TINGKATAN 5
RUKUN NEGARA Bahawasanya Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak; Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokrasi; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN (Sumber: Jabatan Penerangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia)
MATA PELAJARAN ELEKTIF IKHTISAS 2017 EDITOR Norfarahin Athirah binti Ab Rahim PEREKA BENTUK Siti Rohayu binti Harun ILUSTRATOR Mohd Hafizuddin bin Mazlan PENULIS Abdul Hisham bin Udin Siti Farahliza binti Mohamed Isa -
PENGHARGAAN Penerbitan buku ini melibatkan kerjasama banyak pihak. Sekalung penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada semua pihak yang terlibat. • Jawatankuasa Penambahbaikan Pruf Muka Surat, Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia. • Jawatankuasa Penyemakan Pembetulan Pruf Muka Surat, Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia. • Jawatankuasa Penyemakan Naskhah Sedia Kamera, Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia. • Pegawai-pegawai Bahagian Buku Teks dan Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. • Jawatankuasa Peningkatan Mutu, Aras Mega (M) Sdn. Bhd. • Brahim’s Sats Food Services Sdn. Bhd. • Sekolah Menengah Kebangsaan (F) Seri Sendayan, Negeri Sembilan. • Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan, Selangor. • Semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam usaha menjayakan penerbitan buku ini. KPM2017 ISBN 978-967-0520-89-6 Cetakan Pertama 2017 © Kementerian Pendidikan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan dalam buku ini tidak dibenarkan diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau cara, baik dengan elektronik, mekanik, penggambaran semula mahupun dengan cara perakaman tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Perundingan tertaklukkepadaperkiraanroyaltiatauhonorarium. Diterbitkan untuk Kementerian Pendidikan Malaysia oleh: Aras Mega (M) Sdn. Bhd. (164242-W) No. 18, Jalan Damai 2, Taman Desa Damai, Sg. Merab 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. No. Telefon: 03-8925 8975 No. Faksimile: 03-8925 8985 Laman Web: www.arasmega.com E-mel: [email protected] Reka Letak dan Atur Huruf: Aras Mega (M) Sdn. Bhd. Muka Taip Teks: Minion pro Saiz Muka Taip Teks: 11 poin Dicetak oleh: Mudah Urus Enterprise Sdn. Bhd. No. 143, Jalan KIP 8, Taman Perindustrian KIP, Bandar Sri Damansara, 52200 Kuala Lumpur. No. Telefon: 03-6273 4337 No. Faksimile: 03-6273 5337 No Siri Buku: 0119
iii Kandungan PENDAHULUAN iv PENERANGAN IKON v BAB 1 KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA DALAM INDUSTRI HOSPITALITI 2 1.1 Tanggungjawab Mematuhi Peraturan Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti 4 1.2 Persekitaran Selamat dan Ergonomik Pergerakan di Tempat Kerja 14 1.3 Amalan Keselamatan Mencegah Kebakaran dan Rawatan Awal Kecederaan Akibat Kebakaran 24 Rumusan 35 Refleksi 36 Penilaian Kendiri 37 BAB 2 SANITASI DALAM PENYEDIAAN DAN PENYIMPANAN MAKANAN 38 2.1 Amalan Sanitasi dalam Perkhidmatan Penyediaan Makanan 40 2.2 Amalan Kebersihan Diri di Tempat Kerja 48 2.3 Amalan Menjaga Kebersihan dan Keselamatan Makanan 58 Rumusan 72 Refleksi 74 Penilaian Kendiri 75 BAB 3 PERALATAN PENYEDIAAN DAN PENYAJIAN MAKANAN 76 3.1 Perabot dan Kelengkapan Dapur serta Peranggu Meja 78 Rumusan 104 Refleksi 104 Penilaian Kendiri 105 BAB 4 PENGURUSAN DAN PENYEDIAAN MAKANAN 106 4.1 Prinsip dan Kaedah Memasak 108 4.2 Hidangan Berasaskan Sayuran bagi Sajian Timur, Barat dan Vegetarian 126 4.3 Hidangan Berasaskan Ikan dan Kerang-kerangan bagi Sajian Timur dan Barat 146 4.4 Hidangan Berasaskan Daging bagi Sajian Timur dan Barat 160 4.5 Sos bagi Sajian Timur dan Barat 179 4.6 Hidangan Berasaskan Bijirin dan Hasil Bijirin bagi Sajian Timur dan Barat 196 4.7 Hidangan Desert bagi Sajian Timur dan Barat 214 4.8 Hidangan Roti dan Masakan Beryis 236 4.9 Hidangan Pastri 252 4.10 Masakan Mengikut Tema: Sajian Keraian dan Projek Keusahawanan 267 Rumusan 280 Refleksi 281 Penilaian Kendiri 283 GLOSARI 286 RUJUKAN 288 INDEKS 290
iv Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Sains Rumah Tangga adalah salah satu daripada Mata Pelajaran Elektif Ikhtisas (MPEI) dalam bidang Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik (STEM) untuk Tingkatan 4 dan 5. MPEI menggunakan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang digubal berasaskan standard yang menjadi amalan antarabangsa. Buku Teks Sains Rumah Tangga Tingkatan 5 mengandungi empat bab, iaitu Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti, Sanitasi dalam Penyediaan dan Penyimpanan Makanan, Peralatan Penyediaan dan Penyajian Makanan serta Pengurusan dan Penyediaan Makanan. Setiap bab dimulakan dengan halaman rangsangan yang dicetak secara double spread yang mengandungi foto yang dapat mencetuskan minat dan persediaan murid untuk belajar. Standard Kandungan turut disenaraikan di halaman ini di samping pengetahuan sedia ada murid. Standard Pembelajaran juga perlu dicapai oleh setiap murid pada akhir sesuatu bab. Setiap bab terdiri daripada aktiviti seperti perbincangan dalam kumpulan, pencarian maklumat, perancangan dan penghasilan projek yang dapat mencetuskan minat murid. Elemen Merentas Kurikulum (EMK), Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Kemahiran Abad ke-21, ruangan info, penggunaan teknologi seperti QR Code adalah antara elemen tambahan dalam buku teks ini untuk memastikan matlamat dan objektif mata pelajaran Sains Rumah Tangga Tingkatan 5 tercapai. Persembahan secara lembaran pengurusan grafik dan peta pemikiran digunakan bagi mencetus dan merangsang minat murid. Setiap modul diakhiri dengan Rumusan, Refleksi dan Penilaian Kendiri. Glosari, Rujukan dan Indeks disertakan di akhir buku teks. Pendahuluan
v Penggunaan ikon diterapkan dalam buku teks ini bagi menambah nilai persembahan. Senarai ikon adalah seperti berikut: Penerangan Ikon QR Code Mengandungi maklumat yang boleh diimbas secara pantas dengan menggunakan aplikasi khas dalam telefon pintar atau tablet. Celik Ekonomi Menerapkan pengetahuan tentang kewangan dan keusahawanan kepada murid. Info Tambahan Informasi tambahan berkaitan modul. Industri hospitaliti ialah suatu industri perniagaan yang menyediakan perkhidmatan makanan dan minuman, kemudahan penginapan, kemudahan beriadah dan rekreasi, perkhidmatan pelancongan dan sebagainya. Industri hospitaliti menyediakan peluang pekerjaan yang banyak di seluruh dunia dengan masa kerja yang bebas, pendapatan yang menggalakkan dan peluang melancong yang luas. Selain itu, industri hospitaliti juga turut membantu dalam perkembangan ekonomi negara terutama dalam bidang penginapan, pengembaraan dan pelancongan serta perkhidmatan makanan dan minuman. Hospitaliti bermaksud layanan mesra kepada tetamu, pengunjung atau pelanggan di sesebuah tempat penginapan, makanan, infrastruktur dan perkhidmatan. Industri hospitaliti terdiri daripada tiga bidang perkhidmatan utama, iaitu: Merangkumi perkhidmatan tempat tinggal, pengemasan bilik (house keeping), operasi pejabat depan, perkhidmatan restoran serta perkhidmatan makanan dan minuman. Antara contoh tempat kerja dalam bidang ini ialah hotel, asrama, calet dan motel. Penginapan Merangkumi operasi pengembaraan, pemandu pelancong dan tempahan tiket. Antara contoh tempat kerja dalam bidang ini ialah agensi pelancongan. Pengembaraan dan pelancongan Perkhidmatan makanan dan minuman Merangkumi masakan Timur dan Barat, bakeri dan pastri, pengurusan perkhidmatan makanan, pengurusan restoran dan pengurusan katering. Antara contoh tempat kerja dalam bidang ini ialah restoran, kafe dan dewan makan asrama. Rajah 1.1 Bidang utama dalam industri hospitaliti. Industri hospitaliti 1 4 Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti Perkataan hospitaliti berasal daripada bahasa Latin iaitu “hospitare” yang bermaksud bersedia menerima tetamu. Standard Pembelajaran • Menyenaraikan jenis tempat kerja dalam industri hospitaliti. 1.1 Tanggungjawab Mematuhi Peraturan Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti 1 6 Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti Setiap majikan dan pekerja perlu memahami bahawa semua perbuatan dan tindakan yang mereka lakukan mempunyai implikasi daripada segi kos. Kos kerugian yang ditanggung syarikat boleh berbentuk wang ringgit, masa dan reputasi. Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ialah sebuah badan kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia. PERKESO bertanggungjawab memberi perlindungan kepada pekerja yang ditimpa kemalangan semasa di tempat kerja dan dalam perjalanan pergi atau balik dari tempat kerja. Layari http://arasmega.com/ qr-link/laman-web-perkeso/ untuk ke laman web rasmi PERKESO. (Dicapai pada 12 Julai 2017) Standard Pembelajaran • Menerangkan kepentingan menjaga keselamatan di tempat kerja dalam industri hospitaliti. (b)Kepentingan Keselamatan di Tempat Kerja Keselamatan membawa maksud suatu keadaan yang selamat daripada mengalami atau menyebabkan kesakitan, kecederaan atau kerugian (kehilangan). Keselamatan di tempat kerja adalah berkenaan pencegahan kemalangan, kecederaan atau penyakit dalam kalangan pekerja atau orang lain yang berada di tempat kerja. Menjaga keselamatan di tempat kerja adalah penting bagi: 1. Menyelamatkan nyawa • Pekerja merupakan aset penting dalam sesebuah organisasi. • Kecederaan,hilangupayadannyawabolehmenjejaskan produktiviti bagi sesebuah syarikat. 2. Memperoleh margin keuntungan lebih tinggi • Kos rawatan, pampasan dan kos membaik pulih ruang kerja atau peralatan yang rosak dapat dikurangkan. 3. Mempamerkan reputasi perniagaan yang baik • Reputasi perniagaan sesebuah syarikat dipengaruhi oleh hebahan berita sekiranya berlaku kemalangan di tempat kerja. • Pelanggan akan memilih syarikat yang mempunyai reputasi perniagaan yang baik. Kepentingan Menjaga Keselamatan di Tempat Kerja Menyelamatkan nyawa Memperoleh margin keuntungan lebih tinggi Mempamerkan reputasi perniagaan yang baik Rajah 1.3 Kepentingan menjaga keselamatan di tempat kerja Pengurusan dan Penyediaan Makanan 260 Menilai Hidangan Tat Telur Jadual 4.55 Penilaian hidangan tat telur. Aspek Kriteria Markah Rupa Markah Diperoleh Bentuk kulit tat kekal Bentuk kulit tat rapuh dan 1 berkecai 0 Warna Warna kulit tat coklat cerah manakala warna topping keemasan kuning 1 Warna kulit tat coklat gelap atau hangus atau warna kuning pucat topping 0 Tekstur Kulit tat lembut Kulit tat terlalu rapuh 1 0 Rasa Manis dan berkrim Terlalu manis 1 0 Jumlah Refleksi Penilaian Untuk mendapatkan doh yang lembut, masukkan doh ke dalam plastik dan simpan di dalam peti ais semalaman. 2 53 viii.Kesihatan Sanitasi dalam Penyediaan dan Penyimpanan Makanan Kesihatan pengendali makanan juga perlu dititikberatkan. Penyakit seperti batuk dan selesema mudah tersebar melalui udara. Risiko untuk pelanggan dijangkiti penyakit yang sama juga adalah tinggi sekiranya virus tersebar kepada makanan. Pastikan: • Tidak mengendalikan makanan sekiranya menghidap penyakit berjangkit. • Dapatkan rehat yang secukupnya. • Amalkan diet pemakanan yang sihat. • Tidak stres. • Mengambil suntikan Typhoid. Standard Pembelajaran • Menjelaskan kepentingan pemilihan jenis pakaian, kasut dan penutup kepala yang sesuai dipakai pada setiap masa di tempat kerja. Lakukan aktiviti kerusi panas. Seorang murid dipilih untuk tampil di hadapan kelas dan menyatakan pandangannya tentang kepentingan pemilihan jenis pakaian, kasut dan penutup kepala. Apakah tindakan yang anda lakukan sekiranya mendapati ketua anda tidak memilih jenis pakaian yang sesuai semasa mengendalikan makanan? Rajah 2.12 Kepentingan pemilihan jenis pakaian bagi pengendali makanan (c) Kepentingan Pemilihan Jenis Pakaian, Kasut dan Penutup Kepala Pengendali makanan dinasihatkan untuk memakai pakaian yang kemas, sesuai, bersih, memakai kasut bertutup di bahagian atas dan penutup kepala. Pemilihan jenis pakaian yang sesuai juga dapat mengelakkan risiko kecederaan. Pemilihan jenis pakaian, kasut dan penutup kepala penting kerana: Memastikan keselesaan pergerakan Mempamerkan penampilan diri yang menarik Menjamin keselamatan Mencegah pencemaran makanan Kepentingan Pemilihan Jenis Pakaian 1 23 Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti (h) Langkah Efektif Pencegahan Kemalangan Majikan merupakan tonggak utama dalam memastikan keberkesanan seesuatu program pencegahan kemalangan di tempat kerja. Ia berkait rapat dengan pengetahuan majikan tentang aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja, sikap, komitmen dan harapan untuk tujuan keselamatan dan kesihatan. Majikan dan pekerja perlu bertanggungjawab dalam usaha mencegah sebarang kemalangan daripada berlaku di tempat kerja. Layari http:// arasmega. com/qr-link/ garis-panduanpencegahankemalangan-di-tempat-kerja/ untuk muat turun buku Garis Panduan Pencegahan Kemalangan di Tempat Kerja. (Dicapai pada 31 Januari 2017) Murid secara berkumpulan empat orang mencari maklumat mengenai langkah-langkah untuk mencegah kemalangan di tempat kerja menggunakan pelbagai sumber media. Buat persembahan di dalam kelas. Standard Pembelajaran • Merumuskan langkah pencegahan kemalangan yang efektif di tempat kerja. Tanggungjawab pekerja Mematuhi arahan dan peraturan yang telah ditetapkan. Menggunakan alat perlindungan diri yang betul dan sesuai semasa bertugas. Melaporkan keadaan yang tidak selamat, kecederaan dan kemalangan kepada pihak pengurusan. Rajah 1.16 Tanggungjawab pekerja Rajah 1.15 Tanggungjawab majikan Menubuhkan jawatankuasa khas bagi memantau tahap keselamatan dan kebersihan yang diamalkan oleh pekerja serta membuat pemeriksaan peralatan, bahan dan tempat kerja secara berkala. Membekalkan alat perlindungan diri yang bersesuaian. Melaporkan sebarang kemalangan dan penyakit kepada pihak yang telah dipertanggungjawabkan. Menyediakan dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Melantik pegawai yang kompeten untuk bertindak sebagai Pegawai Keselamatan dan Kesihatan. Menyediakan tempat khas kepada pekerja seperti bilik rehat, pantri dan bilik rawatan kepada pekerja. Menyediakan Kit Pertolongan Cemas bagi memberi rawatan awal. Tanggungjawab Majikan KBAT Soalan untuk menguji pemahaman dan kemahiran berfikir aras tinggi murid. Tip Panduan atau petua yang boleh digunakan semasa menyediakan masakan.
vi e-Pembelajaran Penggunaan laman web seperti Internet (enjin carian) dalam pembelajaran. Rumusan Rumusan pada akhir setiap bab agar murid dapat mengingati apa yang telah dipelajari. Refleksi Senarai semak Standard Pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid. Penilaian Kendiri Soalan-soalan untuk menguji pemahaman murid pada akhir bab. Aktiviti Senarai aktiviti sama ada secara individu, berpasangan atau berkumpulan. Pengurusan dan Penyediaan Makanan Daging merupakan makanan protein haiwan yang penting dan sangat berkhasiat di dalam diet kita. Selain itu, daging juga membekalkan zat besi dan zink kepada manusia. Komposisi utama daging terdiri daripada air, protein dan lemak. Hidangan berasaskan daging boleh disediakan dalam pelbagai kaedah memasak mengikut jenis dan bahagian potongan daging. Terdapat tiga bahagian utama dalam daging, iaitu daging merah, daging putih dan ofal. Lembu, veal dan kambing adalah contoh daging merah. Ayam, itik dan burung pula tergolong dalam daging putih. Ofal pula adalah bahagian dalaman binatang seperti hati, limpa dan paru-paru. Rajah 4.13 Bahagian potongan utama lembu Kebanyakan daging yang dijual di pasaran tempatan perlu melalui proses penuaan (ageing) untuk membantu melembutan daging. Tempoh penuaan (ageing) adalah selama 10 hingga 20 hari. Standard Pembelajaran • Menyatakan jenis serta bahagian potongan daging. (a) Jenis dan Bahagian Potongan Daging Jenis dan bahagian potongan daging lembu dan kambing tidak banyak berbeza antara satu sama lain. Rajah 4.13 dan 4.14 menunjukkan bahagian potongan utama lembu dan kambing. Daging Lembu atau Kambing Setiap negara mempunyai pelbagai jenis hidangan berasaskan daging yang berbeza-beza daripada segi kaedah dan juga penyediaan. Jenis potongan daging juga merupakan salah satu kriteria dalam memilih kesesuaian masakan yang ingin dimasak. Gambaran jenis dan bahagian pemotongan daging adalah seperti di bawah: Ekor 160 4.4 Hidangan Berasaskan Daging bagi Sajian Timur dan Barat 3 104 Peralatan Penyediaan dan Penyajian Makanan Peralatan Penyediaan dan Penyajian Makanan Perabot dan Kelengkapan Dapur serta Peranggu Meja Perabot dan kelengkapan dapur Peralatan menghidang makanan Aspek bahan buatan, ketahanan, reka bentuk, harga, penyenggaraan dan penyimpanan Penilaian peralatan dapur Kesesuaian untuk kegunaan domestik atau industri Kaedah penyenggaraan Teknik penggunaan Peralatan penyediaan makanan Melayu Cina India Barat Peranggu meja Peralatan Penyediaan dan Penyajian Makanan Perabot dan kelengkapan dapur serta Peranggu Meja Menamakan perabot dan kelengkapan ruang dapur. Mengenal pasti jenis, teknik penggunaan dan kaedah penyenggaraan peralatan untuk proses penyediaan makanan. Mengenal pasti jenis, teknik penggunaan dan kaedah penyenggaraan peralatan untuk menghidang. Menyediakan peranggu meja mengikut jenis sajian. Menilai peralatan ruang dapur dari aspek bahan buatan, ketahanan, reka bentuk, harga, penyelenggaraan dan penyimpanan. Menentukan peralatan ruang dapur untuk kegunaan domestik dan industri penyediaan makanan berdasarkan hasil penilaian. Tahukah Anda? Senarai unsur nilai tambah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 2 47 Sanitasi dalam Penyediaan dan Penyimpanan Makanan Rajah 2.9 Contoh laporan amalan pengendali makanan yang tidak sihat. Tarikh: 26/12/2017 Hari: Selasa Masa: 11:20 pagi Tempat: Restoran Tok Delima Amalan pengendali makanan Tindakan : Pengendali makanan mengalami cirit-birit : Pengendali makanan diberi cuti sakit sehingga sembuh. (f) Amalan Terbaik Sanitasi dalam Perkhidmatan Penyediaan Makanan Amalan terbaik aspek sanitasi dalam perkhidmatan penyediaan makanan seperti dinyatakan dalam Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009. Antara amalan aspek sanitasi dalam perkhidmatan penyediaan makanan ialah: Lakukan aktiviti ini dalam kumpulan. Pergi ke beberapa premis makanan. Buat pemeriksaan berdasarkan senarai semak yang dinyatakan. Dengan menggunakan enjin carian yang sesuai, buat carian tentang amalan terbaik aspek sanitasi dalam perkhidmatan penyediaan makanan. Standard Pembelajaran • Merumuskan amalan terbaik aspek sanitasi dalam perkhidmatan penyediaan makanan. Rajah 2.10 Amalan sanitasi dalam perkhidmatan penyediaan makanan. Menjaga kebersihan diri. 1 Mencuci bahan mentah dengan teliti dan bersih daripada sebarang kekotoran dan bendasing. 3 Mengelakkan pencemaran silang. 5 Memastikan pakaian, bahan, peralatan dan kawasan premis makanan sentiasa bersih dan kemas. 2 Memastikan makanan dimasak dan disimpan pada suhu yang betul. 4 Mencuci peralatan yang telah digunakan. 6 Menggunakan peralatan yang bersih, berfungsi, tidak retak, tidak berkarat dan tidak sumbing semasa penyediaan makanan. 7 Penilaian Kendiri 1 37 Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti 2. Foto di atas menunjukkan ruang bilik gas dan ruang dapur. (a) Bagaimanakah kebakaran boleh terjadi di ruang yang ditunjukkan dalam rajah tersebut? (b) Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya kebakaran berlaku? 3. Selaku Pengerusi Kelab Sains Rumah Tangga, Nadia dikehendaki merancang aktiviti membuat roti dan kek. Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh Nadia sebelum aktiviti tersebut dijalankan di bengkel masakan sekolahnya agar peralatan dan kelengkapan di bengkel tersebut selamat digunakan? Bilik gas Dapur Kesan tersembunyi Kesan nyata Kecederaan atau kematian pekerja Lesen perniagaan dilucutkan Kos membaiki peralatan yang rosak Kerugian masa dan wang Kos melatih pekerja baharu 1. Padankan kesan tidak mematuhi prosedur keselamatan di tempat kerja mengikut kategori. Jawab soalan yang berikut. Kerosakan peralatan Kerugian produktiviti serta kualiti kerja Kos pembersihan kawasan kemalangan Mengalami tekanan kehidupan dan trauma Majikan dikenakan tindakan disiplin
KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA DALAM INDUSTRI HOSPITALITI PERALATAN PENYEDIAAN DAN PENYAJIAN MAKANAN SANITASI DALAM PENYEDIAAN DAN PENYIMPANAN MAKANAN PENGURUSAN DAN PENYEDIAAN MAKANAN BAB 1 BAB 2 BAB 3 BAB 4 1
KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA DALAM INDUSTRI HOSPITALITI Tanggungjawab Mematuhi Peraturan Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti 1.1 Persekitaran Selamat dan Ergonomik Pergerakan di Tempat Kerja 1.2 Amalan Keselamatan Mencegah Kebakaran dan Rawatan Awal Kecederaan Akibat Kebakaran 1.3 BAB 1 2
Pengenalan Menurut Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), konsep “Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH)” dalam industri hospitaliti perlu dilaksanakan untuk mengelakkan kemalangan, kecederaan dan kehilangan nyawa yang melibatkan pekerja dan pelancong. Komitmen terhadap keselamatan dan kesihatan ialah satu amalan perniagaan yang baik bagi mereka yang terlibat dalam industri hospitaliti. Terdapat pelbagai langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kemalangan dengan mematuhi peraturan keselamatan, amalan kerja yang baik dan mengamalkan rawatan awal kecederaan sebagai sebahagian daripada budaya kerja. Selain itu, beban kerja fizikal yang berat atau keadaan kerja yang tidak ergonomik juga boleh menyebabkan kecederaan. Oleh itu, amalan ergonomik adalah penting dalam memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja. 3
Industri hospitaliti ialah suatu industri perniagaan yang menyediakan perkhidmatan makanan dan minuman, kemudahan penginapan, kemudahan beriadah dan rekreasi, perkhidmatan pelancongan dan sebagainya. Peranan industri hospitaliti adalah untuk: • Memastikan setiap pelanggan dilayan dengan baik • Memastikan semua kehendak dan keperluan pelanggan dipenuhi mengikut jenis perkhidmatan • Memperoleh keuntungan agar perniagaan terus beroperasi Hospitaliti bermaksud perkhidmatan layanan yang mesra kepada tetamu, pengunjung atau pelanggan dalam pelbagai bidang perkhidmatan penginapan, perkhidmatan pengembaraan dan pelancongan serta perkhidmatan makanan dan minuman. Industri hospitaliti merangkumi tiga bidang perkhidmatan utama, iaitu: Rajah 1.1 Bidang utama dalam industri hospitaliti Industri hospitaliti Penginapan Pengembaraan dan pelancongan Merangkumi perkhidmatan tempat tinggal, pengurusan kebersihan premis (housekeeping), operasi pejabat depan (reception), perkhidmatan restoran serta perkhidmatan makanan dan minuman. Antara contoh tempat kerja dalam bidang ini ialah hotel, asrama, chalet dan motel. Merangkumi operasi pengembaraan, pemandu pelancong dan tempahan tiket. Antara contoh tempat kerja dalam bidang ini ialah agensi pelancongan. Perkhidmatan makanan dan minuman Merangkumi masakan Timur dan Barat, bakeri dan pastri, pengurusan perkhidmatan makanan, pengurusan restoran dan pengurusan katering. Antara contoh tempat kerja dalam bidang ini ialah restoran, kafe dan dewan makan asrama. 1 4 Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti Perkataan hospitaliti berasal daripada bahasa Latin iaitu hospitare yang bermaksud bersedia menerima tetamu. Standard Pembelajaran • Menyenaraikan jenis tempat kerja dalam industri hospitaliti. 1.1 Tanggungjawab Mematuhi Peraturan Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti
Agensi pelancongan Dewan makan asrama Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti Terdapat beberapa jenis tempat kerja dalam industri hospitaliti yang merangkumi ketiga-tiga bidang perkhidmatan, iaitu: Rajah 1.2 Jenis tempat kerja dalam industri hospitaliti (a) Jenis Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti Hotel Restoran 1 5 Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti
1 6 Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti Setiap majikan dan pekerja perlu memahami semua dilakukan oleh mereka mempunyai implikasi dari segi kos. Kos kerugian yang ditanggung syarikat berbentuk wang ringgit, masa dan reputasi. Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ialah sebuah badan kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia. PERKESO bertanggungjawab memberi perlindungan kepada pekerja yang ditimpa kemalangan semasa di tempat kerja dan dalam perjalanan pergi atau balik dari tempat kerja. Layari http://arasmega.com/ qr-link/laman-web-perkeso/ untuk ke laman web rasmi PERKESO. (Dicapai pada 12 Julai 2017) Standard Pembelajaran • Menerangkan kepentingan menjaga keselamatan di tempat kerja dalam industri hospitaliti. (b)Kepentingan Keselamatan di Tempat Kerja Keselamatan membawa maksud suatu keadaan yang selamat daripada mengalami atau menyebabkan kesakitan, kecederaan atau kerugian (kehilangan). Keselamatan di tempat kerja adalah tentang pencegahan kemalangan, kecederaan atau penyakit dalam kalangan pekerja atau orang lain yang berada di tempat kerja. Menjaga keselamatan di tempat kerja adalah penting bagi: 1. Menyelamatkan nyawa • Pekerja merupakan aset penting dalam sesebuah organisasi. • Kecederaan, hilang upaya dan nyawa boleh menjejaskan produktiviti bagi sesebuah syarikat. 2. Memperoleh margin keuntungan lebih tinggi • Kos rawatan, pampasan dan kos membaik pulih ruang kerja atau peralatan yang rosak dapat dikurangkan. 3. Mempamerkan reputasi perniagaan yang baik • Reputasi perniagaan sesebuah syarikat dipengaruhi oleh hebahan berita sekiranya berlaku kemalangan di tempat kerja. • Pelanggan akan memilih syarikat yang mempunyai reputasi perniagaan yang baik. Kepentingan Menjaga Keselamatan di Tempat Kerja Menyelamatkan nyawa Memperoleh margin keuntungan lebih tinggi Mempamerkan reputasi perniagaan yang baik Rajah 1.3 Kepentingan menjaga keselamatan di tempat kerja
(c) Peraturan Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja Mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) Keselamatan dan kesihatan pekerja bukan lagi dianggap sebagai elemen yang berasingan kerana hal ini berkait rapat antara satu sama lain. Tempat kerja yang kurang selamat meningkatkan risiko kemalangan serta kecederaan dan keadaan itu akan menjejaskan kesihatan. Dalam masa yang sama, pekerja yang kurang sihat adalah lebih berisiko untuk mengalami kemalangan. Kewujudan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994 (Akta 514) jelas menunjukkan perkaitan dan kepentingan kedua-dua elemen ini. Matlamat utama akta tersebut adalah untuk menghasilkan budaya kerja yang selamat dan sihat dalam kalangan semua pekerja dan majikan di Malaysia. Majikan atau pihak pengurusan atasan merupakan tonggak utama dalam memastikan kejayaan sesuatu program pencegahan kemalangan di tempat kerja. Hal ini berkait rapat dengan pengetahuan majikan tentang aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, sikap, komitmen, harapan dan peruntukan yang sanggup dilaburkan untuk tujuan keselamatan dan kesihatan. Pihak pengurusan di setiap peringkat perlu memahami tentang kepentingan pencegahan kemalangan yang merupakan sebahagian daripada tugas utama. Majikan harus berpengetahuan tentang aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta mampu memantau aktiviti yang dijalankan oleh pekerjanya. Seksyen 15 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 jelas menyatakan kewajipan majikan dan setiap orang yang bekerja sendiri untuk memastikan setakat yang praktik, kesihatan, keselamatan dan kebajikan semua pekerjanya semasa bekerja. Seksyen 24 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 pula menjelaskan bahawa pekerja turut bertanggungjawab dalam memberi perhatian yang munasabah bagi memelihara keselamatan dan kesihatan dirinya dan orang lain semasa melakukan kerja. Akta 514 ini juga menyatakan dengan jelas tentang penalti yang boleh dikenakan terhadap pihak-pihak yang didapati melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. 1 7 Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti Dengan menggunakan enjin carian yang sesuai, buat carian tentang akta-akta lain yang berkaitan dengan peraturan keselamatan di tempat kerja. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 telah berkuat kuasa mulai 25 Februari 1994. Layari http:// arasmega.com/ qr-link/aktakeselamatandan-kesihatanpekerjaan/ untuk muat turun Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514). (Dicapai pada 12 Julai 2017) Standard Pembelajaran • Menghuraikan peraturan keselamatan dan garis panduan kesihatan mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514).
(d) Peranan Agensi dalam Menguatkuasakan Undang-undang dan Peraturan Keselamatan Pekerjaan Penguatkuasaan undang-undang perlu diperketat bagi memastikan keselamatan pekerja dan orang awam terjamin. Agensi-agensi kerajaan memainkan peranan yang penting dalam menguatkuasakan undang-undang dan peraturan keselamatan pekerjaan. 1 8 Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti Agensi Peranan Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerja (JKKP), Kementerian Sumber Manusia 1. Memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja. 2. Melindungi pekerja daripada bahaya yang berpunca daripada aktiviti pekerjaan pelbagai sektor seperti: i. Pengilangan ii. Perlombongan dan kuari iii. Pembinaan iv. Hotel dan restoran v. Pertanian, perhutanan dan perikanan vi. Pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi vii. Perkhidmatan awam dan badan berkanun viii. Kemudahan _ gas, elektrik, air dan perkhidmatan kebersihan ix. Kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan perniagaan x. Perniagaan borong dan runcit 3. Menerajui negara dalam membentuk budaya kerja selamat dan sihat. 4. Mempertingkatkan kualiti hidup semasa bekerja. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 1. Membantu individu mencapai dan mengekalkan taraf kesihatan yang baik. 2. Menyediakan perkhidmatan bercorak penggalakan, pencegahan, rawatan dan pemulihan yang sesuai dan berkesan. 3. Memberi khidmat nasihat kepada golongan yang memerlukannya. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) 1. Memastikan khidmat operasi kebombaan dan penyelamatan yang profesional dan berkualiti. 2. Membendung kemusnahan harta benda mengikut peruntukan undang-undang. Standard Pembelajaran • Menama dan menjelaskan peranan agensi yang menguatkuasakan undang-undang dan peraturan keselamatan pekerjaan. Jadual 1.1 Peranan agensi dalam menguatkuasakan undang-undang dan peraturan keselamatan pekerjaan
(e) Kesan Tidak Mematuhi Prosedur Keselamatan di Tempat Kerja Kemalangan di tempat kerja memberi kesan buruk pada fizikal seseorang seperti kecederaan, kecacatan dan kematian. Secara amnya, kesan tidak mematuhi prosedur keselamatan di tempat kerja boleh dibahagikan kepada dua, iaitu kesan nyata dan kesan tersembunyi. Berikut ialah kesan sekiranya seseorang itu tidak mematuhi prosedur keselamatan di tempat kerja. 1 9 Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti Standard Pembelajaran • Membuat kesimpulan kesan tidak mematuhi prosedur keselamatan di tempat kerja dalam industri hospitaliti. Kecederaan atau kematian pekerja Kerosakan peralatan Majikan boleh dikenakan tindakan disiplin oleh agensi kerajaan Kesan nyata Majikan dikenakan denda kerana tidak mengikut peraturan keselamatan dan garis panduan kesihatan mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) Kerugian produktiviti serta kualiti kerja Kos pembersihan kawasan kemalangan Mangsa kemalangan dan keluarga mengalami tekanan hidup dan trauma Kos membaiki peralatan yang rosak semasa kemalangan Kerugian masa dan wang untuk urusan mahkamah Tenaga kerja digunakan untuk urusan penyiasatan kemalangan menyebabkan kerja-kerja lain tertangguh Kos melatih pekerja baharu untuk melaksanakan kerja Kesan TERSEMBUNYI Lesen perniagaan boleh dilucutkan
1 10 Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti Standard Pembelajaran • Mengesan kerosakan peralatan dan keadaan yang tidak selamat di tempat kerja dalam industri hospitaliti. • Menghuraikan tindakan untuk mengatasi masalah kerosakan peralatan dan keadaan yang tidak selamat di tempat kerja dalam industri hospitaliti. (f) Mengesan dan Tindakan Mengatasi Masalah Kerosakan dan Keadaan Tidak Selamat di Tempat Kerja Mengesan kerosakan peralatan dan keadaan tidak selamat di tempat kerja boleh dilakukan secara harian, mingguan atau berkala. Hal ini bagi memastikan peralatan berfungsi dengan baik dan keadaan yang selamat untuk melakukan kerja. Mengisi borang pengesanan kerosakan peralatan dan keadaan tidak selamat di tempat kerja perlu dilakukan untuk tujuan ini. Contoh borang pengesanan kerosakan peralatan adalah seperti berikut: Rajah 1.4 Contoh laporan borang pengesanan kerosakan peralatan BORANG PENGESANAN KEROSAKAN PERALATAN Nama: Siti Haliza binti Abu Bakar Tarikh: 15 September 2017 Tempat: Ruang memasak Masa: 9:00 pagi – 9:30 pagi Nama peralatan: Pengisar makanan Perkara Kerosakan Catatan Ya Tidak Tidak berkenaan 1. Berfungsi dengan baik 3 2. Peralatan boleh dihidupkan 3 3. Peralatan dalam keadaan yang bersih 3 4. Keadaan fizikal peralatan yang bersih, tidak berkarat, sumbing atau pecah 3 5. Aksesori lengkap 3 - Tiada penutup - Bekas pengisar retak 6. Penyenggaraan berkala 3 Tindakan: - Bekas yang tiada penutup diasingkan daripada tempat menyimpan peralatan. - Bekas pengisar yang retak perlu dilaporkan. Asingkan dari tempat menyimpan peralatan. Disediakan oleh: …………………..………… (Siti Haliza binti Abu Bakar)
1 11 Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti Rajah 1.5 Contoh borang pengesanan keadaan tidak selamat di tempat kerja Contoh borang pengesanan keadaan tidak selamat adalah seperti berikut: BORANG PENGESANAN KEADAAN TIDAK SELAMAT DI TEMPAT KERJA Nama: Siti Haliza binti Abu Bakar Tarikh: 15 September 2017 Tempat: Ruang memasak Masa: 9:00 pagi – 9:30 pagi Ruang tempat kerja: Ruang memasak Perkara Kerosakan Catatan Ya Tidak Tidak berkenaan 1. Lantai kering dan bebas daripada sebarang tumpahan minyak seperti cecair 2. Lantai berada dalam keadaan bersih 3. Corong asap dan kipas penyedut udara dalam keadaan bersih dan berfungsi 4. Tiada sebarang halangan di laluan lorong kecemasan 5. Mempunyai simbol atau tanda keselamatan yang jelas 6. Lantai dan dinding tidak rosak, retak atau pecah 7. Pencahayaan mencukupi 8. Keluasan ruang kerja yang sesuai dengan tenaga kerja 9. Pengudaraan yang baik dan lancar Tindakan: Disediakan oleh: …………………..………… (Siti Haliza binti Abu Bakar)
(g) Peraturan Keselamatan di Tempat Kerja Peraturan keselamatan di tempat kerja merupakan aspek utama yang perlu diamalkan oleh setiap murid untuk mengelakkan daripada sebarang kemalangan yang tidak diingini berlaku. Terdapat dua peraturan keselamatan di tempat kerja yang mesti dipatuhi oleh murid iaitu: 1 12 Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti Standard Pembelajaran • Mematuhi peraturan keselamatan semasa berada di tempat kerja. Rajah 1.6 Peraturan keselamatan am di tempat kerja Peraturan Keselamatan Am Catatkan segala kemalangan yang berlaku dalam buku rekod kemalangan. Kebersihan tempat kerja perlu dijaga pada setiap masa. Tutup semua suis sebelum meninggalkan bengkel. Masuk ruang tempat kerja dengan kebenaran guru. Dilarang membawa beg masuk ke dalam bengkel. Buka tingkap dan pintu sebelum memulakan kerja. Gunakan peralatan dan bahan dengan betul dan cermat. Pastikan bekas yang mengandungi bahan beracun, kimia dan mudah terbakar tidak dibiarkan terdedah tanpa kawalan. Semua peralatan dan bahan hendaklah dikembalikan ke tempat asalnya setelah digunakan. Peralatan dan bahan tidak dibenarkan dibawa keluar dari bengkel kecuali dengan kebenaran. Kemalangan yang berlaku hendaklah dilaporkan segera.
Peraturan Keselamatan Diri Patuhi peraturan keselamatan sepanjang masa. Dilarang memakai barang perhiasan diri semasa berada di dalam bengkel. Pakai pakaian yang sesuai dan kemas serta kasut bertapak getah dan rata. Ikat rambut yang panjang atau pastikan tudung diikat dengan kemas dan hujungnya dimasukkan ke dalam apron. Fahami cara untuk menggunakan sesuatu peralatan atau bahan serta patuhi arahan guru. Jangan bermain dan bergurau di tempat kerja. Cuci tangan sebelum dan selepas bekerja. Rajah 1.7 Peraturan keselamatan diri di tempat kerja 1 13 Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti
1 14 Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti (a) Persekitaran Selamat di Tempat Kerja Layari http:// arasmega.com/ qr-link/statistikkemalanganpekerjaan/ untuk mengetahui statistik kemalangan di tempat kerja mengikut sektor. Bincangkan jumlah kemalangan bagi sektor hotel dan restoran. (Dicapai pada 26 Januari 2017) Persekitaran Selamat dan Ergonomik Pergerakan di Tempat Kerja 1.2 Standard Pembelajaran • Memerihalkan persekitaran selamat di tempat kerja. • Menerangkan punca kemalangan di tempat kerja. • Merancang susun atur dapur dengan ergonomik dan mematuhi peraturan keselamatan yang berkaitan. • Meningkatkan aspek keselamatan di tempat kerja. • Mewujudkan pergerakan yang lancar serta lebih selesa semasa menjalankan tugas. Persekitaran Kawasan di sekeliling ruang dapur. Selamat Terlepas daripada segala bahaya atau bencana. Ruang tempat melakukan kerja. Tempat kerja Persekitaran selamat di tempat kerja merupakan kawasan di sekeliling tempat kerja yang terpelihara daripada segala bahaya atau bencana yang boleh mendatangkan kemalangan, kecederaan atau kehilangan nyawa dalam kalangan pekerja. Ruang dapur industri ialah salah satu persekitaran tempat kerja yang melibatkan banyak pergerakan, pengurusan masa yang bersistematik dan penggunaan ruang kerja yang berkesan untuk aktiviti menyedia, memasak, menyaji dan mengemas selepas menggunakan segala peralatan dan kelengkapan dapur. Kecuaian semasa di tempat kerja boleh meningkatkan kadar kemalangan yang akan mengganggu aliran kerja dan mengurangkan tahap produktiviti sesuatu organisasi. Situasi ini dapat dielakkan dengan:
1 15 Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti Foto 1.1 Contoh pemakaian yang sesuai untuk bekerja Bincangkan kecuaian manusia yang boleh mengakibatkan kemalangan di tempat kerja. Butang knotted cloth pada stail baju cef berfungsi mengurangkan kerosakan butang akibat kekerapan mendobi dan ketahanan pada haba panas. Pakaian semasa bekerja • Pakaian perlu bersesuaian dengan pekerjaan dan tidak terlalu ketat. Pakaian yang ketat akan mengehadkan pergerakan serta merumitkan proses kerja. • Kurangkan penggunaan barang perhiasan yang berlebihan dan boleh mengganggu pergerakan. • Pakai kasut yang bersesuaian dengan pekerjaan dan tidak terlalu ketat. • Pastikan tapak kasut sentiasa kering untuk mengelakkan tergelincir di tempat kerja. • Penggunaan pelapik kasut boleh membantu meningkatkan keselesaan semasa bertugas. • Kasut tertutup membantu melindungi kaki daripada kecederaan seperti masakan yang panas tertumpah atau pisau yang terjatuh. Kecuaian manusia Kecuaian manusia boleh mengundang kemalangan yang tidak diingini di tempat kerja. Rajah 1.8 menunjukkan langkah untuk mengelak kemalangan berlaku di tempat kerja. Rajah 1.8 Langkah-langkah mengelakkan kemalangan di tempat kerja Merancang masa sebelum memulakan kerja penyediaan makanan. Elakkan meninggalkan dapur semasa sedang memasak untuk mengelakkan makanan hangus atau terbakar. Sentiasa memeriksa dan mengawasi masakan yang menggunakan alat penjimat masa seperti ketuhar. Elakkan memasak sekiranya mengantuk, pening atau mengambil ubat-ubatan yang boleh menyebabkan mengantuk. Pastikan kepala hos gas ditanggalkan setelah selesai menggunakan dapur memasak. (b) Punca Kemalangan di Tempat Kerja Manusia
1 16 Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti Susun atur peralatan dan kelengkapan Kedudukan peralatan dan kelengkapan turut memainkan peranan bagi mengelakkan kemalangan di tempat kerja. Rajah 1.9 menunjukkan panduan bagi mengelakkan kemalangan di tempat kerja. Keadaan tempat kerja Rajah 1.9 Panduan bagi mengelakkan kemalangan di tempat kerja Baca manual penggunaan peralatan dan fahami cara yang betul untuk mengendalikannya. Sediakan Kit Pertolongan Cemas di tempat yang mudah dicapai. Pastikan barangan perubatan lengkap dan mempunyai tarikh luput. Pastikan susun atur perabot tidak menghalang laluan kecemasan. Pastikan segala peralatan elektrik diletakkan berjauhan dari singki atau punca air. Pastikan tiada penyambungan yang banyak pada satu plag untuk mengelakkan litar pintas berlaku. Kedudukan dapur gas, penunu dan ketuhar perlu sesuai agar tempat kerja mendapat pengudaraan yang baik sekiranya berlaku kebocoran gas. Pastikan kedudukan pemadam api mudah dicapai dan berfungsi. Pastikan pisau atau objek tajam sentiasa berada dalam keadaan tajam untuk mempercepatkan kerja memotong. Bahan kimia seperti peluntur, detergen dan racun diasingkan serta dilabelkan dengan jelas. Pastikan bahan kimia disimpan berjauhan dari rak makanan. Persekitaran LANTAI • Lantai tempat kerja perlu dipastikan sentiasa kering, tidak berminyak dan tidak licin. • Lantai perlu sentiasa dimop dan dibersihkan dengan air panas dan sabun untuk menanggalkan kesan minyak dari lantai. • Pastikan papan tanda “Lantai Basah” ditempatkan di kawasan lantai yang basah. • Pengudaraan yang baik di tempat kerja membantu mengeringkan lantai dengan cepat. • Penggunaan kipas elektrik pengering lantai juga dapat meningkatkan kadar pengeringan lantai yang basah. • Pemasangan lantai antigelincir di lantai dapur juga membantu mengurangkan risiko kemalangan.
1 17 Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti (c) Kepentingan Persekitaran Selamat di Tempat Kerja Persekitaran selamat di tempat kerja amat penting untuk mengelakkan berlaku kemalangan yang boleh memudaratkan diri sendiri, majikan dan organisasi dari segi sosial dan kewangan. Rajah 1.10 menunjukkan kepentingan persekitaran selamat di tempat kerja. Mengurangkan kerosakan harta benda dan peralatan Mengurangkan risiko berlaku kecederaan atau kematian Mempercepatkan pengeluaran perkhidmatan atau produk Kepentingan Persekitaran Selamat di Tempat Kerja Meningkatkan kualiti produktiviti Rajah 1.10 Kepentingan persekitaran selamat di tempat kerja Lakukan aktiviti secara berkumpulan. Setiap kumpulan boleh memilih untuk melawat satu jenis tempat kerja hospitaliti. Jalankan pemeriksaan di tempat kerja yang menjadi pilihan. Senaraikan amalan atau keadaan kerja yang tidak selamat yang dapat diperhatikan di tempat itu. PENCAHAYAAN • Kekurangan pencahayaan di tempat kerja menyebabkan pekerja perlu melakukan lebih kerja seperti membongkok untuk melihat dengan lebih baik. • Kawasan kerja yang gelap berpotensi menyebabkan kecederaan seperti melanggar perabot atau peralatan yang tajam. • Pemasangan lampu jimat tenaga dalam kuantiti yang bersesuaian dapat membantu meningkatkan pencahayaan di tempat kerja. PENGUDARAAN • Elemen pengudaraan yang efisien dan mencukupi di tempat kerja dapat mengelakkan pekerja daripada mengalami kekurangan oksigen dan sesak nafas. • Pemasangan kipas atau penyedut udara boleh membantu mengurangkan pengumpulan asap hasil daripada aktiviti memasak di tempat kerja. Standard Pembelajaran • Memberi justifikasi kepentingan persekitaran selamat di tempat kerja.
1 18 Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti (d) Ergonomik Pergerakan di Tempat Kerja Ergonomik diambil daripada perkataan Greek iaitu “ergon” bermaksud manusia atau kerja dan “nomoi” bermaksud kajian. Ergonomik bermaksud kajian yang menghubungkaitkan manusia dengan persekitaran tempat kerja untuk memelihara keselamatan, kesihatan dan keselesaan bagi mencapai tahap keupayaan maksimum bekerja. Ergonomik pergerakan di tempat kerja merujuk kepada bekerja secara sistematik di tempat kerja dengan mengambil kira reka bentuk peralatan dan persekitaran kerja untuk memelihara keselamatan, kesihatan dan keselesaan bekerja. Standard Pembelajaran • Menerangkan maksud ergonomik pergerakan di tempat kerja. Kemalangan di tempat kerja meliputi kemalangan yang berpunca daripada pekerjaan yang dilakukan seperti dalam Rajah 1.11. Manusia Mesin - Reka bentuk yang tidak sesuai - Penyenggaraan tidak dilakukan - Manual penggunaan mesin tidak disediakan Fizikal - Unit kerja yang tidak sesuai dengan pekerja - Suhu tidak selamat - Pengaliran udara tidak mencukupi - Susun atur tempat kerja yang tidak sesuai PUNCA KEMALANGAN Persekitaran - Susun atur peralatan dan kelengkapan yang tidak sesuai - Keadaan persekitaran tempat kerja yang berbahaya - Kecuaian - Sifat tidak prihatin manusia dalam mengutamakan keselamatan di tempat kerja. - Kesedaran - Kompetensi (pengetahuan, kemahiran, sikap) - Keselamatan (berasaskan perilaku) - Masalah peribadi - Penyalahgunaan dadah dan alkohol - Tempoh masa kerja - Tekanan daripada rakan sekerja Rajah 1.11 Punca kemalangan di tempat kerja
1 19 Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti (e) Kepentingan Menilai Beban, Saiz dan Risiko Sebelum Mengangkat Objek Standard Pembelajaran • Menerangkan kepentingan menilai beban, saiz dan risiko sebelum mengangkat objek. • Mempertimbangkan aspek pergerakan sebelum mengangkat dan memindahkan objek: i. Keadaan dan bentuk beban ii. Menilai berat beban iii. Jarak lokasi pemindahan iv. Keperluan bantuan v. Menilai risiko Mengurangkan risiko kecederaan dan kemalangan Menjimatkan tenaga dan mengurangkan keletihan Membantu melancarkan peredaran darah Meningkatkan kecekapan dan keselesaan pergerakan Meningkatkan produktiviti kerja Kepentingan Menilai Beban, Saiz dan Risiko Sebelum Mengangkat Objek Menjamin kesihatan postur badan Rajah 1.12 Kepentingan penilaian sebelum mengangkat objek Menilai objek sebelum diangkat adalah penting. Rajah di bawah menunjukkan kepentingan menilai beban, saiz dan risiko sebelum mengangkat objek. (f) Aspek Pergerakan Sebelum Mengangkat dan Memindahkan Objek Cara mengangkat dan memindahkan objek Terdapat beberapa panduan yang perlu dititikberatkan sebelum mengangkat dan memindahkan objek di tempat kerja, iaitu: 1. Fikir terlebih dahulu sebelum mengangkat beban dengan mengambil kira berat dan bentuk beban, jarak dan keadaan lokasi serta alat bantu. 2. Angkat objek dengan menggunakan postur badan yang betul dan berdiri pada posisi yang stabil. 3. Pegang objek dengan cara yang betul untuk mengelakkan kecederaan pada postur badan. i. Pastikan objek sentiasa rapat dengan tubuh badan. ii. Kenal pasti keupayaan tubuh badan sebelum mengangkat objek. 4. Letakkan objek pada posisi yang betulsebelum mengubah posisi beban pada kedudukan yang dikehendaki.
1 20 Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti Terdapat lima postur bahagian badan yang perlu diberi perhatian untuk mengangkat dan memindahkan objek: 1. Bahu dan lengan 2. Kepala dan leher 3. Tangan dan pergelangan tangan 4. Belakang badan 5. Kaki dan betis Rajah 1.13 menunjukkan postur badan yang betul untuk mengangkat objek. Lakukan aktiviti simulasi mengangkat objek dengan betul secara berpasangan. Rakan memerhati dan membetulkan postur badan yang tidak tepat. Postur Mengangkat Objek Pastikan tinggi objek tidak melebihi garis mata. Meminta bantuan orang lain untuk mengangkat objek yang besar. 3 4 Pegang erat objek yang hendak diangkat. Berdiri secara perlahan-lahan. Gunakan kaki untuk menahan semasa mengangkat objek. 1 2 Rajah 1.13 Postur mengangkat barang dengan betul
1 21 Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti Jadual 1.2 Aspek pergerakan sebelum mengangkat dan memindahkan objek Aspek Penerangan Keadaan dan bentuk beban Keadaan dan bentuk beban dapat dikategorikan seperti berikut: • Bentuk: Bentuk beban boleh berada dalam dua bentuk, iaitu bentuk tetap seperti bulat, bersegi dan bentuk tidak tetap seperti bahan makanan, iaitu bahan basah • Saiz: Saiz beban terdapat dalam pelbagai saiz iaitu besar, sederhana dan kecil • Berat: Berat beban sama ada berat atau ringan Menilai berat beban Menggunakan penimbang yang bersesuaian untuk menilai berat beban (sekiranya berat beban tidak dinyatakan) dengan menggunakan: • Penimbang gantung (Crane scale) • Penimbang platform (Floor scale) • Penimbang mudah alih (Bench scale) Jarak lokasi pemindahan Alat bantuan boleh digunakan untuk memindahkan objek yang mempunyai jarak yang jauh atau tinggi, contohnya: • Pemindahan beban secara menegak boleh menggunakan tangga • Pemindahan beban secara mendatar boleh menggunakan troli atau alat bantu beroda Keperluan bantuan Antara alat bantuan yang diperlukan untuk memudahkan pergerakan semasa mengangkat dan memindahkan objek ialah: • Troli • Alat bantuan beroda • Tangga Menilai risiko Terdapat beberapa risiko yang perlu dipertimbangkan semasa mengangkat dan memindahkan objek termasuk: • Kestabilan barang • Ketinggian • Permukaan lantai atau laluan • Bentuk beban barang Terdapat lima aspek yang perlu dipatuhi untuk memaksimumkan keupayaan dan meningkatkan produktiviti kerja bagi mengangkat dan memindahkan objek ke suatu tempat yang lain. Bincangkan rekaan peralatan yang boleh digunakan untuk mengangkat dan memindahkan objek.
1 22 Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti Rajah 1.14 Keupayaan berat beban yang boleh ditampung oleh tubuh Wanita Lelaki paras bahu paras bahu paras siku paras siku paras buku jari paras buku jari paras bawah kaki paras bawah kaki Standard Pembelajaran • Menunjuk cara postur badan yang baik semasa mengangkat dan memindahkan objek berat. (g) Postur Badan yang Betul Semasa Mengangkat dan Memindahkan Objek Berat Produktiviti kerja dapat dipertingkatkan melalui perancangan kerja yang teliti serta susun atur perabot dan penggunaan peralatan yang sempurna. Hal ini juga melibatkan pengurusan kerja yang melibatkan pergerakan badan bagi tempoh masa aktiviti yang dijalankan untuk mengurangkan regangan otot badan melalui postur badan yang betul. 1. Bahagian telinga, bahu, punggung, lutut dan tumit berada di satu garis lurus yang melalui pusat graviti. 2. Keupayaan untuk mencapai, membengkok atau berdiri dalam tempoh masa yang panjang adalah berbeza bagi setiap aktiviti yang dilakukan di tempat kerja. 3. Postur atau posisi badan yang berbeza menentukan keselamatan dan keselesaan semasa mengangkat dan memindahkan objek. 4. Penggunaan postur badan yang tidak dicadangkan akan membazir tenaga dan meningkatkan risiko untuk kemalangan atau kecederaan berlaku. 5. Mengubah posisi dan postur badan dalam satu tempoh dengan melakukan regangan otot untuk meningkatkan keselesaan. Panduan postur badan: Tahap beban maksimum paras siku ialah: • 20 kg jika beban berhampiran dengan tubuh • 10 kg jika beban berjauhan dari tubuh
1 23 Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti (h) Langkah Efektif Pencegahan Kemalangan Majikan merupakan tonggak utama dalam memastikan keberkesanan sesuatu program pencegahan kemalangan di tempat kerja. Hal ini berkait rapat dengan pengetahuan majikan tentang aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja, sikap, komitmen dan harapan untuk tujuan keselamatan dan kesihatan. Majikan dan pekerja perlu bertanggungjawab dalam usaha mencegah sebarang kemalangan berlaku di tempat kerja. Layari http:// arasmega. com/qr-link/ garis-panduanpencegahankemalangan-di-tempat-kerja/ untuk muat turun buku Garis Panduan Pencegahan Kemalangan di Tempat Kerja. (Dicapai pada 31 Januari 2017) Murid secara berkumpulan empat orang mencari maklumat mengenai langkah-langkah untuk mencegah kemalangan di tempat kerja menggunakan pelbagai sumber media. Buat persembahan di dalam kelas. Standard Pembelajaran • Merumuskan langkah pencegahan kemalangan yang efektif di tempat kerja. Tanggungjawab pekerja Mematuhi arahan dan peraturan yang telah ditetapkan. Menggunakan pakaian perlindungan diri yang betul dan sesuai semasa bertugas. Melaporkan keadaan yang tidak selamat, kecederaan dan kemalangan kepada pihak pengurusan. Rajah 1.16 Tanggungjawab pekerja Rajah 1.15 Tanggungjawab majikan Menubuhkan jawatankuasa khas bagi memantau tahap keselamatan dan kebersihan yang diamalkan oleh pekerja serta membuat pemeriksaan peralatan, bahan dan tempat kerja secara berkala. Membekalkan alat perlindungan diri yang bersesuaian. Melaporkan sebarang kemalangan dan penyakit kepada pihak yang telah dipertanggungjawabkan. Menyediakan dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Melantik pegawai yang kompeten untuk bertindak sebagai Pegawai Keselamatan dan Kesihatan. Menyediakan tempat khas kepada pekerja seperti bilik rehat, pantri dan bilik rawatan kepada pekerja. Menyediakan Kit Pertolongan Cemas bagi memberi rawatan awal. Tanggungjawab Majikan
1 24 Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti (a) Ruang Tempat Kerja Berisiko Tinggi kepada Kebakaran Persekitaran tempat kerja yang selamat perlu diberi keutamaan bagi mengelakkan berlaku kemalangan seperti kebakaran. Antara ruang tempat kerja yang berisiko tinggi ialah: (b) Punca Kebakaran di Tempat Kerja Antara punca yang boleh menyebabkan kebakaran di tempat kerja ialah pendawaian elektrik, keadaan dapur gas, aktiviti memasak, merokok dan kerosakan peralatan elektrik. Pendawaian elektrik Pendawaian elektrik menjadi penyebab utama kebakaran. Pendawaian elektrik menimbulkan masalah apabila: Pemasangan dan penyenggaraan sistem pendawaian yang kurang sempurna dan tidak selamat digunakan apabila dilakukan oleh individu yang tidak bertauliah. 1 Pendawaian elektrik yang terlalu lama boleh menyebabkan litar pintas. 2 Terlalu banyak penyambungan dibuat sehingga melebihi beban kuasa elektrik yang dibenarkan. 3 1.3 Amalan Keselamatan Mencegah Kebakaran dan Rawatan Awal Kecederaan Akibat Kebakaran Standard Pembelajaran • Mengenal pasti ruang tempat kerja yang berisiko tinggi kepada kebakaran. • Menerangkan punca kebakaran di tempat kerja. Ruang Tempat Kerja Berisiko Tinggi • Tempat kerja yang mempunyai pelbagai alat penjimat masa yang rosak. • Penggunaan alat penjimat masa yang tidak disenggara. • Penggunaan penyambungan plag yang berlebihan dibuat pada soket. Dapur • Menempatkan tong gas sama ada yang telah atau belum digunakan. • Mudah terbakar sekiranya terdapat punca api, kerana tong gas mudah meletup jika tidak dikendali dengan baik dan sempurna. Bilik gas Ruang penyimpanan Rajah 1.17 Ruang tempat kerja yang berisiko tinggi • Pengudaraan dan pencahayaan yang tidak mencukupi. • Keluasan ruang penyimpanan tidak sesuai. • Susun atur bahan makanan dan bukan makanan tidak sesuai.
1 25 Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti Dapur gas Kebakaran dan letupan boleh berlaku apabila gas bocor ke udara dan terdedah ke punca nyalaan. Gas boleh bocor sekiranya: Aktiviti memasak Tukang masak yang cuai, tidak berhati-hati dan bersikap sambil lewa ketika memasak boleh menyebabkan kebakaran. Membiarkan masakan di atas dapur tanpa perhatian menyebabkan masakan menjadi hangus. Keadaan ini menjadi punca berlakunya kebakaran. Penggunaan pakaian terlalu longgar dan terlalu labuh boleh menyebabkan api menyambar pakaian. Merokok Merokok ketika memasak atau membuang puntung rokok yang masih menyala di sekitar kawasan dapur atau bilik gas menyebabkan risiko berlakunya kebakaran. Kerosakan peralatan elektrik Kegagalan peralatan elektrik berfungsi dengan baik menyebabkan kebakaran. Biasanya peralatan elektrik rosak disebabkan oleh beberapa perkara iaitu kerosakan mekanikal sama ada terlalu lama atau tidak mendapat kelulusan SIRIM, dan terdedah kepada bencana alam seperti kilat, gempa bumi atau banjir. Penyimpanan silinder gas yang tidak selamat. Menggunakan peralatan gas yang tidak diluluskan oleh SIRIM. Regulator longgar dan retak akibat tolakan dan tarikan ketika membersihkan dapur gas. Hos dan paip gas bocor, longgar dan pecah. Dengan menggunakan enjin carian yang sesuai, cari maklumat tentang SIRIM. Foto 1.4 Contoh peralatan elektrik yang rosak Foto 1.3 Gas masakan yang biasa digunakan Hos Silinder gas Regulator
1 26 Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti (c) Tindakan Apabila Berlaku Kebakaran Selain penggera kebakaran manual, alat pengesan haba dan alat pengesan asap juga boleh digunakan untuk mengesan kebakaran secara automatik. Alat pengesan haba mengesan kenaikan suhu yang luar biasa, manakala alat pengesan asap mengesan kehadiran asap di ruang kerja. Jika kebakaran berlaku, utamakan keselamatan diri dan nyawa. Standard Pembelajaran • Menjelaskan tindakan jika berlaku kebakaran: i. Membunyikan penggera ii. Membuat panggilan kecemasan iii. Menggunakan peralatan pemadam api iv. Pengungsian bangunan v. Prosedur pemindahan mangsa kebakaran vi. Mendaftar mangsa yang tercedera dan menentukan rawatan yang sesuai vii. Menyediakan maklum balas yang cepat dan tepat tentang mangsa Tindakan yang perlu diambil jika berlaku kebakaran adalah seperti berikut: Membunyikan penggera Apabila berlaku kebakaran, pekerja yang menyedari bertanggungjawab membunyikan penggera dengan memecahkan kaca pada panel yang terhampir. Penggera akan berbunyi sebanyak dua kali, iaitu kali pertama selama 15 saat dan kali kedua dalam masa yang lebih panjang. Pekerja dikehendaki keluar dari ruang kerja dan tinggalkan bangunan dengan cepat dan teratur. Pastikan semua suis elektrik dimatikan. Pintu bengkel hendaklah ditutup selepas semua pekerja telah keluar. Rajah 1.18 Tindakan apabila berlaku kebakaran Menyediakan maklum balas yang cepat dan tepat tentang mangsa Memindahkan mangsa kebakaran Segera keluar dari bangunan yang terbakar Membuat panggilan kecemasan Membunyikan penggera Menggunakan peralatan pemadam api untuk memadam api yang kecil Mendaftar mangsa yang tercedera dan menentukan rawatan yang sesuai Kebakaran dikesan
1 27 Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti Membuat panggilan kecemasan Apabila menyedari berlakunya kebakaran, panggilan kecemasan dibuat serta-merta ke balai bomba atau ke talian kecemasan. Operator yang menerima panggilan akan mengenal pasti jenis kecemasan dan menyalurkan maklumat kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab memberikan bantuan sama ada ambulans, bomba atau polis. Menggunakan peralatan pemadam api Alat pemadam api digunakan untuk mengawal kebakaran di peringkat awal. Alat ini hendaklah ditempatkan di lokasi yang sesuai di tempat kerja. Terdapat beberapa jenis alat yang boleh memadamkan api seperti pemercik air automatik, gelung hos, alat pemadam api jenis balang dan selimut api. Pemercik air automatik ialah alat pemadam api yang dipasang di siling bangunan ruang tempat kerja. Pemercik air automatik akan mengesan haba daripada api dan asap yang terhasil. Apabila hal ini berlaku, air akan dipercikkan bagi memadam kebakaran. Gelung hos ialah alat pemadam api jenis air yang diletakkan di tempat yang mudah dilihat. Namun, pengendali haruslah seseorang yang terlatih, contohnya anggota bomba. Hal ini bagi mengelakkan sebarang kecederaan atau kebakaran berterusan. Pekerja boleh menggunakan alat pemadam api jenis balang bagi mengawal kebakaran pada peringkat awal. Secara umumnya, terdapat lima jenis kelas api. Alat pemadam api dilabelkan berdasarkan simbol atau penggunaan huruf yang piawai bagi setiap kelas api yang dapat dipadam. Lima jenis kelas api adalah seperti berikut: Setiap jenis alat pemadam api jenis balang hanya sesuai untuk kelas api yang tertentu kecuali debu kering yang boleh digunakan untuk semua jenis kelas api. Rajah 1.19 Kategori alat pemadam api jenis balang Sumber: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kelas Api Penerangan Memadam kebakaran pepejal seperti kayu, kertas, kain dan sebarang bahan mudah terbakar A Memadam kebakaran gas seperti gas butana, gas asetilene, pendawaian elektrik, kotak fius, perkakasan elektrik dan lain-lain C Memadam kebakaran cecair seperti minyak, cat, varnish, plastik dan lain-lain B Memadam kebakaran logam seperti logam kalium, logam natrium, logam kalsium dan logam magnesium D Memadam kebakaran minyak masak yang digunakan secara komersial E
1 28 Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti Sekiranya berlaku kebakaran pada pakaian atau badan seseorang, pastikan mangsa kebakaran tidak berlari. Gunakan selimut api untuk memadamkan api. Jika tiada selimut api, gulingkan mangsa di atas lantai. Jangan siram dengan air atau menggunakan pemadam api terhadap mangsa. Bengkokkan badan mangsa supaya api tidak merebak ke merata sistem pernafasan. Tatacara penggunaan alat pemadam api Penggunaan alat pemadam api adalah berdasarkan teknik PASS. SQUEEZE Genggam picu atau pemegang alat pemadam api. PULL Tarik pin. Tindakan ini akan memutuskan pemateri. SWEEP Tekan pemegang dan halakan muncung dari arah kiri ke kanan, atau di pangkal kebakaran, iaitu memberi tumpuan pada kawasan yang berlaku punca kebakaran. Jika api masih menyala, ulang langkah 2 – 4. Tip: Semasa menghalakan muncung pemadam api, pastikan anda tidak menyentuh pada muncung plastik atau corong pelepasan pemadam api CO2 kerana gas ini sangat sejuk dan boleh mencederakan kulit. S P A S 1 3 2 4 Rajah 1.20 Tatacara penggunaan alat pemadam api AIM Halakan muncung pemadam api (corong atau hos) pada aras rendah, iaitu di pangkal kebakaran.
1 29 Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti Prosedur pemindahan mangsa kebakaran Terdapat beberapa prosedur yang boleh digunakan untuk memindahkan mangsa kebakaran. Mangsa kebakaran boleh dipindahkan sama ada menggunakan peralatan atau tanpa peralatan. Prosedur untuk menyelamatkan mangsa menggunakan peralatan ditunjukkan dalam Rajah 1.21. Pengungsian bangunan Apabila mendengar bunyi penggera kecemasan, setiap individu perlu keluar dengan segera dari bangunan yang terbakar. Tindakan ini dinamakan pengungsian bangunan. Bagi memastikan tindakan ini berjalan dengan lancar, tempat kerja perlu: 1. Mewujudkan jawatankuasa. 2. Menyediakan pelan lantai dan rancangan bertindak. 3. Menentukan kawasan berkumpul (assembly area). 4. Menentukan jalan atau laluan keluar, pintu keluar dan tangga keselamatan tidak dihalang. 5. Memastikan sistem kebombaan berfungsi. Rajah 1.21 Prosedur pemindahan mangsa kebakaran menggunakan peralatan Menggunakan kerusi Menggunakan selimut Prosedur pemindahan mangsa kebakaran menggunakan peralatan Keadaan mangsa: Duduk di atas katil. Prosedur: 1. Letakkan kerusi berhampiran dengan katil untuk memindahkan mangsa. 2. Tarik kerusi bersama mangsa. 3. Sekiranya pergerakan perlu menuruni tangga, dapatkan seorang pembantu. Keadaan mangsa: Baring. Prosedur: 1. Letakkan selimut berhampiran dengan mangsa untuk memindahkan mangsa. 2. Angkat mangsa dan letak di atas selimut. 3. Tarik selimut perlahan-lahan ke tempat yang selamat. 4. Sekiranya pergerakan perlu menuruni tangga, dapatkan seorang pembantu. Layari http:// arasmega. com/qr-link/ pelan-laluankebakaran/ untuk melihat contoh pelan laluan kebakaran. (Dicapai pada 12 Julai 2017)
1 30 Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti Mendaftar mangsa yang tercedera dan menentukan rawatan yang sesuai Setelah berjaya memindahkan mangsa ke tempat selamat, daftarkan mangsa yang tercedera. Satu pasukan khas yang bertindak memberi rawatan awal kepada mangsa perlu bersedia sementara menunggu kedatangan pegawai perubatan. Menyediakan maklum balas yang cepat dan tepat tentang mangsa Laporkan sebarang kecederaan dengan segera sebaik-baik sahaja pegawai perubatan tiba. Nyatakan tanda-tanda vital kepada pegawai perubatan sekiranya perlu. Human Crutch (Tongkat Manusia) Keadaan mangsa: Boleh bergerak dan memerlukan bantuan minimum. Prosedur: 1. Papah mangsa ke tempat selamat. Fore and Aft Carry Keadaan mangsa: Tidak boleh bergerak. Prosedur: 1. Penyelamat berdiri di belakang mangsa dan memeluk mangsa di bahagian bawah ketiak. 2. Seorang penyelamat lagi berdiri di hadapan dengan memegang di bahagian bawah lutut mangsa. 3. Bawa mangsa ke tempat yang selamat. 4. Penyelamat di hadapan mencangkung terlebih dahulu sebelum menurunkan mangsa secara perlahan-lahan. Four Hand Set Keadaan mangsa: Cedera di bahagian kaki. Prosedur: 1. Mangsa meletakkan tangan di leher dua orang penyelamat di sisi. 2. Bahagian belakang mangsa disokong dengan memegang lengan antara satu sama lain. 3. Tangan kedua-dua penyelamat diletakkan di bawah lutut mangsa dan pegang lengan antara satu sama lain. 4. Bawa mangsa ke tempat yang selamat. Prosedur pemindahan mangsa kebakaran tanpa peralatan Rajah 1.22 Prosedur pemindahan mangsa kebakaran tanpa peralatan
1 31 Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti (d) Rawatan Awal Kecederaan Akibat Kebakaran Rawatan awal boleh mengelakkan keadaan mangsa bertambah parah sementara mendapat rawatan susulan daripada pegawai perubatan. Kit Pertolongan Cemas adalah penting bagi sesebuah tempat kerja. Kebakaran boleh mengakibatkan dua jenis luka, iaitu luka lecur atau terbakar dan luka terbakar sehingga ke salur pernafasan. Luka lecur atau terbakar menyebabkan epidermis tercedera. Sekiranya epidermis terus terdedah kepada punca luka lecur atau bakar, lapisan dermis pula akan tercedera. Dalam keadaan ini, jangkitan kuman mudah berlaku. Bagi mengelakkan berlaku jangkitan kuman, luka lecur atau terbakar perlu mendapatkan rawatan awal. Luka Lecur atau Terbakar Terdapat tiga tahap kecederaan luka lecur atau terbakar, iaitu tahap pertama, tahap kedua dan tahap ketiga. Foto 1.5 Contoh kebakaran tahap pertama Foto 1.6 Contoh kebakaran tahap kedua Foto 1.7 Contoh kebakaran tahap ketiga Standard Pembelajaran • Mengenal pasti rawatan awal kecederaan akibat kebakaran. • Menunjukkan cara rawatan awal kecederaan akibat kebakaran mengikut prosedur yang betul. Luka lecur atau terbakar tahap pertama hanya melibatkan lapisan epidermis, iaitu bahagian kulit yang paling luar. Bahagian kulit mangsa akan berasa sakit, kering dan berwarna kemerah-merahan seperti melepuh. Luka lecur atau terbakar tahap kedua pula melibatkan lapisan epidermis dan dermis kulit. Bahagian kulit mangsa akan berasa sakit dan berwarna merah dan terdapat gelembung cecair. Luka lecur atau terbakar tahap ketiga melibatkan kemusnahan keseluruhan lapisan kulit dan boleh membawa hingga bahagian tulang. Bahagian kulit yang terlibat akan menjadi kering dan bertukar warna kepada putih, hitam atau coklat gelap. Mangsa tidak akan berasa sakit. Tahap pertama Tahap ketiga Tahap kedua Rajah 1.23 Kategori luka lecur atau terbakar
1 32 Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti Rawatan awal bagi mangsa luka lecur atau terbakar: 1. Alihkan mangsa dari punca kebakaran. 2. Alirkan air sejuk ke tempat yang tercedera selama 10 minit. Sekiranya tiada air, gunakan sebarang cecair yang sejuk. 3. Tanggalkan sebarang perhiasan seperti jam tangan, barang kemas dan tali pinggang serta pakaian yang ketat sebelum anggota yang tercedera membengkak. 4. Tutup bahagian yang tercedera dengan pembalut kering (gauze) yang disteril atau kain yang bersih. 5. Bagi luka lecur atau terbakar tahap ketiga, dapatkan rawatan perubatan dengan segera. Luka terbakar hingga ke salur pernafasan Mangsa yang tersedut udara panas atau gas menyebabkan trakea luka terbakar dan bengkak. Mangsa juga berisiko mengalami sesak nafas. Tanda-tanda mangsa mengalami luka terbakar hingga ke salur pernafasan ialah: 1. Terdapat jelaga di sekitar hidung atau mulut mangsa. 2. Bulu hidung terbakar. 3. Lidah kemerah-merahan, bengkak dan panas. 4. Kulit di sekitar mulut rosak. 5. Suara berubah menjadi kasar dan garau. 6. Sukar untuk bernafas. Rawatan awal bagi mangsa luka terbakar hingga ke salur pernafasan: 1. Alihkan mangsa dari punca kebakaran. 2. Hubungi ambulans. 3. Pulihkan bekalan udara atau pernafasan mangsa dengan melonggarkan baju di sekeliling lehernya. 4. Tenteramkan mangsa dan perhatikan tanda-tanda vital seperti kadar denyutan nadi, tahap gerak balas dan kadar pernafasan sehingga pihak ambulans tiba. Lendir lidah buaya atau aloe vera boleh disapukan pada bahagian kulit yang melecur. Mengapa mangsa melecur tahap ketiga tidak berasa sakit? Tanda-tanda vital ialah tanda-tanda fizikal berkaitan fisiologi badan yang merangkumi: y Suhu y Tekanan darah y Kadar nadi y Kadar pernafasan y Skor kesakitan Layari http:// arasmega.com/ qr-link/rawatanawal-luka-lecuratau-terbakar/ untuk menonton video rawatan awal luka lecur atau terbakar. (Dicapai pada 8 Ogos 2017)
1 33 Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti (e) Prosedur Keselamatan di Institusi 1. Memastikan penggera automatik atau manual berfungsi dengan baik. 2. Mengawal kebakaran jika kebakaran yang berlaku adalah kecil. 3. Menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) atau Pegawai Keselamatan Jabatan atau Juruteknik Unit Pembangunan & Senggaraan (UPS) atau Pengawal Keselamatan. 4. Pegawai Keselamatan di institusi membentuk Pasukan Quick Response Team secara adhoc. 5. Menghentikan mesin atau proses kerja dan memutuskan bekalan kuasa. 6. Memastikan semua dokumen penting disimpan dan dikunci dengan selamat. 7. Mengosongkan bangunan (pengungsian) dengan teratur dan pantas. 8. Bergerak ke tempat berkumpul dengan teratur dan pantas. 9. Mengambil kedatangan untuk dilaporkan kepada Pegawai Keselamatan Jabatan atau Pasukan Quick Response Team atau Pengawal Keselamatan. 10. Pegawai Keselamatan Jabatan atau Pasukan Quick Response Team atau Pengawal Keselamatan perlu menyampaikan keseluruhan maklumat kecemasan atau bencana kepada Komander Operasi Bomba yang tiba di lokasi. Lakukan aktiviti ini secara individu. Cadangkan langkah pencegahan kebakaran di tempat kerja yang sesuai menggunakan pelbagai sumber. Dengan menggunakan enjin carian yang sesuai, dapatkan maklumat tentang prosedur keselamatan bagi mencegah kebakaran di beberapa institusi yang berlainan. Standard Pembelajaran • Mengkaji prosedur keselamatan di pelbagai institusi untuk mencegah kebakaran. • Mencadangkan langkah pencegahan kebakaran di tempat kerja. (f) Langkah Pencegahan Kebakaran di Tempat Kerja 1. Organisasi hendaklah mengadakan latihan mencegah kebakaran dan menyelamat diri dari semasa ke semasa terutama di bangunan bertingkat. 2. Latihan perlu diadakan sekurang-kurangnya setahun sekali. 3. Ketua institusi perlu memastikan alat-alat pemadam api diperiksa oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sekurang-kurangnya sekali setahun. 4. Institusi hendaklah menyediakan tempat untuk menyimpan rekod penting yang tidak musnah jika berlaku kebakaran. 5. Maklumat tentang prosedur keselamatan ditulis dengan jelas di tempat yang sesuai agar mudah dilihat dan dapat diketahui oleh semua pekerja. 6. Simbol keselamatan dipaparkan bagi membantu pekerja melaksanakan langkah keselamatan dengan betul.
1 34 Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti Kajian prosedur keselamatan Prosedur Keselamatan di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Prosedur Keselamatan di Sekolah 1. Kenal pasti jenis kecemasan, buat penilaian risiko, bertindak segera dan aktifkan sistem penggera kebakaran. 2. Maklumkan kepada bilik kawalan untuk membuat pengumuman pengungsian menggunakan sistem siaraya dan makluman kepada pihak bomba. 3. Pastikan semua peserta atau pengunjung dan kakitangan keluar dengan segera dan selamat untuk ke kawasan perhimpunan yang telah ditetapkan. Dilarang menggunakan lif untuk tujuan pelepasan diri. 4. Kenal pasti dan rekod jumlah keseluruhan kehadiran sama seperti yang telah direkod sebelumnya. 5. Jika keadaan difikirkan selamat, cuba padamkan kebakaran tersebut menggunakan kemudahan sistem kebombaan yang ada. Tindakan mestilah tidak dilakukan secara berseorangan. Jika gagal dikawal, keluar dan tunggu sehingga pasukan bomba tiba. 6. Jika terperangkap di dalam asap, cuba merangkak pada paras paling rendah dan muka menghala ke bawah dan cuba keluar. 7. Tunggu sehingga pasukan bomba tiba dan pastikan panduan dan segala maklumat diberikan kepada pihak bomba. 1. Murid, guru dan kakitangan yang berada di Bilik Sains, dinasihatkan untuk mematikan punca elektrik atau injap gas sebelum meninggalkan Bilik Sains. 2. Murid dinasihatkan supaya tidak membawa beg sekolah apabila meninggalkan kelas. 3. Guru yang sedang mengajar perlu mengarahkan murid ke tempat selamat dengan kadar segera. 4. Guru dan ketua kelas perlu mengawal murid dalam pergerakan menyelamatkan diri. 5. Bagi murid yang tidak berada di dalam bilik darjah ketika loceng kecemasan dibunyikan, hendaklah pergi ke tapak selamat untuk bersama-sama dengan murid yang lain. 6. Apabila sampai di tapak selamat, murid hendaklah beratur mengikut kedudukan. 7. Guru kelas akan memastikan semua murid berada di tapak selamat berpandukan buku Jadual Kedatangan Murid. 8. Jika terdapat murid yang tiada di tempat perhimpunan, guru kelas hendaklah melaporkan nama murid tersebut. 9. Tidak seorang pun dibenarkan masuk ke dalam bangunan untuk mengambil barang-barang yang tertinggal. 10. Guru dan kakitangan sekolah mesti mengikut laluan yang ditetapkan. Bandingkan prosedur keselamatan antara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dengan prosedur keselamatan di sekolah bagi kebakaran peringkat kecil.
1 35 Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti Amalan Keselamatan Mencegah Kebakaran dan Rawatan Awal Kecederaan Akibat Kebakaran • Dapur, bilik gas dan ruang penyimpanan adalah ruang kerja yang berisiko tinggi kepada kebakaran. • Antara punca kebakaran di tempat kerja ialah pendawaian elektrik, dapur gas, aktiviti memasak, merokok dan kerosakan peralatan elektrik. • Bertindak mengikut prosedur yang telah ditetapkan apabila berlaku kebakaran. • Mengenal pasti cara memberi rawatan awal kecederaan akibat kebakaran. • Mengenal pasti langkah pencegahan kebakaran di tempat kerja. Tanggungjawab Mematuhi Peraturan Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti • Hospitaliti bermaksud perkhidmatan layanan yang mesra kepada tetamu, pengunjung atau pelanggan dalam pelbagai bidang perkhidmatan penginapan, perkhidmatan pengembaraan dan pelancongan serta perkhidmatan makanan dan minuman. • Menjaga keselamatan di tempat kerja penting untuk melindungi nyawa dan kesihatan pekerja, memperoleh margin keuntungan dan menjaga reputasi perniagaan yang baik. • Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) menggariskan peraturan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja yang perlu dipatuhi. • Agensi-agensi seperti Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (JKKP), Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memainkan peranan dalam menguatkuasakan undang-undang dan peraturan keselamatan pekerjaan. • Kesan tidak mematuhi prosedur keselamatan terbahagi kepada kesan nyata dan tersembunyi. • Mematuhi peraturan keselamatan di tempat kerja dapat mengelakkan sebarang risiko kemalangan. Persekitaran Selamat dan Ergonomik Pergerakan di Tempat Kerja • Punca kemalangan disebabkan oleh manusia dan persekitaran. • Ergonomik bermaksud kajian yang menghubungkaitkan manusia dengan persekitaran tempat kerja untuk memelihara keselamatan, kesihatan dan keselesaan bagi mencapai tahap keupayaan maksimum bekerja. • Lima aspek yang perlu dipatuhi bagi mengangkat dan memindahkan objek ialah keadaan dan bentuk beban, menilai berat beban, jarak lokasi pemindahan, keperluan bantuan dan menilai risiko. • Langkah pencegahan kemalangan yang efektif menjadi tanggungjawab majikan dan pekerja. Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti
1 36 Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti Tanggungjawab Mematuhi Peraturan Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti Menyenaraikan jenis tempat kerja dalam industri hospitaliti. Menerangkan kepentingan menjaga keselamatan di tempat kerja dalam industri hospitaliti. Menghuraikan peraturan keselamatan dan garis panduan kesihatan mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514). Menama dan menjelaskan peranan agensi yang menguatkuasakan undang-undang dan peraturan keselamatan pekerjaan. Membuat kesimpulan kesan tidak mematuhi prosedur keselamatan di tempat kerja dalam industri hospitaliti. Mengesan kerosakan peralatan dan keadaan yang tidak selamat di tempat kerja dalam industri hospitaliti. Menghuraikan tindakan untuk mengatasi masalah kerosakan peralatan dan keadaan yang tidak selamat di tempat kerja dalam industri hospitaliti. Mematuhi peraturan keselamatan semasa berada di tempat kerja. Persekitaran Selamat dan Ergonomik Pergerakan di Tempat Kerja Memerihalkan persekitaran selamat di tempat kerja. Menerangkan punca kemalangan di tempat kerja. Memberi justifikasi kepentingan persekitaran selamat di tempat kerja. Menerangkan maksud ergonomik pergerakan di tempat kerja. Menerangkan kepentingan menilai beban, saiz dan risiko sebelum mengangkat objek. Mempertimbangkan aspek pergerakan sebelum mengangkat dan memindahkan objek. Menunjuk cara postur badan yang baik semasa mengangkat dan memindahkan objek berat. Merumuskan langkah pencegahan kemalangan yang efektif di tempat kerja. Amalan Keselamatan Mencegah Kebakaran dan Rawatan Awal Kecederaan Akibat Kebakaran Mengenal pasti ruang tempat kerja yang berisiko tinggi kepada kebakaran. Menerangkan punca kebakaran di tempat kerja. Menjelaskan tindakan jika berlaku kebakaran. Mengenal pasti dan menunjukkan cara rawatan awal kecederaan akibat kebakaran mengikut prosedur yang betul. Mengkaji prosedur keselamatan di pelbagai institusi untuk mencegah kebakaran. Mencadangkan langkah pencegahan kebakaran di tempat kerja. Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti Selepas mempelajari bab ini, murid dapat:
Penilaian Kendiri 1 37 Keselamatan di Tempat Kerja dalam Industri Hospitaliti 2. Foto di atas menunjukkan ruang bilik gas dan ruang dapur. (a) Bagaimanakah kebakaran boleh terjadi di ruang yang ditunjukkan dalam foto tersebut? (b) Apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya kebakaran berlaku? 3. Selaku Pengerusi Kelab Sains Rumah Tangga, Nadia dikehendaki merancang aktiviti membuat roti dan kek. Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh Nadia sebelum aktiviti tersebut dijalankan di bengkel masakan sekolahnya agar peralatan dan kelengkapan di bengkel tersebut selamat digunakan? Bilik gas Dapur Kesan tersembunyi Kesan nyata Kecederaan atau kematian pekerja Lesen perniagaan dilucutkan Kos membaiki peralatan yang rosak Kerugian masa dan wang Kos melatih pekerja baharu 1. Padankan kesan tidak mematuhi prosedur keselamatan di tempat kerja mengikut kategori. Jawab soalan yang berikut. Kerosakan peralatan Kerugian produktiviti serta kualiti kerja Kos pembersihan kawasan kemalangan Mengalami tekanan hidup dan trauma Majikan dikenakan tindakan disiplin
SANITASI DALAM PENYEDIAAN DAN PENYIMPANAN MAKANAN BAB 2 2.1 2.2 2.3 Amalan Menjaga Kebersihan dan Keselamatan Makanan Amalan Kebersihan Diri di Tempat Kerja Amalan Sanitasi dalam Perkhidmatan Penyediaan Makanan 38
Pengenalan Keracunan makanan berlaku apabila seseorang mengambil makanan yang telah tercemar atau rosak. Cirit-birit, loya dan muntah ialah tanda-tanda awal yang biasanya terjadi apabila seseorang mengalami keracunan makanan. Amalan sanitasi dalam perkhidmatan penyediaan makanan perlu dititikberatkan bagi memastikan perkara seperti ini tidak berlaku. Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 diwartakan bagi memastikan setiap pengendali makanan mengambil serius akan hal ini. Kebersihan diri pengendali makanan, bahan dan peralatan serta kawasan tempat kerja adalah antara tabiat yang perlu diamalkan oleh setiap pengendali makanan. 39
2 40 Sanitasi dalam Penyediaan dan Penyimpanan Makanan 2.1 Amalan Sanitasi dalam Perkhidmatan Penyediaan Makanan Proses mencuci peralatan yang telah digunakan terbahagi kepada beberapa peringkat, iaitu: y Pembuangan sisa y Pembilasan y Disinfeksi y Pengeringan Foto 2.1 Contoh penyimpanan bahan makanan segar Standard Pembelajaran • Menyatakan maksud sanitasi dalam perkhidmatan penyediaan makanan. (a) Pengertian Sanitasi dalam Perkhidmatan Penyediaan Makanan Sanitasi bermaksud sistem kawalan kebersihan awam, termasuk bekalan air bersih, pembuangan sampah dan pembuangan najis. Sanitasi dalam perkhidmatan penyediaan makanan ialah pengawalan kebersihan dan keselamatan dalam penyediaan dan penyimpanan makanan supaya tidak tercemar. Sanitasi dalam perkhidmatan penyediaan makanan merangkumi enam prinsip kebersihan. Rajah 2.1 Prinsip kebersihan makanan Prinsip Kebersihan Makanan Kebersihan diri Penyediaan makanan Memasak makanan Penyajian makanan Penyimpanan bahan makanan segar dan kering Penyimpanan bahan yang telah dimasak
2 41 Sanitasi dalam Penyediaan dan Penyimpanan Makanan Foto 2.3 Sisa makanan hendaklah dibuang ke dalam tong sampah Kebersihan Diri Setiap pengendali makanan perlu menghadiri kursus latihan pengendalian makanan dan mendapat pemeriksaan kesihatan serta suntikan vaksin Typhoid. Antara aspek kebersihan diri yang perlu diberi perhatian ialah: Foto 2.2 Merasa makanan dengan menggunakan peralatan yang sesuai Rajah 2.2 Aspek kebersihan diri 1 2 3 4 Penjagaan kebersihan rambut, kulit, hidung, mulut dan tangan. Pemilihan pakaian yang bersih serta pakaian pelindung yang sesuai. Mengambil tindakan segera sekiranya menghidapi penyakit dan rawatan luka. Mengamalkan kebersihan semasa mengendalikan makanan, seperti tidak merokok dan tidak merasa makanan dengan menggunakan jari. Penyediaan Makanan Proses penyediaan makanan merangkumi penyediaan bahan mentah dan peralatan untuk memasak. Berikut ialah perkara yang perlu diambil perhatian: Rajah 2.3 Prosedur penyediaan makanan 2 3 4 5 1 Kebersihan ruang kerja dan peralatan memasak. Menyahfroskan makanan dengan sempurna mengikut porsi yang diperlukan sebelum digunakan. Mengelakkan pencemaran silang. Menutup bahan makanan dengan sempurna. Membungkus sisa makanan ke dalam tong sampah.
2 42 Sanitasi dalam Penyediaan dan Penyimpanan Makanan Penyajian Makanan • Makanan yang hendak disaji perlu dihidang menggunakan alat yang bersih, tidak retak atau sumbing. • Makanan yang telah siap dimasak ditutup supaya tidak dihinggapi haiwan perosak seperti lalat, lipas atau tikus. Memasak Makanan Semasa proses memasak, antara pengendalian bahan mentah dan peralatan yang perlu dititikberatkan adalah seperti berikut: Rajah 2.4 Aspek yang perlu dititikberatkan semasa memasak makanan Penggunaan kain dapur mengikut kegunaan kerja Peralatan memasak yang digunakan bersih, tidak berkarat atau rosak Permukaan meja kerja dan dapur sentiasa berada dalam keadaan bersih Aspek Memasak Makanan Penyimpanan Bahan Makanan Segar dan Makanan Kering • Ruangan simpanan sentiasa bersih dan tidak melebihi muatan. Makanan perlu disusun dengan teratur. • Makanan kering disusun di atas rak yang bersih, jauh daripada makanan berbau dan berada dalam keadaan kering. Daging, ayam dan makanan sejuk beku • -18o C hingga -9o C • Ruang sejuk beku di dalam peti sejuk Ikan • 0o C hingga 3o C • Bekas ikan di ruang sejuk beku Susu dan krim • 4o C • Bekas bertutup di dalam peti sejuk Telur • 6o C hingga 7o C • Tempat telur di dalam peti sejuk Sayur-sayuran, buah-buahan segar • 1o C hingga 9o C • Tempat sayur-sayuran (sayur dan buah perlu dilembapkan sedikit dan dibungkus dengan plastik) Daging dan makanan yang sudah dimasak • 2o C hingga 4o C • Bekas bertutup di tetingkat atas ruang pendingin