The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by myyusidah, 2020-05-19 10:37:31

SINOPSIS BUKU SMKTUN

SINOPSIS BUKU SMKTUN

BORANG SINOPSIS BUKU Kod

Nama Sekolah: SMK TAMAN UNIVERSITI
Sekolah: JEA1049

1. Nama Guru SITI RAIHANA BINTI KHAMIS

2. Judul 365 TIP DIDIK ANAK GAYA 3. Bidang: PENDIDIKAN
NABI KHAS

4. Tarikh Pembentangan 23.04.2020 5. Masa: 12.00 TGH

6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis

Buku yang saya baca bertajuk 365 TIP DIDIK ANAK GAYA NABI. Buku ini membantu
saya untuk membawa pendekatan ‘how to do’. Pendekatan ini, mampu membantu
memberi idea dan kaedah yang praktikal untuk mendekati anak-anak. Hal ini juga dapat
saya terapkan untuk mendekati dan mengajar murid-murid berkeperluan khas. Buku ini
juga memuatkan aktiviti-aktiviti yang membantu saya mempelbagaikan idea mendekati
dan mendidik murid-murid seiring dengan perkembangan teknologi sekarang, namun
masih berpandukan gaya para nabi sebagai duta yang dicontohi.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Melihat anak murid sebagai amanah adalah sangat penting dalam dunia pendidikan
sekarang. Melalui kaedah-kaedah yang diketengahkan seperti mendorong potensi murid
dan mendorong otak kreatif, dapat membantu guru untuk lebih memahami murid agar
PdPc dapat dijalankan dengan baik dan membantu murid untuk lebiih yakin dan berjaya.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Teknik Didik Gaya Nabi seperti meletakkan matlamat yang jelas, boleh diaplikasikan
dalam PdPc dan Organisasi dan P&P. Ini bagi memudahkan untuk mewujudkan
kerjasama dalam organisasi dan menggalakkan murid dan mereka bebas memainkan
peranan mereka dalam P&P.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ .................................................
(SITI RAIHANA BINTI KHAMIS )
(ROSMAN BIN BACHOK )

101

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru HARIDAWATI BINTI HASSIM

2. Judul TEKNIK MEMOTIVASIKAN ANAK 3. Bidang:
4. Tarikh Pembentangan SECARA POSITIF 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini memberi pantuan dan tip tip bagi mendidik anak cara positif dan praktikal. Anak-anak
dilahirkan ke dunia ini sebagai pemimpin yang hebat. Bagi menjadi pemimpin, tuhan
membekalkan anak-anak kita dengan akal yang sempurna, bakat, kebolehan serta keupayaan luar
biasa. Tugas ibu bapa adalah mencari dan membongkar semua potensi kehebatan ini. Apabila
mereka gagal, yakinlah bahawa itu bukan diri yang sebenar. Oleh itu buku ini banyak memberi
inspirasi kepada ibubapa. Juga turut dimuatkan kisah-kisah keibubapaan bagi panduan kepada
ibu bapa dalam memotivasikan anak secara positif.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Beberapa Cara dan tip-tip yang betul dalam memotivasikan anak-anak secara positif

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
● Mempelajari teknik yang betul untuk memotivasikan anak didik secara positif

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ..............................................
(HARIDAWATI BINTI HASSIM ) ( ROSMAN BIN BACHOK )

102

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru ZUERDIANA BINTI MANAF

2. Judul MEMBENTUK KEPERIBADIAN 3. Bidang: MOTIVASI
CEMERLANG 5. Masa: TIADA

4. Tarikh Pembentangan TIADA

6. Tempat TIADA
Pembentangan

7. Sinopsis

Buku ini merupakan langkah pertama ke arah pembentukan peribadi cemerlang anak
berasaskan penemuan sains psikologi yang selaras dengan ajaran dan amalan
Rasulullah S.A.W . Di zaman globalisasi ini, sudah tentu cabaran yang dihadapi oleh
ibubapa dan anak-anak adalah lebih hebat. Ibubapa perlu melengkapkan diri dengan ilmu
keibubapaan agar dapat menjadi ibu bapa yang efektif, seterusnya membantu anak-anak
mendepani dunia tanpa sempadan ini.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Buku ini memberi panduan kepada beberapa perkara asas iaitu kefahaman mantap
tentang Hukum Pembelajaran yang menentukan keperibadian terbentuk. Selain itu
penerangan nilai kemanusiaan positif dalam membesarkan anak berpandukan konsep
Khalifah Method serta proses pembentukan , ganjaran, denda, dan sikap permisif.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Boleh menggunakan kaedah ini dalam memenangi (tackle) hati pelajar.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ZUERDIANA BINTI MANAF ) ()

103

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru MOHD HAMZAH BIN MOHD ALI

2. Judul FORMULA MUDAHNYA KAWAL 3. Bidang: PSIKOLOGI
EMOSI ANAK

4. Tarikh Pembentangan 26 April 2020 5. Masa: 7.45 Pagi

6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis
Ilmu kawal emosi anak ini tersangatlah penting sebenarnya. Tanpa ilmu untuk kawal
emosi anak, kita cenderung untuk gunakan teriakan, jerkahan, tengkingan, cubitan dan
sampai ke tahap pukulan yang melampaui batas hanya untuk mendisiplinkan dan
mendidik anak.

Apabila anak meragam, mengamuk dan menangis, diri sendiri yang jadi tertekan kerana
kita tak ada panduan. Emosi anak juga adalah salah satu penyebab tekanan dalam
rumah tangga sebenarnya. Kita sekarang berada pada zaman di mana tekanan itu datang
dari pelbagai sudut dan arah. Ada yang tertekan dari segi ekonomi keluarga. Ada yang
tertekan dan bermasalah daripada segi pasangan yang kurang memahami dan
bermacam lagi penyebab yang lain. Dengan mengangkat tekanan kita daripada segi
emosi anak-anak kita sebenarnya sedang membantu diri kita, pasangan dan rumah
tangga kita sendiri.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Saya percaya keluarga yang mempunyai anak yang bagus kawalan emosi adalah
keluarga yang sangat bahagia. Apabila anak meragam, kita ada banyak pilihan dan cara
untuk menenangkan. Apabila anak senang diuruskan, hati kita dan pasangan akan lebih
tenteram. Teknik mengawal emosi ini saya kira sangatlah penting supaya anak-anak
dapat dibesarkan dengan panduan dan ajaran yang betul bagi melahirkan anak yang
berjaya dan terbaik.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Melalui teknik mengawal emosi anak ini dapat juga di aplikasikan dalam bidang
perguruan dan sangat membantu guru untuk mengurus tadbir terutama ketika guru
hendak mengendalikan pelajar di dalam kelas. Guru juga dapat mengenal pasti tahap
kebolehan pelajar dan teknik yang bersesuaian untuk mengawal emosi pelajar. Hal ini
kerana emosi yang terkawal sedikit sebanyak dapat melahirkan PdPc yang berkesan.
Emosi yang terkawal juga dapat melahirkan warga organisasi yang sentiasa berfikiran
positif dan konsisten dalam kelaksanakan tugasan yang diberikan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( MOHD HAMZAH BIN MOHD ALI ) ( ROSMAN BIN BACHOK )

104

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru ZARINA BINTI ISMAIL

2. Judul PSIKOLOGI PENDIDIKAN 3. Bidang: Motivasi/Psikologi
4. Muka surat UNTUK PERGURUAN
5. Penerbit: KARISMA
271 halaman Publication

6. ISBN 983-195-239-1
7.Pengarang: Rahil Mahyuddin

Habibah Elias

7. Sinopsis

Buku ini secara keseluruhannya menjelaskan tentang teori dan konsep
berkaitan dengan perkembangan remaja dan pembelajaran. Kecerdasan merupakan
salah satu daripada faktor yang mempengaruhi pembelajaran. Kanak-kanak yang cerdas
lebih mudah belajar dan menguasai kemahiran dan pengetahuan. Kecerdasan
mempunyai maksud yang berbeza mengikut pandangan ahli-ahli psikologi. Kecerdasan
seseorang adalah hasil daripada interaksi antara faktor baka dan
persekitaran.Kecerdasan boleh di ukur dengan menggunakan ujian kecerdasan yang
disediakan oleh ahli-ahli psikologi. Daripada ukuran yang dibuat kecerdasan seseorang
akan ditunjukkan oleh Darjah Kecerdasan.Dalam aspek Ingatan dan Lupaan merupakan
dua perkara penting yang berkaitan dengan pembelajaran. Dalam pemprosesan
maklumat manusia belajar tentang banyak perkara tetapi pada masa yang sama apa
yang dipelajari itu sebahagian sahaja yang boleh diingat manakala bahagian yang lebih
banyak melalui proses lupaan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Sebagai guru adalah penting mengambil langkah-langkah tertentu supaya
murid-muridnya dapat meningkatkan ingatan dan mengurangkan lupaan semasa
menjalani proses pembelajaran.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini memberi pencerahan kepada kita untuk menjadi guru yang lebih baik dalam
aspek tingkah laku dan tindakan dalam melaksanakan tugas. Semoga dengan
pembacaan buku ini, kita akan lebih bersemangat dan bermotivasi untuk melakukan
tugas utama sebagai seorang guru iaitu menyampaikan ilmu yang lebih berkesan kepada
murid.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

..........................................… . ...............................................
(ROSMAN BIN BACHOK )
(ZARINA BINTI ISMAIL )

105

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru MOHD ZAHIDI BIN MAHMOOD
2. Judul
4. Muka surat PSIKOLOGI PENDIDIKAN UNTUK 3. Bidang: Motivasi/Psikologi
PERGURUAN 5. Penerbit: KARISMA Publication

271 halaman

6. ISBN 983-195-239-1 7.Pengarang: Rahil Mahyuddin
7. Sinopsis Habibah Elias

Pembelajaran pemerhatian bermula dengan peristiwa melibatkan model .Perlakuan
yang dilihat sepadan dengan harapan pemerhati,dengan itu berlakulah perubahan
tingkahlaku.Meniru adalah salah satu cara belajar yang digalakkan khususnya mengenai
perkara-perkara yang baik.

Teori pembelajaran sosial dihasilkan kerana ahli teorinya tidak berpuas hati dengan penerangan
yang diberikan oleh ahli-ahli teori behavioris tentang pembelajaran.Mereka berpendapat bahawa
unsur kognitif mempunyai peranan penting dalam pembelajaran manusia.Manusia banyak belajar
melalui pemerhatian,peniruan dan pemodelan. Walaupun begitu, mereka juga percaya peranan
peneguhan dalam proses pembelajaran.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Sebagai guru adalah penting mengambil langkah-langkah tertentu supaya murid-muridnya dapat
meningkatkan ingatan dan mengurangkan lupaan semasa menjalani proses pembelajaran.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini memberi pencerahan kepada kita untuk menjadi guru yang lebih baik dalam aspek
tingkah laku dan tindakan dalam melaksanakan tugas. Semoga dengan pembacaan buku ini, kita
akan lebih bersemangat dan bermotivasi untuk melakukan tugas utama sebagai seorang guru iaitu
menyampaikan ilmu yang lebih berkesan kepada murid.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................

(MOHD ZAHIDI BIN MAHMOOD ) (ROSMAN BIN BACHOK )

106

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru HAZIRAH BINTI HAMZAH

2. Judul BAHAGIA DAN 3. Bidang: BAHASA
MEMBAHAGIAKAN

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis

Buku ini mengisahkan tentang cara untuk bahagia dan membahagiakan. Buku ini

mengandungi 15 Bab. Hanya satu bab yang akan dikupas.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Murah hati adalah sifat terpuji. Di dalam bab ini, penulis menyatakan bahawa setiap apa
yang dilakukan oleh seseorang tidak perlu mengharapkan balasan. Sebagai seorang
yang beragama Islam, kita perlu mementingkan manfaat dan sumbangan kepada orang
lain lebih daripada diri kita sendiri. Penulis menambah lagi bahawa fokus utama adalah
mendapat penghargaan daripada Allah S.W.T. Selain itu, jika kita banyak membantu
orang lain walaupun pertolongan itu kecil sahaja, in sya Allah segala urusan kita akan
dipermudahlan.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
Ilmu yang saya dapat daripada buku ini akan saya gunakan di dalam organisasi dan P&P.
Setiap apa yang saya akan lakukan kepada organisasi dan murid-murid, saya tidak akan
mengharapkan penghargaan. Selain itu, saya juga akan lakukannya dengan ikhlas.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(HAZIRAH BINTI HAMZAH) (ROSMAN BIN BACHOK)

107

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI

Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru NORIZAN BINTI KAMALUDDIN

2. Judul Panduan dan Strategi Motivasi Diri 3. Bidang: Motivasi
4. Tarikh Pembentangan 20 April 2020 5. Masa: 3jam

6. Tempat Pembentangan Smk Taman Universiti
7. Sinopsis

Buku ini adalah berkenaan panduan dan Strategi motivasi diri. Terdapat beberapa langkaj untuk
membina motivasi diri. Langkah pertama memotivasikan diri adalah mengenali diri sendiri.
Mengenali diri sendiri tidak terbatas daripada luaran dengan melihat diri sendiri melalui cermin
sahaja malahan perlu dilihat dari aspek dalaman iaitu melalui asal usul,sikap,tabiat dan kelakuan
yang dimiliki.
Langkah kedua adalah mewujudkan kesedaran. Seseorang yang sudah mengenali diri sendiri
akan jelas mengenai apa yang hendak dicapai seterusnya akan mewujudkan kesedaran
diri.Amalan-amalan yang boleh digunakan untuk mewujudkankan kesedaran diri adalah dari aspek
matlamat diri,wawasan,masa hadapan,pembangunan diri, persahabatan, komunikasi, kerja dan
persaingan.
Langkah berikutnya untuk memotivasikan diri adalah kemahuan mengubah diri. Jika tiada
kemahuan untuk mengubah diri sendiri, motivasi diri tidak akan terbina.Kemahuan disini untuk
lebih berjaya dan berubah kearah yang positif. Oleh itu, seseorang perlu berubah dari kebiasaan,
menjadi lebih baik. Kemahuan mengubah diri mampu menjadi pendorong meningkatkan motivasi
diri.
Selepas itu langkah seterusnya adalah mengubah sikap. Terdapat beberapa langkah untuk
mengubah sikap. Langkah pertama adalah mengenal tindakan yang sering tidak disukai oleh
orang sekeliling kita. Selain itu, menganalisis keperluan untuk mengubah sikap, menyenaraikan
bentuk-bentuk perubahan sikap yang difikirkan sesuai,memberikan masa yang sesuai dan realistik
untuk melakukan perubahan tersebut. Langkah terakhir adalah membuat penilaian tindakan
perubahan yang telah diambil.
Setelah langkah-langkah diatas diambil,motivasi diri sahaja masih tidak mencukupi. Seseorang itu
mesti menanamkan amalan dan sikap positif dalam diri.Hal ini supaya motivasi yang dibina tidak
terhenti setakat diperingkat tertentu sahaja malahan tetap tekal hingga ke akhirnya. Kepentingan
menanamkan sikap positif menjadikan diri kita lebih selesa dan begitu juga orang disekeliling akan
lebih selesa dengan kehadiran kita.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Sebelum membina motivasi,terdapat peringkat-peringkat yang perlu dilalui oleh tiap-tiap individu.
Motivasi diri sangat penting dalam diri seseorang bagi memastikan diri kita terus berkembang
kearah positif dan memberikan keselesaan terhadap orang sekeliling yang bekerjasama dengan
kita.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
Melalui ilmu membina motivasi diri ini dapat dipraktikan dalam p&p dimana murid yang kelihatan
tidada motivasi untuk belajar perlu diberikan pendedahan untuk membina motivasi diri.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

..................................... ...................................
(NORIZAN BINTI KAMALUDDIN ) ( EN ROSMAN BIN BACHOK )

108

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru NORMAIZURA BINTI ABU HASAN 3. Bidang: PEDAGOGI
2. Judul PENGENALAN PEDAGOGI 5. Masa: 11/4/2020 - 25/4/2020
4. Tarikh Pembentangan

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Pengenalan pedagogi menceritakan beberapa tajuk yang dapat membantu guru-guru baru
memahami dan kuasai kemahiran mengajar. pada awalnya, ia dimulakan dengan menceritakan
tentang maksud pedagogi, kepentingan guru menguasai ilmu pedagogi dan elemen dalam PDPC.
Seterusnya, model pengajaran dan ciri-ciri pengajaran berkesan dibincangkan. Strategi
pengajaran di bilik darjah juga dibincangkan yang merangkumi beberapa pendekatan dan gaya
PDPC yang diaplikasi pada masa itu. Buku ini turut menganalisis komponen dalam perancangan
pengajaran dan menyediakan beberapa contoh perancangan bagi memenuhi keperluan guru
baru. Buku ini juga turut mengetengahkan aspek pengurusan bilik darjah, masalah disiplin dan
teknik meningkatkan disiplin di dalam bilik darjah. untuk meningkatkan lagi keberkesanan
pengajaran guru, isu berkaitan profesionalisme guru turut dibincangkan. Buku ini sesuai sebagai
rujukan guru baru, guru-guru dan mereka yang berminat dengan bidang perguruan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

- guru yang berkesan menggunakan pelbagai kemahiran untuk mewujudkan suatu
persekitaran yang kondusif.

- berupaya menangani masalah peribadi pelajar,
- guru menguasai pengajaran supaya PDPC berjalan dengan baik.
- melayan pelajar sebagai insan yang memiliki potensi.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

- mewujudkan suatu persekitaran yang kondusif supaya pelajar berasa selesa.

- memenuhi keperluan pelajar yang pelbagai.

- Pengajaran secara aktif, seperti perbincangan, projek, forum, seminar dan lain-lain.

- menggunakan aplikasi teknologi, seperti video dan sebagainya.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( NORMAIZURA BINTI ABU HASAN )
( EN ROSMAN BIN BACHOK )

109

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI

Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru NUR SAYUDATI BINTI NAWAWI

2. Judul CELIK MATA DAN JIWA 3. Bidang: MOTIVASI

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini berkisarkan motivasi untuk membangunkan diri sendiri. Menurut penulis, manusia
diciptakan dengan sebaik-baik kejadian dengan setiap satunya dilengkapi dengan anggota dan
pancaindera. Setiap anggota dan pancaindera dihiasi dengan kesempurnaan yang tersendiri.
Namun begitu, sempurnanya manusia itu apabila memiliki akal yang waras.

Akal adalah rahsia penciptaan agung Allah kepada setiap manusia. Oleh yang demikian, manusia
sewajarnya menggunakan akal yang waras dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Akal yang
waras akan mengubah cara kita melihat sesuatu perkara. Akal yang waras akan mendorong
manusia melihat kelebihan dan kebaikan orang lain. Akal yang waras akan menangani
kelemahan dan kesilapan diri sendiri. Ternyata akal yang waras sangat penting dalam
membentuk jati diri seseorang menjadi manusia yang berguna.

Kesimpulannya, sangat penting memiliki akal yang waras kerana akal yang waras melorongkan
diri manusia melakukan perkara kebaikan. Akal yang tidal waras akan menyebabkan kebinasaan
pada diri sendiri dan mendatangkan mudarat.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Celik mata sahaja tidak cukup untuk menjadi manusia sempurna di mata manusia lain. Biarpun
tiada manusia yang sempurna, berusaha untuk menjadi manusia yang sempurna satu usaha yang
baik. Bagi mencapai kesempurnaan di mata manusia, celik mata dan celik jiwa perlu seiringan.
Celik jiwa mendorong manusia melakukan kebaikan tanpa meminta balasan. Celik jiwa mendidik
manusia menjadi seseorang yang mempunyai matlamat hidup yang jelas. Celik mata dan jiwa
menyedarkan manusia bahawa hadirnya kita di muka bumi ini bukan tanpa tujuan melainkan
memakmurkan dunia dan tidak membuat kerosakan di muka bumi ini.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Sebagai seorang guru, amat penting memiliki akal yang waras kerana guru merupakan role model
kepada pelajar. Akal yang waras akan mendorong guru melaksanakan tugas yang diamanahkan
dengan hati yang terbuka. Akal yang waras akan menjadikan guru seorang yang sentiasa positif
biarpun berhadapan dengan seribu satu karenah pelajar. Akal yang waras akan membuatkan diri
seseorang guru biasa disukai oleh semua guru juga pentadbir kerana sikapnya yang sentiasa
positif dan memudahkan segala urusan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ....................................................
( NUR SAYUDATI BINTI NAWAWI ) ( EN ROSMAN BIN BACHOK )

110

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru SATHYAKALA A/P S. VERASINGAM
2. Judul
PENGENALAN ILMU KONTEN 3. Bidang: PEDAGOGI
PEDAGOGI DALAM
PENDIDIKAN JASMANI DAN
SAINS SUKAN

4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa:-

6. Tempat -
Pembentangan

7. Sinopsis

Kandungan buku ini meliputi penjelasan tentang konsep ilmu konten pedagogi dalam
pendidikan jasmani dan sains sukan. Penjelasan konsep tersebut melibatkan tata cara
menyampaikan ilmu dalam satu unit konten yang spesifik dengan menggabungjalinkan
stail-stail pengajaran berdasarkan keupayaan dan kebolehan pelajar.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Penguasaan guru dalam ilmu konten pedagogi perlu pada tahap tinggi kerana mata
pelajaran Pendidikan Jasmani merupakan bidang ilmu yang seharusnya dapat memenuhi
keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu dari aspek fizikal, mental, emosi dan
sosial melalui proses pengajaran dan pembelajaran selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Penetapan objektif pengajaran dan pembelajaran berdasarkan tiga domain dalam
Pendidikan Jasmani iaitu domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor supaya
pengajaran bermakna dan berkesan dan membantu pelajar menguasai dengan jayanya
sesuatu ilmu.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,
(SATHYAKALA A/P S. VERASINGAM ) ( EN ROSMAN BIN BACHOK )

111

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru WONG SHEET LING

2. Judul Mendidik dengan Kasih Sayang 3. Bidang: Motivasi
5. Masa: -
4. Tarikh Pembentangan -

6. Tempat -
Pembentangan

7. Sinopsis

Buku ini berjudul "Mendidik dengan Kasih Sayang" yang dikarang oleh Dr. Dai Chen Zhi.
Buku ini menceritakan tentang cara mendidik pelajar dengan kasih sayang. Pertama, guru
perlu mencungkil bakat atau kelebihan yang ada pada pelajar. Kedua, guru perlu
mengenali pelajar dahulu sebelum memarahi atau mendenda pelajar. Ketiga, guru perlu
menyayangi pelajar dengan bijaksana dan ikhlas. Keempat, guru perlu mengorbankan
masa kepada pelajar demi masa depan pelajar. Terakhir, guru perlu menggunakan kaedah
yang kreatif dan menarik untuk mendidik pelajar.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Saya menyedari kerjaya guru ini memerlukan banyak kesabaran dan kasih sayang
kepada anak murid. Untuk menjadi guru yang bertanggungjawab, saya perlu mengenali
pelajar saya dengan baik dan mengambil berat terhadap mereka selain daripada
mengajar pengetahuan daripada buku.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

- Memahami keadaan pelajar saya dengan teliti dan kasih sayang selain daripada
mengajar

mereka pengetahuan daripada buku.
- Menggunakan kaedah yang sesuai kepada pelajar yang tertentu supaya mereka dapat
belajar

walaupun pelajar yang bertahap lemah.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................

( WONG SHEET LING ) ( EN ROSMAN BIN BACHOK )

112

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru DIWI JUMATIN BT SAMSUDDIN 3. Bidang:UNIT PENDIDIKAN
2. Judul KHAS
MEMBINA KEPERIBADIAN MULIA
GENERASI AKAN DATANG

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:10.00 PAGI

6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis

Buku ini mengandungi panduan praktis dalam membina keperibadian mulia generasi akan datang
mengikut ajaran Islam. Buku ini menekankan setiap umat muslim yang beriman mesti
meletakkan ketinggian hidup kepada Tuhannya dan bersedia untuk memikul tanggungjawab diri
secara menyeluruh dalam semua bentuk dan keadaan samaada menyentuh persoalan dunia dan
ukhrawi. Buku ini juga banyak memberi panduan kepada kita untuk membina keperibadian
mengikut Rasullulah SAW dan mesti meletakkan perasaan cinta dan sayangnya kepada Rasullulah
SAW tanpa berbelah bagi. Setiap muslim yang ingin menjadi kekasih Allah SWT mesti menjadikan
Rasullulah sebagai Suri Teladan dalam hidup dan akan membentuk peribadi mulia seperti yang
dituntut dan akan membawa kebahagiaan dunia dan akhirat. Bukan itu sahaja, kandungan
buku ini menekankan setiap umat islam perlu tahu cara adab dengan diri sendiri, adab
sesama manusia dan adab kebiasaan yang perlu dipraktikkan dalam kehidupan seharian
yang mampu membentuk dan melahirkan insan cemerlang gemilang.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

i. Beriman kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW
ii. Sabar dengan setiap ujian
iii.Tenang dalam membuat setiap keputusan dan tidak terburu-buru
iv.Tolong menolong dan kasih mengasihani
v. Hormat menghormati
vi.Bersyukur dengan nikmat
vii.Berhati-hati dalam kehidupan

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

i Dapat menambahkan pengetahuan sedia ada dalam membentuk serta memantapkan
jati diri untuk menjadi insan berkeperibadian mulia yang bertetapan dan bersesuaian.
ii. Menepati profesion seorang guru dalam membimbing anak-anak murid membina dan
menjadi insan yang berperibadian mulia.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(DIWI JUMATIN BT SAMSUDDIN )
( EN ROSMAN BIN BACHOK )

113

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI

Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru Arba’iyah binti Ahmad

2. Judul Liku-liku Bahasa : Ke Arah 3. Bidang: Bahasa
Penggunaan Bahasa Yang Baik,
Betul dan Indah

4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: -

6. Tempat -
Pembentangan

7. Sinopsis

Buku ini membincangkan permasalahan yang sering berlaku dalam penggunaan bahasa

yang sering menjadi kekeliruan pengguna bahasa. Penulis buku ini iaitu Profesor
Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim menulis buku ini bertujuan untuk membantu golongan

peminat bahasa, guru bahasa, para pelajar dan sesiapa sahaja yang ingin mendalami

penggunaan bahasa Melayu dengan lebih sempurna. Perbincangan dibahagikan kepada
tiga bidang. Dua bab pertama menumpukan perhatian terhadap persoalan ejaan dan
kamus, kerana ini difikirkan amat penting dan perlu diulangi serta ditegaskan kepada para

pembaca. Bahagian kedua pula, penulis menumpukan perhatian kepada aspek-aspek
morfolgi, terutama kepada aspek-aspek yang tidak begitu mendapat perhatian sebelum
ini, tetapi yang terus menjadi masalah kepada para pengguna bahasa. Satu bab khusus,

iaitu bab 9, membincangkan kata adverba. Bahagian ketiga membincangkan
aspek-aspek sintaksis, iaitu ayat. Penekanan semua huraian adalah untuk memberi
penjelasan kepada pembaca.Penulis juga membuat ulasan dan rumusan lengkap dalam

setiap bahagian akhir dalam setiap bab dalam buku ini untuk mengukuhkan pemahaman
pembaca.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Melalui pembacaan buku ini, saya dapat meningkatkan pengetahuan kemahiran bahasa
ke arah penggunaan bahasa yang baik, betul dan indah dalam kehidupan seharian.
Selain itu, saya juga dapat memupuk perasaan cinta akan bahasa kebangsaan iaitu
bahasa Melayu dan berusaha untuk menjadi pengguna bahasa yang betul.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Pengetahuan yang diperoleh melalui pembacaan buku ini dapat digunakan dalam
pembelajaran dalam kelas terutama apabila berhadapan dengan para pelajar yang
menghadapi kekeliruan dalam aspek tatabahasa. Apabila saya dapat meningkatkan
pemahaman murid terhadap bahasa yang betul, saya berharap dapat menarik minat
generasi sekarang untuk bertutur dan menggunakan bahasa kebangsaan iaitu bahasa
Melayu dengan baik, betul dan indah.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ...................................................
(ARBAIYAH BINTI AHMAD )
( EN ROSMAN BIN BACHOK )

114

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI

Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru NURUL SHAZWANI BINTI PAUZI

2. Judul SEKOLAH DAN BILIK DARJAH 3. Bidang:PENDIDIKAN

4. Tarikh Pembentangan 27 APRIL 2020 5. Masa: 9.30 PAGI

6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis

Buku ini ditulis sebagai panduan kepada bakal guru sebelum melangkah ke alam

pendidikan. Beberapa perkara penting yang perlu bakal guru tahu termasuklah sekolah

sebagai satu institusi, konsep persekitaran bilik darjah, peranan guru di dalam dan di luar

bilik darjah dan guru sebagai pembentuk insan dan pengajaran efektif. Buku ini sangat

sesuai digunakan sebagai rujukan untuk bakal guru mahupun mereka yang telah bergelar

guru.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. Sekolah Sebagai Satu Institusi
- Sekolah ialah suatu tempat untuk belajar dan mengajar. Sekolah berperanan untuk
menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran. Selain itu sekolah juga berperanan
memperkembangkan minat, bakat dan kebolehan murid-murid. Seterusnya, melahirkan
warganegara yang berguna dan bertanggungjawab serta dapat memimpin negara pada
masa akan datang.

2. Konsep Persekitaran Bilik Darjah
-Bilik darjah merupakan tempat proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Di dalam
bilik darjah KBSR dan KBSM, kerusi dan meja disusun secara berkumpulan. Cara ini
akan menyebabkan murid-murid lebih aktif serta dapat bertukar pendapat dan berpeluang
untuk bersosialisasi. Banyak bahan pengajaran dan pembelajaran, pemupukan sifat
kerjasama dapat diterapkan dalam bilik darjah KBSR dan KBSM.

3. Peranan Guru Di Dalam Dan Di Luar Bilik Darjah
-Peranan guru dalam pengajaran dan pembelajaran ialah sebagai pengajar,
pembimbing,fasilitator, inovator, pengurus, pentadbir, perancang, pengelola, pendegar
dan penilai.
-Tiga perlakuan mengajar ialah perancangan, perlaksanaan dan penilaian. Perancangan
ialah persediaan yang dibuat untuk mengajar topik-topik tertentu kepada murid.
Seterusnya, perlaksanaan ialah tindakan dalam menjalankan aktiviti-aktiviti dan
membantu murid-murid mengalaminya. Manakala penilaian pula merupakan proses
pentafsiran pengajaran, pembelajaran serta memikirkan langkah-langkah mengatasi
kelemahan-kelemahan jika perlu.
4. Guru Sebagai Pembentuk Insan Dan Pengajaran Efektif
-Guru yang berkesan merupakan seorang yang bersikap tegas, adil, bertimbang rasa,
stabil emosinya, mudah dihampiri, dinamik, sabar, berdedikasi, demokratik, penyayang,
berpengatahuan dan berkemahiran dalam membina hubungan baik sesama manusia.
-Pengajaran efektif mempunyai beberapa ciri seperti berpusatkan murid-murid, pelbagai
teknik digunakan, isi pelajaran bermakna, mementingkan perbezaan individu, persediaan
lengkap, menghasilkan kepuasan kepada murid-murid, objektif jelas serta tercapai,
interaksi guru dan murid-murid, set induksi yang menarik dan penutupan yang kemas.

115

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
-Sebagai seorang guru dan bakal guru, buku ini sangat tepat untuk dijadikan panduan dan
pegangan dalam memartabatkan bidang pendidikan. Semua guru perlu peka dengan diri
murid, kaedah serta bahan pengajaran yang sesuai dan keadaan fizikal bilik darjah untuk
melahirkan murid-murid yang seimbang dari aspek JERI iaitu jasmani, emosi, rohani dan
intelek. Jika semua aspek ini dititikberatkan, tidak mustahil pemimpin negara pada masa
akan dapat dihasilkan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(NURUL SHAZWANI BINTI PAUZI) ( EN ROSMAN BIN BACHOK )

116

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru NORSUHAIZAH BINTI SULAIMAN

2. Judul BERUBAH SEBELUM REBAH 3. Bidang: MOTIVASI

4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: -

6. Tempat -
Pembentangan

7. Sinopsis

Ramai yang tidak menyedari bahawa sikap adalah aset yang sangat bernilai. Ia boleh
menentukan kejayaan seseorang, namun ia juga boleh menjatuhkan sekiranya tidak
diuruskan dengan betul. Berubah Sebelum Rebah memberikan cara terbaik dalam
menangani sikap negatif yang membelenggu hidup seseorang. Teknik motivasi yang
disulami penceritaan ini bukan sahaja menghiburkan, malah kita akan dapat mengenal
sikap yang menghalang kemajuan diri.
Paling menarik, ia turut memuatkan kejayaan tokoh-tokoh terkenal untuk membuka minda
dan mencetuskan inspirasi. Buku ini turut menyemarakkan sifat ingin menggantikan
kegagalan, kekecewaan, sifat berputus asa dengan semangat dan keyakinan untuk
meraih kehidupan yang lebih baik. Perubahan adalah sesuatu yang pasti. Maka, ubahlah
sikap negatif pada positif agar kejayaan menjadi hak milik hakiki.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. Mengenal pasti sifat positif dan negatif dalam diri seseorang.
2. Melatih diri memilih sifat positif berbanding negatif.
3. Pengalaman seseorang dapat membantu diri menjadi lebih positif.
4. Berubah sebelum terlambat.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1. Membangkitkan semangat positif dalam diri terutama ketika menjalankan tugas.
2. Memberi dorongan kepada murid yang mempunyai pelbagai watak dan sifat.
3. Menerangkan strategi motivasi yang mudah untuk diamalkan di dalam bilik darjah.
4. Mempengaruhi pelajar dan rakan sekerja untuk memilih sifat-sifat positif berbanding
negatif.
5. Mengambil iktibar kejayaan tokoh-tokoh dahulu untuk menggemilangkan kerjaya diri,
rakan sekerja dan pelajar.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

Suhaizah ........................................................
( EN ROSMAN BIN BACHOK )
(NORSUHAIZAH BINTI SULAIMAN)

117

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA1049

1. Nama Guru MOHD FAISAL BIN MOHD ZIN

2. Judul SEHINGGA AL-QURAN 3. Bidang : AGAMA / MOTIVASI
TERPAHAT DI HATI
4. Mukasurat
6. ISBN 314 halaman 5. Penerbit : TELAGA BIRU SDN. BHD.
8. 978-967-388-047-8 7. Pengarang : MOHD SOLLEH AB. RAZAK

Sinopsis :

Buku ini merupakan usaha penulis dalam menggalakkan umat Islam
menghafaz al-Quran sebagai garis panduan hidup yang mampu
memerintah dan memimpin manusia.

Nikmat yang mampu menunjuk dan memimpin manusia agar berjaya
mentadbir hidup di dunia ini menuju kepada hasanah di dunia dan
hasanah di akhirat.

Apabila al-Quran terpahat di hati, setiap anggota tunduk akur pada
arahan al-Quran, setiap langkah tersusun mengikut rentak al-Quran,
setiap tindak tanduk terbias daripada cahaya al-Quran dan setiap gerak
hidup selari di atas landasan al-Quran.

9. Nilai Pengetahuan / Pengajaran :

1) Bukanlah mustahil bahawa daripada usaha yang kerdil,mampu mencetus sesuatu yang luar biasa
sekiranya ia dilakukan dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan.

2) Dengan menghafaz, kita akan menghargai kehadirannya dan kita akan bersamanya.
3) Mengajak kita menghargai al-Quran yang berada di sisi kita.

10. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P :

Buku ini dihasilkan untuk memberi motivasi dan juga formula yang terbaik kepada individu yang ingin
menghafaz al-Quran. Adalah menjadi suatu kemestian untuk berpegang dan mempraktikkan formula
asas dan pemantapan hafazan. Melalui teknik yang betul maka kita dapat mempraktikkan kepada
anak-anak pelajar di institusi pendidikan. Mendekatkan diri dengan maha pencipta dengan penuh rasa
kesyukuran.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.................................................. ........................................................
( MOHD FAISAL BIN MOHD ZIN)
(EN ROSMAN BIN BACHOK )

118

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru NUR ASHIKIN BT MOHD ZUKI 3. Bidang: BAHASA
2. Judul KEMAHIRAN INTERPERSONAL INGGERIS

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis

Buku ini berkisarkan empat topik utama iaitu personaliti, kemahiran mendengar,

komunikator berkesan dan juga perhubungan perseorangan. Topik pertama

memperincikan mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi personaliti seseorang seperti

faktor baka/genetik dan faktor persekitaran. Topik kedua memfokuskan kepada halangan

atau gangguan yang ada ketika proses mendengar serta latihan yang dapat dilakukan

untuk mendapat kemahiran mendengar yang berkesan. Topik ketiga berkaitan

komunikator berkesan dimana ia menekankan jenis komunikasi serta ciri komunikasi yang

berkesan. Topik terakhir memberikan penekanan terhadap hubungan antara manusia

dengan masa dan komunikasi. Ia memberikan kepentingan masa dan komunikasi dalam

kehidupan manusia untuk meneruskan kelangsungan. Secara keseluruhannya, buku ini

memfokuskan kepada kemahiran interpersonal dan intrapersonal yang merupakan

keupayaan kognitif seseorang dalam memahami dan mengenali diri sendiri.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Terdapat banyak nilai dan pengajaran yang dapat diambil didalam buku ini terutamanya
kepentingan untuk kita dalam menguruskan masa dengan baik serta mendapat hasil
terbaik dalam proses komunikasi yang dilakukan seharian.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1. Latihan untuk mendapat Kemahiran mendengar yang baik
2. Ciri-ciri komunikasi berkesan
3. Kepentingan pengurusan masa dan komunikasi

Disediakan oleh, Disahkan oleh, )
Ashikin
........................................................ ........................................................
( NUR ASHIKIN MOHD ZUKI ) ( ROSMAN BIN BACHOK

119

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru NOOR ANISZAH BT BAIJAN

2. Judul TEN POWERFUL PHRASES 3. Bidang: MOTIVASI
FOR POSITIVE PEOPLE

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis

Buku ini mengisahkan sepuluh kata-kata yang berguna yang sering digunakan oleh

orang-orang yang mempunyai sifat positif dalam diri. Sepuluh kata-kata tersebut adalah

seperti berikut.

‘ i am sorry’, ‘i am wrong’, you can do it, i believe in you, i am pround of you, thank you, i

need you, i trust you, i respect you and i love u

‘I am sorry’ merupakan ungkapan yang susah dilafakan oleh orang terutama orang yang

mempunyai sifat ego. Penulis menyatakan supaya jangan takut untuk mengaku

kesalahan kerana ianya bukan bermaksud kita kalah.

‘I am wrong’ sama seperti i am sorry di mana kata-kata ini menundukkan sifat egois yang

tinggi. Menurut penulis sikap ego tidak memberi kesan yang baik dalam diri seseorang.

‘You can do it’ pula merupakan kata-kata perangsang kepada diri sendiri juga kepada

orang lain. Hal ini kerana putus asa sifat yang harus dibuang jauh-jauh dari diri setiap

manusia.

‘I believe in you’ juga ‘ i am proud of you’ menggambarkan kita memberi keyakinan pada

seseorang. Hadirnya manusia di atas muka bumi ini pelbagai sifat. Maka kata-kata

sperti ini sangat membantu orang yang mempunyai keyakinan diri yang rendah untuk

mara ke hadapan.

‘thank you’, ‘i need you’, ‘ i trust you’, ‘i respect you’ dan akhir sekali ‘ i love u’ pula

kata-kata positif yang menunjukkan seseorang menghargai orang lain. Sifat menghargai

seseorang melambangkan diri sendiri penuh dengan kasih sayang, hati yang suci dan

bersih tanpa ada hasad dengki.

Ksimpulannya, sebagai manusia, kita perlu menggunakan kata-kata positif kerana setiap

patah perkataan yang keluar dari mulut itu melambangkan sebanyak mana ilmu yang

dimiliki.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Antara nilai dan pengajaran yang boleh diambil dari buku ini adalah memaafkan,
mengakui kelemahan diri, sentiasa memberi semangat yang baik kepada orang lain,
menghargai orang lain dan sayang menyayangi.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Sebagai seorang guru, semua sifat yang telah dinyatakan di atas haruslah ditanam dalam
diri dan harus cuba sedaya upaya untuk mengaplikasikan kesemua nilai murni yang telah
dinyatakan.
Ini selaras dengan kata-kata Imam Ghazali di mana ILMU TANPA AMAL ADALAH GILA
manakala AMAL TANPA ILMU adalah sia-sia.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(NOOR ANISZAH BT BAIJAN ) (ROSMAN BIN BACHOK )

120

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI

Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru NURADILA WANIS BINTI NODIN

2. Judul LA TAHZAN, DONT BE SAD, 3. Bidang: MOTIVASI
JANGAN BERSEDIH

4. Tarikh Pembentangan 27/4/2020 5. Masa:8.00 PAGI

6. Tempat Pembentangan

7. Sinopsis
Buku" Jangan Bersedih" ini merupakan buku motivasi yang boleh dijadikan panduan hidup
bahagia dan jauh daripada kesedihan. Selain itu, buku ini juga berkisarkan kejayaan kebendaan
dan kebahagiaan rohani di dunia dan akhirat. Melalui pembacaan buku ini, saya memperoleh
kedamaian jiwa, ketenteraman hati dan sentiasa berlapang dada. Buku ini dapat menghalau
perasaan dukacita dan kesedihan, keresahan dan kegoncangan, sempit dada, kecewa, putus asa
dan rasa rendah diri. Buku ini juga mengajar saya bahawa setiap apa yang kita lalui sebenarnya
merupakan satu rahmat Allah kepada kita samada untuk meningkatkan keimanan terhadap-Nya
atau terus untuk menyalahkan keadaan dan takdir.

Antara cara yang boleh dikongsikan untuk menjauhi dukacita adalah mengingati rahmat dan
nikmat Allah. Selain itu, resepi untuk menghalau dukacita adalah sentiasa bersyukur dan
mendekatkan diri kepada pencipta. Bagi mencapai matlamat tersebut, seseorang perlu
mempunyai sikap tegas dan istiqamah. Kita juga sebagai manusia khususnya yang beragama
Islam perlu sentiasa bersangka baik dengan Allah SWT dan percaya setiap ujian yanh dilalui pasti
ada hikmah yang menanti.

Buku ini juga menyelitkan beberapa kisah yang boleh dijadikan ikhtibar juga puisi yang boleh
menaikkan semangat untuk kita terus berjuang melawan kesedihan. Kata-kata hikmah yang hebat
juga terkandung dalam buku ini yang saya kira sangat elok jika terus dihayati dan diamalkan dalam
kehidupan seharian.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Antara nilai murni yang terkandung dalam buku ini adalah positif dalam menerima ujian dan usah
bersedih. Hal ini kerana melayan kesedihan dengan cara yang tidak betul akan memsunahkan
diri sendiri. Mendekatkan diri dengan pencipta dan mensyukuri nikmat adalah cara terbaik untuk
menangani kesedihan

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Antara pengajaran yang boleh diambil dan dipraktiskan dalam kehidupan seharian adalah sentiasa
berlapang dada. Sikap berlapang dada bukan sahaja pintu kebahagian tetapi juga dapat
menjauhi aura negatif yang akhirnya boleh memakan diri.

Berlapang dada ketika diberi tugasan sebagai guru membawa kepada impak positif dalam suatu
organisma keguruan. Berlapang dada menerima pelajar yang lemah akan menarik minat pelajar
untuk belajar bersama kita.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( CG NURADILA WANIS BINTI NODIN ) (CG ROSMAN BIN BACHOK)

121

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru Fauziah Binti Nawi
2. Judul
Teknik Memotivasikan Anak Cara

Positif 3. Bidang: Motivasi

4. Tarikh Pembentangan 27.04.2020 5. Masa: -

6. Tempat Rumah
Pembentangan

7. Sinopsis

Buku ini membongkar tip-tip panduan bagi mendidik anak cara positif dan praktikal. Turut
dimuatkan kajian kes dan kisah keibubapaan yang memberikan inspirasi kepada semua
ibu bapa.

Dalam membesarkan anak-anak, pelbagai kesilapan dilakukan tanpa kita sedar.
Kesilapan ini berlaku kerana kurangnya pengetahuan mengenai aspek keibubapaan.
Antara kesilapan yang sering dilakukan oleh ibu bapa ialah suka
membanding-bandingkan kebolehan atau kelemahan anaknya dengan orang lain,
merendahkan kebolehan anak, memarahi anak tidak pada tempatnya, tidak menjadi
pendengar yang baik, tidak mewujudkan kemesraan, suka membebel atau mengkritik,
terlalu manjakan anak dan tidak menjadi model ikutan yang baik.

Oleh itu, penulis buku ini telah berkongsi pengalaman dan memberikan panduan kepada
ibu bapa, teknik memotivasi dan membimbing anak. Antaranya ialah menjaga sumber
dan makanan yang disuap kepada anak, membetulkan fokus kita, menggunakan
pendekatan emosi, menjaga kredibiliti diri, kenali anak dengan lebih mendalam,
tingkatkan “Intellectual-Emotional-Spiritual- Quotient (IESQ) anak, manfaatkan masa
secara berkualiti bersama, guna teknik memuji yang betul agar memberi kesan dan
komunikasi berkesan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. Setelah membaca buku ini, saya sedar bahawa anak-anak yang cemerlang
bukannya lahir daripada ibu bapa yang cemerlang semata, sebaliknya mereka
lahir daripada ibu bapa yang prihatin mengenai aspek kecemerlangan.

2. Sebagai ibu bapa, kita perlulah fokus kepada perkara yang dapat menyelesaikan
masalah dan bukan sebaliknya.

3. Ibu bapa perlu menjaga kredibiliti dan menjadi orang yang paling dipercayai oleh
anak mereka dan bukan sebaliknya. Jangan tunjuk kelemahan diri di depan anak
sebaliknya tunjukkan kehebatan diri agar anak merasa bangga memiliki ibu bapa
yang hebat dan akhirnya berkeinginan untuk jadi hebat seperti ibu bapa mereka.

4. Anak-anak adalah amanah daripada Tuhan dan ujian bagi ibu bapa kerana setiap
anak adalah berbeza.

5. Manfaatkan masa secara berkualiti bersama keluarga seperti melakukan solat
berjemaah, makan malam bersama, pergi melancong atau bercuti bersama dan
sentiasa memperuntukkan masa khas untuk menemani anak belajar atau
mendengar luahan mereka.

6. Memuji kebaikan yang dilakukan dan memberi ganjaran yang setimpal.

122

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1. Guru perlu fokus kepada cara untuk membantu mengatasi kelemahan murid
dalam pembelajaran.

2. Guru perlu mendekati murid, menyentuh emosi dan menjalin hubungan yang baik
dengan murid serta menyebarkan kasih sayang kepada muridnya.

3. Guru perlu menyebarkan aura positif kepada murid agar terbit keinginan dalam
diri murid untuk sentiasa menjadi positif.

4. Guru perlu melengkapkan diri dengan ilmu dan mahir subjek yang diajar agar
murid tidak memandang rendah tentang kredibiliti guru mengajar matapelajaran
tersebut.

5. Guru perlu mengelakkan diri daripada sikap suka membebel ,
membanding-bandingkan antara murid/ kelas serta merendahkan kebolehan
murid kerana sikap ini akan mewujudkan perasaan rendah diri dalam diri murid.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................

( Cikgu Fauziah Binti Nawi ) (Cikgu Rosman bin Bachok )

123

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru HOO MING LU

2. Judul BERANI MENCINTAI DIRI 3. Bidang:MOTIVASI
SENDIRI

4. Tarikh Pembentangan 27/4/2020 5. Masa: 3.00PM

6. Tempat RUMAH
Pembentangan

7. Sinopsis

Buku ini adalah satu buku motivasi yang ditulis oleh seorang penulis

perempuan Taiwan. Beliau menulis buku ini untuk mengingatkan orang zaman

sekarang ( zaman yang penuh dengan pelbagai tarikan dan nafsu) supaya sentiasa imbas

balik kendiri secara berterusan,selalu ingakan diri sendiri untuk balik kepada norma hidup

yang paling original, iaitu mencari kebahagiaan. Beliau membahagikan norma hidup

kepada tiga aspek iaitu kerjaya, kehidupan harian dan percintaan.

Dari aspek kerjaya, buat apa jua mengikut kemampuan, kita boleh menguji

kebolehan kita tetapi bukan memaksa diri sehingga tertekan. Kerjaya kita adalah pilihan

kita sendiri, jangan merunggut,apa jua peranan kita, sama ada pekerja/ bos, ada

tanggujawab masing-masing, ada give and take. Beliau memgumpamakan setiap

pekerjaan adalah satu lakonan, kita perlu berlakon sebagai seorang pekerja yang baik.

Dari aspek kehidupan harian, kita ada banyak potensi yang terpendam, kita

perlu rajin mencungkil bakat diri sendiri yang lain walaupun itu tidak unik bagi orang lain

tetapi ia boleh mendatangkan kegembiraan kepada kita.Jangan asyik hendak membuat

perbandingan yang tidak berguna dengan orang di sekeliling kita kerana perbandingan itu

tidak ada hadnya, ia hanya menonjolkan aura negatif. Kita perlu sentiasa ingat yang biasa

itulah yang cantik, dan yang biasa itulah yang susah dicapai pada zaman serba moden

ini.

Hah, sampai aspek yang paling menarik, iaitu percintaan. Bagi seorang

wanita, percintaan menentukan kecantikannya. Jika dia ada seorang yang betul-betul

menyayanginya dari hati, maka sudah tentu wajah wanita itu akan berseri, “kasih sayang”

jauh lebih power daripada semua jenis produk jagaan kulit. Sebelum kita dicintai orang

lain , kita terlebih dahulu perlu mencintai diri sendiri, jangan jadi seorang wanita yang

asyik menaruh simpati daripada kuam lelaki, jangan jadi perempuan yang hanya tahu

korbankan segala-galanya untuk keluarga, tetapi tidak pandai mengurus diri sendiri.

Anak-anak kalau sudah menjadi dewasa, lepaskan tangan bagi mereka berdikari, dan kita

boleh lah membuat perihal yang kita sudah lama tangguhkan demi keluarga.

Kesimpulannya, kita perlu mengingatkan diri sendiri, setiap hari adalah indah,

kita perlu mencintai diri sendiri.

124

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Pekerja yang disukai oleh bos:
80%akur arahan + 20% kebijaksanaan = 100% output
20% akur arahan + 80% kebijaksanaan = 100% ego

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Apabila kita sudah memilih untuk menjadi seorang guru, kita perlu menerima pilihan
sendiri dengan hati yang terbuka, berlakon menjadi seorang guru yang baik, yang boleh
memimpin anak murid kita dengan jujur dan bertanggungjawab, boleh berkerjasama
dengan rakan sekerja dengan penuh komited dan akur kepada arahan pihak atasan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh, )
(Hoo Ming Lu ) ( Rosman bin Bachok

125

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru HAMISAH BTE ABDULLAH 3. Bidang:MOTIVASI
2. Judul PENENANG JIWA

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa: 14 HARI.

6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis

 Buku ini ditulis oleh Imam Al Ghazali hasil terjemahan kitab Mukashafah Al Qulub.

 Dunia ini menawarkan kenikmatan.Kaki hendak ke mana melangkah?Mengikut

syaitan atau malaikat?Peperangan dalam diri sentiasa berlaku.

 Melalui kitab ini,beliau mengorek barah,barah yang bersarang di hati.Beliau

menjelaskan sebab dan bahayanya.

 Buku ini juga menyentuh betapa pentingnya Riadhah dan Mujahadah.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Manusia hanya akan beroleh ketenangan apabila fitrah atau rohaninya terisi,subur dan
sihat.Yang dimaksudkan dengan kerohanian yang subur dan sihat ialah persediaan dan
keteguhan hatinya untuk mengalahkan musuh-musuh batin iaitu syaitan dan hawa
nafsu.Musuh batin ini sangat payah untuk ditumpaskan jika kita tidak mempunyai
persediaan asas yang lengkap.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Jadikan rasa kehambaan yang mendalam kepada Allah sebagai asas terhadap segala
ibadah yang dilakukan.Segala usaha-usaha dalam bidang pekerjaan adalah ibadah yang
perlu dilakukan dengan ikhlas semata-mata keranaNya.Oleh itu kita tidak perlu bimbang
dengan penilaian manusia pada ketika mana ia tidak dilihat dan dihargai kerana hanya
penilaian Allah sahaja yang paling utama.Ini akhirnya menjadikan kita lebih tenang dalam
melaksanakan pekerjaan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(HAMISAH BTE ABDULLAH )
(CG ROSMAN BIN BACHOK )

126

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru NUR FARHANAH BINTI MOHAMED

2. Judul RICH DAD POOR DAD 3. Bidang: BAHASA
( EDISI BAHASA MELAYU)

4. Tarikh Pembentangan 27/4/2020 5. Masa: 8.30 pg

6. Tempat
Pembentangan

7.

Sinopsis :

Buku ini menceritakan kisah seorang kanak-kanak yang bernama Robert T.Kiyosaki yang

berusia 9 tahun yang mempunyai cita-cita menjadi orang kaya sehingga cita-citanya

menjadi kenyataan. Buku ini juga menceritakan kisah permulaannya bersama rakannya

Mike memahami ilmu berkaitan wang dan kewangan untuk menjadi orang kaya hinggalah

dia berjaya dalam bidang hartanah setelah dewasa. Robert T.Kiyosaki mempunyai dua

orang ayah, seorang ayah yang miskin iaitu poor dad (ayah kandung) dan seorang ayah

yang kaya, rich dad (ayah angkat). Kedua-dua ayahnya mempunyai prinsip yang berbeza

dalam kehidupan terutamanya berkaitan wang. Walaupun kedua-dua ayahnya berjaya

dalam karier masing-masing dan mempunyai pendapatan lumayan, namun pengurusan

wang sangat berbeza. Poor dad iaitu ayah kandung berpendapat supaya anaknya belajar

bersungguh-sungguh dan berjaya dalam pelajaran agar mendapat pekerjaan yang bagus

di syarikat swasta. Manakala rich dad pula berpendapat belajar cara mengendalikan

wang bekerja sepanjang hayat kepada seseorang itu lebih penting. Disebabkan

kedua-dua ayahnya mempunyai sudut pandang berbeza berkaitan wang menyebabkan

Robert T.Kiyosaki merungkai dan mempunyai sikap ingin tahu dalam memahami prinsip

dua orang ayahnya itu. Pengajaran berkaitan wang bermula apabila dia bekerja dengan

rich dad pada usia 9 tahun dengan dibayar gaji sebanyak 30 sen selama 3 jam yang

dianggap tidak berbaloi. Jadi dari situlah beliau mula mengetahui dan belajar tentang cara

untuk menjadi kaya . Rich dad selalu berpesan kepadanya bahawa orang miskin dan

kelas menengah bekerja untuk wang dan orang kaya mempunyai wang yang bekerja

untuk mereka. Robert T.Kiyosaki sentiasa merujuk rich dad dalam apa-apa jua

tindakannya sehinggalah dia dewasa. Apabila dewasa, beliau telah membuat tindakan

yang tepat dan bijak dalam pengurusan wang dan bebas daripada masalah kewangan

kerana mempraktikkan kemahiran yang diajar oleh rich dad sejak kecil lagi. Oleh itu,

beliau memiliki syarikat pelaburan hartanah bagi menjana pendapatan pasif, dan aktif

dalam pelaburan di papan bursa saham bagi meningkatkan pendapatan portfolio. Beliau

juga mewujudkan bisnes berkaitan pendidikan kewangan supaya dapat menghasilkan

dan menerbitkan buku-buku yang pasti mengubah cara seseorang pembaca melihat

isu-isu yang banyak menjerat seseorang dan dapat mengubah kehidupan seseorang

supaya bebas hutang.

127

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran :

- Membina kekayaan berasaskan kewangan yang kukuh
- Membezakan antara aset yang menambah kekayaan dengan liabiliti yang

menghabiskan wang
- Mencapai kebebasan kewangan dan kepuasan bekerja
- Menjadikan wang bekerja untuk kita.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

-Perkongsian ilmu dalam mendidik dan menguruskan kewangan dengan baik dalam diri
pelajar.
-Pelajar dapat membezakan pengertian aset dan liabiliti supaya aliran wang dapat diurus
dengan bijak
-Guru dan murid dapat berkongsi dan memberi peringatan dan kesedaran dengan berfikir
menggunakan akal dan belajar mengumpul aset dengan setiap wang yang diperoleh.

Disediakan oleh, Farhanah Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(CG ROSMAN BIN BACHOK )
(NUR FARHANAH BINTI MOHAMED )

128

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru ZURAIDAH BINTI ABD.HAMID

2. Judul 11 Teori dan Prinsip Motivasi di 3. Bidang:Motivasi
Tempat Kerja 5. Masa:

by Abdullah Hassan, Ainon Mohd

4. Tarikh Pembentangan

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku ini menerangkan tentang 11 teori dan prinsip motivasi di mana menjadi kunci kepada sikap
rajin dan positif pekerja. Prinsip ini terbukti dapat membantu menjadikan pekerja lebih setia,
bersedia dan bekerja tanpa meningkatkan kos operasi. Buku ini memberi tiga strategi unggul
kepada majikan, pengurus dan pegawai atasan bagi memotivasikan pekerja iaitu:
1.Strategi dorongan dari dalam diri pekerja- Sebelum ini organisasi dilihat sebagai tempat makan
gaji,namun kini organisasi menjadi tempat berkembangnya potensi diri.
2.Strategi berfikir seperti majikan- Pekerja yang berfikir gaya majikan akan dapat mengurus kerja
mereka secara lebih berkesan. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka meletakkan faktor wang
sebagai faktor kedua.
3.Strategi mengurus kos membaik pulih yang dilakukan oleh pekerja kesan daripada suntikan
motivasi yang tidak kena cara dan tempatnya. Organisasi menjadi syurga apabila semua pekerja
gembira dan kekal setia. Hanya resipi motivasi yang betul memungkinkan perkara ini berlaku. Pilih
miootivasi yang tepat dan segera lakukan di tempat kerja.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Cara untuk memotivasikan diri agar lebih efektif dan efisien di tempat kerja. Untuk menjadi pekerja
yang cemerlang,perlu sentiasa memiliki minda yang positif.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ibiini sesuai digunakan oleh para pendidik di peringkat sekolah rendah atau menengah untuk
memotivasikan diri.Majikan atau pegawai atasan perlu menggunakan 3 strategi unggul yang boleh
digunakan bagi meningkatkan motivasi pekerja ke arah yang lebih baik. Ilmu ini sangat membantu
melahirkan pekerja yang bermotivasi bagi memastikan organisasi mencapai matlamat yang
ditetapkan.

Disediakan oleh, ) Disahkan oleh,
Zue
............................ .....................................
(ZURAIDAH ABD.HAMID (CG ROSMAN BIN BACHOK )

129

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru FAZILAH BINTI OMAR
PENENANG JIWA
2. Judul 3. Bidang: MOTIVASI
5. Masa:
4. Tarikh
Pembentangan

6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis

Buku ini mengisahkan cara-cara yang harus diamalkan oleh seorang hamba Allah yang
menumpang di dalam alam ciptaan-Nya.

Bagi mendapat hati yang tenang dan rohani yang terisi dan sihat, manusia seharusnya
taat akan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya. Zikir merupakan
penenang hati yang paling baik selain membersihkan hati dari perasaan hasad dan
dengki.Selain dari menyucikan hati, perbuatan manusia juga membantu dalam
menenangkan jiwa. Manusia dilarang untuk berbuat zalim sesama makhluk Allah.

Sedekah juga merupakan penenang jiwa selain dapat menghapuskan dosa. Sedekah
tidak mengurangi harta sebaliknya menjadikan manusia lebih dekat dengan Allah.

Ditanya kepada Rasullullah SAW, sedekah apakah yang paling utama?
Baginda menjawab, sedekah yang ikhlas kepada orang fakir dan menahan mata.

Manusia juga diminta untuk berbuat baik kepada anak yatim. Menurut Ibnu Majah,
Barangsiapa yang menjemput anak yatim di antara kaum muslimin kepada makanan dan
minumannya, pasti Allah memasukkannya ke Syurga kecuali dia melakukan dosa yang
tidak boleh diampuni.

Seterusnya, berwudhuk juga merupakan salah satu dari penenang jiwa. Hamba Allah
digalakkan untuk sentiasa berwudhuk agar terhindar dari perkara yang negatif. Wudhuk
memberikan impak yang besar kepada manusia.
Abu Hurairah ra berkata, ”Siapa yang berwudhuk dengan baik, lalu keluar hendak solat,
sesungguhnya dia dalam solat selama menuju kepadanyadan ditulis untuknya setiap satu

langkah satu kebaikan dan dihapus dengan langkah berikutnya satu keburukan.”

Usai berwudhuk, hamba Allah akan bersolat. Apabila kita sujud dan memohon
keampunan, disitulah letaknya ketenangan pada hati. Pelbagai seksaan telah dinyatakan
seandainya solat ditinggalkan. Manusia diharuskan untuk bertaubat kepada Allah.
Memohon keampunan kepadanya sehingga menistiskan air mata. Sebagai hamba Allah,
kita dituntut untuk takut kepada Allah. Tanda-tanda takut kepada Allah ada tujuh iaitu:

i) Pada lisannya– menghindarkan dari dusta, ghibbah, menyebar fitnah, berbual
kosong

ii) Pada hatinya– membuang rasa permusuhan, kebodohan dan dengki
iii) Pada pandangannya– tidak memandang pada makanan, pakaian atau benda

yang haram
iv) Pada perutnya- tidak diisi dengan barang haram
v) Pada kedua tangannya- tidak digunakan untuk perkara yang haram
vi) Pada langkahnya- tidak berjalan untuk maksiat

130

vii) Terlihat pada ketaatannya- semata-mata untuk mencari redha Allah

Kesimpulannya, sebagai manusia, kita perlu sentiasa mendekatkan diri dengan Allah agar
sentiasa tenang. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menyucikan hati. Zikir, solat,
sedekah antara cara yang jelas dinyatakan. Oleh itu hendaklan perbanyakkan ibadah
untuk membantu meningkatkan diri di sisi Allah.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Antara nilai dan pengajaran yang boleh diambil dari buku ini adalah perbanyakkan ibadah
serta amalan untuk kita sentiasa dekat dengan Allah. Jadikan rasa kehambaan yang
mendalam kepada Allah sebagai asas terhadap ibadah yang dilakukan.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Sebagai seorang guru, jiwa yang tenang akan melahirkan insan yang benar-benar
memahami maksud Hamba Allah. Perbuatan yang mengundang kepada hati yang tenang
mampu untuk disemai dalam jiwa anak-anak didik. Pendidikan bukan sahaja
berteraskan subjek semata-mata tetapi juga dari sudut kerohanian selaras dengan
Falsafah Pendidikan Negara.

“.... Ingat! sesungguhnya dalam jasad (manusia) ada segumpal darah. Jika ia baik,

baiklah jasad keseluruhannya. Jika ia rosak maka rosaklah jasad seluruhnya. Ingat!
Itulah hati...

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( FAZILAH BINTI OMAR )
( CG ROSMAN BIN BACHOK )

131

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru ARIFAH BINTI ARIFIN

2. Judul PENDEKATAN 3. Bidang: AKADEMIK
PEMBELAJARAN : TEORI
TINGKAH LAKU

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis

Teori tingkah laku atau behaviorise bermula daripada kajian Pavlov dan dipelopori oleh

Watson. Kemudiannya, teori ini dikembangkan lagi oleh Thorndike dan Skinner. Konsep

asas bagi teori tingkah laku adalah pelaziman klasik dan pelaziman operan. Jika

pelaziman klasik memberi perhatian terhadap hubungan antara rangsangan dan gerak

balas, pelaziman operan pula memberi fokus kepada kesan tingkah laku yang

ditunjukkan. Berdasarkan teori tingkah laku, sahsiah atau personaliti manusia terbentuk

antaranya melalui peneguhan positif, peneguhan negatif, generalisasi, diskriminasi,

penghapusan, galakan, hukuman positif, dan hukuman negatif. Selain daripada itu,

persekitaran dianggap memberi peneguhan yang kuat terhadap pembetukan sahsiah.

Oleh yang demikian, sahsiah yang baik hanya terbentuk jika persekitarannya juga turut

baik.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Pengajaran yang saya perolehi daripada pembacaan topik teori tingkah laku ini ialah
kemesraan dapat mewujudkan suasana harmoni di sekolah. Selain daripada itu,
pembentukan sahsiah melalui galakan @ Prompting sangat sesuai kerana pengajaran
dan latihan dapat diberi dengan lebih efiesyen dengan menggunakan galakan. Ini kerana,
sejak kecil kanak-kanak dibantu untuk bertingkah laku seperti yang dikehendaki dengan
menggunakan galakan (prompting)

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Melalui pembacaan saya, untuk membentuk sahsiah atau tingkah laku yang baik dalam

kalangan pelajar dan guru ialah guru boleh memberikan peneguhan positif dan galakan

(prompting). Hal ini kerana peneguhan positif melibatkan pemberian peneguh positif atau

ganjaran seperti pujian, hadiah, dan penghargaaan yang menyebabkan sesuatu tingkah

laku diulang dengan kerap atau dilakukan lagi pada masa akan datang. Contohnya,

sekiranya guru memberikan pujian dan galakan yang baik kepada pelajar, maka pelajar

akan membuat tugasan yang diberikan oleh guru dan tidak akan segan untuk bertanya

kepada guru pada masa akan datang. Manakala, melalui galakan (prompting) pula

bertujuan untuk membolehkan tingkah laku berlaku pada masa yang diingini, disamping

pengajaran dan latihan dapat diberikan dengan lebih efisyen dengan menggunakan

galakan, sebagai contoh pelajar tidak tahu bagaimana untuk menghasilkan catan cat air,

makanya guru menunjukkan cara-cara untuk menghasilkan lukisan yang baik, makanya

guru menunjukkan demonstrasi untuk melukis dengan baik. Sekiranya, tidak dapat

menghasilkan dengan baik lagi, guru akan pergi ke tempat setiap pelajar tunjukkan cara

bagaimana pegang pensel, bagaimana cara membuat bayang @ shading sama-sama

dengan pelajar tersebut.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

..................................................... ..................................................
( Rosman bin Bachok )
( Arifah Binti Arifin )

132

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI

Kod Sekolah : JEA1049

1. Nama Guru MOHD NAZLI BIN MD ARIFFIN

2. Judul BELAJAR MELALUI 3. Bidang : PENDIDIKAN
BERMAIN

4. Mukasurat 113 halaman 5. Penerbit : Utusan Publications &
Distributors 2013

6. ISBN 978-967-61-26405-5 7. Pengarang : Sharifah Nor Puteh &
Aliza Ali

8. Sinopsis
Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan

kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan keseronokan dan

kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Aktiviti

bermain akan menggalakkan kanak-kanak menguasai perkembangan dan kemahiran

fizikal dan penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa.

Aktiviti yang dijalankan perlulah mempunyai perancangan yang teliti. Kaedah belajar
sambil bermain menyuburkan lagi perkembangan kanak-kanak (Robinson, 1977). Ini
jelas dapat diperlihatkan dalam perkembangan motor di mana dengan adanya
keseimbangan dan pergerakan badan dalam satu-satu aktiviti akan membolehkan
kanak-kanak itu melahirkan perasaan mereka dengan cara yang paling optima

Perkembangan fizikal dapat dikuasai melalui aktiviti fizikal di dalam bilik darjah dan di

luar bilik darjah dengan menggunakan pelbagai alat permainan yang disediakan dan

aktiviti pergerakan lokomotor kreatif. Pendekatan belajar sambil bermain amat sesuai

dilakukan dalam aktiviti fizikal. Hal ini kerana ia dapat merangsang minat
kanak-kanak dalam melakukan aktiviti fizikal.

9. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Bermain adalah fitrah bagi kanak-kanak. Aktiviti bermain akan menggalakkan
kanak-kanak menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa
dari segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa.Perkembangan fizikal juga amat
penting bagi kanak-kanak kerana ia membolehkan mereka menguasai kemahiran motor
halus, membina kemahiran pergerakkan asas dan kekuatan fizikal, mengamalkan gaya
hidup yang sihat dan membina minda yang sihat dan cergas.Oleh itu kanak –kanak tidak
harus di bebankan dengan aktiviti kelas semata-mata kerana ia boleh menghilangkan
minat mereka untuk belajar.

10. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
Buku ini memberi pendedahan kepada kita bahawa belajar bukan hanya melalui buku
tetapi belajar juga boleh melalui bermain. Kaedah ini amat bersesuaian dengan
murid-murid sekolah rendah dan juga tadika. Ia juga boleh diguna pakai untuk murid
pendidikan khas juga yang berasas rendah. Belajar melalui bermain ini dapat menarik
minat murid untuk belajar kerana ia kaedah yang tidak membosankan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

......................................... ..............................................
( MOHD NAZLI BIN ARIFFIN ) ( ROSMAN BIN BACHOK )

133

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru ZAITI BINTI ISMAIL 3. Bidang: KEMANUSIAAN
2. Judul BERSYUKUR SAAT DIUJI

4. Tarikh Pembentangan 27 APRIL 2020 5. Masa:

6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis

Buku ini menceritakan tentang rasa bersyukur di saat diuji dengan ujian dan dugaan
daripada Allah S.W.T. Penulis menceritakan beberapa pengalaman beliau ketika beliau
diuji oleh Allah S.W.T.Di antaranya beliau menceritakan saat berlakunya banjir yang
besar di Segamat. Beliau merupakan antara mangsa banjir tersebut. Rumahnya
mengalami kerosakan yang teruk. Juga beliau menceritakan pengalaman semasa belajar
di luar negara, mengalami penyakit yang kronik, Anak-anak diuji dengan pelajaran dan
sebagainya. Penulis banyak memberi motivasi dan perangsang supaya manusia mestilah
bermuhasabah diri sendiri ketika diberi ujian oleh Allah. Setiap ujian yang diberi terdapat
hikmahya seperti manusia sentiasa bersyukur kerana Allah ingin menguji tahap
kesabaran manusia.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. Kita hendaklah sentiasa bermuhasabah diri setiap masa supaya tidak terleka dengan
hal-hal keduniaan.
2. Kita sentiasalah sentiasa bersyukur apabila diuji dengan dugaan atau masalah kerana
Allah ingin menilai tahap kesabaran manusia.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1. Sentiasa bersabar menghadapi apa jua rintangan dan ujian dalam organisasi / P&P.
2. Sentiasa bersemangat dalam ilmu pendidikan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................

( ZAITI BINTI ISMAIL ) (ROSMAN BIN BACHOK )

134

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru HASHAZAH BINTI MOHD. HASHIM 3. Bidang: MOTIVASI / KEPIMPINAN
2. Judul 5. Masa:
4. Tarikh Pembentangan THE 7 HABITS OF HIGHLY
EFFECTIVE PEOPLE (By Stephen
R. Covey)

6. Tempat Pembentangan

7. Sinopsis
Secara ringkas, buku ini telah menerangkan serta membincangkan mengenai 7 tabiat golongan efektif

secara terperinci, sistematik, praktikal serta bersandarkan hujah-hujah yang relevan serta mudah
difahami. Buku ini menganduingi 4 bahagian utama bagi memperincikan 7 tabiat golongan efektif.
Bahagian-bahagian titu adalah seperti berikut;
Bahagian 1 – Paradigms & PrinciplesTM
Bahagian 2 – Private Victory TM
Habit 1 : Be Proactive– Principles of Personal Vision TM
Habit 2 : Begin with the End in Mind TM
Habit 3: Put First Thing First TM – Principles of Personal Management
Bahagian 3: Public Victory TM
Habit 4 : Think Win Win TM – Principles of Interpersonal Leadership
Habit 5 : Seek First To Understand, Then To Be Understood TM
Habit 6 : Synergize TM
Bahagian 4 : Renewal TM
Habit 7 : Sharpen The Saw TM

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Antara nilai pengetahuan / pengajaran yang diperolehi sepanjang pembacaan adalah seperti berikut:
 Persepsi (perception / pre-set mind) dalam diri seseorang perlu ditangani dengan bijak, rational
dan tanpa prejudis serta tanpa berat sebelah bagi mengelakkan sebarang konfilik, komunikasi
tidak berkesan serta persengketaan yang sia-sia.
 Kegagalan kita untuk memahami sesuatu situasi atau pendapat orang lain (point of view) secara
objektif, holistik dan tepat adalah ekoran dari pengaruh persepsi (perception) di mana kita
cenderung menilai sesuatu perkara, isu dan situasi berdasarkan pemikiran / pengetahuan /
budaya / kepercayaan / jangkaan masyarakat setempat / didikan di rumah yang telah lama
tertanam (embedded) selama ini. Oleh itu, tidak mudah untuk melakukan perubahan terhadap
persepsi tersebut.
 Sehubungan itu, pentingnya `Paradigm Shift’ (Lonjakan Paradigma) jika sesebuah organisasi,
seseorang pemimpin atau individu ingin berjaya dari segi perhubungan sesama manusia (human
relation), pelakasanaan tanggungjawab harian mahupun produktiviti mereka.
 Keberkesanan (Effectiveness) boleh dijelaskan melalui prinsip ` P/ PC Balance’ (Production of
desired results / Production Capability) bagi menjamin situasi menang menang (win win
situation). Contoh yang mudah difahami yang diberi adalah berdasarkan cerita dongeng Aesop
iaitu `The Goose and the Golden Egg TM’.
 Secara idealnya, penulis menyarankan supaya kita melatih diri kita supaya menanam sikap
`effective interdependence’ dan bukannya`dependence’ ataupun `independence’ dalam
sesebuah organisasi atau kerja sepasukan.
 Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang dipertanggungjawabkan, pentingnya kita
memberikan penekanan yang tepat (prioritize) antara `important matters’ dan `urgent matters’

135

bagi menggalakkan sikap `proactive’ dan menggelakkan sikap `reactive’.

 Perlunya dapat membezakan antara maksud `effective’ dan `efficient’ yang sebenar.

 Pengagihan tugas boleh dikategorikan kepada Pengagihan berbentuk `Gofer’ (`Gofer
Delegation’) yang mana perkembangan kreativiti dan idea baru dalam kalangan pekerja kurang
dititikberatkan berbanding dengan Pengagihan berbentuk Stewardship (`Stewardsip Delegation’)
yang lebih mengutamakan keputusan (`results’) berbanding dengan kaedah (`methods’). Ini
bermakna seseorang pekerja / orang yang dipertanggungjawabkan itu diberi lebih kepercayaan /
pilihan dalam menguruskan / melaksanakan sesuatu tugasan / tanggungjawab yang diberikan.
Bagaimanapun lebih masa dan latihan diperlukan bagi membentuk `Stewardship Delgation’ ini.

 Perubahan memerlukan tabiat, disiplin dan kemahuan yang tinggi dari seseorang. Ianya
haruslah bermula dari `Inside Out’.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

 Komunikasi berkesan merupakan suatu yang perlu dihayati dan dipupuk kerana ianya tidak
datang dengan sendiri secara automatik. Oleh itu pemerhatian, pengertian dan amalan yang
berterusan hendaklah dilakukan bagi memperbaiki tahap komunikasi kita.

 Setiap murid adalah unik dan mempunyai kebolehan yang tersendiri. Maka kita perlulah
membimbing serta menyerlahkan bakat serta kebolehan mereka yang sedia ada secara
berterusan melalui beberapa langkah. Antaranya, komuikasi berkesan, galakan, pembentukan
sikap yang positif, tunjuk ajar dan amalan yang cemerlang.

 Emosi murid perlulah sentiasa dijaga. Kadang-kadang perkara yang dianggap remeh atau kecil
(little things) yang kita lakukan terhadap mereka boleh memberikan samaada kesan positif atau
negatif yang signifikan terhadap mereka.

 Murid yang cermerlang disyorkan diajar menggunakan pendekatan `Stewardship Delegation’.
 Tiada jalan pintas bagi proses perkembangan dalam kehidupan seseorang. Contohnya,

seseorang bayi perlu melalui proses seperti belajar meniarap, duduk, merangkak dan berjalan
sebelum ia boleh berlari. Analogi ini juga dapat diaplikasi terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.
 Guru seharusnya terlebih dahulu memenangi kepercayaan dan hati anak murid mereka jika
mahu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Ini adalah kerana cubaan
mengajar murid semasa mereka mengalami suasana emosi yang tertekan tidak dapat
memberikan hasil/ impak yang berkesan kerana segala ajaran yang diberikan oleh guru lebih
dilihat sebagai hukuman (judgement) dan penolakan (rejection)

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( HASHAZAH BINTI MOHD. HASHIM )
(ROSMAN BIN BACHOK )

136

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru NORAIZAWATI BINTI BARIS 3. Bidang: MOTIVASI
2. Judul THE RULES OF WORK
5. Masa: 15 – 26 APRIL
4. Tarikh Pembentangan 2020

6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis

Buku ini mengenai beberapa peraturan/cara kerja supaya dapat meningkatkan prestasi
kerja kita. Salah satu peraturannya ialah ‘Walk Your Talk’. Kita perlu arif mengenai kerja,
lakukan kerja dengan sempurna (jika boleh perlu ‘smart’ dari yang lain) dan tidak
mengapa jika orang lain tidak nampak betapa gigihnya kita untuk laksanakan tugas
dengan efektif.
Peraturan lain adalah ‘Know That You’re Being Judged At All Times’. Penampilan dan
percakapan kita sering dipertikaikan dan di nilai. Oleh itu pastikan semuanya sedap mata
memandang dan menyenangkan. Kita tidak boleh hentikan penilaian orang lain terhadap
diri kita tetapi kita boleh tukar penilaian yang tidak baik kepada penilaian yang lebih baik
antaranya dengan cara senyuman, jabat salam dengan cara yang betul serta sentiasa
konfiden dan bertenaga. Peraturan seterusnya adalah Perancangan Strategik. Kita perlu
tahu apa yang kita inginkan untuk jangka masa pendek dan panjang. Kita perlu setkan
objektif, tahu peranan individu serta tahu kekuatan dan kelemahan diri masing-masing.
Peraturan yang terakhir adalah ‘If You Can’t Say Anything Nice-Shut Up’. Kita perlu ‘stand
up for others’, jangan bergosip, ceria dan positif, jangan berjanji jika tidak pasti serta
jadilah pendengar yang baik.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Untuk bekerja dengan efisien dan efektif, kita perlukan sokongan dari sekeliling. Untuk
memperolehi sokongan tersebut, kita perlukan identiti yang bersih dan berketrampilan
menarik serta menyenangkan.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Menjadikan saya seorang sahabat yang lebih menyenangkan, seorang rakan kerja yang
boleh bekerjasama dengan lebih baik serta seorang pekerja yang mampu meningkatkan
kecemerlangan akademik pelajar. inshaaAllah..

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( CG NORAIZAWATI BINTI BARIS
) (CG ROSMAN BIN BACHOK )

137

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah:
Kod Sekolah: JEA 1049

1. Nama Guru FADZLUNESA BINTI ISA

2. Judul WHO MOVED MY SHEESE? 3. Bidang: MOTIVASI
EDISI BAHASA MELAYU 5. Masa:

4. Tarikh Pembentangan

6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis

Analogi akan kehidupan manusia semasa menghadapi perubahan dalam kehidupan.
Sebilangan tikus kekal menyalahkan perubahan yang berlaku dan tidak mengambil
sebarang tindakan untuk beradaptasi dengan perubahan . manakala sebahagian tikus
pula mengambil inisiatif untuk beradaptasi dengan perubahan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Perubahan adalah perkara yang sering berlaku sepanjang kehidupan. Justeru, adalah
penting untuk setiap individu beradaptasi dengan perubahan yang berlaku untuk kekal
berdaya saing dalam tempoh masa tertentu

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
Memperkayakan program-program yang terkini bersesuaian dengan perubahan teknologi
sebagai contoh. Selain itu, pihak pengurusan perlu memastikan semua individu dalam
organisasi sedia untuk turut serta dalam arus perubahan tersebut.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(FADZLUNESA BINTI ISA ) (ROSMAN BIN BACHOK )
Guru Bimbingan & Kaunseling Sepenuh Masa, Pengetua,
SMK Taman Universiti, Johor Bahru. SMK Taman Universiti, Johor Bahru.

138

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru REYNULLAH MOHD SAUKI

2. Judul Pengurusan Masalh Disiplin 4. Bidang:
Pengetahuan dan
4. Tarikh Pembentangan
Profesional

5. Masa:

6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis

Buku ini menjelaskan tentang masalah disiplin, pelbagai masalah disiplin, mengenal
masalah individu, kesan-kesan sahsia pelajar yang tidak formal, kepentingan interaksi
pelajar, pelbagai salah laku pelajar, cara pembangunan generasi mendatang, disiplin
dalam bilik darjah, sekolah kondusif, peranan bimbingan kaunseling dalam menangani
disiplin pelajar.

Oleh itu, harapan dan impian semua pihak agar generasi pelajar ini dapat membesar
menjadi orang yang baik, mempunyai imej bermoral tinggi, bersikap wajadiri dan tidak
melihat institusi sekolah sebagai tempat tahanan dan kongkongan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. Faktor mempengaruhi disiplin pelajar
2. Permasalah disiplin yang menjadi isu negara seperti ponteng sekolah, pakaian
berfesyen,

merokok dan dadah
3. Penerapan nilai dalam bilik darjah
4. Pemupukan nilai di rumah

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk
mengubah tabiat pelajar kepada sikap positif. Tugas guru sering berhadapan dengan
pelajar yang banyak menimbulkan karenah. Pelajar sekolah seringkali melakukan salah
laku dan acap kali menimbulkan provokasi kepada guru. Oleh itu, kandungan buku ini
amat sesuai supaya permasalahan pelajar ini dapat ditangani dengan berhemah dan
bijaksana

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( REYNULLAH MOHD SAUKI )
( ROSMAN BIN BACHOK )

139

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA1049

1. Nama Guru Mahpuz bin Teh 3. Bidang: Pentadbiran
2. Judul
Mengurus HAL EHWAL
PELAJAR

4. Tarikh Pembentangan 27.4.2020 5. Masa:2.00 Petang

6. Tempat Tn Pengetua-Telegram
Pembentangan

7. Sinopsis

Buku ini perlu dibaca oleh semua guru.Penulisan Abdullah Sani Yahya ini merupakan

catatan pengalaman semasa beliau bertugas sebagai guru. Objektif penulisan buku ini

adalah utk membantu rakan-rakan guru menguruskan HEM dengan teratur.

Buku ini ada 5 bahagian dan 20 sub-topik,antaranya pada Bahagian 1.Mengurus

HEM-Mengurus Dokumen Pelajar dan Takwim Sekolah-Memantau Sekolah. Bahagian

2.Disiplin dan Masalah Pelajar Sekolah-Pelbagai Bentuk Perancangan Disiplin

Sekolah-Cara Menagani Masalah Disiplin Sekolah. Bahagian 3. BDK-Bagaimana

Kaunselor Dapat Membantu?-Kerjaya Pelajar-Keperluan Motivasi Pelajar Bahagian

4.Kokurikuum-Pasukan Unifrm-Sukan. Bahagian 5. Mengurus Asrama-Mengurus

Kebajikan Pelajar-SPBT dan Kajian Kes

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. Memahami bagaimana tugas seorang Penolong Kanan HEM, serta guru-guru
yang menjadi tulang belakang PK HEM-Kaunselor- Guru Disiplin/guru
tingkatan-SPBT-AJK Kantin-APDM/SSDM

2. Menambahkan kenyakinan memikul tanggungjawab PK HEM
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Dapat menjalankan amanah PK HEM dengan yakin dan betul melalui ilmu pengurusan
yang dipelajari

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ .............................................

( Mahpuz bin Teh ) ( ROSMAN BIN BACHOK )

140

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI

Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru MUHAMAD NUR FARHAN BIN MUHAMAD HANAFIAH

2. Judul SETEGUH TEKAD 3. Bidang: MOTIVASI

4. Tarikh Pembentangan 27 APRIL 2020 5. Masa: 4.00 P.M.

6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis

Seteguh Tekad menyelami kehidupan Prof. Dr. Sidek Baba, iaitu seorang tokoh pendidik

dan pejuang pendidikan Islam. Menyelak helaian demi helaian, bagaikan turut dibawa

bersama merasai kesusahan dan penderitaan seorang anak yang berjiwa besar tetapi

hidup dalam serba kekurangan. Kisah mengenai perjuangan hidup insan kerdil mendaki

tangga-tangga kejayaan. Sering wujud tanggapan bahawa kemiskinan boleh

menyebabkan kegagalan dalam hidup. Namun, dengan kesabaran yang tinggi, daya

usaha yang tidak pernah luntur, tekad yang kental, dan keikhlasan melakukan sesuatu

pasti boleh menghasilkan lonjakan ke arah kejayaan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Mengajak kita menilai erti sebuah kehidupan yang amat perlu diisi dengan ilmu. Mereka
yang rajin merenung tentang diri, tentang hidup, tentang kerenah manusia, tentang
PENCIPTA, dan tanda-tanda kebesaran-Nya akan membuatkan mereka semakin
mendekati kebenaran dan cinta kepada-Nya. Hal ini memotivasikan diri untuk membuat
perubahan dalam diri dan tidak pernah putus asa dalam hidup.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
Guru-guru boleh membimbing pelajar dengan belajar kejayaan daripada orang lain
boleh memberi dorongan kepada kejayaan diri. Orang yang hidup serba kekurangan pada
masa lalu masih boleh berjaya, mana mungkin dengan kemudahan yang banyak pada
hari ini generasi muda tidak boleh mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ..................................................
(MUHAMAD NUR FARHAN BIN MUHAMAD
HANAFIAH ) (ROSMAN BIN BACHOK )

141

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru Zaidah Binti Abdul Aziz
KL Noir
2. Judul 3. Bidang: Bahasa
5. Masa:
4. Tarikh Pembentangan

6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis

You will find murder, drug-dealing, kidnapping, sexual, depravity, prostitution, celebrity
secrets, suicides, academic rivalry, gangsters, police brutally, canabalism, black magic,
creepy. There are 14 short stories and one essay about the seedy, the sinister and
sometimes the spooky.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
The needs to instill the good characteristics such as love and patient to anyone living in
this world so as to make the world a better place, peace and harmony. It is everyone’s role
in making sure that the aim is achieved.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
We can tell the students what are the consequences that would happen when evil takes
over the world. They can make a difference by applying what they have learnt about the
good moral values.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................

( Zaidah Binti Abdul Aziz ) ( ROSMAN BIN BACHOK )

142

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru CHEONG VEE WEN

2. Judul COBUILD ENGLISH GRAMMAR 3. Bidang: BAHASA

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis

Buku rujukan grammar untuk guru. Semua topik tatabahasa Bahasa Inggeris terdapat
didalam buku ini bersama penerangan yang jelas and lengkap. Banyak contoh yang
mencukupi diberikan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

“refreshment” untuk guru, terutamanya untuk grammar section dalam silibus Tingkatan 4.
Juga penerangan untuk kelas semasa cloze passage dan penulisan.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Saya menggunakan buku ini untuk tatabahasa Bahasa Inggeris Tingkatan 4 dan 5
terutamanya dalam Kertas 2 SPM dan juga penulisan. Contoh-contoh yang diberikan
boleh digunakan dalam latihan untuk pelajar.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................

(CHEONG VEE WEN ) ( ROSMAN BIN BACHOK )

143

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru FIRDAUS BINTI MOHAMAD

2. Judul U-TURN KE JALAN LURUS 3. Bidang: MOTIVASI

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis

Buku setebal 208 muka surat ini ditulis oleh Zul Ramli M. Razali. Buku ini bersumberkan

karya asal oleh Imam al-Ghazali dan ditambah oleh mutiara dan ulasan indah oleh

pengarang. Kisah-kisah teladan yang diselitkan dalam setiap mutiara kata dapat dijadikan

pengajaran dan peringatan kepada hati manusia yang perlu diingatkan oleh sebab

sifatnya yang sering lupa.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Setiap manusia pernah terbabas dan tersalah jalan. Apa yang membezakan antara orang
yang cemerlang dengan gagal ialah orang cemerlang menemui kembali jalan betul,
manakala yang gagal akan terus berada di jalan salah dan tidak menemui mana ruang
untuk kembali. Amat penting bagi manusia mencari ruang kembali, manakah lorong
U-Turn untuk masuk semula ke laluan jalan yang betul (jalan yang diredhai oleh Yang
Maha Esa). Selain itu, manusia perlu kepada peringatan dan pengajaran kerana sifatnya
yang pelupa, juga bagi mengekalkan tenaga perubahan supaya berterusan berubah ke
arah kebaikan dalam hidup.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Perbaiki kesalahan dan sentiasa bersedia untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan
organisasi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( FIRDAUS BINTI MOHAMAD )
( ROSMAN BIN BACHOK )

144

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru KALSOM BINTI TURIMAN

2. Judul HIATUS 3. Bidang:PSIKOLOGI
5. Masa:
4. Tarikh Pembentangan

6. Tempat
Pembentangan

7. Sinopsis

Buku bertajuk HIATUS mengisahkan seorang yang bernama Amir Tahhah.Amir Talhah
mengalami masalah kemurungan sejak berumur 4 Tahun.Setelah kematian ibu bapanya
Amir Talhah telah dipelihara oleh Tuan Ahmad .Pelbagai kisah dan luahan perasaan
beliau seperti di buli dengan teruk semasa di sekolah,mencederakan diri sendiri dan
orang lain termasuklah gurunya.Masalah Amir Talhah semakin parah apabila meningkat
dewasa dan pernah mencuba beberapa kali untuk membunuh diri.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Emosi kanak-kanak yang kehilangan kasih sayang ibu bapa diusia yang sangat muda
jika tidak ditangani dengan baik oleh orang dewasa disekelilingnya memberi kesan
psikologi yang buruk kepada individu terlibat.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Mengenalpasti murid murid yang mengalami masalah kemurungan dengan segera
supaya tindakan dapat diambil dengan segera.Guru perlu peka supaya masalah
kemurungan dapat dikawal dengan kaedah kaunseling dan perubatan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

Kalsom ........................................................

........................................................ (ROSMAN BIN BACHOK )
(KALSOM BINTI TURIMAN )

145

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru MOHD RIFQI BIN MYIDDIN

2. Judul THE GREAT HUSBAND 3. Bidang: MOTIVASI

4. Tarikh Pembentangan 28 APRIL 2020 5. Masa: 6.30 petang

6. Tempat LIVE FACEBOOK DI KOTA BHARU KELANTAN
Pembentangan

7. Sinopsis

Buku ini menceritakan tentang bagaimana menjadi suami yang hebat berdasarkan apa

yang telah dipraktikkan oleh Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan berumahtangga

baginda. Penulis memulakan bicara dengan memperkenalkan anggota rumahtangga

baginda yang terdiri daripada para isteri baginda yang mulia. Kemudian penulis

menghuraikan etika kekeluargaan berdasarkan dalil-dalil daripada Al-quran dan sirah

hidup baginda. Antara isi penting yang ditekankan ialah keperluan penampilan diri

seorang suami yang seharusnya perlu kemas dan menarik di hadapan isteri. Selain

penampilan fizikal yang baik, para suami juga perlu berusaha untuk menjaga hati isteri

dan dinyatakan panduan-panduan kenabian bagaimana cara terbaik mengambil hati

isteri. Buku ini juga mengemukakan bagaimana baginda mengurus rumahtangga

berpoligami yang sebenarnya menjurus ke arah teladan yang amat baik dan

menyeronokkan

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

-Kesabaran dalam mengurus organisasi keluarga.

-Kesempurnaan sifat Nabi sebagai ikutan dan Qudwah yang hebat

-Keperluan untuk mengikut jejak baginda dalam mengurus keluarga agar lahir rumahku
syurgaku

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Ilmu yang diperolehi mampu untuk memandu pembaca dalam mengurus kelas yang
mempunyai pelabagai ragam pelajar sebagaimana baginda mengurus keluarga baginda
yang mempunyai isteri-isteri daripada pelabagai latar kehidupan.

Pengetahuan yang banyak juga diperolehi untuk dikongsi dalam pdpc bagi tajuk sirah
Nabi dalam bidang tokoh.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(MOHD RIFQI BIN MYIDDIN)
(ROSMAN BIN BACHOK )

146

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru RAFIDAH BINTI ABD MAJID

2. Judul ALTERNATIF LAIN SELAIN 3. Bidang:
MARAH MOTIVASI –keibubapaan.

4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: 3 HARI
26 -28/04/2020

6. Tempat -
Pembentangan

7. Sinopsis

Buku ini sangat sesuai dijadikan panduan kepada ibu bapa dan guru untuk

menambahbaik ilmu mengurus dan mendidik anak-anak atau murid-murid. Penulis

berpengalaman sebagai Pengamal Terapis Keluarga. Beliau menampilkan 13 isu yang

biasa dihadapi oleh ibu bapa khususnya terutama dalam zaman cyber yang sangat

mencabar dalam mendidik anak-anak.Banyak kemahiran keibubapaan dipelajari melalui

pengetahuan dan pengalaman. Ibu bapa perlu matang seterusnya berusaha menjadi

berwibawa bukan ibu bapa yang sempurna. Pengaruh di luar keluarga sebenarnya sangat

hebat dan memberi kesan kepada anak-anak dengan cara yang sihat atau tidak sihat. Isu

berkaitan dengan anak tidak fokus belajar, ilmu keibubapaan, mengapa anak saya tidak

boleh fokus belajar,anak masih tidak boleh urus diri walaupun telah berusia 10 tahun,

anak malas membaca, anak bertingkah laku negatif terhadap ibu bapa,anak sukar

mengikut arahan, banyak bertanya soalan, anak suka bergaduh dan berbalah dengan

adik beradik, keyakinan diri anak lemah sebab kurangnya penghargaan, masa berkualiti

yang hilang dalam keluarga, anak terjebak gejala pornografi, dan bagaimana nak

mengatasi anak yang suka memberontak. Tips dan petua yang dikongsi menerangkan

bahawa ibu bapa perlu mempelajari ilmu “parenting” kerana tiada siapa yang dilahirkan

dengan kesempurnaan persediaan yang diperlukan untuk menjadi ibu bapa yang

berkesan. Kesimpulannya, banyak kemahiran keibubapaan perlu dipelajari melalui

pengetahuan dan pengalaman seperti pepatah Arab :Ibu adalah madrasah (sekolah)

pertama buat anak-anak. Secara umumnya, ayah pula berperanan sebagai pengetua

yang bersama-sama ibu dalam membina serta menjayakan misi & visi keluarga.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
Anak tidak fokus belajar kerana banyak faktor seperti cara belajar, adakah
menyeronokkan suasananya, masanya. Semua ini akan menentukan tahap minat pada
belajar. Teknik belajar yang betul akan sangat membantu untuk minat belajar. Isu kedua
anak masih tidak boleh urus diri walaupun telah berusia 10 tahun. Perlu kepada
pendedahan dan latihan berterusan agar anak yakin dan belajar mengurus diri. Untuk
anak yang malas membaca, ada banyak faktor yang mempengaruhinya sebagai contoh
tiada budaya membaca di rumah. Penulis berkongsi tips agar anak yakin dan suka
membaca sejak dari kecil iaitu dengan ibu bapa membacakan buku untuk anak-anak dan
ibu bapa menjadi contoh teladan kepada anak.
Seterusnya untuk anak yang bertingkah laku negatif terhadap ibu bapa, kita boleh tahu
bahawa wujudnya perilaku yang terlihat dan emosi yang terpendam mendorong
terjadinya perilaku. Berikan anak kita makan 5 keperluan emosi iaitu rasa dihormati,
selamat, diperlukan, diterima dan difahami. Bila keperluan emosi anak dipenuhi, biasanya
anak mudah mengikut arahan.
Anak yang banyak bertanya soalan akan banyak belajar. Keyakinan diri anak lemah
sebab kurangnya penghargaan. Maka berikan saranan positif kepada anak dengan
memujinya. Ini akan melahirkan tingkah laku positif. Untuk mengatasi anak yang suka

147

memberontak, tips yang dikongsikan adalah ibu bapa perlu menjadi pendengar yang baik,
cakap serupa bikin dan berilah teguran yang membina. Isu yang terakhir pula menyentuh
tentang anak perlu diajar adab dan sopan santun. Teladan yang baik dari ibu bapa adalah
kuncinya.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Anak yang dapat fokus belajar sesuai dengan keadaan pelajar/murid di sekolah. Minat
yang terbentuk dalam kalangan pelajar/murid membentuk minat,melatih fokus dan dapat
terus mengasah bakatnya. Anak yang dapat mengurus diri sendiri akan melahirkan
murid/pelajar yang yakin dan pandai berdikari dan latihan berterusan menjadikan mereka
murid yang mudah bekerjasama. Anak yang rajin membaca biasanya mendapat galakan
dari ibu bapa di rumah dan sangat suka membaca sebagai jambatan ilmu dan sukarela
meminjam buku dari perpustakaan sekolah. Seterusnya untuk anak yang bertingkah laku
negatif terhadap ibu bapa, ilmu yang dapat diaplikasi ialah ibu bapa dan guru perlu ubah
cara berfikir, ubah cara mengurus, cara menilai, mengubah cara mendorong dan
mendidik.
Selain itu, minda manusia memproses arahan, maka berilah saranan yang tepat dan
dorongan bahasa yang betul. Anak yang banyak bertanya adalah kerana inilah masa usia
2-4 tahun pembentukan kemampuan kognitif untuk memahami sesuatu perkara itu terjadi
dan hubungkait antara satu peristiwa dengan satu peristiwa. Keyakinan diri anak/murid
lemah sebab kurangnya penghargaan. Maka berikan saranan positif kepada anak/murid
dengan memujinya. Ibu bapa dan guru boleh amalkan teknik puji-puji tegur dan teknik
‘SMASH” iaitu tegur dan tambahbaik. Isu yang terakhir pula menyentuh tentang anak
perlu diajar adab dan sopan santun. Guru dan ibu bapa berperanan sebagai role model
kepada anak-anak/ murid-murid. Kesimpulannya, mereka menyerap setiap kata kita dan
meniru setiap perbuatan yang kita lakukan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.......RAFIDAH........... ................................................

(RAFIDAH ABD MAJID ) ( ROSMAN BIN BACHOK )

148

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI
Kod Sekolah : JEA 1049

1. Nama Guru NORAZILAH BINTI MASHADI

2. Judul SERLAHKAN AURA SUPER 3. Bidang: MOTIVASI
GURU 5. Masa: -

4. Tarikh Pembentangan 28 APRIL 2020

6. Tempat -
Pembentangan

7. Sinopsis

Buku ini ditulis oleh pengetua yang telah berpindah daripada sekolah yang ditadbir
selama hampir lapan tahun. Penulisannya dibuat berdasarkan ucapan-ucapan dalam
majlis perpisahannya, di mana bait-bait ucapan dibuktikan memang bertepatan dengan
segala tindakan pengetua dalam mentadbir dan mengemudi hala tuju iklim sekolah
tersebut. Bagaimana berjayanya sesebuah sekolah itu dari segi akademiknya, akhlak
peribadi anak-anak muridnya, kakitangan pelaksana termasuk staf sokongan dan
guru-gurunya serta suasana kondusifnya. Dalam menjayakan segala aspirasi,
aspek-aspek ketegasan, kelembutan, budaya menghargai, toleransi dan motivasi serta
berpandukan Islam sentiasa dititikberatkan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Sama ada kita sebagai pemimpin atau dipimpin, dalam menjayakan segala aspirasi,
aspek-aspek ketegasan, kelembutan, budaya menghargai, toleransi dan motivasi serta
berpandukan Islam perlulah sentiasa dititikberatkan.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
Buat sesuatu itu haruslah sehingga berjaya dan memberikan impak yang positif.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,
Norazilahmashadi
............................................
........................................................ ( ROSMAN BIN BACHOK )
( NORAZILAH BINTI MASHADI )

149

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK TAMAN UNIVERSITI

Kod Sekolah : JEA1049

1. Nama Guru NORALI BIN ABDULLAH

2. Judul KELUARKAN SINGA 3. Bidang : AGAMA / MOTIVASI
DARIPADA DIRI ANDA

4. Mukasurat 158 halaman 5. Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd

6. ISBN 978-983-3494-47-1 7. Pengarang : Hj Muhammad Zakaria

8. Sinopsis
Buku ini memberi inspirasi dalam melahirkan ramai insan yang berjaya dengan cemerlang
perlu ada pendidikan yang baik, disiplin yang tinggi serta tatacara kehidupan yang
tersusun bagi menjadikan suasana pendidikan yang ekslusif. Dalam merangka sebuah
kejayaan, kita perlu menggali segala potensi secara maksima yang dikurniakan Tuhan
pada individu untuk mencapai kejayaan

Petunjuk yang telah diberikan oleh Allah SWT iaitu Al-Quran dan juga contoh ikutan
terbaik kita iaitu Nabi Muhammad SAW mampu membawa perubahan ke arah kehidupan
yang lebih baik, positif , tenteram dan bahagia di samping mencapai kejayaan dalam hidup
di dunia dan akhirat.

9. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
1) Setiap manusia secara lumrahnya ada suatu tenaga, semangat, roh atau nyawa dan
tenaga itu dikenali sebagai “harimau” dan ada yang menamakannya “gergasi” kerana
keperkasaannya dan penulis menamakan tenaga itu sebagai “singa”
2) Tenaga, semangat, kecergasan, tangkas, proaktif, bersiap siaga, gagah, garang dan
kuat yang ada dalam diri mesti dikeluarkan untuk mengubah diri individu menjadi seorang
yang baru dengan nama, sikap, tindakan, jiwa dan semangat yang baru.
3) Hiduplah dengan kesederhanaan dan sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan di
dunia dan akhirat.
4) Jadilah orang yang lebih strategik dan berfikiran luas. Bertindak cepat dan tepat,
berfikiran tajam dan mengancam, penampilan yang smart dan meyakinkan.
5) Kenali diri anda dahulu untuk anda berubah ke arah yang lebih positif dan seterusnya
mencapai kejayaan dalam hidup sama ada di dunia mahu pun di akhirat.

10. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P
Buku ini memberi pencerahan kepada kita untuk menjadikan murid yang lebih baik dan
seimbang dari segi rohani dan jasmani malah juga guru-guru, rakan sekerja dan staf
kepada sesebuah institusi, klien dan majikan. Setiap individu mempunyai tanggungjawab
yang sangat besar ke arah membina kehidupan yang sempurna dan bagi mencapai
kejayaan dalam hidup di dunia dan juga di akhirat seperti yang diperintahkan oleh Allah
SWT.
Semoga dengan pembacaan buku ini, kita bersemangat dan bermotivasi untuk melakukan
tugas utama seorang guru, iaitu menyampaikan ilmu dan kebenaran kepada orang lain
khususnya murid / pelajar. Individu akan menjadi lebih bertanggungjawab, berintegriti,
amanah, proaktif dan bersemangat dalam menjalankan tugas dan amanah yang
diberikan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

......................................... ........................................................
( NORALI BIN ABDULLAH )
( ROSMAN BIN BACHOK )

150


Click to View FlipBook Version