The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Penerbit Ilmu Bakti, 2023-12-08 02:38:56

Strategi A+ Ting 4 - Bahasa Melayu

Strategi A+ Ting 4 - BM_

133 Praktis 2 Baca petikan di bawah, kemudian cadangkan usaha-usaha pelbagai pihak untuk melestarikan kesenian tradisional dalam peta tulang ikan di bawah. Jangka hayat seni kebudayaan bakal lenyap 20 tahun lagi apabila generasi kini tidak lagi berminat untuk memeliharanya ekoran ledakan teknologi dan peredaran zaman. Sumber: Kosmo, 1 Ogos 2022 TP Pihak sekolah hendaklah mengadakan pertandingan atau persembahan kesenian tradisional. Kerajaan perlulah menyediakan dana untuk diberikan kepada para karyawan tradisional. Media massa mestilah membuat dokumentari tentang kesenian tradisional di negara ini. Pengusaha pelancongan seharusnya mempromosikan kesenian tradisional sebagai produk pelancongan. Ibu bapa haruslah mendedahkan anakanak tentang kesenian tradisional sejak kecil. Pengkarya kesenian tradisional wajar membuka bengkel dan latihan kepada generasi muda. Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 11-12.indd 133 20/09/2023 4:43 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


134 Karangan Respons Terbuka Kertas 1 (Bahagian B) Domain Awam “Sajian tradisi kian hilang gara-gara peribadi masyarakat sendiri. Seiring dengan perkembangan dunia yang mendedahkan kita kepada dunia luar, hal ini membuatkan masyarakat lebih gemar mencuba sajian moden yang berasal dari luar negara. Tidak keterlaluan sekiranya saya melihat orang kita sendiri tidak berbangga dengan makanan warisan. Pengenalan awal tentang sajian warisan mampu membuatkan generasi muda menghargai keunikan cita rasa dan selera warisan nenek moyang.” (Dipetik dan diubah suai daripada ucapan Profesor Madya Dr. Shahrim Karim, Harian Metro, 5 Jun 2019) Sebagai respons terhadap kandungan ucapan di atas, pelbagai langkah perlu diambil untuk memastikan generasi muda dapat menghargai kepelbagaian makanan tradisional seperti lauk-pauk, kuih-muih dan pencuci mulut. Bincangkan langkah-langkah tersebut. Panjangnya karangan anda hendaklah antara 350 hingga 500 patah perkataan. [70 markah] Pendahuluan [Ayat rangsangan – isu] Malaysia dikenali sebagai syurga makanan kerana mempunyai pelbagai makanan warisan nenek moyang – [Ayat huraian – mengapa] setiap kaum mempunyai makanan tradisional yang tersendiri sama ada lauk-pauk, kuih-muih dan pencuci mulut – rendang, nasi lemak, laksa, asam pedas, gulai tempoyak, tose, capati, kuih bulan, onde-onde, lepat pisang, bubur somsom dan banyak lagi – [Ayat contoh – bagaimana] pada tahun 2018, CNN Travel meletakkan hidangan asam laksa Penang sebagai antara 10 makanan warisan terbaik di dunia – makanan tradisional tidak diperturunkan resipi dan kaedah penyediaannya – generasi muda tidak mahu mempelajarinya – [Ayat arah – tugasan] langkah-langkah yang perlu dilaksanakan untuk memastikan generasi muda dapat menghargai kepelbagaian makanan ini Isi 1 [Ayat topik – isi] pihak kerajaan menguatkuasakan undang-undang berkaitan dengan makanan tradisional – [Ayat huraian – mengapa] makanan tradisional ialah sebahagian daripada budaya warisan yang perlu dikekalkan untuk dihargai oleh generasi akan datang – [Ayat contoh – bagaimana] Jabatan Warisan Negara sehingga kini mengisytiharkan 213 jenis makanan tradisional di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 – makanan ini tidak boleh diubah suai resipi asalnya bagi menjaga keasliannya – sesiapa yang didapati bersalah mengubah suai resipi perlulah dikenakan tindakan seperti denda dan menggantung lesen perniagaan – [Ayat kesan – kebaikan] generasi muda akan lebih peka terhadap kewujudan makanan tradisional Praktis Berformat SPM Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 11-12.indd 134 20/09/2023 4:43 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


135 Isi 2 [Ayat topik – isi] media massa menghebahkan kempen tentang makanan tradisional – [Ayat huraian – mengapa] perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh oleh segenap pihak media massa – kempen kesedaran amat penting untuk mengubah tindakan dan pemikiran masyarakat khususnya generasi muda – [Ungkapan menarik] mata pena lebih tajam daripada mata pedang – [Ayat contoh – bagaimana] televisyen menerbitkan dan menyiarkan rancangan dokumentari tentang makanan tradisional – majalah pelancongan dan masakan menulis artikel tentang resipi makanan tradisional – [Ayat kesan – kebaikan] menimbulkan kesedaran dan rasa tanggungjawab generasi muda – memupuk perasaan ingin mencuba makanan tradisional – [Ungkapan menarik] tak kenal maka tak cinta Isi 3 [Ayat topik – isi] ibu bapa mengajar anak-anak tentang makanan tradisional sejak kecil – [Ungkapan menarik] melentur buluh biarlah dari rebungnya – [Ayat huraian – mengapa] ibu bapa perlu memberikan contoh teladan yang baik dengan memilih makanan tradisional berbanding dengan makanan luar negara – [Ungkapan menarik] bagaimana acuan begitulah kuihnya – [Ayat contoh – bagaimana] menghidangkan makanan tradisional pada setiap kali majlis keraian – menyediakan makanan tradisional dengan anak-anak – mendedahkan makanan tradisional lebih dekat kepada anak-anak – menimba pengalaman dan kemahiran secara langsung daripada tunjuk ajar ibu bapa – [Ayat kesan – kebaikan] anak-anak akan lebih terdedah kepada pelbagai jenis masakan dan makanan warisan Kesimpulan [Ayat kesimpulan] usaha mengekalkan makanan tradisional memerlukan komitmen semua pihak – [Ungkapan menarik] ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni – [Ayat penegasan] langkah menggalakkannya tidak boleh dipanggul di atas bahu satu pihak sahaja kerana mendatangkan pelbagai manfaat kepada rakyat dan negara – [Ungkapan menarik] sambil menyelam minum air – [Ayat cadangan] mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat – sektor ini memerlukan pekerja mahir, separuh mahir dan tidak mahir – meningkatkan taraf hidup rakyat – mendapat hasil melalui jualan makanan di restoran, warung mahupun hotel – menjanakan ekonomi negara – menaikkan imej negara di persada dunia – mampu menjadi destinasi terkemuka negara melalui produk pelancongan makanan warisan – setaraf dengan negara lain di dunia yang mempunyai makanan yang menjadi identiti – [Ungkapan menarik] duduk sama rendah, berdiri sama tinggi Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 11-12.indd 135 20/09/2023 4:43 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


136 Sistem dan Aplikasi Bahasa Kertas 2 (Bahagian A) Morfologi Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan dua kata ganda tunggal dan dua kata ganda berimbuhan. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata ganda tunggal dan kata ganda berimbuhan tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Funtasy House Trick Art mempunyai 26 jenis lukisan tangan yang mampu menghasilkan gambar seakanakan objek hidup. Pelancong yang datang memuji-muji keindahannya selain turut sempat mengabadikan foto berlatarbelakangkan lukisan mural itu yang terdapat di situ untuk dijadikan kenang-kenangan. Ratarata pengunjung yang datang berpuas hati dan kagum akan kehalusan seni yang dihasilkan. Menurut salah seorang pelukis mural, lukisan yang terhasil mengimbau kenangan ketika kanak-kanak. Eric Lai yang aktif melukis mural sejak empat tahun lalu telah menghasilkan kira-kira 70 buah karya di sekitar bandar Ipoh. (Dipetik dan diubah suai daripada “Mural Lukisan 3D Gamit Pelancong Asing” oleh Balqis Jazimah Zahari, Berita Harian Online, 7 April 2017) [8 markah] Kata ganda tunggal: (i) rata-rata (ii) kanak-kanak Jawapan lain: (iii) kira-kira Kata ganda berimbuhan: (i) seakan-akan (ii) memuji-muji Jawapan lain: (iii) kenang-kenangan Ayat (Kata ganda tunggal): (i) Masyarakat yang tinggal di persisiran pantai itu rata-rata bekerja sebagai nelayan. (ii) Kecederaan yang melibatkan kanak-kanak di kawasan permainan boleh dicegah sekiranya ibu bapa mengawal anak-anak mereka dengan ketat. Ayat (Kata ganda berimbuhan): (i) Muka perempuan itu seakan-akan rakannya yang telah berpindah ke Kuala Lumpur. (ii) Pengetua memuji-muji kerajinan guru itu sehingga menyebabkannya tersipu-sipu malu. Jawapan lain: Ayat (kata ganda tunggal): (iii) Tetamu yang diundang untuk hadir ke majlis pertunangan kakak kira-kira dua ratus orang. Ayat (kata ganda berimbuhan): (iii) Setelah datuk meninggal dunia, fotonya menjadi kenang-kenangan buat kami sekeluarga. Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 11-12.indd 136 20/09/2023 4:43 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


137 Sintaksis Baca petikan di bawah, kemudian kenal pasti dan tulis pola ayat bagi ayat-ayat yang bergaris sama ada Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS). Anda perlu menulis jawapan mengikut contoh seperti di bawah. Pola Ayat: Frasa Nama + Frasa Nama Frasa Nama: Terarium Frasa Nama: ialah ekosistem miniatur tumbuhan yang diletakkan bunga dan hiasan comel sama ada dalam keadaan tertutup atau terbuka Terarium ialah ekosistem miniatur tumbuhan yang diletakkan bunga dan hiasan comel sama ada dalam keadaan tertutup atau terbuka. Pemilihan pokok perlu diteliti bagi memastikannya tahan lama. Pemilihan balang juga amat penting untuk membolehkan pokok membesar. Pembuatan terarium agak rumit terutamanya menanam lumut di celahan batu dan kayu. Oleh sebab minat, penggemarnya sanggup menghabiskan masa berjam-jam untuk menyiapkan satu terarium. Bekas terarium yang paling sesuai daripada kaca lut sinar supaya boleh dilihat dari luar. (Dipetik dan diubah suai daripada “Terarium Obesesi Nazrol Ikhwan” oleh Arziana Mohmad Azaman, Sinar Harian, 20 Februari 2020) [6 markah] (i) Pola Ayat: Frasa Nama + Kerja Frasa Nama: Pemilihan pokok Frasa Kerja: perlu diteliti bagi memastikannya tahan lama (ii) Pola Ayat: Frasa Nama + Frasa Adjektif Frasa Nama: Pembuatan terarium Frasa Adjektif: agak rumit terutamanya menanam lumut di celahan batu dan kayu (iii) Pola Ayat: Frasa Nama + Frasa Sendi Nama Frasa Nama: Bekas terrarium yang paling sesuai Frasa Sendi Nama: daripada kaca lut sinar supaya boleh dilihat dari luar Untuk tujuan pembelajaran Imbas kod QR untuk muat turun la� han tambahan Sistem dan Aplikasi Bahasa (Sintaksis). Praktis Ekstra 6 Praktis Ekstra Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 11-12.indd 137 20/09/2023 4:43 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


138 Penyuntingan Bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin bahan tersebut. Teknik urutan ialah kaedah alternetif untuk melancarkan aliran darah di dalam salur darah bagi kelegaan kesakitan. Urutan ialah seni yang digunakan oleh pelbagai bangsa sejak dari dahulu lagi. Sakit kepala boleh dilegakan dengan mengurut atau memicit bahagian bawah ibu jari tangan selama berapa minit. Teknik turutan di bahagian melengkung pada bawah telapak kaki dapat melegakan sakit pinggang. Urut perlahan-lahan di kawasan berkenaan dengan menggunakan jari dan minyak urutan bagi mengelakkan kulit melecur. Minyak kelapa berkahsiat untuk menyembuhkan luka yang terdapat pada kulit disamping menutup luka daripada kotoran yang boleh memburukan jangkitan. (Dipetik dan diubah suai daripada “Urut Lancarkan Aliran Darah” oleh Halina Mohd Noor, Berita Harian Online, 9 Januari 2016) [9 markah] (i) alternetif – alternatif (vi) melecur – melecet (ii) kelegaan – melegakan (vii) berkahsiat – berkhasiat (iii) sejak dari – sejak/dari (viii) disamping – di samping (iv) berapa – beberapa (ix) memburukan – memburukkan (v) turutan – urutan Peribahasa Petikan di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan tiga peribahasa sahaja, kemudian berikan maksud peribahasa tersebut. Sungguhpun alat muzik moden kian popular, caklempong masih mendapat tempat dalam kalangan penggemar muzik tradisional kerana yang lama dikelek, yang baharu didukung. Walaupun zaman berubah, caklempong masih dimainkan di majlis-majlis keraian ibarat peribahasa, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Untuk mengelakkannya pupus, generasi muda perlulah dididik untuk mempelajari caklempong kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Usaha melestarikannya perlulah dimainkan oleh semua pihak bak kata orang tua-tua, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. [6 markah] (i) Peribahasa: Yang lama dikelek, yang baharu didukung Maksud peribahasa: Adat yang lama tetap diamalkan di samping adat yang terbaharu (ii) Peribahasa: Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas Maksud peribahasa: Adat yang kekal/tidak berubah-ubah (iii) Peribahasa: Melentur buluh biarlah dari rebungnya Maksud peribahasa: Didikan/Ajaran perlulah bermula sejak kecil/masih muda Jawapan lain: (iv) Peribahasa: Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing Maksud peribahasa: Saling menolong ketika susah atau senang/Bermuafakat dalam melakukan kerja Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 11-12.indd 138 20/09/2023 4:43 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


139 Pemahaman Kertas 2 (Bahagian B) Petikan Umum Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Muzik tradisional caklempong dikatakan dibawa ke Tanah Melayu oleh masyarakat Minangkabau dari Sumatera Barat yang menetap di Negeri Sembilan seawal kurun ke-14. Masyarakat Minangkabau memanggil caklempong sebagai taklempong.[Sii]Dalam tradisi terdahulu, selain berhibur, caklempong turut memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian masyarakat Minang seperti[Sii]menyatupadukan penduduk setempat. [Sii]Caklempong dimainkan pada upacara pertabalan Yang Dipertuan Besar apabila persembahan itu dijadikan muzik iringan dan dimainkan untuk pelbagai tujuan antaranya dalam[Sii]upacara perkahwinan, perasmian, keraian, muzik iringan pencak silat dan tarian. (Dipetik dan diubah suai daripada “Konsert Caklempong Lebih Kreatif” oleh Nor Akmar Samudin, Harian Metro, 31 Mei 2016) Bahan 2 Wayang kulit dipersembahkan di panggung terbuka yang didirikan di kawasan lapang. Sebelum didirikan, dalang perlu mematuhi beberapa pantang larang, antaranya penentuan tinggi lantai dari bumi selain arah bahagian panggung ditentukan sama ada menghala matahari jatuh atau naik. Sebelum membuka persembahan, upacara berjamu atau memuja semangat membabitkan 25 jenis bahan antaranya sirih junjung, kemenyan, beras kunyit, sebiji kelapa dikupas dan sebagainya yang dipercayai membantu untuk menguatkan ingatan dalang bagi mengingati semua dialog yang bakal dituturkan.[Sii]Setiap persembahan wayang kulit bertujuan untuk memberikan hiburan dan[Sii]pengajaran kepada penonton selain[Sii]menghilangkan penat seharian tanpa ada unsur mistik yang mendatangkan khurafat. Warisan ini perlulah dihargai oleh generasi muda. (Dipetik dan diubah suai daripada “Mengenali Seni Wayang Kulit di Muzium Negara” oleh Bennie Zie Fauzi, Berita Harian Online, 11 Disember 2016) (i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud kawasan lapang. [2 markah] [Maksud] ... tempat/tapak/tanah luas/lega/tidak sempit (ii) Dengan merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan fungsi-fungsi caklempong dengan wayang kulit. [3 markah] [Persamaan] Bahan 1: ... berhibur/Bahan 2: memberikan hiburan [Perbezaan] Bahan 1: ... menyatupadukan penduduk setempat/... dimainkan pada upacara tertentu/ Bahan 2: ... memberikan pengajaran kepada penonton/... menghilangkan penat seharian Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 11-12.indd 139 20/09/2023 4:43 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


140 (iii) Seni budaya tradisional semakin dilupakan oleh masyarakat, khususnya generasi muda. Pada pendapat anda, apakah cabaran-cabaran untuk memperkenalkan seni budaya tradisional? KBAT Menilai [4 markah] [Apa – cabaran] ... kepesatan teknologi/pengaruh media massa/... kurang diajarkan/diturunkan kepada generasi muda/... pengaruh budaya luar/... tanggapan negatif masyarakat tentang seni budaya tradisional kolot/membosankan/... kekangan kos/modal (iv) Anda menyertai Kelab Kebudayaan di sekolah. Malangnya, tidak ramai ahli kelab yang berminat untuk belajar seni budaya tradisional seperti gamelan, tarian zapin dan dikir barat. Mereka lebih gemar mempelajari seni budaya moden. Sebagai seorang yang cinta akan seni budaya, cadangkan langkah-langkah untuk menarik minat generasi muda agar menghargai warisan tersebut. KBAT Mengaplikasi [4 markah] [Langkah] ... mempromosikan/mengiklankan kempen seni budaya tradisional/... mengadakan pameran/pertunjukan/persembahan budaya/... mengajar/mengadakan bengkel seni budaya tradisional kepada generasi muda/... menganjurkan pertandingan seni budaya tradisional/... mewujudkan subjek Seni dan Budaya di sekolah Petikan Sastera Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Tari Sumazau Terbang tinggi ukiran seni tangan menari sumazau bersemi baju tradisi indah berseri hitam memikat warisan negeri di bawah bayu terpelihara harmoni [Sii] membawa tarian seantero bumi lelaki wanita nampak serasi unik tersendiri budaya diwarisi. Berkampung dalam suasana damai Gunung Kinabalu gagah berani gong dipalu ikut menyanyi kulintangan menitik berkali-kali bermacam acara disambut menanti [Sii] kemeriahan masyarakat penuh memori [Sii] bersama nikmati tarian sejati [Sii] agar tidak tenggelam di muka bumi. Gabriel Kimjuan Taman Mutiara, Labuan Antologi Sajak Seni Budaya 19 Oktober 2017 Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 11-12.indd 140 20/09/2023 4:43 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


141 Bahan 2 Gurindam Seni Silat Warisan Bangsa Mengenal silat bermula minat, Tekun mendengar semua amanat. Persiapkan serangan sepanjang masa, Pinta kekuatan Yang Maha Kuasa. Ilmu bernilai dicurahkan guru, Supaya hidup tidak keliru. Buah silat amat berguna, Mudah dipelajari anak teruna. Dalamnya ilmu tiada terhingga, Jahil di dada usah berbangga. Tabahkan hati diri dicaci, Usah disimpan emosi benci. [Sii]Sifat berani dilatih sentiasa, Bukan mahu digelar perkasa. Silat menyerang laju dan kukuh, [Sii]Sampai rebah musuh yang angkuh. [Sii]Belajar silat teguhkan sabar, Pertahankan hak jangan dicabar. Sayangi silat budaya kita, Seperti menjaga segala harta. Muhammad Hisham Lee Pasir Gudang, Johor Dewan Siswa, Bil. 11/2019 (i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud bermula minat. [2 markah] [Maksud] ... berpunca/berpangkal/bercambah keinginan/kesukaan/kecenderungan (ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan faedah-faedah warisan seni budaya. [3 markah] [Faedah] Bahan 1: ... memperkenalkan budaya di seluruh negeri/... memeriahkan majlis/... tidak hilang/ terus kekal sampai bila-bila/Bahan 2: ... melatih sifat berani/... menewaskan musuh/... memperteguh sifat sabar (iii) Pemupukan seni budaya perlu bermula di sekolah demi meneruskan warisan bangsa. Pada pandangan anda, apakah aktiviti-aktiviti yang perlu dijalankan di sekolah untuk memupuk seni budaya? KBAT Mengaplikasi [3 markah] [Apa – aktiviti] ... pertandingan seni budaya/... persembahan kebudayaan/... penganjuran karnival/ekspo budaya/... penganjuran bengkel/seminar/... lawatan sambil belajar ke pusat kebudayaan (iv) Guru anda telah membahagikan kumpulan bagi menyiapkan buku skrap tentang seni budaya. Anda telah berbincang untuk memfokuskan tugasan tersebut tentang punca-punca yang menjadikan generasi muda kurang berminat untuk mempelajari budaya warisan. Pada pandangan anda, apakah punca-punca yang menjadikan keadaan itu berlaku? KBAT Menilai [4 markah] [Apa – punca] ... kepesatan teknologi/pengaruh media massa/... kurang diajarkan/diturunkan kepada generasi muda/... pengaruh budaya luar/... tanggapan negatif tentang seni budaya tradisional kolot/ membosankan/... kekangan kos/modal Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 11-12.indd 141 20/09/2023 4:43 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


142 Kemahiran Membaca SP 2.3.5 Membaca dan mengulas pandangan penulis secara rasional. Praktis 1 Teliti dan baca bahan-bahan di bawah, kemudian berikan ulasan tentang kepentingan-kepentingan penyelesaian isu yang dinyatakan. Bahan 1 – Pembalakan Haram Sarawak mencatatkan kes pembalakan haram tertinggi, iaitu sebanyak 93 kes setakat 31 Julai 2020. Menteri Tenaga dan Sumber Asli berkata, senarai ini diikuti oleh Sabah yang mencatatkan 37 kes pembalakan haram manakala 26 kes pembalakan haram dicatatkan di Semenanjung Malaysia dengan 184 kes. (Dipetik dan diubah suai daripada Utusan Malaysia, 20 September 2021) Berdasarkan bahan di atas, kepentingan penyelesaian isu yang dinyatakan termasuklah mengelakkan kejadian tanah runtuh . Selain itu, pokok dan hutan membekalkan oksigen kepada manusia dan haiwan . Bahan 2 – Jerebu Kebakaran akibat cuaca panas menyebabkan jerebu dikesan di beberapa negeri sekali gus menjadi punca indeks pencemaran udara (IPU) meningkat kepada tidak sihat. Kebakaran Hutan Simpan Kuala Langat Selatan dan Johan Setia, Klang antara punca IPU meningkat kepada tidak sihat. (Dipetik dan diubah suai daripada Berita Harian, 2 Mac 2021) Berdasarkan bahan di atas, kepentingan penyelesaian isu yang dinyatakan termasuklah mengelakkan masyarakat terkena penyakit seperti asma, sakit mata dan batuk-batuk . Selain itu, sektor pelancongan tidak akan terjejas kerana pelancong boleh melihat bangunan pencakar langit . Tema 13 Segalanya Bermula di Sini Praktis PBD TP Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 13-14.indd 142 20/09/2023 4:48 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


143 Praktis 2 Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan fokus bagi perkataan yang bergaris. Bahan 1 – Petikan Penerokaan hutan untuk pembalakan dan perladangan menyebabkan hidupan liar seperti harimau keluar dari habitat kerana diancam. Secara umumnya, radius atau jarak bagi hidupan liar bergerak ialah 100 sehingga 300 kilometer persegi. Selain itu, kekurangan makanan boleh memaksa haiwan liar keluar dari kawasan. Contohnya, harimau yang yang sakit boleh memilih alternatif makanan mudah berbanding dengan perilaku memburunya yang biasa. Pengamatan secara am menunjukkan bahawa konfl ik manusia dengan haiwan liar pada semua peringkat banyak dipengaruhi oleh konfl ik manusia dengan manusia juga menjadi sebab haiwan liar diancam kepupusan. Hal ini wujud kerana cara pihak mana yang lebih baik dan ideologi politik mana yang disokong. Permasalahan ini memerlukan penyelesaian secara menyeluruh. Semua pihak dalam pengurusan hidupan liar harus diberikan peluang untuk mengetengahkan permasalahan dan cadangan penyelesaian untuk menyelamatkan hidupan liar yang diancam kepupusan. Antaranya, pihak berkuasa perlu mempunyai kemahiran mengenal pasti nilai berkaitan dengan hidupan liar dan alam sekitar. Sebagai individu pula, kita perlu mengamalkan rasa empati dalam memberikan maklum balas atau sesuatu maklumat supaya dapat mengurangkan konfl ik dengan hidupan liar. Sementara itu, Presiden Pencinta Alam Malaysia (MNS), Prof. Dr. Ahmad Ismail berkata, cadangan kerajaan mengadakan koridor ekologi sepatutnya disambut baik dan disegerakan. Di samping itu, katanya program Central Forest Spines (CFS) boleh membantu menambah kawasan legar hidupan liar termasuk harimau Malaya untuk menyambung hutan utama di semenanjung. Kajian segera juga perlu dilakukan untuk pemuliharaan haiwan yang kritikal populasinya. Bukan itu sahaja, pengkaji yang berwibawa perlu dilantik dan diselaraskan daripada semua aspek kajian bagi mencapai matlamat pemuliharaan. Kempen berterusan bersama-sama NGO seperti MNS perlu bagi meningkatkan kesedaran awam dan mendapat sokongan semua pihak termasuk badan korporat dalam usaha pemuliharaan hidupan liar itu. (Dipetik dan diubah suai daripada “Ancaman Hidupan Liar Tuntut Kerjasama Banyak Pihak” oleh Nas Norziela, Berita Harian, 18 Januari 2020) sebab sebab sebab usaha usaha usaha usaha usaha usaha Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 13-14.indd 143 20/09/2023 4:48 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


144 Pantun Kepupusan Haiwan Liar Berehat petani di pohon sena, Lalang diusung selepas ditebas; Hutan dihuni fl ora dan fauna, Saling bergantung hidup bebas. Gugur ke akar mangga manis, Dimakan terus bersama guru; Haiwan liar pelbagai jenis, Semakin pupus ditembak pemburu. Air diberi di dalam takar, Segar dihirup si gadis sunti; Haiwan pun lari hutan terbakar, Ada yang hidup ada yang mati. Tumbuh gelam di pinggir desa, Pohon ditakik letak di laman; Pencemaran alam kian leluasa, Minyak dan plastik menjadi ancaman. Keluarga bersiar di Bukit Cina, Bersuka ria melihat landak; Haiwan liar hidup merana, Suhu dunia meningkat mendadak. Nelayan tua mengayuh perahu, Dengan pemuda jadi peneman; Ayuh semua berganding bahu, Selamatkan mereka daripada ancaman. sebab sebab sebab sebab Bahan 2 – Pantun Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 13-14.indd 144 20/09/2023 4:48 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


145 Berdasarkan semua bahan, lengkapkan tempat kosong di bawah dengan jawapan yang sesuai bagi membina rumusan. Tema : hidupan liar Fokus 1 : sebab-sebab hidupan liar diancam kepupusan Fokus 2 : usaha-usaha menyelamatkan hidupan liar yang diancam kepupusan Rumusan membincangkan [Fokus 1] sebab-sebab hidupan liar diancam kepupusan dan [Fokus 2] usaha-usaha menyelamatkan hidupan liar yang diancam kepupusan . [Fokus 1] Sebab hidupan liar diancam kepupusan termasuklah [Isi 1] penerokaan hutan untuk pembalakan dan perladangan . Selain itu, [Isi 2] konfl ik manusia dengan manusia juga menjadi sebab haiwan liar diancam kepupusan . Di samping itu, [Isi 3] haiwan liar semakin pupus ditembak oleh pemburu . Seterusnya, [Isi 4] pencemaran alam kian leluasa juga menjadi sebab kepupusan haiwan liar . [Fokus 2] Usaha menyelamatkan hidupan liar yang diancam kepupusan termasuklah [Isi 1] kerajaan mengadakan koridor ekologi sepatutnya disambut baik dan disegerakan . Selain itu, [Isi 2] kajian segera juga perlu dilakukan . Di samping itu, [Isi 3] pengkaji yang berwibawa perlu dilantik dan diselaraskan daripada semua aspek kajian . Seterusnya, [Isi 4] kempen berterusan bersama-sama NGO seperti MNS diperlukan . Kesimpulannya, [Tindakan] Kerjasama menyelamatkan [Tema] haiwan liar diperlukan [Kesan baik] supaya dapat mengimbangi ekosistem . TP Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 13-14.indd 145 20/09/2023 4:48 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


146 Karangan Respons Terbuka Kertas 1 (Bahagian B) Domain Awam Rakyat negara kita terlalu banyak menghasilkan sampah. Oleh itu, amalan kitar semula perlulah dibudayakan di negara ini kerana membawa pelbagai manfaat bukan sahaja kepada negara tetapi kepada rakyat juga. Kitar semula ialah proses mengitar semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baharu. Pelbagai bahan boleh dikitar semula, termasuklah kebanyakan jenis kaca, kertas, logam, plastik, tekstil dan komponen elektrik. Sumber: Internet Petikan di atas menyatakan maklumat yang berkaitan dengan amalan kitar semula dan manfaat yang diperoleh daripada budaya tersebut. Jelaskan manfaat-manfaat membudayakan amalan kitar semula kepada rakyat dan negara. Panjangnya karangan anda hendaklah antara 350 hingga 500 patah perkataan. [70 markah] Pendahuluan [Ayat rangsangan – isu] setiap hari, kita akan menghasilkan sampah sarap – plastik, aluminium, kertas, getah, sisa makanan dan sebagainya – [Ayat huraian – mengapa] terlalu banyak sampah hingga tapak pelupusan sampah tidak dapat menampung sampah yang dibuang – [Ayat contoh – bagaimana] kajian mendapati bahawa rakyat Malaysia menghasilkan kira-kira 37 890 tan sisa setiap hari – amalan kitar semula perlu dilakukan bagi bahan yang boleh dikitar semula – kempen yang dijalankan kurang berkesan kerana tidak bersunguh-sungguh – [Ungkapan menarik] melepaskan batuk di tangga – rakyat masih kurang sedar akan kepentingan amalan kitar semula – perlu dibudayakan sejak kecil kerana mendatangkan pelbagai manfaat Isi 1 [Ayat topik – isi] amalan kitar semula dapat mengurangkan pencemaran alam – [Ayat huraian – mengapa] bumi semakin tua dan tenat kerana aktiviti manusia yang tidak terkawal dan sangat berbahaya – [Ungkapan menarik] meletakkan api di bumbung – masalah pencemaran air, udara dan tanah terus berlaku – pengurangan penggunaan plastik sampah dapat mengurangkan masalah pencemaran – [Ayat contoh – bagaimana] Kempen Tak Nak Plastik dilancarkan dan perlu disambut baik oleh masyarakat – memperindah pemandangan sekitar – [Ayat kesan – kebaikan] memberikan imej baik kepada pelancong yang datang – Malaysia perlu mencontohi Kanada yang mengeluarkan larangan pengharaman penggunaan plastik dan import barangan plastik ke negara mereka Praktis Berformat SPM Untuk tujuan pembelajaran Layari h� ps://www.kosmo.com. my/2020/08/12/membudayakankitar-semula-dalam-masyarakat/ Laman Web Laman Web Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 13-14.indd 146 20/09/2023 4:48 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


147 Isi 2 [Ayat topik – isi] amalan kitar semula dapat menjimatkan penggunaan sumber – [Ayat huraian – mengapa] pengeluaran barangan yang berasaskan bahan semula jadi seperti kertas terpaksa mengorbankan pokok – penebangan dan pembalakan dilakukan untuk memenuhi permintaan masyarakat – jumlah saiz hutan di seluruh dunia semakin mengecil – [Ayat contoh – bagaimana] penjimatan penggunaan kertas – bil dan suratmenyurat tidak lagi dicetak sebaliknya dibuat dalam bentuk elektronik seperti yang dibuat oleh Celcom – mengelakkan kepupusan bahan mentah – [Ayat kesan – kebaikan] menyelamatkan alam sekitar daripada menjadi korban kerana pembangunan – [Ungkapan menarik] ingat sebelum kena, jimat sebelum habis – menjimatkan perbelanjaan import Isi 3 [Ayat topik – isi] amalan kitar semula dapat mengelakkan wabak penyakit – [Ayat huraian – mengapa] sampah sarap yang banyak boleh menjadi agen penularan wabak penyakit – sampah yang boleh menakungi air boleh menjadi tempat nyamuk aedes bertelur – sisa makanan mengundang kehadiran lalat, lipas dan tikus – [Ayat contoh – bagaimana] sisa makanan boleh dikitar semula untuk menjadi baja kompos yang lebih selamat berbanding dengan baja kimia – tempurung dan tayar boleh dijadikan pasu untuk menanam pokok hiasan – [Ayat kesan – kebaikan] menjamin kesihatan diri daripada penyakit berbahaya seperti denggi, kencing tikus dan keracunan makanan – menjadikan hidup lebih ceria Kesimpulan [Ayat kesimpulan] usaha menggalakkan budaya kitar semula perlulah dilakukan bersungguh-sungguh – bukanlah [Ungkapan menarik] melepaskan batuk di tangga – kerjasama semua pihak amatlah penting – [Ungkapan menarik] ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni – [Ayat cadangan] pihak sekolah menganjurkan aktiviti kitar semula seperti pertandingan menghias kelas menggunakan bahan kitar semula – ibu bapa mendidik anak-anak mengitar barangan terpakai semula sejak kecil – [Ungkapan menarik] melentur buluh biarlah dari rebungnya – [Ayat penegasan] masyarakat perlu mengubah fikiran dan membuat anjakan paradigma supaya dapat mengurangkan penghasilan sampah sarap – [Ayat harapan] semoga hasrat Malaysia tercapai untuk menjadi “negara hijau” Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 13-14.indd 147 20/09/2023 4:48 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


148 Sistem dan Aplikasi Bahasa Kertas 2 (Bahagian A) Morfologi Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan empat kata majmuk tanpa imbuhan. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata majmuk tanpa imbuhan untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Amalan kitar semula amat penting untuk melindungi alam sekitar daripada pencemaran yang semakin memberikan kesan kepada kesihatan dunia dan boleh menjejaskan masa depan manusia. Namun, amalan itu jarang-jarang dititikberatkan oleh orang ramai. Amalan itu juga dapat mengurangkan sisa, pencemaran udara daripada proses pembakaran, pencemaran air dari tapak pelupusan sampah dan pengeluaran gas rumah hijau selain mengurangkan penggunaan bahan mentah baharu dan tenaga. Plastik, kaca, tin aluminium dan kertas seperti surat khabar perlu diasingkan untuk dikitar semula. (Dipetik dan diubah suai daripada “Malaysia Masih Ketinggalan Amalan Kitar Semula” oleh Nor Azizah Mokhtar, Berita Harian Online, 25 Oktober 2016) [8 markah] Kata majmuk tanpa imbuhan: (i) kitar semula (iii) masa depan (ii) alam sekitar (iv) gas rumah hijau Jawapan lain: (v) bahan mentah, (vi) tin aluminium, (vii) surat khabar Ayat: (i) Amalan kitar semula dapat menjimatkan perbelanjaan negara untuk mengurus sampah sarap. (ii) Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dapat mengelakkan kepupusan fl ora dan fauna. (iii) Seseorang perlu mencapai kecemerlangan pelajaran untuk menjamin masa depan yang cerah. (iv) Peningkatan gas rumah hijau menyebabkan kenaikan suhu bumi dan pencairan ais. Jawapan lain: (v) Ubi kayu menjadi bahan mentah yang utama bagi menghasilkan produk kerepek ubi kayu. (vi) Selepas minum, Aiman meleperkan tin aluminium menggunakan kakinya. (vii) Kayu-kayan diproses untuk menghasilkan surat khabar, perabot dan pensel. Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 13-14.indd 148 20/09/2023 4:49 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


149 Sintaksis Baca petikan di bawah, kemudian gabungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja dengan menggunakan kata hubung yang sesuai tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Banyak faktor ancaman kepupusan terumbu karang termasuklah tumpahan minyak. Banyak faktor ancaman kepupusan terumbu karang termasuklah kegiatan perikanan. Banyak faktor ancaman kepupusan terumbu karang termasuklah bencana tsunami. Pertumbuhan alga pada terumbu karang amat menggalakkan. Kawasan itu mempunyai banyak nutrien. Hal ini boleh menjejaskan pertumbuhan karang laut baharu. Insiden kapal kargo terkandas di perairan Kudat menyebabkan kemusnahan khazanah laut ini. Khazanah laut ini perlu dipelihara. Khazanah laut ini penting kepada ekosistem marin. (Dipetik dan diubah suai daripada “Kena Tunggu 10 Tahun Terumbu Karang Rosak Tumbuh Semula” oleh Mohd Izham Unnip Abdullah, Berita Harian Online, 11 September 2019) [6 markah] [Ayat 1] Banyak faktor ancaman kepupusan terumbu karang termasuklah tumpahan minyak, kegiatan perikanan dan bencana tsunami. [Ayat 2] Pertumbuhan alga pada terumbu karang amat menggalakkan jika/ andai/jikalau kawasan itu mempunyai banyak nutrien hingga/sehingga boleh menjejaskan pertumbuhan karang laut baharu. [Ayat 3] Insiden kapal kargo terkandas di perairan Kudat menyebabkan kemusnahan khazanah laut yang perlu dipelihara kerana/lantaran penting kepada ekosistem marin. Bahasa Melayu Standard Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Setelah habislah dikenali segala yang empunya, maka titah raja, “Hai segala kamu sekalian, hendaklah segala harta ini dibahagi tiga, dua bahagi akan Laksamana, sebahagi akan orang yang empunya harta, kerana harta ini sudahlah hilang beroleh akan Laksamana.” Maka sembah orang itu, “Daulat tuanku, mana titah patik junjung.” (Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan” dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia) [4 markah] Setelah selesai mengenali pemilik harta, raja bertitah, “Hai rakyat semua, harta ini perlulah dibahagikan kepada tiga bahagian, dua bahagian untuk Laksamana, sebahagian lagi untuk pemilik harta kerana harta yang hilang ini telah ditemui oleh Laksamana.” Selepas itu, sembah orang itu, “Daulat tuanku, mana-mana titah patik junjung.” Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 13-14.indd 149 20/09/2023 4:49 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


150 Pemahaman Kertas 2 (Bahagian B) Petikan Sastera Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Hazrul duduk dengan melunjurkan kakinya sambil menimbus pasir ke atas kedua-duanya. Matahari petang kelihatan suram dan angin mengelus lembut. Dia memerhati permukaan air laut berhampiran hutan paya bakau. Dia sedar kini semakin bertambah tompokan cecair berwarna hitam di permukaan air. Tompokan minyak itu[Sii]mencemari air laut dan terus[Sii]mengancam hutan paya bakau di sekitarnya. Dia memerhati juga ke arah kawasan yang dahulunya penuh dengan deretan paya bakau. Keadaan pokok paya bakau itu tidak lagi seperti dahulu. Dahulu pokok bakau yang memagari sepanjang pantai itu tumbuh segar menghijau. Akarnya yang gagah mencengkam tanah timbul membungkam di permukaan air. Dahulu hutan bakau itu menjadi tempat anak ikan berlindung tetapi sekarang apabila airnya tercemar, [Sii]tiada lagi ada ikan yang dapat membesar di situ.[Sii]Keseluruhan populasi ikan terancam dan begitu juga [Sii]periuk nasi nelayan kecil di kawasan tersebut. (Dipetik daripada cerpen “Akarnya yang Mencengkam” oleh Zurhan Bakar dalam Dewan Siswa, Bil. 05/2018, Dewan Bahasa dan Pustaka) Bahan 2 Tentang Alam Hidup ini indah Seindah mentari pagi Hidup ini sesegar rumput menghijau Seandainya manusia menghargai alam. Kini Suramnya mentari [Sii]Kaburnya pandangan Dedaun menguning [Sii]Gondolnya bukit menyembah bumi [Sii]Kelodak menyekat aliran. Semua ini Kerana rakusnya manusia Jahilnya manusia tentang alam Mengejar pembangunan Menidakkan rintihan alam Yang sewajarnya dipertahankan Demi manusia sejagat di kemudian hari. Sedarlah manusia Alam ini milik Dia Namun tidak selamanya mampu bertahan Seandainya manusia alpa Tentang alam. Elizeberth Yanty Anak Liben Miri, Sarawak Dewan Siswa, Bil. 05/2018 (i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud mengejar pembangunan. [2 markah] [Maksud] ... menginginkan kemajuan Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 13-14.indd 150 20/09/2023 4:49 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


151 (ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan kesan-kesan kemusnahan alam sekitar akibat manusia. [3 markah] [Kesan] Bahan 1: ... mencemari air laut/... mengancam hutan paya bakau/... tiada lagi ikan yang dapat membesar/... keseluruhan populasi ikan terancam/... mengancam periuk nasi nelayan kecil/ Bahan 2: ... menyebabkan pemandangan kabur/... menjadikan bukit gondol/... menyekat aliran air (iii) Usaha memelihara dan memulihara hutan di negara ini dapat menarik kehadiran pelancong sekali gus menjanakan ekonomi negara. Pada pandangan anda, apakah usaha-usaha kerajaan untuk menjadikan hutan sebagai tarikan pelancongan? KBAT Mengaplikasi [3 markah] [Apa – usaha] ... mewartakan hutan sebagai taman negara/hutan simpan/... melengkapkan kemudahan asas di tempat tersebut/... mengadakan kempen/iklan/promosi bagi hutan tersebut/... mengadakan penanaman hutan semula/... bekerjasama dengan agensi pelancong untuk membawa pelancong ke hutan (iv) Anda sekeluarga telah pergi ke sebuah pantai yang menjadi tumpuan pelancong. Malangnya, banyak sampah sarap yang dibawa ombak ke pantai. Keadaan itu menyebabkan pemandangan yang indah bertukar menjadi buruk. Tambahan pula, banyak lalat menghurungi sisa sampah tersebut. Sebagai rakyat yang prihatin, apakah tindakan-tindakan anda untuk mengatasi masalah tersebut? KBAT Mengaplikasi [4 markah] [Apa – tindakan] ... mengadakan gotong-royong/mengutip sampah sarap/... membuang sampah ke dalam tong sampah/... membuat laporan/aduan kepada pihak berkuasa/... menggesa pihak berkuasa melaksanakan undang-undang yang tegas/... menegur/menasihati pengunjung agar menjaga kebersihan Rumusan Kertas 2 (Bahagian C) Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Populasi harimau global menurun sebanyak kira-kira 50 peratus sejak dekad 1990-an hingga 2014. Harimau adalah antara spesies hidupan liar yang paling banyak dieskploitasi, terutama disebabkan oleh[A1]permintaan yang berterusan bagi tujuan perubatan tradisional di negara Asia, terutama China dan Vietnam. Di Malaysia, jumlah populasi harimau Malaya semakin menurun dan pupus.[A2]Kehilangan habitat dan sumber makanan akibat aktiviti pembalakan dan pencerobohan hutan serta[A3]penularan virus cinance distemper menyebabkan haiwan yang dikenali raja rimba itu menjadi semakin pupus. Selain itu,[A4]aktiviti pemburuan serta perdagangan haram juga antara pencetus terbesar kepupusan haiwan itu. Malaysia akan kehilangan spesies ini buat selama-lamanya sekiranya tiada langkah sistematik dilakukan. Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 13-14.indd 151 20/09/2023 4:49 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


152 Harimau Malaya menjadi sasaran kerana[A5]spesies ini mempunyai harga yang sangat tinggi di pasaran gelap. Semua bahagian dan produk harimau mempunyai nilai pasaran. Pengurangan populasinya boleh menyebabkan ekosistem hutan tidak stabil dan hubungan antara mangsa dengan pemangsa menjadi tidak seimbang. Spesies harimau Malaya perlu dijaga rapi kerana haiwan ini lambang keberanian, kekuatan dan kebanggaan negara. Sebelum ini,[B1]Pelan Tindakan Pemuliharaan Harimau Kebangsaan yang berakhir pada 2020 mengalami cabaran besar kerana[A6]bilangan renjer yang ditugaskan untuk rondaan adalah kecil. Jumlah renjer yang besar bagi meronda habitat hidupan liar di Semenanjung Malaysia diperlukan bagi menundukkan kegiatan pemburuan haram di dalam hutan tebal. Setakat ini,[B2]kerajaan telah menambah jumlah renjer dari semasa ke semasa bagi memastikan setiap inci kawasan perlindungan hidupan dijaga seterusnya akan membanteras pemburuan haram di Semenanjung. Di samping itu,[B3] kerajaan juga telah meminda Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) yang menyaksikan hukuman denda maksimum dinaikkan daripada RM500 000 kepada RM1 juta bagi pesalah di bawah akta ini. Dalam pada itu, sebuah[B4]Jawatankuasa Hidupan Liar ditubuhkan di bawah Majlis Biodiversiti Negeri Pahang bagi mengetuai usaha bersepadu memerangi pemburuan haram di Pahang. (Dipetik dan diubah suai daripada “Harimau Malaya dalam Bahaya” oleh Mohd Rozaimy Ridzuan, Harian Metro, 8 Ogos 2022) • populasi – kumpulan haiwan dan tumbuhtumbuhan yang terdapat di sesuatu kawasan atau habitat • ekosistem – sistem yang melibatkan interaksi antara suatu komuniti (haiwan, tumbuhan dan sebagainya) dengan alam persekitaran yang ti dak bernyawa • renjer – orang yang tugasnya meronda atau mengawasi hutan Bahan 2 [B5] [B6] [B7] [B8] Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 13-14.indd 152 20/09/2023 4:49 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


153 Pendahuluan Rumusan membincangkan punca-punca/sebab-sebab/faktor-faktor kepupusan harimau Malaya dan usahausaha/langkah-langkah/cara-cara/strategi-strategi/inisiatif-inisiatif/kaedah-kaedah/pendekatan-pendekatan melindungi harimau Malaya. Fokus 1 (Punca kepupusan harimau Malaya) A1 permintaan yang berterusan bagi tujuan perubatan tradisional di negara Asia (B1) A2 kehilangan habitat dan sumber makanan akibat aktiviti pembalakan dan pencerobohan hutan (B1) A3 penularan virus cinance distemper (B1) A4 aktiviti pemburuan serta perdagangan haram (B1) A5 spesies ini mempunyai harga yang sangat tinggi di pasaran gelap (B1) A6 bilangan renjer yang ditugaskan untuk rondaan adalah kecil (B1) Fokus 2 (Usaha melindungi harimau Malaya) B1 Pelan Tindakan Pemuliharaan Harimau Kebangsaan (B1) B2 kerajaan telah menambah jumlah renjer dari semasa ke semasa (B1) B3 kerajaan juga telah meminda Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) (B1) B4 Jawatankuasa Hidupan Liar ditubuhkan di bawah Majlis Biodiversiti Negeri Pahang (B1) B5 kongsi dan salurkan maklumat jenayah hidupan liar kepada Perhilitan (B2) B6 jangan beli atau jual sebarang produk bersumberkan harimau [B2] B7 berikan sumbangan kewangan kepada tabung konservasi harimau [B2] B8 sokong dan sertai kempen yang dibuat oleh pihak kerajaan dan NGO [B2] Kesimpulan Kesimpulannya, harimau Malaya perlu diselamatkan/dipelihara/dipulihara supaya dapat mengelakkan kepupusan. Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 13-14.indd 153 20/09/2023 4:49 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


154 Aspek Tatabahasa SP 5.3.3 Mengenal pasti dan menggunakan ayat tunggal susunan biasa dan susunan songsang, dan ayat majmuk yang betul mengikut konteks. Praktis 1 Teliti dan baca bahan di bawah, kemudian kenal pasti dan tulis ayat yang bergaris sama ada ayat tunggal bersusunan biasa, ayat tunggal bersusunan songsang atau ayat majmuk. Ruangan Tanya Doktor Soalan 1 Salam sejahtera, doktor. (i) Saya pulang ke kampung dan cuaca hujan baru-baru ini,. (ii) Anak-anak saya mandi hujan. (iii) Demam anak-anak saya esoknya. Saya ingin bertanya, adakah hujan menyebabkan anak saya demam? Puan Nornie, Kuala Lumpur Jawapan Salam sejahtera buat Puan Nornie, (iv) Hujan tidak menyebabkan demam. (v) Demam berlaku disebabkan oleh jangkitan virus atau mikroorganisma. Ada kanak-kanak yang mempunyai sistem imun rendah kerana stres, sering makan makanan yang tidak seimbang dan tidak cukup tidur. Soalan 2 Salam sejahtera, doktor. Baru-baru ini, kaki saya terhentak di lantai. (vi) Untuk melegakan kesakitan, doktor memberi saya mengambil pil tahan sakit. Kata rakan saya, pil itu akan merosakkan buah pinggang. (vii) Sangat takut saya mendengar kata-katanya. (viii) Saya tidak makan ubat yang diberikan itu. Benarkah kata-kata rakan saya itu? Puan Solehah, Kuala Lumpur Jawapan Salam sejahtera buat Puan Solehah, (ix) Pil tahan sakit bukan sahaja berfungsi untuk mengurangkan kesakitan tetapi juga memberikan keselesaan kepada pesakit. (x) Tidak menyebabkan kerosakan buah pinggang makan pil tahan sakit sekiranya diambil berterusan pada jangka masa yang panjang atau makan melebihi dos yang ditetapkan. Tema 14 Sihat dan Bersih Pilihanku Praktis PBD Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 13-14.indd 154 20/09/2023 4:49 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


155 (i) Ayat majmuk (vi) Ayat majmuk (ii) Ayat tunggal bersusunan biasa (vii) Ayat tunggal bersusunan songsang (iii) Ayat tunggal bersusunan songsang (viii) Ayat tunggal bersusunan biasa (iv) Ayat tunggal bersusunan biasa (ix) Ayat majmuk (v) Ayat majmuk (x) Ayat majmuk Praktis 2 Lihat bahan di bawah dengan teliti, kemudian bina dua ayat tunggal bersusunan biasa, dua ayat tunggal bersusunan songsang dan dua ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung. Amalkan cara hidup sihat. Pastikan anda ... Lakukan aktiviti fizikal 30 minit, lima kali seminggu. Amalkan pemakanan yang sihat. Tangani stres secara bijak. Hentikan tabiat merokok atau jangan mula merokok. Sihat tanpa alkohol. Obesiti MENINGKATKAN RISIKO PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT SEPERTI PENYAKIT JANTUNG HIPERTENSI DIABETES KANSER dan banyak lagi. Ingat! Obesiti boleh membunuh! CEGAH OBESITI 1 Ayat tunggal bersusunan biasa: (a) Obesiti boleh meningkatkan risiko penyakit tidak berjangkit. (b) Masyarakat perlulah mengamalkan cara hidup sihat. 2 Ayat tunggal bersusunan songsang: (a) Perlu melakukan aktiviti fizikal penghidap obesiti. (b) Untuk mengecah obesiti pelbagai cara. 3 Ayat majmuk: (a) Pemakanan yang berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran dapat mencegah obesiti. (b) Seseorang hendaklah bijak menangani stres supaya tidak makan dengan banyak. Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 13-14.indd 155 20/09/2023 4:49 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


156 Karangan Respons Terhad Kertas 1 (Bahagian A) Maklumat di bawah menunjukkan masalah sampah sarap di kawasan perniagaan berhampiran dengan tempat tinggal anda. Sebagai seorang penduduk yang prihatin, tulis sepucuk surat kepada pihak berkuasa tempatan untuk mengadukan masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan tempat tinggal anda tentang masalah kebersihan akibat sampah sarap dan cadangkan tindakan yang perlu diambil. Panjangnya surat anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. (Dipetik dan diubah suai daripada Harian Metro, 3 Februari 2020) (Dipetik dan diubah suai daripada Berita Harian, 13 Jun 2020) [30 markah] Praktis Berformat SPM Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 13-14.indd 156 20/09/2023 4:49 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


157 Pendahuluan [Ayat rangsangan – isu] menyatakan tujuan menulis surat – untuk memberitahu masalah yang berlaku di tempat tinggal anda – [Ungkapan menarik] diluah mati emak, ditelan mati bapa – ceritakan latar belakang tempat tinggal anda – [Ayat huraian – mengapa] terdapat sebuah tapak pembuangan sampah yang dibina oleh jawatankuasa penduduk – pertambahan sampah sarap menjadikan kawasan itu dipenuhi sampah sarap yang banyak – kadang-kadang terjatuh ke tanah kerana memenuhi bekas yang disediakan Isi 1 [Ayat topik – isi] masalah sampah sarap – masyarakat kurang menjalankan amalan kitar semula – [Ayat huraian – mengapa] menyebabkan jumlah sampah yang dibuang sangat banyak – [Ayat contoh – bagaimana] sampah sarap tidak dikutip pada waktu yang ditetapkan – menyebabkan sampah berlonggok-longgok – digigit oleh anjing liar yang kelaparan – [Ayat kesan – keburukan] sampah bersepah-sepah di sekitar tapak pembuangan sampah Isi 2 [Ayat topik – isi] kesan yang mungkin timbul daripada masalah tersebut – boleh menyebabkan penyebaran penyakit berbahaya – [Ayat contoh – bagaimana] demam denggi dan keracunan makanan – [Ayat huraian – mengapa] sampah yang tidak diurus dengan baik boleh mengundang kehadiran haiwan pembawa penyakit seperti nyamuk aedes, lipas, tikus dan lalat – [Ayat kesan – keburukan] boleh menyebabkan kematian jika tidak dikawal – [Ungkapan menarik] mencegah lebih baik daripada mengubati Isi 3 [Ayat topik – isi] cadangan untuk mengatasi masalah – pihak berkuasa perlulah memastikan jadual pengutipan sampah dipatuhi – [Ayat huraian – mengapa] pihak berkuasa perlulah memantau pekerja yang menjalankan tugas secara berkala – pekerja yang bertugas sepatutnya mengutip sampah hingga bersih bagi mengelakkan masalah yang tidak diingini – usah melakukan kerja dengan tidak bersungguh-sungguh – [Ungkapan menarik] melepaskan batuk di tangga (Murid menulis dua isi sahaja) Kesimpulan [Ayat kesimpulan] harapan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan proaktif dan segera – [Ayat penegasan] jangan melengah-lengkahkan usaha menyedarkan masyarakat tentang penjagaan kebersihan – [Ayat harapan] kesedaran dalam diri masyarakat perlulah dipupuk secara bersama-sama – [Ungkapan menarik] ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni – [Ayat cadangan] Kempen Kitar Semula perlulah diperhebat agar mengurangkan jumlah sampah yang dihasilkan Catatan: Karangan ini mestilah ditulis mengikut format surat kiriman rasmi – alamat pengirim, alamat penerima, tarikh, kata penghadapan, ucapan terima kasih dan pengakuan pengirim Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 13-14.indd 157 20/09/2023 4:49 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


158 Sistem dan Aplikasi Bahasa Kertas 2 (Bahagian A) Sintaksis Baca petikan di bawah, kemudian tukarkan ayat bersusunan songsang yang bergaris kepada ayat bersusunan biasa tanpa mengubah maksud asalnya. Pengguna dinasihati oleh doktor agar tidak mengambil makanan kesihatan tambahan atau suplemen kerana penggunaannya belum tentu menjamin kesejahteraan seperti yang didakwa. Bagi mengelakkan kesan sampingan, pengguna dinasihatkan agar berjumpa dengan doktor. Rujukan awal membolehkan doktor menilai tahap kesihatan mereka. Untuk mendapatkan tubuh yang langsing terdapat pengguna yang mengambil suplemen. Pengguna sepatutnya mengamalkan diet yang seimbang tanpa bergantung harap pada makanan tambahan. Dikhuatiri mengundang padah pengambilan suplemen tanpa menjalani pemeriksaan doktor termasuklah terdedah kepada risiko penyakit hati dan buah pinggang. (Dipetik dan diubah suai daripada “Suplemen Undang Kesan Sampingan” oleh Osman Lisut, Berita Harian Online, 7 April 2018) [6 markah] (i) Pengguna dinasihatkan agar berjumpa dengan doktor bagi mengelakkan kesan sampingan. (ii) Terdapat pengguna yang mengambil suplemen untuk mendapatkan tubuh yang langsing. (iii) Pengambilan suplemen tanpa menjalani pemeriksaan doktor dikhuatiri mengundang padah termasuklah terdedah kepada risiko penyakit hati dan buah pinggang. Penyuntingan Bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin bahan tersebut. Leptospirosis ialah sejenis penyakit yang terjangkit daripada haiwan kepada manusia. Antara gejala jangkitan leptospirosis yang ditunjukkan oleh pesakit adalah demam yang tinggi, sakit kepala, menggigil, sakit otot, muntah, radang mata, sakit perut, cirit-birit dan ruam. Pesakit yang menghidapinya akan terdampar tidak bermaya dengan mata yang berwarna agak kekuning-kuningan. Untuk mengawal penyakit ini, pelbagai langkah-langkah pencegahan boleh dilakukan, termasuklah mengelakkan diri bermain air atau bermandi manda di sungai atau di kolam jika terdapat kudis atau luka. Pengguna juga perlulah memasak air sungai sebelum meminumnya. Kebersihan kawasan sekitar hendaklah dijaga dengan melupuskan sampah-sarap dan sisa makanan secara sempurna bagi mencegah kehadiran haiwan pembawa penyakit ini. (Dipetik dan diubah suai daripada “Leptospirosis” daripada www.moh.gov.my, 9 Ogos 2010) [9 markah] Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 13-14.indd 158 20/09/2023 4:49 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


159 (i) terjangkit – berjangkit (ii) adalah – ialah (iii) terdampar – terlantar (iv) agak kekuning-kuningan – agak kuning/kekuning-kuningan (v) pelbagai langkah-langkah – pelbagai langkah/langkah-langkah (vi) bermandi manda – bermandi-manda (vii) memasak – menjerang (viii) sekitar – persekitaran (ix) sampah-sarap – sampah sarap Peribahasa Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam dialog tersebut. “Saya marah betul dengan murid-murid Tingkatan Lima Permata. Tugasan yang diberikan pada minggu lepas tidak ada seorang pun menyiapkannya!” bentak Cikgu Norlaila. “Sabarlah, Laila. Saya faham perasaan kamu ni. Saya kasihan melihat kamu tetapi kamu yang menghadapinya lebih susah lagi. Cuma, banyakkan bersabar untuk menangani emosi marah ini. Semasa marah ni, cuba tenangkan diri. Jangan banyak bercakap kerana nanti bimbang keluar kata-kata yang tidak sepatutnya hingga kita sendiri yang menyesal,” nasihat Cikgu Zamiah. “Saya bimbang dengan prestasi mereka. Peperiksaan semakin hampir,” luah Cikgu Norlaila kepada sahabatnya itu. “Betul kita bimbang. Cuma, tekanan yang kita hadapi perlulah ditangani secara bijak supaya tidak menyebabkan penyakit darah tinggi. Ingatlah bahawa mengambil langkah awal lebih baik daripada kita merawatinya apabila terkena nanti,” ujar Cikgu Zamiah. [6 markah] (i) Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya (ii) Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa (iii) Mencegah lebih baik daripada mengubati Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 13-14.indd 159 20/09/2023 4:49 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


160 Pemahaman Kertas 2 (Bahagian B) Petikan Umum Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Isu obesiti dalam kalangan remaja Malaysia bukanlah lagi isu sejagat yang baharu. Isu ini kini dianggap sebagai[Sii]“penyakit” kerana kegemukan boleh[Sii]mengganggu dan mencederakan organ badan dan seterusnya[Sii]menyebabkan masalah yang serius. Di Malaysia, obesiti menjadi kebimbangan banyak pihak. Prof. Madya Dr. Poh Bee Koon dari Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Universiti Kebangsaan Malaysia, merangkap ahli majlis Persatuan Kajian Obesiti Malaysia (MASO) menyatakan bahawa 21.4 peratus remaja di kawasan bandar dan 16 peratus remaja di kawasan luar bandar menghadapi masalah berat badan berlebihan. Pasaran makanan di Malaysia menawarkan terlalu banyak pilihan menarik yang menimbulkan kekeliruan remaja untuk memilihnya. Remaja perlu bijak untuk memilih jenis makanan yang masuk ke dalam perut. Corak pemakanan yang tidak dijaga mendedahkan remaja kepada obesiti yang akhirnya membawa penyakit yang lebih serius dalam kehidupan. (Dipetik dan diubah suai daripada “Tabiat Makan Remaja Mencegah Lebih Baik daripada Mengubati” oleh Amirah Syazwani Baderol Sham, Dewan Siswa, Bil. 05/2018) Bahan 2 Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan menunjukkan bahawa menjelang 2020, penyakit mental dijangka menjadi masalah kesihatan kedua terbesar melanda masyarakat di negara ini selepas penyakit jantung. Setiap tiga daripada 10 orang di negara ini yang berusia 16 tahun dan ke atas cenderung untuk mendapat penyakit mental. Secara umum, penyakit mental ini[Sii]menyebabkan penyakit seperti kemurungan, keresahan, gangguan bipolar dan skizofrenia. Masalah ini boleh[Sii]menjejaskan produktiviti di tempat kerja dan mereka[Sii]mudah hilang pertimbangan hingga melakukan tindakan yang di luar jangka. (Dipetik dan diubah suai daripada “Bijak Kawal Emosi, Urus Tekanan Elak Akibat Buruk” oleh Jami’ah Sokri, Berita Harian Online, 22 Ogos 2019) (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud menimbulkan kekeliruan. [2 markah] [Maksud] ... menyebabkan/mendatangkan/menerbitkan/membangkitkan salah anggap/kekhilafan/ kekusutan (ii) Dengan merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan keburukan-keburukan masalah obesiti dan penyakit mental. [3 markah] [Persamaan] Bahan 1: ... membawa penyakit yang lebih serius/Bahan 2: ... menyebabkan penyakit [Perbezaan] Bahan 1: ... mengganggu dan mencederakan organ badan/... menyebabkan masalah yang serius/Bahan 2: ... menjejaskan produktiviti di tempat kerja/... mudah hilang pertimbangan Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 13-14.indd 160 20/09/2023 4:49 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


161 (iii) Masalah kemurungan yang berlaku dalam kalangan masyarakat disebabkan oleh pelbagai faktor. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor tersebut? KBAT Menilai [4 markah] [Apa – faktor] ... tekanan di tempat kerja/... masalah rumah tangga/... kesesakan lalu lintas/... masalah kewangan/... sikap yang mementingkan kesempurnaan/... kurang sokongan daripada orang terdekat (iv) Seorang rakan anda mengalami berat badan yang berlebihan. Disebabkan hal itu, dia sering kepenatan dan berpeluh-peluh ketika menaiki tangga. Dia juga sering diejek oleh rakan-rakan kerana bertubuh gempal. Anda ingin membantunya untuk mengatasi masalah obesiti yang dihadapinya. Sebagai rakan yang prihatin, cadangkan cara-cara yang perlu dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut. KBAT Mengaplikasi [4 markah] [Cara] ... mengamalkan pemakanan seimbang/diet yang betul/... bersenam/bersukan/beriadah/ berekreasi/... mengelakkan makanan yang tidak berkhasiat/... berjumpa dengan doktor/pakar pemakanan/... mengurus tekanan perasaan dengan betul Rumusan Kertas 2 (Bahagian C) Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Kesedaran masyarakat terhadap penjagaan kesihatan dan kebersihan diri sememangnya meningkat dengan drastik selepas pandemik COVID-19 walaupun pada peringkat awal, ramai agak sukar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berkaitan serta melaksanakan norma baharu. Walau bagaimanapun, kesedaran sama masih tidak berlaku dalam konteks penyakit tidak berjangkit seperti obesiti, darah tinggi dan kencing manis, sebaliknya[A1]sebahagian masyarakat terus mengamalkan pemakanan tidak sihat termasuk mengandungi lemak, garam dan gula dalam kadar tinggi, selain[A2]kurang aktif dan tidak bersenam. Defi nisi sihat tidak terhad pada kesihatan fi zikal semata-mata, malah meliputi kesihatan mental dan sosial. Dari segi aspek pengambilan diet seimbang, 94.9 peratus[A3]rakyat tidak makan sayur dan buah secukupnya, sekali gus semua data ini memberikan gambaran bahawa[A4]kempen kesihatan yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan belum mencapai impak signifi kan dari aspek perubahan sikap dan tingkah laku rakyat. Harus diingat,[B1]Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dilancarkan pada 11 November tahun lalu menjadi inisiatif komprehensif untuk membudayakan hidup sihat sejahtera sepanjang hayat. Oleh itu,[B2]Kempen Gaya Hidup Sihat perlu dipergiat melalui platform media sosial kerana usaha memupuk kesedaran kendiri terhadap penjagaan diri memerlukan sistem sokongan padu daripada masyarakat. Kesannya, komuniti dapat meningkatkan tahap literasi kesihatan yang membantu individu membudayakan hidup sihat dan membuat kawalan kendiri sebagai tindakan awal mencegah penyakit. (Dipetik dan diubah suai daripada “Teruskan Amalan Jaga Kesihatan, Kebersihan” oleh Aini Faezah Ramlan, Berita Harian, 13 Jun 2022) Untuk tujuan pembelajaran Imbas kod QR untuk muat turun la� han tambahan Rumusan. Praktis Ekstra 7 Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 13-14.indd 161 20/09/2023 4:49 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


162 Bahan 2 Pantun Pengabaian Kesihatan Diri Elok kebaya indah bersulam, Kain berlipat dipakai ke pekan; [A5]Penat bekerja siang ke malam, Kurang berehat hidup tertekan. Aidilfi tri menjelang berakhir Syawal, Pelbagai juadah hantar kepada jiran; [A6]Makanan terhidang tidak dikawal, Berat bertambah mengganggu perasaan. Ke Tanjung Rokan mengail ikan, Dapat selar sama todak; [A7]Pemeriksaan kesihatan sering diabaikan, Penyakit menular dikesan tidak. Sumber: Internet Bahan 3 [B5] [B3] [B4] [B6] [B7] Pendahuluan Rumusan membincangkan punca-punca/sebab-sebab/faktor-faktor masyarakat tidak sihat dan langkahlangkah/usaha-usaha/cara-cara/strategi-strategi/inisiatif-inisiatif/kaedah-kaedah/pendekatan-pendekatan mengamalkan gaya hidup sihat. Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 13-14.indd 162 20/09/2023 4:49 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


163 Fokus 1 (Punca masyarakat tidak sihat) A1 sebahagian masyarakat terus mengamalkan pemakanan tidak sihat (B1) A2 kurang aktif dan tidak bersenam (B1) A3 rakyat tidak makan sayur dan buah secukupnya (B1) A4 kempen kesihatan yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan belum mencapai impak signifikan (B1) A5 penat bekerja siang ke malam (B2) A6 makanan terhidang tidak dikawal (B2) A7 pemeriksaan kesihatan sering diabaikan (B2) Fokus 2 (Langkah mengamalkan gaya hidup sihat) B1 Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dilancarkan pada 11 November tahun lalu (B1) B2 Kempen Gaya Hidup Sihat perlu dipergiat melalui platform media sosial (B1) B3 elakkan pengambilan alkohol, rokok dan dadah (B3) B4 kurangkan kafein, gula dan garam di dalam makanan (B3) B5 dapatkan tidur dan rehat yang mencukupi (B3) B6 amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang mengikut piramid makanan (B3) B7 kerap melakukan aktiviti fizikal dan kecergasan (B3) Kesimpulan Kesimpulannya, gaya hidup sihat perlu dipupuk/disemai/ditanam supaya dapat mewujudkan masyarakat yang produktif/cergas dan cerdas. Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 13-14.indd 163 20/09/2023 4:49 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


164 Kemahiran Menulis SP 3.6.1 Menganalisis kesalahan bahasa dan kejituan dalam pelbagai teks. Praktis 1 Jenis-jenis Kesalahan Bahasa Ejaan Huruf besar Huruf kecil Dijarakkan Dirapatkan Kata pinjaman Tanda Baca Tanda koma Tanda noktah Tanda seru Tanda petik Tanda sempang Tatabahasa Kata tugas Frasa nama Frasa kerja Frasa adjektif Frasa sendi nama Imbuhan Kata/Istilah Kata (perkataan umum) Istilah (perkataan dalam bidang tertentu) Awalan Akhiran Sisipan Apitan i-THINK Peta Pokok Bahan-bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin bahan-bahan tersebut. Bahan 1 Kenderaan udara tanpa pemandu atau pesawat udara tanpa juru-terbang dikenali sebagai dron. Dron mampu menjadi alam yang boleh menggubah cara hidup manusia. Oleh kerana dron merupakan alat terbang tanpa pemanduan dalam pesawat, hal ini telah menjadikannya berpontesi untuk membantu manusia menyelesaikan urusan yang sukar dilakukan dan lebih meluas seperti mendapatkan makluman dari udara, merentasi halangan merbahaya dan sebagainya. (Dipetik dan diubah suai daripada “Perkembangan dan Potensi Teknologi Dron” oleh Wan Saiful Nizam Wan Mohamad, Dewan Kosmik, Bil. 1/2022) Tema 15 Angin Perubahan Membadai Praktis PBD Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 15-16.indd 164 20/09/2023 4:50 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


165 1 juru-terbang – juruterbang 4 berpontesi – berpotensi 2 menggubah – mengubah/merubah 5 makluman – maklumat 3 Oleh kerana – Oleh sebab/Kerana 6 merbahaya – berbahaya Bahan 2 Penggunaan dron yang kian memperluas kini mengundang banyak aduan dan kebimbangan orang ramai. Antaranya, dron menceroboh privasi seseorang bila digunakan untuk mengambil gambar individu di rumah mereka atau kawasan yang dianggap milik persendirian. Selain itu ada juga yang menerbangkan dron di kawasan mengundang bahaya pada orang ramai seperti di bandar dan di lapangan terbang. Peningkatan penggunaan dron untuk kegunaan komersil dan peribadi juga menimbulkan banyak kebimbangan seperti berlanggar di ruang udara dan hilang pertimbangan. Kebimbangan mengenai cubaan menerbangkan terlalu dekat sekali dengan pesawat penumpang menyebabkannya akhirnya dikawal secara undang-undang. (Dipetik dan diubah suai daripada “Fungsi Dron Semakin Meluas” oleh Hazwan Faisal Mohamad, Berita Harian, 20 Disember 2016) 1 memperluas – meluas 4 komersil – komersial 2 bila – apabila 5 pertimbangan – kawalan 3 pada – kepada 6 terlalu dekat sekali – terlalu dekat/dekat sekali TP Praktis 2 Kejituan Idea Kejituan idea bermaksud kejelasan idea berkaitan dengan: (a) Pemilihan perkataan dan istilah yang konkrit (c) Penyusunan idea tersusun (b) Pemilihan ayat tepat dan tidak meleret-leret (d) Ada idea utama disokong dengan idea sampingan Terdapat berbagai-bagai usaha untuk memupuk minat murid menyukai subjek Sains dan Matematik termasuklah guru mempelbagaikan kaedah pengajaran di dalam bilik darjah. Hal ini dikatakan demikian kerana pendekatan ini dapat mencambahkan benih minat murid yang sering dimomokkan bahawa kedua-dua subjek itu susah. Sebagai contoh, guru boleh menyuruh murid membuat model kenderaan masa depan menggunakan barangan terpakai mahupun menjalankan projek menyediakan baja kompos. Implikasinya, murid akan bersemangat untuk belajar kerana mereka menjalankannya sendiri. Pada masa yang sama, mereka akan lebih fokus. Pendek kata, cara pengajaran guru yang menarik dapat mewujudkan kecenderungan murid yang pelbagai jenis bak kata peribahasa, rambut sama hitam, hati lain-lain untuk menyukai subjek Sains dan Matematik. Ciri Kejituan Idea Ada Tiada (a) Pemilihan perkataan dan istilah yang konkrit ✓ (b) Pemilihan ayat tepat dan tidak meleret-leret ✓ (c) Penyusunan idea tersusun ✓ (d) Ada idea utama disokong dengan idea sampingan ✓ Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 15-16.indd 165 20/09/2023 4:50 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


166 Perenggan di bawah tidak menunjukkan kejituan idea. Betulkan perkataan, frasa atau ayat yang ditebalkan yang tidak menepati ciri kejituan idea dari segi perkataan atau istilah yang tidak tepat, ayat yang tergantung, idea yang tidak tersusun atau idea yang tidak mempunyai huraian. Salin dan betulkan petikan setiap kesalahan yang ditebalkan. Tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata bahawa penguasaan ilmu boleh melahirkan tenaga kerja bijak dalam pelbagai bidang. Contohnya, Malaysia yang semakin memajukan bidang perindustrian amat memerlukan tenaga kerja yang boleh menggerakkannya seperti petroleum, kesihatan serta kosmetik dan kejuruteraan. Hal ini dikatakan demikian kerana Malaysia yang sedang menuju ke arah negara membangun. Kesannya, Malaysia tidak lagi memerlukan tenaga kerja luar untuk membangunkan negara kita kerana mempunyai anak bangsa yang mampu mencurahkan khidmat kepada tanah air yang tercinta. Di samping itu, ilmu ini akan membolehkan negara menghasilkan pelbagai inovasi. Tuntasnya, tenaga kerja mahir boleh dilahirkan jika sekiranya rakyat menguasai ilmu sains dan teknologi. Tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata bahawa penguasaan ilmu boleh melahirkan tenaga kerja mahir/pakar dalam pelbagai bidang. Hal ini dikatakan demikian kerana Malaysia sedang menuju ke arah negara membangun. Contohnya, Malaysia yang semakin memajukan bidang perindustrian amat memerlukan tenaga kerja yang boleh menggerakkannya seperti petroleum, kesihatan serta kosmetik dan kejuruteraan. Kesannya, Malaysia tidak lagi memerlukan tenaga kerja luar untuk membangunkan negara kita kerana mempunyai anak bangsa yang mampu mencurahkan khidmat kepada tanah air yang tercinta. Tuntasnya, tenaga kerja mahir boleh dilahirkan jika/sekiranya rakyat menguasai ilmu sains dan teknologi. Di samping itu, ilmu ini akan membolehkan negara menghasilkan pelbagai inovasi. Umum mengetahui bahawa ilmu dan kepakaran membolehkan rayat menghasilkan sesuatu ciptaan yang baharu bukan sahaja untuk kegunaan negara tetapi juga dunia, bak kata peribahasa, sambil menyelam minum air. Misalnya, Alaxander Graham Bell telah menghasilkan telefon untuk menghubungi seseorang tanpa perlu bersua muka lalu diubah suai oleh orang yang seterusnya sehinggalah menjadi telefon bimbit yang boleh dibawa ke mana-mana. Impaknya, rakyat dapat memudahkan kehidupan sekali gus mengeratkan hubungan dengan orang yang tersayang. Pendek kata, penguasaan ilmu sains dan teknologi dapat mendorong rakyat mencipta inovasi. TP Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 15-16.indd 166 20/09/2023 4:50 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


167 Karangan Respons Terhad Kertas 1 (Bahagian A) Petikan dan grafi k di bawah menunjukkan maklumat berkaitan perubahan dalam aspek kehidupan manusia dengan menggunakan inovasi terkini. Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang inovasi dalam kehidupan manusia. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Praktis Berformat SPM [30 markah] (Dipetik dan diubah suai daripada Berita Harian, 14 Ogos 2019) “Dengan menggunakan jentera moden, hasil pertanian dapat ditingkatkan berkali ganda setiap kali pengeluaran.” Encik Faris Syazwan Petani moden di Kedah “Segala urusan dalam kehidupan seharian dilakukan dengan lebih mudah dengan adanya telefon bimbit.” Encik Syareel Usahawan “Masa perjalanan ke sesuatu destinasi dapat dijimatkan dan menjadi lebih singkat daripada sebelumnya.” Cik Nuraqhila Pelajar IPT Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 15-16.indd 167 20/09/2023 4:50 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


168 Pendahuluan [Ayat rangsangan – isu] terdapat ungkapan mengatakan bahawa sains pada hari ini, teknologi pada masa depan – [Ayat huraian – mengapa] sains dan teknologi ialah bidang yang sentiasa berkembang – [Ungkapan menarik] lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang – terdapat inovasi yang disalahgunakan oleh manusia yang tidak bertanggungjawab – [Ayat contoh – bagaimana] senjata nuklear digunakan untuk peperangan – Internet digunakan untuk menonton pornografi – mendatangkan kesan buruk bukan sahaja kepada pengguna tetapi juga masyarakat dan negara – [Ayat arah – tugasan] kemudahan dan inovasi yang tercipta dalam bidang sains dan teknologi memberikan faedah-faedah inovasi kepada manusia Isi 1 [Ayat topik – isi] inovasi dapat meningkatkan hasil pengeluaran – [Ayat huraian – mengapa] pada zaman dahulu, tenaga manusia yang digabungkan dengan haiwan atau mesin mudah digunakan dalam pengeluaran – hasil tidak banyak dan sesuai untuk menyara kehidupan keluarga – [Ayat contoh – bagaimana] penciptaan jentera dan mesin dalam bidang pertanian mampu meningkatkan hasil pertanian berkali-kali ganda – jentera boleh membajak tanah di ladang dalam masa yang singkat – manusia hanya mengawal jentera untuk memberikan arahan kepada mesin – [Ayat kesan – kebaikan] meningkatkan pendapatan pengguna yang hidup miskin – [Ungkapan menarik] kais pagi makan pagi, kais petang makan petang – menjanakan ekonomi negara melalui import Isi 2 [Ayat topik – isi] inovasi dapat memudahkan urusan kehidupan seharian – [Ayat huraian – mengapa] pada zaman dahulu, telefon hanya digunakan untuk berkomunikasi dengan orang yang jauh – perkembangan dalam ciptaan telefon ini membolehkannya dibawa ke mana-mana – fungsinya telah dipelbagaikan – [Ayat contoh – bagaimana] telefon pintar yang mempunyai sambungan Internet boleh membuat panggilan video, membelibelah dalam talian dan membayar bil tanpa ke kaunter – menjimatkan masa kerana tidak perlu menunggu dan bersesak-sesak dengan orang ramai – menjimatkan tenaga kerana tidak perlu beratur atau memandu kereta – [Ayat kesan – kebaikan] menggunakannya untuk pelbagai kemudahan – [Ungkapan menarik] sambil berdiang, nasi masak Isi 3 [Ayat topik – isi] inovasi dapat menjimatkan masa – [Ayat huraian – mengapa] masa amat penting dalam kehidupan manusia seperti seruan dalam Surah al-Asr – masa yang telah berlaku takkan dapat berulang kembali – [Ungkapan menarik] masa ibarat air sungai mengalir – pada zaman dahulu, kereta api menggunakan arang batu untuk menggerakkannya – lambat dan memakan masa untuk tiba ke tempat yang ditujui – [Ayat contoh – bagaimana] perkembangan teknologi telah mencipta kereta api laju – menggunakan kuasa elektrik – memendekkan masa perjalanan seseorang ke sesebuah destinasi – [Ayat kesan – kebaikan] dapat memanfaatkan masa yang sedia ada dengan pelbagai perkara seperti berehat – [Ungkapan menarik] masa itu emas Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 15-16.indd 168 20/09/2023 4:50 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


169 Kesimpulan [Ayat kesimpulan] inovasi dapat memberikan kebaikan kepada manusia – [Ayat penegasan] kemudahan yang ada janganlah disalahgunakan – teknologi untuk memudahkan manusia janganlah pula menyusahkan manusia – kerjasama semua pihak perlu ada dalam menggalakkan budaya inovasi dalam kalangan masyarakat – [Ayat cadangan] pihak sekolah mengadakan lawatan sambil belajar ke Petrosains atau pameran inovasi – pihak kerajaan menganjurkan pertandingan reka cipta dan inovasi pada pelbagai peringkat – ibu bapa perlulah menggalakkan anak-anak melibatkan diri dalam inovasi di rumah sejak kecil – [Ungkapan menarik] melentur buluh biarlah dari rebungnya – [Ayat harapan] semoga budaya inovasi terus berkembang di Malaysia Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 15-16.indd 169 20/09/2023 4:50 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


170 Sistem dan Aplikasi Bahasa Kertas 2 (Bahagian A) Morfologi Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan dua kata ganda dan dua kata berimbuhan pinjaman. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata ganda dan kata berimbuhan pinjaman tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Amalan kitar semula bahan buangan termasuklah sisa pepejal dapat membantu peningkatan kualiti kehidupan manusia dan pemuliharaan serta pemeliharaan alam sekitar agar lebih lestari dan mapan. Sisa makanan ialah sumber tenaga bagi mikroorganisma tanah untuk menjalankan aktiviti melalui proses dekomposisi. Jus sampah yang terhasil mampu menjadikan antibodi dan antiparasit kepada tanaman di samping berkesan untuk menyuburkan tanah. Pengguna boleh membuat baja kompos di rumah berpandukan tatacara berikut, iaitu dengan menyusun bahan buangan seperti sisa nasi, sisa sayur-sayuran, sisa buah-buahan dan sisa makanan lain yang tidak berminyak secara berselang-seli di dalam tong kosong. (Dipetik dan diubah suai daripada “Sisa Makanan Tingkat Kualiti Persekitaran” oleh Mohd Azrone Sarabatin, Berita Harian Online, 1 Mac 2017) [8 markah] Kata ganda: (i) pepejal (ii) sayur-sayuran Jawapan lain: (iii) buah-buahan, (iv) berselang-seli Kata berimbuhan pinjaman: (i) mikroorganisma (ii) antibodi Jawapan lain: (iii) antiparasit, (iv) tatacara Ayat (Kata ganda): (i) Pengurusan sisa pepejal perlulah dilakukan supaya tidak mencemarkan alam sekitar. (ii) Sebelum menanam sayur-sayuran, datuk membina batas dengan menggunakan cangkul. Ayat (Kata berimbuhan pinjaman): (i) Mikroorganisma hanya dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop kerana saiznya yang sangat seni. (ii) Suntikan imunisasi dapat memperkuat antibodi seseorang daripada penyakit. Jawapan lain: Ayat (Kata ganda): • Pengambilan buah-buahan tinggi seperti pisang, oren dan tembikai dapat menambahkan vitamin. • Pokok nanas dan kelapa sawit ditanam secara berselang-seli oleh petani itu di ladangnya. Ayat (Kata berimbuhan pinjaman): • Semburan antiparasit itu dilakukan oleh petani untuk menjamin tanamannya selamat daripada serangga perosak. • Pembedahan mayat itu telah dilakukan oleh ahli forensik mengikut tatacara yang telah ditetapkan. Untuk tujuan pembelajaran Imbas kod QR untuk muat turun la� han tambahan Sistem dan Aplikasi Bahasa (Morfologi). Praktis Ekstra 8 Praktis Ekstra Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 15-16.indd 170 20/09/2023 4:50 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


171 Sintaksis Baca petikan di bawah, kemudian bina enam ayat tanya yang lengkap dengan menggunakan kata tanya yang betul. Kata tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan frasa yang berhuruf condong. Teknologi 5G sangat penting kepada Malaysia kerana dapat mempertingkatkan keberkesanan pengeluaran dan menggalakkan inovasi. Persiapan untuk menyediakan teknologi 5G telah dilakukan sejak April tahun lalu. Pelbagai perubahan berasaskan teknologi berlaku di seluruh dunia dengan kebangkitan telefon pintar. Sektor pengeluaran memainkan peranan utama dalam menyumbang kepada pendapatan negara. Perdana Menteri telah merasmikan Majlis Pelancaran Projek Demonstrasi 5G Malaysia itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi. Menteri Komunikasi dan Multimedia turut hadir dalam majlis yang penuh gemilang itu. (Dipetik dan diubah suai daripada “Malaysia Sedia Laksana Teknologi 5G Secara Komersial Suku Ketiga – PM” oleh M Hifzuddin Ihsan dan Hamzah Osman, Berita Harian Online, 19 Januari 2020) [6 markah] (i) Mengapakah teknologi 5G sangat penting kepada Malaysia? (ii) Bilakah persiapan untuk menyediakan teknologi 5G telah dilakukan? (iii) Bagaimanakah pelbagai perubahan berasaskan teknologi berlaku di seluruh dunia? (iv) Apakah sektor yang memainkan peranan utama dalam menyumbang kepada pendapatan negara? (v) Di manakah Perdana Menteri telah merasmikan Majlis Pelancaran Projek Demonstrasi 5G Malaysia itu? (vi) Siapakah turut hadir dalam majlis yang penuh gemilang itu? Penyuntingan Bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin bahan tersebut. Kerajaan sentiasa berusaha untuk memperluaskan inovasi dan penggunaan teknologi baharu bagi memperkasakan dan meningkatkan prodaktiviti sektor pertanian sekali gus meningkatkan ekonomi negara. Dron digunakan secara meluas dalam banyak bidang seperti ketenteraan, operasi mencari dan menyelamat, pemantauan lalu-lintas dan pertanian. Dron membantu petani untuk menganalisa keadaan ladang sebelum menanam bijih benih. Selain itu, kaedah penyemburan racun yang dron lakukan dapat mengurangkan risiko manusia dengan baja kimia, racun perosak dan baja berbahaya. Penggunaan dron bukan sahaja dapat mengeluarkan hasil tanaman-tanaman yang lebih baik malah dapat menghematkan masa petani. Dron juga dapat mengesan tanaman dijangkiti penyakit 10 hari lebih awal mengguna kamera inframerah. (Dipetik dan diubah suai daripada “Dron Merevolusikan Pertanian” oleh Nurafi fah Mohammad Suhaimi, Berita Harian Online, 10 Februari 2020) [9 markah] Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 15-16.indd 171 20/09/2023 4:50 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


172 (i) memperluaskan – memperluas/meluaskan (vi) dron lakukan – dilakukan oleh dron (ii) prodaktiviti – produktiviti (vii) hasil tanaman-tanaman – hasil-hasil tanaman (iii) lalu-lintas – lalu lintas (viii) menghematkan – menjimatkan (iv) menganalisa – menganalisis (ix) mengguna – menggunakan (v) bijih – biji Pemahaman Kertas 2 (Bahagian B) Petikan Umum Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 [Sii]Tidak mencemarkan udara dan[Sii]mengurangkan kebergantungan kepada bahan api merupakan dua faktor yang menyaksikan peningkatan dalam penggunaan kenderaan elektrik (EV) di seluruh dunia. Maka, tidak hairanlah apabila kenderaan ini mencatatkan peningkatan sebanyak 1000 peratus setahun, iaitu daripada 10 000 unit setahun pada tahun 2010 kepada 300 000 unit pada tahun 2014 di seluruh dunia. Dalam merancakkan industri ini pada peringkat tempatan, program bas elektrik pertama negara juga dilancarkan manakala sebuah syarikat automotif tempatan kini berusaha keras untuk mengeluarkan kereta prototaip EV mereka. Jelaslah di sini, EV bukan sahaja menyumbang dari aspek alam sekitar tetapi juga[Sii] menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi. (Dipetik dan diubah suai daripada “Malaysia Manfaat Peluang Terajui Industri Kenderaan Elektrik” oleh Azran Jaffar, Berita Harian Online, 3 Julai 2015) Bahan 2 Malaysia mahu beralih ke rangkaian 5G pada tahun 2020 dan untuk mencapai tujuan itu, kerajaan telah melancarkan demonstrasi besar-besaran projek 5G di seluruh negara yang menjadikan negara ini sebagai antara negara yang pertama di Asia memanfaatkan teknologi itu. Hal ini membuktikan komitmen industri ke arah mewujudkan penggunaan yang kukuh dan berdaya maju untuk aplikasi 5G yang akan[Sii]mengubah pelbagai industri sertaSii]meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia. Kerajaan memperkukuh aspirasinya untuk mengembangkan ekosistem digital Malaysia dengan memperkenalkan geran Pembangunan Ekosistem 5G bernilai RM50 juta menerusi Belanjawan 2020 untuk [Sii]meningkatkan pendapatan negara. (Dipetik dan diubah suai daripada “Malaysia Sedia Beralih ke 5G Tahun Depan” oleh Bernama, Berita Harian Online, 24 Disember 2019) Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 15-16.indd 172 20/09/2023 4:50 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


173 (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud mencatatkan peningkatan. [2 markah] [Maksud] ... menunjukkan/mencapai/mendapat/memperoleh pertambahan (ii) Dengan merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan manfaat-manfaat kenderaan elektrik dan teknologi 5G. [3 markah] [Persamaan] Bahan 1: ... menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi/Bahan 2: ... meningkatkan pendapatan negara [Perbezaan] Bahan 1: ... tidak mencemarkan udara/... mengurangkan kebergantungan kepada bahan api Bahan 2: ... mengubah pelbagai industri/... meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia (iii) Usaha memperkenalkan kenderaan masa depan di negara ini tidaklah semudah yang disangka kerana berdepan dengan pelbagai cabaran. Pada pendapat anda, apakah cabaran-cabaran tersebut? KBAT Menilai [4 markah] [Apa – cabaran] ... kos/modal/sumber kewangan yang tinggi/... teknologi automotif negara yang masih rendah/... kekurangan tenaga pakar/... tanggapan negatif terhadap produk tempatan/... persaingan hebat daripada negara maju (iv) Pusat sumber sekolah anda telah meletakkan tujuh buah komputer setelah mendapat sumbangan daripada seorang wakil rakyat. Namun begitu, kemudahan ini tidak dimanfaatkan oleh murid-murid sebaliknya mereka bermain permainan video dan melayari laman media sosial berjam-jam lamanya. Tindakan ini amat merugikan murid. Sebagai murid yang bijak, bagaimanakah anda memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi yang disediakan di pusat sumber sekolah anda? KBAT Mengaplikasi [4 markah] [Bagaimana – cara] ... mendapatkan hiburan/... melayari laman web/blog/... bertukar-tukar nota/bahan pelajaran dengan rakan/... bertanya rakan tentang masalah pelajaran/... menyiapkan latihan/nota Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 15-16.indd 173 20/09/2023 4:50 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


174 Rumusan Kertas 2 (Bahagian C) Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebagai negara neutral karbon menjelang 2050 membuktikan kesungguhan untuk memacu pertumbuhan negara ke arah pembangunan lestari dan mesra alam sekitar. Isu perubahan iklim, kelestarian alam sekitar dan penggunaan teknologi hijau perlu ditekankan untuk mencapai matlamat ini. Aspirasi bersepadu ke arah teknologi hijau dan neutral karbon akan[A1]meningkatkan daya saing negara pada peringkat global. Teknologi hijau satu konsep luas yang merujuk teknologi mesra alam, tidak mencemarkan, boleh diperbaharui dan mempunyai nilai kecekapan tinggi. Hal ini[A2]amat penting untuk pembangunan ekonomi mampan. Bagi meningkatkan kesedaran masyarakat dan menggalakkan penggunaan meluas teknologi hijau, komitmen semua pihak diperlukan.[B1]Institusi pendidikan terutama sekolah rendah dan menengah boleh memainkan peranan dengan menyediakan generasi masa depan yang mempunyai pengetahuan teknologi hijau. Selain itu,[B2]aktiviti dan program yang memupuk minat dan kesedaran teknologi hijau dapat diterapkan seperti rakan alam sekitar, pembelajaran berasaskan projek serta pertandingan reka cipta dan inovasi. Pertandingan melukis poster, mendeklamasikan sajak, menulis esei, pidato dan debat juga dapat melahirkan murid yang celik teknologi hijau. [B3]Pihak sekolah juga boleh menganjurkan lawatan ke industri berasaskan teknologi hijau seperti ladang solar fotovoltaik, taman agroteknologi, stesen jana kuasa biojisim dan lain-lain. Di samping itu,[B4]agensi kerajaan dan swasta pula disyorkan membantu sekolah dengan mengadakan pameran dan ceramah teknologi hijau. Dalam pada itu,[B5]pihak sekolah juga disarankan memperkasakan program 3R (kurangkan, guna semula dan kitar semula) serta[B6]menghijaukan kawasan sekolah dengan pokok bunga dan buah-buahan. Pengetahuan terhadap kepentingan teknologi hijau akan[A3]membentuk etika murid untuk menghargai alam. Seterusnya,[B7]ibu bapa digalakkan mengasah minat dan bakat anak untuk menyertai pertandingan dan program berkaitan dengan teknologi hijau. (Dipetik dan diubah suai daripada “Beri Pendedahan Awal Budaya Teknologi Hijau” oleh Muhammad Guntor Mansor Tobeng dan Mohd Syahriman Mohd Azmi, Berita Harian, 22 Januari 2022) Bahan 2 Sehingga kini didapati bahawa tahap kesedaran masyarakat terhadap teknologi hijau masih belum mencapai tahap memuaskan. Buktinya, masih banyak pencemaran, sama ada udara atau air di sekeliling kita. Oleh itu,[B8]kempen berterusan untuk meningkatkan kesedaran umum tentang teknologi hijau terus dijalankan. Teknologi hijau ialah aplikasi sains alam sekitar untuk[A4]memulihara sumber dan alam semula jadi bagi menangani impak negatif aktiviti manusia. Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kita menggunakan sumber seperti tenaga, air dan sebagainya secara minimum untuk menghasilkan sesuatu produk. Impaknya termasuklah[A5]mengurangkan penggunaan tenaga dan sumber asli. Di samping itu, teknologi hijau juga mampu[A6]mengurangkan pelepasan gas karbon ke udara yang menyebabkan fenomena perubahan cuaca dunia. Sama-samalah kita menghayati budaya teknologi hijau dan menjayakan program teknologi hijau. (Dipetik dan diubah suai daripada “Teknologi Hijau: Semua Pihak Perlu Berperanan” oleh Anny Lim Kiat Lian, www.majalahsains.com, 7 Mac 2010) Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 15-16.indd 174 20/09/2023 4:50 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


175 Pendahuluan Rumusan membincangkan kepentingan-kepentingan/faedah-faedah/manfaat-manfaat/kelebihan-kelebihan/ kebaikan-kebaikan teknologi hijau dan usaha-usaha/langkah-langkah/cara-cara/strategi-strategi/inisiatifinisiatif/kaedah-kaedah/pendekatan-pendekatan meningkatkan kesedaran penggunaan teknologi hijau. Fokus 1 (Kepentingan teknologi hijau) A1 meningkatkan daya saing negara pada peringkat global (B1) A2 amat penting untuk pembangunan ekonomi mampan (B1) A3 membentuk etika murid untuk menghargai alam (B1) A4 memulihara sumber dan alam semula jadi (B2) A5 mengurangkan penggunaan tenaga dan sumber asli (B2) A6 mengurangkan pelepasan gas karbon ke udara (B2) Fokus 2 (Usaha meningkatkan kesedaran penggunaan teknologi hijau) B1 institusi pendidikan boleh menyediakan generasi masa depan yang mempunyai pengetahuan teknologi hijau (B1) B2 aktiviti dan program yang memupuk minat dan kesedaran teknologi hijau dapat diterapkan (B1) B3 pihak sekolah juga boleh menganjurkan lawatan ke industri berasaskan teknologi hijau (B1) B4 agensi kerajaan dan swasta pula disyorkan membantu sekolah dengan mengadakan pameran dan ceramah teknologi hijau (B1) B5 pihak sekolah juga disarankan memperkasakan program 3R (B1) B6 menghijaukan kawasan sekolah dengan pokok bunga dan buah-buahan (B1) B7 ibu bapa digalakkan mengasah minat dan bakat anak untuk menyertai pertandingan dan program berkaitan dengan teknologi hijau (B1) B8 kempen berterusan untuk meningkatkan kesedaran umum tentang teknologi hijau terus dijalankan (B2) Kesimpulan Kesimpulannya, teknologi hijau perlu dibangunkan/dimajukan/digalakkan/diterapkan supaya dapat menjaga kelestarian alam sekitar/mengelakkan pencemaran dan kerosakan alam. Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 15-16.indd 175 20/09/2023 4:50 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


176 Aspek Seni Bahasa SP 4.3.3 Mempersembahkan cerpen secara langsung dengan kreatif dan menarik. Praktis 1 Buat papan cerita yang menarik bagi cerpen “Kaduk, Ayam dan Raja”. Papan cerita yang dibuat mestilah mempunyai sinopsis cerpen yang ringkas. Tema 16 Dipimpin untuk Memimpin Praktis PBD Kaduk menyabung ayam dengan Raja dan kalah hingga tanahnya diambil. Apabila masa beralih, cucunya, Hakim telah menuntut tanah itu dan berjaya dengan bantuan rakan peguamnya, Azam. Azam telah pulang ke tanah air selepas habis kursusnya dan bertanyakan Azam tentang perniagaannya. Azam mengatakan bahawa perniagaan tidak seperti yang diharapkan. Tanah tersebut diusahakan untuk membela ayam. Hakim telah membuat pinjaman bank. Dia terpaksa meminda kertas kerjanya beberapa kali hinggalah dibantu oleh seorang wakil rakyat. Hakim telah membuat perjanjian kontrak dengan syarikat RAJA yang membekalkan anak ayam, makanan dan sebagainya hingga berhutang. Hakim telah dieksploitasi oleh syarikat RAJA dan hutang yang banyak. Keadaan ini tidak ubah seperti nasib datuknya, Kaduk yang ditekan oleh Raja. 1 2 3 4 5 Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 15-16.indd 176 20/09/2023 4:50 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


177 Karangan Respons Terbuka Kertas 1 (Bahagian B) Domain Awam Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan prinsip berbaik-baik dengan semua negara. Hubungan luar dan sumbangan Malaysia dengan negara serantau dapat memberikan manfaat kepada Malaysia dalam pelbagai bidang, termasuklah politik, ekonomi dan sosial. Oleh sebab itu, Malaysia telah menyertai Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) yang kini dianggotai oleh 11 buah negara di Asia Tenggara. Petikan di atas menyatakan kerjasama yang dijalinkan oleh Malaysia dengan negara-negara di Asia Tenggara melalui Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN). Kerjasama ini telah memberikan kebaikan dari segi politik, ekonomi dan sosial. Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis sebuah rencana dalam akhbar tempatan. Tajuk rencana anda ialah “Kebaikan-kebaikan Malaysia Menjalinkan Hubungan Serantau”. Tulis rencana anda selengkapnya. Panjangnya karangan anda hendaklah antara 350 hingga 500 patah perkataan. [70 markah] Kebaikan-kebaikan Malaysia Menjalinkan Hubungan Serantau Oleh: Roslan Daud Pendahuluan [Ayat rangsangan – isu] Malaysia dikelilingi oleh pelbagai negara jiran seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Brunei – sejak selepas zaman kemerdekaan negara, pemimpin Malaysia telah menjalinkan hubungan serantau – sungguhpun pemimpin berubah dan masa terus berputar, Malaysia tetap tidak mengetepikan hubungan dengan negara jiran dan sekitarnya – [Ungkapan menarik] sekali air bah, sekali pantai berubah – perubahan pemimpin tidak sekali-kali memutuskan hubungan sedia ada – ASEAN, ZOPFAN, NAM – [Ayat contoh – bagaimana] faktor sejarah disebabkan telah terjalin sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi – hubungan yang terjalin erat disebabkan saling memerlukan – [Ungkapan menarik] bagai aur dengan tebing – faktor geografi disebabkan bersempadan dengan negara lain – faktor politik kerana Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen yang mementingkan keamanan sejagat – [Ayat arah – tugasan] kebaikan-kebaikan Malaysia menjalinkan hubungan serantau Isi 1 [Ayat topik – isi] hubungan serantau membolehkan Malaysia menjaga ekonomi dengan baik – [Ayat huraian – mengapa] setiap negara menginginkan tahap ekonominya pada garis selesa – mengelakkan masalah kemelesetan ekonomi, kejatuhan nilai tukaran wang dan kadar infl asi yang tinggi – ekonomi perlulah dijaga kerana menjadi kayu ukur kepada kemajuan sesebuah negara – Singapura ialah contoh negara ASEAN yang mempunyai kadar pendapatan negara perkapita yang tinggi – melambangkan kemakmuran seisi negeri – Praktis Berformat SPM Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 15-16.indd 177 20/09/2023 4:50 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


178 [Ayat contoh – bagaimana] menyertai projek perindustrian ASEAN seperti baja urea – menyertai Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) – mencadangkan negara-negara ASEAN bekerjasama dengan China, Jepun dan Korea Selatan dalam bidang perdagangan – membuka peluang pekerjaan kepada rakyat – [Ayat kesan – kebaikan] menarik kehadiran pelabur asing – meningkatkan ekonomi negara – [Ungkapan menarik] sambil menyelam minum air Isi 2 [Ayat topik – isi] hubungan serantau membolehkan Malaysia menjaga keamanan negara – setiap negara yang merdeka akan mengekalkan kedaulatan dan politik yang stabil – peperangan, rusuhan dan ancaman musuh boleh menjadikan sesebuah negara huru-hara – [Ungkapan menarik] bagai diserang garuda – permusuhan antara negara amat perlu dicegah kerana akan merugikan banyak pihak – [Ungkapan menarik] gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah – [Ayat contoh – bagaimana] bekerjasama dengan negara jiran untuk membanteras komunis pada zaman selepas merdeka – [Ungkapan menarik] ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni – mengadakan rundingan dengan Filipina dan Indonesia hingga tertubuhnya ASA – menjadi tuan rumah untuk persidangan seperti Deklarasi Kuala Lumpur – [Ayat kesan – kebaikan] mewujudkan suasana yang harmoni dan aman damai – mengelakkan perperangan dan pertumpahan darah – menarik kehadiran orang luar sama ada pelancong atau pelabur asing Isi 3 [Ayat topik – isi] hubungan serantau membolehkan Malaysia memajukan kebudayaan – [Ayat huraian – mengapa] budaya ialah warisan nenek moyang yang perlu dipertahankan dan dilestarikan – [Ungkapan menarik] tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas – budaya serumpun yang dikongsi lebih kurang sama – faktor demografi dan sejarah menjadikan budaya setiap negara tidak terlalu berbeza – makanan, adat resam, perkahwinan dan kesenian perlu menjadi milik bersama – [Ayat contoh – bagaimana] menyertai festival kebudayaan dan kesenian melalui penubuhan Tabung Kebudayaan ASEAN – mengadakan pertukaran rancangan radio dan televisyen – menjalinkan kerjasama dalam Tahun Melawat ASEAN – [Ayat kesan – kebaikan] mengelakkan warisan budaya pupus dan lapuk ditelan zaman – menjadi tarikan pelancong ke sesebuah negara – menjadi identiti negara bangsa yang tidak melupakan budaya sendiri walaupun telah mencapai kemajuan Kesimpulan [Ayat kesimpulan] hubungan serantau memberikan pelbagai manfaat buat Malaysia – terdapat pelbagai cabaran yang terpaksa ditempuhi oleh setiap negara termasuklah Malaysia – ancaman daripada pihak luar seperti lanun menyebabkan pedagang berasa tidak selamat – [Ayat cadangan] membuat kerjasama rondaan di perairan serantau – persaingan ekonomi dengan kuasa besar – negara maju seperti Singapura perlulah membawa masuk kepakaran dan teknologi maju ke negara miskin – perlu bekerjasama dengan negara serantau dari segi ekonomi – menyokong produk negara jiran dan membeli produk yang dikeluarkan oleh negara jiran – kerjasama yang erat amatlah diperlukan – [Ayat penegasan] sikap mementingkan diri sendiri dan negara akan merugikan negara serantau juga negara sendiri – [Ungkapan menarik] seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 15-16.indd 178 20/09/2023 4:50 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


179 Sistem dan Aplikasi Bahasa Kertas 2 (Bahagian A) Morfologi Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan empat kata akronim. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata akronim tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Sejak tadika, Syareel bercita-cita untuk menjadi seorang pemimpin. Cita-citanya itu tumbuh apabila dia menonton fi lem kemerdekaan yang diperjuangkan oleh Tunku Abdul Rahman di pawagam. Dia selalu berangan-angan apabila diberikan amanah sebagai Perdana Menteri, dia ingin membantu golongan petani seperti bapanya dengan memberikan jentolak dan mesin. Dia juga mahu memperkenalkan jenama tempatan, khususnya produk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) ke peringkat antarabangsa. Dia juga mahu membina jejantas bagi keperluan orang kampung melintas di kawasan yang sibuk. Cita-citanya itu telah diabadikan dalam sebuah cerpen di dalam majalah sekolah hingga mendapat pujian guru dan rakanrakannya. [8 markah] Kata akronim: (i) tadika (ii) pawagam (iii) jentolak (iv) jenama Jawapan lain: (v) jejantas, (vi) cerpen Ayat: (i) Alam persekolahan tadika memberikan ruang buat kanak-kanak bersosial dengan orang lain. (ii) Peminat berpusu-pusu ke pawagam bagi menonton fi lem yang dilakonkan oleh ramai artis terkemuka negara. (iii) Bukit-bukau di belakang rumah kami telah diratakan oleh jentolak untuk dibuat ladang. (iv) Proton merupakan jenama tempatan yang memajukan bidang automotif. Jawapan lain: (v) Penggunaan jejantas ketika melintas jalan raya yang sibuk dapat mengelakkan kemalangan. (vi) Khairul Nizam menyertai pertandingan menulis cerita pendek atau cerpen yang bertemakan patriotisme. Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 15-16.indd 179 20/09/2023 4:50 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


180 Sintaksis Baca petikan di bawah, kemudian kenal pasti dan tulis ayat-ayat yang berikut sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan atau ayat perintah. (i) Seorang pemimpin yang hebat bukan kerana keupayaan meloloskan diri bermain politik hingga berjaya naik ke puncak dan menjadi pemimpin. (ii) Jadi, siapakah tokoh pemimpin yang sepatutnya dicontohi? (iii) Dalam konteks Malaysia, antara tokoh pemimpin yang patut dicontohi ialah Perdana Menteri yang pertama, Tunku Abdul Rahman. (iv) Wahai rakyat sekalian, bijaklah memilih pemimpin! (v) Usahlah memilih pemimpin berdasarkan emosi, kelak kita juga yang rugi. (vi) Pilihlah pemimpin beragama, berintegriti, berpandangan jauh dan ikhlas serta memastikan semua rakyat Malaysia selesa dan bahagia di bawah tampuk kepemimpinannya. (Dipetik dan diubah suai daripada “Pilih Pemimpin Miliki Jiwa Rakyat, Negara” oleh Nur Syahida Shafi ron, Berita Harian Online, 29 Ogos 2020) [6 markah] (i) Ayat penyata (ii) Ayat tanya (iii) Ayat penyata (iv) Ayat seruan (v) Ayat perintah (vi) Ayat perintah Penyuntingan Bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang telah dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin bahan tersebut. Malaysia akan membincangkan tentang isu jerebu rentas sempadan pada mesyuarat di Brunei kali kelima yang membabitkan negara anggota ASEAN. Deligasi Malaysia diketuai oleh Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi dan Inovasi. Malaysia telah mengemaskini Pelan Tindakan Pembakaran Jerebu Kebangsaan yang baru. Dalam pelan itu, Malaysia meminta negara ahli untuk diambil tindakan proaktif dalam memastikan kebakaran hutan dan tanah gambut dalam kalangan negara ASEAN dapat dikawal bagi mengelakkan jerebu melintasi sempadan terus berlaku. Sementara itu, jangkaan kaji cuaca oleh Jabatan Meteorologi Malaysia mendapati bahawa negara kini, termasuklah lain-lain negara bakal berdepan dengan masalah itu. Kerjasama ini diharapkan dapat memperolehi manfaat buat semua. (Dipetik dan diubah suai daripada “5 Negara Bincang Isu Jerebu Rentas Sempadan” oleh Wan Faizal Ismayatim, Berita Harian Online, 5 Ogos 2019) [9 markah] Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 15-16.indd 180 20/09/2023 4:50 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


181 (i) membincangkan tentang isu – membincangkan isu/berbincang tentang isu (ii) Deligasi – Delegasi (iii) mengemaskini – mengemas kini (iv) baru – baharu (v) diambil – mengambil (vi) melintasi – merentasi (vii) jangkaan – ramalan (viii) lain-lain negara – negara-negara lain (ix) memperolehi – memperoleh Bahasa Melayu Standard Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Maka oleh Kertala Sari segala hulubalang yang menghadap sama-sama itu dilihatnya seorang kepada seorang. Maka Kertala Sari pun pandang pada Laksamana; maka ia pun fi kir dalam hatinya, “Dialah gerangan hulubalang Ratu Melaka yang bernama Laksamana itu. Jikalau demikan lakunya, sungguhlah ia dapat membunuh bapaku, kerana ia penjurit besar lagi kepetangan. (Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan” dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia) [6 markah] Semua hulubalang yang menghadap Kertala Sari dipandangnya seorang demi seorang. Kertala Sari pun terpandang Laksamana; lalu dia pun terfi kir dalam hatinya, “Barangkali dialah hulubalang Ratu Melaka yang bernama Laksamana itu. Jikalau begitu gayanya, memang dia dapat membunuh bapaku kerana dia pahlawan yang hebat juga licik. Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 15-16.indd 181 20/09/2023 4:50 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


182 Peribahasa Petikan di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan tiga peribahasa sahaja, kemudian berikan maksud peribahasa tersebut. Belia pada dekad ini menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan seperti peribahasa, laut mana yang tidak berombak. Oleh itu, sekiranya mereka menjadi pemimpin, mereka perlulah sentiasa berfi kiran kreatif agar mampu menyelesaikan masalah sekiranya ditimpa musibah kerana malang tidak berbau. Dengan kebijaksanaanlah segala cabaran yang datang mampu ditempuhi dengan tenang. Bakat kepemimpinan boleh diasah selagi ada kemahuan untuk belajar kerana belakang parang kalau diasah lagikan tajam. Oleh sebab bijak pandai ada menyebut bahawa pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara, ingatlah bahawa masa depan negara terletak di atas bahu belia. [6 markah] (i) Peribahasa: Laut mana yang tidak berombak Maksud peribahasa: Setiap pekerjaan ada kesulitannya/cabarannya (ii) Peribahasa: Malang tidak berbau Maksud peribahasa: Nasib buruk yang tidak diketahui (iii) Peribahasa: Belakang parang kalau diasah lagikan tajam Maksud peribahasa: Orang yang bodoh kalau diajar betul-betul, pandai juga sudahnya Pemahaman Kertas 2 (Bahagian B) Petikan Umum Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Pilihan raya ialah proses[Sii]pemilihan barisan kepemimpinan, juga sebahagian daripada[Sii]penentu masa depan negara dan proses yang perlu disertai serta diraikan oleh semua warganegara yang layak. Peluang untuk membuat pilihan ini tidak boleh disia-siakan dan dalam konteks pemilihan kepemimpinan bagi menggerakkan sistem demokrasi, pilihan raya juga[Sii]kayu ukur kepada kejayaan atau kegagalan demokrasi. Demokrasi seperti dikenali ramai ialah sistem berasaskan pilihan yang dibuat oleh majoriti rakyat yang layak mengundi. Semakin tinggi jumlah pengundi yang melaksanakan tanggungjawab, semakin jelas sokongan terhadap barisan pemimpin yang dipilih. Namun, semakin rendah jumlah pengundi melaksanakan tanggungjawab mereka untuk mengundi, semakin tidak jelas jumlah majoriti. Pada masa sama, kita juga amat memahami bahawa demokrasi mempunyai ideal dan prinsip mengenai kebebasan. (Dipetik dan diubah suai daripada “Demokrasi, Pilihan Raya dan Tanggungjawab Warganegara” oleh Prof. Madya Dr. Shamrahayu A. Aziz, Berita Harian Online, 28 April 2018) Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 15-16.indd 182 20/09/2023 4:50 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B


Click to View FlipBook Version