117 Pemahaman 5 Peleraian Akhir cerita, Karl jatuh sakit dan sedang nazak di rumah agam Karl di Puchong. Medina telah menziarahi Karl. Dia berasa sangat terkejut dan menyesal kerana meninggalkan Karl. Setiap orang yang ada di rumah agam itu hanya dibenarkan menemui Karl secara perseorangan. Medina kelihatan menangis teresak-esak manakala Alia pula meraung. Watak lain pula berasa reda dengan situasi tersebut. Akhirnya, watak Karl ditamatkan apabila Karl disahkan meninggal dunia pada pukul 7:00 malam. Mayatnya telah dibakar dan abunya telah ditabur di Selat Melaka. Teknik Plot Dialog • Perbualan antara Aqram dengan Farisha di dalam pesawat dan di Hotel Renaissance. Perihal Dinara dan Farisha ditawarkan projek yang bernilai tinggi oleh Aqram di Soft Lab. • Perbualan antara Khairul Anwar dengan Karl (berwatakkan Shida) yang membongkar kisah silam Khairul Anwar. Pemerian Pengarang menggunakan teknik ini agar Karl (berwatakkan Shida) memerihalkan atau menceritakan asal usul Khairul Anwar. Nama sebenarnya ialah Muhammad Irfan, iaitu seorang budak comot yang mengemis di tepi jalanan telah mencuri dompet Karl. Atas rasa belas kasihan, Karl telah membawanya pulang lalu memberi makanan, menggantikan pakaiannya dan menggantikan ingatannya. Dari situ, nama Muhammad Irfan telah bertukar menjadi Khairul Anwar. Imbas Kembali Azraai telah mengimbas kembali peristiwa 26 tahun yang lalu. Kedatangan Seorang lelaki India yang berambut hitam pekat bersama-sama seorang lelaki yang berketurunan Caucasian ke rumah mereka pada waktu petang dengan membawa anak kecil. Anak kecil itu bernama Farisha. Lelaki yang berketurunan Caucasian itu telah memberi Farisha kepada keluarga Azraai untuk dijadikan anak angkat. Saspens Unsur saspens mula muncul sewaktu Shida yang menggantikan Farisha mula menjalani sesi komunikasi bawah sedar dengan Karl. Tindak balas meronta dan membanting-banting diri telah mengejutkan semua watak dalam novel ini yang berada di bilik pejabat Farisha dan bilik Dr. Maxi. Aqram meminta agar sesi ditamatkan kerana bimbang kejadian lebih teruk akan berlaku terhadap Shida, tetapi dihalang oleh Dr. Maxi. Sesi komunikasi tetap diteruskan. Bagi melicinkan kajian maka kaki dan tangan Shida terpaksa diikat. Kelihatan reaksi aktif Shida iaitu Shida telah berguling-guling ke lantai, nafasnya kencang dan mata terbelalak. Situasi sangat berbeza dengan ketika Farisha melakukan sesi yang sama. Situasi ini telah menyebabkan pembaca tertanya-tanya nasib yang akan menimpa Shida. Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin Binaan Plot Permulaan Lili telah pulang ke kampung datuknya di sebuah daerah yang terletak di Dungun, Terengganu dengan menaiki bas. Walaupun dia tidak gembira dengan percutiannya pada kali ini, namun demi menjaga hati ibunya, dia ikutkan sahaja kehendak ibunya itu. Semasa dalam perjalanan ke Dungun, Lili telah bertemu Danel dan Geetha di dalam bas yang dinaikinya. Didapati bahawa rumah datuk dan nenek Lili di Pekan Sentosa amat nyaman, cantik dan terdapat sawah padi yang luas. Perkembangan Datuk Lili telah menghadapi situasi kekecohan di kampung akibat penggantian kubah surau. Kekecohan turut muncul apabila Sugi dikatakan memujuk orang kampung untuk menjual tanah bagi pembinaan kawasan perumahan di kampung datuk. Selain itu, datuk Lili yang handal dalam perubatan tradisional telah didatangi oleh orang dari bandar untuk mendapatkan rawatan secara tradisional. Lebih meyakinkan PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
118 Pemahaman 5 hati Lili akan kehebatan datuknya itu, apabila Geetha memaklumkan kepada Lili bahawa datuknya telah berjaya menyembuhkan ibunya yang sakit dengan menggunakan herba tradisional. Danel pula sering datang untuk membantu nenek Lili memasak kerana menganggap nenek seorang yang pandai memasak dan masakan nenek sangat sedap. Danel turut berbual mesra dengan datuk dan menerangkan kepentingan perubatan moden. Datuk tidak berkecil hati terhadap Danel kerana Danel bercakap dengan penuh berhemah. Danel suka dan sering menulis artikel perihal khasiat pisang. Lili telah diculik oleh anak-anak Che Jah, namun berjaya diselamatkan oleh Danel. Konflik Konflik dalam diri sendiri Konflik dengan diri sendiri, iaitu akibat sering diperli oleh nenek maka timbul Hasrat untuk tidak mencari lagi akar-akar kayu di hutan. Walaupun begitu, minat datuk sebagai pengubat tradisional tetap membara. Ini jelas menunjukkan timbul konflik dalam diri datuk. Konflik dengan orang lain Datuk Lili terkesan dengan sindiran nenek tentang sikap datuk yang lebih mengutamakan perubatan tradisional berbanding perubatan moden. Che Jah berasa sangat kecewa dengan sikap suaminya Seman yang sering melakukan keganasan dengan memukul anak-anak mereka, iaitu Haziq dan Rafiq sehingga cedera. Oleh sebab tidak tahan dengan tindakan suaminya itu maka Che Jah minta diceraikan. Lili telah berkonflik dengan ibunya. Ibunya berharap agar dia tinggal di kampung setelah tamat persekolahannya nanti. Impaknya, Lili tidak gembira dengan permintaan ibunya itu tetapi demi menjaga hati ibunya, dia menuruti permintaan ibunya itu. Klimaks/Puncak Che Jah telah membocorkan rahsia bahawa selama ini suaminyalah yang melarikan kubah surau. Haziq dan Rafiq hanya menjadi mangsa keadaan oleh orang kampung. Peleraian • Peleraian dapat dilihat menerusi peristiwa Kak Hamimah memberi cadangan agar Che Jah membuat laporan polis supaya suaminya itu dapat diberkas dan dipulihkan. Impaknya, suami Che Jah ditangkap di belakang pondok dusun. • Haziq telah diberi herba sebagai penawar oleh datuk. • Rafiq dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan moden. • Sugi tidak mengaku ada kaitan dengan wakil pemaju perumahan yang memujuk penduduk kampung menjualkan tanah mereka. Dia memaklumkan bahawa dia berhajat memajukan tanah penduduk kampung dengan projek agripolitan dan penanaman Jatropha Cuncas. • Datuk dituduh melindungi anak-anak Che Jah yang menculik Lili. • Ibu pulang ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas tanpa ayah. Manakala Lili pulang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis perpisahan pengetuanya dan Haziq serta Rafiq kembali semula ke sekolah untuk menduduki PMR. Teknik Plot Dialog • Dialog antara penduduk kampung dengan Sugi tentang penjelasan Sugi bahawa dia tidak bersubahat dengan rayuan penjualan tanah kepada orang luar. • Dialog antara Lili dengan Kak Hamimah agar dapat membantu Che Jah menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga yang dialaminya sewaktu Kak Hamimah datang berubat dengan datuk. • Dialog berhemah antara datuk dengan Danel perihal perubatan moden dan tradisional. Danel berbincang dengan datuk secara berhemah menyebabkan datuk tidak terguris hati sedangkan datuk lebih memilih perubatan secara tradisional. Monolog • Datuk bermonolog tentang perubatan tradisional yang sekian lama dipeloporinya di kampung itu. • Lili bermonolog dalam hati dan mindanya sewaktu dalam perjalanan pulang ke kampung nenek dan datuknya kerana kurang senang dengan permintaan ibunya agar dia bercuti di kampung selepas tamat persekolahan. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
119 Pemahaman 5 Pemerian • Pengarang memerihalkan keadaan kampung, iaitu tempat tinggal nenek dan datuk Lili. • Penulis turut memerihalkan sikap negatif Seman. iaitu suami Che Jah yang melakukan keganasan rumah tangga dan sering bertindak kekerasan untuk menyelesaikan sesuatu masalah keluarga yang dihadapi oleh mereka. • Penulis menceritakan kesedihan hati Lili untuk pulang ke kampung nenek dan datuknya kerana tidak bersetuju dengan cadangan ibunya agar tinggal di kampung selepas tamat persekolahan. Imbas Kembali Datuk telah mengimbas kembali akan kesilapannya sewaktu mendidik ibu Lili. Datuk berasa menyesal kerana tidak memberikan didikan agama yang sempurna menyebabkan ibu Lili kurang pengamalan ilmu kegamaan dalam kehidupan. Saspens Peristiwa kehilangan kubah masjid menjadi tanda tanya pembaca. Pembaca tertanya-tanya cara kehilangan kubah masjid dan orang yang melarikan kubah surau. Mereka menyangka bahawa kubah surau telah dilarikan oleh Haziq dan Rafiq memandangkan mereka juga bersikap negatif. Lagipun, penduduk kampung menganggap kehilangan kubah itu adalah angkara Haziq dan Rafiq. Pantai Kasih karya Azmah Nordin Binaan Plot Permulaan (Pengarang memperkenalkan watak utama dan watak lain/watak sampingan) • Permulaan novel ini menceritakan kerisauan Raiha terhadap peristiwa hitam yang melanda dirinya. Dia masih menganggap semua kejadian yang berlaku adalah disebabkan kegagalan bekas suaminya Doktor Sadiz menjadi suami yang baik. • Raiha juga berasa hairan dengan keadaan pesakit yang bernama Unong Siron yang terpaksa menjalani pembedahan tulang pinggulnya sebanyak enam kali disebabkan oleh infeksi dan komplikasi selepas pembedahan sedangkan pembedahan itu dilakukan oleh seorang pakar ortopedik yang terkenal. Selepas dia diberi kepercayaan untuk menjalankan pembedahan yang keenam, Raiha berusaha agar pesakit itu dapat sembuh dan tidak perlu menjalani pembedahan lagi. Perkembangan (Pengarang memaparkan perkembangan cerita) • Raiha sering terbayang-bayang peristiwa hitam dalam hidupnya, iaitu kematian tragis anak perempuannya. Peristiwa itu sering menghantui hidupnya sama ada ketika sedar mahupun dalam mimpi. Gambaran tentang anaknya yang rentung dan meminta pertolongan ketika disambar oleh api sukar dipadam dalam ingatan. Apa-apa sahaja yang direnung atau dilihat tidak semena-mena dikaitkan dengan kematian anaknya itu. • Sister Felicia Landosi telah melakukan kesalahan dengan mengambil ubat batuk bagi melupakan peristiwa hitam dalam hidupnya. Latar belakangnya yang kurang sahih akibat dilahirkan secara luar nikah dan dididik dengan disiplin yang ketat oleh ibunya menyebabkan sikap memberontak apabila sering diejek oleh jiran tetangga dan rakan sekelas tentang statusnya itu. Dia juga melihat kejadian sebenar kematian anak Raiha dan merahsiakannya. Sikapnya itu membuatkan dia tidak senang dan sentiasa dibayangi dosa ketidakjujurannya itu. Sikapnya yang memarahi ibu Unong Siron dan memanggilnya sebagai ‘sapi tua’ ditegur oleh Raiha dan menjadikan peristiwa itu sebagai dendam dan rasa kebencian yang amat terhadap Raiha walaupun sebenarnya mereka itu rakan persekolahan sejak di sekolah rendah lagi. • Doktor Uwang juga sering berasa bersalah atas kematian anak pak ciknya yang disembunyikan daripada pengetahuan sebenar Raiha. Pada malam kejadian, dia menyaksikan sendiri bagaimana anak pak ciknya itu disambar oleh api akibat rasa marah pak ciknya terhadap Raiha yang membawa lari anak ‘orang Mongolia’ itu apatah lagi kereta mewahnya turut dibawa tanpa izin dan pengetahuannya. Dia juga ego dengan status pekerjaannya dan pertanyaan ibu Unong Siron menambahkan kekusutan fikirannya. Dia juga sering terbayang anak pak ciknya yang rentung dalam jaga dan tidurnya. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
120 Pemahaman 5 • Raiha juga sering teringat perstiwa dia diminta oleh Doktor Sadiz untuk menggugurkan kandungannya setelah diketahui bahawa anak yang bakal lahir itu kelebihan kromosom. Keenganan Raiha menggugurkan dan memelihara anaknya dan memberikan tumpuan yang lebih terhadap anaknya itu menjadikan dia berdendam kerana dua orang anaknya dengan bekas isterinya yang lama adalah normal. • Doktor Uwang dan doktor lain terpaksa menghadapi penceroboh pusat rawatan yang menyamar sebagai doktor. Keadaan itu berlaku sebanyak dua kali dan berakhir apabila penceroboh itu berjaya diperdaya oleh Raiha dengan bantuan Ibu Unong Siron yang secara kebetulan mengenali pemuda berusia dua puluhan yang pernah menjadi bekas penuntut bidang perubatan. • Panggilan telefon yang menyatakan ada kecemasan akibat penceroboh pusat rawatan menyebabkan Doktor Uwang datang walaupun lutut kakinya dan pergelangan tangannya kebas dan kejang. Kegagalannya mengawal kenderaan akibat kengiluan melampau pada pergelangan tangan dan lutut kakinya di samping terjahan wajah anak perempuan pak ciknya yang mati secara tragis di hadapan matanya sendiri menyebabkan dia melanggar tembok pusat rawatan itu. • Akhirnya, Doktor Uwang dibedah untuk diselamatkan kerana mengalami kecederaan teruk pada pergelangan tangan dan tempurung lututnya yang hancur menyebabkan pembedahan penggantian sendi perlu dilakukan segera. Walaupun semua peralatan yang digunakan untuk pembedahan dibeli khusus untuk pesakit golongan menengah bawah dan pertengahan namun akhirnya dengan tanpa kerelaan dia dibedah tanpa menghiraukan ego dan statusnya. • Raiha mengetahui bahawa punca kematian anaknya adalah disebabkan disambar api ketika bekas suaminya membakar kereta mewah akibat perasaan marah. Kebetulan anaknya itu berada di situ secara tiba-tiba. Raiha akhirnya pasrah dan menganggap mereka ialah mangsa keadaan. Konflik (Sesuatu kejadian berlaku mempengaruhi emosi watak) Konflik dengan diri sendiri Konflik Raiha dengan peristiwa hitam yang dialaminya Raiha tidak dapat melupakan detik hitam dalam kehidupannya apabila sentiasa dibayangi dengan kenangan silam kematian anaknya. Kehidupan sehariannya menjadi tidak ceria disebabkan peristiwa hitam itu. Konflik diri ini menyebabkan Raiha berasa bersalah dengan kematian anaknya itu dan tetap menyalahkan bekas suaminya atas kematian itu. Konflik Doktor Uwang dengan dirinya Pergaulan hidup yang bebas menyebabkan Doktor Uwang sentiasa menjadi buruan ramai wanita. Walaupun sudah mempunyai isteri tetapi dia mahu mencari kebebasan hidup dengan menemui isteriisteri tidak sahnya tanpa dihalang oleh sesiapa. Konflik Sister Felicia dengan maruah dirinya Sister Felicia sangat kecewa apabila mengetahui bahawa dirinya ialah anak luar nikah. Kekecewaannya itu menyebabkan dia berasa rendah diri dan maruahnya tercalar. Berkat usaha gigihnya dalam pelajaran telah mengikis sikap negatif terhadap dirinya itu. Konflik Doktor Uwang dengan Ayu Doktor Uwang yang tahu bahawa anak saudaranya mati akibat disambar api yang dinyalakan oleh pak ciknya sendiri. Gambaran anak pak ciknya yang rentung dan meminta diselamatkan sentiasa terbayangbayang sehingga menyebabkan dia sendiri tidak dapat mengawalnya. Bayangan tersebut datang pada bila-bila masa sehingga waktu sebelum dia mengalami kemalangan dia turut terbayang akan anak pak ciknya itu. Konflik dengan orang lain Konflik antara Raiha dengan Doktor Sadiz Raiha berkonflik hebat dengan Doktor Sadiz yang menuduh Raihalah punca kematian anak perempuannya itu. Sebaliknya Raiha menuduh Doktor Sadizlah yang menyebabkan kematian anaknya itu dan merancang kematian anaknya itu. Konflik itu hingga ke mahkamah dan akhirnya Doktor Sadiz menang dalam perbicaraan itu kerana saksi utama tidak muncul dan menceritakan kisah yang sebenar. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
121 Pemahaman 5 Konflik antara Raiha dengan Sister Felicia Sister Felicia berkonflik dengan Raiha apabila Raiha memarahi sikap Felicia yang keterlaluan terhadap emak Unong Siron. Raiha berpendapat bahawa sepatutnya Sister Felicia lebih menghormati pelanggan pusat rawatan tersebut dan tidak meninggikan suara atau menengking ibu Unong. Teguran Raiha itu telah menyebabkan Sister Felicia berasa marah dan tidak menerima teguran tersebut. Konflik antara Raiha dengan ayahnya Raiha mahu menjadi pakar bedah seperti ayahnya tetapi hasratnya itu tidak dipersetujui oleh ayahnya. Namun, dia berkeras juga hendak menjadi pakar bedah dan akhirnya cita-citanya itu tercapai. Konflik antara Doktor Uwang dengan Emak Unong Doktor Uwang berasa bahawa dia tidak perlu mengambil tahu dari mana datangnya wang untuk membayar perkhidmatannya membedah Unong Siron. Kredibiliti Doktor Uwang tercabar apabila emak Unong menganggapnya sebagai Doktor Mata Duitan. Namun, sikap emak Unong itu telah menyebabkan dia berasa dia tidak sepatutnya kalah dengan prinsip hidupnya bahawa wang bukan urusannya. Konflik antara Sister Felicia dengan Emak Unong Sister Felicia berasa tercabar apabila Emak Unong Siron menuduhnya sebagai punca anaknya tidak sembuh-sembuh. Emak Unong menuduhnya sengaja berbuat demikian untuk kepentingan peribadi dan mendapat keuntungan daripada perbuatan tersebut. Emak Unong mengagak bahawa sekiranya anaknya masih dirawat tentu dia masih mendapat komisen dan sikap Sister Felicia menggambarkan dia tidak prihatin dan simpati dengan nasib anaknya sebaliknya mencadangkan pusat rawatan tersebut sebagai cara mendapatkan keuntungan peribadi. Konflik antara Sister Felicia dengan Doktor Uwang Sister Felicia ditegur oleh Doktor Uwang kerana melakukan kesalahan memarahi pesakit. Doktor Uwang yang memberikan kepercayaan tinggi dan menaikkan pangkat Sister itu berharap agar dia sentiasa mengingati sumpah setia sebagai jururawat. Dia kurang senang ditegur oleh Doktor Uwang. Klimaks/Puncak (Cerita/sesuatu peristiwa yang semakin rumit mendebarkan pembaca) • Klimaks novel ini ialah kemalangan Doktor Uwang dalam kawasan Pusat Rawatan Pantai Kasih akibat lutut kakinya yang kejang dan pergelangan tangannya yang kebas. • Doktor Uwang yang mendapat panggilan kecemasan mengatakan bahawa Pusat Rawatan Pantai Kasih telah sekali lagi diceroboh oleh seorang lelaki yang menyamar menjadi doktor telah bergegas ke pusat rawatan tersebut. • Dalam perjalanan ke Pusat Rawatan Pantai Kasih, Doktor Uwang dibayangi lagi dengan kemunculan wajah anak saudara perempuannya yang mati akibat disambar api setelah kereta yang disimbah minyak petrol oleh pak ciknya itu tiba-tiba menyambar anak perempuan itu. Anak perempuan itu yang meminta bantuan telah menyebabkan Doktor Uwang tidak fokus ketika memandu. Kesakitan lutut kaki dan pergelangan tangannya yang kebas kembali pada saat itu dan menyebabkan dia tidak dapat mengawal kenderaan yang sedang dipandu seterusnya melanggar tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih. • Kemalangan tersebut menyebabkan Doktor Uwang terpaksa dibedah di hospital miliknya itu walaupun pada hakikatnya hospital tersebut dikhususkan untuk golongan menengah bawah dan pertengahan sahaja dan bukan setaraf dengan dirinya. • Pembedahan terpaksa dilakukan dengan segera untuk penggantian sendi kerana kecederaan teruk yang dialami oleh Doktor Uwang pada pergelangan tangan dan tempurung lututnya. Peleraian (Sesuatu peristiwa yang merumitkan semakin dapat dileraikan/diselesaikan) • Raiha menjadi doktor bedah yang membedah Doktor Uwang yang cedera akibat kemalangan itu kerana pembedahan harus dilakukan segera bagi menyelamatkan nyawa Doktor Uwang dan penggantian sendi pada anggota pergelangan tangan yang cedera teruk dan lutut kakinya yang hancur. • Akhirnya, Sister Felicia Landosi memohon maaf daripada Raiha atas pelibatan dirinya menjadi budak suruhan membeli minyak petrol oleh Doktor Sadiz pada malam kematian anak perempuannya itu. • Sister Felicia juga memaklumkan bahawa sebenarnya Doktor Sadiz yang melepaskan geram dengan membakar kereta mewah mereka. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
122 Pemahaman 5 • Sister Felicia juga menyatakan rasa terkejut kerana dengan tiba-tiba muncul anak perempuan Raiha di situ lalu disambar oleh api yang sedang membakar kereta mewah tersebut. • Sister Felicia juga menyatakan bahawa dia tidak tampil di mahkamah sebagai saksi kerana takut. • Raiha menerima semua takdir itu dengan menyatakan bahawa mereka ialah mangsa keadaan. Teknik Plot Pemerian (Penulis bercerita secara langsung sesuatu peristiwa, latar cerita watak dan perwatakan) Pemerian tentang latar belakang Sister Felicia Landosi Latar belakang Sister Felicia digambarkan menggunakan kaedah pemerian. Penulis menceritakan bahawa Felicia lahir akibat keterlanjuran ibunya yang hidup bebas sewaktu muda. Felicia dibesarkan dengan penuh disiplin oleh ibunya sehingga menimbulkan sifat memberontak dalam diri. Kematian ibunya membuatkan Felicia terkapai-kapai sebelum belajar dengan bersungguh-sungguh dan menamatkan pengajian dalam bidang kejururawatan. Pemerian tentang kegelisahan hidup Raiha selepas kematian anak perempuannya Setiap kali penulis menceritakan kematian anak perempuan Raiha, penulis menggunakan teknik pemerian. Penulis menceritakan saat anaknya tiba-tiba disambar oleh api yang sedang marak membakar kereta Porsche milik bapanya. Kehadiran anaknya itu tanpa diduga menyebabkan anaknya rentung. Kematian akibat rentung 100 peratus akibat disambar api yang dinyalakan oleh Doktor Sadiz yang berasa marah terhadap Raiha. Pemerian tentang kemalangan Doktor Uwang Penulis juga mendeskripsi kemalangan yang menimpa Doktor Uwang menggunakan teknik pemerian. Penulis menceritakan bagaimana sebelum kemalangan, Doktor Uwang ternampak wajah anak perempuan pak ciknya itu datang menerpa dalam ingatannya. Secara tiba-tiba pergelangan tangannya berasa ngilu dan tempurung lututnya berasa kebas menyebabkan dia tidak dapat mengawal kenderaan yang sedang dipandunya itu hingga menyebabkan dia melanggar tembok Pusat Rawatan Pantai Kasih. Pemerian tentang kematian Rohayu Penulis memerihalkan kematian Rohayu sebagai akibat kecuaian Doktor Sadiz. Penulis menceritakan pada ketika itu Doktor Uwang dan Felicia menjadi saksi. Doktor Sadiz yang begitu marah terhadap sikap Raiha yang membawa lari anak perempuan dan kereta mewah Porsche kesayangannya itu, membuatkan Doktor Sadiz hilang pertimbangan. Dengan bantuan Felicia yang membelikan minyak petrol dan Doktor Uwang yang menghantar Doktor Sadiz hingga ke rumah tumpangan, Doktor Sadiz menyimbah kereta mewah itu dengan minyak petrol yang dibawa. Tiba-tiba muncul anak perempuannya di tempat kejadian dan api yang sedang marak itu menyambar anak kecil tersebut hingga rentung. Dialog (Percakapan antara 2 atau lebih watak: Perbualan) Dialog Raiha dan Doktor Sadiz Penulis menggunakan teknik dialog dalam novel ini. Perbualan antara Raiha dengan Doktor Sadiz ketika membahaskan pengguguran anak dalam kandungan Raiha. Doktor Sadiz tidak mahu Raiha mengandung anak yang cacat sedangkan Raiha menyatakan bahawa anak tersebut mempunyai roh dan berhak untuk hidup. Dialog Raiha dan ayahnya Dialog antara Raiha dengan ayahnya tentang kerjaya pakar bedah ada dalam novel ini. Ayah Raiha tidak bersetuju Raiha menjadi pakar bedah kerana baginya kerjaya tersebut lebih sesuai disandang oleh orang lelaki yang lebih berdaya juang dari segi fizikal dan mental. Raiha turut mempersoalkan keputusan ayahnya itu sedangkan ayahnya juga ialah seorang pakar bedah tetapi tidak memberikan sokongan kepadanya. Dialog Raiha dan Sister Felicia Raiha juga berdialog dengan Sister Felicia ketika Raiha memanggilnya ke pejabat bagi memberikan penjelasan tentang sikap kasar Felicia terhadap ibu Unong Siron. Felicia menjelaskan bahawa ‘sapi tua’ panggilan terhadap Ibu Unong telah menuduhnya tidak jujur kerana mencadangkan pembedahan terhadap anaknya di Pusat Rawatan Pantai Kasih. Walaupun dia mendapat lima peratus daripada jumlah kos yang dibayar tetapi Raiha berpendapat dia tidak harus bersikap kasar terhadap keluarga pesakit. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
123 Pemahaman 5 Dialog Ibu Unong dengan Penceroboh Pusat Rawatan Pantai Kasih Ibu Unong meminta kebenaran Raiha untuk berkomunikasi dengan penceroboh Pusat Rawatan Pantai Kasih. Oleh sebab dia kenal benar dengan penceroboh yang merupakan bekas pelajar perubatan dan kebetulan tinggal di kampung sebelah tempat tinggalnya sekarang ini. Ibu Unong dalam dialognya meminta pemuda itu membantu anaknya yang tenat kerana dia berpendapat hanya pemuda itu yang dapat membantu merawat anaknya yang tenat itu. Imbas kembali (teringat kisah silam / lama: sesuatu peristiwa yang telah berlaku) Imbas kembali kematian anak perempuan Raiha • Raiha sering mengingati anak perempuannya, Rohayu. Kematian Rohayu sering diimbas kembali oleh Raiha kerana dia masih belum mendapat jawapan pasti punca kematian anak istimewanya itu. Sewaktu di rumah mahupun di mana-mana sahaja imbasan anak perempuannya itu sering menghantui fikirannya. • Doktor Uwang juga sering mengimbas kembali saat kematian anak perempuan Doktor Sadiz di hadapan matanya. Dia juga terbayang-bayang wajah anak perempuan itu meminta ihsan daripadanya. Dia juga mengimbas kembali sewaktu melakukan outopsi ke atas anak perempuan itu. Imbas kembali zaman sekolah rendah • Raiha teringat saat persekolahannya di sekolah rendah bersama-sama Felicia. Mereka memang bersekolah bersama-sama dan melihat Felicia selalu diherdik dan diejek status kelahirannya. Felicia ialah anak ragu status apabila ibunya terlanjur akibat gaya hidup bebas yang diamalkan. Saspens (Situasi tegang menimbulkan tanda tanya pembaca) Saspens punca kematian anak perempuan Raiha • Pembaca berasa saspens kerana tidak mendapat gambaran jelas tentang punca kematian anak perempuan Raiha. Pembaca berasa lega dan begitu juga dengan Raiha apabila Felicia telah mengaku dan menceritakan situasi sebenar kematian anak Raiha itu. Felicia meminta maaf kerana tidak muncul sewaktu perbicaraan antara Doktor Sadiz dengan Raiha kerana takut. Baharulah pembaca mengetahui kedudukan sebenar punca kematian anak Raiha. Saspens nasib Felicia yang ditahan oleh penceroboh Pusat Rawatan Pantai Kasih • Pembaca berasa saspens apabila Felicia ditahan oleh penceroboh yang menyamar sebagai doktor buat kali kedua. Pembaca saspens tentang nasib Felicia memandangkan ketika itu dia juga berada dalam keadaan khayal akibat minum ubat batuk berlebihan. Pembaca berasa lega apabila Raiha berjaya memperdaya pemuda itu dengan mengatakan bahawa Unong Siron memerlukan bantuan pemuda itu di hospital yang lain. Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip Binaan Plot Permulaan • Dahlia merupakan seorang pelajar tingkatan enam atas, sedang menjalani latihan bola jaring di padang. Dahlia bersama-sama rakan tingkatan enam atas sedang berlatih bola jaring kerana ada perlawanan dengan pelajar-pelajar enam rendah. • Sewaktu berhenti rehat, Dahlia telah teringat akan emaknya yang mengalami sindrom hilang ingatan. Azhari telah menemuinya di kantin sekolah dan memberitahu bahawa dia sudah tamat pengajiannya di universiti. • Azahari telah menyatakan hasratnya hendak merisik Dahlia. Pada petang itu, Azhari telah menghantar Dahlia pulang ke rumahnya di Kampung Parit Haji Rais. Perkembangan • Dahlia berasa amat sedih apabila melihat keadaan emaknya yang mengalami sindrom kelupaan. Saleha, iaitu emak Dahlia yang berada di kebun getah pada waktu senja sudah tidak mengenalinya lagi. Dahlia, abahnya serta orang kampung telah memujuk emaknya balik ke rumah. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
124 Pemahaman 5 • Nek Kiah telah menyalahkan Embong sebagai asbab (punca) Saleha menjadi kurang siuman. • Disebabkan keadaan Saleha semakin teruk maka Haji Sulaiman telah membantu menghantar Saleha ke Hospital Batu Pahat dan kemudiannya dihantar pula ke Hospital Permai di Johor Bahru. • Disebabkan keadaan keluarga Dahlia tidak terurus maka Dahlia terpaksa keluar dari asrama dan kerap ponteng sekolah demi menguruskan kehidupan adik-adiknya. Situasi keluarga Dahlia semakin mencabar apabila ayah Dahlia pula dimasukkan ke wad kerana dipatuk ular. Perumitan/Konflik • Situasi kehidupan keluarga Dahlia bertambah rumit apabila Seman telah datang ke rumah Nek Kiah dan memujuknya untuk menjual tanah yang menjadi kawasan tempat tinggal Dahlia sekeluarga. Justeru, Nek Kiah mahu Dahlia dan keluarganya berpindah sekiranya mereka tidak mampu membayar sebanyak RM15 000. Dahlia semakin tertekan kerana keluarganya tidak mampu untuk menyediakan wang sebanyak itu. • Peristiwa cubaan menyelamatkan anak Aton, iaitu Said oleh Dahlia telah menimbulkan buruk sangka Aton terhadap Dahlia. Walaupun Dahlia tidak pandai berenang namun dia cuba juga menyelamatkan Said yang kelemasan di sungai. Malangnya, usahanya gagal kerana Said telah mati kelemasan. Aton telah menyalahkan Dahlia yang menyebabkan anaknya, Said mati lemas. • Jiwa Dahlia semakin terguris apabila Nek Kiah memandang serong terhadap Dahlia atas kehadiran Azhari dan Najib ke rumah Dahlia. Kedatangan mereka juga menyebabkan Dahlia sering disindir oleh Aton. • Kehadiran Azahari ke rumah Dahlia adalah ingin merisik Dahlia. Dia bimbang Dahlia disunting oleh orang lain. Malangnya, Najib pula terpikat terhadap Dahlia dan cuba memenangi hati Dahlia. Klimaks/Kemuncak • Pelbagai perkara pelik berlaku di kampung. Abu Bakar telah menjumpai kain merah yang sudah reput yang membungkus telur ayam yang mengandungi jarum peniti, cincin akik, butiran pasir dan paku. Benda-benda ini berkaitan dengan perbuatan khurafat untuk menganiayai orang lain. Dahlia telah menyuruh Abu Bakar membuangnya ke sungai. Setelah penghapusan khurafat itu maka Saleha kembali normal, iaitu sembuh daripada sindrom hilang ingatan. Saleha telah dibenarkan pulang ke rumahnya. Manakala Nek Kiah pula jatuh sakit dan dirawat di hospital selama dua hari. Atas rasa belas kasihan dan tidak menaruh dendam maka keluarga Dahlia telah menjaga Nek Kiah. Setelah keluar dari wad, Nek Kiah tinggal bersama-sama keluarga Dahlia sehingga benar-benar pulih. Rentetan pengorbanan ikhlas keluarga Dahlia maka pandangan Nek Kiah terhadap Dahlia dan keluarga telah berubah. Nek Kiah telah berbaik-baik semula dengan keluarga Dahlia. • Kejadian banjir telah berlaku di kampung Parit Haji Rais. Akibatnya, rumah Embong telah musnah. Haji Sulaiman telah menyeru orang kampung supaya bersatu padu dengan cara bergotong-royong untuk membina semula rumah Embong. Peleraian/Pengakhiran • Setelah kemelut kehidupan keluarga Dahlia diselesaikan, maka Dahlia tinggal semula di asrama kerana peperiksaan STPM semakin hampir. • Keluarga Azhari telah menetapkan tarikh pertunangan dengan Dahlia selepas peperiksaan STPM tamat. • Sinar bahagia keluarga Dahlia tersirna setelah diuji pelbagai dugaan hidup. Cikgu Daim telah memaklumkan bahawa Dahlia telah terpilih melanjutkan pelajaran di Jepun selama empat tahun. Justeru, Dahlia perlu mengikuti kursus bahasa Jepun di Universiti Malaya selama enam bulan di Malaysia. • Akhirnya, berlangsung majlis pertunangan Dahlia. Majlis itu terlewat daripada masa yang ditetapkan kerana jurucakap majlis lewat tiba. Azhari telah berjumpa Dahlia di stesen bas sebelum Dahlia bertolak ke Kuala Lumpur. Azhari telah menghadiahi Dahlia Songket Berbenang Emas berwarna merah. Simbolik pemberian itu ialah Azhari hendak Dahlia menjaga jati dirinya sebagai orang Melayu walaupun berada di mana-mana jua. Teknik Plot • Teknik dialog, iaitu dialog antara Dahlia dengan adiknya, Melati, iaitu Dahlia menyuruh Melati PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
SPM 161 Kertas Model SPM Kertas 1 1 Kertas peperiksaan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2 Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B. Bahagian A Soalan ini mesti dijawab. Maklumat di bawah menunjukkan sebahagian daripada perkara yang berkaitan dengan jasa guru. Berdasarkan maklumat tersebut, tulis pendapat tentang cara-cara menghargai jasa dan pengorbanan guru. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Tarikh keramat 16 Mei pada setiap tahun, kita akan merayakan sambutan hari guru bermula di peringkat sekolah hinggalah kebangsaan. Sambutan ini adalah untuk meraikan para guru yang telah berkorban jiwa dan raga untuk anak didik yang dikasihi. Malah, pengorbanan guru tidak boleh diganti dengan wang ringgit dan kemewahan duniawi. Kesungguhan para guru di Malaysia tidak boleh dipertikaikan. Buktinya, walaupun pelbagai kekangan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, setakat 17 April 2020 mendapati Malaysia mendahului 51 buah negara lain termasuk negara-negara maju yang turut tersenarai dalam carian popular frasa Google Classroom tertinggi sejak sebulan lalu. Platform ini digunakan oleh guru-guru dalam pembelajaran digital ketika tempoh PKP. (Dipetik dan diubah suai daripada “Menghayati Nilai di Sebalik Tema Hari Guru 2020”, www.sinarharian.com.my) Terima kasih, cikgu, kaulah pelita hidup bagi kami semua, menuju jalan ke arah yang benar, Penuh ikhlas dan tulus membimbing dan mengajar, untuk memastikan kami berjaya. (Dipetik daripada lagu “Hari Guru” nyanyian Najwa Latif ) [30 markah] [Masa dicadangkan: 40 minit] PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
SPM 162 Bahagian B Bahagian ini mengandungi empat soalan. Jawab satu soalan. Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 350 hingga 500 patah perkataan. 1 Perpaduan Masyarakat Perkukuh Patriotisme Malaysia membuktikan bagaimana kepelbagaian dapat menjadi kekuatan pembinaan negara. Selepas 63 tahun, kita harus terus maju dengan tekad untuk memastikan bahawa negara kita yang berbilang kaum tetap bersatu dengan masyarakat majmuk yang mempunyai tujuan dan hasrat yang sama. Perpaduan boleh menjadi benang rapuh yang mudah putus. Atau ia boleh menjadi sangkar kuat yang dapat memantapkan bangsa dan negara. Pilihan adalah milik kita. (Dipetik daripada Berita Harian Online oleh Tan Sri Lee Lam Thye, Ogos 2020) Petikan berita di atas menunjukkan rakyat Malaysia yang bercirikan masyarakat majmuk dapat hidup bersatu padu sejak puluhan tahun yang lalu. Rakan anda dari luar negara teruja apabila membaca berita tersebut. Dia telah menulis e-mel kepada anda kerana ingin mengetahui cara-cara rakyat Malaysia menunjukkan cinta akan negara. Balas e-mel tersebut selengkapnya. 2 TEKS UCAPAN YB TUAN MUHAMMAD BAKHTIAR BIN WAN CHIK SEMPENA MAJLIS PERASMIAN FESTIVAL PERMAINAN MALAYSIA @ KUALA LUMPUR 2019, 15 SEPTEMBER 2019 (AHAD) DATARAN MERDEKA, KUALA LUMPUR Hadirin sekalian, 3. Kita sedar suatu masa dahulu, permainan tradisional seperti batu seremban, congkak, galah panjang, kelereng, tuju tin, tarik tali, dam aji, baling selipar, boling kelapa dan sebagainya menjadi aktiviti yang menyeronokkan serta penghubung kemesraan dalam kalangan anggota masyarakat sewaktu zaman kanak-kanak. Masa telah berubah, kini permainan tradisi tersebut hanya tinggal kenangan dan sejarah khususnya untuk generasi muda masa kini. (Dipetik daripada http://motac.gov.my/en/archives/2019/teks-ucapan-timbalan-menteri,-majlisperasmian-festival-permainan-malaysia-kuala-lumpur-2019) Sebagai respons terhadap kandungan ucapan tersebut, masyarakat diseru agar tidak melupakan permainan tradisional. Huraikan pendapat anda tentang cara mempromosi permainan tradisional agar diminati semula oleh generasi muda masa ini. [70 markah] [Masa dicadangkan: 1 jam 20 minit] PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
SPM 163 3 KUALA LUMPUR: Depresi atau kemurungan akan menjadi penyakit kesihatan mental utama dialami rakyat Malaysia pada tahun 2020 susulan semakin ramai dijangka mengalami peningkatan stres akibat tekanan kerja dan keluarga, kata Penaung Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Tan Sri Lee Lam Thye. Beliau berkata, menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada tahun lepas, 29 peratus rakyat Malaysia mengalami depresi dan gangguan kecelaruan berbanding 12 peratus pada 2011. "Kebanyakan orang mendapati sukar untuk menguruskan masalah yang mereka hadapi di tempat kerja dan tidak mampu mengendalikan stres, dan keadaan lebih sukar apabila individu itu berdepan masalah daripada anggota keluarga dan tidak mendapat sokongan emosi. (Dipetik dan diubah suai daripada “Stres Punca Lebih Ramai Rakyat Alami Depresi” BH Online, Ogos 2018) Petikan berita di atas menjelaskan makin ramai rakyat Malaysia mengalami stres akibat tekanan di tempat kerja atau masalah keluarga. Stres menjadi punca lebih ramai rakyat mengalami masalah kemurungan. Anda sebagai ketua kaunselor dikehendaki memberi ceramah berkaitan cara mengurus stres. Tulis teks ceramah anda selengkapnya. 4 Industri kecil dan Sederhana (IKS) merupakan satu sektor perindustrian yang memainkan peranan penting dalam pembangunan dan perkembangan ekonomi negeri dan negara. Tahap kepentingan sektor ini dibuktikan melalui bilangan serta kepelbagaian untuk mencorakkan persekitaran ekonomi masyarakat setempat. Kewujudan IKS luar bandar bukan sahaja menambahkan pendapatan usahawan-usahawan yang terlibat, tetapi juga dapat menyediakan peluang-peluang pekerjaan menggunakan kemahiran yang ada serta mempertingkatkan penggunaan bahan mentah tempatan. IKS luar bandar juga merupakan industri yang bertaraf tempatan seperti skala operasinya kecil berbanding dengan industri multinasional yang besar. (Dipetik dan diubah suai daripada http://kelvinlee5161.blogspot.com/2015/09/1.html) Petikan teks dalam blog di atas menunjukkan Industri kecil dan Sederhana (IKS) merupakan satu sektor perindustrian yang memainkan peranan penting dalam pembangunan dan perkembangan ekonomi negeri dan negara. Huraikan langkah-langkah untuk mendorong dan membangunkan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) luar bandar. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
SPM 164 Kertas 2 1 Kertas peperiksaan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. 2 Jawab semua soalan. Bahagian A SISTEM DAN APLIKASI BAHASA [35 markah] 1 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan dua kata penguat dan satu kata adjektif. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata penguat dan kata adjektif untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Stres merupakan satu penyakit dalam kehidupan. Orang yang mengalami stres akan terlalu gelisah akan dirinya. Impak daripada stres ialah seseorang akan mengalami kemurungan. Jika dibiarkan maka penyakit itu akan makin teruk dan boleh membawa kepada perlakuan membunuh diri. Kehidupannya yang ceria dahulu bertukar kepada kesunyian. [6 markah] 2 Baca petikan di bawah, kemudian cerakinkan ayat-ayat yang bergaris di bawah tanpa mengubah maksud asal ayat. Gaya hidup sihat mestilah diamalkan oleh setiap orang. Malangnya, generasi masa ini telah memandang enteng dan tidak mementingkan pengamalan gaya hidup sihat. Mereka terlalu obses dengan kehidupan yang melalaikan. Generasi muda lebih menyukai melayari Internet berjamjam lamanya di samping menghabiskan masa dengan aplikasi sosial media. Fenomena ini amat merisaukan para ibu bapa. Implikasi yang timbul ialah ramai rakyat Malaysia menghidap obesiti bahkan mereka menghidap penyakit kencing manis. [6 markah] 3 Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut. Bahan 1 KUALA LUMPUR: Keluarga para-para penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang, mengatakan hari ini yang satu laporan siasatan yang diserahkan pada mereka tidak mengandungi sebarang dapatan baharu tentang punca kehilangan misteri pesawat itu. Bagaimanapun, keluarga-keluarga mangsa berkata lapuran itu menunjukan berapa kesilapan dan garisan panduan yang tidak dipatuhi. Mereka memberitahu para wartawan demikian selepas satu sesi taklimat berkenaan laporan tersebut. (Dipetik dan diubah suai daripada https://berita.mediacorp.sg/mobilem/dunia/laporan-siasatanmh370-tunjuk-kesilapan-garis-pandu-tidak/4090032.html PENERBIT [7 markah] ILMU BAKTI SDN. BHD.
SPM 165 Bahan 2 “Kami berharap kesilapan-kesilapan itu tidak akan diulangi dan langkah-langkah dilaksanakan bagi mengelakkannya di masa depan,” kata Grace Nathan, seorang peguam. Ibu beliau, Anne Daisy, dalam kalangan penumpang pesawat MH370. Pesawat MH370 yang membawa seramai 239 penumpang dilaporkan hilang semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke beijing pada 8 Mac 2014. Ini merupakan misteri penerbangan yang menarik perhatian yang luarbiasa. Laporan berkenaan dikeluarkan pada dua bulan selepas Malaysia menamatkan satu missi mencari bangkai pesawat di dasar laut. (Dipetik dan diubah suai daripada https://berita.mediacorp.sg/mobilem/dunia/laporansiasatan-mh370-tunjuk-kesilapan-garis-pandu-tidak/4090032.html) [4 markah] 4 Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Telah dipandang oleh orang Siam api tiada terbilang lagi banyaknya, maka kata hulubalang Siam, “Terlalu banyak kelengkapan perahu Melaka ini, tiada terbilang lagi. Jikalau ia datang apa hal kita? Sedang sebuah perahunya tadi lagi tiada terlawan oleh kita.” Maka kata Awi Dicu, “Benarlah seperti kata kamu itu; marilah kita kembali sementara belum siang ini.” (Dipetik daripada “Burung Terbang Dipipiskan Lada” antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia) [6 markah] 5 Baca petikan peribahasa di bawah dengan teliti dan berikan peribahasa yang hampir sama dengan peribahasa tersebut. 1 Orang yang tidak mengenang jasa atau pertolongan orang lain digelar bagai melepaskan anjing yang tersepit. 2 Kita seharusnya mempunyai sifat bekerjasama yang utuh seperti ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni agar sesuatu kerja yang berat dapat diselesaikan secara bersama. 3 Kita hendaklah berwaspada ketika melintas jalan yang sibuk agar kita tidak menyesal seperti peribahasa sudah terhantuk baru hendak tengadah. [6 markah] PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
SPM 166 Bahagian B PEMAHAMAN [35 markah] 6 Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberi dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Petikan daripada laporan Berita Harian menyatakan, menurut statistik yang dikeluarkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sepanjang tempoh dua tahun bermula 2015 mencatatkan 4652 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan membabitkan penderaan fizikal yang tertinggi, iaitu 2470 kes, seksual (2012 kes) dan emosi (170 kes). (Dipetik dan diubah suai daripada https://hellodoktor.com/keibubapaan/penjagaan-kanak-kanak/ penderaan-kanak-kanak-fahami-bertindak/#gref) Bahan 2 Penderaan • Kecederaan anggota badan • Kecederaan otak • Menengking, menakutkan mereka dengan cerita yang tidak terjangkau • Gangguan seksual (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud kata membabitkan. [2 markah] (ii) Dengan merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan jenis penderaan dan contohnya. [3 markah] (iii) Penderaan terhadap kanak-kanak semakin menjadi-jadi. Pada pandangan anda, mengapakah penderaan ini terjadi? KBAT Menilai [3 markah] (iv) Katakan anda ialah ibu bapa. Disebabkan kesibukan bekerja, anda menghantar anak anda ke rumah pengasuh. Setiap hari apabila anda mengambil anak anda daripada rumah pengasuh anda mendapati anak anda berada dalam situasi kemurungan, ketakutan dan ada tanda lebam di tubuhnya. Apakah tindakan sewajarnya yang anda akan ambil? KBAT Mengaplikasi [4 markah] 7 Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Gurindam Dua Belas Apabila terpelihara mata, Sedikitlah cita-cita. Apabila terpelihara kuping, Khabar yang jahat tiadalah damping. Apabila terpelihara lidah, Nescaya dapat daripadanya faedah. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
SPM 167 Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan, Daripada segala berat dan ringan. Apabila perut terlalu penuh, Keluarlah fiil yang tiada senonoh. Anggota tengah hendaklah diingat, Di situlah banyak orang yang hilang semangat. Hendaklah peliharakan kaki, Daripada berjalan yang membawa rugi. (Dipetik daripada antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, “Gurindam Dua Belas, Kementerian Pendidikan Malaysia) Bahan 2 Akhirnya, setelah agak lama buntu, Ahmad Mutawakkil meluahkan pandangan. “Selama Tuan Booth di sini, sejak dulu lagi, tidak pernah dia memusuhi kita. Jadi, saya fikir atas sifat hati Melayu, orang berbudi kita berbahasa. Hati Melayu tak reti bermusuh, hati Melayu penuh dengan persahabatan.” Dengan kata-kata hikmat itu, runtuhlah segala tembok penghalang antara kampung kami dengan estet Tuan Booth. Sekalipun tanpa Ahmad Mutawakkil, kami sudah biasa bertandang ke banglo mewah itu. Malah, ada ketikanya, majlis yang diadakan di estet itu turut disertai orang perempuan. Isteri Tuan Booth yang terkenal dengan masakannya yang sedap-sedap itu kerap menghidangi kami dengan menu orang putih. Lebih istimewa, pada setiap kali ada majlis perkahwinan, Tuan Booth sekeluarga pasti akan meraikan pasangan pengantin di estetnya. Ada antara kami yang agak ragu-ragu dengan perkara itu. “Selagi tidak bertentangan dengan hukum syarak,” kata Imam Ngah Deraman, “tidak ada salahnya kita menjamah kek yang disediakan untuk pasangan pengantin.” (Dipetik daripada cerpen “Cinta Ahmad Mutawakkil” dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia) (i) Dalam Bahan 1, terdapat beberapa nasihat diberikan oleh penyair. Nyatakan akibat jika tidak mengamalkan nasihat tersebut [2 markah] (ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan sikap baik pada seseorang. [3 markah] (iii) Sikap-sikap baik amatlah dituntut. Pada pandangan anda, apakah kebaikan sikap baik yang dimiliki oleh seseorang? KBAT Menilai [3 markah] (iv) Pandemik COVID-19 telah memberi kesan negatif dan positif kepada kita. Ramai rakyat telah menghadapi kesukaran hidup. Ada antara mereka telah diberhentikan kerja. Bagaimanakah anda dan pihak lain dapat membantu mereka yang menghadapi kesukaran hidup? KBAT Menilai PENERBIT [4 markah] ILMU BAKTI SDN. BHD.
SPM 168 8 Jawapan bagi soalan berikut hendaklah berdasarkan teks novel Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. (i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Dahlia memandang wajah Azhari. Wajah kian diselaputi mendung. “Pergilah.” “Az?” “Lia sahajalah pergi.” “Memang emak Lia buruk...!” Azhari serba salah. Membantah kelak ditafsirkan yang bukan-bukan. Saat-saat seperti ini, dia ingin memberi keyakinan dan kebahagiaan. Lalu dia melangkah bersama-sama. Di depannya sebuah bilik seluas 3 x 5 meter, yang dipagarkan dengan jaring sebesar ibu jari. Dahlia merapati bilik kusam itu dengan hati tidak keruan. Terlihat di dalamnya seorang wanita sedang mencangkung. Melihatkan emaknya berpakaian compang-camping, rambut berserabut, dan muka penuh daki, terbetik rasa kepiluan. Untuk seketika dia kehilangan kata-kata. “Sabar Lia,” Situasi yang dilihat seperti mimpi. Yang terbayang sewaktu di rumah, emaknya terbaring di katil dengan layanan penuh istimewa. Tetapi rupa-rupanya dalam keadaan seperti ini. Alangkah.... (Dipetik daripada novel Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip, Kementerian Pendidikan Malaysia) Nyatakan sebab-sebab Dahlia kehilangan kata-kata. [4 markah] (ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talip (b) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor (c) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin (d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin (e) Songket Berbenang Emas, karya Khairuddin Ayip (f ) Tirani, karya Beb Sabariah (g) Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop (h) Silir Daksina, karya Nizar Parman Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, terdapat banyak peristiwa yang boleh memberi keinsafan kepada pembaca. Nyatakan tiga peristiwa itu dan jelaskan hujah keinsafan anda. [6 markah] PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
SPM 169 Bahagian C RUMUSAN [30 markah] 9 Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Pengambilan sarapan merupakan amalan rutin bagi sesetengah orang. Amalan ini dilakukan pada setiap pagi, iaitu sebelum memulakan sesuatu aktiviti seperti belajar atau bekerja. Ramai yang tidak mengetahui bahawa pengambilan sarapan merupakan pemula aktif bagi metabolisme untuk membantu membakar kalori sepanjang hari. Kajian Pemakanan Dewasa Malaysia melaporkan bahawa golongan dewasa berusia antara 18 hingga 39 tahun tidak gemar mengambil sarapan berbanding makan tengah hari dan malam. Pengambilan sarapan secara tidak langsung dapat membekalkan tenaga dan nutrien yang diperlukan oleh badan untuk melakukan urusan seharian selain membantu seseorang untuk fokus di tempat kerja atau sekolah. Sesetengah masyarakat berpendapat bahawa makanan alternatif seperti madu dan minyak zaitun boleh diambil ketika sarapan kerana makanan tersebut dapat membekalkan tenaga kepada pengambilnya. Terdapat kajian bahawa sarapan menurunkan tahap kolesterol jahat, iaitu lipoprotein berketumpatan rendah di dalam darah. Pengambilan sarapan juga dapat mengurangkan risiko penyakit kronik dan mampu membantu seseorang yang hendak menurunkan berat badan. Kolesterol ini amat membahayakan kesihatan diri kerana boleh menyebabkan pemendakan lemak dan menyempitkan salur darah. Oleh hal yang demikian, mereka yang mengabaikan sarapan boleh membawa kepada risiko mendapat penyakit berbahaya. (Dipetik dan diubah suai daripada “Sarapan Cegah Penyakit” Oleh Mohd. Faizal Mat Salleh, Dewan Kosmik) Bahan 2 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
SPM 170 Bahan 3 PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
SPM 171 Ujian Bertutur (1103/3) (Naskhah Pentaksir) Bahagian A TAKSIRAN INDIVIDU [40 markah] [Masa: 3 hingga 5 minit] Baca dan fahami bahan rangsangan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang dikemukakan secara lisan dengan menggunakan ayat yang gramatis. Pencemaran Alam Sekitar “Kita tidak mewarisi alam sekitar daripada nenek moyang kita, sebaliknya kita meminjamnya daripada generasi akan datang. Oleh itu, jagalah alam sekitar supaya anak dan cucu kita dapat menikmatinya.” Kata-kata Mahatma Gandhi ini sudah cukup membuktikan bahawa alam sekitar merupakan harta paling berharga yang perlu dijaga kepentingannya. Pencemaran alam sekitar boleh diruncingkan kepada tiga perkara, iaitu pencemaran udara, pencemaran air dan pencemaran bunyi. Ternyata pencemaran air memberikan heterogen impak kepada manusia sekiranya sampah sarap dan sisa toksik terus dihumban ke dalam punca utama aliran air, iaitu sungai dan laut. Sampah sarap yang terkumpul ghalibnya akan menyekat aliran air lantas menyumbang kepada takungan air. Hal ini berpotensi menyebabkan banjir kilat. Di samping itu, masalah pencemaran alam sekitar diperkasakan lagi dengan pencemaran bunyi. Hal ini lebih tertumpu kepada rumah-rumah di kawasan perindustrian. Banyak aduan yang disiarkan di media apabila ketenteraman penduduk diakui terganggu dengan bunyi bising yang terhasil daripada pengilangan berskala besar seperti kilang kelapa sawit dan sebagainya. Rentetan daripada itu, asap yang dibebaskan tanpa tapisan menyebabkan pencemaran pencemaran udara. Oleh itu, semua pihak haruslah bersinergi agar alam sekitar dapat dikekalkan keindahannya. Janganlah kita menjadikan modenisasi sebagai alasan yang konkrit untuk tegar menjadi evasif. Seharusnya, kita hendaklah mengetahui bahawa jika alam sekitar terus dicemari, generasi akan datang akan kehausan signifikan alam sekitar terhadap masyarakat di dunia. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
SPM 172 Soalan Rangsangan 1 Nyatakan jenis pencemaran alam sekitar yang berlaku di Malaysia. 2 Bagaimanakah pencemaran air sungai boleh berlaku? 3 Pada pendapat anda, apakah kesan pencemaran udara dan pencemaran air? 4 Jika berlaku pembakaran terbuka di tempat anda, apakah tindakan anda? Bahagian B TAKSIRAN BERKUMPULAN [30 markah] [Masa: 12 hingga 15 minit] Tema: Aktiviti Kokurikulum Bidang kokurikulum merupakan pelengkap Bidang Akademik (Kurikulum). Ada calon yang cemerlang dalam SPM tetapi gagal mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke universiti kerana markah kokurikulum calon tersebut rendah. Hal ini demikian kerana, pelajar kurang berminat melibatkan diri dalam bidang kokurikulum. Bincangkan pernyataan tersebut. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
SPM 173 Ujian Bertutur (1103/3) Bahagian A TAKSIRAN INDIVIDU [40 markah] [Masa: 3 hingga 5 minit] Baca dan fahami bahan rangsangan di bawah dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang dikemukakan secara lisan dengan menggunakan ayat yang gramatis. Pencemaran Alam Sekitar “Kita tidak mewarisi alam sekitar daripada nenek moyang kita, sebaliknya kita meminjamnya daripada generasi akan datang. Oleh itu, jagalah alam sekitar supaya anak dan cucu kita dapat menikmatinya.” Kata-kata Mahatma Gandhi ini sudah cukup membuktikan bahawa alam sekitar merupakan harta paling berharga yang perlu dijaga kepentingannya. Pencemaran alam sekitar boleh diruncingkan kepada tiga perkara, iaitu pencemaran udara, pencemaran air dan pencemaran bunyi. Ternyata pencemaran air memberikan heterogen impak kepada manusia sekiranya sampah sarap dan sisa toksik terus dihumban ke dalam punca utama aliran air, iaitu sungai dan laut. Sampah sarap yang terkumpul ghalibnya akan menyekat aliran air lantas menyumbang kepada takungan air. Hal ini berpotensi menyebabkan banjir kilat. Di samping itu, masalah pencemaran alam sekitar diperkasakan lagi dengan pencemaran bunyi. Hal ini lebih tertumpu kepada rumah-rumah di kawasan perindustrian. Banyak aduan yang disiarkan di media apabila ketenteraman penduduk diakui terganggu dengan bunyi bising yang terhasil daripada pengilangan berskala besar seperti kilang kelapa sawit dan sebagainya. Rentetan daripada itu, asap yang dibebaskan tanpa tapisan menyebabkan pencemaran pencemaran udara. Oleh itu, semua pihak haruslah bersinergi agar alam sekitar dapat dikekalkan keindahannya. Janganlah kita menjadikan modenisasi sebagai alasan yang konkrit untuk tegar menjadi evasif. Seharusnya, kita hendaklah mengetahui bahawa jika alam sekitar terus dicemari, generasi akan datang akan kehausan signifikan alam sekitar terhadap masyarakat di dunia. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
SPM 174 Bahagian B TAKSIRAN BERKUMPULAN [30 markah] [Masa: 12 hingga 15 minit] Bidang Kokurikulum merupakan pelengkap Bidang Akademik (Kurikulum). Ada calon yang cemerlang dalam SPM tetapi gagal mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke universiti kerana markah kokurikulum calon tersebut rendah. Hal ini demikian kerana, pelajar kurang berminat melibatkan diri dalam bidang kokurikulum. Bincangkan pernyataan tersebut. Ujian Mendengar (1103/4) PETIKAN PERTAMA (Teks diperdengarkan menerusi sistem audio) Dengar petikan ulasan cerpen ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang diberikan. Anda diberi masa tiga puluh saat untuk menyemak jawapan. Petikan ulasan cerpen akan dibaca sekali lagi. Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan. Dengar maklumat berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang diberikan. Petikan yang sama diperdengarkan (Petikan Ulasan Cerpen) Anda diberi masa tiga puluh saat untuk menyemak jawapan. SOALAN PETIKAN PERTAMA Petikan ini mengandungi lima soalan. Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan ulasan cerpen yang diperdengarkan. 1 Apakah yang diperjuangkan oleh Hakim? [1 markah] 2 Siapakah Azam? [2 markah] 3 Apakah kesudahan tuntutan Hakim terhadap tanah datuknya? [2 markah] 4 Nilai murni yang dimilik oleh Hakim ialah [2 markah] Imbas kod QR Untuk tujuan pembelajaran untuk mendengar ulasan cerpen. Imbas kod QR Untuk tujuan pembelajaran untuk mendengar ulasan cerpen. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
SPM 175 Bulatkan jawapan yang betul bagi Soalan 5. 5 Berikut merupakan perwatakan Hakim, kecuali [1 markah] A seorang yang gigih. B seorang yang bijak. C seorang yang berdikari. D seorang yang kuat berusaha. Imbas kod QR Untuk tujuan pembelajaran untuk mendengar syarahan. PETIKAN KEDUA (Teks diperdengarkan menerusi sistem audio) Dengar petikan syarahan ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang diberikan. Anda diberi masa tiga puluh saat untuk menyemak jawapan. Petikan syarahan akan dibaca sekali lagi. Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan. Dengar maklumat berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang diberikan. Petikan yang sama diperdengarkan (Petikan Syarahan) Anda diberi masa tiga puluh saat untuk menyemak jawapan. SOALAN PETIKAN KEDUA Petikan ini mengandungi lima soalan. Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan syarahan yang diperdengarkan. Bulatkan jawapan yang betul bagi Soalan 1. 1 Siapakah yang menyampai syarahan tersebut? [1 markah] A Guru B Hakim C Guru Besar D Wakil murid 2 Apakah tempat yang biasa menjadi tempat tumpuan pelancong? [2 markah] 3 Nyatakan kelebihan melancong ke luar negara. [2 markah] 4 Bagaimanakah pelancong dapat meningkatkan taraf ekonomi negara? [2 markah] 5 Pelancongan akan menjadikan negara kita di seluruh dunia. Imbas kod QR [1 markah] Untuk tujuan pembelajaran untuk mendengar petikan berita. Imbas kod QR Untuk tujuan pembelajaran untuk mendengar syarahan. PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
SPM 176 PETIKAN KETIGA (Teks diperdengarkan menerusi sistem audio) Dengar petikan berita ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang diberikan. Anda diberi masa tiga puluh saat untuk menyemak jawapan. Petikan berita akan dibaca sekali lagi. Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan. Dengar maklumat berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang diberikan. Petikan yang sama diperdengarkan (Petikan Berita) Anda diberi masa tiga puluh saat untuk menyemak jawapan. SOALAN PETIKAN KETIGA Petikan ini mengandungi lima soalan. Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan berita yang diperdengarkan. 1 Namakan lokasi yang berlaku dalam laporan berita tersebut. [1 markah] 2 Berapa orangkah yang berjaya ditahan oleh pihak polis dalam serbuan tersebut? [1 markah] 3 Siapakah yang memberi laporan kepada pemberita dalam petikan berita tersebut? [2 markah] 4 Mengapakah pihak polis mencari Ah Chong? [2 markah] 5 Orang ramai diminta tampil ke hadapan sekiranya mempunyai maklumat tentang . [2 markah] Imbas kod QR Untuk tujuan pembelajaran untuk mendengar petikan kenyataan media. PETIKAN KEEMPAT (Teks diperdengarkan menerusi sistem audio) Dengar petikan kenyataan media ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang diberikan. Anda diberi masa tiga puluh saat untuk menyemak jawapan. Petikan kenyataan media akan dibaca sekali lagi. Anda diberi masa selama satu minit untuk membaca soalan. Dengar maklumat berikut dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang diberikan. Petikan yang sama diperdengarkan (Petikan Kenyataan Media) Anda diberi masa tiga puluh saat untuk menyemak jawapan. Imbas kod QR atau layari Untuk tujuan pembelajaran untuk mendengar petikan berita. Imbas kod QR atau layari Untuk tujuan pembelajaran untuk mendengar petikan PENERBIT kenyataan media. ILMU BAKTI SDN. BHD.
SPM 177 SOALAN PETIKAN KEEMPAT Petikan ini mengandungi empat soalan. Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan ulasan cerpen yang diperdengarkan. 1 Apakah isu yang tular dalam aplikasi WhatsApp? [1 markah] 2 Tujuan kenyataan media ini dikeluarkan adalah untuk . [2 markah] 3 Senarikan dua cara penjagaan kebersihan diri untuk mengelakkan dijangkiti koronavirus. [2 markah] (i) (ii) 4 Nyatakan keburukan menyebarkan berita palsu di aplikasi WhatsApp. [1 markah] PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
JAWAPAN 178 Kombinasi Kepelbagaian Bahan Rangsangan unit 2 Praktis SPM Praktis 1 Pendahuluan – Isu semasa kes buli di sekolah – Punca kes buli – dendam, ingin tunjuk hero, perempuan, cemburu dan lain-lain – bagai mencurah garam di laut – perbuatan yang sia-sia – Menjadi kebimbangan banyak pihak khasnya ibu bapa – Banyak cara menangani kejadian buli Isi-isi Penting 1 Dengan pemberian khidmat kaunseling berterusan – murid bermasalah harus diberi peluang kembali ke pangkal jalan – pembuli dan mangsa masih muda dan masa depan perlu dipandu – pembuli dan mangsa buli diberi kaunseling secara berasingan dari segi masa – disiasat punca kes buli – diberi motivasi dan kesedaran – cerna kemaafan dalam diri pembuli dan mangsa – buang yang keruh ambil yang jernih 2 Pihak sekolah ketatkan kawalan – pemasangan cctv – memantau pergerakan dan aktiviti murid – mereka rasa diperhati – mengaktifkan tugas pengawas sekolah – kawal murid – ambil tindakan segera apabila menerima aduan – pihak sekolah tak perlu takut cabaran oleh ibu bapa – membujur lalu melintang patah – mengetatkan kawalan membuatkan murid tidak berani melakukan buli 3 Ibu bapa memberi kasih sayang kepada anak-anak – bagai menatang minyak yang penuh – berpada-pada – anak-anak memerlukan kasih sayang – tiada kasih sayang anak memberontak di luar khasnya di sekolah – membuli orang lain – melepaskan tekanan – ibu bapa perlu luangkan masa – berinteraksi dengan anak-anak – anak-anak rasa disayangi dan dipeduli – anak-anak tidak sanggup menjatuhkan maruah keluarga – tak berani melakukan buli Penutup/Kesimpulan – Kita tidak boleh membiarkan kejadian buli berleluasa – Pihak sekolah dan ibu bapa – perlu saling bekerjasama – bagai aur dengan tebing mendidik para murid bertatasusila dan belas kasihan – Tindakan segera oleh pihak sekolah – cegah sebelum parah – mencegah lebih baik daripada mengubati Praktis 2 Pendahuluan – Guru ibarat lilin menerangi hidup kita. – Mengajar kita daripada tidak tahu membaca hinggalah tahu membaca – Guru merupakan ibu bapa kedua kepada kita – Sebagai murid, kita wajar mengenang jasa guru Isi-isi Penting 1 Meraikan Hari Guru – tarikh 16 Mei pada setiap tahun memberi 1001 makna kepada warga pendidik di seluruh negara – guru yang berkhidmat di ibu kota atau pedalaman, semua merasai ketibaan tarikh keramat itu sejak 1956 – hanya jauhari mengenal manikam – setiap sekolah mengadakan majlis Hari Guru – pengisian pelbagai aktiviti – nyanyian, deklamasi sajak, pentomen dan lain-lain – muridmurid akan menghiburkan guru – pemberian hadiah – menambah seri majlis Hari Guru. – guru rasa dihargai – berasa gembira 2 Kita boleh menziarah cikgu sewaktu sihat ataupun sakit – guru pasti rindu akan kedatangan murid-muridnya ke rumah – ziarah guru pada musim perayaan – menggembirakan guru – ziarah guru pada waktu sakit sama ada di rumah atau di hospital – guru berasa terubat 3 Kita juga boleh menolong cikgu melakukan sesuatu tugas untuk meringankan beban tugas cikgu – jasa guru tidak ternilai – kita boleh meringankan beban tugas guru – ringan tulang – menolong guru menjaga kebersihan dan keceriaan kelas – menolong guru mengangkat barang seperti buku – guru akan bersyukur mempunyai anak didik yang bermoral tinggi Penutup/Kesimpulan – Guru ibarat obor yang menerangi alam – Para murid, ibu bapa dan masyarakat mesti menghormati guru dan menghargai jasa guru – Guru – bukan sahaja memberi PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
179 ilmu malah mendidik pelajar erti kehidupan yang harmoni Praktis 3 Pendahuluan – Alam sekitar – kurniaan Tuhan – mesti menjaga sebaiknya – Isu pencemaran seiring dengan pemodenan – tidak dapat dipisahkan – irama dengan lagu – Demi kepentingan kemajuan – alam sekitar terkorban – yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran – Jika dipandang enteng – alam sekitar semakin sakit – hidupan akan mendapat kesan negatifnya Isi-isi Penting 1 Mengganggu kesihatan hidupan – pencemaran udara dan pencemaran laut – pembuangan sisa toksik ke laut dan sungai – kualiti air terjejas – banyak hidupan air seperti ikan mati – udara kekurangan oksigen untuk hidupan – impak – jerebu – pandangan mata terhad, sakit mata, sakit kulit, gangguan kardiovaskular – jejas kesihatan – tahap kesihatan hidupan menurun 2 Suhu dunia meningkat – pembakaran terbuka, letusan gunung berapi, asap industri dan asap kenderaan – membebaskan karbon monoksida – menipiskan lapisan ozon – suhu dunia meningkat – impak – kemasukan cahaya infrared – membahayakan kesihatan khasnya kulit 3 Bencana alam berlaku – bukit ditarah – dapatkan kayu balak – secara halal atau haram – bukit – pasak bumi – terjejas fungsi – kawasan tadahan hujan – impak – banjir kilat, hakisan tanah (tanah runtuh), kemarau Penutup/Kesimpulan – Kesejahteraan alam adalah tanggungjawab bersama – Kerjasama semua masyarakat – bagai aur dengan tebing – mencegah pencemaran alam – Penguatkuasaan yang tegas – mampu mencegah pelaku pencemaran daripada mementingkan diri – bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing Praktis 4 Pendahuluan – Kehidupan alaf baharu – mempengaruhi gaya kehidupan manusia – Gaya hidup mula berubah daripada pemakanan gaya sihat kepada pemakanan gaya hidup kurang sihat – Menyukai makanan proses (makanan segera) dan kurang bersenam – Memudaratkan kesihatan – Ada banyak cara mengamalkan gaya hidup sihat dan kesannya terhadap tubuh badan Isi-isi Penting 1 Amalkan pemakanan seimbang – jauhi pemakanan yang berlemak, berminyak, berkolesterol tinggi – mencegah lebih baik daripada mengubati – makan makanan berdasarkan piramid makanan – sediakan payung sebelum hujan – mengelakkan penyakit – kencing manis, darah tinggi, hipertensi, jantung dan lain-lain – 32.7% atau 5.8 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas menghidap penyakit darah tinggi (hipertensi) – pemakanan seimbang mampu membentuk kesihatan yang unggul 2 Senaman yang mengeluarkan peluh – ramai rakyat Malaysia kurang beriadah – berjoging, bersukan – badan sihat otak cerdas – lebih suka permainan moden – bermain permainan video, melayari media sosial – membahayakan kesihatan – tubuh penuh dengan toksik – mengundang permasalahan kardivaskular, kencing manis dan penyakit kronik yang lain – sepatutnya bersenam 30 minit setiap hari – memadai – keluarkan peluh – toksik dalam tubuh – amalkan 10 000 langkah – setiap langkah membawa faedah 3 Menjaga kebersihan diri – amalkan tabiat mencuci tangan dengan sabun, kerap mandi, memakai pelitup muka apabila berada di tempat awam – musim pandemik COVID-19 – pastikan diri sentiasa bersih – pastikan keadaan rumah dan sekitar – sentiasa bersih dan ceria – aktiviti gotong-royong keluarga – membuang tin kosong, sapu sampah, hindari habuk dan sebagainya – elak penyakit berbahaya – denggi, malaria Penutup/Kesimpulan – Amalan gaya hidup sihat – membentuk keluarga bahagia – Ahli keluarga – jauhi arak dan judi – merosakkan kebahagiaan keluarga – Ikuti program – Jom Sihat – 10 000 langkah dan lain-lain Praktis 5 Pendahuluan – Sejak dulu dunia telah diserang penyakit berjangkit – Selesema Burung H7N7, H1N1, SARS, Malaria, Japanese Encephalitis ( JE) dan lain-lain – Berjangkit menerusi udara, PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
180 – elak pelitup tercemar – setelah guna – lipat dan ikat – buang ke dalam tong sampah – jangan buang merata-rata Penutup/Kesimpulan – Gaya hidup sihat mempengaruhi kesihatan – sentiasa bersenam – Makan makanan yang seimbang – makanan alternatif – menguatkan sistem imunisasi tubuh – Sistem imunisasi yang kuat – mampu cegah jangkitan – Mencegah lebih baik daripada mengubati – sediakan payung sebelum hujan Praktis 6 Pendahuluan – Fenomena ponteng sekolah – seluruh negara khasnya sekolah harian sama ada di bandar mahupun di luar bandar – Isu – menjadi topik hangat – Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pelajaran Negeri – Gejala – memberi impak – peratus kedatangan dan mutu akademik murid-murid – Rencaman punca – perlu mencari solusi menanganinya Isi-isi Penting Punca 1 Berjaga hingga larut malam – murid sekolah – habiskan masa dengan sosial media – bermain permainan video, Facebook, WhatsApp, YouTube, Wechat, Instagram dan Twitter – ada juga yang suka melepak jauh hingga malam, merempit – impak – masa terbuang begitu sahaja – tidak buat kerja sekolah – tidur lewat – mengantuk – bangun lewat – ponteng sekolah – seperti peribahasa ada sampan hendak berenang – menyusahkan diri – kesihatan terjejas – akademik turut terjejas akibat gejala ponteng sekolah – ibu bapa perlu pantau – penggunaan telefon bimbit anak – jumlah masa penggunaan dikurangkan 2 Pengaruh rakan sebaya – rakan sebaya merupakan individu yang paling hampir dengan remaja selepas keluarga – terlajak perahu boleh diundur, terlajak langkah buruk padahnya – tersalah pilih rakan – mengikut trend walhal budaya yang disalurkan adalah negatif – anak-anak yang kurang kasih sayang keluarga – keluarga bermasalah – pemangkin anakanak mencari kegembiraan di luar – bersama-sama rakan – pengaruh rakan sebaya – umpama api dalam sekam – menjerumus anak-anak ke kancah negatif – menjatuhkan maruah diri dan keluarga Cara mencegah 3 Program Sekolah Penyayang – melembutkan hati murid – suka akan sekolah – “Sekolahku Syurgaku” – guru-guru bertindak berhemah – menangani permasalahan murid-murid – kaunselor terlatih – memotivasi murid – menolong meringankan masalah murid – program “Masih Ada yang Sayang” – murid-murid dianggap anak sendiri oleh guru – subprogram “Muridku Anakku” – ucapan atau kata-kata guru yang merangsang jiwa murid – “Permata Malim Kusayang” – membuatkan murid seronok mendengar panggilan itu – murid seronok ke sekolah Penutup/Kesimpulan – Dari bangku sekolah anak-anak pemakanan, gaya hidup tidak sihat – Terkini COVID-19 – membunuh banyak manusia – Hayati cara mencegah penyakit berjangkit darpada merebak – contoh, COVID-19 – usah berlengah – sudah terhantuk baru tengadah – nasi sudah menjadi bubur Isi-isi Penting 1 Amalkan CAPP Pemerkasaan Komuniti dalam DRRP – cegah COVID-19 dan didik keluarga –amalkan ciri-ciri norma hidup baharu – amalkan tingkah laku – elak diri, keluarga dan komuniti – dari jangkitan – patuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) – arahan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) – pantau status kesihatan diri, keluarga – saringan suhu 2 Perkukuh kawalan pergerakan – elakkan pergi ke kawasan berisiko – ada orang berpenyakit – keluar jika perlu – jangan bawa orang berisiko – mudah terkena penyakit – warga emas, berpenyakit kronik – sakit jantung, paru-paru berair dan lain-lain – catat info diri – nama, nombor telefon di buku – pintu masuk sesebuah premis makanan atau destinasi. – jika tiada keperluan – kawal pergerakan – amalkan duduk di rumah 3 Pemakaian pelitup muka – memakai pelitup muka – cara yang betul – elak tercemar – usah sentuh bahagian dalam dan luar pelitup muka – jangan berkongsi pelitup muka dengan orang lain – jangan pakai – di bahagian dagu, pelitup yang basah, rosak, longgar PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.
181 dididik – berdisplin, bermotivasi, berdaya saing – membentuk jati diri – melentur buluh biarlah waktu rebung – Gejala ponteng mesti dibasmi segera sebelum kudis menjadi tokak – sebelum nasi menjadi bubur – dah besar menjadi darah daging – tak berguna – nasihat – masuk telinga kanan keluar telinga kiri – Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara sukar dilahirkan – memimpin negara – negara akan hancur Praktis 7 Pendahuluan – Lazim rakyat Pantai Timur dan Pantai Barat alami pada setiap hujung tahun – hujan turun dengan lebat – Kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa berlaku – Persediaan mesti dilakukan - sediakan payung sebelum hujan Isi-isi Penting 1 Kita mestilah membuat pengurusan awal risiko bencana – usaha ini dapat melancarkan proses menyelamat oleh pihak berkuasa – barangan keperluan seperti pakaian, ubat-ubatan dan bantal perlulah disimpan dalam beg kecemasan – barangan mudah dibawa sewaktu berpindah ketika banjir – pengurusan awal risiko amat perlu - mencegah lebih baik daripada mengubati 2 Kita hendaklah peka terhadap amaran atau isyarat banjir – kita perlu mendapat maklumat banjir menerusi media cetak atau media elektronik – kita hendaklah bersiap sedia untuk berpindah dan patuh kepada arahan pihak berkuasa – kita hendaklah menyimpan barang berharga dengan selamat dan ikat peralatan dengan ketat – kemusnahan harta benda dan nyawa dapat dikurangkan – sifat peka kita mampu menyelamatkan kita Penutup/Kesimpulan – Bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menghadapi bencana banjir – Tindakan sediakan payung sebelum hujan, iaitu persiapan sebelum banjir adalah langkah bijak – Tidak boleh mementingkan diri sendiri - bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing- masing Karangan Respons Terbuka unit 3 Praktis SPM Praktis 1 Soalan 1: Domain Awam Analisis Kehendak Soalan Isu/Tema: Gejala Buli Kehendak soalan: Punca gejala buli dan cara menyelesaikannya Sasaran: Remaja, keluarga dan pihak sekolah Jenis: Syarahan Pendahuluan – Isu semasa keruntuhan akhlak remaja – Kemelut kemerosotan sahsiah murid menjadi topik hangat – Jenis-jenis keruntuhan akhlak – gejala buli – Penegasan kehendak soalan Isi 1: Punca – ketandusan ilmu agama – ibu bapa terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk mendidik anak-anak – tidak mempunyai masa terluang untuk berkomunikasi dan memahami anak-anak mereka – impaknya, anak-anak kekosongan jiwa – mudah terpengaruh Isi 2: Punca – Masalah keluarga dan Pengaruh rakan sebaya – anak-anak tidak tenteram di rumah – masalah keluarga – cari ketenangan di luar – lepaskan tekanan di sekolah – tersalah pilih kawan – terikut-ikut rentak rakan sebaya yang negatif Isi 3: Peranan keluarga – ibu bapa luangkan masa bersamasama anak – ambil cakna kesihatan dan kebajikan anak-anak – beri kasih sayang – pantau aktiviti anak-anak – rakanrakan anak – anak-anak terasa diperhati dan disayangi - tidak terpedaya dengan rakan yang negatif – jaga maruah keluarga Isi 4: Peranan sekolah – wujudkan pemantauan disiplin yang tinggi terhadap murid – pasang CCTV – bertindak segera jika berlaku kes buli – laporan berdokumentasi – tindakan mengikut SOP tatatertib – ketugasan dan peranan pengawas dipermantap – sering memberi kesedaran kepada pelajar – kes buli dan kesan negatif terhadap pelaku dan mangsa buli – murid rasa diperhati – tidak berani membuli Penutup – Bertindak segera apabila menerima aduan pelajar – Jangan pandang enteng aduan murid – Rahsiakan identiti pengadu – Buat penyiasatan dan mesyuarat badan disiplin Soalan 2: Domain Peribadi Analisis Kehendak Soalan Isu/Tema: Mencemerlangkan Diri Kehendak soalan: Cara Sasaran: Murid Jenis: Huraian PENERBIT ILMU BAKTI SDN. BHD.