The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti Sdn Bhd, 2023-05-08 00:21:40

Revisi Sukses SPM Bahasa Melayu

WM: RM25.90
EM: RM27.50

17 Karangan Respons Terhad 2 Nurul : Kawan-kawan, bagaimanakah kita hendak mengenang jasa guru kita? Jannah : Salah satunya, kita boleh menziarahi cikgu kita sama ada ketika cikgu sihat ataupun sakit. Nurul : Saya setuju tetapi semasa menziarah itu, kita bawalah buah tangan untuk cikgu. Noryati: Bagus tu. Kita juga boleh menolong cikgu melakukan sesuatu tugas untuk meringankan beban tugas cikgu. Nurul : Semoga kita sentiasa mengenang jasa guru. Praktis 3 Grafik di bawah menunjukkan sebahagian daripada maklumat berkaitan pencemaran alam sekitar. Berdasarkan maklumat tersebut, tulis pendapat anda tentang alam sekitar. Panjang huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Pencemaran Alam Mengganggu kesihatan hidupan Suhu dunia meningkat Bencana alam berlaku PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


18 Karangan Respons Terhad 2 Praktis 4 Grafik di bawah menunjukkan sebahagian daripada maklumat berkaitan gaya hidup sihat. Berdasarkan maklumat tersebut, tulis pendapat anda tentang kehidupan yang bahagia dengan gaya hidup sihat. Panjang huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


19 Karangan Respons Terhad 2 Praktis 5 Grafik di bawah menunjukkan sebahagian daripada maklumat berkaitan pandemik COVID-19. Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang penyakit yang berbahaya. Panjang huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


20 Karangan Respons Terhad 2 Praktis 6 Grafik di bawah menunjukkan sebahagian daripada maklumat berkaitan gejala ponteng sekolah. Berdasarkan maklumat tersebut, tulis pendapat anda tentang ponteng sekolah dalam kalangan murid. Panjang huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG * Sekolahku Syurgaku * Murid Didahului Keselamatan Diutamakan * Muridku Anakku * Masih Ada yang Sayang * Guru Sayang Murid Sebab-sebab ponteng sekolah Berjaga hingga lewat malam Tidak berminat terhadap pelajaran Pengaruh rakan sebaya Kurangnya pemantauan daripada ibu bapa Bermedia sosial hingga lewat malam PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


21 Karangan Respons Terhad 2 Praktis 7 Maklumat di bawah berkaitan dengan banjir. Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang banjir. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. KOTA BELUD – Tindakan persiapan sebelum banjir ialah keluarga yang membuat pengurusan awal risiko bencana bukan sahaja dapat membantu untuk melancarkan proses menyelamat oleh pihak berkuasa malah dapat memberi keselesaan kepada mangsa sendiri. Selain itu, program pengurusan risiko bencana peringkat komuniti di daerah ini amat penting dalam usaha memupuk kesedaran masyarakat sebelum berlaku sesuatu insiden. Persediaan awal barangan keperluan seperti pakaian, bantal, tuala, ubat-ubatan dan telefon, penting sementara menunggu bantuan daripada pihak berkuasa dan pihak persendirian (NGO). Setiap keluarga harus melatih diri untuk menyediakan semua barangan penting itu di dalam beg kecemasan agar mudah dibawa ketika menghadapi bencana. Walaupun insiden bencana sukar diramal atau dielakkan namun kerajaan sentiasa melakukan persediaan dan langkah terbaik untuk mengurangkan risiko serta menjaga kebajikan rakyat. (Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2018/02/389106/pupukkesedaran-pengurusan-awal-risiko-bencana) PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


22 Karangan Respons Terbuka 3 3.1 Info Asas Karangan 1 Soalan karangan respons terbuka dikemukakan dalam Kertas 1, Bahagian B peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. 2 Pendekatan untuk bahagian ini boleh dilihat dalam jadual di bawah. Kertas 1103/1 Markah 70 markah Masa 1 jam 30 minit Jumlah Perkataan Jumlah perkataan 350 hingga 500 patah perkataan 3 Karangan Bahagian B terdiri daripada empat item soalan yang merangkumi: (a) domain awam; (b) domain peribadi; (c) domain pendidikan; (d) domain kerjaya. Unit 3 Karangan Respons Terbuka Peringatan • Disarankan calon menulis karangan hingga mencecah 500 patah perkataan untuk mendapatkan tahap cemerlang. • Awas! Jangan mengarang melebihi masa tentatif – khuatir karangan Bahagian A tidak sempat dihabisi atau mengarang ala kadar. (Ada calon mengarang karangan Bahagian B dahulu, kemudian karangan Bahagian A) • Sekiranya karangan calon kurang daripada 350 patah perkataan, dikhuatiri markah yang sepatutnya cemerlang akan turun tahap markah. Peringatan Tidak semestinya keempat-empat domain diuji dalam SPM. Berkemungkinan ada dua atau tiga domain sahaja yang diuji dalam SPM. (Satu atau dua domain yang sama diuji) PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


23 Karangan Respons Terbuka 3 3.2 Pembentukan Karangan 1 Sebaik-baiknya calon menulis enam perenggan untuk menghasilkan sebuah karangan yang cemerlang. 2 Walau bagaimanapun, tujuh perenggan dibolehkan untuk menambah jumlah patah perkataan oleh murid berminda sederhana untuk mencukupi 350 patah perkataan. 3 Perenggan-perenggan tersebut adalah seperti berikut. Perenggan 1 Pendahuluan Bagi murid cemerlang, tiga isi sudah memadai. Perenggan 2 Isi, huraian, contoh dan ayat penegasan isi 1 Perenggan 3 Isi, huraian, contoh dan ayat penegasan isi 2 Perenggan 4 Isi, huraian, contoh dan ayat penegasan isi 3 Perenggan 5 Isi, huraian, contoh dan ayat penegasan isi 4 Perenggan 6 Penutup 4 Kira dan catat jumlah perkataan pada akhir karangan anda. (sebelah kanan) 3.3 Panduan Menjawab Karangan 1 Para calon mesti membaca dan menghayati atau menganalisis kehendak soalan (a) Baca keempat-empat soalan dengan teliti terlebih dahulu. Jangan terus menulis karangan tanpa menghayati kehendak soalan. (b) Setelah itu, pilih satu soalan yang anda betul-betul faham dan hayati kehendak soalan pilihan anda. (c) Garis isu soalan, kehendak soalan dan fikir format soalan yang anda pilih agar tidak tersilap atau tersasar. 2 Mencatat kerangka karangan (Setelah membaca dan menghayati atau menganalisis kehendak soalan) (a) Tujuan membuat kerangka karangan: memudahkan calon mengarang dengan lancar di samping menyusun isi secara kronologi (susunan keutamaan isi) serta mengelakkan karangan calon daripada terpesong. (b) Peruntukkan masa antara 6 minit hingga 10 minit untuk mencatat kerangka karangan. (c) Berfikir dan mencatat isi-isi secara ringkas (secara fakta), huraian ringkas, contoh dan peribahasa. 3 Pembentukan/Penulisan Karangan (setelah merangka karangan) (a) Pendahuluan (i) Mulakan ayat dengan istilah yang diterima pakai tetapi menarik hati pembaca khasnya pemeriksa. (ii) Kehendak soalan atau tema soalan mestilah dikaitkan dengan isu semasa. (iii) Selitkan peribahasa atau slogan atau kempen kerajaan (menunjukkan anda berilmu luas). (iv) Anda boleh menggunakan ayat persoalan berkaitan tema soalan. (v) Bina ayat penegasan kehendak soalan. (vi) Pemanis karangan: sila guna penanda wacana. (b) Isi-isi (Perenggan 2, 3, 4, 5 atau 6) (i) Ayat isi/ayat idea: dicatat pada awal ayat setiap perenggan baharu. Peringatan • Murid cemerlang: isi – boleh mengambil 3 atau 4; huraian – meluas – awas jumlah perkataan cuma boleh lebih sebanyak 20 patah kata, iaitu antara 350–520 patah kata. • Murid sederhana dan lemah: isi – boleh ambil 4 atau 5; huraian – sederhana untuk kecukupan jumlah perkataan, iaitu antara 350 hingga 500 patah kata. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


24 Karangan Respons Terbuka 3 (ii) Ayat huraian isi: penjelasan terhadap isi dengan jelas – idea itu dihuraikan secara perluasan ilmu dan berfokus dengan isi. (iii) Ayat contoh: nyatakan contoh dalam ayat lengkap atau gramatis, iaitu ada subjek dan predikat. Contoh mesti jelas, iaitu sesuai dengan isi yang diberi. (iv) Ayat peribahasa: catatkan peribahasa yang sesuai dalam huraian dan sesuai dengan isi. Guna ayat penuh peribahasa. Contoh: Semangat menabung hendaklah disemai oleh ibu bapa terhadap anak-anak sejak kecil seperti peribahasa melentur buluh, biarlah waktu rebung. (cara menulis ayat peribahasa yang betul) Contoh di bawah adalah cara menulis ayat peribahasa yang SALAH kerana ayat peribahasa adalah tergantung. Calon hendaklah mengelak daripada menulis ayat sebegini. Semangat menabung hendaklah disemai oleh ibu bapa terhadap anak-anak sejak kecil. Bak peribahasa melentur buluh, biarlah waktu rebung. (cara menulis ayat peribahasa yang salah) ... Ayat Tergantung (AT) (v) Ayat penegasan isi: Menegaskan semula isi yang diberi tadi. Contoh 1: Tuntasnya, anak-anak akan terbiasa menabung apabila ibu bapa menyemaikan sikap menabung sejak mereka kecil. Contoh 2: Jelaslah bahawa peranan ibu bapa mendidik anak-anak menabung sejak kecil dapat menyemai semangat menabung dalam kalangan remaja masa ini. (c) Penutup/Kesimpulan (i) Beri pandangan/pendapat anda terhadap tema/kehendak soalan. (ii) Beri beberapa cadangan anda terhadap tema/isu soalan. (iii) Beri harapan anda terhadap tema/isu/kehendak soalan. (iv) Selitkan ayat peribahasa. 3.4 Skop/Domain Karangan Domain Awam Berurusan dengan perkhidmatan awam, badan pentadbiran, aktiviti sosial dan budaya dalam masyarakat. Domain Peribadi Berinteraksi dengan keluarga, kawan-kawan, jiran dan masyarakat sekeliling. Domain Pendidikan Berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran khusus. Domain Kerjaya Berkaitan dengan aktiviti yang melibatkan persediaan menyertai alam kerjaya. 3.5 Panduan Karangan Cemerlang 1 Pendahuluan mestilah menarik. (Rujuk 3.3, no. 3 – Pembentukan/Penulisan Karangan) 2 Guna penanda wacana dengan betul dan tepat untuk menunjukkan kesinambungan isi dan huraian. 3 Menyelitkan ayat peribahasa yang sesuai dan tepat. (Rujuk 3.3, no. 3[b]) 4 Jadual Kriteria karangan cemerlang: Peringatan Tidak semestinya keempat-empat domain diuji dalam SPM. berkemungkinan ada dua atau tiga domain sahaja yang diuji dalam SPM untuk mewakili empat soalan tersebut. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


25 Karangan Respons Terbuka 3 Takrif Tepat ikut kehendak soalan Isi Cukup, ada huraian dan contoh Bahasa Lancar dan gaya bahasa menarik, penanda wacana serta variasi ayat tepat Pengolahan Matang, dapat menghuraikan isi dengan jelas Pemerengganan Teratur dan seimbang Bilangan perkataan Lebih 350 patah perkataan Kesalahan bahasa Sangat sedikit Peribahasa/kata-kata hikmah/slogan/cogan kata/ frasa menarik Sekurang-kurangnya dua dan menepati isi yang dibincangkan Penggunaan kata atau istilah menarik Perkataan yang diterima pakai 5 Contoh penggunaan kata atau istilah menarik dalam karangan untuk menghasilkan karangan yang baik. Perkataan/Istilah Menarik • Marcapada – dewasa ini • Izharnya – jelaslah • Intiha – kesimpulan • Sinergi – kerjasama padu • Wadah – alat Slogan/Cogan Kata/Program/Kempen Kerajaan • Cintai Sungai Kita • Biar Lambat Asalkan Selamat • Pandu Cermat Jiwa Selamat • Ops Sikap • Cintai Alam Sekitar • Modal Insan • Kepimpinan Melalui Teladan • Minda Kelas Pertama Peribahasa/Ungkapan • Bagai mencurah air di daun keladi – nasihat tidak diterima • Ada udang di sebalik batu – buat sesuatu ada niat tersembunyi • Alah bisa tegal biasa – hilang kesusahan kerana telah biasa • Bumi mana tidak ditimpa hujan – setiap orang melakukan kesalahan • Indah khabar daripada rupa – berita didengar tidak sama dengan realiti • Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing – bekerjasama menyelesaikan sesuatu masalah/pekerjaan • Harapkan pegar, pegar makan padi – harapkan seseorang tetapi orang itu merosakkan • Kalau hendak seribu daya, kalau tak hendak, seribu dalih – pelbagai helah/alasan diberi kerana malas/tidak mahu melakukan • Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang – rezeki yang dicari tidak cukup • Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri – orang yang PENERBIT tidak suka mendengar nasihat ILMU BAKTI SDN. BHD.


26 Karangan Respons Terbuka 3 Penanda Wacana (Perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi merangkai ayat untuk melanjutkan sesuatu maklumat) 1 Memulakan karangan • Pada era globalisasi ini, • Pada zaman pascakemerdekaan ini, • Dalam meniti arus kemodenan ini, • Dewasa ini, • Pada masa ini, • Kini, • Dasawarsa ini, • Dalam meniti kehidupan pada marcapada, • Sejak sedekad yang lalu, • Sejak negara menikmati arus kemerdekaan, • Kebelakangan ini, • Belakangan ini, • Sejak akhir-akhir ini, 2 Memulakan isi baharu • Selain itu, • Di samping itu, • Sementara itu, • Lebih-lebih lagi, • Dalam pada itu, • Lain daripada itu, • Pada waktu yang sama, • Dalam pada itu, • Seterusnya, • Selanjutnya, 3 Memulakan huraian isi karangan • Hal ini demikian kerana • Hal ini berlaku kerana • Hal ini terjadi kerana • Hal ini disebabkan oleh • Hal ini wujud akibat daripada • Hal ini bersangkut-paut dengan • Hal ini berpunca daripada • Hal ini tercetus apabila 4 Memulakan huraian contoh (Kesan) • Hal ini mengakibatkan • Hal ini menyebabkan • Oleh itu, • Maka, • Oleh hal yang demikian, • Oleh sebab itu, • Jelaslah bahawa • Justifikasinya, 5 Memulakan contoh dalam karangan • Misalnya, • Contohnya, • Sebagai contoh, • Tamsilnya, • Sebagaimana yang kita sedia maklum, • Antaranya adalah seperti, PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


27 Karangan Respons Terbuka 3 6 Memulakan penutupan isi • Kesannya, • Tegasnya, • Akibatnya, • Dengan itu, • Akhirnya, • Dengan berbuat demikian • Dengan keadaan sedemikian, • Natijahnya, • Tuntasnya, • Izharnya, 7 Menyambung dua ayat huraian dalam satu ayat Contoh ayat: Masalah gejala sosial bukan sahaja memeningkan minda ibu bapa malahan membuatkan ibu bapa berasa takut akan keselamatan anak remaja mereka. • justeru • malah • malahan • tambahan pula • sementelahan • sekali gus • di samping 8 Menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza • Walau bagaimanapun, • Namun demikian, • Walakin itu, (meskipun/sungguhpun/walaupun) • Kontradiksinya, (berlawanan/bertentangan) • Jika dilihat dari sudut lain, • Dengan kata lain, • Daripada perspektif yang berbeza, • Di sebalik itu, • Dalam pada itu, • Dari sudut lain, 9 Memulakan atau memasukkan peribahasa (Ayat Peribahasa lengkap/gramatis: rujuk Ayat peribahasa) • Fenomena ini setara dengan peribahasa, ... • Bak kata peribahasa Melayu, ... • Bak kata mutiara, ... • Bak kata orang tua-tua, ... • ... bak Peribahasa, ... • Hal ini sesuai bak kata cendekiawan, ... • Situasi ini persis kata peribahasa, ... • Persis kata peribahasa Melayu, ... • Persis kata orang tua-tua, ... • Persis kata mutiara, ... • Persis peribahasa, ... • ... seperti peribahasa … 10 Memulakan perenggan penutup • Intihanya, • Kesimpulannya, • Secara tuntas, • Konklusinya, • Secara total, • Sebagai penghias bicara akhir, • Sebelum mengakhiri wacana ini, • Secara keseluruhan, • Sebagai penutup wacana, PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


28 Karangan Respons Terbuka 3 3.6 Skema Pemarkahan Tentatif Peringkat Markah Kriteria Cemerlang 60 – 70 Atas (65 – 70) (60 – 64) Bawah • Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat. • Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis. • Ejaan dan tanda baca betul. • Laras bahasa sesuai dengan tugasan. • Penggunaan kosa kata luas dan tepat. • Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas dan matang, disertakan dengan contoh yang sesuai. • Pengolahan amat menarik dan berkesan serta pemerengganan sesuai. • Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan — penggunaan unsur bahasa bervariasi. • Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa. Kepujian 50 – 59 Atas (55 – 59) (50 – 54) Bawah • Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat. • Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum. • Ejaan dan tanda baca betul. • Laras bahasa sesuai dengan tugasan. • Penggunaan kosa kata luas dan tepat. • Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas dan matang, disertakan dengan contoh yang sesuai. • Pengolahan menarik dan berkesan serta pemerengganan sesuai. • Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan — penggunaan unsur bahasa bervariasi. • Gaya bahasa masih menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa. Baik 40 – 49 Atas (45 – 49) (40 – 44) Bawah • Penggunaan pelbagai jenis kata yang sesuai. • Penggunaan pelbagai ayat majmuk gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum. • Penggunaan kosa kata umum. • Laras bahasa sesuai mengikut tugasan. • Idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi masih jelas dan contoh masih sesuai. • Wacana masih lengkap. • Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi. • Gaya bahasa kurang menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan kurang berkesan. • Pengolahan masih menarik serta pemerengganan masih sesuai. Memuaskan 30 – 39 Atas (35 – 39) Bawah • Penggunaan pelbagai jenis kata terhad. • Ayat kurang gramatis. • Ejaan dan tanda baca betul tetapi terdapat kesalahan yang minimum. • Laras bahasa kurang sesuai. • Idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi kurang. • Jelas dan contoh kurang sesuai. • Wacana masih/kurang lengkap. • Penggunaan unsur bahasa kurang bervariasi. • Gaya bahasa kurang menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan kurang berkesan. • Pengolahan kurang menarik serta pemerengganan kurang sesuai. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


29 Karangan Respons Terbuka 3 Peringkat Markah Kriteria Kurang memuaskan 20 – 29 Atas (25 – 29) (20 – 24) Bawah • Penggunaan kata kurang tepat. • Ayat tidak gramatis tetapi masih difahami. • Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara. • Idea masih relevan/idea bercampur aduk dan huraian. • Tidak jelas/tidak berkembang dan contoh tidak sesuai. • Pengolahan tidak menarik. • Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak seimbang. • Unsur bahasa tidak bervariasi/lemah. • Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan lemah. Tahap pencapaian minimum 01 – 19 Atas (10 – 19) (01 – 09) Bawah • Keseluruhan menunjukkan penggunaan kata dan ayat-ayat tidak gramatis. • Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara. • Idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas/tidak berkembang dan contoh tidak sesuai. • Pengolahan tidak menarik. • Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak seimbang dan tidak sesuai. • Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan lemah serta tidak menarik. • Keseluruhan karangan sukar/tidak difahami. 3.7 Petua Bijak Mengarang Pengisian dan Pengembangan Pendahuluan Pendahuluan Ayat isu semasa berelevan dengan soalan Ayat sebab isu berlaku Ayat perkembangkan isu Ayat definisi atau ayat contoh Ayat peribahasa/slogan/program kerajaan Ayat impak (ayat perkembangan isu) Ayat penegasan kehendak soalan Ayat isu semasa ... Hal ini demikian kerana ... (sebab) Oleh itu, ... (bagaimana) Tamsilnya, ... ... bak pepatah ... Impaknya, ... Tegasnya, ... (Sesuai menggunakan petua: TeHCUP/TeHsecakeCUP) Pengisian dan Pengembangan Isi Petua: • TeHCUP (untuk murid sederhana/lemah) • TeHsecakeCUP (untuk murid cemerlang) PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


30 Karangan Respons Terbuka 3 TeHCUP Isi Ayat Tema/Topik (Isi/Idea) Ayat Huraian 1 Ayat Huraian 2 Ayat Huraian 3 Ayat Contoh Ayat Ungkapan/Slogan/Program Kerajaan Ayat Penegasan Ayat Topik/Tema (Isi/Idea) Te H C U P TeHsecakeCUP Menyatakan isi utama Menyatakan sebab (se) – Hal ini demikian kerana ... Menyatakan cara (ca) – Oleh itu, ... Menyatakan kesan ... (ke) – Impaknya ... Tamsilnya, ... ... seperti peribahasa ... Tuntasnya, ... Te H se ca ke C U P Peringatan 1 Pelajar cemerlang: boleh membuat huraian lebih daripada satu – AYAT HURAIAN 1, AYAT HURAIAN 2 dan AYAT HURAIAN 3. 2 Pelajar sederhana dan lemah: boleh membuat satu atau dua huraian terhadap AYAT HURAIAN 1 atau AYAT HURAIAN 2 atau AYAT HURAIAN 3. 3 Kedudukan fleksibel – H C U (kedudukan boleh berubah) Pengisian dan Pengembangan Penutup 1 Beri pandangan/pendapat anda terhadap tema/kehendak soalan. 2 Beri beberapa cadangan anda terhadap tema/isu soalan. 3 Beri harapan anda terhadap tema/isu/kehendak soalan. 4 Selitkan ayat peribahasa. (Sesuai menggunakan petua: TeHCUP/TeHsecakeCUP) 3.8 Contoh Menjawab Soalan Karangan Contoh Soalan (Domain Peribadi) Panjangnya karangan anda hendaklah antara 350 sehingga 500 patah perkataan. Memandangkan situasi ekonomi negara dan dunia tidak menentu maka sudah pasti ekonomi sesebuah keluarga turut terjejas. Suatu pendekatan harus diambil oleh sesebuah keluarga untuk menangani kemelut tersebut. Petikan di atas menyatakan bahawa situasi ekonomi sekarang yang tidak menentu menyebabkan ekonomi sesebuah keluarga turut terjejas. Pada pandangan anda, apakah peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk membudayakan amalan menabung dalam kalangan anak-anak? Jom Mengarang 1 Garis isu soalan, kehendak soalan dan fikir format soalan yang anda pilih agar tidak tersilap atau tersasar. Isu soalan: • Situasi ekonomi negara dan dunia tidak menentu. • Ekonomi keluarga turut terjejas. Kehendak soalan: • Peranan ibu bapa memupuk budaya amalan menabung dalam kalangan anakanak. Format soalan: • Perbincangan PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


31 Karangan Respons Terbuka 3 2 Mencatat kerangka pendahuluan Pendahuluan (rujuk Pembentukan/Penulisan Karangan) • Era Globalisasi, dunia semakin maju dan kos hidup meningkat • Kini, situasi ekonomi dunia tidak menentu – banyak negara terjejas tahap ekonomi • Ekonomi keluarga turut terjejas • Konsep penjimatan seperti peribahasa berjimat cermat amalan kita mesti diamalkan di samping tabungan keluarga amat penting • Persoalannya, siapakah yang berperanan dominan dalam usaha menggalakkan anak-anak mengamalkan budaya menabung? • Tuntasnya, ibu bapa semestinya menggalas peranan dominan menggalakkan anak-anak mengamalkan budaya menabung 3 Mencatat kerangka isi (a) Ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak Te • anak-anak memerhati dan mencontohi perihal kehidupan ibu bapa H se • ibu bapa mengamalkan kehidupan berjimat cermat dan menabung H ca • anak-anak akan menjadikan ibu bapa mereka sebagai ikon kehidupan yang positif H ke • anak-anak akan mengikut jejak kehidupan positif ibu bapa – membeli hanya yang perlu dan berjimat cermat C • bapa borek anak rintik, peribahasa bagaimana acuan, begitulah kuihnya U • ibu bapa mesti mampu menjadi contoh terbaik kepada anak-anak. P (b) Menerap budaya menabung sejak di bangku sekolah rendah Te • Sewaktu anak-anak masih kecil, mereka sangat mematuhi kata-kata dan nasihat ibu bapa H se • mudah berakar umbi dalam hati anak-anak – peribahasa melentur buluh biarlah waktu rebung U • mengatur cara anak menabung lebihan wang sekolah H ca • ibu bapa menyediakan atau membelikan tabung yang menarik corak atau bentuknya – menarik minat anak menabung H ca • anak-anak akan terbiasa menabung wang lebihan C • semangat menabung sejak di bangku sekolah rendah mendorong mereka menyimpan wang keperluan semasa kecemasan dan masa depan walaupun telah dewasa P (c) Ibu bapa perlu mengajar anak-anak menguruskan wang dengan cekap Te • Elakkan membazir dalam kehidupan H se – membazir itu amalan syaitan U • tidak membeli makanan berlebihan H ca • menasihati anak-anak menyimpan wang lebihan ke dalam tabung di rumah H ke • pengurusan wang yang cekap membolehkan anak-anak menabung wang lebihan P (d) Membuka akaun bank untuk anak-anak Te • anak-anak akan lebih bersemangat menabung walaupun wangnya sedikit H se – bak kata pepatah sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain U • membawa anak-anak ke kempen yang dianjurkan oleh pihak kerajaan dan juga bukan kerajaan (NGO) (H ca) Antara kempen yang boleh dianjurkan ialah kempen menabung – aktiviti pembukaan buku simpanan seperti ‘Kelab Taha’ oleh Tabung Haji C • anak-anak akan menabung wang mereka terutamanya apabila mendapat wang raya pada musim perayaan H ke • anak-anak akan terbiasa menabung apabila mereka dewasa – terbit pula sikap perbelanjaan berhemah H ke – alah bisa tegal biasa U • pembukaan akaun bank untuk anak-anak mejadi pendorong mereka menyimpan wang dan tidak membazir P PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


32 Karangan Respons Terbuka 3 4 Mencatat kerangka penutup • Kegawatan ekonomi tidak dapat dielakkan • Peranan ibu bapa amatlah efektif membudayakan amalan menabung dalam kalangan anak-anak • Amalan menabung dapat melatih anak-anak berbelanja secara berhemah, tidak membazir • Harapan – ibu bapa bersungguh-sungguh membudayakan amalan menabung dalam keluarga bak kata pepatah, genggam bara api, biar sampai jadi arang • Tidak seperti melepaskan batuk di tangga Contoh Karangan Lengkap Dunia menuju ke era globalisasi. Ini bermakna banyak negara berjuang merebut status negara maju. Semakin maju dunia bermakna sesebuah negara turut bertambah maju. Sinonim dengan era globalisasi, sudah pasti kos hidup sesebuah negara semakin meningkat. Oleh itu, kita hendaklah mengamalkan budaya berjimat cermat seperti peribahasa berjimat cermat amalan kita mesti diamalkan, iaitu membuat penabungan. Persoalannya, siapakah yang berperanan dominan dalam usaha menggalakkan anakanak mengamalkan budaya menabung? Tuntasnya, ibu bapa semestinya menggalas peranan dominan menggalakkan anak-anak mengamalkan budaya menabung. Peranan dominan ibu bapa adalah menjadi suri teladan kepada anak-anak. Hal ini demikian kerana anak-anak memerhati dan mencontohi perihal kehidupan ibu bapa seharian. Oleh itu, ibu bapa seharusnya menunjukkan teladan yang positif kepada anak-anak seperti mengamalkan kehidupan berjimat-cermat dan suka menabung. Justeru, anak-anak akan menjadikan ibu bapa mereka sebagai ikon dalam kehidupan yang positif sejak kecil sehinggalah mereka dewasa. Perilaku ibu bapa yang positif akan diteladani oleh anak-anak seperti peribahasa bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Peranan ibu bapa tidaklah setakat itu sahaja malah ibu bapa mesti menerapkan budaya menabung terhadap anak-anak sejak di bangku sekolah rendah. Hal ini demikian kerana, sewaktu kecil mereka sangat mematuhi kata-kata atau nasihat ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa boleh juga mengatur cara anakanak menabung wang lebihan sekolah pada setiap hari. Impaknya, segala nasihat akan mudah berakar umbi dalam sanubari anak-anak seperti peribahasa melentur buluh biarlah waktu rebung. Anak-anak akan lebih bersemangat apabila ibu bapa membelikan tabung yang menarik bentuknya. Tuntasnya, penerapan budaya menabung dalam kehidupan anak-anak sejak kecil amat efektif dan akan terbiasa menabung apabila mereka dewasa. Selanjutnya, ibu bapa perlu mengajar anak-anak menguruskan wang dengan cekap. Hal ini demikian kerana anak-anak lazimnya akan boros dalam kehidupan mereka seperti membeli rokok, tambah nilai telefon bimbit, dan alat solekan. Akibatnya, ibu bapa terpaksa memperuntukkan wang yang banyak untuk perbelanjaan anak-anak mereka. Justeru, ibu bapa seharusnya mendidik anak-anak melakukan perbelanjaan berhemah. Ibu bapa seharusnya menunjuk ajar dan menasihati secara kerap agar membeli sesuatu barang yang diperlukan sahaja. Impaknya, sikap berjimat-cermat dapat dipupuk dalam kalangan anak-anak. Secara tersiratnya, anak-anak akan sedar kepentingan berjimat cermat dan seterusnya menyimpan atau menabung wang lebihan walaupun sedikit seperti peribahasa berdikit-dikit, lama-lama menjadi bukit. Tidak dapat dapat dinafikan bahawa usaha ibu bapa menggalakkan anak-anak membuka akaun bank mampu menyemarakkan semangat menabung dalam kalangan anak-anak. Hal ini demikian kerana anak-anak tidak akan menyimpan wang sekiranya tiada galakan daripada ibu bapa seperti membuka akaun bank. Oleh itu, ibu bapa bolehlah memberi sokongan terhadap usaha pihak Tabung Haji, iaitu menjalankan program penggalakan penabungan seperti ‘Kelab Taha’. Impaknya, anak-anak akan lebih bersemangat menabung walaupun wangnya sedikit demi sedikit bak kata pepatah sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain. Di samping itu, anak-anak akan terbiasa menabung apabila mereka dewasa ekoran terbitnya sikap perbelanjaan berhemah seperti peribahasa alah bisa tegal biasa. Tegasnya, pembukaan akaun bank untuk anak-anak menjadi pendorong mereka menyimpan wang dan tidak membazir. Intihanya, sesungguhnya kegawatan ekonomi tidak dapat dielakkan. Apabila dunia dilanda kegawatan ekonomi maka negara turut berada dalam lingkungannya. Hatta, ekonomi sesebuah keluarga PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


33 Karangan Respons Terbuka 3 turut terpalit. Justeru, demi mengurangkan keterpalitan itu maka peranan ibu bapa amatlah efektif membudayakan amalan menabung dalam kalangan anak-anak. Impaknya, perbuatan membazir dapat dibendung. Sudah terang lagi bersuluh, kesungguhan ibu bapa membudayakan amalan menabung dalam kehidupan berkeluarga amatlah penting bak kata pepatah, genggam bara api, biar sampai jadi arang dan tidak seperti melepaskan batuk di tangga. (524 patah perkataan) 3.9 Contoh Model Karangan Berdasarkan Domain Model 1 (Domain Awam) Panjangnya rencana anda hendaklah antara 350 sehingga 500 patah perkataan. Isu alam sekitar sudah menjadi pengetahuan umum bahawa persekitaran yang bersih boleh menjamin keselesaan dan kesejahteraan hidup penghuninya. Walau bagaimanapun, keadaan persekitaran yang bersih adalah alam sekitar yang bebas dari sebarang bentuk pencemaran yang memerlukan usaha pemeliharan berterusan dilakukan. Walaupun pelbagai usaha telah dan sedang dilaksanakan, namun alam sekitar masih menghadapi masalah yang semakin serius. Antara masalah berkaitan alam sekitar adalah pencemaran udara, pencemaran air di sungai, kekurangan bekalan air, pencemaran laut dan penggondolan hutan (Harris, 2006). Banyak kajian merumuskan bahawa isu pencemaran alam sekitar ini berpunca daripada perlakuan aktiviti manusia sendiri. Alam sekitar tercemar kerana aktiviti manusia yang lebih mementingkan keuntungan tanpa memikirkan kesan ke atas persekitaran dan kehidupan pada masa hadapan (Aminuddin Hassan etal, 2009). Ia juga berkaitan nilai dan cara hidup yang tidak mesra kepada penjagaan persekitaran (Sardar and Ziauddin, 1985). (Jurnal Melayu (5)2010: 71–86 Mohd Yusof Hj. Abdullah, Latiffah Pawanteh, Sharifah Mastura Syed Abdullah, dan Normah Mustaffa) Berdasarkan Jurnal di atas, banyak kajian merumuskan bahawa isu pencemaran alam sekitar ini berpunca daripada perlakuan aktiviti manusia itu sendiri. Sehubungan dengan itu, anda dikehendaki menulis sebuah rencana tentang cara-cara menjaga alam sekitar. Tulis rencana tersebut selengkapnya. Kerangka Karangan Pendahuluan • Alam sekitar merupakan nyawa makhluk hidup - meneruskan kelangsungan kehidupan • Pencemaran alam merupakan isu yang sering menjadi buah mulut • Melaksanakan pelbagai usaha untuk memastikan alam sekitar terpelihara • Pelbagai pihak mengorak langkah memulihara alam sekitar agar tidak dicemarkan pada tahap kronik Isi-isi Penting 1 Pihak berwajib menghukum individu atau organisasi yang telah didapati bersalah mencemarkan alam • mengambil tindakan tegas terhadap pelaku pencemaran alam sekitar • menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada – Hukuman yang dikenakan hendaklah setimpal dengan kesalahan – tanpa sikap memilih bulu (pilih kasih) • memberi pengajaran kepada pelaku pencemaran dan tidak akan mengulangi perbuatan negatif tersebut • mestilah lebih tegas dalam usaha mengenakan hukuman yang wajar PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


34 Karangan Respons Terbuka 3 2 Pihak sekolah hendaklah memperkenalkan pendidikan alam sekitar kepada murid-murid sekolah • murid sekolah seharusnya diberi kesedaran tentang kepentingan alam sekitar • Kurikulum Pendidikan Alam Sekitar melibatkan pelbagai aspek yang menjurus ke arah pengekalan alam yang sejahtera digubal • didedahkan dengan pengetahuan tentang alam sekitar dengan lebih sistematik bak kata pepatah melentur buluh biarlah waktu rebung • pengenalan pendidikan alam sekitar di peringkat sekolah merupakan satu langkah bijak 3 Menerusi usaha-usaha pemuliharaan oleh pihak kerajaan, agensi bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat setempat • hutan menjadi gondol lalu berlaku kejadian tanah runtuh dan banjir • Kesepaduan pelbagai pihak bagai aur dengan tebing ini boleh dijelmakan menerusi program pemuliharaan semula alam sekitar • ditanam semula dengan anak-anak pokok • rakyat perlu mengamalkan kitar semula • dapat menyelamatkan alam sekitar seperti pokok dan dapat pula mengurangkan bencana alam • amalan menanam anak-anak pokok dan kitar semula dapat memulihara alam sekitar Penutup/Kesimpulan • Alam sekitar dan manusia tidak dapat dipisahkan umpama irama dengan lagu • Alam sekitar adalah tanggungjawab kita bersama • Bergabung tenaga ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk memikul amanah menjaga dan memelihara alam sekitar kita • Kita juga mestilah memberi sokongan penuh terhadap program kerajaan Karangan Penuh Cara-cara Menjaga Alam Sekitar Oleh: Nurul Jannah binti Abdullah Alam sekitar merupakan nyawa makhluk hidup di bumi ini. Pertautan alam sekitar dengan makhluk hidup umpama aur dengan tebing, iaitu saling memerlukan untuk meneruskan kelangsungan kehidupan yang lestari. Malangnya, sifat tamak telah menimbulkan pelbagai onak dari tangan-tangan manusia yang durjana. Pencemaran alam menjadi isu yang sering menjadi buah mulut masyarakat dan menerusi media sosial. Impaknya, gejala ini telah menyebabkan pelbagai pihak berasa bimbang. Sebelum kudis menjadi tokak, maka wajarlah pelbagai pihak mengorak langkah memulihara alam sekitar agar tidak tercemar sehingga tahap kronik. Salah satu langkah pragmatik yang dapat digunakan untuk mengatasi pencemaran alam ialah pihak berwajib menghukum individu atau organisasi yang telah didapati bersalah mencemarkan alam sekitar. Hal ini demikian kerana pihak kerajaan berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pelaku pencemaran alam sekitar. Yakni, pihak berwajib seperti Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar wajar menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada untuk menghukum pihakpihak yang berkenaan setimpal dengan kesalahan pihak terbabit mencemarkan alam tanpa memilih bulu dan dilakukan secara tekal serta tidak seperti melepaskan batuk di tangga. Tindakan tegas ini akan memberi pengajaran kepada pelaku pencemaran dan tidak akan mengulangi perbuatan negatif tersebut. Tuntasnya, pihak berwajib mestilah lebih tegas dalam usaha mengenakan hukuman yang wajar terhadap pihak yang melakukan pencemaran. Bagi mendokong aspirasi negara, pihak sekolah hendaklah memperkenalkan pendidikan alam sekitar kepada murid-murid sekolah. Hal ini bertujuan untuk menyemaikan kesedaran secara lebih efektif khususnya murid yang belajar di sekolah rendah, bak kata pepatah melentur buluh biarlah waktu rebung. Oleh itu, Kurikulum Pendidikan Alam Sekitar boleh diselitkan dalam mata pelajaran lain dan boleh juga dijadikan mata pelajaran khusus. Impaknya, sejak kecil mereka diberikan pendedahan sedemikian, apabila dewasa nanti mereka akan berasa lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar. Konklusinya, pengenalan pendidikan alam sekitar di peringkat sekolah merupakan satu langkah bijak untuk mengatasi pencemaran alam. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


35 Karangan Respons Terbuka 3 Strategi pemantapan lestari alam sekitar boleh dilakukan menerusi usaha-usaha pemuliharaan oleh pihak kerajaan, agensi bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat setempat. Hal ini demikian kerana pembalakan haram telah menyebabkan pasak bumi, iaitu hutan menjadi gondol lalu berlaku kejadian tanah runtuh dan banjir. Oleh itu, kesepaduan pelbagai pihak bagai aur dengan tebing ini boleh dijelmakan menerusi program pemuliharaan semula alam sekitar. Hutan yang telah digondolkan haruslah ditanam semula dengan anak-anak pokok serta membudayakan amalan kitar semula seperti seperti tin, besi buruk, botol, kertas dan barangan plastik. Impaknya, menerusi kitar semula, rakyat yang rajin dan kreatif serta inovatif akan dapat menambah pendapatan keluarga seperti peribahasa sambil menyelam minum air. Pendek kata, amalan menanam anak-anak pokok dan kitar semula dapat memulihara alam sekitar di negara kita. Akhirulkalam, alam sekitar dan manusia tidak dapat dipisahkan umpama irama dengan lagu, iaitu alam sekitar dan manusia saling memerlukan. Semua pihak haruslah bersinergi bergabung tenaga ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni untuk memikul amanah memelihara alam sekitar kita. Kita juga mestilah memberi sokongan penuh terhadap program kerajaan menjaga alam sekitar seperti program “Rakan Alam Sekitar”, “Teknologi Hijau”, “Sayangi Sungai Kita”, “Bumi Hijau”, “Kitar Semula” dan lain-lain. Diharapkan komitmen jitu daripada pelbagai pihak dapat melestarikan keindahan alam sekitar dan menjadi platform kepada kesihatan rakyat di negara kita bertepatan dengan cogan kata ‘Negara Bersih, Rakyat Sihat’. (474 patah perkataan) Model 2 (Soalan 1: Domain Awam) Panjangnya karangan anda hendaklah antara 350 sehingga 500 patah perkataan. “Apabila sukan dapat menyatukan rakyat, kita akan dapat menghapuskan tembok politik perkauman dan agama. Sukan bukan sahaja untuk kita lihat dan nikmati, tetapi jauh lebih besar kerana sukan adalah ejen perpaduan yang akan menyatukan kita dan rakyat Malaysia perlu bangga dengan negara ini dan bangga dengan Jalur Gemilang. Pastikan Malaysia boleh,” kata beliau dalam ucapan perasmian Sukan Malaysia Ke-19 (SUKMA XIX) Perak 2018 di Stadium Perak, di sini malam tadi. (Ucapan Syed Saddiq bersempena perasmian Sukan Malaysia ke-19 (Sukma XXI) Perak 2018 di Stadium Perak) Kerajaan Malaysia telah memberi keutamaan dalam bidang sukan kepada rakyatnya. Sukan dikatakan dapat menjadi ejen perpaduan. Peruntukan besar telah disediakan oleh sesebuah kerajaan untuk memajukan sukan bagi memenuhi keperluan sukan masing-masing. Huraikan kepentingan sukan kepada pembangunan negara. Kerangka Karangan Pendahuluan • Sukan nadi ekonomi sesebuah negara • Belanjawan 2020 khususnya bagi sektor sukan • Program ‘Satu Murid, Satu Sukan’ telah dilaksanakan di setiap sekolah • Keseriusan kerajaan terserlah apabila banyak sekolah sukan diwujudkan di negara ini • Lahirlah generasi muda yang membudayakan sukan • Terdapat rencaman kepentingan sukan Isi-isi penting 1 Melahirkan insan yang cergas dan cerdas, iaitu dari segi fizikal dan mental • masyarakat pada alaf ini kurang mementingkan sukan ekoran kesibukan bekerja • sanggup menghabiskan masa berjam-jam lamanya untuk melayani media sosial • bersukan membolehkan seseorang melakukan pergerakan seluruh anggota badan • bersukan bukan sahaja dapat menyegarkan tubuh, malah dapat menghindarkan penyakit • melahirkan insan yang cergas, dan cerdas, iaitu jika dibudayakan secara konsisten PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


36 Karangan Respons Terbuka 3 2 Dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum • masyarakat Malaysia agak unik, iaitu bersifat majmuk • memperlihatkan kepelbagaian budaya • ahli-ahli sukan perlulah berlatih bersama-sama tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama • melahirkan persefahaman dan hubungan yang erat antara ahli sukan • Slogan Majulah Sukan untuk Negara mampu mencerna dan mempererat perpaduan rakyat 3 Sukan dapat menaikkan imej negara di mata dunia • masih terdapat negara di dunia yang belum mengenali negara Malaysia • Malaysia perlu mengambil peluang penganjuran kejohanan sukan berprestij di peringkat antarabangsa – seperti Sukan SEA, sukan Paralimpik • johan Piala Thomas 1992 – Datuk Nicol Ann David (skuasy), Datuk Lee Chong Wei (badminton) yang telah dinobat sebagai pemain nombor satu dunia – nama Malaysia telah tersohor di persada dunia • kejayaan dalam bidang sukan mampu melonjakkan imej negara di persada dunia Penutup • Sukan dalam kehidupan manusia tidak dapat dipisahkan seperti irama dengan lagu • Program sukan harus dimantapkan seperti aur dengan tebing agar dapat melahirkan masyarakat yang sihat, bersatu padu, berdaya maju dan berdaya saing • Sukan memastikan kesihatan rakyat Malaysia berada pada tahap optimum • Sukan juga mampu mengangkat martabat rakyat dan negara di persada antarabangsa Karangan Penuh Sukan menjadi nadi ekonomi sesebuah negara. Justeru, tidak hairanlah kerajaan telah memberi keutamaan dalam bidang sukan kepada rakyatnya. Oleh itu, Belanjawan 2020 khususnya bagi sektor sukan di negara ini menyaksikan peruntukan sebanyak RM533 juta serta RM20 juta lagi dikhususkan bagi pembangunan e-sukan di negara ini. Aktiviti ini harus diterapkan dalam setiap lapisan masyarakat agar kesihatan terjamin dan melahirkan ahli sukan berpotensi. Sejajar dengan hasrat kerajaan itu maka program ‘Satu Murid, Satu Sukan’ telah dilaksanakan di setiap sekolah dan banyak sekolah sukan diwujudkan di negara ini. Izharnya, terdapat rencaman kepentingan sukan kepada pembangunan negara. Kepentingan dominan ialah sukan dapat melahirkan insan yang cergas dan cerdas, iaitu dari segi fizikal dan mental. Hal ini demikian kerana masyarakat pada alaf ini kurang mementingkan sukan ekoran kesibukan bekerja. Mereka juga sanggup menghabiskan masa berjam-jam lamanya untuk melayani media sosial seperti WhatsApp, Instagram, Twitter dan lain-lain. Oleh itu, aktiviti sukan mesti dilakukan oleh masyarakat alaf digital untuk menjamin tahap kesihatan sentiasa stabil. Keaktifan ini membolehkan berlakunya proses perpeluhan bagi membuang lebihan urin dan toksik dalam tubuh badan. Impaknya, bersukan juga dapat menghindarkan penyakit seperti sakit jantung, darah tinggi, dan obesiti sesuai dengan peribahasa mencegah lebih baik baik daripada mengubati. Tuntasnya, sukan juga dapat melahirkan insan yang cergas dan cerdas, iaitu jika dibudayakan secara konsisten. Lanjutan kepentingan, sukan juga dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum seperti kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain. Hal ini demikian kerana masyarakat Malaysia agak unik, iaitu bersifat majmuk. Oleh itu, bagi memupuk semangat perpaduan, ahli-ahli sukan perlulah berlatih bersama-sama tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama. Tidak setakat itu sahaja, mereka juga haruslah saling bertolak-ansur dan bekerjasama dalam satu pasukan. Situasi ini juga dapat melahirkan persefahaman dan hubungan yang erat antara ahli sukan. Dengan adanya semangat memupuk perpaduan, ahli-ahli sukan dapat bersatu hati seperti peribahasa bersatu kita teguh, bercerai kita roboh demi mencapai kejayaan dan menaikkan mutu sukan serta dapat mengharumkan nama negara di mata dunia. Tegasnya, Majulah Sukan untuk Negara mampu mencerna dan mempererat perpaduan rakyat sesebuah negara khasnya negara Malaysia sesuai dengan slogan Sukan Pemangkin Perpaduan Negara. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


37 Karangan Respons Terbuka 3 Kelebihan yang lebih indah ialah kemajuan dalam bidang sukan dapat menaikkan imej negara di mata dunia. Hal ini demikian kerana masih terdapat negara-negara di dunia yang belum mengenali negara Malaysia. Oleh itu, Malaysia perlu mengambil peluang penganjuran kejohanan sukan berprestij di peringkat antarabangsa. Antara peluang yang telah digenggam oleh Malaysia bertaraf antarabangsa seperti Sukan SEA, sukan Paralimpik, dan lain-lain. Impaknya, dunia sudah membuka mata terhadap kejayaan Malaysia menganjurkan kejohanan di peringkat antarabangsa di samping kejayaan cemerlang yang diraih oleh para atlet Malaysia, iaitu johan Piala Thomas 1992. Kemanisan kejayaan yang lebih terserlah adalah apabila Datuk Nicol Ann David (skuasy), Datuk Lee Chong Wei (badminton) telah dinobat sebagai pemain nombor satu dunia lantas mengharumkan nama Malaysia ke seantero dunia. Secara jelasnya, kejayaan dalam bidang sukan mampu melonjakkan imej negara di persada dunia. Intihanya, sukan dalam kehidupan manusia tidak dapat dipisahkan seperti irama dengan lagu. Sayogia, sukan harus dimantapkan oleh Malaysia memandangkan terdapat rencaman kelebihan sama ada kepada negara mahupun rakyat. Justeru, sokongan rakyat terhadap program sukan kerajaan harus dipermantap seperti aur dengan tebing agar dapat melahirkan masyarakat yang sihat, bersatu padu, berdaya maju dan berdaya saing. Sukan juga mampu mengangkat martabat rakyat dan negara di persada antarabangsa agar mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain. (506 patah perkataan) Model 3 (Domain Peribadi) Panjangnya karangan anda hendaklah antara 350 sehingga 500 patah perkataan. Hidup seseorang seperti lalang yang mengikut arah tiupan angin umpama insan yang tidak ada arah hidup atau impian atau cita-cita hidup. Mereka hanya berserah kepada nasib atau takdir. Untuk hidup lebih bermakna dan cemerlang dalam peperiksaan, seseorang itu harus mempunyai cita-cita atau impian. Berdasarkan teks di atas, huraikan langkah-langkah atau usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk merealisasikan impian dan cita-cita anda. Kerangka Karangan Pendahuluan • Setiap murid pasti mempunyai cita-cita dan impian tersendiri • Mesti mengorak langkah dan mengatur strategi untuk mencapai impian • Strategi dominan ialah saya mestilah memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan • Perlulah mengorak langkah yang bersinergi bagi merealisasikan impian dan cita-cita Isi-isi Penting 1 Memberikan perhatian ketika guru sedang mengajar di bilik darjah • mesti memberi perhatian ketika guru sedang mengajar sudah tentulah sesuatu pembelajaran tersebut akan cepat diserap • memberi impak positif untuk mengarap sesuatu ilmu dengan lebih efektif • pembelajaran saya akan lebih bermakna apabila saya memberi tumpuan ketika belajar 2 Mengulang kaji pelajaran serta menyiapkan segala tugasan yang diberikan oleh guru-guru • malas membuat latihan yang diberikan oleh guru maka mereka tidak akan menguasai • menyiapkan tugasan atau latihan yang diberikan oleh guru tanpa sikap berlengah atau bertangguh kerja • akan membuat lebih banyak latihan dan ulang kaji • kerap mengulang kaji pelajaran dan menyiapkan segala kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru 3 Akan menguruskan masa dengan bijak dan baik • kecekapan mengurus masa seseorang akan membuatkan seseorang itu dapat melakukan sesuatu kerja dengan cekap, cepat dan bermutu PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


38 Karangan Respons Terbuka 3 • menyediakan jadual waktu belajar yang fleksibel dan saya akan mengikutinya dengan tegas dan istiqamah • menguruskan masa secara efektif, lebih komprehensif dan bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan • mereka tidak berasa tertekan emosi atau stres • pengurusan masa yang cekap membolehkan saya mencapai kecemerlangan 4 Boleh mengikuti program kecemerlangan di sekolah • pihak sekolah terlalu cakna terhadap keperluan pelajar terutamanya dari segi kecemerlangan kurikulum • sering mengadakan program sama ada di sekolah ataupun di hotel bajet • didedahkan cara menjawab dengan tepat • program-program sekolah mampu memantapkan persiapan menggarap kecemerlangan demi mencapai cita-cita atau impian – ‘alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan’ Penutup • Untuk mencapai impian dan cita-cita, maka saya perlulah mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan • Perlu mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan agar masa depan saya tidak gelap • Akan belajar dengan bersungguh-sungguh tanpa mengenal putus asa dan jemu Karangan Penuh Hidup tanpa matlamat ibarat pokok tumbuh tanpa berbuah. Hal ini demikian kerana tidak bermakna hidup kita sekiranya kita tidak mempunyai cita-cita untuk masa hadapan. Tidak dapat dinafikan bahawa setiap murid pasti mempunyai cita-cita dan impian tersendiri. Justeru, seseorang yang mempunyai cita-cita sudah pasti mengatur strategi untuk mencapai impian mereka itu. Tuntasnya, saya perlulah mengorak langkah yang bersinergi bagi merealisasikan impian dan cita-cita saya itu. Langkah primer ialah saya akan sentiasa memberikan perhatian ketika guru sedang mengajar di bilik darjah agar sesuatu informasi akan cepat diserap masuk ke dalam minda saya. Bahkan seorang pakar psikologi pernah mengatakan bahawa lima puluh peratus kejayaan murid-murid adalah disebabkan mereka memberikan sepenuh perhatian ketika proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Minda yang berfokus tanpa berfikir hal lain sewaktu belajar sudah pasti memberi impak positif untuk mengarap sesuatu ilmu dengan lebih efektif. Sesungguhnya, pembelajaran saya akan lebih bermakna apabila saya memberi tumpuan ketika belajar khasnya di dalam bilik darjah. Selain itu, saya juga akan mengulang kaji pelajaran serta menyiapkan segala tugasan yang diberikan oleh guru. Oleh itu, saya akan menyiapkan tugasan atau latihan yang diberikan oleh guru tanpa sikap bertangguh kerja. Saya juga akan bertanya kepada guru-guru sekiranya terdapat sesuatu topik yang saya kurang fahami. Tidak setakat itu sahaja, saya akan membuat lebih banyak latihan secara berterusan bak kata pepatah “sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain” dan “sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit”. Impaknya, sesuatu tajuk yang sukar saya kuasai akan dapat diatasi. Izharnya, kerap mengulang kaji pelajaran dan menyiapkan segala kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru merupakan salah satu langkah bijak untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Lanjutan strategi saya ialah saya akan menguruskan masa dengan bijak dan baik. Hal ini demikian kerana seseorang insan yang mempunyai kecekapan mengurus masa akan dapat melakukan sesuatu kerja dengan cekap, cepat, dan bermutu. Oleh itu, saya akan menyediakan jadual waktu belajar yang fleksibel dan saya akan mengikutinya dengan tegas dan istiqamah. Jadual waktu belajar dapat membantu para pelajar menguruskan masa secara efektif, mengulang kaji pelajaran dengan lebih komprehensif dan bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan seperti peribahasa sediakan payung sebelum hujan. Impaknya, mereka tidak akan berasa tertekan emosi atau stres. Jelasnya, pengurusan masa yang cekap membolehkan saya mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan yang akan saya duduki pada masa akan datang. Selain itu, saya juga boleh mengikuti program yang dilaksanakan di sekolah.Hal ini demikian kerana pihak sekolah sering mengadakan program sama ada di sekolah ataupun di hotel bajet. Menerusi program Ceramah Teknik Menjawab, penceramah cemerlang akan dijemput memberi PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


39 Karangan Respons Terbuka 3 ceramah. Oleh itu, saya akan mengambil peluang tersebut dengan cara menyertai segala program yang telah dianjurkan itu. Menerusi Program Teknik Menjawab Soalan, saya akan didedahkan dengan jenis-jenis soalan dan latihan yang kerap kali akan ditanya dalam peperiksaan. Lebih menarik ialah saya didedahkan cara menjawab dengan tepat. Jelasnya, penyertaan saya yang bersinergi dalam program-program sekolah mampu memantapkan persiapan menggarap kecemerlangan demi mencapai cita-cita atau impian bak peribahasa “alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan”. Konklusinya, saya perlu mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan agar masa depan saya tidak gelap tetapi terang dengan cahaya yakni kejayaan. Kejayaan dalam peperiksaan adalah diibaratkan pelita yang menjadi penyuluh kepada kita pada malam-malam yang gelap-gelita. Tanpa kecemerlangan dalam peperiksaan maka kita seolah-olah hidup teraba-raba dalam kegelapan. Oleh itu, saya akan belajar dengan bersungguh-sungguh tanpa mengenal putus asa demi mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan ibarat genggam bara api biar sampai jadi arang. (526 patah perkataan) Model 4 (Domain Peribadi) Panjangnya karangan anda hendaklah antara 350 sehingga 500 patah perkataan. Sebagaimana yang kita tahu matlamat dasar pendidikan negara adalah untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin, berpengetahuan, bertanggungjawab, berkebolehan berwawasan dan terlatih. Maka apakah corak pandangan hidup atau “world view” yang harus didedahkan kepada pelajar atau belia sekarang untuk mereka hayati, amal dan wariskan? (Dipetik daripada “Falsafah Pendidikan: Nilai Murni dalam Falsafah Pendidikan Negara”) Sebagai respons terhadap kandungan teks di atas, semua pihak perlu memainkan peranan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin, berpengetahuan, bertanggungjawab, berkebolehan, berwawasan dan terlatih dalam kalangan pelajar atau belia. Huraikan peranan-peranan tersebut. Kehendak soalan: (i) Calon dikehendaki menyentuh semua elemen, iaitu masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin, berpengetahuan, bertanggungjawab, berkebolehan, berwawasan dan terlatih – disemak seperti biasa: cemerlang. (ii) Calon hanya menyentuh elemen seperti masyarakat bersatu padu – disemak seperti biasa: cemerlang jika bagus. (iii) Calon perlu menyentuh beberapa pihak memainkan peranan: disemak cemerlang jika bagus. (iv) Jika hanya menyentuh satu pihak dan pelbagai peranan berbeza: disemak cemerlang – jika bagus. Kerangka Karangan Pendahuluan • Isu perpaduan semakin hangat diperkata • Kuasa viral negatif meretak dan mencetus perpecahan – retak menunggu belah • Siapakah yang patut mengekang fenomena negatif? Isi-isi Penting 1 Ibu bapa mestilah memberi didikan agama dan nilai-nilai moral • anak-anak ditunjuk arah kehidupan positif oleh ibu bapa • menghantar mereka ke kelas agama, kelas mengaji, dan sering menasihati atau mengingatkan mereka peri pentingnya bertatasusila PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


40 Karangan Respons Terbuka 3 • impaknya, anak-anak sesama bangsa atau lain bangsa akan hidup bersatu padu dan tidak asabiyah • didikan agama dan nilai-nilai murni mampu memapankan jiwa anak-anak 2 Masyarakat itu sendiri melaksanakan beberapa program mempererat silaturahim • rencaman aktiviti yang boleh dijalankan adalah seperti gotong-royong – berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. • menerusi program bergotong-royong membolehkan ahli masyarakat mengenali antara satu dengan yang lain – tak kenal maka tak cinta • program kemasyarakatan mampu mengintimkan ahli masyarakat untuk mewujudkan perpaduan kaum 3 Mewujudkan masyarakat hidup bersatu padu adalah datangnya daripada peranan pihak sekolah • guru merupakan ibu bapa kedua bagi anak-anak manakala sekolah pula merupakan rumah kedua bagi mereka • sekolah kebangsaan ditubuhkan oleh kerajaan untuk menyatupadukan rakyat pelbagai kaum • Kementerian Pendidikan Malaysia juga mewajibkan setiap murid menyertai aktiviti kokurikulum • memupuk sikap kerjasama antara murid untuk mengikis sebarang isu perkauman • kerjasama antara pihak Kementerian Pendidikan dengan pihak sekolah adalah sangat rapat bagai aur dengan tebing 4 Pihak berkuasa mestilah bertindak tegas terhadap mereka yang sengaja mencipta ketidakselesaan hidup • terdapat segelintir pihak yang memandang sepi akan kepentingan hidup bersatu padu • isu-isu sensitif telah disentuh dengan tujuan membuatkan sesetengah masyarakat melatah lalu bertindak mengikut emosi atau nafsu • modus operandi mereka adalah ingin menimbulkan ketegangan antara kaum • pihak kerajaan mestilah bersiap siaga dan bertindak segera serta tegas tanpa memilih bulu • ketegasan kerajaan terhadap sesuatu provokasi haruslah konsisten agar pihak lain takut menderhaka Penutup • Peranan tersebut akan menjadi lebih bersepadu apabila semua pihak bekerjasama • Semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, maka perpaduan dapat dikekalkan • Janganlah kita seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing Karangan Penuh Muktahir ini, isu perpaduan semakin hangat diperdebatkan. Hal ini demikian kerana isu ini menjadi viral menerusi media sosial tanpa sempadan. Kuasa viral yang tidak bermotif positif mampu meretak dan mencetuskan perpecahan kaum tanpa pertimbangan minda yang waras umpama retak menanti belah. Natijahnya, fenomena ini amat berbahaya kerana boleh mencetuskan pergaduhan kaum lantaran menggugat keamanan negara. Persoalannya, siapakah yang patut memainkan peranan mengekang fenomena negatif ini? Apakah peranan-peranan efektif yang perlu dimainkan oleh semua pihak? Peranan efektif pada peringkat awal ialah ibu bapa mestilah memberi didikan agama dan nilai-nilai moral kepada anak-anak seperti peribahasa melentur buluh biarlah waktu rebung. Hal ini demikian kerana anak-anak mudah obses dengan perkembangan semasa dan rakan sebaya yang bersikap negatif. Oleh itu, sesuai dengan peribahasa anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkannya maka langkah wajar adalah anak-anak ditunjuk arah kehidupan positif oleh ibu bapa seperti menghantar mereka ke kelas agama. Impaknya, anakanak sesama bangsa atau lain bangsa akan hidup bersatu padu. Tuntasnya, didikan agama dan nilai-nilai murni mampu memapankan jiwa anak-anak lantaran menghindari perpecahan kaum. Di samping itu, masyarakat itu sendiri melaksanakan beberapa program mempererat silaturahim. Hal ini demikian kerana kesibukan duniawi menyebabkan kehidupan mereka seperti peribahasa bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing, iaitu mementingkan diri sendiri. Oleh itu, langkah pragmatik harus diambil oleh Pengerusi Jawatan Kuasa Kampung ( JKK) seperti aktiviti gotong-royong. Menerusi aktiviti ini, masyarakat pelbagai kaum dapat bekerjasama PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


41 Karangan Respons Terbuka 3 membersihkan kawasan tempat tinggal mereka bersama-sama seperti peribahasa berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Tidak setakat itu, menerusi program bergotong-royong, ahli masyarakat mengenali antara satu dengan yang lain seperti peribahasa tak kenal maka tak cinta. Sudah terang lagi bersuluh bahawa program kemasyarakatan mampu mengeratkan ahli masyarakat untuk mewujudkan perpaduan kaum dalam suasana hidup bersatu-padu. Langkah bestari yang mapan mewujudkan masyarakat hidup bersatu padu adalah datangnya daripada peranan pihak sekolah. Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewajibkan setiap murid menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah. Setiap aktiviti sekolah mestilah melibatkan murid-murid pelbagai bangsa dalam satu kumpulan. Murid-murid dapat bergaul tanpa mengira bangsa dan tidak hanya berada dalam kelompok mereka sendiri. Impaknya, strategi begini dapat memupuk sikap kerjasama antara murid sekali gus mengikis sebarang isu perkauman. Guru-guru yang mengajar mata pelajaran Moral, Sivik dan Sejarah mesti menegaskan betapa pentingnya perpaduan kaum dalam kehidupan. Sesungguhnya, kerjasama antara pihak Kementerian Pendidikan dan pihak sekolah adalah amat erat bagai aur dengan tebing untuk melahirkan perpaduan. Selain itu, pihak berkuasa mestilah bertindak tegas terhadap mereka yang sengaja mencipta ketidakselesaan hidup dalam masyarakat. Provokasi-provokasi sensitif melalui media sosial dalam alaf teknologi tersebar dengan mudah dan cepat. Modus operandi mereka adalah ingin menimbulkan ketegangan antara kaum agar berlaku suasana kucar-kacir. Oleh itu, pihak kerajaan mestilah bersiap siaga dan bertindak segera serta tegas tanpa memilih bulu terhadap pembuat provokasi jahat itu. Hukuman berat mesti diberikan kepada mereka kerana menderhaka kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong. Tegasnya, ketegasan kerajaan terhadap sesuatu provokasi haruslah konsisten agar pihak lain takut untuk menderhaka seperti memasang Jalur Gemilang secara terbalik. Konklusinya, jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, maka perpaduan dapat dikekalkan. Apabila utuhnya perpaduan maka akan mudahlah melahirkan rakyat yang berdisiplin, berpengetahuan, berdisiplin berpengetahuan, bertanggungjawab, berkebolehan, berwawasan dan terlatih dalam kalangan pelajar atau belia. Rentetan itu, kemakmuran negara tercipta serta perkembangan ekonomi negara turut meningkat. Janganlah kita seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing, iaitu tidak mengambil cakna akan hal masyarakat sebaliknya semua pihak mestilah ingat bahawa bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. (535 patah perkataan) Model 5 (Domain Pendidikan) Panjangnya karangan anda hendaklah antara 350 sehingga 500 patah perkataan. Apabila Menteri Pendidikan memberi penekanan terhadap kepentingan membaca, ramai yang sinis dengan idea tersebut. Banyak dalam kalangan masyarakat kini masih menganggap bahawa membaca hanyalah sebahagian daripada minat. Menurut World Culture Score Index pada tahun 2017, didapati penduduk Malaysia hanya memperuntukkan waktu membaca kurang dari 5 jam seminggu. Data tersebut juga menunjukkan India menduduki tempat pertama kerana penduduknya membaca lebih dari 10 jam seminggu, diikuti Thailand lebih 9 jam seminggu; China, lapan jam seminggu dan Filipina, lebih 7 jam seminggu. Justeru, bagi menjadikan Malaysia lebih berdaya saing maka Kementerian Pendidikan berhasrat supaya jumlah waktu membaca rakyat Malaysia dapat dilonjakkan lebih dari 10 jam seminggu. (Dipetik dan diubah suai daripada “Semarakkan Lagi Semangat Membaca”, sinarharian.com.my, Januari 2019) Berdasarkan artikel di atas, didapati penduduk Malaysia hanya memperuntukkan waktu membaca kurang dari 5 jam seminggu. Justeru, bagi menjadikan Malaysia lebih berdaya saing maka Kementerian Pendidikan berhasrat jumlah waktu membaca rakyat Malaysia dapat dilonjakkan lebih dari 10 jam seminggu. Amalan membaca perlu diterapkan dalam budaya hidup rakyat Malaysia. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


42 Karangan Respons Terbuka 3 Bincangkan langkah-langkah yang perlu diambil untuk merealisasikan hasrat ini. Kerangka Karangan Pendahuluan • Didapati penduduk Malaysia hanya memperuntukkan waktu membaca kurang dari 5 jam seminggu • Perpustakaan Negara Malaysia mendapati rakyat Malaysia hanya membaca 15 buah buku setahun • Jenis bahan bacaan yang sesuai seperti majalah, buku ilmiah, surat khabar, novel ilmiah dan sebagainya • Bahan bacaan mudah didapati seperti menerusi media cetak dan media elektronik • Amalan budaya membaca sejam dalam sehari boleh menghidupkan minda • Pelbagai langkah telah direncana dan dilaksanakan oleh kerajaan bagi membudayakan amalan membaca dalam kalangan rakyat Malaysia Isi-isi Penting 1 Ibu bapa seharusnya menjadi suri teladan, iaitu contoh kepada anak-anak agar suka membaca • anak-anak akan memerhati corak kehidupan ibu bapa mereka • peribahasa bapa borek anak rintik • ibu bapa sepatutnya memulakan amalan membaca dalam kehidupan seharian • membelikan bahan bacaan yang sesuai dengan tahap minda dan umur anak-anak • anak-anak juga sepatutnya dibawa boleh ibu bapa ke kedai buku • membawa anak-anak ke perpustakaan awam untuk mencari bahan bacaan • impaknya, anak-anak terangsang untuk membaca • dorongan daripada para ibu bapa mampu membudayakan tabiat suka membaca 2 Pihak sekolah menyajikan para pelajar dengan bahan bacaan yang menarik, kreatif dan kepelbagaian aktiviti menarik • ramai pelajar kurang berminat untuk membaca bahan ilmiah • bahan bacaan yang disediakan oleh pihak sekolah mestilah menarik dan kreatif • pihak perpustakaan sekolah seharusnya memilih dan meneliti buku-buku ilmiah yang berkualiti isi kandungan dan bahannya • kepelbagaian aktiviti boleh dilakukan bagi menarik minat rakyat Malaysia membaca buku • Aktiviti-aktiviti yang boleh diadakan ialah pertandingan pidato, syarahan, bercerita dan sebagainya • program ini berjaya mendorong para murid terus membaca dan membudaya tabiat suka membaca • bahan bacaan yang menarik, kreatif dan kepelbagaian aktiviti menarik mampu mencerna dan menyemarakkan semangat membaca para pelajar 3 Memperbanyak pesta jualan buku dan pameran buku di tempat awam • ibu bapa mudah mendapatkan bahan bacaan untuk anak-anak mereka • pihak penerbit buku mesti mengambil inisiatif mempromosi buku-buku dan menjualnya di pesta buku • pameran dan jualan buku mestilah diuar-uarkan secara meluas menerusi media cetak dan media elektrik • bahan bacaan yang kreatif dan inovatif dapat menarik pandangan mata dan hati para murid • pesta jualan buku mampu menarik minat para murid, remaja, dan ibu bapa membaca 4 Prasarana dalam perpustakaan setiap sekolah di Malaysia dan perpustakaan awam akan mampu menarik minat rakyat Malaysia berkunjung ke situ • tidak berkesempatan ke perpustakaan awam untuk membaca kerana kesibukan atau masalah pengangkutan • pihak kerajaan telah menyediakan perkhidmatan perpustakaan bergerak • keceriaan dan kebersihan perpustakaan sekolah, perpustakaan awam, dan perpustakaan bergerak juga dapat memikat jiwa pengunjung • para murid dan ibu bapa akan sering ke perpustakaan pada masa senggang • peranan prasarana sesebuah perpustakaan menjadi indikator kepada usaha memupuk budaya membaca Penutup/Kesimpulan • Peratus tabiat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia akan meningkat sekiranya semua pihak PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


43 Karangan Respons Terbuka 3 memainkan peranan seperti strategi di atas seperti peribahasa bagai aur dengan tebing • Usaha tersebut juga mesti dilaksanakan secara bersungguh-sungguh • Kesungguhan tersebut sudah pasti dapat mencerna semangat membaca dalam kalangan masyarakat di Malaysia • Rakyat Malaysia harus sedar bahawa pembudayaan amalan membaca dalam kehidupan memberi rencaman maslahat • Semua pihak mesti menyokong usaha membudayakan amalan membaca dalam kehidupan seharian Karangan Penuh Menurut World Culture Score Index pada tahun 2017 didapati penduduk Malaysia hanya memperuntukkan waktu membaca kurang daripada 5 jam seminggu. Sesungguhnya, bahan bacaan berupa majalah, buku ilmiah, surat khabar, novel ilmiah dan sebagainya dapat menyegarkan minda kita. Dalam dunia yang semakin moden ini, bahan bacaan mudah didapati seperti menerusi media cetak dan media elektronik, iaitu menerusi capaian Internet. Memandangkan pentingnya amalan membaca untuk menggarap ilmu seperti peribahasa membaca jambatan ilmu maka pelbagai langkah telah direncana dan dilaksanakan oleh pelbagai pihak bagi membudayakan amalan membaca dalam kalangan rakyat Malaysia. Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa seharusnya menjadi suri teladan, iaitu contoh kepada anak-anak agar suka membaca. Hal ini demikian kerana anak-anak akan memerhati corak kehidupan ibu bapa mereka lalu mengikuti jejak mereka seperti peribahasa bapa borek anak rintik. Oleh itu, para ibu bapa sepatutnya membelikan bahan bacaan yang sesuai dengan tahap minda dan umur anak-anak seperti majalah Kuntum, Asuh, Didik, dan sebagainya. Ibu bapa juga perlu meluangkan masa untuk membawa anak-anak ke perpustakaan awam untuk mencari bahan bacaan sejak di bangku sekolah rendah agar mereka terbiasa cinta akan buku ilmu pengetahuan seperti peribahasa melentur buluh, biarlah waktu rebung. Strategi yang lebih efektif ialah ibu bapa seharusnya mewujudkan perpustakaan mini di rumah. Hakikatnya, dorongan daripada para ibu bapa mampu membudayakan tabiat suka membaca dalam kalangan kanak-kanak di negara ini. Rentetan peranan ibu bapa, pihak sekolah pula menjadi penyambung penyemarakan semangat membaca dalam kalangan murid sekolah, iaitu menyajikan para murid dengan bahan bacaan yang menarik, kreatif dan kepelbagaian aktiviti menarik. Pihak perpustakaan sekolah seharusnya memilih dan meneliti buku-buku ilmiah yang berkualiti isi kandungan dan bahannya agar murid-murid dan buku sukar dipisahkan seperti irama dengan lagu. Kepelbagaian aktiviti seperti pertandingan pidato, syarahan, bercerita dan sebagainya, boleh diadakan bagi menarik minat rakyat Malaysia membaca buku. Para murid yang terlibat dalam pertandingan itu akan rajin membaca bagi mendapatkan fakta masing-masing. Program Nilam berjaya menarik minat murid-murid memperbanyak aktiviti membaca. Pembaca yang terbanyak akan mendapat hadiah. Jelaslah bahawa penyediaan bahan bacaan yang menarik, kreatif dan kepelbagaian aktiviti menarik mampu mencerna dan menyemarakkan semangat membaca para murid. Penyemarakan semangat membaca dalam kalangan rakyat sama ada di bandar atau di desa akan lebih terserlah apabila prasarana dalam perpustakaan setiap sekolah di Malaysia dan perpustakaan awam akan mampu menarik minat rakyat Malaysia berkunjung ke situ. Oleh itu, pihak kerajaan menerusi Perpustakaan Awam Negeri telah menyediakan perkhidmatan perpustakaan bergerak ke desa-desa untuk memudahkan masyarakat desa membaca dan meminjam buku yang disediakan. Tidak setakat itu sahaja, keadaan perpustakaan yang kondusif dengan penyediaan parkir, pendingin hawa, ceria dan bersih dapat memikat jiwa pengunjung untuk datang semula ke situ. Impaknya, para murid dan ibu bapa akan sering ke perpustakaan pada masa senggang, iaitu pada masa cuti sekolah atau cuti bekerja. Peranan prasarana sesebuah perpustakaan menjadi indikator kepada usaha memupuk budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia. Bagi menggulung segala pernyataan di atas, sudah terang lagi bersuluh bahawa, peratus tabiat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia akan meningkat sekiranya strategi di atas dimainkan peranan oleh semua pihak seperti peribahasa bagai aur dengan tebing. Usaha tersebut juga mesti dilaksanakan secara bersungguh-sungguh seperti peribahasa genggam bara api, biarlah sampai jadi bara PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


44 Karangan Respons Terbuka 3 dan bukan sekadar melepaskan batok di tangga. Komitmen yang bersinergi mesti dipikul oleh para ibu bapa, pihak sekolah, pihak masyarakat dan pihak kerajaan sesuai dengan peribahasa berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Kesungguhan tersebut sudah pasti dapat mencerna semangat membaca dalam kalangan masyarakat di Malaysia. (516 patah perkataan) Model 6 (Domain Pendidikan) Panjangnya karangan anda hendaklah antara 350 sehingga 500 patah perkataan. Penggunaan ICT dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran dalam Kalangan Pendidik Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Johari Bin Hassan & Fazliana Rashida Binti Abdul Rahman Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Proses pengajaran dan pembelajaran dapat dipertingkatkan mutunya dan dipelbagaikan penyampaian dan penerimaannya melalui beberapa teknik seperti berbantukan komputer dan perisian, melalui sistem rangkaian (networking), perisian dan pangkalan data atau maklumat atau melalui sistem Internet, perisian dan pangkalan data. Penggunaan alat bantu mengajar ini dikatakan dapat meningkatkan minat serta merangsangkan minda pelajar di zaman siber ini dan telah dianggap dan diakui sebagai pemangkin proses pengajaran dan pembelajaran (Kamps, 1994; Slavin, 1995; Jonassen, 1996; Mackenzie & Jansen, 1998; Heinich et al, 1999) Kajian oleh pihak Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia telah mendapati penggunaan Teknologi Maklumat dapat meningkatkan minat serta merangsang minda murid-murid pada zaman siber ini dan telah dianggap dan diakui sebagai pemangkin proses pengajaran dan pembelajaran. Jelaskan cara dan kepentingan menggalakkan penggunaan Teknologi Maklumat dalam kalangan guru dan murid-murid di pusat-pusat pengajian sama ada di sekolah, kolej, institusi atau di universiti. Kerangka Karangan Pendahuluan • Dunia terpaksa mengharungi perkembangan teknologi demi mencapai kemajuan seiring dengan negara maju • Disentuh transformasinya adalah aspek pendidikan • Mengintegrasikan Teknologi Maklumat (TM) dalam Pendidikan • Melahirkan bijak pandai TM untuk menyahut cabaran ekonomi global • Kedapatan rencaman maslahat dan usaha yang boleh dilakukan oleh pelbagai pihak Isi-isi Penting 1 Kerajaan melaksanakan pembestarian sekolah • memperkasakan makmal komputer (ICT) di semua sekolah sama ada di bandar mahupun di desa • mendapat skim peruntukan kelengkapan makmal komputer • perkhidmatan SchoolNet diwujudkan • kerajaan telah melaksanakan strategi mantap, iaitu pembestarian sekolah 2 Aspek ilmu ICT tenaga pelaksana turut diutamakan • tidak bermakna pembestarian sekolah oleh kerajaan jika para guru tidak tahu menggunakannya • KPM melaksanakan program Kursus • Pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) telah memainkan peranan memberikan para guru ilmu ICT dalam Pendidikan • guru dan bukan guru yang mempunyai ilmu ICT dapat mengimplimentasikan ilmu PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


45 Karangan Respons Terbuka 3 3 Maslahat ialah para guru dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran • mencari informasi berkaitan pengajaran dengan lebih cepat • proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan berkesan • penggunaan aplikasi PowerPoint, visual interaktif dan video membangkitkan semangat belajar untuk murid-murid • murid tidak akan mudah berasa jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran Penutup • Dunia di hujung jari menerusi Dasar Langit Terbuka • Majoriti rakyat sudah mula berurusan kehidupan khasnya bisnes secara dalam talian • Guru dan murid berinteraksi hal pelajaran secara dalam talian • Rakyat berkemahiran ICT akan dapat dilahirkan sejajar dengan keperluan semasa ekonomi dalam era globalisasi ini Karangan Penuh Dunia sudah berubah dari zaman konvensional kepada era globalisasi. Setiap negara di dunia terpaksa mengharungi perkembangan teknologi demi mencapai kemajuan seiring dengan negara maju seperti Amerika Syarikat, China, Jepun dan lain-lain. Malaysia tidak ketinggalan dalam hal ini untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain. Aspek terunggul yang disentuh transformasinya adalah aspek pendidikan. Justeru, pihak kerajaan Malaysia telah memperkasakan pendidikan dengan mengintegrasikan Teknologi Maklumat (TM) dalam Pendidikan. Harapan besar usaha ini adalah untuk melahirkan bijak pandai TM untuk menyahut cabaran ekonomi global. Sesungguhnya kedapatan rencaman maslahat dan usaha yang boleh dilakukan oleh pelbagai pihak untuk mengintegrasikan TM dalam Pendidikan. Langkah pragmatik yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan adalah dengan melaksanakan pembestarian sekolah, iaitu proses berterusan ke arah pembudayaan penggunaan ICT dalam Pendidikan. Oleh itu, modus operandi elemen pembestarian adalah dengan cara memperkasakan makmal komputer (ICT) di semua sekolah sama ada di bandar mahupun di desa. Kerajaan juga memastikan setiap sekolah mendapat skim peruntukan kelengkapan makmal komputer yang cukup kepada semua sekolah terutamanya sekolah-sekolah di kawasan luar bandar. Bukti kesungguhan kerajaan dalam usaha pengintegrasian Teknologi Maklumat dalam Pendidikan ialah pembekalan komputer untuk pengurusan sekolah sebanyak 99 000 unit, pembinaan makmal dan bilik komputer adalah sebanyak 75 475 unit manakala penyediaan Pusat Akses sebanyak 30 250 unit dan lain-lain. Pihak sekolah dan pelajar dapat bertalian secara percuma apabila perkhidmatan SchoolNet diwujudkan. Jelas bahawa kerajaan telah melaksanakan strategi mantap, iaitu pembestarian sekolah demi mengefektifkan penggunaan teknologi maklumat dalam sektor pendidikan. Rentetan usaha kerajaan, aspek ilmu ICT tenaga pelaksana turut diutamakan. Tidak berguna sesebuah kapal itu jika tiada nahkodanya, begitu juga tidak bermakna pembestarian sekolah oleh kerajaan jika para guru tidak tahu menggunakannya. Oleh itu, awal tahun 1990-an, KPM melaksanakan program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), latihan praperkhidmatan dalam ICT kepada guru pelatih di maktab perguruan bagi Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM). Kandungan latihan praperkhidmatan dalam ICT yang wajib diambil oleh semua pelatih dalam mata pelajaran Teknologi Maklumat mengandungi elemen ICT. Lebih membanggakan apabila para guru diberi Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) berkaitan ICT. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) telah memainkan peranan memberi para guru ilmu ICT dalam Pendidikan. Di samping itu, kursus Pengajian Teknologi Maklumat telah diperkenalkan kepada guru pelatih KPLI. Melalui program praperkhidmatan ini seramai 23 340 orang guru mendapat pengetahuan dan kemahiran asas menggunakan komputer. Jelas efektifnya apabila para pelaksana seperti guru dan bukan guru yang mempunyai ilmu ICT dapat mengimplimentasikan ilmu tersebut dalam kerjaya masing-masing. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


46 Karangan Respons Terbuka 3 Maslahat utama penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah para guru dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian kerana menerusi transformasi paradigma minda guru dapat mencari informasi berkaitan pengajaran dengan lebih cepat seterusnya dapat menyampaikan kepada murid secara pantas dan efektif. Tidak setakat itu sahaja, melalui penggunaan alat ICT sebagai alat bantu mengajar maka proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan berkesan. Penggunaan aplikasi PowerPoint, visual interaktif dan video membangkitkan semangat untuk murid-murid belajar. Apatah lagi dengan penggunaan Internet membolehkan guru dan murid saling berinteraksi perihal pelajaran. Tuntasnya, proses pengajaran dan pembelajaran boleh berlaku secara dalam talian. Justeru, murid tidak akan mudah berasa jemu dan bosan dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang ditunjukkan melalui ICT. Dasar Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad terbukti pada masa ini, iaitu dunia di hujung jari menerusi Dasar Langit Terbuka. Maksudnya, urusan jual beli, pembelajaran, pengajaran, pekerjaan lain boleh dilakukan menerusi alam maya sahaja. Bertepatan dengan musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), majoriti rakyat sudah mula berurusan kehidupan khasnya bisnes secara dalam talian. Lebih membanggakan apabila guru dan murid berinteraksi hal pelajaran secara dalam talian. Lantas slogan kerajaan, iaitu ‘Satu Keluarga Satu Komputer’ semakin disambut baik oleh masyarakat Malaysia. Pemuda tiang negara, pemudi harapan bangsa yang berkemahiran ICT akan dapat dilahirkan sejajar dengan keperluan semasa ekonomi dalam era globalisasi ini. Model 7 (Domain Kerjaya) Panjangnya rencana anda hendaklah antara 350 sehingga 500 patah perkataan. Implikasi Kemasukan Pekerja Asing di Malaysia: Suatu Tinjauan Awal Intan Suria Ketika ekonomi berada dalam pengembangan, permintaan ke atas barang-barang dan perkhidmatan akan meningkat kerana terjadinya peningkatan dalam pendapatan serta kejatuhan dalam pengangguran. Lantaran itu, permintaan ke atas buruh juga akan meningkat. Sebaliknya, jika sesebuah ekonomi berada dalam kemelesetan, ini akan menjejaskan permintaan ke atas barang-barang dan perkhidmatan kerana terjadinya kejatuhan dalam tingkat pendapatan serta penganggguran meningkat. Maka akan mengakibatkan permintaan ke atas barang-barang dan perkhidmatan juga akan jatuh. Ini seterusnya akan mengurangkan permintaan ke atas buruh. Dalam ekonomi buruh, tenaga kerja didefinisikan sebagai mereka yang berada dalam lingkungan umur 15 – 64 tahun sama ada bekerja atau menganggur. Ini tidak termasuk orang-orang dalam kumpulan umur yang sama yang dilaporkan sebagai tidak bekerja, tiada pekerjaan dan tidak mahu bekerja (Thirunaukarasu 2006). (Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Hamzah, Sity Daud) Krisis ekonomi dunia tidak dapat dielakkan oleh semua negara. Krisis ekonomi yang teruk telah berlaku pada tahun 1997. Kini, serangan COVID-19 telah memudaratkan lagi status ekonomi dunia, khasnya Malaysia. Tsunami pengangguran di dunia khasnya Malaysia telah meningkat peratusannya. Fenomena ini telah merisaukan banyak pihak terutamanya pihak kerajaan. Tulis sebuah rencana tentang strategi dan peranan semua pihak membantu kerajaan mengurangkan tsunami pengangguran di Malaysia. Kerangka Karangan Pendahuluan • Krisis ekonomi pada tahun 1997 – kadar pengangguran dunia semakin meningkat • Situasi ini semakin kronik apabila munculnya tsunami pandemik COVID-19 • Banyak pekerja swasta diberhentikan kerja • Ada banyak langkah yang bersinergi boleh diambil oleh pelbagai pihak PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


47 Karangan Respons Terbuka 3 Isi-isi Penting 1 Kerajaan memberikan bantuan kewangan yang mampu memberi rangsangan kepada ekonomi • mewujudkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN). • kilang sederhana tidak akan gulung tikar • rangsangan ekonomi yang distrategikan oleh kerajaan mampu mendorong majikan daripada mengecilkan skop produktivi dan tidak membuang pekerja 2 Pihak swasta tidak terburu-buru membuang pekerja atas alasan mengecilkan skop produktiviti • pihak kerajaan ada memberi banyak insentif seperti pengecualian cukai • pendekatan berhemah, iaitu dalam bentuk mengurangkan gaji atau ganjaran kepada mereka dalam bentuk bonus • para pekerja harus menerima hakikat kehidupan mewah tidak kekal lama • pihak swasta seharusnya memikirkan keperluan orang lain dan tidak hanya mahu menyelamatkan diri mereka 3 Transformasi paradigma minda dan sikap rakyat Malaysia • tidak mudah berputus asa dalam kehidupan • rakyat Malaysia ringan tulang untuk mengusahakan tanah-tanah yang terbiar • mereka seharusnya membuang sejauhnya rencaman alasan atas sebab kemalasan • transformasi paradigma minda dan sikap mampu membangkitkan usaha bekerja rakyat daripada terus menganggur Penutup • Kerjasama antara pihak kerajaan, pihak swasta dan masyarakat Malaysia amat dituntut • Komitmen yang bersinergi dan bersungguh-sungguh • Rangsangan ekonomi dilaksanakan oleh kerajaan Karangan Penuh Strategi dan Peranan Mengurangkan Tsunami Pengangguran di Malaysia oleh: Noryati binti Haji Ahmad Krisis ekonomi pada tahun 1997 telah mencetuskan kegusaran para pemimpin dunia. Fenomena ini telah memberi kesan negatif tehadap guna tenaga sesebuah negara khasnya negara Malaysia. Kadar pengangguran dunia semakin meningkat. Guna tenaga di Malaysia turut mendapat tempias. Banyak kilang, hotel, restoran, di negara ini mengakhiri operasi mereka ekoran ketidakmampuan membiayai kos pengurusan. Hal ini demikian terjadi kerana bilangan pelancong berkurang dengan teruknya. Situasi ini semakin kronik apabila munculnya tsunami pandemik COVID-19. Impaknya, bukan sahaja ramai yang terkorban malah banyak pekerja swasta diberhentikan kerja. Polemik pengangguran di negara ini mula menjadi isu yang hangat. Sebenarnya, ada banyak langkah yang bersinergi boleh diambil oleh pelbagai pihak untuk membantu kerajaan mengatasi masalah pengangguran seperti peribahasa, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Strategi dominan oleh kerajaan adalah memberikan bantuan kewangan yang mampu memberi rangsangan kepada ekonomi untuk berkembang dengan pesat. Oleh itu, pihak kerajaan telah mewujudkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), terutama Pakej PRIHATIN PKS Tambahan yang tertumpu kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) secara dasarnya adalah bermatlamat mengurangkan kadar pengangguran. Hal ini demikian kerana apabila PKS berjaya dipertahankan operasinya maka kilang sederhana tidak akan gulung tikar. Lantas, para pekerja tidak diberhentikan atau dibuang kerja. Tuntasnya, rangsangan ekonomi yang distrategikan oleh kerajaan mampu mendorong majikan daripada mengecilkan skop produktiviti dan seterusnya tidak memberhentikan atau membuang pekerja. Strategi akan lebih mantap apabila pihak swasta tidak terburu-buru membuang pekerja atas alasan mengecilkan skop produktiviti. Hal ini demikian kerana pihak kerajaan ada memberi banyak insentif seperti pengecualian cukai. Oleh itu, mereka itu boleh mengambil pendekatan berhemah, iaitu dalam bentuk mengurangkan gaji atau ganjaran buat mereka dalam bentuk bonus dan sebagainya PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


48 Karangan Respons Terbuka 3 supaya wang itu boleh digunakan untuk memastikan syarikat terus wujud lalu tidak membuang pekerja yang boleh meningkatkan jumlah pengangguran. Para pekerja harus menerima hakikat kehidupan mewah tidak kekal lama dan jika ingin kekal bekerja maka mereka harus reda atas ujian tersebut. Sudah terang lagi bersuluh bahawa pihak swasta seharusnya memikirkan keperluan orang lain dan tidak hanya mahu menyelamatkan diri mereka dalam kegawatan sebegini seperti peribahasa bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Strategi yang lebih pragmatik ialah transformasi paradigma minda dan sikap rakyat Malaysia itu sendiri, iaitu tidak mudah berputus asa dalam kehidupan. Hal ini diperdebat demikian kerana ada rakyat Malaysia tidak kreatif dan inovatif untuk mencipta pekerjaan sampingan setelah diberhentikan kerja. Ada juga antara mereka yang suka memilih kerja. Oleh itu, suatu anjakan paradigma mesti dilakukan untuk mengubah status ekonomi kehidupan sesebuah keluarga. Sudah sampai masanya, rakyat Malaysia ringan tulang untuk mengusahakan tanah-tanah yang terbiar dengan tanaman seperti tanaman buah-buahan, sayur-sayuran dan sebagainya. Peribahasa hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih, iaitu mereka seharusnya membuang sejauhnya rencaman alasan atas asbab kemalasan. Selain itu, mereka mestilah beralih paradigma berniaga secara dalam talian sesuai dengan era teknologi ini, iaitu dunia di hujung jari. Jelaslah bahawa transformasi paradigma minda dan sikap mampu membangkitkan usaha bekerja rakyat daripada terus menganggur. Walhasil, kesepaduan mapan kerjasama antara pihak kerajaan, pihak swasta dan masyarakat Malaysia amat dituntut. Komitmen yang bersinergi dan bersungguh-sungguh seperti peribahasa alangalang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan akan membuahkan hasil, iaitu mengurangkan peratus pengangguran dalam kalangan rakyat Malaysia. Sebaliknya, usaha-usaha yang bersifat hangathangat tahi ayam serta sifat suka melepaskan batok di tangga hanya akan merudumkan ekonomi rakyat Malaysia sekali gus ekonomi negara. Rangsangan ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan akan berlalu bagai angin tanpa memperlihatkan keberhasilannya. (515 patah perkataan) Model 8 (Domain Kerjaya) Panjangnya karangan anda hendaklah antara 350 sehingga 500 patah perkataan. Tidak dinafikan pencapaian akademik yang cemerlang akan mendorong graduan itu untuk memilih jenis pekerjaan yang sesuai dengan tahap keupayaan mentalitinya. Akan tetapi, kayu pengukur utama yang diingini oleh majikan dewasa kini tidak hanya berpandukan kepada gred penilaian yang tinggi, malah mereka lebih cenderung untuk menilai tahap pengukuhan diri yang lahir dari dalam diri murid itu sendiri. Misalannya, kebolehan komunikasi merupakan satu aspek yang penting dalam menonjolkan kemampuan diri sendiri. (Dipetik dan diubah suai daripada “Pengukuhan Kemahiran Insaniah Murid Tahun Akhir di IPTS: Cabaran Menempuhi Alam Kerjaya”, Rahazimah binti Ibrahim@Ismail, Abdul Razaq bin Ahmad) Berdasarkan petikan di atas, pencapaian akademik yang cemerlang bukan penentu utama memperoleh sesuatu pekerjaan. Sesungguhnya terdapat banyak indikator yang membolehkan seseorang itu memperoleh sesuatu pekerjaan. Jelaskan persiapan-persiapan yang mesti dilakukan oleh seseorang untuk memperoleh sesuatu pekerjaan. Kerangka Karangan Pendahuluan • Persaingan sengit untuk memperoleh pekerjaan • Dianggarkan 80 ribu graduan yang masih menganggur • Sesuatu kerjaya bukan sahaja terletak atas kecemerlangan dalam aspek akademik • Persiapan menghadapi alam pekerjaan PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


49 Karangan Respons Terbuka 3 Isi-isi Penting 1 Mempunyai kelayakan dan kecemerlangan dalam pendidikan • kelayakan akademik yang perlu diperoleh seseorang ialah sekurang-kurangnya kelulusan diploma hingga ke peringkat master • seseorang yang memiliki pengetahuan tinggi dalam sesuatu bidang akan lebih berkeyakinan • lebih berkeyakinan untuk mengaplikasikan ilmunya dengan cara memberi idea, cadangan, pandangan yang bernas dan menyelesaikan masalah berkaitan kerjaya • kelayakan akademik yang selari dengan kehendak semasa akan memudahkan seseorang menghadapi cabaran persaingan 2 Mereka mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik • akan dapat mengelakkan salah faham sesama rakan sekerja • ramai peniaga dalam talian berjaya atas sebab kemahiran berkomunikasi yang berjaya menarik hati dan perhatian klien • ramai lagi tokoh yang telah berjaya membina kerjaya yang lumayan hasil kebijaksanaan berkomunikasi yang dimiliki oleh mereka • kemahiran berkomunikasi berkesan juga merupakan salah satu indikator yang perlu dimiliki oleh seseorang untuk sukses dalam alam kerjaya 3 Ketahanan fizikal dan mental • tiada ketahanan fizikal dan mental akan mudah mengaku kalah terhadap cabaran • eleman ketahanan fizikal dan mental termasuklah setiap individu mampu berdikari, berdisiplin dan bijak • mampu menyelesaikan segala cabaran yang mendatang secara berintegriti • seseorang yang mempunyai ketahanan fizikal dan mental ialah satu indikator pendukung menuju ke alam kerjaya yang cemerlang Penutup • Situasi ekonomi dengan alam pekerjaan (kerjaya) tidak dapat dipisahkan • Status ekonomi sesebuah negara mapan maka peluang pekerjaan akan tercipta • Komitmen yang bersinergi bagai aur dengan tebing antara kerajaan, pihak swasta dan semua lapisan masyarakat memperkasakan ekonomi negara Karangan Penuh Persaingan sengit untuk memperoleh pekerjaan kerana terlalu banyak graduan lepasan IPTA dan IPTS dan semakin bertambah bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Kini dianggarkan 80 ribu graduan yang masih menganggur. Indikator dominan meraih sesuatu kerjaya bukan sahaja terletak atas kecemerlangan dalam aspek akademik sama ada ijazah atau diploma malah terdapat rencaman indikator yang perlu dimiliki oleh seseorang. Justeru, sebelum seseorang menceburi alam pekerjaan maka eloklah mereka menyediakan payung sebelum hujan sebagai persiapan menghadapi alam pekerjaan. Indikator utama memasuki alam kerjaya ialah seseorang itu seharusnya mempunyai kelayakan dan kecemerlangan dalam pendidikan. Antara kelayakan akademik yang perlu diperoleh seseorang ialah sekurang-kurangnya kelulusan diploma hingga ke peringkat master dalam bidang yang diminati selaras dengan kajian dan kehendak pasaran kerjaya semasa. Justifikasinya, seseorang yang memiliki pengetahuan tinggi dalam sesuatu bidang akan lebih berkeyakinan untuk mengaplikasikan ilmunya dengan cara memberi idea, cadangan, pandangan yang bernas dan menyelesaikan masalah berkaitan kerjaya yang bakal disandang. Jelaslah bahawa kelayakan akademik yang selari dengan kehendak semasa akan memudahkan seseorang menghadapi cabaran persaingan dalam alam pekerjaan. Seseorang itu akan lebih sukses dalam alam kerjaya sekiranya mereka mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik. Hal ini demikian kerana kemahiran komunikasi yang baik akan dapat mengelakkan salah faham sesama rakan sekerja sesuai dengan peribahasa budi bahasa budaya kita. Maslahat kemahiran berkomunikasi lebih terserlah apabila terbukti ramai peniaga dalam talian berjaya atas asbab kemahiran berkomunikasi yang berjaya menarik hati dan perhatian klien. Mereka memiliki kebolehan istimewa yang menggabungkan kecekapan seperti petah berbicara, matang dalam PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


50 Karangan Respons Terbuka 3 melontarkan idea dan pendapat serta berani lagi yakin. Tamsilnya, ikon-ikon hebat seperti Dato’ Dr. Fadhillah Kamsah, Mahathir Lokman, Datuk Ustaz Kazim Elias serta ramai lagi yang telah berjaya membina kerjaya yang lumayan hasil kebijaksanaan berkomunikasi yang dimiliki oleh mereka. Jelaslah bahawa kemahiran berkomunikasi berkesan juga merupakan salah satu indikator yang perlu dimiliki oleh seseorang untuk sukses dalam alam kerjaya. Seterusnya ialah ketahanan fizikal dan mental. Hal ini demikian kerana seseorang yang tiada ketahanan fizikal dan mental akan mudah mengaku kalah terhadap cabaran dalam pekerjaan yang diceburinya itu seumpama peribahasa mencurahkan garam ke laut, iaitu melakukan pekerjaan yang sia-sia. Antara eleman ketahanan fizikal dan mental termasuklah setiap individu mampu berdikari, berdisiplin dan bijak dalam melaksanakan tugasan. Impaknya, setiap individu yang berdaya saing dan sentiasa memiliki keyakinan diri yang tinggi mampu menyelesaikan segala cabaran yang mendatang secara berintegriti. Manakala seseorang yang bijak membuat keputusan menjadi seseorang pemikir yang matang, pintar dan berkeyakinan. Sudah jelas tinta diutarakan bahawa seseorang yang mempunyai ketahanan fizikal dan mental adalah satu indikator pendukung menuju ke alam kerjaya yang cemerlang. Irama dan lagu tidak dapat dipisahkan, begitu juga dengan situasi ekonomi dengan alam pekerjaan (kerjaya). Alam pekerjaan dan ekonomi saling bertautan seperti isi dengan kuku, iaitu jika status ekonomi sesebuah negara mapan maka peluang pekerjaan akan tercipta bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Komitmen yang bersinergi bagai aur dengan tebing antara kerajaan, pihak swasta dan semua lapisan masyarakat memperkasakan ekonomi negara sudah pasti akan membuahkan hasil, iaitu kestabilan ekonomi negara. (515 patah perkataan) Praktis SPM Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 sehingga 500 patah perkataan. Praktis 1 Soalan 1: DOMAIN AWAM Lazimnya dalam buli, satu pihak akan berasa menang dan satu pihak lagi tertekan kerana tidak mampu mengelak atau mempertahankan diri. Mereka yang menjadi mangsa akan berasa seolah-olah terperangkap dengan suasana dicipta pembuli. “Persoalannya kenapa remaja dan kanak-kanak cenderung membuli? Inilah yang perlu menjadi fokus dalam mengawal, sekali gus menyelesaikan isu buli,” kata Pakar Motivasi Keluarga, Zaid Mohamad. (oleh Intan Mas Ayu Shahimi [email protected]) Teks ucapan di atas memperlihatkan betapa seriusnya gejala buli dalam kalangan remaja khasnya muridmurid. PENERBIT Tulis teks syarahan berkaitan punca gejala buli dan cara menyelesaikannya. ILMU BAKTI SDN. BHD.


51 Karangan Respons Terbuka 3 Soalan 2: DOMAIN PERIBADI Kecemerlangan seseorang pelajar itu tidak harus diukur dari aspek akademik semata-mata, tetapi haruslah dilihat dalam skop yang lebih luas merangkumi kecemerlangan dari aspek sahsiah, kepimpinan, pengurusan diri dan personaliti, keteguhan rohani dan juga ketangkasan jasmani kerana secara tidak langsung elemen ini banyak membantu ke arah pencapaian akademik yang cemerlang. (Dipetik dan diubah suai daripada “Gaya Hidup Pelajar Cemerlang dalam Persekitaran Kampus”, Baharin Mesir, Jamaludin Mohd Yatim, Azmahani Abd Aziz, Mohd Hidayat Jamal, dan Muzaffar Zainal Abideen, Fakulti Kejuruteraan Awam Universiti Teknologi Malaysia, 81310 UTM Skudai, Johor. [email protected]) Teks di atas berkaitan kecemerlangan seseorang murid. Fokus utama ialah kecemerlangan dalam akademik malah merangkumi kecemerlangan dari aspek sahsiah, kepimpinan, pengurusan diri dan personaliti, keteguhan rohani dan juga ketangkasan jasmani. Huraikan cara anda mencapai kecemerlangan diri dalam aspek yang dinyatakan di atas. Soalan 3: DOMAIN PENDIDIKAN Pendidikan Bertaraf Dunia merupakan satu komitmen dan usaha Kementerian Pendidikan bagi memperbaik kualiti pendidikan negara supaya dapat ditingkatkan kepada satu standard yang tinggi dan mampu menyaingi negara maju yang lain. Sebagai sebuah negara yang berkembang pesat dalam pelbagai aspek pembangunan, sektor pendidikan perlu berkembang dan mengalami perubahan anjakan paradigma yang dapat merintiskan alaf baharu dalam segala aspek. Ia juga merupakan satu langkah penting bagi mengangkat martabat dan status Malaysia dalam dunia pendidikan di peringkat antarabangsa. (Isu-isu Semasa dalam Pendidikan: Menjana Kepakaran Guru oleh Md Ishak A. Rahman, April 2017) Merujuk teks di atas, Pendidikan Bertaraf Dunia merupakan cabaran bagi guru memantapkan diri, mempertingkat kualiti Pendidikan di Malaysia setaraf negara maju dunia. Jelaskan anjakan paradigma oleh pelbagai pihak untuk mengangkat martabat dan status Malaysia dalam dunia pendidikan di peringkat antarabangsa. Soalan 4: DOMAIN KERJAYA Tanpa ijazah dan hanya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) namun keazaman tinggi serta tidak mahu sekadar bekerja makan gaji, membuatkan individu ini nekad menjadi penternak kambing, arnab dan ayam kampung yang berjaya. Bermodalkan RM3000, Mohd Fairus Ibrahim, 30, memulakan perniagaan sejak dua tahun lalu dan kini berbangga hasil wang jualan haiwan mampu menyara dia sekeluarga (Dipetik dan diubah suai daripada “Tekad Jadi Penternak Berjaya” oleh Safuri Kamarudin, MyMetro, November 2016) Tidak ramai yang meminati kerjaya usahawan penternakan. Walaupun sektor ini memberi pulangan yang lumayan, namun kerjaya usahawan penternakan terpinggir daripada hati masyarakat. Huraikan ciri-ciri penternak yang berjaya agar menjadi panduan kepada masyarakat. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


52 Karangan Respons Terbuka 3 Praktis 2 Soalan 1: DOMAIN AWAM Kementerian Kesihatan mengambil maklum laporan pelbagai media berhubung isu premis makanan yang tidak bersih kebelakangan ini. Dalam hal ini, Kementerian Kesihatan menjalankan pemeriksaan rutin ke atas premis makanan. Bilangan pemeriksaan premis makanan terus meningkat daripada 92 597 pemeriksaan pada tahun 2008 kepada 132 528 pemeriksaan pada tahun 2012. Pada tahun 2012, 3447 (2.6%) daripada 132 528 premis makanan yang diperiksa telah diarahkan tutup kerana didapati tidak mencapai tahap kebersihan yang ditetapkan. Sehingga Mei 2013, sebanyak 995 (2.2%) daripada 44 860 premis makanan yang diperiksa telah diarahkan tutup atas sebab yang sama. (Dipetik dan diubah suai daripada “Isu Kebersihan Premis Makanan” oleh Y.B. Menteri Kesihatan Malaysia, Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia) Teks di atas memperlihatkan laporan tahap kebersihan premis makanan oleh Kementerian Kesihatan adalah mendukacitakan. Anda mendapati tahap kebersihan premis makanan di tempat tinggal anda adalah sangat rendah. Tulis sepucuk surat aduan kepada pihak berwajib berkaitan punca premis tersebut kotor dan cadangan untuk mengatasinya. Soalan 2: DOMAIN PERIBADI Sambutan Hari Guru setiap tahun melambangkan penghargaan besar negara dan masyarakat kepada golongan itu atas jasa dan bakti mereka. Namun begitu, bukanlah bermakna guru diingati pada hari tertentu sahaja malah jasa guru perlu sentiasa dikenang dalam doa kita pada setiap hari. (Dipetik dan diubah suai daripada “Menghargai Jasa Guru” oleh Haniq Raffael, Media Permata, September 24, 2018) Guru telah memberi sumbangan besar dan tak ternilai jasanya kepada masyarakat dan negara. Wajarlah kita memberi penghargaan kepada para guru. Sebagai seorang murid, jelaskan cara anda menghargai jasa guru. Soalan 3: DOMAIN PENDIDIKAN MENGIKUT laporan Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa (PISA) 2018, sebanyak 36 peratus pelajar di negara ini dibuli beberapa kali dalam sebulan dan angka itu 13 peratus lebih tinggi daripada purata yang dikeluarkan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), iaitu sebanyak 23 peratus. Daripada keputusan itu, nampaknya matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang meletakkan matlamat utama ke arah melahirkan individu seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berasaskan pegangan teguh dan kepercayaan kepada Tuhan masih belum tercapai sepenuhnya. (Dipetik dan diubai suai daripada “Nilai Murni dalam Kalangan Pelajar Sekolah”, sinarharian.com.my) Menerusi laporan PISA, jelas menunjukkan hasrat FPK membina nilai murni terhadap murid-murid kurang tercapai sepenuhnya. Tulis laporan usaha-usaha pelbagai pihak, khasnya Kementerian Pendidikan dan pihak sekolah menyemai nilai-nilai murni terhadap remaja atau murid. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


53 Karangan Respons Terbuka 3 Soalan 4: DOMAIN KERJAYA Perkembangan sukan di Malaysia meningkat seiring dengan perkembangan ekonomi negara. Keadaan ekonomi yang memberangsangkan telah membuka peluang kepada ahli sukan Malaysia untuk berubah kepada sukan sepenuh masa. Walaupun secara keseluruhannya ekonomi negara tidaklah berkembang seperti yang dirancang, namun masih mampu melahirkan ahli sukan profesional. (Dipetik dan diubah suai daripada "Sukan sebagai Kerjaya" dalam duniamalaysia-azamarahumah.blogspot.com, Mac 2012) Merujuk teks di atas, sukan berkait rapat dengan keadaan ekonomi. Peluang menjadikan sukan sebagai kerjaya amat besar. Ulaskan pernyataan di atas dengan berfokus kepada cara memartabatkan sukan agar dapat melahirkan ahli sukan profesional oleh kerajaan. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


54 Sistem dan Aplikasi Bahasa 4 4.1 Info Asas Sistem dan Aplikasi Bahasa 1 Sistem dan Aplikasi Bahasa diuji dalam Bahasa Melayu Kertas 2 (1103/2). 2 Peruntukan markah untuk bahagian ini ialah 35 markah (Peruntukan markah bagi setiap item adalah fleksibel). 3 Cadangan masa menjawab bahagian ini ialah 30 minit (tertakluk kepada perubahan). 4.2 Bentuk Pengujian Item Item Pengujian Morfologi Bina ayat Sintaksis Pola Ayat / Ayat Aktif / Ayat Pasif / Ayat Songsang / Ayat Tanya (Bina Soalan / Ayat Tanya) / Subjek-Predikat / Jenis Ayat / Ayat Majmuk / Ayat Selapis Penyuntingan Kesalahan bahasa Bahasa Melayu Standard Petikan bahasa Melayu Klasik ditulis semula dalam bahasa Melayu standard Peribahasa (Teks) • Berikan peribahasa lain yang hampir sama dengan peribahasa yang diberi • Cari peribahasa dan beri maksud • Cari peribahasa dan bina ayat sendiri (lain daripada dalam teks) • Nyatakan peribahasa menurut konteks situasi yang diberi • Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai 4.3 Perincian Item: Morfologi Bentuk Pengujian 1 Calon dikehendaki membina ayat. 2 Petikan diubah suai daripada mana-mana sumber. 3 Calon dikehendaki menyenaraikan jenis kata dan bina ayat setiap kata yang dipilih. Unit 4 Sistem dan Aplikasi Bahasa PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


55 Sistem dan Aplikasi Bahasa 4 4 Bilangan kata adalah fleksibel (tidak tentu). 5 Peruntukan markah juga fleksibel (tidak tentu). 6 Antara jenis kata yang diuji ialah: kata kerja / kata adjektif / kata majmuk / kata ganda kata nama (nama am, nama khas, ganti nama) / kata dasar / kata terbitan / kata tugas (kata sendi / kata hubung / kata seru / kata keterangan / kata sandang / kata tanya / kata perintah) Kata Kerja 1 Kata kerja merupakan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya. 2 Kata kerja terbahagi kepada, kata kerja transitif (perbuatan melampau) dan kata kerja tak transitif (perbuatan tidak melampau). Kata Kerja Transitif 1 Kata kerja yang diikuti oleh objek tepat, iaitu kata nama bagi melengkapkan maksud sesuatu ayat. 2 Kata kerja ini akan mempunyai imbuhan awalan atau imbuhan apitan. Contoh: Imbuhan Awalan Contoh Perkataan Contoh Ayat meN- mencari, menjentik, menjala, menari Seri mencari wangnya yang hilang. memper- memperlebar , memperkukuh Pekerja-pekerja itu sedang memperlebar lebuh raya dua lorong menjadi tiga lorong. Ter- tersepak, terambil, tergigit Adam tersepak batu lalu tersungkur. Imbuhan Apitan Contoh Perkataan Contoh Ayat meN…-i menyertai, menaiki Saya menyertai pertandingan mewarna. memper-….-i memperbaiki, mempelajari Ayah sedang memperbaiki kereta yang rosak itu. meN…._kan mendoakan, memasukkan Ibu sentiasa mendoakan anak-anaknya selamat dunia dan akhirat. memper-….-kan mempersilakan, mempereratkan Pengacara telah mempersilakan para pemenang naik ke pentas. Kata Kerja Tak Transitif 1 Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri di dalam ayat. 2 Tidak memerlukan penyambut atau objek kerana sudah sempurna makna ayatnya. Contoh: Imbuhan Contoh Perkataan Contoh Ayat Imbuhan Contoh Perkataan Contoh Ayat awalan meN- menangis, melawak Adik menangis sambil mengelap air mata. berapitan ber-….-an bersalaman, berpegangan Amalan bersalaman ketika berjumpa sesama muslim adalah akhlak yang mulia. awalan teR- tergelak, tersungkur Balqis tergelak semasa Rosman membuat lawak di kelas. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


56 Sistem dan Aplikasi Bahasa 4 Kata kerja tak transitif boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu 1 Kata kerja tak transitif berpelengkap - kata kerja yang memerlukan kata atau frasa tertentu selepas kata kerja untuk melengkapkan maksud ayat tersebut. ( ayat gramatis ) Contoh : Peragut itu menyentap beg tangan seorang wanita. * Ayat di atas tidak lengkap ( tidak gramatis ) sekiranya tiada objek atau pelengkap ( ..beg tangan ) 2 Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap - kata kerja itu boleh berdiri dengan sendiri dan masih membawa makna ayat yang hendak disampaikan - tidak memerlukan objek atau pelengkap selepas kata kerja. Contoh : Para pelajar itu asyik bermain. * Ayat di atas telah lengkap tanpa wujudnya objek atau pelengkap selepas kata kerja ( …bermain ). * Namun kata kerja ini ( bermain ) boleh diikuti oleh unsur keterangan sebagai maklumat tambahan. Contoh: Murid-murid itu asyik bermain di padang. Kata Adjektif 1 Kata adjektif ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi (kata yang menjadi inti frasa ditulis dengan huruf condong). 2 Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului atau diikuti oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar. Kata Majmuk 1 Kata majmuk terdiri daripada rangkaian dua morfem bebas atau lebih. Oleh itu, ia hendaklah ditulis terpisah. 2 Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kata majmuk yang ditulis bercantum kerana dianggap telah mantap. 3 Ada 15 kata majmuk yang ditulis secara rapat, iaitu: antarabangsa beritahu bumiputera jawatankuasa kakitangan kerjasama matahari olahraga pesuruhjaya setiausaha sukarela suruhanjaya tanggungjawab tandatangan warganegara 4 Ditulis secara jarak (ada banyak) antaranya, garis pusat bandar raya jam tangan merah muda luar biasa tengah hari kipas angin biru laut kapal terbang mata pelajaran meja tulis kuning langsat terima kasih kertas kerja bom tangan buah hati kemas kini cari gali atur cara buah tangan segi tiga reka bentuk alat tulis manis mulut kaki bangku makan angin berat tangan duit kopi PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


57 Sistem dan Aplikasi Bahasa 4 5 Penggandaan kata majmuk (melibatkan kata depan sahaja). balai-balai raya kapal-kapal terbang Menteri-menteri besar gambar-gambar rajah suku-suku kata garis-garis pusat 6 Berdasarkan rumusan kategori kata majmuk, kata majmuk dapat digolongkan kepada golongan yang berikut: Penggolongan Kata Majmuk Contoh Perkataan Kata Nama Majmuk guru besar, balai raya, tepian gelanggang, cakar ayam, bulan madu, Menteri Besar, Naib Canselor, ketua murid, warganegara, ketidakadilan, persuratkhabaran, kebolehpercayaan, tandatangan, warganegara, setiausaha Kata Kerja Majmuk hapus kira, ambil alih, lipat ganda, kenal pasti, terima kasih, gulung tikar, bersatu padu, mereka bentuk, menandatangani, bertanggungjawab, berlatarbelakangkan Kata Adjektif Majmuk merah jambu, terang hati, kuning langsat, muda remaja, panas terik, sukacita, dukacita Kata Tugas Majmuk bagaimana, apabila, barangkali, kadangkala, walhal, daripada, kepada, mana lagi Kata Ganda 1 Kata ganda terbentuk apabila kata dasar diulang. 2 Proses pengulangan ini berlaku pada seluruh perkataan ataupun pada bahagian-bahagian tertentu dalam perkataan tersebut. 3 Terdapat empat jenis kata ganda, iaitu: (a) gandaan seluruh kata / semu; (b) gandaan separa / separuh; (c) gandaan berirama / berentak; (d) gandaan menyaling. Gandaan Seluruh Kata Gandaan berlaku pada seluruh perkataan tersebut tanpa ada perubahan. 1 Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya. 2 Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang ( - ). 3 Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja dan kata keterangan. Gandaan Kata Nama Gandaan Kata Kerja Gandaan Kata Adjektif kawan-kawan murid-murid kucing-kucing buku-buku pandang-pandang jalan-jalan makan-makan usik-usik besar-besar manis-manis bulat-bulat awal-awal Gandaan Separa/Separuh Penerangan Konsep: 1 Gandaan separa dibina dengan cara memendekkan atau menyingkirkan bahagian perkataan asalnya. 2 Hanya diambil hujung perkataan itu, contohnya: lelaki bebola dedaun kekuda jejari pepohon jejentik kekabu lelabah kekisi PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


58 Sistem dan Aplikasi Bahasa 4 Gandaan Berirama Penerangan Konsep: 1 Gandaan berirama dibina dengan menambahkan perkataan yang lain bunyinya kepada perkataan asal. 2 Berlaku perubahan ejaan dan bunyi perkataan asalnya. Contoh: lauk-pauk batu-bata saudara-mara bukit-bukau kacau-bilau tunggang-langgang tanah-tanih semak-samun bengkang-bengkuk gelap-gelita Gandaan Menyaling Penerangan Konsep: 1 Gandaan menyalin dibina dengan mengekalkan kata dasarnya tetapi diikuti dengan kata berimbuhan. 2 Perkataan keduanya ditambah meN ... Contohnya: sulam-menyulam tolong-menolong sepak-menyepak tarik-menarik kejar-mengejar tahu-menahu tari-menari kata-mengata jahit-menjahit tulis-menulis tawar-menawar rampas-merampas tangis-menangis tambak-menambak simpan-menyimpan Kata Nama Am 1 Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat, benda dan sebagainya. 2 Dengan kata lain, kata nama am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum. (belum diberi sesuatu nama khusus) Contoh: Manusia, orang ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dan lain-lain Haiwan ayam, gajah, lembu, kucing, kuda, burung, ikan dan lain-lain Tumbuh-tumbuhan pokok, kelapa, rumput, lalang dan lain-lain Benda pasir, perahu, televisyen, rumah, pen, buku, majalah dan lain-lain Tempat pejabat, bukit, sekolah, kampung, bandar, negeri, kampus dan lain-lain 3 Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang berbentuk: (a) konkrit, iaitu nama sesuatu benda hidup atau benda mati yang dapat dipegang, atau dapat dirasa atau dapat dilihat. (b) abstrak, iaitu nama sesuatu perkara yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan. 4 Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan. 5 Berikut ialah beberapa contoh kata nama terbitan: buai buaian tua ketua raja kerajaan tahu pengetahuan 6 Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat. Contoh: Dia sedang menjinakkan seekor gajah. g – Pada akhir ayat (huruf kecil) Gajah itu berbadan besar. G – Pada awal ayat (huruf besar) PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


59 Sistem dan Aplikasi Bahasa 4 Kata Nama Khas 1 Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. 2 Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama haiwan. 3 Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan dan sebagainya. 4 Perkataan nama khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. 5 Kata Nama Khas ditulis dengan huruf besar sama ada berada di awal ayat atau di tengah ayat atau di akhir ayat. Contoh: Aspek Kata Nama Khas Manusia Muhammad, Alan, Nasuha, Syafiqah, Tillai Haiwan Si Batik (kucing), Siakap (ikan), Si Jalak (ayam) Tempat Melaka Tengah, Muar (daerah), Seremban (bandar), Malaysia, Jepun (negara) Bangunan MARA, Sultan Haji Abdul Samad, Menara Tun Razak (pejabat) Judul buku Solusi (majalah), Pantai Kasih (novel), Modul Bahasa Cemerlang (buku) Benda kereta Nissan X-Trail, Perodua MyVi, pen Parker, Pilot, kasut Adidas, Puma, tilam Vono 6 Sesuatu kata nama am yang diberi nama khusus lalu menjadi kata nama khas. Aspek Kata Nama Am Kata Nama Khas Benda bangunan kereta buku sekolah Bangunan Merah Proton Perdana Bahasa Melayu Sekolah Menengah Malim Orang doktor kerani guru budak lelaki Doktor Fatin Puan Tasha Cikgu Siti Zam Ahmad Albab Haiwan kucing ayam burung lembu Si Batik Ayam Serama Burung Tiong Lembu Dairy Tempat negeri tasik kampung bandar Kelantan Tasik Kenyir Kampung Belimbing Dalam Seremban Tumbuhan mangga sayur limau bunga Mangga Delight Sayur Bayam Limau Barli Bunga Ros Kata Ganti Nama 1 Kata ganti nama terbahagi kepada kata ganti nama diri, kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama tak tentu. 2 Kata ganti nama diri pula terdiri daripada: (a) kata ganti nama diri (pertama, kedua dan ketiga); (b) kata ganti nama tanya. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


60 Sistem dan Aplikasi Bahasa 4 Kata Ganti Diri Pertama 1 Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap. 2 Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan yang berbentuk jamak. Contoh: ganti nama diri bilangan tunggal dan bilangan banyak Bentuk Contoh Kata Nama Diri Pertama Tunggal beta, patik, aku, saya Jamak kita, kami, kita orang Keterangan Contoh: Kata Ganti Diri Pertama Penggunaannya aku (tunggal) digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan saya (tunggal) digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenal atau dalam suasana rasmi hamba (tunggal) digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu patik (tunggal) digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan beta (tunggal) digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat kami (jamak) digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua kita (jamak) digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua Kata Ganti Nama Diri Kedua 1 Kata ganti diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang. (orang yang diajak bercakap) 2 Kata ganti ini boleh dipecahkan kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak. Contoh: Kata Ganti Diri Kedua Penggunaannya anda (tunggal) digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita awak (tunggal) digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita engkau (tunggal) digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan tuanku (tunggal) digunakan apabila bercakap dengan pihak istana: sultan dan raja kalian (jamak) digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap kamu (tunggal dan jamak) digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita Kata Ganti Nama Diri Ketiga 1 Kata ganti diri ketiga adalah untuk merujuk orang ketiga (pihak/orang yang diceritakan oleh kata ganti nama diri pertama dengan kata ganti nama diri kedua). 2 Keterangan contoh penggunaan kata ganti nama diri ketiga adalah seperti berikut: Kata Ganti Diri Ketiga Penggunaannya baginda (tunggal) digunakan untuk raja dan sultan beliau (tunggal) digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenali atau dalam suasana rasmi dia dan ia (tunggal) digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan mereka (jamak) digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


61 Sistem dan Aplikasi Bahasa 4 3 Rangkuman contoh kata ganti nama diri adalah seperti di bawah: Kata Ganti Nama Diri Tunggal Bilangan Banyak/Jamak Diri pertama (orang yang bercakap) aku saya patik hamba kami kita Diri kedua (orang yang diajak bercakap) awak kamu engkau encik cik saudara saudari tuan puan anda tuanku awak semua kamu semua saudara sekalian saudari sekalian encik-encik cik-cik tuan-tuan puan-puan anda semua kalian Diri ketiga (orang yang diceritakan halnya) dia ia nya beliau baginda mereka Kata Ganti Nama Tanya 1 Kata ganti tanya ialah perbuatan untuk menggantikan nama benda, orang, tempat, masa, bilangan dan hal dengan maksud pertanyaan. 2 Kata ganti nama pertanyaan ditambah “kah” dan tanda soal (?). 3 Digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya. Benda Orang Tempat Masa Hal Bilangan apakah siapakah di manakah bilakah bagaimanakah kenapakah mengapakah berapakah Keterangan Contoh: Kata Ganti Nama Penggunaannya apa digunakan untuk menanyakan nama benda atau bilangan siapa digunakan untuk menanyakan orang atau nama orang mana digunakan untuk menanyakan orang, haiwan, benda dan tempat Contoh ayat: 1 Bilakah engkau pergi ke bandar? 2 Mengapakah kamu tidak datang semalam? 3 Murid-murid di dewan itu berapa orang? 4 Nama pokok itu apa? 5 Pemuda kacak itu siapa? Kata Ganti Nama Tunjuk 1 Kata ganti nama tunjuk digunakan untuk menggantikan nama tempat. 2 Kata ganti nama penunjuk adalah untuk menunjukkan sesuatu benda, orang, tempat dan cara. 3 Fungsi kata ganti nama tunjuk adalah sebagai: (a) subjek dan letaknya di depan kata nama. Contohnya: PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


62 Sistem dan Aplikasi Bahasa 4 (i) Ini komputer. (ii) Itu rumah Sally. (b) penentu dan letaknya di belakang kata nama. Contohnya: (i) Kotak ini berat. (ii) Saya belajar di sekolah itu. Contoh: Kata Ganti Nama Tunjuk Penggunaannya sana digunakan untuk tempat yang dianggap jauh sini digunakan untuk tempat yang dekat dengan orang yang bercakap situ digunakan untuk tempat yang agak jauh, tetapi tidak sejauh sana Contoh ayat: 1 Ini langsat. 2 Itu kucing. 3 Pokok itu rendah sahaja. 4 Kereta Proton Iriz cantik. Kata Ganti Nama Tak Tentu 1 Kata ganti nama tak tentu menunjukkan sesuatu atau seseorang secara tidak tentu. Contoh: Kata Ganti Nama Tak Tentu Penggunaan Ayat contoh apa-apa Untuk menggantikan sesuatu benda atau hal yang tidak tentu 1 Dia menurut apa-apa sahaja arahan yang diberikan kepadanya. 2 Tidak ada apa-apa yang perlu kamu bawa sewaktu mengikuti ceramah motivasi itu nanti. bila-bila Untuk menggantikan masa/waktu yang tidak tentu 1 Pelanggan restoran akan sampai pada bila-bila masa. 2 "Bom jangka itu akan meletup pada bila-bila masa sahaja," kata pegawai polis itu. mana-mana Untuk menggantikan nama benda atau tempat yang tidak tentu 1 Ambillah mana-mana baju yang kamu berkenan. 2 Saya mungkin tidak ke mana-mana pada cuti semester ini. siapa-siapa/ sesiapa Untuk menggantikan nama orang/manusia yang tidak tentu 1 Siapa-siapa pun tidak berani tinggal di rumah buruk itu. 2 Dia tidak menyalahkan sesiapa dalam perkara ini. Peringatan 1 Fungsi kata ganti nama tak tentu adalah berbeza sama sekali dengan fungsi kata ganti nama tanya. 2 Di hujung ayat yang mengandungi kata ganti tak tentu, tiada tanda tanya (?) sebagaimana ayat yang mengandungi kata ganti nama tanya. 3 Contoh: Kesalahan dari segi kata Ayat yang salah Siapa yang bersalah akan tetap dihukum. Apa yang dilarang oleh agama jangan dibuat. Ayat yang betul Sesiapa yang bersalah akan tetap dihukum. Apa-apa yang dilarang oleh agama jangan dibuat. Keterangan: Salah penggunaan kata ganti tanya PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


63 Sistem dan Aplikasi Bahasa 4 Kata Dasar/Tunggal/Asal Kata yang belum mengalami proses pengimbuhan. Contoh: • pilih • tubuh • manis • jari • jalan • cantik • puas • lari Kata Terbitan (Imbuhan) Penerangan Konsep Kata tunggal/kata dasar/kata asal yang telah mengalami proses pengimbuhan. (telah dibubuh imbuhan) Jenis-jenis Imbuhan Contoh 1 Imbuhan awalan • pilih (kata tunggal) • memilih (me + pilih ... p diganti dengan m) 2 Imbuhan akhiran • pilih (kata tunggal) • pilihan (pilih + an) 3 Imbuhan apitan • pilih (kata tunggal) • pemilihan (pe + milih + an ... p diganti m) Kata Tugas Kata Keterangan • Kata keterangan ialah kata yang menyertai dan menerangkan kata adjektif, kata kerja dan kata keterangan yang lain. Kata Sendi • Kata sendi ialah kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat. Kata Hubung • Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat. Kata Seru • Digunakan untuk melahirkan pelbagai perasaan, seperti suka, duka, marah, gembira, mencabar, dicabar dan sebagainya. Kata Sandang • Kata sandang ialah kata penyerta yang bertugas untuk membendakan dan membezakan kata atau frasa yang disertainya. Kata Tanya • Kata yang digunakan untuk bertanya: siapakah/apakah/di manakah/bilakah/bagaimanakah Kata Perintah 1 Kata perintah ialah ayat yang diucapkan bertujuan menimbulkan gerak balas yang berupa tindakan. 2 Ayat perintah berfungsi sebagai ayat yang bermaksud suruhan, permintaan, silaan ataupun larangan. Contoh kata perintah: Jenis Ayat Perintah Contoh Kata Contoh Ayat Suruhan tolong Tolong belikan saya roti. Permintaan minta, harap Harap semua pelajar bersedia. Silaan jemput, sila Silalah ke rumah saya. Larangan/tegahan jangan, usah Usah berfikir negatif. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


64 Sistem dan Aplikasi Bahasa 4 Kesilapan Penggabungan Kata Perintah (a) Sila jangan melepak di kawasan ini. (✗) (b) Tolong jangan tidur di dalam surau. (✗) (c) Harap jangan melawan cakap ibu bapa. (✗) (d) Jangan melepak di kawasan ini. (✓) (e) Jangan tidur di dalam surau. (✓) (f ) Jangan melawan cakap ibu bapa. (✓) *Imbuhan meN- pada kata kerja transitif harus digugurkan dalam ayat perintah. *Imbuhan awalan kata kerja tak transitif harus dikekalkan dalam ayat perintah. Kata Bilangan 1 Menurut Prof. Abdullah Hassan, kata bilangan memberitahu jumlah orang, benda atau perkara. 2 Kata bilangan ada enam jenis, iaitu: (a) bilangan kardinal / bilangan tentu - satu, dua, seribu, sejuta (b) bilangan tak tentu - segala, semua, beberapa, seluruh, sekian, para (c) bilangan pisahan - setiap, tiap-tiap, masing-masing (d) bilangan himpunan - berpuluh-puluh, berjuta-juta (e) Bilangan pecahan - separuh, setengah, sebahagian, tiga suku (f) Bilangan ordinal / giliran - pertama, kedua, keseribu, kedua ratus KATA BILANGAN CONTOH FUNGSI Kata Bilangan Tentu satu, dua, sepuluh, seribu, sejuta (kardinal) pertama, kedua, keseribu, kedua ratus (ordinal / giliran ) Menunjukkan jumlah atau bilangan yang tepat/ tertentu Kata Bilangan Tak Tentu banyak, beberapa, semua, kebanyakan, segala, para, sekalian, seluruh, berbagaibagai, segelintir, sebilangan Menunjukkan jumlah atau bilangan yang tidak tentu ( tidak tahu jumlah yang tepat / tentu ) berlima-lima, beratus-ratus, beribu-ribu, berjuta-juta Menunjukkan bilangan secara himpunan Setiap, tiap-tiap, masing-masing Menunjukkan bilangan pisahan atau berasingan Setengah, sebahagian, empat suku, separuh, sepertiga Menunjukkan bilangan pecahan 4.4 Panduan Menjawab Item Morfologi Bentuk Soalan 1 Teks petikan diberikan. Teks boleh dipetik dan diubah suai daripada sebarang artikel ilmiah seperti Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Budaya, eBook Portal, Majalah Kerjaya, Majalah Kepenggunaan dan lain-lain. 2 Senaraikan jenis kata, iaitu satu jenis kata atau dua jenis kata. 3 Kemudian, bina ayat dengan menggunakan kata yang dipilih dengan ayat anda sendiri. 4 Penggunaan ayat sendiri menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. 5 Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


65 Sistem dan Aplikasi Bahasa 4 Peruntukan Markah 1 Peruntukan markah untuk bahagian ini (soalan 1) tidak tentu, boleh jadi enam (6) markah atau lapan (8) markah. 2 Satu ayat diperuntukkan dua (2) markah. Petua Menjawab 1 Calon wajib baca arahan dan fahamkan kehendak soalan. 2 Garis kehendak soalan yang terdapat dalam arahan. 3 Kemudian, calon hendaklah membaca teks dengan teliti sambil mengesan dan menggaris item kehendak soalan. 4 Pilih item kehendak soalan yang memudahkan anda untuk membuat ayat. 5 Calon hendaklah membina ayat sendiri dan tidak meniru ayat di dalam teks. SOALAN 1: MORFOLOGI Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan dua kata kerja dan dua kata adjektif. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata kerja dan kata adjektif tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Contoh 1 Cerpen ini mengisahkan hasrat ‘saya’, seorang anak muda yang hendak berhijrah ke kota tetapi dihalang oleh bondanya yang bimbang anaknya itu akan terpengaruh oleh budaya-budaya negatif di bandar. Menurut bondanya, ‘saya’ masih belum mantap berbahasa ibunda dan mantap jati dirinya. Selain itu, bondanya menyatakan bahawa warga kota sudah hilang nilai-nilai tradisi seperti cinta akan agama, bahasa dan bangsa. Hal ini terjadi kerana penjajah telah berjaya menyemai sentimen perkauman dalam kalangan rakyat sehingga pernah tercetusnya pertumpahan darah akibat permusuhan antara kaum. Justeru, bonda menasihatkan ‘saya’ agar memelihara agama, bahasa dan negara supaya terus dihormati dan disegani. (Dipetik dan diubah suai daripada “Cerpen Munsyi” oleh Husna Nazri) Jawapan: (Rujuk – Petua Menjawab nombor 4) Calon menyenaraikan dua kata kerja. (i) berhijrah (berpindah) (ii) memelihara (menjaga, membela, merawat, menternak, melindungi) Calon membina ayat daripada kata kerja tersebut. (i) Saya telah berhijrah ke Kedah mengikut ayah. (ii) Kita mestilah memelihara alam sekitar. Calon menyenaraikan dua kata adjektif. (i) bimbang (berasa gelisah atau tidak sedap hati kerana memikirkan sesuatu atau takut sesuatu yang tidak diingini berlaku, khuatir, risau) (ii) cinta (perasaan kasih sayang) Calon membina ayat daripada kata adjektif tersebut. (i) Ibu berasa bimbang akan keselamatan anaknya yang sedang melintas jalan. (ii) Ahmad Mutawakkil cinta akan negara dengan sepenuh jiwa dan raga. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


66 Sistem dan Aplikasi Bahasa 4 SOALAN 1: MORFOLOGI Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan tiga kata majmuk. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata majmuk tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Contoh 2 Fenomena bahasa yang sebegini juga dihuraikan oleh Liaw dan Abdullah (1994) dengan menggunakan istilah ‘kata majmuk setara’. Pada pendapat mereka, kata majmuk setara adalah terdiri daripada gabungan dua kata dasar yang dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu seerti, berlawanan erti dan sejajar. Contoh-contoh seerti seperti malapetaka, hutan rimba, sangkut paut, berlawanan erti seperti miskin kaya, buruk baik, tinggi rendah dan sejajar seperti pinggan mangkuk, kampung halaman, rumah tangga. (Dipetik daripada “Analisis Pembentukan Leksis Kata Majmuk Setara dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Cina”, oleh Chan Kar Min, Fakulti Bahasa dan Linguistik Universiti Malaya, Kuala Lumpur 2015) (ada banyak kata majmuk – Sila pilih kata majmuk yang mudah dibuat ayat yang gramatis) Jawapan: (Rujuk – Petua Menjawab nombor 4) Calon menyenaraikan tiga kata majmuk: (i) sangkut paut (pertalian) (ii) hutan rimba (hutan besar, iaitu belum pernah diterokai manusia) (iii) rumah tangga (berkahwin) Calon membina ayat daripada kata majmuk tersebut. (i) Keluarga Tengku Alamin ada sangkut paut dengan kerabat diraja yang berasal dari Pahang. (ii) Terdapat pelbagai flora dan fauna di dalam hutan rimba. (iii) Encik Rosman dan Puan Noryati telah mendirikan rumah tangga pada tahun 1985. Praktis SPM Praktis 1 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan dua kata majmuk dan satu kata ganda. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata majmuk dan kata ganda tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Dr. Raiha telah bertugas di Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK). Pada mulanya, PRKP merupakan pusat rawatan yang biasa-biasa sahaja. Pada awalnya, PRPK di bawah kelolaan pemiliknya, bapa Dr. Uwang. Kemudian Dr. Uwang mengambil alih pengurusan sepenuhnya daripada bapanya, Dato’ Utong. Dr. Uwang telah menaik taraf PRPK. Pelbagai peralatan canggih telah dibeli malah ramai tenaga pakar perubatan mula berkhidmat di PRPK. Kini, PRPK telah menjadi pusat rawatan yang mewah. (Dipetik daripada novel Pantai Kasih, Azmah Nordin, Kementerian Pendidikan Malaysia) [6 markah] PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.


Click to View FlipBook Version