The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by myyusidah, 2020-05-19 10:37:31

SINOPSIS BUKU SMKTUN

SINOPSIS BUKU SMKTUN

SINOPSIS BUKU
SMKTUN

Sinopsis buku SPLKPM
guru-guru SMK Taman Universiti

semasa PKP 2020

1

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru Intan Badariah Abu Bakar 3. Bidang:
2. Judul
I’M A COACH (Strategi
Mengembangkan Potensi Diri
Dengan Coaching)
PENULIS: PRAMUDIANTO

4. Tarikh Pembentangan 13/4/2020 5. Masa: 3.30 ptg

6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis

Buku ini menjelaskan tentang konsep kepimpinan, ‘coaching’ dan kemahiran

berkomunikasi bagi seseorang pemimpin. ‘Coaching’ adalah satu proses melengkapkan

manusia dengan alatan/pengetahuan dan kesempatan yang mereka perlukan untuk

mengembangkan diri mereka dan menjadi lebih efektif.

‘Coaching’ juga ialah satu proses memberikan pengetahuan dr seorang mentor kepada
mentee. Mentor dapat sediakan pengetahuan dan saranan kepada mentee berdasarkan
kecekapan/kepakaran tertentu. ‘Coaching’, Mentoring, Kaunseling dan Konsultansi
training merupakan bentuk aktiviti/alat untuk menolong seorang klien agar mencapai
tujuan dalam hidup dengan cara yang efektif.

Seseorang dapat menjadi ‘coach’, mentor, kaunselor, konsultan dan trainer apa bila
memiliki kemampuan serta kemahiran.

Dalam buku ini juga, penulis menjelaskan tentang Profesional Couching iaitu hubungan
profesioanl yang berlanjutan yang membantu orang menghasilkan sesuatu yang luar
biasa dalam hidup mereka (contoh karier/bisnes/ organisasi)

Manakala Executive Couching pula ialah satu proses/satu hubungan antara seorang
eksekutif(coach) dengan staff di bawahnya (coachee) untuk meningkatkan perubahan
tingkahlaku coachee melalui kesedaran diri, pembelajaran untuk keberhasilan individu
dan organisasi,

Menurut Kasali, seorang pemimpin ialah seorang yang mampu
memperbaharuui/mencipta system baru, bebas/merdeka, kreatif, berani melakukan
kesalahan tetapi tetap berdisiplin, berani hadapi tentangan, memiliki orientasi kea rah
masa depan, imaginative, memiliki karektor, tidak terlalu fikirkan posisi dan lebih kepada
manfaat, nilai dan tanggungjawab.

Pemimpin yang menggunakan kepimpinan transformasional dan melakukan coaching,
pasti akan miliki kesan perubahan perilaku dan prestasi terhadap cochee lebih baik
dibandingkan dengan jenis kepimpinan transaksional.

Teori kepimpinan Transformasional diasaskan oleh Burn dan dikembangkan oleh
Bass.Burn mendefinasikan Kepimpinan Transformasional sebagai satu proses untuk
mencapai tujuan bersama di mana pemimpin dan bawahan saling mengangkat satu sama

2

lain ke tingkat motivasi dan moralitas yang lebih tinggi.

Greenberg dan Baron pula, menyatakan Kepimpinan Transformasional ini ialah satu
bentuk kepimpinan yang melibatkan perubahan dalam organisasi dan memotivasi para
bawahan agar bersedia bekerja demi sasaran tingkat yang tinggi. (iaitu melampaui
kepentingan peribadi).

Dalam melakukan satu perubahan, seseorang itu perlu memahami diri sendiri sebagai
pemimpin yang mampu menjadi agen perubahan sehingga menciptakan daya perubahan
yang lebih baik.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Buku ini menjelaskan tentang Model Percakapan ‘Coaching’ yang terbahagi kepada 3 :

a) GROW Model

b) P.R.A.M Model

c) PRO-TYAS Model

Model-model ini dapat digunakan dalam segalan bentuk kegiatan coaching (dlm bidang
korporat, bisnes, kekeluargaan, kampus/sekolah, percintaan dan lain lain.

Filosofi Couching ialah T.R.U.S.T. Syarat utama sebagai seorang coach adalah layak
dipercaya.. Selain itu memilikimintegriti serta bertindak jujur.

Seorang coach yang baik perlu ada kemampuan mendengar yang baik, sabar, cuba
menyelesaikan permasalahan setelah tahu puncanya dan proaktif.

Banyak organiasasi yang sedar akan kepentingan membangunkan budaya ‘coaching’ di
pelbagai peringkat.Kehadiran coach internal/eksternal mampu membangunkan
perubahan prestasi seorang pekerja serta organisasi.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
Terdapat 3 cara utama dalam implementasi budaya coaching dalam organisasi (iaitu
dengan coach eksternal, coach internal dan manager/pemimpin yang menggunakan
kemahiran ‘coaching’

Menurut penulis lagi, terdapat 3 hal utama yang menjadi penghalang dalam perlaksanaan
untuk melaksanakan budaya ‘coaching’ ini ilaitu terbatasnya anggaran, kurangnya
waktu, dan keterbatasan kemampuan

Perlaksanaan coaching yang berkesan memerlukan kemahiran komumikasi. Jadi 5
langkah perlu dikuasi sebelum melatih/ mula membuat ‘coaching’.

1) Rapport Building
2) Active Listening
3) Clarifying
4) Spesific Question
5) Giving Feedback

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................

(Cg Intan Badariah Abu Bakar) (Cg Rosman bin Bachok )

3

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah:SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah: JEA1049

1. Nama Guru FAIZAH BINTI MOHD SUHAIMI

2. Judul ISLAM MELAHIRKAN PEMIMPIN 3. Bidang: KEPIMPINAN
YANG ADIL DAN
4. Tarikh BERTANGGUNGJAWAB 5. Masa: 3.00 – 5.00
Pembentangan PETANG
11 APRIL 2020

6. Tempat RUMAH
Pembentangan

7. Sinopsis

Islam Hadhari bermaksud suatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan
negara Malaysia yang bersifat menyeluruh, berdasarkan kepada ruang lingkup tamadun
Islam, bagi melahirkan individu dan masyarakat Islam yang mempunyai kekuatan spiritual
(rohani) akhlak, intelektual dan material, mampu berdikari, berdaya saing melihat ke
hadapan (futuristik), inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara
bijaksana, rasional, objektif dan praktikal.”

Islam memberi penekanan kepada konsep keadilan. Pemimpin yang adil wajar disokong
dan berhak untuk menerajui negara. Islam Hadhari meletakkan amalan tadbir urus yang
baik (good governance) dan adil serta amanah kepada semua lapisan rakyat.
Pengurusan negara yang cekap, adil, amanah (tidak boros dan perbelanjaan berhemah)
melahirkan negara yang baik, maju, dan dirahmati Allah S.W.T.

Salah satu komponen terpenting dalam kepemimpinan itu adalah manusia (insan). Oleh
itu, pemimpin berakhlak dan beretika wajib dibentuk melalui suatu program dan
pemantauan. Pemimpin kaya (umrani), tetapi kurang sifat madaninya (kemanusiaan)
akan menghancurkan masyarakat atau tamadun.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. Keadilan dalam setiap tindakan.
2. Tanggungjawab dalam melaksanakan segala tugas yang diamanahkan.
3. Mewujudkan persekitaran negara/sekolah yang aman dan harmoni dalam

masyarakat yang berbilang kaum.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1. Sebagai seorang guru, saya mestilah berlaku adil kepada semua pelajar tanpa
melihat pada keturunan, warna kulit, bangsa, kedudukan, miskin, kaya atau
perbezaan agama dalam menyampaikan ilmu pengetahuan.

2. Untuk menjadi contoh yang terbaik kepada pelajar, saya seharusnya
menunjukkan nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab terhadap tugas yang
diamanahkan, berakhlak mulia, amanah dan sentiasa menasihati pelajar supaya
taat kepada Tuhan dan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan
segala larangan-Nya.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,
FAIZAH
........................................................
........................................................ (En. Rosman bin Bachok )
(FAIZAH BT MOHD SUHAIMI )

4

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru PN.MOHANA A/P VAILU

2. Judul HOW TO SPEAK AND LISTEN 3. Bidang:PEDEGOGI
EFFECTIVELY 5. Masa:
4. Tarikh
Pembentangan 12/4/2020

6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis

Good communication -both speaking and listening is indispensable in every level of life.
How to speak and listen effectively gives you a practical understanding of how people
communicate and lets you develop and strengthen your own skills. You will discover why
people don’t communicate better, what the barriers to communication are, the impact of
perceptual, behavioral and verbal differances on communication, how to sent clear
messages, and how to listen. You will also learn how to approach the six most challenging
work place sceanarios - handling problem situations, offering criticisms, providing positive
reinforcements and communicating with the boss, your peers and your subordinates -
where good communications is tentamount to success.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Komunikasi berkesan meningkatkan kualiti kerja

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Komunikasi efektif melibatkan kemahiran mendengar dan bercakap pada masa yang
betul /di tempat yang sesuai .Dengan ini mesej dapat disampaikan semasa pdp dan kualiti
kerja meningkat.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................

(Mohana a/p Vailu ) (En.Rosman Bin Bachok )

5

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI

Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru MAIZATUL AKMAR BT MOHD SUKERI

2. Judul 21 HABITS 3. Bidang: Motivasi

4. Tarikh Pembentangan 14/04/2020 5. Masa: 10.00 pagi

6. Tempat Skudai, Johor
Pembentangan

7. Sinopsis

21 habits adalah berkenaan dengan cara untuk mencapai kehidupan yang sihat,

menerangkan secara terperinci di mana untuk memulakan dan memberi petua praktikal

tentang cara untuk berjaya. Bahagian yang menarik dalam buku ini adalah bukan

berkenaan dengan kesihatan semata-mata.Ia adalah mengenai perubahan diri kita sendiri

melalui tabiat.Kadang-kadang tabiat kita nampak lebih mudah tetapi sebenarnya tabiat itu

lah yang menjadi penyebab diri kita sekarang dan kita sukar untuk berubah disebabkan

oleh tabiat. Maka, ia lebih rumit dari apa yang kita fikirkan. Terdapat 6 langkah untuk

membina tabiat. Cara yang terbaik untuk kita berubah adalah kita mesti ubah tabiat. Kita

perlu berusaha untuk bina tabiat baharu tetapi sebaik sahaja kita membina tabiat baharu,

minda kita bebas untuk menerima dan melakukan perkara itu. Lama kelamaan ia akan

menjadi rutin dan kita akan berjaya untuk berubah. Buku ini turut menyediakan 21 tabiat

untuk kita kekal sihat. Buku ini sangat bagus dan membantu kita untuk mengubah tabiat

lama yang tidak baik untuk jadi lebih baik.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
1. Perubahan itu sangat sukar tetapi sekiranya kita ingin berjaya kita perlu berubah
untuk menjadi lebih baik.
2. Pemikiran yang postitif akan membantu kita menjadi lebih sihat.
3. Hubungan yang baik sesama manusia iaitu aktiviti sosial turut membantu kita
menurunkan tekanan darah dan mengurangkan hormon tekanan.
4. Dalam kehidupan kita perlu mempunyai rehat yang cukup supaya tidak tertekan
dengan hidup. Mesti ada masa untuk membuat aktiviti yang kita suka supaya kita
akan sentiasa bertenaga.
5. Kita adalah apa yang kita makan. Oleh itu kita perlu menjaga pemakanan dan
penting untuk membuat sedikit senaman ringan untuk kekal sihat.
6. Persediaan dan perancangan itu sangat penting. Jika kita tidak mempunyai
persediaan dan perancangan, kita cenderung untuk gagal.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
1. Perlu sentiasa bersedia dengan perubahan yang mungkin akan perlaku dalam
sistem pelajaran dan bersedia untuk berubah untuk menjadi guru yang lebih baik.
2. Pandangan postitif dalam kehidupan, pada pihak pentadbir, rakan sejawat, serta
murid-murid membantu kita menjalankan kerja dengan lebih baik.
3. Hubungan dan kerjasama yang baik antara rakan sekerja amat penting supaya
sentiasa senang untuk bekerja sentiasa gembira. Apa yang penting seronok ingin
ke sekolah. Apabila seronok, semua kerja berhasil.
4. Penting untuk membuat persediaan sebelum pdpc supaya kita boleh menikmati
sesi pengajaran dan kita tahu apa yang hendak di ajar. Murid-murid akan merasa
lebih seronok sekiranya dipenuhi dengan aktiviti yang menyeronokkan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(Maizatul Akmar bt Mohd Sukeri)
(Rosman bin Bachok )

6

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru MAHFUZAH ASHIRA BINTI ADNAN

2. Judul 11 TEORI DAN PRINSIP 3. Bidang: MOTIVASI
MOTIVASI DI TEMPAT KERJA

4. Tarikh Pembentangan 14/4/2020 5. Masa: 9.00 – 10.00 mlm

6. Tempat -
Pembentangan

7. Sinopsis

Pekerja bermotivasi lebih setia dan sedia meletakkan ‘nyawanya’ untuk majikan. Sikap

pekerja melaksanakan tugas melewati tarikh akhir. - Kesilapan pekerja yang kita

tanggung dan pihak atasan. - Sikap pekerja yang menikam dari belakang. Apabila

peraturan bertulis tidak dapat memberi jalan keluar, selesaikan dengan seni motivasi

yang menukar situasi menjadi solusi. Buku ini membongkar 11 teori dan prinsip motivasi

yang menjadi kunci kepada sikap rajin dan positif pekerja. Terbukti membantu menjadikan

pekerja lebih setia, bersedia dan bekerja tanpa meningkatkan kos operasi. Buku ini

memberi tiga perkara unggul kepada majikan, pengurus dan pegawai atasan bagi

memotivasikan pekerja: iaitu yang pertama strategi dorongan dari dalam diri pekerja.

Dahulu organisasi dilihat sebagai tempat makan gaji, kini menjadi tempat berkembangnya

potensi diri. Kedua, strategi berfikir seperti majikan. Pekerja yang berfikir gaya majikan

akan mengurus kerja secara berkesan. Mereka meletakkan faktor wang sebagai faktor

kedua. Ketiga, strategi mengurus kos membaik pulih yang dilakukan oleh pekerja kesan

daripada suntikan motivasi yang tidak kena cara dan tempatnya. Organisasi menjadi

syurga apabila semua pekerja gembira dan kekal setia. Hanya resepi motivasi yang

memungkinkan ia berlaku. Pilih dan segera lakukan di tempat kerja.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1) Nilai kesetiaan – Dalam memacu organisasi atau perniagaan perlu ada sokongan

daripada pekerja yang berwibawa. Antara ciri pekerja tersebut ialah mempunyai nilai

kesetiaan. Pekerja yang setia akan sentiasa cuba memahami skop kerja mereka serta

ikhlas dalam melaksanakan segala tugasan.

2) Berfikiran positif – Pekerja yang sebegini mampu menolak semua kekangan yang

dihadapi semasa mereka bekerja. Mereka akan cuba dahulu melaksanakan segala

tugasan yang diberikan walaupun mereka tahu ada kegagalan yang mungkin akan

berlaku.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Motivasi ialah satu ciri kunci kejayaan seseorang. Walaupun seseorang itu sangat bijak

atau genius tetapi jika dia kurang motivasi, dia akan dilanda stres. Motivasi yang tinggi

dalam diri seseorang mampu menangkis atau mengurangkan stres atau masalah yang

dihadapinya. Guru juga dapat melihat reaksi murid apabila mereka diberi kata-kata

motivasi, mereka seolah-olah akan berfikir seketika motivasi yang diperkatakan oleh guru.

Guru juga dapat lihat sesetengah murid menunjukkan sikap positif selepas menerim

kata-kata motivasi apabila mereka membuat tugasan dengan baik dan cermat. Mereka

mula menunjukkan daya usaha dan kesungguhan dalam pelajaran.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(MAHFUZAH ASHIRA BINTI ADNAN) ()

7

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru ZAINORAZLIN BINTI MD NOR
2. Judul
PENGURUSAN GERAK KERJA

KOKURIKULUM 3. Bidang : KEPIMPINAN

4. Tarikh 15 APRIL 2020 5. Masa : 12.00pm
Pembentangan

6. Tempat RUMAH SENDIRI
Pembentangan

7. Sinopsis

Aktiviti kokurikulum di sekolah telah menjadi sebahagian daripada sistem

pendidikan di Malaysia ketika ini. Ianya telah menjadi satu kegiatan yang diwajibkan

kepada setiap pelajar di semua sekolah menengah dan sekolah rendah. Aktiviti

kokurikulum dianggap penting sebagai alat untuk memenuhi hasrat unggul dasar

pendidikan kebangsaan, iaitu perpaduan di kalangan pelajar-pelajar yang terdiri dari

berbilang kaum. Setiap pelajar perlu menyertai satu badan beruniform, satu sukan atau

permainan dan satu kelab atau persatuan di sekolah.Menurut Falsafah Pendidikan

Negara dalam usaha melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dalam aspek rohani,

jasmani dan intelek, kokurikulum dapat menyumbang untuk melahirkan pelajar yang

seimbang dari semua segi tersebut.

Buku ini menjadi panduan dan idea kepada guru untuk merancang,
melaksanakan dan memantau aktiviti kokurikulum di sekolah. Buku ini terdiri daripada 6
bab yang mencakupi semua aspek berkaitan gerak kerja kokurikulum. Ia memberi
panduan kepada guru dari awal penubuhan unit kokurikulum, dalam menguruskan sistem
fail dan surat menyurat, menguruskan mesyuarat, mengendalikan aktiviti dan
pertandingan. Ia juga membantu guru mengurus kewangan setiap badan kokurikulum
secara sistematik.

Secara keseluruhannya, buku ini amat berguna dan wajib dibaca oleh semua
guru di Malaysia kerana guru itu sendiri perlu memiliki sifat kepimpinan yang mantap,
barulah dapat mendidik dan melahirkan murid yang berketrampilan dan berdaya saing.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Melahirkan rakyat yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Pentadbir dan guru perlu bersama2 dalam menggerakkan aktiviti kokurikulum di sekolah

Melalui aktiviti kokurikulum, pelbagai bakat dan kepimpinan pelajar dapat dicungkil

8

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Memberi panduan yang jelas kepada guru dalam merancang, melaksanakan dan
mengurus aktiviti kokurikulum di sekolah.

Meningkatkan keyakinan dan ilmu serta kemahiran guru dalam 3 bidang utama
kokurikulum aiaiti badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(ZAINORAZLIN MD NOR ) ( EN ROSMAN BIN BACHOK )

9

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru BADERAH BINTI PERI 3. Bidang:MATEMATIK
2. Judul (MOTIVASI)
POWER PARENTING
(MOTIVASI ANAK PINTAR) IBU
BAPA SUPER, ANAK SUPERB

4. Tarikh 16HB APRIL 2020 5. Masa:09.00-11.00
Pembentangan

6. Tempat DARI RUMAH SENDIRI
Pembentangan

7. Sinopsis :

SETIAP IBU BAPA PASTINYA MAHU ANAK-ANAK MEREKA BERJAYA DENGAN

CEMERLANG DALAM PELAJARAN. APABILA KITA ADA ANAK MENDUDUKI

PEPERIKSAAN PENTING, MAKA ORANG SEKELILING AKAN BERTANYAKAN APA

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ANAK KITA “A” DALAM PEPERIKSAAN MAKA

PELUANG UNTUK MEREKA BERJAYA TIPIS..

 ADAKAH KITA TERGOLONG SEBAGAI IBU BAPA YANG TERLALU OBSES

DENGAN PENCAPAIAN SEMUA ‘A’ ?

 BENARKAH PELAJARAN YANG BAIK ITU MAMPU MENJAMIN ANAK-ANAK

MENJADI INSAN YANG BERJAYA DI DUNIA DAN AKHIRAT ?

 BERSYUKURKAH KITA TERHADAP ANUGERAH ALLAH, JIKA ANAK KITA

BUKAN ‘A’ DALAM PELAJARANNYA TETAPI ‘A’ DI AKHIRAT SANA ?

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. PASANG NIAT JIKA MAHU BERJAYA
2. 8 TIP CIPTA KEJAYAAN
3. TINGKATKAN HARGA DIRI PELAJAR
4. 11 TIP DORONG ANAK SIAP KERJA SEKOLAH
5. USAHKAN REMEHKAN PERKARA PENTING
6. ANAK HILANG FOKUS
7. TUISYEN ADAKAH SATU KEPERLUAN
8. 11 PERANAN IBU BAPA MENJELANG PEPERIKSAAN
9. APABILA ANAK STRESS...
10. STRES MENJELANG PEPERIKSAAN
11. TIPS ISI MASA ANAK SELEPAS PERIKSA
12. USAH SIA-SIAKAN CUTI SEKOLAH
13. MAHU ANAK CEMERLANG DALAM AKADEMIK?
14. MENDIDIK ANAK PINTAR
15. DIDIK ANAK MATLAMAT HIDUP
16. 3 PERKARA PENTING DALAM HIDUP
17. BENTUK SIKAP POSITIF DALAM DIRI ANAK
18. MENDISIPLINKAN ANAK TENTANG MASA
19. MENGAPA ANAK JADI TERLALU BERAHSIA DENGAN IBU BAPA?
20. SUBURKAN KEBAIKAN DENGAN PUJIAN
21. TERIMA ANAK SEADANYA

TETAPI KALAU MEREKA TIDAK BERJAYA, YAKINLAH BAHAWA ALLAH TELAH
TETAPKAN REZEKINYA DALAM BIDANG YANG LAIN. TERIMA KELEBIHAN DAN
KEKURANGAN ANAK-ANAK KITA SEBAB TIADA SEORANG PUN MANUSIA YANG
SEMPURNA. SEBAGAI IBU BAPA SEMOGA KITA DAPAT MEMBANTU MEMASTIKAN
PERKEMBANGAN YANG SEIMBANG DAPAT DIBERIKAN KEPADA ANAK-ANAK

10

AGAR MEREKA MENJADI INSAN YANG HEBAT DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.
INSHAALLAH..AAMIIN.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

 APA JUGA MASALAH DAN CABARAN YANG DATANG ANAK-ANAK/PELAJAR
PERLU DIDIDIK DAN DIAJAR CARA UNTUK MENGATASINYA DENGAN
BIJAK . JIKA TIDAK, MEREKA GAGAL UNTUK CEMERLANG.

 IBU BAPA / GURU YANG PRIHATIN AKAN MEMBERI PELUANG KEPADA
ANAK-ANAK/PELAJAR UNTUK MENGEMBANGKAN BAKATNNYA DAN
DALAM MASA YANG SAMA MEMASTIKAN MEREKA TIDAK MENGABAIKAN
PELAJARAN.

 IBU BAPA/ GURU BIJAK MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK
MENYUBURKAN KEBAIKAN ANAK-ANAK/PELAJAR TENTANG APA YANG DI
LAKUKANNYA BUKAN SEKADAR MELIHAT SAHAJA, JIKA TIDAK
KESANNYA KEBAIKAN ITU TIDAK AKAN BERULANG DAN HANYA
BERLAKU SEKALI SAHAJA.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................

(BADERAH BINTI PERI ) (ROSMAN BIN BACHOK )

11

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru INTAN BIDAYU BTE MOHD RAFI

2. Judul 365 INCREDIBLE SCIENCE 3. Bidang: SAINS
EXPERIMENTS 5. Masa: 2PM

4. Tarikh Pembentangan 11/4/2020

6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis

Rahsia dan ekplorasi beratus ekperimen sains yang mudah dari pelbagai cabang seperti
kimia, biologi dan fizik di illustrasi kan dalam bentuk komik agar menarik perhatian
pembaca untuk membaca.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Menambah pengetahuan dalam bidang sains serta tips menjalankan eksperimen yang
menarik.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Boleh digunakan untuk membuat eksperimen mudah bagi menunjukkan konsep kepada
anak murid.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(INTAN BIDAYU BTE MOHD RAFI ) ()

12

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru HAMIZAH BINTI SABTU 3. Bidang: MOTIVASI
2. Judul TIP MENJADI INDIVIDU MENARIK

4. Tarikh Pembentangan 16 APRIL 2020 5. Masa: 11.00 PAGI

6. Tempat Pembentangan JOHOR BAHRU
7. Sinopsis

Buku ini menyelesaikan cabaran besar ramai orang iaitu bagaimana hendak memiliki personaliti
menarik. Ia juga mendedahkan pandangan wanita pada lelaki yang menarik dan pandangan lelaki
pada wanita yang berperwatakan menarik.

Buku ini menerangkan konsep cantik dan tampan dari dalam diri. Individu itu dikatakan menarik
apabila mereka cantik dan tampan dalam diri. Buku ini menjelaskan bagaimana fenomena jatuh
cinta berlaku. Ia juga menyimpulkan konsep menarik pada pandangan Tuhan. Ia menawarkan tip
dan teknik praktikal bagaimana membina personaliti menarik.

Buku ini sesuai dibaca oleh individu yang ingin mengetahui tip dan teknik bagaimana hendak
memiliki perwatakan dan personaliti yang menarik.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Setiap individu mempunyai daya penarik masing-masing tetapi kita tidak perasan. Buku ini dapat
memberikan tip dan teknik bagaimana menjadi individu menarik yang sesuai dengan peribadi dan
pakej yang seseorang miliki.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini menjelaskan bagaimana kita dapat menjadi individu yang mempunyai personaliti yang
menarik dan berfikiran positif supaya mudah didekati dan disenangi oleh anak-anak murid, rakan
sekerja dan pentadbir serta masyarakat setempat.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( HAMIZAH BINTI SABTU
)( )

13

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru NOOR AKMALWATI BT A. RAHMAN

2. Judul TEROWONG 3. Bidang: PEDAGOGI
5. Masa:
4. Tarikh Pembentangan

6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis

TEROWONG –
1. Sebuah struktrur lubang.
2. Sejenis struktur objek yang dibina untuk menahan daya tolakan atau tarikan.
3. Pembentukkan bumbung dan sisi suatu struktur kalis air.
4. Struktur menahan dan menyokong batuan, tanah atau air di atasnya.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. Keperluan dan kepentingan pembinaan sebuah terowong.
2. Sejarah terowong
3. Jenis-jenis terowong
4. Rupa bentuk dan struktur terowong
5. Bahan binaan terowong
6. Merekabentuk terowong:

a) Penyediaan Tapak
b) Menggerek Tanah Lembut
c) Menggali Batuan
d) Terowong Pasang Siap
7. Perkhidmatan Terowong
8. Permasalahan Terowong

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1. Pengetahuan tentang struktur terowong dalam bidang kejuruteraan
2. Kaedah pembinaan struktur terowong yang betul
3. Kegunaan dan keperluan semasa terhadap terowong
4. Kaitan terhadap struktur persekitaran
5. Fakta Terowong terkini.
6. Kesesuaian bidang kejuruteraan terkini.

Disediakan oleh, ) Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( Noor Akmalwati bt A Rahman ()

14

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru

2. Judul RAHMAT DI SEBALIK 3. Bidang:MOTIVASI
DUGAAN
(KASMURI SELAMAT M A)

4. Tarikh Pembentangan 14/4/2020 5. Masa:

6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis
Kedamaian dan ketenangan hidup merupakan harapan setiap insan, bahkan jiwa

manusia menginginkan agar kesenangan itu abadi dalam kehidupannya. Tidak

selamanya langit itu cerah, kadang-kadang mendung mewarnai perjalanan hari kerana ia

merupakan permintaan suatu ketentuan. Begitu juga dalam kehidupan insan bahawa

setiap penderitaan, dugaan dan kesengsaraan merupakan ketentuan ilahi yang harus

diterima dengan hati yang jenih.

Tidak ramai yang tahan dalam menerima ujian Allah SWT., mungkin kerana
dorongan hawa nafsu yang cintakan kehidupan di dunia ini. Tidak ramai selama hidup
manusia di dunia ini yang mana sangat sedikit sekali bilangan manusia yang tahan di
uji.Sesungguhnya sangat besar rahmat yang tersimpan di sebalik dugaan bagi insan yang
sabar. Tidak ada suatu nikmat yang dikurniakan Allah SWT., kepada seseorang , lalu
diambil kembali nikmat tersebut sedangkan orang itu menerima takdir yang menimpa
dirinya dengan sabar melainkan Allah akan mengganti yang lebih baik bagi dirinya,
kata Umar bin Abdul. Aziz.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini sangat bermanfaat bagi kita sebagai manusia dalam menghadapi
dugaan. Banyak kaedah yang diberikan semasa kita sedang menghadapi dugaan. Jiwa
insan perlulah lebih kuat dan sentiasa mengingatkan diri bahawa dalam dugaan pasti ada
ganjaran yang diberikan. Jangan mudah berputus asa, sentiasa positif dalam setiap
ketentuan, terima qada dan qadar. Seseorang yang bermotivasi tinggi sentiasa
menghiasi peribadinya dengan sifat kesabaran .

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Disediakan oleh, Disahkan oleh,
........................................................
........................................................ (ROSMAN BIN BACHOK )
()
15

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru Masrizal bin Sayute

2. Judul Daya Ingatan 3. Bidang: Motivasi

4. Tarikh Pembentangan 16/4/2020 5. Masa:

6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis

Buku ini menerangkan tentang satu jenis masalah berkaitan memori yang diperkenalkan

oleh seorang neurosaintis daripada Jerman, Dr Manfred Spitzer iaitu “DIGITAL

DEMENTIA”. Kebergantungan manusia kepada peranti digital seperti smartphones telah

menyebabkan manusia semakin lemah dalam mengingati fakta-fakta ringkas dan rumit

kerana semuanya ada tersimpan dalam smartphones tanpa perlu menghafal atau

mengingatinya. Penulis memberikan 7 tips dan petua bagi menguatkan memori dan

masalah mudah lupa.

Tip 1 ; Gunakan kebolehan otak untuk ingat setiap hari

Tip 2 : Jangan labelkan diri sebagai seorang pelupa

Tip 3 : Luang masa dan tenaga untuk belajar teknik memori

Tip 4 : Latih kekuatan daya ingatan seperti melatih kekuatan tubuh dengan bersukan

Tip 5 : Hafal ayat suci Al-Quran

Tip 6 : Merasa pening atau sakit kepada semasa menghafal adalah normal

Tip 7 : Kurangkan makan atau amalkan puasa sunat Isnin dan Khamis

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Dahulu penyakit nyanyuk dialami oleh mereka yang berusia 60 atau 70 tahun ke atas ,
dengan “Digital Dementia” ini besar kemungkinan masalah nyanyuk akan berlaku pada
usia seawal 40 an atau lewat 30an. Ini disebabkan kita telah serahkan tugas otak kepada
smartphones dan menjadikan otak kita perlahan-lahan semakin hilang kebolehan dan
keupayaaan untuk mengingat. Contohnya untuk menghubungi rakan kita hanya perlu
mencari nombornya dalam smarphone dan tidak perlu menghafalnya seperti dahulu. .
Jika keupayaan kita untuk mengingat fakta dalam jangka masa pendek terjejas, ia pasti
juga akan menjejaskan kebolehan untuk berfikir dengan baik

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
7 tips dan petua menguatkan memori dan menyelesaikan masalah mudah lupa ini bukan
hanya boleh digunakan oleh guru tetapi juga boleh disampaikan kepada muri-murid untuk
diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka seperti kelemahan daya ingatan bukan
disebabkan otak kita lemah atau berasal dari keluarga yang bukan berpendidikan tinggi
tetapi kita tidak dilatih untuk menghafal dan meningat fakta. Antara kaedah yang boleh
digunakan ialah menggunakan gambar dan cerita dalam penyampaian Pdpc bagi
membolehkan murid mengigatinya dengan lebih mudah.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................

(MASRIZAL BIN SAYUTE ) (ROSMAN BIN BACHOK )

16

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru Dashimah binti Ibrahim

2. Judul Celik Mata Reset Minda 3. Bidang: Motivasi
5. Masa:
4. Tarikh Pembentangan 16.4.2020

6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis

Buku ini membantu seseorang untuk mengenali diri sendiri dan perkara yang berlaku di
sekelilingnya. Seseorang itu perlu melakukan perubahan dalam diri dengan mengubah
cara persekitaran, cara sistem kepercayaan, perkara yang dilihat dan cara berkawan.
Penulis telah memberi inspirasi kepada pembaca supaya menjadi insan yang mencipta
suasana dan bukannya membenarkan suasana mencipta kita. Kita perlu memberi
perhatian dan bukannya menjadi orang yang banyak mencari perhatian. Seseorang itu
perlu mengatur arah tuju pemikirannya, sentiasa berfikir positif dan menolak fikiran yang
buruk. Hal ini dikatakan demikian kerana semua tindakan fizikal bermula daripada
tindakan akal dan minda seseorang. Setiap pekerjaan yang dilakukan oleh seseorang
perlulah dilakukan dengan amanah dan jujur supaya mendapat keberkatan daripada Allah
SWT. Penulis juga menegaskan bahawa orang bahagia ialah mereka yang banyak
memberi. Seseorang juga perlu sentiasa bertindak dan berfikir secara positif.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Kita perlu reset (mengubah) minda kita agar memperoleh kehidupan yang banyak
memberi manfaat bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga kepada orang lain. Kita
perlu celik mata hati bagi mengubah kehidupan dengan cara melihat sesuatu dengan
mata hati dan bukan dengan mata fizikal. Apabila kita hidup dengan celik mata hati, kita
akan lebih bersifat belas kasihan dan sentiasa bersedia untuk membantu orang lain. Kita
juga perlu sentiasa bersangka baik kepada Allah SWT.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Ilmu yang terdapat di dalam buku ini dapat membantu saya untuk lebih mengenali
keupayaan murid-murid dalam pembelajaran mereka. Saya perlu prihatin dengan
permasalahan pembelajaran murid kerana setiap murid mempunyai kelebihan dan
kekurangan yang berbeza. Saya perlu menggunakan kelebihan yang terdapat dalam diri
setiap murid bagi membantu mereka memperoleh kehidupan yang baik setelah tamat
persekolahan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

...dashimah.............................. ........................................................

(DASHIMAH BINTI IBRAHIM ) ( ROSMAN BIN BACHOK )

17

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah: JEA1049

1. Nama Guru NOORFAI’ZAH BINTI GHAPAR SHAH

2. Judul Bagaimana Merangsang 3. Bidang: Pedagogi
Seronok Belajar

4. Tarikh Pembentangan 16/04/2020 5. Masa:

6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis

Penulis memulakan hasil karyanya dengan menghuraikan langkah-langkah pertama
yang perlu diambil oleh seorang insan yang bergelar guru. Antara langkah ialah guru
perlu mengenali pelajar, menetapkan matlamat, membezakan matlamat dengan
angan-angan dan akhirnya menukarkan matlamat menjadi realiti.

Seorang guru dinasihatkan agar perbaiki imej diri, guru perlu berkomunikasi dengan
cara berkesan,sentiasa berfikiran positif, mahir mengurus emosi dan menjadikan agama
sebagai pegangan utama. Penulis memetik kata-kata John Ruskin iaitu “ Mendidik tidak
bererti mengajar orang akan apa yang mereka tidak ketahui tetapi mendidik adalah suatu
pekerjaan yang memakan hati, perlu dilakukan terus-menerus, sangat sulit dan perlu
dilaksanakan dengan ramah-tamah, pengawasan, peringatan, perintah dan pujian serta
yang terutama sekali adalah memberi teladan”.

Penulis menyamakan pelajar-pelajar seperti suis-suis di masjid. Beliau menyatakan
apabila kita pergi ke masjid terdapat banyak suis dan kita tidak tahu yang mana satu suis
kipas dan yang mana satu suis lampu. Oleh itu, tindakan yang perlu diambil adalah
dengan mencuba satu persatu suis untuk mengetahuinya. Situasi ini disamakan dengan
pelajar-pelajar di sekolah. Seorang guru perlu berusaha tanpa putus asa membuka satu
persatu suis untuk mengetahui suis manakah yang tepat bagi mendorong para pelajar.
Penulis memperkenalkan teknik 5 suis yang dapat membantu para guru mengenali para
pelajar mereka dengan berkesan.

Penulis mendedahkan 5 teknik bagi mendorong perubahan pelajar antaranya teknik
ganjaran, teknik dorongan dalaman dan luaran, teknik maklum balas , teknik harga diri
dan teknik 5M. Selain itu, penulis menyarankan para guru agar mempelbagaikan kaedah
pengajaran dan bahan bantu mengajar, mengajar kaedah pembelajaran yang efektif,
mengajar kemahiran menghadapi peperiksaan dan membantu murid mengatasi tabiat
negatif.

Penulis juga menyenaraikan kesilapan yang menghalang rasa seronok belajar
antaranya kesilapan guru menilai pelajar, guru memberi ganjaran dengan cara yang
salah, guru tidak mempraktikkan ilmu yang ada, guru memperkecil-kecilkan kebolehan
pelajar dan pilih kasih serta guru tidak mempamerkan kasih sayang. Di samping itu, guru
perlu menjaga penampilan diri dengan pakaian yang kemas dan bergaya serta menjadi
seorang guru yang tegas,

18

Pada bahagian akhir bab, penulis memberikan 20 aktiviti seronok belajar yang boleh
digunakan oleh guru agar suasana belajar lebih seronok dan tidak membosankan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. Jangan sekali-kali guru mendiskriminasi pelajar-pelajar kerana mereka merupakan
bahan mentah yang belum dieksploitasi sepenuhnya. Jika mereka tepung, masukkan
bahan-bahan lain secukup rasa supaya dapat menghasilkan kek yang enak rasanya.

2. Guru perlu memberi ilmu, masa, motivasi, galakan dan peluang secukupnya untuk
para pelajar meneroka dan mengeksploitasi diri mereka sepenuhnya.

3. Selepas guru mengenali pelajar yang mempunyai pelbagai watak, latar belakang,
fahaman dan kebolehan, guru akan dapat menentukan strategi ataupun pendekatan
khusus untuk para pelajar agar mereka seronok belajar.

4. Guru yang paling baik ialah guru yang paling banyak belajar daripada muridnya.

5. Guru perlu meletakkan agama sebagai perkara yang utama maka tuhan akan
meletakkan kita pada landasan kejayaan.

6. Keikhlasan dan menepati janji adalah ciri yang mesti ada pada guru.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Pelbagai teknik dan aktiviti yang disarankan dalam buku ini dapat digunakan dalam PdPc
seorang guru agar dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran sehingga suasana
seronok belajar diwujudkan dalam kalangan pelajar. Suasana seronok belajar dapat
merangsang pelajar agar bermotivasi dan menjurus kepada pdpc yang efektif.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( NOORFAI’ZAH BINTI GHAPAR SHAH ) ()

19

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru KAMARIAH BINTI MD. TAHA

2. Judul 500 CARA SHORTCUT & 3. Bidang: BAHASA
REFERENSI PHOTOSHOP

4. Tarikh Pembentangan 16.4.2020 5. Masa: 4.00 pm

6. Tempat TELEGRAM
Pembentangan

7. Sinopsis
Buku ini memberi panduan kepada pengguna software Adobe Photoshop cara mudah
menggunakan shortcut pd keyboard dan referensnya. Bimbingan yang diberi ringkas
tetapi padat dan mudah difahami dan diikuti. Bimbingan bergambar juga diberikan. Ada 5
bab kesemuanya.
Bab 1 – Photoshop, fail dan window 8
Bab 2 – Cara dan kaedah Adobe Photoshop
Bab 3 – Cara dan kaedah Adobe Photoshop Lilghtroom 4
Bab 4 – Rahsia Adobe Exchange
Bab 5 – go shortcut Photoshop

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Buku ini dapat menambah ilmu ICT saya semasa menggunakan Adobe Photshop.
Banyak teknik baru saya pelajari. Buku ini sentiasa jadi bahan rujukan saya.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
Saya dapat praktikkan ilmu Adobe Photoshop dalam organisasi sekolah apabila saya
ditugaskan membuat buku program dalam sesuatu majlis. Software ini sangat membantu
dan memudahkan tugas saya apabila perlu mengedit grafik tertentu. Saya juga boleh
menghasilkan design banner sendiri tanpa membayar kos lebih kepada kedai printing.
Dalam pdpc pula, saya dapat mengedit bahan bantu mengajar untuk saya sesuaikan
dengan kebolehan atau level pelajar saya.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( KAMARIAH BINTI MD. TAHA )
( ROSMAN BIN BACHOK )

20

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru TAY LE MEI 3. Bidang: Pedagogi
2. Judul Kemahiran Belajar

4. Tarikh Pembentangan 16/04/2020 5. Masa:

6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis

Buku ini mengandungi 12 bab yang berbincang tentang
1. Pengenalan kemahiran belajar
2. Pengurusan pembelajaran
3. Kemahiran perolehan dan pengurusan maklumat
4. Teknik membaca
5. Kemahiran mengambil dan membuat nota
6. Kemahiran memproses maklumat dan penyediaan bahan bertulis
7. Aplikasi menggunakan perisian komputer
8. Sistem pengurusan pembelajaran
9. Sikap terhadap pentaksiran
10. Penyesuaian sosial
11. Panduan penulisan bahan rujukan
12. Panduan penyediaan kerja kursus

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Kemahiran belajar termasuk kemahiran mendapatkan maklumat daripada pelbagai
sumber, kemahiran memproses maklumat dan kemahiran menyampaikan maklumat.

Pengurusan pembelajaran merangkumi penetapan matlamat diri dan akademik,
pengurusan masa, mengenali gaya pembelajaran kendiri, strategi meningkatkan ingatan
dan perancangan jadual belajar.

Penetapan matlamat diri dengan menggunakan panduan SMART -specific, measurable,
attainable, realistic dan timely.

Gaya pembelajaran kendiri berasaskan Model Gaya Pembelajaran VARK, Model Gaya
Pembelajaran Dunn & Dunn dan Model Gaya Pembelajaran Kolb’s.

Strategi meningkatkan daya ingatan melalui teknik akronim, akrostik, irama dan lagu,
lokasi, chunking dan latihan berulang-ulang

Dua jenis teknik membaca iaitu pembacaan cepat dan pembacaan perlahan. Pembacaan
cepat merangkumi luncuran dan imbasan manakala pembacaan perlahan merangkumi
teknik KWLH ( know, want, learned, how ) dan SQ3R ( survey, question, read, recite,
review )

21

Antara cara-cara membuat nota ialah annotation, outline notes, column notes dan nota
rumusan.

Penyesuaian sosial memerlukan kemantapan dalam kemahiran interpersonal dan
intrapersonal. Kemahiran interpersonal memerlukan seseorang mempunyai kemahiran
berkomunikasi yang tinggi.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Guru dapat membimbing murid-murid cara-cara pengurusan masa, mengenali gaya
pembelajaran sendiri dan mengamalkan gaya tersebut supaya mendapat hasil yang
maksimum.

Dengan mengetahui gaya pembelajaran murid-murid, guru dapat menggunakan pelbagai
cara pengajaran bersesuaian dengan gaya pembelajaran mereka.

Guru mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta dapat membantu murid
untuk meningkatkan keupayaan memahami ilmu pengetahuan yang disampaikan semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( TAY LE MEI ) ( ROSMAN BIN BACHOK )

22

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA1049

1. Nama Guru MOHD MARZUKI ABD RAHMAN

2. Judul JADDID 3. Bidang : AGAMA / MOTIVASI
HAYATAK

4. Mukasurat 319 halaman 5. Penerbit : Iman Publications

6. ISBN 978-983-2423-22-5 7. Pengarang : Syeikh Muhammad
Al-Ghazali

Sinopsis
8. Buku ini memberi inspirasi dalam mencari makna kehidupan manusia yang lebih

bermakna ke arah kejayaan yang sebenar. Perubahan hidup tidak seharusnya

disandarkan pada faktor luaran, kerana perubahan itu datangnya daripada diri sendiri

iaitu bermula dari cara kita berfikir, cara kita memandang sesuatu permasalahan dan

sejauh mana kita menggali segala potensi yang dikurniakan Tuhan.

Islam merupakan agama yang sesuai dengan seluruh fitrah kehidupan manusia.
Petunjuk yang telah diberikan oleh Allah SWT iaitu Al-Quran dan juga contoh ikutan
terbaik kita iaitu Nabi Muhammad SAW mampu membawa perubahan ke arah
kehidupan yang lebih tenteram dan bahagia.

Nilai Pengetahuan / Pengajaran
9. 1) Setiap manusia secara lumrahnya mahukan kehidupan yang lebih baik.

2) Agama Islam adalah agama yang terbaik yang mampu memandu manusia ke arah
kebenaran.
3) Hiduplah dengan kesederhanaan dan sentiasa berusaha membahagiakan orang lain
kerana apabila kita membahagiakan orang lain, pasti kita akan bahagia.
4) Jadilah orang yang tahan apabila dikritik serta sentiasa bersedia menerima
perubahan.
5) Ambil masa untuk bermuhasabah diri setiap hari dan berniatlah untuk menjadi
manusia yang lebih baik sehingga akhir hayat.

Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
10. Buku ini memberi pencerahan kepada kita untuk menjadi manusia yang lebih baik sama

ada sebagai guru, rakan sekerja dan staf kepada seseorang majikan. Pengolahan gaya
bahasa yang mudah difahami dapat memberi gambaran kepada kita bahawa semua
manusia diciptakan oleh Allah SWT mempunya taklif (tanggungjawab) yang sangat
besar ke arah membina kehidupan yang sempurna seperti yang diperintahkan oleh Allah
SWT.
Semoga dengan pembacaan buku ini, kita bersemangat dan bermotivasi untuk
melakukan tugas utama seorang guru, iaitu menyampaikan ilmu dan kebenaran kepada
orang lain. Sesungguhnya, guru ibarat menggalas tugas para anbiya’ pada zaman hari
ini. Berusahalah untuk berubah kepada sesuatu perkara yang lebih baik!

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

......................................... ........................................................
( MOHD MARZUKI ABD RAHMAN ) (ROSMAN BIN BACHOK )

23

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru NORIDAYU BINTI ZAINI

2. Judul GURU SEBAGAI PENDORONG 3. Bidang: MOTIVASI
DALAM DARJAH

4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: -

6. Tempat -
Pembentangan

7. Sinopsis

Setiap guru mengetahui mereka perlu mendorong murid-murid supaya rajin belajar dan

menjadi individu-individu yang baik peribadinya apabila dewasa kelak. Mereka juga sudah

berusaha bagi menjalankan tugas itu dengan niat yang baik dan penuh semangat. Tetapi

apabila sekolah perlu mengadakan program motivasi oleh pakar luar, menandakan

guru-guru di sekolah itu tidak menjalankan tugas mendorong murid-murid mereka dengan

cara yang berkesan. Perkataan motivasi disukai oleh guru-guru dan ibu bapa tetapi ia

sering kali ditakuti oleh murid-murid sekolah. Mereka mengaitkan sesi motivasi dengan

pelbagai pengalaman negatif dan menyakitkan jiwa. Majoriti pakar motivasi tidak

mempunyai latar belakang ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan sains motivasi bagi

melayakkan mereka menggunakan gelaran itu. Oleh sebab yang demikian, mereka tidak

berupaya menggunakan sebarang teori motivasi dalam aktiviti mereka. Inilah punca

utama mengapa aktiviti memotivasikan murid-murid sekolah dipenuhi dengan isi

kandungan yang menimbulkan kesan-kesan negatif pada jiwa murid-murid yang

mengikutinya. Buku ini ditulis bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh

pakar-pakar psikologi tempatan supaya kandungan ini dapat dijadikan panduan kepada

guru-guru di sekolah, individu-individu yang bergiat dalam sektor motivasi dan ibu bapa.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. Mengenal pasti cara murid dapat membina konsep diri yang positif
2. Melatih murid menggunakan gaya bahasa yang positif
3. Faktor persekitaran bukan penghalang murid untuk berjaya
4. Melatih murid bersikap optimis

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
1. Membangkitkan semangat murid yang malas supaya rajin belajar.
2. Memberi dorongan kepada murid yang malas untuk belajar.
3. Menerangkan strategi motivasi yang mudah untuk diamalkan di dalam bilik darjah.
4. Menerangkan prinsi-prinsip meningkatkan daya kreativiti dan melatih bagaimana murid
dapat mengingat dengan mudah.
5. Memahami ilmu pedagogi dan menggunakan strategi motivasi mendorong murid.
6. Meransang murid membina konsep diri yang posiitif.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(NORIDAYU BINTI ZAINI) ()

24

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru NAPISAH IBRAHIM

2. Judul 11 TEORI DAN PRINSIP 3. Bidang: MOTIVASI
MOTIVASI DI TEMPAT KERJA

4. Tarikh Pembentangan 15 APRIL 2020 5. Masa:

6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis

"Pekerja bermotivasi lebih setia dan sedia meletakkan ‘nyawanya’ untuk majikan.”
Apakah yang kita lakukan bagi mengatasi situasi ini? Sikap pekerja melaksanakan tugas
melewati tarikh akhir. Kesilapan pekerja yang kita tanggung dan pihak atasan. Sikap
pekerja yang menikam dari belakang. Apabila peraturan bertulis tidak dapat memberi
jalan keluar, selesaikan dengan seni motivasi yang menukar situasi menjadi solusi.

Buku ini membongkar 11 teori dan prinsip motivasi di mana menjadi kunci kepada sikap
rajin dan positif pekerja. Terbukti membantu menjadikan pekerja lebih setia, bersedia dan
bekerja tanpa meningkatkan kos operasi.

Buku ini memberi tiga perkara unggul kepada majikan, pengurus dan pegawai atasan
bagi memotivasikan pekerja:
1.Strategi dorongan dari dalam diri pekerja. Dahulu organisasi dilihat sebagai tempat
makan gaji, kini menjadi tempat berkembangnya potensi diri.
2.Strategi berfikir seperti majikan. Pekerja yang berfikir gaya majikan akan mengurus
kerja secara berkesan. Mereka meletakkan faktor wang sebagai faktor kedua.
3.Strategi mengurus kos membaik pulih yang dilakukan oleh pekerja kesan daripada
suntikan motivasi yang tidak kena cara dan tempatnya.

Organisasi menjadi syurga apabila semua pekerja gembira dan kekal setia. Hanya resipi
motivasi yang memungkinkan ia berlaku. Pilih dan segera lakukan di tempat kerja.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Pengajaran yang diperoleh daripada buku ini ialah motivasi menjadi kunci kepada sikap
rajin dan positif pekerja. Pekerja menjadi lebih setia, bersedia dan bekerja tanpa mengira
kos.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
Dari buku ini teori yang boleh digunakan ialah strategi dorongan dari dalam diri pekerja.
Dahulu organisasi dilihat sebagai tempat makan gaji, kini menjadi tempat berkembangnya
potensi diri.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ROSMAN BACHOK
(NAPISAH IBRAHIM ) )

25

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru SALMAH BINTI SUKRI

2. Judul SENTUHAN IBU BAPA 3. Bidang:MOTIVASI
ANAKKU BIJAK BELAJAR 5. Masa:10.00 PAGI

4. Tarikh Pembentangan 18 APRIL 2020

6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis

Buku ini membimbing ibu bapa tentang panduan dan strategi membimbing anak supaya
mereka

1. Mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
2. Mempunyai motivasi dan sikap pembelajaran yang hebat.
3. Mempunyai hubungan yang erat dengan ibu bapa.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
1. Sebagai ibu bapa, sentiasalah proaktif dan bukannya reaktif dan negatif apabila
berdepan dengan masalah anak-anak.
2. Ibu bapa hanya berpeluang mendidik anak sekali sahaja sementara mereka masih
bersama kita.
3. Ibu bapa berupaya untuk mencari dan memberikan masa kepada anak-anak kerana
masa yang lepas tidak akan kembali lagi terutama ketika anak-anak berada di alam
persekolahan.
4. Setiap anak mempunyai perbezaan dan keunikan masing-masing yang perlu
difahami agar komunikasi dapat terbentuk dengan baik.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Walau pun buku ini ditulis untuk ibu bapa tetapi banyak penduan yang boleh digunakan
untuk guru-guru.
1. Hargai murid-murid walau pun pencapaian mereka kecil.
2. Didik murid-murid untuk mempunyai matlamat jangka pendek dan jangka panjang.
3. Perlu menghormati pendapat orang lain supaya orang lain menghormati pendapat
kita.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ROSMAN BIN BACHOK )
( SALMAH BINTI SUKRI )

26

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru Suzana binti Mohd Sidek

2. Judul 365 Tip Mendidik Anak Soleh 3. Bidang: Motivasi
dan Solehah

4. Tarikh Pembentangan 17.4.2020 5. Masa: 9.00 pagi

6. Tempat Skudai, Johor
Pembentangan

7. Sinopsis

Buku ini dibahagikan kepada 6 bahagian iaitu Akidah sebagai asas kehidupan,

Melahirkan generasi cinta solat, Melestarikan fitrah suci anak dengan Al Quran,

Mengamalkan sunnah memimpin ke jalan kebaikan, Akhlak mulia melahirkan generasi

berwibawa dan Ibu bapa guru pertama anak-anak. Buku ini bertemakan 1 hari 1 tip, oleh

itu buku ini disertakan dengan 365 tip Jom Amal sebagai bimbingn ibu bapa untuk

setahun.

Anak-anak ialah amanah yang diberikan Allah, maka kita sebagai ibu bapa

bertanggungjawab memelihara amanah ini. Ibu bapa merupakan role model dalam

institusi rumah tangga, maka apa yang kita zahirkan akan diperhatikan dan dipraktikkan

oleh anak-anak. Anak-anak ialah pelapis untuk genarasi akan datang. Bagaimana kita

mencorakkan mereka pada hari ini, itulah akan terhasil pada masa depan. Melentur

buluh biar dari rebungnya. Tarbiah akan jadi lebih efektif jika bermula sejak kecil.

Oleh itu buku ini sangat sesuai digunakan oleh ibu bapa untuk membimbing anak-anak

menjadi soleh dan solehah dengan memberi satu hari satu tip. Buku ini tidak terlalu berat

untuk dibaca dengan penggunaan bahasa yang mudah difahami di mana penulis

mempromosikan amalan 1 hari 1 tip dalam mendidik anak-anak. Tip-tip yang diberikan

tidak terlalu memaksa dalam mendidik anak-anak. Ia satu kaedah yang santai dalam

menyuntik elemen mendidik Setiap isu disokong dengan dalil Al Quran, hadis dan

pendapat ulama.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
1. Setiap ibu bapa bertanggungjawab memberi didikan yang betul kepada anak-anak.
2. Pendidikan agama dan akademik yang diberikan seharusnya seimbang
3. Tugas mendidik anak-anak tidak wajar diserahkan kepada guru sekolah sahaja,
pendidikan Ibu bapa dari rumah adalah lebih penting
4. Zaman teknologi canggih ini sedikit sebanyak mempengaruhi anak-anak dan
memberi cabaran kepada ibu bapa untuk lebih selangkah ke hadapan daripada
anak-anak
5. Ibu bapa harus lebih kreatif dalam mendidik anak-anak supaya dapat diterima oleh
jiwa mereka
6. Ibu bapa boleh menggunakan tip mendidik ini membentuk akhlak dan peribadi
anak-anak masa kini

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Guru sebagai pengganti ibu bapa semasa pelajar berada di sekolah. Guru boleh
menyampaikan
tip mendidik anak-anak pelajar melalui penerapan nilai-nilai murni secara langsung atau
tidak langsung semasa pdpc terutamanya dari segi pembentukan akhlak mereka.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................ . .......................................

( Suzana binti Mohd Sidek ) ( Rosman bin Bachok )

27

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru Narasimman a/l Mannar

2. Judul Kemahiran Berfikir Dalam Pdpc 3. Bidang: Pendidikan
5. Masa:-
4. Tarikh Pembentangan 18/04/2020

6. Tempat -
Pembentangan

7. Sinopsis

Buku ini ditulis oleh seorang pakar pendidik En.K.Narayanasamy. Beliau merupakan
seorang pensyarah cemerlang dan mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang
kajian kemahiran berfikir.Buku setebal 275 muka surat ini menerangkan tentang
kemahiran berfikir dengan bahasa yang mudah difahami oleh semua orang terutama
golongan pendidik. Pemikiran kritis dan kreatif
dibincang secara terperinci.Penyoalan dan pemikiran kritis, prinsip menyoal,membina
konsep dan penggunaan konsep,membina hujah dan ciri-ciri hujah yang berkesan
dipaparkan.Teori kemahiran berfikir,teknik menggunakan kemahiran berfikir dan objektif
menggunakan kemahiran berfikir dan pertalian kemahiran kritis dan kreatif juga
dibincangkan dengan baik.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. Dapat memahami fungsi otak dengan baik.
2. Guru boleh menggunakan teknik dan kaedah yang diutarakan dalam Pdpc guru.
3. Menggunakan peta minda secara luas.
4. Kepentingan menggunakan kemahiran berfikir dan hasil yang diperolehi.
5. Membentuk generasi yang berfikir dan menghasilkan sesuatu kepada negara,
6. Menghadapi sesuatu cabaran dengan penuh yakin dan berani .

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini dapat memberi gambaran sebenar kepada para pembaca mengenai cara
menggunakan kemahiran berfikir dalam Pdpc guru pada setiap masa supaya membentuk
generasi berpengetahuan berfikir untuk menyelasaikan sesuatu masalah yang dihadapi
pada masa akan datang dengan cemerlang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( Narasimman a/l Mannar) (ROSMAN BIN BACHOK )

28

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru FAUZIAH BT MOHD NOOR

2. Judul QURAN SAINTIFIK 3. Bidang: PENGURUSAN
PENDIDIKAN
4. Tarikh Pembentangan 15/04/2020
5. Masa:

6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis

QURAN SAINTIFIK – Meneroka Kecemerlangan Quran daripada Teropong Sains

Allah menyuruh umat Islam mengkaji rahsia alam semesta secara sistematik. Surah
Al-Ghasyiah Ayat:17-20 : Apakah mereka tidak melihat kepada unta bagaimana ia
diciptakan. Dan langit bagaimana ia ditinggikan. Dan gunung-ganang bagaimana ia
ditegakkan. Dan bumi bagaimana ia dihamparkan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

9. Cemerlang dengan Menguasai Dua Ayat ( Al-Quran dan Sunnah)
10.Permulaan Alam Semesta Permulaan Segala-galanya.
11.Manusia dan Asal Usulnya.
12.Tujuan dan Matlamat Hidup Manusia

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

7. Sains Menonjolkan Kewujudan Tuhan
8. Al-Quran Pemangkin Ilmu Sains
9. Sains Membenarkan Al-Quran

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( Fauziah bt Mohd Noor ) ()

29

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah: JEA 1049

1 Nama Guru RAHMAH BINTI ABDULLAH
.
QALBUN SALIM ( Syarah Penawar
2 Judul Bagi Hati) 3. Bidang:Motivasi
.

4 Tarikh Pembentangan 18 April 2020 5. Masa: 2.00 petang
.

6 Tempat Pembentangan
.

7 Sinopsis

. Kandungan buku ini menerangkan tentang cara-cara seorang muslim/mukmin untuk

memnyucikan atau membersihkan hati daripada segala sifat mazmumah/tercela.

Terdapat dua cara menyucikan/membersihkan hati yang dikemukakan menerusi buku ini iaitu;

1) Menjaga 7 anggota zahir yang meliputi mata, telinga, lidah, perut, kemaluan serta tangan

dan kaki.

2) Menjaga 4 anggota batin yang meliputi hati, roh, nafsu dan akal .

3) Menjauhi sifat-sifat mazmumah/tercela seperti takabbur, riak,'ujub,marah dan hasad

dengki.

4) Mengamalkan sifat-sifat mahmudah/terpuji seperti sabar, bersyukur, ikhlas,redha dan

tawakkal.

Adalah amat penting bagi seseorang itu menjaga hati kerana banyak perkara yang terzahir dari

sikap/perlakuan/tindakan kita berpunca daripada hati yang baik atau sebaliknya.

Setiap isi penting di atas tadi telah dibincangkan secara detail di dalam buku ini dan amat sesuai

untuk dijadikan panduan hidup kita sebagai muslim.

8 Nilai Pengetahuan / Pengajaran
. 1. Setiap muslim mestilah sentiasa memelihara semua anggota zahir daripada melakukan

perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT agar diri kita menjadi orang yang sentiasa
melakukan kebaikan.
2. Setiap muslim mestilah sentiasa menjaga anggota batin seperti hati,roh,nafsu dan akal
agar kita sentiasa menjadi orang yang dikasihi oleh Allah SWT dan manusia lain.
3. Setiap muslim mestilah sentiasa mengamalkan sifat-sifat mahmudah seperti ikhlas dalam
melakukan sesuatu, sabar menempuh ujian dan bersyukur dan menghargai orang lain
agar kehidupan kita sentiasa diredhai Allah SWT.
4. Setiap muslim mestilah sentiasa menjauhi sifat-sifat mazmumah/tercela seperti
sombong,bangga diri, pemarah dan hasad dengki agar setiap perkara yang kita lakukan
akan menghasilkan yang terbaik di sisi Allah dan manusia.

9 Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
. 1. Kita akan menjadi insan yang baik dan berakhlak mulia serta disenangi/ disayangi oleh

rakan dan anak murid.
2. Kita akan menjadi insan yang bekerja dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh kerana

Allah SWT.
3. Kita akan menjadi insan yang berupaya memimpin dan membimbing insan lain ke jalan

yang benar dan diredhai Allah SWT.

Disediakan oleh,. Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(RAHMAH BINTI ABDULLAH)
( ROSMAN BIN BACHOK )

30

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK TAMAN UNIVERSITI Kod
Sekolah: JEA1049

1. Nama Guru Shirley Ling Jen

2. Judul Just Listen 3. Bidang: Kepimpinan

4. Tarikh Pembentangan 16/04/2020 5. Masa: -

6. Tempat -
Pembentangan

7. Sinopsis

Buku elektronik ini adalah berkenaan dengan cara-cara berkomunikasi yang berkesan,
bagaimana menjadi seorang pendengar yang baik dan cara menangani masalah
komunikasi dalam kehidupan seharian kita.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini telah menambahkan pengetahuan saya dalam cara berkomunikasi yang
berkesan dengan orang lain khususnya pelajar-pelajar dan ibubapa sebagai pelanggan
utama kita. Contohnya, kita tidak boleh memaksa pelajar-pelajar untuk mengikut
kemahuan kita setiap waktu. Kita sebagai seorang guru hendaklah cuba memahami
kehendak pelajar kita. Dengan cara inilah, mereka boleh belajar dengan cara yang
berkesan.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Ilmu yang saya dapat daripada buku ini telah membantu saya untuk menghadapi
masalah-masalah yang mungkin ditimbulkan oleh pelajar dengan cara yang lebih
berkesan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,
........................................................
........................................................
(SHIRLEY LING JEN) ()

Lampiran C

31

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK TAMAN UNIVERSITI Kod
Sekolah: JEA1049

1. Nama Guru Shirley Ling Jen

2. Judul Chicken Soup for The Soul at 3. Bidang: Pedagogi
Work 5. Masa: -
4. Tarikh Pembentangan -
-
6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis

Buku in mengisahkan tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru dalam
bidang pendidikan baik daripada tekanan yang dihadapi daripada pelajar ataupun pihak
sekolah.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini telah menambahan pengetahuan saya tentang cara-cara menghadapi masalah
yang mungkin berlaku dalam bidang pekerjaan saya.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Ilmu yang saya dapat daripada buku ini boleh membantu saya untuk menghadapi
masalah-masalah yang mungkin ditimbulkan oleh pelajar dengan cara yang lebih
berkesan. Buku ini juga memberi motivasi kepada saya untuk melakukan tugas saya
dengan lebih berkesan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(SHIRLEY LING JEN) (ROSMAN BIN BACHOK )

32

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru MURNI BINTI MANSOR

2. Judul Kaedah Mokhdar; 3. Bidang: Pendidikan
Terapi minda hasilkan lonjakan
kecekapan mengurus input-input
Matematik dan Saintifik

4. Tarikh Pembentangan 18 April 2020 5. Masa:

6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis

Kaedah Mokhdar dicipta oleh saudara Mokhtar bin Hj Mansor apabila

mendapati anak-anak beliau begitu lemah dalam menghafal sifir ketika di sekolah rendah.

Beban menghafal menyebabkan anak-anak cepat letih dan mengantuk. Akhirnya, misi

menghafal tidak berjaya.

Penulis yang berkerjaya sebagai seorang majistret telah

mereka suku kata daripada huruf-huruf dan meminta anak-anak beliau menghafal

bermula dengan sifir dua. Suku kata ini akhirnya apabila digabungkan menjadi

seolah-olah mantera yang menimbulkan humor. Dengan mantera ini, anak-anak penulis

telah dapat menghafal bukan sahaja sifir satu digit, malah sehingga sifir tiga digit. Contoh

sebutan suku kata asas adalah seperti;

6 x 6 (na na ga nam)

6 x 7 (nam juh pa wa)

7 x 9 ( juh lan nam ga)

Selain itu, penulis juga mendapati kaedah ini telah menghasilkan sesuatu

yang ‘magis’ iaitu anak-anak yang mahir dengan simbol-simbol atau kod-kod ini bukan

sahaja akan menjadikan subjek Matematik lebih mudah diikuti malah daya ingatan

mereka terhadap fakta-fakta saintifik kekal dalam ingatan anak-anak dalam jangka masa

yang agak lama. Anak-anak dengan mudah dapat mengingati fakta-fakta seperti jarak

bumi dari matahari, sifat-sifat fizik unsur, tinggi gunung, formula molekul dan rumus.

Seterusnya, penulis menegaskan bahawa kaedah ini sangat mudah untuk

dipraktikkan. Namun begitu, kekurangan pendedahan menyebabkan ramai orang tidak

tahu tentang kaedah ini dan bagaimana untuk memanfaatkannya. Sekiranya pembaca

dapat menguasainya maka pembaca dapat menjadikannya sebagai bahasa pemikiran di

dalam minda untuk menguruskan input-input ‘numerical’ dan simbol.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Pelajar yang faham kaedah ini akan dapat menghafal dengan mudah selain menambah
minat untuk menghafal sifir angka-angka yang lebih tinggi. Selain itu, kaedah ini dapat
melatih minda untuk menyimpan maklumat bernombor dengan lebih efisien.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Kaedah menghafal sifir cara lama agak membosankan. Justeru, kaedah ini disarankan
agar pelajar dapat menghafal dalam suasana ceria kerana seolah-olah menghafal sambil
bermain atau menyanyi bersama-sama rakan. Kaedah ini menimbulkan suasana ceria
kerana sebutan kodnya yang agak melucukan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................

( MURNI BINTI MANSOR ) ( ROSMAN BIN BACHOK )

33

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru SUHANA BINTI SURATMAN

2. Judul ANAKKU BIJAK BELAJAR- 3. Bidang: MOTIVASI
SENTUHAN IBU BAPA

4. Tarikh Pembentangan 18/04/2020 5. Masa:

6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis

Buku ini memberi panduan dan strategi pada ibu bapa supaya anak-anak mereka

mendapat keputusan yang cemerlang, mempunyai motivasi dan sikap pembelajaran yang

hebat dan mempunyai hubungan yang erat dengan ibu bapa. Buku ini juga memberikan

strategi yang berkesan untuk belajar serta meminta ibu bapa mengawal televisyen di

rumah supaya tidak melekakan anak-anak. Ibu bapa juga perlu bijak berkomunikasi agar

sentiasa rapat dengan anak-anak dan sentiasa proaktif apabila berdepan dengan

masalah anak. Semoga ibu bapa berjaya membimbing anak dengan amalan cemerlang

untuk menjadi pelajar cemelang.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Sebagai ibu bapa,kita hanya berpeluang mendidik anak sekali sahaja iaitu sementara
anak-anak masih bersama kita. Kita perlu semaikan sikap positif dan kemudian
menerapkan strategi belajar yang berkesan. Fahamkan anak-anak bahawa tekun dan
disiplin merupakan kunci kejayaan yang memerlukan perubahan dan pengorbanan.
Seterusnya menggunakan strategi SATU untuk diaplikasikan pada anak-anak.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
Ilmu memotivasikan anak-anak ini juga dapat diaplikasi oleh guru semasa pdpc di dalam
kelas. Guru dapat menyemai sikap positif di mana tiada pelajar yang dilahirkan bodoh dan
yakin diri pada diri anak-anak murid supaya mereka dapat mengubah sikap dan
bermotivasi untuk belajar dan seterusnya memperbaiki diri untuk lebih berjaya dalam
hidup mereka.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,
SUHANA BINTI SURATMAN
........................................................ ........................................................
() ()

34

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru GOH CHENG KHIM

2. Judul PRINSIP ASAS PENILAIAN 3. Bidang: PENDIDIKAN
PROGRAM PENDIDIKAN

4. Tarikh Pembentangan 18/04/2020 5. Masa:

6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis

Buku ini menerangkan secara ringkas pendekatan-pendekatan yang boleh dilaksanakan

untuk menilai program-program pendidikan. Program pendidikan merujuk kepada

perancangan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan

pembelajaran dalam skop kecil seperti di dalam kelas atau secara meluas melibatkan

sistem sekolah, daerah, negeri atau negara. Penilaian adalah proses memberi status

kepada sesuatu objek atau aktiviti untuk menjawab soalan sebaikmana kejayaan objek

atau aktiviti tersebut. Buku ini memberi panduan kepada guru dan pelaksana program dari

segi pilihan kaedah menilai kerana konsep asas adalah sesuatu kaedah itu tidak mutlak

dan untuk mengguna kaedah terbaik bergantung kepada objektif penilaian itu.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Dalam buku ini, penulis telah membincangkan konsep penilaian program.
Perkara-perkara dalam penilaian program ialah konteks, konsep, definisi dan klasifikasi.
Ini adalah penting kerana ia boleh memberi pengetahuan dan kefahaman dan seterusnya
boleh digunakan untuk memilih kaedah atau model terbaik bagi proses penilaian sesuatu
program.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
Guru boleh mengaplikasi ilmu yang telah dipelajari misalnya Model Tyler, Model Provus,
Model Scriven, Model Stufflebeam dan model-model yang lain dalam program sekolah.
Guru boleh menentukan keberkesanan program sekolah dengan ilmu yang diperolehi
daripada buku. Jika program sekolah memberi kesan positif, maka program tersebut
digalakkan untuk berlangsung secara berterusan. Jika program sekolah memberi kesan
negatif, maka program tersebut perlu membuat penambahbaikkan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(GOH CHENG KHIM ) (ROSMAN BIN BACHOK )

35

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru RAVICHANDRAN A/L SUBRAMANIAM

2. Judul TEKNIK BARU DLM PdPc 3. Bidang:BAHASA
B.TAMIL 5. Masa:

4. Tarikh Pembentangan 11-14 APRIL 2020

6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis

Buku ini menerangkan teknik PdPc yang berkesan. Teknik PdPc ini adalah hasil karya
beberapa orang sarjana dari Tamilnadu yang telah membentang dalam suatu seminar
antarabangsa di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Antara topik-topik yang menarik ialah
Peranan guru dalam kelas semasa PdPc, Kaedah Thirukkural dalam PdPc, PdPc menarik
melalui Komputer dan teknologi terkini, teknik belajar yang berkesan, teknik berkesan
PdPc melalui puisi, Pengistilahan dalam B.Tamil, kemahiran mencipta karya, persediaan
guru sebelum masuk ke kelas, Kaedah PRS dalam PdPc dan kelayakan seorang guru
matapelajaran Kesusasteraan Tamil.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. Peranan guru
2. Teknik PdPc yang berkesan
3. Keindahan bahasa Tamil
4. Keunikan bahasa Tamil
5. Kelayakan seorang guru bahasa

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1. Dapat meningkatkan pengetahuan yang mendalam dalam PdPc.

2. Dapat menyemai nilai-nilai yang perlu ada pada seseorang guru.

3. Dapat menerokai kaedah PdPc yang berkesan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(RAVICHANDRAN A/L SUBRAMANIAM)
(ROSMAN BIN BACHOK )

Lampiran C

36

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah: JEA1049

1. Nama Guru SITI FATIMAH BINTI AHMAD ROSDI
2. Judul
BUYA HAMKA BERBICARA 3. Bidang: MOTIVASI
MENGENAI PEREMPUAN

4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: 9.4.2020
6. Tempat Pembentangan -
7. Sinopsis

Sebagai sebuah karya yang menyoroti perempuan dalam pandangan Islam, buku ini membahas
kemuliaan seorang dan berbagai peranannya dalam kehidupan ini. Berapa Kita sering mendengar
bahawa Islam dianggap tidak kemuliaan perempuan dengan adanya batas tertentu, namun,
melalui buku ini Hamka menyampaikan pemuliaan dan hakikat perempuan dalam Islam yang telah
dijelaskan dalam al-Quran dan hadis dengan keindahan bahasa dan diksi yang penuh makna. Kita
akan menyedari bahawa perempuan merupakan ciptaan yang teristimewa dengan segala yang
ada pada dirinya.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Jika perempuannya baik, baiklah nagara, dan jika mereka bobrok, bobrok pulalah negara. Mereka
adalah tiang, biasanya tiang rumah tidak begitu kelihatan, namun jika rumah sudah condong,
periksalah tiangnya. Tandanya tiangnya sudah lapuk.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Menjadi seorang perempuan yang mengerti nilainya lalu semoga menjadi suri teladan kepada
murid.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(SITI FATIMAH BINTI AHMAD ROSDI ) (ENCIK ROSMAN BIN BACHOK )

37

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI

Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru YUSIDAH BINTI MD.YUSOF

2. Judul AWET MUDA 7 RAHSIA 3. Bidang: MOTIVASI
KESIHATAN HOLISTIK

4. Tarikh Pembentangan 18/4/2020 5. Masa:10.00 PG

6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis

Dalam buku ini, penulis Dr.Zainah Mokhtar menggariskan 7 rahsia bagi menjadi awet

muda.

1) Persiapan Minda - perlu kental dan sentiasa konsisten. Pengetahuan tentang sistem

dan fungsi Limbik. Perbezaan antara mind sedar dan minda separa sedar.

2) Pengawalan Tekanan (stres) - supaya ‘sentiasa tenang, ceria dan gembira’.

Mengetahui tentang kesan tekanan terhadap badan dan otak. Serta cara mengawal

tekanan.

3) Pengambilan air -secukupnya, 8 gelas sehari. Simpton kekurangan air, jenis-jenis

minuman dan cara pemilihan air

4) Pemakanan - seimbang mengikut keperluan karbohidrat, protein dan lemak.

Pemakanan yang mempercepatkan proses penuaan dan ‘perangkap gula’

5) Senaman- impak kepada menjaga DNA, mengimbangkan hormon, membantu

mengekalkan bentuk badan serta menjaga komposisi badan dan dapat mengurangkan

tekanan.

6) Makanan tambahan - dapat menggantikan semula kekurangan vitamin dan mineral

dalam badan dan memastikan DNA tidak mengalami kerosakan dan dapat dibaik pulih

7) Penjagaan kulit - organ pertama yang dapat dilihat oleh mata kasar terutamanya muka

dan keseluruhan badan

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1) Kesedaran tentang penjagaan kesihatan secara holistik menerusi pemantapan minda

separa sedar dan amalan hidup sihat.

2) Kepentingan program awet muda dari perspektif penjagaan kesihatan secara

bersepadu dengan mengambil kira kemajuan perubatan moden, gaya hidup sihat dan

ajaran agama.

3) Memahami kaedah penjagaan kesihatan secara ideal, sebagaimana yang diamalkan

oleh Rasullullah s.a.w sebagai model kesihatan holistik.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1) Organisasi - bila sihat, dapat meningkatkan produktiviti, membuat keputusan yang

tepat

2) Sains - Tingkatan 2 , bab 3 (Nutrisi) - banyak pengetahuan yang lebih mendalam

tentang pemakanan yang sihat , sistem hormon, contoh-contoh makanan dan diet yang

seimbang

3) Sains - Tingkatan 3 , bab 3 (Pengangkutan)-pengetahuan tentang pengaliran darah,

sistem limbik, kartisol dan mengawal sistem badan melalui minda separa sedar.

4) Motivasi diri - ‘what you eat today, is how you look tomorrow’. Lakukan program awet

muda dan penjagaan kesihatan holistik semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah

SWT.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

...........................................… ..........................................
(CG YUSIDAH BINTI MD.YUSOF) (CG ROSMAN BIN BACHOK )

38

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru Lim Hui Kian

2. Judul Menongkah Zaman Menuai 3. Bidang: motivasi
Keringat

4. Tarikh Pembentangan 18.4.2020 5. Masa:

6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis

Buku ini ialah koleksi amalan terbaik pengetua-pengetua Daerah Johor Bahru. Buku ini

menunjukkan tindakan berhati-hatinya seorang pengetua untuk melaksanakan tugas yang
penuh cabaran dan berliku untuk mencapai kecemerlangan sepanjang perkhidmatanya.
Usaha pengetua dengan guru-guru untuk melahirakan anak didik yang cemerlang dan menjadi
pewaris negara pada masa hadapan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Seorang pengetua perlu
a. turun padang, buat kerja sama guru mahupun murid.
b. Buat kerja pantas, pantang tangguh kerja.
c. Datang awal ke sekolah.
d. “management by walking around”
e. Sentiasa memikirkan langkah-langkah mengatasi masalah yang timbul di sekolah secara
berhemah dan merujuk kepada surat pekeliling.
f. Menjadi teladan kepada warga sekolah dan murid.
g. Menjalankan aktiviti yang memupuk perpaduan pelajar berbilang kaum .

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
Boleh mengamalkan budaya kerja yang cemerlang di sekolah.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

Lim Hui Kian ....................................................
......................................
( LIM HUI KIAN ) ( ROSMAN BIN BACHOK )

39

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK TAMAN UNIVERSITI

Kod Sekolah: JEA 1049

1. Nama Guru SUHAILAH BINTI NOR ASIM

2. Judul NOTA PARENTING OHSEM : 3. Bidang: MOTIVASI
CATATAN TEKNIK-TEKNIK
MENDIDIK ANAK

4. Tarikh Pembentangan 18 APRIL 2020 5. Masa: 9.00 MALAM

6. Tempat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Pembentangan

7. Sinopsis

Anak-anak ialah kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Buku Nota Parenting
Ohsem, karangan Dr Taufiq Razif ini membantu ibu bapa dalam mencorakkan anak
masing-masing. Buku ini padat dengan pelbagai perkongsian teknik, tips dan info
bermanfaat bagi ibu bapa untuk berhadapan dengan pelbagai situasi bersama
anak-anak. Ibu bapalah merupakan guru pertama mendidik anak-anak. Oleh itu, ibu bapa
perlu mempersiapkan diri dengan ilmu dan pengetahuan keibubapaan agar anak-anak di
bawah naungan masing-masing membesar dengan baik dan sihat.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Ibu bapa yang authoritative mengamalkan ilmu parenting yang mana tidak terlalu
mengongkong tapi tidak juga membiarkan anak terlalu bebas. Selalu membimbing anak
untuk jadi hebat dengan peraturan jelas dan memberi sokongan emosi yang mencukupi.
Dua perkataan hebat yang boleh diajar kepada anak-anak kita iaitu Terima Kasih dan
Minta Maaf. Terdapat dua kecerdasan yang kita perlu asah anak kita sebelum berumur 15
tahun, iaitu Kecerdasan Intra-Personal dan Kecerdasan Inter-Personal. Kecerdasan
intra-personal mengajar anak kita untuk pandai melihat ke dalam diri, pandai mengwal
emosi dan pandai mengenal bakat terpendam sendiri. Manakala, kecerdasan
inter-personal mengajar anak kita menghormati kawannya, mempunyai sifat empati,
mampu membaca ekspresi wajah dan mampu mengenalpasti emosi orang di
sekelilingnya.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Saya akan mengaplikasi ilmu yang diperolehi dengan mengajar murid kita 5 Growth
Mindset supaya mereka tidak akan putus asa dalam hidup mereka buat selama-lamanya.
Antaranya :

1. Saya akan selalu memperbaiki kelemahan diri.
2. Kesilapan membantu saya menjadi makin ingin belajar dan makin pintar.
3. Saya suka cabar diri saya.
4. Saya boleh jadi sesiapa pun yang saya mahu asalkan diredai oleh Allah S.W.T
5. Saya ialah anak kebanggaan ibu bapa saya.

Insya Allah, kalau guru boleh menanam 5 Growth Mindset ini ke dalam hati dan minda
anak-anak murid kita, mereka boleh berjaya walau di mana mereka berada.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,
........................................................ ........................................................
( SUHAILAH BINTI NOR ASIM ) ()

40

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru SAHARANI BINTI ABDULLAH

2. Judul GAYA HIDUP SIHAT 3. Bidang: MOTIVASI

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa: 14/04/2020 –
18/04/2020

6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis

Buku ini bertajuk ‘Gaya Hidup Sihat’. Isi kandungan buku menceritakan berkaitan

pengambilan makanan berkhasiat yang diperlukan oleh seorang manusia untuk sihat. Di

dalam buku ini juga ada memberikan panduan gaya hidup sihat mengikut Al-Quran

seperti mandi pagi sebelum subuh, minum segelas air setiap pagi, sujud sebentar

selepas subuh, makan dengan tangan dan menjilat jari selepas makan dan panduan

rahsia pemakanan genius Islam. Buku ini juga memberi panduan tentang konsep halal

dan haram dalam pemakanan harian kita. Antara perkara-perkara yang perlu untuk

kekal sihat adalah senaman, makan makanan yang seimbang, elakan makanan yang

berkolestrol tinggi, kita juga perlu rehat yang cukup dan supplemen yang sesuai perlu di

ambil. Kesimpulan buku ini amat baik di jadikan panduan untuk semua lapisan

masyarakat.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Pemakanan yang sihat akan mempengaruhi kesihatan kita. Kita perlu memakan
makan yang sihat dan halal agar kesihatan kita sentiasa dalam keadaan yang baik
dan mempunyai otak yang cergas.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Gaya hidup sihat yang diamalkan akan membuatkan fizikal dan mental kita dalam
keadaan baik seterusnya kita akan dapat bekerja dengan aktif dan cergas.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(SAHARANI BINTI ABDULLAH )
(ROSMAN BIN BACHOK )

41

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru Zanariah Binti Ismail

2. Judul 17 Rahsia Pelajar Cemerlang 3. Bidang: Kaunseling

4. Tarikh Pembentangan 19.4.2020 5. Masa:3.00 Petang

6. Tempat SMK Taman Universiti
Pembentangan

7. Sinopsis

Buku ini menceritakan tentang tip-tip yang perlu ada pada pelajar untuk pelajar lebih
cemerlang dalam pendidikan. Selain itu juga, dalam buku ini menceritakan ciri-ciri yang
perlu ada untuk mengubah seseorang pelajar untuk lebih bermotivasi contohnya aktif
dalam menjawab segala persoalan cikgu dan bangun awal ke sekolah. Buku ini juga
menceritakan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh pelajar straight A di dalam kelas supaya
pelajar lebih maklum apa yang perlu dilakukan. Buku ini merangkumi sasaran, target,
strategik, tip, petua untuk mengubah seseorang pelajar yang tidak bermotivasi untuk terus
bermotivasi dalam pelajaran dan hidup.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. Setiap manusia berbeza dari segi tingkahlaku, jadi perlu dipelbagaikan aktiviti P&P
2. Kejayaan pendidikan amat penting dalam hidup seseorang tetapi kejayaan dari segi

keperibadiaan yang mulia amat disanjung oleh orang lain.
3. Sentiasa bersyukur dengan apa yang diperolehi

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1. Guru-guru boleh mengaplikasikan aktiviti-aktiviti yang ada dalam buku ini di dalam
kelas
2. Pelajar juga boleh dikenalpasti kemampuan dan tingkah laku seperti kinestetik, audio
atau pun

lain-lain melalui buku ini.
3. Guru-guru juga boleh berkongsi tip atau petua untuk pelajar supaya lebih cemerlang

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(ZANARIAH BINTI ISMAIL ) ()

42

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru NORBAIZURA BINTI YUSOF 3. Bidang: PEDAGOGI
2. Judul
PEDAGOGI DALAM
PENDIDIKAN MATEMATIK

4. Tarikh Pembentangan 19/04/2020 5. Masa:

6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis

Buku ini mengandungi pelbagai pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran
Matematik. Penulis menerangkan tentang kaedah kuliah, kaedah inkuiri, kaedah
penemuan, kaedah koperatif dan kaedah projek secara terperinci. Penulis menceritakan
tentang kepentingan perancangan yang perlu dibuat oleh guru melibatkan perancangan
pengajaran tahunan dan perancangan harian. Seterusnya, buku ini menceritakan tentang
peranan teknik penyoalan dalam mendorong dan merangsang pemikiran pelajar.

Buku ini menerangkan secara terperinci tentang kepentingan pengurusan bilik darjah
yang berkesan. Penulis menegaskan seseorang guru perlu memberi perhatian kepada
suasana bilik darjah seperti kebersihan, keceriaan, kedudukan kerusi pelajar dan guru
serta perhubungan antara satu sama lain di samping memikirkan corak suasana atau
persekitaran bilik darjah. Penulis menerangkan alat bantu mengajar yang menarik dapat
membentuk suasana positif dalam bilik darjah. Untuk mengekalkan suasana positif dalam
bilik darjah, aktiviti yang dirancang perlulah sesuai mengikut taraf pencapaian pelajar.

Penulis menerangkan peranan komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Matematik, antaranya adalah menghubungkaitkan antara konsep Matematik dengan
situasi harian. Menurut penulis, pelajar yang bermotivasi ialah pelajar yang menaruh
minat untuk belajar. Seterusnya buku ini menceritakan tentang kemahiran berfikir dalam
Matematik sebagai suatu proses penyelesaian masalah. Penyelesaian masalah
merupakan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Kemahiran dalam menyelesaikan
masalah dalam matematik merupakan satu proses yang agak mencabar terdiri daripada
langkah-langkah tertentu. Langkah-langkah tersebut adalah mengenal pasti masalah,
merancang strategi, melaksanakan jawapan dan menyemai jawapan.

Penulis menerangkan juga tentang penilaian bilik darjah. Menurut penulis, penilaian
adalah salah satu cara yang berkesan untuk melihat sejauh mana berjayanya proses
pengajaran dan pembelajaran. Penilaian memberi peluang kepada seseorang guru untuk
mengenal pasti pelajar yang berkebolehan dan pelajar yang perlu dibantu. Buku ini
menerangkan juga tentang penggunaan kalkulator dan Perisian Geometer’s Sketchpad
dalam membantu pelajar meningkatkan strategi bagi memilih penyelesaian masalah yang
tepat. Pelajar mempelajari kemahiran mengira bukan sahaja untuk membuat pengiraan
tetapi menggunakan kemahiran itu untuk menyelesaikan masalah dan penerokaan idea
yang baru dalam Matematik. Akhir sekali, buku ini menerangkan tentang cabaran yang
wujud di dalam pendidikan Matematik.

43

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Nilai pengetahuan yang saya perolehi melalui buku ini ialah mengenai pelbagai kaedah
yang boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Selain itu, buku ini
juga memberi pengetahuan kepada saya tentang kepentingan teknik penyoalan serta
pengurusan bilik darjah yang berkesan bagi membentuk suasana positif dalam bilik
darjah. Seterusnya, saya juga dapat mengetahui tentang peranan komunikasi dan
motivasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik. Buku ini juga memberi
pengetahuan kepada saya tentang kemahiran berfikir dalam Matematik sebagai suatu
proses penyelesaian masalah serta kepentingan penilaian dilaksanakan di dalam bilik
darjah. Yang paling menarik tentang buku adalah, penulis menerangkan tentang
penggunaan kalkulator dan Perisian Geometer’s Sketchpad dalam membantu pelajar
menyelesaikan masalah dan meneroka idea yang baru dalam Matematik.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Aplikasi ilmu dalam pengajaran dan pembelajaran yang boleh diguna pakai daripada buku
ini adalah saya dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
sesuai dengan aras pelajar, memperbaiki teknik penyoalan serta meningkatkan
pengunaan kalkulator di kalangan pelajar saya. Buku ini juga mendorong saya untuk
meningkatkan pengurusan bilik darjah supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif
dan secara tidak langsung memotivasikan pelajar untuk belajar dengan lebih baik lagi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ....................................................

( NORBAIZURA BINTI YUSOF ) ( ROSMAN BIN BACHOK )

44

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru Nor Mohamad Bin Zulkifli

2. Judul Panduan Mengurus Makmal ICT 3. Bidang: Teknologi
Maklumat dan Komunikasi
(ICT)

4. Tarikh Pembentangan 19/04/2020 5. Masa: -

6. Tempat -
Pembentangan

7. Sinopsis

Buku ini menceritakan apakah tugas sebagai penyelaras makmal komputer. Dalam

mengurus makmal komputer, terdapat beberapa aspek yang perlu diberi perhatian oleh

penyelaras seperti keselamatan komputer dari segi perkakasan dan perisian,

keselamatan pengguna dan peraturan makmal komputer.Selain itu, penyelaras perlu

memastikan aspek-aspek pengurusan ini dipatuhi dan diamalkan oleh pengguna makmal

komputer.

Penulis mengingatkan semua penyelaras bahawa tanggungjawab yang diberikan

haruslah dilaksanakan sebaik mungkin. Penulis juga menekankan buku ini boleh

dijadikan sebagai rujukan dan panduan supaya makmal komputer di sekolah dapat

beroperasi dalam keadaan sistematik dan teratur. Sebagai contoh, penulis memberikan

idea-idea yang boleh diikuti oleh penyelaras atau guru seperti mewujudkan visi, misi,

motto, objektif, matlamat, piagam pelanggan, carta organisasi, jawatankuasa induk,

peraturan penggunaan Makmal Teknologi Maklumat dan Telekominikasi, pelan makmal,

jadual penggunaan makmal, jadual tugas guru dan murid, perancangan jangka pendek

dan panjang, pelan laluan kecemasan dan lain-lain.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Terdapat banyak idea-idea yang baik yang boleh digunapakai oleh penyelaras

makmal komputer atau guru komputer sekiranya dia mencari sumber yang boleh
dijadikan sebagai rujukan.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
Dengan menjadikan buku ini sebagai rujukan, sudah pastinya makmal komputer

yang terdapat di sekolah akan lebih bermanfaat kepada guru dan pelajar secara
khususnya melalui contoh penyusunan perancangan jangka pendek dan panjang yang
terdapat di dalam buku ini. Selain itu, buku ini akan membantu penyelaras makmal
komputer dan pihak sekolah untuk lebih fokus dengan visi, misi, motto, objektif, matlamat
dan piagam pelanggan yang telah ditetapkan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................

(Nor Mohamad Bin Zulkifli ) (Rosman bin Bachok )

45

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru Rohani Binti Ibrahim

2. Judul Formula Juara A+ 3. Bidang : Motivasi

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis

Buku Formula juara A+ ini menerangkan tentang maksud seorang juara yang

ingin berjaya

dalam akademik dan kehidupan seharian iaitu tentang emosi juara dan minda juara.

Kandungan buku ini juga meliputi lima jenis adab juara iaitu adab terhadap agama,

adab terhadap ibu bapa, adab terhadap guru, adab terhadap rakan dan adab terhadap

masyarakat. Selain daripada itu, terdapat juga tujuh jurus adab juara A+ iaitu senyap,

senyum, salam, syukur, sayang, sujud dan solat. Tujuh sikap juara A+ ialah fokus,

pantas, pakar, yakin, rajin, bersungguh-sungguh dan konsisten.

Aspek-aspek dalam tindakan ialah terapi tindakan, strategi sang juara,

pengurusan diri, pemilihan makanan, kaedah pengurusan masa, kaedah belajar dalam

kelas, kaedah ulangkaji, kaedah membaca, kaedah nota ringkas, kaedah membuat peta

minda, kaedah membuat kad flash, kaedah memori booster dan kaedah belajar

berkumpulan.

Buku ini sangat sesuai dijadikan panduan untuk pelajar dan guru-guru yang ingin

meluaskan ilmu pengetahuan berkaitan motivasi pelajar dan strategi untuk mencapai

kejayaan dalam pelajaran mahupun dalam kehidupan seharian.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1.Boleh meningkatkan motivasi kepada pelajar untuk berusaha dalam pelajaran.
2.Panduan dan strategi belajar efektif untuk menjadi seorang yang berjaya dalam
pelajaran.
3.Panduan Pengurusan diri untuk pelajar berjaya dalam akademik dan kehidupan
seharian.
4.Panduan pemilihan makanan yang boleh mencerdaskan otak seorang pelajar.
5. Kaedah untuk bertindak bagi mencapai kejayaan dalam pelajaran.

9. Aplikas i Ilmu Dalam Organisasi / P&P
1.Input buku Formula Juara A+ boleh digunakan untuk menyampaikan ceramah kepada
pelajar.
2.Input buku Formula Juara A+ boleh dijadikan bahan semasa kelas ganti atau kelas
relief.
3.Bahan dalam buku ini boleh digunakan untuk membimbing PRS atau pelajar-pelajar
semasa sesi kaunseling atau bimbingan.

Disediakan oleh, ) Disahkan oleh,

.............................................. ..................................................
( Rohani Binti Ibrahim ( Rosman bin Bachok )

46

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru SYAZREEN NAVIA BINTI SAMRI
2. Judul
Nota hati Buat Pelajar, Motivasi

dan Petua belajar 3. Bidang: Motivasi

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa: 8.00 pagi – 2.00
petang

6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis

Buku ini dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu bicara hati buat pelajar, petua-petua mudah
untuk pelajar, kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan pelajar dan ciri-ciri pelajar
cemerlang. Melalui bicara hati buat pelajar buku ini banyak menekankan tentang
pengalaman sebenar yang pernah dilalui sendiri oleh penulis sepanjang bergelar pelajar
yang mana memberi kesedaran kepada pelajar betapa pentingnya ilmu pengetahuan di
masa mendatang

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Kandungan di dalam buku ini mengandungi kata-kata motivasi serta tip belajar bagi
membolehkan pelajar menjadi pelajar yang cemerlang. 21 petua telah dikongsikan untuk
memberi pendedahan berkaitan kemahiran belajar yang sebenar.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

21 tip atau petua untuk diamalkan oleh seorang pelajar dapat disampaikan melalui kelas
relief mahupun taklimat bersama kaunselor bagi membolehkan pelajar menguasai
kemahiran belajar yang berkesan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(SYAZREEN NAVIA BINTI SAMRI )
(ROSMAN BIN BACHOK )

47

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru MAZNAH BINTI ISMAIL

2. Judul BUAT GURU YANG BIJAK 3. Bidang: MOTIVASI

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis

Buku Buat Guru Yang Bijak merupakan sebuah buku motivasi yang memberikan
kesedaran kepada para guru tentang tanggungjawab mereka terhadap profesion
perguruan. Buku ini menghimpunkan kata kata semangat buat para guru supaya lebih
komited dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Seorang guru yang bijak tidak akan
mudah berputus asa dan bersedih ketika menempuh sebarang kegagalan kerana
semakin dibelai kesedihan, kepiluan pasti semakin manja. Guru-guru perlu diberikan
inspirasi kerana inspirasi itu akan mewarnai kehidupan dengan penuh makna dan
keceriaan. Kata-kata dari Willian Arthur Ward buat guru yang bijak, guru yang sederhana,
memberitahu, guru yang baik, menerangkan, guru yang lebih baik, menunjukkan dan guru
yang hebat, memberi inspirasi.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. Guru itu mulia dan memuliakan.
2. Guru tidak perlu berburuk sangka.
3. Guru perlu pintar mengawal emosi.
5. Guru perlu tabah tanpa berputus asa.
6. Bersyukurlah atas apa yang kita miliki.
7. Sentiasa tersenyum meskipun dalam kesusahan.
8. Buanglah rasa malas.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Seorang guru perlu mengamalkan sifat-sifat yang mulia dan terpuji dalam organisasi dan
juga semasa menjalankan P&P. Buku Buat Guru Yang Bijak ini banyak mendedahkan
sifat-sifat mulia yang boleh dipraktikkan dalam P&P untuk dijadikan teladan kepada
murid-murid seperti sabar, bijak mengawal emosi, tidak berburuk sangka dan sentiasa
tersenyum.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

................................... ..........................................
(MAZNAH BINTI ISMAIL) ( ROSMAN BIN BACHOK )

48

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru LEE FUNG LI 3. Bidang: MOTIVASI
2. Judul
21 HABITS , A WELLNESS
SURVIVAL GUIDE

4. Tarikh Pembentangan 20 April 2020 5. Masa:11.43 pagi

6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis

Buku ini merupakan sebuah buku yang menggalakkan pembaca untuk memulakan gaya
hidup yang lebih sihat. Ia juga menerangkan dan memberi persediaan dari segi mental
halangan yang mungkin mengagalkan percubaan untuk mengubah gaya hidup kita.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Buku ini menerangkan 6 langkah untuk membuat persediaan dan 21 habit untuk menjaga
kesihatan kita.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Pengetahuan ini penting supaya kita dapat badan yang sihat dan bersedia untuk
mengajar dan belajar dengan lebih efektif dari segi fizikal dan mental. Kita juga boleh
berkongsi ilmu yang telah dipelajari dengan rakan sekerja dan juga anak murid.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( LEE FUNG LI ) ( ROSMAN BIN BACHOK )

49

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru AZLAN BIN ARSHAD

2. Judul SKETCHUP FOR DUMMIES 3. Bidang: ICT

4. Tarikh Pembentangan 19/4/2020 5. Masa: 19/4/2020

6. Tempat SMK TAMAN UNIVERSITI
Pembentangan

7. Sinopsis

Buku ini menunjukkan cara menggunakan perisian SketchUp untuk menghasilkan model
3D secara langkah demi langkah yang mudah. Bermula daripada menghasilkan
pandangan pelan objek mudah seperti kotak sehingga menghasilkan produk penuh. Juga
menghasilkan kesan realistik seperti permukaan kayu atau besi. Buku ini juga mengajar
cara menjana gambar pelan objek utuk cetakan secara profesional.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. Menghasilkan model 3D secara mudah dan pantas.
2. Menghasilkan lukisan Isometri, Ortografik dan Ceraian yang lengkap dengan
pendimensian

ukuran.
3. Menyediakan cetakan gambar objek 3D yang lengkap.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Perisian SketchUp digunakan semasa kerja kursus Reka Cipta. Pelajar perlu
menghasilkan produk ciptaan mereka dalam bentuk 3D. Oleh yang demikian, guru perlu
mahir menggunakan perisian ini supaya dapat membantu pelajar dalam tugasan yang
perlu dilengkapkan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( AZLAN BIN ASRHAD ) (ROSMAN BIN BACHOK )

50


Click to View FlipBook Version