The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti, 2023-12-08 02:38:56

Strategi A+ Ting 4 - Bahasa Melayu

Strategi A+ Ting 4 - BM_

. BHD. PENERBITDN. BHD. PENERBITSDN. BHD. PENERBDN. BHD. PENE


ML1 Standard Kandungan: 1.1 Mengenal, mendengar dan menyebut perkataan, rangkai kata, istilah dan ungkapan serta intonasi ayat dalam pelbagai ujaran. Standard Pembelajaran: 1.1.1 Mendengar, mengenal, menyebut dan mengenal pasti perbezaan sebutan perkataan, rangkai kata, istilah dan ungkapan dalam pelbagai ujaran dengan jelas dan betul. 1 jam MASA 01 Tajuk Antibuli Modul Literasi dan Amali Sivik ML1 Pengenalan Buli ialah satu daripada masalah disiplin yang berlaku di sekolah. Kesalahan membuli boleh menyebabkan seseorang dikenakan tindakan. Tindakan buli menggambarkan seseorang yang tidak mempunyai nilai kasih sayang. Nilai Teras Kasih sayang Konteks Diri dan sekolah Literasi Sivik Pengetahuan Sosioemosi Tindakan Menyatakan punca masalah buli. Menghargai persahabatan tanpa prejudis. Membuat laporan kepada pihak berwajib tentang kes buli. Objektif Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: 1 Menyenaraikan punca masalah buli. 2 Menghargai nilai persahabatan melalui pertolongan kepada mangsa buli. 3 Mengisi borang laporan kes buli di sekolah. Aktiviti Aktiviti 1 1 Murid diedarkan keratan akhbar tentang kes buli di sekolah. 2 Murid membaca keratan akhbar secara kuat. 3 Murid menyenaraikan punca masalah buli berlaku di sekolah. 4 Murid menyebut punca yang disenaraikan. Aktiviti 2 1 Murid menonton video kes buli yang berlaku di sekolah. 2 Murid memberikan respons tentang perasaan mereka terhadap pembuli dan mangsa buli. 3 Murid menyatakan tindakan mereka jika ternampak atau mengetahui kes buli di sekolah. Aktiviti 3 1 Murid membentuk kumpulan. 2 Murid menyatakan cara membuat aduan kepada guru disiplin dan tindakan selanjutnya. 3 Setiap kumpulan diberikan tugasan untuk membuat laporan kepada guru disiplin tentang kes buli yang berlaku di sekolah. 4 Setiap murid mengisi borang tentang laporan kes buli di sekolah. 5 Guru bertindak sebagai fasilitator. Penilaian 1 Penilaian secara soal jawab, pemerhatian dan aktiviti kumpulan. 2 Penilaian dibuat untuk memastikan murid mengetahui dan mengamalkan tindakan yang betul bagi mengatasi masalah buli di sekolah. Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Literasi&PAK.indd 1 25/09/2023 4:09 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA


ML2 Standard Kandungan: 2.2 Membaca untuk memahami makna perkataan, rangkai kata, istilah serta ungkapan dan ayat dalam pelbagai bahan. Standard Pembelajaran: 2.2.1 Membaca, mengenal pasti dan menjelaskan maklumat tersurat dan tersirat dengan betul daripada pelbagai bahan primer. 1 jam MASA 02 Tajuk Hak dalam Keluarga Pengenalan Keluarga ialah orang yang paling penting dalam hidup seseorang. Sungguhpun begitu, hubungan keluarga pada hari ini semakin renggang kerana kesibukan ibu bapa dan sikap anak-anak yang leka dengan peranti elektronik. Nilai Teras Hormat-menghormati Konteks Diri dan keluarga Literasi Sivik Pengetahuan Sosioemosi Tindakan Menjelaskan cara menghormati ahli keluarga. Mengekspresikan perasaan bersyukur apabila menghormati dan dihormati sesama ahli keluarga. Mempraktikkan amalan menghormati dan dihormati sesama ahli keluarga. Objektif Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: 1 Menjelaskan cara-cara anak menghormati ibu bapa. 2 Menunjukkan perasaan hormat-menghormati sesama ahli keluarga. 3 Menunjukkan amalan hormat-menghormati melalui sketsa pendek. Aktiviti Aktiviti 1 1 Murid membentuk kumpulan. 2 Kumpulan diberikan situasi tentang pergaduhan antara ahli keluarga. 3 Setiap murid perlu menulis cara mereka menghormati ibu bapa di atas papan putih mini. 4 Ketua kumpulan membaca idea ahli kumpulan. Aktiviti 2 1 Murid menonton video “Si Tanggang”. 2 Murid memberikan respons tentang tindakan Si Tanggang terhadap ibunya. 3 Murid menyatakan perasaan mereka apabila menghormati dan dihormati oleh ahli keluarga. Aktiviti 3 1 Setiap kumpulan diberikan tugasan untuk melakonkan sketsa pendek tentang budaya hormatmenghormati terhadap ahli keluarga. 2 Kumpulan mempersembahkan sketsa pendek di hadapan kelas. 3 Kumpulan lain memberikan markah bagi lakonan yang ditonton. Penilaian 1 Penilaian secara soal jawab, pemerhatian dan lakonan sketsa pendek. 2 Penilaian dibuat untuk menggalakkan budaya hormat-menghormati. Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Literasi&PAK.indd 2 25/09/2023 4:09 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA


ML3 Standard Kandungan: 1.6 Mempersembahkan maklumat secara lisan tentang sesuatu perkara dalam pelbagai seituasi. Standard Pembelajaran: 1.6.1 Menyampaikan maklumat yang betul dan tepat dalam bentuk pembentangan serta perbahasan dengan jelas dan intonasi yang sesuai secara bertatasusila. 1 jam MASA 03 Tajuk Pengurusan Kewangan Pengenalan Remaja kini dikatakan tidak cekap dalam berbelanjaan kerana bersikap boros dan tidak berhemat. Mereka mengutamakan gaya hidup moden dan terpengaruh dengan rakan hingga berbelanja di luar kemampuan. Amalan ini perlu dicegah seperti peribahasa, ingat sebelum kena, jimat sebelum habis. Nilai Teras Bertanggungjawab Konteks Diri, keluarga dan negara Literasi Sivik Pengetahuan Sosioemosi Tindakan Menjelaskan kepentingan sikap bertanggungjawab terhadap keputusan kewangan peribadi. Menghargai pendapatan yang diterima. Berhemat dalam berbelanja. Objektif Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: 1 Menghasilkan risalah tentang kepentingan berjimat cermat. 2 Menyatakan perasaan mempunyai wang yang cukup. 3 Menyediakan senarai semak pengurusan perbelanjaan peribadi. Aktiviti Aktiviti 1 1 Murid membentuk kumpulan. 2 Setiap kumpulan perlu menghasilkan risalah tentang kepentingan berjimat cermat dalam perbelanjaan. 3 Risalah tersebut ditampal pada papan kenyataan kelas dan diberikan penilaian oleh guru dan kumpulan lain. Aktiviti 2 1 Murid menyatakan pendapatan bulanan ibu bapa mereka. 2 Murid menceritakan perasaan mereka terhadap kewangan keluarga. 3 Murid menyatakan kesyukuran kerana dikurniakan wang yang cukup untuk berbelanja. Aktiviti 3 1 Murid diedarkan senarai semak pengurusan perbelanjaan peribadi. 2 Murid dianggarkan mempunyai RM50.00 untuk perbelanjaan mingguan. 3 Murid mengisi borang dan jumlah belanja. 4 Murid menyatakan perbelanjaan sama ada positif atau negatif. 5 Jika negatif, nyatakan tindakan yang perlu dilakukan. Penilaian 1 Penilaian secara hasil risalah, soal jawab, pemerhatian dan senarai semak. 2 Penilaian dibuat untuk menggalakkan amalan berjimat cermat. Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Literasi&PAK.indd 3 25/09/2023 4:09 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA


ML4 Standard Kandungan: 1.6 Membaca untuk memproses maklumat daripada pelbagai bahan. Standard Pembelajaran: 1.6.1 Membaca dan membuat kesimpulan daripada bahan dengan betul. 1 jam MASA Interaksi Sihat dalam Masyarakat, Negara dan Global 04 Tajuk Pengenalan Semangat muhibah boleh dipupuk melalui cara komunikasi yang berhemah. Pertelingkahan antara kaum boleh terjadi jika seseorang berkomunikasi tidak betul dan biadab. Oleh itu, jagalah komunikasi supaya tidak menyebabkan orang lain tersinggung. Nilai Teras Kegembiraan Konteks Diri, masyarakat dan negara Literasi Sivik Pengetahuan Sosioemosi Tindakan Menjelaskan ciri komunikasi berhemah. Mengekspresikan perasaan gembira dapat berkomunikasi secara berhemah. Berkomunikasi secara berhemah. Objektif Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: 1 Menyenaraikan ciri komunikasi berhemah. 2 Menunjukkan perasaan gembira apabila dapat berkomunikasi secara berhemah. 3 Melakonkan komunikasi yang berhemah. Aktiviti Aktiviti 1 1 Murid dibekalkan petikan artikel tentang budaya berbudi bahasa. 2 Murid membaca petikan artikel secara senyap. 3 Murid menggariskan isi penting dalam petikan artikel. 4 Murid menyatakan ciri-ciri komunikasi berhemah. Aktiviti 2 1 Murid berbual-bual tentang kehidupan mereka secara berpasangan. 2 Guru memerhatikan cara murid berkomunikasi dan reaksi mereka. 3 Guru memberikan penilaian dan teguran terhadap cara murid berkomunikasi. Aktiviti 3 1 Guru memberikan beberapa situasi seperti kemalangan di jalan raya dan melayani golongan orang kelainan upaya (OKU) dan orang tua yang meminta bantuan. 2 Murid melakonkan komunikasi yang betul dalam situasi tersebut. 3 Murid boleh menunjukkan cara komunikasi yang lain sekiranya ada. 4 Guru memberikan penghargaan kepada murid. Penilaian 1 Penilaian secara garisan isi dalam artikel, pemerhatian dan lakonan. 2 Penilaian dibuat untuk menggalakkan komunikasi yang berhemah. Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Literasi&PAK.indd 4 25/09/2023 4:09 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA


ML5 Standard Kandungan: 3.5 Menulis untuk mengolah maklumat bagi menghasilkan pelbagai bentuk penulisan dan grafik. Standard Pembelajaran: 3.5.2 Mengolah maklumat daripada pelbagai bahan dalam bentuk grafik yang sesuai dan menarik. 1 jam MASA 05 Tajuk Mengekalkan Keseimbangan Alam Sekitar Pengenalan Alam sekitar ialah anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Pembangunan yang pesat dan aktiviti manusia yang tidak terkawal menyebabkan alam sekitar semakin tercemar. Oleh itu, tindakan memelihara dan memulihara alam sekitar perlulah dilakukan oleh segenap pihak. Nilai Teras Kasih sayang Konteks Diri, masyarakat dan negara Literasi Sivik Pengetahuan Sosioemosi Tindakan Menghuraikan kepentingan menjaga alam sekitar. Menunjukkan perasaan sayang akan alam sekitar. Mengamalkan budaya sayangi alam sekitar. Objektif Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: 1 Menghuraikan kepentingan menjaga alam sekitar. 2 Mengekspresikan perasaan sayang akan alam sekitar. 3 Membuang sampah ke dalam tong kitar semula mengikut jenisnya. Aktiviti Aktiviti 1 1 Murid membentuk kumpulan. 2 Setiap kumpulan diberikan gambar aktiviti manusia yang mencemarkan alam sekitar seperti pembuangan sampah sarap, pembakaran terbuka, pembuangan sisa toksik, pembalakan haram dan pertanian. 3 Setiap kumpulan menulis kepentingan menjaga alam sekitar di atas kertas sebak berdasarkan gambar yang dibekalkan. 4 Hasil perbincangan setiap kumpulan ditampal pada dinding untuk aktiviti Jalan Galeri (Gallery Walk). Aktiviti 2 1 Murid menonton video tentang pencemaran alam sekitar. 2 Murid menyatakan perasaan mereka terhadap perosak alam sekitar. 3 Murid menyatakan sikap menjaga alam sekitar. Aktiviti 3 1 Guru menerangkan tong kitar semula dan jenis-jenis sampah yang perlu dibuang mengikut warna tong kitar semula. 2 Setiap murid diberikan sampah pelbagai jenis. 3 Murid perlu membuang sampah ke dalam tong kitar semula mengikut jenis sampah dengan betul. Penilaian 1 Penilaian secara pembentangan, soal jawab dan aktiviti kumpulan. 2 Penilaian dibuat supaya murid benar-benar menyayangi alam sekitar. Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Literasi&PAK.indd 5 25/09/2023 4:09 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA


ML6 Standard Kandungan: 1.7 Berbincang dan berunding tentang sesuatu perkara. Standard Pembelajaran: 1.7.1 Berbincang dengan mengemukakan idea yang bernas dan rasional tentang sesuatu perkara secara bertatasusila. 1 jam MASA 06 Tajuk Jaringan Persahabatan Merentasi Sempadan Pengenalan Persahabatan merentasi sempadan yang berlaku kini disebabkan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Banyak faedah yang diperoleh jika mempunyai sahabat daripada pelbagai negara. Namun, seseorang perlulah berhati-hati dan menjaga maruah diri. Nilai Teras Kegembiraan Konteks Diri dan global Literasi Sivik Pengetahuan Sosioemosi Tindakan Menerangkan kepentingan memilih rakan merentasi sempadan dengan bijak. Menghargai persahabatan dan perhubungan dengan rakan. Menggunakan teknologi dengan berhemah semasa menjalinkan persahabatan menerusi alam maya. Objektif Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: 1 Menerangkan kepentingan memilih rakan merentasi sempadan dengan bijak. 2 Menunjukkan tanda menghargai persahabatan dengan rakan. 3 Menunjukkan sikap berhemah semasa menjalinkan persahabatan di media sosial. Aktiviti Aktiviti 1 1 Murid dibekalkan peta dunia yang mengandungi ucapan selamat daripada remaja di negara tersebut. 2 Murid menyenaraikan kepentingan memilih rakan merentasi sempadan. 3 Murid memilih satu idea tentang kepentingan memilih rakan merentasi sempadan dan berucap di hadapan kelas. 4 Murid lain membuat penilaian terhadap idea yang dilontarkan. Aktiviti 2 1 Murid membaca petikan kata-kata rakan yang meluahkan masalah yang dihadapi di dalam media sosial. 2 Murid menulis respons terhadap masalah rakan. 3 Respons murid ditampal di tengah-tengah meja dan boleh dibaca oleh rakan lain. Aktiviti 3 1 Guru memberikan situasi tentang penyalahgunaan media sosial oleh remaja. 2 Murid menyatakan tindakan yang perlu dilakukan oleh remaja bagi menjaga maruah diri. Penilaian 1 Penilaian secara pengucapan awam dan soal jawab. 2 Penilaian dibuat supaya murid bersahabat dengan baik dan betul. Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Literasi&PAK.indd 6 25/09/2023 4:09 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA


P1 Aktiviti Pembelajaran Abad ke-21 PAK-21 AKTIVITI 1 Peta Pemikiran (i-THINK Map) Tugasan 1 Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan. 2 Guru mengemukakan satu topik. 3 Murid berbincang dan mencatat maklumat di dalam peta buih. 4 Setelah siap perbincangan, murid diminta untuk membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas. Dengan menggunakan peta buih, bincangkan ciri-ciri generasi yang diperlukan oleh negara. Cadangan Jawapan i-THINK Peta Buih Tidak mudah putus asa Berdaya saing Bijak merebut peluang Berilmu tinggi Kreatif dan Inovatif Patriotik Ciri-ciri Generasi yang Diperlukan oleh Negara Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Literasi&PAK.indd 1 29/09/2023 4:40 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA


P2 AKTIVITI 2 Peta Pemikiran (i-THINK Map) Tugasan 1 Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan. 2 Guru mengemukakan satu topik. 3 Murid berbincang dan mencatat maklumat di dalam peta buih berganda. 4 Setelah siap perbincangan, murid diminta membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas. Dengan menggunakan peta buih berganda, bandingkan persamaan dan perbezaan antara institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dengan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS). Cadangan Jawapan Peta Buih Berganda i-THINK Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Ada dana kerajaan Murah Milikan kerajaan Sukatan pelajaran dipantau Pelbagai jurusan Pendidikan Tiada dana kerajaan Mahal Milikan swasta Perbezaan Persamaan Perbezaan Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Literasi&PAK.indd 2 29/09/2023 4:40 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA


P3 AKTIVITI 3 Fail Edar (Travelling File) Tugasan 1 Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan. 2 Guru menyediakan fail-fail yang mengandungi masalah kesihatan untuk dibincangkan. 3 Setiap kumpulan dibekalkan satu fail untuk dibincangkan. 4 Setiap kumpulan perlulah menghuraikan punca, simptom dan langkah mengatasi masalah kesihatan tersebut. 5 Selepas 10 hingga 15 minit, soalan dan catatan jawapan dimasukkan semula ke dalam fail dan diedarkan kepada kumpulan lain. 6 Setiap kumpulan yang menerima fail baharu daripada kumpulan lain perlu membaca soalan dan jawapan yang terdapat di dalam fail berkenaan sebelum dibincangkan, ditambah, dihuraikan atau disunting. 7 Setelah setiap kumpulan memberikan respons pada dua atau tiga Fail Edar, soalan-soalan atau jawapanjawapan tersebut perlulah dibincangkan di dalam kelas secara keseluruhan. Cadangan Bahan Rangsangan Kegemukan/Obesiti Penyakit Kronik Cadangan Jawapan Kegemukan/Obesiti Punca Simptom Langkah Mengatasi Kurang bersenam BMI lebih 40 atau 35 Banyakkan bersenam Makan makanan tidak berkhasiat Berat badan dua kali ganda daripada berat ideal Makan makanan yang berkhasiat Tekanan perasaan Ada penyakit kronik Atasi masalah Pengambilan ubat Gagal mengikut diet Dapatkan nasihat doktor Penyakit Kronik Punca Simptom Langkah Mengatasi Pemakanan yang tidak berkhasiat Sakit kepala yang teruk Mengambil makanan yang berkhasiat Kurang aktif bergerak Sakit perut yang kerap Bersenam Tidak menjalani pemeriksaan kesihatan Bengkak pada satu kaki Menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala Tekanan kehidupan akibat kerja dan masalah peribadi Rasa kebas seperti mencucukcucuk pada kaki Pengurusan emosi yang betul Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Literasi&PAK.indd 3 29/09/2023 4:40 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA


P4 AKTIVITI 4 Kerusi Panas (Hot Seat) Tugasan 1 Aktiviti ini hanya boleh dilakukan selepas murid membuat bacaan dan kajian sama ada secara individu ataupun berkumpulan. 2 Guru membahagikan murid kepada lima kumpulan mengikut bentuk jenayah siber. 3 Seorang murid akan duduk di kerusi yang disediakan dan menjadi pakar. 4 Kumpulan lain bertanya soalan untuk mendapatkan maklumat daripada pakar. 5 Pakar akan menjawab soalan yang dilontarkan oleh kumpulan lain. Cadangan Bahan Rangsangan Pengodaman Penyebaran Fitnah Buli Siber Pemalsuan Maklumat Penipuan Urusan Jual Beli Cadangan Jawapan Bentuk Jenayah Siber Huraian 1 Penggodaman pencerobohan individu atau kumpulan ke atas komputer pelayan tanpa keizinan daripada pelayan rangkaian komputer – merosakkan sistem – mencuri data – terdapat dua jenis, iaitu penggodam topi hitam dan penggodam topi putih – penggodam topi hitam berniat jahat – penggodam topi putih hanya menguji kemahiran diri 2 Penyebaran Fitnah melibatkan orang ternama seperti ahli politik dan artis – bertujuan untuk menjatuhkan imej atau reputasi – menggunakan media sosial seperti blog, Facebook dan X – bersifat sensasi dan populariti 3 Buli Siber perbuatan mengancam, memalukan atau menakut-nakutkan mangsa – melalui medium elektronik seperti telefon bimbit, e-mel, khidmat pesanan ringkas (SMS) atau laman sosial – sukar dikenal pasti, kecuali diadukan oleh mangsa – boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja 4 Pemalsuan Maklumat dilakukan dengan niat untuk menipu atau khianat – boleh memusnahkan kewangan, sejarah kredit dan reputasi mangsa – dilakukan oleh golongan profesional dan secara terancang – melakukan penyamaran untuk memperdayakan mangsa 5 Penipuan Urusan Jual Beli barangan yang dibeli berbeza dengan pesanan, bermutu rendah atau caj yang mahal – boleh menuntut ganti rugi – dilakukan ketika transaksi duit – merugikan pembeli Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Literasi&PAK.indd 4 29/09/2023 4:40 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA


P5 AKTIVITI 5 Meja Bulat (Round Table) Tugasan 1 Murid duduk dalam kumpulan dan guru memberikan satu petikan untuk dibincangkan. 2 Secara bergilir-gilir, murid menulis jawapan menggunakan pen dan kertas yang sama. 3 Hasil dapatan dirujuk dan dibentang. Cadangan Bahan Rangsangan Senaraikan empat kata berimbuhan apitan yang terdapat dalam petikan. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi di negara ini yang diperuntukkan dalam Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan. Bahasa Melayu pada zaman dahulu menjadi bahasa perantaraan yang digunakan secara meluas dan sistematik oleh penduduk Tanah Melayu dan pedagang asing. Walaupun begitu, terdapat segelintir masyarakat yang menganggap bahawa bahasa Melayu hanya berfungsi sebagai alat untuk menyampaikan maklumat dan menjadi bahasa komunikasi dalam kehidupan sehari-hari. Terdapat juga masyarakat yang tidak mahu mendalami bahasa Melayu yang indah. (Dipetik dan diubah suai daripada “Bahasa Menyemarakkan Perpaduan Bangsa” oleh Lutfi Zhid, Dewan Siswa, Bil. 11/2019) Cadangan Jawapan Kata Berimbuhan Apitan Contoh Ayat 1 kebangsaan Bunga raya yang berwarna merah menjadi bunga kebangsaan dan identiti negara kita. 2 diperuntukkan Sebanyak RM500.00 daripada gaji ayah diperuntukkan oleh ibu setiap bulan untuk pembelajaran keluarga. 3 perantaraan Ketika pandemik COVID-19, kursus kepada guru sekolah itu pernah dibuat dengan perantaraan Internet sahaja. 4 digunakan Mesin dan jentera digunakan secara meluas di ladang itu untuk mempercepat hasil penuaian kerja. 5 menyampaikan Pengetua telah menyampaikan hadiah kepada murid yang memenangi pertandingan bersempena dengan bulan kemerdekaan. 6 kehidupan Kehidupan masyarakat di kawasan desa itu sungguh sederhana kerana kebanyakannya bekerja sebagai petani. 7 mendalami Abang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara bagi mendalami ilmu kedoktoran sebelum mencapai cita-citanya sebagai doktor gigi. Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Literasi&PAK.indd 5 29/09/2023 4:40 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA


P6 AKTIVITI 6 Fikir-Pasang-Kongsi (Think-Pair-Share) Tugasan 1 Guru memberikan topik dan murid berfi kir sendiri dalam jangka masa tertentu. 2 Apabila masa tamat, murid berkongsi idea bersama dengan pasangan. 3 Apabila masa tamat, murid berkongsi idea dengan kelas. Cadangan Bahan Rangsangan Dialog di bawah mengandungi pelbagai peribahasa. Senaraikan peribahasa yang terdapat dalam dialog di bawah. Kemudian, berikan peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut. Puan Laili : Saya gemar betul berjoging di sini. Sambil menghirup udara segar, saya dapat mengeluarkan peluh dan mengurangkan berat badan. Kata orang, belayar sambil memapan, merapat sambil belayar kerana saya dapat pelbagai faedah dengan berjoging. Puan Alice : Betul tu, Puan Laili. Kalau mahu kurus, kita perlulah rajin bersenam kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Mana mungkin mahu kurus tetapi hanya duduk di rumah. Puan Laili : Suami saya telah membelikan kasut sukan baharu. Memang dari dulu lagi saya menginginkannya bak kata peribahasa, orang mengantuk disorongkan bantal. Puan Alice : Tapi kamu tengoklah kawasan di sini. Banyak betul sampah. Seharusnya, kita menjaga kebersihan kawasan rekreasi secara bersama-sama persis peribahasa, bagai aur dengan tebing. Cadangan Jawapan Peribahasa Peribahasa Lain yang Sama Maksud 1 Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar • Berkayuh sambil bertimba • Sambil menyelam minum air • Sambil mendiang nasi masak 2 Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan • Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih • Rajin dan usaha tangga kejayaan 3 Orang mengantuk disorongkan bantal • Pucuk dicita ulam mendatang • Orang haus diberi air, orang lapar diberi nasi 4 Bagai aur dengan tebing • Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni • Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Literasi&PAK.indd 6 29/09/2023 4:40 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA


P7 AKTIVITI 7 Team Stand and Share Tugasan 1 Murid duduk dalam kumpulan dan guru memberikan dua bahan yang sama kepada setiap kumpulan. 2 Satu kumpulan dipilih oleh guru. Semua ahli dalam kumpulan tersebut diminta berdiri. 3 Rakan daripada pasukan lain akan memberikan soalan berdasarkan bahan-bahan yang diberikan. 4 Ahli kumpulan boleh duduk jika berkongsi jawapan atau pendapat dan kumpulan lain bersetuju dengan jawapan tersebut. Cadangan Bahan Rangsangan Bahan 1 Bahan 2 Bahasa secara umumnya digunakan sebagai medium komunikasi dalam peradaban manusia. Pendedahan terhadap bahasa selain bahasa ibunda juga diterima baik oleh masyarakat majmuk dan dilihat dapat mengurangkan jurang komunikasi secara dalam talian. Memahami pelbagai bahasa di Malaysia sangat penting kerana membolehkan masyarakat berinteraksi dengan lebih banyak orang daripada pelbagai latar belakang budaya. Selain itu, kepelbagaian bahasa juga membantu masyarakat berkongsi pengetahuan. Kemampuan berbahasa asing dapat mengembangkan pemahaman yang lebih luas tentang kerjaya di sekitar mereka. Semangat mencintai bahasa kebangsaan perlu dipupuk pada setiap masa dan bukan setakat pada bulan tertentu dan perlulah diraikan penggunaannya bersama-sama. Seiring keperluan mencintai bahasa kebangsaan, tidaklah menjadi satu kesalahan dalam mempelajari dan menambah ilmu pengetahuan tentang bahasa asing yang menjadi suatu kelebihan kepada masyarakat umum. Oleh itu, tingkatkan martabat bahasa kebangsaan, tambahkan ilmu di dada untuk menerokai ilmu bahasa asing. (Dipetik dan diubah suai daripada “Bahasa Kebangsaan Dimartabatkan, Bahasa Asing Diterokai” oleh Nuruladilah Mohamed, Dewan Bahasa, Bil. 3/2023) Sebenarnya, tiada tarikh luput untuk bergelar pelajar. Sekiranya anda tidak berupaya menyambung pengajian sebaik-baik tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), peluang untuk melanjutkan pelajaran tetap ada kerana pembelajaran ialah proses sepanjang hayat. Konsep pembelajaran sepanjang hayat ini perlu dihayati oleh segenap masyarakat dalam menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan membangun pada masa depan. Tambahan pula, hal ini mampu menjadikan anak muda lebih kompetitif dan berdaya saing dalam kerjaya termasuk mengadapi cabaran ekonomi gig, iaitu pasaran buruh kontrak jangka pendek atau kerja bebas yang dilakukan oleh individu dipacu teknologi digital seperti yang popular sekarang. Terdapat pelbagai bidang pengajian boleh dipelajari, selain kemahiran baharu. Apatah lagi dengan konsep langit terbuka dan kemajuan teknologi semasa yang membolehkan ilmu dikuasai di hujung jari dan tidak terikat hanya di bilik darjah atau kuliah. Semua ini membantu masyarakat, terutama golongan muda untuk menambah ilmu pengetahuan. (Dipetik dan diubah suai daripada “Program Pembelajaran Sepanjang Hayat Jana Masyarakat Berilmu” oleh Mohamad Abdullah, Berita Harian, 10 September 2021) Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Literasi&PAK.indd 7 29/09/2023 4:40 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA


P8 Soalan 1 Berdasarkan Bahan 1, nyatakan maksud rangkai kata medium komunikasi. perantaraan/saluran/wahana/alat/medan perhubungan/perbualan/percakapan Soalan 2 Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, kemukakan persamaan dan perbezaan faedah menguasai pelbagai bahasa dan pembelajaran sepanjang hayat. Persamaan Faedah menguasai pelbagai bahasa dan pembelajaran sepanjang hayat: ... mengembangkan pemahaman yang lebih luas tentang kerjaya di sekitar mereka (B1) ... lebih kompetitif dan berdaya saing dalam kerjaya (B2) Perbezaan Faedah menguasai pelbagai bahasa: ... membolehkan masyarakat berinteraksi dengan lebih banyak orang daripada pelbagai latar belakang budaya/ ... membantu masyarakat berkongsi pengetahuan Faedah pembelajaran sepanjang hayat: ... menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan membangun pada masa depan (B2)/ ... untuk menambah ilmu pengetahuan (B2) Soalan 3 Bahasa Melayu wajar diangkat sehingga peringkat antarabangsa hingga dikenali oleh masyarakat dunia. Pada pendapat anda, apakah tiga usaha yang perlu dilakukan untuk mengangkat bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa? KBAT Mengaplikasi (a) ... menganjurkan pertandingan pidato bahasa Melayu peringkat antarabangsa (b) ... mewujudkan kursus bahasa Melayu di universiti antarabangsa (c) ... menggunakan bahasa Melayu dalam persidangan antarabangsa di Malaysia Jawapan lain: ... menghantar buku bahasa Melayu di perpustakaan antarabangsa/ ... mengadakan persembahan berbahasa Melayu di peringkat antarabangsa Soalan 4 Rakan anda telah menamatkan pengajian pada peringkat diploma. Selepas itu, dia ingin bekerja untuk menjanakan pendapatan. Setelah beberapa tahun, majikan rakan anda mahu mengaplikasikan pembelajaran sepanjang hayat di tempat kerja. Sebagai rakan yang prihatin, nyatakan tiga usaha rakan anda untuk menyahut pembelajaran sepanjang hayat agar menjadi pekerja yang cemerlang. KBAT Mengaplikasi (a) ... rakan saya perlulah membudayakan amalan membaca (b) ... rakan saya hendaklah menyambung pelajaran pada peringkat lebih tinggi (c) ... rakan saya haruslah mengikuti kursus/seminar/bengkel yang diadakan Jawapan lain: ... rakan saya wajarlah menyertai program pertukaran pekerja/ ... rakan saya seharusnya menjalankan kajian/penyelidikan/inovasi Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Literasi&PAK.indd 8 29/09/2023 4:40 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA


P9 AKTIVITI 8 Lawatan ke Galeri (Gallery Walk) Tugasan 1 Murid duduk dalam kumpulan dan guru memberikan dua bahan yang sama kepada setiap kumpulan. 2 Murid berbincang tentang bahan yang diberikan dan menulisnya di atas kertas. 3 Murid menampal hasil kerja pada dinding untuk dilihat oleh kumpulan lain. 4 Murid daripada kumpulan lain boleh menulis komen tentang hasil kerja kumpulan yang dilawati pada sticker note dan menampalnya di atas hasil kerja tersebut. Cadangan Bahan Rangsangan Baca bahan-bahan di bawah. Kemudian, nyatakan peranan-peranan kutu dalam penyiasatan kes forensik dan tugas-tugas ahli forensik. Bahan 1 Sejajar dengan perkembangan dunia sains, tugas ahli forensik semakin mencabar. Ahli forensik membantu pengumpulan bahan bukti untuk menyelesaikan kes jenayah. Mereka juga membantu untuk menyelesaikan kes-kes yang rumit. Banyak yang tidak tahu bahawa kutu dapat memainkan peranan penting dalam penyiasatan kes forensik. Kutu ialah sejenis serangga tetapi kutu bukan pepijat, kumbang, pinjal ataupun sengkenit. Kutu tergolong dalam order Phthiraptera dan mempunyai lebih kurang 5000 spesies. Dari segi kepentingan perubatan, gigitan kutu pada manusia dikenali sebagai pedikulosis. Gigitan kutu boleh menyebabkan kegatalan dan alergi kulit walaupun kadangkala tiada simptom dialami. Jika komplikasi pedikulosis terjadi, maka jangkitan bakteria sekunder akan berlaku. Kutu dapat digunakan sebagai sumber DNA seseorang. Kajian menunjukkan bahawa DNA manusia masih mampu dikesan di dalam kutu selama 20 jam selepas gigitan. Dalam kes jenayah yang ada hubungan rapat antara penyerang dengan mangsa, contohnya kes rogol, pembunuhan dan penderaan kanak-kanak, pencarian DNA manusia pada kutu mungkin dapat memberikan bukti penting tentang hubungan dekat antara individu tersebut. Dalam kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak atau orang tua, kutu di atas kepala dan badan juga dapat membantu dalam urusan penyiasatan. Kajian tentang kutu kepala daripada mangsa pengabaian yang meninggal dunia dapat membantu penganggaran waktu kematian. Selain itu, kutu juga dapat memberikan petunjuk kekerapan pendedahan kepada pengabaian. Tambahan pula, kutu juga dapat memberikan sebab dan keadaan yang berkaitan dengan kematian. Hal ini dapat dibuktikan melalui telur kutu dalam kelompok. Ahli entomologi forensik dapat menggunakan pertumbuhan rambut untuk menganggarkan waktu ketika mangsa mula mengalami pengabaian. Dalam satu kes pengabaian di Itali, mangsa merupakan seorang pesakit hipertensi yang mengambil ubat untuk merawat tekanan darah tinggi. Oleh itu, kutu membolehkan ahli forensik menganggarkan tempoh pengambilan ubat atau racun oleh seseorang. Sesungguhnya, kutu yang hidup pada rambut dan tubuh manusia dapat memainkan peranan penting dalam penyiasatan forensik. (Dipetik dan diubah suai daripada “Kutu Bantu Penyiasatan Kes Forensik” oleh Heo Chong Chin, Dewan Kosmik, Bil. 6/2019) Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Literasi&PAK.indd 9 29/09/2023 4:40 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA


P10 Bahan 2 Perananperanan kutu dalam penyiasatan kes forensik 1 Kutu dapat digunakan sebagai sumber DNA seseorang. (B1) 2 Pencarian DNA manusia pada kutu mungkin dapat memberikan bukti penting tentang hubungan antara individu tersebut. (B1) 3 Kutu kepala daripada mangsa pengabaian yang meninggal dunia dapat membantu penganggaran waktu kematian. (B1) 4 Kutu juga dapat memberikan petunjuk kepada kekerapan pendedahan kepada pengabaian. (B1) 5 Kutu juga dapat memberikan sebab dan keadaan berkaitan dengan kematian. (B1) 6 Membolehkan ahli forensik menganggarkan tempoh pengambilan ubat atau racun oleh seseorang. (B1) Tugas-tugas ahli forensik 1 Membantu pengumpulan bahan bukti dalam menyelesaikan kes jenayah. (B1) 2 Membantu untuk menyelesaikan kes-kes yang rumit. (B1) 3 Menjalankan bedah siasat mayat setelah mendapat arahan daripada pihak polis. (B2) 4 Memberikan peluang kepada mangsa atau keluarganya untuk menuntut keadilan. (B2) 5 Memastikan jenayah atau suspek yang terlibat ditangkap atau didakwa. (B2) Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Literasi&PAK.indd 10 29/09/2023 4:40 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTIILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BA


ii Modul Literasi dan Amali Sivik ML1 Aktiviti Pembelajaran Abad ke-21 P1 Rekod Prestasi Murid Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4 R1 Format Instrumen Pentaksiran SPM Bahasa Melayu yang Terkini iii Tema 1 Merealisasikan Impian 1 Praktis PBD 1 Praktis Berformat SPM 3 Tema 2 Insan Terdidik, Negara Sejahtera 14 Praktis PBD 14 Praktis Berformat SPM 16 Tema 3 Memetik Bintang 25 Praktis PBD 25 Praktis Berformat SPM 27 Tema 4 Menjulang Harapan di Bumi Bertuah 36 Praktis PBD 36 Praktis Berformat SPM 38 Tema 5 Memacu Produktiviti 48 Praktis PBD 48 Praktis Berformat SPM 50 Tema 6 Dunia Pelancongan 59 Praktis PBD 59 Praktis Berformat SPM 61 Tema 7 Demi Kedamaian 72 Praktis PBD 72 Praktis Berformat SPM 74 Tema 8 Dalam Lipatan Kenangan 86 Praktis PBD 86 Praktis Berformat SPM 88 Tema 9 Sayangi Malaysiaku 98 Praktis PBD 98 Praktis Berformat SPM 100 Tema 10 Bahasa Bugar, Sastera Kekar 110 Praktis PBD 110 Praktis Berformat SPM 112 Tema 11 Ekonomi Dinamik, Negara Berwibawa 121 Praktis PBD 121 Praktis Berformat SPM 123 Tema 12 Asli dan Kontemporari 131 Praktis PBD 131 Praktis Berformat SPM 134 Tema 13 Segalanya Bermula di Sini 142 Praktis PBD 142 Praktis Berformat SPM 146 Tema 14 Sihat dan Bersih Pilihanku 154 Praktis PBD 154 Praktis Berformat SPM 156 Tema 15 Angin Perubahan Membadai 164 Praktis PBD 164 Praktis Berformat SPM 167 Tema 16 Dipimpin untuk Memimpin 176 Praktis PBD 176 Praktis Berformat SPM 177 Kandungan Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Prelims.indd 2 20/09/2023 4:33 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


1 Kemahiran Mendengar dan Bertutur SP 1.1.1 Mendengar, mengenal, menyebut dan mengenal pasti perbezaan sebutan perkataan, rangkai kata, istilah dan ungkapan dalam pelbagai ujaran dengan jelas dan betul. Praktis 1 Dengar bacaan petikan di bawah yang dibuat oleh guru. Kemudian, sebut perkataan yang bergaris dalam petikan dengan jelas. Tandakan (✓) bagi maksud yang tepat bagi perkataan yang bergaris itu. Fauzan mahu pergi berjoging di taman rekreasi tetapi hujan masih belum reda. Langsir tingkap diselak olehnya berkali-kali dengan harapan hujan sudah mahu berhenti. Dia mahu bermain bola sepak dengan rakan-rakannya selepas melakukan aktiviti riadah itu di padang yang semakin ditumbuhi semak. Mungkin tiada orang yang membela kawasan itu menyebabkannya seperti tidak terjaga. Fauzan yang dikatakan obesiti bertekad untuk mendapatkan tubuh badan yang ideal dengan beriadah bagi mengeluarkan peluh sekali gus membakar lemak. Dahulu, dia tidak ambil bena terhadap kesihatan tubuhnya. Fauzan menelefon kawannya, Syareel untuk memberitahu keadaan hujan di kawasan rumahnya. Dia tidak mahu berperang mulut kerana dituduh mungkir janji untuk bermain bola sepak. Syareel menjawab panggilan telefon dengan suara yang serak kerana baru sembuh daripada batuk. 1 reda mulai berkurang, hampir berhenti ✓ rela, bersedia dengan ikhlas hati 2 selak kunci, kancing singkap, buka, sebak ✓ 3 sepak tampar, tempeleng tendang, pukulan dengan kaki ✓ 4 semak periksa, teliti tumbuhan kecil dan rendah, belukar ✓ Tema 1 Merealisasikan Impian Praktis PBD Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 1-2.indd 1 20/09/2023 4:34 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


2 5 bela pelihara, jaga ✓ lindungi, selamatkan, pertahankan 6 bena ombak, air bah endah, hirau, peduli ✓ 7 perang kelahi, tempur ✓ warna merah kehitam-hitaman 8 serak suara parau atau garau ✓ terabur, sepah, tidak tersusun TP Praktis 2 Secara lisan, bina dua ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan perbezaan maksud dan penggunaannya. sihat ahli faedah lapangan memotong menyaingi 1 (a) Persaingan yang sihat di sekolah memberikan motivasi kepada murid untuk belajar. (b) Anak-anak Puan Nurfaeeza sihat sahaja kerana sering bersenam pada setiap petang. 2 (a) Jika menghias rumah, kakak saya memang ahli. (b) Lagu yang cukup indah itu digubah oleh ahli muzik yang berpengalaman. 3 (a) Setiap bank mengenakan kadar faedah kepada peminjam. (b) Amalan membaca memberikan faedah seperti mendapat ilmu dan memperkaya bahasa. 4 (a) Wanita itu menceburi lapangan penyiaran dengan menjadi wartawan. (b) Ayah menghantar abang ke lapangan terbang kerana ingin melancong ke Jepun. 5 (a) Ibu menegur sikap adik yang gemar memotong percakapan orang tua. (b) Tukang jahit itu memotong kain menggunakan gunting untuk dijadikan baju Melayu. 6 (a) Pelari negara cuba menyaingi atlet dari negara Afrika itu dalam acara 400 meter. (b) Beberapa orang murid mula menyaingi kami yang sedang berjalan kerana kepenatan. TP Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 1-2.indd 2 20/09/2023 4:34 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


3 Karangan Respons Terhad Kertas 1 (Bahagian A) Petikan dan grafi k di bawah menunjukkan maklumat berkaitan sukan air. Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang manfaat-manfaat sukan air. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Sukan air ialah aktiviti rekreasi berasaskan air sama ada dilakukan di atas permukaan atau di dalam air seperti kolam renang, tasik, sungai dan laut. Antara contoh sukan air ialah polo air, luncur air (jetski), selam skuba (scuba diving) dan berakit redah jeram (water rafting). Sumber: Kementerian Belia dan Sukan Bagi menggalakkan masyarakat menyertai sukan air, kerajaan telah membina beberapa kemudahan, antaranya Kompleks Sukan Air Antarabangsa Labuan dan Kompleks Sukan Air Terengganu. Sukan air merupakan satu terapi menyihatkan tubuh dan minda, selain dapat memupuk kerjasama sepasukan. Sumber: Internet [30 markah] Praktis Berformat SPM Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 1-2.indd 3 20/09/2023 4:34 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


4 Pendahuluan AR: sukan air ialah aktiviti rekreasi berasaskan air sama ada dilakukan di atas permukaan atau di dalam air seperti kolam renang, tasik, sungai dan laut (B1) AH: kurang popular dalam kalangan remaja – pengaruh teknologi AC: masyarakat lebih berminat sukan tradisi seperti bola sepak dan badminton dan sukan elektronik seperti PUBG dan Mobile Legends AA: manfaat-manfaat sukan air Isi 1 AT: terapi menyihatkan tubuh dan minda (B2) AH: pergerakan yang aktif mengeluarkan peluh dan melancarkan pengaliran darah AC: sukan berakit redah jeram (B1) dapat merembeskan hormon adrenalin yang menyebabkan jantung berdegup kencang AK: mengurangkan risiko penyakit – mencegah lebih baik daripada mengubati Isi 2 AT: dapat memupuk kerjasama sepasukan (B2) AH: ahli kumpulan mencapai matlamat kemenangan atau tiba di destinasi penamat AC: sukan polo air (B1) dilakukan secara berkumpulan – berat sama dipikul, ringan sama dijinjing AK: mencambahkan benih perpaduan antara kaum Kesimpulan AKs: sukan air merupakan riadah yang baik ACd: kerajaan membina infrastruktur sukan air seperti Kompleks Sukan Air Antarabangsa Labuan (B2) dan menganjurkan karnival sukan air di Putrajaya (B3) AHr: mencungkil bakat dan atlet sukan air pelapis – memajukan industri sukan Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 1-2.indd 4 20/09/2023 4:34 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


5 Karangan Respons Terbuka Kertas 1 (Bahagian B) Domain Awam Penubuhan universiti sukan menjadi impian atlet negara untuk mengejar kejayaan dalam bidang sukan dan kecemerlangan dalam akademik untuk menjamin masa depan lebih baik. Negara lain sudah lama meraih laba dengan kewujudan universiti sukan seperti China, Korea, Jepun, Taiwan, India dan Vietnam. Mereka menghasilkan atlet universiti yang mempamerkan keputusan cemerlang pada peringkat tinggi seperti Sukan Olimpik, Kejohanan Dunia dan Sukan Asia. (Dipetik dan diubah suai daripada Berita Harian, 2 September 2020) Petikan di atas menjelaskan satu usaha yang perlu dilakukan oleh kerajaan untuk meningkatkan pembangunan sukan negara. Jelaskan usaha-usaha kerajaan untuk mewujudkan atlet bertaraf dunia. Panjangnya karangan anda hendaklah antara 350 hingga 500 patah perkataan. [70 markah] Pendahuluan AR: sukan merupakan bidang yang semakin menjadi keutamaan setiap negara di dunia AH: prestasi atlet sukan di negara kita belum benar-benar membanggakan – masalah dana – kekurangan latihan dan kemahiran – politik dalam dunia kesukanan AC: pencapaian atlet dalam sukan bertaraf dunia seperti Sukan Olimpik dan Sukan Komanwel belum mampu meraih pingat yang banyak – atlet yang dihantar bertanding belum menunjukkan pencapaian konsisten AK: merugikan negara – imej negara tercalar AA: usaha yang perlu dilakukan untuk mewujudkan atlet bertaraf dunia Isi 1 AT: kerajaan harus menubuhkan universiti sukan AH: memberikan ilmu dan kemahiran yang baik – belajar tentang teknik dan strategi permainan daripada pensyarah dan jurulatih berpengalaman – hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai AC: kemudahan sukan seperti kolam renang bersaiz Olimpik dan padang hoki berkualiti menyebabkan ramai atlet melanjutkan pelajaran di UPM – Robani Hassan, Roslinda Samsu, Leong Mun Yee dan Cheng Chu Sian AK: melahirkan atlet yang berdaya saing – menjamin masa depan dengan menjadikan sukan sebagai kerjaya AP: ulang isi 1 Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 1-2.indd 5 20/09/2023 4:34 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


6 Isi 2 AT: kerajaan harus menyediakan prasarana sukan kelas pertama AH: boleh digunakan oleh para atlet untuk berlatih – dayung sudah di tangan, perahu sudah di air – kemudahan yang lengkap dan berkualiti menjadi indikator kemajuan industri sukan AC: Kompleks Sukan Negara di Bukit Jalil menempatkan Stadium Nasional, Stadium Putra, Pusat Akuatik Nasional, Stadium Hoki Nasional dan Pusat Skuasy Nasional – Pusat Akuatik Nasional digunakan AK: mempamerkan aksi dan prestasi yang membanggakan negara – mengharumkan nama negara di persada dunia AP: ulang isi 2 Isi 3 AT: kerajaan hendaklah menghantar atlet ke pertandingan sukan antarabangsa AH: menggilap bakat baharu atau pelapis – bersaing dengan atlet di seluruh dunia – menjadi kayu ukur prestasi AC: menghantar atlet yang layak ke Sukan Olimpik, Sukan Komanwel dan Sukan Asia – Olimpik Tokyo 2020, Malaysia meraih satu perak menerusi Datuk Mohd Azizulhasni Awang dalam acara keirin dan gangsa menerusi gandingan Aaron Chia dengan Soh Wooi Yik dalam acara badminton beregu lelaki AK: meningkatkan daya saing atlet negara – bukan sekadar menjadi jaguh kampung di arena sendiri – setaraf atlet tersohor dunia – duduk sama rendah, berdiri sama tinggi AP: ulang isi 3 Kesimpulan AKs: kecemerlangan sukan dapat diraih jika kerajaan menjalankan peranan yang efisien dan proaktif ACd: semua pihak perlu berganding bahu memainkan peranan untuk melahirkan atlet bertaraf dunia yang cemerlang – berat sama dipikul, ringan sama dijinjing ACd: ibu bapa menghantar anak-anak ke akademi sukan sejak kecil – melentur buluh biarlah dari rebungnya ACd: institusi pendidikan seperti sekolah dan universiti menganjurkan pertandingan sukan dan membuka jurusan sukan AHr: industri sukan berkembang maju – atlet mampu mengukir kecemerlangan sekali gus membanggakan negara – lagu “Negaraku” berkumandang dan bendera Jalur Gemilang berkibar megah di persada sukan antarabangsa – menjadi agen perpaduan rakyat Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 1-2.indd 6 20/09/2023 4:34 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


7 Sistem dan Aplikasi Bahasa Kertas 2 (Bahagian A) Morfologi Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan empat kata majmuk. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata majmuk tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Kajian menunjukkan kejayaan Malaysia sebagai tuan rumah dalam menganjurkan acara Sukan Komanwel telah melibatkan 6000 orang atlet dan pegawai serta pelibatan 2500 buah media cetak merekodkan sebanyak 500 juta penonton. Kejayaan ini dapat menempa nama Malaysia di persada antarabangsa. Melalui pembabitan dalam bidang sukan dan pertandingan, dapat dipupuk semangat kerjasama secara berpasukan. Nilai kepemimpinan yang digerakkan kepada generasi muda mampu menguatkan daya tahan fi zikal dan mental. (Dipetik dan diubah suai daripada “Sukan Pupuk Integrasi Keluarga Malaysia” oleh Jessica Ong Hai Liaw dan Rabi’Ahtuladawyah, Dewan Masyarakat, Bil 2/2022) [8 markah] Kata majmuk: (i) tuan rumah (iii) antarabangsa (ii) media cetak (iv) kerjasama Jawapan lain: (v) daya tahan Ayat: (i) Datuk membuat persiapan yang rapi kerana gilirannya menjadi tuan rumah bagi perkumpulan anak- anak saudara sempena Hari Raya Aidilfi tri tahun ini. (ii) Akhbar ialah media cetak yang digunakan untuk menyampaikan informasi kepada masyarakat sebelum zaman kemerdekaan lagi. (iii) Malaysia akan menyertai persidangan alam sekitar peringkat antarabangsa yang melibatkan negara- negara di dunia. (iv) Malaysia dan Thailand menjalinkan kerjasama dalam sektor pelancongan dengan menandatangani perjanjian dan bertukar-tukar buah fi kiran. Jawapan lain: (v) Suntikan vaksin dapat memperkuat daya tahan tubuh daripada penyakit seperti kancing gigi dan wabak koronavirus. Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 1-2.indd 7 20/09/2023 4:34 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


8 Sintaksis Baca petikan di bawah, kemudian kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi tiga ayat. Anda perlu menulis jawapan mengikut contoh seperti di bawah. Subjek : Stamina Predikat : boleh ditingkatkan dengan melakukan senaman secara konsisten Stamina boleh ditingkatkan dengan melakukan senaman secara konsisten.[S]Aktiviti mendaki bukit dan gunung dapat mencabar stamina seseorang. [S]Seseorang[P]dikatakan mempunyai stamina tinggi jika mampu melakukan pergerakan fi zikal dalam tempoh yang lama. [S]Latihan kardiovaskular[P]turut membantu seseorang menstabilkan paras kolesterol dalam darah dan mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit tekanan darah tinggi. (Dipetik dan diubah suai daripada “Mendaki sebagai Senaman Terbaik” oleh Siti Zarinah Sahib, Harian Metro Online, 12 Oktober 2017) [6 markah] (i) Subjek : Aktiviti mendaki bukit dan gunung Predikat : dapat mencabar stamina seseorang (ii) Subjek : Seseorang Predikat : dikatakan mempunyai stamina tinggi jika mampu melakukan pergerakan fi zikal dalam tempoh yang lama (iii) Subjek : Latihan kardiovaskular Predikat : turut membantu seseorang menstabilkan paras kolesterol dalam darah dan mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit tekanan darah tinggi Penyuntingan Bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin bahan tersebut. Cadangan Kementerian Pendidikan untuk perkenalkan kemahiran berenang sebagai sebahagian daripada kegiatan ko-kurikulum mulai tahun hadapan harus ibu bapa terima dengan hati terbuka. Kemahiran berenang sangat penting untuk mengelak kejadian kanak-kanak lemas samada di kolam renang, di tasik, di sungai atau di laut. Oleh itu, cadangan memperkenalkan renang sebagai subjek di sekolah tidaklah usaha yang mudah dan boleh dilaksanakan dalam jangka masa yang pendek. Selain memakan kos yang tinggi untuk membina kolam renang di sekolah, lain-lain faktor juga perlu diambil kira. (Dipetik dan diubah suai daripada “Minda Pengarang: Kemahiran Berenang Elak Tragedi” Berita Harian Online, 22 Oktober 2018) [9 markah] Untuk tujuan pembelajaran Imbas kod QR untuk muat turun Video Tutorial halaman 8. Video Tutorial Video Tutorial Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 1-2.indd 8 20/09/2023 4:34 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


9 (i) perkenalkan – memperkenalkan (vi) tidaklah – bukanlah (ii) ko-kurikulum – kokurikulum (vii) pendek – singkat (iii) ibu bapa terima – diterima oleh ibu bapa (viii) memakan – menelan (iv) mengelak – mengelakkan (ix) lain-lain faktor – faktor-faktor lain (v) samada – sama ada Peribahasa Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai. Aktiviti kecergasan seperti bersenam dan bersukan dapat mengeluarkan peluh, sekali gus membawa oksigen ke seluruh badan dan minda. Hal ini dapat menjamin kesihatan fi zikal dan mental, persis katakata hikmat, (i) . Selain itu, kegiatan ini juga mampu mencegah risiko penyakit kronik seperti sakit jantung, strok dan kencing manis ibarat peribahasa, (ii) . Bagi mewujudkan masyarakat yang aktif, didikan tentang kepentingannya sejak kecil perlu dipergiat di rumah dan di sekolah kerana (iii) . [6 markah] (i) Badan sihat, otak cerdas/Otak yang cerdas datang daripada badan yang sihat (ii) Mencegah lebih baik daripada mengubati/merawat (iii) Melentur buluh biarlah daripada rebungnya Pemahaman Kertas 2 (Bahagian B) Petikan Umum Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Berakit meredah jeram atau water rafting sememangnya memberikan cabaran berbeza dan kepuasan tersendiri kepada penggemar kegiatan aktiviti lasak. Antara aspek yang sentiasa diberikan keutamaan dalam aktiviti itu ialah kekal fokus dan mengutamakan semangat berpasukan. Sukan air ini juga berupaya[Sii]menyokong seruan kerajaan untuk membudayakan gaya hidup sihat. Di samping itu, aktiviti ini dapat[Sii]menguji tahap fi zikal dan mental peserta. Hal ini disebabkan oleh aktiviti yang mendebarkan ini memerlukan peserta meredah laluan yang mencabar dan menuruni jeram berbatu. Walaupun mencabar, sukan air ini tetap menyajikan keseronokan tersendiri dan puas apabila dapat menghabiskan cabarannya. Keseronokan melakukan aktiviti berakit meredah jeram[Sii]boleh mendekatkan diri kepada alam semula jadi. Hal ini disebabkan oleh sepanjang laluan jeram, peserta akan disajikan panorama indah hutan hujan tropika. (Dipetik dan diubah suai daripada “Berakit Terjah Jeram” oleh Lizza Imelia M Sulanah, http://www.hmetro.com.my, 11 November 2021) Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 1-2.indd 9 20/09/2023 4:34 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


10 Bahan 2 Aktiviti memancing kini bukan sahaja tertumpu kepada kaedah memancing di darat, di pantai dan di tengah laut, menggunakan bot bahkan boleh juga menggunakan kayak. Meskipun masih belum popular di negara ini berbanding dengan di sesetengah negara khususnya negara barat seperti Amerika Syarikat, namun aktiviti ini[Sii]boleh diketengahkan sebagai satu lagi produk pelancongan di negara ini. Malah, cabaran yang dihadapi oleh pemancing juga berbeza ketika melakukan aktiviti memancing menggunakan kayak. Bagi kaki pancing, kaedah memancing menggunakan kayak antara patut dicuba, hanya perlu mengutamakan keselamatan. Biarpun tampak mudah, kaedah memancing ini[Sii]dapat menguji daya tahan seseorang. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka perlu mengimbangi serta mengayuh kayak dalam jarak hampir empat kilometer dari pantai. Aktiviti yang mencabar ini juga[Sii]mampu menghilangkan stres bekerja. Dalam pada itu, inisiatif khidmat sewaan kayak mampu menjanakan pendapatan penduduk setempat dan mempopularkan aktiviti ekopelancongan. (Dipetik dan diubah suai daripada “Memancing Guna Kayak Jadi Trend” oleh BERNAMA, Berita Harian, 3 Januari 2021) (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud rangkai kata menyajikan keseronokan. [2 markah] [Maksud] ... memberikan/mengetengahkan kegembiraan/kesenangan (ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, kemukakan manfaat-manfaat menyertai aktiviti sukan air. [3 markah] [Manfaat] Bahan 1: ... menyokong seruan kerajaan untuk membudayakan gaya hidup sihat/ ... dapat menguji tahap fi zikal dan mental peserta/ ... boleh mendekatkan diri kepada alam semula jadi/ Bahan 2: ... boleh diketengahkan sebagai satu lagi produk pelancongan di negara ini/ ... dapat menguji daya tahan seseorang/ ... mampu menghilangkan stres bekerja (iii) Sukan air mampu memajukan ekonomi negara dan rakyat yang mengusahakannya. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk menggalakkan sukan air di negara ini? KBAT Mengaplikasi [4 markah] [Langkah] ... mengadakan pertandingan/karnival sukan air/ ... membuat promosi kempen kebaikan sukan air/ ... mendirikan pusat/kemudahan sukan air/ ... menawarkan pakej menarik untuk sukan air/ ... mengetatkan kawalan keselamatan sukan air (iv) Anda berminat untuk menyertai sukan air yang dianjurkan oleh sekolah anda. Namun, ibu bapa anda menghalang kerana bimbang akan keselamatan anda. Sebagai anak yang prihatin, nyatakan cara-cara yang anda lakukan untuk mengurangkan risiko bahaya sukan air. KBAT Mengaplikasi [4 markah] [Cara-cara] ... saya perlu mengikuti kelas renang/ ... saya harus mematuhi arahan jurulatih/ ... saya hendaklah memilih waktu/cuaca yang sesuai/ ... saya wajar memakai alat keselamatan/ ... saya patut membuat aktiviti dengan orang yang mahir Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 1-2.indd 10 20/09/2023 4:34 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


11 Rumusan Kertas 2 (Bahagian C) Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Senaman didefi nisikan sebagai aktiviti fi zikal yang berstruktur dan dilakukan untuk mengekalkan kecergasan badan, misalnya duduk dan berdiri berulang kali, berdiri dengan satu kaki atau mengangkat berat. Antara manfaat senaman termasuklah boleh[A1]mengelakkan kemerosotan kognitif dan[A2] memperbaik kualiti tidur. Dari segi emosi pula, senaman dapat[A3]merangsang mood dan kesejahteraan emosi secara menyeluruh. Secara idealnya, kekerapan senaman yang disarankan ialah tiga hingga empat kali seminggu, iaitu sekurang-kurangnya 150 minit seminggu atau 30 minit selama lima hari seminggu. Sebelum senaman, persediaan-persediaan yang sesuai perlu dilakukan antaranya[B1]seseorang perlu memastikan untuk minum air yang secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi. Selain itu,[B2]latihan kekuatan otot hendaklah dilakukan pada intensiti sederhana hingga tinggi dengan penumpuan terhadap otot utama seperti anggota tangan, kaki, perut dan bahu yang dilakukan sekurangkurangnya dua kali seminggu. Semasa bersenam,[B3]pakai pakaian yang menyerap peluh dan tidak terlalu longgar atau ketat serta[B4]gunakan kasut sukan bertapak getah ketika melakukan senaman. Di samping itu,[B5]seseorang perlu memilih kawasan tidak terlampau panas dan permukaannya rata bagi mengurangkan risiko kecederaan ketikan melakukan senaman.[B6]Individu yang menghidap penyakit seperti sakit jantung, asma dan masalah kebimbangan hendaklah mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu tentang keselamatan senaman. Amalkanlah gaya hidup sihat agar mendapat kehidupan yang sejahtera. (Dipetik dan diubah suai daripada “Warga Emas Kekal Aktif pada Bulan Ramadan” oleh Azianah Ibrahim, Davinder Kaur Ajit Singh, Dewan Kosmik, Bil. 4/23) • dehidrasi – seseorang kehilangan air di dalam badan dengan lebih banyak berbanding dengan air yang diambilnya • intensi� – keadaan yang amat sangat Bahan 2 Sebelum memulakan senaman,[B7]lakukan regangan dan pemanasan badan terlebih dahulu. Hal ini bagi mencegah kecederaan dan meningkatkan fl eksibiliti. [B8] Pengambilan makanan amat penting sekitar satu hingga tiga jam sebelum bersenam. Dengan bersenam, seseorang dapat[A4]meningkatkan paras hormon endorfi n yang menyebabkan rasa gembira. Sumber: Internet Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 1-2.indd 11 20/09/2023 4:34 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


12 Bahan 3 [A5] [A6] [A7] [A8] [A9] Sumber: Internet Pendahuluan Rumusan membincangkan faedah-faedah/manfaat-manfaat/kelebihan-kelebihan/kepentingankepentingan/kebaikan-kebaikan senaman dan persediaan-persediaan/persiapan-persiapan sebelum senaman. Fokus 1 (Faedah-faedah senaman) A1 mengelakkan kemerosotan kognitif (B1) A2 memperbaik kualiti tidur (B1) A3 merangsang mood dan kesejahteraan emosi secara menyeluruh (B1) A4 seseorang dapat meningkatkan paras hormon endorfi n yang menyebabkan rasa gembira (B2) A5 mengekalkan berat badan unggul (B3) A6 meningkatkan ketahanan tulang dan otot (B3) A7 mempromosikan kesejahteraan mental (B3) A8 mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit (B3) A9 meningkatkan kecergasan sistem kardiovaskular (B3) Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 1-2.indd 12 20/09/2023 4:34 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


13 Fokus 2 (Persediaan-persediaan sebelum senaman) B1 seseorang perlu memastikan untuk minum air yang secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi (B1) B2 latihan kekuatan otot hendaklah dilakukan pada intensiti sederhana hingga tinggi (B1) B3 pakai pakaian yang menyerap peluh dan tidak terlalu longgar atau ketat (B1) B4 gunakan kasut sukan bertapak getah ketika melakukan senaman (B1) B5 seseorang perlu memilih kawasan tidak terlampau panas dan permukaannya rata (B1) B6 individu yang menghidap penyakit hendaklah mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu (B1) B7 lakukan regangan dan pemanasan badan terlebih dahulu (B2) B8 pengambilan makanan amat penting sekitar satu hingga tiga jam sebelum bersenam (B2) Kesimpulan Kesimpulannya, senaman perlulah dijalankan supaya dapat menjaga kesihatan mental dan fizikal. Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 1-2.indd 13 20/09/2023 4:34 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


14 Kemahiran Membaca SP 2.2.1 Membaca, mengenal pasti dan menjelaskan maklumat tersurat dan tersirat dengan betul daripada pelbagai bahan primer. Praktis 1 Lihat bahan di bawah dengan teliti, kemudian tulis langkah-langkah untuk menggalakkan budaya membaca dan kepentingan budaya membaca kepada murid. 1 2 3 4 (a) Langkah: Ibu bapa perlulah menjadi contoh/suri teladan. (b) Kepentingan: Murid dapat mengurangkan tekanan perasaan. (a) Langkah: Penerbit hendaklah menyertai pesta buku. (b) Kepentingan: Murid dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah. (a) Langkah: Pihak sekolah haruslah mengadakan program NILAM. (b) Kepentingan: Murid dapat menambahkan ilmu pengetahuan. (a) Langkah: Kerajaan harus menambahkan perpustakaan bergerak. (b) Kepentingan: Murid dapat memperkaya ilmu bahasa. Tema 2 Insan Terdidik, Negara Sejahtera Praktis PBD Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 1-2.indd 14 20/09/2023 4:34 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


15 Kayu cendana elok dilarik, Berbunga ukiran berkembang kudup; Karya sastera perlu menarik, Terkandung pedoman penyuluh hidup. 5 (a) Langkah: Penulis seharusnya menulis karya yang menarik. (b) Kepentingan: Murid dapat memupuk nilai murni dan pengajaran. TP Praktis 2 Lihat bahan di bawah dengan teliti. Kemudian, isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai. KEMENTERIAN PENDIDIKAN Rakyat Malaysia membaca 15 hingga 20 buah buku secara purata setahun. (Sumber: Adult and Youth Literacy National Regional and Global Trends 1985–2015) Hampir 95 peratus ialah kadar celik huruf rakyat Malaysia. (Sumber: Adult and Youth Literacy National Regional and Global Trends 1985–2015) Malaysia diletakkan dalam kedudukan yang ke-53 sebagai negara membaca. (Sumber: The World’s Most Literate Nation) Amalan membaca di negara kita dikatakan masih rendah . Hal ini dikatakan demikian kerana kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa rakyat Malaysia membaca 15 hingga 20 buah buku secara purata setahun. Dalam kajian lain pula, negara kita diletakkan pada kedudukan yang ke-53 sebagai negara membaca. Namun begitu, kadar celik huruf rakyat Malaysia dikira tinggi, iaitu hampir 95 peratus . Sekiranya budaya membaca tidak disuburkan, maka masyarakat kurang pengetahuan . Selain itu, negara kita akan mundur . Bagi menyuburkan budaya membaca, kerajaan perlulah mengadakan kempen membaca dengan agresif . Di sekolah pula, program membaca seperti NILAM haruslah dipergiat . TP Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 1-2.indd 15 20/09/2023 4:34 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


16 Karangan Respons Terhad Kertas 1 (Bahagian A) Petikan dan grafi k di bawah menunjukkan maklumat berkaitan ilmu pengetahuan. Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang cara-cara murid menambahkan ilmu pengetahuan. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Budaya bertanya bukanlah satu kebiasaan dalam masyarakat kita. Perasaan malu dan takut salah menyebabkan murid tidak berani untuk bertanya walaupun mereka masih keliru dengan penerangan yang diberikan oleh guru. Malah, murid lebih selesa bertanya kepada rakan di sebelah sekiranya tidak faham apa-apa yang dipelajari. Mereka bimbang diejek oleh rakan-rakan kerana masih tidak faham dengan topik yang dibincangkan atau dianggap seperti menunjuk-nunjuk jika mereka mampu menjawab soalan yang ditanyakan oleh guru. (Dipetik dan diubah suai daripada Berita Harian, 14 Disember 2021) Membentuk arca penuhlah cermat, Ukiran berseni kayu cemara, Budaya membaca penuh hikmat, Gilap generasi menjadi mutiara. Mawar merah penuh setaman, Harumnya bau mekar sentiasa; Membaca khazanah sepanjang zaman, Akarnya ilmu bertamadun bangsa. Sumber: Internet [30 markah] Praktis Berformat SPM Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 1-2.indd 16 20/09/2023 4:34 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


17 Pendahuluan AR: ilmu pelita hati – penting untuk menimba ilmu AH: pembelajaran sepanjang hayat kurang dipraktikkan – mengajar kemewahan material AC: tidak ramai murid yang mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi AK: kurang produktiviti – melambatkan usaha kemajuan negara Isi 1 AT: bertanya kepada orang yang pakar (B1) AH: merungkaikan persoalan dan kemusykilan AC: bertanya kepada guru dan rakan jika terdapat kekeliruan dalam pelajaran AK: tidak melakukan kesilapan – malu bertanya sesat jalan Isi 2 AT: menonton televisyen (B2) AH: mengetahui isu semasa negara dan global – katak di bawah tempurung AC: dokumentari National Geography memberikan ilmu tentang alam flora dan fauna (B2) AK: mencambahkan idea (B2) Kesimpulan AKs: pelbagai cara untuk meningkatkan ilmu – orang rajin mencari jalan, orang malas mencari alasan ACd: kempen galakan membaca (B3) – menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat AHr: ilmu dapat memperkembang tamadun bangsa (B3) – memacu pembangunan negara UM: baik membawa resmi padi, jangan membawa resmi lalang Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 1-2.indd 17 20/09/2023 4:34 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


18 Sistem dan Aplikasi Bahasa Kertas 2 (Bahagian A) Morfologi Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan empat kata nama terbitan apitan. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata nama terbitan apitan tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Era digital memberikan impak yang begitu besar terhadap kehidupan dewasa ini. Penggunaan teknologi telah menunjukkan kesan positif bukan sahaja terhadap gaya hidup tetapi juga telah memberikan impak kepada bidang pendidikan. Aplikasi laman sesawang sebagai platform pembelajaran juga menggalakkan pembelajaran kendiri dalam kalangan murid. Murid menggunakan bahan bantu atau peralatan yang bergantung pada kemahiran murid semasa belajar. (Dipetik dan diubah suai daripada “Trend Pendidikan Era Revolusi Industri 4.0” oleh Qowariro Nabihah, Dewan Kosmik, Bil 3/2022) [8 markah] Kata nama terbitan apitan: (i) kehidupan (ii) penggunaan (iii) pendidikan (iv) pembelajaran Jawapan lain: (v) peralatan, (vi) kemahiran Ayat: (i) Penjajahan menyebabkan kehidupan masyarakat di sesebuah negara semakin sempit dan tertekan. (ii) Kempen kesedaran untuk menerapkan perasaan cinta akan sungai disebarluaskan melalui penggunaan media massa. (iii) Matlamat pendidikan pada masa ini bukan sahaja mewujudkan generasi berpengetahuan tetapi bersahsiah terpuji. (iv) Penggunaan multimedia di dalam kelas menjadikan pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan. Jawapan lain: (v) Tukang rumah itu meletakkan peralatan bertukang seperti tukul dan gergaji ke dalam van. (vi) Bengkel teknik penulisan itu dapat memantapkan kemahiran menulis karangan murid-murid. Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 1-2.indd 18 20/09/2023 4:34 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


19 Penyuntingan Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahankesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin bahan-bahan tersebut. Bahan 1 Salam sejahtera diucapkan saya. Makanan bukan sahaja membekalkan tenaga buat tubuh tetapi juga untuk minda. Kecergasan minda dalam berfi kir ditentukan oleh pemakanan yang berkhasiat. Sebagai ibu kepada tiga orang anak, saya teramat bimbang sekali apabila mendapat tahu prestasi pembelajaran anak-anak kian merosot. Setiap kali bertanya kepada mereka, mereka menjawab segala ulangkaji pelajaran tidak melekat dalam fi kiran. Bolehkah doktor mensarankan makanan yang baik untuk minda anak-anak saya? Saya mahu melihat prestasi mereka cemerlang dalam akademik selain ko-kurikulum. Sekian, terima kasih. – Puan Normah [6 markah] Bahan 2 Makanan Terbaik untuk Minda • Makanan tambahan ini diperkayakan dengan beri biru, brokoli dan ikan salmon. • Prodak kesihatan ini mampu menghasilkan sel-sel otak yang baharu dan mengukuhkan memori. • Berbagai kajian telah dibuktikan. Anda boleh melayari laman sesawang www.aafi at.com.my untuk membaca tindak balas pengguna. Dapatkan baucer potongan harga dengan kesetiaan anda sebagai pelanggan kami. [5 markah] Bahan 1: (i) diucapkan saya – saya ucapkan (ii) Kecergasan – Kecerdasan (iii) teramat bimbang sekali – teramat bimbang/bimbang sekali (iv) ulangkaji – ulang kaji (v) mensarankan – menyarankan (vi) ko-kurikulum – kokurikulum Bahan 2: (i) diperkayakan – diperkaya (ii) Prodak – Produk (iii) Berbagai – Berbagai-bagai/Pelbagai (iv) tindak balas – maklum balas (v) baucer – baucar Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 1-2.indd 19 20/09/2023 4:34 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


20 Bahasa Melayu Standard Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Setelah sudah Kertala Sari berkata-kata demikian itu, maka orang penyuruh daripada Patih Gajah Mada itu pun datanglah. Maka dilihatnya Kertala Sari sedang berkata-kata dengan ibunya seperti laku orang berkelahi. Setelah dilihatnya oleh Kertala Sari orang datang itu, maka kata Kertala Sari kepada orang itu, “Siapa tuan hamba ini?” (Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan” dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia) [4 markah] Selepas Kertala Sari berkata-kata seperti itu lalu orang suruhan Patih Gajah Mada pun sampailah. Kemudian, dilihatnya oleh Kertala Sari sedang bercakap-cakap dengan ibunya seperti kelakuan orang bergaduh. Selepas dilihatnya oleh Kertala Sari orang yang datang itu lalu Kertala Sari berkata kepada orang itu, “Siapakah tuan hamba ini?” Pemahaman Kertas 2 (Bahagian B) Petikan Sastera Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 “Tapi dunia ini sudah berubah, bonda. Kita bukan lagi hidup pada zaman perjuangan menentang musuh penjajah. Sekarang kita hidup dalam dunia yang mengejar harta, pangkat dan kekayaan di bumi mewah ini. Tanah air ini bukan milik bangsa kita sahaja. Kita hidup dengan perkongsian hak dan identiti yang sama rata. Sejarah lama tidak perlu dibangkitkan lagi.” Bonda merenung mata saya dengan ekor pandangan yang penuh prejudis. Dihela nafas panjang-panjang menahan rasa sebelum bersuara, “Mel, sejarah bukan buta. Sejarah ialah guru yang tidak pernah berdusta. Bangsa yang membaca dan mengkaji sejarah silam[Sii]tidak akan melakukan kesilapan kali kedua. Lihat bangsa Yahudi yang terus[Sii] mencipta kejayaan besar dari zaman ke zaman kerana mengkaji sejarah lampau. Mereka[Sii]membina agenda besar untuk bangsa dan keturunannya.” (Dipetik daripada cerpen “Munsyi” oleh Husna Nazri dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia) Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 1-2.indd 20 20/09/2023 4:34 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


21 Bahan 2 “Dulu, buah dari kebun Wahlah yang menghantar pa menjadi insan yang dominan. Pa bersyukur kerana Dia Yang Maha Kaya menganugerahkan rezeki seperti ini. Kalau tidak sudah tentu muka pa ini orang boleh jumpa di tapak binaan atau di ladang kelapa sawit.” Adam bersuara untuk menyedarkan Israk akan asal usulnya. “Itu masalah pa. Sudah menjadi sejarah. Buat apa dikenang lagi.” [Sii]“Kalau tidak kerana sejarah, kita tidak akan hidup. Contohnya, sejarah kemerdekaan negara kita ini. Jika kita tidak[Sii]mengambil iktibar daripadanya, tentu kita akan melakukan kesilapan yang streotaip.” (Dipetik daripada cerpen “Israk” oleh Erda Roslan Khairi dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka) Bahan 3 Pesan Bahasa Inilah pesan bahasa Buat anak-anak tercinta Ingatkanlah sentiasa Bahasa kita bahasa ibunda Khazanah bernilai berharga [Si]Asas penyatuan [Si] Pemangkin perpaduan Kemuliaannya dijunjungi Kedaulatannya dilindungi Pertahankanlah bersama-sama Kekalkan selama. Ini pesan bahasa Sematkan di dada Lekatkan di minda Bahasa kita bahasa ibunda [Si] Lambang peradaban bangsa Tunjang kemegahan nusa Tinggikan terjulang Tidak dibiarkan hilang. Bahasa warisan nenek moyang Padanya tumpahkan kasih dan sayang. Ehsan Jamily Dewan Bahasa, Bil. 12/2020 Dewan Bahasa dan Pustaka (i) Dalam Bahan 3, terdapat beberapa fungsi bahasa kebangsaan. Nyatakan fungsi-fungsi tersebut. [2 markah] [Fungsi] ... asas penyatuan/ ... pemangkin perpaduan/ ... lambang peradaban bangsa (ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, berikan sebab-sebab sejarah perlu dipelajari oleh setiap rakyat. [3 markah] [Sebab] Bahan 1: ... tidak akan melakukan kesilapan kali kedua/ ... mencipta kejayaan besar dari zaman ke zaman/ ... membina agenda besar untuk bangsa dan keturunannya/ Bahan 2: ... kalau tidak kerana sejarah, kita tidak akan hidup/ ... mengambil iktibar daripadanya (iii) Ilmu pengetahuan boleh diperoleh dengan cara membaca dan mengkaji sesuatu. Pada pendapat anda, selain cara tersebut, apakah cara-cara untuk menambahkan ilmu pengetahuan seseorang? KBAT Mengaplikasi [3 markah] [Apa – cara] ... melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi/ ... melihat media massa (televisyen, surat khabar, radio, media sosial)/ ... rajin bertanya kepada orang yang pakar/ ... melancong/mengembara ke tempat lain/ ... berbincang secara berkumpulan/bertukar-tukar pendapat Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 1-2.indd 21 20/09/2023 4:34 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


22 (iv) Sistem pendidikan di negara kita terus berubah seiring dengan peredaran zaman. Pelbagai pembaharuan yang dilakukan demi memajukannya agar murid mampu bersaing pada peringkat global. Walaupun begitu, amalan membaca murid masih kurang memberangsangkan menyebabkan hasrat itu sukar dicapai. Sebagai murid yang berwawasan, nyatakan cadangan-cadangan yang perlu dilakukan oleh pihak sekolah untuk menyemarakkan amalan membaca murid. KBAT Mengaplikasi [4 markah] [Cadangan] ... pihak sekolah perlulah mengadakan kempenprogram galakan membaca/ ... pihak sekolah hendaklah menjalankan pertandingan membaca/ ... pihak sekolah haruslah menyediakan pelbagai bahan bacaan yang menarik/ ... pihak sekolah wajarlah memberikan penghargaan kepada murid yang rajin membaca/ ... pihak sekolah seharusnya mendidik murid tentang faedah amalan membaca Rumusan Kertas 2 (Bahagian C) Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Sama ada anda membaca untuk keseronokan atau untuk menambahkan ilmu, membaca pasti memberikan sesuatu kepada pembacanya. Membaca[B1]menambahkan dan memperkaya kita dengan ilmu pengetahuan. Namun begitu, sebagai pembaca, seseorang haruslah bijak memilih bahan bacaan yang dibacanya. Menyedari bahawa membaca bahan bacaan yang berkualiti dapat[B2]menjadikan seseorang itu berjaya dan menjadi bangsa yang maju, banyak pihak mengukur tahap pembacaan sesebuah negara dengan mengaitkannya dengan kemajuan dan pembangunan sesebuah tamadun bangsa. Banyak pihak yang menyimpulkan bahawa rakyat Malaysia malas membaca. Banyak juga yang mengaitkan kemalasan ini dengan faktor[A1]budaya membaca yang tidak dipupuk daripada kecil dengan cuba membandingkannya dengan budaya di Jepun. [A2]Tidak kurang juga yang menyalahkan pihak lain atau[A3]kempen membaca yang dikatakan tidak mendatangkan hasilnya. Di Malaysia, kita mempunyai lebih daripada 30 juta penduduk. Tidak dinafi kan [A4]golongan lebih muda lebih selesa menggunakan gajet seperti telefon pintar, tetapi gajet ada kekangan tersendiri menjadikan buku fi zikal tetap ada penggemarnya. Langkah pertama untuk menyemarakkan budaya membaca ialah [C1]Malaysia perlu membuat kajian mengenai industri buku dan usaha meningkatkan minat membaca dalam kalangan rakyat. Sekiranya Malaysia ingin mengecap kejayaan seperti negara maju – Jerman, Jepun dan China,[C2]bangsa Malaysia perlu melakukan anjakan paradigma dengan menjadikan amalan membaca sebagai satu daripada budaya kerana bangsa yang membaca ialah bangsa yang berjaya. (Dipetik dan diubah suai daripada “Bangsa yang Membaca” oleh Fadhli Ali, Dewan Masyarakat, Bil. 1/2023) • memperkaya – menjadikan makin banyak • anjakan paradigma – peralihan atau perubahan daripada sesuatu keadaan atau lingkungan fi kiran kepada keadaan atau lingkungan fi kiran yang baharu, biasanya yang lebih baik Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 1-2.indd 22 20/09/2023 4:34 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


23 Bahan 2 Saban tahun, angka dan statistik berkaitan membaca rakyat Malaysia masih belum melonjak berbanding dengan bilangan populasi rakyat 32.9 juta. Rakyat Malaysia hanya membaca kurang tiga jam seminggu dan rekod purata membaca rakyat Malaysia kurang memberangsangkan, iaitu 15 hingga 20 buku setahun. Persoalan[A5]lambakan aplikasi santai dan menarik dalam platform media sosial mencuri masa rakyat Malaysia untuk membaca perlu dibuat kajian lanjut. Aktiviti membaca terbukti dapat[B3]melonjakkan pemikiran kritis, keinteletualan dan kapasiti otak. Secara holistiknya,[C3]gerakan dan inti pati Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) 2023 perlu digembleng oleh semua pihak dengan pendekatan strategik dan mengikut kategori sasaran. Hakikatnya,[C4]keazaman membaca dalam pola harian rakyat Malaysia perlu ditanam walaupun dihimpit cabaran sosioekonomi global. (Dipetik dan diubah suai daripada “Belum Terlewat Budayakan Amalan Membaca” oleh Rasida Abu Bakar, Berita Harian, 1 Februari 2023) Bahan 3 Pantun Mari Membaca 1 Ikan pelaga sama seluang, Berenang di tepi sungai nan indah; Membaca tika masa terluang, [B4]Waktu terisi penuh faedah. 2 Burung pekaka di dahan meranti, Mencari makan di pohon redup; Karya sastera dihayati teliti, [B5] Menjadi pedoman sepanjang hidup. 3 Buah duku beralas kasa, Letak di dulang santapan Sultan; Membaca buku setiap masa, [B6] Minda tenang kuat ingatan. 4 Ombak ditongkah belayar ke Maluku, Muatan sarat dipandu kelasi; [C5]Jualan murah di pesta buku, Kantung dijimat, minda terisi. Sumber: Internet Pendahuluan Rumusan membincangkan faktor-faktor/punca-punca/sebab-sebab rakyat Malaysia malas membaca, faedahfaedah/manfaat-manfaat/kebaikan-kebaikan/kelebihan-kelebihan/kepentingan-kepentingan membaca dan langkah-langkah/usaha-usaha/cara-cara/inisiatif-inisiatif/strategi-strategi/kaedah-kaedah/pendekatanpendekatan menyemarakkan budaya membaca. Fokus 1 (Faktor-faktor rakyat Malaysia malas membaca) A1 budaya membaca yang tidak dipupuk daripada kecil (B1) A2 tidak kurang juga yang menyalahkan pihak lain (B1) A3 kempen membaca yang dikatakan tidak mendatangkan hasilnya (B1) A4 golongan lebih muda lebih selesa menggunakan gajet seperti telefon pintar (B1) A5 lambakan aplikasi santai dan menarik dalam platform media sosial (B2) Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 1-2.indd 23 20/09/2023 4:34 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


24 Fokus 2 (Faedah-faedah membaca) B1 menambahkan dan memperkaya kita dengan ilmu pengetahuan (B1) B2 menjadikan seseorang itu berjaya dan menjadi bangsa yang maju (B1) B3 melonjakkan pemikiran kritis, keintelektualan dan kapasiti otak (B2) B4 waktu terisi penuh faedah (B3) B5 menjadi pedoman sepanjang hidup (B3) B6 minda tenang kuat ingatan (B3) Fokus 3 (Langkah-langkah menyemarakkan budaya membaca) C1 Malaysia perlu membuat kajian mengenai industri buku dan usaha meningkatkan minat membaca (B1) C2 bangsa Malaysia perlu melakukan anjakan paradigma dengan menjadikan amalan membaca sebagai satu daripada budaya (B1) C3 gerakan dan inti pati Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) 2023 perlu digembleng oleh semua pihak (B2) C4 keazaman membaca dalam pola harian rakyat Malaysia perlu ditanam [(B2) C5 jualan murah di pesta buku (B3) Kesimpulan Kesimpulannya, budaya membaca perlulah dipupuk/disemarakkan/digalakkan supaya dapat mewujudkan generasi yang mampu bersaing di peringkat global. Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 1-2.indd 24 20/09/2023 4:34 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


25 Kemahiran Menulis SP 3.2.1 Menulis untuk meramal sesuatu perkara yang dibaca, didengar dan ditonton dengan memberikan justifi kasi menggunakan ayat yang gramatis. Praktis 1 Berdasarkan bahan yang dibaca dan ditonton, lengkapkan rajah dengan ciri-ciri usahawan yang berjaya. Bahan 1 Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, usahawan ialah orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan. Pengusaha membuat kerja secara besar-besaran untuk membuat barang-barang industri. Mereka yang menjadi usahawan berpeluang membuat keputusan sendiri dan memiliki inisiatif yang tersendiri untuk berjaya. Usahawan perlu menggerakkan sumber ekonomi seperti modal, pekerja dan teknologi untuk meningkatkan daya pengeluaran. Seorang usahawan yang berjaya perlu sentiasa[1]bijak merebut peluang atau bersikap proaktif. Dengan kata yang lain, mereka mencari dan merebut peluang yang dapat membantu mereka untuk meningkatkan kualiti syarikat. Selain itu, untuk menjadi usahawan yang berjaya, seseorang perlulah[2]tabah menghadapi cabaran. Masalah yang selalu wujud ialah pembekal, pelanggan, kerugian dan mufl is. Bagi mengatasi masalah yang datang, usahawan hendaklah sabar dan tidak mudah berputus asa. Di samping itu, usahawan yang berjaya[3]berani menanggung risiko. Hal ini disebabkan perniagaan yang dilakukan tidak menjanjikan keuntungan buat usahawan. Semakin besar risiko, semakin tinggi keuntungan yang diperoleh. Tambahan pula, sikap[4]rajin meneroka pembaharuan akan menjadikan seseorang mudah mengadaptasi perubahan zaman. Teknologi kini semakin pesat, maka perniagaan dalam talian semakin banyak menjadi pilihan. Pelbagai platform yang boleh digunakan untuk memperluas perniagaan, seperti Shopee dan Lazada. Sumber: Internet Bahan 2 Pautan video yang dicadangkan: Untuk tujuan pembelajaran Imbas kod QR atau layari htt ps://youtu.be/ c6OnbSep26s. Video Tema 3 Memetik Bintang Praktis PBD Video Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 3-4.indd 25 20/09/2023 4:35 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


26 i-THINK Peta Pokok Ciri-ciri Usahawan yang Berjaya 2 Tabah menghadapi cabaran (B1) 3 Berani menanggung risiko (B1) 4 Rajin meneroka pembaharuan (B1) 5 Komitmen yang tinggi (B2) 6 Kreatif dan inovatif (B2) 1 Bijak merebut peluang/ Bersikap proaktif (B1) TP Praktis 2 Pilih dua daripada ciri usahawan yang anda senaraikan dalam peta pokok di atas. Berikan pendapat anda tentang justifi kasi atau alasan tentang kepentingan ciri yang dinyatakan. Panjangnya setiap perenggan hendaklah antara 70 hingga 100 patah perkataan. [Ayat topik – Apakah ciri usahawan yang berjaya?] Satu daripada ciri usahawan yang berjaya ialah seseorang usahawan perlulah bijak merebut peluang. [Ayat huraian – Mengapakah ciri tersebut penting?] Hal ini disebabkan oleh persaingan daripada pelbagai produk menjadikan usahawan perlu cepat dan tidak bersikap menunggu kerana siapa cepat, dia dapat. [Ayat contoh – Bagaimanakah anda membuktikannya?] Sebagai contoh, usahawan pada zaman pandemik COVID-19 boleh mengeluarkan produk yang menjadi permintaan ramai seperti pelitup muka dan pensanitasi tangan. [Ayat kesan – Apakah kesan yang diterima?] Kesannya, usahawan dapat mengeluarkan produk yang berdaya saing sekali gus menambahkan keuntungan bukan sahaja untuk pasaran domestik tetapi juga pasaran antarabangsa. [Ayat Kesan – Apakah kesan yang diterima?] Tambahan pula, dengan permintaan yang tinggi, seseorang usahawan dapat meningkatkan jumlah keuntungannya. [Ayat penegasan – Apakah penegasan idea?] Tegasnya, seseorang usahawan yang berjaya perlulah mempunyai ciri bijak merebut peluang. [Ayat topik – Apakah ciri usahawan yang berjaya?] Selain itu, usahawan yang berjaya hendaklah mempunyai ciri kreatif dan inovatif. [Ayat huraian – Mengapakah ciri tersebut penting] Hal ini dikatakan demikian kerana pembeli akan tertarik dan membeli produk yang berbeza dengan produk sedia ada. [Ayat contoh – Bagaimanakah anda membuktikannya?] Misalnya, usahawan yang menjual produk makanan tradisional sejuk beku seperti pau, karipap dan popia hendaklah mempunyai pembungkusan yang menarik dan rasa yang sedap untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan produk antarabangsa. [Ayat kesan – Apakah kesan yang diterima?] Impaknya, usahawan dapat memperluas pasaran produk yang dikeluarkan oleh mereka untuk pasaran luar negara. [Ayat kesan – Apakah kesan yang diterima?] Bukan itu sahaja, pelanggan akan mudah mengenali produk yang dikeluarkan kerana tidak sama dengan produk yang lain. [Ayat penegasan – Apakah penegasan idea?] Pendek kata, seseorang usahawan yang berjaya perlulah mempunyai ciri kreatif dan inovatif. TP Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 3-4.indd 26 20/09/2023 4:35 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


27 Karangan Respons Terhad Kertas 1 (Bahagian A) Iklan di bawah menunjukkan maklumat berkaitan program pertukaran pelajar antarabangsa. Berdasarkan maklumat tersebut, tulis satu resume untuk dibawa semasa menghadiri temu duga tersebut. Panjangnya resume anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Temu Duga Program Pertukaran Pelajar Antarabangsa Mempunyai impian untuk belajar di luar negara? Sila datang temu duga terbuka berikut: Tarikh : 23 Julai 20_ Masa : 8:30 pagi hingga 3:00 petang Tempat : Bahagian Pembangunan Modal Insan Aras 5, Blok C4, Kompleks B, Putrajaya Sila bawa resume anda. Resume anda perlulah mengandungi sekurang-kurangnya perkara berikut: • Tahap pendidikan • Pencapaian dan kejayaan • Kemahiran yang dimiliki • Maklumat untuk dihubungi [30 markah] Resume Program Pertukaran Pelajar Antarabangsa Haniza binti Mohd Arif Tahap Pendidikan Saya memulakan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Taman Setia, Kuala Lumpur. Saya melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Setia dalam aliran Sains Tulen. Kemahiran yang Dimiliki Saya menguasai beberapa bahasa asing selain bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu. Di samping bahasa Inggeris, saya juga mahir berbahasa Arab dan bahasa Jepun. Bagi kemahiran menggunakan komputer, saya mahir menggunakan perisian Word, PowerPoint dan Excel. Selain itu, saya juga boleh mengedit ilustrasi dan gambar menggunakan perisian Adobe Photoshop. Praktis Berformat SPM Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 3-4.indd 27 20/09/2023 4:35 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


28 Selain kemahiran bahasa dan teknologi maklumat, saya juga berkebolehan mendeklamasikan sajak, mendendangkan syair dan berlakon. Saya juga boleh menari tarian tradisional seperti zapin dan inang selain tarian kipas kaum Cina. Pencapaian dan Kejayaan Saya merupakan Ketua Pengawas di SK Taman Setia bagi tahun 20__. Kini, saya menjawat Penolong Ketua Pengawas di SMK Taman Setia bagi tahun 20__. Saya juga pernah menerima Anugerah Sahsiah Terpuji 20__ dan 20__. Saya juga pernah menerima Anugerah Tokoh Kokurikulum pada tahun 20__ kerana aktif dalam Badan Beruniform Kadet Polis dan Olahraga. Saya juga pernah menyertai Minggu Penulis Remaja 20__ anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Maklumat untuk Dihubungi Nombor telefon: 019-1234567 E-mel: [email protected] Alamat rumah: No.7, Jalan Melur, Taman Setia Indah, 54200 Kuala Lumpur, W. P. Kuala Lumpur Rujukan Cikgu Hasmah binti Amin SMK Taman Setia, Jalan Setia 1, 54200 Kuala Lumpur. 019-8765432 Harapan Saya berharap dapat terpilih dalam Program Pertukaran Antarabangsa ini. Hal ini dikatakan demikian kerana saya boleh memperkembang bahasa Melayu dan budaya masyarakat Malaysia ke mata dunia. Saya juga mahu menambah kenalan dan bertukar-tukar pandangan dengan masyarakat luar negara. Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 3-4.indd 28 20/09/2023 4:36 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


29 Sistem dan Aplikasi Bahasa Kertas 2 (Bahagian A) Morfologi Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan tiga kata akronim. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata akronim tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. KARNIVAL JAMINAN KERJA 20__ Tarikh: 19 Februari 20__ Masa: 9:00 pagi hingga 5:00 petang Tempat: Pusat Konvensyen Kuala Lumpur Aktiviti yang dianjurkan: • Pertandingan melukis dan mewarna untuk sekolah tadika • Tayangan fi lem patriotik di pawagam mini • Senaman, larian amal dan zumba • Jualan barangan elektronik pelbagai jenama • Temu duga terbuka pekerjaan bagi Proton, Maybank, Petronas dan pelbagai lagi • Ceramah penyediaan resume Datanglah beramai-ramai! [6 markah] Kata akronim: (i) tadika (ii) pawagam (iii) jenama Jawapan lain: (iv) Proton, (v) Petronas Ayat: (i) Pendidikan awal kanak-kanak secara formal boleh dimulakan sejak tadika untuk mewujudkan generasi celik huruf. (ii) Filem seram yang ditayangkan itu menyebabkan penonton berbondong-bondong datang ke pawagam. (iii) Pembelian barangan jenama tempatan boleh menyemarakkan semangat patriotik dan menaikkan ekonomi negara. Jawapan lain: (iv) Syarikat Proton merupakan pengeluar kereta nasional pertama dengan model Proton Saga. (v) Petronas berperanan mengendalikan dan memajukan sumber petroleum negara kita. Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 3-4.indd 29 20/09/2023 4:36 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


30 Penyuntingan Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahankesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin bahan-bahan tersebut. Pandemik melumpuhkan banyak sektor-sektor hingga pasaran buruh berdepan cabaran berdaya saing untuk menyokong penumbuhan ekonomi. Kajian mendapati university dan kolej menghasilkan lebih 200 000 graduan tempatan dengan kelayakkan diploma dan ijazah sarjana muda setahun tetapi mereka yang memasuki pasaran pekerjaan akan ditawarkan gaji sangat murah. Di masa sama, kerajaan perlu melihat dasar pengambilan pekerja asing dalam negara kembali. Memandangkan negara menghadapi pelbagai masalah akibat COVID 19, sektor pekerjaan termasuk sektor 3D, yakni kotor, merbahaya dan sukar, diberikan keutamaan kepada warga tempatan bagi mengelak isu pengangguran terus membelenggu terutama belia. Hakikatnya, pelaburan untuk belia hari ini adalah pelaburan untuk masa depan negara. Sekali lagi Majlis Pekerjaan Negara (MPN) merupakan medan terbaik demi untuk menangani isu ini. (Dipetik dan diubah suai daripada “Tangani Masalah Pengangguran Belia Pelaburan Masa Depan” oleh Muhamad Hanafi Jamaludin, Berita Harian, 3 Januari 2022) [11 markah] (i) banyak sektor-sektor – banyak sektor (vii) COVID 19 – COVID-19 (ii) penumbuhan – pertumbuhan (viii) merbahaya – berbahaya (iii) university – universiti (ix) mengelak – mengelakkan (iv) kelayakkan – kelayakan (x) adalah – ialah (v) murah – rendah (xi) demi untuk – demi/untuk/bagi (vi) Di masa – Pada masa Peribahasa Baca perbualan dengan teliti, kemudian senaraikan tiga peribahasa yang terdapat dalam perbualan. Kemudian, tulis maksud peribahasa tersebut. Puan Soleha : Siapakah dalam kalangan kalian mahu menjadi ahli perniagaan yang berjaya? Haslina : Susahlah, cikgu. Berniaga terlalu banyak risiko yang perlu ditanggung. Saya mahu kerja makan gaji sahaja seperti guru atau jururawat. Shahrolalif : Sebenarnya, apa-apa pun pekerjaan di dunia ini mempunyai cabarannya kerana tak ada laut yang tidak berombak. Puan Soleha : Betul tu, Shahrolalif. Yang penting kita perlulah bersikap rajin. Benarlah kata orang tua-tua, pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang. Haslina : Baiklah, cikgu. Mulai hari ini saya akan memasang tekad untuk mencapai kerjaya impian. Shahrolalif : Saya pula mahu menjadi jurutera seperti bapa saya. Minat saya bercambah apabila melihat dunia kerjaya beliau. Hal ini amat tepat dengan ungkapan lama, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. [6 markah] Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 3-4.indd 30 20/09/2023 4:36 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


31 (i) Peribahasa: makan gaji Maksud peribahasa: bekerja dengan orang lain untuk mendapat gaji/upah (ii) Peribahasa: tak ada laut yang tidak berombak Maksud peribahasa: tidak ada pekerjaan besar yang tidak ada bahayanya (iii) Peribahasa: pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang Maksud peribahasa: jika mahukan sesuatu, haruslah berusaha dengan kuat Pemahaman Kertas 2 (Bahagian B) Petikan Umum Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Melihat keadaan sekarang, ramai graduan terjejas teruk dan kebanyakannya terpaksa mengambil jalan dengan memulakan perniagaan demi sesuap nasi. Sama ada menjadikan perniagaan sebagai pilihan terakhir sebagai sumber pendapatan, sekadar minat atau menjadikan perniagaan sebagai kerjaya, yang penting untuk menetapkan hala tuju sebelum memilih perniagaan sebagai satu bidang kerjaya. Hal ini dikatakan demikian kerana cabaran besar yang dihadapi oleh graduan ialah pengurusan kewangan. Cabaran dan ketidakpastian masa ini menuntut mereka untuk memikirkan keputusan semula, memulih dan membuat penambahbaikan berterusan dalam mengurus kewangan. Memahami kesukaran bagi mereka yang terjejas dan berhasrat memulakan perniagaan khususnya melalui platform digital, hakikatnya platform ini bukan sahaja[Sii]dapat mendorong graduan untuk menjadi lebih proaktif dalam mencari peluang tetapi juga membolehkan[Sii]lebih ramai golongan muda berupaya mencipta produk berinovasi dan[Sii]bekerja sendiri. (Dipetik dan diubah suai daripada “Perniagaan Bukan Pilihan Kerjaya Terakhir” oleh Intan Syazliana Mohd Ali, Dewan Masyarakat, Bil. 2/2022) Bahan 2 Di China, ekonomi digital menjadi[Sii]pemangkin pertumbuhan ekonomi yang amat menggalakkan sebelum kehadiran pandemik COVID-19 lagi. Ketika pandemik COVID-19 melanda negara itu, kebanyakan pengusaha perniagaan di sana bersetuju untuk meningkatkan pelaburan dalam perniagaan digital sebanyak 10 hingga 30 peratus. Lebih daripada 190 000 usahawan wanita terjejas teruk disebabkan pandemik COVID-19.[Sii]Ramai dalam kalangan mereka hilang pekerjaan dan[Sii]memerlukan pendapatan untuk menyara diri dan keluarga. Sudah pasti, ekonomi digital ialah penyelesaian tepat buat kaum wanita bagi memastikan kelangsungan perniagaan mereka kerana[Sii]sektor ini bukan sahaja melangkaui masyarakat dan negara, malah melangkaui jantina. Namun, warga emas terutamanya yang tinggal di luar bandar masih menghadapi masalah untuk memahami teknologi tersebut kerana belum terbiasa dengan pelbagai cara pembayaran dalam talian seperti GrabPay, TNG eWallet, Boost eWallet dan WeChat Pay. Penipuan data dan serangan siber juga melemahkan keyakinan rakyat terhadap ekonomi digital. (Dipetik dan diubah suai daripada “Ekonomi Digital Pulihkan Negara” oleh Mohd. Rozaimy Ridzuan, Utusan Malaysia, 12 September 2021) Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 3-4.indd 31 20/09/2023 4:36 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


32 (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud rangkai kata menetapkan hala tuju. [2 markah] [Maksud] ... memastikan/menentukan arah/matlamat/sasaran (ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, kemukakan sebab-sebab perniagaan dalam talian menjadi pilihan kerjaya kini. [3 markah] [Sebab] Bahan 1: ... dapat mendorong graduan untuk menjadi lebih proaktif dalam mencari peluang/ ... membolehkan lebih ramai golongan muda berupaya mencipta produk berinovasi/ ... bekerja sendiri / Bahan 2: ... pemangkin pertumbuhan ekonomi yang amat menggalakkan/... ramai dalam kalangan mereka hilang pekerjaan/memerlukan pendapatan untuk menyara diri dan keluarga/ ... sektor ini bukan sahaja melangkaui masyarakat dan negara, malah melangkaui jantina (iii) Seorang peniaga perlulah kreatif dan inovatif untuk membolehkan perniagaan yang diusahakannya berjaya dan mendapat sambutan pelanggan. Pada pendapat anda, apakah kriteria-kriteria lain untuk menjadi peniaga yang berjaya? KBAT Menilai [4 markah] [Apa – kriteria] ... rajin/gigih menimba ilmu pengetahuan/ ... bijak mengambil peluang/menangani masalah/ ... bersikap terbuka terhadap kritikan/aduan pelanggan/ ... jujur/tidak menipu kepada pelanggan/ ... berdaya saing dengan peniaga lain/ ... tidak mudah berputus asa jika menghadapi cabaran (iv) Abang anda memilih untuk menjadi usahawan sebagai kerjaya pilihannya apabila dewasa kelak. Namun begitu, bidang kerjaya ini memerlukan pengusahanya menanggung risiko yang besar sebelum memperoleh keuntungan. Sebagai adik yang prihatin, cadangkan langkah-langkah pengusaha untuk meningkatkan keuntungan sebagai peniaga. KBAT Mengaplikasi [4 markah] [Langkah] ... peniaga perlulah rajin melakukan promosi/kempen bagi barangan keluarannya/ ... peniaga hendaklah melakukan kajian terhadap produk dan pasaran barangannya/ ... peniaga haruslah meningkatkan kualiti produk selari dengan harga jualan/ ... peniaga wajarlah meluaskan jaringan pasaran ke peringkat antarabangsa/ ... peniaga seharusnya bersikap ramah dan mesra dengan pelanggan Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 3-4.indd 32 20/09/2023 4:36 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


Click to View FlipBook Version