The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by myyusidah, 2020-05-19 10:37:31

SINOPSIS BUKU SMKTUN

SINOPSIS BUKU SMKTUN

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru Kalyani a/p Jayagopal 3. Bidang: Bahasa
2. Judul
The Joy of Missing Out : Live
More by Doing Less

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis

We all desire a life of great relationships, meaningful work and purpose. Yet the demands
of time, the needs of others and our own expectations of who we should be overwhelm us.
This book is to get back in control of our life. It helps us become focused on the truly
significant and gives courage to prune back those to-do lists that are holding you back.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

The importance of working effectively.
Feeling effective is more important than feeling busy. Focus our mind and time on what
matters and stop worrying about everything else.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

This book helped me manage my stress when I’m unable to meet deadlines or when I’m
gloomy due to my health. It is not about how many ticks there are on my checklist but
totally depends on how effective and efficient I am in doing my job. This certainly gave me
a new perspective in facing unbearable workloads.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( Kalyani Jayagopal )
( ROSMAN BIN BACHOK )

151

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru Nadia Ezza Binti Nordin

2. Judul Guru Sebagai Fasilitator 3. Bidang: Pendidikan
5. Masa: -
4. Tarikh Pembentangan -

6. Tempat -
Pembentangan

7. Sinopsis

Buku ini mengandungi panduan praktis bagi guru untuk mewujudkan suasana yang
menarik di dalam kelas dengan melibatkan keterlibatan murid.Buku ini juga memberikan
idea, inspirasi, semangat serta keyakinan setiap guru untuk mengendalikan aktiviti pdpc
serta bimbingan dalam teknik pdpc di dalam kelas.Terdapat banyak model dan proses
pemudah cara yang diketengahkan di dalam buku ini bagi menggalakkan keterlibatan
murid, memberikan bimbingan pembelajaran kepada pelajar serta berorientasikan murid
yang mana guru boleh mengenalpasti stail yang bersesuaian dengan aras pemikiran
murid. Buku bertajuk ‘Guru Sebagai Fasilitator’ ini membantu guru untuk memantapkan
kebolehan diri guru sebagai pendidik yang mampu melestarikan motivasi diri sendiri serta
murid.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Nilai pengetahuan/ pengajaran yang saya peroleh sepanjang membaca buku ini ialah
semua guru berperanan sebagai pendidik yang saling mengenali dan memahami murid
tanpa memilih latar belakang dan pendidikan murid tersebut. Mendidik merupakan tugas
hakiki bagi seseorang guru dan guru perlu sedar tentang hakikat dalam mendidik yang
mana tidak semua guru boleh menjadi jurulatih, tidak semua jurulatih boleh menjadi
fasilitator, tidak semua fasilitator boleh menjadi kaunselor dan tidak semua kaunselor
boleh menjadi mentor. Semua tugas ini saling berperanan antara satu sama lain dan
sesuai dengan perspektif Islam yang menyatakan bahawa guru ialah seorang
Muallim(penyampai ilmu pengetahuan), Muddaris(pengajar), Murrabbi (pendidik),
Muaddib (pemupuk adab) dan Mursyid (pakar rujuk).

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Dapat menambahkan pengetahuan sedia ada tentang peranan guru serta pemilihan cara
P&P yang bersesuaian bagi menilai serta memahami murid di dalam kelas.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................

(Nadia Ezza Binti Nordin ) ( ROSMAN BIN BACHOK )

152

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI

Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru SYARIFAH MASITAH BT SAYED ABD RAHMAN

2. Judul BERUBAH SEBELUM REBAH 3. Bidang: MOTIVASI

4. Tarikh Pembentangan 15 APRIL 2020 5. Masa:

6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis

Buku motivasi yang berjudul Berubah Sebelum Rebah merupakan buku motivasi yang
memberikan kaedah terbaik dalam menangani sikap- sikap negatif yang membelenggu
kehidupan kita . Kaedah penulisan buku ini berbentuk motivasi melalui penceritaan ini
bukan sahaja menghiburkan ,malah akan membantu kita mengenali sikap yang
menghalang kemajuan diri. Sesuatu perselisihan yang berlaku dalam perhubungan
adalah disebabkan oleh perbezaan penerapan nilai diri.Perbalahan yang berlaku
disebabkan oleh perbezaan nilai sifat dan sikap,perbezaan ideologi dan
agama,perbezaan parti dan sebagainya.Malah perbezaan seseorang yang tidak berjaya
juga disebabkan oleh penerapan nilai dirinya.Mengetahui hakikat ini,penulis menulis
dan mengulas mengenainya dengan harapan pengisian dan pengetahuan yang
disampaikan akan dapat membantu mencari titik pendamaian mahu pun sebagai tujuan
motivasi diri bagi mencapai kejayaan.

Di dalam buku ini terdapat sebuah kisah yang diberi judul Kisah Pendekar
Empat.Kisah ini bertujuan untuk menambahkan rencah penceritaan dalam keseluruhan
pengisian topik-topik yang ingin disampaikan.Kisah Pendekar Empat ini bermula dengan
empat orang jejaka sekawan yang diberi nama Hang Satu ,Hang Dua ,Hang Tiga dan
Hang Empat yang ingin menjadi pendekar terunggul dalam negeri Melaka.Kekalahan
kempat-empat pendekar ini kepada hulubalang bernama Komeng dari negeri Seberang
telah menjatuhkan maruah dan memalukan keseluruhan penduduk Kampung Sehijau
Lumut.Akhirnya keadaan ini menyebabkan mereka berempat mengambil keputusan pergi
ke Gunung ledang supaya dapat belajar ilmu persilatan daripada pendekar ulung yang
diberi nama pendekar Mastur.Sifat dan sikap yang berbeza-beza yang dimiliki
keempat-empat pendekar itu bagi menghadapi cabaran dan dugaan yang akan ditempuhi
dengan tujuan mencapai matlamat mempelajari ilmu persilatan memberi ruang kepada
penulis untuk menyampaikan topik-topik yang ingin diutarakan dengan lebih berkesan.

Konsep 4P merupakan salah satu topik yang ingin disampaikan oleh
penulis.Konsep 4P terdiri daripada pengisian,pengulangan,pengukuhan dan penerapan.
Pengetahuan,fakta dan ilmu bersifat tetap.Ia akan sampai kepada kita melalui
seseorang atau media.Pengisian yang menjadikan diri tidak tahu menjadi akan tahu,apa
yang diketahui itu jika dilatih dan dijalankan aktivti pengulangan bakal menjadikan
seseorang itu lebih tahu,mahir dan lama kelamaan akan menjadi tabiat atau program
diri.Selepas pengulangan untuk menjadikan diri lebih mahir dan pandai,maka kita akan
melalui proses yang dinamakan pengukuhan.Elemen keempat dan terakhir selepas
pengisian,pengulangan pengukuhan dalam konsep 4P ini ialah penerapan .Sesuatu
pengisian yang kita pilih untuk menjadi pandai melalui proses pengukuhan serta
pengulangan bakal diterapkan menjadi tabiat,program atau prinsip diri.Ramai yang tidak
mengetahui sebenarnya konsep 4P inilah yang membentuk prinsip diri seseorang itu. Kita
selalu disarankan agar tidak membazir masa, tapi kita jarang mendengar mengenai
pembunuh masa.Mengenal pasti contoh pembunuh masa memberikan ruang kepada kita
untuk mengenallinya dan seterusnya dapat mencari jalan untuk mengisi mahu pun
menggelaknya.Mesyuarat atau majis yang panjang, panggilan telefon, internet,pengosip,
setitis tarik ,kekesakkan lalu lintas, beratur panjang dan masalah teknikal merupakan

153

beberapa contoh pembunuh masa yang sering kita hadapi. Apa yang penting ialah kita
dapat memotivasikan diri bagi mencapai kejayaan dan kecemerlangan hidup.

Paling menarik dalam buku ini turut memuatkan kejayaan tokoh-tokoh terkenal
untuk membuka minda dan mencetuskan inspirasi .Kejayaan Nik Nur Madihah Binti Nik
Mohd Kamal memperoleh keputusan cemerlang lulus 20A dalam peperiksaan SPM tahun
2008 telah membuka mata dan memberi motivasi kepad ramai pihak terutamanya pelajar
yang hidup serba kekurangan bahawa kemiskinan bukanlah penghalang bagi mencapai
kejayaan.Kisah kejayaan tokoh-tokoh terkenal lain seperti Usain Bolt,George
Lucas,Michael Jordan,Shun Fujiimoto dan William Tong akan memberi banyak lagi
inspirasi untuk kita terus berusaha mencapai kejayaan yang dimpikan. Ramai yang tidak
menyedari bahawa sikap adalah aset yang sangat bernilai.Ia boleh menentukan kejayaan
seseorang namun ia juga boleh menjatuhkan sekiranya tidak diurus dengan betul.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. Nilai pnegetahuan yang terdapat dalam buku ini ialah nilai kebijaksanaan dalam
membuat sesuatu perkara atau dalam menyelesaikan masalah. Pentingnya sikap
berfikir dahulu sebelum membuat keputusan dan tidak bertindak terburu-buru.

2. Selain itu pentingnya ilmu dalam diri seseorang untuk mencapai kejayaan dalam
hidup. Perlu cepat mengenalpasti sikap negatif atau buruk yang ada di dalam diri
yang menghalang kemajuan diri seseorang .

3. Pengajaran daripada buku ini ialah walaupun mempunyai kehebatan atau
kepandaian kita tidak perlu meninggi diri atau sombong sebaliknya perlulah
berkongsi ilmu atau berkongsi idea dengan orang lain,

4. Pengajaran seterusnya jangan mudah berputus asa jika menghadapi kekalahan
dalam hidup sebaliknya bangkit memperbaiki kelemahan contoh di dalam cerita
Pendekar Empat

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1. Aplikasi dalam ilmu dalam organisasi ialah mengamalkan sikap toleransi. Ini
memberi kelancaran dalam menjalankan sesuatu tugas

2. Seterusnya kaedah psikologi sosial dalam buku ini dapat membantu
seseorang berhadapan dengan pelanggan.

3. Aplikasi dalam P&P ialah dapat berkongsi tips-tips atau teknik-teknik untuk
berjaya daripada tokoh-tokoh terkenal dan pelajar cemerlang yang terdapat di
dalam buku ini.

Disediakan oleh, Disahkan oleh, )

........................................................ ...................................................
(SYARIFAH MASITAH SY.ABD RAHMAN ) ( ROSMAN BIN BACHOK

154

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI

Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru Hisham Bin Abdullah

2. Judul Falsafah Pendidikan Dan Kurikulum 3. Bidang: Pendidikan dan
Kurikulum

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan

7. Sinopsis

Buku ini adalah berkaitan dengan pengenalan kepada bidang falsafah dari segi pengertian,
perhubungan antara falsafah dengan pendidikan membawa kepada perkembangan falsafah
pendidikan di Malaysia, memperjelaskan konsep, perekabentukan, proses dan orientasi kurikulum
serta analisis kurikulum dari aspek-aspek kepimpinan dan pentadbiran, pelaksanaan dan penilaian
serta isu-isu semasa tentang falsafah dan kurikulum.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Pendidik perlu penguasaan ilmu kandungan kurikulum, berkemahiran yang tinggi dalam kaedah
pengajaran, mahir dalam aplikasi teori pertumbuhan dan perkembangan manusia, mempraktik
kemahiran bimbingan dan kaunseling dan runding cara, menapis, memilih dan cekap dalam
mengurus dan mengorganisasi maklumat yang diperoleh, mahir dalam penggunaan teknologi
maklumat dan teknologi terkini dan berkebolehan bekerjasama dalam kumpulan dan rakan
sejawat.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

5) Penguasaan tajuk yang diajar dengan menggunakan kaedah pengajaran terbaik
bersesuaian dengan pertumbuhan dan perkembangan pelajar.

6) Menggunakan kaedah kemahiran bimbingan dan kaunseling dan runding cara bagi
memenuhi kehendak pelajar yang pelbagai.

7) Menggunakan pelbagai jenis aplikasi teknologi audio dan video
8) Hubungan secara rangkaian (networking) antara sesama guru untuk mempertingkatkan

perkembangan profesionalisme keguruan tanpa banyak halangan birokrasi yang lebih
bersifat sehala.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,
.....................................................… ..................................................
(HISHAM BIN ABDULLAH ) ( ROSMAN BIN BACHOK )

155


Click to View FlipBook Version