33 Rumusan Kertas 2 (Bahagian C) Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Dalam suasana alam pekerjaan semakin mencabar, lebih 116 000 graduan memerlukan perhatian untuk meningkatkan pekerjaan mereka. Masalah ini mendorong pengangguran graduan. Hal ini berpunca daripada[A1]banyak syarikat terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bukan itu sahaja, kajian berkaitan dengan pengangguran graduan mendapati[A2]banyak peluang pekerjaan ditawarkan pelbagai syarikat tidak sepadan kemahiran dan tahap pendidikan mereka. Pada masa yang sama[A3]kerja banyak ditawarkan dengan gaji rendah, sama ada dalam kategori kemahiran rendah atau separa mahir, berbanding dengan mereka yang berkemahiran tinggi. Graduan tidak ada pilihan dan terpaksa juga bekerja supaya tidak menganggur terlalu lama. Sudah pasti anak muda di universiti hari ini sedar akan realiti ini. Lantas, mereka perlu segera mempersiapkan diri agar dapat mengatasi masalah ini.[B1]Penting untuk graduan mengambil tahu trend pasaran buruh, industri, pekerjaan dan kerjaya. Selain itu,[B2]kualiti diri graduan juga perlu mula dipertingkatkan melalui kemahiran insaniah dan ilmu teknikal, selain[B3]membina jaringan kepintaran sosial yang lebih luas. Hakikatnya, pekerjaan ditawarkan pelbagai syarikat hari ini semakin kompetitif dari hari ke hari untuk diisi. Maka, pengangguran graduan disebabkan[A4]ramai pemohon di pasaran yang berdepan saingan sengit sesama sendiri. Oleh sebab itu, penting untuk mahasiswa membuat persiapan rapi dalam pelbagai aspek dan perlu digerakkan seawal mungkin. Jika tidak, mereka akan ditinggalkan, terutama oleh calon yang lebih berbakat dan sudah berpengalaman. Sebagai persediaan menghadapi alam kerjaya,[B4]graduan perlu menulis dan wujudkan pelan kerjaya yang jelas. Contohnya, graduan menyediakan profi l karier juga sangat membantu untuk mengenal pasti nilai, minat, serta kerjaya sesuai dengan personaliti secara lebih jelas. Di samping itu,[B5]mereka harus membaca bahan mengenai laporan dan kajian berkaitan pasaran pekerjaan serta industri. Hal ini membolehkan mereka mengenal pasti senarai pekerjaan kritikal diperlukan industri. Selain[B6]graduan perlu terus komited dengan menyertai secara aktif pelbagai program kerjaya anjuran pusat kerjaya universiti, [B7]libatkan diri sebagai sukarelawan dalam pelbagai program. Apa-apa pun, semua ini bergantung pada diri sendiri. (Dipetik dan diubah suai daripada “Pasaran Kerja Kian Mencabar Tuntut Graduan Persiapkan Diri” oleh Baktiar Hasnan, Berita Harian, 1 April 2021) • insaniah – bersifat kemanusiaan • kompe� � f – bersifat persaingan • karier – kerjaya • komited – menunjukkan komitmen terhadap sesuatu Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 3-4.indd 33 20/09/2023 4:36 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
34 Bahan 2 [A5] Persekitaran ekonomi yang kurang memberangsangkan memberikan kesan kepada kedudukan pasaran hingga menjadi punca lambakan pengangguran graduan. Penggangguran graduan juga berlaku kerana[A6] impak Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0) yang bertunjangkan teknologi. Selain itu,[A7] pandemik COVID-19 yang berlarutan menyebabkan banyak syarikat yang gulung tikar. Pendahuluan Rumusan membincangkan punca-punca/faktor-faktor/sebab-sebab pengangguran graduan dan persiapanpersiapan/persediaan-persediaan graduan menghadapi alam pekerjaan/mengelakkan pengangguran. Fokus 1 (Punca-punca pengangguran graduan) A1 banyak syarikat terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) (B1) A2 banyak peluang pekerjaan ditawarkan pelbagai syarikat tidak sepadan kemahiran dan tahap pendidikan mereka (B1) A3 kerja banyak ditawarkan dengan gaji rendah (B1) A4 ramai pemohon di pasaran yang berdepan saingan sengit sesama sendiri (B1) A5 persekitaran ekonomi yang kurang memberangsangkan memberikan kesan kepada kedudukan pasaran (B2) A6 impak Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0) yang bertunjangkan teknologi (B2) A7 pandemik COVID-19 yang berlarutan (B2) Fokus 2 (Persiapan graduan menghadapi alam pekerjaan/mengelakkan penggangguran) B1 penting untuk graduan mengambil tahu trend pasaran buruh, industri, pekerjaan dan kerjaya (B1) B2 kualiti diri graduan juga perlu mula dipertingkatkan (B1) B3 membina jaringan kepintaran sosial yang lebih luas (B1) B4 graduan perlu menulis dan wujudkan pelan kerjaya yang jelas (B1) Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 3-4.indd 34 20/09/2023 4:36 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
35 B5 mereka harus membaca bahan mengenai laporan dan kajian berkaitan dengan pasaran pekerjaan serta industri (B2) B6 graduan perlu terus komited dengan menyertai secara aktif pelbagai program kerjaya anjuran pusat kerjaya universiti [(B2) B7 libatkan diri sebagai sukarelawan dalam pelbagai program (B2) Kesimpulan Kesimpulannya, pengangguran graduan perlulah diatasi/ditangani supaya dapat membangunkan ekonomi negara/memajukan pembangunan negara. Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 3-4.indd 35 20/09/2023 4:36 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
36 Aspek Seni Bahasa SP 4.1.2 Memahami dan mengapresiasi puisi moden dan puisi tradisional dengan menyatakan respons peribadi yang sesuai terhadap karya. Praktis 1 Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai. kebolehan peluh galakan buah fikiran jasa bertambah dikenang matlamat sabar berhasil kreatif pengetahuan berbincang kemahuan direalisasikan Gurindam Hati Waja Rangkap 1 Jika teguh azam dan cita, Yang dibuat menjadi nyata. Kalau petani mempunyai (1) matlamat yang kuat, segala yang diusahakan anda dapat (2) direalisasikan . Rangkap 2 Jika kau asah potensi diri, Yang diusahakan pasti menjadi. Kalau petani mengasah (3) kebolehan diri, segala yang dibuat pasti (4) berhasil . Rangkap 3 Jika ilmu penuh di dada, Idea terbaik sentiasa ada. Kalau petani tinggi (5) pengetahuan , ilmu yang diperoleh dapat menghasilkan (6) buah fikiran yang terbaik. Rangkap 4 Jika semangat tersemat di dada, Hasil kaudapat berlipat ganda. Kalau petani tinggi (7) kemahuan , hasil pertanian yang diperoleh akan (8) bertambah banyak. Rangkap 5 Jika tabah juga semangat, Tidak rugi menumpah keringat. Kalau petani (9) sabar menghadapi cabaran, (10) peluh yang keluar pasti berbuah hasil. Rangkap 6 Jika bekerja utamakan muafakat, Semua usaha membawa berkat. Kalau bekerja secara (11) berbincang , semua yang dikerjakan akan mendapat berkat. Tema 4 Menjulang Harapan di Bumi Bertuah Praktis PBD Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 3-4.indd 36 20/09/2023 4:36 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
37 Rangkap 7 Jika idea sungguh kreatif, Kelak kaudapat pelbagai insentif. Kalau petani mempunyai idea yang (12) kreatif , mereka akan memperoleh pelbagai (13) galakan . Rangkap 8 Jika hidup selalu berbakti, Namamu harum tersemat di hati. Kalau petani selalu membuat (14) jasa , namanya akan (15) dikenang selalu. Praktis 2 Baca gurindam di atas dengan teliti, kemudian lengkapkan grafik di bawah dengan menulis nilai murni yang sesuai berdasarkan pengajaran yang diberikan. 1 Kita hendaklah gigih berusaha agar berjaya dalam hidup. Nilai murni: Kegigihan 2 Kita perlulah rajin menimba ilmu pengetahuan supaya menjadi pedoman. Nilai murni: Kerajinan 3 Kita haruslah bekerjasama dalam menjayakan tugasan agar menjimatkan masa. Nilai murni: Kerjasama 4 Kita wajarlah tabah menghadapi cabaran supaya tidak mudah berputus asa. Nilai murni: Ketabahan Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 3-4.indd 37 20/09/2023 4:36 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
38 Karangan Respons Terbuka Kertas 1 (Bahagian B) Domain Awam Industri ternakan pada masa ini masih berskala kecil dan berpotensi untuk dikembangkan bagi menjamin bekalan makanan dalam negara serta mengurangkan daging import. Antara isu dan cabaran yang dihadapi dalam pembangunan industri ini ialah kekurangan baka yang berkualiti, harga makanan ternakan yang tinggi dan kekurangan kepakaran dan tenaga kerja. (Dipetik dan diubah suai daripada “Dasar Agromakanan Negara (2011–2020)”, www.fama.gov.my) Petikan di atas menyatakan maklumat yang berkaitan dengan industri ternakan dan cabaran yang dihadapi. Sungguhpun begitu, produk penternakan keluaran negara seperti produk tenusu, makanan di dalam tin dan makanan sejuk beku berpotensi untuk dipasarkan ke peringkat antarabangsa. Jelaskan usaha-usaha untuk memasarkan produk ini ke peringkat antarabangsa secara meluas. Panjangnya karangan anda hendaklah antara 350 hingga 500 patah perkataan. [70 markah] Pendahuluan [Ayat rangsangan – isu] pertanian ialah pengeluaran makanan dan barangan melalui perladangan, penternakan dan perhutanan – [Ayat huraian – mengapa] bidang perladangan mampu menghasilkan produk penternakan – [Ayat contoh – bagaimana] produk tenusu, makanan di dalam tin dan makanan sejuk beku – berpotensi untuk dipasarkan di peringkat antarabangsa – kekangan yang ada perlu diatasi – kualiti produk penternakan perlulah diakui – penghebahan dan pengiklanan yang efektif di luar negara – sokongan pelbagai pihak terhadap usaha usahawan tani – [Ayat arah – tugasan] terdapat pelbagai usaha untuk memasarkan produk ini ke peringkat antarabangsa secara meluas Isi 1 [Ayat topik – isi] pelibatan dalam ekspo dan pameran pertanian di luar negara – [Ayat huraian – mengapa] saban tahun, negara akan menganjurkan Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) dan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia (MAHA) – penganjuran ekspo ini boleh diperluas di beberapa buah negara yang berpotensi seperti Asia Timur dan Asia Barat – [Ayat contoh – bagaimana] produk makanan sejuk beku seperti daging mentah boleh dijual ketika ekspo diadakan – [Ayat kesan – kebaikan] memperkenalkan produk penternakan tempatan kepada masyarakat di luar negara – memberitahu kebaikan dan keistimewaan – [Ungkapan menarik] tak kenal maka tak cinta – [Ayat kesan – kebaikan] meningkatkan ekonomi negara setaraf dengan penguasa ekonomi dunia seperti Amerika Syarikat dan China – [Ungkapan menarik] duduk sama rendah, berdiri sama tinggi Praktis Berformat SPM Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 3-4.indd 38 20/09/2023 4:36 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
39 Isi 2 [Ayat topik – isi] penjalinan kerjasama dengan syarikat luar negara – [Ayat huraian – mengapa] menanam modal di negara yang telah dikenal pasti, khususnya negara Islam – memerlukan produk yang halal – produk yang ingin dipasarkan mengambil kira kualiti dan selera penduduk tempatan – [Ungkapan menarik] lain dulang, lain kakinya – [Ayat contoh – bagaimana] produk makanan di dalam tin yang halal boleh dipasarkan di negara Timur Tengah seperti Iran, Turki, Arab Saudi dan Qatar – menjalinkan kerjasama dan usaha sama dari segi modal dan pemasaran dengan syarikat di sana – merebut peluang di negara asing – [Ungkapan menarik] sambil menyelam minum air – [Ayat kesan – kebaikan] menaikkan imej negara di persada dunia – mengeratkan hubungan diplomatik dengan negara luar Isi 3 [Ayat topik – isi] pengiklanan dan pemasaran yang meluas – [Ayat huraian – mengapa] pasaran di luar negara amat mudah ditembusi kini – pembelian secara dalam talian membolehkan produk dari sebuah negara dibawa masuk ke sebuah negara yang lain – menggunakan kemudahan teknologi maklumat terkini, iaitu Internet – [Ungkapan menarik] dayung sudah di tangan, perahu sudah di air – [Ayat contoh – bagaimana] menjual produk penternakan seperti produk tenusu – susu kambing dan lembu, keju dan yogurt boleh dipos atau dihantar menggunakan kargo setelah dipesan dalam talian – [Ayat kesan – kebaikan] memperluas pasaran dengan mudah ke seluruh pelosok dunia – mewujudkan persaingan yang sihat dengan pengeluar dari negara lain secara bebas – mewujudkan kedai maya tanpa mengeluarkan kos yang tinggi Kesimpulan [Ayat kesimpulan] produk penternakan negara kita berpotensi untuk diperluas ke luar negara – peluang yang terhidang di depan mata perlu diraih dengan bijak dan cepat – [Ayat cadangan] kerajaan perlulah menganjurkan ekspo dengan lebih kerap bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di luar negara – menumpukan pemasaran kepada negara yang berpotensi sahaja – negara ASEAN misalnya mempunyai selera dan budaya yang sama – lebih mudah menguasai pasaran – perlu bijak dalam merancang strategi – [Ayat cadangan] penternak hendaklah mengaplikasikan teknologi terkini – menggunakan baka yang berkualiti untuk memperoleh hasil yang bermutu tinggi – meletakkan harga yang kompetitif untuk memudahkan persaingan dengan pengeluar dari negara lain Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 3-4.indd 39 20/09/2023 4:36 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
40 Sistem dan Aplikasi Bahasa Kertas 2 (Bahagian A) Morfologi Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan empat kata ganti nama diri. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata ganti nama diri tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Qais Tajul Muhtajj Jurasih umpama menongkah arus apabila beliau memilih untuk menceburi bidang penternakan. “Pada mulanya, bapa hanya membeli tiga ekor arnab untuk dipelihara bagi mengisi masa lapang. Oleh sebab arnab mudah dijaga, kami mula memelihara arnab secara serius. Kini, saya memiliki 100 ekor arnab yang dipelihara di belakang rumah. Permintaan daripada peminat arnab amat menggalakkan hingga mereka sanggup membayarnya dengan harga yang tinggi, terutamanya baka Netherland Dwarf dan Holland Lop. Bidang penternakan ini memiliki potensi besar dan mampu menjanakan pendapatan lumayan. Jadi, kita sebagai rakyat perlulah menyahut seruan kerajaan. Kamu juga boleh membelanya,” ujar pemuda yang berusia 20 tahun itu kepada wartawan. (Dipetik dan diubah suai daripada “Usahawan Muda Ternakan Arnab” oleh Muhamad Razis Ismail, Harian Metro, 29 Mac 2020) [8 markah] Kata ganti nama diri: (i) beliau (iii) saya (ii) kami (iv) mereka Jawapan lain: (v) kita, (vi) kamu Ayat: (i) Oleh sebab jasa beliau memartabatkan bahasa Melayu, Za’ba dianugerahi gelaran Pendeta. (ii) “Kami ditugaskan untuk membersihkan longkang,” ujar Isnadora dan Ridawahyu kepada Cikgu Mastura. (iii) “Saya akan menyemak folio kamu selepas cuti,” pesan Cikgu Hazlizan kepada muridnya. (iv) Mereka akan berpindah ke blok lain kerana kipas di kelas itu sudah rosak. Jawapan lain: (v) “Kita perlulah gigih mengulang kaji pelajaran jika mahu berjaya,” kata Nazaliah kepada Johan Sah. (vi) “Kamu sepatutnya memandu kereta dengan perlahan di selekoh tajam ini,” kata Danial kepada Roslan. Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 3-4.indd 40 20/09/2023 4:36 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
41 Sintaksis Baca dialog di bawah, kemudian kenal pasti dan tulis ayat yang bernombor itu sama ada ayat permintaan, ayat suruhan, ayat silaan atau ayat larangan. Encik Ahmad : Hai, Encik Lim. (i) Silalah duduk di kerusi tu sementara saya menyelesaikan kerja pemberian makanan kepada udang galah ni. (ii) Lap dulu kerusi tu dengan kain buruk itu. (sambil menunjukkan kain yang tersidai pada kayu) Encik Lim : Terima kasih. (iii) Jangan susah-susah kerana saya. Macamlah saya tak boleh kotor-kotor ni. Udang peliharaan kamu nampak menjadi. Encik Ahmad : Memang menjadi jika dipelihara dengan betul. Saya perlu memberinya makan empat kali sehari. (iv) Usah kurang kerana boleh menjejaskan pertumbuhannya. Encik Lim : Saya tumpang gembira dengan kejayaan kamu hari ini. (v) Haraplah suatu hari nanti kamu diiktiraf sebagai penternak yang berjaya. Encik Ahmad : Terima kasih, Lim. Udang-udang ni saya akan hantar ke Singapura dan China kerana permintaan amat tinggi di negara itu. (vi) Ambil udang ni bawa balik ke rumah dan suruh isteri kamu masak. Encik Lim : Terima kasih, Ahmad. Semoga murah rezeki kamu! [6 markah] (i) Ayat silaan (ii) Ayat suruhan (iii) Ayat larangan (iv) Ayat larangan (v) Ayat permintaan (vi) Ayat suruhan Penyuntingan Bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin bahan tersebut. Pihak kerajaan memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk membuat lonjakan paradigma dengan mengambil langkah yang pro-aktif untuk mengubah teknik dan jenis pertanian yang diberikan perhatian. Antara program yang diberikan prihatin oleh kerajaan untuk diperkasakan oleh usahawan tani, termasuklah sektor peladangan kontrak. Program ini adalah projek berimpak tinggi yang diperkenalkan sebagai mekanisma untuk membantu pengusaha pertanian berskala kecil dan sederhana. Sejak dari Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) lagi, kerajaan telah memperluaskan sektor ini bagi meningkatkan pendapatan petani. Pengenalan projek berimpak tinggi ini juga mampu melahirkan usahawan tani-usahawan tani yang berpendapatan tinggi. (Dipetik dan diubah suai daripada “Sektor Pertanian ke Arah DAN 2.0” Dewan Ekonomi, Bil. 2/2019) [9 markah] Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 3-4.indd 41 20/09/2023 4:36 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
42 (i) lonjakan – anjakan (vi) mekanisma – mekanisme (ii) pro-aktif – proaktif (vii) Sejak dari – Sejak/Dari (iii) prihatin – perhatian (viii) memperluaskan – memperluas/meluaskan (iv) peladangan – perladangan (ix) usahawan tani-usahawan tani – usahawan- (v) adalah – ialah usahawan tani Peribahasa Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam petikan tersebut. Kerajaan menyeru belia dan para penganggur, khususnya tidak lagi bertangguh bagi memohon geran bantuan peladang kerana tindakan itu amat merugikan. Sungguhpun permohonan mereka perlu ditapis, jika bernasib baik mereka akan terpilih sebaliknya jika bukan rezeki, permohonan mereka akan ditolak. Hakikatnya, kebanyakan pemohon yang telah terpilih bersikap tidak bersungguh-sungguh dalam menjalankan projek. [6 markah] (i) Bertangguh itu pencuri masa (ii) Untung sabut timbul, untung batu tenggelam (iii) Hangat-hangat tahi ayam/Melepaskan batuk di tangga Pemahaman Kertas 2 (Bahagian B) Petikan Umum Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalansoalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Petani dan pesawah digalakkan untuk menceburkan diri dalam bidang akuakultur bagi[Sii]meningkatkan ekonomi mereka. Bekalan ikan akan berkurangan dan harganya pula melambung tinggi pada musim nelayan tidak turun ke laut, iaitu pada bulan November dan Disember. Oleh hal yang demikian, sekiranya petani dan pesawah menceburkan diri dalam bidang sektor akuakultur,[Sii]bekalan ikan akan mencukupi dan pembeli tidak akan terbeban dengan kenaikan harga. Pada ketika ini, kerajaan sedang mempelbagaikan sektor yang menyumbang kepada pendapatan negara dan akuakultur merupakan satu daripada 17 projek permulaan yang dipertanggungjawabkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan oleh kerajaan. Menerusi projek ini, kerajaan dapat membuka peluang pekerjaan sekali gus[Sii]meningkatkan taraf sosioekonomi mereka untuk terus bersaing. (Dipetik dan diubah suai daripada “Sektor Akuakultur Tingkat Penyertaan Nelayan” oleh Azrul Shah, Dewan Ekonomi, Bil. 9/2017) Untuk tujuan pembelajaran Imbas kod QR untuk muat turun la� han tambahan Pemahaman (Pe� kan Umum). Praktis Ekstra 1 Praktis Ekstra Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 3-4.indd 42 20/09/2023 4:36 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
43 Bahan 2 Boleh dikatakan jarang-jarang ada orang yang berjaya mengeksploitasi seluruh bahagian yang ada pada lembu untuk tujuan komersial. Masyarakat dahulu menternak lembu sebagai sumber pendapatan sampingan atau persediaan apabila mahu mengadakan kenduri. Kini, pemikiran masyarakat kian berubah dan dengan adanya teknologi, penternak lembu mampu[Sii]menjanakan pendapatan tetap dengan memperoleh hasil yang lumayan. Berdasarkan hasil penyelidikan oleh pelbagai agensi, bidang penternakan lembu dianggap berpotensi besar untuk dibangunkan. Oleh hal yang demikian, menerusi dasar ekonomi negara yang dibentuk, kerajaan menyasarkan Malaysia sebagai sebuah negara pengeluar daging untuk pasaran antarabangsa. Tambahan pula, Malaysia kini[Sii]menjadi hab halal dunia. Untuk itu, rakyat diseru agar mengusahakan ternakan lembu untuk[Sii]menampung keperluan pasaran tempatan sekali gus mampu[Sii]mewujudkan banyak peluang pekerjaan. (Dipetik dan diubah suai daripada “Buat Duit daripada Ternakan Lembu” oleh Mohd Asri Yusof, Dewan Ekonomi, Bil. 9/2017) (i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud sumber pendapatan. [2 markah] [Maksud] ... punca perolehan/kewangan/ekonomi (ii) Dengan merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan antara kepentingan bidang akuakultur dengan bidang penternakan lembu. [3 markah] [Persamaan] Bahan 1: ... meningkatkan ekonomi mereka/Bahan 2: ... menjanakan pendapatan tetap [Perbezaan] Bahan 1: ... bekalan ikan akan mencukupi/... pembeli tidak akan terbeban dengan kenaikan harga/... meningkatkan taraf sosioekonomi mereka untuk bersaing/Bahan 2: ... menjadi hab halal dunia/ ... menampung keperluan pasaran tempatan (iii) Kekurangan golongan muda menceburi bidang pertanian merugikan negara. Pada pendapat anda, apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh golongan muda hingga menghalang mereka untuk menceburi bidang pertanian? KBAT Menilai [4 markah] [Apa – masalah] ... kekurangan modal/sumber kewangan/... ketiadaan kepakaran/ilmu/... sistem birokrasi yang merumitkan/... risiko yang tinggi/serangan penyakit atau serangga perosak/... tanggapan negatif bahawa bidang pertanian tidak menguntungkan (iv) Encik Rauf telah lama menceburi bidang penternakan. Lembu yang diternaknya untuk tujuan lembu pedaging, tenusu dan baka. Sungguhpun begitu, pasarannya hanya untuk dalam negara. Anda selaku anak saudaranya mahu memperluas pasaran produk ternakan beliau. Cadangkan langkah-langkah yang anda sarankan kepada Encik Rauf untuk memperluas produk ternakannya ke peringkat antarabangsa. KBAT Mengaplikasi [4 markah] [Langkah] ... mengeksport/menjual produk ternakan ke luar negara/... menyertai karnival/ekspo pertanian peringkat antarabangsa/... menjalinkan kerjasama dengan syarikat pertanian luar negara/ ... menghebahkan kempen/iklan tentang produk di negara asing/ ... membuka cawangan syarikat di luar negara Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 3-4.indd 43 20/09/2023 4:36 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
44 Novel Jawapan bagi soalan yang berikut hendaklah berdasarkan novel Tingkatan 4. (i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Cuaca petang semakin redup. Suasana tenang menyelubungi sekitar kawasan dusun buah-buahan itu. Di situ ada pokok durian, rambutan, manggis dan langsat. Semuanya sedang berbuah, hanya menunggu masak. Di tengah-tengah dusun itu, terdapat sebuah pondok. Berhampiran dengan pondok itu ada sungai yang jernih airnya. Setelah penat bekerja, Pak Saidi mandi dan membersihkan diri di sungai itu. Kemudian, dia berehat melepaskan penat di pondok itu. Petang itu Pak Saidi ditemani anaknya, Adnan. “Kenapa dusun kita ini terletak berhampiran dengan kubur?” tanya Adnan. Mereka baru sahaja selesai solat Asar setelah bekerja keras membersihkan dusun itu. (Dipetik daripada novel Leftenan Adnan Wira Bangsa oleh Abdul Latip Talib, Kementerian Pendidikan Malaysia) Nyatakan keadaan-keadaan di dusun milik Pak Saidi. [4 markah] ... suasana tenang menyelubungi sekitar kawasan dusun buah-buahan itu/... ada pokok durian, rambutan, manggis dan langsat/... semuanya sedang berbuah, hanya menunggu masak/... di tengah-tengah dusun itu, terdapat sebuah pondok/... berhampiran dengan pondok itu ada sungai yang jernih airnya (ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib (b) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin (c) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor (d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin Huraikan dua persoalan kepatuhan dalam sebuah novel yang anda pelajari. [6 markah] Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa • Persoalan kepatuhan manusia kepada Tuhan. Contohnya, Pak Saidi dan Adnan menunaikan solat subuh sebelum pergi ke Sekolah Melayu Sungai Ramal. • Persoalan kepatuhan anak terhadap ibu bapa. Contohnya, Adnan patuh kepada kehendak bapanya, Pak Saidi yang menyuruhnya bersekolah di sekolah Inggeris. (Cadangan jawapan bagi novel-novel lain: Rujuk Buklet Jawapan pada muka surat 9) Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 3-4.indd 44 20/09/2023 4:36 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
45 Rumusan Kertas 2 (Bahagian B) Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Pelbagai strategi dirangka bagi memastikan akuakultur menjadi antara sektor utama, selari agenda pemerkasaan industri berkenaan. Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin berkata, strategi berkenaan dirangka bagi[B1]meningkatkan kadar sara diri dan pendapatan penternak. Strategi pemerkasaan industri akuakultur merangkumi[A1]penyusunan kawasan akuakultur semula dan pemantapan aktiviti ternakan ikan air tawar dengan fokus meningkatkan pengeluaran yang dijalankan Jabatan Perikanan (DOF). Pelaksanaan projek ini akan dapat[B2]menyumbang peningkatan pengeluaran akuakultur. Dalam pada itu, faedah yang diperoleh adalah[B3]mampu menambah peluang pekerjaan kepada pengusaha akuakultur.[A2]Kementerian turut memperkasakan Pelan Pembangunan Baka dan Benih Akuakultur bagi mengatasi isu kebergantungan benih dan induk import. Contohnya, DOF merancang pembangunan pusat penetasan patin di setiap daerah dengan memulakannya di Pekan, Pahang. Di samping itu,[A3]kementerian turut memberikan kemudahan kredit melalui institusi kewangan kepada pengusaha akuakultur ikan air tawar seperti Agrobank yang menawarkan pelbagai skim kredit kewangan.[A4]Kementerian juga meningkatkan pengetahuan dan kemahiran tenaga kerja tempatan melalui penawaran kursus dan program kemahiran teknikal bagi membantu penghasilan pelbagai produk inovasi berasaskan ikan air tawar untuk dikomersialkan. Selain itu,[A5]pelaksanaan program mempromosikan dan pemasaran produk perikanan juga menjadi inisiatif bagi membantu pengusaha akuakultur air tawar melalui Pejabat Perikanan negeri dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan. (Dipetik dan diubah suai daripada “Perkasa Ternakan Ikan Air Tawar Sektor Utama” oleh Muhammad Yusri Muzamir, Berita Harian, 15 Mac 2023) akuakultur – penternakan atau pemeliharaan hidup-hidupan laut (baik haiwan mahupun tumbuhan untuk menjadi makanan manusia) Bahan 2 Selaras amanat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi memperkasakan industri akuakultur,[A6]program Jelajah Perikanan “Rasa-rasa Akuakultur” telah diadakan bagi mempromosikan dan menggalakkan masyarakat dalam pengambilan ikan akuakultur sebagai hidangan harian. Tilapia, patin dan siakap adalah antara spesies utama yang diberikan fokus dalam penternakan akuakultur. Ketigatiga spesies ini penting dalam,[B4]menyumbang pertumbuhan ekonomi negara dengan nilai RM1.027 bilion bagi nilai harga komoditi. Komoditi lain seperti udang putih, udang galah dan rumpai laut pula akan terus diberikan perhatian bagi membolehkan komoditi ini menembusi pasaran luar negara. Di samping [B5]membekalkan sumber protein yang diperlukan oleh manusia, program pemerkasaan industri akuakultur yang dijalankan di seluruh negara ini dapat,[B6]membantu dan menyokong pembangunan pelbagai produk hiliran akuakultur. (Dipetik dan diubah suai daripada “Program Jelajah Perikanan Perkasa Industri Akuakultur” oleh Alefa Anuarshah Amir Hamzah, Dewan Kosmik, Bil. 2/2023) Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 3-4.indd 45 20/09/2023 4:36 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
46 Bahan 3 Jabatan Perikanan Malaysia Bagi memperkasakan industri akuakultur, beberapa inisiatif disediakan bagi membantu pengusaha akuakultur, antaranya: • bekalan benih percuma bagi penternak kecil dan pemohon kali pertama[A7] • bantuan teknikal dari segi kajian mutu air, kajian tanah dan kajian tapak[A8] Dengan menjadi pengusaha akuakultur, mereka dapat: • mengurangkan kebergantungan makanan berasaskan akuakultur import[B7] • menawarkan produk akuakultur yang murah dan terjamin selamat[B8] Sumber: Jabatan Perikanan Malaysia Pendahuluan Rumusan membincangkan inisiatif-inisiatif/strategi-strategi/langkah-langkah/usaha-usaha/cara-cara/kaedahkaedah/pendekatan-pendekatan memperkasakan industri akuakultur dan kepentingan-kepentingan/faedahfaedah/manfaat-manfaat/kebaikan-kebaikan/kelebihan-kelebihan industri akuakultur. Fokus 1 (Inisiatif memperkasakan industri akuakultur) A1 penyusunan kawasan akuakultur semula dan pemantapan aktiviti ternakan ikan air tawar (B1) A2 kementerian turut memperkasakan Pelan Pembangunan Baka dan Benih Akuakultur (B1) A3 kementerian turut memberikan kemudahan kredit melalui institusi kewangan (B1) A4 kementerian juga meningkatkan pengetahuan dan kemahiran tenaga kerja tempatan (B1) A5 pelaksanaan program mempromosikan dan pemasaran produk perikanan (B1) A6 program Jelajah Perikanan “Rasa-rasa Akuakultur” telah diadakan (B2) Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 3-4.indd 46 20/09/2023 4:36 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
47 A7 bekalan benih percuma bagi penternak kecil dan pemohon kali pertama (B3) A8 bantuan teknikal dari segi kajian mutu air, kajian tanah dan kajian tapak (B3) Fokus 2 (Kepentingan industri akuakultur) B1 meningkatkan kadar sara diri dan pendapatan penternak (B1) B2 menyumbang peningkatan pengeluaran akuakultur (B1) B3 mampu menambah peluang pekerjaan kepada pengusaha akuakultur (B1) B4 menyumbang pertumbuhan ekonomi negara (B2) B5 membekalkan sumber protein yang diperlukan oleh manusia (B2) B6 membantu dan menyokong pembangunan pelbagai produk hiliran akuakultur (B2) B7 mengurangkan kebergantungan makanan berasaskan akuakultur import (B3) B8 menawarkan produk akuakultur yang murah dan terjamin selamat (B3) Kesimpulan Kesimpulannya, industri akuakultur perlulah diperkasakan/dimajukan supaya dapat menjamin bekalan makanan kepada rakyat. Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 3-4.indd 47 20/09/2023 4:36 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
48 Aspek Seni Bahasa SP 4.2.1 Menggunakan peribahasa dan menghubung kait maksudnya dengan betul mengikut konteks. Praktis 1 Padankan peribahasa di bawah dengan maksudnya. Tema 5 Memacu Produktiviti Praktis PBD 1 Sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit 2 Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing 3 Genggam bara api biar sampai jadi arang 4 Ilmu padi, makin berisi makin tunduk 5 Laut mana yang tidak berombak, bumi mana yang tidak ditimpa hujan 6 Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi 7 Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang 8 Alah bisa, tegal biasa (a) Setiap pekerjaan ada kesulitannya (b) Jika melakukan pekerjaan yang sukar, kesabaran amat diperlukan hingga menikmati hasilnya (c) Orang yang sama sedarjat atau sama taraf (d) Sabar mengerjakan sesuatu, lamalama berhasil juga (e) Baik dan buruk sama dirasai (semuafakat) (f) Bahaya hilang kerana terbiasa (g) Semakin banyak ilmu atau tinggi pangkat, semakin merendah diri (h) Pendapatan hanya cukup untuk hidup Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 5-6.indd 48 20/09/2023 4:36 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
49 Praktis 2 Berdasarkan peribahasa pada Praktis 1, isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai. Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bukan sahaja menjanakan pendapatan tetapi juga mampu membasmi masalah kemiskinan. Hakikatnya, kebanyakan PKS diusahakan di kawasan pedalaman oleh penduduk kampung yang hidup mereka hanya cukup untuk makan bak kata peribahasa, (1) kais pagi makan pagi, kais petang makan petang . Contohnya, di Terengganu dan di Kelantan, masyarakatnya bekerja sebagai penenun songket, pencanting batik, pengusaha keropok lekor dan makanan ringan. Sesungguhnya, pengusaha PKS perlu mengambil langkah yang sesuai untuk menghadapi pelbagai cabaran yang sebenarnya sudah sebati dengan kehidupan mereka, bak kata bijak pandai, (2) alah bisa, tegal biasa . Antara usaha yang perlu diambil oleh pengusaha PKS ialah mereka perlulah mendapatkan pinjaman modal. Hal ini dikatakan demikian kerana masalah kewangan menjadikan segala perancangan tidak dapat dilakukan. Sebagai contoh, mereka boleh mendapatkan pinjaman daripada bank mahupun simpanan sendiri secara berdikit-dikit sejak awal lagi. Situasi ini bertepatan dengan kata orang tua-tua, (3) sedikit-sedikit, lamalama jadi bukit . Impaknya, pengusaha PKS dapat melebarkan sayap perniagaan atau membeli pelbagai peralatan dan bahan mentah menggunakan sumber kewangan yang diperoleh. Selain itu, pengusaha PKS hendaklah menambahkan ilmu pengetahuan. Hal ini disebabkan oleh pengetahuan yang mendalam tentang ilmu perniagaan dapat mengelakkan mereka ditipu. Sekiranya pengetahuan pengusaha luas, usahlah bersikap sombong sebaliknya ikutlah prinsip (4) ilmu padi, makin berisi makin tunduk . Sebagai contoh, pengusaha PKS boleh menyertai kursus atau latihan yang dianjurkan oleh kerajaan mahupun swasta. Implikasinya, ilmu yang diperoleh dapat digunakan untuk menghasilkan produk tempatan yang menarik dan berdaya saing dengan jenama antarabangsa bak kata peribahasa, (5) duduk sama rendah, berdiri sama tinggi . Di samping itu, pengusaha PKS haruslah melebarkan pasaran produk mereka. Umum mengetahui bahawa pasaran yang luas dapat menaikkan nama pengusaha dan syarikat kerana dikenali oleh lebih ramai pengguna dan pembeli. Umpamanya, mereka boleh bekerjasama dengan syarikat atau pengusaha yang lain sama ada dari dalam negara mahupun dari luar negara bak kata peribahasa, (6) berat sama dipikul, ringan sama dijinjing . Natijahnya, pengusaha PKS dapat menjanakan keuntungan yang besar sekali gus memperkenalkan produk tempatan di mata dunia. Sesungguhnya, setiap pekerjaan pasti ada cabarannya bak kata orang tua-tua, (7) laut mana yang tidak berombak, bumi mana yang tidak ditimpa hujan . Oleh hal yang demikian, usaha yang gigih amat diperlukan oleh seseorang pengusaha PKS bagi menjanakan keuntungan kerana (8) genggam bara api biar sampai jadi arang . Bagi membantu para pengusaha PKS, pihak kerajaan sewajarnya menyediakan pelbagai insentif sama ada dalam bentuk kewangan mahupun latihan. Hal ini bukan sahaja dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada pengusaha PKS tetapi juga dapat menjanakan ekonomi negara melalui eksport. Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 5-6.indd 49 20/09/2023 4:36 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
50 Karangan Respons Terhad Kertas 1 (Bahagian A) Petikan dan grafi k di bawah menunjukkan maklumat berkaitan kraf tangan. Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang produk kraf tangan keluaran negara. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Praktis Berformat SPM Meskipun pelbagai usaha telah dilakukan, kraf tangan masih gagal menambat hati masyarakat. Melainkan bagi segelintir pencinta kraf, sambutan terhadap produk itu diakui dingin dan sekiranya ada yang cuba mendekati dan menanam minat, mereka terpaksa melupakan hasrat itu berikutan harganya yang mahal. (Dipetik dan diubah suai daripada Berita Harian Online, 13 Disember 2015) (Dipetik dan diubah suai daripada https://kakiseni.com/event/hari-kraf-kebangsaan-2020/) [30 markah] Lirik Lagu “Cintai Kraf Malaysia” Rasakan biasakan Luangkan kegunaan Dengan kraf buatan Malaysia. Di desa di bandar ataupun di kota Guna pakai barangan kita Galak membeli galak memakai Ekonomi kita pun turut berkembang. Penyanyi: Dato’ Seri Siti Nurhaliza Penerbit: Kemajuan Kraf Tangan Malaysia HK 20_ K HARI KRAF KEBANGSAAN NATIONAL CRAFT DAY KRAF MEMPERKASAKAN SOSIOEKONOMI RAKYAT 10:00 pagi hingga 10:00 malam Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay 26 Februari 20__ hingga 9 Mac __ Aktiviti: •Jualan Kraf •Demontrasi Kraf •Pameran Kraf •Peragaan Fesyen Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 5-6.indd 50 20/09/2023 4:36 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
51 Pendahuluan [Ayat rangsangan – isu] kraf tangan ialah perusahaan yang memerlukan daya cipta dan kemahiran menggunakan tangan – warisan kebanggaan sesebuah masyarakat – [Ungkapan menarik] kais pagi makan pagi, kais petang makan petang – [Ayat huraian – mengapa] menjadi simbol identiti sesebuah masyarakat – warisan bangsa turun-temurun – [Ayat contoh – bagaimana] pelbagai hasil kraf tangan negara meliputi tekstil, tenunan, ukiran dan anyaman – batik, songket, kain pua, bakul, tikar, labu sayong dan keris Isi 1 [Ayat topik – isi] punca produk kraf tangan kurang dibeli – harga yang mahal – [Ayat huraian – mengapa] penghasilan produk kraf memerlukan ketelitian dan kesabaran – [Ungkapan menarik] sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain – harga yang ditawarkan sesuai dengan nilai kehalusannya serta tahan lama – [Ungkapan menarik] alah membeli, menang memakai – tenunan songket dan kain pua dihasilkan dengan mengambil masa berbulan-bulan – [Ayat kesan – keburukan] mematikan minat pembeli dan penggemar kraf Isi 2 [Ayat topik – isi] kepentingan industri kraf – meningkatkan ekonomi pengusaha dan negara – [Ayat huraian – mengapa] pembelian produk kraf mendatangkan hasil kepada pengusaha – mengelakkan masalah kemiskinan tegar masyarakat pedalaman – [Ungkapan menarik] kais pagi makan pagi, kais petang makan petang – [Ayat kesan – kebaikan] wang ringgit dialirkan ke dalam negara – meningkatkan nilai Ringgit agar terus kukuh – memajukan ekonomi negara setaraf dengan negara maju – [Ungkapan menarik] duduk sama rendah, berdiri sama tinggi Isi 3 [Ayat topik – isi] langkah mempromosikan produk kraf tangan – [Ungkapan menarik] tak kenal maka tak cinta – penganjuran Hari Kraf Kebangsaan saban tahun – [Ayat huraian – mengapa] memperkenalkan produk kraf yang bemutu tinggi kepada masyarakat – [Ayat kesan – kebaikan] memberikan pilihan kepada pembeli – mewujudkan persaingan sihat kepada para pengusaha kraf – [Ayat contoh – bagaimana] pelbagai aktiviti dijalankan – jualan kraf, pameran kraf, demonstrasi kraf dan peragaan fesyen – disertai oleh pengusaha kraf dari seluruh negara (Murid menulis dua isi sahaja) Kesimpulan [Ayat harapan] kerjasama semua pihak amat diperlukan untuk memajukan industri kraf negara – [Ungkapan menarik] ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni – masyarakat perlu menyokong produk kraf dengan membelinya – [Ayat cadangan] generasi muda perlulah didedahkan dengan penghasilan kraf – pengusaha perlulah kreatif dalam mempelbagaikan fungsi kraf bukan sekadar hiasan semata-mata – warisan nenek moyang ini terus lestari – [Ungkapan menarik] tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 5-6.indd 51 20/09/2023 4:36 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
52 Sistem dan Aplikasi Bahasa Kertas 2 (Bahagian A) Morfologi Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan tiga kata kerja tak transitif. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata kerja tak transitif tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Industri paling tua di Kuala Sepetang, iaitu penghasilan arang daripada kayu bakau bukan sahaja rumit tetapi memerlukan kepakaran tenaga kerja yang khusus, unik dan mencabar. Untuk peringkat pertama dan kedua, kedua-dua peringkat ini bermula dengan pembakaran api besar dan api kecil selama 20 hari sebelum dapur berbentuk iglu itu ditutup sepenuhnya 10 hari lagi untuk proses penyejukan. Dalam tempoh itu, untuk peringkat ketiga, iaitu proses penyejukan ialah masa paling kritikal dan perlu dikawal rapi bagi memastikan arang di dalam relau tidak terbakar menjadi abu. (Dipetik dan diubah suai daripada “Kilang Arang, Industri Paling Tua di Kuala Sepetang” oleh Freddie Aziz Jasbindar, www.orangperak.com) [6 markah] Kata kerja tak transitif: (i) mencabar (ii) bermula (iii) berbentuk Jawapan lain: (iv) terbakar, (v) menjadi Ayat: (i) Pendakian ke puncak gunung itu lebih mencabar selepas sejam pendakian kerana perlu melalui pelbagai halangan yang sukar. (ii) Demam denggi bermula dengan demam panas, bintik-bintik merah di seluruh tubuh dan sakit sendi-sendi selepas lima hingga enam hari gigitan nyamuk. (iii) Menara Berkembar Petronas dikatakan berbentuk dua tongkol jagung. Sintaksis Baca petikan di bawah, kemudian bina enam ayat tanya yang lengkap dengan menggunakan kata tanya yang betul. Kata tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan frasa yang berhuruf condong. Industri desa wadah bagi penduduk desa untuk menghasilkan pelbagai jenis produk secara kecil-kecilan. Penghasilan produk kraf tangan dan makanan melalui kaedah tradisional telah diwarisi sejak zaman dahulu. Industri desa perlulah dimajukan kerana dapat meningkatkan pendapatan negara kita. Masyarakat seharusnya memberikan sokongan dan pengiktirafan terhadap produk tempatan. Para pengusaha boleh membangunkan industri desa melalui penimbaan ilmu pengetahuan dan kemahiran dari negara luar seperti Indonesia dan Thailand. Produk industri desa yang berkualiti dan menarik perlu dipasarkan di pasaran antarabangsa. (Dipetik dan diubah suai daripada “Kepentingan Pembangunan Industri Desa” oleh Thaarmaaraj a/l Ramanathan, Dewan Siswa, Bil. 1/2019) [6 markah] Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 5-6.indd 52 20/09/2023 4:36 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
53 (i) • Apakah wadah bagi penduduk desa untuk menghasilkan pelbagai jenis produk secara kecil-kecilan? • Wadah bagi penduduk desa untuk menghasilkan pelbagai jenis produk secara kecil-kecilan apa? (ii) • Bilakah penghasilan produk kraf tangan dan makanan melalui kaedah tradisional telah diwarisi? • Penghasilan produk kraf tangan dan makanan melalui kaedah tradisional telah diwarisi bila? (iii) • Mengapakah industri desa perlulah dimajukan? • Industri desa perlulah dimajukan mengapa? (iv) • Siapakah seharusnya memberikan sokongan dan pengiktirafan terhadap produk tempatan? • Seharusnya memberikan sokongan dan pengiktirafan terhadap produk tempatan siapa? (v) • Bagaimanakah para pengusaha boleh membangunkan industri desa? • Para pengusaha boleh membangunkan industri desa bagaimana? (vi) • Di manakah produk industri desa yang berkualiti dan menarik perlu dipasarkan? • Produk industri desa yang berkualiti dan menarik perlu dipasarkan di mana? Penyuntingan Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin bahan-bahan tersebut. Bahan 1 Industri global semasa mempamirkan pertumbuhan yang lembap, kemusnahan nilai dan pasaran terbuka yang lebih tercabar hingga terpaksa bersaing dengan syarikat bertaraf antarabangsa. Peningkatan prodaktiviti yang tinggi menghasilkan rantaian bekalan yang luas untuk memacu penumbuhan ekonomi. Setiap peringkat dalam rantaian pembekalan ini mempunyai nilai tambah yang mampu diagihkan kepada beribu industri kecil yang lain. (Dipetik dan diubah suai daripada “Mendayakan Sektor Automotif’ oleh Shahrin Ramli, Dewan Ekonomi, Bil. 9/2018) [6 markah] Bahan 2 Kerajaan berusaha untuk mensasarkan agenda negara bagi memastikan sektor industri utama masih berada pada kedudukan yang signifi kan sebagai satu daripada sektor penyumbang utama kepada pendapatan eksport negara, selain daripada sektor elektrik dan elektronik serta sektor petroleum dan gas. Dengan nilai pemasaran yang kekal positif dan semakin berkembang kini, peserta industri perabut kayu perlu memanfaatkan sepenuhnya peluang yang ada untuk menghasilkan pulangan yang mewah. (Dipetik dan diubah suai daripada “Inisiatif Memperkasakan Sektor Perkayuan” oleh Mohd. Hassan Mehran, Dewan Ekonomi, Bil. 9/2018) [5 markah] Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 5-6.indd 53 20/09/2023 4:36 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
54 Bahan 1: (i) mempamirkan – mempamerkan (ii) tercabar – mencabar (iii) prodaktiviti – produktiviti (iv) penumbuhan – pertumbuhan (v) pembekalan – bekalan (vi) beribu – beribu-ribu Bahan 2: (i) mensasarkan – menyasarkan (ii) selain daripada – selain (iii) pemasaran – pasaran (iv) perabut – perabot (v) mewah – lumayan Pemahaman Kertas 2 (Bahagian B) Petikan Sastera Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Setelah beberapa purnama tertangguh, akhirnya saya merasakan sekelumit ilmu yang mengisi dada saya sudah mampu membolehkan saya berjuang sebagai warga kota besar yang agung itu. Kepada bonda, saya sampaikan hasrat untuk membina kehidupan yang lebih sempurna di ibu kota. Tanah desa halaman ini tidak lagi dapat menjanjikan masa depan saya lebih terurus. Saya perlukan kerjaya yang terjamin dan ekonomi yang stabil untuk merancang kehidupan masa depan saya. Bonda tersenyum melihat saya tidak sabar untuk meninggalkan bumi kelahiran saya ini. “Mel, bonda merestui kamu untuk berhijrah ke ibu kota. Tetapi, ingatlah pesan bonda supaya menjaga dua perkara. Perintah agama jangan sesekali kamu abaikan. Agama itu baju peribadi bangsa kita. Akidah yang kukuh menjadi akar yang menunjang pohon kebenaran. Islam merupakan panduan hidup.[Sii]Peliharalah bahasa ibunda kita kerana itulah sahaja warisan kita yang tinggal. Bahasa jiwa bangsa. Bangsa yang bijak tidak akan membuang bahasanya walau apa-apa alasan sekalipun.” (Dipetik daripada cerpen “Munsyi” oleh Husna Nazri, dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia) Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 5-6.indd 54 20/09/2023 4:36 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
55 Bahan 2 Syair untuk Si Jantung Hati 1 Duhai anakanda si jantung hati, Ayuh dengarkan pesanan sakti, [Sii] Hidup di dunia taburlah bakti, Kumpul pahala syurga menanti. 2 [Sii] Usah abaikan ayahanda dan bonda, Kasih dan sayang tiada akhirnya, [Sii] Patuhi mereka selagi hayatnya, Kelak hidupmu pasti bahagia. 3 Hidup remaja asyik berkawan, Sahabat taulan yang didambakan, Sukar dibeza kawan dan lawan, [Sii] Haruslah bijak buat pilihan. 4 Usia remaja sarat khayalan, [Sii] Usahlah leka dengan hiburan, Dunia yang fana banyak dugaan, Tersilap langkah binasalah badan. 5 [Sii] Manfaatkan usia ketika remaja, Usah dilengah masa yang ada, [Sii] Timbalah ilmu selagi terdaya, Untuk jaminan hidup berjaya. 6 Si jantung hati kasih didamba, [Sii] Junjung agama kelek budaya, Jadilah rakyat banyak berjasa, Harum cemerlang nusa dan bangsa. Aida Ahmad Shah Alam, Selangor Dewan Siswa, Bil. 9/2018 (i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud Timbalah ilmu selagi terdaya. [2 markah] [Maksud] ... tuntutlah/carilah pengetahuan selagi termampu/berkeupayaan/berkemampuan (ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan pesanan-pesanan ibu bapa kepada anak. [3 markah] [Pesanan] Bahan 1: jangan mengabaikan perintah agama/... memelihara bahasa ibunda/Bahan 2: ... membuat kebaikan/jasa di dunia/... tidak mengabaikan ibu bapa/... mematuhi perintah ibu bapa/... bijak memilih rakan/... jangan lalai dengan hiburan/... memanfaatkan usia remaja/... menuntut ilmu selagi termampu (iii) Kebanyakan golongan muda mahu berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan walaupun terdapat pelbagai jenis pekerjaan yang boleh dilakukan di kampung. Pada pandangan anda, apakah keburukan-keburukan penghijrahan golongan muda ke bandar? KBAT Menilai [3 markah] [Apa – keburukan] ... ibu bapa kesunyian/hidup terabai/... tanah pertanian tidak dikerjakan/terbazir/ ... tenaga kerja di kampung berkurangan/... terdedah kepada pengaruh masalah sosial/jenayah/ ... peningkatan kos hidup/... menyebabkan kepadatan penduduk di bandar (iv) Anda seorang lulusan daripada pendidikan berasaskan latihan teknikal dan vokasional. Setelah tamat pengajian, anda ingin membuka perusahaan kerepek dan kek di kampung bagi membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat desa. Pada pandangan anda, apakah faktor-faktor yang mendorong anda membuka perusahaan itu di kawasan kampung? KBAT Menilai [4 markah] [Apa – faktor] ... bekalan bahan mentah yang mencukupi/... tenaga kerja yang banyak/murah/... kemudahan asas/bekalan air dan elektrik yang mencukupi/... sewa tapak yang murah/... lokasi pemasaran yang strategik/... kurang persaingan Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 5-6.indd 55 20/09/2023 4:36 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
56 Rumusan Kertas 2 (Bahagian C) Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Pernah mencuba beberapa pekerjaan termasuk menjadi nelayan dan tukang rumah, akhirnya Nordin Ismail kembali bekerja dengan bapanya yang mengusahakan pembuatan arang kayu. Menurut Nordin, walaupun kampung itu pernah terkenal dengan perusahaan arang kayu, namun kini industri itu berdepan dengan cabaran, termasuklah[A1]kebanyakan arang kayu dihasilkan secara moden di kilang-kilang. Tambahan pula,[A2]generasi muda langsung tidak berminat melakukan kerja itu yang panas dan kotor, apatah lagi untuk mengambil alih perusahaan keluarga. Gok-gok yang dimilikinya dipindahkan dari tapak asal yang tidak jauh dari rumahnya ke kawasan kira-kira dua kilometer dari petempatan kerana[A3]masalah asap pembakaran mengganggu keselesaan penduduk. Selain itu, kekangan yang dihadapi perusahaan arang kayu ialah[A4]setiap kitaran membuat arang kayu memakan masa agak lama. Hal ini dikatakan demikian kerana proses pembuatan arang kayu mengambil masa selama kira-kira 17 hari, iaitu kayu dibakar di dalam gok selama 15 hari dan dibiarkan sejuk selama dua hari sebelum proses pembungkusan dan pemasaran dilakukan Walaupun harga arang tidak semahal bahan bakar yang lain, namun pengeluarannya perlu dipertahankan kerana sejak dahulu lagi[B1]arang kayu menjadi bahan bakar untuk memasak kerana aroma yang dihasilkan amat berbeza. Setiap pekerjaan ada cabarannya, begitu juga dengan Nordin. Beliau pernah beberapa kali mengalami kerugian apabila arangnya rosak berikutan[A5]kawasan tempat pemprosesan arang kayu dilanda banjir pada musim tengkujuh. (Dipetik dan diubah suai daripada “Panas dan Kotor, Arang Sumber Eezeki” oleh Wan Zuratikah Iffah Wan Zulkifl i, www.bernama.com, 2 Januari 2019) • gok – tempat membakar batu-bata • tengkujuh – musim hujan (lebat) Bahan 2 Setelah hampir lapan dekad, arang kayu bakau Kuala Sepetang dianggap antara yang terbaik di Asia. Permintaan arang kayu dari luar negara agak tinggi terutama di Jepun dan Korea Selatan kerana harganya secara pukal boleh mencecah sehingga RM3000 setan. Di Jepun, dengan teknologi yang lebih moden dan canggih, arang kayu dikomersialkan secara meluas dalam pelbagai industri, antaranya sebagai[B2]salah satu bahan yang digunakan untuk penghasilan ubat gigi, sabun dan alat kosmetik. Memasang arang bukan suatu kerja yang mudah kerana[A6]pembakaran perlu dikawal 24 jam sehari bagi memastikan tiada kebocoran pada dinding relau. Selain itu,[A7]kerja-kerja mengangkut kayu bakau merentasi laut dan sungai juga dari tapak penebangan ke kilang juga merupakan antara tugas yang mencabar. (Dipetik dan diubah suai daripada “Jepun Komersial Arang Hasil Ubat Gigi, Kosmetik” oleh Azhar Ahmad, Kosmo!, 20 Ogos 2019) Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 5-6.indd 56 20/09/2023 4:36 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
57 Bahan 3 Fungsi Arang Kayu dalam Tanaman [B3]Arang kayu menjadi tempat bakteria pengurai kerana memiliki jutaan rongga untuk didiami mikroorganisma. [B5]Kandungan potasium dalam arang kayu menyuburkan tanah yang kurang nutrien hingga menyuburkan tanaman. [B4]Arang kayu memiliki keupayaan menyerap air yang berlebihan dalam tanah supaya akar tanaman tidak rosak. [B6]Arang kayu juga berfungsi melambatkan pertumbuhan rumput yang boleh mengganggu tanaman utama. Pendahuluan Rumusan membincangkan cabaran-cabaran/masalah-masalah/halangan-halangan/kekangan-kekangan perusahaan arang kayu dan fungsi-fungsi/peranan-peranan/kegunaan-kegunaan/faedah-faedah/manfaatmanfaat arang kayu. Fokus 1 (Cabaran perusahaan arang kayu) A1 kebanyakan arang kayu dihasilkan secara moden di kilang-kilang (B1) A2 generasi muda langsung tidak berminat melakukan kerja itu yang panas dan kotor (B1) A3 masalah asap pembakaran mengganggu keselesaan penduduk (B1) A4 setiap kitaran membuat arang kayu memakan masa agak lama (B1) A5 kawasan tempat pemprosesan arang kayu dilanda banjir pada musim tengkujuh (B1) A6 pembakaran perlu dikawal 24 jam sehari (B2) A7 kerja-kerja mengangkut kayu bakau merentasi laut dan sungai juga dari tapak penebangan ke kilang (B2) Fokus 2 (Fungsi arang kayu) B1 arang kayu menjadi bahan bakar untuk memasak (B1) B2 salah satu bahan yang digunakan untuk penghasilan ubat gigi, sabun dan alat kosmetik (B2) B3 arang kayu menjadi tempat bakteria pengurai (B3) B4 arang kayu memiliki keupayaan menyerap air yang berlebihan di dalam tanah (B3) B5 kandungan potasium dalam arang kayu menyuburkan tanah yang kurang nutrien (B3) Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 5-6.indd 57 20/09/2023 4:36 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
58 B6 arang kayu juga berfungsi melambatkan pertumbuhan rumput yang boleh mengganggu tanaman utama (B3) Kesimpulan Kesimpulannya, perusahaan arang kayu perlulah dimajukan/dibangunkan/diteruskan supaya dapat menjanakan pertumbuhan ekonomi negara dan rakyat. Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 5-6.indd 58 20/09/2023 4:36 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
59 Kemahiran Mendengar dan Bertutur SP 1.4.1 Menyampaikan pendapat tentang sesuatu perkara dalam perbualan santai secara bertatasusila. Praktis 1 Baca bahan di bawah dengan teliti. Kemudian, kenal pasti dan tulis faedah-faedah melancong kepada seseorang. Bahan 1 Faedah Melancong kepada Seseorang [1]Menenangkan fi kiran [2]Menyemarakkan patriotisme [3]Mengenali budaya warisan [4]Menghargai alam sekitar Bahan 2 Pantun Mari Melancong 1 Burung belibis meningkah merbah, 4 Pokok berangan di rumah Minang, Mencari makan di buluh betung; Tumbuhnya rendang jaraknya dekat; Dari Perlis hingga Sabah, Pelancong bertandang ekonomi meningkat. Tarikan pelancongan tidak terhitung. Kempen pelancongan giat dicanang, 2 Makan losong di tepi tangga, 5 Petik pegaga di tepi kolam, Makan dengan anak teruna; Waktu pagi membawa raga; Mari melancong dengan keluarga, Kebersihan dijaga lestari alam, [5]Eratkan hubungan harmoni terbina. Dipandang tinggi imej terjaga. 3 Duduk di ambin menjamah kari, 6 Burung pedada membuat sarang, Daging lembu berdaun maman; Malang didaki si ular mura; Makan angin ke serata negeri, Usah teroka ke tempat orang, [6]Bertambah ilmu luas pengalaman. Kelak rugi ditanggung negara. Sumber: Internet Tema 6 Dunia Pelancongan Praktis PBD Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 5-6.indd 59 20/09/2023 4:36 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
60 FAEDAH-FAEDAH MELANCONG KEPADA SESEORANG 1 Menenangkan fi kiran (B1) 2 Menyemarakkan patriotisme (B1) 3 Mengenali budaya warisan (B1) 4 Menghargai alam sekitar (B1) 5 Mengeratkan hubungan menjadi harmoni (B2) 6 Menambahkan ilmu dan pengalaman (B2) TP Praktis 2 Berdasarkan jawapan di atas, sila sampaikan pendapat anda tentang faedah-faedah melancong kepada seseorang. Salam sejahtera saya ucapkan. Pada hari ini, saya akan membincangkan faedah melancong kepada seseorang. Pada pendapat saya, seseorang dapat menenangkan fi kiran dengan melancong. Hakikatnya, masyarakat zaman moden dibebani dengan tugas dan masalah yang pelbagai. Jadi, dengan melancong ke hutan atau ke pantai sudah tentu dapat melepaskan bebanan yang membelenggu fi kiran. Sebagai contoh, seseorang boleh melancong ke Tanah Tinggi Cameron untuk menikmati kehijauan panorama ladang teh sambil menghidup udara segar. Kesannya, seseorang dapat meningkatkan produktiviti kerja selepas pulang dari melancong. Tambahan pula, kehidupan seseorang lebih ceria dan gembira kerana hati lebih tenang. Tegasnya, melancong dapat menenangkan fi kiran seseorang. Pada pandangan saya pula, seseorang yang melakukan aktiviti melancong dapat menyemarakkan patriotisme dalam sanubari. Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat destinasi pelancongan yang mengimbau sejarah negara dan perjuangan bangsa untuk mempertahankan negara. Sebagai contoh, melancong ke Kota A Famosa, Melaka dapat meningkatkan semangat cinta akan negara kerana dengan mengunjunginya seseorang sudah tentu mengimbau penjajahan Portugis ke Melaka sekali gus meranapkan ketamadunan Kesultanan Melayu Melaka. Impaknya, seseorang dapat mengambil iktibar daripada kejadian itu agar pisang tidak berbuah dua kali. Bukan itu sahaja, seseorang juga lebih bertanggungjawab untuk menjaga maruah dan kedaulatan tanah air yang tercinta ini. Pendek kata, melancong dapat menyemarakkan patriotisme. (Satu isi cukup bagi setiap individu andai dihurai dengan baik) (Cadangan jawapan bagi pendapat lain: Rujuk Buklet Jawapan pada muka surat 11 – 12) TP Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 5-6.indd 60 20/09/2023 4:36 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
61 Karangan Respons Terhad Kertas 1 (Bahagian A) Petikan dan grafi k di bawah menunjukkan maklumat berkaitan sektor pelancongan negara. Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang sektor pelancongan negara. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Praktis Berformat SPM Lirik Lagu “Cuti-cuti Malaysia” Malaysia yang kupuja, Di desa juga di kota, Mari nikmati semua, Cuti-cuti Malaysia. Pohon-pohon melambai, Terkenang desa yang permai, Keluarga sahabat handai, Mari beramai-ramai. (Dipetik daripada https://www.lyricsmode.com/ lyrics/s/siti_nurhaliza/cuti_cuti_malaysia.html) [30 markah] Sumber: Internet Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 5-6.indd 61 20/09/2023 4:36 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
62 Pendahuluan [Ayat rangsangan – isu] rakyat Malaysia amat gemar melancong – menambahkan ilmu dan pengalaman – [Ungkapan menarik] jauh perjalanan luas pandangan – [Ayat huraian – mengapa] memilih destinasi luar negara – tarikan yang berbeza berbanding dengan negara sendiri – iklim dan budaya – kemampuan masyarakat dari segi kewangan membolehkan mereka [Ungkapan menarik] makan angin di luar negara – kempen pelancongan kurang berkesan – negara tumpuan pelancong di Asia Tenggara ialah Indonesia dan Thailand Isi 1 [Ayat topik – isi] tarikan pelancongan di Malaysia – keindahan alam semula jadi seperti pantai – [Ayat contoh – bagaimana] Pantai Cenang di Langkawi dan Pantai Port Dickson – kebudayaan masyarakat desa – makanan tradisional, permainan tradisional dan adat istiadat – bangunan [Ungkapan menarik] pencakar langit di bandar – Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas – [Ayat huraian – mengapa] pelbagai destinasi pilihan pelancong – [Ungkapan menarik] rambut sama hitam, hati lain-lain Isi 2 [Ayat topik – isi] langkah menggalakkan sektor pelancongan negara – kerajaan memperuntukkan dana kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya – [Ayat huraian – mengapa] perencanaan yang dibuat dapat dilakukan dengan sempurna – [Ungkapan menarik] ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras – [Ayat contoh – bagaimana] RM90 juta diperuntukkan untuk aktiviti atau promosi berkaitan dengan promosi – Tahun Melawat Malaysia 2020 yang menekankan pelancongan domestik Isi 3 [Ayat topik – isi] impak industri pelancongan negara – meningkatkan pembangunan ekonomi agar lebih mampan – [Ayat huraian – mengapa] pelancong berbelanja di dalam negara – Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat ke tahap yang lebih baik – kadar guna tenaga dapat ditingkatkan – [Ayat kesan – kebaikan] mewujudkan peluang pekerjaan – memajukan negara agar setaraf dengan negara maju – [Ungkapan menarik] duduk sama rendah, berdiri sama tinggi (Murid menulis dua isi sahaja) Kesimpulan [Ayat kesimpulan] sektor pelancongan negara memberikan keuntungan kepada rakyat dan negara – kerjasama semua pihak perlulah untuk memajukan sektor pelancongan negara – [Ungkapan menarik] ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni – [Ayat cadangan] masyarakat perlulah melancong di dalam negara – [Ungkapan menarik] slogan, Malaysia, segala-galanya ada di sini – [Ayat harapan] semoga Malaysia mampu menjadi destinasi pelancongan dunia yang tersohor dengan identiti sendiri Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 5-6.indd 62 20/09/2023 4:36 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
63 Sistem dan Aplikasi Bahasa Kertas 2 (Bahagian A) Morfologi Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan dua kata kerja transitif aktif dan dua kata kerja transitif pasif. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Industri pelancongan sudah diketahui oleh umum sebagai sektor yang menyumbangkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Untuk memperkasakan sektor pelancongan domestik, lebih banyak tenaga mahir dan berpengalaman luas diperlukan oleh Malaysia dari semasa ke semasa. Selaras dengan perkembangan itu, pelbagai program pengajian yang berkaitan dengan bidang perhotelan dan pelancongan ditawarkan oleh banyak institusi pengajian tinggi sama ada awam mahupun swasta, khusus bagi mereka yang berhasrat untuk mendalami bidang tersebut. (Dipetik dan diubah suai daripada “Segmen Hospitaliti Sokong Sektor Pelancongan” oleh Muhammad Hadi, Dewan Ekonomi, Bil. 12/2018) [8 markah] Kata kerja transitif aktif: (i) menyumbangkan (ii) memperkasakan Jawapan lain: (iii) mendalami Kata kerja transitif pasif: (i) diketahui (ii) diperlukan Jawapan lain: (iii) ditawarkan Ayat (kata kerja transitif aktif): (i) Beberapa orang anak muda telah menyumbangkan tenaga semasa membina jambatan yang runtuh itu. (ii) Usaha Dewan Bahasa dan Pustaka untuk memperkasakan bahasa kebangsaan perlulah mendapat sokongan daripada semua pihak. Ayat (kata kerja transitif pasif): (i) Berita bahawa anak Pak Kasim ditangkap semalam telah diketahui oleh orang kampung dengan begitu pantasnya. (ii) Tiga orang pekerja diperlukan untuk mengisi kekosongan jawatan tukang masak di restoran itu. Jawapan lain: Ayat (Kata kerja transitif aktif): (iii) Mereka perlu membaca dan mengkaji buku Sejarah Melayu untuk mendalami pengetahuan tentang sejarah Melaka. Ayat (Kata kerja transitif pasif): (iii) Abang telah ditawarkan oleh Universiti Malaya untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana. Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 5-6.indd 63 20/09/2023 4:36 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
64 Sintaksis Baca petikan di bawah, kemudian kenal pasti dan tulis pola bagi ayat-ayat yang bergaris sama ada Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS). Anda perlu menulis jawapan mengikut contoh seperti di bawah. Pola Ayat: Frasa Nama + Frasa Sendi Nama Frasa Nama: Taman Negara Kuala Tahan Frasa Sendi Nama: antara hutan simpan paling tua di dunia Taman Negara Kuala Tahan, Pahang antara hutan simpan paling tua di dunia. Usianya lebih tua daripada hutan hujan tropika Amazon di Brazil. Selain pengunjung tempatan, taman negara ini sering menjadi pilihan pelancong asing seperti Belanda, Jerman, Perancis dan Itali sebagai destinasi percutian mereka. Mereka ke sini sekitar Julai hingga Ogos, iaitu ketika musim panas di Eropah. Aktiviti yang menanti pengunjung ialah aktiviti merentas hutan, menelurusi sungai dan berkelah di Lata Berkoh. Dalam perjalanan ke Lata Berkoh, penulis singgah sebentar di tebing Sungai Tahan untuk melihat pokok tualang bersaiz gergasi yang dipercayai berusia 700 tahun. (Dipetik dan diubah suai daripada “Destinasi Ekopelancongan Terbaik” oleh Zubir Mohd Yunus, Berita Harian Online, 12 Januari 2017) [6 markah] (i) Pola Ayat: Frasa Nama + Frasa Adjektif Frasa Nama: Usianya Frasa Adjektif: lebih tua daripada hutan hujan tropika Amazon di Brazil (ii) Pola Ayat: Frasa Nama + Frasa Sendi Nama Frasa Nama: Mereka Frasa Sendi Nama: ke sini sekitar Julai hingga Ogos, iaitu ketika musim panas di Eropah (iii) Pola Ayat: Frasa Nama + Frasa Nama Frasa Nama: Aktiviti yang menanti pengunjung Frasa Nama: ialah aktiviti merentas hutan, menelusuri sungai dan berkelah di Lata Berkoh Bahasa Melayu Standard Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Hatta maka hari pun malamlah. Maka Kertala Sari pun masuk mencuri pula sebuah rumah saudagar yang lain. Setelah sudah banyaklah ia beroleh harta, maka ia pun kembali pada tempatnya pula. Dengan demikian habislah segala harta saudagar yang kaya-kaya itu dicurinya. Maka segala saudagar dan orang kaya-kaya itu pun masuk menghadap raja berdatang sembah, “Ya tuanku, patik mohonkan ampun, adapun patik sekalian ini habis kecurian tinggal sehelai sepinggang.” (Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan” dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia) [4 markah] Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 5-6.indd 64 20/09/2023 4:36 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
65 Setelah itu hari pun menjelang malam. Oleh itu, Kertala Sari pun masuk mencuri pula sebuah rumah saudagar yang lain. Setelah memperoleh harta yang banyak lalu Kertala Sari pun pulang ke tempatnya. Dengan demikian, semua harta saudagar yang kaya-kaya itu habis dicuri oleh Kertala Sari. Kemudian, semua saudagar dan orang kaya-kaya itu pun menghadap raja lalu mengangkat sembah, “Ya tuanku, patik memohon ampun, perihal patik semua ini habis dicuri, tinggal hanya pakaian di tubuh sahaja.” Peribahasa Dialog di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan tiga peribahasa sahaja, kemudian bina satu ayat bagi setiap peribahasa tersebut. Fatimah : Minggu lepas, saya sekeluarga telah pergi ke Hutan Lipur Sungai Congkak. Keadaan di sana amat menyedihkan. Hati saya bagai kaca terhempas ke batu. Amira : Betulkah begitu, Fatimah? Shohibul : Betul, Amira. Banyak prasarana yang disediakan telah dirosakkan dan diconteng. Mereka tidak menghargai kemudahan sebaliknya merosakkannya pula. Sikap mereka ini seperti kera mendapat bunga. Fatimah : Bukan sahaja perlakuan vandalisme, sampah sarap pula terdapat di mana-mana. Sepatutnya, ibu bapa perlulah menunjukkan contoh kepada anak-anak agar menjaga kebersihan kawasan rekreasi bak kata orang tua-tua, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Amira : Tanggungjawab dan kesedaran menjaga tempat awam perlulah dididik sejak kecil seperti peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya. [6 markah] Peribahasa: (i) Bagai kaca terhempas ke batu (ii) Seperti kera mendapat bunga (iii) Bagaimana acuan begitulah kuihnya Jawapan lain: (iv) Melentur buluh biarlah dari rebungnya Ayat: (i) Hati Mak Minah amat kecewa bagai kaca terhempas ke batu apabila mendapat tahu anak tunggalnya terlibat dalam gejala penagihan dadah. (ii) Sikap Hazman seperti kera mendapat bunga kerana suka merosakkan pintu tandas di sekolahnya. (iii) Tiga orang anak doktor itu suka membaca buku seperti ayahnya kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Jawapan lain: (iv) Ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak tentang amalan kebersihan diri sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 5-6.indd 65 20/09/2023 4:36 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
66 Pemahaman Kertas 2 (Bahagian B) Petikan Umum Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Malaysia akan terus mengembangkan sektor pelancongan dalam usaha untuk[Sii]meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan pendapatan negara. Hal ini selaras dengan komitmen kerajaan untuk memberikan tumpuan yang lebih kepada ekonomi bagi memastikan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatatkan peningkatan yang signifi kan. Kawasan ekopelancongan merupakan destinasi tarikan pengunjung yang berorientasikan keindahan alam semula jadi. Pada masa yang sama, aktiviti ekopelancongan[Sii]memberikan faedah kepada penduduk setempat seperti peluang pekerjaan dan kemudahan yang disediakan. Pelbagai aktiviti menarik yang ditawarkan kepada pengunjung dalam usaha memberikan maklumat yang berkaitan dengan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan fl ora dan fauna kepada masyarakat umum.[Sii]Pelawat berpeluang untuk menambah pengetahuan tentang habitat dan kehidupan haiwan. (Dipetik dan diubah suai daripada “Ekopelancongan sebagai Sumber Pendapatan Negara” oleh Shahrin Ramli, Dewan Ekonomi, Bil. 12/2018) Bahan 2 Pada masa ini, industri pelancongan di Malaysia menunjukkan perkembangan positif dan keadaan ini menyumbang kepada pendapatan negara. Dalam konteks ini, industri pelancongan menjadi mangkin pertumbuhan dan penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Agropelancongan merupakan subsektor pelancongan yang dibangunkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan telah dikomersialkan sebagai produk pelancongan. Fokus negara kepada pembangunan aktiviti pertanian membuka lembaran baharu bagi sektor pelancongan, khususnya aktiviti agropelancongan. Keadaan ini[Sii]menyediakan banyak peluang pekerjaan di samping menambahkan pendapatan petani. Secara tidak langsung, kerajaan dapat[Sii]mengurangkan kebergantungan negara terhadap makanan import. (Dipetik dan diubah suai daripada “Agropelancongan Memperkasakan Ekonomi Negara” oleh Siti Noorisa Abdul Khlil, Dewan Ekonomi, Bil. 3/2018) (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud mencatatkan peningkatan. [2 markah] [Maksud] ... merekodkan/menunjukkan/memperlihatkan pertambahan/perkembangan (ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan kepentingan memajukan industri ekopelancongan dan agropelancongan. [3 markah] [Persamaan] Bahan 1: ... meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan pendapatan negara/Bahan 2: ... menyumbang kepada pendapatan negara/... menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat [Perbezaan] Bahan 1: ... penduduk setempat dapat menggunakan kemudahan yang disediakan Bahan 2: ... menambahkan pendapatan petani Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 5-6.indd 66 20/09/2023 4:36 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
67 (iii) Aktiviti melancong di dalam negara banyak memberikan faedah kepada pelancong. Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah yang diperoleh seseorang pelancong melalui aktiviti ini? KBAT Menilai [4 markah] [Apa – faedah] ... mempelajari budaya masyarakat di sesebuah tempat/... melepaskan tekanan/ ... mengeratkan hubungan kekeluargaan/... menyemai semangat patriotik/... menambahkan pengalaman hidup (iv) Anda telah pergi melancong ke salah satu destinasi pelancongan di dalam hutan. Malangnya, percutian anda itu tidak seperti yang disangkakan kerana banyak kemusnahan fl ora dan fauna yang telah berlaku. Tambahan pula, tempat itu kekurangan kemudahan asas. Hal ini telah menyebabkan tarikan pelancongan di situ tidak begitu kuat. Sekiranya anda menjadi Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, cadangkan langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk menjadikan tempat itu terus dilawati oleh pelancong. KBAT Mengaplikasi [4 markah] [Langkah] ... mewartakannya sebagai kawasan hutan simpan/... memperuntukkan dana bagi menambahkan kemudahan di kawasan itu/... mengiklankan/mempromosikan tempat itu sebagai destinasi pelancongan/ ... menjalinkan usaha sama dengan renjer hutan/... menggalakkan orang awam membuat laporan tentang pemusnahan hutan Novel Jawapan bagi soalan yang berikut hendaklah berdasarkan novel Tingkatan 4. (i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Entah mengapa, mimpi-mimpi yang dialami oleh Raiha tentang Doktor Uwang sejak kebelakangan ini, bukan lagi membawanya ke alam yang indah seperti sewaktu dia masih menuntut di institusi pengajian tinggi dahulu. Sebaliknya, membawanya ke alam ngeri. Penuh dengan manusia yang terkena infeksi. Yang pasti, sejak saat diarahkan menangani operasi ke atas Unong Siron itu tadi lagi, dia diselubungi oleh semacam rasa ngeri dan takut yang amat sangat. Kemungkinan infeksi terjadi setelah operasi, amat menakutkan Raiha. Begitu juga sebarang kegagalan yang mungkin mampu membunuh semangatnya yang rapuh itu. Begitu juga kaum daripada jantina yang berbeza dengannya, yang sentiasa mencabarnya, sekali gus membuatkan Raiha terkenang kembali kenangan pahitnya bersama-sama Doktor Sadiz. Begitu juga kematian yang mampu meragut nyawa orang yang tersayang. (Dipetik daripada novel Pantai Kasih oleh Azmah Nordin, Kementerian Pendidikan Malaysia) Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 5-6.indd 67 20/09/2023 4:36 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
68 Nyatakan punca-punca yang menjadikan Raiha berasa sangat takut. [4 markah] ... mimpi ke alam ngeri yang penuh dengan manusia yang terkena infeksi/... kemungkinan infeksi terjadi setelah operasi/... sebarang kegagalan yang mungkin mampu membunuh semangatnya yang rapuh itu/ ... kaum daripada jantina yang berbeza dengannya, yang sentiasa mencabarnya/... kematian yang mampu meragut nyawa orang yang tersayang (ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib (b) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin (c) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor (d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin Dalam sebuah novel, selain watak utama terdapat banyak watak sampingan. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan dua perwatakan watak sampingan yang telah ditetapkan seperti di bawah. Novel Watak Sampingan (i) Leftenan Adnan Wira Bangsa Pak Saidi (ii) Di Sebalik Dinara Aqram (iii) Jendela Menghadap Jalan Danel (iv) Pantai Kasih Doktor Uwang [6 markah] Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa • Seorang yang gigih dalam bekerja. Contohnya, Pak Saidi gigih bekerja sebagai pesawah dan penoreh getah pada satu masa untuk menyara kehidupan keluarganya. • Seorang yang berani menghadapi musuh. Contohnya, Pak Saidi berani menghadapi tentera Jepun yang datang ke rumahnya untuk membunuhnya dan tidak melarikan diri. • Seorang yang bertanggungjawab terhadap anak-anak. Contohnya, Pak Saidi bertanggungjawab dalam memberikan pendidikan Inggeris kepada anak-anak supaya menjamin masa hadapan. (Cadangan jawapan bagi novel-novel lain: Rujuk Buklet Jawapan pada muka surat 13 – 14) Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 5-6.indd 68 20/09/2023 4:36 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
69 Rumusan Kertas 2 (Bahagian C) Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Ekopelancongan memang sudah menjadi trend semasa dalam industri pelancongan. Namun, bagi Malaysia, sudah sampai masanya kerajaan melihat sumber ekopelancongan negara dijaga dengan baik dari semua aspek. Sehubungan dengan itu,[A1]kerajaan perlu membabitkan aspek pembangunan lestari dan mengatasi pencemaran sebagai langkah membangunkan ekopelancongan negara. Di samping itu,[A2]Persatuan Pencinta Alam (MNS) sendiri banyak melatih penduduk tempatan mengenai ekopelancongan, antaranya dengan membabitkan masyarakat orang Asli sebagai penjaga burung enggang di Royal Belum. Di sana terdapat 10 spesies burung enggang di hutan Royal Belum yang boleh menarik pelancong dunia dan orang Asli dilatih menyokong aktiviti ekopelancongan yang lestari. Susulan itu,[A3]kawalan bilangan pengunjung perlu menjadi perhatian penting bagi menjamin kelestarian ekopelancongan negara. Walau bagaimanapun, MNS tidak sesekali menolak bahawa ekopelancongan[B1]mampu menjamin pekerjaan atau pendapatan penduduk luar bandar. Hal ini dikatakan demikian kerana kelestarian kepelbagaian biologi, selain perkhidmatan ekosistem hutan lainnya terbukti memberikan manfaat kepada manusia, antaranya dapat[B2]mengelakkan kepupusan hidupan dan kelestariannya. Namun,[A4]Malaysia perlu bersedia dengan peruntukan bagi penyelenggaraan destinasi utama ekopelancongan. Contohnya, lokasi tarikan di Taman Negara perlu disediakan infrastruktur yang mesra pengunjung tanpa merosakkan lantai hutan serta fl ora dan fauna. Selain itu,[A5]pemantauan berterusan menerusi nasihat pakar dan badan bukan kerajaan (NGO) berwibawa juga perlu ada untuk memastikan pelancongan Malaysia bukan sahaja bertaraf dunia, malah kelestarian yang ada dijaga sepenuhnya. (Dipetik dan diubah suai daripada “Manfaat Kepelbagaian Biologi Pacu Ekopelancongan” oleh Ahmad Ismail, Berita Harian, 2 Januari 2021) • ekopelancongan – pelancongan yang berasaskan sumber dan pemeliharaan alam semula jadi seperti fl ora, fauna, pantai, tasik dan sungai • kelestarian – keaslian Bahan 2 Ekopelancongan ialah salah satu bentuk pelancongan lestari yang membolehkan pelancong menghayati alam semula jadi. Dalam usaha menggalakkan ekopelancongan,[A6]semua rakyat Malaysia hendaklah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi membasmi pandemik COVID-19. Antara aktiviti yang dibenarkan ialah zoo, kebun, akuarium, taman rekreasi dan taman warisan semula jadi. Penekanan kerajaan terhadap ekopelancongan akan[B3]membantu pemain industri itu mengatasi kegawatan ekonomi. Dalam pada itu, hal ini akan memberikan peluang kepada mereka untuk[B4]mendidik para pengunjung mengenai betapa pentingnya memelihara alam sekitar. Dengan[A7]pengurangan yuran masuk ke destinasi ekopelancongan oleh kerajaan seperti taman-taman negara,[B5]rakyat lebih mudah berehat dan melepaskan tekanan melalui aktiviti berjoging, bersenam dan mendaki bukit. (Dipetik dan diubah suai daripada “Ekopelancongan Bantu Pulih Ekonomi” oleh Amanda Yeo, Utusan Malaysia, 29 Mac 2021) Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 5-6.indd 69 20/09/2023 4:36 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
70 Bahan 3 Pantun Terokailah Alam Semula Jadi Malaysia 1 Baju kebaya berbenang kencana, Sulaman berbunga bertambah seri; Malaysia kaya fl ora dan fauna, Marilah dijaga biar lestari. 2 Pelam matang dibuat jeruk, Letak gula elok bertimbang; Pelancong bertandang segenap ceruk, [B6]Ekonomi negara pasti berkembang. 3 Burung merbah di batang padi, Terbang ke danau hinggap di rotan; Nikmati indah alam semula jadi, Gamitan hijau gunung dan hutan. 4 Anak kedidi di dahan angsana, Tempat pipit diserang lebah; Rajin mengkaji fl ora dan fauna, [B7]Ilmu sedikit luas bertambah. Sumber: Internet Pendahuluan Rumusan membincangkan langkah-langkah/usaha-usaha/cara-cara/strategi-strategi/inisiatif-inisiatif/kaedahkaedah/pendekatan-pendekatan meningkatkan ekopelancongan negara dan kepentingan-kepentingan/ faedah-faedah/manfaat-manfaat/kebaikan-kebaikan/kelebihan-kelebihan ekopelancongan. Fokus 1 (Langkah membangunkan ekopelancongan negara) A1 kerajaan perlu membabitkan aspek pembangunan lestari dan mengatasi pencemaran (B1) A2 Persatuan Pencinta Alam (MNS) sendiri banyak melatih penduduk tempatan mengenai ekopelancongan (B1) A3 kawalan bilangan pengunjung perlu menjadi perhatian penting (B1) A4 Malaysia perlu bersedia dengan peruntukan bagi penyelenggaraan destinasi utama ekopelancongan (B1) A5 pemantauan berterusan menerusi nasihat pakar dan badan bukan kerajaan (NGO) berwibawa juga perlu ada (B1) A6 semua rakyat Malaysia hendaklah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) (B2) A7 pengurangan yuran masuk ke destinasi ekopelancongan oleh kerajaan (B2) Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 5-6.indd 70 20/09/2023 4:36 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
71 Fokus 2 (Kepentingan ekopelancongan) B1 mampu menjamin pekerjaan atau pendapatan penduduk luar bandar (B1) B2 mengelakkan kepupusan hidupan dan kelestariannya (B1) B3 membantu pemain industri itu mengatasi kegawatan ekonomi (B2) B4 mendidik para pengunjung mengenai betapa pentingnya memelihara alam sekitar (B2) B5 rakyat lebih mudah berehat dan melepaskan tekanan (B2) B6 ekonomi negara pasti berkembang (B3) B7 ilmu sedikit luas bertambah (B3) Kesimpulan Kesimpulannya, ekopelancongan haruslah dimajukan/disokong/dibangunkan supaya dapat menjadi tunjang pembangunan negara. Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 5-6.indd 71 20/09/2023 4:36 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
72 Kemahiran Membaca SP 2.3.2 Membaca untuk membanding beza maklumat daripada pelbagai bahan teks dengan betul. Praktis 1 Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian garis faktor-faktor yang mendorong jenayah siber berleluasa. Bahan 1 Menurut laporan daripada Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF), Malaysia menduduki tempat kedua di Asia bagi isu buli siber yang berlaku dalam kalangan remaja pada tahun 2021. Hal ini menunjukkan bahawa kes buli siber semakin mengundang masalah di negara ini. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi seperti media sosial secara meluas telah mencetuskan masalah buli siber dan tingkah laku toksik bukan sahaja dalam kalangan remaja, malah turut melibatkan golongan dewasa. Pelaku buli siber berasa sunyi dan menginginkan perhatian. Hal ini disebabkan oleh kurangnya kasih sayang daripada ahli keluarga. Mereka juga datang dari keluarga yang bermasalah selain mahukan populariti hingga menyebabkan mereka terlibat dalam isu buli siber. Di Malaysia, kita kurang menguatkuasakan undang-undang jenayah siber. Diharapkan agar kerajaan dapat menyediakan langkah pencegahan awal sebagai persediaan tuntas pada masa akan datang. (Dipetik dan diubah suai daripada “Buli Siber: Malaysia Kedua Tertinggi di Asia” oleh Hafi zah Omar, Dewan Masyarakat, Bil. 3/2022) Tema 7 Demi Kedamaian Praktis PBD Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 7-8.indd 72 19/09/2023 4:15 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
73 Bahan 2 RM3 juta! Itu nilai kerugian tertinggi direkodkan di negara ini yang dialami seorang wanita di Kelapa Batas, Pulau Pinang selepas diperdayakan oleh kekasih sibernya. Mangsa mengalami kerugian besar selepas terpedaya dengan janji manis penjenayah siber. Malah, pelbagai modus operandi digunakan oleh anggota sindiket untuk mendekati mangsa dengan memanfaatkan kecanggihan maklumat dan komunikasi terkini. Dalam kebanyakan kes yang dilaporkan sebelum ini, kebanyakan mangsa didapati mengalami sindrom kesunyian seterusnya mencuba nasib mencari cinta di alam maya. Selain itu, paparan imej profi l bertubuh sasa dan tampan berjaya memperdayakan sasaran. Bayangkan, kehebatan mereka berkomunikasi di alam maya dengan hanya bermodalkan gambar profi l palsu mampu menipu ramai gadis dan wanita. (Dipetik dan diubah suai daripada “Waspada ‘Jerat Cinta’ Alam Siber” oleh Hardi Effendi Yaccob, Berita Harian, 1 Julai 2019) TP Praktis 2 Berdasarkan jawapan yang digariskan pada Praktis 1, lengkapkan carta perbandingan di bawah. Persamaan 1 penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara meluas (B1)/ kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi (B2) 2 berasa sunyi dan menginginkan perhatian (B1) / mangsa didapati mengalami sindrom kesunyian (B2) Perbezaan Bahan 1 Bahan 2 1 datang daripada keluarga yang bermasalah 2 mahukan populariti 3 kurang menguatkuasakan undang-undang jenayah siber 1 terpedaya dengan janji manis 2 paparan imej profi l bertubuh sasa dan tampan 3 kehebatan mereka berkomunikasi di alam maya TP Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 7-8.indd 73 19/09/2023 4:15 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
74 Karangan Respons Terbuka Kertas 1 (Bahagian B) Domain Awam Pelbagai bentuk bantuan kemanusiaan untuk membantu mangsa bencana alam diberikan oleh segenap lapisan masyarakat di negara kita. Orang awam bersama-sama badan bukan kerajaan (NGO) terbabit dalam menjayakan aktiviti ini sepanjang tahun, sama ada mangsa dan bencana berlaku di dalam atau di luar negara. Tujuan utama bantuan adalah untuk menyelamatkan nyawa, meringankan penderitaan dan membantu mangsa dari segi psikologi. (Dipetik dan diubah suai daripada Berita Harian Online, 15 April 2017) Petikan akhbar di atas menyatakan tujuan bantuan kepada mangsa bencana alam. Oleh itu, bencana alam yang terjadi di seluruh dunia seperti gempa bumi, banjir, tsunami dan ribut taufan menyebabkan mangsa memerlukan bantuan. Jelaskan bentuk-bentuk bantuan yang boleh dihulurkan kepada mangsa bencana alam. Panjangnya karangan anda hendaklah antara 350 hingga 500 patah perkataan. [70 markah] Pendahuluan [Ayat rangsangan – isu] bencana alam ialah satu kejadian semula jadi mahupun yang disebabkan oleh aktiviti manusia yang tidak terkawal – bencana alam secara semula jadi ialah banjir, kemarau, gempa bumi, tsunami dan letusan gunung berapi – bencana alam yang disebabkan oleh aktiviti manusia ialah banjir kilat dan kejadian tanah runtuh – [Ayat huraian – mengapa] pemanasan global yang berlaku di seluruh dunia mempengaruhi kejadian bencana alam – aktiviti manusia seperti penarahan lereng bukit, pembalakan secara haram dan pembuangan sampah sarap ke dalam saliran menyebabkan berlakunya kekerapan bencana alam – [Ayat contoh – bagaimana] banjir di Kuala Kerai, Kelantan pada tahun 2014 telah menyebabkan kerugian kepada mangsa – tsunami yang berlaku di Banda Aceh, Indonesia pada tahun 2004 menyebabkan kematian dan kecederaan – memberikan bantuan kepada mangsa bencana alam – [Ungkapan menarik] berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya Isi 1 [Ayat topik – isi] memberikan bantuan keperluan asas kepada mangsa bencana alam – [Ayat huraian – mengapa] ketika bencana alam berlaku, mereka tidak dapat menyelamatkan harta benda selain diri sendiri – kejadian bencana alam seperti banjir menyebabkan mangsa tidak dapat membawa makanan dalam kuantiti yang banyak kerana mahu menyelamatkan diri – kejadian bencana alam seperti tsunami dan gempa bumi berlaku dalam sekelip mata – [Ayat contoh – bagaimana] makanan seperti beras, roti, biskut dan makanan di dalam tin menjadi keperluan utama ketika mereka ditimpa musibah – menyediakan air bersih yang telah diproses Praktis Berformat SPM Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 7-8.indd 74 19/09/2023 4:15 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
75 seperti air mineral – bencana banjir akan menyebabkan air tercemar dan tidak selamat untuk digunakan – memberikan keperluan untuk pakaian, selimut dan khemah kecil untuk keperluan mangsa bencana alam – [Ayat kesan – kebaikan] mengelakkan keputusan bekalan makanan kepada mangsa bencana alam – mengelakkan penularan wabak penyakit bawaan air seperti taun – [Ungkapan menarik] mencegah lebih baik daripada mengubati Isi 2 [Ayat topik – isi] memberikan bantuan perubatan kepada mangsa bencana alam – [Ayat huraian – mengapa] semasa bencana alam, banyak mangsa yang akan tercedera dan ditimpa kesakitan – mangsa gempa bumi dan tsunami kebiasaannya akan mengalami luka-luka akibat dihempap atau terkena sesuatu – mangsa banjir dan tsunami pula terdedah kepada penyakit bawaan air hingga alergi, selesema, demam dan batuk-batuk – bencana alam seperti kemarau menyebabkan mangsa kekurangan sumber air bersih – wabak penyakit amat mudah merebak kepada mangsa bencana alam – [Ayat contoh – bagaimana] menyediakan kit rawatan kecemasan yang mengandungi ubat-ubatan dan peralatan bantuan kecemasan yang mudah – ubat-ubatan yang mudah seperti ubat batuk, pil dan ubat sapu boleh disediakan kepada mangsa bencana alam – menghantar pasukan perubatan seperti doktor dan jururawat untuk memberikan perkhidmatan kesihatan kepada mangsa bencana alam – [Ungkapan menarik] tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima – [Ayat kesan – kebaikan] menjamin kesihatan mangsa bencana alam daripada penyakit – mengelakkan perkembangan wabak penyakit yang boleh mengancam nyawa Isi 3 [Ayat topik – isi] menghantar bantuan kemanusiaan kepada mangsa bencana alam – [Ayat huraian – mengapa] bencana alam seperti banjir, banjir kilat, tanah runtuh menyebabkan rumah mangsa akan dipenuhi lumpur dan tanah – bencana alam seperti tsunami menyebabkan rumah mangsa akan mengalami kerosakan yang teruk – proses pembersihan amat rumit dan mengambil masa kerana mangsa bencana alam kekurangan tenaga kerja, lebih-lebih lagi golongan tua – [Ayat contoh – bagaimana] rumah yang rosak dan runtuh perlulah dibina semula dengan menggunakan kepakaran sendiri – sukarelawan dapat menghulurkan tenaga dalam proses pemindahan mangsa ke pusat pengumpulan yang lebih selamat – menyediakan tenaga kerja dan sukarelawan untuk membersihkan rumah daripada lumpur – sukarelawan yang pandai dalam bidang pertukangan boleh membaiki kerosakan rumah mangsa bencana alam – [Ayat kesan – kebaikan] menyebabkan kerja yang sukar menjadi mudah jika dilakukan secara bekerjasama – [Ungkapan menarik] berat sama dipikul, ringan sama dijinjing – mengelakkan orang yang tidak bertanggungjawab seperti pencuri dan tukang rumah mengambil kesempatan – [Ungkapan menarik] menahan lukah di pergentingan Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 7-8.indd 75 19/09/2023 4:15 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
76 Kesimpulan [Ayat cadangan] mangsa bencana alam perlulah dibantu bagi meringankan beban yang ditanggungnya – [Ayat harapan] barangkali sumbangan yang dihulurkan tidaklah mampu melenyapkan kedukaan mereka tetapi sekurang-kurangnya dapat meringankan beban mereka yang merasakan hidup ini tidak ada harapan lagi seperti peribahasa, [Ungkapan menarik] patah kemudi dengan bamnya akan kembali bersinar – mengeratkan hubungan antara negara melalui penghantaran sukarelawan – Malaysia menghantar misi bencana alam ke Banda Aceh, Indonesia ketika peristiwa hitam tahun 2004 – membentuk nilai-nilai murni seperti keprihatinan dan kesyukuran kepada anggota sukarelawan setelah membantu mangsa bencana alam – [Ayat penegasan] alam kita semakin tua dan dimamah usia – alam memerlukan penjagaan yang rapi sama seperti warga tua – kemarahan alam akan menyebabkan hidupan di muka bumi akan terkena bahananya Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 7-8.indd 76 19/09/2023 4:15 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
77 Sistem dan Aplikasi Bahasa Kertas 2 (Bahagian A) Morfologi Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan empat kata adjektif. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata adjektif tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Kemajuan teknologi datang bersama ancaman baharu dan peningkatan bilangan ancaman seperti buli siber. Menurut Microsoft Global Youth Online Behaviour Survey (2012), Malaysia berada di tempat ke-17 paling tinggi kes buli siber dalam kalangan 25 buah negara yang ditinjau. Pembuli akan menghantar e-mel atau pesanan teks dengan kata-kata kesat atau mengugut. Selain itu, mereka menggunakan laman web untuk menilai rakan sebaya sebagai paling buruk. Tambahan pula, pembuli akan menanam perasaan benci terhadap orang lain menggunakan maklumat palsu dalam talian. Oleh itu, ibu bapa perlulah memantau aktiviti Internet anak-anak setiap masa. (Dipetik dan diubah suai daripada “Membendung Buli Siber” oleh Dr. Nazeli Hamzah, Mymetro, 9 Ogos 2017) [8 markah] Kata adjektif: (i) baharu (ii) tinggi (iii) kesat (iv) buruk Jawapan lain: (v) benci Ayat: (i) Abang membeli rumah baharu setelah menyelesaikan hutang rumah pertama. (ii) Bangunan Merdeka 118 akan menjadi bangunan paling tinggi di negara kita apabila siap pada tahun 2021. (iii) Cikgu Aini tersinggung oleh kata-kata kesat yang dilemparkan oleh murid itu. (iv) Rumah buruk di hujung kampung kami telah rebah selepas dilanda ribut semalam Jawapan lain: (v) Filem “Leftenan Adnan” ingin menanamkan perasaan benci akan penjajah. Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 7-8.indd 77 19/09/2023 4:15 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
78 Sintaksis Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian tukarkan ayat bersusunan biasa yang bergaris kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya. Pada musim cuti persekolahan, kejadian lemas semasa mandi di pantai, di kolam renang atau aktiviti perkhemahan sekolah sering berlaku. Kurang waspada ketika berada di tempat yang berair menjadi faktor kejadian lemas. Turut menjadi faktor kejadian lemas tiada pendidikan serta kesedaran mengenai keselamatan air. Angka kematian boleh dibendung jika semua pihak didedahkan dengan ilmu keselamatan air. Melalui artikel di akhbar, Datuk Lee Lam Thye, Ahli Majlis Keselamatan Aktiviti Air melahirkan kebimbangan terhadap kematian lemas dalam kalangan murid sekolah. Beliau mengesyorkan agar setiap sekolah di Malaysia untuk mengadakan kempen keselamatan air. (Dipetik dan diubah suai daripada “Ilmu Keselamatan di Air” oleh Fazurawati Che Lah, Harian Metro, 12 Jun 2017) [6 markah] (i) Menjadi faktor kejadian lemas kurang waspada ketika berada di tempat yang berair. (ii) • Boleh dibendung angka kematian jika semua pihak didedahkan dengan ilmu keselamatan air. • Jika semua pihak didedahkan dengan ilmu keselamatan air, boleh dibendung angka kematian. (iii) Mengesyorkan agar setiap sekolah di Malaysia untuk mengadakan kempen keselamatan air beliau. Penyuntingan Bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin bahan tersebut. Profesyen kedoktoran kini semakin mencabar kerana tidak lagi terhad di hospital, pusat kesihatan atau misi perubatan tertentu sahaja. Mereka boleh dipanggil pada bila masa untuk bertugas di kawasan malapetaka. Bantuan kesukarelawanan yang sangat mencabar ini memerlukan berbagai persiapan secukupnya. Pelbagai bentuk bantuan kemanusiaan, kecemasan dan perubatan untuk membantu mangsa bencana alam, kemalangan dan mangsa peperangan boleh masyarakat berikan. Bantuan itu termasuk persediaan keperluan asas, kewangan, kesihatan serta perubatan, khidmad kaunseling, kepakaran menyelamat, bantuan melindungi dan tempat tinggal. (Dipetik dan diubah suai daripada “Suburkan Budaya Kesukarelawan Misi Kemanusiaan” oleh Profesor Dr. Azizi Ayob, Berita Harian Online, 30 September 2017) Untuk tujuan pembelajaran Imbas kod QR untuk muat turun la� han tambahan Sistem dan Aplikasi Bahasa (Penyun� ngan). Praktis Ekstra 2 Praktis Ekstra Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 7-8.indd 78 19/09/2023 4:15 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
79 [9 markah] (i) Profesyen – Profesion (ii) di – pada (iii) bila – bila-bila (iv) malapetaka – bencana (v) berbagai – berbagai-bagai/pelbagai (vi) masyarakat berikan – diberikan oleh masyarakat (vii) persediaan – penyediaan (viii) khidmad – khidmat (ix) melindungi – perlindungan Peribahasa Petikan di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan tiga peribahasa sahaja, kemudian berikan maksud peribahasa tersebut. Aina mempunyai seorang rakan lelaki yang pendiam. Benarlah kata orang tua-tua, air yang tenang, jangan disangka tiada buaya. Rakannya itu telah menyamar sebagai pegawai mahkamah hingga berjaya menipu Aina yang malang itu. Hal ini telah menyebabkan rakannya itu bagai itik mendapat air kerana memperoleh wang dalam sekelip mata. Apabila disoal siasat oleh pihak polis, Aina mengatakan bahawa dia tidak tahu sebab hingga terdorong untuk memasukkan RM30 000 ke dalam akaun penjenayah itu. Pegawai polis menafi kan hal itu kerana menurutnya kalau tiada angin bertiup, masakan pokok bergoyang. Namun, sepandai-pandai tupai melompat, sekali akan gawal juga kerana penjenayah yang licik itu telah dapat diberkas oleh pihak polis. [6 markah] (i) Peribahasa: Air yang tenang, jangan disangka tiada buaya Maksud peribahasa: Orang yang pendiam, jangan dipermudah (disangka tiada berani) (ii) Peribahasa: Bagai itik mendapat air Maksud peribahasa: Kegembiraan yang amat sangat kerana beroleh sesuatu yang disukai (iii) Peribahasa: Kalau tiada angin bertiup, masakan pokok bergoyang Maksud peribahasa: Sesuatu yang terjadi tentu ada sebabnya Jawapan lain: Peribahasa: Sepandai-pandai tupai melompat, sekali akan gawal juga Maksud: Sepandai-pandai orang, sekali akan salah juga berbuatannya Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 7-8.indd 79 19/09/2023 4:15 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
80 Pemahaman Kertas 2 (Bahagian B) Petikan Sastera Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Hakim perlu membina sebuah reban tertutup. Dia memulakan segala kerja, menebang pokok dan meratakan tanah, berlori-lori tanah telah diangkut untuk menambak kawasan yang memang rendah dan berair itu.[Sii]Wang simpanannya hampir habis di situ. Kos pembinaan sebuah reban ayam tertutup dengan sistem penyaman udara dan peralatan memberi makanan semiautomatik melebihi dua ratus ribu ringgit. Hakim sudah[Sii]beberapa kali turun naik tangga bank untuk berbincang tentang pinjaman projek pertanian. [Sii]Kertas kerja sudah beberapa kali dipinda sehingga akhirnya pinjaman diluluskan. Pinjaman sebanyak itu[Sii]memerlukan cagaran dan dia tidak ada harta yang lain selain tanah Pak Kaduk yang baru ditebusnya dengan susah payah. Mujurlah seorang Yang Berhormat sanggup campur tangan dan memujuk pihak bank untuk meluluskan pinjamannya. Dengan pertolongan itu terbinalah sebuah reban yang boleh memuatkan sepuluh ribu ekor ayam. Hakim menandatangani kontrak dengan pihak RAJA. Maka jadilah dia seorang petani moden merangkap anak muda yang berjasa kepada nusa dan bangsa dengan menyumbang ke arah penambahan pengeluaran makanan negara. (Dipetik daripada cerpen “Kaduk, Ayam dan Raja” oleh Zurinah Hassan dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia) Bahan 2 Lambaian Laut pada Juragan Lemah gemalai meniti arus angin menyulam lembut menyapa keluh-kesah mendendangkan lagu harapan saat melangkah berbekal doa [Sii] tika mencari lubuk yang belum pasti tempatnya. [Sii] Ombak menerjah maut menanti bagaikan semangat kental menelusuri bebatu karang dan menyemarak bebuih kecil yang penuh misteri. Jejaring dilabuhkan [Sii] keringat mengalir pada ruang harapan di bawah mentari rezeki. Teriakan juragan bagaikan petanda kepuasan membawa pulang sepulau harapan pada yang menanti di daratan. Inilah kisah juragan Meninggalkan seribu kenangan di lautan. CT Aminah Azman Sri Aman, Sarawak Tunas Cipta, Oktober 2016 Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 7-8.indd 80 19/09/2023 4:15 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
81 (i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud keringat mengalir. [2 markah] [Maksud] ... peluh meleleh (ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pekerja. [3 markah] [Cabaran] Bahan 1: ... wang simpanannya hampir habis/... beberapa kali turun naik tangga bank untuk berbincang tentang pinjaman projek pertanian/... kertas kerja sudah beberapa kali dipinda/... terpaksa mencagarkan tanah/Bahan 2: ... tidak pasti dengan rezeki yang diperoleh/... terpaksa berjuang dengan maut/kematian/... bermandi peluh/keringat (iii) Sektor pertanian giat dimajukan di Malaysia kerana terdapat pelbagai faktor penggalak. Pada pandangan anda, apakah faktor-faktor yang menggalakkan sektor pertanian dimajukan di negara kita? KBAT Menilai [4 markah] [Apa – faktor] ... tanah yang subur/... iklim/cuaca yang sesuai/... tenaga buruh yang banyak/murah/ ... penyediaan kemudahan asas/... bantuan/sokongan kerajaan kepada petani/... pasaran yang luas/ permintaan yang tinggi (iv) Abang anda seorang lulusan kejuruteraan. Selepas tamat pengajian, dia tidak mahu bekerja sebagai jurutera sebaliknya mahu menjadi usahawan tani. Tindakan abang anda itu telah mendapat tentangan daripada ibu bapa anda. Menurut ibu anda, peluang pekerjaan sebagai jurutera lebih menjamin masa hadapan. Namun, abang anda pula mahu menambahkan pengeluaran makanan negara. Pada pandangan anda, apakah kepentingan-kepentingan usaha menambahkan pengeluaran makanan negara? KBAT Menilai [4 markah] [Apa – kepentingan] ... mengelakkan kebergantungan kepada negara lain/... meningkatkan ekonomi negara melalui eksport/... mengelakkan pengaliran wang ke negara lain/menjimatkan perbelanjaan negara/ ... menampung permintaan rakyat yang semakin bertambah/... menggalakkan perkembangan teknologi pertanian Novel Jawapan bagi soalan yang berikut hendaklah berdasarkan novel Tingkatan 4. (i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Serentak dengan itu, cermin tingkap kereta diketuk. Azraai melihat dua orang lelaki berkaca mata hitam sedang berdiri di luar. Azraai menjadi serba salah. Patutkah cermin tingkap kereta diturunkan? Siapakah mereka itu? Mereka mengetuk cermin tingkap kereta sekali lagi tetapi kali ini dengan muncung pistol yang diacukan tepat ke wajah Azraai. Tiada pilihan lain. Cermin tingkap kereta diturunkan. “Kau duduk diam-diam. Kami akan bawa Farisha. Jangan ikut dan jangan sekali-kali lapor kepada pihak polis. Kalau kau degil, kau tak akan jumpa lagi adik kau hidup-hidup!” Amaran daripada lelaki yang memegang pistol. Rakan di sebelahnya menyelukkan tangan ke dalam kereta dan membuka kunci pintu. (Dipetik daripada novel Di Sebalik Dinara oleh Dayang Noor, Kementerian Pendidikan Malaysia) Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 7-8.indd 81 19/09/2023 4:15 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
82 Nyatakan arahan-arahan yang diberikan oleh dua orang penjenayah kepada Azraai. [4 markah] ... menyuruh Azraai duduk diam-diam/... mereka akan membawa Farisha/... jangan mengikut mereka/ ... jangan sekali-kali melaporkannya kepada pihak polis/... kalau Azraai degil, Azraai tidak akan berjumpa lagi dengan adiknya hidup-hidup (ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib (b) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin (c) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor (d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan cara watak utama menyelesaikan dua konflik yang dihadapinya. [6 markah] Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa • Adnan diejek oleh rakan-rakannya kerana mahu menyertai pertandingan syarahan bahasa Inggeris di sekolahnya. Oleh itu, Adnan telah berlatih dengan bersungguh-sungguh di hadapan ibu bapanya dan di hadapan cermin hingga berjaya memperoleh tempat pertama. • Leftenan Adnan mendapat tahu bahawa Jepun akan menyerang Singapura. Oleh itu, Leftenan Adnan telah menghantar isterinya, Sophia dan anak-anaknya pulang ke kampung halaman di Sungai Ramal demi menjamin keselamatan mereka. Novel Jendela Menghadap Jalan • Lili diminta oleh ibunya supaya menghabiskan cuti persekolahannya di kampung datuknya di Dungun, Terengganu. Oleh itu, Lili menurut sahaja cadangan ibunya supaya bercuti di kampung dan berpura-pura gembira walaupun hatinya berat untuk ke sana kerana dia bercadang untuk menghabiskan cuti persekolahannya di Kuala Lumpur. • Lili berasa kasihan dengan Che Jah yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga oleh suaminya, Seman. Oleh itu, Lili telah mendapatkan bantuan Kak Mimah untuk menasihati Che Jah agar melaporkan kes keganasan rumah tangganya kepada pihak polis. (Cadangan jawapan bagi novel-novel lain: Rujuk Buklet Jawapan pada muka surat 16 – 17) Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 7-8.indd 82 19/09/2023 4:15 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B