The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by myyusidah, 2020-05-19 10:37:31

SINOPSIS BUKU SMKTUN

SINOPSIS BUKU SMKTUN

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru GOH SEOK LIAN

2. Judul ISU-ISU DALAM PENDIDIKAN 3. Bidang:Pendidikan
MATEMATIK matematik

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis

Secara umumnya, buku ini membincangkan pelbagai isu yang menyentuh bidang

matematik, peranan komunikasi dan bahasa matematik serta pengajaran dan

pembelajaran matematik menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi

(ICT).Terdapat banyak isu dalam pendidikan matematik pada zaman ini.Antaranya separti

masalah pelajar dalam pembelajaran matematik,masalah guru dalam pengajaran

matematik dan lain-lain. Buku ini juga menerangkan peranan komputer dan internet

dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.Matematik disifatkan sebagai satu

bahasa,konsep,operasi dan hukum matematik diwakili oleh bahasa

matematik.Penguasaan bwebahasa termasuklah menulis dan membaca..Disamping itu.

Buku ini juga membincangkan isu-isu seperti kepentingan komunikasi dalamkelas

matematik dan strategi pengajaran dan pembelajaran matematik secara berkesan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Melalui pembacaan dari buku ini,saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam
mengenai bukan sahaja pelbagai masalah pembelajaran yang dihadapi oleh
pelajar-pelajar,malahan masalah pengajaran yang dihadapi oleh para pendidik.Selain
daripada itu saya juga dapat mempelajari strategi-strategi yang boleh diamalkan bagi
menghadapi pelbagai masalah semasa PDPC. Penggunaan internet dalam pendidikan
dapat memudahkan tugas-tugas pengurusan para guru terutamanya dalam urusan
pemindahan fail dan lain-lain

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Aplikasi dalam PDPC yang boleh digunakanmelalui pembacaan saya daripada buku ini
ialah saya dapat mengenalpasti isu-isu dalam pendidikan matematik,Seterusnya dapat
menggunakan cara-cara yang dipelajari untuk menangani masalah -masalah ini pada
waktu pdpc akan datang

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........GOHSEOKLIAN........ ……......................
(En Rosman Bachok)
(GOH SEOK LIAN )

51

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru LIM SHIH YINN

2. Judul 21 HABITS 3. Bidang: MOTIVATION

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis

21 Habits cuts to the core of healthy living, explains exactly where to begin, and gives
practical tips on how to succeed. The best part of 21 Habits is about transforming
ourselves through habits. It can help us successfully add new habits to our lives and
become the best version on ourselves.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

This book contents 6 step how to built a habit and practical strategy in 21 habits how to
change our wellness level and life for good. It also provide 9 recipicks to help us improve
our wellness level.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

This knowledge is essential for us to have a healthy body and be prepared to teach and
learn more effectively both physically and mentally. We can also share the knowledge we
have learned with colleagues and students

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................ ........................................................
(LIM SHIH YINN ) ( ROSMAN BIN BACHOK )

52

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru HUI CHUI CHING

2. Judul BERHENTI MERAMPAS 3. Bidang:Pendidikan
HUBUNGAN SILATURAHIM

ANTARA ANAK DAN GURU /

IBUBAPA

4. Tarikh 5. Masa:
Pembentangan

6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis

Secara umumnya, buku ini berbincang tentang hubungan antara guru dengan murid di

sekolah atau kelas dan ibu bapa dengan anak di rumah. Anak balik rumah kata cikgu di

sekolah garang marah murid lain dan dia takut pergi ke sekolah sebagai ibu bapa perlu

tanya anak dengan baik adakah anda nakal di sekolah bukan cakap cikgu garang esok

saya pergi sekolah cari cikgu dan marah cikgu anda.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Melalui pembacaan dari buku ini,saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam sebab
mengenai murid tidak membuat kerja rumah di rumah. Cara pertuturan dengan murid dan
ibu bapa

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Aplikasi dalam PDPC yang boleh digunakanmelalui pembacaan saya daripada buku ini
ialah saya dapat mengenalpasti isu-isu dalam kelas,Seterusnya dapat menggunakan
cara-cara yang dipelajari untuk menangani masalah -masalah ini pada waktu pdpc akan
datang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

..………….......... ......................
(HUI CHUI CHING ) ( En Rosman Bachok )

53

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru TAN HUI LAN

2. Judul Teori dan Prinsip di Tempat 3. Bidang:Motivasi
Kerja

4. Tarikh Pembentangan 20/04/2020 5. Masa: 3.20Ptg

6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis

Secara umumnya, buku ini membincangkan 11 teori dan prinsip motivasi di mana menjadi

kunci kepada sikap rajin dan positif pekerja. Terbukti membantu menjadikan pekerja lebih

setia, bersedia dan bekerja tanpa meningkatkan kos operasi. Buku ini memberi tiga

perkara unggul kepada majikan, pengurus dan pegawai atasan bagi memotivasikan

pekerja: 1.Strategi dorongan dari dalam diri pekerja. Dahulu organisasi dilihat sebagai

tempat makan gaji, kini menjadi tempat berkembangnya potensi diri. 2.Strategi berfikir

seperti majikan. Pekerja yang berfikir gaya majikan akan mengurus kerja secara

berkesan. Mereka meletakkan faktor wang sebagai faktor kedua. 3.Strategi mengurus kos

membaik pulih yang dilakukan oleh pekerja kesan daripada suntikan motivasi yang tidak

kena cara dan tempatnya.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Melalui pembacaan dari buku ini,saya dapat mengetahui cara untuk meningkatkan
motivasi diri dalam tempat kerja. Apabila menghadapi situasi kehilangan motivasi dalam
tempat kerja, maka kita boleh mengaplikasikan strategi yang terdapat dalam buku ini.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Aplikasi dalam PDPC yang boleh digunakanmelalui pembacaan saya daripada buku ini
ialah saya dapat mengenalpasti strategi-strategi untuk meningkatkan motivasi.
Seterusnya saya dapat menjadikan organisasi sebagai syurga sekiranya saya gembira
dan kekal setia kepada organisasi. Hanya resipi motivasi yang memungkinkan ia berlaku.

Disediakan oleh, ) Disahkan oleh,

................................... ......................
( TAN HUI LAN (En Rosman Bachok)

54

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru WONG SHUI WAH 3. Bidang:Pengurusan
2. Judul Pendidikan
4. Tarikh Pembentangan Pembangunan Organisasi
Pendidikan 5. Masa:
18 April 2020

6. Tempat Pembentangan

7. Sinopsis
Perubahan sentiasa berlaku secara dalaman atau luaran. Manusia dan persekitaran berubah
untuk kesenangan, kesempurnaan dan kesinambungan kehidupan. Pembangunan organisasi
merujuk kepada perubahan dalam organisasi melalui beberapa siri dan aktiviti terancang untuk
mencapai matlamat business. Buku ini membincangkan konsep pembangunan organisasi secara
terperinci merujuk kepada situasi universiti, kolej, sekolah dan institusi pendidikan lain. Ianya
sesuai untuk pengurus dan pembuat polisi organisasi yang memerlukan perubahan demi berdaya
saing dalam business mereka. Bab awal menerangkan secara ringkas pembangunan dan
perubahan organisasi serta konsep intervensi yang boleh dilaksanakan sebagai strategi
perubahan terancang. Bab–bab seterusnya menerangkan secara lebih terperinci setiap komponen
konsep dan kaedah yang boleh dilaksanakan untuk menangani isu–isu perubahan. Guru boleh
mengenal pasti isu dalam organisasi masing–masing dan kemudian membuat keputusan memilih
pendekatan yang sesuai untuk menangani perkara tersebut.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Pembangunan organisasi adalah konsep yang boleh diguna pakai untuk membantu sistem
melakukan perubahan. Sekolah sebagai satu sistem yang sentiasa terdedah kepada kehendak
berubah sebagaimana sistem-sistem lain di dunia ini. Kehendak untuk berubah boleh dikenal pasti
melalui diagnosis awal diikuti dengan cadangan program-program intervensi. Isu-isu yang boleh
dijadikan landasan perancangan program intervensi yang dibahagikan kepada tiga yang utama
iaitu isu struktur, isu kemanusiaan dan isu strategik.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
Sekolah adalah sebuah institusi sosial yang memberi perkhidmatan pendidikan secara formal
tetapi proses pendidikan mungkin juga berlaku secara informal atau nonformal. Sebagai sebuah
organisasi pendidikan, sekolah adalah sistem sosial yang perlu peka dengan hasrat dan cita-cita
masyarakat. Para pelajar menerima kemahiran, ilmu pengetahuan, sistem dan nilai yang dibentuk
oleh sekolah melalui proses pendidikan kurikulum dan kokurikulum yang ditetapkan. Dengan ini,
sekolah perlu mempunyai tujuan, matlamat dan hasrat yang hendak dicapai. Sistem di sekolah
adalah sama dengan organisasi lain iaitu berdasarkan kepada falsafah, budaya, persekitaran,
lokasi dan trend pemimpin. Perbezaan mungkin dari kaedah mencapainya.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.......................................… ............................................
( WONG SHUI WAH ) ( ROSMAN BIN BACHOK )

55

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru LOW WOAN HSIA

2. Judul MED MENTAL TRENING 3. Bidang: BAHASA CINA

4. Tarikh Pembentangan 5/5/2020 5. Masa: 1200PM

6. Tempat BILIK WAR ROOM BILIK GURU BAWAH
Pembentangan

7. Sinopsis

Buku ini adalah berkaitan cara-cara melatih diri dengan menambahkan kekuatan mental

dan emosi dalam kehidupan seharian. Dengan bacaan buku ini, kita akan dapat

mengenali potensi dalaman sendiri dan mencungkil bakat yang sedia ada dalam diri

sendiri dalam mengharungi masalah dan dugaan kehidupan

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Teknik menetapkan matlamat kehidupan
Mengenali diri sendiri
Kemahiran berfikir
Mencungkil potensi yang tersimpan dalam diri

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Guru akan dapat menetap matlamat dan target serta objektif yang jelas semasa Pdpc
dengan penuh semangat dan berterusan.
Pada masa yang sama, guru juga dapat membimbing pelajar dengan penuh motivasi .

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ROSMAN BIN BACHOK )
( LOW WOAN HSIA )

56

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru NOR AZAH BINTI AZIZ

2. Judul PEDAGOGI ASAS PENDIDIKAN 3. Bidang: PEDAGOGI

4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: -

6. Tempat -
Pembentangan

7. Sinopsis

Buku ini menawarkan pelbagai aspek pedagogi dan asas pendidikan yang merupakan

sebahagian daripada pengetahuan dan kemahiran yang perlu dikuasai oleh para guru.

Selain membicarakan konsep-konsep penting yang melibatkan pendidikan, pengajaran,

pembelajaran dan persekolahan, buku ini turut menghuraikan pelbagai aspek kurikulum

dan pengajaran, stail pembelajaran serta dinamika sekolah dan bilik darjah. Kesemua

aspek yang telah diketengahkan ini dibina dalam sembilan bab yang masing-masing

mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Keupayaan buku ini mempamerkan fakta-fakta

terkini dan menjelaskannya seberapa mudah yang boleh, dipercayai dapat membantu

guru mengukuhkan lagi pengetahuan, kecekapan dan pengalaman sedia ada mereka.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Salah satu ciri yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM
2013 – 2025) yang ingin melahirkan murid yang mampu bersaing pada peringkat global
ialah kemahiran berfikir. Terdapat tiga teknik atau aktiviti yang boleh menjanakan
kemahiran berfikir dalam kalangan murid semasa pdpc yang dibicarakan dalam buku ini
iaitu
i. Pengajaran berasaskan “Cort Thinking Programme”
- Bentuk latihan berfikir yang menggunakan beberapa teknik pembelajaran yang
telah diperkenalkan oleh Dr. Edward Debono. Antaranya ialah teknik PMI
(PLUS, MINUS INTERESTING POITS) iaitu teknik yang dilaksanakan dalam
kumpulan-kumpulan kecil dengan setiap anggotanya mengemukakan
pandangan atau pendapat mereka secara terbuka, sistematis dan berdisiplin.
Selepas proses perbincangan dijalankan, wakil kumpulan akan diminta
memberi maklum balas sebelum ia dapat diketengahkan untuk penilaian
kelas.
ii. Pembelajaran Berasaskan Bahan-bahan Grafik
- Aktiviti berfikir boleh juga dilaksanakan melalui penggunaan bahan-bahan grafik
yang difikirkan lebih menarik dan tidak membosankan murid. Contoh
perlaksanaan ialah Peta-Ithink (peta bulat, peta buih, peta buih berganda,
peta pokok, peta dakap, peta alir, peta pelbagai alir dan peta titi).
iii. Pembelajaran Berasaskan Masalah
- Merupakan sistem penyampaian yang tertumpu kepada keperluan
memperkembangkan kemahiran penyelesaian masalah dan juga sebagai
keperluan membantu murid untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran
yang diperlukan.
- Murid akan berhadapan berhadapan senario dunia sebenar.
- Murid diminta mempersembahkan beberapa perspektif tentang bagaimana
masalah itu boleh berlaku dan penyelesaian untuknya.
- Tugas guru ialah sebagai fasilitator iaitu dia seharusnya aktif dan sentiasa
bersedia memberi arahan tentang proses pembelajaran untuk memastikan
kumpulan kekal kepada sasaran dan membuat pilihan yang beralasan ke
atas isu yang dikaji dan bukanlah sebagai pemerhati pasif.

57

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

3 teknik di atas akan lebih ditekankan dalam pdpc selepas ini bagi meningkatkan
keupayaan kemahiran murid berfikir terutama teknik pembelajaran berasaskan masalah
yang mebolehkan murid menguasai soalan KBAT selaras dengan matlamat KSSM
Matematik iaitu membentuk individu yang berfikrah matematik iaitu individu yang
berpemikiran matematik, kreatif dan inovatif serta berketerampilan mengaplikasikan
pengetahuan dan kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab dalam
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, berlandaskan sikap dan nilai agar
berupaya menangani cabaran dalam kehidupan harian, selaras dengan perkembangan
sains dan teknologi dan cabaran abad ke-21.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

….………………………… .....................................................
( NOR AZAH BINTI AZIZ ) ( ROSMAN BIN BACHOK )

58

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru HASLINA BINTI ANUAR

2. Judul Inside Steve’s Brain 3. Bidang: Bahasa

4. Tarikh Pembentangan 21 April 2020 5. Masa:

6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis

Buku ini mengupas sipi-sipi pemikiran Steven Jobs bermula dari zaman kanak-kanak,

zaman persekolahan, zaman pembentukan syarikat Apple (jatuh bangun Apple) sehingga

beliau menghembuskan nafas terakhir setelah berjuang dengan penyakit kanser. Jobs

mempunyai daya imaginasi yang tinggi dari kecil lagi dan sentiasa berkreatif dalam

menghasilkan sesuatu inovasi. “Creativity is just connecting things’ adalah moto hidup

Jobs kerana beliau merasakan inovasi adalah hasil ‘puting things together’ secara unik.

Pengarang mengenalpasti kekuatan dan kelemahan Jobs. Kekuatan beliau adalah

keterujaan untuk mencipta produk baru, kebolehan berkomunikasi dengan baik untuk

memperkenalkan produk baru dan bijak berkolaborasi dengan syarikat besar seperti

Disney menerusi Pixar.. Kelemahan beliau termasuk tiada bakat untuk mengarah filem,

kurang berminat untuk berurus niaga dengan Wall Street (urusan kewangan syarikat

diserahkan kepada Fred Anderson), kurang mahir dalam pengurusan pengoperasian

syarikat (urusan operasi syarikat diserahkan kepada Tim Cook) dan kurang fokus

(sentiasa ingin mengeluarkan produk baharu walaupun produk terdahulu baru saja

diperkenalkan). Jobs masih ingin memberikan impak terbesar kepada penjualan Apples

walaupun beliau tahu umur beliau tidak panjang. Pengarang juga mengupas keadaan

syarikat Apple selepas ketiadaan Steve jobs.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
‘Lessons from Steve Jobs’
1. Sentiasa sibukkan diri anda dengan sesuatu tugas.
2. Hadapi masalah dan buat keputusan bijak walaupun dalam keadaan yang sukar
3. Sentiasa tenang dan tidak beremosi
4. Sentiasa tegas dan adil
5. Buat keputusan berdasarkan fakta bukan perasaan
6. Minta bantuan orang lain jika ada masalah. Jangan bebankan semua masalah pada
bahu anda
7. Tumpukan fokus kepada perkara-perkara yang anda mahir dan minat

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
1. Latihan Comprehension menggunakan petikan karangan biografi Steve Jobs
2. Latihan Information Transfer menggunakan petikan pendek biografi Steve Jobs
3. Latihan Continuous Writing menjadikan Steve Jobs sebagai ikon

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( HASLINA BINTI ANUAR ) ( ROSMAN BIN BACHOK )

59

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru SHAMILA BINTI SARIF 3. Bidang: MOTIVASI
2. Judul
CHANGE YOUR THINKING
PATTERN AND ATTITUDE

4. Tarikh Pembentangan 20 APRIL 2020 5. Masa:10.00 PAGI

6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis

Buku ini mengandungi info tentang cara pemikiran dan sikap seseorang untuk berubah.
Telah berulang kali dinyatakan bahawa hidup itu sukar dan orang berubah dari semasa ke
semasa sepanjang hidup mereka. Malangnya, perubahan itu biasanya bukanlah
sesuatu yang bermanfaat bagi orang itu. Sebaliknya, ia adalah perubahan negatif yang
perlahan-lahan mengikis keadaan mental seseorang. Tidak lama kemudian, mereka
menjadi muak dan bosan dengan diri sendiri dan menginginkan perubahan positif.
Sudah tentu, cara terbaik untuk mengubah pandangan seseorang terhadap kehidupan
adalah dengan mengubah sikap kita. Biasanya, perubahan memerlukan masa dan
ketekunan. Tanpa motivasi dan keinginan untuk berubah, kita tidak boleh berharap
untuk berubah. Tidak lama lagi, kita akan dapat meninggalkan aspek negatif kita dan
terus menuju masa depan yang lebih positif. Sudah tentu, kita dapat melihat hasil usaha
kita sendiri, kita mesti percaya terlebih dahulu bahawa kita dapat memperoleh hasil yang
kita inginkan. Kita perlu memahami apa yang boleh kita lakukan untuk mengubah diri kita.
Namun, keputusan akan bergantung kepada diri kita sendiri kerana langkah pertama
menuju perubahan adalah bergantung kepada kita.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Selepas membaca buku ini saya dapati bahawa kita perlukan motivasi dan keinginan
untuk berubah. Kita juga perlu mengubah pandangan dan sikap kita ke arah yang lebih
positif dalam kehidupan.

60

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Aplikasi yang saya boleh terapkan di dalam organisasi, kita perlu ada sikap mengambil
hati dan berkorban. Setiap perkara yang berlaku di tempat kerja perlu diterima dengan
hati yang terbuka dan positif. Kita perlu berasa gembira apabila berada di tempat kerja
supaya apa yang kita dapat di akhir bulan akan membawa kebahagiaan kepada keluarga.
Biarlah setiap hari kita balik kerja dengan penuh kegembiraan.

Dalam P&P pula, sikap positif amat penting diterapkan kepada pelajar. Sikap positif akan
menggambarkan kehidupan masa depan yang lebih baik dan berjaya. Jika ini ada dalam
pemikiran pelajar, mereka akan mengikut pelajaran dengan penuh semangat. Mereka
akan belajar bersungguh-sungguh untuk menghadapi ujian dan peperiksaan. Mereka
akan mempunyai kemahiran belajar mendengar, menyiasat, berfikir dan bercakap dengan
baik. Sikap positif akan membawa mereka bercampur dengan rakan-rakan yang sentiasa
berfikiran positif juga. Sikap positif jika dibawa dalam proses pembelajaran akan
menghasilkan sesuatu yang sangat berfaedah.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.............................................. ........................................…
( SHAMILA BINTI SARIF ) ( ROSMAN BIN BACHOK )

61

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah: JEA1049

1. Nama Guru NIK ROZITA BINTI AB LATTIP

2. Judul FADHILAT AMAL KISAH PARA 3. Bidang: KEAGAMAAN
SAHABAT NABI 5. Masa: 12.00 PM

4. Tarikh Pembentangan 21 APRIL 2020

6. Tempat DALAM APLIKASI TELEGRAM
Pembentangan

7. Sinopsis

Sheikh Maulana Zakariya merupakan seorang tokoh ulama hadis yang dikenali ramai
berasal dari India, lebih-lebih lagi dalam kalangan ahli Jemaah Tabligh seluruh dunia.
Usaha beliau dalam memartabatkan ilmu dan dakwah Islam begitu besar sekali
signifikannya kepada perjuangan menyebar luaskan Islam dan sunnah Nabi S.A.W Hasil
tulisannya telah menjadi sumber rujukan dan bacaan umat Islam seluruh dunia dan
diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa utama dunia. Kitab Fadhail 'Amal (Fadhilat
Amal) merupakan hasil karangan Sheikh Maulana Zakariya yang terkenal, ia adalah
himpunan hadis-hadis. Ruang lingkup perbicaraannya merangkumi tujuh bahagian iaitu:
a. Kisah-Kisah Para Sahabat. Para sahabat mematuhi arahan Nabi SAW sebagai ketua
dan pemimpin dalam apa jua masalah dan menyelesaikan semua masalah secara
bersama.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Kitab ini juga merupakan salah satu kitab bacaan dan rujukan yang digunakan oleh
Jemaah Tabligh. Semoga dengan kehadiran kitab yang telah diterbitkan semula dalam
tulisan rumi Bahasa Melayu ini akan memberikan kita pencerahan dan perkongsian ilmu
yang bermanfaat. Dengan ilmu yang diperolehi itu dalam kita amalkan dalam meraih
keredhaan Allah dan meneguhkan lagi iman kita serta menyempurnakan amal ibadah
seharian kita.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Kita mesti patuhi arahan ketua kerana melalui arahan ketua dapat berkerja dengan lebih
sistematik. Dalam perspektif islam,setiap manusia di galakkan untuk sentiasa
mengamalkan prinsip dan juga semangat berorganisasi. Contoh, setiap umat islam di
tuntut untuk mengerjakan solat secara berjemaah dengan melantik seorang ketua iaini
(imam). Begitu juga dengan urusan musafir. Setiap manusia di galakkan bermusafir
secara berjemaah dan melantik salah seorang dari mereka untuk menjadi ketua. Begitu
jugalah dengan amalan lain. Ini menunjukkan betapa pentingnya hidup dalam
berorganisasi. Oleh itu,sangat jelas bahawa kehidupan berorganisasi ini sangat
bermanfaat kerana mempunyai ciri-ciri penting dalam membentuk masyarakat yang

.bertamadun

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ( ........................................................
(NIK ROZITA BINTI AB LATTIP ) )

62

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru Norasmah Binti Ambok Tang

2. Judul Psikologi Orang Berjaya 3. Bidang: Motivasi
5. Masa:
4. Tarikh Pembentangan -

6. Tempat -
Pembentangan

7. Nama pengarang : Ainon Mohd

Tahun terbitan : 2017

Muka surat : 368

Sinopsis

Buku ini memberi pengenalan tentang psikologi orang berjaya. Kejayaan dipengaruhi oleh
banyak faktor, bukan setakat kelulusan akademik, modal, semangat, dan kecekalan.
Buku ini adalah usaha sederhana bagi menerangkan faktor-faktor selain daripada yang
empat itu, yang begitu mempengaruhi kejayaan. Ini bukanlah buku terbaik, tetapi
pembaca mendapat maklumat yang membantu mereka mengorientasikan semula sistem
keutamaan mereka dalam mengejar kejayaan.

Ketahui ciri-ciri jiwa dan cara berfikir manusia pejaya. Buku ini ditulis dengan tujuan utama
supaya pembaca memahami selama ini kita banyak salah faham dan keliru berkenaan
syarat-syarat menjadi orang yang berjaya.

Penulis di dalam buku ini membawa pembaca untuk sama-sama mengeksplorasi dunia
kejayaan berdasarkan ciri-ciri dan tips yang dikongsikan oleh insan-insan yang telah
berada di puncak kejayaan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini amat sesuai bagi yang bukan daripada bidang psikologi. Penjelasan yang padat
dengan kajian teori, gaya bahasa yang mudah difahami. Selain itu, pemahaman dapat
dibuat dalam masa yang singkat sekaligus meningkatkan keyakinan diri.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini dapat memperbaiki dan meningkatkan keyakinan diri seseorang yang ingin
berjaya dalam organisasi /P&P. Selain itu, mempunyai konsep diri yang jitu, kualiti kerja
sendri, berkongsi idea, berkhidmat dengan penuh keikhlasan dan kesyukuran dan
menjadi “role model” kepada anak didik kita.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ..............................................
(Norasmah Binti Ambok Tang )
( Rosman bin Bachok )

63

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru PN.SITI SALWA BINTI ABU BAKAR

2. Judul BERSYUKUR SAAT DIUJI 3. Bidang: MOTIVASI
(MUHD KAMIL IBRAHIM) 5. Masa:

4. Tarikh Pembentangan

6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis

Ia adalah hasil karya penulis ingin berkongsi pengalamannya untuk mendidik hati
manusia yang ingin kembali kepada Tuhan.
Buku ini membuat kita berfikir kekuasaan Allah. Allah mendididk manusia dengan
kuasaNya yang maha hebat. Setiap hari manusia melalui fasa ujian. Ada masa kita
mampu mengatasinya dan ada masa kita tersungkur.
Disebalik tabir kehidupan manusia itu terdapat peringatan, teguran dan didikan daripada
Allah untuk manusia sentiasa memperbaiki dirinya.
Penulis manggarap liku-liku kehidupannya dalam penulisannya mengaitkannya dengan
kehidupan . Hakikatnya setiap dari kita menghadapI ujian yang seumpama dengannya.
Indahnya Prf MKI menjalin kisah ujian ini disertakan dengan paduan dan pedoman santai
beserta sumbr alQuran dan Hadis.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. MENGAJAR MANUSIA UNTUK MENERIMA HAKIKAT UJIAN

2. BERLAPANG DADA APABILA BERBICARA TENTANG UJIAN ALLAH

3. HAKIKAT BAHAWA ALLAH MEMBERI TANDA-TANDA BAHAWA MANUSIA TIDAK
KEKAL DIDUNIA MELALUI PELBAGAI CARA

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Menyedari hakikat manusia adalah sama. Sifat dan peringatan dalam alQuran adalah
untuk semua manusia atau kaum ape walau di mana mereka berada .

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ................................................
(PN.SITI SALWA BINTI ABU BAKAR ) ( EN. ROSMAN BIN BACHOK )

64

Nama Sekolah: BORANG SINOPSIS BUKU
Kod Sekolah: JEA1049
SMK Taman Universiti

1. Nama Guru Suriani binti Rashib

2. Judul Gaya Pengajaran dan 3. Bidang: Bahasa
Pembelajaran 5. Masa:

4. Tarikh Pembentangan Tiada

6. Tempat Tiada
Pembentangan

7. Sinopsis

Buku ini mengupas pelbagai aspek penting dalam pembelajaran sekaligus
membincangkan elemen pengajaran dari pelbagai sudut dan perspektif. Ramai pakar
dalam pendidikan bersetuju mentakrifkan pengajaran sebagai bentuk komunikasi dan
interaksi yang dinamik. Ini merangkumi aktiviti perhubungan dan interaksi dua hala antara
guru dan pelajar.

Terdapat lima model gaya pembelajaran yang popular dan tersohor diketengahkan dalam
buku ini, iaitu Myers –Bringgs Type Indicator (MBTI 1985), Dunn dan Dunn (1992), Klob
Learning Style Inventory (1984), Hermann Brain Dominace Instrument dan Felder –
Silverman Learning Style Model.

Model –model gaya pembelajaran ini dapat membantu pembaca memahami secara jelas
kepelbagaian individu dan ragam belajar seseorang. Pengajaran yang berkesan
merangkumi kesemua unsur seperti corak dan gaya pengajaran, personaliti guru,
hubungan, interaksi, kesan dan cara mengatasinya.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Sebagai seorang guru, kita perlulah menggunakan pelbagai strategi, pendekatan, teknik
dan kaedah yang berbeza supaya proses pembelajaran yang dilalui mencapai tahap yang
optimum. Guru perlu kreatif dalam merancang dan menyampaikan pdpc kepada pelajar
agar objektif pembelajaran dapat dicapai.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Guru akan menerapkan model yang sesuai dalam pdpc guru dengan mengambil kira
sasaran pelajar di dalam sesebuah kelas. Amalan pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah masa kini perlu melalui transformasi kepada amalan pendidikan yang lebih
kreatif, kritis dan inovasi bagi mewujudkan keseronokkan dan minat dikalangan pelajar .

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................

(Suriani binti rashib ) ( Rosman bin Bachok )

65

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru MURNIDA BINTI MAHADY

2. Judul JANGAN BERSEDIH 3. Bidang: MOTIVASI

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa: 12.30 TENGAH
HARI

6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis

Buku ditulis ini mengandungi konsep motivasi dan hasil kajian penulis Ustaz Malek Afifi
bin Muhamad Yusof (penceramah bebas). Buku ini memberi beberapa cara penyelesaian
bagi pelbagai masalah yang timbul dalam kehidupan manusia. Buku ini merupakan
kumpulan pelbagai topik yang disusun rapi dan telah disaring serta ringkas. Ringkasan
buku ini akan mengatakan kepada kita “bergembiralah, bertenanglah, bersikap optimis
dan jangan bersedih”.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini dapat memberikan penyelesaian terhadap segala permasalahan manusia seperti
keraguan, kegelisahan, dukacita, penderitaan, kesedihan dan pelbagai lagi melalui
tuntutan cahaya wahyu, petunjuk ajaran Nabi dan panggilan fitrah kemanusiaan serta
melalui pelbagai sarana yang kreatif dan etika yang mengagumkan. Terdapat nukilan
sejarah para sahabat terbaik dan tab’in terpilih yang mana kita boleh jadikan panduan
untuk menyelesaikan masalah.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Dalam melaksanakan tugas kerja sebagai seorang guru pada zaman sekarang, banyak
tekanan yang diterima oleh seorang guru darjpada pihak ibu bapa dan tuntutan kerja
hakiki. Ramai guru boleh menjadi murung dengan tekanan-tekanan ini. Oleh itu, dengan
pembacaan buku ini, guru-guru dapat mencari panduan penyelesaian masalah supaya
diri menjadi lebih tenang sekaligus dapat menghadapi tekanan yang dihadapi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( MURNIDA BINTI MAHADY
) ( ROSMAN BIN BACHOK )
GURU PENDIDKAN KHAS

66

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK TAMAN UNIVERSITI Kod Sekolah:
JEA1049

1 Nama Guru ROSMALIZAN BINTI HASSAN
.

2 Judul Menangani Sifat Marah 3. Bidang: Motivasi
.

4 Pengarang Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, 5. Muka Surat:104
. Mumtazah Tumian dan Mahfuzah
Omar

6 Terbitan Telaga Biru sdn. bhd
.

7 Sinopsis :
.

Buku ini membincangkan panduan untuk individu menangani sifat marah yang ada dalam diri.
Sifat marah ini ditamsilkan seperti seekor singa yang berada dalam diri manusia. Seekor singa
yang lepas bebas boleh membahayakan ramai orang. Dia akan menjadi anti sosial, ego, dan
garang. Ianya digelar raja binatang.

Namun sebaliknya, seekor singa yang telah dijinakkan mampu menjadi penghibur seperti
singa sarkas. Ia juga mampu menjadi hero dalam filem, pergerakannya lemah lembut sehingga
kanak-kanak pun mampu terpikat kepadanya,

Begitulah sifat marah dalam jiwa manusia, jika tidak terkawal mampu mengundang musibah.
Marah harus dikawal seperti penjaga zoo melatih singa. Makanannya tetap daging mentah tetapi
tidak menyerang sesuka hati seperti singa di hutan ketika mencari makanan.

Sifat marah yang terkawal akan mengubah manusia menjadi makhluk “super” seperti yang
terjadi kepada Khalifah Umar Al Khatab. Sebelum Islam dia umpama singa setelah Islam juga dia
tetap singa. Malah singanya Umar setelah Islam telah menjadikan Islam itu bertambah kuat serta
menjadi dalil sejarah yang menjadi contoh mukmin sejati sehingga ke hari ini.

Antara cadangan buku ini untuk mengawal sifat marah ialah mengamalkan sift-sifat terpuji,
mencintai Allah dan Rasul,dan hidup berkeluarga dengan mewujudkan suasana tenteram dan
harmonis.

Selain itu, menerusi buku ini disertakan juga cerita-cerita motivasi, potongan ayat al
Quran dan al Hadis yang menjadi panduan untuk mengawal sifat marah. Terdapat juga doa-doa
yang disarankan untuk menjadi amalan sekeluarga.

8 Nilai Pengetahuan / Pengajaran
.

Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mengawal sifat marah. Amarah yang tidak
terkawal akan mengundang natijah negatif terhadap individu dan masyarakat di sekelilingnya.
Marah yang tidak terkawal akan mencetuskan pergaduhan, mengundang kemurungan,
menjadikan diri dibenci, mengganggu kesihatan minda, menjejaskan kesihatan seperti cepat tua,
sakit jantung, darah tinggi dan jangkitan kuman.

Di samping itu, pembaca dicadangkan kaedah-kaedah untuk mengawal kemarahan seperti
beristighfar, kurang menimbulkan provokasi, jangan menambahkan kemarahan orang lain yang

67

sedang marah, benarkan atau iakan hujah orang yang sedang marah, segera mengingati diri
bahawa marah bukan penyelesaian masalah, segera ingat marah bukan tindakan manusia
bertamadun, memperlahankan intonasi suara ketika di khalayak, jangan memandang muka orang
yang sedang marah, lepaskan kemarahan dengan menjerit di tempat sunyi dan segera berwuduk
dan bersembahyang sunat.

“Firman Allah SWT “Sesungguhnya solat itu akan mencegah daripada perbuatan keji dan
mungkar”. (Al Ankabut : 45)

9 Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
.

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk
mengubah tabiat manusia yang sering marah kepada sikap yang positif. Tugas guru berhadapan
dengan pelajar yang juga masih di usia anak-anak yang banyak karenah. Pelajar sekolah
seringkali melakukan salah laku dan acap kali menimbulkan provokasi kepada guru. Oleh itu, guru
perlulah bijak mengawal emosi supaya permasalahan pelajar ini ditangani dengan berkhemah dan
bijaksana. Guru perlu mengawal kemarahan kerana marah yang tidak terkawal akan
mengakibatkan tindakan yang kurang bijak seperti melempang dan memukul di luar batasan
manusia. Guru-guru merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di samping
menyalurkan ilmu adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mendidik pelajarnya
dengan nilai-nilai yang baik. Berikanlah contoh yang baik kepada mereka.

Kesimpulan

Tuntasnya, sifat marah perlu dizahirkan dalam bentuk lain seperti keazaman , kesungguhan,
kegigihan, kerja keras, semangat mengatasi orang lain, dan paling penting ilmu mengawal
kemarahan perlu dikuasai supaya diri menjadi individu yan berjaya di dunia dan akhirat.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

............................................. ........................................................
(ROSMALIZAN BINTI HASSAN) ()

68

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah:
Kod Sekolah: JEA 1049

1. Nama Guru FADZLUNESA BINTI ISA

2. Judul 13 THINGS MENTALLY 3. Bidang: MOTIVASI
STRONG PEOPLE DON’T DO 5. Masa:

4. Tarikh Pembentangan

6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis

Pendedahan tentang kemahiran kaunseling yang digunakan dalam menghadapi 13 isu
harian yang memberikan tekanan kepada manusia secara umumnya. Penulis merupakan
ahli psikoterapi membuat perkongsian hasil daripada kajian ringkas seluruh dunia dan
menggariskan 13 perkara merupakan antara isu yang telah dikelompokkan secara
bersama.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Secara umumnya, masalah dan isu yang dihadapi oleh manusia boleh diatasi dengan
memperbaiki cara berfikir manusia. Dengan membina kekuatan mental individu, ianya
mampu mengubah kualiti kehidupan individu

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Untuk membangunkan sebuah organisasi yang kukuh pada zaman yang mencabar
memerlukan individu yang sihat dan kuat secara mental. Buku ini memberikan
pendedahan tentang kaedah menangani isu-isu individu.

Sebagai guru bimbingan dan kaunseling, teknik dan pendekatan yang digunakan penulis
boleh diaplikasikan terhadap klien-klien di sekolah

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

................................................… ....................................................
(FADZLUNESA BINTI ISA ) (ROSMAN BIN BACHOK )
Guru Bimbingan & Kaunseling Sepenuh Masa,
SMK Taman Universiti, Johor Bahru. Pengetua,
SMK Taman Universiti, Johor Bahru.

69

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah:
Kod Sekolah: JEA 1049

1. Nama Guru FADZLUNESA BINTI ISA

2. Judul THE ART OF GETTING ALONG 3. Bidang: MOTIVASI
WITH PEOPLE

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis

Penulis memberikan pendedahan berkenaan dengan kemahiran komunikasi yang baik
adalah sangat penting dalam berhubungan sesama manusia. Kemahiran komunikasi ini
meliputi kemahiran interpersonal, kemahiran komunikasi bersama dengan kanak-kanak
dan remaja, individu yang sukar dan kegembiraan manusia terhadap pujian.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Kemahiran komunikasi yang baik sangat diperlukan untuk membina hubungan baik
sesama manusia. Kegagalan komunikasi yang baik menyebabkan hubungan sesama
manusia terjejas dan menyebabkan kegagalan individu utnuk berkembang secara positif
dalam kehidupan mereka.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Dengan kemahiran komunikasi yang baik, hubungan baik sesama manusia membolehkan
matlamat individu mahupun organisasi lebih mudah dicapai.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(FADZLUNESA BINTI ISA ) (ROSMAN BIN BACHOK )
Guru Bimbingan & Kaunseling Sepenuh Masa,
Pengetua,
SMK Taman Universiti, Johor Bahru.
SMK Taman Universiti, Johor Bahru.

70

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah:
Kod Sekolah: JEA 1049

1. Nama Guru FADZLUNESA BINTI ISA

2. Judul PSIKOLOGI BILAZIM 3. Bidang: MOTIVASI

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis

Buku ini adalah berkenaan dengan punca, ciri-ciri dan kaedah rawatan bagi individu
yang bertingkah laku di luar normal manusia. Penulis membuat garapan idea dengan
memberikan pendedahan berdasarkan teori kajian dan kaedah rawatan berkenaan
dengan tingkahlaku bilazim yang banyak terjadi pada masa ini.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku inimemberi pendedahan tentang konsep, kaedah, teori dan juga perancangan
rawatan bagi inidividu yang menunujukkan tingkahlaku bilazim pada masa ini.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
Mengaplikasilan perancangan rawatan kepada klien-klien di sekolah yang menunjukkan
tingkahlaku bilazim disekolah mnegikut kesesuaian.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(FADZLUNESA BINTI ISA ) (ROSMAN BIN BACHOK )
Guru Bimbingan & Kaunseling Sepenuh Masa,
Pengetua,
SMK Taman Universiti, Johor Bahru.
SMK Taman Universiti, Johor Bahru.

71

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru Ng Siang Han

2. Judul 21 DAYS OF INSPIRATION 3. Bidang: MOTIVASI
5. Masa: 10.30am
4. Tarikh Pembentangan 18/4/2020

6. Tempat TELEGRAM
Pembentangan

7. Sinopsis

Buku ini ditulis oleh Sze Wing Vetault. Seperti judul buku “21 Days of Inspiration”, buku ini
memberi ilmu harian untuk menenangkan pemikiran kita selama 21 hari. Buku ini boleh
menjadi petua semasa kita menghadapi masalah. Ia mengajar kita supaya berterima
kasih kepada apa-apa yang dihadapi tidak kira yang baik atau yang buruk, kerana ia
memberi peluang untuk kita belajar dan menjadi lebih maju. Ia juga memberitahu kita
bahawa yang kurang itu lebih (less is more) – “When we force ourselves in doing things or
taking on things that are not important to us, it actually drains our energy.” Lepaskan apa
yang patut dilepaskan, ia memberi kita lebih masa dan tenaga untuk perkara yang lebih
penting dan diperlukan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Kita perlu sentiasa menenangkan pemikiran kita dan melihat ke dalam hati kita supaya
kita tahu apa yang perlu dilakukan dan tidak terlalu tertekan.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Apabila berhadapan dengan kerja yang banyak dan semakin susah, serta apabila
berhadapan dengan murid yang sentiasa mencabarkan guru, saya akan cuba
menenangkan pemikiran dahulu sebelum menyelesaikan masalah tersebut.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,
NG
........................................................
........................................................ ( ROSMAN BIN BACHOK )
( NG SIANG HAN )

72

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru NORIZAN BINTI MAMAT 3. Bidang: MOTIVASI
2. Judul
PENGALAMAN ADALAH GURU
TERBAIK

4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: -

6. Tempat -
Pembentangan

7. Sinopsis

Berdasarkan bacaan saya daripada buku ini ialah masa lalu adalah guru yang terbaik

untuk seseorang. Ini Kerana , ia merupakan kumpulan kejadian dan pengalaman yang

dialami bagi setiap individu yang boleh menyumbang satu nilai pengajaran. Pengalaman

tersebut akan memberi manfaat yang sangat besar dalam hidup seseorang yang berakal

sekiranya mereka mahu berfikir.

Buku ini adalah taman pengetahuan. Di dalamnya dibincangkan berkaitan keelokan masa
sekarang dan sentuhan keindahan masa lampau. Semua yang terjadi adalah tidak lain
adalah sebagai pengajaran untuk kita mengharungi masa sekarang secara lebih baik
berpandukan masa lalu. Dalam buku ini menyeru orang- orang Islam supaya mengambil
pelajaran daripada pegalaman terdahulu dan merealisasikan dengan perbuatan yang
positif, antaranya adalah dengan tekad berkarya dan memberikan kemanfaatan kepada
orang lain. Dengan membaca buku ini dapat saya merealisasikan hidup saya sebagai
seorang guru yang seharusnya mesti mempunyai sikap yang positif dalam diri demi
mendidik anak- anak pelajar. Buku ini juga menegah kritikan- kritikan yang tidak
membangun serta menyibukkan diri dengan kekurangan dan aib orang lain.
Sebagaimana Falsafah beliau bahawa kemuliaan ilmu jauh lebih tinggi berbanding
kemuliaan Ibadah. Oleh itu , selamat dan beruntunglah orang- orang yang mengajarkan
ilmu yang mereka miliki kepada orang lain, kerana sesungguhnya ia telah mendermakan
sebahagian Yang Allah anugerahkan kepadanya denagn sebaik- baiknya.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. Melatih murid atau pelajar supaya sentiasa berpikiran positif supaya dapat
menuju kejayaan

2. Mengenalpasti punca dan masalah berdasarkan pengalaman yang lalu
3. Meningkatkan motivasi dalam diri berdasarkan pengalaman yang lalu
4. Membimbing pelajar supaya belajar dari kegagalan

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
1. Membangkitkan semangat murid yang malas supaya rajin belajar.
2. Memberi dorongan kepada murid supaya berfikiran positif dalam belajar.
3. Menerangkan prinsi-prinsip meningkatkan motivasi dalam diri murid iaitu belajar dari
kesilapan dan melatih murid menilai punca dan sebab kegagalan.
4. Memahami ilmu pedagogi dan menggunakan strategi motivasi mendorong murid.
5. Meransang murid membina konsep diri yang posiitif.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(NORIZAN BINTI MAMAT ) ( ROSMAN BIN BACHOK )

73

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru SITI NUR SOLEHAH BINTI JUMA’AT

2. Judul KETERAMPILAN WANITA ALAF 3. Bidang: PENGETAHUAN
BAHARU DAN PROFESIONAL

4. Tarikh 5. Masa:
Pembentangan

6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis

Wanita mempunyai peranan sangat penting untuk mendidik anak menjadi generasi yang
terbaik di masa akan datang. Seorang wanita yang matang, berdaya maju dan berwibawa
semestinya mempunyai keterampilan intelek, sosial dan emosi. Seorang wanita yang
berlatar belakang pendidikan yang tinggi dan bekerjaya mampu mengangkat status sosial
dirinya sendiri dan dihormati oleh masyarakat. Wanita juga menjadi penyumbang

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Pengetahuan tentang aplikasi pendekatan “Ta” dalam komunikasi bagi kalangan wanita
bekerjaya dan tanggungjawab wanita sebagai pendidik.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Sebagai seorang wanita, guru, pendidik dan penjawat awam di sekolah yang perlu
berhadapan dengan murid serta para ibu dan bapa adalah sangat penting untuk
mempunyai keterampilan yang positif. Melalui buku ini, banyak ilmu yang dikongsikan
mendorong saya untuk menjadi seorang guru yang berpengetahuan tinggi, berdaya maju
dan menonjolkan keterampilan yang positif. Peranan wanita sangat besar dalam
menyumbang kepada pendidikan anak bangsa. Hal ini selaras dengan Wawasan 2020.
Sekian.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........Sol................................................ ........................................................
(SITI NUR SOLEHAH BINTI JUMA’AT ) ()

74

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru KHAIRUL NISAK BINTI OTHMAN

2. Judul BAGAIMANA MERANGSANG 3. Bidang: PEDAGOGI
SERONOK BELAJAR 5. Masa:

4. Tarikh Pembentangan

6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis

Buku ini mengandungi motivasi, tip dan teknik bagi merangsang rasa seronok belajar di

kalangan para pelajar. Ia sesuai diaplikasikan bagi semua peringkat umur dan mata

pelajaran. Antara perkara penting yang dibincangkan adalah berkaitan matlamat belajar,

rahsia seronok bbelajar, komunikasi berkesan, imej diri, mengurus emosi, teknik

mendorong perubahan pelajar, cara menegur, bahan bantu mengajar dan sebagainya. 20

aktiviti kreatif disediakan bagi membantu guru mewujudkan suasana belajar yang

seronok. Aktiviti-aktiviti ini sesuai digunakan bagi semua mata pelajaran. La juga dapat

merangsang guru menjana idea yang lebih kreatif dan menarik bagi mencipta

aktiviti-aktiviti lain yang sesuai dengan mata pelajaran yang diajar.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Nila pengetahuan yang dapat diperolah ialah suasana kelas yang kondusif dan
memberangsangkan dapat menggalakkan pelajar terus aktif dan seronok semasa belajar.
Bagi memastikan mereka sentiasa bersemangat dan seronok, guru perlu membantu
mereka menimbulkan minat belajar. Langkah pertama dalam menarik minat seseorang
pelajar ialah guru perlu mengenali pelajar mereka. Guru juga perlu menjaga imej diri,
berkomunikasi secara berkesan serta berfikiran positif dan pandai mengurus emosi. Guru
perlu menjadikan agama pegangan hidup yang kuat. Guru perlu menguasai teknik
mendorong perubahan pelajar dan mempelbagaikan kaedah pengajaran.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini membantu guru menguasai teknik mendorong perubahan pelajar, merangsang
seronok belajar daripada mempelbagaikan kaedah pengajaran serta mempelbagaikan
BBM. Buku ini juga turut menyertakan 20 aktiviti seronok belajar yang boleh dipraktikkan
oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(Khairul Nisak binti Othman )
( Rosman bin Bachok )

75

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru NORAZILA BINTI MAT HUSSAIN
2. Judul
CELIK MATA DAN JIWA 3. Bidang: Motivasi

4. Tarikh Pembentangan 24/04/2020 5. Masa: 9.00 pagi

6. Tempat Skudai, Johor
Pembentangan

7. Sinopsis

Celik Mata dan Jiwa adalah berkenaan dengan tujuan kehidupan manusia iaitu, untuk

menjadi hamba Allah, menjadi Khalifah dan mengimarahkan dunia dengan hukum Allah.

Apabila manusia mengetahui tujuan hidup mereka, maka mereka akan berusaha untuk

mencapai tujuan hidup tersebut berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan. Untuk

mencapai tujuan itu ia bermula dengan paradigma atau cara manusia berfikir atau cara

emosi bertindak balas dengan apa yang berlaku di sekeliling samada benda yang positif

atau yang negatif. Ia semua bergantung kepada paradigma kita bukannya dunia luar

tersebut, kerana tiada siapa yang boleh mengubah paradigma kita melainkan diri kita

sendiri. Semuanya bermula dengan fikiran, kerana fikiran akan membentuk emosi, emosi

akan membentuk perkataan, perkataan akan membentuk sikap, sikap membentuk

personaliti, personaliti yang menentukan destinasi dunia dan akhirat kita. Jika hendak

membetulkan dunia luar maka perlulah kita betulkan dunia dalaman kita dahulu melalui

pemikiran kita kerana Allah menganugerahkan kita akal yang cerdik untuk kita berfikir dan

melakukan amalan yang diperintahkan-Nya

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
7. Setiap manusia perlu jelas akan tujuan hidup mereka di dunia untuk membentuk
personaliti yang baik.
8. Untuk menentukan dunia luar kita perlu mengubah dunia dalaman (rohani).
9. Perlunya didikan dengan kasih sayang supaya dapat membentuk sikap saling
hormat menghormati, sentiasa ikhlas, berlemah-lembut dan sentiasa berfikir
bagaimana untuk memberi manfaat kepada orang lain.
10. Setiap kehidupan manusia berbeza, namun setiap kita telah dikurniakan akal
untuk berfikir bagi melakukan yang terbaik dalam kehidupan.
11. Hapuskan tabiat yang boleh merosakkan kebahagian seperti suka merungut,
menyalahkan orang lain dan berasa malu bukan pada tempatnya.
12. Dalam kehidupan perlunya penghijrahan untuk kearah yang lebih baik.
13. Kuatkan minda dan sentiasa positif dalam menghadapi cabaran kerana setiap
manusia pasti tidak terlepas daripada menghadapi ujian kehidupan.
14. Kehidupan sebagai manusia saling memerlukan antara satu sama lain, samada
dalam organisasi ataupun dalam keluarga, jadi setiap daripada kita perlulah
memainkan peranan masing-masing untuk ke arah kejayaan.
15. Sebagai pekerja kita perlu sentiasa sedar dan berusaha untuk menunaikan tugas
mengikut garis panduan dan syariat Islam.
16. Membuat refleksi setiap hari, jika tidak gembira maka tulislah apa matlamat yang
ingin dicapai dan apakah pemikiran yang menghalang kita dari mencapai apa
yang kita hendak.

76

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
5. Perlu sentiasa jelas akan tujuan kita bekerja dan bersedia dengan perubahan
yang mungkin akan perlaku dalam sistem pelajaran dan bersedia untuk berubah
untuk menjadi guru yang lebih baik.
6. Mengubah paradigma yang negatif kepada yang postitif kepada pihak pentadbir,
rakan sejawat, serta murid-murid membantu kita menjalankan kerja dengan lebih
baik.
7. Sentiasa memupuk kasih sayang dan kerjasama yang baik antara rakan sekerja
dan pelajar supaya sentiasa senang untuk bekerja dan datang ke Sekolah.
8. Penting untuk membuat persediaan sebelum pdpc supaya kita boleh menikmati
sesi pengajaran dan kita tahu apa yang hendak di ajar. Murid-murid akan merasa
lebih seronok sekiranya dipenuhi dengan aktiviti yang menyeronokkan.
9. Membuat refleksi setiap kali selepas sesi pdpc bagi mencari kekuatan dan
kelemahan yang perlu dibaiki.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(Norazila binti Mat Hussain)
( Rosman bin Bachok )

77

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK TAMAN UNIVERSITI, JOHOR BAHRU
Kod Sekolah: JEA1049

1. Nama Guru NOORIZAYU BINTI MAT DAUD

2. Judul PENGURUSAN GERAK KERJA 3. Bidang: PENGURUSAN
KO-KURIKULUM PENDIDIKAN

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis

Buku bertajuk Pengurusan Gerak Kerja Ko-kurikulum yang ditulis oleh Ab.Alim Abdul
Rahim adalah berdasarkan Sukatan Pelajaran Pengurusan Ko-kurikulum 2002, Bahagian
Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia. Terdapat 9 topik iaitu Pengenalan,
Penubuhan Unit-unit Gerak Kerja Ko-kurikulum, Sistem Fail dan Mesyuarat, Pengurusan
Mesyuarat, Pengelolaan Aktiviti, Pengelolaan Pertandingan, Pengurusan Kewangan,
Majlis Rasmi dan Pemimpin dan Kepimpinan.
Topik-topik ini dihuraikan secara sistematik, sangat menepati keperluan guru-guru
termasuklah pendidik peringkat maktab / universiti dalam mempertingkatkan ilmu
pengetahuan, pemahaman, seterusnya untuk pemupukan pemikiran secara kreatif dan
kritis sepanjang mengurus dan mengendalikan kegiatan ko-kurikulum di sekolah
khususnya di luar jabatan sekolah amnya.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Dapat memupuk pemikiran holistik, melahirkan guru yang bersepadu, seimbang dan
efektif.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini amat sesuai digunakan sebagai sumber rujukan guru-guru sekolah rendah dan
menengah serta pendidik di luar sana bagi memastikan kelancaran dan keberkesanan
setiap kegiatan ko-kurikulum yang dikendalikan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

............................................. ........................................................
(NOORIZAYU BINTI MAT DAUD ) ( ROSMAN BIN BACHOK)

78

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru NORAIN BINTI HAZIZAN

2. Judul CIKGU BANKRAP 3. Bidang:MOTIVASI

4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa:-

6. Tempat -
Pembentangan

7. Sinopsis

-Buku ini mengandungi kisah-kisah seorang guru sepanjang berkhidmat sebagai seorang

guru. Kisah yang dikongsi mengajar pembaca untuk menjadi seorang pendidik yang

berjiwa besar. Seorang guru perlu bijak mengawal emosi ketika berdepan dengan

karenah murid.Mendidik dan menyayangi tanpa syarat.Menjadi manusia kurang beradab

itu bukan pilihan mereka. Itu respons sebenarnya.Mereka punya keluarga, rakan taulan ,

monolog diri dan rahsia peribadi yang perlu kita fahami. Mereka manusia, dan mereka

punya sisi yang baik.Anak-anak kecil perlu didengarkan dengan berita-berita baik dari

Allah, bukan menakut-nakutkan mereka dengan azab.Menjadi guru adalah menjadi

manusia paling besar jariahnya jika dia ikhlas. Guru perlu bertutur bicara dengan bahasa

yang sopan kerana menjadi ikutan anak-anak didik. Anak-anak ini pelbagai, setiap orang

mempunyai kelebihan masing-masing tidak semestinya dari segi akademik sahaja.Dalam

membimbing pdpc, guru perlu memberitahu murid apa yang murid perlu capai supaya

pdpc berjalan dengan berkesan. Guru perlu ikhlas dalam mendidik kerana setiap

keihklasan guru itu pasti akan dipermudahkan urusan dengan bantuan Allah. Tanamkan

dalam diri di mana sahaja datang, guru perlu berjasa. Seorang guru perlu mengelakkan

ghibah terutamanya apabila mendapat aduan murid. Guru perlu positifkan murid supaya

murid menjadi orang yang positif. Seorang guru perlu mendidik jiwa dengan bacaan

motivasi , dengan jiwa seorang pejuang, dengan kekuatan rohani dan mental yang tinggi.

Sesekali luangkan masa untuk menuntut ilmu terutamanya ilmu mendekati anak muda.

Guru perlu mendidik jiwa supaya ikhlas supaya tidak menjadi guru yang bankrap di

hadapan Allah.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
-Seorang guru perlu menjadi pendidik yang ikhlas, dan berjiwa besar. Untuk itu, guru
perlu mendidik jiwa dengan bacaan motivasi, jiwa pejuang, kekuatan rohani dan mental
yang kuat.
-Jika guru ikhlas, Allah akan permudahkan urusan mendidik anak bangsa.
-Didik jiwa menjadi ikhlas,itulah bekalan bertemu Illahi.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
-Pembacaan saya ini menyuntik semangat untuk menjadi guru yang ikhlas dalam
mendidik serta berusaha untuk menjadi seorang guru yang berjiwa besar dan
menyedarkan saya bahawa setiap murid itu ada potensi dan memerlukan perhatian dan
kasih sayang daripada seorang pendidik.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( Norain binti Hazizan ) ()

79

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru NOR SHAHIDAH BINTI MISNI

2. Judul RUMAH YANG BERKAT 3. Bidang: MOTIVASI
MEMBAWA RAHMAT 5. Masa: 10:00pm - 12:30am

4. Tarikh Pembentangan

6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis

Buku ini sebuah karya yang unik yang ditulis oleh tiga orang adik beradik yang berjiwa
besar iaitu Uataz Mohd Hariri, Ustaz Zarifi dan Ustaz Mohd Ihsan. Buku ini juga
menceritakan panduan tentang reka bentuk kehidupan berpandukan suruhan agama,
lengkap dengan penerangan dan kisah zaman Rasulullah bagi menguatkan hujah.
Penulis juga menyatakan rumah yang didiami bukan sahaja untuk berehat dan tidur tetapi
rumah yang kita diami juga boleh dijadikan tempat memperoleh pahala daripada Allah
SWT. Bagaimana caranya? Kita hendaklah menghidupkan dan mengimarahkannya
dengan perintah dan ajaran agama melalui al-Quran, hadis serta panduan ulama. Oleh
itu, menurut penulis sebelum kita mendiami rumah di dalam syurga Allah SWT yang lebih
indah, maka ia bermula dengan menghidupkan rumah kita di dunia dengan bekalan ke
syurga. Jadikanlah rumah sebagai tempat yang penuh ketenangan dan kebahagiaan
hidup dan bukan menjadikan rumah sekadar tempat singgah, tempat bermalam, atau
tempat berlindung seperti seekor binatang pulang ke sarangnnya

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1) Kita hendaklah mengutamakan kebersihan rumah kerana di dalam Islam
kebersihan itu sebahagian daripada Islam.

2) Kita hendaklah sentiasa membaca al-Quran di rumah supaya memperoleh
ketenangan jiwa.

3) Kita mestilah melayan tetamu yang hadir ke rumah dengan sebaik-baiknya.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Bagi melaksanakan Pdpc yang selesa kepada murid keadaan sesebuah kelas itu
mestilah berada dalam keadaan yang bersih. Selain itu, hiasan dalaman kelas juga
memainkan peranan dan akan memperoleh suasana yang tenang jika hiasan islamic
digunakan. Contohnya, frame ayat-ayat al-Quran, warna-warna yang lembut, membaca
doa sebelum memulakan pdpc dan sebagainya.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.......................................... ........................................................
(NOR SHAHIDAH BINTI MISNI) (ROSMAN BIN BACHOK)

80

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru NUR ZAHIDA BINTI ROSLAN

2. Judul PEMBANGUNAN SAHSIAH 3. Bidang: BAHASA

4. Tarikh Pembentangan 20 April 2020 5. Masa: 10 pagi

6. Tempat -
Pembentangan

7. Sinopsis

Buku Pembangunan Sahsiah : Falsafah, Konsep, Teori & Praktis ini merupakan buku
ilmiah yang menjelaskan hubungan antara sahsiah dan pendidikan. Sahsiah seseorang
individu dapat dibentuk bukan hanya berdasarkan ahklaknya semata-mata. Malah,
sahsiah yang mulia dapat dibentuk apabila seseorang individu itu mempunyai ilmu dalam
diri mereka. Dalam konteks perguruan, seseorang guru itu hendaklah mempunyai sahsiah
dan ilmu yang baik agar dapat dijadikan contoh dan ikutan kepada anak murid. Guru
berperanan menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai mualim (penyampai ilmu),
mudarris ( pendidik), murabbi (pengasuh dan pendidik dengan kasih sayang), muaddib
(pembentuk adab dan akhlak) dan mursyid (pembimbing ke arah kebaikan). Guru juga
perlu menguasai kemahiran kaunseling dan kemahiran insaniah dalam berhadapan
dengan cabaran mendidik murid yang mempunyai pelbagai jenis latar belakang keluarga
yang berbeza. Proses pengajaran akan menjadi lebih berkesan dan berkualiti apabila
guru menerapkan nilai-nilai murni yang telah ditekankan oleh KPM seperti amanah,
benar, bijaksana, bersyukur, dedikasi, ikhlas dan penyayang. Oleh itu, profesion guru
dapat ditingkatkan dan dipandang tinggi oleh sejagat masyarakat.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Seseorang guru perlu mempunyai sahsiah yang unggul dan ilmu pengetahuan yang tinggi
dalam diri mereka agar dapat memudahkan dan menghasilkan proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1. Guru perlu menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai mualim (penyampai
ilmu), mudarris ( pendidik), murabbi (pengasuh dan pendidik dengan kasih
sayang), muaddib (pembentuk adab dan akhlak) dan mursyid (pembimbing ke
arah kebaikan) untuk mendapatkan hasil yang berkesan.

2. Guru perlu mempunyai ilmu tentang kemahiran kaunseling dan kemahiran
insaniah agar sentiasa peka dengan isu dan cabaran yang berlaku di sekeliling
mereka.

3. Nilai-nilai murni yang telah digariskan oleh KPM hendaklah diterapkan dalam diri
setiap guru agar proses penyebaran ilmu dapat dilaksanakan dengan lancar.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(NUR ZAHIDA BINTI ROSLAN) (ROSMAN BIN BACHOK)

81

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru HASANAH FAISAL BINTI HASSAN

2. Judul 7 LANGKAH BAIKI DIRI 3. Bidang: TEKNIK &
VOKASIONAL

4. Tarikh Pembentangan 25 APRIL 2020 5. Masa: 11.30 am

6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis :

Kehidupa kita bukan secara kebetulan tetapi mempunyai tujuan. Setiap kehidupan di
dunia ini mempunyai arah, tujuan, jalan, bekalan, halangan dan akhirannya. Dengan
melaluinya satu persatu, tahap demi tahap, hidup kita akan terpandu ke arah yang lebih
baik. Sekiranya berada dala zon selesa, cubalah kita berhijrah kepada zon mencabar
yang penuh dugaan tetapi di situlah letaknya kejayaan dan kecemerlangan. Jadi,
keluarlah menuju ke rah zon yang lebih mencabar dan bersedialah untuk menghadapi
pelbagai kata-kata nista, cerca dan hina manusia. Namun begitu, tidak semua manusia
begitu kerana kita mungkin akan menjumpai orang yang lebih membantu dari segi
memberi dorongan dan semangat supaya kita menjadi orang yang lebih tabah dan
berguna.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Kita hendaklah sentiasa bersikap positif dan sentiasa mencuba sesuatu perkara yang
mencabar, kerana di situlah terdapat kejayaan dan kecemerlangan hidup untuk diri kita,
masyarakat dan negara.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Lebih berani dalam menempuh pelbagai cabaran dalam dunia pekerjaan dan sentiasa
bersedia untuk melakukan sebarang tugas yang diberi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

..................................................... ........................................................
(HASANAH FAISAL BT HASSAN ) ()

82

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru Muhaini Binti Mahmud 3. Bidang: Motivasi
2. Judul Magnet Diri

4. Tarikh Pembentangan 23.04.2020 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan

7. Sinopsis.
Prinsip megnet diri ialah prinsip yang berasaskan kepada menghargai kejadian

manusia. Apabila kita mahukan sesuatu daripada orang lain, kita perlu melakukan sesuatu yang
bertentangan. Seperti prinsip magnet ada kutub utara dan kutub selatan yang mempunyai kuasa
daya tarikan.

Jika ingin dihormati, menghormatilah orang lain. Jika ingin mengawal dan menuasai,
berikan kebebasan, autonomi dan tidak mengongkong.Jika ingin ditolong dan dibantu, banyakkan
membantu orang lain. Jika ingin derma dan sokongan, banyakkan menderma dan prihatin.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
1. Mencipta diri menjadi individu magnet diri dengan membuat analogi. Analogi yang menjadi
paksi dan tonggak magnet diri iaitu prinsip dan falsafah.
2. Seterusnya mengenali energi iaitu kekuatan diri dan potensi diri dengan memilih energi,
menanam dan menyiramnya
3. Seterusnya ciptakan sinergi iaitu hasilkan gabungan antara dua kuasa menjadi tiga kuasa
sehingga semakin banyak gabungan. Antara teknik cipta sinergi ialah teknik salam mesra.
S: salam sebut nama A; Ajukan soalan ringkas L; lauhkan pujian A; Ajukan soalan
khusus M; minta diri sebelum beredar
M; Memandang mata E; Espresi muka S; Senyum lebarkan bibir R; Rapatkan jarak
A; angguk , attention .Beri perhatian

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
Tips menambah magnet diri .
1. Belajar , belajar, belajar
2. Sedia berkhidmat
3. Menjadi Penjana tenaga positif
4. Menggunakan kuasa kepercayaan dan potensi diri untuk menguruskan sikap yang lemah
5. Berpegang kepada kesederhanaan dan bersykur berbanding ektrim.
6. Menjadikan kehidupan seperti pengembaraan
7. Percaya kepada sinergi dan win-win situation
8. Sentiasa upgred diri

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( MUHAINI BINTI MAHMUD) ()

83

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru SANUSI BIN JUSOH

2. Judul Belajar Berfikir - Teknik 1. Bidang: Pedagogi
Menajamkan Daya Fikiran 5. Masa:

4. Tarikh Pembentangan

6. Tempat JOHOR BAHRU
Pembentangan

7. Sinopsis

Pengarang : Ainon Mohd & Abdullah Hassan
Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Jumlah muka surat : 136 Halaman

Buku ini merupakan hasil penyelidikan, ujian dan pengalaman pengarang
sewaktu mengajar kanak-kanak berfikir. Isunya ialah pelajar sering dikatakan “budak
bodoh’, “budak lembam” dan yang seumpamanya. Dapatan pengarang, terdapat pelajar
yang dianggap kurang cerdik sewaktu dibangku sekolah akhirnya membesar sebagai
“taukeh”, tuan punya syarikat ataupun majikan kepada pelajar yang pintar sewaktu
dibangku sekolah. Pengarang juga menjustifikasikan kepintaran itu kepada kepintaran
belajar dan kepintaran berfikir. Ramai individu yang berjaya pada hari ini merupakan
individuang mahir berfikir.

Pengarang juga mencadangkan cara-cara mengajar kemahiran berfikir dalam
bilik darjah seperti menghidupkan suasana kelas, mengaplikasi pemikiran konvergen dan
divergen, memuji murid, memberi ganjaran, guru menjadi pembimbing, mendorong
kreativiti, jangan menjadi diktaktor, toleransi pada ambiguiti, berpersonaliti menarik,
mempelbagai rangsangan dan mempelbagai teknik menyoal.

Pengarang juga turut memperkenalkan teknik mengajar kemahiran berfikir
menggunakan kaedah infusi iaitu kaedah yang dianjurkan oleh pihak kementerian. Setiap
teknik-teknik yang dianjurkan disertakan contoh-contohnya sekali supaya para guru dapat
memahami dan menggunakan teknik tersebut sewaktu mengajar.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. Dapat mengesan kepintaran para pelajar di dalam kelas.
2. Aktiviti yang perlu dilakukan oleh guru di dalam kelas mengikut IQ pelajar.
3. Guru kurang digalakkan mengeluarkan arahan seperti :

“saya mahu…..”
“kamu perlu…”
Soalan seperti ini terlalu berbentuk arahan yang mana akhirnya akan menenggelamkan
kreativiti pelajar.
4. Para guru digalakkan menyoal pelajar dengan soalan yang mencabar minta seperti:
“Bagaimana sekiranya……..”
“Apakah yang perlu kita……

84

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1. Menyalurkan idea supaya pdpc menjadi menarik
2. Tugas guru yang berhadapan dengan pelajar yang pelbagai ragam dan karenah
3. Guru perlu tahu tahap dan jenis kepintaran pelajarnya. Ini akan dapat membantu guru

menentukan kaedah paling sesuai yang akan digunakan sewaktu mengajar

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(SANUSI BIN JUSOH ) ()

85

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru NURUL NADYA BINTI ABU BAKAR

2. Judul PETUA MENDIDIK ANAK 3. Bidang: TEKNIK
MENJADI INSAN POSITIF VOKASIONAL

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis :

Insan yang bersifat positif seharusnya dapat menguasai kecemerlangan luar biasa.
Dalam membentuk anak – anak menjadi insan yang positif, ibu dan bapa mestilah
berganding bahu memastikan adab dan petua di laksanakan. Terdapat 8 petua yang telah
di gariskan untuk membentuk anak menjadi insan positif, pertama ialah membentuk
keluarga yang di redai Allah, kedua pula ibu bapa harus posif dari segi percakapan,
perbuatan dan pemikiran, ketiga adalah ibu bapa harus berketrampilan, keempat
membentuk rumah tangga yang harmoni dan penuh kasih sayang, kelima ialah
mengeluar zakat dan sentiasa bersedekah, enam adalah memastikan sumber rezeki
adalah daripada sumber yang halal, tujuh ialah mewujudkan suasana yang positif dan
yang terakhir ialah membentuk imej diri yang positif. Insan yang positif pasti dapat
menghadapi apa jua cabaran dalam kehidupan danpasti akan berjaya.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran :

Dalam membentuk seorang anak menjadi insan yang positif, ibu bapa wajib menjadi
insan positif terlebih dahulu. Insan berjiwa positif sangat penting kerana hanya insan yang
berjiwa positif sahaja akan bangkit semula setelah gagal dan akan berusaha sebaik
mungkin untuk berjaya.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Saya boleh mengaplikasikan 8 petua ini dalam bilik darjah untuk membentuk pelajar
menjadi insan yang positif

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(NURUL NADYA BINTI ABU BAKAR ) ( ROSMAN BIN BACHOK )

86

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru Hashim Bin Mohammad 3. Bidang: Keagamaan
2. Judul Membina Peribadi Muslim

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa: 4 hari

6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis

Buku Membina Peribadi Muslim merupakan sebuah buku yang boleh menjadi panduan
setiap Muslim dalam menghiasi diri dengan akhlak yang mulia. Buku ini menyoroti
beberapa konsep yang menjadi panduan serta bimbingan kepada umat Islam agar
sentiasa melatih diri ke arah kehidupan yang diredhai. Zikir berupaya menjadi terapi
kegundahan jiwa di samping menghembus ketenangan hati dalam mengharungi pentas
kehidupan. Begitu juga dengan muhasabah diri sebagai pelengkap yang menjadi teras
kecemerlangan dalam membentuk jati diri individu terbilang.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini memberikan nilai pengetahuan dan pengajaran yang banyak kepada saya.
Antaranya tiada suatu yang lebih berharga pada diri seseorang Muslim itu melainkan
akhlak yang terpuji kesan daripada didikan junjungan mulia Rasulullah s.a.w dalam jiwa
umatnya. Sesungguhnya akhlak Rasulullah s.a.w itu adalah akhlak al-Quran. Sepatutnya,
al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w yang gemilang dan cemerlang itu dijadikan
sumber rujukan dalam menjejaki keterampilan akhlak yang luhur agar ia dapat mewarnai
kehidupan manusia sejagat.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran yang boleh saya peroleh melalui
pembacaan daripada buku ini ialah saya dapat mengetahui cara-cara untuk mengawal diri
saya dan para pelajar agak pdpc yang dijalankan lebih istiqamah dan berjalan dengan
baik dan berkesan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,
HASHIM
..........................................
( Hashim Bin Mohammad ) ( Rosman bin Bachok )

87

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI

Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru WAN NOR AZRIN WAN ABDULLAH

2. Judul Pengurusan Keselamatan Di 3. Bidang: Pengetahuan
Pejabat-pejabat Kerajaan dan dan Profesional
Swasta

4. Tarikh Pembentangan 11/4/2020 5. Masa: 6.00 petang

6. Tempat KOTA BHARU
Pembentangan

7. Sinopsis

Pengarang : Bahagian Pencegah dan Keselamatan Kebakaran
Penerbit : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Putrajaya
Jumlah muka surat : 36 Halaman

Tahun terbit: 2006 (edisi pindaan)

Buku ini memberi pendedahan yang sangat berguna kepada pentadbir, pegawai,
kakitangan dan anggota mana-mana organisasi, termasuk di sekolah. Isi kandungannya
lebih mudah difahami justeru persembahan yang lebih berbentuk senaraian, carta dan
ilustrasi.

Pengetahuan asas dan berciri saintifik tentang api ditunjukkan menerusi segi tiga sains
kebakaran, iaitu bahan api, haba dan oksigen. Pepatah “mencegah lebih baik daripada
mengubati” akan hanya berkesan jika disokong oleh pengetahuan tentang punca
penyalaan, tindak balas kimia dan reaksi berantai yang berlaku. Alat pemadam api yang
disediakan pula hendaklah bersesuaian dengan risiko kebakaran seperti persekitaran,
kemalangan, atau perbuatan khianat. Pengetahuan tentang cara api marak dan merebak
boleh membantu pengawalan kebakaran, dan langkah bagi mengelakkan kecederaan
atau kehilangan nyawa penghuni bangunan. Segala tatacara pengungsian bangunan
(sehelai sepinggang) hendaklah dipatuhi supaya tiada sesiapa yang terperangkap. Asap
tebal boleh membunuh dalam beberapa saat, manakala api boleh marak dalam beberapa
minit sahaja.

Buku ini juga menunjukkan kaedah pemadaman dengan memutuskan segi tiga
kebakaran, iaitu dengan cara melaparkan, melemaskan dan menyejukkan bahan api.
Bahagian akhir buku menampilkan audit kebakaran, pengurusan keselamatan bangunan,
dan peruntukan undang-undang yang berkenaan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. Tegas diri ( menjaga hak diri sendiri dan menjaga hak orang lain)

2. Bertanggungjawab terhadap elemen keselamatan

3. Mendahulukan kepentingan organisasi daripada kepentingan peribadi

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

2. Membangkitkan kesedaran tentang keselamatan sepanjang masa

3. Membimbing murid menangani risiko kebakaran ketika berada dalam bangunan

4. Memberi jalan kepada murid untuk memperoleh pengetahuan yang sah dalam sains

kebakaran

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(WAN NOR AZRIN BINTI WAN ABDULLAH ) (ROSMAN BIN BACHOK )

88

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru RAJA ZALILA BINTI RAJA ALI 3. Bidang: MOTIVASI
2. Judul MATA AKAL, MATA HATI

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis

Prof. Dr. Muhaya telah berkongsi rahsia mengubah cara kita berfikir. Menurut beliau,
sebagai manusia kita perlu celik mata akal dan celik mata hati bagi mengubah keadaan
sekeliling. Oleh itu, kita perlu mengubah keperibadian diri kita dari segi zahir dan batin
terlebih dahulu sebelum mengharapkan orang sekeliling kita berubah. Setiap bab dalam
buku ini membolehkan kita mengenal dan memperbaiki diri kita sendiri. Namun menurut
beliau, manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

i. Dalam hidup ini, dihadapan kita terlalu banyak lorong dan kita tidak terlepas dari
membuat pilihan. Pandanglah dengan mata akal dan mata hati ketika
memutuskan lorong pilihan.

ii. Setiap tindakan, fikirkan dengan akal yang waras dan bernas.
iii. Jangan menggunakan akal pada jalan yang salah.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini dapat memberi banyak manfaat kepada kita untuk mengatur arah tuju pemikiran
minda kita yang berfikir yang baik-baik dan menolak keluar fikiran yang buruk-buruk
terhadap majikan, rakan sekerja dan orang disekeliling kita .

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................... ................................................
(RAJA ZALILA BINTI RAJA ALI ) ( ROSMAN BIN BACHOK )

89

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI

Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru NORSURIANI BINTI AB AZIZ 3. Bidang: MOTIVASI
2. Judul
MOTIVASI MINDA : MEMBINA
JATI DIRI GEMILANG

4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: -

6. Tempat -
Pembentangan

7. Sinopsis :

Buku ini menggabungkan pemikiran motivasi berteraskan teladan dan pengalaman

tersendiri Dr HM Tuan Iskandar al-Haj. Dengan Formula 3EM (Extra Mile, Extra Mild dan

Extra Mind) telah berjaya menampilkan satu bentuk motivasi tersendiri untuk masyarakat

Malaysia khususnya orang Melayu.

Kaedah selamba tetapi berkuasa ini amat sesuai membangkitkan keupayaan berfikir,

bertindak seterusnya membentuk semangat dan jati diri demi kegemilangan. Sasaran

motivasi DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj ialah satu gerakan di hati, seterusnya

menggerakkan aliran yang tepat pada minda yang padu dan akhir sekali keseluruhan

tubuh untuk bergerak dan bertindak. Matlamat 3EM ialah kejayaan dari sudut duniawi dan

ukhrawi.

Buku ini menggabungkan pemikiran motivasi berteraskan teladan dan pengalaman

tersendiri DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj sebagai pengasas 3EM. Formula ini telah

sampai ke masyarakat dunia dengan peranan yang dimainkan oleh AU Foundation, UK.

Beliau menulis secara selamba tetapi berkuasa,cara ini dapat membankitkan keupayaan

berfikir,bertindak seterusnya membentuk semangat jati diri demi kegemilangan.

Matlamat utama 3EM ialah untuk kejayaan duniawi dan ukhrawi.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. Mengenal pasti potensi diri melalui kekuatan dan kelemahan diri

2. Melatih diri berfikiran positif

3. Ubah cara hidup ke arah yang lebih baik untuk berjaya

4. Membentuk semangat jati diri demi kegemilangan

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1. Membangkitkan semangat diri untuk diterapkan kepada murid

2. Memberi dorongan kepada murid untuk belajar.

3. Menerangkan strategi motivasi yang mudah untuk diamalkan di dalam bilik darjah.

4. Menerapkan kaedah membentuk aura cemerlang dalam diri pelajar

5. Membantu pelajar mencetuskan motivasi dalaman dalam diri masing-masing

6. Meransang murid membina konsep diri yang posiitif.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,
........................................................ ........................................................
(NORSURIANI BINTI AB AZIZ)
(ROSMAN BIN BACHOK )

90

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah: JEA1049

1. Nama Guru YASIRAH BINTI YAZID 3. Bidang: P ISLAM
2. Judul
HEBATNYA RASULULLAH
MENDIDIK

4. Tarikh Pembentangan - TIADA - 5. Masa: -

6. Tempat - TIADA -
Pembentangan

7. Sinopsis

Buku ini mengupas tentang peranan para guru dalam membimbing anak bangsa yang
bukan mengajar bahkan juga menitikberatkan akhlak para guru ketika mengajar dan
membimbing murid agar keberkesanan dalam pengajarannya dapat dirasai oleh para
guru seterusnya boleh diterima baik oleh anak didik.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini juga memberi tumpuan kepada kaedah-kaedah yang digunakan oleh Rasulullah
SAW dalam menyampaikan ilmu dan nasihat kepada para sahabat seperti bersoal jawab,
bergurau senda, memberi nasihat dan dalam meraikan anak murid.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
Boleh digunakan kaedah ini dalam pdpc guru untuk "tackle" murid.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................... ............................................
( YASIRAH BINTI YAZID ) ( ROSMAN BIN BACHOK )

91

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru ZAINAB BINTI MOHAMED @ISMAIL

2. Judul CELIK MATA DAN JIWA 3. Bidang: Motivasi
DR MUHAYA HJ MUHAMAD

4. Tarikh 25 APRIL 2020 5. Masa: 2:10 pm
Pembentangan

6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis

Setiap manusia menjalani kehidupan yang berbeza. Apabila fokus utama kita hanyalah kepada

apa yang dinilaikan baik di sisi Allah , maka buatlah apa yang kita mahu dan lakukanlah amalan

seperti apa yang disuruh oleh Allah dan tinggalkan apa yang dilarang. Maka hidup kita akan

sempurna dan berjaya Ins Sha Allah.

Manusia sebagai makhluk yang berakal fikiran di dunia ini, dijadikan Tuhan lengkap dengan
tujuan hidup, tugas hidup dan diawasi. Segala tindak tanduk manusia di alam ini akan
dipertanggungjawabkan di hadapan Allah yang telah memberikan hidup dan kehidupan serta
syarat hidup kepada Nya

Setiap manusia mempunyai paradigma. Paradigma adalah cara kita berfikir dan benda yang
orang tidak boleh dikawal dalam diri iaitu cara emosi kita bertindak balas dengan apa yang
berlaku. Paradigma boleh diubah dengan mempunyai tujuan hidup,mengubah sikap negatif
kepada sikap positif dan bertawakal kepada Allah. Allah anugerahkan akal yang cerdik untuk
kita berfikir dan melakukan yang terbaik.

Kehidupan ini penuh dengan kasih sayang Allah dan jangan lupa untuk memberi kasih sayang
yang sama kepada setiap makhluk Allah yang lain. Tunjukkkanlah kasih sayang dengan ikhlas
bukan hendak menunjuk-nunjuk kerana Allah mengetahui apa yang diniatkan di dalam diri kita.

Semua manusia mempunyai azam tetapi untuk mencapai azam mereka perlulah fokus terhadap
apa yang diazamkan agar matlamat mereka akan tercapai. Setiap manusia menentukan
kejayaan mereka sendiri dengan menguatkan fokus mengenalpasti erti hidup pada hari-hari yang
kita lalui dan disiplin diri yang telah dilakukan. Tabiat yang menghapuskan kebahagiaan ialah
merungut, menyalahkan dan berasa malu bukan pada tempatnya.

Penghijrahan hidup perlu ada pada setiap orang iaitu hijrah sikap negatif kepada sikap positif.
Sikap tolong menolong amanah dalam pekerjaan memberi kesan kepada negara dan boleh
menghapuskan masalah rasuah, penyelewengan dan perkara negatif lain.

Setiap manusia akan menghadapi cabaran sama ada besar atau kecil. Minda perlu dikuatkan
dengan bertenang dan berfikiran positif. Lihat hikmah, pengajaran dan teladan dari setiap
cabaran . Apabila menghadapi masalah, kena yakin pada diri sendiri segala dugaan adalah
ujian dari Allah untuk mendekatkan lagi hamba pada Allah.

Hidup kita sebagai manusia saling memerlukan antara satu sama lain. Sebuah negara yang
baik bermula dengan pemimpin yang menjadi contoh yang baik supaya dapat membina sifak
yang baik pada rakyat dan dapat melaksanakan proses pembinaan negara yang makmur dengan
menghasilkan natijah yang baik. Negara yang baik diukur berdasarkan kepada keharmonian
yang dicapai oleh rakyatnya. Begitu juaga dalam institusi keluarga dan organisasi yang baik
diukur dari tindakan pemimpin yang memacu keluarga atau organisasi. Kebahagian manusia

92

adalah saling berkait antara satu sama lain. Kestabilan negara bermula dari individu, keluarga
dan masyarakat .

Pemakanan juga antara perkara yang mesti dijaga. Bila makan tanya diri, makan untuk hidup
atau hidup untuk makan. Bila memilih hidup untuk makan kita mengundang kebinasaan,
sebaliknya bila makan untuk hidup , kita akan menjaga kesihatan. Kita perlu menjaga
pemakanan untuk menjaga kesihatan dan akhirnya kesejahteraan semua akan terjalin.

Refleksi adalah cermin. Beri perhatian pada dunia luaran kita dari segi kesihatan, kebahagiaan,
kekayaan dan hubungan sesama manusia. Buat perubahan dengan mengkaji apa yang berjaya
dan apa yang tidak berjaya. Setiap hari berfikir apa yang kita buat di dalam kehidupan dengan
mempertimbangkan atas lima perkara iaitu iman atau nafsu, dosa atau pahala, syurga atau
neraka, taat atau maksiat dan Allah redha atau Allah murka.

Dugaan dan cabaran merupakan suatu hiasan di dalam arus perjalanan kehidupan seseorang
manusia. Akhirnya manusia akan tertumpu pada dua jalan sahaja iaitu sama ada binasa atau
bahagia .

Disebalik dugaan dan cabaran tersembunyi sejuta makna yang berharga. Janganlah menutup
pandangan kita kepada akhirat dengan memandang hidup hanya dunia sahaja kerana
kesempurnaan yang kita miliki lebih daripada pandangan untuk dunia sahaja. Cari kebahagian
hidup dengan mencari kasih sayang pencipta maka kita akan mendapat kebahagiaan hidup dunia
dan akhirat.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. Kehidupan dan kejadian di dunia bukan sia-sia.
2. Cabaran dan dugaan adalah satu peluang dalam kehidupan
3. Faktor kejayaan seseorang ialah paradigma yang dipegang.
4. Menilai dan menghargai setiap detik kehidupan agar kembali kepada pencipta dengan

hati yang sejahtera.
5. Kehidupan manusia bukan di dunia sahaja tetapi akan melalui kehidupan barzah dan

akhirat.
6. Kehidupan dunia sementara dan kehidupan akhirat kekal abadi.
7. Merancang dan melaksanakan kehidupan dunia dengan tujuan yang benar untuk

mendapat kehidupan yang bahagia dan kekal abadi di akhirat.
8. Sebarkan kasih sayang dalam kehidupan .
9. Sifat positif pada pemimpin akan melahirkan sifat positf pada pengikut.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
1. Setiap murid ada potensi dan boleh dibantu untuk mencapai kejayaan mengikut potensi
masing-masing
2. Jangan putus asa dalam melaksanakan tugas sebagai pendidik. Manafaatkan potensi diri
untuk memberi manafaat pada yang lain.
3. Mencari ilmu dan perbaiki diri.
4. Menghargai semua murid dan rakan sekerja tanpa membezakan kedudukan dan status
ekonomi dan status keluarga.
5. Niatkan segala usaha atau kerja yang dilakukan kerana Allah.
6. Bersikap terbuka dan saling melengkapkan di antara pentadbir, rakan sekerja, warga
sekolah /organisasi dan murid .
7. Berusaha mengubah diri kepada paradigma yang positif untuk membina hubungan yang
baik dan mendapat kerjasama daripada rakan sekerja dan pentadbir.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,
........................................................
........................................................
(ZAINAB BINTI MOHAMED @ ISMAIL ) (ROSMAN BIN BACHOK )

93

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI

Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru NOR’ASHIKIN BTE MALIK @ ABD MALIK

2. Judul Revolusi Hati AJARI HATIKU 3. Bidang: TEKNIK DAN
Agar Bersyukur dan Damai VOKASIONAL

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat
Pembentangan

Sinopsis

7. Penulis berkongsi pengalaman sebenar beliau yang pernah menghadapi masalah

rumahtangga, kegagalan dalam perniagaan, depresi dan konflik dalam diri sehingga

mengalami kemurungan yang kritikal.Nilai-nilai negatif ini menyebabkan beliau mudah

menjadi risau, marah, sedih dan sombong dan nilai-nilai ini juga biasa melanda orang lain.

Melalui buku ini beliau telah berkongsi cara/teknik/latihan sehingga beliau berjaya

menjadi insan yang lebih tenang, bersyukur dan menjadi lebih positif. Beliau mengambil

pendekatan selama 21 hari untuk membantu pembaca melaksanakan Latihan Menanam

Perasaan yang Positif dan berpendapat 21 hari adalah tempoh yang sesuai untuk 1

pusingan sesi latihan tersebut. Setiap hari pembaca perlu melakukan latihan minda/fikiran

setelah selesai membaca topik yang dibincangkan pada hari tersebut. Dalam setiap topik

juga pembaca berpeluang mengikuti kisah/ cerita/ pengajaran yang berbeza-beza

mengikut topik perbincangan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. Perasaan marah, tidak puas hati, berdendam, sering menyalahkan takdir dan sentiasa

membuat perbandingan dengan orang lain merupakan penyakit hati yang perlu

dikawal/ diubati

dengan teknik/cara yang betul agar hati tidak menjadi kotor dengan nilai-nilai negatif.

2. Sentiasa mengamalkan SMS ( SAYANG, MAAF, SYUKUR ). Merupakan pemberian

non-material yang murah, mdah dan lebih bermakna daripada pemberian material.

3. Manusia sering membuat keputusan yang Salah/Silap kerana tahap kesedaran yang

rendah serta membat keputusan berdasarkan ketakutan dan kerisauan. Ini akan

menganggu emosi dan fikiran seseorang.

4. Kasih Sayang dapat membantu menyembuhkan kemarahan dan kelukaan yang

ditanggung oleh seseorang.

5. Kasih Sayang dapat membantu kita belajar membangunkan kesedaran dalam diri

seseorang.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1. Perlu sentiasa mengamalkan SMS ( SAYANG, MAAF, SYUKUR ) terhadap pelajar /

rakan sekerja. Ini membolehkan saya lebih dekat dengan mereka dan berpeluang untuk

mengenali/membantu mereka dengan cara yang lebih baik. Ini secara tidak langsung juga

dapat memupuk nilai-nilai positif yang lebih banyak dalam diri saya.

2. Memastikan Keberadaan Yang Lebih Bermakna sewaktu bertugas/ Pdpc. Ini perlu agar

pelajar merasakan kewujudan dan kepentingan saya kepada mereka.

3. Setiap pelajar/rakan sekerja merupakan insan yang tidak sempurna . Kesempurnaan

dan kebahagiaan akan hadir sekiranya setiap insan sentiasa memaafkan, bersyukur serta

menerima segala-galanya dengan hati yang terbuka. Sentiasa mengingatkan diri bahawa

setiap yang berlaku adalah dengan keizinanNYA

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ .............................................
(NOR’ASHIKIN BTE MALIK@ABD. MALIK) (ROSMAN BIN BACHOK )

94

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI

Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru NORAZATUL BINTI MD JININ

2. Judul TRANSISI KERJAYA PENDIDIKAN 3. Bidang:
KHAS VOKASIONAL TEORI & PENDIDIKAN KHAS
AMALAN
5. Masa: 3.00 petang
4. Tarikh Pembentangan 25/4/2020

6. Tempat Pembentangan Secara atas talian
7. Sinopsis

Buku ini ditulis sebagai panduan kepada para guru, keluarga, MBPK dan masyarakat tentang
pendekatan yang boleh digunakan dalam membantu MBPK MP menentukan masa depan kerjaya
dan kehidupan mereka. Buku ini ditulis berdasarkan kajian yang telah dijalankan terhadap
pelaksanaan Program Transisi Kerjaya (PTK) MBPK MP di sekolah yang telah dapat melahirkan
murid yang mampu mendapat dan mengekalkan pekerjaan hasil daripada program tersebut. Buku
ini membincangkan dan menjelaskan tentang tujuh amalan dalam pelaksanaan PTK untuk MBPK
MP iaitu persekolahan, perancangan berpusatkan murid, struktur program, kolaborasi bersama
institusi pendidikan vokasional awam, swasta dan industri, penglibatan keluarga, perkembangan
murid dan kesediaan pengalaman kerja murid. Selain itu, perkara yang dikupas di dalam buku ini
juga adalah berkaitan penglibatan industri dalam pelaksanaan PTK tersebut yang boleh dijadikan
panduan dalam pelaksanaannya. Seterusnya, cabaran dalam pelaksanaan PTK turut dijelaskan
yang membawa kepada pelbagai cadangan penambahbaikan program.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. Ilmu berkitan pembelajaran berpusatkan murid selari dengan PAK21
2. Ilmu berkaitan memberi kesediaan pengalaman kerja murid bermula dari sekolah bagi

memenuhi kesediaan untuk bekerja.
3. Nilai kerjasama antara ibubapa, sekolah, dan badan swasta atau awam untuk memenuhi

program transisi kerjaya ( PTK) supaya berkesan untuk kesediaan pengalaman murid.

4. Panduan penglibatan industri dalam pelaksanaan program transisi kerjaya ( PTK)

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Terdapat pelbagai teknik pembelajaran yang dapat diaplikasikan dalam buku ini iaitu

pembelajaran berpusatkan murid. Selain itu, buku ini memberi input untuk pengajaran menjurus

kepada memberi penekanan kepada kemahiran murid yang dapat memenuhi keperluan luar seperti

pertukangan, penyediaan makanan, pengemasan bilik dan lain-lain. Selain itu, buku ini juga

memberi panduan kepada guru dan ibubapa untuk memastikan murid berkeperluan khas sentiasa

mempunyai kerjaya selepas memasuki alam kerjaya mereka. Buku ini sangat bermanfaat untuk

memastikan kejayaan murid berkeperluan khas sejajar dengan murid normal lainnya.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,
........................................................
........................................................ ( ROSMAN BIN BACHOK )

( NORAZATUL BINITI MD JININ )

95

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru LOW BEE YEN

2. Judul PHYSICS EXPERIMENTS 3. Bidang: SAINS DAN
MATEMATIK
4. Tarikh Pembentangan 22/4/2020
5. Masa: 2:00-4:00 PETANG

6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis

Kita hidup dalam dunia yang mengagumkan.
Melalui buku ini, kita dapat belajar tentang perkara-perkara semula jadi di dunia ini yang
berlaku setiap detik di sekeliling kita, iaitu, semuanya berkaitan dengan Fizik.
Pelbagai eksperimen dan aktiviti yang menyeronokkan hanya di hujung jari sahaja dan
tidak perlu menghabiskan masa dan wang untuk membeli peralatan dan bekalan mahal.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Pelbagai aktiviti dan eksperimen yang mudah dapat dijalankan untuk PdPc akan datang.
Contoh-contoh aktiviti dan eksperimen yang ditunjukkan tidak mengambil masa melebihi
10 minit amat sesuai untuk dijadikan set induksi yang menarik perhatian pelajar. Aktiviti
dan eksperimen mudah yang dijalankan juga hanya memerlukan kos yang amat rendah.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Aktiviti dan eksperimen yang sangat ringkas dan murah untuk meningkatkan minat dan
pemahaman pelajar dalam tajuk yang akan diajar.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.......................................… ............................................
(Low Bee Yen )
(ROSMAN BIN BACHOK )

96

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru AZIMAH BINTI WAN ABDUL RAHIM
2. Judul
STRESS - PENYELESAIAN 3. Bidang: MOTIVASI
DARI PERSPEKTIF ISLAM

4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: -

6. Tempat -
Pembentangan

7. Sinopsis

Berdasarkan bacaan saya daripada buku ini ialah tujuh kaedah amalan yang telah

dihuraikan, meyakinkan kita bahawa Islam sebagai ‘ad-Din’ menjadi unsur atau tenaga

penting dalam memberi keteguhan ‘mental’ dan jiwa seseorang. Agama sebenarnya

berfungsi mengubati dan menyembuhkan gejala-gejala gangguan jiwa. Ini diakui oleh

pakar psikologi dan para pemikir Barat dan Timur.

Buku ini adalah taman pengetahuan. Di dalamnya dibincangkan berkaitan
kaedah-kaedah mengubati stress dari sudut agama. Dalam buku ini menyeru orang-
orang Islam supaya tidak bersifat cepat putus asa apabila tidak berjaya dalam mencapai
apa yang dicita-citakan jika sudah berusaha dan berikhtiar. Namun carilah kedamaian
jiwa, ketenteraman batin serta kehidupan bahagia melalui ajaran Islam. kembali kepada
minhaj (metode) yang lengkap dalam menangani permasalahan jiwa dan hati manusia.
Minhaj ini berasaskan perdampingan dan pengabdian diri semata-mata kepada Khalik
dengan menerapkan rasa kehadiran Allah dalam hati di saat keresahan, menerusi
pengamalan ibadat solat dan zikir, sentiasa bersikap tawakal dan sabar, penuh keyakinan
terhadap konsep Qada’ dan Qadar. Dengan membaca buku ini dapat saya tangani
masalah dan mampu berhadapan dengan dugaan dan cabaran hidup. Oleh itu, seorang
mukmin dengan kekuatan rohani dan batin , tidak memerlukan lagi terapi pakar psikologi
atau pakar pengurusan moden untuk menyelesaikan masalah penderitaan jiwa dan rasa
stress yang mengganggu kehidupan sehari-hari. Cukup sekadar bermuajah dengan Allah,
tidak perlu lagi berhadapan dengan ahli kaunselor bagi mencurah rahsia kehidupan kita.
Hanya Allah sahaja menjadi tempat dicurahkan segala permohonan dan pertolongan dan
tidak pernah mengecewakan hamba-Nya yang beriman dan bertakwa.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. Melatih murid atau pelajar supaya sentiasa bersifat sabar, tawakal dan berpegang

kepada Qada dan Qadar.

2. Mengenalpasti punca dan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sehari-hari.

3. Meningkatkan motivasi dalam diri berdasarkan pengalaman yang lalu

4. Membimbing pelajar supaya menghayati amalan zikir.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1. Membangkitkan semangat murid yang bermasalah supaya menyelesaikan masalah

dengan cara yang betul.

2. Memberi dorongan kepada murid supaya berfikiran positif dalam menghadapi ujian

hidup.

3. Menerangkan prinsi-prinsip meningkatkan motivasi dalam diri murid iaitu belajar dari

kesilapan dan melatih murid menilai punca dan sebab kegagalan.

4. Memahami ilmu pedagogi dan menggunakan strategi motivasi mendorong murid.

5. Meransang murid membina konsep diri yang positif.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

..........................…........................... ............................................
(AZIMAH BINTI WAN ABDUL RAHIM ) ( ROSMAN BIN BACHOK )

97

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI

Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru NUR ERNIE ALIA BINTI AZALI

2. Judul 21 Habits; A Wellness Survival 3. Bidang: Motivasi
Guide

4. Pengarang Michael Guercio & Tad Mitchell 5. Muka Surat:

6. Terbitan Wellright Inc.

7. Sinopsis
Everyone wanted to be healthy; physically and mentally. In fact, we have that ‘healthy
person’ inside of everyone.In today’s world, there is so much information about being
healthy that it’s hardly to know where to begin with. 21 Habits cuts to the core of healthy
living, explains exactly where to begin, and gives practical tips on how to succeed.The
best part of this book, it is not discussing about health, but how to transforming yourself as
a healthy person through habits. Habits seems quite simple, but is more complex to
understand hardly to develop. The book is a simple guide on how to become the best
version of ourselves, developing our lifestyle through habits which can changed our lives
for good. The 21 habits to be healthy suggested by the books are;
i. Eat just enough
ii. Drink enough water
iii. Sleep enough
iv. Enjoy fruits and vegetables daily
v. Enjoy beans
vi. Enjoy whole grains
vii. Enjoy sunshine in moderation
viii. Enjoy fats in moderation
ix. Enjoy meat in moderation
x. Enjoy dairy in moderation
xi. Limit alcohol
xii. Limit caffeine
xiii. Limit sugar
xiv. Limit deep-fried foods
xv. Forgot Tobacco
xvi. Move
xvii. Strengthen
xviii. Stretch
xix. Be positive
xx. Socialize daily
xxi. Recharge daily
The book also suggested on how to build a habit such as;
i. Believe it
ii. Shrink it
iii. Trigger it
iv. Prepare for it
v. Track it
vi. Be it

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

Ernie .................................................
(Rosman Bin Bachok )
........................................................
(Nur Ernie Alia Binti Azali ) Pengetua SMK Taman Universiti

98

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah: JEA 1049

1. Nama Guru WEE LEONG CHUAN

2. Judul PERMAINAN DAN SIMULASI 3. Bidang: PENDIDIKAN
5. Masa:
4. Tarikh Pembentangan

6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis

Buku ini bertujuan untuk melihat dan membincangkan kesesuaian permainan simulasi
dalam bilik darjah. Ianya bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor keberkesanan
permainan dan simulasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berfokus
kepada kemahiran interpesonal. Aktiviti-aktiviti permainan dan simulasi didapati dapat
membantu meningkatkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis di
kalangan murid-murid. Suasana begini bukan sahaja dapat meningkatkan penguasaan
murid-murid dalam mata pelajaran yang dipelajari, malah dapat menyerlahkan bakat
dan potensi diri mengikut kebolehan dan kemampuan masing-masing.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Semua aktiviti permainan dan simulasi yang disarankan dalam buku ini boleh
menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah menjadi lebih
ceria dan kondusif.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini bukan sahaja dapat membimbing guru dalam menyampaikan ilmu pengetahuan
kepada murid-murid tetapi juga berkeyakinan untuk meneroka pelbagai aktiviti yang
disarankan bagi meningkatkan penguasaan pedagogi guru.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.........................................… ...............................................
( WEE LEONG CHUAN ) ( ROSMAN BIN BACHOK )

99

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru Sin Boon Han 3. Bidang: Sains dan Matematik
2. Judul
How to talk so kids will listen and
listen so kids will talk.

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa: 12/4/2020 hingga
23/4/2020

6. Tempat Pembentangan

7. Sinopsis
Buku itu menceritakan cara-cara yang berkesan untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak
supaya mereka akan mendengar. Buku itu mengajar kita menetapkan peraturan yang tegas tetapi
munasabah. Semasa menegur anak, menggunakan cara yang tidak menyakitkan hati anak-anak.
Jangan mengarah anak mengikut arahan, tetapi memberi pilihan kepada anak-anak serta
menerangkan kesan-kesan pilihan tersebut. Anak-anak sentiasa memberi peluang untuk memberi
pandangam dan meluahkan isi hati.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Hormat-menghormati perlu wujud dalam hubungan dengan kanak-kanak. Status sebagai ibu bapa
atau orang yang lebih tua jangan letak pada tahap yang tinggi sehingga wujud jugang komunikasi
antara kita dengan kanak-kanak.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Komunikasi berkesan ketika bercakap dengan pelajat atau menguruskan pelajar yang mempunya
masalah disiplin.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................... ........................................................
(ROSMAN BIN BACHOK )
(SIN BOON HAN )

100


Click to View FlipBook Version