83 Rumusan Kertas 2 (Bahagian C) Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Buli siber ialah satu tindakan pencerobohan atau gangguan menggunakan teknologi. Biasanya jenayah ini dilakukan melalui teks, sembang, e-mel, aplikasi media sosial dan permainan dalam talian. Perbuatan ini sering diulang dengan tujuan untuk menakut-nakutkan, menimbulkan kemarahan dan memalukan mangsa. Salah satu punca buli siber ini kerana[A1]pembuli siber tidak berpuas hati dengan individu tertentu. Lazimnya, pembuli siber tidak berpuas hati dengan penampilan, kemewahan dan tingkah laku mangsa. Selain itu,[A2]pembuli siber mudah mengganggu mangsa dalam talian kerana identiti mereka mudah dikesan. Di samping itu, buli siber juga boleh berlaku disebabkan[A3]pembuli ingin berseronok dengan membuat jenaka. Segelintirnya gemar menggunakan kata-kata lucah, berbaur fi tnah dan hasutan. Tanpa disedari, tindakan mereka boleh menimbulkan akibat, iaitu[C1]menggores emosi dan mental orang lain. Contohnya, artis Korea Selatan, Choi Jin-ri atau lebih dikenali sebagai Sulli yang ditemui meninggal dunia akibat tekanan kerana sering dibuli oleh warganet dengan kata-kata kecaman melampau sehingga apa-apa sahaja yang dilakukannya menimbulkan rasa tidak puas hati. Mangsa buli siber sentiasa mengingati kejadian itu sehingga[C2]menyebabkan mereka tertekan dan sentiasa resah. Lama-kelamaan, mangsa mungkin mengalami kemurungan. Dalam pada itu, hal ini juga menyebabkan[C3]mangsa hilang keyakinan dan takut untuk berinteraksi dengan orang lain. Kejadian buli siber juga menyebabkan[C4] seseorang itu kehilangan sumber pendapatan dan menjejaskan kerjayanya. Oleh itu, masalah buli siber perlu ditangani segera. (Dipetik dan diubah suai daripada “Buli Siber Berleluasa di Media Sosial Tanpa Kawalan” oleh Umie Balqis Abdull Latiff, Utusan Malaysia, 8 Ogos 2022) Bahan 2 Menurut laporan daripada Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Malaysia menduduki tempat kedua di Asia bagi isu buli siber yang berlaku dalam kalangan remaja pada tahun 2021.[A4]Penggunaan secara meluas platform media sosial telah mencetuskan lagi masalah buli siber. Oleh hal yang demikian,[B1]pelbagai siri webinar telah dibentangkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menangani kebimbangan yang mempengaruhi masalah buli siber, terutamanya dalam kalangan remaja bawah umur. Pelaku buli siber mengalami kadar kesunyian yang lebih tinggi. Hal ini disebabkan oleh[A5]kurangnya kasih sayang daripada ahli keluarga dan[A6]dipengaruhi oleh budaya sekeliling. Diharapkan kerajaan dapat menyediakan langkah pencegahan awal sebagai persediaan untuk penyelesaian tuntas pada masa akan datang. (Dipetik dan diubah suai daripada “Buli Siber: Malaysia Kedua Tertinggi di Asia” oleh Hafi zah Omar Zaki, Dewan Masyarakat, Bil. 3/2022) webinar – seminar yang dilangsungkan melalui web atau sesawang Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 7-8.indd 83 19/09/2023 4:15 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
84 Bahan 3 [B2] [B4] [B5] [B3] [B6] Pendahuluan Rumusan membincangkan punca-punca/sebab-sebab/faktor-faktor buli siber, langkah-langkah/usaha-usaha/ cara-cara/strategi-strategi/inisiatif-inisiatif/kaedah-kaedah/pendekatan-pendekatan membendung buli siber dan akibat-akibat/kesan-kesan buruk/keburukan-keburukan/impak-impak negatif buli siber. Fokus 1 (Punca buli siber) A1 pembuli siber tidak berpuas hati dengan individu tertentu (B1) A2 pembuli siber mudah mengganggu mangsa dalam talian kerana identiti mereka mudah dikesan (B1) A3 pembuli ingin berseronok dengan membuat jenaka (B1) A4 penggunaan secara meluas platform media sosial (B2) A5 kurangnya kasih sayang daripada ahli keluarga (B2) A6 dipengaruhi oleh budaya sekeliling (B2) Fokus 2 (Langkah membendung buli siber) B1 pelbagai siri webinar telah dibentangkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) (B2) B2 beritahu orang dewasa yang dikenali dan percaya (B3) B3 jangan balas e-mel atau mesej daripada pembuli siber (B3) B4 jangan buang e-mel mesej atau daripada pembuli siber (B3) B5 jangan bertemu pembuli (B3) B6 laporkan kepada pihak polis (B3) Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 7-8.indd 84 19/09/2023 4:15 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
85 Fokus 3 (Akibat buli siber) C1 menggores emosi dan mental orang lain (B1) C2 menyebabkan mereka tertekan dan sentiasa resah (B1) C3 mangsa hilang keyakinan dan takut untuk berinteraksi dengan orang lain (B1) C4 seseorang itu kehilangan sumber pendapatan dan menjejaskan kerjayanya (B1) Kesimpulan Kesimpulannya, buli siber haruslah ditangani/dibanteras/dibendung agar menjamin keselamatan pengguna media sosial. Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 7-8.indd 85 19/09/2023 4:15 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
86 Kemahiran Menulis SP 3.4.4 Menulis untuk membuat kesimpulan yang lengkap dan menepati tema menggunakan ayat yang gramatis dan ungkapan yang menarik. Praktis 1 Berdasarkan idea yang diberikan dalam peta dakap di bawah, tulis satu perenggan kesimpulan yang lengkap dan menepati tema menggunakan ayat yang gramatis dan ungkapan yang menarik. Perenggan Kesimpulan • pelbagai kepentingan mempelajari mata pelajaran Sejarah • semua pihak perlu menggembleng tenaga • guru hendaklah kreatif dan inovatif dalam mengajar topik Sejarah • ibu bapa haruslah menceritakan kisah perjuangan menuntut kemerdekaan • generasi muda tidak buta sejarah negara dan bangsa • maruah negara dapat dijaga dan negara dapat dikekalkan kedaulatannya • bukit sama didaki, lurah sama dituruni • seseorang yang melupakan sejarah pasti akan mengulanginya Ayat Kesimpulan Ayat Cadangan Ayat Harapan Ungkapan Menarik Tajuk Karangan: Kepentingan-kepentingan Mempelajari Mata Pelajaran Sejarah Kesimpulannya, terdapat pelbagai kepentingan mempelajari mata pelajaran Sejarah . Sehubungan dengan itu, semua pihak perlu menggembleng tenaga untuk menggalakkan generasi mempelajari subjek Sejarah ini ibarat peribahasa, bukit sama didaki, lurah sama dituruni . Oleh itu, guru hendaklah kreatif dan inovatif dalam mengajar topik Sejarah supaya tidak menimbulkan rasa bosan murid . Bukan itu sahaja, ibu bapa haruslah menceritakan kisah perjuangan menuntut kemerdekaan hingga mereka sanggup mempertaruhkan nyawa bak kata orang tua-tua, biar putih tulang, jangan putih mata . Moga-moga, usaha murni ini dapat menjadikan generasi muda tidak buta sejarah negara dan bangsa . Tambahan pula, maruah negara dapat dijaga dan negara dapat dikekalkan kedaulatannya . Akhir kata, ingatlah pesanan George Santayana yang berpesan, “ seseorang yang melupakan sejarah pasti akan mengulanginya .” TP Tema 8 Dalam Lipatan Kenangan Praktis PBD Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 7-8.indd 86 19/09/2023 4:15 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
87 Praktis 2 Tulis idea dalam peta dakap di bawah. Kemudian, tulis satu perenggan kesimpulan yang lengkap dan menepati tema menggunakan ayat yang gramatis dan ungkapan yang menarik. Perenggan Kesimpulan • pelbagai aktiviti sempena sambutan Hari Kebangsaan di sekolah • semua pihak perlu menggembleng tenaga • pihak sekolah hendaklah merancang aktiviti yang menarik • kerajaan haruslah mempergiat kempen seperti Kibar Jalur Gemilang • generasi muda sedar akan tanggungjawab mereka • perasaan cinta akan negara subur dalam jiwa generasi muda • ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni • yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan Ayat Kesimpulan Ayat Cadangan Ayat Harapan Ungkapan Menarik Tajuk Karangan: Aktiviti-aktiviti Sempena Sambutan Hari Kebangsaan di Sekolah Kesimpulannya, terdapat pelbagai aktiviti sempena sambutan Hari Kebangsaan di sekolah . Sehubungan dengan itu, semua pihak perlu menggembleng tenaga untuk menyemai benih patriotisme dalam jiwa generasi muda ibarat peribahasa, ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni . Oleh itu, pihak sekolah hendaklah merancang aktiviti yang menarik sepanjang Bulan Kemerdekaan untuk menggalakkan penyertaan murid . Bukan itu sahaja, kerajaan haruslah mempergiat kempen seperti Kibar Jalur Gemilang . Moga-moga, usaha murni ini dapat menjadikan generasi muda sedar akan tanggungjawab mereka dalam mengisi kemerdekaan . Tambahan pula, perasaan cinta akan negara akan subur dalam jiwa generasi muda dengan mengenang pengorbanan pahlawan negara . Akhir kata, ingatlah pada peribahasa, yang baik dijadikan teladan, yang buruk di jadikan sempadan supaya menjadi warganegara yang baik . TP Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 7-8.indd 87 19/09/2023 4:15 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
88 Karangan Respons Terbuka Kertas 1 (Bahagian B) Domain Pendidikan Pengetahuan mengenai sejarah negara penting sebagai tunjang kepada pembentukan bangsa. Cerdik pandai sering berkata bahawa sejarah ialah guru terbaik untuk mendidik manusia menjadikan sesuatu yang lalu sebagai teladan atau sempadan. Sejarah ialah kebijaksanaan silam yang boleh dimanfaatkan untuk membina masa hadapan. Oleh itu, mengenali sejarah negara memberikan impak besar, khususnya kepada generasi muda. (Dipetik daripada Berita Harian Online, 17 September 2015) Petikan akhbar di atas menyatakan bahawa pengetahuan sejarah amat penting dalam kehidupan seseorang. Sempena Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah, anda selaku pengerusi Persatuan Sejarah telah diminta untuk memberikan ceramah dalam perhimpunan sekolah. Tajuk ceramah anda ialah “Faedah-faedah Mempelajari Sejarah”. Sediakan teks ceramah anda selengkapnya. Panjangnya karangan anda hendaklah antara 350 hingga 500 patah perkataan. [70 markah] Kata alu-aluan: ucapan terima kasih buat pengerusi majlis – Yang berusaha, Puan Norlaila binti Mat Jali, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Keramat – Yang berusaha, barisan pentadbir yang berwibawa – Yang dihormati, para guru yang berdedikasi – Yang dikasihi, rakan murid sekalian – ingin merakamkan ucapan terima kasih kerana memberikan peluang untuk menyampaikan ceramah – tajuk ceramah, “Faedahfaedah Mempelajari Sejarah” Kata penghadapan: Hadirin yang dimuliakan, Pendahuluan [Ayat rangsangan – isu] sejarah ialah guru yang terbaik buat seseorang kerana daripadanya kita belajar tentang kehidupan – [Ayat huraian – mengapa] mata pelajaran Sejarah bukan lagi satu mata pelajaran yang asing kerana murid telah belajar sejak sekolah rendah lagi – sejak tahun 2013, calon Sijil Pelajaran Malaysia perlu lulus subjek Sejarah untuk memperoleh sijil selain perlu lulus dalam subjek Bahasa Melayu – tanggapan mata pelajaran Sejarah amat sukar kerana perlu mengingati banyak fakta – guru yang mengajar tidak pandai menarik minat murid – mereka merasakan mata pelajaran ini membosankan – [Ayat arah – tugasan] pelbagai faedah yang diperoleh dengan mempelajari Sejarah Praktis Berformat SPM Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 7-8.indd 88 19/09/2023 4:15 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
89 Isi 1 [Ayat topik – isi] sejarah dapat mengelakkan diri seseorang daripada mengulangi kesilapan – George Santayana pernah berkata bahawa [Ungkapan menarik] “Seseorang yang melupakan sejarah pasti akan mengulanginya” – [Ayat huraian – mengapa] banyak kesilapan yang berlaku kerana tidak mengambil iktibar daripada sejarah lampau – kesilapan yang pernah dilakukan seharusnya menjadi pengajaran manakala kebaikan yang dilakukan perlulah diteruskan – [Ungkapan menarik] yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan – [Ayat contoh – bagaimana] negara kita pernah dijajah sejak tahun 1511 hingga tahun 1957 – bermula dengan penaklukan oleh Portugis, kemudian oleh British, Belanda, Jepun dan kembali kepada British sebelum diberikan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 – Kesultanan Melayu Melaka yang gemilang telah hancur oleh sebab perpecahan dalam kalangan pembesar dan gejala [Ungkapan menarik] makan suap yang bermaharajalela – [Ayat kesan – kebaikan] tidak mengulangi kesilapan yang sama – [Ungkapan menarik] pisang berbuah dua kali Kata penghadapan: Sidang dewan yang dikasihi, Isi 2 [Ayat topik – isi] sejarah dapat menjadi mekanisme utama dalam pembinaan negara bangsa – [Ayat huraian – mengapa] martabat sejarah perlu diangkat untuk membentuk keperibadian rakyat – mata pelajaran Sejarah berperanan sebagai alat untuk mendidik rakyat agar menyayangi negara yang tercinta ini – [Ayat contoh – bagaimana] mata pelajaran Sejarah mulai diajar di sekolah rendah – [Ungkapan menarik] melentur buluh biarlah dari rebungnya – mendalami sejarah menuntut kemerdekaan negara – pembentukan Parti Perikatan daripada tiga bangsa utama, iaitu Melayu, Cina dan India – [Ayat kesan – kebaikan] pengetahuan sejarah bangsa akan membolehkan generasi muda lebih prihatin terhadap bangsa dan pembangunan negara – rakyat lebih menghargai tanah airnya – membentuk satu imej bangsa yang merdeka – mengetahui peranan mereka terhadap negara, terutamanya generasi muda sebagai tonggak negara – [Ungkapan menarik] pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara Isi 3 [Ayat topik – isi] penghayatan terhadap sejarah juga dapat membentuk semangat patriotik – [Ayat huraian – mengapa] pengetahuan sejarah dapat melahirkan rasa bangga terhadap negara – mata pelajaran Sejarah mendedahkan tokoh-tokoh pejuang tanah air kepada murid – [Ayat contoh – bagaimana] Dato Bahaman, Rentap dan Haji Abdul Rahman Limbong antara pejuang yang berani menentang penjajah – [Ungkapan menarik] berani kerana benar, takut kerana salah – mereka menentang British yang cuba merampas hak mereka dan memijak maruah bangsa – [Ungkapan menarik] seperti Belanda minta tanah – berjuang menentang penjajah walaupun nyawa terkorban – [Ungkapan menarik] biar putih tulang, jangan putih mata – menyemarakkan rasa untuk menjadi anggota keselamatan negara seperti polis dan askar – [Ayat kesan – kebaikan] murid dapat mengenali tokoh dan perjuangan mereka – rujukan untuk generasi akan datang dalam merencanakan masa depan Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 7-8.indd 89 19/09/2023 4:15 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
90 Kata penghadapan: Warga pendengar yang budiman, Kesimpulan [Ayat kesimpulan] sejarah perlu dipelajari dan dihayati oleh segenap warganegara, tidak kira usia – pembelajaran tentang sejarah negara dapat melahirkan warganegara yang berketerampilan – [Ayat harapan] semua pihak perlulah menggembleng tenaga untuk menggalakkan seseorang mempelajari sejarah bangsa dan negara – [Ungkapan menarik] ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni – [Ayat cadangan] pihak sekolah menganjurkan aktiviti pada sambutan Hari Kebangsaan seperti pelancaran Bulan Kemerdekaan – stesen media elektronik hendaklah menyiarkan lagu patriotik seperti Keranamu Malaysia, Jalur Gemilang, Bahtera Merdeka dan Perwiraku secara kerap bukan bermusim dan hanya pada bulan Ogos – ibu bapa perlulah membawa anakanak menyambut Hari Kebangsaan dan melawat tempat-tempat bersejarah supaya anak-anak tidak buta sejarah – [Ayat penegasan] usaha menggalakkan pembelajaran sejarah perlu dilakukan secara bersungguhsungguh dan bukannya secara sambalewa – [Ungkapan menarik] melepaskan batuk di tangga Ucapan terima kasih: Sekian, terima kasih Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 7-8.indd 90 19/09/2023 4:15 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
91 Sistem dan Aplikasi Bahasa Kertas 2 (Bahagian A) Morfologi Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan dua kata bilangan dan dua kata sendi nama. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata bilangan dan kata sendi nama tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Rumah Pusaka Chow Kit atau dikenali sebagai ‘Rumah Degil’ yang berusia 92 tahun itu menyaksikan pelbagai perubahan di negara ini dari zaman British, Jepun, kemerdekaan negara hingga 13 Mei 1969 terpaksa dijual pada tahun 2013 kerana keluarga Jaafar tidak lagi mampu menampung kos penjagaan rumah tersebut. Kontraktor yang dipertanggungjawabkan perlu memastikan rumah itu dibuka dan disimpan dengan rapi serta menandakan setiap kayu yang digunakan dalam rumah itu bagi memudahkannya dipasang semula. Pemilik ‘Rumah Degil’ enggan menjual rumah tradisinya yang tersepit oleh bangunan moden di kota raya walaupun ditawarkan jutaan ringgit. (Dipetik dan diubah suai daripada “Pembinaan Semula ‘Rumah Degil’ di Pekarangan Balai Seni” Berita Harian Online, 26 September 2018) [8 markah] Kata bilangan: (i) pelbagai (ii) setiap Jawapan lain: (iii) jutaan Kata sendi nama: (i) dari (ii) hingga Jawapan lain: (iii) pada, (iv) dalam, (v) bagi, (vi) oleh Ayat (Kata bilangan): (i) Restoran itu menjual pelbagai jenis kuih tradisional seperti lepat pisang, onde-onde dan kuih keria. (ii) Setiap murid perlulah memakai pakaian yang telah termaktub dalam peraturan sekolah. Ayat (Kata sendi nama): (i) Pada zaman dahulu, kain sutera hanya boleh diperoleh dari negara China. (ii) Kakak saya melanjutkan pelajaran hingga peringkat sarjana. Jawapan lain: Ayat (Kata bilangan): (iii) Rumah mewah milik usahawan tersohor negara di atas bukit itu berharga jutaan ringgit. Ayat (Kata sendi nama): (iii) Kes kemalangan jalan raya akan meningkat pada musim perayaan dan cuti sekolah. (iv) Dia mengambil sepucuk surat dari dalam laci lalu menyerahkannya kepada saya. (v) Persiapan bagi majlis itu sedang giat dilakukan oleh pihak pengurusan sekolah. (vi) Novel bertemakan patriotisme itu ditulis oleh sasterawan negara. Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 7-8.indd 91 19/09/2023 4:15 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
92 Sintaksis Baca petikan di bawah, kemudian tukarkan ayat bersusunan songsang yang bergaris kepada ayat bersusunan biasa tanpa mengubah maksud asalnya. Biarpun semakin ramai generasi muda tidak lagi berminat untuk mempelajarinya, seni tenunan kain adalah antara warisan yang masih mendapat tempat di negara ini. Songket ialah contoh hasil tenunan yang terus menjadi pilihan. Dapat dilihat dalam kebanyakan acara tradisi serta istiadat rasmi Melayu hingga hari ini penggunaan songket. Kain limar dikatakan mempunyai nilai tenunan yang tinggi nilainya kerana kehalusan seni pembuatan dan tenunannya. Dianggap sebagai tenunan tekstil Melayu yang mempunyai nilai tinggi kain limar bersongket. Ilmu kesenian ikat limar ini perlulah dikongsikan dengan generasi muda. (Dipetik dan diubah suai daripada “Tenunan Ikat Limar Semakin Dilupakan” oleh Norhafzan Jaafar, Berita Harian Online, 3 Januari 2017) [6 markah] (i) Seni tenunan kain adalah antara warisan yang masih mendapat tempat di negara ini biarpun semakin ramai generasi muda tidak lagi berminat untuk mempelajarinya. (ii) Penggunaan songket dapat dilihat dalam kebanyakan acara tradisi serta istiadat rasmi Melayu hingga hari ini. (iii) Kain limar bersongket dianggap sebagai tenunan tekstil Melayu yang mempunyai nilai tinggi. Peribahasa Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai. Sejarah ialah sesuatu peristiwa yang telah berlaku. Misalnya, sejarah penaklukan Kota Melaka oleh Portugis pada tahun 1511 perlulah dijadikan pengajaran oleh masyarakat seperti peribahasa, (i) . Hal ini bagi memastikan peristiwa hitam itu tidak berulang untuk kali kedua hingga membolehkan tindakan yang diambil lebih berhati-hati bak kata orang tua-tua, (ii) . Jika kita telah mengambil keputusan yang salah dalam kehidupan, kita hendaklah melihat perjalanan asal kerana peribahasa ada menyebut, (iii) . [6 markah] (i) pisang tidak berbuah dua kali (ii) yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan (iii) sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 7-8.indd 92 19/09/2023 4:15 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
93 Pemahaman Kertas 2 (Bahagian B) Petikan Umum Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Keunikan Pulau Pinang yang terkenal dengan[Sii]keindahan pantai, sudah pasti[Sii]perkembangan percampuran etnik, seni dan budaya dan warisannya masih terpelihara sehingga kini menjadi tarikan utama untuk diterokai.[Sii]Tinggalan sejarah seperti meriam di Kota Cornwallis, rumah ibadat, menara jam serta deretan rumah bangunan kolonialnya yang masih tersergam megah menyerlahkan keunikan Pulau Mutiara. [Sii]Kedudukan lokasi warisan yang terletak pada jarak berhampiran antara satu sama lain juga menjadikannya mudah dijejaki dan bakal memberikan pengalaman istimewa. Tapak Warisan Dunia seluas 259 hektar itu merangkumi 3853 bangunan warisan dan 1160 struktur moden bukan sahaja dimiliki tetapi diduduki dan digunakan bagi pelbagai tujuan untuk membentuk perkembangan yang vibrant. (Dipetik dan diubah suai daripada “Gamit Nostalgia di Bandar Warisan” oleh Zuhainy Zulkifl i, Berita Harian Online, 5 Julai 2020) Bahan 2 Bandar Taiping yang terletak di utara Perak memiliki keunikan tersendiri sehingga diisytiharkan sebagai bandar warisan sekali gus menjadikan Taiping destinasi pelancongan warisan. Pengkaji sejarah, Abdul Halim Yahya berkata, Taiping berasal daripada perkataan Cina yang bermaksud aman selama-lamanya. Uniknya, Taiping bukan hanya pada nama tetapi juga[Sii]sejarah binaan bangunan warisan. Taiping menjadi lokasi pelbagai prasarana dibina sesuai dengan statusnya sebagai ibu negeri Perak dan kepesatan perkembangan ekonominya. Taiping[Sii]berada di lokasi yang strategik, iaitu antara Pulau Pinang dengan Ipoh yang senang dilawati,[Sii]menawarkan pakej alam semula jadi seperti air terjun serta hutan paya dan keunikan budaya seperti kraf tangan dan makanan tradisi. (Dipetik dan diubah suai daripada “Keunikan Taiping Bandar Warisan” oleh Hafi zah Iszahanid, Berita Harian Online, 27 Mac 2017) (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud menyerlahkan keunikan. [2 markah] [Maksud] ... menonjolkan keistimewaan (ii) Dengan merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan tarikan Pulau Pinang dan Taiping. [3 markah] [Persamaan] Bahan 1: ... tinggalan sejarah/Bahan 2: ... sejarah binaan bangunan warisan/... keunikan budaya [Perbezaan] Bahan 1: ... keindahan pantai/... kedudukan lokasi warisan yang terletak pada jarak berhampiran Bahan 2: ... berada di lokasi strategik/... menawarkan pakej alam semula jadi Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 7-8.indd 93 19/09/2023 4:15 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
94 (iii) Usaha memelihara dan memulihara bangunan bersejarah membawa pelbagai manfaat. Pada pendapat anda, apakah manfaat-manfaat tersebut? KBAT Menilai [4 markah] [Apa – manfaat] ... menjadi sumber kajian/penyelidikan/... menjadi identiti bangsa/kawasan/ ... menjadi tarikan pelancong/... memberikan teladan/iktibar/... memperlihatkan kesenian masyarakat (iv) Di kampung anda, terdapat sebuah rumah lama yang usianya melebihi 100 tahun. Menurut cerita orangorang tua di situ, bangunan itu telah lama ditinggalkan. Struktur rumah lama itu banyak yang telah rosak kerana tidak dijaga. Apabila anda melihatnya secara dekat, anda merasakan satu kerugian jika bangunan itu tidak dipelihara dan dipulihara. Sebagai seorang warganegara yang cinta akan warisan budaya, cadangkan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memelihara dan memulihara bangunan tersebut. KBAT Mengaplikasi [4 markah] [Langkah] ... mewartakannya sebagai bangunan bersejarah/... mendapatkan pengiktirafan sebagai tapak warisan/... memperuntukkan dana khas untuk memelihara bangunan bersejarah/... membersihkan kawasan bangunan bersejarah/... membuat dokumentasi khas/... mempromosikan bangunan bersejarah Novel Jawapan bagi soalan yang berikut hendaklah berdasarkan novel Tingkatan 4. (i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Suasana perkampungan Pasir Panjang lengang seperti baru dilanda geroda. Di pangkalan Pasir Panjang, Adnan bertanggungjawab mengetuai pasukannya menghadapi serangan pihak musuh. Persiapan telah mula dilakukan. Kubu-kubu dibina lengkap dengan senjata. Anggota tentera membuat rondaan kawalan di persekitaran perkampungan dengan dibantu oleh pasukan pengawal yang ditubuhkan penduduk kampung. Pengawal kampung turut dibekal senjata api bagi melindungi diri daripada serangan. Dalam masa yang singkat itu, mereka dilatih cara-cara menggunakan senjata api dan beberapa taktik peperangan untuk memudahkan pergerakan mereka nanti. Adnan tersenyum bangga. Ruparupanya, banyak penduduk tempatan sanggup menggadai nyawa demi mempertahankan tanah air. Semangat mereka jelas kelihatan walaupun hanya berbekalkan sebilah parang. (Dipetik daripada novel Leftenan Adnan Wira Bangsa oleh Abdul Latip Talib, Kementerian Pendidikan Malaysia) Nyatakan langkah-langkah yang dilakukan untuk menghadapi serangan musuh. [4 markah] ... kubu-kubu dibina lengkap dengan senjata/... anggota tentera membuat rondaan kawalan di persekitaran perkampungan/... dengan dibantu oleh pasukan pengawal yang ditubuhkan penduduk kampung/... pengawal kampung turut dibekalkan dengan senjata api bagi melindungi diri daripada serangan/... mereka dilatih cara-cara menggunakan senjata api dan beberapa taktik peperangan untuk memudahkan pergerakan mereka nanti Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 7-8.indd 94 19/09/2023 4:15 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
95 (ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut: (a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib (b) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin (c) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Noor (d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua latar masa. [6 markah] Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa • Latar masa pada waktu pagi. Contohnya, Pak Saidi dan Adnan menunaikan solat subuh berjemaah sebelum menghantar Adnan ke sekolah Inggeris di pekan Sungai Ramal dengan menaiki basikal. • Latar masa pada waktu petang. Contohnya, Adnan mengikut Pak Saidi ke dusun untuk mengutip buah durian. • Latar masa pada waktu malam. Contohnya, Pak Saidi menyuarakan hasratnya untuk menyekolahkan Adnan dan anak-anaknya di sekolah Inggeris demi menjamin masa depan yang cerah tetapi dibantah oleh Mak Milah. (Cadangan jawapan bagi novel-novel lain: Rujuk Buklet Jawapan pada muka surat 19 – 20) Rumusan Kertas 2 (Bahagian C) Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Setiap negara mempunyai bangunan bersejarah yang memiliki keunikan tersendiri. Bangunan bersejarah selain pembacaan kisah tokoh sejarah baik politik, ekonomi dan sosial disifatkan antara[A1]elemen penting dalam pembentukan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat terutama generasi muda. Selain itu, monumen bersejarah ini penting untuk dikekalkan sebagai rujukan kerana[A2]menjadi bukti kukuh sesuatu peristiwa atau era yang pernah berlaku dahulu. Secara psikologinya, monumen ini dapat[A3]menjadi pengisian dalam pembentukan jati diri generasi muda tidak hanya mengenai pengorbanan generasi terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan negara sebelum ini tetapi juga pembinaan ketamadunan bangsa Malaysia. Di samping itu, Malaysia banyak memiliki monumen mengikut era yang[A4]mempunyai nilai komersial dalam memacu industri pelancongan. Untuk generasi gajet terus mengikuti kisah sejarah monumen tidak menjadi sebarang masalah dengan kecanggihan teknologi komunikasi pada masa ini. Namun, cabaran sebenar adalah untuk mengekalkan monumen ini untuk terus menjadi tatapan generasi masa depan. Antaranya, cabaran kewangan, iaitu[B1]beberapa kawasan bersejarah berada dalam wilayah segi tiga ekonomi yang mempunyai nilai pasaran hartanah tinggi. Selain itu,[B2]kurangnya tenaga pakar dalam kalangan rakyat tempatan bidang pemuliharaan baik bangunan bersejarah ini juga secara tidak langsung menjadikan sesuatu kerja pembaikan mengambil tempoh masa yang panjang. Di samping itu,[B3]kurangnya kesedaran segelintir anggota masyarakat khasnya terhadap nilai sentimental sesebuah monumen juga mengundang berlakunya vandalisme terhadap produk sejarah lalu ini. (Dipetik dan diubah suai daripada “Perlu Proaktif Pulihara Bangunan Bersejarah” oleh Zuraimee Zainal, Sinar Harian, 2 Februari 2021) Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 7-8.indd 95 19/09/2023 4:15 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
96 Bahan 2 Pakar Sejarah Negara, Prof. Madya Dr. Kassim Thukiman berkata, orang luar lebih menghormati warisan negara berbanding dengan rakyat tempatan sendiri apabila merupakan pengunjung setia ke lokasi bersejarah kerana ingin[A5]mengetahui asal usul pembinaan negara bangsa. Tidak dinafi kan[C1]negara mempunyai Akta Warisan Kebangsaan yang digubal bagi menjaga warisan dan kebudayaan, namun belum cukup “taring” untuk mempertahankan lokasi bersejarah yang meraih perhatian tinggi pemaju untuk[B4]pembangunan projek bangunan pencakar langit. Tidak dinafi kan[B5]tiada peruntukan kewangan yang mencukupi menjadi cabaran bangunan bersejarah negara terbiar. Namun begitu,[C2]pihak berwajib perlu bijak mengurus bangunan warisan tanpa membiarkannya gagal dipelihara. Apakah yang akan terjadi kepada generasi masa depan jika bangunan bersejarah yang[A6]sepatutnya menjadi pengajaran, penyelidikan serta kajian sejarah tetapi dibiarkan begitu sahaja? Dipetik dan diubah suai daripada “Orang Luar Lebih Hormati Bangunan Sejarah Negara” oleh Juani Munir Abu Bakar, Utusan Malaysia, 7 Jun 2022) Bahan 3 Sebagai usaha memelihara bangunan bersejarah, [C3]kementerian perlu menjadikannya sebagai produk pelancongan utama negara.[C4]Pihak sekolah pula harus mendidik generasi muda tentang nilai bangunan warisan ini agar tidak dipinggirkan. Bangunan bersejarah penting kerana dapat[A7]menonjolkan kesenian dan estetika seni bina di samping[A8]menjadi lambang identiti sebuah bangsa. Pendahuluan Rumusan membincangkan kepentingan-kepentingan/faedah-faedah/manfaat-manfaat/kebaikan-kebaikan/ kelebihan-kelebihan bangunan bersejarah, cabaran-cabaran/masalah-masalah/kekangan-kekangan/ halangan-halangan memelihara bangunan bersejarah dan langkah-langkah/usaha-usaha/cara-cara/strategistrategi/inisiatif-inisiatif/kaedah-kaedah/pendekatan-pendekatan memelihara bangunan bersejarah. Fokus 1 (Kepentingan bangunan bersejarah) A1 elemen penting dalam pembentukan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat terutama generasi muda (B1) A2 menjadi bukti kukuh sesuatu peristiwa atau era yang pernah berlaku dahulu (B1) A3 menjadi pengisian dalam pembentukan jati diri generasi muda (B1) A4 mempunyai nilai komersial dalam memacu industri pelancongan (B1) Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 7-8.indd 96 19/09/2023 4:15 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
97 A5 mengetahui asal usul pembinaan negara bangsa (B2) A6 menjadi pengajaran, penyelidikan serta kajian sejarah (B2) A7 menonjolkan kesenian dan estetika seni bina (B3) A8 menjadi lambang identiti sebuah bangsa (B3) Fokus 2 (Cabaran memelihara bangunan bersejarah) B1 beberapa kawasan bersejarah berada dalam wilayah segi tiga ekonomi yang mempunyai nilai pasaran hartanah tinggi (B1) B2 kurangnya tenaga pakar dalam kalangan rakyat tempatan bidang pemuliharaan baik bangunan bersejarah (B1) B3 kurangnya kesedaran segelintir anggota masyarakat khasnya terhadap nilai sentimental sesebuah monumen (B1) B4 pembangunan projek bangunan pencakar langit (B2) B5 tiada peruntukan kewangan yang mencukupi (B2) Fokus 3 (Langkah memelihara bangunan bersejarah) C1 negara mempunyai Akta Warisan Kebangsaan yang digubal (B2) C2 pihak berwajib perlu bijak mengurus bangunan warisan tanpa membiarkannya gagal dipelihara (B2) C3 kementerian perlu menjadikannya sebagai produk pelancongan utama negara (B3) C4 pihak sekolah pula harus mendidik generasi muda tentang nilai bangunan warisan ini (B3) Kesimpulan Kesimpulannya, bangunan bersejarah perlu dipelihara/dijaga/dipertahankan supaya dapat diwarisi kepada generasi akan datang. Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 7-8.indd 97 19/09/2023 4:15 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
98 Aspek Tatabahasa SP 5.2.4 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata tugas dengan betul mengikut konteks. Praktis 1 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian isi jadual di bawah mengikut jenis kata tugas. Bahan 1 Setelah datang kepada Patih Gajah Mada, Kertala Sari pun duduk menyembah. Maka kata Patih Gajah Mada, “Hai anakku Kertala Sari, sebab aku menyuruh memanggil anakku ini, kerana pesan bapamu kepada aku, ‘Jangan tiada dikasihi anakku ini,’ kerana bapamu sudah lah mati dengan pekerjaan Seri Betara. Akan sekarang anakku hendak dijadikan penggawa agung.” Setelah Kertala Sari mendengar kata Patih Gajah Mada itu, maka Kertala Sari pun terlalu sukacita hatinya, seraya menyembah kaki Patih Gajah Mada. Maka sembah Kertala Sari, “Endah apatah pekerjaan membunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu? Pada hati manira, jika negerinya pun dapat manira alahkan dengan seorang kula juga, syahadan segala anak bininya orang Melaka itu pun dapat manira ambil. Adapun jika belum manira bunuh Ratu Melaka dan Laksamana itu belum mati, tiada mahu manira jadi penggawa.” Bahan 2 Hakim meluahkan segala yang bersarang di dadanya. “Banyak persamaan antara aku dengan datukku. Kami sama-sama membela ayam dan kami sama-sama menggadai tanah. Kami sama-sama berada di bawah cengkaman orang berkuasa. Walaupun namaku tidak lagi berunsur kolot dan kuno seperti nama datukku, tetapi itu tidak bererti apa-apa. Sepatutnya namaku ialah Kaduk bin Kaduk bin Kaduk.” Kata Penyambung Ayat Kata Praklausa Kata Prafrasa Kata Pascakata setelah, kerana, dengan, seraya, dan, jika (B1) yang, dengan, dan, tetapi (B2) maka, hai, jangan, syahadan, adapun (B1) kepada, pun, sudah, -lah, akan, hendak, -tah, pada, dapat, juga, segala, -nya, belum, mahu (B1) segala, di, -nya, antara, dengan, antara, bawah, tidak, lagi, ialah (B2) sepatutnya (B2) Tema 9 Sayangi Malaysiaku Praktis PBD Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 9-10.indd 98 20/09/2023 4:38 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
99 Praktis 2 Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan tiga kata hubung dan tiga kata bilangan. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata hubung dan kata bilangan tersebut untuk menunjukkan bahawa ada faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Sejak dahulu, dia sering mendengar pidato, “Tuan-tuan dan puan-puan, sebahagian besar bahan makanan rakyat kita ialah bahan makanan yang diimport, sedangkan kita ada ratusan ribu ekar tanah yang terbiar dan kosong dan tidak produktif. Mengapakah kita bergantung pada beras, ikan, daging, ayam dan sayur-sayuran import? Keadaan ini akan membahayakan kita kalau terjadi sesuatu bencana. Kerajaan mengutamakan bidang pengeluaran makanan kerana ini soal keselamatan negara.” Pemimpin tertinggi sendiri pernah berkata, “Rakyat mesti membuka mata dan melihat potensi yang ada dalam bidang pertanian. Saya menyeru kepada rakyat sekalian agar merebut peluang ini, terutama ribuan siswazah Melayu yang masih menganggur. Kerajaan menyediakan banyak peluang terutama kepada keistimewaan dalam Dasar Ekonomi Baru. Ada pelbagai bantuan dan skim pembiayaan untuk projek pertanian yang dikendalikan oleh sebuah bank khusus. Nah, semuanya ada di hadapan anda! Yang diperlukan sekarang ialah kesanggupan anda untuk bekerja kuat. Ingat slogan ini, ‘Pertanian adalah Perniagaan’.” (Dipetik daripada cerpen “Ayam, Kaduk dan Raja” dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul oleh Zurinah Hassan, Kementerian Pendidikan Malaysia) Kata hubung: 1 sejak 2 yang 3 sedangkan Jawapan lain: dan, kalau, kerana, agar, untuk Kata bilangan: 1 sebahagian 2 ratusan 3 ribu Jawapan lain: ribuan, banyak, pelbagai, semua Ayat (kata hubung): 1 Kehidupan Puan Norliza Brahim agak sibuk sejak menjalani kursus kepengetuaan. 2 Puan Salina dan rakannya, Puan Zamiah menempah ikan pari bakar di restoran itu yang dikhabarkan lazat benar. 3 Cikgu Hamidah sudah tiba di kelas kami sedangkan waktu masih ada 15 minit sebelum pengajarannya. Ayat (kata bilangan): 1 Sebahagian daripada gaji Cikgu Siti Hajar diperuntukkan untuk berbelanja dan simpanan. 2 Rumah inap yang dibeli oleh Puan Anne di Taman Melati berharga ratusan ribu ringgit. 3 Suami Puan Wan Rosmariah menerima dua ribu ringgit bonus tahunan kerana syarikatnya memperoleh keuntungan besar pada tahun ini. Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 9-10.indd 99 20/09/2023 4:38 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
100 Karangan Respons Terhad Kertas 1 (Bahagian A) Petikan dan grafi k di bawah berkaitan patriotisme dalam jiwa masyarakat. Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang semangat patriotik. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Praktis Berformat SPM SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA 2023 16 Julai 2023 Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Jalur Gemilang 2023 | Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak 31 Ogos 2023 Hari Kebangsaan 2023 | Dataran Putrajaya, Putrajaya 16 September 2023 Hari Malaysia 2023 | Stadium Perpaduan, Petra Jaya, Kuching, Sarawak HARI MALAYSIA 2023 Menurut tokoh pendidikan dan ekonomi, Profesor Diraja Ungku Aziz, “Patriotisme tidak harus dipandang sepi oleh rakyat sehingga rasa kesetiaan kepada negara sekadar ungkapan dan tanggungjawab yang hanya terletak di atas bahu pemimpin lapisan pertama, iaitu Perdana Menteri. Tanpanya, individu dan masyarakat negara akan berpecah belah kerana masing-masing mementingkan diri atau puak masingmasing dan melupakan tanggungjawab mereka terhadap negara. (Dipetik dan diubah suai daripada Sinar Harian, 16 September 2016) Putera Puteri Putera puteri negara jaya Bersatu berpadu tenaga Padamu harapannya bangsa Seandai cita-cita. Putera puteri sejati mulia Kota bandar desa sepasti Seruan jasmani dewi suci Bakti jasa jiwamu. Menegakkan nusa Mendirikan bangsa Puteri puteri dewi, Cekal gagah berani. Putera puteri negara jaya Bersatu berpadu tenaga Padamu harapannya bangsa Seandai cita-cita. Lagu: Jimmy Boyle Lirik: Dol Baharim (Dipetik dan diubah suai daripada Jabatan Penerangan Negeri Selangor) [30 markah] Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 9-10.indd 100 20/09/2023 4:38 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
101 Pendahuluan [Ayat rangsangan – isu] semangat patriotik ialah perasaan cinta akan negara – [Ayat huraian – mengapa] semangat patriotik dalam diri generasi muda semakin luntur – kurang rasa tanggungjawab terhadap negara – [Ayat contoh – bagaimana] menyanyikan lagu Negaraku dengan tidak bersungguh-sungguh – cetek ilmu tentang sejarah bangsa dan negara – [Ayat arah – tugasan] pemupukan semangat patriotik perlu bermula sejak kecil di rumah dan di sekolah – [Ungkapan menarik] melentur buluh biarlah dari rebungnya Isi 1 [Ayat topik – isi] keburukan tiada semangat patriotik – [Ayat huraian – mengapa] masyarakat akan berpecahbelah dan hidup berpuak-puak – [Ungkapan menarik] bersatu teguh bercerai roboh – [Ayat kesan – keburukan] tidak ada perasaan kekitaan dan semangat muhibah – menjadikan hubungan perpaduan semakin renggang – menjadikan masyarakat berbilang bangsa tidak bersatu padu – [Ayat contoh – bagaimana] peristiwa hitam 13 Mei 1969 perlu menjadi iktibar kepada masyarakat agar menjaga perpaduan kaum – tidak berlaku pertumpahan darah akibat rusuhan kaum Isi 2 [Ayat topik – isi] tanggungjawab generasi muda – [Ayat huraian – mengapa] generasi muda menjadi tonggak negara – pencorak masa depan negara yang gemilang – [Ungkapan menarik] pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara – mengisi kemerdekaan negara – [Ayat contoh – bagaimana] rajin dan gigih menuntut ilmu – menjaga maruah negara dengan tidak melakukan perkara negatif – [Ayat kesan – kebaikan] negara dapat mencapai kemajuan – [Ungkapan menarik] duduk sama rendah, berdiri sama tinggi Isi 3 [Ayat topik – isi] langkah memupuk semangat patriotik – Sambutan Hari Kebangsaan – Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia – [Ayat huraian – mengapa] memperingati jasa dan pengorbanan tokoh yang memperjuangkan maruah negara – [Ungkapan menarik] biar putih tulang, jangan putih mata – [Ayat contoh – bagaimana] mengibarkan Jalur Gemilang dan menyanyikan lagu patriotik – generasi muda akan lebih sayang akan negaranya – menjaga kemerdekaan yang dicapai oleh nenek moyang dengan sepenuh hati (Murid menulis dua isi sahaja) Kesimpulan [Ayat kesimpulan] semangat patriotik perlulah dipupuk dalam diri setiap warganegara – [Ayat cadangan] peranan semua pihak dalam mencambahkan benih patriotisme dalam diri generasi muda – [Ungkapan menarik] ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni – mengambil pengajaran daripada sejarah lampau – ahli falsafah terkenal, George Santayana berkata, [Ungkapan menarik] sesiapa yang melupakan sejarah, mereka pasti akan mengulanginya – [Ayat penegasan] semangat patriotik dapat mengelakkan tanah air ini dijajah oleh kuasa asing Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 9-10.indd 101 20/09/2023 4:38 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
102 Sistem dan Aplikasi Bahasa Kertas 2 (Bahagian A) Morfologi Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti senaraikan dua kata bantu dan dua kata penguat. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada kata bantu dan kata penguat tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Novel bertemakan patriotik bukan sekadar merakam sejarah penentangan terhadap penjajah dan proses diplomasi menuntut kemerdekaan yang begitu panjang tetapi juga untuk mendedahkan realiti lebih mencabar bagi mengisi pembangunan negara. Putera Gunung Tahan misalnya, mengkritik penjajah dengan tajam sekali dan menyalakan kesedaran pemikiran anak bangsa untuk berdepan dengan gergasi imperialis dunia itu. Novel itu berkisar tentang watak utama, Ratu Bongsu berdepan dengan penjajah seperti Tuan Robert dan Tuan William yang sangat tamak serta mahu merampas Puncak Gunung Tahan. Novel sebegini harus diadaptasi hingga boleh menarik minat generasi muda dan baharu. (Dipetik dan diubah suai daripada “Novel Patriotik Elak Sejarah Negara Diubah” oleh Nazmi Yaakub, Berita Harian Online, 23 Ogos 2019) [8 markah] Kata bantu: (i) mahu (ii) harus Jawapan lain: (iii) boleh Kata penguat: (i) begitu (ii) sekali Jawapan lain: (iii) sangat Ayat (Kata bantu): (i) Aina mahu menyertai perkhemahan unit beruniform itu jika diizinkan oleh ibu bapanya. (ii) Setiap murid harus belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan. Ayat (Kata penguat): (i) Suara Datuk Seri Siti Nurhaliza begitu merdu ketika mendendangkan lagu berirama tradisional. (ii) Lukisan pemandangan yang dihasilkan oleh orang kelainan upaya itu cantik sekali. Jawapan lain: Ayat (Kata bantu): (iii) “Kamu boleh membuat pilihan untuk menyertai mana-mana persatuan,” ujar Cikgu Jalil. Ayat (Kata penguat): (iii) Pemuda itu sangat cermat dalam berbelanja hingga boleh membeli sebuah rumah kos rendah. Untuk tujuan pembelajaran Imbas kod QR untuk muat turun Video Tutorial, halaman 102. Video Tutorial Video Tutorial Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 9-10.indd 102 20/09/2023 4:38 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
103 Sintaksis Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian tukarkan ayat pasif yang bergaris kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya. Filem patriotik seperti Tanda Putera dan 1957 Hati Malaya kurang mendapat sambutan baik daripada penonton. Karyawan juga kita lihat bimbang untuk terus melahirkan karya seperti itu lagi. Elemen sejarah yang mengaitkan pemimpin atau seseorang tokoh juga sering digunakan sebagai daya tarikan. Sejarah penubuhan dan ulang tahun Hari Kebangsaan perlulah diuar-uarkan oleh stesen televisyen dan radio. Entah mengapa, penonton lebih teruja menonton fi lem kenegaraan dan patriotik yang dihasilkan oleh pembikin fi lem luar negara. Garapan fi lem yang menarik perlu dihasilkan oleh karyawan dalam usaha mendidik sambil menghiburkan penonton. (Dipetik dan diubah suai daripada “Panggung Sinema Kita Tandus Filem Patriotik” oleh Shafezah Abdul Wahab, Berita Harian Online, 6 September 2015) [6 markah] (i) Kita juga melihat karyawan bimbang untuk terus melahirkan karya seperti itu lagi. (ii) Stesen televisyen dan radio perlulah menguar-uarkan sejarah penubuhan dan ulang tahun Hari Kebangsaan. (iii) Karyawan perlu menghasilkan garapan fi lem yang menarik dalam usaha mendidik sambil menghiburkan penonton. Penyuntingan Bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin bahan tersebut. Sudah menjadi amalan rakyat-rakyat Malaysia, tradisi atau amalan rumah terbuka seakan-akan menjadi kemestian bagi tiap perayaan utama seperti Hari Raya Aidil fi tri, Deepavali dan Tahun Baharu Cina. Pada asasnya, kita melihat amalan rumah terbuka sekadar untuk merayakan rakan taulan dengan hidangan disediakan tetapi ada rahmat yang bersembunyi di sebalik amalan rumah terbuka, antaranya mempupuk semangat kekitaan dan mengeratkan silaturrahim. Warga kota misalnya, mereka tidak mempunyai banyak masa untuk berkenal-kenalan dengan lebih kuat dengan jiran mereka disebabkan kesibukkan mengejar masa dan kerjaya. (Dipetik dan diubah suai daripada “Budaya Unik Rumah Terbuka Wajar Diteruskan” Berita Harian Online, 26 Julai 2015) [9 markah] Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 9-10.indd 103 20/09/2023 4:38 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
104 (i) rakyat-rakyat – rakyat (vi) mempupuk – memupuk (ii) tiap – tiap-tiap (vii) silaturrahim – silaturahim (iii) Aidil fi tri – Aidilfi tri (viii) kuat – erat/akrab/rapat (iv) merayakan – meraikan (ix) kesibukkan – kesibukan (v) bersembunyi – tersembunyi Bahasa Melayu Standard Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Maka titah baginda, “Bagaimana tipu Laksamana maka dapat membunuh penjurit itu?” Maka diceritakannya segala hal-ehwalnya. Maka baginda pun hairan terlalu sukacitanya. Maka baginda pun memberikan anugerah akan Laksamana. Maka sembah Laksamana, “Ya tuanku, baiklah titahkan segala rakyat berangkut segala harta itu.” (Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan” dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia) [4 markah] Setelah itu, baginda bertitah, “Bagaimanakah Laksamana membuat helah hingga dapat membunuh pencuri itu?” Kemudian, semua perkara diceritakan oleh Laksamana. Oleh itu, baginda berasa amat pelik tetapi sangat gembira. Baginda pun mengurniakan anugerah kepada Laksamana. Laksama menyembah, “Ya tuanku, ada eloknya semua rakyat dititahkan untuk mengangkut segala harta itu.” Peribahasa Dialog di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan tiga peribahasa sahaja, kemudian berikan peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut. Puan Sharina : Terima kasih buat semua kerana sudi membantu kami sekeluarga. Nasib saya betul-betul sudah jatuh ditimpa tangga kerana semalam bumbung rumah mengalami kerosakan akibat ribut, hari ini pula paip pecah dihempap pokok. Encik Lim : Tak mengapalah, Puan Sharina. Apabila hidup berjiran, kita mestilah membantu mereka jika diperlukan ibarat kata peribahasa, ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Hal ini membolehkan kerja dilakukan dengan cepat dan lebih baik. Puan Mei : Saya bangga dengan kejiranan kita. Masakan tidak, penduduk berbilang bangsa boleh bekerjasama dan bermuafakat kerana serumpun bak serai, sesusun bak sirih. Encik Ranjit : Cuma, saya agak kesal dengan berita penangkapan anak-anak muda yang menagih dadah. Oleh sebab perbuatan mereka, nama baik kampung kita tercemar tak ubah seperti peribahasa, seekor kerbau membawa lumpur habis semuanya terpalit. [6 markah] Untuk tujuan pembelajaran Imbas kod QR untuk muat turun la� han tambahan Sistem dan Aplikasi Bahasa (Bahasa Melayu Standard). Praktis Ekstra 3 Praktis Ekstra Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 9-10.indd 104 20/09/2023 4:38 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
105 (i) Peribahasa: Sudah jatuh ditimpa tangga Peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud: antan patah lesung hilang (ii) Peribahasa: Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni Peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud: bagai aur dengan tebing (iii) Peribahasa: Serumpun bak serai, sesusun bak sirih Peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud: seikat bagai sirih, serumpun bagai serai/ serumpun bagai serai, selubang/seliang bagai tebu Jawapan lain: (iv) Peribahasa: Seekor kerbau membawa lumpur habis semuanya terpalit Peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud: Kerana nilai setitik, rosak susu sebelanga Pemahaman Kertas 2 (Bahagian B) Petikan Umum Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Pelbagai tafsiran diberikan dalam mendefi nisikan semangat patriotisme. Secara ringkas, patriotisme ialah perasaan cinta akan negara. Perbuatan menunjukkan patriotisme atau menjadi patriotik, antara keperluan untuk menjadi warganegara baik. Ada banyak cara menzahirkan sikap patriotik seperti[Sii]berdiri apabila lagu kebangsaan berkumandang dan ikrar nasional dibacakan. [Sii]Sikap menghormati Jalur Gemilang juga termasuk dalam senarai ini. Kita perlu menerima hakikat pendidikan dan amalan patriotisme ialah proses sepanjang hayat. Semangat patriotisme boleh dihayati secara formal dan secara tidak formal. Semangat ini perlu dipraktikkan sepanjang masa dan dalam setiap tindakan.[Sii]Oleh itu, semangat patriotik perlu bermula sejak kecil dan diteruskan sepanjang masa. Patriotisme perlu disemarakkan sepanjang masa dan bukan hanya secara bermusim apabila kita hendak menyambut ulang tahun Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia. (Dipetik dan diubah suai daripada “Semarakkan Patriotisme Sepanjang Masa” oleh Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim, Berita Harian Online, 2 September 2020) Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 9-10.indd 105 20/09/2023 4:38 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
106 Bahan 2 Patriotisme perlu ditanam semasa zaman kanak-kanak lagi kerana apabila kanak-kanak menyukai rumah dan negara mereka, mereka akan membesar dengan menghargai warisan, kepelbagaian dan sejarah mereka dan berusaha untuk memperbaik Malaysia dalam semua aspek.[Sii]Usaha memupuk perpaduan harus bermula sejak kecil di sekolah dengan menyemai nilai-nilai keharmonian, perpaduan dan kedamaian antara kaum. [Sii]Guru perlu menggunakan kreativiti untuk menarik penyertaan murid dalam aktiviti bagi meningkatkan integrasi kaum. [Sii]Pengetua sekolah dan guru perlu menggalakkan murid memahami dan saling menghormati antara satu sama lain.[Sii]Ibu bapa perlu memupuk dan mengamalkan nilai-nilai positif dalam kehidupan seharian mereka untuk memberikan inspirasi kepada anak untuk mencontohi kelakuan baik yang akan membantu mereka membina negara yang stabil. (Dipetik dan diubah suai daripada “Memupuk Semangat Perpaduan dan Patriotisme” oleh Tan Sri Lee Lam Thye, Berita Harian Online, 4 September 2018) (i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud integrasi kaum. [2 markah] [Maksud] ... perpaduan/penyatuan bangsa (ii) Dengan merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan usaha-usaha memupuk semangat patriotik dan perpaduan. [3 markah] [Persamaan] Bahan 1: ... semangat patriotik perlu bermula sejak kecil dan diteruskan sepanjang masa/ Bahan 2: ... usaha memupuk perpaduan harus bermula sejak kecil di sekolah [Perbezaan] Bahan 1: ... berdiri apabila lagu kebangsaan berkumandang/... berdiri apabila ikrar nasional dibacakan/Bahan 2: ... guru perlu menggunakan kreativiti bagi menarik penyertaan murid dalam aktiviti/ ... ibu bapa perlu memupuk dan mengamalkan nilai-nilai positif dalam kehidupan seharian mereka (iii) Pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan di sekolah bagi memupuk semangat cinta akan negara dalam kalangan generasi muda. Pada pendapat anda, apakah aktiviti-aktiviti tersebut? KBAT Mengaplikasi [4 markah] [Apa – aktiviti] ... pertandingan seperti kuiz kemerdekaan dan deklamasi sajak patriotik/... persembahan pentas seperti nyanyian lagu patriotik atau lakonan patrotik/... gotong-royong untuk menghias kelas bertemakan patriotisme/... lawatan sambil belajar ke tempat bersejarah/... kempen sambutan Hari Kebangsaan/... pameran sejarah negara Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 9-10.indd 106 20/09/2023 4:38 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
107 (iv) Guru mata pelajaran Sejarah anda telah menayangkan fi lem bertemakan patriotik semasa pembelajaran di dalam kelas. Dalam kisah itu, tokoh yang menentang penjajah itu telah terkorban. Anda berpendapat bahawa tokoh yang amat berjasa itu perlulah diberikan penghargaan yang tertinggi. Sebagai warganegara yang patriotik, cadangkan langkah-langkah untuk menghargai jasa pahlawan yang telah memperjuangkan negara. KBAT Mengaplikasi [4 markah] [Bagaimana – langkah] ... menganugerahinya pingat kebesaran/pangkat/... memberikannya pencen/wang saraan seumur hidup/... menamakan bangunan/jalan dengan namanya/... membina tugu/memorial khas untuknya/... memberikan rawatan kesihatan percuma kepadanya/... menerbitkan fi lem/drama tentang perjuangan tokoh itu Rumusan Kertas 2 (Bahagian C) Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Merdeka! Laungan keramat kemerdekaan itu kini dikatakan semakin jauh buat golongan generasi muda apabila mereka dilihat tidak lagi menunjukkan semangat patriotik sempena Bulan Kebangsaan pada setiap 31 Ogos. Hal ini berpunca daripada[A1]kini anak muda lebih mengutamakan kerjaya dan wang sebagai saraan hidup berbanding dengan memikirkan sejenak erti kemerdekaan. Tambahan pula,[A2]kesedaran terhadap erti kemerdekaan dalam kalangan anak muda terutama remaja semakin dilupakan dan[A3]sejarah hanya dipelajari di sekolah sahaja. Hal ini dikatakan demikian kerana tiada satu pun elemen yang ditanam setiap masa, konsisten dan dikekalkan mengenai kepentingan sejarah serta kemerdekaan negara. Jika diamati,[A4]remaja hari ini jarang sekali dan sudah tidak berminat dengan bahan pembacaan buku teks. Sebaliknya, mereka lebih tertumpu kepada perkara lain di media sosial. Oleh itu, bagi memupuk semangat patriotik,[C1]pihak berwajib seharusnya menyusun program yang mampu mengembalikan semangat kemerdekaan anak muda sekali gus menaikkan semangat hari bersejarah. Pada masa ini,[A5]sangat kurang rancangan bagi menaikkan semangat patriotik. Tidak hanya dengan itu,[A6]penganjuran program kemerdekaan juga semakin kelam dan hambar saban tahun. Tidak hanya bergantung pada kerajaan, tugas utama rakyat ialah[C2]rakyat perlu menyemai semangat cinta akan tanah air dan patriotisme dalam kalangan keluarga terutama anak muda supaya[B1]kita dapat mengekalkan kemerdekaan ini. (Dipetik dan diubah suai daripada “Orang Muda Makin Hilang Semangat Patriotik” oleh Noor Hasliza Nusi, Kosmo!, 30 Ogos 2022) • patrio� k – bersifat patriot • patrio� sme – perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 9-10.indd 107 20/09/2023 4:38 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
108 Bahan 2 Menyemai kebanggaan kepada bendera antara satu ciri penting dalam pembinaan negara.[C3]Rakyat Malaysia seharusnya berbangga dengan Jalur Gemilang sebagai bendera kebangsaan kerana lambang kemegahan dan patriotisme kepada negara dalam[B3]usaha mengukuhkan proses pembinaan negara yang berbilang kaum, agama dan budaya ini. Bagi generasi tua, Hari Kebangsaan[B3]dapat membawa ingatan kegigihan dan perjuangan menentang penjajah dalam usaha mencapai kemerdekaan.[C4]Rakyat Malaysia juga boleh mempamerkan semangat patriotik dengan menyumbangkan pandangan dan pendapat yang baik dan sihat untuk negara. Hari Kemerdekaan sepatutnya[B3]boleh membawa rakyat berbilang kaum bersatu padu ke aras satu matlamat dan bagi[B4]merealisasikan aspirasi serta harapan yang diidamidamkan. (Dipetik dan diubah suai daripada “Hayati Kemerdekaan Pupuk Patriotisme” oleh Lee Lam Thye, Berita Harian, 1 September 2022) Bahan 3 Pokok Bangsa Itu Adalah Kita Anak merdeka alaf baru! antara bunga mimpi dan tragedi dalam membina generasi globalisasi bukanlah semudah mencipta cerita kosong di kedai kopi atau membiarkan bangsa kita dijajah lagi. Anak merdeka alaf baru! tanamlah, semailah, bajailah anak pribumi agar tumbuh menjulang tinggi demi generasi dan agama [C5]mentafsir wawasan membina jati diri meraih akar dalam tunjang diri menegak pepohon yang merendangkan dedaun semangat. Anak merdeka alaf baru! [C2] siramkanlah falsafah minda jangan biarkan kering dan mati kerana pokok bangsa itu adalah serumpun kerana pokok bangsa itu adalah kita yang merdeka. Amylia Hussain Jambatan Merdeka, Sg. Petani Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 9-10.indd 108 20/09/2023 4:38 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
109 Pendahuluan Rumusan membincangkan punca-punca/sebab-sebab/faktor-faktor semangat patriotik generasi muda semakin kurang, kepentingan-kepentingan/faedah-faedah/manfaat-manfaat/kebaikan-kebaikan/ kelebihan-kelebihan semangat patriotik dan langkah-langkah/usaha-usaha/cara-cara/strategi-strategi/ inisiatif-inisiatif/kaedah-kaedah/pendekatan-pendekatan memupuk semangat patriotik. Fokus 1 (Punca semangat patriotik generasi muda semakin kurang) A1 kini anak muda lebih mengutamakan kerjaya dan wang sebagai saraan hidup (B1) A2 kesedaran terhadap erti kemerdekaan dalam kalangan anak muda terutama remaja semakin dilupakan (B1) A3 sejarah hanya dipelajari di sekolah sahaja (B1) A4 remaja hari ini jarang sekali dan sudah tidak berminat dengan bahan pembacaan buku teks (B1) A5 sangat kurang rancangan bagi menaikkan semangat patriotik (B1) A6 penganjuran program kemerdekaan juga semakin kelam dan hambar (B1) Fokus 2 (Kepentingan semangat patriotik) B1 kita dapat mengekalkan kemerdekaan (B1) B2 usaha mengukuhkan proses pembinaan negara yang berbilang kaum, agama dan budaya (B2) B3 dapat membawa ingatan kegigihan dan perjuangan menentang penjajah (B2) B4 boleh membawa rakyat berbilang kaum bersatu padu ke aras satu matlamat (B2) B5 merealisasikan aspirasi serta harapan yang diidam-idamkan (B2) Fokus 3 (Langkah memupuk semangat patriotik) C1 pihak berwajib seharusnya menyusun program yang mampu mengembalikan semangat kemerdekaan anak muda (B1) C2 rakyat perlu menyemai semangat cinta akan tanah air dan patriotisme dalam kalangan keluarga (B1) C3 rakyat Malaysia seharusnya berbangga dengan Jalur Gemilang sebagai bendera kebangsaan (B2) C4 rakyat Malaysia juga boleh menyumbangkan pandangan dan pendapat yang baik dan sihat untuk negara (B2) C5 mentafsir wawasan membina jati diri (B3) C6 siramkanlah falsafah minda (B3) Kesimpulan Kesimpulannya, semangat patriotik perlu dipupuk/disemai/ditanam sejak kecil supaya dapat mewujudkan generasi yang menyayangi bangsa dan negara. Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 9-10.indd 109 20/09/2023 4:38 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
110 Kemahiran Menulis SP 3.5.1 Mengolah pelbagai bahan menggunakan ayat gramatis dan penanda wacana yang sesuai. Praktis 1 Isi tiga penanda wacana yang sesuai bagi setiap jenis yang digunakan semasa menulis karangan. Ayat Rangsangan Dewasa ini, ... Sejak belakangan ini, ... Pada era modenisasi ini, ... Ayat Topik/Isi Antaranya, ... Di samping itu, ... Dari sudut yang lain, ... Ayat Huraian Hal ini disebabkan oleh ... Hal ini dikatakan demikian kerana ... Seperti yang kita sedia maklum ... Ayat Contoh Contohnya, ... Sebagai contoh, ... Misalnya, ... Ayat Arah Persoalannya, apakah ...? Sebenarnya, ... Ayuh, kita cambahkan idea tentang ... Ayat Kesan Impaknya, ... Natijahnya, ... Secara tidak langsung, ... Ayat Penegasan Sesungguhnya, ... Tuntasnya, ... Ekoran daripada itu, ... Ayat Kesimpulan Kesimpulannya, ... Intihanya, ... Konklusinya, ... Ayat Cadangan Maka, ... Sehubungan dengan itu, ... Sejajar dengan hal itu, ... Ayat Harapan Semoga dengan usaha komited ini ... Moga-moga aspirasi yang ditanam ... Negara sudah pasti mengharapkan ... Ayat Ungkapan Menarik ... seperti peribahasa, ... ... kerana peribahasa ada menyebut, ... Benarlah pesan orang tuatua, ... TP Tema 10 Bahasa Bugar, Sastera Kekar Praktis PBD Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 9-10.indd 110 20/09/2023 4:38 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
111 Praktis 2 Bahan-bahan di bawah berkaitan dengan bahasa Melayu. Berdasarkan bahan-bahan tersebut, lengkapkan rencana tentang punca-punca bahasa Melayu rendah martabat. I tell you aa ... kalau you tak boleh repair itu paip, I cannot give itu money! Pencemaran bahasa ada di mana-mana ... Macam I tell you dulu, after kahwin baru laa kita boleh keluar together-gether ... Sumber: Internet (1) Punca-punca Bahasa Melayu Rendah Martabat Oleh: (2) Hindon binti Abdullah (3) Dewasa ini , martabat bahasa Melayu semakin rendah, hilanglah bahasa jiwa bangsa. (4) Hal ini berpunca daripada masalah (5) pencemaran bahasa yang kian berleluasa. (6) Contohnya , dalam perbualan harian, perkataan seperti (7) I, you dan together-gether . (8) Sebenarnya , terdapat (9) punca-punca bahasa Melayu rendah martabat . (10) Satu daripada puncanya ialah (11) masih ramai yang tidak peka . (12) Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakan masyarakat tidak mengambil endah tentang kesalahan bahasa. (13) Sebagai contoh , banyak (14) premis, papan iklan dan papan tanda yang mempunyai kesalahan bahasa seperti Selera Kampung Restoran, Rumah untuk dijualan dan lebuhraya. (15) Kesannya , pencemaran bahasa terus berlaku dan memeningkan khalayak. (16) Selain itu , banyak (17) program yang menggunakan bahasa lain . (18) Umum mengetahui bahawa terdapat pelbagai bahasa di Malaysia, namun bahasa kebangsaan hanyalah bahasa Melayu. (19) Misalnya , rancangan berita menggunakan tiga bahasa, iaitu (20) bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Tamil . (21) Implikasinya , masih ramai rakyat Malaysia yang tidak fasih berbahasa Melayu hingga menyukarkan komunikasi. (22) Kesimpulannya , terdapat banyak faktor yang menyebabkan bahasa Melayu rendah martabat. (23) Oleh itu , kerajaan perlulah menguatkuasakan undang-undang untuk memastikan bahasa Melayu digunakan secara betul. (24) Negara pasti mengharapkan rakyat dapat menggunakan bahasa Melayu standard. (25) Bak kata peribahasa , hilang bahasa lenyaplah bangsa, (26) maka sayangilah bahasa Melayu. TP Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 9-10.indd 111 20/09/2023 4:38 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
112 Karangan Respons Terbuka Kertas 1 (Bahagian B) Domain Awam “Bahasa Jiwa Bangsa” Gunakanlah bahasa kebangsaan kita Marilah mari rakyat semua Marilah amalkan ramai-ramai Buktikan taat setia dengan satu bahasa Bahasalah menyatukan kita semua Maju bangsa dan maju negara Yakinlah bahasa jiwa bangsa. Megahkan bahasa kita Bahasa jiwa bangsa. Lirik dan lagu: Tan Sri Dol Ramli Petikan lirik lagu “Bahasa Jiwa Bangsa” di atas menekankan kepentingan memartabatkan bahasa kebangsaan. Bincangkan usaha pelbagai pihak dalam memartabatkan bahasa kebangsaan. Panjangnya karangan anda hendaklah antara 350 hingga 500 patah perkataan. [70 markah] Pendahuluan [Ayat rangsangan – isu] lagu “Bahasa Jiwa Bangsa” menekankan kepentingan memartabatkan bahasa kebangsaan – [Ayat huraian – mengapa] bahasa ialah satu daripada keunikan budaya sesebuah masyarakat – bahasa telah wujud sejak manusia mula bertamadun – bahasa berperanan untuk menyampaikan idea dan buah fi kiran – bahasa menjadi alat perpaduan bagi negara yang mempunyai masyarakat berbilang bangsa dan etnik – bahasa dapat mengembangkan ilmu pengetahuan – bahasa dapat menyampaikan emosi dan perasaan – [Ayat contoh – bagaimana] Malaysia telah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan – pencemaran bahasa berlaku apabila wujudnya bahasa rojak, bahasa slanga dan bahasa singkat yang keterlaluan – [Ungkapan menarik] sekerat ular, sekerat belut – [Ayat arah – tugasan] usaha pelbagai pihak dalam memartabatkan bahasa kebangsaan Isi 1 [Ayat topik – isi] badan berkanun seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hendaklah mengetatkan undangundang penggunaan bahasa kebangsaan – [Ayat huraian – mengapa] DBP telah diberikan mandat untuk memartabatkan dan mengembangkan bahasa kebangsaan – pencemaran bahasa dalam kalangan masyarakat sering berlaku – papan tanda, gegantung dan risalah yang dipertontonkan kepada orang awam banyak menyalahi tatabahasa – [Ayat contoh – bagaimana] DBP perlu menjalankan pemantauan terhadap aspek bahasa di tempat awam – DBP harus bertindak tegas dengan menurunkan semua papan tanda dan gegantung yang terdapat kesalahan bahasa – DBP telah menawarkan khidmat penyemakan bahasa tetapi kurang dimanfaatkan oleh masyarakat – pihak swasta terutamanya lebih peka – [Ayat kesan – kebaikan] tidak melakukan kesalahan bahasa dengan sewenang-wenangnya Praktis Berformat SPM Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 9-10.indd 112 20/09/2023 4:38 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
113 Isi 2 [Ayat topik – isi] pihak sekolah perlulah menjalankan aktiviti bahasa dengan menekankan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul – [Ayat huraian – mengapa] sekolah ialah tempat penyampaian ilmu dan pendidikan secara formal – sikap tidak cakna guru terhadap penggunaan bahasa menjadikan murid berasa bebas – melakukan pencemaran bahasa seperti singkatan yang keterlaluan dan bahasa slanga hingga sukar difahami oleh guru – [Ayat contoh – bagaimana] Persatuan Bahasa Melayu menjalankan pertandingan bahasa seperti teka silang kata, kuiz peribahasa, menulis esei dan pengucapan awam – guru Bahasa Melayu perlulah menggunakan bahasa kebangsaan yang standard ketika mengajar agar menjadi suri teladan kepada murid – bagaimana acuan begitulah kuihnya – [Ayat kesan – kebaikan] menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul oleh murid sejak kecil – [Ungkapan menarik] melentur buluh biarlah dari rebungnya Isi 3 [Ayat topik – isi] kerajaan hendaklah menyebarluaskan bahasa kebangsaan pada peringkat antarabangsa – [Ayat huraian – mengapa] bahasa Melayu pernah menjadi bahasa pertuturan masyarakat dunia pada zaman Kesultanan Melayu Melaka sebagai lingua franca – penggunaannya secara meluas telah terbukti dalam bidang ekonomi dan perdagangan – kemampuan bahasa kebangsaan pada peringkat dunia perlu dipergiat – [Ayat contoh – bagaimana] persidangan yang melibatkan perwakilan dari luar negara di Malaysia sepatutnya menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya – kerajaan mengadakan pertandingan pidato antarabangsa pada setiap tahun sesuatu usaha yang patut dipuji – kerajaan menjalinkan kerjasama dengan universiti di luar negara bagi membuka kursus bahasa Melayu seperti di China – [Ayat kesan – kebaikan] mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu – [Ungkapan menarik] tuntutlah ilmu sampai ke negeri Cina – bersaing dengan bahasa asing dan menghilangkan tanggapan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa pinggiran – [Ungkapan menarik] duduk sama rendah, berdiri sama tinggi Kesimpulan [Ayat kesimpulan] bahasa kebangsaan yakni bahasa Melayu perlulah dimartabatkan penggunaannya dari semasa ke semasa oleh segenap pihak – kita tidak boleh mengharapkan DBP atau kerajaan sahaja untuk memartabatkannya – kerjasama semua pihak amat perlu dalam menggalakkan usaha ini – [Ungkapan menarik] ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni – usaha ini dapat mengelakkan bahasa kebangsaan pupus sama sekali – UNESCO mengatakan terdapat 10 bahasa yang hampir pupus di dunia jika tidak diwarisi – kita tidak mahu bahasa Melayu menjadi kubur yang tidak bernisan kerana ketiadaan usaha yang bersepadu untuk memartabatkannya – [Ungkapan menarik] yang bulat tak datang menggolek, yang pipih tak datang melayang – [Ayat penegasan] usaha memelihara bahasa kebangsaan amat penting kerana dengan bahasalah identiti kita dapat dikenali – [Ungkapan menarik] slogan, Bahasa Menunjukkan Bangsa Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 9-10.indd 113 20/09/2023 4:38 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
114 Sistem dan Aplikasi Bahasa Kertas 2 (Bahagian A) Morfologi Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan empat kata hubung. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada kata hubung tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Kini, bahasa Melayu masih menghadapi cabaran dari dalam dan luar. Bahasa Melayu belum betul-betul diangkat sebagai bahasa cerminan jati diri negara dalam kalangan semua golongan. Tuntutan dasar kepelbagaian bahasa atau multilingualisme turut membuktikan bahawa pembudayaan bahasa belum utuh. Dari luar pula, globalisasi membuka ruang penjajahan linguistik apabila bahasa asing, khususnya bahasa Inggeris mendominasi pelbagai aspek kehidupan. Pindaan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka perlu dijadikan kenyataan agar badan itu memperoleh kuasa untuk mengambil tindakan kepada pihak yang tidak menghormati bahasa kebangsaan. (Dipetik dan diubah suai daripada “Isu Bahasa, Kuasa DBP Jangan Hanya Tegur, Nasihat” oleh Profesor Datuk Dr Awang Sariyan, Berita Harian Online, 12 Jun 2020) [8 markah] Kata hubung: (i) dan (iii) apabila (ii) atau (iv) agar Jawapan lain: (v) untuk, (vi) yang Ayat: (i) Bersenam 30 minit pada setiap hari dapat melancarkan peredaran darah dan membakar lemak. (ii) Adik diberikan pilihan untuk melancong ke Korea atau Jepun setelah cemerlang dalam peperiksaan. (iii) Nelayan tidak akan turun ke laut apabila musim tengkujuh sebaliknya menyirat jaring yang koyak. (iv) Saya mendoakan ibu kamu agar segera sembuh dan kembali ceria. Jawapan lain: (v) Pengguna perlulah membaca maklumat pada pembungkusan untuk mengetahui kandungan produk. (vi) Kawasan bandar yang terang-benderang itu tiba-tiba gelap-gelita kerana bekalan elektrik terputus. Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 9-10.indd 114 20/09/2023 4:38 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
115 Sintaksis Baca petikan di bawah, kemudian tukarkan ayat majmuk yang bergaris kepada ayat tunggal tanpa mengubah maksud asalnya. Peribahasa semakin jarang-jarang ditemui dalam pertuturan generasi muda kerana dikatakan tidak lagi relevan. Kini, generasi muda telah mencipta peribahasa baharu yang menyongsang maknanya. Kita tidak mahu generasi muda merosakkan khazanah bahasa yang sarat mesej bermakna ini. Jadikanlah peribahasa sebagai panduan supaya beradab apabila mengajar, berkias apabila menyindir, bersusila apabila menegur dan bermadah apabila memuji. Marilah kita sama-sama memelihara dan melestarikan warisan bahasa tinggalan nenek moyang ini. (Dipetik dan diubah suai daripada “Khazanah Lama yang Masih Relevan dan Berharga” oleh Nurul Julia Alani Henry, Pelita Bahasa, Bil. 1/2018) [6 markah] (i) • Peribahasa semakin jarang-jarang ditemui dalam pertuturan generasi muda. • Peribahasa dikatakan tidak lagi relevan. (ii) • Kita tidak mahu generasi muda merosakkan khazanah bahasa ini. • Khazanah bahasa ini sarat mesej bermakna. (iii) • Marilah kita sama-sama memelihara warisan bahasa tinggalan nenek moyang ini. • Marilah kita sama-sama melestarikan warisan bahasa tinggalan nenek moyang ini. Penyuntingan Bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin bahan tersebut. Karya kreatif itu memberikan maksud yang besar dalam memupuk nilai-nilai murni. Matapelajaran Kesusasteraan Melayu diberikan peluang dan dibuka kepada semua murid-murid sekolah hingga mereka boleh mendekatinya tanpa mengira aliran. Oleh itu, bagaimanakah kita boleh mendekati dan menumbuhkan minat murid terhadap subjek ini. Jika subjek Kesusasteraan Melayu diperluaskan, sambutan terhadap karya atau buku kesusasteraan akan dipengaruhi dunia buku serta penerbitan. Sasterawan negara dan karyawan yang karyanya terpilih perlulah diberikan pengisytiharan tertinggi kerana sumbangannya teramat besar sekali untuk tatapan masyarakat. (Dipetik dan diubah suai daripada “Kaedah Tarik Minat Sastera Melayu” oleh Dr. Ghazali Din, Berita Harian Online, 18 Januari 2017) [9 markah] Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 9-10.indd 115 20/09/2023 4:38 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
116 (i) maksud – makna (vi) diperluaskan – diperluas/diluaskan (ii) Matapelajaran – Mata pelajaran (vii) dipengaruhi – mempengaruhi (iii) semua murid-murid – semua murid/murid-murid (viii) pengisytiharan – pengiktirafan (iv) mendekati – mendekatkan (ix) teramat besar sekali – teramat besar/besar sekali (v) ini. – ini? Bahasa Melayu Standard Baca petikan bahasa Melayu klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu standard tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Maka titah raja kepada Tun Kasturi, “Pergilah Bentara menghadapi orang mengangkut segala harta dan kerahkan segala orang mengangkut harta itu.” Maka Bentara pun menyembah lalu pergi dengan rakyat mengangkut segala harta itu di Bukit Cina. Maka harta itu pun terlalu banyak. Maka segala harta itu ditimbunkan di halaman balairung itu, tujuh hari tujuh malam berangkut segala harta itu (Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan” dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia) [4 markah] Setelah itu, raja bertitah kepada Tun Kasturi, “Pergilah Bentara bersemuka dengan orang untuk mengangkut semua harta dan kerahkan semua orang untuk mengangkut harta itu.” Selepas itu, Bentara pun memberi sembah lalu pergi dengan rakyat untuk mengangkut semua harta di Bukit Cina itu. Harta itu teramat banyak. Oleh itu, semua harta yang diangkut itu telah ditimbunkan di halaman balairung. Mereka mengangkutnya selama tujuh hari tujuh malam. Peribahasa Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam petikan tersebut. Malaysia mengimpikan hasrat untuk mencapai status negara maju setanding dengan negara-negara maju di dunia seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Singapura. Walaupun begitu, usaha mencapai impian tersebut seakan-akan direncatkan oleh penggunaan bahasa rojak yang mencampurkan bahasa kebangsaan dengan bahasa lain. Jika hal ini tidak dikawal, maka hilanglah identiti bangsa yang dilambangkan oleh penggunaan bahasa kebangsaan. [6 markah] (i) Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi (ii) Sekerat ular, sekerat belut (iii) Bahasa jiwa bangsa/Bahasa menunjukkan bangsa Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 9-10.indd 116 20/09/2023 4:38 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
117 Petikan Sastera Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Jika semuanya dicampurkan, jumlah yang akan dibelanjakan sekitar USD300. Masih ada baki sebanyak USD100. Sengaja aku ketepikan untuk[Sii]perkara-perkara yang tidak dijangkakan. Contohnya, barangkali ada persembahan kebudayaan yang perlu kubayar sendiri dan tidak termasuk dalam harga pakej lawatan. Rugi berjalan ke tempat orang kalau tidak sempat melihat kebudayaan dan kesenian mereka. Selain itu, aku mungkin ditimpa musibah dan[Sii]perlu mendapatkan rawatan segera dengan menggunakan wang sendiri. Namun, aku berdoa agar ubat homeopati seperti Arnica 30c, Arsenik 30c, Arconite 30c, Rhus Tox 30c, dan Nux Vomica 30c yang terdapat di dalam beg dapat membantuku bertahan daripada sebarang alahan seperti cuaca sejuk, perbezaan makanan, serta aktiviti lasak. Aku juga sedar akan keadan rambang mataku yang satu ini pantang berjumpa bahan bacaan. Biasanya, aku akan menghabiskan seluruh duitku untuk membeli buku dan majalah di mana-mana lapangan terbang di luar negara sebelum pulang ke tanah air. Sesungguhnya, jaket kulit kijang dari Istanbul langsung tidak termasuk dalam senarai perancangan belanjawanku. (Dipetik daripada cerpen “Jaket Kulit Kijang dari Istanbul” oleh Maskiah Haji Masro dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Kementerian Pendidikan Malaysia) Bahan 2 Pantun Empat Kerat (Berjimat Cermat) Pergi ke belukar memasang pikat, Pulangnya lewat di hujung petang; Jikalau sentiasa berjimat cermat, [Sii]Rezeki secupak terasa segantang. Masak meranum buah ara, Jatuh sebiji di atas papan; Jika berjimat setiap perkara, [Sii] Pasti terjamin masa hadapan. Singgah berehat di kota lama, Kuih dijamah air dihirup; Berjimat cermat suruhan agama, [Sii] Jika diamal sejahteralah hidup. Turun ke ladang memetik kacang, Hendak dibuat masak lemak; Segala urusan jika terancang, [Sii] Sikap membazir pasti terelak. Zailiani Taslim Antologi Kasut Kelopak Jantung Kementerian Pendidikan Malaysia (i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud ditimpa musibah. [2 markah] [Maksud] ... dilanda bencana/malapetaka (ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan faedah-faedah berjimat cermat. [3 markah] [Faedah] Bahan 1: ... untuk perkara-perkara yang tidak dijangkakan/... mendapatkan rawatan segera/ Bahan 2: ... rezeki sentiasa cukup/... menjamin masa hadapan/... menjadikan kehidupan sejahtera/ ... mengelakkan sikap membazir Untuk tujuan pembelajaran Imbas kod QR untuk muat turun la� han tambahan Pemahaman (Pe� kan Sastera). Praktis Ekstra 4 Praktis Ekstra Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 9-10.indd 117 20/09/2023 4:38 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
118 (iii) Budaya menabung merupakan sebahagian daripada berjimat cermat. Budaya ini wajar dipupuk oleh pihak sekolah kepada murid sejak kecil. Pada pandangan anda, apakah peranan-peranan pihak sekolah dalam memupuk budaya menabung dalam diri murid-murid? KBAT Mengaplikasi [3 markah] [Bagaimana – peranan] ... menjalankan kempen menabung/... mendidik kepentingan menabung semasa mengajar/... menganjurkan pertandingan menabung wang syiling/... mengadakan ceramah tentang kepentingan menabung/... mengundang pihak bank ke sekolah untuk membuka akaun simpanan/ ... mewujudkan/menggerakkan Kelab Menabung di sekolah (iv) Anda mempunyai seorang rakan yang gemar berbelanja secara berlebihan setiap kali membeli-belah. Setiap bulan, dia akan membelanjakan kira-kira RM300.00 untuk membeli pakaian sahaja. Anda telah menasihatinya untuk berjimat cermat kerana sikapnya itu bukan sahaja merugikan dirinya tetapi juga negara. Pada pandangan anda, apakah keburukan-keburukan sikap boros semasa berbelanja? KBAT Menilai [4 markah] [Apa – keburukan] ... menambahkan beban hutang/... menjadikan seseorang mufl is jika tidak mampu membayar hutang/... menyebabkan kadar infl asi/kenaikan harga/... tidak mempunyai simpanan untuk hari tua/... menyusahkan diri apabila berlaku kecemasan/... tidak boleh menyambung pelajaran Rumusan Kertas 2 (Bahagian C) Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Dapat disimpulkan bahawa karya sastera merupakan hasil penulisan kreatif yang berlandaskan penggunaan bahasa yang indah serta sarat dengan pelbagai makna. Dari segi peranannya, karya sastera dapat[A1]menyampaikan sesuatu mesej dan unsur secara halus dan tidak langsung. Sebahagian masyarakat mungkin merasakan bahawa mempelajari sastera sesuatu yang tidak membawa manfaat dan membebankan.[B1]Pembelajaran Komponen Kesusateraan Melayu (KOMSAS) yang dimasukkan dalam subjek Bahasa Melayu di sekolah menengah merupakan usaha baik untuk membolehkan murid menelaah bahan kesusasteraan Melayu. Fungsi karya sastera dalam[A2]memupuk nilai insaniah serta memupuk individu yang unggul perlu diketengahkan lebih meluas. Walaupun begitu, ketidakseimbangan antara elemen sains dengan kemanusiaan membantutkan usaha melahirkan murid yang unggul. Karya sastera berupaya[A3]memperkaya diri murid dengan budaya ilmu yang berbeza, terutama dari aspek kemanusiaan. Di samping itu, karya sastera berfungsi[A4]menerapkan nilai intelektual yang tinggi dan tidak berpaksikan hiburan semata-mata. Selain itu,[A5]karya sastera merupakan cerminan kepada keadaan masyarakat. Misalnya, novel Ranjau Sepanjang Jalan mengisahkan latar masyarakat petani berbangsa Melayu sekitar tahun 50-an. Tambahan pula, pengarang menggunakan kaedah didaktik dengan menyematkan nilai moral dalam penulisan masing-masing. Nilai ini bertujuan untuk[A6]mengajar pembaca di samping menyampaikan nasihat. Malangnya, peranan ini tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya jika mengambil kira kelunturan minat golongan muda menghayati bahan berkonsepkan sastera. (Dipetik dan diubah suai daripada “Karya Sastera Memacu Pembangunan Diri Mahasiswa” oleh Norshah Aizat Shuaib, Dewan Sastera, Bil. 12/2022) Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 9-10.indd 118 20/09/2023 4:38 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
119 Bahan 2 Sikap tidak suka membaca memberikan cabaran kepada subjek Kesusasteraan Melayu sehinggakan banyak sekolah tidak lagi menawarkan mata pelajaran itu. Subjek ini tidak seharusnya dilihat sebagai satu pelajaran elektif sebaliknya perlu dilihat[A7]sebagai wadah pembinaan dan pengukuhan jati diri bangsa. Sehubungan dengan itu,[B2]minat terhadap karya sastera boleh bermula di tapak perhimpunan dengan aktiviti NILAM dan[B3]sisipan jadual waktu untuk murid membuat aktiviti bacaan di pusat sumber. Sesuai perkembangan dan keperluan Revolusi Industri 4.0, elemen baharu dalam pembelajaran Kesusasteraan Melayu perlu diterapkan. Melalui elemen baharu ini,[B4]aspek didik hibur juga diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran Kesusasteraan Melayu. Selain itu,[B5]Kementerian Pendidikan akan terus mempergiat usaha dalam menjelaskan kepentingan sastera dalam kalangan murid. (Dipetik dan diubah suai daripada “Kurang Guru, Tak Suka Membaca Punca Kelas Sastera Tutup” oleh Siti Aminah mohd Yusof, Berita Harian, 9 Mei 2023) Bahan 3 Syair Bidasari Dengarkan tuan suatu riwayat, Raja di desa Negeri Kembayat, Dikarang fakir dijadikan hikayat, [A8]Supaya menjadi tamsil ibarat. Pendahuluan Rumusan membincangkan peranan-peranan/fungsi-fungsi karya sastera dan usaha-usaha/langkah-langkah/ cara-cara/strategi-strategi/inisiatif-inisiatif/kaedah-kaedah/pendekatan-pendekatan meningkatkan minat terhadap karya sastera. Fokus 1 (Peranan karya sastera) A1 menyampaikan sesuatu mesej dan unsur secara halus dan tidak langsung (B1) A2 memupuk nilai insaniah serta memupuk individu yang unggul (B1) A3 memperkaya diri murid dengan budaya ilmu yang berbeza (B1) A4 menerapkan nilai intelektual yang tinggi (B1) A5 karya sastera merupakan cerminan kepada keadaan masyarakat (B1) A6 mengajar pembaca di samping menyampaikan nasihat (B1) A7 sebagai wadah pembinaan dan pengukuhan jati diri bangsa (B2) A8 supaya menjadi tamsil ibarat (B3) Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 9-10.indd 119 20/09/2023 4:38 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
120 Fokus 2 (Usaha meningkatkan minat terhadap karya sastera) B1 Pembelajaran Komponen Kesusateraan Melayu (KOMSAS) yang dimasukkan dalam subjek Bahasa Melayu di sekolah menengah (B1) B2 minat terhadap karya sastera boleh bermula di tapak perhimpunan dengan aktiviti NILAM (B2) B3 sisipan jadual waktu untuk murid membuat aktiviti bacaan di pusat sumber (B2) B4 aspek didik hibur juga diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran Kesusasteraan Melayu (B2) B5 Kementerian Pendidikan akan terus mempergiat usaha dalam menjelaskan kepentingan sastera dalam kalangan murid (B2) Kesimpulan Kesimpulannya, karya sastera perlu diperluas/diperkenalkan/diajarkan/disebarluaskan agar dapat membentuk generasi yang seimbang. Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 9-10.indd 120 20/09/2023 4:38 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
121 Kemahiran Mendengar dan Bertutur SP 1.5.3 Bersoal jawab dalam situasi untuk meningkatkan kebolehpasaran diri dalam bidang pendidikan dan kerjaya dengan yakin. Praktis 1 Isi peta pokok di bawah dengan kata tanya yang sesuai mengikut jenisnya. Apakah Bolehkah Bilakah Benarkah Mampukah Mengapakah Kamukah Bagaimanakah Di manakah Bukankah Adakah Siapakah i-THINK Peta Pokok Tema 11 Ekonomi Dinamik, Negara Berwibawa Praktis PBD Kata Tanya Tertutup Jawapannya sama ada ya, tidak, bukan dan benar Terbuka Jawapannya bebas dan tidak terikat 1 Apakah 2 Bilakah 3 Mengapakah 4 Bagaimanakah 5 Di manakah 6 Siapakah 1 Bolehkah 2 Benarkah 3 Mampukah 4 Bagaimanakah 5 Kamukah 6 Adakah TP Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 11-12.indd 121 20/09/2023 4:43 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
122 Praktis 2 Berdasarkan peta pokok tersebut, gunakan kata tanya yang diberikan untuk bersoal jawab bagi situasi di bawah. Anda seorang lepasan sebuah politeknik yang mengambil jurusan pembuatan kek dan pastri. Anda melihat iklan yang menawarkan kerja kosong berkaitan dengan bidang yang anda ambil. Anda telah menghantar resume yang lengkap. Tiga hari kemudian, anda dihubungi untuk menjalankan sesi temu duga bagi mendapatkan peluang pekerjaan itu. Lakonkan situasi temu duga antara anda dengan pemilik syarikat kek dan pastri tersebut. Gunakan sekurang-kurangnya lima kata tanya ketika bersoal jawab. Inaya Hanani : Selamat pagi, puan. Saya Inaya Hanani. Puan Nurul Alya : Selamat pagi. Inaya. Silakan duduk. Saya, Puan Nurul Alya, pemilik Kafe Santai ini telah meneliti resume yang kamu hantar kepada kami melalui e-mel. (1) Bolehkah kamu menceritakan serba sedikit latar belakang diri kamu? (2) Di manakah kamu tinggal? Inaya Hanani : Boleh, Puan Nurul Alya. Saya merupakan seorang lepasan sebuah politeknik yang mengambil jurusan pembuatan kek dan pastri. Saya tinggal di Taman Keramat, tidak jauh dari Wangsa Maju ini. Puan Nurul Alya : (3) Mengapakah kamu ingin bekerja di Kafe Santai? Inaya Hanani : Saya ingin menjanakan pendapatan tetap selain mahu mempraktikkan ilmu yang dipelajari. Selain itu, saya juga mahu mencedok teknik pembuatan kek dan pastri daripada pekerja yang berpengalaman, juga tentunya daripada puan sendiri. (4) Adakah pekerja kafe ini bekerja lebih masa? Puan Nurul Alya : Ya. Kamu tidak boleh bekerja lebih masa? Inaya Hanani : Tidak, bukan begitu maksud saya. Saya suka bekerja lebih masa kerana selain dapat menambahkan pendapatan, saya juga dapat mengisi masa lapang daripada duduk di rumah menonton televisyen. Puan Nurul Alya : (5) Bagaimanakah kamu akan menaikkan imej dan jualan kafe ini jika diterima bekerja? Inaya Hanani : Sekiranya saya dipilih untuk bekerja di sini, saya akan sentiasa menjaga adab dengan pelanggan serta melayan mereka dengan penuh mesra. Untuk meningkatkan jualan, saya akan mengedarkan risalah dan membuat promosi dalam talian melalui pelbagai platform media sosial. Puan Nurul Alya : (6) Bilakah kamu boleh memulakan kerja? Sebelum itu, kamu perlu mendapatkan suntikan daripada klinik untuk mengelakkan penyebaran penyakit. Saya beri kamu masa selama tiga hari untuk menguruskannya. Selepas itu, kamu boleh memulakan kerja di Kafe Santai. Tahniah! Inaya Hanani : Bila-bila masa, puan. Baiklah puan saya akan menguruskannya. Terima kasih kerana menerima saya bekerja di sini. Saya berjanji akan bekerja dengan baik. Puan Nurul Alya : Sama-sama. Jumpa nanti. TP Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 11-12.indd 122 20/09/2023 4:43 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
123 Karangan Respons Terhad Kertas 1 (Bahagian A) Pantun dan grafi k di bawah menunjukkan maklumat berkaitan amalan menabung wang. Berdasarkan maklumat tersebut, huraikan pendapat anda tentang amalan menabung wang. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan. Praktis Berformat SPM (Dipetik dan diubah suai daripada Jabatan Penerangan Negeri Selangor) [30 markah] Pantun Membudayakan Amalan Menabung Subur terung di tanah pamah, Dari gunung mengalir ke lata, Sulur berpaut melilit rotan; Sungai mengalir berkayuh sampan; Amalan menabung didikan di rumah, Kempen menabung dianjur merata, Contoh teladan jadi ikutan. Pengguna berhemat ekonomi mampan. Roslan Daud Taman Melawati (Dipetik dan diubah suai daripada https://www. facebook.com/PTPTNOffi cial/photos/keistimewaan-sspn-iSumber: Internet plus-lovesspn/2151136038307206/, 19 Mac 2019) Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 11-12.indd 123 20/09/2023 4:43 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
124 Pendahuluan [Ayat rangsangan – isu] amalan menabung wang ialah amalan yang mulia – [Ungkapan menarik] sikit-sikit, lamalama menjadi bukit – [Ayat huraian – mengapa] simpanan yang sedikit tetapi berterusan, lama-kelamaan akan menjadi banyak – [Ayat contoh – bagaimana] kajian Bank Negara Malaysia mendapati bahawa 75 peratus daripada rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan RM1000.00 – amat membahayakan sekiranya kecemasan berlaku – [Ungkapan menarik] malang tidak berbau Isi 1 [Ayat topik – isi] punca-punca hutang – amalan boros dan tidak berjimat cermat – [Ayat huraian – mengapa] pinjaman untuk membeli kereta dan hutang kad kredit mencatatkan angka yang tertinggi – [Ayat kesan – keburukan] sikap boros dan mementingkan gaya hidup mewah menjadi punca amalan berhutang – [Ungkapan menarik] biar papa asalkan bergaya – [Ayat contoh – bagaimana] sanggup berbelanja lebih daripada pendapatan untuk kelihatan bergaya – [Ungkapan menarik] besar pasak daripada tiang Isi 2 [Ayat topik – isi] kepentingan menabung – sebagai simpanan untuk menyambung pelajaran pada peringkat universiti – [Ayat huraian – mengapa] perbelanjaan di universiti amat tinggi – [Ungkapan menarik] ingat sebelum kena, jimat sebelum habis – [Ayat contoh – bagaimana] yuran pengajian, pembelian buku dan kos hidup – [Ayat kesan – kebaikan] tidak menyusahkan dan mengurangkan beban ibu bapa serta ahli keluarga – tidak perlu membuat pinjaman daripada mana-mana pihak Isi 3 [Ayat topik – isi] langkah memupuk budaya menabung – didikan awal di rumah oleh ibu bapa – [Ungkapan menarik] melentur buluh biarlah dari rebungnya – [Ayat huraian – mengapa] ibu bapa menekankan kepentingan menabung wang kepada anak-anak – ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak – [Ungkapan menarik] ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi – [Ayat contoh – bagaimana] ibu bapa menyimpan wang setiap kali gaji – [Ayat kesan – kebaikan] amalan ini akan ditiru oleh anak-anak (Murid menulis dua isi sahaja) Kesimpulan [Ayat kesimpulan] budaya menabung wang dalam kalangan masyarakat masih rendah – [Ayat penegasan] kegagalan mereka untuk mengurus kewangan menjadikan perbelanjaan sentiasa tinggi – promosi dan jualan murah di pasar raya menjadi penggoda hebat kepada nafsu belanja – [Ayat cadangan] perlu bijak berbelanja mengikut keperluan dan kemampuan bukannya kehendak – [Ungkapan menarik] ukur baju di badan sendiri Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 11-12.indd 124 20/09/2023 4:43 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
125 Sistem dan Aplikasi Bahasa Kertas 2 (Bahagian A) Morfologi Baca petikan di bawah dengan teliti. Kenal pasti dan senaraikan empat kata majmuk. Kemudian, bina satu ayat anda sendiri daripada setiap kata majmuk tersebut untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas. Kewujudan koperasi sekolah mampu mendidik murid-murid untuk berjimat cermat dan menabung wang sejak kecil. Kini, koperasi sekolah semuanya bernaung di bawah Angkatan Koperasi Malaysia (ANGKASA), iaitu badan induk yang memikul tanggungjawab untuk menaungi semua koperasi sekolah di seluruh negara. Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah diwujudkan bagi mencari sekolah yang boleh menjadi penanda aras kepada sekolah-sekolah lain. Kebanyakan koperasi menjual alat tulis kepada murid dan guru. Terdapat koperasi yang telah melakukan anjakan paradigma dengan mempelbagaikan aktiviti peruncitan dan menjual produk baharu yang diperlukan oleh murid, guru, kakitangan sekolah, kantin dan masyarakat. (Dipetik dan diubah suai daripada “Pacu Kejayaan Koperasi Sekolah” oleh Dr. Aminudin Mansor, Pendidik, Mac 2018) [8 markah] Kata majmuk: (i) berjimat cermat (iii) tanggungjawab (ii) badan induk (iv) penanda aras Jawapan lain: (v) alat tulis, (vi) anjakan paradigma, (vii) kakitangan Ayat: (i) Pengguna perlulah berjimat cermat semasa berbelanja dengan membeli barangan keperluan sahaja. (ii) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ialah badan induk yang mengeluarkan sijil halal di negara kita. (iii) Sejak kematian ayahnya, anak sulung Mak Nah memikul tanggungjawab untuk mencari rezeki. (iv) Kebersihan tandas awam boleh dijadikan penanda aras kepada amalan penjagaan kebersihan. Jawapan lain: (v) Cikgu Aini mengingatkan muridnya agar membawa alat tulis seperti pensel, pemadam dan jangka lukis untuk peperiksaan subjek Matematik. (vi) Usahawan tempatan perlulah melakukan anjakan paradigma dengan mempromosikan produk ke luar negara. (vii) Bonus akan diberikan kepada kakitangan kerajaan seperti guru, polis, tentera dan jururawat. Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 11-12.indd 125 20/09/2023 4:43 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
126 Penyuntingan Bahan di bawah mengandungi pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan tersebut. Anda perlu menulis kesalahan-kesalahan yang telah dikenal pasti dan membuat pembetulannya. Anda tidak perlu menyalin bahan tersebut. Kementerian Pendidikan terus menerima peruntukan terbesar sekali dalam Belanjawan 2020 membabitkan RM64.1 billion. Peruntukan itu mencerminkan komitmen kerajaan untuk melabur di dalam bidang pendidikan demi untuk masa depan anak bangsa. Daripada jumlah itu, sebanyak RM735 juta diperuntukkan untuk tujuan penyelenggaraan dan kerja-kerja menaiktaraf sekolah di seluruh negara bagi penyediaan suasana persekitaran pembelajaran yang lebih konklusif. Bagi menggalakkan pembelajaran dewasa, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperluaskan skop pengeluaran untuk membiayai pendidikan pada peringkat sijil selari dengan inspirasi Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) negara. (Dipetik dan diubah suai daripada “Pendidikan Terima Peruntukan Tertinggi” oleh Nor Azma Laila, Meor Ahmad Nasriin Rizal Ishak dan Mohd Khairul Anam Md Khairudin, Berita Harian Online, 11 Oktober 2019) [9 markah] (i) terbesar sekali – terbesar/besar sekali (vi) penyediaan – menyediakan (ii) billion – bilion (vii) konklusif – kondusif (iii) di dalam – dalam (viii) memperluaskan – memperluas/meluaskan (iv) demi untuk – demi/untuk (ix) inspirasi – aspirasi (v) menaiktaraf – menaik taraf Peribahasa Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam petikan tersebut. “Kerjalah Seman. Mak tak boleh tengok kamu duduk-duduk saja di rumah ni. Makan pakai takkanlah mak yang nak kena tanggung. Orang dari negara jiran berpusu-pusu masuk ke Malaysia nak cari kerja sedangkan warganegara kita bermalas-malasan,” bebel Mak Senah kepada anaknya. “Sekarang ni, tawaran kerja semua tak sesuai dengan ijazah saya,” ujar Seman yang ingin mempertahankan dirinya. “Kalau kamu mahu, kerja apa-apa pun boleh tapi kalau memang tak nak, macam-macam alasan kamu beri. Adik kamu pula lain hal, gaji makin besar, belanja makin bertambah,” marah Mak Senah sambil mengeleng-gelengkan kepalanya. [6 markah] (i) Di mana ada gula, di situ ada semut (ii) Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih (iii) Besar periuk, besarlah keraknya Untuk tujuan pembelajaran Imbas kod QR untuk muat turun la� han tambahan Sistem dan Aplikasi Bahasa (Peribahasa). Praktis Ekstra 5 Praktis Ekstra Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 11-12.indd 126 20/09/2023 4:43 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
127 Pemahaman Kertas 2 (Bahagian B) Petikan Umum Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Bahan 1 Dunia sekarang yang semakin moden dan mencabar menuntut para remaja supaya lebih berdikari dan kreatif. Oleh itu, golongan remaja haruslah menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Bidang keusahawanan[Sii]menggalakkan para remaja berdikari tanpa mengharapkan mana-mana pihak untuk meneruskan kehidupan. Bidang ini juga dapat[Sii]mendidik remaja menjadi lebih berdaya kreatif untuk membuat keputusan dengan berpandukan pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki. Ramai remaja tidak berupaya untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan dan cenderung untuk makan gaji. Namun begitu, bidang ini sebenarnya[Sii]menjanjikan pulangan yang lumayan. Melalui bidang keusahawanan juga,[Sii]xpara remaja boleh membimbing lebih banyak remaja yang tidak mempunyai pekerjaan yang stabil untuk berjaya dalam kehidupan dan membangunkan ekonomi mereka. (Dipetik dan diubah suai daripada “Ayuh, Jadilah Usahawan!” oleh Syed Mahadzir Syed Ibrahim, Dewan Siswa, Bil. 7/2019) Bahan 2 Amalan menabung perlu diterapkan dalam diri ibu bapa ketika anak masih kecil lagi bagi[Sii]memastikan mereka tidak dibebani hutang apabila melanjutkan pengajian pada peringkat yang lebih tinggi. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyediakan pelbagai bentuk galakan penabungan bagi mendidik minda masyarakat supaya memulakan simpanan ketika anak masih kecil lagi bagi[Sii] mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman. Selain simpanan,[Sii]pulangan melalui dividen yang diperoleh juga kompetitif dan lumayan. Bukan itu sahaja,[Sii]penyimpan akan mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan. Sesungguhnya, menyimpan dalam SSPN-i Plus memberikan banyak kelebihan dan diakui oleh ibu bapa yang mula merasai nikmatnya. (Dipetik dan diubah suai daripada “SSPN-i Plus Beri Pelbagai Kelebihan” oleh Haryani Ngah, Berita Harian Online, 13 Ogos 2017) (i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud melanjutkan pengajian. [2 markah] [Maksud] ... menyambung/meneruskan pelajaran (ii) Dengan merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan kelebihan-kelebihan bidang keusahawanan dengan amalan menabung. [3 markah] [Persamaan] Bahan 1: ... menjanjikan pulangan yang lumayan/Bahan 2: ... pulangan dividen yang diperoleh juga kompetitif dan lumayan [Perbezaan] Bahan 1: ... menggalakkan para remaja berdikari/... mendidik remaja menjadi lebih berdaya kreatif untuk membuat keputusan/Bahan 2: ... memastikan mereka tidak dibebani hutang/... mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 11-12.indd 127 20/09/2023 4:43 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
128 (iii) Kebanyakan ibu bapa memberikan pelbagai sebab yang menghalang mereka daripada membuat tabungan. Pada pendapat anda, apakah sebab-sebab tersebut? KBAT Menilai [4 markah] [Apa – sebab] ... gaji yang rendah/... kemelesetan ekonomi/... kadar infl asi yang tinggi/kenaikan harga barangan/... tiada pengetahuan tentang pengurusan kewangan/... komitmen yang banyak/... pengaruh iklan/jualan murah yang hebat (iv) Rakan anda bercita-cita mahu menjadi usahawan tani yang berjaya pada suatu hari nanti. Namun, dia sering terbaca tentang masalah kekurangan modal, pengalaman dan risiko yang menjadi faktor seseorang kurang menceburi bidang usahawan tani. Sebagai seorang yang prihatin, cadangkan ciri-ciri yang perlu ada pada diri rakan anda supaya dapat mencapai cita-cita tersebut. KBAT Mengaplikasi [4 markah] [Apa – ciri] ... berani menanggung risiko/... rajin menimba ilmu/... bijak membuat keputusan/menyelesaikan masalah/merebut peluang/... tidak mudah berputus asa/gigih/... kreatif dan inovatif dalam menghasilkan produk/... berdaya saing dengan usahawan ternama Rumusan Kertas 2 (Bahagian C) Baca dan teliti setiap bahan yang diberikan, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bahan 1 Koperasi sebagai pertubuhan digerakkan untuk menjayakan sosioekonomi anggotanya dapat memajukan kepentingan ekonomi dan sosial sekali gus bermanfaat untuk masyarakat setempat. Pandemik COVID-19 menjejaskan sektor ekonomi termasuk perniagaan koperasi. Dapat dikatakan koperasi memainkan tanggungjawab sebagai kerajaan yang harus[A1]menjaga kebajikan dan keperluan “rakyat”, iaitu anggota koperasi. Sebagai contoh, anggota yang mempunyai kewangan mantap boleh menyalurkan sedekah kepada koperasi bagi membantu anggota tidak bernasib baik dan kewangan tidak stabil termasuk sakit atau orang kurang upaya (OKU). Koperasi juga berperanan[A2]memberikan pinjaman dengan syarat tidak membebankan anggota. Dari segi sokongan emosi dan motivasi, koperasi bertanggungjawab[A3]membantu anggota mengatasi segala bentuk tekanan. Mereka boleh mengambil tahu dengan bertanya khabar. Oleh itu, kekusutan, ketakutan dan kekeliruan boleh diredakan. Dalam konteks sokongan pendidikan,[A4]koperasi yang mempunyai kemudahan Internet boleh memanfaatkannya untuk kegunaan masyarakat. Anak anggota dapat meneruskan pembelajaran sekiranya koperasi menjadi hab proses pembelajaran ini. Di samping itu, koperasi[A5]berfungsi membuat perancangan kecemasan seperti keadaan yang sedang berlaku kini. Bagi menarik minat generasi muda,[B1]koperasi perlu menyediakan pelbagai aktiviti yang relevan. Dalam pada itu, aktiviti koperasi perlu disokong dan dijayakan dengan sebaik-baiknya agar tenaga, wang serta masa berbaloi. (Dipetik dan diubah suai daripada “Koperasi Umpama ‘Kerajaan’ Jaga Kebajikan Ahli” oleh Hasrin Abu Hassan, Berita Harian, 29 Julai 2020) Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 11-12.indd 128 20/09/2023 4:43 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
129 Bahan 2 Koperasi juga boleh menjadi bidang keusahawanan penting untuk golongan muda menjalankan perniagaan dengan[B2]berkongsi modal, idea, pemilikan, penggunaan dan risiko. Koperasi ialah pilihan ideal yang[A6]menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan berpatutan bagi penjagaan kesihatan. Koperasi tidak hanya[A7]menyediakan peluang penyertaan, malah turut[A8]meningkatkan belia dengan kemahiran kepimpinan, kewangan, pengurusan perniagaan dan[A9]memenuhi pelbagai keperluan terutamanya dalam bidang teknologi dan inovasi. Usaha keras perlu dilakukan utuk mengasimilasikan belia dalam sektor koperasi.[B3]Strategi khusus untuk mewujudkan kesedaran dan keyakinan belia dalam gerakan koperasi perlu dirancang. Selain itu, usaha tambahan juga perlu dilakukan untuk[B4]melobi dan berunding dengan kerajaan untuk melaksanakan dasar dan perundangan yang kondusif bagi memberikan peluang kepada belia menyertai koperasi. (Dipetik dan diubah suai daripada “Mengintegrasikan Pelibatan Belia dalam Koperasi” oleh Safi nah Saupi, Dewan Masyarakat, Bil. 9/2022) Bahan 3 [B6]Belia juga harus didedahkan dengan peluang keusahawanan koperasi, bukan sahaja peruncitan tetapi juga pertanian. Pelibatan golongan muda dalam koperasi[B5] boleh dipupuk sejak sekolah dengan mengaktifkan diri sebagai koperator sekolah. Pendahuluan Rumusan membincangkan peranan-peranan/tanggungjawab-tanggungjawab/fungsi-fungsi/tugas-tugas koperasi dan strategi-strategi/langkah-langkah/usaha-usaha/cara-cara/inisiatif-inisiatif/kaedah-kaedah/ pendekatan-pendekatan menarik minat golongan muda dalam koperasi. Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 11-12.indd 129 20/09/2023 4:43 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
130 Fokus 1 (Peranan koperasi) A1 menjaga kebajikan dan keperluan “rakyat”, iaitu anggota koperasi (B1) A2 memberikan pinjaman dengan syarat tidak membebankan anggota (B1) A3 membantu anggota mengatasi segala bentuk tekanan (B1) A4 koperasi yang mempunyai kemudahan Internet boleh memanfaatkannya untuk kegunaan masyarakat (B1) A5 berfungsi membuat perancangan kecemasan (B1) A6 menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan berpatutan bagi penjagaan kesihatan (B2) A7 menyediakan peluang penyertaan (B2) A8 meningkatkan belia dengan kemahiran kepimpinan, kewangan, pengurusan perniagaan (B2) A9 memenuhi pelbagai keperluan terutamanya dalam bidang teknologi dan inovasi (B2) Fokus 2 (Strategi menarik minat golongan muda dalam koperasi) B1 koperasi perlu menyediakan pelbagai aktiviti yang relevan (B1) B2 berkongsi modal, idea, pemilikan, penggunaan dan risiko (B2) B3 strategi khusus untuk mewujudkan kesedaran dan keyakinan belia dalam gerakan koperasi perlu dirancang (B2) B4 melobi dan berunding dengan kerajaan untuk melaksanakan dasar dan perundangan yang kondusif (B2) B4 boleh dipupuk sejak sekolah dengan mengaktifkan diri sebagai koperator sekolah (B3) B5 belia juga harus didedahkan dengan peluang keusahawanan koperasi (B3) Kesimpulan Kesimpulannya, koperasi perlu dipergiat/digerakkan/dibangunkan supaya dapat menjanakan keuntungan kepada masyarakat. Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 11-12.indd 130 20/09/2023 4:43 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
131 Kemahiran Membaca SP 2.3.4 Membaca dan mendapatkan penyelesaian masalah secara rasional. Praktis 1 Teliti maklumat dalam bahan di bawah, kemudian nyatakan faktor-faktor kesenian tradisional kian dilupakan dalam borang CHATT yang diberikan. C Circle Bulatkan kata kunci. H Highlight Serlahkan atau bulatkan idea utama atau isi penting. A Asterik Tandakan [ * ] pada idea sampingan atau huraian. T Transfer Pindahkan maklumat ke dalam borang CHATT. T Teacher Guru memberikan rekod murid di dalam borang CHATT. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kesenian ialah keindahan dan kehalusan. Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk sudah pasti mempunyai kesenian tradisional yang diwarisi oleh nenek moyang mereka secara turun-temurun. Kesenian tradisional telah terbukti menyumbang kepada pembinaan tamadun bangsa* sejak tamadun Rom, Yunani dan Islam kerana menjadi identiti bangsa. Kini, perasaan untuk mempertahankan warisan kesenian tradisional terhakis oleh arus perkembangan pesat globalisasi. Lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang, maka banyak perubahan dan unsur moden diselitkan dalam kesenian lama*. Berdepan pula dengan medium persembahan yang terhad, situasi ini memungkinkan lama-kelamaan kesenian tradisional hidup segan, mati tak mahu. Ruang yang disediakan oleh kerajaan untuk persembahan mereka ada tetapi tidaklah secara meluas*. Lebih merisaukan juga apabila kita telah kehilangan ramai pakar seni tradisional yang ketiadaan pewarisnya. Bertambah malang lagi, generasi muda tidak ramai yang berminat untuk mendalami ilmu kesenian tradisional. Hakikatnya, golongan ini lebih gemar mendengar muzik terkini dan menari tarian moden*. Bahkan ada yang meletakkan sebab daripada pengaruh penularan budaya popular sebagai punca utama kepada ancaman kelestarian kesenian tradisional. Contohnya, pengaruh K-Pop bukan sahaja digilai oleh rakyat Korea tetapi menjadi fenomena di seluruh dunia*. Sumber: Internet Tema 12 Asli dan Kontemporari Praktis PBD Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 11-12.indd 131 20/09/2023 4:43 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B
132 BORANG CHATT Nama: Tingkatan: Tajuk: Tarikh: Idea Utama 1 Perkembangan pesat globalisasi. 2 Medium persembahan yang terhad. 3 Kehilangan ramai pakar seni tradisional yang ketiadaan pewarisnya. 4 Generasi muda tidak ramai yang berminat untuk mendalami ilmu kesenian tradisional. 5 Pengaruh penularan budaya popular. KATA KUNCI Kesenian tradisional DEFINISI KATA KUNCI Keindahan dan kehalusan Idea Sampingan 1 Kesenian tradisional telah terbukti menyumbang kepada pembinaan tamadun bangsa. 2 Banyak perubahan dan unsur moden diselitkan dalam kesenian lama. 3 Ruang yang disediakan oleh kerajaan untuk persembahan mereka ada tetapi tidaklah secara meluas. 4 Golongan ini lebih gemar mendengar muzik terkini dan menari tarian moden. 5 Pengaruh K-Pop bukan sahaja digilai oleh rakyat Korea tetapi menjadi fenomena di seluruh dunia. Rumusan Guru Jawapan yang diberikan tepat. Tahniah, anda mengikut semua langkah yang diminta semasa menggunakan teknik bacaan CHATT! Hasil kerja dan tulisan amat kemas. Teruskan usaha. TP Strategi A+ SPM BM Tkt 4-Tema 11-12.indd 132 20/09/2023 4:43 PM U BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTI MU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKTILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU BAKILMU BAKTI SDN. BHD. PENERBIT ILMU B