yang begitu ramai menyebabkan askar dalam Kompeni C berjuang bermati-matian sehingga kehabisan peluru. Klimaks Disebabkan asakan tentera Jepun yang begitu menganas, pertahanan di Bukit Candu semakin rapuh. Namun, askar Melayu terus berjuang tanpa mengenal erti menyerah kalah. Peluru hampir kehabisan dan banyak askar Melayu telah terkorban. Tentera Jepun semakin ramai menghampiri Bukit Candu. Leftenan Adanan turut tercedera. Tentera Jepun telah berjaya menawan Leftenan Adnan lalu diserkup dengan guni. Kemudian, tentera Jepun telah menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera parah itu pada dahan pokok Ceri. Disebabkan terlalu geram dan marah terhadap Leftenan Adnan maka ditikam bertubi-tubi oleh setiap tentera Jepun dengan bayonet sehingga mayatnya hancur. Imbas kod QR atau layari Untuk tujuan pembelajaran untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kajian novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
115 Pemahaman 5 Peleraian Pada 15 Ogos 1945 Jepun telah menyerah kalah apabila Hirosyima dan Nagasaki telah dibom oleh tentera Amerika dengan bom atom. Sophia, iaitu isteri Leftenan Adnan telah meneruskan kehidupan, iaitu membesarkan anak-anaknya dengan mengerjakan sawah dan memotong getah sebelum berkhidmat semula sebagai guru di sekolah Sungai Ramal. Akhirnya, Sophia berkahwin dengan Ustaz Ridwan dan berpindah ke Melaka. Teknik Plot Dialog Pertuturan atau percakapan antara dua watak ataupun lebih. Menerusi dialog, pengarang dapat memaparkan atau menggambarkan pendapat atau pemikiran berkenaan dengan tema atau persoalan dalam novel tersebut. Sebagai contohnya, dialog antara Pak Saidi dengan Mak Milah, iaitu Pak Saidi melahirkan rasa terkilannya kerana orang Melayu miskin di tanah air sendiri. Hasil kekayaan negara diangkut keluar oleh penjajah sedangkan kaum bumiputera yang tinggal di kampung masih ketinggalan dari segi ekonomi. Monolog Luar (Bercakap sendiri – doa, rungutan) Sesuatu watak itu akan bercakap seorang diri seperti berupa doa, rungutan, keluh-kesah ataupun ratapan. Sebagai contohnya, Adnan menuturkan kata-kata sewaktu bermain dan melakonkan watak Hang Tuah sambil menikam-nikam pokok pisang. Beliau berimaginasi menjadi pendekar dan menuturkan kata-kata seperti pendekar menyerang musuh. Contoh lain, Mak Milah meratap hiba apabila mendapat berita kematian Ahmad sewaktu belayar ke Australia kerana kapal British telah dibom oleh pihak Jepun. Monolog Dalaman (Berkata dalam hati) Bisikan atau percakapan, lintasan, atau rintihan dalam hati atau fikiran sesuatu watak dan tidak diketahui oleh watak lain. Tamsilnya, pengarang menggunakan teknik ini semasa Adnan berkata dalam hatinya bahawa Tok Mudin yang akan mengkhatankannya. Semasa majlis berkhatan, Adnan telah berasa gementar dan takut dan banyak berfikir dalam hatinya. Pemerian Teknik menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa dalam plot secara langsung. Tamsilnya, pengarang menggambarkan atau memerihalkan keadaan sewaktu Leftenan Jeneral A.E. Percival yang yakin bahawa kekuatan tentera British sebanyak 85 000 orang masih mampu menyekat kemaraan tentera Jepun yang hanya berjumlah 30 000 orang. Imbas Kembali Mengingat kembali sesuatu peristiwa yang telah berlaku menerusi ingatan, kenangan, lintasan atau imbasan sesuatu watak terhadap sesuatu peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Tamsilnya, Pak Saidi terkenang kembali peristiwa basikalnya yang dirosakkan oleh orang yang mencerobohi kawasan rumahnya. Beliau juga teringat akan kata-kata Adnan bahawa dia sempat membaling kayu belati dan terkena pada salah seorang daripada dua lembaga yang mencerobohi kawasan rumahnya. Imbas Muka Memberikan bayangan awal tentang sesuatu peristiwa atau perkara yang akan berlaku menerusi sesuatu perlakuan atau aksi sesuatu watak terhadap sesuatu perkara. Tamsilnya, pengarang telah menggambarkan kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku, iaitu semasa berbual-bual dengan Mamat, Leftenan Adnan menyatakan keinginannya untuk menjadi seorang askar. Beliau telah membayangkan perasaan sakit apabila digigit kerengga. Sebenarnya, beliau memang selalu digigit kerengga apabila memanjat pokok buah-buahan. Saspens Teknik saspens membuatkan pembaca tertanya-tanya dan terus membaca untuk mengetahui cerita selanjutnya. Tamsilnya, peristiwa kedatangan seorang askar Jepun yang memakai turban mendapat pangkat Leftenan. Askar Jepun itu telah menyamarkan diri sebagai tentera Sikh. Peristiwa ini telah PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
116 Pemahaman 5 menimbulkan perasaan saspens pembaca dan ingin tahu status penyamar itu.Penyamaran itu terbongkar apabila Leftenan Adnan mengamati cara mereka melakukan formasi serta senjata mereka mempunyai bayonet. Penyamar itu akhirnya telah mati ditembak oleh Adnan dan pasukannya. Hal ini melegakan perasaan saspens para pembaca. Selain itu, pembaca berasa saspens tentang keselamatan Leftenan Adnan dan pasukannya sewaktu tentera Jepun menyerang buat kali kedua pasukan tentera Laftenan Adnan di Pasir Panjang. Pembaca tertanya-tanya tentang nasib Leftenan Adnan dan rakan-rakan sepasukannya ketika menentang Jepun. Kejutan Paparan sesuatu peristiwa yang berlaku secara mengejut tanpa disangka-sangka oleh pembaca. Tamsilnya, peristiwa satu Lembaga memecah masuk ke dalam rumah orang kampung. Lembaga itu telah ditangkap. Penutup mukanya ditanggalkan. Penduduk kampung terkejut. Lembaga itu ialah Samad yang selama ini dianggap baik oleh orang kampung. Hatta sikap Samad yang sebenar juga terbongkar kerana Samad rupa-rupanya agen Jepun, iaitu merupakan pemberi maklumat kepada Jepun serta sanggup mengkhianat bangsa dan tanah air sendiri demi kepentingan diri. Akhirnya, Samad telah ditembak mati oleh tentera Jepun yang dipercayainya sewaktu cuba melarikan diri daripada askar Melayu. Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor Binaan Plot Permulaan Mengisahkan Farisha terpaksa bergegas ke lapangan terbang dari Kuala Lumpur untuk ke Nusajaya atas tujuan menghadiri satu mesyuarat. Setelah mesyuarat, Farisha berasa sangat letih dan mengantuk akibat bangun awal pada hari yang sama. Keletihannya itu juga disebabkan oleh terpaksa bergegas dari Kuala Lumpur ke Nusajaya dan pulang dari Nusajaya ke Kuala Lumpur pada hari yang sama. Semasa pulang daripada Nusajaya, dia telah berkenalan dengan seorang pemuda bernama Aqram di dalam kapal terbang. Mereka ditakdirkan berjumpa semula semasa Farisha menghadiri simposium di Hotel Renaissance. Hasil perkenalan awal itu, pemuda itu menawarkan projek mini yang yang bernilai tinggi di Soft Lab. Perkembangan Farisha telah memulakan tugasan di Soft Lab. Dia telah ditemani oleh Aqram. Di situ, Farisha telah berkenalan dengan Dr. Maxi dan Karl (saintis hebat). Farisha memulakan kajian projek yang akan digodamnya, iaitu Dinara dengan bantuan Aqram dan Alia. Semasa bekerja di Soft Lab, Farisha dan Shida menemui pelbagai maklumat berkaitan projek Dinara. Shida menemui beberapa kepelikan perihal seorang pembantu penyelidik bernama Medina. Konflik Konflik bermula apabila Farisha berasa sangat terkejut dan sedih apabila dia mengetahui bahawa dia hanyalah anak angkat kepada keluarga Azraai. Sejak itu, Farisha telah menangis sepanjang malam dan tidak dapat melelapkan mata. Konflik mencengkam jiwa Farisha sehingga menyebabkan Farisha jatuh pengsan di pejabatnya di Soft Lab dan dimasukkan ke hospital. Peristiwa ini telah menyebabkan sesi komunikasi bawah sedar dengan Karl tidak dapat diteruskan. Justeru, Aqram, Khairul Anwar dan Dr. Maxi telah mengambil keputusan untuk menggantikan tempat Farisha dengan Shida. Klimaks Karl berasa marah apabila sesi komunikasi bawah sedar diambil alih oleh Shida. Karl marah kerana dia hanya hendakkan sesi komunikasi dilakukan dengan Farisha. Semasa sesi kajian itu, reaksi Shida memang tidak dijangka, iaitu dia telah meronta-ronta dan membanting diri kerana kejutan situasi yang tidak pernah dialaminya. Karl telah memasuki minda Shida. Sewaktu kajian dijalankan, secara mengejut Medina tiba di pejabat Dr. Maxi untuk membalas dendam terhadap Karl (bekas suaminya). Berlaku perdebatan yang hebat antara Medina dengan Karl (menerusi watak Shida). Suasana di pejabat Dr. Maxi sangat kecoh dan tegang. Ketika itu, semua watak dalam novel ini berada di bilik Dr. Maxi. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.